the approach of knowledge transfer in deriving shafi‘ite hukum

21
3.1 PENDAHULUAN Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'. Selain hukum clan aturan, Syariat Islam juga berisi problem solving (penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum- hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (Al-Jathiah: 18) 3.2 PENGERTIAN 3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya yang dapat dijelaskan di sini ialah seperti berikut: i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah, 1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu menggunakan alat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang ternakan, seperti lembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks tersebut, sumber air ini digunakan untuk kehidupan dan dapat memberi keselamatan pada tubuh badan dan fizikal. ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata (Al- Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan, kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati, 1993). Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud : Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum- hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (al- Jathiah : 18) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan untuk Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenai urusan agama (Al-Asymawi, 1996). iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap para hambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan perintah

Upload: independent

Post on 31-Mar-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

3.1 PENDAHULUAN

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruhsendi kehidupan umat manusia, baik 'Muslim' mahupun 'non Muslim'.Selain hukum clan aturan, Syariat Islam juga berisi problem solving(penyelesaian masalah) seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam,Syariat Islam merupakan panduan integral/menyeluruh dan sempurna bagiseluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. FirmanAllah s.w.t yang bermaksud:Pada keseluruhannya Kamijadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w danutuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dari hukum-hukum agama; Maka turutlah akan jalan itu dan janganlah engkaumenurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yangbenar) (Al-Jathiah: 18)

3.2 PENGERTIAN

3.2.1 Syariah; Pengertian Bahasa

Perkataan syariah dibahagikan kepada beberapa erti. Antaranya yang dapatdijelaskan di sini ialah seperti berikut:

i. Sumber air yang mengalir dan tidak putus ('Ali Jarisyah,1991,Fairuzabadi, t.th.). Untuk mengambilnya tidak perlu menggunakanalat khusus dan ia didatangi oleh manusia dan binatang ternakan, sepertilembu dan kambing untuk minum air. Dalam konteks tersebut, sumberair ini digunakan untuk kehidupan dan dapat memberi keselamatan padatubuh badan dan fizikal.

ii. Jalan yang lurus atau pertunjuk serta jalan yang jelas nyata (Al-Asymawi, 1996). Syariat memandu umat manusia ke arah kebaikan,kehidupan dan membentuk akal mereka (Al-Asyqar, 1982,Al-Sariyati, 1993).Hal itu dapat dijelaskan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w danutuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan jangan engkau menuruthawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) (al-Jathiah : 18)Ayat ini menunjukkan bahawa Allah telah menjadikan untuk NabiMuhammad s.a.w dan umatnya, jalan-jalan yang jelas nyata mengenaiurusan agama (Al-Asymawi, 1996).

iii. Segala sesuatu yang ditetapkan oleh Allah s.w.t terhadap parahambaNya. Ia merangkumi apa sahaja yang di syariatkan dan perintah

Allah daripada agama, seperti sembahyang, puasa, membuat kebajikan danmeninggalkan maksiat (Al-Qaradawi, 1997).

Hukum hakam dikenali dengan syariah kerana ia merapakan peraturanyang lurus serta hukum yang tersusun tanpa ada sebarang penyelewengandaripada tujuannya yang telah ditetapkan (Al-Tarifi, 1998). Antara lain, iajuga dikenali dengan syariah kerana menilai sudut persamaannya dengansumber air. Syariah itu merupakan sumber dan jalan penghidupan jiwadan santapan akal sebagaimana juga sumber air merupakan jalan sertasumber penghidupan fizikal dan tubuh badan (Al-Sariyati, 1993).

Pengertian Istilah

Seterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaanistilah dapat dijelaskan sebagaimana berikut:

a) Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapatdiketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apayang berkaitan dengan perintah serta kaitannya (Khallaf, 1968).

b) Segala peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah atau Dia telahmensyariatkan dasar-dasarnya bersumber daripada al-Quran dan hadith(Badran, 1972). Semua itu agar manusia melaksanakannya untuk dirisendiri dan hubungan dengan Tuhan mereka dan sesama Muslim atauorang lain dan alam semesta.

c) Perkara yang merangkumi hukum-hukum Allah terhadap seluruhperbuatan manusia, sama ada berbentuk halal atau haram, makhruh atausunat. Ia disampaikan oleh rasul-Nya yang terkandung di dalam al-Qur'andan hadith serta dalil-dalil pecahan daripadanya, seperti: al-Qiyas sertadalil lain (Al-Qaradawi, 1997).Sebagai rumusannya, perkataan syariah tersebut berasal daripada syara'yang bererti: Mengadakan syariah. Justeru, daripadanya terbentukpengertian menyusun, mengadakan kaedah-kaedah, menjelaskan peraturan-peraturan dan menjelaskan hukum-hukum. Oleh itu, syariah Islammerupakan kumpulan dan sejumlah hukum-hukum yang mana ditetapkanoleh Allah untuk sekalian umat manusia menerusi perantaraan BagindaRasulullah s.a.w yang lermaktub di dalam al-Quran dan hadith. Seterusnyasyariah secara umum ialah segala hukum yang ditetapkan oleh Allahterhadap hamba-hambaNya menerusi perantara rasul supaya merekamengikuti serta beramal dengannya. Apabila ilmu Islam berkembang luasdan menjurus kepada bidang-bidang yang khusus, maka syariah inidifahami sebagai mencakupi tiga bidang ilmu iaitu ilmu Aqidah, ilmu Fiqhdan ilmu Tasawwuf. Perkembangan yang terakhir disebabkan penjurusanbidang ilmu perkataan syariah dikhususkan pengertiannya kepada perkara-perkara yang berhubung dengan amalan lahiriah manusia semata-mata

yang dikenali kemudiannya dengan istilah Fiqh (Abdul Halim El-Muhammady, 1993).

3.2.2 Fiqh Pengertian bahasa

Ahli bahasa Arab menggunakan perkataan al-Fiqh dengan beberapa erti,antaranya yang utama ialah :

a) Kefahaman mutlak serta kepintaran.

b) Faham terhadap tujuan atau maksud bicara seseorang. Penggunaanlafaz tersebut terdapat dalam al-Quran dan hadith, antaranya ialah:

i. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Maka apakah yang menyebabkankaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat danpengajaran) (al-Nisa': 78).ii. Sabda nabi yang bermaksud: Sesiapa yang dikehendaki oleh Allahkebaikan, dijadikan iafaham (mendalam) tentang agama (Riwayat Bukharidan Muslim)

c) Menurut al-Raghibal-Asfahani dalam kitab: Garibal Quran al Fiqh darisegi bahasa bererti: Mengetahui sudut hakikat atau batin sesuatu sertamenyampaikan kepada initipatinya (Badran, t.th). Al-Quran telahmenggunakan kalimah tersebut untuk pengertian kefahaman yangmendalam, antaranya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Danlepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham akan kata-kataku(Taha: 27)

Pengertian Istilah

Perkataan fiqh sudut istilah pula ialah :

a) Sesuatu ilmu yang berkaitan dengan hukum-hukum syariah Islam. laitumengetahui hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatanberbentuk praktikal menerusi dalil-dalilnya yang terperinci (Al-Husari,1981, Badakhsi, t. th., Mawsu'at al-Fiqh al-Islamiyy, 1990 ).b) Ilmu yang berkaitan dengan hukum yang diperoleh menerusi ijtihaddan pendapat mujtahid serta ketetapan Allah, seperti ilmu yangmenyentuh berkaitan pembunuhan yang diharamkan dan diwajibkan qisas(Husain, 1972).c) Hukum praktikal yang diistinbatkan oleh ulama mujtahid daripada dalil-dalil yang juz'i atau pecahan. laitu perbuatan hamba dan menjelaskantentang sifatnya, seperti wajib, sunat, harus dan makruh. Untuk itu, apasahaja yang terbentuk daripada seorang hamba Allah, sama ada berbentukperkataan atau perbuatan mendapat penilaian dari sudut fiqh.

Sebagai rumusannya, fiqh merupakan ibarat tentang sekumpulan hukumsyariah yang menjelaskan tentang sifat yang terbentuk atau lahir daripadamanusia (Khallaf, 1995). Semua hukum syarak wajib diikuti sertaberiltizam dengannya. Jika diingkari, ia dikira sebagai suatu penderhakaandan akan mendapat balasan azab.3.2.3 HukumHukum biasa didefinisikan sebagai 'arahan Tuhan (Khitab Allah) yangberkait dengan perbuatan mukallaf '(af'al al-mukallafin) (al-Ghazaliyy,1294H). la mungkin diperoleh secara terus daripada nas-nas al-Quran ataual Sunnah dengan menggunakan kaedah penganalisaan nas (qawa'id al-tafsir). Dalam keadaan ini ia disebut sebagai hukum mansus. Prinsip yangdigunakan dalam kaedah penganalisaan nas ini berasaskan kepadapenganalisaan bahasa iaitu dikenal sebagai istidla3.2.4 Undang-undangUndang-undang ialah norma-norma hukum yang diterima dandiperkanunkan oleh Badan-badan Perundangan tertentu menerusi proses-proses tertentu. Merujuk kepada undang-undang Islam, ia bermaksudketetapan-ketetapan sy ariat yang telah mengalami proses ijtihad secarahalus serta ditetapkan oleh badan perundangan negara Islam sebagai satuundang-undang yang dilaksanakan di negara berkenaan (Mahmood Zuhdi,1992).Melalui proses perundangan ini, segala hukum Allah dapatdilaksanakan dalam kehidupan masyarakat sebagai sistem hidup yanglengkap.3.3 MAQASID SYARI'AHMengikut Ibn 'Ashur (1366H), Maqasid al-Shari'ah dalam konsepnya yangumum ialah "pengertian dan rahsia yang dapat difahami daripada syariatIslam dalam keseluruhan atau sebahagian besar proses pensyariatannya.'Alal al-Fasyy (1966) pula menyebut ia sebagai tujuan dan rahsia hukumyang ditentukan oleh syariat Islam. Menurut ar-Raysuniyy (1995), secaramudahnya huraian-huraian Ibn 'Ashur dan al-Fasi ini boleh diringkaskansebagai "objektif yang ditentukan oleh syariat supaya dicapai bagikepentingan manusia". Elemen-elemen berkenaan ialah,

Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama• Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia• Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal• Menjamin kehormatan dan maruah diri•

Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta•3.3.1 Memelihara kesucian dan kepercayaan beragamaPenyelidikan yang dilakukan oleh manusia terhadap segala yang ada dialam semesta akan membawa kepada satu kesimpulan iaitu kewujudansunnatullah (the law of nature). Firman Allah yang bermaksud,Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahalkepadaNyalah menyerah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baikdengan suka hati mahupun terpaksa dan hanya kepadaNyalah merekadikembalikan (al-Imran: ayat 83)Walaupun Allah s.w.t telah menegaskan tentang kemuliaan dan ketinggianakal, namun kemampuannya adalah terhad di ruang alam benda sahaja.Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh atau hal ketuhanan, bukanurusan dan bidang yang dapat diterokai oleh akal manusia. Justeru itu,manusia mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran.Firman Allah bermaksud,

Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi merekayang bertaqwa. (laitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yangmendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami(Allah) anugerahkan kepada mereka (al-Baqarah: ayat 2)Hanya agama Allah yang mampu membawa kebahagiaan di dunia dan diakhirat. Perbuatan syirik kepada Allah adalah suatu kekejian yang bolehmerosakkan aqidah. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,Barangsiapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanyadan dia di akhirat termasuk orang yang rugi (al-Imran : ayat 85)Menjaga agama merupakan perkara paling utama bagi setiap individu.Justeru, syariah Islam menetapkan hukuman bunuh terhadap orangmurtad serta kewajipan berjihad memerangi kafir harbi yang menceroboh.Hal ini sekali gus dapat mempertahankan agama, maruah diri,menyebarkan dakwah yang maha suci untuk menjaga hak kebebasanberibadat dan beragama. Hal ini selaras dengan firman Allah yangmengizinkan memerangi orang kafir yang menceroboh:Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (olehgolongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai (al-Hajj: 39)3.3.2 Menjamln keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusiaJuminan keselamatan terhadap setiap nyawa daripada pencerobohan olehmanusia lain telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran. Samaada diri sendiri utau diri orang lain, perbuatan membunuh adalah sesuatuyang amat dilarang oleh Allah s.w.t. Sebarang tindakan yang dapatmencederakan fizikal juga adalah ditegah. Perbuatan itu memusnahkangenerasi manusia. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripadabahaya sentiasa digalakkan. Firman Alllah yang bermaksud,Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhanitu penyayang kepadamu (al-Baqarah 2:256)Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukumanpembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka berertiorang itu telah membunuh manusia seluruhnya (al-Imran 3:20)Nyawa manusia milik mutlak Allah yang wajib dihargai serta disyukuri.Sebarang tindakan membunuh, sama ada diri sendiri atau orang lainadalah berdosa besar dan haram sama sekali. Untuk membuktikan betapaprihatin dan syariah Islam meraikan perkara tersebut ialah: Penetapanhukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja serta tindakanmencederakan atau memotong anggota orang lain. Hal ini telah dijelaskanmenerusi firman Allah yang bermaksud:Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawajiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidungdibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigidibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas dengan (seimbang)(Al-Ma'idah: 45)3.3.3 Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akalAkal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling berharga kepada manusia.Akallah juga salah satu ciri menjadikan manusia sebagai makhluk yangpaling sempurna yang dijadikan Allah s.w.t, menjadi khalifah di atasmuka bumi ini dan pengguna sumber alam yang dijadikan oleh Allahs.w.t. Akal jugalah ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan.Kemuliaannya diakui oleh Allah s.w.t iaitu pengiktirafanNya ke atas

manusia dalam bidang ibadat dan hal-hal lain bergantung kepadakemampuan akal. Seseorang itu diwajibkan solat jika sempurna akalnyadan orang gila adalah tidak diwajibkan. Perlakuan jenayah hanya akandisabitkan oleh syara' atau undang-undang jika ketika melakukannya iaberada dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya.Bagi memelihara kesempurnaan akal, Allah s.w.t telah mengharamkansegala sesuatu yang dapat merosakkan akal. Pengharaman arak adalahsalah satu contoh yang baik kerana ia dapat merosakkan akal fikiranmanusia. Maksud firman Allah,Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi,berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatankeji, termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan ituagar kamu memperolehi keberuntungan (Al-Maidah: 90)Justeru, menurut pendapat Imam Syafie, peminum arak yang sabitkesalahannya dikenakan hukuman 40 sebatan. Hal itu berdasarkan hadithriwayat 'Ali Ibn Abu Talib: Rasulullah menyebat (terhadap kesalahanminum arak) 40 sebatan dan Abu Bakar juga berbuat begitu.3.3.4 Menjamin kehormatan dan maruah diriAllah SWT telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memeliharapembentukan keluarga yang sempurna. Segala tindakan yang merosakkanketurunan adalah dilarang seperti pengharaman zina dan liwat (lesbiandan homoseksual). Firman Allah s.w.t yang bermaksud,Danjanganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatuperbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk (Al-Isra': 31)Keingkaran dan ketidakpatuhan manusia kepada syara' telahmengakibatkan perlakuan seks bebas dan merosakkan kehormatan danketurunan. Kelahiran anak-anak luar nikah, pembunuhan danpengguguran anak yang masih di dalam kandungan telah menjadi suatugejala yang berleluasa dalam masyarakat hari ini. Demi memeliharatamadun manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telahmenjelaskan aspek penghukuman yang tegas terhadap jenayah zinasebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud,Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiapseorang dari keduanya seratus kali dera, janganlah belas kasihan kepadakeduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah jika kamuberiman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah (pelaksanaan)hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang beriman (An-Nur: 2)3.3.5 Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan hartaPemilikan kekayaan merupakan naluri semula jadi manusia. Allah s.w.ttelah menggalakkan manusia mencari dan memperkembangkan hartadengan membahagikan kehidupan manusia kepada dua bahagian iaitumasa untuk beribadat khusus dan masa untuk ibadat umum, iaitumencari kelebihan hidup di dunia ini seperti maksud firman Allah :Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, bertebaranlah dimuka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyaksupaya kamu beruntung (Al-Jumu'ah: 10)Harta merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan iamenjadi wasilah menuju akhirat. Justeru, mencari rezeki yang halal wajibhukumnya, sama ada untuk nafkah diri sendiri atau ahli keluarga.Sebaliknya pula, syariah Islam mengharamkan segala kegiatan menceroboh

hak orang lain, seperti mencuri dan merompak. Syariah menetapkanhukum, mana-mana pencuri yang sabit kesalahannya dikenakan hukumanpotong tangan. Hal itu dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri,maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasandengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatuhukuman pencegah dari Allah (Al-Mai'dah: 38)Selanjutnya, penyamun dan perompak pula dikenakan hukuman lebihdahsyat serta lebih berat. Hal itu kerana jenayah yang dilakukan lebihbesar dan lebih membahaya seperti secara terang-terangan, kekerasan,mengugut, menggunakan senjata serta kadang kala mangsanya dicederakanatau dibunuh. Pada dasamya, hukuman hudud yang dikenakan terhadapperompak di jelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud:Bahawasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nyaserta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah dengan dibalasbunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidakmerampas) ataudipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang sell (kalau merekamerampas sahaja) atau dibuang negeri (kalau mereka hanya menggangguketenteraman awam) (Al-Maidah: 33)3.4 SKOP SYARIAHSyariah merupakan teras bagi pandangan hidup Islam. Syariahmengandungi bidang-bidang ilmu yang menyediakan peradaban Islamdengan peraturan yang tetap dan kaedah yang asas bagi menyesuaikandiri dengan segala perubahan. Syariah Islam mengandungi sistemperundangan, sistem etika dan sistem nilai-nilai Islam yang bolehdigunakan untuk menyelesaikan masalah masa kini dan masa hadapan.Dari sudut teori, syariah merangkumi semua aspek kehidupan seperti hal-hal peribadi, sosial, politik dan intelektual. Aspek praktik pula, syariahmemberi makna dan isi kandungan kepada tingkah laku orang Islamdalam menjalankan kegiatan mereka di dunia (Abdur Rahman, 1989).3.4.1 SkopSkop syariah adalah luas seluas dan sejelas Islam sebagai ad-Din. Skopyang cuba dijelaskan di sini ialah syariah sebagai peraturan Allah dalamkonteks,1. Hubungan manusia dengan Allah2. Hubungan manusia dengan makhluk (sesama manusia, dengantumbuhan, binatang, jin dan alam seluruhnya).3.4.1.1 Hubungan Manusia Dengan AllahPerhubungan manusia dengan Allah merupakan ketaatan terhadap apa juaperintah dan laranganNya. Sesungguhnya Allah s.w.t telahmembentangkan amanah kekhalifahan kepada semua makhlukNya sepertilangit, bumi dan gunung-ganang tetapi semuanya menolak tawarantersebut dan hanya manusia sahaja yang sanggup menerimanya. Oleh itukhalifah merupakan satu jawatan yang diamanahkan oleh Allah s.w.tkepada manusia. Amanah yang dimaksudkan itu ialah beribadat kepadaAllah demi menegakkan syariat Allah dalam semua uspek. Firman Allahyang bermaksud,TidakAku ciptakanjin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri Iberibadah kepadaKu (Az-Dzariyat: 56)Ibadah ini dilakukan dalam ertikata tanggungjawab sebagai hamba dankhalifah Allah di atas muka bumi,

1. Menetapkan hukum-hukum Allah2. Memakmurkan muka bumi Allahla direalisasikan dalam konteks ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadahkhusus yang dikategorikan sebagai hubungan manusia dengan Allahseperti solat, puasa, zakat, haji, baca al-Quran, zikir dan lain-lainseumpamanya. Ibadah umum pula ialah apa sahaja perlakuan atau tindaktanduk manusia ketika berhubungan dengan selain Allah, samada sesamamanusia, alam, haiwan, jin dan cakrawala. Semua perbuatan manusiaakan menjadi amal soleh apabila melalui syarat yang tertentu iaitu niatkerana Allah (ikhlas), perkara itu harus dari sudut syara', tidakmeninggalkan ibadat khusus dan memberi komitmen yang jitu danistiqamah dalam melakukannya.3.4.1.2 Hubungan Antara Manusia Sesama ManusiaPerhubungan manusia sesama manusia adalah merangkumi perhubungandan gerak aktiviti yang luas dalam interaksi mereka. Inilah yang dikatakanibadat umum. lanya seperti dalam bidang sosial, ekonomi, politik,perkahwinan, pendidikan, pengurusan, pemiagaan, pembangunan, hartapusaka, jihad dan sebagainya. Segala bentuk interaksi ini perlu dilakukanmenurut peraturan yang selari dengan syarak. Apabila syariah Allahdipraktikkan, Allah memberi jaminan manusia akan mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan di akhirat.3.4.1.3 Hubungan Antara Manusia Dengan AlamAlam semesta adalah tanda terbesar perihal kewujudan Allah. Alamciptaan Allah ini disebut juga sebagai ayat-ayat atau tanda-tanda yang'manzurah' (yang dapat disaksikan). Penyaksian ini mengundang manusiaberfikir betapa agungnya Allah sebagai Pencipta. Manusia dan alamsemesta adalah makhluk yang diciptakan Allah. Oleh itu manusia mestilahmelihat alam ini sebagai sebahagian daripada dirinya dalam ertikata lainmereka mestilah bersikap baik terhadapnya.Hubungan dengan alam 'jamadaf disebut 'hablum min makhluqatillah'.Dasar hubungan tersebut mestilah berpegang kepada nilai, akhlak danhukum ketentuan Allah s.w.t. Manusia sebagai khalifah kepada alamsemesta mestilah menjaga amanah Allah. Sebarang pencabulan terhadapamanah ini mengundang bukan sekadar bahaya kepada diri sendiri,malahan kepada alam seluruhnya. Ini kerana alam berada dalam satusistem yang seimbang dan bergerak menuju 'ubudiyyah' kepada Allah.Amanah manusia sebagai khalifah Allah dalam konteks perhubungandengan alam dapatlah diringkaskan seperti berikut, Alam dunia adalah alat atau medan ibadat, bukan matlamat pencapaian•

manusia. Alam diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk membina•

tamadun dan memakmurkannya. Alam perlu diurus secara amanah, tanggungjawab dan syukur.• Alam ibarat 'ayat' atau tanda bukti kewujudan dan keagungan Allah.•

Alam dunia ini adalah 'ayat' hanya kepada orang yang "berakal danmenggunakan akalnya" sebagaimana firman Allah bermaksud,Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malamdan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagimanusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu denganair itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang

dikendalikan antara langit dan bumi; sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda(keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan (Al-Baqarah:164)Manusia yang tidak memanfaatkan alam sekitar dan segala isikandungannya menurut syariat Allah terpaksa menerima berbagai kesankemudaratan yang akhirnya menimpa diri mereka. Ini meliputi penipisanlapisan ozon yang mengakibatkan kenaikan suhu yang tinggi, penebanganhutan tanpa kawalan mengakibatkan kerosakan dalam sistem takunganhujan dan memungkinkan banjir, meruntuhkan bukit-bukau secarasembarangan yang mengakibatkan gegaran ataupun gempa bumi danberbagai malapetaka lagi.3.4.2 PelaksanaanSyuriat Islam mampu memenuhi segala keperluan yang dihajati olehmasyarakat yang dikuasainya dan mampu mengatasi segala masalah dalamsemua keadaan dengan penyelesaian yang paling adil dan terbaik. Iniadalah kerana Allah SWT telah menciptakan syariat Islam dengan sifatmurunah (flexibility) yang menakjubkan sehingga memungkinkan iamampu memberi jawapan ke atas NCtiap masalah yang jarang berlakudan mampu mengatasi setiap sesuatu yang baru tanpa mengalamikesulitan (al-Qaradawi, 1985).Dalam syariat Islam pasti akan menemui suatu perkara atau masalah yanglidak dinyatakan oleh nas secara jelas. Ini bagi memberi ruang kepadapara mujtahid memenuhinya dengan sesuatu yang boleh mendatangkankebaikan yang lebih sesuai dengan zaman dan keadaan mereka (Md.Saleh, 1996). Ini udalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yangdiriwayatkan oleh Salman bermaksud,Apa yang dihalalkan Allah di dalam KitabNya maka itulah yang halal danapa yang diharamkanNya maka itulah yang haram. Mana-mana yangdidiamkan Allah maka itu suatu kemaafan atau kemudahan, terimalahdari Allah kemaafanNya, kerana Allah sama sekali tidak lupa sesuatu pun.Aspek pelaksanaan perintah-perintah Allah dibahagikan kepada tiga :3.5 Kewajiban yang menjadi tanggungjawab individu serta harusdilaksanakan peringkat individu iaitu perintah khusus dalam kontekshubungan manusia dengan Allah seperti solat, puasa dan lain-lain.3.6 Pelaksanaan dalam bentuk kolektif atau secara berjamaah sepertimelakukan dakwah, jihad, amar ma'ruf nahi mungkar dan lain-lain.3.7 Pelaksanaan yang menjadi kewajiban kepada pemerintah sepertimelaksanakan hudud, qisas dan takzir.3.4.3 PenguatkuasaanPenguatkuasaan segala perintah dan larangan yang terdapat dalam syariatIslam tertakluk kepada hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram,harus dan makruh. Bagi menjamin pematuhan, undang-undang syariahtidak semata-mata bergantung pada hukum keduniaan, iaitu kekuatanpendapat orang ramai dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undangseperti pasukan polis, mahkamah dan penjara. Faktor pematuhan yangutama dalam kes syariah ialah kesedaran penganutnya akan kewujudanAllah dan sifat Allah yang Maha Melihat dan juga keyakinan bahawasemua perkataan dan perbuatan setiap individu dicatatkkan oleh malaikatyang mengiringinya. Di akhirat, semua manusia akan dibawa kehadapanAllah untuk disoal tentang amalannya. Keyakinan dan kesedaran inilahyang membentuk hati nurani yang disedarkan dalam pemikiran manusia

yang akan menyeru individu ke arah jalan yang benar dan membencikejahatan. Walaubagaimana pun, ini tidak menghalang faedah penggunaanhukum atau sekatan-sekatan yang lain. Hati nurani manusia bolehdiicemarkan oleh syaitan dan nafsu jahat yang boleh mengakibatkankeganasan dan keingkaran.Tekanan sosial boleh memainkan peranan sebagai pencegah yangberkesan dan ketakutan terhadap hukum perundangan bolehmenghindarkan keganasan yang ingin dilaksanakan. Walaubagaimanapun,hukum ini hanya digunakan dalam kes pelanggaran yang konkrit, yangterbukti atau yang diakui, sedangkan rasa cinta kepada Tuhan dan rasatakut kepadaNya mencegah perlanggaran yang dilakukan secara sembunyiserta menggalakkan perbuatan-perbuatan sukarela yang baik dan amalkebajikan. Oleh itu sebagai tambahan kepada kekuatannya sebagai hukumyang suci, syariah Islam memerlukan pemerintah mengambil langkah-langkah pencegahan terhadap sebarang pelanggaran yang berlaku atauyang berulang kali berlaku. Dalam kebanyakan kes pencabulan, syariahtidak mendefinisikan bentuk hukuman yang seharusnya dikenakan tetapimenyerahkannya kepada kebijaksanaan pemerintah. Hanya bagi beberapajenis pelanggaran sahaja yang dinyatakan hukuman-hukumannya yangkhusus iaitu, pembunuhan, pencurian, perompakan, zina dan pengambilanarak. Hukuman-hukuman khusus berkenaan perbuatan salah ini dikenalisebagai hudud (kata jama' bagi hadd), manakala hukuman yang tidakdidefinisikan oleh syariah dikenali sebagai ta'zir.3.5 PERANAN SYARIAHMelaksanakan syariah secara beransur-ansur bukan sahaja memberipeluang kepada ahli masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan sebarangperubahan, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untukmengetahui aspek syariah yang patut dititikberatkan. Tujuan utamasyariah Islam adalah untuk menimbulkan motiyasi bagi melaksanakanproses pengislaman dan menambahkan manfaat kepada setiap ahlimasyarakat. Justeru itu, aktiviti pembangunan boleh disusun dalam satuhieraki mengikut keutamaan, iaitu :1. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan asas manusia.Keperluan asas ini membabitkan perkara-perkara seperti pemeliharaanagama dan jiwa, penjagaan kesihatan fizikal dan mental, pemeliharaanketurunan dan perlindungan harta benda.2. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan bukan asas tetapimemberi faedah seperti membuat kebajikan untuk masyarakat,mengangkat taraf kehidupan, memudahkan muamalat dan menghilangkankesulitan hidup.3. Aktiviti pembangunan bagi memenuhi keperluan yang memberi faedahkhusus seperti mengembangkan budaya Islam, menggalakkan penghayatannilai-nilai murni dan meningkatkan daya reka cipta yang canggih danbermanfaat.Kegiatan pembangunan haruslah memberi tumpuan kepada keperluan asasterlebih dahulu sebelum menjalankan kegiatan bagi memenuhi keperluan-keperluan yang lain. Secara ringkasnya pemahaman yang mendalamterhadap syariah Islam amat diperlukan bagi mewujudkan satu peradabanIslam yang sesuai dengan keperluan masa hadapan (Nik Azis Nik Pa,1994).3.5.1 Pembangunan Menurut Islam

Ulama Islam telah sepakat pendapat menyatakan bahawa undang-undangIslam adalah lengkap dan syumul, sesuai untuk dilaksanakan dalamkehidupan seluruh umat manusia setiap zaman dan tempat (Husyn,1391H, al-Qaradawi, 1397H). Dari segi keluasan dan kesempurnaannya,undang-undang Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.Mengandungi soal-soal akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat,jenayah dan lain-lain (Mahmassani, 1961). Pembangunan Fslam adalahsebahagian daripada syariah Allah adalah menekankan aspekpembangunan insan.Konsep pembangunan insan yang cuba ditafsirkan di sini ialah konseppembangunan yang telah dibekalkan oleh Model Pembangunan Insan yangberteraskan Weltanschauung al-Quran. Ahli psikologi Islam mentafsirkankonsep pembangunan insan sebagai satu usaha untuk mempertingkatkankesejahteraan (al-falah) manusia ke tahap optimun dalam semua aspekkehidupan yang berlandaskan paradigma Tauhid. Aspek kerohaniandiberikan tempat yang istimewa. Aspek ini dianggap sebagai pokok,manakala aspek-aspek lain seperti saintifik, teknologi, ekonomi,pengurusan, perniagaan ,perindustrian, bahasa, sosial dan lain-laindianggap sebagai cabang yang mengeluarkan daun dan buah kerana patuhkepada sifat semulajadi pokok itu sendiri (Nik Azis 1994 : 70).Rohani atau keinsanan manusia adalah sumber kebahagiaan dankecelakaaan hidup seseorang. Rohanilah yang memandu dan mengawassegala anggota badan kasar seseorang baik kepada kebajikan mahupunkepada kejahatan. Sebab itulah mendidik roh atau jiwa lebih berat dansukar. Tetapi kesukaran ini dapat diatasi dengan menggunakanpembimbing rohani yang terpenting iaitu iman dan keyakinan kepadaAllah s.w.t yang dipupuk dan dipersuburkan dengan ilmu pengetahuaanyang berguna dan amalan soleh.Keutamaan membangunkan manusia seutuhnya dalam pandangan Islamadalah fokus utama dan pusat kepada pembangunan. Dalam istilah sufi(tasawuf) pembangunan manusia ini disebut sebagai membangunkanperibadi insan sehingga mencapai tingkat dan darjat kesempurnaanmanusia (insan kamil). Tanpa pembangunan manusia ini, pembangunan-pembangunan lain termasuklah pembangunan ekonomi akan turut gagal,sebab pembangunan peribadi manusia adalah akar umbi yang pentingdalam menentukan jatuh bangunnya masyarakat dan pembangunannegara. Dengan sebab inilah maka perhatian yang sewajarnya perludiberikan kepada aspek pembangunan kerohanian atau jiwa manusia itudalam sesuatu perancangan pembangunan. Firman Allah bermaksud,Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengankelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya(untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada bertaqwa;sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersihbertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dansesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itususut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (al-Syams91:7-10)Jiwa yang dikumiakan kekuatan akan melakukan kebaikan semasa hidup.Akal dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jiwayang baik akan membawa kejayaan dan jiwa yang buruk akanmembinasakan (Hijazi, 1968, juz. 30). Jelasnya jiwa (diri) manusia itu

perlu disucikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke bidangpembangunan kebendaan yang lain. Andainya jiwa manusia itu telah suci,maka barulah aspek-aspek pembangunan yang akan mengikuti seterusnyaakan terpelihara.Pembangunan kerohanian adalah suatu bentuk pembangunan yangmenjadikan perkembangan rohani sebagai tujuan bagi kehidupan insandan sebab bagi kejadiannya. Pembangunan kerohanian juga merupakanpembangunan yang memberi makna yang hakiki kepada diri insan dankehidupannya. Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan kehilangantujuan hidupnya dan sebab bagi kejadian dirinya. Krisis kekosonganrohani akan melanda mereka dan akhirnya mereka mungkin mengalamipenyakit jiwa. Pembangunan rohani dalam Islam, yang merupakan sebabbagi kehidupan manusia tidak kelihatan pada mata kasur. Apa yang dapatdilihat ialah manifestasinya sahaja. Misalnya manuila mengamalkan akhlakyang mulia, membina kekuatan ekonomi berlandaskan Nyariat Tuhan,membina kekuatan ilmu dan persaudaraan dan melakukan amalan ibadatkhusus. Namun begitu, kemuncak pembangunan rohani hanya mampudicapai oleh individu yang benar-benar menghampiri diri kepada Allahmelalui ibadat khusus dan umum.3.5.2 Pendekatan Pembangunan Menurut IslamAsas-asas falsafah kepada pendekatan Islam terhadap pembangunan adalahseperti berikut,3.5.2.1 Tauhid (KeEsaan dan kekuasaan Allah)Asas ini meletakkan peraturan-peraturan tentang hubungan Tuhan denganmanusia dan hubungan manusia sesama manusia (Mohd. Kamal Hassan,1988). Maksud falsafah Tauhid di sini ialah meyakini bahawa Allahmerupakan satu-satunyaTuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segalasuruhan dan laranganNya. Hanya ajaran dan panduanNya sahaja yangboleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan diakhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah Tauhid amat pentingdalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadianmanusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.3.5.2.2 Rububiyyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menampung dan menjaga serta mengarahkan kehidupanmakhluk ke arah kesempurnaannya).la merupakan hukum yang asasi dalam alam sejagat yang menunjukkankepada cara yang ditetapkan oleh Allah bagi menjamin pembangunansumber-sumber alam secara bermanfaat dan juga hubungan saling bantumembantu antara satu sama lain. Di dalam konteks peraturan yangditetapkan oleh Allah inilah usaha-usaha manusia harus berlaku.Rububiyyah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawaldan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun darikalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi danmengubah kawalan dan pentadbiran Alllah s.w.t itu. Peraturan-peraturaninilah apa yang dinamakan sebagai 'sunnah alam' seperti bukit-bukau dangunung-ganang sebagal pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air,lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu,pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalandan kekacauan hidup.3.5.2.3 Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi).Asas ini menentukan status dan peranan manusia. Ia menjelaskan

tanggungjawab manusia sebagai manusia, sebagai Muslim dan sebagaiumat Islam selaku penerima peranan khalifah Allah di bumi. Dari siniterbitnya konsep Islam tentang manusia sebagai pemegang amanah Allahdalam bidang akhlak, politik dan ekonomi, juga prinsip-prinsip pengaturanmasyarakat.3.5.2.4 Tazkiyah (Penyucian dan pertumbuhan yang sewajarnya)Misi semua nabi-nabi Allah ialah, antara lain, mensucikan manusia dalamsemua hubungannya dengan Allah, dengan manusia, alam sekitar,masyarakat dan dengan negara. Oleh itu konsep pembangunan Islamhendaklah terbit daripada dasar tazkiyah kerana ia berkaitan denganpersoalan pembangunan manusia dalam semua dimensinya. Ia memberiperhatian kepada pertumbuhan dan perkembangan ke arah kesempurnaanmelalui penyucian sikap dan hubungan. Hasil dari tazkiyah ialah falah,iaitu kesejahteraan di dunia dan di akhirat.3.5.2.5 Al-FalahMaksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secaralancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitandan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilahyang dimaksudkan dalam firman Allah s.w.t,Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu(kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmudari (kenikmatan) di dunia (al-Qasas: 77)Oleh itu sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhimaksud al-falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satudari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat falsafahpembangunan Islam.3.5.3 Pembangunan UmmahPembangunan menurut konsep Islam adalah pembangunan manusia itusendiri kerana alam ini dan seluruh isinya adalah dijadikan untukberibadat kepada Allah ( Ahmad, 1977). Firman Allah bermaksud,Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakanjin dan manusia melainkan untukmereka menyembah dan beribadat kepadaKu (Al-Dzaariyat : 56)Pembangunan Islam juga diertikan sebagai usaha-usaha penyusunansemua liidang sosial, politik, ekonomi, undang-undang dan sistem nilaikepada satu keadaan yang sesuai dengan hakikat dan fitrah kemanusiaansehingga tercapainya satu peringkat tertinggi dalam pembangunan rohani(Azidah 1981). Pembangunan ini menekankan pembentukan kekuatan, baiktenaga, jiwa, mental atau fizikal dari panduan wahyu yang disalurkanmelalui kehendak manusia untuk memperbaiki sesuatu kelemahan danmeningkatkannya kepada yang lebih baik dengan tujuan niencarikeredhaan Allah (Hailani 1982). Ia melibatkan individu, masyarakat dannegara.3.5.3.1 IndividuPembangunan tahap individu adalah berkisar dari aspek, fizikalPembangunan jasmani atau fizikal adalah merangkumi pembangunanaspek-aspek yang diperlukan oleh jasad manusia iaitu tempat tinggal,peralatan, kesihatan, alat-alat komunikasi, pengangkutan dan sebagainya.Kita memerlukan fizikal yang sihat untuk membina tamadun Islam selarasdengan kehendak Allah s.w.t yang mahukan hambaNya menjadi khalifahdi niuka bumi ini. Tubuh yang sihat akan melahirkan akal yang sihat,seterusnya dapat merancang pelbagai perkara untuk manfaat umat Islam

sejagat.Untuk meningkatkan taraf kesihatan diri, kandungan makanan yangdiambil perlulah seimbang iaitu memenuhi segala keperluan sepertiprotein, karbohidrat, garam galian, yitamin dan sebagainya. Makanan yangakan diambil juga mestilah berpunca daripada sumber yang halal dancara penyediaannya juga mestilah mengikut kehendak syara'. Ini amatbersesuaian dengan maksud firman Allah s.w.t,Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik(yang halal)yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlahkepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya (al-Baqarah:172)KognitifPembangunan insan juga mestilah menitikberatkan pembangunan kognitif.Akal fikiran mestilah diisi dengan pelbagai jenis ilmu yang dianjurkanoleh Islam untuk mempelajarinya. Antara ilmu yang perlu dititikberatkanialah ilmu berkenaan dengan Fardu Ain seperti ilmu Tauhid, Feqah danjuga Tasawwuf serta ilmu-ilmu pengetahuan yang lain seperti ilmu Sainsdan Geografi. Melalui ilmu tersebut, para pelajar tidak akan sahajamengenali hakikat sesuatu kejadian berdasarkan kepada sifat tabiinyasahaja, bahkan mereka akan cuba berfikk bahawa di sebalik segalakejadian tersebut, ada Penciptanya iaitu Allah s.w.t. Kesan sampinganyang akan timbul ialah mereka akan berasa takjub atas kekuasaan Allahdan seterusnya akan mendorong jiwa mereka untuk tunduk patuh kepadaperintahNya.EmosiKepintaran akal fikiran sahaja tidak mampu melahirkan insan yang benar-benar cemerlang, sebaliknya keperluan terhadap kestabilan emosi,perwatakan serta nilai dan konsep diri adalah penting (Muhamed Fauzi,2004). Ini bertitik tolak daripada lahirnya kegagalan demi kegagalan dikalangan mereka yang berlQ tinggi seperti berlakunya jenayah kolar putihyang tinggi, kadar tekanan emosi dan tekanan serta kegagalan menghadapitekanan dan rakan sekerja dengan efektif. Kenyataan ini tidak berlakudalam ketamadunan Islam khususnya pada zaman-zaman emasnya iaitu dizaman Nabi Muhammad s.a.w serta zaman Khulafa' Rashidin. Pemimpin-pemimpin agung Islam sering dilihat sebagai orang yang bersepadudengan perkembangan yang seimbang sama ada daripada aspek jasmani,rohani, intelek mahupun emosi. Bahkan, apabila diteliti, Islammementingkan kesihatan ruhiyyah yang menjadi entiti asas dalamkehidupan malah yang menentukan hala tuju kehidupan selepas mati.Manusia yang mantap EQ (kecerdasan emosi) sentiasa tunduk kepadaTuhannya. Menjalankan segala titan perintahNya dan menjauhi segalaluranganNya. Menegakkan syariatNya dan mentadbir alam dengan syariatAllah.SpiritualDalam konteks pembangunan kerohanian ataupun spiritual, ia menjuruskepada pembangunan insan. Selain daripada keperluannya untuk turutberlandas kepada hukum syarak, ia juga akan menjadikan manusia lebihmenghalusi, memahami serta menghayati urusan-urusan yangbersangkutan dengan perhubungan di antara manusia dengan Tuhan daninsan dengan makhluk Allah yang lain.Pembangunan spiritual merupakan suatu proses yang bertujuan untuk

melahirkan jiwa yang bertaqwa. lanya merupakan unsur yang perludifahami dan dititikberatkan oleh semua umat. Ketiadaan jiwa yangbertaqwa akan mengakibatkan fungsi akal dan fizikal menjadi lumpuh.Manusia secara umumnya akan menggunakan kecerdasan akal dan jugakekuatan yang ada pada tubuh badannya untuk membina tamadunmaterial. Bagi memastikan cita-cita tersebut lercapai, jiwa insan perlulahdiisi dengan perasaan cintakan Allah dan Rasul serta cinta kepadakehidupan akhirat.Mengabdikan diri kepada Allah termasuklah melaksanakan seluruhperintah dan menjauhi segala laranganNya dan juga mengekalkan rasakehambaan. Sebagai khalifah Allah pula, manusia telahdipertanggungjawabkan untuk memakmurkan muka bumi Allah iniberpandukan segala hukum-hakam dan syariat Allah dalam segenap aspekkehidupan seperti bidang ekonomi, perubatan, pertanian, sains, leknologi,pendidikan dan sebagainya. Justeru kesedaran terhadap tanggungjawab iniyang lahir dari jiwa seorang mukmin yang sebenar, sudah pasti dapatmembawa perubahan kepada ummah dan seterusnya mengembalikankegemilangan Islam seperti suatu waktu dahulu.3.5.3.2 MasyarakatSyariah mendesak keadilan yang menyeluruh dan prinsip persamaan bagisemua orang bagi semua bangsa dan semua warna kulit. Ia mengajarbahawa martabat adalah hak setiap manusia. Setiap individu dilahirkanbebas dan mempunyai hak semulajadi untuk belajar, memperolehipendapatan dan memiliki hasil daripada usahanya. Ia menyeru ke arahkebajikan, ke arah hidup kejiranan yang baik, bercakap benar, bersifatjujur, simpati terhadap orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yangmemerlukan. Syariah memberikan amaran terhadap perbuatan-perbuatanburuk seperti membenci, berdendam dan memfitnah. Masyarakat yangmengamalkan segala intipati ini akan dapat menikmati kehidupan yangharmoni dan kebahagian dalam interaksi antara satu sama lain. 3.5.3.3NegaraIslam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama,amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpamengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandangrendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan olehmahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allahs.w.t maksudnya:Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenisamanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamumenjalankan hkum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukumdengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberipengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allahsentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. (al-Nisa': 58)Negara umat Islam perlu mendukung model acuan Islam. Modelpembangunan Islam yang bersandarkan kepada gagasan teori Islam akanmempunyai pendekatan yang mengambil kira nilai kemanusiaan. Ia akanmemiliki ciri pelbagai dimensi yang membabitkan pemeliharaan akhlakmasyarakat dan alam persekitaran. Kedaulatan di dalam negara Islambukanlah berada pada individu yang memerintah kerana syariat Islammeletakkan kuasa mutlak dalam sistem politik dan pemerintahan hanya

kepada Allah. Pemerintah yang mentadbir sesebuah negara mestilahmelaksanakan pembangunan negara berlandaskan garispanduan yang telahtermaktub dalam al-Quran dan ditunjukkan secara amali melalui praktikRasulullah s.a.w. Justeru itu perlantikan pemimpin dan pemerintah dalamsesebuah masyarakat muslimin mestilah dari kalangan orang yangberiman dan bertaqwa.3.5.4 Syariat Islam Sebagai Pemacu Pembangunan UmmahSyariah ialah panduan Islam yang menyeluruh, diwahyukan kepada NabiMuhammad s.a.w dan disebarkan oleh Baginda kepada manusia sejagatsebagaimana yang termaktub dalam kitab suci al-Quran. Makna asalsyariah ialah satu aliran air (al-Zubaidi, 1306H). Seperti air yang menjadisumber kehidupan, syariah Islam juga bertindak sebagai sumberkehidupan sosial yang teratur dan harmoni (Muhammad Abdul Rauf,1994).3.5.4.1 Mendidik ManusiaTujuan umum dasar perundangan Islam juga ialah untuk mendidikmanusia itu sendiri. Pemikiran seseorang individu akan disemat dengankeinginan untuk menanamkan nilai-nilai Islam dan kebencian terhadapperlakuan yang jahat jika ia tidak terdedah kepada pengaruh-pengaruhyang merosakkan pengamalan syariah. Syariah mendorong manusia agarmencari keredhaan Allah s.w.t yang menghasilkan ganjaran syurga diakhirat dengan cara mematuhi perintahNya. laitu supaya mereka menjadiinsan yang berguna kepada diri, bangsa dan agama, seterusnya sebagaimodel dan ikutan orang lain. Konteks tersebut, sebagai contohnya Islammensyariatkan sembahyang yang mana antara matlamat juga lujuannyaialah supaya individu itu menjadi orang yang berguna, baik dan terhindardaripada melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Hal itusebagaimana yang dinyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud:Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itumencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar (al-Ankabut: 45)Pematuhan kepada syariah membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan didunia dan di akhirat.3.5.4.2 Memelihara Lima AsasObjektif syariah Islam ialah melindungi dan menggalakkan kesejahteraanlima perkara asas iaitu agama, pemikiran manusia, penghormatan danmartabat kemanusiaan, tubuh badan manusia dan kekayaan (Abu Zahrah,t.thn.). Agama mendorong kesedaran akan kewujudan Tuhan, kuasaNyadan sifat Maha MengetahuiNya dan ini memastikan disiplin ke ataspengikutnya. Mencemarkan agama adalah dosa yang paling besar.Tambahan pula, syariah menggalakkan apa-apa sahaja usaha yang bolehmengarah kepada perkembangan akal dan melarang apa-apa sahajatindakan yang boleh membahayakannya seperti meminum arak danpenggunaan dadah berbahaya. Syariah juga menekankan bahawa badanmanusia perlu dijaga dengan baik, dibekalkan dengan makanan yangberkhasiat dan dijaga supaya sentiasa bersih dan kemas. Syariah melarangsemua perkara yang boleh membahayakannya. Maruah manusia juga ialahhak setiap orang, justeru syariah mengajar supaya kehormatan manusiamesti dilindungi. Sebarang perlakuan yang mengaibkan atau menghinadan perlakuan yang tidak sopan adalah dilarang. Akhir sekali, kekayaandan sumber kekayaan itu menurut syariah, mestilah dicari, dikembangkan,dilaburkan, diperlakukan dan disediakan untuk penggunaan dan kebaikan

manusia. Kekayaan itu tidak boleh dibazirkan atau disalahgunakan.3.5.4.3 Menegakkan KeadilanAntara agenda utama daripada tujuan syariah Islam untuk menegakkankeadilan terhadap individu dan masyarakat. Sehubungan dengan itu,keadilan akan dibina atas dasar mengambil hak daripada orang zalim danmemberi hak kepada yang kena zalim atau tertindas. Hal ini dijelaskansebagaimana firman Allah yang bermaksud:Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itumendorong kamu kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) keranasikap adil itu lebih hampir kepada taqwa (al-Ma'idah: 8)Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam segalaurusannya, terutama daripada kalangan pemerintah yang berkuasa. Hal inidijel'askan Allah s.w.t yang bermaksud,Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya (Al-Nisa' : 58)Beberapa prinsip keadilan dalam syariah ialah :1. Syariah Islam berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesusahandan memberikan kesenangan ke atas umat manusia untuk mematuhisyariat Allah SWT. Segala sesuatu yang diperundangkan,sememangnyadapat dilaksanakan oleh manusia (Mustafa Haji Daud, 1991).Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firman Allah yang bermaksud,Allah tidak membuat untuk kamu kesukaran dalam agama kamu(alHaj :78)Keringanan syariah Islam dapat dilihat di dalam semua perundangan.Misalnya, Allah s.w.t menggugurkan taklif ke atas manusia daripadamelakukan fardu ain ketika uzur, seperti wanita yang datang haiddiberikan kelonggaran meninggalkan sembahyang. Kelonggaran jugadiberikan bagi seseorang itu mengqasarkan sembahyang jika berada dalamperjalanan.Dalam keadaan tertentu juga, wuduk diharuskan penggantiannya dengantayammum dan lain-lain lagi.2. Syariat Islam juga sedaya upaya mengurangkan hukuman agar tidakmenjadi beban kepada umat manusia. Allah s.w.t hanya mengharamkansesuatu yang merosakkan aqidah, syara' dan akhlak, akal, tubuh badan,keturunan dan harta benda. Sebaliknya sesuatu yang baik dan tidakmerosakkan, kesemuanya dihalalkan. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t didalam al-Quran yang bermaksud,Mengapa kamu tidak mahu memakan binatang yang halal yang disebutnama Allah ketika menyembelihnya, pada hal Allah telah menjelaskankepada kamu apa-apa yang diharamkan kepadamu (Al-An'am :119)3. Syariah Islam juga memperundangkan sesuatu dan pelaksanaannyasecara beransur-ansur, tidak sekaligus. Hal ini adalah kerana kadarkeupayaan manusia yang tidak mungkin boleh melaksanakan hukumsecara sekaligus. Selama Rasulullah s.a.w berada di Mekah, kira-kira 13tahun, syariah Islam hanya memperkenalkan ajaran aqidah tanpa wujudsebarang perundangan yang berkaitan dengan ibadat. Perkara ini dapatdilihat berkenaan keharaman arak. Pada zaman jahiliah ia adalahminuman kebiasaan yang sukar untuk ditinggalkan. Justeru itupenghapusannya dijalankan secara beransur-ansur. Pada peringkat awalAllah S. W.T hanya membayangkan bahawa minuman arak itumengandungi kebaikan dan kemungkaran seperti yang dijelaskan dalam

firmanNya yang bermaksud,Mereka bertanya tentang arak dan judi. Katakanlah keduanya itu terdapatdosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanyalebih besar daripada manfaatnya (Al-Baqarah: 219)Selepas itu turun ayat Allah s.w.t yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampirisembahyang sedangkan kamu mabuk (Al-Nisa' :43)Setelah majoriti umat Islam pada masa itu benar-benar mengetahuikeburukan yang dicetuskan oleh minuman arak, turunlah ayat Allah yangbermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dankayu tenungan nasib adalah najis daripada kerja syaitan, maka hendaklahkamu menjauhkan diri daripadanya (Al-Maidah: 90)Al-Quran menjelaskan bahawa keadilan hanya dapat dilaksana setelahseseorang itu mempunyai daya kekuatan dan keinginan yang cukup kuatuntuk melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t. Allah mewajibkkanseseorang itu menjatuhkan hukuman secara adil walaupun mengenaidirinya sendiri atau ibubapanya. Perkara ini hanya dapat dilaksanakandengan kekuatan iman dan taqwa. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegakkeadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiriatau kepada kedua ibubapamu (Al-Nisa' :58)4. Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya kesamarataan di dalammentaklifkan segala fardu ain. Setiap manusia diwajibkan melaksanakansyariat Allah dan meninggalkan segala laranganNya tanpa ada kekecualiankepada individu-individu tertentu. Keadilan akan menghasilkanpelaksanaan segala titah perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segalalaranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan segalasuruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah s.w.t.Adil bermaksud bahawa setiap sudut dan aspek diberikan peluang danruang secukupnya serta diberikan hak seadilnya. Rasulullah s.a.w dimintamenyeru manusia melakukan keadilan seperti yang diperintah oleh Allahdalam firmanNya yang bermaksud,Katakanlah : Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan (al-Araf: 29)Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yangberhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukumantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil (al-Nisa': 58)Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitabyang mengandungikebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Allahwahyukan kepadamu dan janganlah kamu menjadi pembela bagi orangyang khianat (al-Nisa': 105)Ayat ini merujuk kes Taimah ibn Ubairaq, yang lahiriahnya Islam tetapipada realitinya seorang hipokrit dan melakukan semua jenis perbuatanmungkar. Dia disyaki mencuri sepasang baju besi dan apabila perbicaraanmenjadi hangat, dia menanam barang curi itu di dalam rumah seorangYahudi dan di sanalah barang curi itu ditemui. Orang Yahudi itumenafikan tuduhan dan mendakwa Taimah, tetapi komuniti Islambersirnpati dengan Taimah dengan mengambil kira penganutan Islamnyayang lahiriah. Kes ini dibawa kepada Rasulullah s.a.w yang kemudiannyamembebaskan orang Yahudi itu berdasarkan prinsip keadilan yang tegas,seperti "yang diwahyukan oleh Allah".

Keadilan mesti dilakukan secara saksama walaupun terhadap diri, keluargaatau saudara-mara sendiri. Dalam hal ini, tidak wujud perbezaan antarayang kaya dengan yang miskin. Semuanya hamba Allah dan mesti diadiliberdasarkan firman Allah yang bermaksud,Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benarmenegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimusendiri atau ibubapa dan kaum kerabatmu, dan sama ada terhadap yangkaya ataupun yang miskin. Maka Allah lebih mengetahui keadaan kedua-duanya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana inginmenyimpang daripada kebenaran. Dan jika kamu memutar-belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah MahaMengetahui segala apa yang kamu kerjakan (al-Nisa': 135)KeadilanmerupakansifatAllah.Bagimenegakkankeadilan.kitahendaklahmenjadi saksi kepada Allah walaupun ini memusnahkan kepentingan kitasendiri atau memusnahkan kepentingan mereka yang rapat dan kitakasihi. Dalam hal ini pepatah Latin ada berbunyi,"Jalankanlah keadilanwalaupun langit runtuh".3.5.5 Keperluan Manusia Kepada Syariah Dan Kesan Pengabaiannya3.5.5.1 Keperluan kepada SyariahManusia dan semua umat manusia khususnya memerlukan kepada syariahkerana beberapa sebab, antaranya ialah:1. Manusia makhluk bermasyarakat dan hidup bermasyarakat. Justeru,mereka perlu kepada undang-undang dan peraturan yang menyusun hidupsesama mereka demi menjalinkan hubungan harmoni, untuk menjaminkeharmonian mencegah daripada berlaku kerosakan, penindasan danlainnya. Selain itu juga, keperluan syariah demi menjaga hak-hak manusiasecara sah menegakkan keadilan di kalangan manusia serta pemilikan (Al-Tarifi, 1998).2. Allah telah menetapkan menerusi syariah, peraturan melaksanakanibadat mestilah dilakukan kepada-Nya semata-mata, seperti ibadatsembahyang, zakat, haji juga puasa. Selain itu juga, ditetapkan peraturandan kaedah dalam urusan muamalat dan harta, seperti pengharaman riba,penipuan dan landasan mencari rezeki halal seperti jual beli.3. Allah seterusnya menetapkan peraturan hidup berkeluarga sepertiundang-undang perkahwinan, perceraian, nafkah juga batasan pergaulandan tanggunggjawab berkeluarga demi mencapai sebuah keluarga yangharmoni. Antaranya sebagaimana yang telah dijelaskan menerusi firmanAllah yang bermaksud:Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteridari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesradengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaankasih sayang dan belas kasihan (al-Rum: 21)4. Menerusi Syariah Islam, Allah menetapkan undang-undang atau hukumyang berkaitan dengan jenayah seperti hudud, qisas, diyat serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya demi merealisasikan keamananjuga keselamatan seluruh masyarakat. Selain itu juga, keperluan manusiakepada hukum jenayah Islam ialah untuk mengembalikan hak orang yangdizalimi, keadilan dan kesedaran masyarakat.5. Seterusnya Allah mensyariatkan kewajiban jihad sebagai suatu rahmatkepada manusia seluruhnya untuk mempertahankan maruah agama, diri

yang dizalimi dan menentang kafir penceroboh.6. Keperluan umat manusia kepada syariah Islam kerana Allah yangmenjadikan mereka. Oleh itu, Allah mengetahui peraturan serta hukumyang terbaik untuk mereka, khususnya untuk menyingkirkan undang-undang jahiliah (al-Qaradawi, 1977). Hal ini selaras dengan firman Allahyang bermaksud,Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukumjahiliah? Pada hal kepada orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapayang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah (Al-Maidah:50)7. Manusia memerlukan peraturan yang memenuhi semua kriteria dankeperluan mereka yang menyeluruh. Syariah Islam sahaja yang memenuhikriteria tersebut yang sentiasa tetap, samada sudut nilai akhlak danlainnya yang tidak berubah walaupun berlaku perubahan zaman dankeadaan (al-Qaradawi, 1999, 'Ali, 1970).8. Untuk memberi panduan kepada manusia jalan dan ketetapan yangsebenar. Apa yang ditetapkan oleh Allah itu adalah terbaik dan apa yangditegah oleh Allah itu sesuatu yang buruk dan salah serta merbahayauntuk mereka.Pengabaian Terhadap Syariat AllahKesucian syariat Allah tidak boleh dipertikaikan. Semua peraturannya tidaksedikit pun menghalang umat manusia daripada mengejar pembangunan.Namun mungkin akibat pengetahuan yang terbatas dan maklumatserpihan mengenai Islam yang dimiliki sesetengah golongan manusia,mereka melemparkan tuduhan kononnya ajaran Islam anti pembangunan(Selamat, 2001).Kesan dari pengabaian syariat Allah s.w.t, tampak jelas, di mana ramaiumat Islam hari ini dihimpit dengan pelbagai masalah hidup, hingga tidakdapat berfikir sebagai seorang insan, dan menurut sahaja hawa nafsusyaitan terhadap sikap dan tingkahlaku mereka.Gejala sosial yang melanda umat Islam hari ini, merupakan satu contohyang paling ketara, betapa rendahnya akhlak masyarakat Islam.Penglibatan mereka dalam gejala sosial, adalah sesuatu yang amatmemalukan. Kita sering di gemparkan dengan perbuatan membuang bayi,bayi yang baru dilahirkan dibuang di tepi longkang, di bawah pokok ataudi tepi surau, tanpa rasa belas kasihan. Kemudian timbul pula isusumbang mahram, nafsu tidak mengenai yang mana anak dan yang manacucu, maka hari ini kita kejutkan pula dengan rogol dan bunuh. Yangmenjadi mangsa bukan sahaja perempuan dewasa, tetapi termasuk jugaremaja bawah umur dan anak yang masih bayi. Menurut (statistik)Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa kes rogol telah meningkatdaripada 1,217 pada tahun 2000 kepada 1,386 pada tahun 2001, dankepada 1,431 pada tahun 2002, menurut statistik tersebut, seramai 4 orangdirogol setiap hari. Berbagai-bagai golongan telah mengutuk perbuatan ini,termasuk yang bukan Islam, berbagai-bagai hukuman telah dicadangkan,namun sehingga kini, masih belum dapat penyelesaiannya.Perjalanan hidup telah memberi pengajaran kepada kita, bahawakebanyakan orang yang hidup dalam keluh-kesah, kecelaruan fikiran,hidup terumbang-ambing, tidak ada pertahanan diri, terdiri daripadamereka yang tidak memperolehi nikmat iman dan tidak mengamalkansyariat Allah s.w.t.

3.6 KESIMPULANSyariat atau undang-undang Islam pada hakikatnya adalah sebahagiandaripada undang-undang ciptaan Allah s.w.t untuk seluruh alam ini (Qutb,Sayyid, t.thn.). Ia dicipta untuk mengatur kehidupan umat manusia sesuaidan selaras dengan perkembangan dan perjalanan alam serta fitrahmanusia sendiri. Allah s.w.t yang menciptakan manusia Maha Mengetahuisegala kehendak dan keperluan hambaNya. Oleh itu undang-undang Islamyang diciptakan itu adalah untuk dipatuhi dan ditaati oleh seluruh umatmanusia bagi memenuhi segala tuntutan hidup mereka.Berasaskan iman kepada Allah s.w.t, para malaikat, Kitab-kitab danRasulNya manusia hams membangunkan kehidupan di dunia ini sesuaidengan kehendak dan ketetapan serta garis panduan Tuhannya. Garispanduan atau syariah ini apabila dipatuhi akan menjamin keselamatanindividu, keluarga, masyarakat dan negara di dunia dan di akhirat.Umat yang hidup berdasarkan syariat akan mengimbangi segala tuntutankehidupan duniawi dan rohani dengan tidak melampaui batas-bataskewajaran. Umat sebegini disifatkan oleh Allah sebagai 'ummatan wasatan'(umat yang berada di tengah) yang membangunkan dirinya dengan segalakekuatan yang telah disediakan oleh Allah, iaitu kekuatan jasmani,perekonomian, politik dan ketenteraan untuk membela diri danmenentang penceroboh-penceroboh di samping kekuatan kemasyarakatan,ilmu pengetahuan dan teknologi.Semua kekuatan dan kehebatan ini terhasil melalui peraturan Ilahi.Semangat pengabdian kepada Allah yang berpangkal kepada iman inimembentuk insan yang terbangun jiwanya. Ekoran dari itu, semua aspekpembangunan akan diresapi dengan amalan kebaikan dan diredai Ilahi.Orang-orang yang beriman dan bertakwa, akan tetap berpegang teguh,bahawa al-Quran dan al-Sunnah adalah panduan hidup sejati yang menjadibenteng dalaman mereka. Mereka inilah yang mendapat kejayaan.Sebaliknya kepada golongan yang menolak dan membelakangkan al-Qurandan al-Sunnah, mereka akan terus berhadapan dengan berbagai-bagaikrisis moral, termasuk rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah-memfitnahyang sering kali berkesudahan dengan kekecewaan. Golongan seperti ini,walaupun fizikalnya nampak maju dan berjaya, namun spiritual ataurohani mereka adalah kosong dan tidak sihat. Di akhirat nanti merekaadalah golongan yang rugi.

http://www.scribd.com/doc/47162213/CTU-151-Bab-3-Syariah-Text-Book