bab 1 pengenalan - dme innovation project

35
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Alat pengasah mata pisau dan parang pada masa kini telah banyak dihasilkan, berbeza dari segi rupa bentuk dan kegunaannya. Ada sesetengah alat yang harganya mencecah sehingga ratusan ringgit, namun masih lagi kurang dari segi faktor keselamatannya. Oleh itu, kami merancang untuk melakukan sedikit perubahan terhadap alat tersebut supaya ia lebih kondusif dan selamat digunakan. Alat ini menggunakan tenaga eletrik untuk beroperasi dan digerakkan secara automatik. Jadi, ia dapat mengurangkan kebarangkalian untuk berlaku kecederaan terhadap pengguna alat ini. 1.2 PENYATAAN MASALAH Apabila seorang pekebun menebas semak dikawasan kebunnya, dia mangambil masa yang lama untuk menebas kawasan tersebut, jika mata parang yang digunakan tidak cukup tajam. Selain itu, pekebun tersebut mungkin mengalami kecederaan dalam jangka masa panjang ketika mengasah parang yang digunakan akibat dari proses mengasah parang.

Upload: khangminh22

Post on 12-Jan-2023

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Alat pengasah mata pisau dan parang pada masa kini telah banyak dihasilkan,

berbeza dari segi rupa bentuk dan kegunaannya. Ada sesetengah alat yang harganya

mencecah sehingga ratusan ringgit, namun masih lagi kurang dari segi faktor

keselamatannya.

Oleh itu, kami merancang untuk melakukan sedikit perubahan terhadap alat

tersebut supaya ia lebih kondusif dan selamat digunakan. Alat ini menggunakan tenaga

eletrik untuk beroperasi dan digerakkan secara automatik. Jadi, ia dapat mengurangkan

kebarangkalian untuk berlaku kecederaan terhadap pengguna alat ini.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Apabila seorang pekebun menebas semak dikawasan kebunnya, dia mangambil

masa yang lama untuk menebas kawasan tersebut, jika mata parang yang d igunakan tidak

cukup tajam. Selain itu, pekebun tersebut mungkin mengalami kecederaan dalam jangka

masa panjang ketika mengasah parang yang digunakan akibat dari proses mengasah

parang.

2

1.3 OBJEKTIF

Objektif utama kajian ini adalah untuk merekabentuk dan mensaiz sebuah alat

pengasah pisau dan parang. Berikut disenaraikan objektif yang terlibat:

i. Mencipta alat pengasah pisau dan parang semi-automatik.

ii. Pengujian keberkesanan alat tersebut oleh pengguna pisau dan

parang.

1.4 SKOP

Skop bagi kajian ini adalah:

i. Alat ini cuma berfungsi untuk mengasah pisau dan parang berasaskan logam

sahaja.

ii. Boleh digunakan oleh orang dewasa sahaja atas sebab keselamatan.

3

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Literasi ini adalah ulasan tentang alat pengasah pisau dan parang. Alat pengasah

ini juga mempunyai jenis batu asah yang berbeza berdasarkan jenis batu tersebut. Selain

itu juga, alat pengasah yang sedia ada dipasaran agak kurang mesra pengguna dan

menyebabkan pembaziran pengunaan tenaga manusia yang banyak.

2.2 KAJIAN YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK

TERDAHULU

Dapatan kami bagi kajian terdahulu ialah kepentingan sudut asahan dan juga

kegunaan serta kekerasan dan keliatan pisau dan parang yang hendak digunakan diatas

tujuan yang tertentu. Bagi faktor kekerasan serta keliatan pisau dan parang, ramai orang

mengemari pisau dan parang yang mempunyai kualiti serta besi yang baik. Tanpa

mengira jenis besi, faktor kekerasan besi masih wujud. Kekerasan besi sangat mudah

untuk difahami dan diukur pada skala yang bernama Rockwell C scale. Nama lain bagi

keliatan adalah, kebolehan untuk menahan keretakan. Contohnya, seperti kaca. Hal ini

seperti pisau yang di keraskan secara lebih akan mengurangkan keliatannya. Pembuat

pisau dan parang mesti mengimbangi antara kekerasan dan keliatan. Terlalu keras ia akan

mudah patah manakala terlalu lembut ia akan mudah tumpul.

Selain itu, sudut bagi bawah 10 darjah digunakan untuk memotong barang-barang

yang lebih lembut. Bagi sudut ini, ia tidak digunakan bagi tujuan yang kasar untuk

mengekalkan sudut tanpa merosakkannya. Sudut ini sering digunakan pada pisau cukur.

4

Sudut ini diasah secara kasanya pada 7 - 8 darjah. Bilah ini mempunyai sudut yang lemah

dan mudah rosak. Pada penggunaan yang betul, bilah jenis ini tidak akan digunakan pada

bahan yang boleh merosakkannya.

Seterusnya, bagi sudut 10 – 17 darjah pula masih rendah bagi sesetengah pisau.

Dengan darjah keseluruhan dari 20 – 34, sudut ini masih dikira sebagai halus.

Kebiasaannya sudut ini terlalu lemah untuk sebarang pisau yang kegunaannya adalah

untuk mencincang. Antara perbuatan yang sesuai bagi sudut ini ialah menghiris daging

dan memotong bahan yang lembut.

Disamping itu, sudut bagi 17 – 20 darjah pula banyak terdapat pada pisau dapur.

Kebiasaanya kita akan mengasah pisau dapur pada sudut 15 - 20 darjah yang boleh

memotong dengan baik dan masih tahan. Ketahanan sudut ini masih tidak tinggi, ini

kerana sudut keseluruhan 40 darjah dan kebawah tidak akan bertindakbalas dengan baik

pada perbuatan yang kasar dan bahan yang keras.

Selanjutnya, bagi sudut 22 – 30 darjah adalah lebih tahan berbanding 22 darjah

dan kebawah. Pisau memburu tidak dapat dielakkan sekiranya mata bilah tersebut tidak

kelihatan rosak walaupun digunakan secara kasar tetapi kegunaan utamanya adalah untuk

menghiris dan memotong bahan yang lebih lembut.

Akhir sekali, bagi sudut asahan yang lebih daripada 30 darjah ia lebih tahan akan

tetapi keupayaan memotongnya lebih kurang berbanding sudut 30 darjah dan kebawah.

Daya tahan ini mempunyai kelebihan kerana kita boleh memotong dengan menggunakan

daya yang lebih. Sudut ini tidak berguna pada pisau akan tetapi ia bagus digunakan pada

alat seperti kapak, sabit dan parang panjang kerana alat ini perlukan daya yang tinggi

untuk melakukan kerja.

5

2.3 TEORI

Kebanyakan orang mengalami masalah untuk mengasah dan sukar untuk

mendapatkan sudut mata pisau dan parang yang dikehendakinya. Sebahagian yang lain

boleh mengasah pisau dan parang tanpa masalah. Selain itu, perbezaannya ialah orang

yang boleh mengasah mempunyai kefahaman teori berkaitan mengasah dengan baik dan

faham serta berkemampuan untuk membayangkan apa yang berlaku kepada mata pisau

dan parang sehingga peringkat micro pada setiap asahan yang berjaya. Seorang pengasa h

yang mahir mempunyai kefahaman yang baik tentang apa yang cuba dicapai dan dapat

mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan dia telah mencapai apa yang diperlukan pada

peringkat asahan yang tertentu. Apabila dia menyentuh mata pisau dengan jarinya, dia

mengetahui apa yang dirasainya dan apabila dia melihat secara teliti akan mata pisau

tersebut, dia mengetahui apa yang dilihat olehnya. Selain itu, dia mempunyai asas teori

berkaitan cara mengasah dan juga menjadi mahir melalui latihan, pengalaman, dan

pengetahuan yang diperlukan. Tanpa pengetahuan asas cara mengasah dia juga tidak

mampu untuk mengasah walau melakukan latihan yang banyak

Mengasah sebenarnya tidak terlalu rumit, Cuma terdapat beberapa arahan asas

yang perlu dipatuhi, serta terdapat ruang untuk variasi dan cara tersendiri.

Walaubagaimanapun, sebelum kita boleh mengasah apapun, kita mesti mempunyai

kefahaman yang menyeluruh tentang apa yang sedang berlaku kepada bilah secara

terperinci pada setiap peringkat asahan.

6

2.3.1 Rumus

i. Kelajuan potongan(Cs)

Kelajuan potongan,Cs= pi,π x diameter,d x putaran dalam

seminit,n/1000 m/min

ii. Putaran dalam seminit(n)

Putaran dalam seminit,n= 1000 x kecepatan potongan,Cs / pi,π x

diameter,d rpm

iii. Daya(f)

Daya,f= jisim,m x gravity,g

iv. Daya kilas (τ)

Daya kilas,τ= daya,f x diamater,d

7

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Antara jenis pengasah pisau yang terdapat di pasaran ialah;

i. Knife sharpener scissors grinder (kleva sharp)

Rajah 2.1: Knife sharpener scissors grinder

Sumber: aliexpress.com 2015

Rajah 2.1 menunjukkan Knife sharpener scissors grinder yang berjisim 0.8kg.

Alat ini berukuran 6.2 cm x 6.2 cm x 6.5 cm dan sesuai digunakan pada pisau dan

gunting sahaja.

ii. Knife sharpener (surmene)

Rajah 2.2: Knife sharpener (surmene)

Sumber: aliexpress.com 2012

8

Rajah 2.2 menunjukkan Knife sharpener yang berjisim 0.4kg. Alat ini

berukuran 30cm panjang, 15cm lebar dan boleh digunakan untuk mengasah pisau

jenis masakan sahaja.

iii. Electric knife sharpener (swifty sharp)

Rajah 2.3: Electric knife sharpener

Sumber: aliexpress.com 2016

Rajah 2.3 menunjukkan Electric knife sharpener yang berjisim 0.2kg. Alat ini

berukuran 18.5cm panjang, 3.5cm lebar dan 3cm tinggi dan boleh digunakan untuk pisau

jenis masakan dan gunting.

2.5 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN

2.5.1 Batu asah

Batu asah adalah alat yang digunakan untuk mengasah pisau atau parang.

9

i. Jenis batu asah

Terdapat pelbagai jenis batu asah yang terdapat dipasaran. Batu asah juga

mempunyai tahap mereka tersendiri. Grid batu asah jepun tidak sama dengan grid batu

asah buatan Amerika atau Eropah dan lain- lain. Jenis batu asah juga memainkan peranan

yang berbeza. Antaranya, batu asah kasar, batu asah sederhana kasar dan batu asah halus.

Batu asah kasar adalah digunakan untuk membuang serpihan canai, sumbing di

mata pisau atau mengasah bilah pisau yang sangat tumpul. Manakala batu asah sederhana

kasar pula digunakan untuk menajamkan mata pisau selepas membuat kerja. Batu asah

halus digunakan cuma menambahkan lagi ketajaman pisau atau parang tersebut dan

digunakan hanya untuk mendapatkan ketajaman tanpa mengasah pisau atau parang secara

berlebihan.

Batu asah kasar (grit 120) adalah digunakan untuk membuang, canai serpihan,

sumbing di mata pisau atau bila bilah pisau sangat tumpul.

Manakala batu asah sederhana kasar (grit 220-grit 700) pula digunakan untuk

menajamkan mata pisau selepas membuat kerja.

Batu asah halus (grit 800 – grit 1200) digunakan cuma untuk nak menambahkan

lagi ketajaman pisau atau parang tersebut. Digunakan hanya untuk mendapatkan

ketajaman tanpa mengasah pisau atau parang secara berlebihan.

Batu asah yang bergrit atas 2000 digunakan sebagai finishing dalam pengasahan

pisau. Tetapi tiada had grit yang menjadi tanda aras untuk finishing asahan. Grit yang

disarankan untuk finishing adalah grit 8000. Tetapi untuk amatur atau pengguna biasa grit

3000 hingga grit 6000 sebagai finishing asahan juga sudah memadai untuk menghasilkan

pisau yang sangat tajam.

Jadi secara prinsipnya, seseorang memerlukan 3 jenis batu asah iaitu untuk batu

asah kasar atau canai untuk menajamkan dan untuk mengilap (Rajah 2.4).

10

Rajah 2.4: Contoh batu pengasah

Sumber: aliexpress.com 2010

ii. Jenis roda pencanai

a) Norton White Aluminum Oxide Grinding Wheel

Rajah 2.5 : Norton White Aluminum Oxide Grinding Wheel

Sumber: SharpeningSupplies.com 2011

11

Menurut (sharpeningsupplies.com), Norton White Aluminum Oxide Grinding

Wheel adalah biasa untuk proses mencanai alat seperti chisels and plane irons. Tidak

sama seperti gray wheels yang digunakan pada kebanyakan bench grinders, roda ini

membantu alat yang dicanai daripada melangkaui kepanasan yang berlebihan. Dengan

menggunakan penyejuk, alat yang dicanai tidak terlalu panas. Dengan grit serdehana 60,

ia adalah satu kaedah yang baik untuk mencanai di permulaan dan diakhiri dengan grit

100. Selepas mencanai, kenakan sedikit strok di atas batu dan alat tersebut sedia

digunakan. Ini adalah roda jenis J Grade (Rajah 2.5).

b) Norton k-grade Wheel

Rajah 2.6 : Norton k-grade Wheel

Sumber: SharpeningSupplies.com 2011

The Norton k-grade adalah roda kasar yang dapat mengekalkan bentuk lebih baik

daripada roda lembut. Roda kasar adalah sangat baik untuk mengasah alatan besi padu.

Walaubagaimanapun, roda kasar tidak boleh digunakan dalam semua keadaan. Roda ini

sesuai dengan grit 46 untuk kerja berat dan grit 80 untuk kerja ringan (Rajah 2.6).

12

c) Norton I-grade Wheel

Rajah 2.7 : Norton I-grade Wheel

Sumber: SharpeningSupplies.com 2011

Kelajuan sangat penting dalam mengasah, Norton 3x adalah roda yang sesuai

untuk kelajuan. Tidak seperti roda memotong yang lain, roda 3x dapat mengelakkan alat

yang diasah menjadi terlebih panas. Dengan grit serdehana 60, ia adalah sangat bagus

untuk mengasah. Roda ini sesuai untuk keluli berkarbon tinggi (Rajah 2.7).

d) Tormek Japanese Waterstone

Rajah 2.8: Tormek Japanese Waterstone

Sumber: SharpeningSupplies.com 2011

13

Tormek Japanese Waterstone adalah grit 4000 dan ia digunakan untuk

melicinkan permukaan ini kerana batu tersebut sangat halus, ia tidak boleh digunakan

untuk membentuk sesuatu bahan kerja seperti batu yang lain.

Ia boleh digunakan untuk mengasah alatan tangan sepeti pisau,gunting plat besi.

Permukaan batu tersebut mesti dibersihkan dengan kerap (sharpeningsupplies.com)

(Rajah 2.8).

e) Tormek Original Grindstone

Rajah 2.9: Tormek Original Grindstone

Sumber: SharpeningSupplies.com 2011

Tormek original grindstone telah diubahsuai dari masa ke semasa untuk

menjadikan batu asah yang terbaik, permukaan kemasan yang lembut dan jangka hayat

yang panjang. Batu ini sesuai untuk memotong semua jenis besi . Batu ini berdiameter 10

inci dan lebar 2 inci.

14

Komposisi batu ini sama dengan stone grader sp-650 yang diberi dua perbezaan

memotong dengan satu batu. Stone grader melicinkan permukaan batu asah daripada grit

220 dan untuk kerja kemasan menggunakan batu grit 1000 (Rajah 2.9).

2.5.2 Pencanai

Pencanai adalah sebuah mesin yang digunakan untuk mencanai permukaan bahan

kerja.

i. Sejarah pencanai

Pencanai adalah alat untuk memperhaluskan dan menajamkan alat pemotong iaitu

dengan cara mengasahnya dengan bahan pasir mahupun batu. Batu pencanai ini sudah

ditemukan oleh manusia primitif yang mana dipergunakan untuk mengasah alat memburu

dan untuk alat perkakas harian. Tetapi dengan menggunakan bahan yang ditemukan

disekelilingnya contoh pasir mahupun batu kapur.

Alat pengikis mula dipergunakan di dalam pembuat batu pencanai yang mana

zaman besi dan gangsa. Pada zaman ini sudah diperkembang mata batu pencanai. Pada

zaman ini mata batu pencanai sudah dibuat lebih baik untuk proses penajaman alatan

memburu dan alat memotong harian. Di awal tahun 1900, batu pencanai mengalami

perkembangan seiring dengan kemampuan manusia membuat butiran seperti pasir,

silikon, karbon dan aluminium karbon.

Pada masa tersebut mula dikembangkan mesin pengasah dengan mata

pencanai yang lebih efektif dan efisien disebut dengan mesin pencanai. Mesin ini dapat

mengikis permukaan logam dengan cepat dan mempunyai ketepatan yang tinggi sesuai

dengan bentuk yang diinginkan.

15

Mesin pancanai pada prinsipnya adalah salah satu mesin yang digunakan untuk

mengasah dan memotong benda kerja dengan tujuan mempermudah pekerjaan bagi

mendapatkan hasil yang lebih berkualiti.

Prinsip kerja mesin pencanai ini adalah batu pencanai yang berputar serta

bersentuhan dengan objek atau bahan yang ingin dibentuk mahupun diubah sesuai dengan

keperluan. Mesin pencanai ini akan berfungsi secara manual mahupun dengan motor

elektrik sehingga menjadi pengikisan, penajaman, pengasahan, atau pemotongan,

sehingga kemasan atau finishing.

Pada prinsip kerja utama mesin pencanai mempunyai tiga gerakan utama, iaitu:

a) Gerakan berputar batu pencanai.

b) Gerakan meja secara memanjang dan melintang.

c) Gerakan pemakanan.

ii. Mesin pencanai

Mesin Surface Grinding adalah jenis mesin dengan mata pencanai yang

difokuskan pada bentuk datar serta permukaan yang rata pada sesebuah benda kerja yang

berada di bawah batu pencanai baik manual mahupun automatik.

a) Pencanai kering

Sesuai dengan namanya, pencanaian kering dilakukan tanpa menggunakan

sebarang cairan penyejuk (Rajah 2.10).

16

Rajah 2.10: Contoh mesin pencanai kering

Sumber: belajarmesinmekanikal.blogspot.com 2010

b) Pencanai basah

Pencanaian basah menggunakan cairan penyejuk untuk mencegah sisa canai dari

terkena pengguna. Untuk itu, mesin ini dilengkapkan dengan pelindung untuk menahan

cairan penyejuk dan sisa canai. Pada pencanaian basah, kita dapat mempertahankan sifat

logam, kerana logam tidak mengalami kenaikan suhu akibat geseran pada proses

pemotongan. Prinsip kerja utama dari mesin ini adalah gerakan benda kerja secara ulang-

alik dan gerak putaran dari mata alat tersebut (Rajah 2.11).

Rajah 2.11: Contoh mesin pencanai basah

Sumber: belajarmesinmekanikal.blogspot.com 2013

17

c) Mesin Pencanai tangan

Mesin ini merupakan mesin mudah alih yang berfungsi untuk mencanai bahan

kerja. Awalnya mesin pencanai hanya digunakan untuk mencanai bahan kerja berupa

logam yang keras seperti besi dan stainless steel. Mencanai bertujuan untuk mengasah

bahan kerja seperti pisau, parang, pahat dan betujuan untuk membentuk bahan kerja

seperti merapikan hasil pemotongan, merapikan hasil kimpalan, membentuk lengkungan

pada benda kerja yang bersudut, merapikan permukaan benda kerja untuk dikimpal, dan

lain-lain (Rajah 2.12).

Rajah 2.12: Contoh mesin pencanai tangan

Sumber: elevenia.co.id 2014

d) Mesin Pencanai Duduk

Fungsi utama mesin pencanai duduk adalah untuk mengasah mata gerudi, tetapi ia

dapat juga digunakan untuk mengasah pisau seperti, mengasah pisau dapur, golok, mata

cangkul, dan perkakas pisau yang lain. Selain daripada mengasah, pencanai duduk boleh

digunakan untuk membentuk atau membuat perkakas baru, seperti membuat pisau khusus

untuk meraut buluh atau membuat bahagian-bahagian mesin jahit. (Rajah 2.13)

18

Rajah 2.13: Contoh mesin pencanai duduk

Sumber: : elevenia.co.id 2010

iii. Kelajuan dan kemampuan putaran mesin pencanai

Kelajuan putaran mesin tersebut adalah di antara 11000 - 15000 rpm. Dengan

kelajuan tersebut, ianya dapat mencanai permukaan logam sehingga menghasilkan bentuk

yang diinginkan. Dengan kelajuan tersebut juga, mesin pencanai dapat digunakan untuk

memotong bahan logam dengan menggunakan batu pencanai yang dikhususkan untuk

memotong.

Dengan batu atau mata pencanai yang sesuai kita juga dapat menggunakan mesin

pencanai pada bahan kerja lain seperti kayu, konkrit, seramik, jubin, bata, kaca, dan lain-

lain. Tetapi sebelum menggunakan mesin pencanai tangan untuk benda kerja yang bukan

logam, perlu juga dipastikan agar kita menggunakannya dengan betul, kerana penggunaan

mesin pencanai tangan untuk benda kerja bukan logam memiliki risiko yang lebih besar.

Untuk itu kita perlu menggunakan peralatan keselamatan seperti pelindung mata,

pelindung hidung, dan sarung tangan yang disediakan untuk mesin pencanai. Tidak

19

semua mesin pencanai tangan menyediakan sarung tangan, kerana mesin yang tidak

menyediakan sarung tangan biasanya tidak disarankan untuk digunakan pada bahan kerja

bukan logam. (Rajah 2.14).

Rajah 2.14: Contoh mesin pencanai

Sumber: belajarmesinmekanikal.blogspot.com 2016

2.5.3 Keluli lembut

Keluli lembut(keluli mengandungi peratusan kecil karbon, kuat dan keras), juga

dikenali sebagai keluli karbon biasa, bentuk yang paling biasa daripada keluli yang lain

kerana harga yang agak rendah, ciri-ciri bahan yang boleh digunakan untuk pelbagai

aplikasi. Plat keluli lembut boleh datang dalam pelbagai saiz dan gred. Ketebalan plat

didapati daripada 3mm sehingga 150mm, saiz terdiri daripada 2000 x 1000 mm sehingga

4000 x 2000 mm (Rajah 2.15).

20

Rajah 2.15: Keluli lembut

Sumber: khb2um.blogspot.com 2010

i. Kebaikan

a) Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan dikimpal.

b) Boleh didapati dalam pelbagai bentuk.

c) Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.

2.5.4 Parang

Parang merupakan sejenis alat seakan pisau yang berasal dari Asia Tenggara,

khususnya Nusantara. Ia digunakan untuk memotong kayu yang lebih keras,

dengan mata yang lebih keras dan pusat pukulan yang jauh ke hadapan tangkai. Matanya

juga lebih cekah serong supaya tidak tersekat dalam potongan. Mata parang biasanya 30

sentimeter (12 inci) panjang dan jisimnya tidak lebih 0.75 kilogram (1.7 lb). Mata yang

lengkung membolehkan penggunaan daya maksimum ketika memotong kayu balak, maka

mata sampai sebelum buku jari demi perlindungan pada buku jari. Parang mempunyai

tiga mata, iaitu mata depan amat tajam dan digunakan untuk mengupas, mata tengah yang

21

lebih lebar dan digunakan untuk mencantas, dan mata belakang (dekat tangkai) yang amat

halus dan digunakan untuk mengukir.Panjang bilah parang adalah diantara 10 hingga 24

inci. Jika bilah pendek dari 10 inci, alat itu disebut pisau. Lebih dari 24 inci dipanggil

pedang.

i. Jenis parang

a) Bolo Style Machete

Rajah 2.16: Bolo Style Machete

Sumber: machetespecialists.com 2009

Bolo machete terkenal di Asia tenggara dimana ia biasa digunakan untuk aktiviti

berkebun. Bolo machetes merupakan alat menuai untuk tanaman seperti padi, kacang

soya dan kecang merah kerana mempunyai bonjol pada hujung bilah yang dapat

menambah berat dan daya ketika digunakan (machetespecialists.com).

Selain itu, bolo machete boleh digunakan sebagai pertahanan diri ketika

berperang. Ia pernah digunakan sewaktu perang dunia ketiga sebagai senjata bagi tentera

Filipina-Amerika (Rajah 2.16).

22

b) Bush/Latin Style Machete

Rajah 2.17: Bush/Latin Style Machete

Sumber: machetespecialists.com 2009

Bush Machete: Sejenis bilah yang lurus dan biasa. Parang ini senang dibawa

kemana-mana sahaja. Bush machetes juga bagus untuk menebas tumbuh-tumbuhan hijau

(Rajah 2.17).

c) Panga Style Machete

Rajah 2.18: Panga Style Machete

Sumber: machetespecialists.com 2009

23

Rekabentuk Panga machete terkenal di Afrika. Dengan mempunyai kelebaran

dibahagian depan bilah, parang ini mempunyai berat yang sesuai untuk memotong dan

juga menghiris. Sama seperti Bolo machete yang terkenal di sekitar Asia and Pacific

Rim,titik pusat berat bagi Panga machete terletak di bahagian depan , membolehkan ia

senang untuk memotong batang yang keras dan tumbuh-tumbuhan hijau. Panga machete

juga dikenali sebagai burriquito, cutlass machete, daga, liniero, rozador atau tapan

(Rajah 2.17).

d) Tapanga Style Machete

Rajah 2.19: Tapanga Style Machete

Sumber: machetespecialists.com 2009

Tapanga machetes direka bentuk sebagai bilah untuk memotong benda keras. Ia

terkenal di Afrika dan Caribbean, kegunann Tapanga adalah sama seperti parang-parang

yang lain (Rajah 2.19).

24

e) Sax Machete

Rajah 2.20: Sax Machete

Sumber: machetespecialists.com 2009

Menurut (machetespecialists.com), Sax Machete berasal dari Northern Europe di

Scandinavians, kemudian di Vikings, digunakan sebagai alat untuk pertempuran. Parang

ini sedikit berlainan dengan parang yang lain kerana mempunyai permukaan potongan

yang rata bagi mengurangkan gelinciran dan hirisan ketika memotong (Rajah 2.20).

f) Golok Style Machetes

Rajah 2.21: Golok Style Machetes

Sumber: machetespecialists.com 2009

25

Golok Machetes berasal dari Southeast Asia dimana ia digunakan secara

tradisional sebagai alat tanaman, manakala saiz dan beratnya berlainan. Golok Machetes

mempunyai bilah yang tebal berbanding parang lain. Parang ini sesuai digunakan untuk

memotong benda-benda keras. Tambahan pula, ketebalan bilah Golok dan pendek

membantu ia menghasilkan daya potongan yang tinggi.

Nama lain bagi parang ini ialah: Golok Kembar, Golok Mala, Pedang Batak, Klewang,

Talibon, Gununting, Pinuti, Burmese Dha dan Golok Bengkulu (Rajah 2.21).

2.5.5 Pisau

Pisau ialah alat yang digunakan untuk memotong sebuah benda. Pisau terdiri dari

dua bagian utama, yaitu bilah pisau dan gagang atau pegangan pisau. Bilah pisau terbuat

dari logam pipih yang tepinya dibuat tajam, tepi yang tajam ini disebut mata pisau.

Pegangan pisau umumnya berbentuk memanjang agar dapat digenggam dengan tangan.

Bentuk umum pisau mirip dengan pedang, bedanya adalah bahwa bilah pedang lebih

panjang daripada bilah pisau. Bila pisau terlalu kecil untuk memotong sesuatu

benda, gergaji atau kapak mungkin diperlukan.

i. Jenis pisau

Rajah 2.22: Pisau utilities

Sumber: bhinneka.com 2009

26

a) Pisau Utilities

Bersaiz sederhana berukuran enam hingga lapan inci. Kebiasaannya digunakan

untuk melakukan kerja-kerja penyediaan makanan yang ringkas seperti memotong salad,

sayuran hijau dan buah- buahan.

Rajah 2.23: Pisau slicer

Sumber: lazada.co.id 2009

b) Pisau slicer

Berbentuk panjang dan lurus dengan mata bilah berukuran sehingga 14 inci. Pisau

jenis ini digunakan untuk memotong daging mentah menjadi kepingan nipis (Rajah 2.22).

27

Rajah 2.24: Pisau Chef

Sumber: berrumahminimalis.blogspot.com 2014

c) Pisau Chef

Jenis pisau ini adalah yang paling utama dan terpenting yang sering digunakan

berbanding pisau-pisau lain. Kepelbagaian fungsinya untuk memotong, menghiris,

meracik, mencincang dan sebagainya menjadikan Pisau Chef cukup digemari untuk

digunakan. Mata pisau Chef adalah bersaiz lapan hingga 12 inci (aynora nor 2014).

Penggunaan Pisau Chef yang terbaik sebenarnya terletak pada skil seseorang itu

yang mampu menjadikan Pisau Chef memotong lebih pantas seperti sebuah mesin

pemotong. Pilihan saiz yang lebih besar sesuai digunakan untuk memotong kepingan dan

membelah, manakala saiz yang agak kecil digunakan untuk kerja-kerja yang lebih rumit

seperti untuk menghiris halus (Rajah 2.23).

d) Pisau Pengupas Kulit

Piau jenis ini direka untuk memudahkan kerja-kerja mengupas kulit-kulit buah-

buahan dan sayuran. Menggunakan Pisa jenis ini dapat menjimatkan masa dan selamat

digunakan serta mendapatkan kupasan kulit yang lebih kemas. Bersaiz agak kecil dan ini

memudahkan untuk dipegang semasa digunakan (aynora nor 2014).

28

Rajah 2.25: Pisau roti

Sumber: tokopedia.com 2010

e) Pisau Roti

Mata pisau yang bergerigi digunakan untuk memotong atau menghiris roti, kek

dan produk pastri lainnya. Bentuk mata pisau yang sedemikian memudahkan urusan

memotong dengan lebih kemas dan cantik. Kebiasaannya mata pisau berukuran antara

lapan hingga 10 inci panjangnya (Rajah 2.24).

Rajah 2.26: Pisau Butcher

Sumber: id.aliexpress.com 2014

29

f) Pisau Butcher

Pisau jenis ini lebih berat apabila dipegang. Ini bertujuan untuk memberi

penekanan maksimum semasa memotong. Sesuai untuk digunakan semasa memotong

raging yang bersaiz agak besar untuk dijadikan bahagian yang kecil (Rajah 2.25).

Rajah 2.27: Pisau Boning

Sumber: elsaviara.com 2014

g) Pisau Boning

Pisau ini digunakan untuk memisahkan daging daripada tulang. Mata bilahnya

berukuran antara lima hingga enam inci. Bahagian pangkal bilah direka lebih keras untuk

digunakan ketika kerja pemotongan lasak seperti memotong daging yang tebal dan

sebagainya. Manakala pilihan untuk memisahkan daging ikan yang lebih lembut

teksturnya afalah perlu memilih bilah pisau yang lebih kecil hujungnya untuk melakukan

tugas tersebut dengan lebih sempurna (aynora nor 2014).

Oleh itu, kita perlu tahu setiap tugas yang dilakukan didapur dan dengan

menggunakan pisau yang betul dan sesuai agar segala tugas dapat dilakukan dengan

lancar. Hidangan kita pun tentu hebat hasilnya (Rajah2.26).

30

2.5.6 Sudut asahan

Menurut (SharpeningSupplies.com), pemilihan sudut asahan adalah sangat

penting bagi menentukan ketajaman dan juga ketahanan mata bilah. Selain itu, faktor

yang sangat penting untuk menentukan sudut ialah bagaimanakah cara penggunaan keatas

pisau atau parang tersebut. Adakah untuk mencukur, menyiang ikan, memotong sayur,

mengukir atau menetak kayu. Sebagai contoh, mudah dikatakan bagaimana situasi kerja

yang berbeza memerlukan sudut asahan bilah yang berbeza.

i. Kekerasan melawan ketahanan

Kebanyakan pengguna gemar menggunakan pisau atau parang yang memiliki

kualiti mata yang baik. Tidak kira jenis logam, sebahagian logam masih melalui proses

pengerasan. Kekerasan logam adalah mudah difahami dan diukur menggunakan radas

yang digelar Rockwell C Scale. Ketahanan didalam metalurgi ialah kemampuan bahan

untuk menahan keretakan. Contoh yang mudah ialah, bahan yang keras tetapi tidak tahan

ialah kaca. Begitu juga dengan pisau, membuatnya lebih keras akan mengurangkan

ketahanannya. Apabila pembuat pisau dan parang mela lukan proses haba, mereka mesti

mengimbangi diantara kekerasan dan juga ketahanan. Jika terlalu keras ia akan mudah

rosak, jika terlalu lembut pula ia tidak akan mampu mengekalkan ketajaman bilah itu.

Selain itu, keseimbangan antara kekerasan dan ketahanan didalam proses pembuatan

pisau dan parang adalah sama dengan keseimbangan dalam memilih sudut asahan.

ii. Sudut asahan bawah 10 darjah

Sudut yang paling rendah adalah untuk pemotongan bahan yang lembut sahaja.

Bagi keadaaan ini, sudut ini tidak boleh digunakan secara kasar supaya sudut tidak rosak.

Sudut paling rendah yang boleh ditemui adalah pada bilah mata lurus. Sudut ini diasah

sehingga mencecah secara kasarnya 7-8 darjah. Bilah mata lurus mempunyai mata yang

31

sangat sensitif dan mudah rosak. Pada penggunaan yang betul, bilah mata lurus tidak akan

digunakan pada bahan yang akan merosakkan mata bilah (SharpeningSupplies.com).

iii. Sudut 10-17 darjah

Sudut asahan 10-17 darjah ini masih terlalu rendah untuk kebanyakkan pisau dan

parang yang mempunyai secara amnya 20-34 darjah. Sudut ini masih terlalu lemah untuk

pisau yang perlu melalui proses menetak. Serta perlu diingatkan pisau yang lebih keras

akan mudah rosak mata bilahnya kerana pisau dan prang itu lebih rapuh dari biasa. Jika

pisau digunakan untuk memotong bahan yang lembut atau menghiris daging, sudut ini

akan dapat bertahan dan akan memberi potongan yang lancar.

iv. Sudut 17-22 darjah

Bagi sudut 17-22 darjah ini, ia merangkumi lebih kepada pisau yang digunakan

didapur. Sebahagian pembuat pisau, mereka akan mengasah pisau sehingga bersudut

kasarnya pada 17-20 darjah. Berdasarkan pengamatan, pisau dapur yang diasah pada kira-

kira 15-20 darjah memotong dengan baik dan dapat bertahan. Sudut ini masih tidak cukup

tahan kerana sudut keseluruhan bawah 40 darjah tidak akan bertahan jika melalui

penggunaan yang kasar.

v. Sudut 22-30 darjah

Didalam linkungan sudut ini, mata bilah dianggap lebih tahan. Pisau poket atau

pisau memburu akan melalui penggunaan yang kasar selain daripada menghiris dan

menetak bahan atau objek yang lembut. Sementara itu, sudut mungkin tidak akan

memotong sepenuhnya tetapi ia akan dianggap lebih tahan.

32

vi. Sudut melebihi 30 darjah

Sebarang alat berbilah atau pisau mahupun parang yang diasah sudutnya melebihi

30 darjah akan menjadi lebih tahan. Kebolehan potongannya akan kelihatan berkurangan.

Ketahanan ini mempunyai kelebihan kerana daya yang lebih boleh digunakan untuk

memotong. Walhal kebanyakan pisau tidak akan berguna jika diasah matanya melebihi

sudut 30 darjah, alat berbilah seperti, parang panjang, parang pendek atau kapak akan

dapat bertahan kerana kegunaannya akan menyebabkan kerosakakan pada bilah yang lain.

Jadual 2.1: Sudut asahan

Type of Knife or Tool Recommended Angle

Cleaver Machete

30 - 35 Degrees

Hunting Knives

Pocket Knives Survival Knives

Sport Knives

25 - 30 Degrees

Chef's Knives Kitchen Knives Smaller Knives

Boning Knives Carving Knives

18 - 25 Degrees

Fillet Knives

Paring Knives Razors X-Acto Knives

12 - 18 Degrees

33

2.6 KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian keatas latar belakang projek mesin pengasah pisau

dan parang semi-automatik, didapati projek ini dapat memudahkan pengasahan pisau dan

parang bagi setiap pengguna samada yang mahir atau tidak. Projek ini dijalankan bagi

menghasilkan sebuah mesin yang diubahsuai daripada manual kepada yang lebih

mekanikal. Mesin ini terdiri daripada batu asah yang boleh diubah sudutnya mengikut

kesesuaian bilah yang diasah. Selain itu, pengapit bilah juga boleh digerakan untuk

memberikan asahan yang rata.

Projek ini dicipta bagi menjimatkan masa dan memudahkan asahan bagi

pengguna. Secara tidak langsung dapat membantu pengguna yang tidak mahir mengasah.

Dengan harapan penghasilan projek ini, terdapat faedah sampingan yang akan diperolehi

oleh pengguna kelak.

34

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Kaedah yang digunakan bagi melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-

langkah ini amat penting bagi memastikan projek berjalan dengan lancar. Disamping itu,

cara-cara yang digunakan bagi menyelesaikan projek ini ialah pengujian daya tahan

bahan, pemasangan dan pengimpalan. Kaedah ini dapat memudahkan perlaksanaan

projek ini. Metodologi merangkumi beberapa perkara iaitu perancangan projek yang

sistematik, pemilihan projek, lakaran projek dan menguji projek bagi memastikan alat

yang dihasilkan berfungsi dengan baik dan selamat.

35

3.2 CARTA ALIR

Rajah 3.1: Carta alir

MULA

Penyataan masalah

Kajian

Idea

Pengubahsuaian

Pengujian

Tamat

Tidak

Ya