kerajaan perlak menerima ajaran islam pada abad ke-9

22
1.0 PENGENALAN Perlak merupakan sebuah negeri yang terletak di Bukit Meuligou, Acheh yang berada di utara Pulau Sumatera 1 . Mengikut peta (sila rujuk Lampiran) Perlak merupakan negeri yang berjiranan dengan Samudera-Pasai dan Aru. Kedudukan Perlak yang strategik, iaitu yang berada di laluan Selat Melaka telah menarik minat ramai pedagang khususnya para pedagang dari India dan China 2 di samping memiliki hasil alam yang kaya seperti kapur barus, lada hitam, rempah ratus dan berbagai-bagai jenis sumber bahan mentah lain. Maka dengan itu, Perlak dikatakan menjadi sebuah pusat perdagangan yang terpenting di Pulau Sumatera menjelang abad ke-8 3 . Menurut sumber Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Perlak merupakan kerajaan Indonesia pertama yang menerima Islam sejak abad ke-9, iaitu pada sekitar tahun 840 Masihi 4 . Terdapat bukti-bukti yang turut menyatakan Islamisasi di Perlak 1 M, Slamet, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara,(Yogyakarta: LKiS, 2005), 129-140. 2 Ibid., pp. 132. 3 Sen, Tan Ta, Cheng Ho: Penyebar Islam dari China ke Nusantara , (Jakarta: Penerbit Buku Kompas, 2010), 210. 4 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. 2008). pp. 180. 1

Upload: malaya

Post on 27-Apr-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Perlak merupakan sebuah negeri yang terletak di Bukit

Meuligou, Acheh yang berada di utara Pulau Sumatera1. Mengikut

peta (sila rujuk Lampiran) Perlak merupakan negeri yang

berjiranan dengan Samudera-Pasai dan Aru. Kedudukan Perlak yang

strategik, iaitu yang berada di laluan Selat Melaka telah menarik

minat ramai pedagang khususnya para pedagang dari India dan

China2 di samping memiliki hasil alam yang kaya seperti kapur

barus, lada hitam, rempah ratus dan berbagai-bagai jenis sumber

bahan mentah lain. Maka dengan itu, Perlak dikatakan menjadi

sebuah pusat perdagangan yang terpenting di Pulau Sumatera

menjelang abad ke-83. Menurut sumber Sejarah dan Tamadun Bangsa

Melayu, Perlak merupakan kerajaan Indonesia pertama yang menerima

Islam sejak abad ke-9, iaitu pada sekitar tahun 840 Masihi4.

Terdapat bukti-bukti yang turut menyatakan Islamisasi di Perlak

1 M, Slamet, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di Nusantara,(Yogyakarta: LKiS, 2005), 129-140.

2 Ibid., pp. 132. 3 Sen, Tan Ta, Cheng Ho: Penyebar Islam dari China ke Nusantara, (Jakarta: Penerbit Buku

Kompas, 2010), 210.4 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. (Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distrubutors Sdn. Bhd. 2008). pp. 180.

1

datang lebih awal daripada proses Islamisasi di Samudera-Pasai,

khususnya catatan-catatan yang terdapat di dalam tiga buah

naskhah tua yang ditinggalkan di Perlak. Kerajaan Perlak juga

memiliki pelbagai nama sepanjang kewujudannya di Pulau Sumatera.

Dalam catatan Marco Polo (1292), Perlak digelar sebagai Ferlec dan

Ferlech5. Selain memiliki nama tersendiri daripada catatan Marco

Polo, Perlak juga dikenali dengan nama Taji Alam6 oleh para

pedagang Persia serta turut dikenali sebagai Peureulak dan Preulak

oleh para pedagang lain yang datang dari Gujerat dan Arab. Namun,

perihal nama Perlak itu sendiri adalah sebenarnya datang daripada

nama sejenis pokok7. Kerajaan Perlak yang wujud pada tahun 840

5 Polo, M., The Travels of Marco Polo: The Complete Yule-Cordier Edition Volume II.( Canada:General Publishing Company, 1993), 305.6 Mangaradja Onggang Parlindungan, Pongkinangolngolan Sinambela Gelar Tuanku Rao.Diakses pada 9 Disember 2014,http://books.google.com.my/books?id=ZHRKDUUX4swC&pg=PA577&dq=islam+perlak&hl=en&sa=X&ei=d_uGVKj-CJKjugSU_oIo&ved=0CDwQ6AEwBA#v=onepage&q=islam%20perlak&f=false 7 M, Slamet, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam di

Nusantara. pp. 131.

Nama Perlak ialah berasal daripada nama sebuah pokok. Pokok tersebut bernama

Perlak. Kulit kayu pokok Perlak ini diguna secara meluas terutamanya dalam

proses pembuatan kapal-kapal besar seperti kapal dagang. Para pedagang yang

kebiasaannya berdagang di pelabuhan Perlak akan menggunakan kulit-kulit pokok

kayu Perlak

untuk membaiki kapal-kapal mereka yang rosak sewaktu berlayar di lautan luas

semasa dalam perjalanan ke Perlak. Oleh hal yang demikian, Perlak dikenali2

Masihi mempunyai dua dinasti penting yang menyebabkan kerajaan

tersebut terbahagi kepada dua bahagian dan juga kepada dua

pemerintahan. Dinasti-dinasti tersebut ialah Dinasti Azizah yang

ditadbir oleh pemerintah yang beraliran Syiah di kawasan Perlak

Baroh, manakala di kawasan Perlak Tunong pula, ia ditadbir oleh

pemerintah yang beraliran Sunni dari Dinasti Makhdum. Kerajaan

Perlak diasaskan oleh Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah, pada

tahun 804 Masihi dan berakhir sewaktu pemerintahan Sultan Makhdum

Alaiddin Malik Abdul Aziz Syah Jouhan Berdaulat pada tahun 1292.

Oleh itu, sepanjang tempoh pemerintahan 18 orang raja-raja

Perlak, proses penerimaan Islam juga turut berkembang selari

dengan peredaran masa. Malah, ajaran dan fahaman Syiah turut

terhapus dan masyarakat Perlak semakin menerima ajaran Ahli Sunnah

Wal Jamaah (Sunni) sebagai ajaran agama Islam yang berlandaskan

al-Quran dan hadis.

dengan nama Perlak disebabkan oleh sejenis pokok kayu yang digunakan

dalam proses membaik pulih kapal-kapal dagang yang rosak akibat dipukul ombak

yang kuat. Kualiti kayu Perlak

juga sangat bagus kerana kayu tersebut tebal dan keras lantas meningkatkan

lagi populariti kerajaan Perlak sebagai

penghasil kayu kapal terbaik. 3

2.0 PERBINCANGAN

2.1 Proses Kedatangan Islam di Perlak

Proses Islamisasi di Perlak berlaku sekitar tahun 804 Masihi

iaitu sekitar abad ke-98. Islam di Perlak datang bersama-sama

dengan serombongan besar ulama Syiah. Rombongan tersebut diketuai

oleh Nakhoda Khalifah dan disertai seramai 100 orang para da’i

atau pendakwah Syiah dari Timur Tengah, Bahgdad. Nakhoda Khalifah

dan 100 orang pendakwah Syiah ini tiba di Perlak kerana mengalami

kekalahan dalam usaha memiliki tampuk pemerintahan kerajaan yang

diterajui oleh Bani Abbasiyah9. Mereka tiba pada tahun 802 Masihi

8 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. pp. 180. 9 Ibid. pp. 181-182. Nakhoda Khalifah bersama-sama dengan 100 orang pendakwahSyiah memilih Alam Melayu, iaitu Perlak sebagai sebuah destinasi pelarianselepas mengalami kekalahan dalam perebutan kuasa pemerintahan dengan kerajaanBani Abbasiyah. Punca kekalahan puak Syiah adalah kerana Bani Abbasiyah tidakmenunaikan janji seperti yang telah dikatakan kepada Syiah. Konflik yangterjadi adalah berpunca daripada kesepakatan puak Syiah dengan Bani Abbasiyahuntuk menjatuhkan kerajaan bani Umaiyah. Dalam strategi menjatuhkan BaniUmaiyah, puak Syiah menggunakan pelbagai tipu helah serta beberapa tindakankotor yang lain. Selepas Bani Umaiyah berjaya dikalahkan, Bani Abbasiyah tidak

4

dan pada ketika itu ajaran Syiah mula diperkembang di Perlak.

Setelah tiba di Perlak, Nakhoda Khalifah berjaya “mengislamkan”

Meurah Syahir Nuwi10. Meurah Syahir Nuwi merupakan seorang

pemerintah terawal kerajaan Perlak. Ajaran Islam yang diajarkan

kepada Syahir Nuwi sebenarnya adalah ajaran Syiah. Bermula dengan

pengislaman Syahir Nuwi, ajaran Syiah semakin diperkembang

melalui pelbagai cara, antaranya ialah melalui perkahwinan.

Semasa menjalankan aktiviti perdagangan di pelabuhan Perlak, para

da’i Syiah turut menyebarkan ajaran mereka melalui perkhahwinan

dengan wanita-wanita tempatan. Hal ini dapat dilihat apabila

menunaikan janjinya kepada puak Syiah kerana Bani Abbasiyah mempercayai bahawaSyiah mampu merosakkan pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Maka dengan itu,puak Syiah dihalau keluar daripada kerajaan Baghdad. 10 Ibid., pp. 183-185. Syahir Nuwi merupakan seorang Meurah (raja) yang berketurunan Parsi. Menurutsumber, Syahir Nuwi merupakan nama suku yang digelarkan kepadanya. Nama sebenar Meurah Syahir ialah Pho HeLa. Asal usul Meurah Syahir yang berketurunan Parsi adalah kerana pada abad pertama hijrah,ekonomikerajaan Perlak dikatakan telah dikuasai oleh para pedagang daripada Persia. Oleh itu, di samping berdagang, parapedagang daripada Persia ini bertindak mengahwini wanita-wanita tempatan dalam usaha menyebarkan agama Islam. Olehhal yang demikian, Meurah Syahir Nuwi sebenarnya adalah seorang Arab peranakanantara salah seorang pedagang Parsi dengan wanita tempatan. Sebelum MeurahSyahir “diislamkan” oleh Nakhoda Khalifah, Meurah Syahir ini telah menerimaIslamsejak awal-awal lagi. Ini kerana, bapanya merupakan salah seorang pendakwahSyiah yang berdakwah di Perlak sambil berdagang.

5

salah seorang pendakwah Syiah yang mengikuti rombongan Nakhoda

Khalifah ke Perlak yang bernama Ali bin Muhammad bin Ja’far

Shadiq telah mengahwini Puteri Makhdum Tansyuri11. Hasil

perkahwinan mereka, lahirlah Sultan Aliddin Sayyid Maulana Abdul

Aziz Syah yang kemudiannya menjadi sultan Perlak yang pertama

dalam Dinasti Azizah.

Secara keseluruhannya, proses kedatangan Islam di Perlak

adalah bermula dengan kedatangan para pedagang dari Persia yang

telah berdagang dan secara langsung telah memonopoli aktiviti

perdagangan di Perlak sejak abad pertama hijrah lagi, iaitu kira-

kira abad ke-7. Para pedagang Persia ini merupakan orang Islam

yang menganuti ajaran Syiah, iaitu ajaran yang sesat dalam Islam.

Namun pada waktu ini, ajaran Syiah masih lagi berada pada

peringkat awal dan tidak begitu terkenal. Islamisasi di Perlak

dikatakan tersebar meluas selepas kedatangan Nakhoda Khalifah

bersama-sama pengikutnya ke Perlak pada abad ke-9; sekitar tahun11Abdul Jalil Borham. Pentadbiran Undang-Undang Negeri Johor. Diakses pada 9Disember 2014, http://books.google.com.my/books? id=klYuwPcqV8IC&pg=PA6&dq=bukti+kedatangan+islam+di+perlak&hl=en&sa=X&ei=FzeHVMv4HoycuQS91YH4Bw&ved=0CB0Q6AEwAA#v=onepage&q=bukti%20kedatangan%20islam%20di

%20perlak&f=false Puteri Makhdum Tansyuri merupakan adik kepada Syahir Nuwiyang juga berketurunan Parsi dan juga telah menganuti ajaran Syiah.

6

802 Masihi. Bermula dengan kedatangan Nakhoda Khalifah ke Perlak,

ajaran Islam pun menjadi semakin tersebar melalui aktiviti

perdagangan, dakwah dan juga perkahwinan. Namun begitu, Islam

yang diajarkan kepada rakyat Perlak masih lagi bukan ajaran yang

sebenar. Ajaran yang diajar merupakan ajaran Syiah dan pada tahap

ini, ajaran Syiah sudah berada pada peringkat yang lebih tinggi.

2.2 Perkembangan Islam dalam Pemerintahan Perlak

2.2.1: Dinasti Azizah

Sistem pemerintahan pertama kerajaan Perlak bermula dengan

pemerintahan Dinasti Azizah, iaitu Sultan Alaiddin Sayyid Maulana

Abdul Aziz Syah pada tahun 804 sehingga 964 Masihi. Sewaktu

pemerintahan Sultan Abdul Aziz, baginda telah menukar nama Bandar

Perlak kepada Bandar Khalifah. Tujuannya untuk memperingati jasa

yang telah dilakukan oleh Nakhoda Khalifah12. Pada era

12 Nama Bandar Perlak ditukarkan kepada nama Bandar Khalifah adalah bertujuanuntuk menghargai jasa yang telah dilakukan oleh Nakhoda Khalifah yang telah memperkenalkan kerajaan Perlakkepada dunia luar seperti Arab, India dan China.

7

pemerintahan Sultan Abdul Aziz, penyebaran dakwah Syiah giat

dijalankan melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh para ulama

Syiah dalam konteks untuk memperkukuh kedudukan Syiah di Perlak.

Kemudian, legasi Azizah diteruskan lagi dengan pemerintahan raja

kedua; Sultan Alaiddin Sayyid Maulana Abdurrahim Syah (864-888

Masihi). Dalam pemerintahan Sultan Abdurrahim Syah, baginda telah

mewujudkan Lembaga Pendidikan Islam dengan membangunkan

institusi-institusi pendidikan seperti Dayah Bukit De Cerek13.

Zaman ini, ajaran Syiah semakin diperkemas dengan wujudnya

institusi dayah yang berfungsi untuk menyampaikan agama kepada

penduduk di Perlak.

Proses Islamisasi di Perlak diteruskan lagi dengan wujudnya

sebuah lagi pembinaan dayah baharu, iaitu Dayah Cotkola. Dayah

ini ditubuhkan sewaktu pemerintahan Sultan Alaiddin Sayyid

Maulana Abbas Syah (915-918 Masihi)14. Tambahan lagi, baginda

turut memperbaharui sistem perlembagaan Islam yang wujud sewaktu

pemerintahan Dinasti Azizah yang kedua menjadi Lembaga Pendidikan

13 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. pp. 180.14 Ibid., 180-181.

8

Islam Baru. Oleh itu, dengan adanya dayah-dayah15 ini, ajaran

Syiah disampaikan dengan lebih lancar kepada orang ramai. Sistem

pengajaran juga menjadi lebih sistematik. Kewujudan Dayah De

Cerek dan Dayah Cotkola menjadikan pertapakan ajaran Syiah

menjadi lebih kukuh terutamanya di bahagian utara Pulau Sumatera

seperti di Lamuri, Semerlanga, Samudera-Pasai, dan juga Perlak

sendiri.

Oleh itu, perkembangan Islam dalam aliran Syiah berkembang

pesat di Perlak dan di bahagian utara Pulau Sumatera adalah

bermula dengan era pemerintahan Dinasti Azizah, iaitu Sultan

Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah pada tahun 804 Masihi.

Perkembangan ini dapat dilihat terutamanya dengan kewujudan

institusi-institusi dayah di Perlak Baroh. Kewujudan dayah-dayah

ini merupakan suatu titik permulaan dalam penyebaran ajaran Syiah

yang lebih mendalam di Perlak dan di kawasan utara Pulau Sumatera

di samping usaha-usaha yang dilakukan oleh para pendakwah Syiah.

15 Dayah bermaksud sebuah institusi perguruan tinggi yang diwujudkan bagimemperhalusi ajaran Syiah yang disampaikan oleh para pendakwah Syiah di Perlak. Dayah merupakan sebuah pusatpendidikan pertama di Perlak yang didirikan pada 3 Hijrah oleh Ulama Pangeran Teungku Chik M. Amin.

9

2.2.2: Dinasti Makhdum

Penyebaran Islam dalam Dinasti Makhdum bermula apabila era

pemerintahan Dinasti Azizah semakin lemah16. Perkembangan ajaran

Islam sebenar yang berlandaskan al-Quran dan hadis bermula

sewaktu pemerintahan sultan Perlak keempat, iaitu Sultan Makhdum

Alaiddin Malik Abdul Kadir Syah Jouhan Berdaulat (918-922

16 Era Dinasti Azizah mula menjadi lemah pada pemerintahan Sultan AlaiddinSayyid Maulana Abbas Syah. Pada zaman ini, Syiah menjadi sedikit lemah keranaSultan Abbas Syah telah mangkat. Selain itu, punca Syiah menjadi lemah jugaadalah kerana Perang Saudara yang berlaku antara puak Sunni dan puak Syiah.Keadaan dan pentadbiran Perlak yang pada ketika itu berada di bawahpemerintahan Syiah menjadi lebih terganggu akibat ketiadaan raja selama duatahun. Pada saat ini, walaupun Sunni kalah dalam Perang Saudara, pengaruhSunni sudah mula meresap perlahan-lahan dalam kerajaan Perlak.

10

Masihi). Namun, pengaruh Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) ini sudah

dapat dikesan sejak pemerintahan Sultan Alaiddin Sayyid Maulana

Abbas Syah lagi.

Islamisasi peringkat kedua, iaitu ajaran Islam yang sebenar

berkembang melalui kewujudan institusi-institusi pesentran, iaitu

sekolah-sekolah pondok. Para ulama yang datang dari Tanah Arab

seperti Syaikh Ismail merupakan antara individu yang telah

membantu menyebarkan Islam kepada masyarakat Perlak. Melalui

usaha penyuburan tauhid dan akidah yang diajarkan di pesentran,

Islam dapat diajar dengan lebih mendalam dan lebih terarah.

Usaha-usaha Syaikh Ismail ini telah bermula sejak pemerintahan

Sultan Maulana Abbas Syah dan usaha tersebut semakin dipergiat

sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Kadir Syah, iaitu pada tahun

918 Masihi. Selain itu, Islamisasi pada era Dinasti Makhdum juga

turut diperhalusi dengan adanya sistem pembelajaran di istana,

musolla dan juga di madrasah. Di istana, sultan-sultan diajar

untuk mendalami ilmu-ilmu Islam supaya dapat memerintah kerajaan

dengan adil dan saksama di samping mengamalkan hukum-hukum

tertentu dalam pentadbiran kerajaan. Seperti yang dilakukan oleh

11

para ulama di istana, mereka berperanan sebagai penasihat sultan

dalam menentukan sesuatu hal ehwal pentadbiran yang dirasakan

ragu-ragu. Ulama juga turut berbicara mengenai hukum-hakam

sesuatu aspek yang kurang jelas bersama-sama dengan pembesar-

pembesar kerajaan dan juga sultan Perlak. Tambahan lagi, Islam

juga turut berkembang melalui pembelajaran formal di musolla dan

juga pembelajaran tidak formal di madrasah. Misalnya,

pembelajaran di musolla ialah proses mengenal, membaca dan

menghafal al-Quran dan hadis, manakala pembelajaran tidak formal

pula meliputi aspek-aspek pemakaian yang menutup aurat bagi

lelaki dan perempuan, batas-batas pergaulan serta pengetahuan

asas tentang agama Islam.

Penyebaran Islam sewaktu Dinasti Makhdum juga berlaku akibat

serangan Srivijaya17 ke atas kerajaan Perlak sewaktu pemerintahan17 Serangan Srivijaya berlaku pada tahun 986 Masihi; sewaktu pemerintahanSultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Syah Jouhan Berdaulat. KerajaanSrivijaya telah menyerang kedua-dua bahagian Perlak, iaitu Perlak Baroh(Syiah) dan juga Perlak Tunong (Sunni). Dalam serangan ini, Perlak Baroh telahmenemui kegagalan, namun Perlak Tunong gagal ditawan oleh Srivijaya. Hal inikerana Perlak Tunong dikatakan mendapat bantuan daripada negara-negara Islamlain seperti Arab dan China. Sejurus selepas kekalahan, Sultan Ibrahim Syahbertindak untuk menyatukan semula kerajaan Perlak menjadi sebuah kesatuannegara seperti sedia kala. Srivijaya dikatakan menyerang Perlak keranabertujuan ingin menyuruh Perlak kembali bersatu supaya lebih bersedia untukmenghadapi serangan Dharmawangsa di Jawa yang dikhabarkan telah bersiap sedia

12

Sultan Makhdum Alaiddin Malik Ibrahim Syah Jouhan Berdaulat yang

memerintah pada tahun 976 sehingga 1012 Masihi. Setelah Srivijaya

menyerang Perlak, orang-orang Sunni yang berada di persisir

pantai telah melarikan diri ke Acheh18. Mereka ini kemudiannya

menetap di Acheh buat beberapa ketika sementara keadaan kembali

selamat di Perlak. Sewaktu berada di Acheh, masyarakat Perlak

yang memeluk agama Islam sebenar ini memainkan peranan yang

penting dalam konteks penyebaran agama Islam di Acheh. Islam

kemudiannya tersebar meluas di beberapa kawasan Acheh seperti di

daerah Ishak, Lingga dan Serbojadi19. Maka dengan itu, masyarakat

yang beraliran Sunni juga semakin bertambah disebabkan oleh

pelarian orang-orang Sunni dari Perlak akibat serangan Srivijaya.

Kemudian, Islam semakin diperkembang apabila Sultan Malik Ibrahim

menghantar seorang ulama ke Acheh untuk memperkukuh agama Islam

di kawasan tersebut di samping mengislamkan kerajaan-kerajaan

yang belum Islam seperti kerajaan Indra Purba dan kerajaan

Seudu20.

untuk menyerang Perlak. 18 Nota kuliah Dr. Abu Hanifah.19 Ibid..

20 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, (Kuala Lumpur:Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008), 182.

13

Tuntasnya, penyebaran Islam sewaktu Dinasti Makhdum ini

bermula dengan lebih aktif sewaktu pemerintahan Sultan Perlak

yang kelima, iaitu Sultan Makhdum Alaiddin Malik Abdul Kadir Syah

Jouhan Berdaulat pada tahun 918 Masihi. Usaha-usaha penyebaran

yang dilakukan termasuklah dengan mewujudkan sistem persekolahan

pondok (pesentran), kewujudan institusi-institusi tinggi seperti

istana, musolla dan dayah, serta proses penyebaran agama Islam

melalui pelarian orang-orang Sunni di persisir pantai Perlak ke

Acheh akibat serangan Srivijaya. Tambahan lagi, sewaktu

pemerintahan sultan yang ke-15, Pendidikan Islam telah diwujudkan

dan diperluas ke daerah-daerah yang lain malah, Islam juga

tersebar melalui penyebaran dakwah Islamiyah oleh para mubaligh

Islam khususnya para ulama dari Tanah Arab.

14

2.3 Bukti Kerajaan Perlak Menerima Islam pada abad ke-9.

2.3.1: Naskhah Tua

Bukti kerajaan Perlak merupakan kerajaan Islam pertama di

Pulau Sumatera ada dicatatkan di dalam tiga buah naskhah lama

yang berbahasa Melayu yang ditinggalkan di Perlak. Naskhah-

naskhah tersebut21 ialah Idharatul Haqq fi Mamlakatil Ferlah wal Fasi,

karangan Abu Ishaq Makarani Al Fasy, Kitab Tazkirah Thabakat Jumu Sultan,

karangan Syekh Syamsul Bahri Abdullah As Asyi, dan juga Silsilah

Raja-raja Perlak dan Pasai, karangan Saiyid Abdullah Ibn Saiyid Habib

Saifuddin. Di dalam naskhah-naskhah ini, turut dicatatkan bahawa

kerajaan Perlak didirikan pada tarikh 1 Muharam 225 Hijrah (804

Masihi). Tambahan lagi, kitab-kitab lama ini juga ada

menceritakan Perlak sebagai sebuah kerajaan Islam yang pertama

wujud di Pulau Sumatera, malah kedatangan Nakhoda Khalifah

21Mamat Ruhimat & Nana Supriatna, Ilmu Terpadu. Diakses pada 6 Disember 2014,https://books.google.com.my/books?id=dn-TUg43OHEC&pg=PA240&dq=naskah+tua+perlak&hl=en&sa=X&ei=s1qHVPrjGZKLuAT71oCYBg&ved=0CCUQ6AEwAQ#v=onepage&q=naskah%20tua%20perlak&f=false.

15

bersama-sama dengan 100 orang pendakwah Syiah ke Perlak juga

turut disentuh. Kewujudan kitab-kitab lama ini sudah jelas

membuktikan bahawa Islamisasi di Perlak telah wujud semenjak abad

ke-9 lagi dan di Perlak juga terdapat dua fahaman berbeza yang

menjadi punca pemisahan Perlak Baroh dan Perlak Tunong22.

2.3.2: Peninggalan Artifak

Antara bukti yang menunjukkan Perlak telah menerima

kedatangan Islam pada abad ke-9 ialah dengan kewujudan Mata Uang

Perlak yang digunakan dalam aktiviti perdagangan dengan negara-

negara yang datang berdagang di pelabuhan Perlak. Menurut kajian,

mata wang yang dijumpai di Perlak mencatatkan bahawa ia merupakan

mata wang yang tertua di Alam Melayu. Lain-lain bukti yang

22 Perlak Baroh ialah bahagian yang dikuasai oleh puak Syiah dan ia ditadbir oleh Sultan Maulanan Abdullah, manakala Perlak Tunong pula merupakan kerajaan Sunni yang ditadbir oleh Sultan Makhdum Alaiddin Malik Jouhan Berdaulat. Pembahagian kawasan ini dilakukan bagi mengelakkan terjadinya Perang Saudara antara Sunni dan Syiah melalui Perjanjian Alue Meuh.

16

memperkukuhkan Perlak menerima kedatangan Islam adalah dengan

kewujudan perkataan “A’la” dan “Sultan” di bahagian hadapan dan

belakang mata wang emas Perlak. Kewujudan perkataan-perkataan

tersebut merupakan simbolik bahawa Puteri Nurul A’la pernah

menjadi Mangkubumi kerajaan Perlak suatu ketika dahulu23. Pada

mata wang Perak pula turut tercatat perkataan “Dhuribat Mursyidam”

dan “Syah Alam Barinsyah” yang merupakan Puteri Makhota Sultan

Makhdum Alaiddin Abdul Jalil Syah Jouhan Berdaulat. Pada mata

wang tembaga pula, terdapat beberapa perkataan yang ditulis dalam

huruf Arab. Hal ini menunjukkan bahawa para pedagang Arab telah

sampai ke Perlak lebih awal dari tahun 804 Masihi lantas

menyebarkan agama Islam secara langsung kepada penduduk tempatan.

Antara bukti peninggalan artifak lain ialah stempel kerajaan

Perlak. Dalam membuktikan bahawa kerajaan Perlak telah menerima

kedatangan Islam pada abad yg ke-9, terdapat suatu catatan yang

ditulis di dalam huruf Arab pada stempel tersebut. Contoh kalimat

23 Puteri Nurul A’la merupakan anakanda kepada Sultan Makhdum Alaiddin SyahJouhan Berdaulat (Sunni) dengan Putri Syarufah Hazizah (Syiah). Puteri A’latelah diangkat menjadi Mangkubumi sewaktu pemerintahan Sultan Makhdum AlaiddinMalik Ahmad Syah Jouhan Berdaulat lantas menjadi kerajaan Perlak sebagaikerajaan pertama yang melibatkan wanita dalam urusan pentadbiran kerajaan.

17

yang ditulis ialah “Al-Wasiq Billah Kerajaan Negeri Bendahara Sanah 512”. Di

dalam kalimat ini, ayat “Negeri Bendahara” bermaksud sebahagian

daerah-daerah yang ada dalam kerajaan Perlak. Akhir sekali,

kedatangan Islam juga dapat dibuktikan melalui penemuan Makam

Raja Benoa yang terletak di tepi Sungai Trenggulon24. Bukti yang

memperkukuhkan pernyataan tersebut ialah pada batu nisan Raja

Benoa tersebut terdapat sebuah tulisan yang dipengaruhi dengan

huruf Arab yang dipercayai ditulis pada sekitar abad keempat

hijrah.

2.3.3: Kedatangan Para Pedagang

Kedatangan Islam di Perlak juga dapat dibuktikan dengan

hubungan antara penduduk tempatan Perlak dan para pedagang yang

berdagang di pelabuhan Perlak. Bukti pertama, Islam bermula di

Perlak apabila pedagang Persia berdagang di Perlak. Namun pada

ketika itu, peringkat Islam yang datang ke Perlak adalah pada

peringkat Syiah. Seterusnya, Perlak juga menerima Islam melalui

rombongan Nakhoda Khalifah dan 100 orang pendakwah Syiah yang

24 Nota Kuliah Dr. Abu Hanifah.18

pada asalnya menjadikan Perlak sebagai sebuah destinasi

perdagangan bagi mendapatkan sumber alam yang kaya di Pulau

Sumatera. Selain itu, seperti yang dicatatkan oleh Marco Polo

berkenaan teori kedatangan pedagang dari Gujerat dan China ke

Perlak.

2.3.4: Kesultanan Perlak

Bukti kedatangan Islam di Perlak pada abad ke-9 juga boleh

dilihat melalui gelaran-gelaran yang digunakan oleh sultan-sultan

di Perlak. Misalnya, nama bagi sultan pertama, iaitu Sultan

Alaiddin Sayyid Maulana Abdul Aziz Syah mempunyai pengaruh-

pengaruh Arab. Hal ini jelas kelihatan pada penggunan nama Sayyid

yang memperlihatkan bahawa baginda adalah berketurunan Arab

peranakan. Selain itu, dinasti-dinasti yang wujud di dalam

kerajaan Perlak juga sudah jelas membuktikan bahawa Perlak pernah

menerima Islam dalam tampuk pemerintahannya. Tambahan pula,

dinasti-dinasti tersebut masing-masing mempunyai aliran agama

tersendiri, iaitu aliran Syiah dan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah

(Sunni).

19

2.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kerajaan Perlak merupakan sebuah kerajaan

Islam pertama di Pulau Sumatera. Kedudukannya yang strategik yang

berada di laluan Selat Melaka menjadikan Perlak mudah untuk

disinggahi oleh kapal-kapal dagang yang besar yang datang

berdagang bagi mendapatkan sumber bumi dari Alam Melayu. Maka

dengan itu, seawal abad ke-8, Perlak telah berjaya menjadi sebuah

kerajaan terkenal dalam aspek ekonomi serta sebagai pusat

peradaban tertua di Alam Meayu. Sememangnya Perlak telah menerima

kedatangan Islam sejak abad ke-9, malah lebih awal dari itu lagi

apabila pedagang Persia mula memonopoli pelabuhan Perlak pada

awal abad pertama hijrah, iaitu pada abad ke-7. Perlak yang mula

menerima ajaran Syiah sebagai ajaran rasmi telah mula menerima

ajaran Sunni; ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Disebabkan itu,

Perlak semakin terkenal kerana menjadi pusat penyebaran agama

Islam yang terletak di bahagian utara Pulau Sumatera. Banyak

peninggalan artifak di Perlak yang mengukuhkan bukti kedatangan

Islam adalah sejak abad ke-9. Misalnya tulisan Arab yang terdapat

20

di batu nisan Makam Raja Benoa dan juga kesenian Islam seperti

al-Quran dan tulisan Jawi25, serta pembinaan institusi-institusi

Islam; pesentran, musolla dan juga madrasah jelas memperlihatkan

kerajaan Perlak merupakan sebuah negara Islam yang agung.

Islam juga semakin berkembang ke Acheh dan Melaka melalui

perkahwinan antara puteri-puteri Sultan Makhdum Alaiddin Malik

Muhammad Amin Syah II Jouhan Berdaulat dengan Parameswara dan

juga putera daripada Samudera-Pasai26.

25 Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, (Kuala Lumpur:Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2008), 185.26 Guilot, C., Lobus Tua Sejarah Awal Barus. Diakses pada 6 Disember 2014,http://books.google.com.my/books?id=qEV7H34z-W8C&pg=PA68&dq=nama+perlak&hl=en&sa=X&ei=Bm-EVJDhEM-fugT6o4CoBw&ved=0CB0Q6AEwAA#v=onepage&q= nama %20perlak&f=false Puteri Ganggang Sari berkahwin dengan Sultan Malik Al-Saleh (Putera Samudera-Pasai), manakala Puteri Ratna Kumala berkahwin dengan Sultan Muhammud Shah(Parameswara).

21

22