sastera melayu serantau - hari sastera melaka

11
1 Sastera Melayu Patani : Masa depan dan Cabaran Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan Nusantara Studies Center Prince of Songkla University, Pattani Thailand Latarbelakang Sejarah Selatan Thailand terletak di bahagian utara Semenanjyng Tanah Melayu. Kawasan Selatan Thailand terletak di antara garisan lintang 11 0 42’ - 5 0 37’ dan garisan bujur 980 0 -1020 0 . Bentuk buminya adalah bujur memanjang dari utara ke selatan lebih kurang 600 kilometer. Lebarnya di kawasan paling luas ialah 250 kilometer dan yang paling sempit 64 kilometer iaitu di Segenting Kra. Keluasan bumi di Selatan Thailand ialah 70,715.15 kilometer persegi iaitu 13.78 % dari keseluruhan keluasan Thailand. Selatan Thailand bersempadan dengan dua buah negara iaitu di bahagian barat bersempadan dengan negara Myammar (Burma), manakala di bahagian selatan bersempadan dengan negara Malaysia. Di kedua-dua belah bumi Selatan Thailand dihimpit oleh samudra iaitu di sebelah barat adanya Lautan Andaman, manakala di sebelah timur adalah Lautan Teluk Siam dan Laut Cina Selatan. Selatan Thailand merangkumi 14 wilayah. Wilaya-wilayah tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian Selatan atas yang terdiri dari Wilayah Chumporn, Ranong, Surattani, Pang-nga, Nakorn Sri Thammarat ( Nama asalnya Legor atau Negara Sri Dharma Raja ), Phuket ( Dari perkataan Bukit ) dan Krabi. Satu bahagian lagi ialah bahagian Selatan bawah yang terdiri dari Wilayah Songkhla ( Nama asalnya Singgora ), Pattani, Narathiwas, Yala dan Setul. Bagi Wilayah Trang dan Wilayah Pattalung jika dikira mengikut bidang pentadbiran juga termasuk ke dalam bahagian Selatan bawah. Tetapi jika dikira mengikut budaya, wilayah-wilayah tersebut digolongkan ke dalam bahagian Selatan atas. Melayu Patani mendiami 3 wilayah iaitu wilayah Pattani, Narathiwas dan Yala. Mereka adalah penduduk keturunan Melayu yang menjadi penduduk majoriti di selatan Thailand. Kawasan ini diserap secara total ke dalam wilaah Thailand pada tahun 1902. Oleh kerana mereka adalah penduduk Thailand. Dengan itu mereka mendapat pendidikan system kerajaan Thailand

Upload: independent

Post on 05-Feb-2023

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Sastera Melayu Patani : Masa depan dan Cabaran

Nik Abdul Rakib Bin Nik Hassan

Nusantara Studies Center

Prince of Songkla University, Pattani

Thailand

Latarbelakang Sejarah Selatan Thailand terletak di bahagian utara Semenanjyng Tanah Melayu.

Kawasan Selatan Thailand terletak di antara garisan lintang 110 42’ - 5

0 37’ dan garisan

bujur 9800 -1020

0. Bentuk buminya adalah bujur memanjang dari utara ke selatan lebih

kurang 600 kilometer. Lebarnya di kawasan paling luas ialah 250 kilometer dan yang

paling sempit 64 kilometer iaitu di Segenting Kra.

Keluasan bumi di Selatan Thailand ialah 70,715.15 kilometer persegi iaitu

13.78 % dari keseluruhan keluasan Thailand. Selatan Thailand bersempadan dengan dua

buah negara iaitu di bahagian barat bersempadan dengan negara Myammar

(Burma), manakala di bahagian selatan bersempadan dengan negara Malaysia. Di

kedua-dua belah bumi Selatan Thailand dihimpit oleh samudra iaitu di sebelah barat

adanya Lautan Andaman, manakala di sebelah timur adalah Lautan Teluk Siam dan

Laut Cina Selatan.

Selatan Thailand merangkumi 14 wilayah. Wilaya-wilayah tersebut dibahagikan

kepada 2 bahagian iaitu bahagian Selatan atas yang terdiri dari Wilayah Chumporn,

Ranong, Surattani, Pang-nga, Nakorn Sri Thammarat ( Nama asalnya Legor atau Negara

Sri Dharma Raja ), Phuket ( Dari perkataan Bukit ) dan Krabi. Satu bahagian lagi ialah

bahagian Selatan bawah yang terdiri dari Wilayah Songkhla ( Nama asalnya Singgora ),

Pattani, Narathiwas, Yala dan Setul. Bagi Wilayah Trang dan Wilayah Pattalung jika

dikira mengikut bidang pentadbiran juga termasuk ke dalam bahagian Selatan bawah.

Tetapi jika dikira mengikut budaya, wilayah-wilayah tersebut digolongkan ke dalam

bahagian Selatan atas.

Melayu Patani mendiami 3 wilayah iaitu wilayah Pattani, Narathiwas dan Yala.

Mereka adalah penduduk keturunan Melayu yang menjadi penduduk majoriti di selatan

Thailand. Kawasan ini diserap secara total ke dalam wilaah Thailand pada tahun 1902. Oleh

kerana mereka adalah penduduk Thailand. Dengan itu mereka mendapat pendidikan system

kerajaan Thailand

Kerana Melayu Patani sekarang berada dibawah pentadbiran Thailand. Dengan itu

menyebabkan kerajaan Thailand menjalankan dasar asimilasi terhadap masyarakat tersebut.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa ahli akademi telah membuktikan bahawa

penuturan bahasa Melayu di S

Mempertahankan jatidiri Melayu

Dasar asimilasi yang telah dijalankan oleh kerajaan Thailand dapat memberi

kesan kepada penduduk Melayu sehingga segolongan penduduk Melayu khususnya

2

Patani sekarang berada dibawah pentadbiran Thailand. Dengan itu

kerajaan Thailand menjalankan dasar asimilasi terhadap masyarakat tersebut.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa ahli akademi telah membuktikan bahawa

Selatan Thailand merosot.

Mempertahankan jatidiri Melayu

yang telah dijalankan oleh kerajaan Thailand dapat memberi

kesan kepada penduduk Melayu sehingga segolongan penduduk Melayu khususnya

Patani sekarang berada dibawah pentadbiran Thailand. Dengan itu

kerajaan Thailand menjalankan dasar asimilasi terhadap masyarakat tersebut.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh beberapa ahli akademi telah membuktikan bahawa

yang telah dijalankan oleh kerajaan Thailand dapat memberi

kesan kepada penduduk Melayu sehingga segolongan penduduk Melayu khususnya

3

di wilayah Narathiwas lebih menggalakkan anak-anak mereka belajar di negeri

Kelantan yang lebih terjamin masa depan mereka serta dapat mempertahankan

jatidiri Melayu mereka. Penghantaran anak-anak tersebut telah menimbulkan

tandatanya bagi pihak kerajaan Thailand mengenai keselamatan negera.

Terdapat beberapa projek yang telah dijalankan oleh pihak kelompok

cendekiawan Melayu Patani untuk mempertahankan jatidiri Melayu di Selatan

Thailand. Walaupun begitu usaha ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan dasar

Siamisasi yang sedang dijalankan oleh kerajaan Thailand. Projek yang telah diusahakan

oleh kelompok cendekiawan Melayu tersebut adalah seperti berikut:

Pertama, projek tenaga pengajar bahasa Melayu di Prince of Songkhla

University, Kampus Pattani. Projek ini dijalankan oleh universiti tersebut di bawah

pimpinan Prof. Madya Dr. Ahmad Idris @ Worawit Baru dengan kerjasama dari

Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka

4

5

Kedua, projek pakej bantuan pendidikan, kemahiran dan pengurusan

masjid. Projek ini dijalankan oleh Majlis agama Islam di wilayah – wilayah Melayu

dengan kerjasama dari sebuah badan NGO di bawah naungan Dato’ Paduka Dr.

Abdul Hamid Othman. Projek ini telah dijalankan dengan mengambil pelajar-

pelajar Melayu dari wilayah – wilayah Melayu untuk belajar ilmu kemahiran di Giat

Mara dan Institut Kemahiran Mara di Malaysia. Usaha ini bukan sahaja pelajar-

pelajar tersebut dapat mempelajari ilmu kemahiran di Malaysia, tetapi mereka dapat

membawa bahasa Melayu standard dan minda kemelayuan pulang ke tempat

masing-masing. Satu lagi yang telah dijalankan oleh projek ini ialah mengadakan

kursus bahasa Melayu di Majlis agama Islam di wilayah-wilayah melayu. Pengkaji

telah memantau dan cuba mengikuti kursus tersebut, didapati peserta-peserta yang

terdiri dari guru-guru TADIKA dan sekolah – sekolah agama masih mempunyai

tahap penguasaan bahasa Melayu standard di tahap amat rendah. Mengikut seorang

tenaga pengajar yang datang dari negeri Kelantan, kursus tersebut adalah pakej

ketiga. Pada pakej pertama dan kedua beliau telah membuat penilaian bahawa

pakej-pakej tersebut tidak berjaya.

Terdapat beberapa kegiatan kebudayaan Melayu yang telah dijalankan

oleh beberapa badan . Selain dari Jabatan Melayu di Prince of Songkhla

University, Kampus Pattani yang kerjasama dengan GAPENA ( Gabungan Persatuan

Penulis Nasional Malaysia ) di bawah pimpinan Tan Sri Dato’ Prof. Emeritus (Dr.)

Ismail Hussein dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah mengadakan beberapa

seminar kesusasteraan Melayu termasuk program " Malam Puisi Melayu " yang

diadakan di Kampus Universiti tersebut. Salah satu badan yang memainkan peranan

ini ialah Badan penyelarasan dan penerapan bahasa Melayu yang mengadakan "

6

Malam Kesusasteraan Melayu ". Kegiatan Badan ini berlainan dari Jabatan Melayu di

Prince of Songkhla University, kampus Pattani, mereka mengadakannya dengan

bergilir-giliran tempat contohnya Malam Kesusasteraan Melayu ke III diadakan di

Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas sebelum itu mereka mengadakannya di Daerah

Muang, Wilayah Pattani dan Daerah Reman, Wilayah Yala.

Beberapa projek yang telah dijalankan oleh badan-badan di university-universiti di

Selatan Thailand.Seperti kerjasama diantara Prince of Songkhla University, kampus

Hadyai dan Universiti Walailak, Nakorn Sri Thammarat dengan Persatuan Penulis Nasional

atau PENA, salah satu persatuan anggota GAPENA

7

Badan-badan kebudayaan tempat juga pernah mengadakan “ Malam

Kesusasteraan Melayu III” yang diadakan pada 1-3 Ogos 2001 di sebuah sekolah

agama dalam mukim Gajah Mati, Daerah Bachok, Wilayah Narathiwas. Kita dapat

melihat pengaruh bahasa Thai dalam poster tersebut. Walaupun ia berkaitan dengan

kebudayaan Melayu tetapi masih terdapat bahasa Thai dalam poster itu.

8

Sastera Melayu di Patani, Selatan Thailand juga terdapat beberapa jenis sastera

seperti

Sastera Rakyat

Sastera Rakyat Melayu merujuk kepada kesusteraan yang terdapat dikalangan rakyat

jelata bagi orang-orang Melayu. Sastera rakyat ini biasanya tersebar secara lisan, malah

setelah ia ditulis masih mengekalkan sifat-sifat lisannya. Diantara sastera rakyat Melayu

Patani yang popular adalah seperti berikut:-

- Pak Ne Mak Ne

- Pulau Jelapi (seperti Malim Kundang di Sumatra) Sastera Istana

Hikayat

Hikayat merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat

biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang

penting. Pada kebiasaannya cerita hikayat adalah warisan dari penceritaan secara lisan,

9

dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam

bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar.

Di Patani terdapat beberapa hikayat seperti

- Hikayat Patani

- Tarikh Raja Kota

10

Hikayat Patani merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Ia mengisahkan sejarah

Patani mengenai lagenda dan Kesultanan Patani, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di

pantai barat Semenanjung Malaysia. Cerita ini bertarikh seawal akhir abad ke lima belas,

tetapi kemungkinannya direkodkan pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730 oleh sehingga

enam pengarang yang berlainan (seksyen digaris di bawah pada mulanya ditetapkan oleh

pakar bahasa Andries Teeuw dan sejarahwan David K. Wyatt) dan ditulis dalam tulisan Jawi.

Cerita ini terselamat dalam beberapa manuskrip asal lain, terawal disalin oleh Abdullah

Menshi pada 1839, dan berada di Perpustakaan Kongress

Terdapat sebuah sastera sejarah dalam bentuk syair iaitu Syair Negeri Patani.

Naskahnya tersimpan di perpustakaan peribadi. Pihak DBP telah menalinkan dalam bentuk

digital.

Di Malaysia terdapat sebuat badan yang dinamakan Khazanah Fataniyah. Badan ini

banyak menyimpan buku-buku sejarah, sastera Melayu Patani. Buku-buku tersebut ada juga

diterbitkan semula.

11

Dan sebahagian darinya diterjemah dari bahasa Melayu ke bahasa Thai seperti

berikut: