contoh kajian tindakan

78
SI KANDUNGAN HALAMAN Penghargaan 9 Abstrak 10 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11 2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12 3.0 Objektif Kajian 12 4.0 Kumpulan Sasaran 12 5.0 Tindakan yang dicadangkan : 5.1 Tinjauan Masalah 13 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 13 5.3 Melaksanakan Tindakan 13 - 17 5.4 Penilaian 17 5.5 Refleksi Kajian 17 6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18

Upload: independent

Post on 19-Mar-2023

1 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

SI KANDUNGAN HALAMAN

Penghargaan 9

Abstrak 10

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 11

2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 11 - 12

3.0 Objektif Kajian 12

4.0 Kumpulan Sasaran 12

5.0 Tindakan yang dicadangkan :

5.1 Tinjauan Masalah 13

5.2 Analisis Tinjauan Masalah 13

5.3 Melaksanakan Tindakan 13 - 17

5.4 Penilaian 17

5.5 Refleksi Kajian 17

6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 17 - 18

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 18

8.0 Rujukan 18

9.0 Lampiran 19 - 20

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, FaridatulFara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadaptulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terusditerbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripadamasyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secarateratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakintersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebabtahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnyamurid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program

ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yangberlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melaluiujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumberkepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa danpenilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaanjawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul databerkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuanuntuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakanpada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini denganmenggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesraantara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalamkelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah.Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas danselari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.

1.5 Hipotesis Kajian

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmuadalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yangberbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesraantara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalamkelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk

oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah.Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untukmenarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:

1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhanadan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkandengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadaptulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayatpendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulisayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

GPI - Guru Pendidikan Islam

j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaankemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literatureberkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialahkajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dansekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPNNegeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telahlepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapabagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesionalbersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN.

Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, danmodul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akandatang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian

a. Peperiksaan akhir tahun 2008

b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan

2. Kaedah Soal Selidik

a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.

b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian.

3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.

4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sediaada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:

SK Dusun Nanding

KM 17, Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat,

Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah inidigunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagimemudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.

8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara, mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang. Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikandi Malaysia juga adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan memainkan peranan penting dalam

semua aktiviti sekolah kearah melahirkan modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan bertaraf dunia dapat dijayakan.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI PROGRAM

“BIJAK JAWI”

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato’ Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3 terhadap ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar tahun 3 , SK. Dato’ Panglima Kinta , Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan perkataan pinjaman.

Teknik ‘Bijak Jawi’ – murid telah didedahkan kepada teknik ‘Bijak Jawi’ selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8minggu . Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid.Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapatmembezakan perkataan pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknik ‘Bijak Jawi’.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialahketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab danbahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yangmenjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi masih kurang.

Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama.Pelajar akan meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya , “….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti ustazah!” dan sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.

Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak termasuk murid dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan beberapa faktor di atas, saya rasa terpanggil untuk

membaiki keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan “Bijak Jawi”.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSRbahagian ejaan pinjaman .

(b) Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

(c) Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum atau 35 hingga 40.

3.2 Objektif Khusus :

(a) Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawibahagian ejaan perkataan pinjaman .

(b) Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan tersebut.

(c) Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan dengan betul.

(d) Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebihaktif semasa sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian perkataan pinjaman .

(e) Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semuapelajar tahun 3 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut :

· Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.

· Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.

· Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

Keputusan akhir tahun 2010

1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan mereka hanya meneka jawapan yang diberi.

2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan pinjaman tersebut.

3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

· Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di ambil daripada buku teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.

· Lima ejaan pinjaman bahasa Arab akan ditulis oleh guru dipapan kenyataan pada setiap hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap hari iaitu setiap hari isnin –jumaat.

· Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.

· Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan mereka .

· Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.

· Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu masa pada setiap minggu).

· Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat dan waktu balik.

Pemerhatian

Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-

sungguh untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga memberangsangkan dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan sehari.

Refleksi

Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaantanpa dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati markah bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris danbukan pinjaman.

Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus.

Cara Pelaksanaan ;

· Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta untuk mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara menyambung perkataan dengan memberi penekanan jenis huruf yang boleh disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.

· Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan yang bersambung dan perkataan yang bercerai .

· Latih tubi menulis ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan yang bersambung.

· Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan yang bersambung tanpa melihat ejaan tersebut.

· Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid boleh meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku tersebut akan disemak oleh guru.

· Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama pelajar lain.

Pemerhatian

Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai buku latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataanpinjaman bahasa Arab yang telah diberi.

Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan yang telah

diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.

Refleksi

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba dengan rakan mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi. Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.

Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu

mereka akan berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program “Bijak Jawi”

Cara Pelaksanaan :

· Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan oleh guru.

· Guru mengumpulkan soalan – soalan yang berkaitan untuk diedarkan kepada pelajar.

· 25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan berpotensi.

· Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut format masa sebenar dalam kertas peperiksaan.

· Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .

· Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa yang lama .

Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.

Refleksi

Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arabdan tidak lagi keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.

Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua huruf jawi.

Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada25 orang murid telah dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12 orang daripadanya didapati cemerlang

5.4 Penilaian

Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.

Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat ‘E’ , tetapi masih ada yang mendapat ‘D’ tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5 Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan. Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yanglebih lama untuk menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahanseperti sebelah pagi (sebelum P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses menjalankan aktiviti kurang lancar.

Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk menyalin perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda. Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataantersebut . Masanya adalah selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk lambat mengambil pelajar tersebut. Responnya selepas itu tiada lagi pelajar yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau menyalinnya dengan kawan mereka.

7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil.

Aktiviti

Tempoh / Tarikh pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal

28 April 2011

2.

Menulis kertas cadangan / proposal kajian

04 Mei 2011

3.

Merancang tindakan – (individu / panitia)

11 Mei 2011

4.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 1

18 Me 2011

5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

22 Mei 2011

6.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 2

15 Jun 2011

7.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal

8 April 2011

8.

Menulis Proposal Kajian

22 Oktober 2011

9.

Merancang tindakan – (individu / panitia)

11 Mei 2011

10.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 1

18 Mei 2011

11.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

2 Mei 2011

12.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 2

15Jun 2010

13.

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

22 Jun 2011

14.

Melaksanakan tindakan – aktiviti 3

18 Jun 2011

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan, Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4: Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di Kedah,

Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama’-ulama’tersohor di rantau alam Melayu menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla’ al-Badrain karangan Sheikh Ahmad al-Fathani, Furu’ Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, FaridatulFara’id karangan Syeikh Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadaptulisan jawi agak berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan akhbar ini menjadikan akhbar ini terusditerbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin hilang daripadamasyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun Abdullah Haji Ahmad

Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secarateratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakintersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebabtahun 4 dipilih dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnyamurid telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu, guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika

terdapat kelemahan, kelemahan tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yangberlainan daripada murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah115 orang sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah dikenalpasti melaluiujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumberkepada data-data ini ialah peperiksaan akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa danpenilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaanjawi mereka seperti Amat baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian. Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul databerkaitan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuanuntuk memudahkan tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015. Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakanpada akhir bulan 12. Kem ini bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran menulis dan membaca jawi.

1.4.2 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN. Kajian ini akan cuba melihat kelemahan

penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini denganmenggunakan instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesraantara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalamkelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah.Justeru menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan persoalan kajian yang telah diutarakan di atas danselari dengan matlamat kajian ini dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.

1.5 Hipotesis Kajian

Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmuadalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada trend yangberbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesraantara guru dan murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalamkelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah.

Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untukmenarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:

1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhanadan baik. Bagi murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkandengan memahami secara jelas dan terang berkaitan minat murid terhadaptulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayatpendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek. Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal, kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulisayat pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan 7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

GPI - Guru Pendidikan Islam

j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.

Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaankemahiran membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literatureberkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat penulis simpulkan ialahkajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah menengah dansekolah rendah.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPNNegeri Perak. Namun ia adalah berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telahlepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapabagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesionalbersama rakan GPI bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti P& P jawi di SKDN.

Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, danmodul tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akandatang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga responden beserta 7 orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian

a. Peperiksaan akhir tahun 2008

b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan

2. Kaedah Soal Selidik

a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.

b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang diutarakan dalam permasalahan kajian.

3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.

4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan kepada kelemahan pelajar sediaada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:

SK Dusun Nanding

KM 17, Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat,

Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah inidigunakan bagi menilai sesuatu data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagimemudahkan penyelidik merumus kajian yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi. Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian http://jpnperak.edu.com.my.

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala Lumpur.

8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise: Kuala Lumpur.

Perkara

Tajuk / Perkara

Muka surat

1.

PENGENALAN

3

2.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3

3.

FOKUS KAJIAN

4 –5

4.

OBJEKTIF KAJIAN

5

5.

KUMPULAN SASARAN

5

6.

PELAKSANAAN KAJIAN

6

7.

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

7

8.

UJIAN PRA

7

9.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

9

10

PELAKSANAAN TINDAKAN

10

10.

11

REFLEKSI KESELURUHAN

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

14

15

12

BIBLIOGRAFI

16

MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI

DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK

1.0 PENGENALAN

Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurangmemahami pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambartingkah laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini

jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurangmurid. Apa yang hendak dikongsikan disini adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan dipandangsebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan murid-murid. Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran pendidikan islam Adalah satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian Penilain Sekolah rendah atau UPSR.

Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab, akhlak, jawi dan amali.

Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi tumpuan kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:

· Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal

· Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung

· Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka

· Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup

· Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat

· Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman

· Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek

· Menggunakan tanda baca

· Membaca pelbagai jenis bahan bacaan

· Menulis pelbagai jenis teks

· Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.

Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataanberimbuhan dengan menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

3.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan markah ujian bulan julai rendah kerana

1. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan pembelajaran.

2. Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi

3. Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.

4. Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu perkataan.

5. Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.

6. Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam ayat atau teks petikan.

Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapatmenguasai bacaan perkataan berimbuhan dan juga ejaan jawi.

ii. Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :

· Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi

· Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi

· Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan

· Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan

· Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran dan apitan

· Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membinaayat.

· Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

· Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalahpelajaran yang menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3 yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini

6.1.1 Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhanadan juga di tahap yang lemah.

6.1.2 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.

6.1.3 Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yangsama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah.

6.1.4 Perbincangan dengan guru

Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.

6.1.5 Semakan buku latihan

Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak mahir dalam pelajaran jawi ini.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

8.0 UJIAN PRA

8.1 Analisis Ujian Pra

Pencapaian (Gred)

Bilangan Sampel

Peratus

A (80-100)

2

12.5

B ( 60-79)

3

18.75

C (40-59)

D (20-39)

5

4

31.25

25

E (0-19)

2

12.5

Jumlah

16

100

Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian

Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber dan be serta bel.

8.2 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid

TINGKAH LAKU MURID

PERATUS

Kesungguhan

30

Aktif dalam pembelajaran

30

Kurang memberi tumpuan

20

Tidak memberi tumpuan

20

Jumlah

100

8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid

Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid

Bil

Deskriptor

Tidak setuju

setuju

Amat setuju

1

Suka belajar

/

2

Suka pada Guru pendidikan Islam

/

Rasa diri pandai

/

Suka datang ke sekolah

/

Bercita-cita tinggi untuk Berjaya

/

Mesra dengan rakan

/

Merasa malu kerana tidak tahu membaca

/

Mahu berubah untuk membaca jawi

/

Mahu ke kelas pemulihan jawi

/

8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak

Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid

Bil

Deskriptor

Tidak setuju

setuju

Amat setuju

1

Membaca buku di rumah

/

2

Mengulangkaji pelajaran jawi bersama abang dan kakak

/

3

Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca

/

4

Belajar bersama ibu bapa

/

5

Ibu bapa memarahi murid apabila tidak tahu membaca

/

8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai sampel( Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)

Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar

Skala

Sebab

1

Sangat setuju

2

setuju

3

Tidak setuju

4

Sangat tidak setuju

Jumlah

Pengajaran guru tidak menarik

2

40%

3

60%

Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai

1

20%

4

80%

Banyak buku yang perlu dibaca

2

40%

3

60%

Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina ayat

2

40%

3

60%

Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untukmenyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam initerbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.

9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang

dianggap bersesuaian bagi memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah:

9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan slaid power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.

9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan

9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak

9.4 Membina ayat berdasarkan gambar

9.5 Ujian Pos

10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

10.1 Aktiviti 1

I. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan seorang kakak yang berada di dapur sertaseoprang adik sedang membaca. Guru meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu;

* Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

* Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

* Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

* Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

* Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

* Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar

II. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan.

Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan akan terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari, makanan.

III. Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.

IV. Pemerhatian:

Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak tepat.

V. Refleksi:

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan murid-murid tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan berimbuhan dengan tepat.

10.2 Aktiviti 2

I. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid didalam kumpulan menekap perkataanimbuhan awalan dengan tulisan jawi yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk membaca sehingga lancar.

II. Pemerhatian:

Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan yangdiberikan.

III. Refleksi:

Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum menguasai bacaan jawi dengan lancar.

10.3 Aktiviti 3

I. Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan yang terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas dan individu.

II. Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti bacaan ( kaedah imlak)

III. Contohnya,

ber

be

ter

te

me

mem

men

berlari

berasa

terlaris

terasa

memasak

membaca

mendapat

bersukan

belajar

tersepak

terendam

menulis

memberitahu

mencatat

bersenam

terminum

terancang

memukul

Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan

IV. Pemerhatian

Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;

Markah

Peratus

A ( 80-100)

25

B( 60-79)

62.5

C( 40-59)

12.5

D (20-39)

0

E (0-19)

0

Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan

Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumbauntuk membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.

V. Refleksi:

Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.

10.3 Aktiviti 4

I. Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar dan memahami perlakuan gambar tersebut.

II. Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak ular di kebun pisang ayahnya.

III. Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.

IV. Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat dalam ayat yang dibina.

V. Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.

VI. Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini dilaksanakan.

Aktiviti

Bilangan Murid

Peratus pencapaian

Membina ayat

10

62.5

Perbincangan

12

75

Membaca ayat

16

100

VII. Pemerhatian :

Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.

VIII. Refleksi

Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumberbahan berperanan dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah penerangan, perkembangan dan penutup.

10.4 Ujian Pos

I. Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.

II. Saya mengedarkan kertas soalan terlebihdahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu

* Bahagian A : Objektif.

* Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.

* Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.

* Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.

* Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.

III. Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45 minit.

IV. Pemerhatian:

Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalanuntuk dijawab.

Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.

Pencapaian ( Gred)

Bilangan Murid

Peratus

A (80-100)

4

25

B (60-79)

8

50

C (40-69)

3

18.75

D ( 20-39)

1

6.25

E (0-19)

V. Refleksi:

Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF.

11.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusantentang proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan awalan ini. Rumusan tersebut ialah;

* Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan markah dalam ujian pos. Pada

keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.

Jadual 10: Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos

Pencapaian

Ujian Pra

Ujian Pos

Lulus

62.50

93.75

Gagal

37.50

6.25

Jumlah

100

100

Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan awalan.

* Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memilikikemahiran membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktivitiyang dirancang oleh guru.

12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid menguasai penggunaan imbuhanwalaupun masih terdapat kelemahan dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran lain terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagimemantapkan lagi penggunaan bahasa di kalangan murid –murid dalam matapelajaran tersebut. Selain itu juga saya juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran yan diajar disamping dapat mengukuhkaningatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru.

13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:

* Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping

* Marker pen

* Gunting

* Pembaris

* Kertas A4

* Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set

* Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set

* Komputer riba

* Lcd Projektor

14.0 ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :

Kad Imbasan : RM15.00

Marker Pen : RM6.00

32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00

BIBLIOGRAFI

Jauharah Hj. Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah

dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim:

Penerbit UPSI.

Mohd. Radzi Misran & Haris Yusof. (1997). Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor: Edusystem Sdn. Bhd. Selayang.

Laman Web

wannoorainiwmp51992.blogspot.com/

http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137

http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFjAH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6InRxP-yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg

LAMPIRAN 1

GAMBAR PERLAKUAN DATUK SEDANG BERJALAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MURID MENCIPTA IMBUHAN AWALAN BERDASARKAN PEMERHATIAN MEREKA.

MURID MEMBINA AYAT BERDASARKAN GAMBAR YANG DILIHAT.

LAMPIRAN 2 :