perlaksanaan hudud di negara-negara islam

33
PENGALAMAN NEGARA-NEGARA ISLAM, DAN PERBANDINGAN TENTANG KAEDAH PERLAKSANAAN HUKUMAN HADD REJAM, SEBAT, POTONG ANGGOTA BADAN, HUKUMAN BUNUH DAN BALAS KECEDERAAN Siti Nurunnajwa binti Shamsudin 1 Pengenalan Dalam fiqh Islam, hukum jenayah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hudud, qisas dan ta’zir. Hudud, iaitu hukuman yang telah ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya ke atas seseorang yang melakukan sesuatu jenayah, dimana jenis jenayah dan cara pembuktian jenayah telah ditetapkan juga oleh Allah dan Rasul-Nya. Jenis jenayah yang masuk dalam kategori hudud ialah murtad, zina, seks sejenis (gay dan lesbian) dan mencuri. Manakala qisas ialah balasan setimpal ke atas sesuatu jenayah yang dilakukan. Qisas lazimnya merujuk kepada jiwa dan anggota badan. Jika seseorang itu mencederakan tangan seseorang, maka hukuman qisas ialah mencederakan kembali tangan orang yang mencederakan. Namun yang dicederai memiliki pilihan untuk mengenakan denda atau memaafkan orang yang mencederakannya. Ta’zir, iaitu hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya. Kadangkala bentuk dan kadarnya ada dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya, namun ia tidaklah bersifat mengikat. Perubahan boleh dilakukan oleh hakim berdasarkan faktor-faktor yang melatarbelakangi jenayah dan penjenayah berdasarkan kes demi kes. Perlaksanaan hukum jenayah Islam digunakan secara meluas di negara-negara Islam seperti Sudan, Nigeria, Iran, Yaman, Somalia dan banyak lagi. Setiap negara mempunyai cara perlaksanaan hukum yang berbeza. Artikel ringkas ini akan mengupaskan mengenai pengalaman negara-negara islam, dan perbandingan tentang kaedah perlaksanaan hukuman hadd rejam, sebat, potong anggota badan, hukuman bunuh dan balas kecederaan dengan mengambil dari beberapa negara contoh serata dunia. Yaman 1 Pelajar Sarjana Syariah, Univeri Sains Islam Malaysia (USIM)

Upload: usim

Post on 14-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGALAMAN NEGARA-NEGARA ISLAM, DAN PERBANDINGAN TENTANG

KAEDAH PERLAKSANAAN HUKUMAN HADD REJAM, SEBAT, POTONG

ANGGOTA BADAN, HUKUMAN BUNUH DAN BALAS KECEDERAAN

Siti Nurunnajwa binti Shamsudin1

Pengenalan

Dalam fiqh Islam, hukum jenayah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hudud, qisas dan ta’zir.

Hudud, iaitu hukuman yang telah ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya ke

atas seseorang yang melakukan sesuatu jenayah, dimana jenis jenayah dan cara pembuktian

jenayah telah ditetapkan juga oleh Allah dan Rasul-Nya. Jenis jenayah yang masuk dalam

kategori hudud ialah murtad, zina, seks sejenis (gay dan lesbian) dan mencuri. Manakala qisas

ialah balasan setimpal ke atas sesuatu jenayah yang dilakukan. Qisas lazimnya merujuk kepada

jiwa dan anggota badan. Jika seseorang itu mencederakan tangan seseorang, maka hukuman

qisas ialah mencederakan kembali tangan orang yang mencederakan. Namun yang dicederai

memiliki pilihan untuk mengenakan denda atau memaafkan orang yang mencederakannya.

Ta’zir, iaitu hukuman yang tidak ditetapkan bentuk dan kadarnya oleh Allah dan Rasul-Nya.

Kadangkala bentuk dan kadarnya ada dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya, namun ia tidaklah

bersifat mengikat. Perubahan boleh dilakukan oleh hakim berdasarkan faktor-faktor yang

melatarbelakangi jenayah dan penjenayah berdasarkan kes demi kes.

Perlaksanaan hukum jenayah Islam digunakan secara meluas di negara-negara Islam seperti

Sudan, Nigeria, Iran, Yaman, Somalia dan banyak lagi. Setiap negara mempunyai cara

perlaksanaan hukum yang berbeza. Artikel ringkas ini akan mengupaskan mengenai pengalaman

negara-negara islam, dan perbandingan tentang kaedah perlaksanaan hukuman hadd rejam, sebat,

potong anggota badan, hukuman bunuh dan balas kecederaan dengan mengambil dari beberapa

negara contoh serata dunia.

Yaman

1 Pelajar Sarjana Syariah, Univeriti Sains Islam Malaysia (USIM)

Yaman atau lebih dikenali sebagai Republik Yaman adalah sebuah negara yang terletak di

jazirah Arab sebelah Asia Barat Daya2. Mempunyai kapasiti penduduk sebanyak 24.5 million,

Yaman merupakan sebuah negara Islam yang mengaplikasikan undang-undang jenayah Syariah

dan membahagikan undang-undang jenayah kepada dua bahagian iaitu hudud dan qisas dan

fitnah3. Kanun Jenayah Yaman menggariskan tujuh kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman

hudud keatasnya. Antaranya ialah khianat, murtad, merompak, mencuri, zina, fitnah dan minum

arak4.

Kanun Jenayah Yaman juga telah menetapkan sebelas hukuman asas bagi penjenayah di Yaman

iaitu; bunuh (bagi kesalahan murtad, qisas dan fitnah), rejam, memisahkan anggota badan, qisas

(selain yang melibatkan hukuman bunuh), sebat, penjara, diyah, denda, balas kecederaan, salib

dan buruh paksa5. Hukuman bunuh boleh dikenakan keatas pesalah yang disabitkan dengan

kesalahan bunuh6, fitnah7 dan rompak dan samun8. Menurut Kod Tatacara Jenayah Yaman 1994,

Art. 485, hukuman bunuh boleh dijalankan dengan cara memancung kepala atau tembak

sehingga mati (tanpa sebarang kecacatan dan penyeksaan)9. Namun begitu kesemua hukuman

bunuh yang dilaporkan oleh Hukuman Bunuh U.K., sejak tahun 2008 hingga 2009 adalah

menggunakan kaedah yang sama iaitu tembak10. Hukuman bunuh boleh dijalankan di dalam

penjara, hospital atau mana-mana tempat yang sepatutnya dan dihadiri oleh pegawai penyiasat,

pendakwaraya, pegawai polis dan seorang doctor perubatan. Kesalahan pesalah akan dibaca

dengan jelas sebelum hukuman dijalankan11. Pesalah akan ditembak tepat di jantung (jika

hukuman dijalankan secara berbaring seperti dalam gambar) atau ditempak di kepala (jika

dijalankan secara melutut). Hukuman tidak boleh dijalankan pada cuti umum dan hari perayaan.

Bagi ibu mengandung dan menyusu, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga melahirkan dan

dua tahun menyusu12. Undang-undang Jenayah Yaman juga menetapkan bagi kes pembunuhan, 2 Yemen. (n.d.). Retrieved Julai 21, 2014, from One World National Online: http://www.nationsonline.org/oneworld/yemen.htm3 Yemen Republican Decree Concerning Crimes and Penalties, Art.11, Law No. 12 of 1994.4 Ibid. Art. 12.5 Ibid. Art 38.6 Ibid. Art. 50.7 Ibid. Art. 1128 Ibid. Art. 3079 Yemen Republican Decree Concerning the Criminal Procedures, Art. 485, Law No. 13 of 1994.10 Richard Clark, Executions Worldwide, http://www.capitalpunishmentuk.org/world.html, last accessed Sep. 10, 2010. See this page and corresponding links to pages that list previous executions.11 Yemen Republican Decree Concerning the Criminal Procedures, Art. 483, Law No. 13 of 1994.12 Ibid, Art. 484.

saudara mangsa (untuk berberapa kategori pembunuhan) boleh memberi kemaafan kepada

pesalah dan menukarkan hukuman bunuh kepada pampasan kewangan (diyah), atau memberi

pengampunan tanpa balasan atau meminta untuk hukuman bunuh balas (qisas) dijalankan13.

13 Yemen Executes Man for Rape, Killing 11-year-old. (2009, July 6). Retrieved July 19, 2014, from Death Penalty News: http://deathpenaltynews.blogspot.com/2009/07/yemen-executes-man-for-rape-killing-11.html

Gambar perlaksanaan hukuman bunuh di Yaman. Yahia al-Raghwa, 22, disabitkan bersalah

dan dihukum bunuh atas kesalahan merogol dan membunuh Hamdi Abdullah, 11, di kedai

gunting rambut miliknya14

14 Yemen Executes Man for Rape, Killing 11-year-old. (2009, July 6). Retrieved July 19, 2014, from Death Penalty News: http://deathpenaltynews.blogspot.com/2009/07/yemen-executes-man-for-rape-killing-11.html

Bagi hukuman sebat pula, hukuman ini dikenakan atas beberapa kesalahan tertentu seperti zina

(bagi yang belum berkahwin)15, homoseks16, qazf17 dan peminum arak18. Hukuman sebat

selalunya di jalankan di khalayak umum namun jarang mendapat liputan media19. Berdasarkan

Art 492 Tatacara Acara Jenayah Yaman 1994, hukuman sebatan mestilah dilakukan dengan

menggunakan satu tali lembut tanpa ikatan atau simputan di hujungnya. Baju yang tebal mestilah

ditanggalkan ketika sebatan dilakukan. Bagi wanita, hukuman sebatan mestilah dilakukan secara

duduk. Sebatan hendaklah mengenai bahagian belakang pesalah dari kaki hingga ke bahagian

leher tanpa menyentuh bahagian kepala. Bagi pesalah zina, sebatan mestilah sedikit kuat dengan

meminta pegawai yang melakukan sebatan mengangkat tangannya melebihi kepala ketika

hukuman dijalankan. Hukuman sebat harus dilakukan dibawah pengawasan doctor supaya

hukuman sebatan tidak menyebabkan pesalah maut20. Sebatan mestilah dilakukan berkali-kali

secara pantas dengan menggunakan rotanyang anjal di sekitar belakang badan pesalah hingga ke

bahagian buku lali kaki. Dalam menjalankan hukuman sebat, terdapat empat aspek utama yang

perlu ditekankan iaitu: bilangan, kelajuan, sasaran dan kekuatan sebatan21.

Selain bunuh dan sebat, Yaman juga menjalankan hukuman potong anggota badan bagi pencuri

dan perompak. Sesiapa yang mencuri seperti kadar minimum yang ditetapkan dalam undang-

undang dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam akan dijatuhkan

hukuman potong tangan kanan (pada pergelangan tangan) dan jika kesalahan sama diulang, kaki

kiri akan dipotong (pada tumit) dan jika kesalahan yang sama masih diulang untuk kali ketiga,

pesalah akan dipenjara tidak lebih dari 15 tahun. Dan dalam kes yang melibatkan lebih dari satu

pencuri, hukuman itu hendaklah dijatuhkan kepada mereka semua tanpa mengira sumbangan

masing-masing dalam kecurian itu22. Hukuman mestilah dijalankan dengan menggunakan

peralatan yang tajam dengan memotong pada pergelangan tangan pesalah (jika dihukum potong

tangan) atau buku lali (jika dihukum potong kaki) atau pada bahagian-bahagian lain23. Tangan 15 Yemen Republican Decree Concerning Crimes and Penalties, Art.263, Law No. 12 of 1994.16 Ibid, Art. 264.17 Ibid, Art. 289.18 Ibid,Art. 283.19 YEMEN: Judicial CP. Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/rules3.htm#yemen20 Yemen Republican Decree Concerning the Criminal Procedures, Art. 492, Law No. 13 of 1994.21 CORPORAL PUNISHMENT IN YEMEN. Video clip: Judicial or prison whippings. Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/vidyej01.htm22 Yemen Republican Decree Concerning Crimes and Penalties, Art.298, Law No. 12 of 1994.23 Yemen Republican Decree Concerning the Criminal Procedures, Art. 489, Law No. 13 of 1994.

atau anggota yang dipotong akan digantung di kawasan awam supaya orang ramai dapat

melihat24.

Tangan pesalah mencuri yang dipotong di Yaman25

Bagi hukuman rejam pula, hukuman ini dikenakan bagi penzina dan homoseksual di bawah

artikel 263 dan 264 undang-undang Kanun Jenayah Yaman (digubal pada 1994)26. Tatacara

Jenayah Yaman 1994, Art 487, telah menetapkan bahawa hukuman rejam mestilah dilakukan

sehingga mati dan saksi haruslah dipanggil untuk hadir sewaktu hukuman dijalankan. Saksi bagi

hukuman rejam mestilah beragama Islam27. Semua kos pengebumian pesalah ditanggung oleh

kerajaankecuali jika diminta untuk keluarga pesalah untuk menguruskan jenazah28.

Selain hukuman rejam, Yaman juga mengamalkan hukuman qisas (balas kecederaan) dan diyah.

Bagi hukuman balas kecederaan Art 491 Tatacara Jenayah Yaman 1994, bagi balas kecederaan

yang tak melibatkan nyawa mestilah dilakukan seperti arahan mahkamah dengan menggunakan

peralatan yang tajam29. Manakala bagi hukuman diyah (pampasan), Kanun Keseksaan Yaman

menetapkan bagi diyah boleh dikenakan bagi ganti kepada hukuman bunuh dan balas

24 Amputations, beheadings and a crucifixion: Horrific stories from Yemen where Al Qaeda has imposed sharia law. (2012, December 4). Retrieved July 3, 2014, from Mail Online: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2242719/Al-Qaeda-committed-truly-shocking-human-rights-abuses-power-Yemens-Abyan-region-says-Amnesty-report.html.25 Ibid.26 Yemen Republican Decree Concerning Crimes and Penalties, Art.236 & 264, Law No. 12 of 1994.27 Yemen Republican Decree Concerning the Criminal Procedures, Art. 487, Law No. 13 of 1994.28 Ibid.29 Ibid, Art 491.

kecederaan30. Kanun Keseksaan Yaman juga menetapkan kadar diyah yang perlu dibayar oleh

pesalah sama ada penuh atau sebahagian31.

Iran

Iran merupakan negara Islam sejak pertengahan abad ke-7. Hampir kesemua rakyat Iran

mengimani fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jama’ah merupakan minoriti di Iran. Selain

Yaman, Iran juga merupakan salah satu negara Islam yang mengamalkan hukum Syariah sebagai

undang-undang Jenayah di negaranya32.

Sama seperti apa yang diamalkan di Yaman, Iran juga menggunakan pendekatan yang serupa

dalam bagi hukuman bunuh iaitu gantung dan tembak sehingga mati33. Namun begitu, kaedah

tembakan sangat jarang digunakan di Iran dan kali terakhir diguna pada tahun 200834. Iran juga

pernah menggunakan kaedah pancung dalam menjatuhkan hukuman bunuh pada tahun 2001.

Namun kaedah ini tidak lagi digunakan sehingga sekarang35. Kaedah yang paling kerap

digunakan bagi pesalah hukuman mati ialah gantung. Pesalah akan digantung di hadapan orang

awam dengan menggunakan tali yang diikat pada kren. Terdapat juga pesalah yang

menggunakan kaedah penggantungan biasa (meletakkan kotak di bawah kaki mangsa sambil

leher diikat pada tali dan kotak ditarik sewaktu proses penggantungan).Di Iran, setiap kali

perlaksanaan hukuman gantung akan dijalankan, orang awam akan dimaklumkan tentang lokasi

pesalah akan digantung dan masanya. Gambar pesalah juga turut disiarkan di kaca televisyen dan

radio untuk makluman orang awam36.

30 Yemen Republican Decree Concerning Crimes and Penalties, Art.41, Law No. 12 of 1994.31 Ibid, Art 42.32 Artikel 1 Undang-undangJenayah Iran 1991 menyatakan Undang-undang Jenayah Islam digunapakai sebagai hukuman untuk pelbagai kesalahan.33 Iran. (2014, April7). Retrieved June25, 2014, from Death Penalty Worldwide: http://www.deathpenaltyworldwide.org/country-search-post.cfm?country=Iran34 Ibid.35 Ibid.36 n.a. (2009).IRAN/death penalty: A state terror policy. International Federation of Human Right.http://www.fidh.org/IMG/pdf/Rapport_Iran_final.pdf.

Hukuman gantung yang dijalankan di Iran dengan menggunakan kren37

Hukuman gantung yang menggunakan kaedah biasa dan disiarkan di TV Iran38

37 Ibid.38 Ibid.

Hukuman bunuh dengan kaedah tembak yang pernah dijalankan di Iran39

Bagi hukuman rejam pula, sejak tahun 1983 Undang-undang Jenayah Iran telah menetapkan

hukuman bagi pesalah zina (bagi yang telah berkahwin) ialah rejam40. Pesalah akan dikafankan

terlebih dahulu sebelum direjam supaya memudahkan kerja menguruskan jenazah pesalah.

Ketika hukuman dijalankan, pesalah lelaki akan ditanam sebahagian badannya (sehingga

pinggang) manakala pesalah wanita akan ditanam sehingga paras dada41. Batu yang digunakan

gendaklah tidak terlalu besar sehingga mampu membunuh dengan satu atau dua rejaman dan

tidak terlalu kecil sehingga melambatkan proses kematian pesalah42.

39 Ibid.40 Willy Fautre, etc. (2012).Stoning in Iran, Somalia, Nigeria, Pakistan, Afghanistan & Sudan. Brussels: Human Right Without Frontiers Int’l. http://www.hrwf.net/images/reports/2012/2012%20stoning%20final.pdf.41 Penal Code of Iran, Art. 102.42 Ibid, Art. 104.

Anggaran saiz batu yang digunakan untuk merejam pesalah di Iran43

Illustrasi gambar batu yang mesti digunakan untuk hukuman rejam di Iran44

Bagi wanita yang mengandung, hukuman akan ditangguhkan sehingga dia melahirkan anaknya

dan anak itu diletak dibawah pejagaan orang lain45. Dan bagi pesalah wanita yang mengalami

masalah haidh yang berlebihan atau sakit tetap akan dijatuhkan hukuman rejam tanpa perlu

ditangguh46.

43 ElaheAmani. 2012. Stoning in Iran can be stopped through human rights, global advocacy & action. Retrieved July 3, 2014, from Women News Network: http://womennewsnetwork.net/2012/08/06/stoning-iran-can-be-stopped/44 Richard Johnson. 2010. Anatomy of a stoning - How the law is applied in Iran. Retrieved June27, 2014, from National Post: http://news.nationalpost.com/2010/11/20/graphic-anatomy-of-a-stoning/45 Penal Code of Iran, Art.91.46 Ibid, Art.93.

Illustrasi kaedah hukuman rejam dijalankan di Iran47

Selain hukuman bunuh dan rejam, hukuman sebat juga turut dijalankan di Iran. Hukuman sebat

dikenakan terhadap pesalah bagi jenayah bunuh, rogol, mencuri, zina dan minum arak. Kayu

47 Richard Johnson. 2010. Anatomy of a stoning - How the law is applied in Iran. Retrieved June27, 2014, from National Post: http://news.nationalpost.com/2010/11/20/graphic-anatomy-of-a-stoning/

sebatan yang digunakan untuk hukuman sebat ialah sebatang cemeti nipis yang diperbuat dari

kulit dan berukuran satu meter panjang. Kebiasaanya pesalah disebat pada bahagian belakang

badan dan pesalah disuruh agar meniarap atau berdiri ketika hukuman dijalankan48. Pesalah akan

disebat di keseluruhan badan kecuali muka dan tangan dan pesalah lelaki tidak dibenarkan

memakai pakaian kecuali menutupi bahagian sulit. Pesalah wanita pula dikehendaki memakai

pakaian yang melekap ke badannya49. Bagi pesalah yang sakit atau sedang haidh (bagi pesalah

wanita), hukuman sebat akan ditangguhkan sehingga pesalah kembali sihat dan berhenti darah50.

Jika pesalah dijatuhkan dua hukuman sekali gus sebat dan rejam, hukuman sebat perlulah

dijalankan terlebih dahulu sebelum dihukum rejam51. Hukuman akan dijalankan di khalayak

ramai dan ditonton oleh orang awam.

Saeed Ghanbari menerima 80 kali sebatan atas kesalahan meminum arak dan mempunyai

hubungan seks di luar perkahwinan pada tahun 200752

48 C.Farrell. 2014.IRAN: Judicial corporal punishment by flogging. Retrieved June27, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/counir.htm.49 Penal Code of Iran, Art 100.50 Ibid, Art. 9351 Ibid, Art 98.52 David Williams. 2007. 80 lashes for 'immoral' Iranian who abused alcohol and had sex. Retrieved June 27, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/irj00708.htm#19531.

Keratan akhbar pada tahun 200153

Setiap kesalahan mempunyai jumlah sebatan yang tertentu seperti bagi kesalahan zina (bagi yang

belum berkahwin) dikenakan 100 sebatan54 manakala bagi kesalahan qazf dikenakan 80

sebatan55. Bagi pesalah meminum arak, hukuman sebat yang dikenakan adalah sebanyak 80

sebatan56 dan hendaklah dijalankan ketika pesalah telah sedar dari mabuk.Selain itu hukuman

sebat juga dikenakan ke atas pesalah homoseksual.

Iran juga tidak terkecuali menjalankan hukuman hadd ke atas pencuri dan perompak. Jika

seseorang itu disabitkan atas kesalahan mencuri dan melengkapi syarat-syarat yang telah

ditetapkan dalam artikel 198 Kanun Keseksaan Iran, pesalah boleh dijatuhkan hukuman potong

jari bagi tangan kanan (kecuali ibu jari). Jika kesalahan itu berulang, pesalah akan dikenakan

hukuman potong pergelangan kaki kiri hingga ke buku lali atau jika berterusan boleh dipenjara

dan dihukum bunuh57. Hukuman akan dijalankan di kawasan lapang untuk disaksikan oleh orang

53 Report: Iran Flogs Three. (2001, February 16). Retrieved July1, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/irj00102.htm#7397.54 Penal Code of Iran, Art 88.55 Ibid, Art 140.56 Ibid.57 Ibid, Art. 201.

ramai dan mata pesalah akan ditutup dengan kain ketika hukuman dijalankan. Iran juga telah

mencipta mesin khusus bagi memudahkan hukuman dijalankan58.

Mesin yang digunakan bagi tujuan memotong jari di Iran59

Pesalah memasukkan jari ke dalam mesin pemotong60

58 Iran Finger Cutting Machine Reportedly Debuted (GRAPHIC IMAGES). (2013, January 28). Retrieved July 3, 2014, from The World Post: http://www.huffingtonpost.com/2013/01/28/iran-finger-cutting-machine_n_2567550.html#slide=2036838.59 Ibid.60 Ibid.

Iran juga mengamalkan hukuman balas kecederaan (qisas) dan diyah di dalam undang-undang

jenayahnya. Seperti yang tercatat dalam Kanun Keseksaan Iran 1991, hukuman qisas boleh

dijalankan apabila mendapat izin dari ketua agama setelah melihat keadaan pesalah61. Namun

begitu, hukuman qisas hanya boleh dilakukan jika melengkapi syarat-syarat yang telah

ditetapkan. Antara syarat-syaratnya ialah anggota badan yang dituntut masih sihat kedua-duanya

(bagi pesalah dan mangsa), mestilah anggota badan yang asli, balasan mestilah bagi pesalah

(seperti yang terjadi pada mangsa), hukuman tidak boleh membawa kepada kematian dan tidak

melebihi kadar jenayah yang dilakukan62. Objek yang digunkan bagi tujuan balas kecederaan

haruslah tajam, tidak beracun dan sesuai digunakan63.

Kanun Keseksaan Iran juga menjelaskan secara terperinci mengenai kadar diyah yang telah

ditetapkan bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan seperti bagi kesalahan membunuh

kadar diyah adalah sebanyak 100 ekor unta dan bagi kecederaan gigi sebanyak 25 ke 50 dinar.

Bagi kecederaan lain juga telah ditetapkan secara khusus dalam Bahagian Keempat, Kanun

Keseksaan Iran 1991.

Somalia

Somalia merupakan sebuah negara yang luas terletak di sebelah pantai timur Africa. Islam

diperkenalkan di Somalia oleh pedagang Arab pada tahun ketujuh Masihi. Kerajaan Islam di

sekitar Afrika kekal berkuasa sehinggalah dijajah oleh Eropah termasuklah negara Somalia.

Disebabkan oleh pengaruh British yang kuat, rata-rata undang-undang yang digunapakai di

Somalia bercampur aduk dengan undang-undang sivil moden. Perang sivil yang sekian lama

berlarutan juga menyebabkan tiada kerajaan yang stabil dan tiada undang-undang khusus yang

terguna pakai di Somalia sehingga sekarang. Kebanyakkan negeri di tengah dan utara Somalia

masih mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya. Negeri-negeri ini dikuasai oleh

61 Penal Code of Iran, Art. 26962 Ibid, Art. 272.63 Ibid, Art. 282.

kumpulan tentera yang diberi nama al-Syabaab yang berusaha mengekalkan undang-undang

Islam di Somalia64.

Pihak Hak Kemanusiaan (Human Right) kerap kali mendesak Somalia untuk menggugurkan

hukuman bunuh ke atas pesalah dari undang-undang negara Somalia. Namun begitu, mereka

tetap menjalankan hukuman bunuh bagi mereka yang melakukan jenayah bunuh kerana

berpandukan kepada Kanun Keseksaan Somalia. Terdapat juga sesetengah kes yang mana

pesalah hukuman bunuh berjaya menukarkan hukuman bunuh dengan membayar diyah seperti

yang terdapat dalam undang-undang Syariah65.

Seperti Yaman, Somalia menjatuhkan hukuman bunuh dengan menembak pesalah sehingga

mati66. Kerajaan persekutuan Somalia sering menjalankan hukuman mati dengan cara

menembak67. Antara jenayah yang akan dijatuhkan hukuman bunuh ialah pengkhianat,

membunuh, dan mengintip (yang berhubung dengan keselamatan negara)68. Orang awam akan

dimaklumkan dengan menggunakan pembesar suara dan disuruh untuk berkumpul bagi

menyaksikan hukuman dijalankan69. Hukuman bunuh ini akan dijalankan di dataran dan

journalist tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar ketika hukuman dijalankan70.

Ketika hukuman dijalankan, mata pesalah akan diikat dan 10 orang penembak akan menembak

mati pesalah71.

64 Willy Fautre, etc. (2012).Stoning in Iran, Somalia, Nigeria, Pakistan, Afghanistan & Sudan. Brussels: Human Right Without Frontiers Int’l. http://www.hrwf.net/images/reports/2012/2012%20stoning%20final.pdf.65 Death Penalty: Somaliland. (2005, December 1). Retrieved July 2, 2014, from Amnesty International: http://www.amnesty.org/en/library/asset/AFR52/006/2005/en/da9aee57-d47d-11dd-8743-d305bea2b2c7/afr520062005en.pdf.66 Somali Penal Code, art.94, Legislative Decree No. 5, Dec. 16, 1962, translation edited by www.somalilandlaw.com.67 Aweys Osman Yusuf, Government Carries out a Public Execution in Mogadishu, allAfrica.com, http://allafrica.com/stories/200707051091.html, Jul. 5, 2007; Abdi Hajji Hussein, Somali Military Court Carries Out Death Penalty Against Soldier, All Headline News, http://www.allheadlinenews.com/articles/7020744458?Somali%20military%20court%20carries%20out%20death%20penalty%20against%20soldier, Dec. 7, 2010.68 Somalia. (2010, January 1). Retrieved June 28, 2014, from Death Penalty Worldwide: http://www.deathpenaltyworldwide.org/country-search-post.cfm?country=Somalia.69 Two Somali girls executed by firing squad 'for spying'. (2010, October 29). Retrieved June 29, 2014, from The Independent: http://www.independent.co.uk/news/world/africa/two-somali-girls-executed-by-firing-squad-for-spying-2119535.html.70 Somalia. Government Carries Out Public Execution in Mogadishu. (2007, July 5). Retrieved June 30, 2014, from Hands Off Cain: http://www.handsoffcain.info/archivio_news/200707.php?iddocumento=9322083&mover=2.71 Two Somali girls executed by firing squad 'for spying'. (2010, October 29). Retrieved June 29, 2014, from The Independent: http://www.independent.co.uk/news/world/africa/two-somali-girls-executed-by-firing-squad-for-spying-2119535.html.

Dua orang Somalia disabitkan atas hukuman membunuh seorang jururawat sedang diikat di tiang

kayu sebelum dijatuhkan hukuman tembak sehingga mati oleh skuad penembak pada 15 Julai

yang lalu di Mogadishu.72

Tidak seperti Iran yang pesalah akan dikafankan terlebih dahulu untuk hukuman rejam, undang-

undang Somalia tidak menetapkan sebarang syarat berpakaian kepada pesalah. Pesalah akan

dihukum di khalayak ramai dan dipantau oleh jururawat bagi memastikan pesalah telah

meninggal dunia73. Pada 13 Disember 2009, Mohamed Ibrahim, 48, telah dijatuhkan hukuman

rejam kerana berzina dengan seorang wanita di daerah Afgoye74.

72 Somalia executes alleged Shebab members in Mogadishu. (2014, July 15). Retrieved July 20, 2014, from Yahoo News: http://news.yahoo.com/somalia-executes-alleged-shebab-members-mogadishu-130020850.html.73 Stoning victim 'begged for mercy'. (2008, November 4). Retrieved July 4, 2014, from BBC News: http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/7708169.stm.74 Pictured: Islamic militants stone man to death for adultery in Somalia as villagers are forced to watch. (2009, December 15). Retrieved July 12, 2014, from Daily Mail: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1235763/Pictured-Islamic-militants-stone-man-death-adultery-Somalia-villagers-forced-watch.html.

Gambar hukuman rejam Mohamed Ibrahim yang tersebar luas di laman sosial75

75 Ibid.

Selain hukuman bunuh dan rejam, Somalia juga menjalankan hukuman sebat seperti Negara-

negara yang lain. Pada tahun 2006, selepas Kesatuan Mahkamah Syariah mengambil alih

tugas kehakiman (buat sementara waktu) di Mogadishu, hukuman sebatan mula dijalankan di

khalayak ramai76.Jumlah sebatan bagi setiap pesalah adalah berbeza mengikut jenis kesalahan

dna umur pesalah. Bebeza dengan Iran yang meminta pesalah menanggalkan baju ketika

sebatan hendak dilakukan, di Somalia pesalah yang disebat tidak perlu menanggalkan

pakaian dan tidak akan meninggalkan luka yang teruk pada kulit77.

Seorang wanita di Somalia disebat dengan 11 sebatan kerana terlibat dengan dadah78

76 SOMALIA: Judicial CP. (2014, June). Retrieved July 4, 2014, from World Corporal Punishment: http://www.corpun.com/rules2.htm#somalia77 Mohamed Sheikh Nor. Somali Islamic Court Publicly Lashes 4 Accused Of Gang Rape. (2009, September 3). Retrieved July 4, 2014, from Huffington Post: http://www.huffingtonpost.com/2009/03/09/somali-islamic-court-publ_n_173161.html.78 Somali woman is flogged for drugs. (2006, August 24). Retrieved July 4, 2014, from World Corporal Punishment: http://www.corpun.com/rules2.htm#somalia.

Mohamed Shogow, 19, disebat 17 kali pada 19 Ogos 2006 di dataran Yasin daerah Hamar-

Weyne, Mogadishu atas kesalahan mengambil dadah79

Jeylani Isaaq, 45 disebat 35 kali atas kesalahan mengambil dadah80

79 Aweys Osman Yusuf. Three men caught with marijuana whipped in Mogadishu. (2006, August 20). Retrieved July 4, 2014, from World Corporal Punishment: http://www.corpun.com/rules2.htm#somalia.80 Ibid.

Mohamed Omar, 58, disebat 9 kali atas kesalahan mengedar dadah81

Seperti Yaman dan Iran, Somalia juga mengamalkan hukuman potong anggota badan bagi

kesalahan jenayah.Bagi hukuman mencuri, tangan pesalah yang disabitkan kesalahan akan

dipotong di pergelangan tangan manakala bagi hukuman merompak pesalah akan dipotong kaki

dan tangan secara bersilang. Hukuman potong anggota badan ini dilakukan di kawasan lapang

oleh kumpulan As-Syabaab dan terdapat lebih kurang dua puluh orang tentera akan berkumpul

bagi menjalankan hukuman terhadap pesalah. Pesalah akan dibaringkan ke atas tanah dan

disuntik dengan ubat di lengan kanan. Tangan dan lengan pesalah akan diregangkan. Satu plastik

akan dilapik di bawah pergelangan tangan pesalah dan tangan pesalah akan dipotong dengan

menggunakan pisau pemotong (seperti pisau menyembelih unta). Bagi hukuman potong tangna

dan kaki secara bersilang, kaki kri dan tangan kanan pesalah akan diikat sekali dengan tali yang

tebal sebelum dipotong82.

81 Ibid.82 Somali schoolboy tells of how Islamists cut off his leg and hand. (2010, October 20). Retrieved July 4, 2014, from The Guardian: http://www.theguardian.com/world/2010/oct/20/somali-islamists-schoolboy-amputation-ordeal.

Ismael Khalif Abdulle, merupakan salah seorang pesalah yang dijatuhkan hukuman potong

tangan dan kaki secara bersilang di Somalia83.

Pesalah bagi jenayah rompak yang dipotong silang kaki dan tangan di Somalia oleh kumpulan

As-Syabab.

83 Ibid.

Nigeria

Islam telah sampai ke Nigeria sejak 1493 semasa ditawan oleh tentera Islam yang diketuai oleh

Askia Muhammaead Ture. Tetapi Nigeria turut mengalami kesan yang besar semasa kebangkitan

kuasa Eropah dan gerakkan kristianisasi dan pada tahun 1861, Britain telah meletakkan

pengaruhnya yang pertama di Nigeria. Menjelang tahun 1905 hampir keseluruhan Nigeria

termasuk bahagian utaranya (yang majoriti penduduknya beragama Islam) berada di bawah

penguasaan British84. Namun begitu, bahagian utara Nigeria tetap mengamalkan Islam dan

undang-undang Syariah kerana diberi keizinan untuk mempraktikkannya. Tetapi rejam pada

ketika itu tidak dibenrarkan di bawah undang-undang British85.Sejak tahun 2000, 12 dari 37

negeri di Nigeria telah dikuasai dan ditadbir mengikut undang-undang Syariah dan semua negeri

mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman termasuklah hukuman rejam setelah undang-

undang itu diharamkan sejak sekian lama86 dan lain-lain. Undang-undang Islam di Nigeria hanya

terguna pakai untuk orang Islam sahaja87.

Bagi hukuman bunuh, Nigeria mengamalkan kaedah gantung dan tembak sampai mati. Gantung

sampai mati ialah satu keadah di bawah undang-undang sekular bagi hukuman bunuh88.

Walaupun begitu kaedah yang sama turut digunakan bagi kawasan berkependudukan Muslim89.

Terdepat juga di sesetengah kawasan yang mengamalkan undang-undang Syariah di Nigeria

yang menggunakan kaedah tembak sampai mati bagi menjalankan hukuman90. Mahkamah Tinggi

Lagos telah mengisytiharkan bahawa kaedah ini bertentangan dengan perlembagaan negara

namun hanya diaplikasi di daerah Lagos sahaja91.

84 Falola, Toyin. History of Nigeria. Greenwood Press: Westport, CT, USA, 09/1999. P. 5485 Kenny, Joseph. “Sharia and Christianity in Nigeria: Islam and a ‘Secular’ State.” Journal of Religion in Africa,Vol. 26, Fasc. 4. Nov. 1996, pp. 340-342. http://www.jstor.org/stable/1581837.86 The 12 states are all located in the northern part of the nation and have Muslim majorities. The states are: Bauchi,Borno, Gombe, Jigawa, Kaduna, Kano, Katsina, Kebbi, Niger, Sokoto, Yobe, and Zamfara.87 Professor .M. Ikhariale, Death Penalty in Nigeria: A Constitutional Aberration, J. HUM. RTS. L. (1991).88 Nigeria Criminal Procedure Act of 1945, art. 367(1), Laws of the Federation of Nigeria Ed. 2000 Ch. 80, Jun. 1, 1945, as updated to Dec. 31, 2000.89 Harmonised Shariah Penal Code Annotated, p. 52 fn. 67, Mar. 2002.90 Ibid.91 The Nation, Court Restrains Govt From Executing Five by Hanging, http://thenationonlineng.net/new/court-restrains-govt-from-executing-five-by-hanging/, Sep. 25, 2012.

Seperti Yaman, Iran dan Somalia, Nigeria juga menjalankan hukuman rejam bagi kesalahan zina

(bagi yang sudah berkahwin), rogol (jika pesalah telah berkahwin), sumbang mahram (jika

pesalah sudah berkahwin) dan homoseksual. Hukuman ini dijalankan di mahkamah awam di

hadapan khalayak umum92. Mata pesalaha akan ditutup ketika di bawa ke tempat rejaman.

Kakinya akan diikat dengan tali sebelum dimasukkan ke dalam lubang separas dada. Pesalah

akan dikambus dengan tanah dalam keadaan mata yang diikat dengan sehelai kain sebelum

direjam dengan batu. Pada kebiasaannya kes yang melibatkan hukuman rejam akan dirayu agar

dibebaskan dari hukuman dan setakat sekarang banyak rayuan yang telah berjaya93.

Menurut Tatacara Jenayah Nigeria 1990, Sect. 385, hukuman sebat tidak dilakukan ke atas

pesalah yang berumur 45 tahun ke atas94. Dan pesalah akan dirotan dengan menggunakan kayu

rod yang ringan atau rotan dan bilangan sebatan hendaklah dinyatakan dan tidak boleh melebihi

12 sebatan95. Jika sesorang itu disabitkan lebih dari satu kesalahan dalam dibicarakan dalam satu

perbicaraan, hukuman sebatan hendaklah tidak lebih dari 12 sebatan. Berbeza di bahagian utara

Nigeria, mereka dibernarkan untuk mengaplikasikan kaedah undang-undang syariah dalam

menjalankan hukuman sebatan96. Namun begitu, hukuman sebatan itu mestilah mendapat

keizinan daripada ketua daerah sebelum dilaksakanakan. Ini adalah penting untuk membezakan

hukuman sebatan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang Jenayah. Pesalah akan

disebat oleh cemeti (yang diperbuat dari kulit lembu) yang dipegang dengan menggunakan

beberapa jari dan memegang sesuatu di bawah lengan pemukul. Sebatan ini bukanlah bertujuan

untuk menyakitkan, tetapi sekadar menimbulkan rasa malu dalam diri pesalah97. Hukuman

sebatan mengikut undang-undang syariah akan dijalankan di khalayak umum98. Pesalah akan

disebat pada punggung dalam keadaan berpakaian. Namun ada juga terdapat di setengah tempat

pesalah disebat pada belakang badan yang terdedah (tanpa dilapik oleh apa-apa kain)99. Bagi 92 Tomas Jivanda. Gay Nigerian man whipped 20 times for single homosexual act – but is spared stoning to death. (2014, January 17). Retrieved July 4, 2014, from The Independent: http://www.independent.co.uk/news/world/africa/gay-nigerian-man-whipped-20-times-for-single-homosexual-act--but-is-spared-stoning-to-death-9067480.html.93 Bach D., Application et implication de la charia : fin de partie au Nigeria, Le Seuil, Pouvoirs, 200394 Criminal Procedure Act of Nigeria 1990, Sect. 385.95 Ibid. Sect 386.96 Allott's Judicial and Legal Systems in Africa, 2nd edition, Butterworth, London, 197097 Anderson, J N D, Islamic Law in Africa, Frank Cass, London (2nd edition), 197098 NIGERIA: Judicial CP. (2014, June). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/rules2.htm#ngj.99 NIGERIA: Judicial CP. (2014, June). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/rules2.htm#ngj.

jenayah berat seperti rogol, pesalah akan dijatuhkan hukuman sebat dan penjara (10 tahun

penjara dan 41 sebatan)100. Jenayah homoseksual juga dihukum dengan hukuman sebat sebanyak

20 sebatan101 manakala peminum arak 80 kali sebatan102.

Mohamed Abu Bakar, 13 tahun disebat 10 kali di bahagian belakang kerana kesalahan

mencuri103

Keadaan Mohamed Abu Bakar selepas di sebat beberapa kali104

100 Ibid.101 Adam Nossiter. Wielding Whip and a Hard New Law, Nigeria Tries to Sanitize Itself of Gays. (2014, February 9). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/14archive/ngj01402.htm.102 Inside a Sharia Court. (2007, October 1). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/ngj00710.htm#19755.103 David Finkel. Crime and Holy Punishment. (2002, November 24). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/ngj00211.htm#10088.104 Ibid.

Berbeza dengan Yaman, Iran dan Somalia, kebanyakkan pencuri di Nigeria tidak jatuhkan

hukuman potong anggota badan sebaliknya mereka dijatuhkan hukuman sebat dan penjara105.

Hukuman potong tangan dan kaki sangat jarang dijalankan kerana pesalah akan memohon untuk

mengurangkan hukuman106. Namun begitu terdapat dua kes yang telah direkodkan setakat

sekarang melibatkan hukuman potong tangan bagi pencuri107. Seperti negara lain yang

mengamalkan hukuman potong tangan bagi hukuman mencuri, pesalah di Nigeria akan dipotong

tangan kanan pada pergelangan tangan jika disabitkan kesalahan108.

Lawali Isa dipotong tangan kanannya kerana mencuri 3 buah basikal109

Arab Saudi

Arab Saudi adalah merupakan sebuah negara yang terbesar di Semenangjung Arab dan

merupakan negara pertama yang wujud di tengah-tengah semenanjung tanah arab pada awal

abad ke-18. Arab Saudi juga merupakan sebuah Negara yang sangat terkenal dengan pengamalan

undang-undang Islamnya dan sebuah Negara yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai

sumber utama dalam menggubal undang-undang110. Undang-undang Islam seperti hudud, qisas

dan ta’zir sangat sinonim dengan negara arab ini.

105 Inside a Sharia Court. (2007, October 1). Retrieved July 17, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/ngj00710.htm#19755.106 Nigeria's Zamfara Sharia court orders amputation. (2011, September 9). Retrieved July 15, 2014, from BBC News Africa: http://www.bbc.com/news/world-africa-14858441.107 Ibid.108 Sharia court sentences two to amputation for theft. (2011, September 9). Retrieved July 15, 2014, Vanguard: http://www.vanguardngr.com/2011/09/sharia-court-sentences-two-to-amputation-for-theft/.109 110 Saudi Arabia Law of Criminal Procedure, art. 1, Decree No. M/39, Oct. 16, 2001.

Seperti negara lain yang mengamalkan hukuman bunuh kepada pesalah bagi jenayah-jenayah

tertentu seperti bunuh, murtad, dadah, rogol dan merompak, Arab Saudi mengambil pendekatan

yang berbeza dari sudut perlaksanaannya. Undang-undang Islam di Arab Saudi telah menetapkan

kaedah yang digunakan bagi hukuman bunuh ialah pancung kepala111. Hukuman pancung kepala

ini akan dijalankan di kawasan lapang dengan menggunakan pedang. Pesalah akan dipancung

dengan sekali pancungan. Sewaktu hukuman dijalankan, mata pesalah akan ditutup dan pesalah

akan digari dan diberi sedatif. Satu plastik (beberapa kaki lebar) akan dilapik bagi memudahkan

proses membersihkan darah yang selalunya terpercik dan bagi memudahkan kepala diambil

sesudah dipancung112. Selain pancung, hukuman bunuh juga pernah dijalankan dengan kaedah

menembak. Terdapat satu kes di mana kaedah tembak digunakan bagi tujuan hukuman bunuh

pada Januari 2009 dan dua kes pada tahun 2008113. Bagi hukuman rejam pula, walaupun

hukuman rejam merupakan hukuman yang terdapat di dalam undang-undang yang sah di Arab

Saudi, namun sangat jarang digunakan114.

Selain hukuman bunuh dan rejam, Arab Saudi juga menjalankan hukuman sebatan bagi pesalah

jenayah dan sivil. Lebih kurang seratus kes dilaporkan setiap minggu bagi jenayah yang

melibatkan hukuman sebat. Kaedah hukuman bagi lelaki dan wanita adalah lebih kurang sama

dan kebanyakkan hukuman dijalankan dan tidak dihebahkan kepada orang ramai. Arab Saudi

juga tidak mempunyai prosedur yang formal dalam menentukan kaedah sebatan yang digunakan.

Hukuman sebatan akan dilakukan dengan menggunakan cemeti atau buluh rotan atau tali kulit

yang dijalankan oleh pegawai agama yang mana hukuman dijalankan di tempat kejadian tanpa

perlu melalui prosedur mahkamah. Pada kebiasaannya, hukuman sebatan di Arab Saudi

dijalankan di khalayak ramai115.

111 Ibid. Art 10.112 Russell Goldman. Saudi Arabia's Beheading of a Nanny Followed Strict Procedures. (2013, January 11). Retrieved July 15, 2014, from ABC News: http://abcnews.go.com/US/saudi-arabias-beheading-nanny-strict-procedures/story?id=18182757113 Richard Clark, Executions in January 2009, http://www.capitalpunishmentuk.org/jan09.html, accessed Aug. 19, 2010; Richard Clark, The History of Beheading and Decapitation, http://www.capitalpunishmentuk.org/behead.html, accessed Sep. 7, 2010.114 Willy Fautre, etc. (2012).Stoning in Iran, Somalia, Nigeria, Pakistan, Afghanistan & Sudan. Brussels: Human Right Without Frontiers Int’l. http://www.hrwf.net/images/reports/2012/2012%20stoning%20final.pdf.115 C. Farrell. SAUDI ARABIA: Judicial corporal punishment by flogging. (2014, June). Retrieved July 15, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/counsaj.htm.

Rotan yang digunakan untuk tujuan sebatan di Arab Saudi. Gambar diambil ketika delegasi

Brunei ke Arab Saudi untuk melihat dengan lebih dekat perlaksanaan hudud di sana116

Hukuman sebat yang dilakukan di tepi jalan di Arab Saudi ke atas seorang wanita117

Arab Saudi juga mengamalkan hukuman potong anggota bagi kesalahan tertentu dan qisas. Bagi

kes mencuri, pesalah akan dipotong tangan kanan manakala bagi kes rompakan, tangan kanan

116 Fadhil Yunus. Minister briefed on punishments under Syariah Penal Code. (2014, February 13). Retrieved July 15, 2014, from World Corporal Punishment Research http://www.corpun.com/14archive/bnj01402.htm#25215.117 http://www.alriyadh.com/420182

dan kaki kiri pesalah akan dipotong secara bersilang118. Tangan dan kaki pesalah dipotong

dengan menggunakan pisau dan bukannya pedang pada pergelangan tangan (bagi jenayah

mencuri) dan lain-lain bahagian yang ditentukan oleh pihak berkuasa (bagi qisas dan lain-lain

hukuman)119.

Hukuman memotong tangan pada tahun 1950

118 Man to be paralysed in Saudi ‘eye-for-an-eye’ punishment. (2013, April 5). Retrieved July 15, 2014, from EuroNews: http://www.euronews.com/2013/04/05/man-sentenced-to-paralysis-in-saudia-arabia/.119 Newsweek staff. The World's Most Barbaric Punishments. (2010, August 8). Retrieved July 16, 2014, from NewsWeek: http://www.newsweek.com/worlds-most-barbaric-punishments-74537.

Tangan kanan pencuri akan dipotong (bagi kes kecurian biasa)

Kerajaan Arab Saudi juga menetapkan hukuman qisas dan diyah di dalam undang-undang

jenayah negara mereka bagi kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota. Kaedah hukuman

jenayah di Arab Saudi yang bergantung penuh kepada keputusan dan arahan mahkamah

menyebabkan tiada prosedur yang tetap dalam menjalankan hukuman balas kecederaan. Pada

tahun 2013, Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman lumpuh ke atas Ali-Khawahir,24 kerana

kesalahan menyebabkan rakannya lumpuh separuh badan disebabkan tikaman olehnya ketika

berumur 14 tahun. Walaubagaimanapun, mahkamah membernarkan pesalah membayar

pampasan kepada mangsa dengan bayaran satu juta riyal (bersamaan 200, 000 euros)120.

Lain-lain Negara

Selain Negara yang telah disebutkan sebelum ini, terdapat beberapa lagi Negara yang

mengamalkan hukuman hudud dan qisas walaupun tidak secara menyeluruh. Di Syria, undang-

undang Islam hanya dijalankan oleh kelompok kecil ummat Islam di sana. Kebanyakkan

kesalahan jenayah syariah seperti mencuri dan berzina diganti dengan hukuman denda dan

penjara kerana keadaan perang yang sedang berlaku. Terdapat berberapa video yang telah

120 Man to be paralysed in Saudi ‘eye-for-an-eye’ punishment. (2013, April 5). Retrieved July 15, 2014, from EuroNews: http://www.euronews.com/2013/04/05/man-sentenced-to-paralysis-in-saudia-arabia/.

tersebar secara meluas di You Tube dan laman web tentang perlaksanaan hukuman sebat121 dan

potong tangan122 di Syria yang menunjukkan undang-undang Islam masih dilaksanakan di sana.

Bedasarkan video tersebut, sebelum hukuman sebatan dijalankan, kesalahan pesalah akan

dibacakan di hadapan orang ramai dan disebat di khalayak ramai dengan menggunakan sebatang

rotan di bahagian belakang badan pesalah secara berturut-turut. Begitu juga dengan hukuman

potong tangan. Sebelum hukuman dijalankan, kesalahan pesalah akan dibaca di khalayak ramai.

Mata pesalah akan ditutp dengan menggunakan kain dan tangan pesalah dilapik dengan sebatang

kayu dan potong dengan menggunakan sebilah parang. Terdapat pegawai perubatan yang

bertugas di tempat kejadian bagi memastikan pesalah dalam keadaan baik.

Begitu juga di Afghanistan, undang-undang Syariah digunapakai sebagai undang-undang adat di

kawasan-kawasan tertentu dan berpandukan fiqh mazhab hanafi123. Hukuman rejam pernah

dijalankan di Afghanistan berdasarkan satu keratan video dari You Tube124. Dalam video tersebut

seorang pesalah wanita dan seorang pesalah lelaki di rejam dengan batu di sebuah kawasan

lapang. Pesalah ditutup mata dan tangannya diikat. Kesalahan pesalah akan dibaca di hadapan

orang ramai. Pesalah wanita yang direjam dimasukkan ke dalam sebuah lubang terlebih dahulu.

Manakala bagi lelaki, hanya diikat dan disuruh duduk. Orang ramai mula melontar batu bila

kesalahannya habis dibaca. Bagi hukuman potong tangan, pesalah akan dipotong tangan di pusat

kesihatan dan dilakukan oleh doktor yang berpengalaman. Sebelum tangan dipotong, local

anaesthetic akan diletakkan di anggota badan yang hendak dipotong dan dipotong dengan

menggunakan peralatan perubatan yang sepatutnya. Kebiasaanya pesalah akan pengsan dan

anggota yang dipotong akan ditunjukkan kepada orang ramai sebelum ditanam125.

Di Indonesia, undang-undang syariah hanya diamalkan di negeri Aceh126 walaupun tidak secara

menyeluruh. Mewakili negeri di sebelah Asia Timur, Indonesia komited menjalankan hukuman

121 WW3. Shari'a at work! 100 lashes for an adulterer! After his punishment he hugs his ISIL torturer!. (2003, December 11). Retrieved July 13, 2014, from You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=rFmim-OfD5k122 http://www.alwatanvoice.com/arabic/news/2014/03/23/511891.html123 Una Au et all. 2009. An Introduction of Criminal Law of Afghanistan. Stanford: Afghanistan Legal Education Project (ALEP).124 Kaz J. Stoning to Death in Afghanistan. (2014, Jan 7). Retrieved July, 13, 2014, from You Tube: http://www.youtube.com/watch?v=U96_b7of6qI125 Humayun Hadid and Johannes Dell. Summary amputations: Taliban justice in Afghanistan. (2013, April 27). Retrieved July 13, 2014, from BBC News: http://www.bbc.com/news/world-asia-22311036.126 Fadhil Yunus. INDONESIA: Judicial CP. (2014, June). Retrieved July 15, 2014, from World Corporal Punishment Research: http://www.corpun.com/rules2.htm#indonesia.

sebat bagi pesalah jenayah syariah Islam. Hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai dengan

menggunakan rotan atas kesalahan bermain judi127.

Kesimpulan

Terdapat banyak negara-negara Islam telah menjalankan hukuman terhadap penjenayah

mengikut ketetapan syariat. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan bagi setiap negara yang

melaksanakannya sebagai contoh, Iran menjatuhkan hukuman bagi pesalah mencuri dengan

memotong jari menggunakan mesin pemotong khas sedangkan negara Islam yang lain

memotong pergelangan tangan pesalah dengan menggunakan pisau. Begitu juga dengan cara

perlaksanaan hukuman bunuh. Terdapat negara yang menggunakan kaedah pancung seperti Arab

Saudi dan terdapat juga negara yang menggunakan kaedah tembak dan gantung sampai mati.

Jenis kayu yang dipakai bagi hukuman sebat dan juga kadar diyah juga berbeza-beza mengikut

negara.

Walaupun tidak terdapat keseragaman dalam perlaksanaan undang-undang hadd dan qisas bagi

setiap negara, namun itu bukanlah menjadi satu alasan untuk mengatakan bahawa undang-

undang Islam bersifat kejam dan tidak berperkemanusiaan seperti mana yang cuba didakwa oleh

penyokong hak asasi manusia. Perlaksanaan undang-undang hadd dan qisas perlu lebih

diperhalusi agar kemurnian undang-undang Allah itu lebih jelas di mata semua dan tidak

membawa fitnah kepada agama.

127 Lima Kaki Judi Aceh dirotan Enam Kali di Khalayak Ramai. (2012, Mac 10). Diperoleh pada: 20 Julai 2014 daripada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah: http://www.jksm.gov.my/jksns/index.php?option=com_content&view=article&id=562%3Alima-kaki-judi-aceh-dirotan-enam-kali-di-khalayak-ramai&Itemid=188