cabaran penerapan dakwah di dalam filem melayu di malaysia: analisis kandungan filem semerah padi

15
SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA 1 Cabaran Penerapan Dakwah di dalam Filem Melayu di Malaysia: Analisis Kandungan Filem Semerah Padi Oleh: Rosmawati Mohamad Rasit Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan FPI, UKM Md Rozalafri Johori Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Abstrak Dakwah melalui perfileman masih mencari ruang dan tempatnya di Malaysia. Usaha dan kecenderungan sesetengah karyawan filem tempatan memasukkan elemen-elemen keagamaan di dalam filem seharusnya dibanggakan. Namun, nilai-nilai Islam di dalam filem perlu difahami secara menyeluruh agar konsep dakwah tidak tersasar daripada jalan yang sebenarnya. Kajian ini cuba mengupas cabaran dalam menerapkan elemen-elemen dakwah di dalam filem-filem Melayu di Malaysia. Filem Semerah Padi (1956) dipilih sebagai filem kajian yang menepati genre keagamaan. Ia merungkai permasalahan agama Islam secara langsung. Kaedah analisis kandungan filem digunakan bagi mengupas dua aspek penting iaitu cerita dan plot serta watak dan perwatakan.

Upload: kuis

Post on 28-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

1

Cabaran Penerapan Dakwah di dalam Filem Melayu di Malaysia:

Analisis Kandungan Filem Semerah Padi

Oleh:

Rosmawati Mohamad Rasit

Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan

FPI, UKM

Md Rozalafri Johori

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Abstrak

Dakwah melalui perfileman masih mencari ruang dan tempatnya di Malaysia. Usaha dan

kecenderungan sesetengah karyawan filem tempatan memasukkan elemen-elemen keagamaan di

dalam filem seharusnya dibanggakan. Namun, nilai-nilai Islam di dalam filem perlu difahami

secara menyeluruh agar konsep dakwah tidak tersasar daripada jalan yang sebenarnya. Kajian

ini cuba mengupas cabaran dalam menerapkan elemen-elemen dakwah di dalam filem-filem

Melayu di Malaysia. Filem Semerah Padi (1956) dipilih sebagai filem kajian yang menepati

genre keagamaan. Ia merungkai permasalahan agama Islam secara langsung. Kaedah analisis

kandungan filem digunakan bagi mengupas dua aspek penting iaitu cerita dan plot serta watak

dan perwatakan.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

2

Pengenalan

Dakwah merupakan tanggungjawab bagi setiap Muslim dengan menggunakan pelbagai

cara dan pendekatan dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwah perlu memiliki pelbagai

kemahiran dan penguasaan ilmu dalam memastikan setiap perjalanan dakwah mereka berjaya.

Dalam usaha mempelbagaikan medium untuk berdakwah, filem dilihat sebagai satu medium

baru yang sangat berpengaruh untuk diterokai.

Filem diangkat sebagai satu alat penyampaian mesej secara visual dan audio. Sesetengah

Negara menggunakan filem untuk menyatakan propaganda idelogi politik, sebagai penyambung

warisan kebudayaan, sejarah dan untuk memartabatkan sistem sosial sesuatu bangsa mahupun

untuk kepentingan agama. Sehingga kini industri lakonan melalui perfileman bukan lagi menjadi

cabang sastera dan kesenian semata-mata, malah menjadi satu industri yang menguntungkan.

Selain dari kemampuannya untuk menjana ekonomi bagi para Kapitalis, ia juga menjadi alat

propaganda yang paling berkesan bagi sesetengah pihak di serata dunia (Maszlee Malik 2007).

Masyarakat menerima filem sebagai medium yang merakam semula sesuatu realiti bangsa

(Asiah Sarji 2009). Sigfried Kracauer (1960) melihat filem sebagai paparan mentaliti sesuatu

bangsa yang diterjemahkan melalui imej audio dan visual secara langsung kepada masyarakat.

Justeru, filem dilihat banyak memberi kesan kepada perubahan dan pembentukan tingkah laku

selaras dengan peranannya sebagai agen perubahan kepada masyarakat.

Filem bergerak yang dipelopori oleh Auguste dan Loius Lumiere pada tahun 1896 dan

Thomas Edison menjadi titik tolak untuk masyarakat menerima filem dalam perkembangan

industri hiburan (Turner 1999; Rodman 2006). Kajian mengenai perfileman telah disentuh dari

pelbagai perspektif yang berbeza seperti sudut naratif filem, kepengarahan, aspek teknikal filem,

filem sebagai budaya popular dan juga aspek teori filem dan nilai estetikanya. Turner (1999)

mengetengahkan kajian filem yang turut mendapat sokongan daripada ahli-ahli akademik. Dalam

tahun 1960-an dan 1970-an, minat ahli-ahli akademik terhadap kajian perfileman ini telah

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

3

berkembang dengan pesat sehingga wujudnya kolej-kolej dan universiti-universiti yang

menawarkan kursus-kursus dalam bidang perfileman secara formal.

Pendekatan dakwah yang mencakupi pelbagai bidang perlu difahami oleh pendakwah-

pendakwah masa kini. Ini kerana disebabkan dunia semakin berubah, maka perlaksanaan dakwah

perlu dilakukan secara menyeluruh dalam usaha mendekati serta mempengaruhi sasaran.

Dakwah menerusi perfileman dilihat berupaya memberi ruang kepada pendakwah turut

melebarkan usaha mereka dengan strategi dan pendekatan baru untuk mendekati khalayak filem.

Walau bagaimanapun, usaha untuk meletakkan dakwah menerusi perfileman bukan perkara yang

mudah. Malah cabarannya cukup menguji para pendakwah untuk terus yakin dan komited

dengan usaha dakwah mereka. Ini kerana cabaran dakwah di dalam industri perfileman

memerlukan kemahiran pendakwah untuk memahami dan menguasai bidang filem ini dengan

lebih mendalam.

Cabaran Dakwah di Dalam Filem

Al-Bahi al-Khuly (1984) mentakrifkan dakwah sebagai:

“Satu proses menghidupkan peraturan-peraturan Islam dengan memindahkan umat

daripada satu situasi kepada situasi lain (daripada tahap kejadian kepada keilmuan)”

Proses perlaksanaan dakwah merupakan usaha untuk mengajak manusia kepada

keredhaan Allah (al-Qaradawi t.th.; Ibn Abdullah 1999). Ab. Aziz Mohd Zin (1997) menjelaskan

bahawa dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah, tetapi ia mestilah

disertakan dengan uslub dan tatacara yang baik bagi mempengaruhi orang yang diajak itu.

Dakwah bukanlah bererti agama itu sendiri, tetapi usaha untuk membawa manusia kepada agama

itu.

Justeru, dakwah bukan hanya terikat dengan seruan tradisional seperti ceramah dan

kuliah agama, malah turut melangkau pelbagai usaha yang menyeluruh termasuk

memaksimumkan media sebagai wasilah penyampaian dakwah. Syamsul Bahri (2003) turut

menjelaskan bahawa dakwah sering diertikan sekadar ceramah dalam pengertian sempit,

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

4

sehingga orientasi dakwah hanya terhad pada perkara-perkara yang bersifat ritual atau ibadah

sahaja. Padahal dakwah diharap dapat berperanan sebagai saranan utama bagi masyarakat untuk

mempertingkatkan kehidupan menuju „hasanah‟ di dunia dan „hasanah‟ di akhirat.

Antara cabaran yang perlu dipikul oleh setiap pendakwah ialah bagaimana untuk

menggarapkan dakwah menerusi filem. Industri perfileman yang bermula di Barat khususnya

Amerika, banyak mendedahkan dan menerapkan nilai budaya hidup Barat kepada masyarakat

dunia. Filem era baru yang menjadikan filem sebagai hiburan kepada masyarakat bermula

dengan penubuhan pawagam Nickelodeons di Pittsburgh, Amerika pada tahun 1905 (Turner

1999; Rodman 2006). Justeru, dengan kejayaan awal filem yang diterima baik oleh masyarakat

sebagai satu bentuk hiburan baru, filem juga turut mempengaruhi cara hidup mereka. Senario

perkampungan global tanpa sempadan yang diutarakan oleh Marshall McLuhan (1964) dan juga

ahli-ahli teori filem Barat seperti Andre Bazin (2004) dan Rudolph Arheinm (2004) turut

mempengaruhi perubahan corak sosial dan agama masyarakat dalam menilai kehidupan realiti

mereka melalui filem. Di Malaysia, banyak filem-filem Melayu yang dihasilkan oleh pengarah-

pengarah muda tempatan terarah kepada budaya hidup yang berpaksikan Barat. Ini dibuktikan

dengan penerbitan filem-filem seperti Remp-It (2006), Anak Halal (2007), 9 September (2007),

Evolusi KL Drift (2008) dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009).

Globalisasi turut memberi kesan dan pengaruh luar kepada filem-filem Melayu di

Malaysia. Pertembungan di antara nilai dan tamadun menjejaskan kesungguhan umat Islam

dalam memahami dan mengamalkan Islam yang sebenar. Kesan inilah yang banyak dipaparkan

di dalam filem sebagai Islam liberal melalui pluralisme agama. Ugi Suharto (2007) menjelaskan

bahawa pluralisme agama adalah fahaman yang menyamakan semua agama. Fahaman ini lahir

akibat sekularisme dan proses sekularisasi masyarakat Barat. Hui dan Mun (2007) dalam

membincangkan kesan globalisasi ke atas agama dapat dilihat melalui perwujudan masyarakat

global yang berkongsi amalan dan budaya yang sama. Pembaratan dianggap sebagai imej

globalisasi yang mengubah masyarakat seperti pengaruh agama. Ia berjaya membentuk

masyarakat global yang berfikiran sama seperti mana masyarakat Barat.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

5

Namun begitu, nilai liberal di dalam filem akan merosakkan kemurniaan agama Islam.

Islam liberal menyebarkan satu fahaman baru yang berpendapat dan menerima bahawa semua

agama adalah sama. Sedangkan kita tidak boleh menyamakan Islam dengan agama-agama lain di

dunia. Walaupun begitu, ia bukanlah menjadi dasar Islam, untuk memandang rendah kepada

agama-agama lain. Nilai liberal di dalam filem-filem Yasmin Ahmad seperti Sepet (2005), Gubra

(2006) dan Muallaf (2009) dibimbangi akan mengelirukan penonton yang tidak memiliki

kefahaman agama secara menyeluruh. Dengan mudah mereka akan terpengaruh dan terpesong

dengan aliran pemikiran baru ini. Penonton disajikan dengan kehidupan masyarakat Malaysia

yang aman dan harmoni tanpa mengira ras keturunan dan agama. Namun, dengan menyogokkan

kepada penonton bahawa Islam sebagai satu agama yang sama tarafnya dengan agama lain

seperti Kristian dan Budha adalah sangat tidak tepat. Terlalu bertoleransi dalam mencapai

kesepakatan di dalam konflik antara agama menyebabkan masyarakat Melayu-Islam sanggup

menggadaikan agamanya sendiri atas nama keharmonian kaum.

Ini menunjukkan genre yang memaparkan secara langsung pendekatan agama Islam di

dalam filem-filem Melayu masih kurang di Malaysia. Hanya terdapat beberapa buah filem sahaja

yang boleh diletakkan di dalam genre keagamaan ini yang dihasilkan di Malaysia seperti filem

Semerah Padi (1956), Isi Neraka (1960) dan Syukur 21 (2000). Filem-filem ini kurang diminati

oleh penonton filem Melayu yang rata-rata majoritinya terdiri daripada kalangan belia dan

remaja yang masih muda. Golongan ini menerima filem sebagai alat untuk berhibur dan untuk

lari dari segala masalah serta cengkaman keserabutan emosi. Justeru, pengarah-pengarah

tempatan lebih selesa memilih genre komersial yang diterima dan mendapat sambutan daripada

penonton seperti komedi romantik, cinta, seram dan melodrama. Filem turut dipersalahkan akibat

kesan perubahan trend sosial masyarakat dan individu yang dipaparkan termasuk isu

kemerosotan nilai dan moral, babak-babak keganasan, sesuatu yang sterotaip seperti isu wanita

dan minoriti dan juga ketidakfahaman mengenai realiti di dalam filem itu sendiri (Vivian 2005;

Rodman 2006). Kekeliruan pembikin filem di antara memenuhi kehendak masyarakat dan

tanggungjawab sosial mereka menyebabkan filem dan masyarakat menjadi mangsa.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

6

Sesuatu yang menarik mengenai industri hiburan tempatan sejak akhir-akhir ini ialah

kecenderungan produser drama dan filem menerbitkan karya berunsur kerohanian

(Rozdan Mazalan 2009). Kredit pujian juga harus diberi kepada pengarah-pengarah tempatan

yang cuba menyelitkan unsur-unsur Islam di dalam olahan cerita mereka secara langsung

mahupun tidak langsung seperti filem Syurga Cinta (2009), Muallaf (2009), Maut (2009), Budak

Kelantan (2008) dan Gubra (2006). Apa yang perlu ditekankan ialah mengenai isu kebenaran dan

fakta hukum yang jelas supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan masyarakat Islam itu sendiri.

Justeru, pemahaman agama secara menyeluruh amat diperlukan di kalangan pembikin-pembikin

filem tanahair agar tidak mewujudkan ajaran agama Islam yang liberal dan menyesatkan. Setiap

hukum dan syariat di dalam Islam adalah suatu yang mutlak yang tidak boleh dipermudahkan

walaupun atas dasar perlaksanaan dakwah.

Kebanjiran filem-filem bertema remaja amat membimbangkan apabila watak remaja

yang dipaparkan tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental. Remaja dipaparkan sebagai

manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing. Namun, aspek mental atau rohani pula,

remaja yang dipaparkan melalui filem merupakan seorang yang lemah dan mudah terpengaruh

dengan budaya negatif. Malah, sering juga dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan,

tidak bijak memilih atau membuat keputusan. Mereka sering bertindak melulu seolah tidak

memikirkan langsung tentang masa hadapan (Zalila Isa 2007). „Sinema Malaysia‟ sebagai satu

portal rasmi perfileman Malaysia di bawah FINAS dalam memaparkan filem-filem yang telah

dihasilkan oleh pengarah-pengarah filem tanahair turut mencatatkan bahawa genre drama dan

komedi mendapat tempat yang tertinggi sebagai pilihan genre di kalangan pembikin filem

tempatan. Ia diikuti dengan filem yang bertemakan cinta. Selain itu, genre yang turut mendapat

tempat di hati penonton ialah filem-filem seram tempatan (www.sinemamalaysia.com.my).

Akhir-akhir ini juga, masyarakat turut dipertontonkan dengan musim filem-filem seram

yang banyak digarap oleh pengarah-pengarah tempatan. Genre seram ini mendapat pelbagai

reaksi daripada penonton. Dengan kejayaan filem Jangan Pandang Belakang (2007) yang

mencapai rekod kutipan tertinggi lebih RM7 juta, turut merangsang pengarah-pengarah filem

tempatan untuk berlumba-lumba menghasilkan filem dalam genre jenis ini. Bermula dengan

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

7

Mistik (2003), Pontianak Harum Sundal Malam dan sekuelnya (2004 & 2005), Tujuh Perhentian

(2004), Congkak (2008) dan Rasukan Ablasa (2009) membawa penonton kepada genre seram

yang berlegar dalam dunia hantu dan ancaman alam lain yang menggangu dunia manusia. Apa

yang perlu dititik beratkan ialah mengenai pegangan akidah yang seharusnya menjadi akar umbi

kepada setiap muslim agar tidak digoyahkan dengan kepercayaan lain selain daripada kekuasaan

Allah SWT.

Syukur 21 (2000) sebagai satu filem yang berlatarkan agama dilihat gagal meraih

sokongan penonton walaupun dengan kos pembikinannya yang mencecah 3.8 juta. Filem ini

menjadi antara filem pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi terkini termasuk aspek

penataan bunyi dan muzik latar serta paparan kesan grafik animasi tiga dimensi (3D). Kegagalan

filem ini dilihat banyak terletak kepada pemilihan watak yang kurang bersedia membawa watak

sebagai pelakon. Hanya bersandarkan kepada kumpulan Raihan yang popular ketika itu, Syukur

21 tidak menjanjikan perubahan watak kerana mereka gagal menghayati watak masing-masing

dengan mutu lakonannya yang lemah. Aspek naratif dan penceritaannya yang longgar

menyebabkan Syukur 21 terasa mudah konfliknya dengan lontaran dialog-dialog nasihat yang

klise. Walaubagaimanapun imej Islam masih tinggi letaknya di bawah sutradara baru Eddie Pak

atau Aliff Najmi ini.

Farzad Wafapoor (2008), seorang pengarah filem bebas Muslim yang terkemuka

menjelaskan bahawa banyak cabaran dalam mengamalkan nilai seorang Muslim yang sebenar

dalam industri filem di Amerika yang jelas secara langsung menyentuh paparan babak seksual

dan „nudity‟ yang merupakan babak murahan dalam menarik penonton. Menurut beliau, wujud

dua perspektif pembikin filem Muslim dalam industri ini iaitu pengarah Muslim yang masih

berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar yang jelas mahu menggunakan industri filem

sebagai jalan untuk berdakwah. Terdapat juga sekelompok pengarah Muslim yang menggunakan

filem untuk mengubah kefahaman Islam melalui pembaharuan. Apa yang tidak difahami mereka

ialah bukan Islam yang perlu kepada pembaharuan tetapi umat Islam itu sendiri.

Walaubagaimanapun, beliau berpendapat masih ada ruang yang cukup positif bagi para pengarah

Muslim di dalam bidang ini (Zaynab Herrera 2008).

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

8

Memahami Islam dan menerapkan elemen-elemen dakwah bukan hanya dengan

memaparkan babak solat, azab siksa, pembalasan secara poetic justice mahupun lambakan dialog

nasihat kepada penonton serta nilai kemanusiaan semata-mata. Banyak filem yang dihasilkan

menyatakan pendirian pengarah dengan mengetengahkan mesej-mesej yang baik, menginsafkan

dan berdakwah. Namun turut mengelirukan penonton dengan adegan-adegan yang mencemarkan

agama seperti berzina, pergaulan tanpa batasan dan juga pendedahan aurat yang melampau.

Analisis Filem Semerah Padi

Semerah Padi (1956) merupakan filem kedua arahan P.Ramlee yang menterjemahkan

kelangsungan hidup masyarakat Semerah Padi berlandaskan agama Islam yang sebenar. Filem

ini menyumbang kepada perkembangan dan keutuhan Islam dan sehingga ke hari ini Semerah

Padi dianggap naskah terhebat P.Ramlee dalam memperjuangkan nilai agama dalam masyarakat

dan banyak diperbincangkan dalam kajian dan kritikan filem tempatan. Anuar Nor Arai

menyatakan bahawa Semerah Padi sebagai filem masyarakat Melayu yang dilihat dalam konflik

sosial dan agama. Mereka meletakkan agama sebagai tunggak penentu seluruh sistem sosial yang

dianuti oleh masyarakat Semerah Padi. Manakala Ku Seman Ku Hussain berkata;

“P.Ramlee menjelmakan "Semerah Padi" sebagai filem yang kental dengan Melayunya”.

Tunggak pengarahan yang didirikan oleh P.Ramlee terlalu tinggi untuk dicapai oleh

pengarah-pengarah filem sezamanya. Lingkungan naivete pada lakonan, pengarahan seni, rekaan

produksi, hubungan prop, penguasaan ruang dan fotografi sudah beralih kepada lingkungan yang

bijak dan artistik. Semerah Padi sudah terlalu jauh teranjak daripada gaya pengarahan

sezamannya dan material sosial yang terdapat dalam Penarek Becha dan seluruh filem

sebelumnya yang melihat cita-cita dan harapan Melayu itu “terapung-apung di langit biru yang

bergejolak akan nasib dan air mata” (Anuar Nor Arai 2007).

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

9

1. Cerita dan Plot

Plot adalah keseluruhan filem dan cerita adalah pecahan kepada peringkat-peringkat plot yang

tertentu. Plot filem merangkumi sebarang perkara yang wujud secara visual atau bunyi dalam

filem tersebut. Ia juga merangkumi segala kejadian cerita yang sama ada dipersembahkan secara

langsung dalam cerita tersebut atau sebagai bahan di luar cerita. Empat faktor menentukan kualiti

sesebuah cerita iaitu kaitan, intensiti kesan, kompleksiti cerita dan keaslian cerita (Muhammad

Hatta Muhammad Tabut 2003).

Kekuatan filem Semerah Padi terletak kepada cerita dan plotnya yang kuat. Berbeza

dengan filem-filem Melayu yang pernah diterbitkan, Semerah Padi mempunyai subjek yang asli.

Aspek keaslian Semerah Padi sangat kuat. Semerah Padi (1956) menceritakan tentang sebuah

kampung yang bernama Semerah Padi. Semerah Padi dipimpin oleh seorang ketua kampung

yang kuat agama dan mengamalkan peraturan dan undang-undang Islam yang sebenar. Watak

utama filem ini ialah P.Ramlee sebagai Aduka, Nordin Ahmad sebagai Taruna dan Sa‟adiah

sebagai Dara.

Konflik wujud apabila Dara ditunangkan dengan Taruna sedangkan Dara dan Aduka

saling mencintai. Tewas dengan ujian nafsu menyebabkan Dara dan Aduka terlanjur sehingga

memaksa bapa Dara sebagai ketua kampung menjatuhkan hukuman sebat 100 kali kepada

mereka. Intipati dan dasar cerita yang berpegang kuat kepada perundangan Islam yang sebenar

menjadikan filem ini berbeza dengan filem-filem cereka Melayu yang lain. Walaubagaimanapun

filem P.Ramlee ini masih bertunjangkan cinta manusia dan yang membezakannya dengan filem-

filem Melayu yang lain adalah dengan sandaran Tuhan sebagai paparannya.

Semerah Padi berjaya menarik penonton dengan garapan perlaksanaan hukum yang

berkesan. Cerita Semerah Padi mempunyai intensiti kesan yang berkesan. Filem ini mempunyai

babak-babak yang mencuit emosi penonton terutamanya ketika undang-undang Islam

dilaksanakan. Sebagai ketua kampung Semerah Padi, hukum Islam tetap hukum walau terhadap

anak kandungnya sendiri. Perbuatan zina yang dilakukan oleh pasangan Aduka dan Dara

diselubungi oleh perasaan bersalah, malu dan menyesal. Menerima apa sahaja hukuman yang

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

10

dijatuhkan menunjukkan sifat manusia yang lemah dan patuh kepada undang-undang Islam.

Hukuman sebat 100 kali ini menimbulkan simpati penonton. Perlaksanaan hukum sula terhadap

Jejaka dan Galak juga turut terkesan seolah-olah turut merasa ngeri dan sakit yang amat sangat.

Dalam Semerah Padi terdapat beberapa sub-plot yang mempunyai kaitan secara langsung

kepada penceritaan utama watak. Kewujudan cerita seperti perlakuan sumbang Jejaka dan Galak

yang akhirnya disula menyebabkan abang Jejaka iatu Borek berdendam dengan penghulu

Semerah Padi sehingga membuat kacau dan menculik Dara. Rentetan daripada itu, berlakunya

perlakuan zina di antara Dara dan Aduka ketika Aduka berjaya menyelamatkan Dara daripada

Borek. Semerah Padi mempunyai jalan cerita yang mudah difahami. Penonton boleh meneka

kesudahan cerita ini yang berakhir dengan happy ending setelah watak utama cerita diuji dengan

ujian cinta yang berat.

2. Watak dan Perwatakan

Watak Aduka, Dara dan Taruna bergerak dalam ruang atmosfera mereka sendiri dalam mencari

titik pertemuan dan perbezaan yang mengangkat sisi depan dan sisi gelap mereka. Dalam filem

ini, P.Ramlee tidak menjadi P.Ramlee di luar filem tetapi melakonkan watak Aduka yang

berjiwa tulus, jujur dan naif. Watak Aduka tewas dengan rayuan Dara di kala berduaan dalam

malam hari ketika hujan yang melantunkan gelodak jiwa mereka dengan godaan nafsu dan

syaitan sehinggakan mereka terlanjur berzina.

Dara sebagai seorang perempuan yang remaja jiwanya ingin memiliki cinta sejati. Watak

Dara masih dibaluti tebal dengan kemelayuan seorang perempuan Melayu dengan menampilkan

ciri-ciri sopan santun, lemah lembut dan menghormati orang tua. Namun, godaan syaitan dan

wanita sebagai fitnah tidak mampu menyelamatkan Dara dari terus mempertahankan maruahnya

di tangan Aduka. Dara tewas memelihara cintanya terhadap Aduka.

Watak Taruna digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa, memiliki jiwa

keperwiraan, berhati waja dan tegas. Namun, di sebalik itu dia masih mempunyai jiwa yang

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

11

halus dan lembut sehingga mampu memaafkan kesalahan Aduka. Kekuatan watak Taruna ialah

menerusi ekspresi wajahnya yang tenang dan tidak cepat menghukum.

Pemakaian watak Aduka, Taruna dan Dara masih tebal dalam acuan budaya Melayu.

Walaubagaimanapun, acuan Melayu mereka masih berbeza dengan konsep syariat Islam yang

sebenar. Watak mereka masih bergerak bebas tanpa pemahaman konsep aurat dan batasan di

antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Watak Dara yang berselendang yang

menampakkan aurat seorang wanita mewakili gadis-gadis di perkampungan Semerah Padi yang

mengamalkan undang-undang Islam. Mungkin alasan tahun 1956 ada logiknya dengan

pengamalan masyarakat Islam yang baru berkembang jika hendak dibandingkan pada tahun

1990-an dan abad ke 21 ini.

Sikap watak dengan penuh kesopanan dan kemelayuannya menjadi tunjang utama watak

dalam Semerah Padi seiring dengan akhlak seorang Muslim. Bahasa yang penuh santun dan alur

pekerti seorang Muslim banyak didapati dalam paparan babak-babak Semerah Padi. Babak Dara

dan Taruna yang memohon lalu dengan membongkokkan badan di belakang orang yang lebih

tua menonjolkan pekerti dan akhlak terpuji Muslim. Contoh: “Pak, pak! Dara tumpang lalu ya.

(Sambil membongkokkan badan)” Begitu juga dengan watak Taruna yang meminta izin daripada

ibu Aduka terlebih dahulu sebelum bertemu dengan Aduka menunjukkan sahsiah yang tinggi

dalam menghormati orang yang lebih tua. Watak Tok Penghulu sebagai ketua kampung Semerah

Padi banyak ditonjolkan sebagai seorang yang taat beragama dengan paparan babak seperti

babak mengaji dan cara beliau memberi hukum. Sikap watak yang dikaitkan dengan hubungan

ritual dan ibadah ini menghubungankan kejiwaan manusia dengan kekuasaan Allah SWT.

Semerah Padi juga mengangkat budaya bangsa dan agama Islam dengan bahasa yang

amat tinggi santunnya. Kesan ketinggian bahasa ini amat dirasai dan menggambarkan keluhuran

bangsa Melayu itu sendiri dalam memartabatkan Islam sebagai agama rasmi penduduk Semerah

Padi. Di antara dialog-dialog di dalam Semerah Padi yang terkesan di hati penonton ialah;

1. “Pertunangan adalah soal perseorangan tetapi agama, bangsa dan tanahair ialah

soal bersama”.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

12

2. “Mengapakah yang dilarang agama kamu lakukan”.

3. “Kerana nafsumu dikuasai syaitan. Perbuatan mu derhaka kepada Tuhan, derhaka

kepada tanahair, bangsa dan agama. Kita semua beragama Islam yang taat kepada

undang-undang agama”.

4. “Kamu taat kepada ketua mu tapi kamu lupa penduduk Semerah Padi lagi taat

kepada agama Islam”.

5. “Alang-alang hidup bergelumang dosa, biar mati dijilat neraka”.

6. “Biar busuk daging ku mamah agar kau terhindar cemar”.

Rumusan dan Kesimpulan

Semerah Padi menjadi antara filem Melayu bergenre keagamaan yang boleh dibanggakan.

Kekuatan dan penghayatan Islam di dalam Semerah Padi amat kuat sehinggakan Islam menjadi

tunjang dalam kehidupan sosial penduduk Semerah Padi. Namun, masih terdapat ruang-ruang

yang boleh dibuat penambahbaikan seperti kejelasan hukum mengenai aurat, persentuhan di

antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan akhlak Muslim yang sebenar. Cabaran dan

dilema inilah yang sering dihadapi oleh pengarah-pengarah Muslim di Malaysia dalam

menterjemahkan nilai Islam tanpa mengabaikan unsur-unsur komersial filem. Kesukaran

membuat pilihan di antara memartabatkan syariat dan hukum dengan kehendak komersial

menyebabkan cabaran ini terus berlarutan dalam mana-mana filem walaupun di atas sandaran

agama dan dakwah. Tanggungjawab meletakkan hukum pada tempatnya perlu digalas oleh

pengarah Melayu-Islam hari ini untuk menyebarkan kefahaman Islam yang sebenar.

Masyarakat memerlukan filem yang dapat memaparkan corak dan budaya hidup

berlandaskan agama. Ini kerana filem bukan hanya lakaran kanvas yang kosong tanpa pengisian

nilai dan agama. Setiap paparan babak dan dialog mampu mengekspresikan kekuatan sesuatu

bangsa dan agama yang diangkat menerusi filem. Walaubagaimanapun, filem yang diangkat dari

konteks agama seharusnya memerlukan suatu kefahaman yang cukup jelas mengenai jawapan

kepada setiap permasalahan hukum dan syariat Islam.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

13

Umat Islam perlu keluar dari memandang filem sebagai hiburan semata-mata malah

seharusnya lebih sensitif mengenai isu-isu agama yang dipaparkan secara negatif. Babak-babak

klise yang sering dipaparkan di dalam filem seperti gambaran negatif ahli agama terhadap

masyarakat seni dan sikap prejudis yang mereka amalkan di dalam menilai dan menghukum

manusia lain. Kemerosotan nilai yang berlaku di dalam masyarakat Melayu hari ini

menghilangkan rasa sensitiviti mereka mengenai isu-isu agama dan moral seperti seks luar nikah,

manusia Islam tanpa solat Subuh, cerita di kamar tidur yang dipertontonkan tanpa segan silu

malah memeluk seseorang yang bukan mahram. Paparan babak-babak zina sudah menjadi biasa

dan lazim di dalam filem-filem Melayu tanpa timbul rasa bersalah dan malu terhadap agama

Islam itu sendiri.

Justeru, penghasilan filem-filem bergenre keagamaan perlu diperbanyakkan bagi

membantu penonton agar tidak terkeliru dengan dakyah-dakyah Barat yang dizahirkan melalui

filem. Ideologi dan fahaman baru tentang Islam yang menular dalam masyarakat Melayu-Islam

di Malaysia perlu diselamatkan agar tidak tergadai nilai agama dan akidah yang menjadi tunjang

kebenaran umatnya. Harapan yang tidak pernah hilang adalah untuk meletakkan filem sebagai

platform dan medan dakwah sebagai usaha yang berterusan.

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

14

BIBLIOGRAFI

Ab. Aziz Mohd Zin. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Al-Bahi Al-Khuly. 1984. Panduan Para Pendakwah. Terj. Ismail Mohd Hassan. Kuala Terengganu:

Yayasan Islam Terengganu.

Al-Qaradawi, Yusuf. t.th. Thaqafat ad-Da’ieyat. Beirut: Muassat ar-Risalah.

Anuar Nor Arai.2007. Kumpulan Esei dan Kritikan Filem. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arheinm, Rudolf. 2004. From Film as Art The Complete Film. Dlm. Braudy, Leo dan Cohen, Marshall.

(ed.). Film Theory and Criticism. Ed. ke-6. New York: Oxford University Press.

Asiah Sarji. 2009. Pembangunan Industri Perfileman Malaysia dalam Konteks Pendekatan Islam Hadhari.

Dlm. Mohd Safar Hasim dan Zulkiple Abd. Ghani (ed.). Komunikasi Di Malaysia Suatu

Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, hlm.193-218. Bangi: Institut Islam Hadhari.

Bazin, Andre. 2004. From What is Cinema? The Ontology of The Photographic Image. Dlm. Braudy, Leo

dan Cohen, Marshall. (ed.). Film Theory and Criticism. Ed. ke-6. New York: Oxford University

Press.

Hui, Lim Kim & Mun, Har wai. 2007. Globalisasi, Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat dengan

Kebangkitan Asia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Abdullah, Solleh. 1999. Ma’alim Fii Minjah ad-Da’wah. Jeddah: Dar-as-Salam.

Maszlee Malik. 29 November 2007. Hukum Melakonkan Watak Nabi Mengikut Pandangan Islam.

http://www.mindaurus.blog.com/ (26 Mei 2009).

McLuhan, Marshall. 1964. Understanding Media. Gingko Press.

Muhammad Hatta Muhammad Tabut. 2003. Kandungan dan Teknik: Unsur-unsur yang mempengaruhi

Filem Tempatan. Dlm. Ramli Mohamed (pynt.). Sinema dan Penontonan di Malaysia. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Rodman, George. 2006. Mass Media in a Changing World. New York: McGraw Hill.

Rozdan Mazalan. 2009. 2 Marhalah Santapan Jiwa. Berita Harian, 25 Mei 2009.

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2003. Penelitian Terhadap Da‟wah Islamiyah. Dlm. Mohd Radhi Ibrahim

et.al. (pynt.). Intelektualisme & Da’wah Masa Kini. Kuala Lumpur: KUIM.

Kracauer, Siegfried. 1960. Theory of Film: The Redemption of Physical Reality, New York: Oxford

University Press.

Turner, Graeme. 1999. Film as Social Practice. Ed. ke-3. London: Routledge.

Ugi Suharto. 2007. Pemikiran Islam Liberal Pembahasan Isu-isu Sentral. Shah Alam: Dewan Pustaka

Fajar.

Zalila Isa. 5 Disember 2007. Filem dan Wajah Remaja Malaysia. http://www.yadim.com.my/ (25 Mei

2009).

Zaynab Herrera. 17 Ogos 2008. Islam on Film: Discussion with a Muslim Film Director.

http://www.islamicinsights.com/news/community-affairs/islam-on-film-discussion-with-a-

muslim-film-director.html (25 Mei 2009).

_________. 2009. Portal Perfileman Malaysia Senarai Filem Mengikut Genre.

http://www.sinema.malaysia.com.my/ (25 Mei 2009).

SEMINAR KEBANGSAAN MEDIA DAN PEMIKIRAN ISLAM 2009 (MIST ’09) USIM 21-22 JULAI 2009 / 28-29 REJAB 1430H. BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

15

FILEM RUJUKAN

Anak Halal. 2007. Kuala Lumpur: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. 2009. Kuala Lumpur: Skop Production Sdn. Bhd. & Grand Brilliance

Sdn. Bhd.

Budak Kelantan. 2008. Kuala Lumpur: Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Congkak. 2008. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Evolusi KL Drift. 2008. Kuala Lumpur: Skop Production Sdn. Bhd. & Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Gubra. 2006. Kuala Lumpur: Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd.

Isi Neraka. 1960. Singapura: Malay Film Productions Ltd.

Jangan Pandang Belakang. 2007. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Mistik. 2003. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Maut. 2009. Kuala Lumpur: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Muallaf. 2009. Kuala Lumpur: MHZ Film Sdn. Bhd.

Pontianak Harum Sundal Malam. 2004. Kuala Lumpur: Pesona Pictures Sdn. Bhd. & Jugra Publication

Sdn. Bhd.

Pontianak Harum Sundal Malam 2. 2005. Kuala Lumpur: Pesona Pictures Sdn. Bhd.

Rasukan Ablasa. 2009. Kuala Lumpur: Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. & Grand Brilliance Sdn.

Bhd.

Remp-It. 2006. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Semerah Padi. 1956. Filem cereka. Singapura: Shaw Brothers.

Sepet. 2005. Kuala Lumpur: MHZ Film Sdn. Bhd.

Syukur 21. 2000. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Syurga Cinta. 2009. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Tujuh Perhentian. 2004. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

9 September. 2007. Kuala Lumpur: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.