demo e. asas k2 ting 4

38
Klik Di sini… EKONOMI ASAS SPM CONTOH SOALAN KERTAS 2

Upload: fakha-fakhrul

Post on 02-Aug-2015

675 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Demo e. asas k2 ting 4

Klik Di sini…

EKONOMI ASAS SPMCONTOH SOALAN KERTAS 2

Page 2: Demo e. asas k2 ting 4

TOPIK EKONOMI ASAS SPM

sila klik BAB 3 untuk demo:

Page 3: Demo e. asas k2 ting 4

ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

3.1 Isi rumah

3.2 Permintaan

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Bab Utama

sila klik pada Bab 3.2 untuk demo:

Page 4: Demo e. asas k2 ting 4

Soalan 1

Dengan menggunakan gambar rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti.

Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan.

Soalan 2

Terangkan maksud keanjalan harga permintaan yang berikut:i. permintaan anjalii. permintaan tidak anjal

Soalan 3

Jenis barang Barang X Barang Y Barang Z

Darjah keanjalan 0.6 1.6 1.0

Jadual di atas menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi 3 jenis barang. Berdasarkan pekali keanjalan tersebut, terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang usahawan untuk meningkatkan hasil jualan bagi ketiga-tiga jenis barang itu.

Soalan 4

Seterusnya Subtopik

Ekonomi Asas Tingkatan 4

sila klik pada nombor soalan pilihan anda :

Page 5: Demo e. asas k2 ting 4

Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan.

Soalan 5

Jenis Barang % Perubahan Kuantiti Diminta

% Perubahan Harga

Barang ABarang BBarang C

234

432

Berdasarkan rajah di atas, tentukan nilai dan terangkan keanjalan harga permintaan bagi setiap barang tersebut.

Soalan 6

Tahun Jumlah (unit)

2 0032 0042 005

55 65743 98727 186

Berdasarkan jadual di atas, jualan kereta persendirian dari tahun 2 003 hingga tahun 2 005 telah merosot.

Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan tersebut.

Soalan 7

Sebelumnya

Seterusnya Subtopik

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Page 6: Demo e. asas k2 ting 4

Harga barang A

Kuantiti Diminta (unit)

Januari 2 004 Ogos 2 005

RM5.00 35 689 87 458

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah berlakunya perubahan permintaan terhadap barang A?

Soalan 8

Sebelumnya

Subtopik

Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia (setiap peristiwa berlaku secara berasingan)

I Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta

ii Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan

Soalan 9

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Seterusnya

Page 7: Demo e. asas k2 ting 4

Harga (RM) Kuantit Barang A yang Diminta (Unit)

6543

300500800

1600

Berdasarkan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan individu bagi barang A dan seterusnya terangkan pembentukan keluk permintaan itu (Gunakan kertas graf).

Soalan 10

Sebelumnya

Subtopik

Pada 3 April 2 003 harga sekotak disket ialah RM11.00 dan kuantiti diminta ialah 120 000 kotak. Manakala pada 21 Oktober 2 004, harga disket itu tidak berubah tetapi kuantiti diminta bertambah menjadi 230 000 kotak. Nyatakan dan jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut.

Soalan 11

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Seterusnya

Page 8: Demo e. asas k2 ting 4

Berdasarkan gambar rajah di atas, hitungkan keanjalan harga permintaan setiap barang dan tafsirkan pekali keanjalan itu.

Soalan 12

Harga (RM)

Harga (RM)

Harga (RM)

11 11

9

45 50 0 35 70

8 10

15

00

D

D D

D

D

D

100 150 Kuantiti Kuantiti Kuantiti

BARANG X BARANG ZBARANG Y

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Sebelumnya

SubtopikSeterusnya

Page 9: Demo e. asas k2 ting 4

Berikut ialah tiga situasi yang berasingan.Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian tempatan.

i Harga petrol dinaikkan sebanyak 33%

ii Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli

iii Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta

SOALAN TAMAT

Soalan 13

Sebelumnya

Subtopik

Ekonomi Asas Tingkatan 4

Page 10: Demo e. asas k2 ting 4

3.2 Permintaan

Soalan 1

Dengan menggunakan gambar rajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dengan kuantiti.

[9 markah]

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 11: Demo e. asas k2 ting 4

H4 Bila harga meningkat dari P ke P1, kuantiti permintaan merosot dari Q ke Q1 dan sebaliknya.

H5 Pergerakan disepanjang keluk permintaan menunjukkan kuantiti permintaan sesuatu barang adalah dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri.

H6 Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan yang menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta.

RAJAH = 5 MARKAHHURAIAN RAJAH = 4 MARKAH

Harga (RM)

Kuantiti (unit)

D

D

P1

P

0 Q1 Q

H1 DD ialah keluk permintaan individu.

H2 Keluk permintaan individu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

H3 Menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti secara songsang/ negatif.

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 12: Demo e. asas k2 ting 4

Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan.

[10 markah]

Soalan 2

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 13: Demo e. asas k2 ting 4

F1 Harga barang itu sendiri

H1a Semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin sedikit kuantiti barang itu diminta.

H1b Semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti permintaan barang itu.

F2 Harga barang lain

H2a Barang pengganti. Jika harga barang pengganti meningkat maka permintaan akan meningkat. Contoh: jika harga teh meningkat, permintaan terhadap kopi akan meningkat

H2b Barang penggenap. Jika harga barang penggenap meningkat maka permintaan akan merosot. Contoh: jika harga kereta

meningkat permintaan terhadap petrol akan merosot.

F3 Pendapatan individu

F3a Pendapatan individu meningkat menyebabkan kuasa beli meningkat. Oleh itu kuantiti permintaan akan meningkat.

H3b Pendapatan individu merosot menyebabkan kuasa beli merosot. Oleh itu kuantiti permintaan akan berkurang.

PermintaanPermintaan

Page 14: Demo e. asas k2 ting 4

F4 Cita rasa pengguna

H4a Jika cita rasa pengguna terhadap sesuatu barang meningkat maka kuantiti permintaan akan meningkat.

H4b Misalnya jika cita rasa terhadap kereta Proton Wira meningkat maka kuantiti permintaan kereta Proton Wira akan meningkat.

F5 Jangkaan harga masa hadapan

H5a Jika dijangkakan harga sesuatu barang akan merosot pada masa hadapan, isi rumah akan mengurangkan permintaan pada masa sekarang.

H5b Sebaliknya jika dijangkakan harga akan meningkat pada masa hadapan maka isi rumah akan menambah permintaan pada masa

sekarang.

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 15: Demo e. asas k2 ting 4

Terangkan maksud keanjalan harga permintaan yang berikut:

i. permintaan anjal

ii. permintaan tidak anjal [8 markah]

Soalan 3

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 16: Demo e. asas k2 ting 4

i. Permintaan anjal

H1 Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti diminta.

H2 Jika harga meningkat 1 peratus kuantiti diminta merosot lebih dari 1 peratus.

H3 Pekali keanjalan harga permintaan lebih besar dari 1H4 Contoh barang: komputer dan melancong

ii. Permintaan tidak anjal

H1 Peratus perubahan harga lebih besar dari peratus perubahan kuantiti diminta

H2 Jika harga meningkat 1 peratus kuantiti diminta merosot kurang dari 1 peratus

H3 Pekali keanjalan harga permintaan lebih kecil dari 1H4 Contoh barang: ikan dan nasi lemak

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 17: Demo e. asas k2 ting 4

Jenis barang Barang X Barang Y Barang Z

Darjah keanjalan 0.6 1.6 1.0

Jadual di atas menunjukkan pekali keanjalan harga permintaan bagi 3 jenis barang. Berdasarkan pekali keanjalan tersebut, terangkan strategi yang boleh diambil oleh seorang usahawan untuk meningkatkan hasil jualan bagi tiap-tiap jenis barang itu.

[9 markah]

Soalan 4

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 18: Demo e. asas k2 ting 4

Barang X

H1 Permintaan barang X tidak anjalH2 Peratus perubahan harga melebihi peratus perubahan kuantiti dimintaH3 Strategi yang digunakan ialah meningkatkan harga jualan.H4 Jika harga jualan ditingkatkan 10 peratus kuantiti permintaan merosot kurang dari 10 peratus.H5 Keuntungan dari kenaikan harga melebihi kerugian akibat pengurangan dalam kuantiti permintaan [MAKSIMUM 3 MARKAH]

Barang Y

H1 Permintaan barang X anjalH2 Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti dimintaH3 Strategi yang digunakan ialah menurunkan harga jualan.H4 Jika harga jualan diturunkan 10 peratus kuantiti permintaan meningkat lebih dari 10 peratus.H5 Kerugian dari kejatuhanan harga lebih kecil dari keuntungan akibat peningkatan dalam kuantiti permintaan [MAKSIMUM 3 MARKAH]

Barang Z

H1 Permintaan barang Z anjal unitiH2 Peratus perubahan harga menyamai peratus perubahan kuantiti dimintaH3 Strategi perubahan harga tidak berkesan kerana jika harga diturunkan 10% kuantiti akan meningkat juga 10%. H4 Bermakna kerugian akibat penurunan harga menyamai keuntungan akibat kenaikan permintaan. Oleh itu hasil jualan tidak berubah. [MAKSIMUM 3 MARKAH]

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 19: Demo e. asas k2 ting 4

Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukanoleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan.

[12 markah]

Soalan 5

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 20: Demo e. asas k2 ting 4

F1 Permintaan sesuatu barang memang dipengaruhi oleh harga barang itu sendiri.H1 Jika harga barang itu turun maka permintaan terhadap barang itu akan naik dan

sebaliknya. Walau bagaimanapun walaupun harga sesuatu barang itu tetap tetapi permintaannya akan berubah disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

F2 Musim. H2 Pada musim perayaan permintaan terhadap daging dan rempah akan meningkat. Pada musim

hujan pula, permintaan terhadap payung akan meningkat tetapi permintaan terhadap ais krim akan merosot.

F3 Pendapatan. H3 Jika gaji meningkat, pendapatan boleh guna meningkat. Oleh itu kuasa beli individu turut

meningkat maka permintaan terhadap barangan akan meningkat.

F4 Jangkaan harga di masa hadapan. H4 Jika dijangkakan harga akan merosot di masa hadapan maka permintaan akan merosot pada

masa sekarang.

F5 Cita rasa pengguna. H5 Jika cita rasa pengguna terhadap penggunaan komputer meningkat maka permintaan terhadap

komputer akan bertambah walaupun harga komputer tidak berubah.

F6 Dasar kerajaan. H6 Apabila kerajaan meningkatkan cukai pendapatan perseorangan, pendapatan boleh guna dan

kuasa beli pengguna akan merosot. Akibatnya permintaan terhadap barangan juga akan merosot.

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 21: Demo e. asas k2 ting 4

Jenis Barang % Perubahan Kuantiti Diminta

% Perubahan Harga

Barang ABarang BBarang C

234

432

Berdasarkan rajah di atas, tentukan nilai dan terangkan keanjalan harga permintaan bagi setiap barang tersebut.

[9 markah]

Soalan 6

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 22: Demo e. asas k2 ting 4

Barang A

2% = 0.54%

Permintaan barang A tidak anjal Nilai pekali keanjalan harga permintaan lebih kecil dari 1 Peratus perubahan harga lebih besar dari peratus perubahan kuantiti diminta

Barang B

3% = 13%

Permintaan barang B anjal uniti Nilai pekali keanjalan harga permintaan menyamai 1 Peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti diminta

Barang C

4% = 22%

Permintaan barang C anjal Nilai pekali keanjalan harga permintaan melebihi 1 Peratus perubahan harga lebih kecil dari peratus perubahan kuantiti

diminta

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 23: Demo e. asas k2 ting 4

Tahun Jumlah (unit)

2 0092 0102 011

55 65743 98727 186

Berdasarkan jadual di atas, jualan kereta persendirian dari tahun 2 009 hingga tahun 2 011 telah merosot.

Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan peru-bahan tersebut.

[10 markah]

Soalan 7

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 24: Demo e. asas k2 ting 4

F1 Faktor harga kereta penumpang itu sendiri

H1 Harga kereta penumpang yang mahal menyebabkan permintaan masyarakat terhadap kereta berkenaan berkurangan (hukum permintaan)

F2 Faktor harga barang lain

H2 Harga barang pengganti yang lebih murah atau kos perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih murah menyebabkan pengguna mengurangkan permintaan terhadap kereta penumpang

H3 Faktor jangkaan harga masa hadapan

F3 Jika dijangkakan harga kereta persendirian akan merosot pada masa hadapan menyebabkan pengguna menangguhkan pembelian kereta persendirian pada masa sekarang.

F4 Faktor cita rasa/ iklan

H4 Jika cita rasa terhadap kereta persendirian itu merosot akibat dari cara pengiklanan yang kurang berkesan menyebabkan permintaan terhadap kereta persendirian berkenaan berkurang.

PermintaanPermintaan

Page 25: Demo e. asas k2 ting 4

F5 Faktor pendapatan individu/ kegawatan ekonomi

H5 Kegawatan ekonomi yang melanda negara menyebabkan pendapatan individu merosot. Akibatnya kuasa beli pengguna merosot dan permintaan terhadap kereta persendirian turut berkurang.

F6 Faktor saiz dan struktur penduduk

H6 Pembelian terhadap kereta persendirian boleh berkurang jika bilangan penduduk muda disesebuah negara itu lebih kecil dari bilangan penduduk tua dan kanak-kanak.

F7 Faktor dasar kerajaan

H7 Dasar kerajaan yang tidak menggalakkan penggunaan kereta persendirian di jalanraya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas (misalnya dengan cara menaikkan kadar tol, meningkatkan bayaran meletak kereta dan meningkatkan cukai jalan) menyebabkan orang ramai kurang berminat memiliki kereta persendirian.

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 26: Demo e. asas k2 ting 4

Harga barang A

Kuantiti Diminta (unit)

Januari 2 004 Ogos 2 005

RM5.00 35 689 87 458

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah berlakunya perubahan permintaan terhadap barang A?

[12 markah]

Soalan 8

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 27: Demo e. asas k2 ting 4

F1 Cita rasa terhadap barang A meningkat

H1 Pengguna mungkin tertarik dengan gaya/ fesyen dan kempen pengiklanan yang agresif sehingga mempengaruhi pengguna membeli barang A

F2 Pendapatan individu meningkat

H2 Pendapatan boleh guna individu meningkat menyebabkan kuasa beli pengguna meningkat. Pengguna akan menambah pembelian terhadap barang A.

F3 Musim/ cuaca

H3 Pengguna meningkatkan permintaan barang A untuk membuat persiapan bagi menyambut hari raya. Jika barang itu ialah ais krim maka permintaan terhadap ais krim akan meningkat kerana pada bulan januari hingga ogos dikebanyakan kawasan di Malaysia mengalami musim panas/ kemarau.

F4 Harga barang lain meningkat.

H4 Kenaikan harga barang pengganti akan menyebabkan harga barang A relatif lebih murah dan ini akan meningkatkan permintaan terhadap barang A. Begitu juga jika harga barang penggenap A merosot maka permintaaan terhadap barang A juga akan meningkat.

PermintaanPermintaan

Page 28: Demo e. asas k2 ting 4

F5 Jangkaan harga akan meningkat di masa hadapan

H5 Jika pengguna menjangkakan harga barang A akan naik selepas bulan ogos maka pengguna akan menambah permintaan terhadap barang A pada masa sekarang.

F6 Dasar kerajaan

H6 Kerajaan telah bertindak meningkatkan cukai bagi barang pengganti A maka permintaan barang A meningkat. Begitu juga dengan kempen kerajaan menggalakkan penggunaan barang A, telah menyumbang kepada pertambahan permintaan barang A.

F7 Agihan pendapatan masyarakat yang lebih setara

H7 Kuasa beli masyarakat lebih tersebar dan teragih di antara golongan kaya dengan miskin. Ini boleh dijalankan dengan adanya dasar percukaian negara.

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 29: Demo e. asas k2 ting 4

Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia (setiap peristiwa berlaku secara berasingan)

I Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta

[3 markah]

Ii Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan [3 markah]

Soalan 9

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 30: Demo e. asas k2 ting 4

i. Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta;

F1 Permintaan terhadap tayar kereta jatuhF2 Berlaku lebihan penawaran tayar kereta di pasaranF3 Harga tayar kereta jatuh

ii. Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan

F1 Permintaan tayar kereta meningkatF2 Berlaku lebihan permintaan tayar kereta di pasaranF3 Harga tayar kereta meningkat

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 31: Demo e. asas k2 ting 4

Harga (RM) Kuantit Barang A yang Diminta (Unit)

6543

300500800

1600

Berdasarkan jadual di atas, lukiskan keluk permintaan individu bagi barang A dan seterusnya terangkan pembentukan keluk permintaan itu (Gunakan kertas graf).

[7 markah]

Soalan 10

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 32: Demo e. asas k2 ting 4

Keterangan

H1 Pada harga RM6.00 kuantiti X yang diminta ialah 300 unit ditunjukkan oleh titik PH2 Harga RM5.00 kuantiti X yang diminta ialah 500 unit ditunjukkan oleh titik QH3 Pada harga RM4.00 kuantiti X diminta ialah 800 unit ditunjukkan oleh titik RH4 Pada harga RM3.00 kuantiti X diminta ialah 1 600 unit ditunjukkan oleh titik SH5 Keluk permintaan dibentuk apabila titik PQRS disambung.

Rajah M/S 67

Harga (RM)

Keluk Permintaan Individu

1000 1200 1400 1600200

400

600

800

Kuantiti

(unit)

PermintaanPermintaan

S

6.00

3.00

5.004.00

P

QR

Soalan

●●

●●

0

D

D

RAJAH :

3 MARKAH

Page 33: Demo e. asas k2 ting 4

Pada 3 April 2 004 harga sekotak disket ialah RM11.00 dan kuantiti diminta ialah 120 000 kotak. Manakala pada 21 Oktober 2 005, harga disket itu tidak berubah tetapi kuantiti diminta bertambah menjadi 230 000 kotak. Nyatakan dan jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan tersebut.

[10 markah]

Soalan 11

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 34: Demo e. asas k2 ting 4

Keadaan ini berlaku kerana faktor-faktor lain selain harga disket itu iaitu;

F1 Perubahan harga barang lainH1 Kejatuhan harga komputer menyebabkan permintaan terhadap disket

bertambah. Kenaikan harga cakera padat juga boleh menyebabkan permintaan terhadap disket bertambah.

F2 Perubahan pendapatan individuH2 Kenaikan pendapatan individu menyebabkan kuasa beli meningkat. Oleh itu

permintaan terhadap disket juga meningkat.

F3 Jangkaan harga di masa depanH3 Individu menjangkakan harga disket akan meningkat di masa depan

menyebabkan permintaan disket meningkat pada masa sekarang

F4 Perubahan cita rasaH4 Menyebabkan individu lebih gemar menggunakan disket berbanding barang

pengganti yang lain

F5 MusimH5 Musim cuti sekolah menyebabkan individu meningkatkan permintaan terhadap

disket

F6 Dasar kerajaanH6 Dasar kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dikalangan

masyarakat menyebabkan permintaan disket meningkat

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 35: Demo e. asas k2 ting 4

Berdasarkan gambar rajah di atas, hitungkan keanjalan harga permintaan setiap barang dan tafsirkan pekali keanjalan itu.

[9 markah]

Soalan 12

Harga (RM)

Harga (RM)

Harga (RM)

11 11

9

45 50 0 35 70

8 10

15

00

D

D D

D

D

D

100 150 Kuantiti Kuantiti Kuantiti

BARANG X BARANG ZBARANG Y

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 36: Demo e. asas k2 ting 4

Barang A

100 - 150Ed = 150 = -0.33 = 1.5

11 – 9 0.22 9

Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A naik 1% kuantiti diminta akan turun 1.5%

Barang B

50 - 45Ed = 45 = 0.11 = 0.41

8 – 11 -0.27 11

Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A naik 1% kuantiti diminta akan turun 0.41%

Barang C

35 - 70Ed = 70 = -0.05 = 1

15 – 10 0.5 10

Tafsiran keanjalan. Apabila harga barang A turun 1% kuantiti diminta akan naik 1%

PermintaanPermintaan

Soalan

Page 37: Demo e. asas k2 ting 4

Berikut ialah tiga situasi yang berasingan.Terangkan kesan setiap situasi tersebut ke atas pasaran kereta persendirian tempatan.

i Harga petrol dinaikkan sebanyak 33% [4 markah]

ii Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli [4 markah]

iii Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta [4 markah]

Soalan 13

Subtopik Menu Utama

Permintaan

Page 38: Demo e. asas k2 ting 4

i. Harga petrol dinaikkan sebanyak 33%

H1 Permintaan kereta persendirian berkurangH2 Penawaran tetapH3 Berlaku lebihan penawaran kereta persendirian di pasaranH4 Harga kereta persendirian turun

ii. Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli

H1 Permintaan kereta persendirian bertambahH2 Penawaran tetapH3 Berlaku lebihan permintaan terhadap kereta persendirian di pasaranH4 Harga kereta persendirian naik

iii. Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta

H1 Penawaran kereta persendirian meningkatH2 Permintaan tetapH3 Berlaku lebihan penawaran terhadap kereta persendirian di pasaranH4 Harga kereta persendirian jatuh

PermintaanPermintaan

Soalan