kajian tindakan terbaru

28
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP) JANUARI / 2015 HBEF4303 PROJEK KAJIAN TINDAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE DALAM PENDARABAN NOMBOR EMPAT DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT DENGAN MENGUMPUL SEMULA NAMA : ROSIDAWATI BINTI ABDULLAH NO. MATRIKULASI : 750120035412001 NO. KAD PENGENALAN : 750120035412 NO. TELEFON : 0139259467 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU 1

Upload: independent

Post on 27-Nov-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

JANUARI / 2015

HBEF4303

PROJEK KAJIAN TINDAKAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE DALAM PENDARABAN NOMBOR EMPAT

DIGIT DENGAN NOMBOR DUA DIGIT DENGAN MENGUMPUL SEMULA

NAMA : ROSIDAWATI BINTI ABDULLAH

NO. MATRIKULASI : 750120035412001

NO. KAD PENGENALAN : 750120035412

NO. TELEFON : 0139259467

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KUALA TERENGGANU

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN 5

1.1 Pengenalan

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 6

2.0 FOKUS KAJIAN 9

2.1 Isu Kajian

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 10

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN 12

4.0 KUMPULAN SASARAN 13

5.0 TINDAKAN KAJIAN 15

5.1 Prosedur Kajian

5.2 Cara Pengumpulan Data

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 17

7.0 DAPATAN DATA 17

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 25

9.0 BIBLIOGRAFI

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t.Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya.Maka kajian ini dapat juga disempurnakan.Kajian ini tidak akan dapat disiapkan tanpa bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak.

Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya,banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan dalam diri untuk membantu murid-murid untuk memahirkan diri dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi darab.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat pensyarah penyelia kajian iaitu Encik Che Abdul Muttalib Bin Ismail di atas kesabaran memberikan bimbingan,tunjuk ajar dan nasihat di sepanjang beliau menyelia kajian ini.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada Encik Sohairi Bin Mohd Rais selaku Guru Besar SK.Marang,guru-guru Penolong Kanan serta guru-guru rakan seperjuangan yang terlibat secara lansung mahu pun secara tidak lansung dalam menjayakan kajian tindakan yang telah saya usahakan ini.

Seterusnya,terima kasih ditujukan khas buat suami,anak-anak dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan kajian ini.Dengan garapan idea,sokongan ,tenaga dan pengalaman mereka,akhirnya saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan baik.

Akhir kata,saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan kajian ini.Sesungguhnya yang baik datangnaya daripada Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datangnay daripada saya sendiri.Mudah-mudahan segala amalan yang baik akan diberkati.

3

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Lattice untuk menyelesaikan masalah pendaraban nombor empat digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul semula melibatkan murid tahun lima.Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Marang ,Terengganu.Seramai empat orang murid iaitu dua orang dari kelas lima Ikhlas dan dua orang murid dari kelas lima Amanah telah dijadikan sebagai sampel untuk kajian ini.Instrumen yang digunakan untuk kajian tindakan ini dengan menggunakan ujian pra,ujian pasca,borang kaji selidik dan juga pemerhatian terhadap latihan yang diberikan.Terdapat kesalahan murid yang dapat dikenalpasti iaitu susunan bentuk lazim pada tempat yang betul,pengumpulan semula dan kesalahan pendaraban.Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah Lattice dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dilalui oleh murid-murid berdasarkan perubahan peratusan pencapaian murid pada ujian pra dan ujian pasca.

Kata kunci : Jadual sifir,kaedah Lattice,keberkesanan,pengumpulan semula

4

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk melahirkan generasi

yang berilmu dan berketrampilan .Bidang pendidikan dianggap sebagai tiket kepada generasi

sekarang untuk menghadapi cabaran masa akan datang.Oleh itu,kita hendaklah bersedia dari

sekarang untuk melengkapkan diri anak-anak didik kita dengan ilmu pengetahuan. Tanpa

ilmu pengetahuan kehidupan mereka mungkin akan gagal.Oleh itu,pelbagai persediaan harus

dibuat bagi melengkapkan diri supaya mereka bersedia menghadapai masa depan dan dapat

menyesuaikan diri dengan zaman yang sentiasa berubah dalam pelbagai bidang sains dan

teknologi.Ini bermakna kita perlu memberi pendidikan yang berkesan dalam bidang-bidang

sains,teknologi,informatik yang antara lain meliputi ilmu matematik dan computer

(Zaibedah,2000).

Menurut Hamdan (2000),semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan

kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi Negara kita untuk mencapai kemajuan

.Khususnya dalam dunia yang menjurus kepada orientasi teknologi maklumat.Generasi bijak

matematik akan menjadi genersai penentu dalam arus pembangunan Negara.Berasaskan ilmu

matematik,pelbagai bidang ilmu yang lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah

semua.

Di Malaysia dan Negara-negara lain,matematik dianggap sebagi matapelajaran yang

penting.Oleh itu ia diajar di semua peringkat pendidikan.Namun matematik dianggap

matapelajaran yang tidak menarik,kering,sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan

matapelajaran yang lain seperti bahasa,sastera,latihan fizikal(Aplin dan Saunder,1996;Lee dan

Cockman,1995) dan juga sains (Allchin,1999;Tan,1997;Proctor,1991).

5

Menurut Noor Azlan(1995),dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di

Malaysia.Kurikulum matapelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak

merdeka.Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),matematik merupakan

matapelajaran wajib yang dipelajari oleh setiap pelajar hinggalah ke peringkat tertinggi.Dalam

proses yang memakan masa selama enam tahun untuk pendidikan rendah,pelajar dibimbing

untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkan

logic ( Nik Azis,1992).Keadaan ini memerlukan semua pelajar perlu memahami konsep fakta

asas matematik khususnya operasi darab dan dapat mengaplikasikan kemahiran matematik

dalam kehidupan seharian.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam pengajaran matapelajaran matematik,penguasaan kemahiran asas seperti kemahiran

menambah,menolak,mendarab dan membahagi sangat penting kepada semua murid.Jika

mereka tidak mahir,sudah tentu kemahiran yang lebih kompleks dan bersifat konkrit tidak

akan dapat dicapai atau digarap dengan cepat oleh mereka.Dalam matapelajaran

matematik,hampir semua tajuk dan kemahiran mempunyai semua kemahiran dan berkait rapat

dengan penggunaan fakta asas tambah,tolak,darab dan bahagi.Walaupun begitu masih ada

golongan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas ini terutama

kemahiran mendarab.

Dalam kajian saya melalui pemerhatian ke atas laporan prestasi murid dalam ujian TOV dan

ujian pra yang diberikan kepada semua murid semasa minggu pertama praktikum iaitu

sebelum diperkenalkan apa-apa inovasi.Soalan-soalan yang dikemukakan melibatkan

kemahiran asas darab nombor bulat empat digit didarabkan dengan nombor dua digit yang

melibatkan kemahiran mengumpul semula.Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan dan

mengenalpasti kelemahan murid dan kesilapan murid dalam menjawab soalan darab.Saya

mendapati dua orang murid dari kelas 5 Amanah dan dua orang murid dari kelas lima Ikhlas

didapati banyak soalan yang dijawabnya salah.Oleh itu saya telah menjadikan empat orang

murid tersebut sebagai responden dalam kajian saya.Jadual dibawah menunjukkan hamparan

laporan prestasi keempat-empat murid tersebut.

6

Jadual 1

Laporan markah ujian responden

Bil Responden Markah TOV Markah Ujian Pra

1 Responden 1 30 20

2 Responden 2 29 30

3 Responden 3 29 50

4 Responden 4 24 50

Keputusan markah ujian responden

Hasil daripada laporan prestasi responden,saya mendapati keempat-empat responden

mempunyai tahap penguasaan kemahiran asas darab sangat lemah terutama mendarab

melibatkan nombor dua digit dengan mengumpul semula.Saya juga membuat pemerhatian

dan pemeriksaan ke atas hasil kerja responden di dalam buku latihan,didapati banyak soalan

yang didarabnya salah dan perlu banyak pembetulan.Daripada hasil kerja responden,saya

cuba membuat kesimpulan bahawa tahap kefahaman mereka dalam operasi mendarab sangat

lemah dan perlu penambahbaikan.Rajah 1 di bawah menunjukkan contoh hasil kerja

responden di dalam buku latihan.

Rajah 1

7

Contoh hasil kerja responden melibatkan operasi darab dalam buku latihan

Selain ini,berdasarkan kepada prestasi yang ditunjukkan oleh responden,saya merasakan

bahawa ,ia juga juga disebabkan oleh proses pengajaran guru yang tidak menarik dan lebih

berpusat kepada guru serta lebih kepada komunikasi sehala.Murid hanya menerima apa yang

diberi sahaja.Pendekatan yang ditunjukkan oleh guru lebih kepada pendekatan bersifat

tradisional dan konvesional.ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi

agak kaku,murid mudah berasa bosan dan menyebabkan murid tidak berminat untuk

meneruskan proses pembelajaran.Keadaan ini menimbulkan sikap deskruktif di kalangan

murid seperti suka berbuat bising,tidak memberi perhatian,mengganggu murid yang lain dan

malas untuk belajar.

Murid tahun lima ialah murid yang berada di tahap pertengahan tahap dua.Jika diperhatikan

mereka masih terbawa-bawa dengan sikap dan cara pembelajaran semasa berada di tahap

satu.Semasa berada di tahap satu iaitu yang melibatkan tahun satu,dua dan tiga,mereka

didedahkan dengan kemahiran dan isi kandungan yang lebih rendah.Tetapi apabila memasuki

tahap dua,sukatan atau isi kandungan serta corak pembelajaran telah berubah.Mungkin

mereka masih belum menerima perubahan yang dialami.Keadaan ini menyebabkan mereka

kurang menumpukan perhatian semasa proses pembelajaran di dalam kelas.Ini membawa

kepada kemerosotan dalam pembelajaran sehingga mendapat skor markah yang rendah.

Di samping itu,Murid-mirid ini terdedah kepada persekitaran yang tidak membantu mereka

menguasai kemahiran belajar dengan baik.Berdasarkan soal selidik dan hasil temubual,di

dapati keempat-empat responden adalah berasal dari golongan sederhana,ibu bapa ada yang

bekerja sendiri,bekerja sebagai buruh,anak seorang nelayan sehingga tiada masa untuk

8

memberi tumpuan kepada anak-anak .Walaupun begitu,ada juga murid-murid yang

mempunyai nilai positif dalam diri mereka untuk belajar dengan rajin dan menumpukan

perhatian semasa proses pembelajaran di dalam kelas sehingga mendapat skor markah yang

tinggi.

Oleh sebab itu,saya merasakan perlu ada satu perubahan keatas kaedah dan pendekatan yang

lebih sesuai untuk memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran terutama kemahiran

mendarab sesuatu nombor empat digit dengan nombor dua digit yang melibatkan kemahiran

mengumpul semula dengan betul.Di akhir praktikum,saya mendapati penggunaan kaedah

Lattice dapat membantu murid memahami cara mendarab dengan cepat dan betul tanpa

melakukan kesilapan disamping dapat meningkatkan penglibatan semua murid terutama

responden semasa sesi pembelajaran yang diadakan di dalam kelas.

2.0 ISU/FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian

Daripada pemerhatian ke atas keempat-empat responden,saya mendapati mereka masih lemah

dan kurang menguasai kemahiran fakta asas darab yang melibatkan darab nombor empat digit

dengan nombor dua digit melibatkan proses mengumpul semula.

Fokus kajian daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu,saya mendapati murid-

murid masih tidak dapat menguasai fakta asas darab dengan baik.Banyak kesilapan semasa

menyelesaikan soalan yang melibatkan oeperasi darab terutama yang melibatkan darab

sesuatu nombor dengan nombor dua digit dan perlu mengumpul semula.Keadaan ini

berlaku ,kemungkinan disebabkan mereka hanya didedahkan satu kaedah mendarab secara

tradisional tanpa dipelbagaikan teknik dan kaedah untuk memudahkan kemahiran menjawab

soalan darab yang diberikan.Daripada kelemahan ini,saya merasakan perlu menggunakan

kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru dan menghasilkan satu inovasi

untuk memperkenalkan kaedah mendarab yang lebih cepat dan tanpa melakukan kesilapan

untuk mendapatkan jawapan.Oleh itu telah diperkenalkan kaedah Lattice.Kaedah Lattice

9

merupakan satu kaedah pendaraban yang memecahkan proses-proses kepada langkah-langkah

yang lebih kecil,susun atur yang sangat mudah.Ia memerlukan penyediaan kekisi yang

membantu pengiraan dan memisahkan semua pendaraban dengan penambahan.Kaedah ini

lebih mudah difahami dan tidak mengelirukan murid-murid untuk mendapatkan jawapan.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

Di Malaysia dan di seluruh dunia,matematik telah dikenalpasti sebagai satu

matapelajaran yang penting dan oleh kerana itu,ia diajar di semua peringkat

pendidikan.Namun matematik terkenal sebagai matapelajaran yang tidak

menarik,kering,sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan matapelajaran lain

seperti bahasa,sastera,latihan fizikal(Aplin dan Saunders,1996:Lee dan Cockman,1995)

dan juga sains (Allchin,1999;Tan,1991).Masalah ini didapati berpunca daripada salah

satunya ialah cara pelajar melihat matematik.

Matematik dilihat sebagai matapelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara

lansung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang

matematik menjadi tidak aktif.

Bagi menjadikan matapelajaran ini menarik,bermakna dan berguna,ramai

penyelidik masa kini seperti ( Chien Chin dan Fou Lai Lin,2001:Seligman,Olson dan

Zanna,1996;Taplin,2002) berpendapat aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi

penekanan dalam pengajaran matematik.Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa

keindahan terhadap matematik,membangkitkan kefahaman tentang kepentingan

matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih

baik(National Council of Teachers of Mathematics,1989;Kementerian Pendidikan

Malalysia,1998).

10

Menurut Noor Azlan(1995),dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik

di Malaysia.Kurikulum matapelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak

merdeka.Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR),matematik merupakan

matapelajaran wajib yang dipelajari oleh setiap pelajar hinggalah ke peringkat

tertinggi.Dalam proses yang memakan masa selama enam tahun untuk pendidikan

rendah,pelajar dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran

kuantitatif mengikut langkan logic ( Nik Azis,1992).Banyak usaha telah dijalankan untuk

meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik.

Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran

lain.Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang

tinggi,ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan

menyeluruh(NCTM,1980;Cockroft,1986;Nik Azis;Tg.Zawawi,1997a).Setiap pendidik

matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan

dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira

keperluan dan tahap pencapaian para pelajar(NCTM,1980)

Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the

improvement of student learning as their primary professional objective

(NCTM,1980:25)

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya.Amat jarang kedapatan di

kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan,jelas,tanpa sebarang gangguan

dengan hanya berbekalkan kebolehan semulajadi(D’Augustine,1973).

Setiap guru mempunyai gaya,teknik serta kebolehan yang berbeza-beza

bergantung kepada personality,pengalaman dan latihan yang diterima(Shaharir,1984).

Bukan semua kanak-kanak tidak pandai di dalam kelas,malas belajar ataupun

tiada kesungguhan semasa proses pembelajaran.Sebenarnya terdapat berbagai factor yang

11

menjadikan mereka seperti itu.Menurut Noraini(2001),kebanyakan guru pada hari ini

hanya tertumpu kepada buku teks sahaja dan mengajar berpusatkan guru.Alasan yang

dioberikan adalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan kekurangan masa.Menurut

Ee Ah Meng (2003),aspek peperiksaan yang ditekankan dalam sistem pendidikan

menyebabkan guru-guru cuba menghabiskan sukatan pelajaran walaupun masih ada

pelajar yang lemah.Walaubagaimanapun,penggunaan buku teks dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik perlulah mengikut keadaan dan aktiviti yang dijalankan.

Menurut Brooks (1993) ,lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam

pengajaran matematik ialah:

1. Guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-

apa yang disampaikan.

2. Guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik

darjah.

3. Pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan

4. Kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan

5. Pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki

menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif yang perlu dicapai.Objektif kajian ini adalah seperti

berikut:

1.4.1 Mengkaji kesesuaian kaedah Lattice bagi meningkatkan kefahaman murid dalam melakukan

operasi darab.

1.4.2 Mengkaji kesesuaian kaedah Lattice bagi meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari

tajuk darab.

1.4.3 Mengenalpasti tahap kemahiran penguasaan fakta asas darab pelajar

12

1.4.4 Mengenalpasti keberkesanan kaedah Lattice dalam menyelesaikan operasi darab sebarang

nombor bulat dengan nombor dua digit bagi pelajar tahun lima.

1.4.5 Mengenalpasti perbezaan kaedah tradisional dalam kemahiran menyelesaikan soalan operasi

darab pelajar tahun lima.

3.1SOALAN KAJIAN

Soalan-soalan di bawah adalah berdasarkan objektif kajian:

3.1.1 Adakah sesuai pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Lattice

3.1.2 Adakah penggunaan kaedah Lattice dapat meningkatkan pemahaman murid dalam

menyelesaikan operasi darab sebarang nombor bulat dengan nombor dua digit.

3.1.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran

fakta asas darab di kalangan pelajar.

3.1.4 Adakah kaedah Lattice sesuai dipraktikkan untuk meningkatkan motivasi murid dalam

mempelajari tajuk darab.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak dibandar Marang Terengganu.Sekolah

ini dipilih kerana pengkaji adalah seorang pendidik di sekolah ini.Dalam kajian ini seramai

empat orang murid dari Tahun lima iaitu dua orang murid dari Tahun lima Amanah dan dua

orang murid dari tahun lima Ikhlas di Sekolah Kebangsaan Marang Terengganu telah

dijadikan sebagai Responden.Sampel diambil daripada dapatan pemerhatian guru keatas

pencapaian rendah Responden mengikut kelas dalam ujian TOV dan ujian PRA

13

Murid-murid dari tahun lima Amanah dilihat mempunyai tahap pembelajaran yang lebih baik

berbanding dari kelas lima Ikhlas.Semua murid yang bertindak sebagai responden dalam

kajian pengkaji dilihat mempunyai tahap pembelajaran yang sederhana.Walau

bagaimanapun,semua responden menunjukkan sikap proaktif dalam setiap sesi pembelajaran

di dalam kelas.Dari segi latar belakang keluarga,saya dapati kebanyakan responden yang

dikaji tergolong dalam keluarga yang agak sederhana dari aspek pendidikan

ibubapanya.Kebanyakan ibubapa murid-murid ini bekerja sebagai nelayan,buruh dan bekerja

sendiri.Melalui sesi temubual bersama responden,boleh dikatakan hampir keseluruhan murid

hanya bergantung kepada guru-guru dalam membuat latihan pengukuhan.

4.1 Latar Belakang Sampel

Kajian ini melibatkan semua murid dari tahun lima.Ia terdiri daripada empat orang murid

yang bertindak sebagai responden iaitu dua orang murid lelaki dan dua orang murid

perempuan.Kesemuanya beragama Islam,berketurunan melayu dan warganegara

Malaysia.Sampel kajian diambil berdasarkan kepada keputusan TOV dan ujian Pra.Berikut

adalah Latar belakang Responden :

4.1.1 Responden 1

Responden 1 adalah seorang murid lelaki dan merupakan seorang murid yang paling lemah

dalam kelas 5 Amanah.Responden 1 merupakan anak kepada bapa yang bekerja sebagai

buruh dan ibunya tidak bekerja serta hidup dalam keluarga yang berpendapatan

sederhana.Responden merupakan murid yang suka bercakap banyak dan kurang memberi

tumpuan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.Keadaan ini menjadi penyebab kepada skor

rendah yang diperolehinya.

4.1.2 Responden 2

Responden 2 adalah seorang murid lelaki juga dan antara murid yang paling lemah di dalam

kelas.Murid ini juga menunjukkan minat yang kurang semasa belajar.Beliau suka

mengganggu kawan-kawannya yang belajar menyebabkan kurang disenangi oleh kawanya-

kawanya di dalam kelas.Keadaan ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak memberi

14

tumpuan semasa belajar.Ini menjadi penyebab kepadanya untuk mendapat skor markah yang

rendah.

4.1.3 Responden 3

Responden 3 adalah seorang murid perempuan.Mempunyai latar belakang keluarga yang

berada.Merupakan anak bangsu daripada dua orang adik beradik dan merupakan anak manja

dalam keluarganya.Mempunyai sikap yang suka tidur di dalam kelas menyebabkan kurang

memberi tumpuan semasa belajar.Ini membawa kepada mendapat skor markah yang rendah.

4.1.4 Responden 4

Responden 4 juga seorang murid perempuan.Bapanya bekerja sebagai pemandu lori.Tidak

memegang apa-apa jawatan di sekolah.Seorang yang bersikap pendiam dan selalu tidak hadir

ke sekolah.Hasil daripada temubual didapati ketidakhadiran ke sekolah disebabkan lewat

bangun ke sekolah.Mungkin disebabkan kesibukan dan kurang keprihatinan dari

keluarganya.Keadaan ini menyebabkan dia ketinggalan dalam pelajaran.Ini membawa kepada

skor rendah yang didapatinya.

5.0 TINDAKAN KAJIAN

Bahagian tindakan kajian merupakan bahagian yang penting dalam sesuatu proses

penyelidikan.ia meupakan prosedur bagi menjalankan sesuatu penyelidikan daripada proses

merumuskan masalah sehingga ke peringkat membuat laporan.Penggunaan kaedah yang

betul dan tersusun merupakan salah satu faktor yang penting dalam menentukan sesuatu

kajian yang dijalankan itu berjaya dan mencapai objektif yang dirancang.

Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung pada objektif sesuatu

penyelidikan.Hal ini kerana objektif kajian merupakan pernyataan mengenai sasaran yang

hendak dicapai.Oleh itu seseorang yang ingin menjalankan kajian perlu terlebih dahulu

mengenal pasti objektif,pendekatan,kaedah dan jenis penyelidikan yang ingin dijalankan

sebelum menjalankan proses-proses pengumpulan maklumat,Mohd.Majid (2005 ).

15

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah Lattice untuk

mendarab sebarang nombor bulat empat digit dengan nombor dua digit dengan mengumpul

semula.Aspek kajian ini diguna pakai dalam menentukan tahap keberkesanan dan

pembelajaran itu sendiri. Kaedah kajian adalah bahagian yang membincangkan tentang

kaedah kajian yang digunakan dalam kajian.Ini meliputi prosedur kajian dan cara

pengumpulan data.

5.1 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian,beberapa langkah harus diambil.Diantaranya ialah memohon

kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan seterusnya dari sekolah yang

dipilih.Pengkaji akan berjumpa dengan guru besar sekolah untuk memohon kebenaran dengan

sokongan surat kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.Pengkaji akan

memaklumkan mengenai kajian yang akan dibuat kepada pihak sekolah serta memohon

kebenaran untuk menjalankan kajian.Kerjasama dan bantuan daripada pihak sekolah terutamanya

guru matapelajaran matematik diperlukan untuk memberi penjelasan kepada pelajar.

5.2 Cara mengumpul Data.

Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas terhadap responden yang akan

dikaji.Sebelum pengajaran pengkaji akan terlebih dahulu menjalankan ujian pra terhadap semua

responden yang akan dikaji.Selepas menjalankan ujian pra,responden akan diajar dengan

mengunakan dua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza iaitu menggunakan kaedah

biasa secara tradisional keatas dua orang responden dari kelas lima ikhlas yang bertindak sebagai

kumpulan kawalan.manakala dua orang responden dari kelas lima amanah yang bertindak

sebagai kumpulan eksperimen akan diajar dengan meggunakan kaedah Lattice.Selepas sesi

16

pengajaran dan pembelajaran selesai,pengkaji akan memberi ujian pos kepada responden untuk

membuat analisis secara keseluruhanya.

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Lattice dalam operasi

darab nombor empat digit dengan nombor dua digit melibatkan kemahiran mengumpul

semula.Kajian ini dibuat ke atas empat orang pelajar tahun lima.Segala bentuk data dan

maklumat adalah berdasarkan kepada analisis ujian diagnostik daripadan ujian TOV

responden,ujian Pra,ujian Pos dan soal selidik.

Ujian ini dijalankan melalui pemerhatian terhadap empat responden iaitu dua orang responden

dari kelas lima Ikhlas dan dua orang responden dari kelas lima Amanah.Pada peringkat awal

dan sebelum dijalankan kajian.Semua responden diajar dengan menggunakan kaedah

tradisional.Sebelum kajian dijalankan ke atas semua responden ,mereka diberikan ujian pra

untuk melihat pencapaian mereka sebelumya.

17

Kaedah Kuasi-Eksperimen

Kumpulan Eksperimen5 Amanah

Kumpulan Kawalan5 Ikhlas

Ujian Pra Ujian Pra

Kaedah LatticeKaedah Tradisional (bentuk

lazim)Ujian Pos

Kajian Kuantitatif

Kajian ini menggunakan satu set ujian pra dan satu set ujian pos.Kedua-dua set soalan ini

menggunakan soalan yang sama.Terdiri daripada 10 soalan berbentuk subjektif.Ujian pra diberi

sebelum perlaksanaan inovasi manakala ujian pos diberi selepas diperkenalkan inovasi

penggunaan Kaedah Lattice untuk mendarab.Kertas ujian akan dikumpul dan dianalisis.

7.0 DAPATAN DATA

Bahagian ini akan membentangkan profil responden dan dapatan data daripada kajian yang telah

dijalankan di Sekolah Kebangsaan Marang ke atas empat orang responden yang terdiri daripada

murid-murid tahun lima.Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran matematik dengan menggunakan kaedah Lattice bagi mendarab nombor empat

digit dengan nombor dua digit yang melibatkan kemahiran mengumpul semula.Analisa data

telah dibuat ke atas dapatan daripada soal selidik dan dari ujian pra serta ujian pos yang telah

diberikan kepada semua responden.

7.1 Profil Responden

Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas empat orang responden yang terdiri daripada dua

orang responden dari kelas lima Amanah dan dua orang responden dari kelas lima Ikhlas.Setiap

kelas terdiri daripada seorang responden lelaki dan seorang responden perempuan.Semua

responden ini terdiri daripada murid-murid yang sederhana dan lemah dalam pencapaian

akademiknya.Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pencapaian daripada ujian

pengesanan TOV yang telah dijalankan di sekolah dan pemerhatian ke atas hasil kerja responden

di dalam buku latihan yang melibatkan kemahiran yang dikaji.Bilangan responden yang terlibat

dalam kajian mengikut kelas,jantina dan pencapaian TOV adalah seperti dalam jadual 7.1.1 di

bawah.Jadual 7.1.2 pula menunjukkan pemerhatian keatas hasil kerja di dalam buku latihan

responden.

18

Jadual 2

Jadual 7.1.1:Bilangan responden mengikut kelas,jantina dan pencapaian TOV

Responden Kelas Jantina Peratus TOV

1 5 Ikhlas Lelaki 30

2 5 Ikhlas Perempuan 29

3 5 Amanah Lelaki 29

4 5 Amanah Perempuan 24

Jadual 7.1.2:Hasil kerja responden dalam buku latihan sebelum kajian

Responden Hasil kerja responden

1

2

3

4

Jadual 7.1.1 menunjukkan pencapaian responden di dalam ujian TOV.Berdasarkan analisa

ujian TOV dan hasil kerja semua responden menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam

19

matapelajaran matematik masih lemah terutama melibatkan kemahiran mendarab melibatkan

kemahiran mengumpul semula.Semua responden menunjukkan peratusan di dalam ujian

pengesanan TOV di bawah 40 % iaitu keputusan gagal. Jadual 7.1.2 menunjukkan

pemerhatian hasil kerja responden di dalam buku latian .Berdasarkan kepada pemerhatian

keatas hasil kerja responden di dalam buku latihan juga menunjukkan banyak kesilapan yang

telah dilakukan dalam kemahiran mendarab dan perlu banyak pembetulan dan

penambahbaikan.

7.2 Dapatan Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual 3

Jadual 7.2: Analisa keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Responden

Responden Ujian Pra Ujian Pos % Peningkatan

1 20 70 50

2 30 70 40

3 50 100 50

4 50 90 40

Dari jadual 7.2,menunjukkan perolehan peratus markah yang diperolehi oleh keempat-empat

responden dalam ujian Pra dan Ujian Pos.Dalam ujian Pra,responden pertama mendapat 20

markah dan menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 50 markah menjadi 70

markah.Manakala bagi responden yang kedua juga menunjukkan peratus peningkatan sebanyak

40 markah iaitu dari 30 markah meningkat kepada 70 markah.Bagi responden ketiga pula

menghasilkan markah penuh dalam ujian Pos iaitu semua soalan yang dijawabnya ,semua betul

yang menghasilkan 100 markah dan responden yang keempat juga menunjukkan peningkatan

20

yang sangat ketara iaitu dari 50 markah dalam ujian Pra meningkat kepada 90 markah dalam

ujian Pos.Ini menunjukkan keberkesanan kaedah pembelajaran yang digunakan iaitu

menggunakan kaedah Lattice untuk melakukan operasi darab dengan nombor dua

digit.Walaupun peningkatan markah setiap responden tidak banyak beza di antara responden

dalam unit kawalan dan kumpulan unit eksperimen tetapi responden dalam unit eksperimen

mendapat markah yang lebih tinggi berbanding responden yang bertindak sebagai kumpulan

kawalan.ini menunjukkan minat dan kefahaman murid terhadap matematik bertambah dan

sekaligus objektif pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan jayanya.

7.3 Dapatan Hasil kerja responden menggunakan Kaedah Lattice

Jadual 4

Jadual 7.3:Hasil kerja responden dalam buku latihan selepas kajian

Responden Hasil kerja responden

1

2

Jadual 7.3 menunjukkan hasil kerja responden dengan menggunakan kaedah Lattice.Semua

responden dapat menjawab soalan darab yang diberikan dengan betul dengan menggunakan

kaedah Lattice.Ini menunjukkan semua responden memahami soalan dan tidaka melakukan

kesilapan semasa menjawab soalan.

7.4 Dapatan Soal Selidik

21

Soal selidik telah dijalankan terhadap responden yang bertindak sebagai kumpulan eksperimen

iaitu penggunaan kaedah Lattice untuk mendarab nombor empat digit dengan nombor dua digit

melibatkan kemahiran mengumpul semula.Jumlah responden yang terlibat ialah seramai dua

orang.Data yang diperolehi ini adalah hasil pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji selama

empat kali pengajaran di dalam kelas.Setelah semua maklumat diperolehi,data telah dapat

dikumpulkan seperti di bawah.

Petunjuk

Lajur TS untuk persepsi TIDAK SETUJU

Lajur KS untuk persepsi KURANG SETUJU

Lajur S untuk persepsi SETUJU

Lajur SS untuk persepsi SANGAT SETUJU

Jadual 7.4: Analisa data soal selidik berkaitan penggunaan kaedah Lattice

Bil Penyataan Item TS KS S SS

1 Pembelajaran dengan satu kaedah sangat membosankan2 0 0 0

2 Saya bosan dan tidak minat belajar matematik jika tiada aktiviti0 2 0 0

3 Saya mudah memahami kemahiran darab dengan menggunakan

Kaedah Lattice0 0 0 2

4 Saya lebih suka mempelajari matematik selepas mempelajari

kaedah Lattice0 0 0 2

5 Saya boleh mendarab dengan menggunakan kaedah Lattice0 0 0 2

22

6 Kaedah Lattice membantu saya mendarab dengan senang0 0 0 2

7 Saya seronok belajar Kaedah Lattice0 0 0 2

8 Saya kurang melakukan kesilapan bila mendarab jika

menggunakan kaedah Lattice0 0 0 2

9 Saya dapat menyelesaikan soalan dengan cepat dan betul dengan

menggunakan Kaedah Lattice0 0 0 2

10 Saya yakin dapat menjawab soalan dengan betul setelah belajar

kaedah Lattice0 0 0 2

Berdasarkan jadual 7.4 menunjukkan dapatan data dari soal selidik yang diberikan kepada dua

orang responden yang terlibat dalam kajian yang melibatkan penggunaan kaedah Lattice.Bagi

dua orang responden lagi tidak diberikan borang soal selidik kerana mereka adalam dari

kumpulan kawalan yang proses pengajaran menggunakan kaedah Tradisional bukan kaedah

Lattice.Berdasarkan analisis,item yang menunjukkan pembelajaran dengan satu kaedah sangat

membosankan,semua responden tidak setuju dengan penyataan ini.Ianya merangkumi 100 %

dari keseluruhan sampel kajian.

Bagi item yang kedua iaitu dengan penyataan saya bosan dan tidak minat belajar matematik

jika tiada aktiviti juga menunjukkan semua responden kurang setuju.Ini menunjukkan mereka

masih minat belajar matematik walaupun kurang aktiviti.

Bagi item 3 hingga 5,semua responden sangat setuju dengan penyataan saya mudah memahami

kemahiran darab dengan menggunakan kaedah Lattice,saya lebih suka mempelajari matematik

selepas mempelajari kaedah Lattice,Saya boleh mendarab dengan menggunakan kaedah

Lattice,Kaedah Lattice membantu saya mendarab dengan senang,saya seronok belajar kaedah

Lattice,saya kurang melakukan kesilapan bila mendarab jika menggunakan kaedah Lattice,saya

dapat menyelesaikan dengan cepat dan betul dengan menggunakan kaedah Lattice dan saya

23

yakin dapat menjawab soalan dengan betul setelah belajar kaedah lattice.Semua penyataan ini

merangkumi 100 % daripada keseluruhan markah.

Peratusan bagi setiap penyataan item 1-5 diwakili oleh Graf 7.4 di bawah

Rajah 7.4:1 Graf Peratusan soal selidik item 1 hingga 5

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 50

20

40

60

80

100

120

Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Kaedah Lattice

Tidak setujuKurang setujuSetujuSangat setuju

Nombor Item

Pera

tus

Rajah 7.4:2 Graf Peratusan soal selidik item 5 hingga10

24

Item 6 Item7 Item 9 Item 9 Item100

20

40

60

80

100

120

Analisis Item Soal Selidik Tentang Penggunaan Kaedah Lattice

Tidak setujuKurang setujuSetujuSangat setuju

Nombor Item

Pera

tus

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan dapatan kajian ini,pengkaji mengemukakan beberapa cadangan kajian lanjutan

yang boleh dilakukan untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan mendalam mengenai

penggunaan Kaedah Lattice untuk mendarab sesuatu nombor bulat nombor empat digit

dengan nombor dua digit melibatkan kemahiran mengumpul semula.

Kajian ini hanya melibatkan sampel yang sangat terhad iaitu seramai empat orang daripada

dua buah kelas yang berbeza.Adalah diharapkan untuk kajian seterusnya dapat menggunakan

sampel yang lebih banyak seperti semua murid dari tahun lima yang melibatkan keseluruhan

kelas tahun lima.

Kajian ini terhad kepada penggunaan kaedah Lattice untuk operasi darab.Diharapkan untuk

kajian seterusnya melibatkan kemahiran yang lebih besar dan perluasan kepada tajuk-tajuk

lain seperti tajuk perpuluhan dan meibatkan kemahiran yang lebih tinggi.

25

Selain itu,Kajian ini hanya tertumpu kepada murid tahun lima sahaja dan meibatkan kepada

penggunaan satu kaedah sahaja.Diharap untuk kajian seterusnya,diperluaskan kepada tahun-

tahun lain dan melibatkan penggunaan banyak kaedah yang lebih sesuai.

Kajin ini lebih kepada pengajaran di dalam kelas.Diharap untuk kajian seterusnya

diperluaskan kepada penggunaan inovasi yang lebih baik dan terkini seperti penggunaan

ICT,berasaskan Microsoft Power Point dan melibatkan semua murid untuk mengendalikanya.

Kajian ini melibatkan penguruaan masa yang sangat terhad.diharap untuk kajian yang

seterusnya perlu melihat dan memilih masa yang sesuai untuk mendapatkan data atau

maklumat.Kesesuaian masa akan menjamin ketulusan data dan maklumat dan proses

penyelidikan akan menggambarkan situasi yang sebenar.

8.0 KESIMPULAN

Penggunaan kaedah Lattice merupakan satu kaedah inisiatif kepada guru untuk membantu

murid-murid memahami sesuatu kemahiran terutama melibatkan kemahiran mendarab..Sebagai

seorang pendidik,guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat

memupuk pelajar membina konsep dan menguasai sesuatu kemahiran di samping menghayati

dalam kehidupan seharian.Guru matematik perlu mempunyai sifat-sifat yang matang,berfikiran

terbuka,kreatif,inovatif,konstruktif,rasional dan bijaksana.Proses pembelajaran yang berkesan

akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan.Oleh

itu,pengetahuan tentang isi kandungan,kaedah mengajar yang baik mesti dikuasai oleh semua

pendidik yang bergelar seorang guru

26

BIBLIOGRAFI

Atan Long. ( 1991 ). Pelbagai Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Chan Yaw Jong.(2011).Penggunaan Kotak Ajaib dan Lattice dalam meningkatkan penguasaan

pendaraban murid Tahun Lima..Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP amb.Januari

2008(Matematik Pendidikan Rendah),Seminar Oenyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr David Lim Chong Lim e.t.(2011)HBEF2503 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan.Meteor

Doc.Sdn.Bhd.

Hamdan Said ( 2000 ). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai :

Nik Azis Nik Pa. ( 1992 ). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur :

27

Nur Alina Syuhada Abd Rahim,aziz Omar(2012).Meningkatkan kemahiran mendarab dengan

nombor dua digit secara mengumpul menggunakan ‘Kaedah Lattice’ bagi murid tahun

4.Penyelidikan Tindakan PISMP.

NurulIsma.(2013).Kebenarandisebalik‘Kaedah Lattice’http://mathematicsart.blogspot.com/p/the-

journey.htmlUniversiti Teknologi Malaysia.

Zainudin Bin Abu Bakar,Mohd Rashidi Bin Mat Jalil(2011).Keberkesanan kaedah petak sifir

dalam penguasaan fakta asas darab dalam matematik tahun 4.Satu kajian di Sekolah Kebangsaan

Mersing Johor.Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

28