present ar affiq

22
PENGINTEGRASIAN MINAT MURID TERHADAP KENDERAAN DALAM PENGAJARAN MENGENAL NOMBOR 1 HINGGA 5 SEORANG MURID SLOW LEARNER Dibentang oleh : PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JULAI 2010

Upload: independent

Post on 10-Dec-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGINTEGRASIAN MINAT MURID TERHADAP KENDERAAN

DALAM PENGAJARAN MENGENAL NOMBOR 1 HINGGA 5 SEORANG

MURID SLOW LEARNER

Dibentang oleh :

PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JULAI 2010

PENGENALAN Kajian ini bertujuan untuk membantu murid slow learner

mengenal konsep nombor 1 hingga 5 melalui pengintegrasian minat murid terhadap kenderaan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji mengambil keputusan untuk membuat kajian tindakan bagi mencari penyelesaian bagi masalah ini seterusnya membantu murid slow learner ini dalam mengenal konsep nombor 1 hingga 5 dan secara tidak langsung menarik minat murid ini untuk belajar.

Pengajaran secara individu iaitu 5 minit sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran pertama bermula dan 5 minit sebelum responden pulang.

Rohani & Nani (2003), menyatakan setiap kanak-kanak normal berupaya memahami Matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan mampu menarik minat mereka.

Hassan Hushin dan Zalilah Ibrahim (1992) seperti yang dinyatakan dalam Rohani Kasmani (1999), bahan maujud boleh bertindak sebagai “ dynamo minat” untuk mendorong ke hadapan bagi memperihalkan dengan lebih lanjut dan lebih tepat dalam sesuatu penyampaian guru.

Mohd Daud Hamzah (1997), Kaedah bermain dapat membantu dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan tumpuan kanak-kanak. Hal ini kerana bermain merupakan lumrah kanak-kanak.

Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.

Oleh itu, pengkaji telah menggunakan kaedah bahan maujud, nyanyian dan bermain yang berkaitan dengan minat responden terhadap kenderaan bagi membantu responden mengenal konsep nombor 1 hingga 5.

PERNYATAAN MASALAHTinjauan awal mendapati bahawa keempat-empat responden menghadapi masalah dalam :

Mengenal konsep nombor 1 hingga 5

Memberi tumpuan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran

OBJEKTIF KAJIAN Kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang

melibatkan kenderaan dapat meningkatkan tumpuan responden sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

Responden dapat menyatakan nilai nombor 1 hingga 5 dengan betul.

Pengkaji dapat membantu responden dalam mengenal konsep nombor 1 hingga 5 melalui pengajaran yang menggunakan kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan.

SOALAN KAJIANBerdasarkan objektif yang dinyatakan, kajian ini cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut :

Adakah kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran ?

Adakah responden dapat menyatakan nilai nombor 1 hingga 5 dengan betul?

Adakah responden dapat mengenal konsep nombor 1 hingga 5 melalui pengajaran yang menggunakan kaedah bahan maujud, nyanyian dan bermain dalam pengajaran yang melibatkan kenderaan?

KUMPULAN SASARAN

Terdiri daripada seorang responden daripada murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Responden berumur 9 tahun dan merupakan seorang murid Slow Learner

TINDAKAN PELAKSANAAN

Merancang (Plan)• Kaedah pemerhatian dan temu

bual bagi mengenal pasti minat responden iaitu kenderaan.

• Ujian diagnostik bagi melihat pemahaman responden terhadap konsep nombor 1 hingga 5.

• Bagi membantu responden mengenal konsep nombor 1 hingga 5, pengkaji merancang menggunakan kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bertindak (Action)• Sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan 5 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran pertama bermula dan 5 minit sebelum responden pulang.

• Pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan secara individu.

Memerhati (Observe)• Senarai semak digunakan bagi

membantu pengkaji melihat perkembangan responden terhadap pengajaran dan pembelajaran semasa kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan dijalankan.

Mereflek (Reflect)• Pengkaji menjalankan ujian akhir

bagi melihat pemahaman responden terhadap konsep nombor 1 hingga 5.

• Ujian ini dijalankan selepas pengajaran menggunakan kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan dijalankan.

Adakah kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan

dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran?

Tumpuan melalui

kaedah

Melibatkan Kenderaan Tidak Melibatkan

Kenderaan

Nyanyian Melebihi 10 minit Kurang dari 5 minit

Bahan Maujud Melebihi 10 minit Kurang dari 5 minit

Bermain Melebihi 10 minit Kurang dari 5 Minit

Jadual 2 : Tumpuan Responden Melalui Pembelajaran Melibatkan Kenderaan dan Tidak Melibatkan Kenderaan.

DAPATAN

DAPATAN

Hasil dapatan di atas telah menjawab persoalan pertama iaitu kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan kenderaan dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran.

Responden dapat memberikan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran apabila kenderaan digunakan dalam bahan bantu mengajar. Hal ini kerana responden amat meminati kenderaan. Rohani & Nani (2003), menyatakan setiap kanak-kanak normal berupaya memahami Matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan mampu menarik minat mereka.

Adakah responden dapat menyatakan nilai nombor 1 hingga 5

dengan betul?

  Menyatakan Nilai Nombor

1 2 3 4 5

Sebelum Kajian Dijalankan - - - - -

Selepas Kajian Dijalankan

DAPATAN

Jadual 3: Senarai Semak Melalui Kaedah Nyanyian

DAPATAN

Hasil dapatan di atas telah menjawab persoalan kedua iaitu responden dapat menyatakan nilai nombor 1 hingga 5 dengan betul melalui kaedah nyanyian yang melibatkan minat responden terhadap kenderaan.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan.

Adakah responden dapat mengenal konsep nombor 1 hingga 5 melalui

pengajaran yang menggunakan kaedah bahan maujud, nyanyian dan bermain dalam pengajaran yang melibatkan

kenderaan?

DAPATAN

Rajah 6: Graf Skor Ujian Diagnostik dan Akhir

Respoden0

20

40

60

80

100

120

Ujian DiagnostikUjian Akhir

DAPATAN

Hasil dapatan di atas telah menjawab persoalan ketiga iaitu responden dapat mengenal konsep nombor 1 hingga 5 melalui pengajaran yang menggunakan kaedah bahan maujud, nyanyian dan bermain dalam pengajaran yang melibatkan kenderaan.

Pengkaji telah menggunakan kaedah nyanyian terlebih dahulu bagi memperkenalkan responden dengan angka 1 hingga 5.

Setelah itu, pengkaji menggunakan kaedah bahan maujud dalam dalam membantu responden memahami konsep nombor 1 hingga 5. Crow dan Crow (1980) seperti yang dinyatakan dalam Zuraidah (2007), menyatakan bagi pengajaran Matematik yang berkesan, murid mesti mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa dalam konsep Matematik yang abstrak dan manipulasi. Tetapi selepas sesuatu konsep abstrak telah difahami, bahan-bahan maujud hendaklah ditinggalkan.

Sebagai peneguhan dalam membantu responden mengenal konsep nombor 1 hingga 5, pengkaji turut menggunakan kaedah bermain. Melalui kaedah bermain ini pengkaji dapat melihat sejauh manakah penguasaan konsep nombor 1 hingga 5 responden. Menurut Mok Soon Sang (2012), bermain merupakan teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal.

DAPATAN

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Menggunakan pendekatan lain seperti ICT untuk

membantu murid mengenal konsep nombor 1 hingga 5

Menambah bilangan responden.

Kajian turut dijalankan ke atas pelbagai kategori murid khas lain seperti syndrom down, hiperaktif, autisma dan terencat akal sederhana agar dapatan kajian yang diperolehi dapat digeneralisasikan kepada semua murid Pendidikan Khas yang lain.

RUMUSAN Secara keseluruhannya, hasil dapatan menjawab

ketiga-tiga persoalan yang dinyatakan.

Kesimpulannya, penggunaan kaedah nyanyian, bahan maujud dan bermain yang melibatkan minat responden terhadap kenderaan mampu membantunya mengenal konsep nombor 1 hingga 5.

SEKIAN, TERIMA KASIH