aktiviti kewangan - jabatan perangkaan malaysia

26
1 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA BANCI EKONOMI 2011 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2010) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 17 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan kewangan di Malaysia. 2. Aktiviti perkhidmatan kewangan yang diliputi termasuk aktiviti tabungan pencen dan sokongan kepada perkhidmatan kewangan. 3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas. AKTIVITI KEWANGAN

Upload: khangminh22

Post on 28-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

BANCI EKONOMI 2011

(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini

menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak

boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik

tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh

perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas

keengganan memberikan kerjasama.

2. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim

2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan

tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan

dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan

anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada

pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini

boleh bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang

mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan

perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 17 soal selidik ini. Penjelasan ini

akan membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan kewangan di

Malaysia.

2. Aktiviti perkhidmatan kewangan yang diliputi termasuk aktiviti tabungan pencen dan

sokongan kepada perkhidmatan kewangan.

3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini

yang meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.

AKTIVITI

KEWANGAN

2

4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam

soal selidik ini KECUALI Soalan 11 di muka surat 18.

5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah IBU PEJABAT, sila laporkan semua maklumat

dalam soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak

mempunyai akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat

dilaporkan di Soalan 11.2 dan 11.3 di muka surat 18.

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lain-lain nombor pendaftaran.

Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu kotak

sahaja.

Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti

sekarang.

Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi

sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.

Contoh:

(a) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011

Perkara 1.5 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh

residen (individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada

pelaburan dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti

hutang, bon, unit amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit,

pemberian pendahuluan dan aset lain.

Perkara 1.6 Sila nyatakan aktiviti utama pertubuhan tuan berasaskan perkhidmatan yang

memberikan sumbangan terbesar dari segi nilai.

/ / / /

/ / / /

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 1 2 0 1 085

Tahun Bulan Hari

hingga 3 1 1 2 2 0 10

08

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 7 2 0 1 05

Tahun Bulan Hari

hingga 3 0 0 6 2 0 11

1

3

Perkara 1.7 Kod Industri Semasa

Sila tandakan aktiviti yang menghasilkan pendapatan utama daripada perniagaan

yang dijalankan.

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

(i) Aktiviti syarikat pemegang

Merujuk kepada pertubuhan yang memegang aset (memiliki tahap

pengawalan ekuiti) kumpulan anak syarikat dan yang mana aktiviti utamanya

memiliki kumpulan itu. Syarikat pemegang dalam kelas ini tidak

menyediakan perkhidmatan lain kepada perniagaan yang mana ekuitinya

dipegang, iaitu ia tidak mentadbir atau mengurus unit lain.

Tidak termasuk: Pengurusan aktif syarikat subsidiari dan enterprise,

perancangan strategik dan keputusan yang dibuat oleh pertubuhan .

(ii) Syarikat modal usahasama (teroka)

Merujuk kepada pertubuhan yang mengurus dan mentadbir pelaburan dalam

sekuriti-sekuriti modal teroka secara professional.

Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan

Suruhanjaya Sekuriti (SC).

(iii) Harta unit amanah (REITs)

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan aktiviti mengurus dan

mentadbir portfolio pelaburan hartanah. Perkhidmatan ini hanya disediakan

oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

(iv) Pengurusan akaun amanah lain

Merujuk kepada pertubuhan yang menawarkan perkhidmatan lain yang

berkaitan dengan Unit Amanah dan REITs. Perkhidmatan ini hanya

disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti

(SC).

(v) Institusi pembangunan kewangan (tanpa fungsi pengambilan deposit)

Merujuk kepada institusi yang menjalankan sebarang aktiviti samada bagi

tujuan keuntungan atau sebaliknya, dengan atau tanpa apa-apa pembiayaan

daripada kerajaan, dengan tujuan mempromosikan pembangunan dalam

perindustrian, pertanian, komersial atau sektor ekonomi lain termasuklah

peruntukan modal atau kemudahan kredit lain. Perkhidmatan ini hanya

disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia

(BNM).

(vi) Perkhidmatan kad kredit

Merujuk kepada pertubuhan yang terlibat di dalam penyediaan kredit dengan

mengeluarkan kad-kad kredit. Penyediaan kredit yang diberikan adalah

untuk tujuan pembelian barangan dan perkhidmatan. Perkhidmatan ini hanya

disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia

(BNM).

4

(v) Aktiviti peminjaman wang berlesen

Merujuk kepada pertubuhan berlesen yang menawarkan pinjaman sejumlah

wang kepada peminjam samada orang perseorangan ataupun syarikat.

Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

(vi) Kedai pajak gadai dan tukang pajak termasuk Ar-Rahnu

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan aktiviti memberi pinjaman

wang tunai ke atas produk-produk cagaran dengan terma dan syarat-syarat

tertentu. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar

dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

(vii) Koperasi dengan fungsi kredit

Merujuk kepada koperasi yang menjalankan aktiviti pinjaman atau

pembiayaan selaras dengan Undang-undang Kecil (UUK) kepada

anggotanya pada kadar faedah yang berpatutan. Perkhidmatan ini hanya

disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (SKM).

(viii) Pemberian kredit lain

Merujuk kepada pertubuhan yang terlibat di dalam penyediaan pemberian

kredit selain daripada industri di atas. Termasuk pemberian kredit untuk

pembelian rumah oleh institusi tertentu yang tidak mengambil deposit, dan

pasaran gadai janji.

(ix) Wakil pejabat bank asing

Merujuk kepada Pejabat Wakilan Bank Asing di Malaysia. Perkhidmatan ini

hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bank Negara

Malaysia (BNM).

(x) Syarikat nomini

Merujuk kepada pertubuhan yang bertindak sebagai pemunya berdaftar

kepada sekuriti-sekuriti seperti saham dan bon milik pelanggan dan

mengurus serta mentadbir aset-aset tersebut secara amanah melalui

perjanjian perkhidmatan yang telah dimeterai.

(xi) Tabungan pencen

Merujuk kepada pertubuhan yang menguruskan dana pencen untuk tujuan

eksklusif membiayai faedah-faedah pelan persaraan. Pertubuhan ini adalah

di bawah pentadbiran Kementerian Kewangan Malaysia.

(xii) Tabungan hemat

Merujuk kepada pertubuhan yang menguruskan dana kumpulan wang

simpanan pekerja bagi sektor swasta dan awam tidak berpencen untuk

faedah persaraan.

Tidak termasuk: Skim Keselamatan Sosial berwajib (SOCSO).

Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh institusi kewangan yang berdaftar

dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

5

(xiii) Bursa saham

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan dan menyediakan market-

place dan tukaran perdagangan derivatif. Perkhidmatan ini hanya disediakan

oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

(xiv) Bursa sekuriti

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan dan menyediakan market-

place dan perniagaan saham dalam sekuriti. Perkhidmatan ini hanya

disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

(xv) Pentadbiran pasaran kewangan

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan fungsi pengawalseliaan atau

mengurus operasi di clearing houses, depositori pusat dan sebagainya.

Contoh: Suruhanjaya Sekuriti (SC), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar

Pesisir Labuan (Labuan FSA) dan sebagainya.

(xvi) Broker stok, saham dan bon

Merujuk kepada perniagaan pasaran kewangan (pembrokeran saham) bagi

pihak orang lain, tetapi tidak termasuk yang menjalankan perniagaan pasaran

atas akaun sendiri dan pengurusan portfolio berasaskan bayaran atau

kontrak. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar

dengan Bursa Malaysia. Rimisier adalah tidak diliputi di bawah industri ini.

(xvii) Broker dan peniaga komoditi

Merujuk kepada perniagaan pasaran kewangan (pembrokeran komoditi) bagi

pihak orang lain, tetapi tidak termasuk yang menjalankan perniagaan pasaran

atas akaun sendiri dan pengurusan portfolio berasaskan bayaran atau

kontrak. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar

dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

(xviii) Broker dan peniaga tukaran wang asing (Bureaux de change)

Merujuk kepada aktiviti perkhidmatan tukaran wang asing yang disediakan

oleh Biro Pertukaran Wang Asing. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh

pertubuhan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

(xix) Perkhidmatan pengurup wang

Merujuk kepada aktiviti perkhidmatan pengurup wang. Perkhidmatan ini

hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Bank Negara

Malaysia (BNM).

(xx) Broker dan peniaga kewangan dan komoditi masa hadapan lain

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan lain-lain aktiviti broker dan

peniaga kewangan dan komoditi masa hadapan.

(xxi) Perkhidmatan penasihat pelaburan

Merujuk kepada pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan memberi

nasihat pelaburan termasuk apa-apa pelan pelaburan sekuriti kepada

pelanggan. Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang

berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

6

(xxii) Perkhidmatan perundingan kewangan

Merujuk kepada pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan memberi

nasihat dan membuat perancangan kewangan kepada pelanggan.

Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan

Suruhanjaya Sekuriti (SC).

(xxiii) Pengurusan aset / portfolio

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan aktiviti menguruskan

pelaburan aset/portfolio (contoh dana) secara professional. Perkhidmatan ini

hanya disediakan oleh pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya

Sekuriti (SC).

(xxiv) Syarikat pengurusan unit amanah.

Merujuk kepada pertubuhan yang menjalankan aktiviti mengurus dana unit

amanah secara profesional.Perkhidmatan ini hanya disediakan oleh

pertubuhan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Perkara 1.8 Sila nyatakan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang

diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat

lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi sebenar

terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti

kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.

Perkara 1.9 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan

pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di

dalam Soalan 1.8.

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Soalan 2: Taraf Sah

Perkara 2.1 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja

(a) Hak Milik Perseorangan

Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan

ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik

mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) Perkongsian

Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk

mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat

keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang

daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian

perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang

dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian Berhad

Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk

menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan.

Saham dipegang secara tertutup oleh pemegang-pemegang saham yang

mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan

tanggungan berhad.

7

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel

Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima

puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang

masih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa

saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan

wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk

dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

(d) Syarikat Awam Berhad

Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang

ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang

untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.

Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi

sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh

bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti

yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

(e) Syarikat Koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak

terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang

ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

(f) Perbadanan Awam

Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta

Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri.

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan

Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan

tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan

kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan

pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti

kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma

atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan.

Sebarang keuntungan yang diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan

berkenaan.

(h) Lain-lain

Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-

mana kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan

berhad.

Perkara 2.2 Sila tanda (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)

sahaja.

Pertubuhan milikan wanita merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya 51

peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham terbesar

adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan

8

atau Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya

10 peratus ekuiti.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik

perseorangan atau rakan kongsi.

(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia

merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar

oleh kerajaan Malaysia.

(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan

dibayar oleh anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau

kerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham,

rizab am, rizab tukaran mata wang asing dan rizab lain.

(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia

merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian

yang terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti

pada 31 Disember 2010.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal

berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf

kewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain

yang lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-

kurangnya satu tahun. Residen Malaysia meliputi:

Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia;

dan

Warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih

daripada setahun.

9

Perkara 3.2.1.1 Individu

Jelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang

dimiliki oleh Bumiputera, contoh:

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Koperasi Polis

Jabatan Koperasi

ASM Mara

Amanah Saham PNB

(b) Bukan Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang

dimiliki oleh Bukan Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan

Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contoh:

Khazanah Nasional Berhad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kementerian Kewangan Malaysia

Keretapi Tanah Melayu

Bank Pertanian Malaysia

Lembaga Air Perak

Yayasan Kemiskinan Kelantan

Lembaga Pelabuhan Johor

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Penerbangan Malaysia Berhad

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Menteri Besar Incorporation

Selangor State Incorporation

Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

10

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi

yang lazimnya tinggal atau terletak di negara lain selain Malaysia.

Bukan residen Malaysia terdiri daripada:

Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat

induk di Malaysia; dan

Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara

melebihi setahun.

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh

syarikat/individu di luar negara, secara langsung atau tidak langsung, sila

nyatakan negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rantaian pemilikan

syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan

ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat

induk muktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan

aktiviti ekonomi/perniagaan.

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk

muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:

11

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara

Jepun

-------------------------------------------------------

Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad

di luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di

Malaysia

USA

--------------------------------------------------------

Malaysia

Parent Company (X)

80%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: Jepun

Malaysia

Ultimate Parent Company (X)

80%

Immediate Parent Company (B) Indirectly owned

80%

100%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

12

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di

luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara

asing lain.

--------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------

Soalan 4: Perbelanjaan Modal dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun

rujukan; dan

b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan,

komputer dan sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat

produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan

oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja masih dalam

pembinaan dan sebagainya.

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai

setelah mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan

itu sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-

pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih

ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya

pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan

semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang

terlibat, iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk

sebarang bayaran dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan

Ultimate Parent Company (X)

80%

Indirectly owned 80%

Immediate Parent Company (B)

100%

%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

USA

Bermuda

Malaysia

13

iaitu kos-kos berhubung dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai

pembelian harta seperti komisen kepada bank atau underwriter dan bayaran

yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak

milik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai) meliputi perolehan harta

baru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan harta baru

diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah

digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau

terpakai (ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia merujuk kepada semua harta yang

dahulunya digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah

dibaikpulih atau diubahsuai sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai

terpakai (ruangan 03).

x. Membuat / membina sendiri ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh

pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan

pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang

diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan (ruangan 04).

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan

diperoleh. Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta

tersebut disiapkan sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu.

Ini adalah merupakan asas merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap

kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes pembinaan, nilai kerja pembinaan

ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang disempurnakan pada tahun

rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan pada akhir tahun

rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan

tanpa mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang

diperoleh di ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk

kepada sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka

keuntungan / kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan

dalam ruangan 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk

mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada

penilaian semula harta diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.

Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula

dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta

disebabkan oleh haus dan lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran

(susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang

dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-tiap kelas harta tetap hendaklah

dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini termasuk juga pelunasan

(pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah sama dengan

perkara 9.26 Soalan 9.

14

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =

+ nilai buku bersih awal tahun

+ nilai harta yang diperoleh

- harta yang dijual atau dilupus

± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas

dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

Perkara 4.1 Harta tetap

Perkara 4.1.1 Tanah termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira

pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan

bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya

terdiri daripada tempat kediaman.

b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi

pembinaan bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau

sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil

misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, garaj, kedai,

hospital, sekolah dan sebagainya.

c. Pembinaan lain termasuk jalan, landasan keretapi, parit, jambatan,

pelabuhan, medan letak kereta, saluran paip dan sebagainya.

Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan

untuk pemindahan barangan dan / atau orang.

Perkara 4.1.4 Komputer

(a) Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,

penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem

komputer.

(b) Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama

ada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin

dan kelengkapan pejabat, jentera pertukangan logam, jentera pembinaan

dan jentera industri lain, kren, forklift dan sebagainya, kontena tahan lama,

peralatan dan perkakas yang digunakan oleh profesional dan jentera serta

alat lain termasuk pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera

dan peralatan jenis ini.

15

Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan meliputi semua perkakasan yang diperlukan

bagi menghias dan melengkapkan sesebuah bangunan contoh kerusi, meja,

kain langsir, permaidani dan sebagainya.

Perkara 4.2 Harta lain merujuk kepada harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten merujuk kepada hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat

ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten

direkodkan pada kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan

pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga

melebihi nilai bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja dalam pelaksanaan merujuk kepada harta yang separuh siap dan

masih belum dimodalkan.

Perkara 4.3 Lain-lain

Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada,

yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.

Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)

dikecualikan.

Perkara 4.4 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3.

Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B

(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i. Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13)

Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,

kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada ruangan 01 hingga 13 pada bulan

Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan

yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti

cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat

korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak

ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah

dikecualikan.

Sila pastikan bahawa semua Jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii. Gaji & upah tahunan (ruangan 18)

Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih

masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dan

sebagainya) yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam

setiap kategori. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah

bayaran yang dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan

16

wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan

wang seperti yang dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii. Pekerja sepenuh masa

Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-

kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

vi. Pekerja sambilan

Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada

6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh

masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli

keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang

mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini.

Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang

mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji

Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik

pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu

pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada

dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini

sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai

sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di

pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja

keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang

persaraan lain, mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu

hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras

dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad

atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja (sepenuh masa)

Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam

tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas).

Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah

kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan

penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga

dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan korporat yang bergaji

kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas hendaklah dilaporkan

mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

17

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan

mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,

menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas

mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi

atau untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan

menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik

terhadap pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan

kerajaan. Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang

mempunyai kelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka

(contoh peguam, akauntan, jurutera dan sebagainya).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan

tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu

organisasi.

Perkara 5.3.2 Dealer

Merujuk kepada mereka yang dilantik khas oleh firma-firma stok, saham & bon dan broker komoditi. Selain daripada menerima gaji mereka juga menerima komisyen dari aktiviti penjualan stok, bond dan komiditi. Dealer juga terlibat di dalam memberi maklumat kepada pelanggan berkenaan dengan stok, keadaan pasaran, sejarah dan prospek organisasi di mana mereka melabur. Mereka selalunya menjalankan transaksi atas permintaan pengguna dan juga menasihati pelanggan berkenaan rancangan pelaburan atau perubahan-perubahan di pasaran sekuriti.

Perkara 5.3.3 Teknikal dan Penyeliaan

Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah ketua mekanik, juruteknik makmal, juruteknik kawalan kualiti, jururawat, pelukis pelan dan chef. Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu kegiatan tertentu misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka.

Perkara 5.3.4 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan

Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod

kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi

pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan atau

menulis dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam

kategori ini ialah kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai

khidmat pelanggan, setiausaha sulit, kerani stor dan penyambut tetamu.

Perkara 5.3.5 Pekerja am

Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai

tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, konduktor, operator

telefon, pembantu pejabat, penghantar surat dan pengawal keselamatan.

Perkara 5.3.6 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.5

18

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)

Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau

kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Perkara 5.5 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 5.1+5.2+5.3.6+5.4.

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah

Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh

daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf

Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi

pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau

profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil

kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf

Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,

politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.

Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam

bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE „A‟ Level atau lulus

peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang

diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf

dengannya seperti GCE „O‟ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau

di bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori

“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

Perkara 6.7 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga 6.6.

19

Soalan 7: Jam–Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan

Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.

Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun

rujukan.

Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)

Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar

waktu bekerja biasa (jam) pertubuhan ini.

Soalan 8: Perolehan / Pendapatan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,

Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran

yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

Perkara 8.1 Pendapatan daripada faedah

Merujuk kepada pendapatan yang diterima hasil daripada pinjaman dan modal

kewangan yang disimpan di institusi kewangan

Perkara 8.2 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan / fi / perundingan

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan untuk perkhidmatan

pengurusan atau fi atau perundingan sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.

Perkara 8.3 Pendapatan daripada dividen:

a) Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada subsidiari & syarikat

berkaitan

b) Merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau

pelaburan.

Perkara 8.4 Komisen dan brokeraj yang diperoleh

Merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan sebagai

upah menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.

Perkara 8.5 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Sila berikan nilai bersih keuntungan daripada transaksi berkaitan. Contoh aset

kewangan adalah bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bon, sijil pelaburan dan

seumpamanya.

Perkara 8.6 Nilai duti setem dikutip atas urusan jual beli saham

Jelas maksudnya

20

Perkara 8.7 Pendapatan daripada sewa

Merujuk kepada perkara-perkara di bawah:-

(a) Tanah

Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah

(b) Bangunan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman

(c) Bangunan bukan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman

(d) Lain-lain

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas.

Perkara 8.8 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta

Sila berikan nilai bersih sahaja.

Perkara 8.9 Pemulihan hutang lapuk

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas

tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.

Perkara 8.10 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima

Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

Perkara 8.11 Tuntutan dan pampasan yang diterima

Merujuk kepada tuntutan dan pampasan yang diterima daripada syarikat insurans

dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan akibat kemalangan, kerosakan

harta tetap, barangan atau harta lain.

Perkara 8.12 Lain-lain

Sila nyatakan sekiranya ada.

Perkara 8.13 Jumlah pendapatan

Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.12.

Perkara 8.14 Pindahan modal yang diterima

Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi

memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang

barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 8.15 Jumlah Besar

Sila jumlahkan perkara 8.13 hingga 8.14.

Soalan 9 : Perbelanjaan

Data yang dilaporkan dalam Soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,

Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran

yang munasabah sekiranya akaun belum dimuktamadkan atau tiada.

Perkara 9.1 Bayaran faedah

Merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang

diambil oleh pertubuhan daripada institusi kewangan seperti bank.

21

Perkara 9.2 Bayaran pengurusan dan CDS

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh

pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos

projek dan tenaga manusia.

Central Depository System (CDS) merupakan sistem buku elektronik yang

merekod dan memantau keselamatan serta mendaftar pemindahan wang.

Perkara 9.3 Komisen dan bayaran agensi

Merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain atau

individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan

perkhidmatan bagi pihak pertubuhan.

Perkara 9.4 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan:

(a) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan

Merujuk kepada nilai semua bahan yang telah digunakan untuk pembaikan

dan penyelenggaraan.

(b) Alat tulis dan bekalan pejabat

Merujuk kepada nilai alat tulis dan bekalan pejabat yang telah digunakan.

(c) Lain-lain

Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.

Perkara 9.5 Kos percetakan

Merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh

pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.

Perkara 9.6 Air yang dibeli

Merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran bagi tenaga elektrik

dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk air yang telah

dibayar.

Perkara 9.7 Tenaga elektrik yang dibeli

Merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. bagi tenaga elektrik

dan air disekalikan dalam satu akaun, sila berikan anggaran untuk tenaga elektrik

yang telah dibayar.

Perkara 9.8 Bahan pembakar, pelincir dan gas

Merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,

minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas

(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

Perkara 9.9 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi

harta tetap pertubuhan ini

Merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang

dibuat oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan seperti bangunan, alat

pengangkutan & jentera, komputer dan perabot & pemasangan. [Walau

bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah dimasukkan ke

dalam ruangan (02), (03) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4 sebagai

pemilikan modal harta tetap].

Perkara 9.10 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan

Merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah

kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan & produk baru dan

22

penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru

ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan pekerja tidak perlu dimasukkan.

Perkara 9.11 Pembelian perkhidmatan pengangkutan

Merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan

pemandu.

Perkara 9.12 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)

Merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan untuk

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,

penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Perkara 9.13 Perbelanjaan hiburan

Merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh

pertubuhan.

Perkara 9.14 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit

Merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-

kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat oleh

pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.

Perkara 9.15 Bayaran guaman

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan

dokumentasi.

Perkara 9.16 Bayaran perkhidmatan profesional lain

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding

arkitek, kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.

Perkara 9.17 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan

dengan teknologi maklumat

Merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi

data (contoh tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium,

pengesanan ciri optikal), pangkalan data dan pembaikan & penyelenggaraan

komputer.

Perkara 9.18 Bayaran telekomunikasi

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi

transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telefax, telegram, kabel

penyiaran, satelit, mel elektronik dan internet.

Perkara 9.19 Bayaran pos

Merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,

pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan

bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan

kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti

surat.

Perkara 9.20 Pengiklanan dan promosi

Merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan

nama syarikat atau perniagaan melalui media seperti surat khabar, televisyen,

radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

23

Perkara 9.21 Caj bank

Merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh

institusi kewangan. Contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran

perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s

acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

Perkara 9.22 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja

Merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan

perkapalan atau udara untuk ganti rugi.

Perkara 9.23 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan

Merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti perkhidmatan

pengawal keselamatan.

Perkara 9.24 Bayaran untuk sewa tanah

Merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau

pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan.

Perkara 9.25 Susut nilai semasa ke atas harta

Merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan lusuh,

kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

Perkara 9.26 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah)

Merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera &

kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.

Perkara 9.27 Bayaran royalti

Merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada

bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,

pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian

perlesenan.

(a) Kerajaan

Sila nyatakan jenis royalti

(b) Swasta

Sila nyatakan jenis royalti

Perkara 9.28 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah

Merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan yang dikutip oleh pihak

berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran

cukai tanah ke atas yang tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

Perkara 9.29 Cukai tidak langsung

(a) Cukai jalan

Merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

untuk kenderaan bermotor.

(b) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan

sebagainya

Merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untuk pertubuhan hak

milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Suruhanjaya

Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk

24

koperasi. Duti setem untuk dokumen perjanjian atau kontrak dan duti

hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini.

Perkara 9.30 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Merujuk kepada kerugian kerana turun naik mata wang asing. Contoh aset

kewangan adalah bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan, bon, sijil pelaburan dan

seumpamanya.

Perkara 9.31 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

Merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula

harta.

Perkara 9.32 Hutang lapuk dihapuskan

Merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 9.33 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan

sebagainya

Merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.

Perkara 9.34 Lain-lain

Sila nyatakan sekiranya ada.

Perkara 9.35 Kos pekerjaan

(a) Gaji & upah dibayar

Merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,

bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk

pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan)

yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah

dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang telah dibuat

hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja

* Rawatan perubatan percuma

Merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan untuk rawatan

perubatan kepada pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

* Lain-lain

Merujuk kepada nilai yang dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan

sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan kepada

pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja

Merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara

langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.

(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan

sosial, pencen dan kebajikan

* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

KWSP.

25

* Kumpulan wang simpanan lain

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan

oleh kerajaan.

* Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

PERKESO.

* Skim keselamatan sosial persendirian

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan

seperti insurans pampasan pekerja.

* Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian

Merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan kepada

skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain daripada

yang dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam

Mesyuarat Lembaga Pengarah

Jelas maksudnya.

(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan

Merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti

pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.

(g) Kos latihan kepada pekerja

Merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan

pekerja yang dibiayai oleh majikan, sama ada dalam atau luar negeri.

(h) Bayaran levi pekerja

Merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada

kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun adalah bagi pembantu

rumah RM380, pekerja ladang RM540, sektor pembinaan dan pembuatan

RM1,200 manakala sektor perkhidmatan RM1,800.

(i) Lain-lain

Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.

Perkara 9.36 Jumlah perbelanjaan

Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.35

Perkara 9.37 Dividen kena bayar

Merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham.

Perkara 9.38 Bayaran bagi pajakan kewangan

Merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap

yang akan dimiliki akhirnya.

26

Perkara 9.39 Pindahan modal yang dibuat

Merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan

kepada pihak lain tanpa menerima pulangan sama ada dalam bentuk barangan,

perkhidmatan atau harta.

Perkara 9.40 Cukai langsung (contoh cukai syarikat, koperasi & cukai kemajuan) kena

bayar

Merujuk kepada cukai langsung yang perlu dibayar secara langsung kepada

Lembaga Hasil Dalam Negeri sama ada telah dibayar atau kena bayar pada tahun

rujukan.

Perkara 9.41 Jumlah Besar

Sila jumlahkan perkara 9.36 hingga 9.40.

Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai

Sila berikan nilai keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2009) dan tahun

semasa (2010) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.

Soalan 11 : Maklumat Tambahan Ke Atas Ibu Pejabat / Cawangan

Perkara 11.1 Sila laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada faedah, perkhidmatan

pengurusan / fi / perundingan,dividen dan komisen & brokeraj. Jumlah nilai ini

mestilah sama dengan jumlah nilai yang dilaporkan di perkara 8.1 hingga 8.4 di

bawah Soalan 8 di muka surat (13).

Perkara 11.2 Jelas maksudnya. Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.

Perkara 11.3 Jelas maksudnya.

PANDUAN BAGI SEKSYEN

Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan

Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk

memperolehi pinjaman.

Seksyen B - Inovasi

Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh, ISO, HACCP dan sebagainya.

Seksyen C- Pemasaran dan Promosi

Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan,

risalah dan sebagainya.

Seksyen D - Import dan Eksport

Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

Seksyen E - Penggunaan ICT

Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar

Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan

dalam tempoh laporan.