bab 2 151 interaksi antara tamadun 1

24
1 Bab 2 Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina & India) Disediakan oleh : Ustazah Noor Azura bt. Zainuddin, CITU, UiTM Perlis

Upload: independent

Post on 26-Feb-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Bab 2Interaksi Antara Pelbagai

Tamadun (Melayu, Cina & India)

Disediakan oleh : Ustazah Noor Azura bt. Zainuddin,

CITU, UiTM Perlis

2

HASIL KURSUS• MENGHURAI FAKTOR INTERAKSI ANTARA TM

KESERASIAN

PERDAGANGAN

PERKAHWINAN

PENJAJAHANIBADAH/ZIARAH

PENDIDIKAN

3

Interaksi Antara Pelbagai Tamadun

Tamadun Islam dan tamadun Asia seperti China, India, Jepun, dan pribumi Malaysia jika dikaji mempunyai banyak persamaan dari sudut nilai, budaya, etika dan lain-lain. Persamaan-persamaan ini memungkinkan kedua-dua tamadun tersebut saling berinteraksi, pinjam meminjam nilai, berkongsi kemajuan ilmu pengetahuan dan saling berhadapan cabaran tamadun barat.

4

Definisi InteraksiPenyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan

melalui proses asimilasi dalam jangka masa tertentu sehingga budaya asal tempatan kehilangan identitinya..

Contohnya interaksi budaya Cina dan Melayu di Melaka, Arab dan Melayu, Timur dan Barat di Sepanyol..

Interaksi antara Tamadun Telah lama wujud,

Berlaku di mana-mana tamadun dan tiada tamadun yang wujud dan berkembang tanpa interaksi (berkongsi idea dengan tamadun lain).

5

Faktor InteraksiBerlaku keserasian antara budaya

PenjajahanPerdaganganPendidikan dan Ilmu PengetahuanIbadah dan ZiarahPerkahwinan Sikap toleransi yang tinggiSaling hormat menghormati

6

Pembinaan tamadun berasaskan…………… ……nilai keagamaan dan akhlak…

Tamadun Islam – IslamTamadun China – pemikiran Konfusianisme, Taoisme, Mozisme, Legalisme dan Buddhisme

Tamadun Jepun – Shintoisme, Buddhisme, Konfusianisme

Tamadun India - Hinduisme

7

Style interaksi Tamadun Barat

Tamadun barat bersifat menguasai, sedangkan tamadun lain saling berkongsi idea..

Apabila tamadun lain hendak dimodenkan maka mereka akan dibaratkan, lalu meningggalkan nilai, adat resam dan institusi.

Hal ini membentuk tamadun barat bersifat penjajah dalam bentuk fizikal, budaya dan pemikiran.

8

Gaya Interaksi Tamadun Islam

Tamadun Islam menyerap masuk ilmu-ilmu dari Sumeria, Mesir Purba, Yunani, Romawi, Parsi, China, India dll.

Perspektif Islam bahawa ilmu yang datang dari tamadun lain pada asalnya berasal dari kebenaran yang satu.

Dengan syarat ilmu-ilmu tersebut selari dengan Aqidah dan pandangan Islam.

Malik Ben Nabi; Maka masyarakat yang melakukan peminjaman budaya tanpa disertai kesungguhan, penyusunan, penghuraian dan pemilihan, sesungguhnya ia telah melupakan syarat-syarat penting ketika melakukan peminjaman unsur-unsur asing yang sesuai.

9

Ilmu itu sendiri bersifat universal dan menyebabkan berlakunya interaksi.

Keterbukaan Islam telah membawa kepada lahirnya gerakan penterjemahan secara besar-besaran pada abad ke 7M, 8M, 9M, 10M dan 11M yang kemudiannya menyumbang kepada zaman kecemerlangan tamadun ilmu dalam sejarah Islam.

10

Interaksi yang kreatif antara tamadun telah memperkaya sesuatu tamadun.

Umpamanya sebelum keagungan tamadun Arab Islam, pusat intelektual di Asia seperti pusat perubatan di Parsi (Iran) merupakan pusat pertembungan budaya di mana para intelek dari Greek bertemu dan bertukar pandangan dengan sarjana dari Parsi, Syria, dan India. Bila pusat pendidikan Arab didirikan, mereka mengambil sistem nombor dari India, menggantikan pendekatan jangkaan dengan pendekatan pemerhatian dan analisis.

11

BENTUK-BENTUK INTERAKSI YANG PERNAH BERLAKU DAN KESANNYA

12

Interaksi Tamadun Islam dan India

Merangkumi budaya, seni bina (Taj Mahal), bahasa (urdu), pemakanan, agama dan lain-lain aspek kehidupan.

Tamadun Islam juga berjaya mempengaruhi tamadun Hindu dari kepercayaan politeisme kepada monotestik. Kitab veda awal menceritakan politeisme ini(tuhan bersifat bulan,matahari,anjing,hujan dsb.

13

Interaksi Tamadun India dan Parsi

Melahirkan muzik sitar iaitu gabungan vinai India Selatan dan tanbura Parsi.

Interaksi Tamadun China dan Tamadun Melayu Islam – kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka (1409) – kekuatan 48 kapal besar, 27,000 anak kapal, kapal induk sepanjang 138m.

14

Kapal induk lebih besar dari kapal flor de la Mar (36m) yang diguna oleh Alfonso de Albuquerque.

Cheng Ho mengiktiraf kedaulatan Melaka, menghadiahkan cokmar merah China tanda persahabatan, perlindungan dan bermulanya perdagangan dua hala. Mengahwinkan Puteri Hang Li Po (1459).

(1511) Alfonso menyerang melaka selepas memusnahkan Masyarakat Islam di Moor (Goa).

15

Serangan ke atas Melaka ‘adalah satu sumbangan penting kepada Tuhan kita dengan menghapuskan api yang dinyalakan oleh nabi Muhammad s.a.w’.

Kata Alfonso ketika mengadap Raja Portugis, ‘jika kita berjaya mengambil alih sumber perdagangan di Melaka, kedua-dua pusat perdagangan Kaherah dan Mekah, dapat dihapuskan dan pedagang-pedagang di Venice terpaksa membeli rempah ratus dari portugal.

16

Interaksi Tamadun India dan Melayu

Interaksi antara tamadun Melayu dan India wujud sejak zaman prasejarah lagi – bukti2 arkeologi menunjukkan hubungan kebudayaan dan perdagangan telah berlaku. Perkahwinan-Raja-pertabalan Sultan Perak di Balai Panca Persada (5tingkat merangkumi 5 puncak gunung Mahameru).

Bahasa sanskrit – Melayu. Seperti peeti – peti. Thumih – bumi.

17

Dalam aspek kesusasteraan Hikayat melayu seperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pandawa Lima – didasarkan kepada epik India Ramayana dan Mahabrata. Hikayant ini menggambarkan budaya elit pemerintah dalam masyarakat melayu tradisi.

18

Kesan Interaksi Hinduisme dan BuddhismeIslam, Yahudi dan KristianIslam dan BuddhismeIslam dan HinduIslam dan Konfusianisme

19

Hinduisme dan Buddhisme

Buddha mengkritik terhadap sistem kasta dan penafian hak-hak kaum wanita yang diamalkan fahaman hindu..

Islam dan Buddhisme;

Melindungi hak-hak beragama

20

Islam, Yahudi dan KristianHak masyarakat lain diakui dalam Islam (Piagam Madinah)

Tempat-tempat ibadat dijagaBebas mengamalkan agamaBeberapa individu bukan Islam mendapat kedudukan penting dalam kerajaan

Penulis dan sarjana Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun

21

Islam dan Hindu

Mempengaruhi cara berpakaian, makanan, senibina dan muzik.

Penggunaan bahasa Urdu

Senibina Taj Mahal

22

Islam dan KonfusianismeSumbangan masyarakat Islam dalam memegang jawatan penting sprt gabenor, panglima angkatan laut (Zheng He).

Terdapat kesejajaran ajaran

23

Kesan Negatif InteraksiPerang Salib yang disebabkan faktor teologi, politik, ekonomi dan sosial.

Pemimpin Hindu membunuh rakyat beragama Islam. Angkara dendam kpd pimpinan Islam yg memerintahnya akibat dari hasutan kuasa jahat Barat- Britain.

Cth: Masjid di India di roboh oleh fanatik Hindu sebab menganggap ia tempat kelahiran dewa2 Hindu.

24

KESIMPULANNYA:• Kepelbagaian budaya dan tamadun adalah memenuhi fitrah semulajadi kemanusiaan itu sendiri. Jadi tidak salah kepelbagaian tersebut bahkan banyak membantu memgembangkan lagi tamadun2 manusia yg lain. Akan tetapi, manusia jugalah yg rakus, sombong dan angkuh dgn keamanan yg ada, lantas menjadikan “kuasa” satu bentuk kesempatan utk menindas orang lain. Maka ramailah manusia yg hancur terbunuh akibat kerakusan tadi. Entah ke mana tamadun Melayu dahulu, ditelan arus keBaratan, tersengih ditepian orang, malu sekitar hegemoni yg berlaku.

• Bangkitkan kembali tamadun kita, kerana kita kini dlm dilema dek kerana warna-warni yg teramat sangat di kiri kanan kita…..