smart power window jabatan kejuruteraan

36
SMART POWER WINDOW NAMA NO. PENDAFTARAN MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMAD AKMAL 02DAD18F1117 MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAKARIA 02DAD18F1030 MUHAMMAD NURHAKEEM BIN GULAM MUHAMMAD 02DAD18F1032 MUHAMMAD HAKEM BIN KHALILI 02DAD18F1044 Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Upload: khangminh22

Post on 28-Apr-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SMART POWER WINDOW

NAMA NO. PENDAFTARAN

MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMAD AKMAL 02DAD18F1117

MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAKARIA 02DAD18F1030

MUHAMMAD NURHAKEEM BIN GULAM MUHAMMAD 02DAD18F1032

MUHAMMAD HAKEM BIN KHALILI 02DAD18F1044

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai

memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan

Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

TAJUK : KAJIAN REKABENTUK SMART POWER WINDOW YANG

MELIBATKAN FAKTOR-FAKTOR ELEKTRONIK

SESI : JUN 2020

1. Kami, 1.MOHAMAD AMIRUL BIN MOHAMAD AKMAL(1117)

2.MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAKARIA (1030)

3.MUHAMMAD HAKEEM BIN GULAM MUHAMMAD (1032)

4.MUHAMMAD HAKEM BIN KHALILI

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Automotif),

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang

beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai

“Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah

hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada

pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik tersebut’

bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal(Automotif)

kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;

a) MUHAMMAD AMIRUL BIN ZAKARIA ..................................

(No. Kad Pengenalan:-000527-14-0553) MUHAMMAD AMIRUL

b)MOHD AMIRUL BIN MOHD AKMAL ………………………

(No. Kad Pengenalan:-000120-08-1491) MOHD AMIRUL

c) MUHD NURHAKEEM BIN GULAM MUHAMMAD ………………………

(No. Kad Pengenalan:-00102-501-2505) MUHAMMAD HAKEEM

d) MUHAMMAD HAKEM BIN KHALILI ………………………

(No. Kad Pengenalan:-000715-06-0921) MUHAMMAD HAKEM

Di hadapan saya, ENCIK MUHD RAMZAM BIN ABU HASSAN ………………………

Sebagai penyelia projek pada tarikh: …………… MUHD RAMZAM

PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

Laporan bertajuk `SMART POWER WINDOW’ telah dikemukakan,disemak serta disahkan

sebagai memenuhi syarat dan keperluan penulisan projek seperti yang telah

ditetapkan.Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan yang setiap

satunya telah kami jelaskan sumbernya.

ABSTRAK

Buku laporan projek ini ditulis adalah untuk menerangkan tentang aktiviti

projek yang telah dijalankan sepanjang semester 5 iaitu semester akhir sebelum

pelajar memasuki latihan industri.Projek semester 5 pada sesi DISEMBER 2020

ini bertemakan `TECHNOLOGY AUTOMOTIVE’.Tema projek ini dipilih kerana

teknologi masa kini yang lebih mengutamakan barangan automatik yang

dikawal oleh sesuatu mesin.Sistem yang diciptakan gabungan `Software’ dan `

Sensor’ telah diprogramkan.Pada projek kali ini kumpulan kami telah mencipta

`SMART POWER WINDOW’ bagi memenuhi syarat projek 2.

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek kami iaitu ENCIK MUHD RAMZAM BIN ABU HASSAN di atas bimbingan dan

perbincangan yang diberikan sepanjang tempoh projek ini. Dan tidak lupa juga kepada kedua

ibu bapa kami di atas segala sokongan dan galakkan mereka sepanjang tempoh kami belajar

di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH ini dan khusunya sepanjang kami menjalankan

aktiviti projek `SMART POWER WINDOW’ kami ini. Di atas segala jasa baik budi tuan dan

saudara saudari sekalian amat kami hargai.

Sekian terima kasih,

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK iii

PENGHARGAAN iv

BAB

1] PENGENALAN 1

1.1 Pernyataan Masalah 2

1.2 Objektif Projek 3

1.3 Skop Projek 3

2] KAJIAN LITERATUR 4

2.1 Pengenalan 8

2.2 Ringkasan Untuk Keselamatan Sistem 12

2.3 Alat-alat tangan

3] METODOLOGI 16

3.1 Pengenalan 17

3.2 Langkah langkah Dalam Melakukan Projek 20

3.3 Komponen Menghasilkan Litar

3.4 Prasarana Sesebuah Model

4] DAPATAN DAN ANALISIS PROJEK 36

4.1 Atucara Bagi Arduino 37

4.2 Indeks Atucara 38

4.3 Litar Arduino 39

4.4 Litar Moto Power Window 40

4.5 Litar Pengesahan Gas [sensor] 40

4.6 Analisis Litar 41

4.6.1 Pengenalan 42

4.6.2 Carta Analisis Pada Litar Sebenar 42

4.7 PENYENGGARAAN DAN BAIK PULIH 43

4.8 KESIMPULAN 44

4.9 HASIL ANALISA DAN KEPUTUSAN 44

4.10 Senarai Komponen 45

4.11 Keputusan Projek 45

4.12 Pemasangan Litar Sensor 46

4.13 Pemasangan Litar Motor 47

4.14 Pemasangan Litar Arduino 48

4.15 Smart Power Window Telah Berjaya Disiapkan 49

5] 5.1 Pengenalan Perbincangan 52

5.2 Masalah Yang Dihadapi Dan Penyelasaian 53

5.2.1 Masalah Membina Atucara 55

5.2.2 Masalah Membuat Litar 56

5.2.3 Masalah-Masalah Lain 58

6] Kesimpulan Dan Cadangan 61

6.1 Kesimpulan 56

6.2 Cadangan 56

BAB 1

PENGENALAN

1.0PENGENALAN

Smart Power Window ini merupakan satu projek yang menarik minat kami untuk

melakukannya.Walaupun pelbagai masalah yang kami tempuhi sepanjang proses perlaksaan

namun ia adalah berbaloi dengan apa yang dapat kami pelajari.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

• Terlupa membuka tingkap apabila hendak tidur semasa enjin dan air-cond

dihidupkan

• Oksigen akan berkurang selepas disedut oleh manusia sewaktu tidur

• Berkemungkinan gas beracun daripada ekzos (carbon monoxide) bocor dan akan

masuk ke dalam cabin kereta

1.2 OBJEKTIF PROJEK

Secara khususnya:

• Untuk menyelamatkan nyawa

• Membolehkan kitaran udara berlaku

• Mengekalkan udara segar di dalam kabin kenderaan

1.3 SKOP PROJEK

Sesuatu projek yang dihasilkan mesti mempunyai skop tersendiri untuk menunjukkan

keupayaan berbanding projek yang lain, Skop pertama bagi projek ini ialah menggunakan

arduino dan pengesan gas dan motor power window bagi membolehkan tingkap kereta

turun secara automatik apa bila terdapat sebarang gas yang memberhaya di dalam ruang

kabin kereta semasa pengguna sedang tidur sambil membuka penghawa dingin.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0PENGENALAN

Di dalam bab ini, kami telah membuat kajian berkenaan komponen-komponen yang

terlibat di dalam projek SMART POWER WINDOW. Ia adalah berkaitan tentang fungsi dan

kendalian setiap komponen tersebut

2.1RINGKASAN UNTUK KESELURUHAN SISTEM

Berbagai kajian dilakukan untuk menghasilkan sebuah prototaip pengesan gas merbahaya.

Kajian dilakukan dari segi kesensitifan pengesan gas (sensor) yang di pasang pada power

window untuk menggerakan moto.

2.1.1 ADUINO UNO

Arduino Uno adalah board micontroller Atmega328 (datasheet). Memiliki 14 pin input dari

output digital dimana 6 pin input tersebut dapat digunakan sebagai output PWM dan 6 pin

input analog, 16 MHz osilator kristal, koneksi Usb, jack power,ICSP header,dan tombol reset.

Untuk mendukung mikrokontroler agar dapat digunakan, cukup hanya menghubungkan

Board Arduino Uno ke komputer dengan menggunakan kabel USB atau listrik dengan AC yang-

ke adapter-DC atau bateri untuk menjalankannya.

Uno berbeda dengan semua board sebelumnya dalam hal koneksi USB-to-serial iaitu

menggunakan fitur Atmega8U2 yang diprogram sebagai konverter USB-to-serial berbeza

dengan board sebelumnya yang menggunakan chip FTDI driver USB-to-serial.

Nama “Uno’’ berarti satu dalam bahasa Italia, untuk menandai peluncuran Arduino 1.0.

Uno dan versi 1.0 akan menjadi versi refernsi dari Arduino. Uno adalah yang terbaru dalam

serangkaian board USB Arduino,dan sebagai model referensi untuk platform Arduino,untuk

perbandingan dengan versi sebelumnya.

2.1.2 PENGESAN GAS(SENSOR)

Pengesan gas berfungsi sebagai penghantar maklumat kepada pengguna sekira berlakunya

kebocoran gas pada tabung ekzos mahupun pada ekzos kenderaan yang boleh menyebabkan

berlakunya kematian. Projek ini menggunakan sensor gas MQ-9 untuk mengesan kebocoran

gas dimana sensor mengesan bau gas dan (Peripheral Interface Controller) yang di program

ini akan memproses isyarat yang diberikan oleh sensor.

2.1.3 RELAY 4 SIARAN

Relay dioperasikan secara elektrik dan merupakan komponen Electromechanical yang

terdiri dari 2 bagian utama iaitu Elektromagnet dan Mekanikal. Relay yang menggunakan

prinsip elektromagnetik untuk menggerakkan kontak sekiar sehingga dengan arus elektrik

yang kecil dapat menghantar arus elektrik yang bertegangan lebih tinggi. Sebagai contoh,

dengan Relay (yang berfungsi sebagai sekiar) untuk menghantar arus 220V 2A.

2.1.4 BUZZER

Buzzer merupakan sebuah komponen elektronik yang masuk dalam keluarga transduser,

yang dimana dapat mengubah signal arus elektrik menjadi getaran suara. Selain dari nama

Buzzer, ia juga disebut sebagai `Beeper’.Pada saat ada aliran cartu daya atau tegangan listrik

yang mengalir ke rangkaian yang menggunakan `Piezoelectric’, maka akan terjadi pergerakan

mekanis pada `Piezoelectric’ tersebut.Sebab kenapa alat Buzzer digunakan pada projek ini

adalah kerana untuk menyedarkan pengguna jika berlaku sebarang kecemasan.

2.1.5 WIRE MALE TO FEMALE

Kabel ini adalah antara salah satu kabel yang digunakan pada Arduino. Kabel ini digunakan

untuk dihubungkan pada kabel male-female, digunakan untuk menyambungkan komponen

elektronik yang satu dengan yang lainnya pada saat membuat projek prototaip dengan

menggunakan breadboard.

2.1.6 POWER SUPPLY 5V (POWER BANK)

Fungsi bateri adalah untuk membekalkan tenaga elektrik dengan arus sebanyak 5v.Bateri

ini digunakan dalam alat-alat yang kecil seperti jam loceng,lampu suluh,radio dan alat

permainan.Jadi, pada projek kami, bateri 5v perlu digunakan unutk menghidupkan arduino

supaya arduino dapat memberi arahan atau respon kepada komponen elektrikal lain seperti

sensor,relay dan buzzer.

2.1.7 POWER WINDOW MOTOR

Power window dicipta atau direka untuk menggantikan cara mekanikal atau manual yang

selalu digunakan pada model kenderaan-kenderaan yang lama.Ia dapat memudahkan

pemandu untuk menaik dan menurunkan tingkap dengan amat mudah dan selesa berbanding

sistem mekanikal atau manual.Pada zaman kini,seluruh kenderaan menggunakan sistem

power window ini kerana lebih mudah. Sistem ini digunakan oleh pihak ramai adalah kerana

sistem ini dapat memberi keselesaan dan keselamatan kepada semua pemandu dan

penumpang.

KOMPONEN YANG ADA PADA SISTEM POWER WINDOW:

2.1.8 BATERI KERETA 12V

Bateri kereta adalah salah satu komponen utama atau bahan utama yang penting pada

sebuah kenderaan. Ianya diumpamakan sebagai komponen pemula untuk memulakan

kenderaan.Tanpa bateri, kereta tidak akan mampu untuk hidup atau dicrank kan.

Bateri kereta adalah dalam kategori rechargeable battery. Walaupun ianya adalah sejenis

komponen pakai dan buang, namun ianya boleh dicas berkali-kali selagi mana dalam

lingkungan jangka hayatnya yang tersendir.

Secara asasnya, bateri kereta bertujuan untuk menghidupkan kenderaan. Ianya diperlukan

sebagai permulaan sistem. Salah satunya sebagai permulaan untuk sistem ignition atau

dipanggil sebagai pencucuhan untuk memulakan starter pada motor enjin dan sebagai

bahagian antaranya pada motor power window.

Semua komponen-komponen elektrik dan elektronik kenderaan menerima sejumlah

bekalan tenaga elektrik dan bateri.Tanpa bateri, kenderaan anda tidak akan dapat dihidupkan

dan semua sistem lain termasuk sistem power window.

JENIS-JENIS BATERI KERETA:

1]LOW MAINTENANCE BATTERY

2]FREE MAINTANANCE BATTERY

LOW MAINTANANCE BATTERY

Bateri ini adalah sejenis bateri rechargeable kategori sel basah.Bateri ini digunakan secara

meluas dalam industri automotif.Bateri jenis ini perlu diperiksa dan diselenggara secar

berkala.

FREE MAINTANANCE BATTERY

Bateri ini pula adalah bateri rechargeable.Jangka hayat bateri ini secara purata boleh

mencecah selama 3 hingga 4 tahun. Untuk projek ini kami menggunakan bateri free

maintanance kerana lebih mudah untuk digunakan

BAB 3

METHODLOGY

3.0 PENGENALAN

METHODLOGY berkait rapat dengan kaedah-kaedah serta penggunaan carta alih

untuk menunjukkan perjalanan sesuatu projek yang dilakukan. Carta juga boleh

digunakan untuk menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh projek

dilaksanakan.

Jadi, dalam bab ini segala langkah-langkah perlaksanaan yang digunakan, carta alih

penerangan tentang komponen-komponen akan diterangkan dengan secara terperinci.

Diantara langkah-langkah yang akan diterangkan ialah:

• Langkah-langkah melakukan projek

• Langkah-langkah membina atur cara

• Carta alih

• Komponen menghasilkan litar

Bagi melaksanakan sesuatu projek, ia memerlukan kaedah atau tatacara yang khusus

bagi melaksanakan proses penghasilan sesebuah projek.Proses ini melibatkan daripada

permulaan mendapat tajuk projek.

Prosedur Perlaksaan Projek

Mendapat tajuk projek

Mendapatkan komponen yang

diperlukan untuk projek

Menguji komponen

Merekabentuk litar

Merekabentuk tapak pintu kereta

Pemasangan komponen pada pintu

kereta kenderaan

Menguji keberkesanan litar

3.1 LANGKAH-LANGKAH DALAM MELAKUKAN PROJEK

Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang di perlu di lalu sebelum

projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian kerana

dengan ketelitian mampu menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti . Dalam

menghasilkan projek kami ini beberapa langkah telah kami lalui. Antaranya adalah seperti

yang diterangkan di bawah.

1.Mencari dan memilih tajuk Projek

Merupakan langkah awal yang perlu ditempuhi sebelum memulakan kerja yang

berkaitan dengan projek. Tajuk projek yang dicari hendaklah sesuai dengan taraf diploma

kerana ini adalah merupakan satu projek akhir sepanjang pengajian dalam Diploma

Kejuruteraan Mekanikal Automotif ini.

Selain itu , pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang kreatif

dan inovatif disamping ia melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi

mana taraf pengetahuan individu tersebut. Selepas projek dipilih, projek tersebut perlu

memilih tajuk yang mampu menarik minat orang lain untuk mengetahui dengan lebih dalam

lagi mengenai projek tersebut secara dekat. Tajuk yang mampu menarik perhatian orang lain

melambangkan status awal projek tersebut.

2 Pemilihan litar

Selepas tajuk yang sesuai dipilih, langkah yang perlu dilalui pula ialah memilih litar- litar

berkaitan dengan projek yang hendak dibuat. Disamping itu mengenalpasti komponen-

komponen yang terlibat dengan litar berkenaan agar ia mudah didapati dan tidak

menimbulkan satu masalah yang besar untuk mendapatkannya. Ini kerana komponen yang

susah untuk didapati akan memberikan kesan kepada projek yang akan dibuat kerana ia

mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya.

3.2 LANGKAH-LANGKAH MEMBINA ATURCARA

Projek SMART POWER WINDOW ini menggunakan arduino UNO yang memainkan

peranan penting dalam keseluruhan sistem. Ia akan mengawal motor power window untuk

naik dan turun dengan sendiri apabila mengesan gas beracun.

Bagi membolehkan sistem berfungsi seperti yang dikehendaki, arduino perlu disetkan

kepada atucara computer melalui google. Proses pembinaan perisian atau penulisan atucara

merujuk kepada semua aktiviti yang dilakukan untuk menghasilkan sesuatu aturcara yang

boleh menyelesaikan sesuatu tugas.

1 ANALISIS MASALAH

Pada peringkat ini, pengaturcara hendaklah mengetahui tujuan khusus untuk membina

aturcara yang hendak dihasilkan iaitu apakah masalah yang hendak diselesaikan. Antara

faktor yang perlu diambilkira adalah jenis keluaran yang diperlukan, perkakasan yang ada,

bahasa pengaturcaraan yang hendak digunakan dan kekangan-kekangan yang ada.

2 REKABENTUK LOGIK

Setelah meneliti semua faktor yang diperlukan, penulis boleh mula merekabentuk

aturcara yang hendak ditulis, samada dalam bentuk algorithma atau secara grafik dalam

bentuk carta alir. Ini memudahkan pengaturcara mengetahui rujukan aturcara dengan lebih

jelas.

3. PENGATURCARAAN

Dengan bantuan algorithma dan carta alir, pengaturcara boleh mula menulis aturcara

yang diperlukan dengan memnggunakan penyunting teks untuk bahasa penghimpun atau

secara terus untuk bahasa tahap tinggi. Aturcara ini adalah aturcara punca.

4. Menguji (Testing),Nyahpijat (Debugging), dan Muat Turun

(Loading)

Penghimpun seterusnya digunakan untuk menghimpunkan aturcara bahasa

penghimpun. Penghimpun akan mengeluarkan fail senarai (list file) yang digunakan untuk

mencari kesilapan diperingkat ini. Untuk aturcara yang ditulis didalam bahasa tahap tinggi, ia

akan dilaksanakan (RUN). Bagi bahasa tahap tinggi, pengkompil dan pentafsir akan

menyatakan sebarang kesilapan yang telah dilakukan. Kesilapan atau ralat pada peringkat ini

biasanya merupakan ralat sintaks (syntax error) iaitu penggunaan bahasa pengaturcaraan

yang salah. Jika tiada ralat penghimpunan, penghimpun akan mengeluarkan fail objek (objek

file) dan fail heksadesimal (hex file). Jika tiada sebarang ralat sintaks, aturcara boleh

dijalankan untuk mengesan ralat logic (logical error) atau ralat semantic. Ralat logic adalah

kesilapan yang menyebabkan aturcara tidak berfungsi seperti yang dikehendaki iaitu tidak

menepati tujuan yang telah ditetapkan. Contohnya suatu aturcara ditulis untuk menentukan

sukatan bagi air masak dan cordial bagi „Alat Pembancuh Air Automatik‟ tetapi ia tidak

berfungsi seperti yang dikehendaki. Maka aturcara ini mempunyai ralat logic ia menggunakan

bahasa pengaturcaraan

yang betul tetapi fungsinya tidak tepat. Jika ini berlaku, pengaturcara perlu kembali semula

ke langkah yang kedua iaitu Reka Bentuk Logik dan mengulangi proses-proses seterusnya

hingga aturcara berjalan seperti yang dikehendaki. Proses pencarian ralat ini juga dikenali

sebagai nyahpijat atau debugging. Bagi bahasa penghimpun, pengujian boleh dilakukan

dengan memuat-turunkan (download) aturcara tersebut pada simulator/emulator.

5. Dokumentasi

Setelah aturcara berfungsi dengan sempurna, barulah pengaturcara boleh mencetak

aturcara fail punca sebagai dokumentasi. Pengaturcara boleh mencatatkan komen yang

sesuai pada aturcara sebagai panduan kepada pengguna yang lain.

3.3 KOMPONEN MENGHASILKAN LITAR

3.3.1 MENGHASILKAN PAPAN LITAR TERCETAK

Papan litar tercetak dihasilkan berpandukan kepada litar yang telah dibina. Terdapat

beberapa langkah bagi memastikan papan litar tercetak yang dihasilkan berfungsi dan

kelihatan kemas. :

a) Litar tercetak dihasilkan berpandu kepada litar yang telah dibina.

b) Mendapatkan komponan yang akan digunakan

c) Menguji litar yang dibina menggunakan „bread board‟.

d) Mengenalpasti saiz sebenar komponen.

e) Susunatur komponen supaya kelihatan kemas dan menarik. Disamping itu ia adalah bagi

meminimakan saiz litar dimana litar yang baik adalah litar yang kemas, menarik dan

kecil.

f) Litar disurih untuk menentukan sambungan.

26

g) Setelah surihan dibuat, ia akan dipindahkan ke papan litar.

h) Melakukan proses „etching‟.

i) Menebuk lubang kaki komponen.

j) Memasang komponen pada papan litar dan seterusnya membuat pamateriaan.

3.3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGHASILKAN PAPAN LITAR

TERCETAK

1) Dapatkan keseluruhan komponen yang diperlukan untuk membina litar projek.

2) Dengan adanya komponen , litar yang dibina perlulah diuji pada „bread board‟. Ini adalah

kerana untuk mengetahui samada litar tersebut dapat berfungsi atau sebaliknya. Pada

peringkat ini juga, kita dapat mengetahui sebarang masalah dan dapat melakukan

pembetulan.

3) Jika tiada sebarang masalah, proses seterusnya dapat dilakukan dengan mengambil saiz

komponen dan saiz fizikal.

4) Komponen disusun mengikut kesesuaian supaya kelihatan kemas. Susunan komponen yang

betul dapat meminimumkan saiz sesebuah papan litar tercetak.

5) Kemudian surihan dilakukan pada bahagian bawah kaki kompoonen kerana sambungan

litar dilakukan pada bahagian bawah „PCB‟. Cara yang mudah adalah dengan menterbalikkan

kedudukan susunan komponen tadi.

6) Setelah sambungan yang dibuat selesai, semak sekali sambungan yang dibuat tadi. Cara

yang paling mudah adalah dengan mengira dan menyurih jumlah sambungan sesuatu

komponen. Ini bagi memastikan setiap sambungan yang diperlukan bagi komponen tersebut

telah dilakukan.

7) Daripada lakaran yang telah dibuat, ia boleh dipindahkan ke papan litar. Terdapat pelbagai

cara yang dapat ibuat bagi memindahkan lakaran yang dibuat ke papan litar mengikut

kreativiti pembuat.

8) Titik sambungan dan sambungan antara komponen yang perlu, boleh dilindungi dengan

menggunakan lettering supaya kelihatan kemas kerana saiznya yang seragam. Selain itu

„permenent marker‟ juga boleh digunakan.

9) Kemudian kaki komponen dipateri dengan menggunakan alat pateri yang bersesuaian

mengikut kaki komponen.

10) Kemudian, litar tadi hendaklah digosok dengan mneggunakan kertas pasir halus bagi

kotoran dan lapisan „lettering‟ tadi dapat ditanggalkan.

11) Akhir sekali, pemasangan komponen dilakukan dan proses pematerian dibuat.

3.3.3 PENGUJIAN KOMPONEN

Pengujian projek secara keseluruhannya boleh dibahagikan kepada 3 bahagian

1) Pengujian komponen

2) Pengujian Litar

3) Pengujian keseruhan

Terdapat pelbagai komponen peranti dan bahan yang digunakan dalam projek ini antaranya

ialah :

1) Arduino

a. Arduino Uno COM5

2) Gas sesnsor

a. MQ -9 sensor

3) Relay

a. Relay 4 Module/ Relay 2 Module

4) Breadboard

5) USB Cable

a. B Type for arduino 30CM

6) Arduino casing

a. Black casing

7) Jumper Cable

a. Male to female 20cm

b. Male to male 20cm

8) Buzzer

a. DC-5V

9) LED

a. Red LED

b. Green LED

10) Power Window Motor

a. Power window PRODUA KENARI (DENSO)

11) Battery Kereta (MYVI)

a.12V/32A

3.4 PROSES LITAR

Pemilihan Arduino adalah proses pertama dalam membuat sesebuah litar. Terdapat

berbagai bagai jenis Arduino yang di jual antaranya,

1) ARDUINO UNO

2) ARDUINO LEONARDO

3) ARDUINO MEGA

4) ARDUINO DUE

5) ARDUINO FIO

6. ARDUINO LILYPAD

7) ARDUINO NANO

8) ARDUINO MINI

9) ARDUINO MICRO

10) ARDUINO ETHERNET

11) ARDUINO ESPLORA

12) ARDUINO ROBOT

Kesemua jenis ini mempunyai perbezaan yang tersendiri pada segi ketahanan, rekaan litar,

dan juga kerintangan.

Bagi projek ini, Arduino jenis Uno digunakan bagi memudahkan kerja-kerja

merekabentuk sesebuah litar. Ia digunakan kerana ia lebih mudah dan senang untuk

dibentuk.

3.4.1 ARDUINO UNO

Arduino uno R3 adalah salah satu jenis yang paling sering dipakai untuk pemula (micontroller),

jika anda adalah pemula saya sarankan untuk membeli jenis yang satu ini, Arduino Uno R3

adalah papan mikrokontroler yang memakai IC ATmega328P sebagai kontrollernya, selain itu

Arduino uno memiliki 14 pin input / output digital (dimana 6 dapat digunakan sebagai output

PWM), 6 input analog, osilator kristal 16 MHz, input koneksi USB tipe B, colokan DC 9v, header

ICSP dan tombol reset. Untuk lebih lanjut tentang Arduino Uno R3 anda dapat mengunjungi

ini Spesifikasi Arduino Uno R3

3.4.2 PAPAN PCB

Pemilihan papan „PCB‟ adalah proses pertama dalam membuat sesebuah litar. Terdapat

berbagai – bagai jenis papan litar yang dijual antaranya papan ‟PCB‟ satu lapisan dan papan

‟PCB‟ dwilapisan. Lapisan pengalir pada papan itu juga terbahagi kepada dua iaitu jenis tebal

dan jenis nipis.

Jenis papan lapisan juga berbeza. Ada yang diperbuat daripada bahan jenis fiber 29 dan ada

juga yang diperbuat daripada kepingan plastik. Kesemua jenis ini mempunyai perbezaan yang

tersendiri pada segi ketahanan, rekaan litar dan juga kerintangan.

Bagi projek ini, papan jenis plastik satu lapisan digunakan bagi memudahkan kerja – kerja

merekabentuk sesebuah litar. Ia digunakan kerana ia lebih mudah dan senang untuk

dibentuk.

3.4.3 PROSES PROGRAMMING

Proses programming merupakan proses memprogram (programming codes) kembali

arduino kepada litar yang dikehendaki . Proses ini hanya boleh dilakukan menggunakan

perisian komputer/Laptop sahaja. Proses ini juga perlu memuat turun aplikasi arduino yang

sedia ada di internet, setelah selesai menetapkan sistem programming, lalu `coding’ tersebut

akan dipindahkan ke dalam arduino uno dengan menggunakan cable type B yang akan

disambungkan dari laptop ke arduino.

3.4.4 PROSES WIRING

Proses wiring adalah proses dimana kita menyambungkan wayar dari satu komponen

ke komponen yang lain.Proses ini mestilah mengikut pada kod yang telah ditetapkankan

semasa coding pada Arduino.Antara wayar yang digunakan dalam proses wiring ini adalah:

1)KABEL MALE TO FEMALE

2)KABEL USB B

3)PCB

4)KABEL BIASA

LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES WIRING

1)Bateri disambungkan ke Arduino menggunakan cable B.

2)Arduino disambungkan ke Relay dan Sensor MQ-9 menggunakan wayar male to female.

3)Relay kemudian disambungkan ke dua bahgian iaitu pada motor dan battery 12v dengan

menggunakan wayar taip biasa.

3.4.5 PROSES PEMATRIAN

Pematerian yang cantik dan kemas menjamin fungsi litar yang betul. Jika hasil

pematerian tidak kemas atau tidak berkilat atau pun tidak sempurna, mungkin fungsi litar

akan terganggu. Salah satu cara untuk menghasilkan pematerian yang baik dengan

menggunakan solder paste. Hanya sapu sedikit pada tempat yang hendak dipateri, kemudian

paterikan seperti biasa. Hasilnya pasti memuaskan walaupun ianya akan mengeluarkan

sedikit kepulan asal. Jauhkan sedikit jarak muka atau hidung anda dari kesan ini.

Digalakkan „solder paste‟ ini digunakan untuk penyambungan wayar, penyambungan

microconnector dan penyambungan komponen untuk litar bercetak. Untuk „strip board‟

tidak digalakkan kerana ia akan menjadikan permuakaan papan berminyak dan boleh

menyebabkan fungsi litar terganggu. Membina litar di atas „strip board‟ dengan „solder

paste‟ menghasilkan litar yang rosak dan tidak berfungsi walaupun hasil pematerian cantik

3.4.5.1 LANGKAH-LANGKAH PEMATRIAN

Cara-cara yang biasa dilakukan untuk pematerian adalah seperti di bawah:

1) Letakkan besi pateri pada pemegang besi pateri, „ON‟ suis elektrik untuk

memanaskan besi pateri selama lima atau sepuluh minit.

2) Sentuh hujung besi pateri pada „soldering paste‟ atau dengan merasa pada span

pengesat untuk benar-benar pasti hujung besi pateri telah panas untuk digunakan.

3) Kedudukan besi pateri yang telah panas dan timah yang digunakan mestilah dalam

keadaan 45o

condong, di mana untuk mendapatkan pematerian yang baik.

4) Gosokkan hujung besi pateri dengan „soldering paste‟ dan letakkan semula besi pateri

pada pemegangnya.

5) Setelah selesai membuat kerja-kerja pateri, pastikan bekalan elektrik pada besi pateri

telah diberhentikan.

3.4.5.2 LANGKAH-LANGKAH MENANGGALKAN LOGAM PATERI

1) Pasang suis elektrik untuk memanaskan besi pateri.

2) Pastikan hujung besi pateri telah cukup panas untuk memulakan kerja. Alat

penyedut hendaklah telah sedia.

3) Kedudukan ketika membuat kerja menanggalkan logam pateri juga sama seperti

untuk membuat pateri iatu 45o

condong.

4) Setelah logam pateri cair, gunakan alat penyedut untuk membuang logam cair.

5) Tutup bekalan elektrik, setelah membuat kerja-kerja menanggalkan logam pateri.

3.4.6 PROSES WELDING

Welding ialah sebuah teknik dalam penyambungan logam dengan mencairkan beberapa

logam pengisi tanpa atau dengan tekanan serta tanpa atau dengan logam penambah yang

menghasilkan sambungan yang bertahap. Lingkup pemakaian teknik pengelasan dalam

kontruksi sangatlah luas, mencakup perkapalan, jembatan, rangka baja, bejana tekan, pipa

saluran, pipa pesat, dan lain-lain.

Perlengkapan Keselamatan Kerja Pengelasan:

– Topeng las, membuat perlindungan mata dari sinar las

– Masker las / blower hisap, untuk melindungi hidung serta pernapasan karena asap api

– Apron / pelindung dada, membuat perlindungan badan dari percikan api

– Sarung tangan welding

– Sepatu pelindung

Langkah pengelasan :

1. Membersihkan bahan yang akan dilas. Pakai palu untuk membersihkan kerak pada

permukaan ruangan yang akan dilas. Gunakan sikat baja untuk hasil yang optimal.

2. Tempatkan bahan yang akan dilas pada tempat yang sudah disiapkan. Baik itu

memakai meja kerja atau hanya menempatkannya di lantai. Mengatur kerapatan di

antara dua bahan. Pakai klem bila diperlukan.

3. Tempatkan masa mesin las pada salah satu sisi bahan yang akan dilas. Tambahkan

elektroda pada panel penjepit elektroda di mesin las. Pasang kemiringan elektroda

sesuaikan dengan urutan bahan. Umumnya sudah ada tempat khusus kemiringan

elektroda pada tang penjepit elektroda.

4. Sesudah bahan siap untuk di las, perlahan-lahan dekatkan ujung elektroda pada

bahan yang akan dilas.

5. Jarak di antara ujung elektroda dengan bahan yang akan dilas sangatlah

memengaruhi kualitas pengelasan. Bila jarak begitu jauh, akan muncul percikan

seperti hujan bintik-bintik api. Proses pengelasanpun tidak prima. Bila jarak begitu

dekat, api tidak menyala dengan sempurna. Serta tidak ada cukup jarak untuk

tempat lelehan elektroda. Jarak yang baik ialah seperdelapan dari tebal elektroda.

6. Dengan memakai masker pelindung atau kacamata las, anda bisa memperhatikan sisi

elektroda yang telah mencair yang menyatukan di antara dua bahan yang dilas itu.

Perlahan-lahan gerakkan elektroda ke sepanjang ruang yang dilas.

7. Hasil yang baik waktu proses pengelasan bisa dilihat kala permukaan yang dilas

berupa seperti gelombang rapat serta teratur menutup sempurna sisi yang dilas.

8. Sesudah selesai, bersihkan kerak yang menutupi sisi yang dilas dengan memakai

palu. Periksa kembali apakah ada sisi yang belum sempurna. Bila belum sempurna,

ulangilah sisi yang belum tersatukan dengan baik tersebut . Pada beberapa kasus,

bahan yang telah dilas harus di gerinda bila pengelasan tidak sempurna. Tetapi bila

tidak fatal, kita cukup mengelas sisi yang belum terlas dengan sempurna itu

3.4.7 PROSES MENEBUK LUBANG

Setelah proses „etching‟ telah selesai, maka proses menebuk lubang pasa „PCB‟

dilakukan. Tujuannya adalah untuk memasukkakn kaki komponen pada „PCB‟ sebelum

dipateri.

3.4.7.1 ALAT UNTUK MENEBUK LUBANG

Terdapat 2 jenis gerudi yang biasa digunakan iaitu :

1) Gerudi meja

2) Gerudi tangan

Gerudi tangan digunakan untuk menggerudi kepingan nipis seperti kepingan plastic dan

„PCB‟. Ianya boleh menggerudi lubang yang kecil disebabkan kuasanyan yang rendah dan ia

juga hanya dapat memegang mata gerudi yang bersaiz kecil. Gerudi tangan adalah lebih

praktikal kerana ianya sesuai digunakan di tempat sempit dan sukar. Mata gerudi

merupakan batang besi keras yang tajam dan berlilit. Ia diapit pada rahang gerudi untuk

diputar dan menggerudi lubang pada kepingan plastic ataupun pada „PCB‟.

3.4.7.2 LANGKAH-LANGKAH SEMASA MENEBUK LUBANG

Langkah-langkah semasa manebuk lubang pada „PCB‟ adalah seperti berikut :

1) Lubang yang hendak dilubangkan perlulah ditanda terlebih dahulu dengan jelas dan

terang.

2) Bahagian yang hendak dilubangkan perlulah diketuk perlahan – lahan dengan

menggunakan penebuk pusat atau paku. Jangan ketuk dengan kuat kerana ia boleh

menyebabkan „PCB‟ menjadi retak.

3) Bahagian yang ditandakan tadi, digerudi dengan menggunakan mata gerudi yang

sesuai mengikut saiz sebenar komponen.

3.4.8 PROSES PEMASANGAN KOMPONEN

3.4.8.1 Antara langkah- langkah memasang komponen :

1) Sebelum memasang komponen, „PCB‟ hendaklah dibersihkan daripada sebarang asid

„ferik‟. „PCB‟ yang diselaputi lapisan oksida akan menyebabkan pematerian tidak

sempurna.

2) Kenalpasti polariti, punca-punsa dan kaki-kaki bagi komponen. Apabila memasukkan

kaki komponen pada „PCB‟, ianya perlulah dibengkokkan dengan kemas dan dengan cara

yang betul.

3) Semasa proses memasang kaki komponen, pastikan komponen dan kedudukan yang

ditebuk adalah betul seperti yang terdapat pada litar surihan.

4) Setelah proses memasang komponen selesai, proses pematerian dilakukan dengan

menggunakan alat pematerian. Apabila semua komponen telah dipateri dengan betul dan

kemas, lebihan kaki komponen dipotong supaya ia kelihatan kemas.

PRASARANA SESEBUAH MODEL

Penentuan sesebuah model amat perlu bagi memastikan pemilihan bahan binaanyang

dibuat betul dan bersesuaian dengan projek yag dibina. Kos pembinaan model jugaperlu

diambil kira bagi memastikan sesebuah model itu kukuh dan berpatutan.

Terdapat beberapa aspek yang diambil kira dalam pembuatan model ini. Antara aspek –

aspek yang diambil kira dalam pembuatan model ini ialah bahan utama yangdigunakan pada

model, ukuran sesebuah model, serta rekabentuk yang bersesuaiandengan model tersebut.

BAHAN UTAMA

Peringkat ini merupakan peringkat pertama bagi merancang model sesebuah

projek. Penentuan kos sesebuah model juga dapat dianggarkan berdasarkan bahan utama

yang digunakan bagi sesebuah projek.

Bagi model projek ini, bahan berasaskan elektronik. Pemilihan bahan elektronik

ini dibuat memandangkan kesesuaiannya pada projek kami dan ketahanannya untuk

menampung voltan arus elektrik yang tinggi.

Bahan elektronik ini adalah sesuai dan kukuh bagi model ini memandangkan beban

yang diletakkan pada model ini adalah berat. Ia juga boleh dibentuk berdasarkan

kehendak dan rekabentuk projek tersebut

MEREKA BENTUK MODEL

Merekabentuk sesebuah model adalah proses kedua dalam pembentukan sesebuah

model. Rekabentuk model perlulah sesuai dengan tajuk projek yang hendak dilaksanakan.

Rekabentuk ini juga perlulah menepati citarasa seperti yang diinginkan.

Permulaannya, rekaan sesebuah model itu akan dibuat pada sehelai kertas dan

dibuat sebagai lakaran. Ianya dibuat bagi menampakkan sesebuah bentuk model yang

hendak dilaksanakan. Pada masa ini ukuran sesebuah model boleh diabaikan.

Rekaan itu perlulah dilukis dalam bentuk tiga dimensi bagi menampakkan bentuk

sebenar rekaan tersebut. Setiap bahagian yang tersorok pada lukisan utama perlulah

dilukis. Lakaran rekaan juga perlulah dilakar dari beberapa sudut pandangan iaitu

pandangan dari hadapan, pandangan dari atas serta pandangan dari bahagian tepi pada

sesebuah rekabentuk model tersebut.

UKURAN

Ukuran sesebuah rekabentuk itu perlulah dibuat dengan teliti bagi memastikan

model yang dibuat itu kelihatan kemas. Proses pengukuran perlu mengambil kira

kemponen elektrik seperti motor dan papan litar bagi memastikan ruang yang disediakan

mencukupi.

Ukuran tersebut perlulah dibuat pada pintu kereta. Ia perlu dilakar menggunakan marker

dan digaris beberapa kali bagi memastikan garisan yang dihasilkan lebih jelas.

Garisan yang dibuat perlulah tegak bagi memastikan hasil yang dibuat bermutu.

KEKEMASAN

Kekemasan merupakan aspek yang penting bagi meningkatkan nilai sesebuah

projek. Kekemasan juga dapat memberikan gambaran yang lebih baik terhadap sesuatu

projek. Kebiasaannya kekemasan sesebuah model bergantung pada bahan utama yang

digunakan pada model tersebut. Bagi model projek ini,bahan yang digunakan adalah dari

bahan elektronik.

PENEMPATAN LITAR

Biasanya litar yang telah siap dipasang dan disambung akan diletakkan di dalam

satu bekas khas. Bekas ini bertujuan untuk menghimpunkan litar dan mengelakkan litar

daripada mengalami kerosakan seperti wayar terputus, kerosakan mekanikal pada

komponen.

Bekas ini biasanya berwarna hitam. Terdapat berbagai – bagai saiz yang boleh

digunakan bagi meletakkan litar. Saiz bekas tersebut bergantung kepada saiz litar yang

dibina dan bilangan litar yang hendak dimasukkan kedalamnya