bumi yang dijanjikan

435
TESIS PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH UNTUK DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVRSITI MALAYA Tajuk; " BUMI YANG DIJANJIKAN " MENURUT PERSPEKTIF YAHUDI DAN KAITANNYA DENGAN PENUBUHAN NEGARA ISRAEL (1948): SATU ANALISIS DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM. Oleh: MOHAMAD FAUZI BIN ZAKARIA ( IHA 070093) 1

Upload: nacosy

Post on 28-Jun-2015

421 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUMI  YANG DIJANJIKAN

TESIS PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH UNTUK DIKEMUKAKAN

KEPADA JABATAN AQIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM, AKADEMI PENGAJIAN

ISLAM UNIVRSITI MALAYA

Tajuk;

" BUMI YANG DIJANJIKAN " MENURUT PERSPEKTIF YAHUDI DAN

KAITANNYA DENGAN PENUBUHAN NEGARA ISRAEL (1948): SATU

ANALISIS DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM.

Oleh:

MOHAMAD FAUZI BIN ZAKARIA ( IHA 070093)

Penyelia

PROF. MADYA DR. MOHD FAKHRUDIN BIN ABDUL MUKTI

1

Page 2: BUMI  YANG DIJANJIKAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Yahudi berdasarkan covenant (perjanjian) dengan Tuhan sebagaimana yang

tercatat di dalam kitab sucinya Jewish Bible (Old Testament Bible,) mereka telah dijanjikan

dengan sebuah negeri kediaman di bumi Kanaan ( Land of Canaan)1. Covenant yang

mengutarakan persoalan “Bumi yang dijanjikan“ kepada bangsa Israel ini merupakan satu

konsep yang berasaskan Bible (Biblical concept). Walaupun “ Bumi yang dijanjikan “( A

Promised Land) dari segi perkatan atau frasanya tidak disebut secara zahir di mana-mana

tempat di dalam Bible, namun dari segi konsepnya ia adalah sangat jelas apabila dirujuk

kepada istilah covenant. Ini kerana menurut tradisi kesarjanaan Yahudi2 ( yang pada

umumnya diterima pakai sebagai tradisi kesarjanaan Barat), istilah covenant ( Heb. b’rith)

yang disebut beberapa kali di dalam Bible adalah merujuk kepada makna “perjanjian”. Ia

bermaksud perjanjian rasmi di antara Tuhan (Yehweh) dengan bangsa Israel melalui

Patriarchs dan para pimpinan mereka.

1 Bumi Kan’an adalah merujuk kepada satu kawasan yang terletak di sebelahan timur Laut Medeterranean yang kini merangkumi Negara Israel moden, Jordan dan sebahagian dari Syria. Lihat, Lavinia & Dan Cohn-Sherbok, Judaism: A Short History,(1994), One World Publication, Oxford, hal.1.2 Lihat, The New Bible Dictionary (1962), The Intervarsity Fellowships, London, hal. 264. Lihat juga, The Encyclopedia of Jewish Religion (1967), ed. Dr. R.J. Zwi Werblowsky & Dr. Geoffrew Wigoder,Massada Press Ltd, Tel Aviv, hal. 214. Lihat juga, The Encyclopedia of Judaism (1989), ed. Geoffrew Wigoder, Jerusalem Publishing House Ltd. Jerusalem , hal. 181

2

Page 3: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ini jelas terlihat kepada beberapa rentetan sejarah covenant yang bermula di sekitar

tahun 2000 s.m. di antara Tuhan dengan Patriarch1 Abraham (moyang kepada bangsa

Israel) dan seterusnya dengan pimpinan bangsa itu selepasnya. Covenant bermula apabila

Abraham telah diperintahkan oleh Tuhannya meninggalkan negeri asalnya di Mesopotamia

dan melakukan migrasi ke bumi Kanaan, negeri yang dijanjikan untuknya dan zuriatnya,

bangsa Israel2.

Peristiwa migrasi inilah yang yang menjadi punca persoalan dan permasaalahan yang

berpanjangan di bumi yang dipertikaikan itu. Ini kerana kaum Yahudi mengemukakan

hujjah “ geotheology “ yang berasaskan Bible sebagai “ historical geography” untuk

mengesahkan tuntutan hak mereka ke atas bumi tersebut. Menurut “ geotheology” Yahudi

bahawa bumi Kan’an yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham dan akan diwariskan

kepada keturunannya adalah mengunjur dari Sungai Egypt di selatannya sehingga ke Sungai

Besar Euphrates” 3 di utara. Sumber-sumber penulisan para Rabbi (Rabbinic Writtings)

menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan “ Sungai Egypt” adalah Wadi al-Arisy di

Sinai. Sementara kedudukan “ Sungai Besar Euphrates” lebih merujuk kepada Sungai Litani

yang yang berpunca dari tanah tinggi Euphrates di Lubnan dan mengalir ke Laut

Mediterranean4. Berdasarkan penjelasan “geotheology” dari Bible ini memang jelas ternyata

1 Patriarch adalah gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa-datuk yang memimpin kaum. Gelaran ini diberikan oleh para pendita (Rabbi ) Yahudi kepada tiga generasi ketua keluarga iaitu Abraham, Isaac dan Jacob. Lihat, The Oxford Dictionary of World Religions (1977), ed.John Bowker, Oxford University Press, Oxford, hal. 740.2 Genesis, 12 : 1-73 Lihat, Genesis, 15: 19 4 Lihat, Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 6. Lihat juga, Yohanan Aharoni, The Land of the Bible (1967), (tran. English, A.Rainey) Burns and Oates Ltd., London, hal. 58-59

3

Page 4: BUMI  YANG DIJANJIKAN

bahawa bumi Kanaan yang dimaksudkan itu adalah bumi Palestin ataupun Negara Israel

yang ada pada hari ini.

Mengenai zuriat Abraham pula kaum Yahudi bertegas bahawa ianya hanyalah

merujuk kepada mereka sahaja, bangsa Israel sebagai zuriat keturunan Abraham yang sejati.

Menurut mereka bumi Kanaan yang ditunjukan oleh Tuhan kepada Abraham supaya

dilakukan migrasi kepadanya, itulah buminya yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham untuk

diwariskan kepada zuriatnya Jacob (Israel). Oleh sebab itu mereka mendakwa bahawa

mereka sahajalah pemilik yang sah terhadap bumi Kanaan atau Palestin yang dipertikaikan

itu. Berdasarkan dakwaan ini bumi Kanaan juga dinamakan menurut tradisi Yahudi sebagai

bumi Israel (Eretz Yisrael)1.

Konsep “Bumi yang dijanjikan” itu semakin jelas menurut Yahudi melalui covenant

yang diperbaharui kepada Moses, pemimpin bangsa Israel yang dilahirkan pada zaman

kaumnya mengalami penindasan Pharaoh (Ar. Fir’aun) di Mesir. Apabila Tuhan

memerintahkan Moses supaya memimpin kaumnya keluar (Oxodus) daripada Mesir, dia

diperintahkannya menuju ke negeri yang dijanjikan itu2. Dengan perintah itu Moses telah

memimpin bangsa Israel menyeberangi Laut Merah untuk menuju ke Palestin. Mereka

bagaimanapun hanya berjaya menduduki negeri yang dijanjikan itu berikutan kejayaan

kempen Joshua ( pemimpin Israel sesudah kematian Moses) menduduki tanah suci yang

dijanjikan itu sekitar tahun 1200 s.m.3 Tempoh sejarah yang disertai siri-siri covenant utama

di antara zaman Abraham dengan Moses ini dikenali sebagai “ sejarah awal Bible”.

1 The Encyclopedia of Judaism, loc.cit. hal. 172. Lihat juga, A History of Palestine, loc,cit.2 Exodus, 6: 1-83 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 14, hal. 205.

4

Page 5: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sejak bermula dengan saat kembali menduduki Kanaan di bawah pimpinan Joshua,

selama 1000 tahun berikutnya mereka bermastautin di sana dengan mengharungi segala

pengalaman nasib bangsa dari saat-saat kegemilangan zaman-zaman pemerintahan King

David dan Solomon, kemudian terjajah sehingga mengalami diaspora1 (terbuang) dari bumi

itu sejak tahun 70 masehi.

Itulah latarbelakang umum yang mendasari konsep “Bumi yang dijanjikan”, tema

utama covenant di dalam Bible. Konsep inilah yang menjadi asas kepada tuntutan bangsa

Israel terhadap apa yang dikatakan hak-hak mereka yang bersejarah ke atas bumi Palestin.

Konsepsi yang berasaskan Bible ini bagaimanapun telah mendominasikan perspektif umum

Barat terhadap Israel dan Palestin. Demikianlah di dalam penulisan Barat pada zaman ini

umumnya, merujuk negeri Palestin sebagai tanah suci juga dipanggil negeri Israel ( Land of

Israel ). Alasannya adalah kerana wilayah ini pada zaman silam adalah tapak kepada

kerajaan Bangsa Israel (Israelite Kingdom ) pada zaman-zaman pemerintahan King Saul,

David dan Solomon.2 Perspektif umum Barat jelas menggambarkan kuatnya pengaruh Bible

dalam membentuk perspektif mereka mengenai kaum Yahudi (Hebrew) sehinggakan

sejarah kaum bangsa ini disinonimkan dengan sejarah Bible. Dominasi Bible terhadap

perspektif umum Barat ini turut diakui oleh sebahagian dari cendekiawan Barat di dalam

penulisan-penulisan merek3.

1 Istilah Latin (Eng. disperse) merujuk kepada pembuangan besar-besaran kaum Yahudi dari Palestin ke Eropah selepas kota Jerusalem dihancurkan oleh Titus tahun 70 m. Oleh itu masyarakat Yahudi yang terbuang ke Eropah berikutan peristiwa itu dikenali sebagai Yahudi diaspora. 2, Encyclopedia of Knowledge, ibid. 205. Lihat juga , A History of the Jewish People, ed. H.H. Ben Sasson ( 1976 ), Weidenfeld and Nicolson, London, hal.4. Lihat juga, The New Encyclopedia of Britannica, vol.6, m.s. 538.3 Di dalam penulisan-penulisan ini mereka mempersoalkan kesahihan dakwaan Yahudi terhadap bumi Palestin yang berasaskan kenyataan-kenyataan di dakam Bible. Lihat, Gudrun Kramer, A History of Palestin, loc.cit.

5

Page 6: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Namun menurut sudut pandangan Islam konsepsinya mengenai bumi Palestin

berbeza dengan konsepsi bumi tersebut dari perspektif Yahudi. Perbezaan ini adalah

bertitik-tolak dari sumber rujukan utama kedua-duanya. Sebagaimana konsepsi Yahudi

mengenai bumi tersebut adalah berasaskan kitab sucinya Jewish Bible, sudut pandangan

Islam sebaliknya menolak konsepsi ala-Yahudi itu, juga berasaskan kitab sucinya al-Qur’an

sebagai sumber utamanya. Menurut Islam Palestin adalah sebahagian dari bumi Syam yang

berkat, di mana Bait al-Maqdis adalah ibu negerinya sejak zaman awal bumi ini diciptakan

Allah (s.w.t.)1. Menurut beberapa nas yang sahih, kewujudan Bait al-Maqdis di atas muka

bumi ini hanyalah 40 tahun terkemudian daripada pembinaan Bait-i-llah di Mekkah. Para

Ulamak umumnya bersetuju bahawa kedua-dua rumah Ibadah kepada Allah (s.w.t.) ini

adalah dibina sejak Adam (a.s.) dan anak-anaknya mendiami dunia ini2. Dengan itu

menurut Islam bahawa sejarah terawal kehidupan manusia di bumi Palestin khasnya di Bait

al-Maqdis ( Jerusalem ) telah wujud sejak zaman Adam ( a.s.).

Berbeza dengan konsep Yahudi yang mengganggap bumi Kanaan ( Palestin) sebagai

“Bumi yang dijanjikan “ untuk mereka, Islam pula melihat Palestin sebagai bumi Allah

(s.w.t.) yang diberkatkan di dunia ini. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam tulisannya

dalam satu journal mengenai Palestin berdasarkan rujukannya kepada beberapa ayat al-

Qur’an bahawa Allah (s.w.t.) merujuk bumi Syam-Palestin sebagai bumi Allah s.w.t. yang

hal. 2. Lihat juga, Michael Rice, False Inheritance- Israel in Palestin and the Search for a Solution (1994), Kegan Paul International Ltd. London, hal. 2 1 Lihat, Jamal Abd al-Hadi Muhamad Mas’ud (Ph.d.) & Wafa’ Muhamad Rifa’at Jumu’ah (Ph.d.) al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, (1422 H ), Dar al-Tauzi’ wa al-Nasysr al-Islamiyyah, Qahirah, hal. 26.2 Lihat, Bakr Muhamad Ibrahim, Tarikh Bait al-Maqdis, ( 1424 H), Maktabah al-Quds, Qahirah, hal. 5. Lihat juga, Al-Hafiz Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, j.6, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut, cet.1 (1410 H), hal.504.

6

Page 7: BUMI  YANG DIJANJIKAN

berkat1. Di antara ayat-ayat ini dirujuk ke zaman Ibrahim (a.s.) yang berkaitan dengan

kenyataan Allah (s.w.t.) yang menghijrahkan Ibrahim dan Lut (a.s.) ke sana;

“ Dan kami seIamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang kami Telah memberkahinya untuk sekalian

manusia”.2

Ayat kedua adalah merujuk kepada peristiwa hijrah beramai-ramai Bani Isra’il

bersama Musa (a.s.) di zamannya dari Mesir ke Palestin;

“. Dan kami pusakakan kepada kaum yang Telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan

bahagian baratnya[560] yang Telah kami beri berkah padanya. dan Telah sempurnalah perkataan Tuhanmu

yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. dan kami hancurkan apa yang Telah

dibuat Fir'aun dan kaumnya dan apa yang Telah dibangun mereka “.3

1 Lihat, Majallah Dirasat al-Quds al-Islamiyyah , bil. 1(1997), terbitan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah, Qatar-UAE, sempena ulang- tahun ke 100 persidaangan pertama pertubuhan Zionis sedunia di Baal, Switzerland yang melahirkan resolusi penubuhan sebuah Negara kebangsaan Yahudi di Palestin. hal. 7-12. 2 Al-Anbiya’, 21:71). Kenyataan Allah (s.w.t.) di dalam ayat ini yang menyebut “ Kami selamatkannya ( Ibrahim) dan Lut ke negeri yang telah kami berkatkannya ” bermaksud dihijrahkan ke negeri tersebut. Ini merujuk kepada ayat lain merujuk kepada peristiwa ini; 26. “ setelah itu Lut beriman kepadanya dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana". (al-‘Ankabut, 29: 26)

3 Al-A‘raf, 7: 137

7

Page 8: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ayat ketiga mengisahkan kemudahan perjalanan Sulaiman (a.s.) yang dianugerahkan

Allah (s.w.t.) dengan berbagai mu’jizat ke negeri tersebut;

“ Dan (telah kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus

dengan perintahnya ke negeri yang kami Telah memberkatinya. dan adalah kami Maha mengetahui segala

sesuatu.”1

Ayat berikut nya adalah memperihalkan hubungan negeri Saba’ di zaman Balqis

dengan Palestin di zaman Sulaiman (a.s.);

“ Dan kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa

negeri yang berdekatan dan kami tetapkan antara negeri-negeri itu (jarak-jarak) perjalanan. berjalanlah kamu di

kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan dengan aman”2

Ayat lain yang menyebut tentang bumi yang berkat itu adalah merujuk kepada

peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang berlaku di zaman Rasulullah (s.a.w);

1 Al-Anbiya’, 21: 81

2 Saba’, 34: 18 .

8

Page 9: BUMI  YANG DIJANJIKAN

1. Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil

Haram ke Al Masjidil Aqsha yang Telah kami berkahi sekelilingnya[847] agar kami perlihatkan kepadanya

sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha

Mengetahui.1

Walaupun ayat-ayat ini tidak menyebut nama negeri tersebut namun para Ulama Tafsir (al-

Mufassirin) sepakat mengatakan bahawa ia adalah bumi Syam- Palestin khasnya tanah suci

Bait al-Maqdis. Lebih jelas lagi dalam hal ini apabila dirujuk kepada surah al-Isra’ yang

menyebut dengan jelas nama Masjid al-Aqsa yang terletak di Bait al-Maqdis. Seterusnya

bumi yang berada di sekeling Bait al-Maqdis yang disebut sebagai bumi yang berkat itu

adalah Syam-Palestin2. Menurut al-Qurtubi berdasar penjelasan beberapa orang Sahabah

seperti Ibn ‘Abbas (r.a.) bahawa bumi itu (Syam-Palestin) dianggap berkat kerana tanahnya

subur, pohon-pohonnya mengeluarkan buah, sungainya mengalir dan yang terlebih penting

dari segalanya itu adalah kerana ia adalah tempat bersemadinya jasad ramai para Nabi dan

hamba-hamba Allah yang salih3.

1 Al-Isra’, 17: 1

2 Lihat, Abi Ja’far Muhamad Ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan,j.10, Dar al-Fikr, Beirut (1421 H), hal. 6045., Lihat juga, Abi Abdullah Muhamad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an,j. 9, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, Beirut (1966), hal.212., Lihat juga, Abi al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, tab’ah jadidah, Dar al-Akhyar li al-Nasyr wa al-Tauzi’, Riyadh (1424 H), hal. 961. Lihat juga, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawkani, Fath al-Qadir (1427 H), Dar al-Ma’rifah, Beirut hal.810-811. 3 Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, j.11, loc.cit. hal.305.

9

Page 10: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Merujuk kepada Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis (Jerusalem ), yang dibina

semula dengan penuh kehebatan pada zaman Sulaiman (a.s.), ianya tetap utuh dan tersergam

indah sehingga berabad lamanya. Bagaimanapun nasibnya mula berubah apabila Bani

Isra’il telah mengabaikan agama Allah (s.w.t.) dan melakukan perkara-perkara yang

dimurkai Allah. Akibatnya Allah (s.w.t.) telah menghukum mereka dengan membiarkan

musuh-musuh Bani Israel menghancurkan kota suci itu dan mereka telah mengalami tragedi

pembunuhan dan penawanan yang menyebabkan mereka terbuang daripadanya.

Al-Qur’an di dalam surah al-Isra’1 dengan jelas menyebut fakta-fakta sejarah ini

bahawa Bani Isra’il melakukan kerosakan besar dalam masalah agama sebanyak dua kali

dan setiap kesekian kalinya mereka mendapat pembalasan yang dahsyat dari Allah (s.w.t.);

Kali pertama mereka telah melakukan amalan syirik penyembahan berhala Allah

(s.w.t.) pada abad ke 5 s.m. sekitar 400 abad sesudah kewafatan Sulaiman (a.s.). Akibatnya

Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah diserang dan dibumi-hanguskan oleh Maharaja

Nebuchadnezzar dari Babylon (586 s.m) dan Bani Isra’il telah menghadapi penghapusan

etnik yang dahsyat2.

Kenyataan al-Qur’an ini disokong oleh kebanyakan Mufassirin. Menurut Ibn Jarir

al-Tabari bahawa dalam peristiwa (yang pertama) itu seramai 70 ribu kaum muslimin dari

Bani Israel telah dibunuh. Manakala seramai 70 ribu lagi sisa-sisa yang masih hidup di seret

1 Al-Isra’, 17: 4-72 Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc. cit. hal. 47

10

Page 11: BUMI  YANG DIJANJIKAN

secara hina sebagai hamba abdi ke Babylon1. Ibn Kathir seterusnya di dalam mengulas

kenyataan Ibn Jarir ini menyatakan bahawa tragedi yang dahsyat ini menyebabkan tidak ada

lagi saki-baki Tawrah untuk dibaca dan dengan itu tidak ada lagi manusia yang boleh

membaca kitab Tawrah2. Di dalam sejarah bangsa Yahudi peristiwa ini dikenali sebagai

tragedi “pembuangan di Babylon " (Babylonian Exile) berlaku pada tahun 539 s.m. dan pada

awal-awal tahun masehi. Perbuatan mereka ini telah menimbulkan kemurkaan Allah (s.w.t.).

Selepas kepulangan semula Bani Israel ke Palestin sesudah berlalu tempoh setengah

abad “pembuangan di Babylon” dan bermulanya “zaman Haikal kedua” di Jerusalem,

mereka kembali mengabaikan agama dan melakukan kemungkaran seperti apa yang telah

dilakukan oleh generasi yang lalu. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan kepada mereka lalu

ianya mencetuskan isu-isu yang membawa kepada serangan dan penjajahan ke atas kota Bait

al-Maqdis. Terakhirnya golongan elit pemimpin Bani Israel bersekutu dengan penjajah

Roman penyembah berhala memusuhi dan menyakiti Nabi-Nabi Allah (s.w.t.) pada tahun-

tahun terakhir s.m. Bagaimanapun berlaku pergeseran di antara mereka yang mengakibatkan

pada tahun 70 Masehi tentera Rom telah menyerang Bait al-Maqdis ( Jerusalem),

menghancurkan " Haikal Sulaiman II " sehancur-hancurnya dan bangsa Yahudi ditawan

dan dibuang (Lt. diaspora ) keseluruh wilayah-wilayah Roman di Eropah. Tragedi .

kemusnahan Bait al-Maqdis (Jerusalem)ini di ingati di dalam sejarah Yahudi sebagai “

pemusnahan terakhir” ( final destruction). Sementara bangsa Yahudi menjadi bangsa yang

terbuang oleh serangan “ pemusnahan terakhir” itu dikenali sebagai " Yahudi Diaspora "

1 Lihat al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.9, loc.cit. hal. 54372 Lihat Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 850. Lihat juga, Tariq al-Suwaidan, Filastin; al-Tarikh al-Musawar, loc.cit. hal. 47

11

Page 12: BUMI  YANG DIJANJIKAN

khususnya di Eropah. Kewujudan komuniti Yahudi Diaspora ini terus wujud sehingga ke

zaman moden 1.

Para mufasir Muslimin di dalam tafsiran mereka jelas merujuk tragedi ini sebagai

tragedi kedua, sebagaimana yang dibayangkan Allah (s.w.t.) di dalam surah al-Isra’2. Ia

adalah sebagai mengulangi tragedi pertama yang membawa kepada ‘‘pembuangan

Babylon” dahulu. Tragedi kedua ini adalah pernyataan kemurkaan Allah (s.w.t.) akibat dari

jenayah pemimpin (Bani Israel) membunuh nabi Allah Yahya (a.s.), sebagaimana mereka

membunuh Nabi Allah Sya’ya (Isaiah) yang mengakibatkan tragedi pertama dahulu3.

Semenjak peristiwa “ pemusnahan terakhir ” tahun 70 M., Bait al-Maqdis terus

berada di bawah cengkaman penjajahan Romawi selama hampir 7 abad. Penjajahan Romawi

ini hanya berjaya ditamatkan pada awal zaman pemerintahan Islam iaitu pada zaman

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab tahun 15 H/636 M4 Hal ini telah dibayangkan oleh

Rasulullah (s.aw.) kepada para sahabahnya kepastian akan berlakunya peristiwa bersejarah

pembebasan Palestin dan kota suci Bait al-Maqdis selepas kewafatannya. Penulis buku al-

1 Lihat, Filastin.. al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 66-67. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge,vol. 10, loc.cit. hal. 358. 2 Lihat, al-Isra’, 17: 4-7.3 Sebagai contohnya lihat, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawk ani, Fath al-Qadir, Dar al-Ma’rifah, Beirut, cet.3, (1427 H), hal.811. 4Allah (s.w.t.) telah mentakdirkan bahawa tanah suci Bait al-Maqdis dan negeri Palestin di sekitarnya hanya menunggu kebangkitan Rasulullah (s.a.w.) dan para sahabahnya untuk membebaskannya dari cengkaman penjajahan Romawi. Buat permulaannya Allah (s.w.t.) terlebih dahulu membawa Rasulullah (s.a.w.) berkunjung menziarahi Masjid al-Aqsa di kota suci tersebut dalam peristiwa Isra’-Mi’raj pada tahun ke 10 perutusaan baginda (s.a.w.). Di situlah Allah (s.w.t.) menghimpunkan para nabi termasuk Ibrahim, Ishaq (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya Bani Israel termasuk Musa dan Dawwud (a.s.) berimamkan Rasulullah (s.a.w.) di dalam satu solat berjama’ah. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah diperakukan sebagai pemimpin sebenar dan terakhir bagi seluruh umat. Lihat, al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, loc.cit. hal.59

12

Page 13: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Tariq Ila Bait al-Maqdis memetik satu kenyataan (wasiat) daripada Rasulullah (s.a.w.)

yang telah menyebut dengan jelas akan berlakunya pembebasan kota Bait al-Maqdis dan

wilayah Palestin di sekitarnya sebagaimana yang diriwayat oleh al-Qadi Mujir al-Din al-

Hanbali al-Maqdisi 1.

Semenjak dari saat pembebasannya, Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah dikembalikan

fungsinya sebagai “Tanah Suci” agama Allah (s.w.t.) dan agama-agama warisan Ibrahim

(a.s.). Sebagai menjaga kesucianya pemerintah Islam mempastikan tidak ada pembunuhan,

penindasan atau pemaksaan menukar agama dan tidak ada pembakaran lambang-lambang

Ibadah yang berbeza dari pemerintah berlaku di atas buminya. Ini kerana penguasaan Islam

ke atasnya dibuat bukan semata-mata untuk berkuasa dan menjajah, tetapi demi kerana

menjaga amanah agama Allah (s.w.t.). Syi’ar-syi’ar agama para pewarisnya samada kaum

Yahudi mahupun Nasrani sama seperti kaum Muslimin dihidupkan tanpa sebarang halangan.

Semenjak dibebaskan dan kembali fungsinya sebagai Tanah suci agama-agama Samawi,

Palestin terus menerus berada di bawah naungan pemerintahan Islam zaman berzaman

sehingga ke zaman moden yang berakhir di tangan pemerintahan Turki Uthmaniyyah .

Sementara itu kaum bangsa Yahudi yang telah menjadi Yahudi diaspora akibat

dibuang keluar daripada Jerusalem oleh penjajahan tentera Romawi tahun 70 m. telah

terputus dari perkembangan bumi Palestin sejak hampir 2000 tahun lalu. Namun mereka

terus mendakwa Jerusalem dan Palestin adalah tanahair milik mutlak mereka kerana ianya

adalah bumi warisan yang dijanjikan ( the Promised Land ), untuk mereka berdasarkan

1 Ibid. hal. 60-61. Bagaimanapun penulis gagal menemui rujukan asal hadith ini sebagaimana yang diriwayatan oleh al-Qadi Mujiruddin al-Hanbali al-Maqdisi..

13

Page 14: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kenyataan di dalam Bible. Berasaskan dakwaan ini puak-puak Yahudi dispora di Eropah

sehingga pada zaman moden ini dikatakan menggerakan daya usaha untuk mengembalikan

kaum-bangsa mereka bermustatin di Palestin. Kemuncaknya di dalam satu persidangan

para cendekiawan Zionis Yahudi1 di Basle, Switzerland pada tahun 1899 pergerakan

Zionisme (antarabangsa ) secara rasminya telah ditubuhkan dengan matlamat utamanya

untuk memperjuangkan kepulangan kaum-bangsa Yahudi ke Jerusalem melalui penubuhan

sebuah negara kebangsaan Israel di Palestin

Sewaktu penubuhan pergerakan Zionisme tahun 1898, Palestin masih merupakan

satu wilayah yang berada di dalam penguasaan kerajaan Islam Turki ‘Uthmaniyyah. Pada

mulanya pihak Zionis berusaha melalui jalan perundingan dengan pemerintah Turki

‘Uthmaniyyah untuk mendapatkan wilayah tersebut bagi dijadikan penempatan khas untuk

kaum Yahudi. Namun setelah segala daya usaha melalui jalan ini telah gagal pergerakan

Zionis memilih cara untuk mendapatkan Palestin melalui peperangan. Dalam hal ini

pergerakan Zionis memilih menyertai Perang Dunia I yang tercetus pada tahun 1914 dengan

membantu tentera Inggeris dan pasukan Bersekutu Eropah berperang melawan Perikatan

German-Turki2. Setelah Turki ‘Uthmaniyyah di kalahkan di dalam peperangan tersebut,

Palestin telah di duduki oleh British. dan diletakan di bawah mandatnya dengan persetujuan

Pertubuhan Liga Bangsa-Bangsa3.

1 Merujuk kepada persatuan-persatuan Yahudi yang cintakan Jerusalem (Heb. Hibbat Zion) yang wujud di seluruh dunia khususnya Eropah.2 Ada kajian mengatakan bahawa sebenarnya pergerakan Zionis yang mencetuskan Perang Dunia tersebut dan seterusnya melakukan provokasi yang menjerumuskan Turki Uthmaniyyah ke dalam peperangan. Lihat, Henry Ford, International Jew and the Protocols of the Elders Zion (1997) Global Books, Johannesburg, hal.196. Lihat juga Richard Deacon, The Israeli Secret Service, (1997), Sphere Books Ltd. London, hal, 12.3 Selepas Perang Dunia ke II, 1945 nama Liga ini ditukar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation).

14

Page 15: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sewaktu wilayah Palestin berada di bawah mandat British, impian perjuangan kaum

Zionis Yahudi untuk mendapatkannya akhirnya menjadi kenyataan. Ini berikutan satu

pengistiharan penting yang dibuat oleh kerajaan British berkenaan masa depan Yahudi dan

Palestin. Di dalam pengisytiharan yang dibuat oleh Lord Athur Balfore Setiausaha Luar

British pada tahun 1917, dikenali sebagai “ pengisytiharan Balfore” telah dinyatakan

bahawa sebuah negara bangsa Yahudi akan ditubuhkan di Palestin pada satu masa hadapan,

tanpa merujuk kepada sebarang tarikh tertentu. Bagaimanapun sejak awal tahun-tahun

1920an pihak Zionis Yahudi telah mempersiapkan pasukan bersenjata digelar “ Haganah”1

(pasukan pertahanan) sebagai persiapan perjuangan bersenjata untuk mempastikan “

pengistiharan Balfore” 1917 akan menjadi kenyataan.

Seterusnya selepas Perang Dunia ke II (1945) kerajaan British telah menyerahkan

kembali mandatnya ke atas Palestin kepada Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada Nov.

1947 (PBB) telah mengistiharkan pembahagian bumi Palestin kepada dua bahagian, Palestin

Arab dan Israel. Langkah terbaru dari (PBB) ini, telah menimbulkan bantahan dan

“penentangan rakyat” dari pihak Arab-Palestin, namun pihak Zionis Yahudi segera bertindak

mengistiharkan penubuhan Negara kebangsaan Israel pada 14 Mei, 19482. Sebaik sahaja

pengishtiharan ini dibuat di Tel Aviv oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben

Gurion , ia segera mendapat pengiktirafan dari Presiden Henry Trumandari Amerika

Syarikat dan seterusnya dari Negara-negara blok Barat di Eropah3.

1 Asas pasukan ini dari segi latihan dan kepimpinannya telah bermula di Eropah di mana mereka telah telibat aktif membantu pasukan tentera bersekutu menghadapi German dan sekutunya (Ottomon/Uthmaniyyah) di dalam Perang Dunia I. Lihat, Richard Deacon, The Israeli Secret Service, loc.cit. hal. 15-16.2 Sebagai contohnya lihat, Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad al-Syawk ani, Fath al-Qadir, Dar al-Ma’rifah, Beirut, cet.3, (1427 H), hal.811. 3 Filastin .. al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal.274

15

Page 16: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ekoran dari pengistiharan Negara Israel, Negara-negara Arab telah mengisytiharkan

perang ke atas Negara baru Israel yang telah mencetuskan Perang Arab-Israel I. Namun

pasukan “pertahanan “ (Haganah) Israel telah bersedia menghadapi kemungkinan perang.

Mereka yang lebih terlatih dan lebih berpengalaman dalam aspek peperangan menggunakan

persenjataan moden pada masa itu1 memenangi peperangan yang berlangsung sehingga

tahun 1949 dengan lebih banyak wilayah Palestin telah berjaya ditawan. Kejayaan Israel

menawan lain-lain bahagian Palestin di dalam peperangan tersebut telah membolehkannya

menambah keluasan sempadan negaranya meliputi lebih dari ¾ bumi Palestin. Kemenangan

Israel di dalam Perang Arab-Israel I (1948-1949) itu juga telah memaksa negera-negara Arab

yang terlibat seperti Mesir, Syria, Jordan dan Lubnan menandatangani perjanjian gencatan

senjata dengan pihak Israel. Perjanjian ini ditaja oleh tiga kuasa-kuasa Barat, Amerika,

Britain dan Pranchis sebagai anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu pada

tahun 1950. Ironisnya bersamaan dengan tajaan gencatan senjata ini Negara-negara tersebut

telah menyatakan sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pihak Israel2.

Bagi pihak Yahudi kejayaan penubuhan kerajaan kebangsaan Israel di Palestin pada

tahun tahun 1948 adalah kemenangan mencapai matlamat perjuangan kaum bangsa mereka

untuk kembali ke tanah air iaitu “Bumi yang dijanjikan”. Sebaliknya di pihak Arab-Palestin

pula kejayaan kaum bangsa Yahudi mewujudkan Negara moden Israel merupakan “naqbah”

(tragedi) kepada mereka. Tragedi yang telah berlaku semenjak 6 abad yang lalu telah

menyebabkan ribuan Arab-Palestin telah kehilangan nyawa. Begitu juga mereka telah

1 Lihat, The Israeli Secret Service, op.cit.2 Filastin…al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 280

16

Page 17: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kehilangan tanahair dan kampung halaman kerana di rampas oleh pendatang Yahudi yang

mengakibatkan seramai 700,0001 bangsa Arab Palestin telah menjadi pelarian di Negara-

negara Arab yang berjiran.

Demikianlah ringkasan kitaran sejarah penghuni bumi Palestin yang diberikan

amanah oleh Allah (s.w.t.) sebagai penguasa ke atasnya semenjak dari awal zaman Bible

sehinggalah kepada sejarah zaman moden. Ianya dilihat secara berbeza oleh Yahudi dan

Barat berbanding dengan Islam. Yahudi dan Barat yang pada umumnya berasaskan Bible

menganggap Palestin adalah “ Bumi yang dijanjikan” untuk bangsa Israel. Ini berasaskan

bahawa mereka telah bermustautin di sana selama hampir 1000 tahun sejak keluar dari Mesir

bersama Moses demi memenuhi covenant Tuhan supaya pulang ke “ Bumi yang dijanjikan

untuk mereka. Ia dikira bermula dengan penaklukan Joshua ( pemimpin Israel sesudah

Moses) ke atas Jerico, 1186 s.m sehingga kepada peristiwa pemusnahan terakhir Jerusalem di

tangan Titus dari Romawi tahun 70 m.

Sementara dari sudut pandangan Islam pula bumi Palestin yang terletak padanya kota

suci Bait al-Maqdis (Jerusalem) adalah bumi berkat lantaran ianya telah didiami dan telah

bersemadi padanya para Anbiya’ (a.s.) dari kalangan Bani Israel. Menurut Islam bahawa

Bani Israel terus berada di sana bersama para Anbiya’ mereka sebagai pemegang amanah

‘Aqidah dan Syari’at Allah (s.w.t.) berasaskan al-Tawrah . Sebaliknya apabila Bani Israel

telah mensia-siakan amanah tersebut malahan berusaha untuk nabi-nabi tanpa sebab yang

hak, Allah (s.w.t.) membiarkan mereka terhukum oleh serangan-serangan ganas kaum

1 Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian pada tahun 1993 pelarian Arab-Palestin ini telah meningkat kepada 3 juta orang. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 16, op.cit. hal. 9

17

Page 18: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penjajah dan membiarkan mereka terbuang daripada tanah suci tersebut. Inilah akhirnya

apa yang berlaku di dalam tragedi “ pemusnahan terakhir” pada tahun 70 m. yang

menyebabkan kaum bangsa Yahudi mengalami “diaspora” di Eropah.

Bagaimanapun kaum Yahudi tetap merasakan Palestin dan Jerusalem (Zion) adalah

hak milik mutlak bangsa mereka untuk selama-lamanya seperti dijanjikan Tuhan menurut

kitab suci mereka Jewish Bible. Pada zaman moden ini kaum Yahudi diaspora telah

menggerakan daya-usaha untuk kembali menempatkan bangsa mereka di sebuah “ Negara

Israel” (Eretz Yisrael) yang berdaulat di Palestin, “ Bumi yang dijanjikan” (A Promised

Land) menurut mereka. Di dalam menjayakan usaha ini mereka menggerakan

pertubuhahan-pertubuhan Zionis1 di seluruh Eropah dan Amerika. Kemuncaknya pada tahun

1898 para pemimpin Zionis dengan jayanya melancarkan penubuhan rasmi Pergerakan

Zionisme dengan meletakan matlamat perjuangan seperti yang dinyatakan dengan jelas.

Akhirnya pada tahun 1948 mereka telah berjaya mengisytiharkan penubuhan sebuah Negara

kebangsaan Israel yang berdaulat di atas bumi Palestin,

1.2 Latar belakang masalah kajian.

Dua kitaran tragedi berlaku ke atas dua kaum bangsa yang berbeza, di atas bumi

yang sama, Palestin dan Tanah Suci Jerusalem ke atasnya Tragedi ke atas oleh dua bangsa

yang berbeza itu berlaku di dalam jarak masa yang lama. Kaum Yahudi terbuang dari

1 Berasal dari istilah Zion iaitu tanah tinggi yang menjadi tapak kepada kota suci Jerusalem.. Zionis ialah pertubuhan-pertubuhan kaum Yahudi yang menganggap mereka sebgai para pencinta Zion (Jerusalem).

18

Page 19: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Palestin tahun 70 m. akibat serangan Romawi. Sementara Arab-Palestin terbuang dari

Palestin pada tahun 1948 m. akibat penubuhan Negara Israel. Ironisnya kedua-dua tragedi

itu telah dijadikan asas tuntutan hak oleh kedua kaum bangsa ini ke atas bumi yang

didakwa adalah milik mereka. Kini Bumi Palestin dan Tanah Suci Jerusalem telah

menghadapi tuntutan bertindih dan pertembungan dakwaan yang memerlukan huraian dan

penjelasan yang adil. Inilah faktor utamanya yang menarik penulis membuat kajian ini.

Di zaman moden ini semenjak 14 Mei, 1948 negeri yang sejak abad pertama Masehi

dikenali sebagai negeri Palestin telah ditukarkan namanya kepada Israel. Sedangkan

sebelumnya negeri tersebut telah dirujuk dengan nama Palestin seawal abad pertama Masehi

pada zaman penjajahan Roman sehingga pada masa ianya berada di bawah mandat British

selepas Perang Dunia I. Para pejuang Zionis yang bertanggungjawab mewujudkan Negara

baru ini telah menukar dan memperkenalkan kepada masyarakat antarabangsa oleh dengan

nama Negara Israel dengan hujjah bahawa ianya adalah tanah air bersejarah kepada kaum

bangsa Israel. Asasnya adalah covenant yang menjanjikan kepada mereka “ Bumi yang

dijanjikan” menurut Jewish Bible.

Bagaimanapun rakyat Arab-Palestin merasakan bahawa mereka yang dipaksa menjadi

pelarian selepas “naqbah “ 1948 adalah warga sebenar kepada negeri Palestin yang telah

ditukar namanya kepada Israel. Akibatnya mereka telah bertindak balas dengan mewujudkan

gerakan-gerakan penentangan terhadap pendudukan dan pencerobohan Yahudi ke atas

tanahair mereka. Gerakan-gerakan itu samada berupa gerakan massa yang tidak teratur pada

awal-awal tahun “ naqbah”, mahukan pada zaman perjuangan “ sosialis- rakyat” yang

19

Page 20: BUMI  YANG DIJANJIKAN

berkiblatkan blok Soveit yang dipelopori Pertubuhan Pembebasan Palestin ( PLO) pada

tahun-tahun 1960an- 1970an . Begitu juga penentangan yang lebih terkini dan popular di

kalangan rakyat berasaskan Islam pimpinan Gerakan Penentangan Islam (Hamas) sejak akhir

1980an, namun seluruh aliran perjuangan rakyat Palestin menentang pihak Yahudi sentiasa

dianggap sebagai kegiatan pengganas oleh masyarakat di negara-negara Barat.

Pandangan seperti ini di kalangan masyarakat Barat adalah dianggap sebagai

fenomena biasa kerana ianya terbina dari konsepsi sejarah yang berasaskan Bible, sumber

utama kepada budaya pemikiran masyarakatYahudi dan Kristian di Barat. Tradisi

kepercayaan berasaskan Bible ini telah wujud dan telah berakar umbi di dalam budaya

pemikiran masyarakat Barat sejak ribuan tahun yang lampau. Oleh itu tidaklah

menghairankan masyarakat Barat sentiasa mendokong Israel kerana kepercayaan mereka

terhadap Torah of Moses di dalam Bible bahawa Tuhan telah menjanjikan kepada Abraham,

beliau akan dianugerakan bumi Kan’an (Palestin) dan akan diwariskan kepada zuriatnya

Bani Israel.

Masalahnya golongan Barat ini mengganggap dan meletakan kedudukan mereka

sebagai tonggak masyarakat antarabangsa (international community) . Dengan penguasaan

politik mereka di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pengaruh mereka yang

dominan ke atas mass-media dan sumber-sumber akademik di peringkat antarabangsa, sudut

pandangan mereka terhadap isu Yahudi dan Palestin turut diterapkan menjadi pandangan dan

persepsi umum masyarakat antarabangsa.

20

Page 21: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bermula dengan pengenalan negeri Palestin di dalam sumber-sumber penulisan

akademik terkini. Ia diperkenalkan sebagai Tanah suci yang bersejarah kerana di zaman

silam ianya adalah bekas tapak kepada kerajaan Bani Israel1. Begitu juga dengan sejarah

pergolakan di Asia Barat yang dibayangi oleh siri-siri Perang Israel dinyatakan bahawa

pergolakan itu bermula dari Perang Arab Israel pertama pada tahun 1948-1949. Perang

tersebut dikatakan tercetus kerana kedegilan pihak Arab yang menolak usaha Bangsa-

Bangsa Bersatu mewujudkan plan penyelesaian terhadap konflik awalan di Palestin iaitu

pembahagian wilayah Palestin di antara kaum Yahudi dan Arab Palestin pada tahun 19472.

Sementara di dalam mengulas mengenai pergolakan semasa di Palestin sehingga ke

hari ini persepsi umum masyarakat antarabangsa terhadap isu tersebut cuba dibentuk dengan

penonjolan aktiviti-aktiviti penentangan yang berterusan oleh penduduk Arab-Palestin ke

atas Negara Israel. Para pemimpin Negara-negara Barat, Amerika dan Kesatuan Eropah yang

merupakan kuasa-kuasa “de-facto” dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui

kenyataan-kenyataan rasmi yang di siarkan oleh mass media antarabangsa sentiasa

mengecam aktiviti-aktiviti penentangan tersebut dengan menyifatkannya sebagai aktiviti-

aktiviti pengganas dan anti perdamaian.

Berasaskan fenomena ini penulis cuba mengusahakan satu kajian ilmiah untuk

menghuraikan asas pergolakan di Palestin, “Bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi dan

“Bumi yang berkat” menurut sudut pandangan Islam. Dakwaan Yahudi yang

mendominasikan perspektif Barat umumnya adalah berasaskan Bible. Memandangkan kitab

1 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 14, loc.cit. hal. 2052 Ibid. vol.10, op.cit. hal. 267

21

Page 22: BUMI  YANG DIJANJIKAN

suci Judaism itu dikatakan berasaskan wahyu, kajian ini memfokuskan analisa terhadap

dakwaan tersebut dari sudut pandangan Islam berasaskan kitab wahyu terakhir al-Qur’an .

Analisa Islam juga turut diperkuatkan dengan kajian-kajian akademik Barat yang dianggap

berwibawa sekurang-sekurangnya ia boleh dijadikan sebagai pandangan kedua kepada

masyarakat antarabangsa.

1.2.2 Masalah kajian

Masaalah utama yang timbul di sepanjang kajian ini adalah persoalan disiplin

akademik, yang berasaskan adil dan beramanah di dalam menerima dan merujuk fakta (

factual ) serta tidak berpihak (bias ) di dalam mana-mana polemik akademik. Merujuk

kepada tajuk kajian atau hipotesisnya iaitu “ Bumi yang dijanjikan” Tuhan kepada Bangsa

Israel adalah dianggap “ factual “ dari sudut agama Yahudi (Judaism). Ini adalah kerana

“janji “ (covenant ) yang dimaksudkan itu memang tercatat di dalam kitab suci mereka

Jewish Bible.

Bagaimanapun untuk menghasilkan tesisnya kajian ini turut juga memfokaskan

analisa dari sudut pandangan Islam, di dalam menilai dan mentafsirkan covenant. Dalam hal

ini, pandangan Islam yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap covenant juga mesti

22

Page 23: BUMI  YANG DIJANJIKAN

diambil kira dan diberikan perhatian. Ini kerana dari segi urutan sejarahnya Islam dan

umatnya juga mempunyai hak dan kaitan “berkenaan” dengan bumi Palestin khasnya kota

suci Bait al-Maqdis atau Jerusalem menurut kaum Yahudi dan Kristian.

Sebagaimana pihak Yahudi berpegang teguh dengan konsep “ Bumi yang dijanjikan

“ menurut kitab suci mereka, Jewish Bible, pihak Islam juga menolak dengan tegas konsep

tersebut berdasarkan penjelasan kitab suci mereka al-Qur’an. Di dalam usaha mencari “

keadilan “ daripada konflik di antara kedua-dua sumber rujukan asasi ini, lain-lain sumber

akademik turut dirujuk sebagai fakta sokongan. Antaranya beberapa kajian para

cendekiawan (scholars ) Barat yang mengkaji kitab-kitab suci Bible dan al-Qur’an seperti

Dr. Maurice Bucaille. Begitu juga dengan mereka yang turut menyumbang beberapa fakta

yang termuat di dalam The New Encyclopedia Britannica, The Americana Encyclopedia

dan American Educator Encyclopedia berkaitan dokumen sejarah dan beberapa pandangan

berasaskan pemeriksaan kritikal (critical examination ) dari sudut ilmiah terhadap

kandungan Bible dan juga al-Qur’an1.

1.3 Objektif kajian:

Pada umumnya kajian ini mengemukakan satu kenyataan (reality ) konflik yang telah

berpanjangan berlaku di bumi Palestin ataupun di Negara Israel di antara pihak-pihak

Arab-Palestin dan kaum Yahudi-Israel. Terdapat tiga objektif utama yang mendorong

penulis memilih bidang ini untuk dibuat kajian. 1 Lihat kritikan terhadap Bible, The New Encyclopedia Britannica, vol. 14, Encyclopedia Britannica Inc. London, ( 1998 ), hal. 903. Lihat juga, The Encyclopedia Americana, vol. 3, Grolier Inc. U.S.A., ( 1991 ), hal. 650. Lihat juga, American Educator Encyclopedia, vol. 2, United Educators Inc., New York ( 1991 ), hal. B.136-B.137.

23

Page 24: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Objektif pertama adalah untuk menjelaskan secara terperinci maksud Yahudi yang

umumnya dilihat secara berbeza dari sudut Islam dan Barat. Penjelasan sebegini adalah

penting kerana dari sudut pandangan Islam istilah Yahudi diguna pakai sama di dalam

merujuk kepada bangsa dan agamanya. Sementara menurut Barat pula bangsa Yahudi

(Jews) dan agamanya (Judaism) disebut dengan dua perkataan yang berbeza tetapi keduanya

berasal dari akar kata yang sama, Judah. Kepentingannya sangat berkait rapat dengan

keperluan memahami satu konsep pegangan mereka yang dijadikan hepotesis awal di dalam

kajian ini.

Seterusnya objektif kedua dari kajian ini adalah untuk mendapatkan penjelasan

tentang konsep “ bumi yang dijanjikan” (promised land) menurut Yahudi. Ini

memandangkan pihak Yahudi-Israel memasuki gelanggang pertikaian terhadap bumi ini

dengan satu ‘aqidah kepercayaan. Mereka berpegang bahawa melalui covenant (perjanjian)

dengan moyang mereka Abraham dan diperbaharui dengan pemimpin mereka Moses, Tuhan

menjanjikan sebuah negeri kediaman (homeland) untuk mereka di bumi Kan’an atau dikenali

juga dengan nama bumi Palestin. Covenant ini adalah termaktub di dalam kitab suci

mereka, Jewish Bible sehingga ke hari ini. Oleh itu kajian ini akan “mengeluarkan “ setiap

ayat di dalam Jewish Bible yang dikatakan merujuk kepada janji-janji Tuhan yang

dimaksudkan itu untuk penelitian dan penilaian.

Berikutnya objektif yang ketiga dan terpenting di dalam kajian ini adalah untuk

menganalisa setiap ayat-ayat dari Bible tersebut yang dikatakan menjadi dalil kepada janji-

janji Tuhan kepada mereka dari sudut pandangan Islam. Objektif ini dianggap yang

24

Page 25: BUMI  YANG DIJANJIKAN

terpenting kerana konsep yang menjadi pegangan Yahudi ini berasaskan Bible.

Memandangkan hujjah-hujjah pihak Yahudi-Israel adalah ayat-ayat dari Bible yang

dikatakan berasaskan wahyu, maka analisa Islam akan dibuat berdasarkan sumber utamanya

al-Qur’an, kitab wahyu terakhir dari Tuhan

Seterusnya objektif umum dari kajian ini adalah untuk memahamkan kepada para

pembaca khususnya di Malaysia tentang perkaitan yang rapat di antara sejarah silam bangsa

Yahudi yang berasaskan agamanya (Judaism) dengan penubuhan Negara kebangsaan Israel

pada tahun 1948. Ini kerana di dalam penulisan-penulisan terkini di Barat dan kenyataan-

kenyataan rasmi para pimpinan Israel bahawa bumi Palestin dirujuk sebagai Negara Israel

berdasarkan ianya merupakan tapak kepada kerajaan dan Negara Israel di zaman silam

sebelum mereka dipaksa hidup dalam buangan oleh penjajahan Roman, pada tahun 70 m.1.

Ini jelas menunjukan bahawa penubuhan Negara Israel moden tahun 1948 di Palestin

mempunyai perkaitan yang jelas dengan sejarah silam kaum Yahudi dan pegangan terhadap

agama mereka.

1.4 Kepentingan kajian.

Ketiga-tiga objektif daripada kajian yang digariskan adalah sangat penting. Dari

sudut akademik, meskipun sudah banyak penulisan yang memperkatakan tentang Yahudi,

Israel dan Negara Israel, namun penulis merasakan masih banyak yang perlu ditulis dan

dihuraikan. Ini kerana dari sudut perspektif Barat, pada umumnya rujukan terhadap isu

1 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal.263. Lihat juga , ucapan PM Benjamin Netanyahu di persidangan tahunan Jawatankuasa Hubungan Amerika-Israel (AIPAC), pada 23 March, 2010 di Washington.

25

Page 26: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Palestin mahupun Israel terutama dari segi asas sejarahnya masih berakar umbikan tradisi

sejarah berasaskan Bible. Sementara dari sudut perbincangan umum, kebanyakan daripada

penulisan dan perbincangan yang dibuat mengenai Negara Israel lebih menekankan aspek-

aspek politik dan sejarah rantau Asia Barat selepas Perang Dunia Pertama.

Dalam hal ini penulis hanya mengambil sebahagian dari aspek mengenai Yahudi dan

Palestin untuk di fokuskan sebagai bahan kajian. Aspek yang menjadi fokus kajian penulis

adalah mengenai konsep “ bumi yang dijanjikan” menurut Bible. Memandangkan sandaran

hujjah-hujjah kaum Yahudi adalah kitab suci yang didakwa sebagai kitab wahyu, penulis

mendapati sandaran itu sangat memerlukan satu analisa yang teliti . Ini kerana hujjah-hujjah

yang dikatakan sebagai wahyu Tuhan itu tidak selaras dengan kenyataan-kenyataan daripada

al-Qur’an, kitab wahyu yang terakhir.

Di dalam kajian ini penulis sempat menemui beberapa fakta sejarah yang menarik

berhubung dengan usaha Yahudi hendak menubuhkan Negara kebangsaan Israel . tahun

1948. Adalah menjadi keyakinan kepada penulis bahawa kajian ini akan menjadi titik-tolak

kepada kajian-kajian susulan dalam bidang ini seperti penjelasan yang agak terperinci

tentang sejarah perkembangan Zionisme dan kaitannya dengan gerakan Freemasion dan

sebagainya.

Begitu juga penulis mengharapkan akan lahir beberapa kajian akademik yang berupa

cadangan yang membina dan adil untuk menyelesaikan konflik yang sudah begitu lama

berpanjangan di bumi Palestin. Ini sangat penting memandangkan Palestin atau lebih khusus

26

Page 27: BUMI  YANG DIJANJIKAN

lagi Jerusalem adalah dianggap “tanah suci” oleh kaum Muslimin, Kristian dan Yahudi yang.

mewakili lebih dari ¾ daripada keseluruhan penduduk dunia. Adalah dibimbangi jika

cadangan-cadangan yang berasaskan penemuan-penemuan akademik yang adil tidak dapat

dikemukan kepada masyarakat antarabangsa “ tanah suci” yang bergolak ini akan terus

menjadi bom jangka yang bakal menghancurkan peradaban manusia sejagat.

1.5 Metodologi kajian

Pada umumnya kajian ini adalah bersifat kajian keperpustakaan, di mana perolehan

datanya adalah dari sumber bertulis. Di dalam usaha mengumpulkan data-data kajian ini,

penulis telah menggunjungi beberapa buah perpustakaan di dalam negara dan juga di luar

Negara. Di antara perpustakaan di dalam Negara ialah Perpustakaan Utama Universiti

Malaya, Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, termasuk cawangannya

di kampus Nilam Puri, Kelantan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,

termasuk cawangannya di kampus Petaling Jaya, Perpustakaan Pusat Islam, Kuala Lumpur

dan Purpustakaan Islam Nur al-Zahrah, Kota Bharu, Kelantan. Sementara di luar Negara

pula, di dalam kesempatan semasa penulis berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah,

penulis turut memanfaatkan Perpustakaan Masjid Nabawi di Madinah dan juga Purpustakaan

al-Haram di Maulud Nabi, Makkah al-Mukarramah.

1.5..1 Metod kajian.

Kajian teks dalam konteks kajian keperpustakan boleh dibuat melalui beberapa

pendekatan. Dalam kajian ini penulis memilih untuk menggunakan dua metod utama.

27

Page 28: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pertama penulis melakukan metod kajian historis sebagai landasan teori. Ini terlihat di

dalam bab II. Di dalam bab II penulis melakarkan perbincangan mengenai sejarah bangsa

dan agama Yahudi. Lakaran-lakaran sejarah membantu penulis sampai kepada landasan teori

yang dibina oleh kaum Yahudi yang mendakwa hak ketuanan mereka ke atas bumi Palestin.

Sementara itu di dalam bab-bab III dan IV yang merupakan kemuncak kajian penulis

menggunakan metod komparatif. Di dalam bab III mengenai kitab-kitab suci agama Yahudi

perbandingan utama dibuat mengenai kitab suci Torah yang merupakan 5 kitab pertama

Moses di dalam Jewish Bible menurut Yahudi dengan al-Tawrah menurut Islam. Di dalam

bab ke IV perbandingan utamanya adalah mengenai konsep covenant menurut Yahudi

sebagaimana yang terdapat di dalam Jewish Bible dengan mithaq menurut al-Qur’an.

Covenant menurut Yahudi adalah “ perjanjian” Tuhan yang menjanjikan akan

menganugerahkan bumi Palestin kepada mereka untuk selama-lamanya. Melalui

perbandingan ini penulis dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dakwaan Yahudi dan

juga analisa Islam mengenainya.

1.6 Kajian lepas (literature review)

Kajian ini bertitik-tolak daripada konsep “ Bumi Yang Dijanjikan “ menurut

pandangan Yahudi. Memandangkan persoalan ini berasaskan Bible yang telah lama wujud,

banyak penulisan yang berupa ulasan dan penjelasan telah dibuat mengenainya.

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa konsep ini dari segi istilah dan frasanya

tidak disebut secara langsung di dalam Bible, tetapi difahami daripada istilah covenant

28

Page 29: BUMI  YANG DIJANJIKAN

(perjanjian) yang disebut beberapa kali di dalamnya. Melalui covenant ini Tuhan telah

menjanjikan bumi kediaman (homeland) kepada Abraham dan zuriatnya Bani Israel di bumi

Kan’aan yang juga dikenali pada zaman kini sebagai bumi Palestin. Bertitik-tolak dari

covenant (perjanjian ) itu, kaum Yahudi menganggap bumi Kan’an ataupun Palestin sebagai

“ bumi yang dijanjikan “ ( The Promised Land ). Di antara penulisan yang menjadi rujukan

penulis adalah seperti berikut:

i- Penulisan pertama dan utamanya di dalam persoalan ini adalah The

Holy Bible 1 (King James Version), di mana ianya mencatatkan

beberapa covenant yang utama. Di antaranya covenant Tuhan

dengan Patriarch Abraham (Gen., 12: 1-7). Begitu juga covenant

dengan pimpinan Bani Israel seperti Moses (Ex., 13: 5-11) dan

David ( 2 Sam., 7: 4-16).

Konsep yang berasaskan Bible ini diperjelaskan lagi oleh rujukan tradisi

penulisan kesarjanaan Yahudi. Di antaranya;

ii- The Encyclopedia of Jewish Religion (1967)2, ed. Dr. R. J. Zwi

Werblowsky & Dr. Geoffrew Wigoder. Di dalam menjelaskan

maksud sebenar covenant dari sudut ‘aqidah kepercayaan agama

Yahudi, ianya merujuk kepada janji Tuhan kepada Abraham untuk

1 The Holy Bible (2002) , Zondervan, Michigan2 The Encyclopedia of Jewish Religion, Masada Press Ltd., Tel Aviv, hal. 214.

29

Page 30: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menganugerahkan bumi Kan’an kepadanya dan zuriat pewarisnya

Jacob (Israel). Janji ini merujuk kepada Bible ( Gen., 12: 1-7).

iii- The Encyclopedia of Judaism (1989)1, ed. Dr. Geoffrew Wigoder,

merupakan edisi pembaharuan dari sumber sebelumnya , masih

mengulangi penjelasan yang sama ketika membincangkan istilah

covenant.

Begitu juga kebanyakan sumber-sumber dari encyclopedia Barat sama sebagaimana dua

sumber penulisan kesarjanaan Yahudi di atas memberikan penjelasan yang sama terhadap

makna sebenar bagi istilah covenant di dalam Bible. Di antaranya;

iv- The New Bible Dictionary (1962)2, juga di dalam penjelasan

mengenai maksud covenant di dalam Bible ada merujuk kepada janji Tuhan

kepada Abraham dalam kontek penganugerahan bumi Kan’an untuknya dan

zuriatnya Bani Israel.

v- Encyclopedic Dictionary of Religion (1979)3 menjelaskan bahawa

beberapa covenant utama di dalam Bible iaitu dengan Abraham ( Gen., 12: 1-

7 ), dengan Moses (Ex., 13: 5-7) dan dengan David ( 2 Sam., 7: 4-16)

adalah membincangkan tema yang sama. Ia adalah janji Tuhan yang tidak

boleh dipertikaikan mengenai penganugerahan bumi Kan’an kepada

Abraham dan zuriatnya.

1 The Encyclopedia of Judaism (1989), ed. Geoffrew Wigoder, Jerusalem Publication House, Jerusalem, hal. 181.2 The New Bible Dictionary (1962), The Intervarsity Fellowships, London. hal. 26433 Encyclopedic Dictionary of Religion (1979),Corpus Publication. Washington. hal. 936

30

Page 31: BUMI  YANG DIJANJIKAN

vi- Encyclopedia of Knowledge1,vol. 1 mengisahkan sejarah hidup

Abraham yang dikatakan bermigrasi bersama keluarganya dari Mosopotamia

ke “ negeri yang dijanjikan” kepadanya dan juga untuk zuriatnya di Kan’an.

Dalam vol. 5, kisah yang dikatakan berlaku di awal milinnium kedua( 2000

s.m.), dipetik dari Genesis (Gen., 15: 18) adalah merujuk kepada covenant di

antara Abraham dengan Tuhannya.

vii- Atlas of the Bible (1981)2, di mana bab pertamanya (Historical Atlas

of Biblical Times ), perbincangan seluruhnya adalah mengenai “ Bumi yang

dijanjikan” ( a Promised Land). Keterangan-keterangan ini meliputi tiga

bahagian iaitu, (World of the Patriarchs), (Abraham in the Land of Canaan)

dan (Isaac, Jacob and Joseph).

Bahagian pertama adalah penjelasan mengenai kedudukan geografi bumi

Kan’an yang dikatakan “ Bumi yang dijanjikan”. Dalam bahagian kedua,

kisah Abraham dengan “ Bumi yang dijanjikan” mula diperincikan

perkaitannya. Dikatakan migrasi terawal Abraham dari Ur, Mesopotamia ke

Haran bersama bapanya Terah dan keluarganya hanya berasaskan ilham dari

Tuhan (divine inspiration), (Gen., 11: 29-33). Sesudah kematian bapanya di

Haran, Abraham buat pertama kali menerima perintah Tuhan supaya

mendatangi Kan’an “ Bumi yang telah dijanjikan” untuknya dan zuriatnya,

(Gen., 12: 1-7). Setelah sampai ke negeri Kan’an Abraham menetap

sementara di Beithel sebelum memasuki Mesir untuk kehidupan yang lebih

1 Encyclopedia of Knowledge (t.t.), vol. 1, Grolier Incorporated, Danbury, Connecticut. hal. 54. Lihat juga. Ibid. vol.5, hal. 308 2 Atlas of the Bible (1981), Reader’s Digest Assc. Inc. New York. hal. 50-62 (passim).

31

Page 32: BUMI  YANG DIJANJIKAN

baik. Setelah pulang dari Mesir dan menetap semula di Beithel, Tuhannya

menunjukkan kepadanya “ Bumi yang dijanjikan” untuknya yang akan

diwariskan selama-lamanya kepada zuriatnya, (Gen., 13: 14-16). Bahagian

ke tiga mengisahkan kehidupan zuriat Abraham (Isaac, Jacob dan Joseph) di

Kan’an. Isaac menetap di sana sehingga mati. Jacob dan anak-anaknya

keluar dari Kan’an kerana mengikuti anaknya Joseph ke Mesir, (Gen., 46: 5-

6). Namun akhirnya keturunan mereka di bawah kepimpinan Moses kembali

semula ke Kan’an, “Bumi yang dijanjikan untuk mereka”, (Ex., 13: 5-11).

Sementara itu di dalam tradisi penulisan kesarjanaan Barat mengenai

persoalan Israel dan Palestin yang pada umumnya menampakan terikat

dengan pengaruh dari konsep Bible. Ini adalah kerana sebahgian dari

mereka adalah berlatar belakangkan tradisi Yahudi. Di antaranya yang

menjadi rujukan penulis adalah seperti;

viii- Theodor H. Robinson, A History of Israel (1932)1, membicarakan

persoalan “ Bumi yang dijanjikan” secara tidak langsung di dalam

bab ke IV ( Tradition of Israel’s Ancestry). Menurutnya

sebagaimana yang tercatat di dalam Bible bahawa induk keturunan

bangsa Israel berasal dari Patriarch Abraham yang bermigrasi dari

Ur, Selatan Mesopotamia ke Palestin di sekitar 2000 s.m. Sumber ini

juga tidak menyebut Palestin “ Bumi yang dijanjikan” secara

langsung dari segi istilah mahupun frasanya. Namun konsep dari

1 Theodor H. Robinson, A History of Israel (1932), Clarenton Press, Oxford, hal. 45.

32

Page 33: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bible (Biblical concept) itu dirujuk kepada maksud dari peristiwa

migrasi tersebut. Migrasi Abraham dan penempatan zuriat

terawalnya ( Isaac dan Jacob) di Beer-Sheba, di selatan Palestin

disebut semata-mata kerana mematuhi perintah Tuhannya Yehweh.

ix- G.T.Brit, Palestine and Transjordan (1943)1 dalam bab V

(History) di bawah tajuk kecil (Biblical Period), mengemukan satu

kenyataan bahawa konsep “ Bumi yang dijanjikan kepada Abraham

di awal tahun-tahun 2000 s.m. hanya tercapai dengan penaklukan

Palestin oleh Joshua pada tahun 1100 s.m. Semenjak itu dan

seterusnya pada zaman-zaman kerajaan Israel ( Israelite’s Kingdom)

terutama pada zaman King Solomon konsep “Bumi yang dijanjikan”

mencapai kemuncaknya dengan sempadannya menganjur dari Utara

ke Selatan daripada “Dan hingga Beer-Sheba”.

x- Nelson & Glneck, Rivers in the Deseart (1959)2 turut

memperkatakan “ Bumi yang dijanjikan” dengan turut memilih

memperkenalkan sebutan baru sempadannya. Sebelumnya semenjak

awal covenant Tuhan dengan Abraham yang telah menjanjikan

sempadannya memanjang dari selatan ke utara adalah dari “ River of

Egypt ” di Sinai sehingga ke “ great river of Euphrates ( Litani) “di

Lubnan ( Gen., 15: 18). Bagaimanapun kemudiannya pada zaman

King Solomon kedua-dua wilayah di sempadan utara selatan ini

1 G.T.Brit, Palestine and Transjordan (1943), Naval Intelligence Davision (Geographical Handbook Series), t.tp., hal. 83-84 2 Nelson & Glueck, Rivers in the Desert (1959), Farar, Straus and Cudahy, New York, hal.15

33

Page 34: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sebagaimana keseluruhan wilayah di dalam Negara Israel (Kingdom

of Israel) telah terbina kota-kota dan pusat-pusat kediaman Bangsa

Israel. Bandar Dan dianggap pusat kehidupan yang paling ke Utara

dan Beer-sheba adalah pusat kediaman bersejarah di selatannya.

Semenjak itu sempadan “ negeri yang dijanjikan” juga terkenal

dengan sebutan dari “ Dan ke Beer-sheba” (I King, 4: 25).

xi- Richard R. Sanger, Where The Jordan Flows (1963)1,

membincangkan “ Bumi yang dijanjikan” di dalam bahagian I (In The Tents of

Patriarch )menjelaskan bahawa disekitar tahun 2000 s.m. Abraham dan

keluarga meninggalkan negeri kediamannya di selatan Iraq menyusur lembah

Euphrates menuju ke utara sehingga sampai di Haran dan menetap sebentar di

Bandar tersebut. Setelah itu meneruskan beliau dan keluarga meneruskan

perjalanan melalui kota-kota di Syria seperti Damascus dalam perjalanan

menuju ke bumi Kan’an, “ Bumi yang dijanjikan “ Tuhan untuknya dan

zuriatnya.

xii- The World History of the Jewish People (1964)2, ed. B. Netanyahu,

di dalam bahagian I – A (The Land to the North), cuba membuat

penjelasan terhadap bumi yang pada zaman kini umumnya lebih

dikenali sebagai bumi Palestin. Menurutnya negeri yang terbentang

dari lingkongan Euphrates di bahagian utaranya ke dataran padang

pasir Utara Arab di selatannya yang dikenali sebagai Palestin,

sebenarnya menurut konsep Bible adalah negeri Kan’an. Di dalam

1 Richard R. Sanger, Where the Jordan Flows (1963), Middle East Institute, Washington D.C. hal.1-2 2 The World History of the Jewish People (1964), gen ed. B. Netanyahu, Jewish History Publication Ltd.,Israel, hal.7 & 81.

34

Page 35: BUMI  YANG DIJANJIKAN

bahagian I – B ( The Land of Israel) seterusnya dijelaskan bahawa

bumi Kan’an di dalam Bible itu sebenarnya adalah “ Bumi yang

dijanjikan”. Ia adalah seumpama buaian yang mendewasakan bangsa

Israel.

xiii- Efraim Orni & Elisha Efrat, Geography of Israel (1966)1, dalam

bahagian III ( The Archeological and Historical Background )

menegaskan bahawa bumi yang didakwa tanah suci kepada tiga agama

(Yahudi, Kristian dan Islam) yang dipanggil Palestin sebenarnya adalah

Tanahair kaum Bani Israel. Menurutnya walaupun terdapat beberapa

sumber yang memperkatakan tentang sejarah bumi ini, namun sumber

yang paling lengkap dan paling boleh dipercayai adalah Bible. Walaupun

semenjak zaman Paleolithics (12,000-10,000 s.m.) sehingga akhir zaman

gangsa (2,000 s.m.) telah wujud penempatan manusia di bumi ini, tetapi

semuanya itu adalah dianggap kehidupan pra-sejarah. Sejarah Israel

hanya bermula dengan kedatangan Abraham ( Gen.,15) ke “Bumi yang

dijanjikan “, pada akhir zaman gangsa. Sejarah ini juga di kenali dengan

sejarah zaman Bible

xiv- Yohanan Aharoni, The Land of Bible (1967), di dalam halaman pra-kata

dinyatakan bahawa “ Tanah Suci” bersejarah ini lahir bersamaan dengan

sejarah Bible itu sendiri. Tuhan Israel Yang Maha Kuasa yang

menciptakan sejarah manusia. Namun Dia memilih untuk berurusan

1 Efraim Orni & Elisha Efrat, Geography of Israel (1966), Israel Program for Scientific translations, Jerusalem, hal. 145

35

Page 36: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dengan Bani Israel, bangsa pilihanNya dengan menjanjikan untuk

mereka “ Bumi Kan’an” sebagai negeri kediaman (homeland).

Di dalam bab I bahagian 4 ( The Borders of the Land of Canaan)1 telah

dijelaskan sempadan “ Bumi yang dijanjikan “ itu. Menurut sumber ini

bahawa tiga sempadan bumi yang juga disebut Palestin secara semula

jadinya telah ditentukan oleh Bible. Di baratnya laut besar Mediternean,

sebelah timurnya Laut Mati dan Lembah Jordan. Manakala di selatannya

disebut di dalam Bible2 “ River of Egypt “ ( Heb. Nahal Musur ). “ River of

Egypt “ ini merujuk kepada laluan air cetek Wadi al-‘Arish di Sinai.

Sempadan di sebelah utaranya kawasan pergunungan Euphrates Lubnan yang

bersambungan dengan padang pasir dataran Syria. Inilah sempadan bumi

Kan’an yang dijanjikan Tuhan buat pertama kalinya kepada Abraham di

dalam Bible dari “ River of Egypt to Euphrates”3

xv- John Bright, A History of Israel (1967)4 dalam bab II ( The

Patriarch ) di bawah bahagian pecahan C ( The Hebrew Ancestors and

History), menyebut bahawa Abraham (moyang kaum Hebrew) telah

bermigrasi dari Mesopotamia bergerak dengan berperingkat. Mula-mula

berpindah dari selatan Mesopotamia bersama bapanya Terah menuju ke

Haran. Setelah kematian bapanya Terah Abraham meneruskan perjalanan

1 Yohanan Aharoni, The Land of the Bible (1967), tran. Eng. A. F. Rainey, Burns and Oates Ltd., London, hal. 58-592 Gen., 15: 18 3 Ibid.4 John Bright, A History of Israel (1967), S C M Press Ltd., London, hal. 78-80

36

Page 37: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sehingga sampai ke Kan’an, “ Bumi yang dijanjikan” kepadanya sebagaimana

yang disebut di dalam Genesis.

xvi- Di dalam bab pengenalan A History of Jewish People (1969)1, ed.

H.H. Ben Sasson, di dalam tajuk kecil (The People and it’s Land) terdapat

satu kenyataan yang jelas menghubungkaitkan di antara kaum bangsa Israel,

bumi Palestin dan rujukannya terhadap “ Bumi yang dijanjikan”. Kenyataan

itu menyebut bahawa bumi (land) yang terbentang di antara Mesopotamia

(negeri asal kepada moyang kaum Hebrew) di Timur dengan lembah Nil di

Mesir menjadi pusat migrasi kaum Hebrew. Bagaimanapun kedatangan kaum

Hebrew ke bumi ini di atas dasar ianya “Bumi yang dijanjikan “ oleh Tuhan

kepada mereka sebagai “ Bangsa pilihanNya”. Menurut sumber ini bahawa

“Bumi yang dijanjikan “ dan Bangsa pilihan” adalah konsep yang disebut

Bible, di mana menurut konsep ini bahawa hak kaum bangsa Israel terhadap

bumi yang disebut bumi Palestin adalah ditentukan oleh Tuhan.

xvii- Christopher Hollis and Ronald Brownrigg, Holy Place (1969),2 di

dalam bab I, bahagian pertama (The Jews and the Holy Land) membuat

pendahuluan umum mengenai sejarah bangsa Yahudi dan hak milik mereka ke

atas bumi Kan’an. Katanya berdasarkan kehendak Tuhan Patriarch Abraham

(moyang kaum Yahudi) telah melakukan migrasi meninggalkan tanah airnya

di Selatan Iraq ke bumi Kan’an. Perjalanan yang merentasi kota-kota di

1 A History of Jewish People (1969), ed. H.H. Ben Sasson, Weidenfeld & Nicolson, London, hal.32 Christopher Hollis and Ronald Brownrigg, Holy Place (1969), Weidenfeld and Nicolson, London, hal. 13-14

37

Page 38: BUMI  YANG DIJANJIKAN

wilayah Syria sehingga akhirnya memasuki Palestin (Kan’an) dan menetap di

satu tempat di sekitar Hebron. Selepas Abraham keluarga Patriarchy diterajui

oleh anak dan cucunya Isaac dan Jacob (Israel). Walaupun Jacob dan anggota

keluarganya berpindah ke Mesir pada tahun- namun beberapa abad kemudian.

zuriat keturunannya kaum bangsa Israel di bawah kepimpinan Moses kembali

semula ke “ Bumi yang dijanjikan “ untuk mereka.

xviii- Yehuda Karmon, Israel- a Regional Geography (1971)1 di dalam bab

ke III (The Heritage of the Past) membincangkan persoalan “ Bumi yang

dijanjikan” dengan merujuk kepada awal kedatangan satu kaum dari

Mesopotamia. Menurutnya bersamaan dengan berakhirnya zaman gangsa

satu kaum daripada Mesopotamia dipimpin oleh Patriarch Abraham telah

dating ke Palestin, “ Negeri yang dijanjikan Tuhan” untuknya dan dan

zuriatnya. Menurut sumber ini bahawa asas kenyataan ini tercatat di dalam

Bible dan dengan itu kedatangan kaum tersebut telah memulakan era baru di

dalam sejarah Palestin iaitu sejarah zaman Bible.

xix- Joan Comay, Temple of Jerusalem (1975)2, dalam bahagian I

(Covenant) menyatakan bahawa menurut Bible (Genesis) Patriarch yang

bermula dengan Abraham dan keluarganya melakukan migrasi darpada

Selatan Iraq ke negeri Kan’an “ yang dijanjikan” untuk mereka. Sewaktu di

di Kan’an keluarga Patriarch ini menerima kelahiran Isaac dan seterusnya

Jacob (Israel). Kemudiannya Jacob dan keluarganya berpindah ke Mesir.

Bagaimanapun beberapa generasi kemudian Bani Israel mengalami

1 Yehuda Karmon, Israel- a Regional Geography (1971), Wiley – Interscience, London, hal. 41-422 Joan Comay, Temple of Jerusalem (1975),Weidenfeld & Nicolson, London,

38

Page 39: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penindasan di Mesir oleh pemerintahnya menyebabkan pemimpinnya Moses

membawa kaumnya kembali ke “ Negeri yang dijanjikan”.

Bagaimanapun terdapat juga di kalangan penulis Barat yang mempertikaikan

konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Bible . Di antaranya;

xx- Martin Noah, History of Israel (1958)1 adalah di antara penulisan yang cuba

membincang dan mempersoalkan konsep “ Bumi yang dijanjikan”. Di dalam

bab I ( The Origins of the tribe of Israel ) di nyatakan bahawa asal nenek-

moyang kaum bangsa Israel datang dari luar Palestin (Mesopotamia). Setelah

itu mereka (keluarga Jacob) keluar lagi (mengungsi ke Mesir) dan hanya

setelah berkembang menjadi bangsa Israel di sana, mereka mendatangi

semula ke Palestin. Berdasarkan kepada sejarah ini penulisnya

mempertikaikan hujjah kepada dakwaan Yahudi terhadap hak mereka ke atas

bumi Palestin hanya semata-mata berasaskan Bible.

xxi- Roger Garaudi, The Case of Israel (1983)2, juga mempersoalkan hujjah kaum

bangsa Yahudi yang mendakwa Palestin adalah “ Bumi yang dijanjikan” Tuhan

kepada Patriarch Abraham. Sedangkan tidak ada sebarang catatan yang boleh

menjadi bukti bahawa Abraham pernah mebuat kenyataan dan tuntutan yang sama

terhadap kaum-kaum yang telah mendominasikan tamadun Negara Kota di

Kan’an pada zamannya itu. Sebaliknya catatan sejarah yang ada termasuk dari

sumber Bible sendiri bahawa sejak mendatangi negeri baru ini Abraham memilih

1 Martin Noah, History of Israel (1958), Adam & Charles Black, London, hal. 53-542 Roger Garaudi, The case of Israel (1983), Shorouk International, London, hal. 29

39

Page 40: BUMI  YANG DIJANJIKAN

cara hidup semi-nomad di perkampungan Badwi yang terpencil di Beer-sheba,

Selatan Palestin. Walaupun Isaac dan seterusnya Jacob ( Israel) lahir di sini,

tetapi mereka tetap di anggap anak kepada pendatang asing oleh penduduk asli di

Kan’an. Oleh itu mereka digelar sebagai kaum ( Hapiru / Hebrew) bermakna

pengembara asing menurut bahasa tempatan penduduk Kan’an.

xxii- Michael Rise, False Inheritance – Israel in Palestine and Search for a Solutin

(1994)1 mempersoalkan dakwaan Yahudi yang mengenai keturunan (seeds)

Abraham yang mendapat pewarisan bumi Kan’an “Yang dijanjikan “ itu.

Berdasarkan seluruh keterangan dari pihak Yahudi bahawa keturunan yang

dikatakan di dalam Bible itu adalah bangsa Israel. Ini kerana mereka adalah

keturunan dari Jacob putera Isaac, satu-satunya anak Abraham yang diperolehi

dari isterinya yang sah, iaitu Sarah. Sedangkan menurut Bible sendiri bahawa

sebelum Isaac Abraham telah mempunyai anaknya yang pertama Ishmael dan

juga mempunyai anak-anak yang lain hasil perkahwinan Abraham sesudah

kematian Sarah.

xxiii- Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008)2 menganggap dakwaan bangsa

Israel terhadap bumi Palestin yang hanya berasaskan teks dari Bible semata-mata

adalah hujjah “ Geotheology “. Ianya tidak boleh dianggap sebagai hujjah yang

boleh dipertanggung jawabkan tanpa sebarang sokongan bukti akademik dan

saintifik seperti penemuan arkeologi ataupun catatan-catatan sejarah dari

tamadun bangsa-bangsa yang berjiran dengan Palestin (Kan’an) seperti Mesir dan

Hittie.

1 Michael Rice, False Inheritance- Israel in Palestine and the Search for Solution (1994), Keagan Paul International Ltd., London, hal. 22Gudrun Kramer, A History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 6

40

Page 41: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di samping itu penulis juga merujuk kepada beberapa rujukan di dalam bahasa Arab yang

turut juga mengulas dan memperkatakan konsep “ Bumi yang dijanjikan” menurut Yahudi

ini. Di antaranya;

xxiv- Yang pertama dan utama ialah al-Kitab al-Muqaddas- al- ‘Ahd al-Qadim wa

al-‘Ahd al-Jadid (t.t) .1 Persoalan “Bumi yang dijanjikan” ( Ard al-Mi’ad)

bermula dengan Tuhan menjanjikan pesoalan itu kepada Ibrahim melalui

“perjanjian”Nya (Mithaq) dan (Mi’ad). Ianya bemula dari Safar Takwin, Ishah

12: ( 1-7 ). Persoalan ini diperbaharui di dalam mithaq dengan Musa di dalam

Safar Khuruj, Ishah 13: (5-11) dan dengan Dawwud di dalam Safar Samu’il

II, Ishah 7: (4-I6)

xxv- Injil Barnaba (t.t.)2, (terj. ‘Ar. Dr. Khalil Sa’adah) Taqdim wa ta’liq, al-Sayyid

Muhamad Rashid Ridha wa Ahmad Hejazi al-Saqa. Di bahagian pengenalan

kitab ini oleh Ahmad Hejazi al-Saqa, di dalam tajuk kecil- (Tahrif al-Tawrah

wa al-Injil), diterangkan secara umumnya bahawa beberapa ayat dari kitab

wahyu terutamanya telah di ubah-suaikan oleh kaum Yahudi. Pengubah-suaian

ini juga telah diperkatakan dengan tegas oleh Barnaba salah seorang Hawariyyun

dan penulis Injil Barnaba. Menurut Barnaba bahawa pengubah-suaian ayat-

ayat di dalam Tawrah berlaku dalam tempoh pembuangan Bani Israel selama

setengah abad di Babylon. Di antara ayat-ayat yang diubah-suaikan ialah konsep

anak-anak kepada Ibrahim yang diberkatkan oleh Tuhan dan kaitannya dengan

pewarisan bumi Kan’an sehingga menzahirkan bahawa zuriat Ibrahim yang

1 Al-Kitab al-Muqaddas - al-‘Ahd al-Qadim wa al-‘Ahd al-Jadid (t.t.),Dar al-Kitab al-Muqaddas, Qahirah. 2 Injil Barnaba (t.t.), Taqdim wa ta’liq al-Sayyid Muhamad Rasyid Ridha wa Ahmad Hejazi al-Saqa, Dar al-Basyir, Qahirah, hal.81-82.

41

Page 42: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dimaksudkan itu adalah Bani Israel semata-mata. Sedangkan di dalam kitab

Tawrah jelas menunjukan bahawa Ibrahim mempunyai beberapa zuriat yang lain

selain dari Bani Israel. Kenyataan bahawa Ibrahim turut mempunyai anak yang

lain selain Ishaq itu bagaimanapun dinafikan dengan penegasan satu ayat bahawa

satu-satunya anak yang sangat dikasihi oleh Ibrahim dan diberkatkan oleh Tuhan

adalah Ishaq. Oleh itu hanya dia dan melalui puteranya (Israel) dijanjikan

penganugerahan bumi kediaman untuk zuriat mereka (Takwin, 22:2).

xxvi- Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad Ali ‘Umar, ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa’d bi

Filastin (2003)1, Di dalam bab I (al-Wa’d fi Asfarihim) membicarakan konsep

“bumi yang dijanjikan” ini secara umum. Ia meliputi makna dan istilahnya dari

segi bahasa dan istilah agama dari sudut agama Yahudi dan Kristian samada

Katholik mahupun Protestant.

xxvii- Ahmad Ahmad ‘Ali al-Saqa, al-Bidayah wa al-Nihayah li Ummati Bani Israel

(2004) 2, dalam fasal pengenalan ( Tamhidi fi Dilalah Nusus Nubu’at al-Tawrah

al-Samiriyyah ‘ala Thubut Nubuwwah Muhammad s.a.w.) turut

membincangkan kesahihan dakwaan Yahudi mengenai mereka sebagai satu-

satunya warisan dari Ibrahim (a.s.) yang diberkatkan Tuhan dan dengannya

dijanjikan bumi kediaman.

1.7 Skop Kajian

1Muhamad bin ‘Ali bin Muhamad Ali ‘Umar, ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa’d bi Filastin, Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah athna’al-Nasyr, Riyadh.2Ahmad Ahmad ‘Ali al-Saqa, al-Bidayah wa al-Nihayah li Ummati Bani Israel, Dar al-Kitab al-‘Arabi, Dimashq, hal. 70-71.

42

Page 43: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Kajian ini adalah satu kajian di bidang pemikiran Islam. Ia memfokaskan analisa dari

sudut pandangan Islam terhadap konsep “ Bumi yang dijanjikan “ ( a Promised land)

menurut kaum Yahudi berasaskan kitab suci agamanya, Jewish Bible. Menurut konsep ini

Tuhan telah mengadakan perjanjian/persetujuan (covenant) kepada Abraham, iaitu Tuhan

menganugerahkan kepadanya Bumi Kanaan (Palestin) dan ianya akan diwariskan kepada

keturunannya kaum bangsa Yahudi atau Israel.. Perkara covenant yang menyatakan bahawa

Tuhan menjanjikan bumi kediaman (homeland) khas untuk bangsa Israel ini terus

diperbaharui melalui siri-siri covenant dengan Moses dan seterusnya dengan King David

pada zaman-zaman kepimpinan mereka ke atas Bani Israel. Covenant yang dikatakan

mengandungi perjanjian Tuhan untuk menganugerahkan bumi kediaman (homeland) kepada

Bani Israel ini juga turut menjadi persoalan yang dibincangkan di dalam Islam. Ini kerana

ianya juga disebut di dalam al-Qur’an sebagai mithaq tetapi dengan konsep yang agak

berbeza. Memandangkan persoalan ini turut disebut di dalam al-Qur’an, ia mewajarkan

bagi Islam menganalisa konsep “ bumi yang dijanjikan “ menurut pandangan Yahudi tersebut

sudut pandangannya secara saksama.

1.7.2 Kerangka kajian.

Pada umumnya kajian ini akan terbahagi kepada 6 ( enam ) bab termasuk bab

pendahuluan dan bab penutup. Bab I adalah bab pendahuluan yang merupakan gambaran

umum kepada kerangka kajian. Bab II dan bab III sebagai landasan teori kepada tajuk

kajian. Persoalan utama dan kemuncak kepada kajian dikemukakan di dalam bab IV dan

bab V . Keseluruhan dari kajian ini yang bermula dari bab-bab II dan III yang

43

Page 44: BUMI  YANG DIJANJIKAN

mengemukakan landasan teori sehingga kepada kemuncak kajian di dalam bab-bab IV dan

V. Sementara bab VI akan menjadi bab penutup yang menyimpul dan merumuskan

keseluruhan kajian di akhir kajian ini.

Bab I adalah pendahuluan meliputi pengenalan ringkas sejarah “ bumi yang

dijanjikan” menurut Yahudi dan juga menurut pandangan Islam. Pengenalan ringkas sejarah

ini diikuti latarbelakang masalah penyelidikan, seterusnya objejtif kajian, kepentingan

kajian, metodologi kajian, kajian-kajian lepas (literature review ) dan akhir sekali adalah

skop kajian.

Bab ke II adalah permulaan kepada landasan teori kepada kajian iaitu pengenalan

kepada Yahudi dari segi latar belakang sejarah bangsa dan agamanya (Judaism). Bab ini ini

dianggap permulaan kepada landasan teori kerana kajian ini melibatkan kaum bangsa ini

secara langsung. Ini kerana hipotesisnya bermula dengan satu pegangan kepercayaan kaum

Yahudi iaitu konsep “ bumi yang dijanjikan” menurut kitab suci mereka, Jewish Bible.

Menurut kajian, istilah Yahudi adalah merujuk kepada makna-makna yang meliputi

bangsa dan agama. Ini kerana istilah ini berasal dari Judah, merujuk kepada nama salah

seorang putera Jacob (Israel). Nama Yahudi akhirnya menjadi sinonim dengan Israel kerana

pada suatu masa keluarga ini adalah yang paling dominan di kalangan Bani Israel.

Sementara Israel (Jacob) pula adalah keturunan Patriarch Abraham, Hebrew pertama yang

menurut kepercayaan mereka diperintahkan Tuhannya berhijrah ke negeri Kan’an, bumi

yang dijanjikan kepadanya dan juga zuriatnya. Perintah hijrah ke Kan’an adalah untuk

44

Page 45: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Abraham memulakan agama baru , menyembah Tuhan yang satu. Ini berlaku pada alaf ke 2

s.m.

Memandangkan sejarah bangsa dan agama Yahudi berjalan seiringan, bab ini akan

dipecahkan kepada dua fasal. Fasal I akan lebih memfokaskan latar belakang Yahudi dari

segi perkembangan etnik dan bangsa. Ia akan merangkumi daripada zaman awal Bible iaitu

sejarah awal satu keluarga pendatang Hebrew dari Mesopotamia ( sekitar tahun 2000 s.m.),

pembentukan bangsa Israel di zaman Moses ( sehingga tahun 1200 s.m.), pembentukan

Kerajaan Bani Israel pimpinan Shaul, David dan Solomon ( 1020 s.m. – 922 s.m. ),

seterusnya zaman penaklukan kuasa-kuasa asing dan diaspora Yahudi yang terakhirnya tahun

70 masehi.

Fasal kedua seterusnya ialah sejarah perkembangan agama Yahudi (Judaism). Ia

dikira bermula dengan covenant pertama di antara Tuhan dengan Patriarch Abraham di

dalam Genesis. Semenjak dari saatnya yang pertama, Tuhan menuntut keimanan kepada

konsep ketuhanannya yang Esa dan sebagai imbalannya Tuhan menawarkan kepadanya dan

zuriatnya, bumi Kan’an sebagai “ bumi yang dijanjikan”. Pada peringkat awalan ini Judaism

masih bersifat ’’ agama keluarga” bimbingan bapa (patriarchal) di kalangan keluarga Israel.

Peringkat kedua Judaism mula menjadi agama bangsa Bani Israel. Mereka mula terikat

dengan Torah atau “Undang-Undang Moses ” yang merupakan suruhan dan larangan,

terkenal sebagai “ 10 commandment” yang diterimanya dari Tuhan di Gunong Sinai ( Mt.

Sinai covenant ). Penerimaan Torah atau Undang-Undang Moses dari Tuhan, juga dikenali

sebagai Mosaic covenant.

45

Page 46: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Seterusnya peringkat ke tiga Judaism adalah pada zaman berkerajaan terutama sesudah

pembinaan “rumah Ibadat” di Jerusalem pada zaman King David. Bani Israel menerima

covenant yang dikenali sebagai Davidid covenant. Melaluinya konsep “bumi yang

dijanjikan” mendapat pengesahan dan jaminan rahmat (blessed) dari Tuhan dengan syarat

Bani Israel terus setia bertuhankan Yehweh, Tuhan Israel. Ternyata sesudah itu Bani Israel

melanggar persetiaan covenant sehingga terlibat dengan amalan penyembahan berhala

sembahan kaum-kaum yang berjiran. Akibatnya mereka dilaknat (cursed) oleh Tuhan dengan

membiarkan mereka terjajah dan terlantar di negeri musuh, sehingga Tuhan menghantar

Ezra sebagai penyelamat dan pemimpin baru bagi agama Yahudi. Peringkat seterusnya

adalah era pembaharuan Judaism di bawah kepimpinan Ezra, dianggap sebagai era terakhir

di dalam perkembangan agama Yahudi (Judaism). Tahap-tahap perkembangan ini tercatat di

dalam kitab suci Judaism, TaNaKH (Jewish Bible).

Bab ke III, Kitab-kitab suci agama Yahudi juga merupakan sebahagian dari landasan

teori Ini memandangkan ‘aqidah kepercayaan Yahudi mengenai konsep “ bumi yang

dijanjikan “ adalah berasaskan “covenant” iaitu kenyataan-kenyataan yang berupa janji

Tuhan. ‘Aqidah bersaskan covenant ini berakar-umbi di dalam kitab suci agama Yahudi,

Jewish Bible. Perbincangan di dalam bab ini akan dibahagikan kepada dua fasal. Fasal I

akan membicarakan tentang sejarah perkembangan penulisan kitab suci tersebut dari sudut

pandangan Yahudi dan Barat. Menurut mereka sejarah penulisan Jewish Bible adalah selari

dengan sejarah perkembangan kaum bangsa Yahudi. Menurut sudut pandangan ini Jewish

Bible terbahagi kepada tiga bahagian utama, Torah, Neviim dan Ketuvim (Heb. TaNaKH)

46

Page 47: BUMI  YANG DIJANJIKAN

iaitu koleksi buku-buku yang tergabung di dalam satu kitab suci, yang dikenali sebagai

Jewish Bible. Kitab-kitab suci ini seluruhnya dianggap berasaskan wahyu dari Tuhan.

Fasal ke 2 adalah perbincangan mengenai perbahasan mengenai kitab-kitab suci agama

Yahudi dari sudut pandangan Islam. Kitab-kitab suci ini juga turut dibincangkan di dalam

tradisi Islam tetapi dari sudut dan perspektif yang berbeza. Memandangkan Jewish Bible

didakwa sebagai kitab yang berasal dari wahyu Tuhan, Islam menggunakan kaedah-

kaedahnyayang tersendiri di dalam memeriksa kesahihan kitab berkenaan sebagai kitab yang

berasaskan wahyu. Kajian dan pemeriksaan menurut kaedah-kaedah Islam mendapati bahawa

Jewish Bible terutama bahagian pertamanya, Torah memang berasal dari kitab wahyu,

namun telah mengalami pengubahsuaian dari teksnya yang asal. Begitu juga dengan apa

yang disebut covenant (perjanjian) Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam Torah dan

Jewish Bible pada umumnya adalah merujuk kepada perkara mithaq (perjanjian) di antara

Allah (s.w.t.) dengan para Anbiya’ yang terdahulu dan umat-umat mereka terutamanya Bani

Israel.

Bab ke IV merupakan penerusan dan perincian kepada bab III yang lalu. Bab ini akan

memfokuskan perbincangannya kepada persoalan covenant dan konsep “bumi yang

dijanjikan”yang menjadi tema utama di dalam Jewish Bible. Perbincangan di dalam bab ini

merupakan permulaan kepada kemuncak kajian kerana ianya menyentuh hubung-kait di

antara konsep “ Bumi yang dijanjikan” ini dengan asas dakwaan Yahudi terhadap pemilikan

bumi Palestin. Pada zaman moden ini konsep “ Bumi yang dijanjikan “ sebagaimana yang

tercatat di dalam Jewish Bible ini telah dikaitkan dengan kuat oleh pergerakan Zionis dalam

47

Page 48: BUMI  YANG DIJANJIKAN

usaha mereka memperjuangkan sebuah penubuhan Negara kebangsaan Yahudi di Palestin.

Bab ini juga akan mengandungi dua fasal perbincangan. Fasal pertama dari bab ini adalah

mengenai takrif dan konsep covenant dari perspektif Barat yang pada umumnya berasaskan

Bible. Pada keseluruhannya Jewish Bible mencatatkan beberapa siri covenant yang meliputi

beberapa zaman seiring dengan zaman perkembangan sejarah Bani Israel. Sementara fasal

kedua pula adalah perkaitan di antara covenant dengan fahaman Zionisme di zaman moden

yang mempelopori perjuangan menubuhkan kerajaan kebangsaan Yahudi di Palestin.

Bab ke V dan terakhir di dalam kajian ini adalah analisa Islam terhadap covenant

dan juga asas penubuhan Negara kebangsaan Israel moden di Palestin. Perbincangan di

dalam bab ini juga akan terbahagi kepada dua fasal. Fasal I adalah analisa Islam terhadap

covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan”. Analisa dibuat berdasarkan kenyataan-

kenyataan di dalam al-Qur’an dan juga beberapa komentar yang bersifat akedemik.

Seterusnya fasal ke II adalah analisa dan kritikan terhadap asas dakwaan Zionis Yahudi

mengenai asas penubuhan Negara Israel , 1948. Analisa dan kritikan dibuat berdasarkan

penubuhan Negara tersebut dibuat sebagai memenuhi konsep “ bumi yang dijanjikan”

berasaskan covenant menurut Jewish Bible. Dalam hal ini penulis berjaya mendapatkan

banyak juga penulisan-penulisan kesarjanaan Barat yang mengkritik hebat konsep berkenaan

sebagai fakta-fakta sokongan kepada analisa Islam.

Terakhirnya adalah Bab ke VI sebagai bab penutup yang merumuskan keseluruhan

kajian penulisan ini yang bermula dari bab I sehingga ke akhirnya pada bab ke V.

Rumusannya menjelaskan bahawa Palestin menurut dakwaan kaum Yahudi adalah “ bumi

yang dijanjikan” menurut kitab suci mereka Jewish Bible. Bagaimana berdasarkan analisa

48

Page 49: BUMI  YANG DIJANJIKAN

yang berbuat dari sudut pandangan Islam menjelaskan ianya adalah tidak benar dan satu

kekeliruan semata-mata.

BAB II

YAHUDI: BANGSA DAN AGAMA

Bab ini adalah permulaan kepada landasan teori kajian yang akan membincangkan

sejarah perkembangan Yahudi dari segi bangsa dan agamanya. Sebagaimana yang telah

disebutkan sebelum ini bahawa istilah Yahudi dari perspektif Barat adalah merujuk kepada

satu entiti yang beresepadu meliputi elemen-elemen etnik, bangsa dan agama1. Oleh itu

perbincangan di dalam bab pertama ini akan merangkumi dua fasal. Perbincangan di

dalam fasal pertama adalah mengenai konsep Yahudi dari segi etenik dan bangsa, manakala

fasal keduanya adalah mengenai Yahudi dari sudut agama ataupun mengenai agama

Yahudi (Judaism).

2.1 Yahudi: Latarbelakang sejarah etnik dan bangsa.

1 Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356. Lihat juga, laman web, ; http// en.wikipedia org/wiki/Who is a Jews%3F. " Siapakah Yahudi " (Hebrew)? Menurut laman web mengenai Yahudi bahawa ini adalah soalan dasar mengenai identiti Yahudi. Seterusnya di jelaskan bahawa ada berbagai definisi mengenai Yahudi sebagaimana yang telah ditentukan oleh kaum ini mengenai pengenalan diri mereka. Ia boleh ditakrifkan sebagai etnik dan boleh juga dirujuk sebagai agama. Definisi traditional Yahudi terhadap Yahudi adalah " seseorang yang dilahirkan oleh seorang ibu Yahudi ataupun seseorang yang berugama Yahudi. Lihat juga; http://simpletoremember.com/vitals/Jewish History.htm

49

Page 50: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bahagian pertama daripada bab ini adalah perbincangan mengenai Yahudi dari sudut

sejarah etnik dan bangsanya. Ia adalah merujuk kepada sejarah perkembangan satu kaum

bangsa yang berasal dari keluarga patriarch Abraham yang berasal dari Mesopotamia.

Sejarah keluarga ini bermula di sekitar akhir alaf kedua s.m. sesudah patriarch Abraham

berhijrah ke Palestin melalui patriarch Jacob, generasi ketiga daripada Abraham. Patriarch

Jacob juga dikenali sebagai Israel dan dengan itu kaum bangsa Yahudi yang berasal dari

zuriatnya juga dikenali sebagai Bani Israel (Israelites).

2.1.1. Yahudi menurut etimologi bahasa (Barat)

Pada umumnya mengikut tradisi literasi Barat khususnya di dalam bahasa Inggeris

bangsa Yahudi dipanggil Jews. Menurut The Oxford English Dictionary1, Jews atau yang

dikenali juga dengan nama kaum Hebrew berasal dari sebutan bahasa Greek Ioudios , yang

dikembangkan daripada perkataan Yehudah di dalam bahasa Hebrew. Ia merujuk kepada

asal-usul bangsa Yahudi atau Hebrew yang berasal dari nama Judah , putera keempat kepada

Jacob dan Leah

Menurut New Encyclopedia Britanica 2 orang-orang Yahudi ( Jews) yang pada

umumnya dipanggil Hebrew, adalah Bani Israel yang hidup di Tanah Suci ( Palestin)

semenjak awal kemasukan mereka ke sana. Sejarah awalnya merujuk jauh kembali ke

pertengahan millinium ke 2 s.m., bermula dengan Patriarch3 pertama kaum Hebrew,

Abraham yang berasal dari Mesopotamia telah berhijrah ke negeri Kan'an ( kini meliputi

1 The Oxford English Dictionary, (1989), 2nd ed. Vol. 8, Clarendom Press, Oxford, hal. 337.2 New Encyclopedia Britanica, (1998) vol. 22, Encyclopedia Britannica Inc.,London,hal. 380 & 544.3 Patriarch adalah istilah Bible , gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa,datuk dan moyang yang memimpin kaum merujuk kepada Abraham, Isaac dan Jacob, Lihat ; The Oxford Dictionary of World Relegions, ed. John Bowker, Oxford University Press (1977 ),hal. 740

50

Page 51: BUMI  YANG DIJANJIKAN

negeri-negeri Israel moden dan Lebanon ). Di sini lahirnya Patriarch Jacob ( cucu kepada

Abraham ) yang juga dipanggil Israel dan zuriat kelahirannya dinamakan Bani Israel atapun

kaum Hebrew.

Menurut Encyclopedia Americana1 perkataan Jews di ambil daripada perkataan

Greek; Ioudaios ataupun perkataan Latin; Judaeus yang semuanya berasal daripada

perkataan Hebrew; Yehudi. Perkataan ini pula di dalam bahasa Hebrew asalnya

(sebagaimana yang tercatat di dalam Bible ) merujuk kepada nama keluarga Judah, salah

seorang putera Jacob . Bagaimanapun akhirnya nama ini diguna pakai untuk merujuk kepada

keseluruhan" Bani Israel " Dengan kata lain nama Bani Israel digunakan sebagai merujuk

kepada nenek moyang kaum Yahudi. Menurut encyclopedia ini lagi, Israel adalah gelaran

yang diperolehi oleh Jacob setelah berjaya mengalahkan Malaikat dalam satu pergelutan

gusti. Dalam kontek hubungan dengan kelompok luar, mereka mengelarkan diri mereka "

Ivrim " ( Eng: Hebrew ) bermaksud orang dari seberang sungai. Hidup secara nomad

berkhemah di pinggir-pinggir kota kaum Kan'an.

Menurut Universal World Reference Encyclopedia2, Jews, Hebrew dan Israel adalah

satu kumpulan manusia atau keluarga, dipimpin oleh Abram atau Abraham hidup ( secara

nomad ) berpindah-pindah di " dataran subur bulan sabit " ( the Fertile Cresent ) 3 sekitar

1 The Encyclopedia Americana (1991),vol.16, Grolier Inc., Connecticut hal. 71-72. Lihat juga; American Educator Encyclopedian, vol. 7, United Educators Inc., New York ( 1991 ), hal. .J-632 Universal World Reference Encyclopedia, ( 1968 ), Consolidated Book Publishers, Chicago, hal. 2713. (Bagaimanapun sumber ini tidak menjelaskan apakah Abraham ataupun seorang daripada keturunannya yang mengetuai perpindahan keluarga ke Mesir.). 3 Nama yang dibeikan kepada satu kawasan penempatan tamadun terawal manusia di Timur Tengah hampir berbentuk bulan sabit mengunjur daripada persisiran Mediterenian ( Israel, Jordan, Lebanon ) merentasi Utara Syria, Selatan Turki Utara Iraq dan Selatan Iran. Lihat; Grolier Encyclopedia of Knewledge, vol. 7, loc.cit., m.s. 246.

51

Page 52: BUMI  YANG DIJANJIKAN

tahun-tahun 2000 s.m. dan akhirnya menetap di Palestin. Apabila berlaku kemarau yang

dahsyat di Palestin, mereka berpindah ke Mesir.

Menurut The World Book Encyclopedia pula 1, kaum Yahudi merujukkan identiti

moyang mereka kepada Abraham yang menetap di Mesopotamia. Di sekitar tahun 900 s.m.

Abraham berpindah ke Kan'an, sebuah negeri yang kemudiannya dipanggil Palestin

( sekarang ini negeri Israel). Di negeri baru ini Abraham memperolehi zuriat melalui

anaknya Isaac dan seterusnya putera kepada Isaac, Jacob yang juga dipanggi Israel

mengasaskan satu bangsa yang baru, Hebrew atau juga dipanggil Bani Israel.

Demikianlah asal perkataan Yahudi dari segi etimologi bahasa-bahasa

Inggeris, Latin dan Greek yang berasaskan bahasa asalnya, Hebrew. Nama bangsa Yahudi

ini asalnya diambil dari nama Judah, satu peribadi yang paling dominan di kalangan 12

putera-putera Patriarch Jacob ataupun Israel. Berdasarkan akar kata tersebut difahami

bahawa asas bangsa Yahudi ini sangat berkait rapat dengan tradisi agamanya Judaism yang

juga berasal daripada akar kata yang sama, Judah. Hal ini akan dapat di lihat dengan lebih

1

? The World Encyclopedia(1980 ),,vol. 11, World Book – Childcraft International Inc., Chicago hal. 98-99.

? Ibid. (Bagaimanapun anggaran tarikh yang diberikan oleh sumber ini (900 s.m.) berbeza dengan anggaran tarikh (2000 s.m.) yang diberikan kebanyakan sumber yang lain).

52

Page 53: BUMI  YANG DIJANJIKAN

jelas apabila mengikuti latar belakang sejarah kaum bangsa ini menurut kitab suci agama

Judaism, Jewish Bible.

2.1.2 Sejarah perkembangan bangsa Yahudi menurut Bible.

Sejarah pembentukan dan perkembangan kaum bangsa Yahudi ini

menurut catatan Bible merentasi beberapa zaman, bertahap dari abad ke abad. Pada

umumnya ia terbahagi kepada empat peringkat; 1

i- Zaman awal Bible yang merangkumi di antara zaman Abraham ke zaman Moses.

ii- Zaman kerajaan-kerajaan Bani Israel.

iii- Zaman penaklukan kuasa asing dan pembuangan Bani Israel ke bumi asing.

iv- Zaman pembinaan semula kota suci Jerusalem sehingga pemusnahan terakhir di

dalam abad pertama masehi ataupun juga dikenali sebagai zaman awal Kristian .

i- Zaman awal Bible (2000 s.m.- 1200 s.m.)

Pada umumnya zaman ini dianggap sebagai zaman perkembangan dan pembentukan

kaum Yahudi daripada sebuah keluarga sehingga kepada sebagai satu bangsa. Ia dikenali

sebagai “ zaman Bible “ (Biblical Period)2 ataupun “ zaman Perjanjian Lama “ (Old

1 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc..cit. hal. 356-357. Lihat juga, American Educator of Encyclopedia, vol. 2, loc.cit. hal. J-63 2 Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc.cit. hal. 356.

53

Page 54: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Testament Times )1 . Lebih khusus lagi tempoh ini dikatakan sebagai zaman awal Bible (

Earlier Biblical Period).

Zaman ini bermula catatannya di dalam Genesis; 11. buku pertama daripada Torah

yang merupakan bahagian pertama daripada Hebrew Bible. Bermula dengan sejarah Abram

di Ur, Kaldan (Mesopotamia,). Pada satu masa berdasarkan satu perintah Tuhan Abram

bersama isteri dan anak saudaranya Lot telah bermigrasi ke negeri Kan'an, negeri yang

dijanjikan untuknya dan zuriatnya. Di bumi yang janjikan ini, akhirnya Sarah telah

mengandung dan melahirkan untuk Abraham seorang putera dan dinamakan Isaac2. Di sini

juga kemudiannya Tuhan menukarkan nama Abram menjadi Abraham dan Sarai kepada

Sarah. Kisah-kisah ini tercatat di dalam Bible3.

Bible mencatatkan bahawa Isaac telah dianugerahkan dengan dua anak lelaki

kembar, Esau dan Jacob4 atau Israel dimana daripada Israel inilah berlangsungnya kaum

bangsa Bani Israel. Seterusnya menurut Bible5 lagi bahawa Jacob dan seluruh zuriatnya Bani

Israel berhujrah ke Mesir dan anaknya Joseph menjadi gebenur di sana.

Keluarga Jacob ( Israel ) yang berhijrah ke Mesir terdiri daripada anak-anak melalui

dua isterinya; Leah dan Rachel dan dari seorang hamba perempuan Zilpah. Mereka adalah

Rueben, Simeon, Levi, Judah, Isaachar, Zebulun, Gad, Asher, Dan, Naphtali, Joseph dan

Benjamin serta anak-anak mereka. Itulah induk pertama keluarga Israel yang jumlah mereka

1 American Educator of Encyclopedia, loc.cit. hal. J-632 The Encyclopedia Americana, loc.cit. 3 Holy Bible ( King James Version ), , Zondervan ( 2002 ). Genesis; 12 : 1-7, 21: 1-3, 4 Ibid. 25: 24-265 Ibid. 45 : 18 , 26, 47 : 27.

54

Page 55: BUMI  YANG DIJANJIKAN

seluruhnya adalah seramai 70 jiwa1. Di sanalah mereka memulakan kehidupan baru dan

berkembang biak menjadi satu kaum-bangsa, Bani Israel. Bagaimanapun nasib Bani Israel

telah berubah setelah kematian Joseph dan kemunculan Fir'aun yang baru. Mereka

menghadapi penindasan dan perhambaan sehinggalah mereka dibebas dan dikeluarkan

daripada Mesir oleh pimimpin mereka yang baru, Moses.

Di dalam Exodus diceritakan bahawa kehidupan Bani Israel dalam suasana

perhambaan ini berterusan sehinggalah mereka berjaya di selamatkan oleh Moses, pemimpin

baru mereka dengan membawa mereka keluar " (Exodus) dari Mesir dengan pertolongan

tuhannya. Setelah keluar dari Mesir dengan menyeberangi Laut Merah mereka tersesat dan

merayau-rayau di padang pasir Sinai mencari-cari jalan untuk menuju ke " negeri yang

dijanjikan" (Palestin). Perjalanan dan pencarian ini dikenali sebagai " wilderness2 di Sinai

mengambil masa sehingga 40 tahun sebelum Bani Israel berjaya memasuki Palestin," negeri

yang dijanjikan ."

Tempoh " wilderness " ini adalah merupakan sebahagian besar daripada

tempoh kepimpinan Moses yang dihabiskan dalam memimpin Bani Israel yang berlangsung

di Sinai. Di dalam tempoh ini banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku dan dialami oleh

kaum Yahudi yang turut mempengaruhi perkembangan agama mereka Judaism. Apa yang

paling penting di antara peristiwa-peristiwa ini ialah Moses menerima perintah-perintah

Tuhan yang terkandung di dalam Kitab suci, di Gunung Sinai sebagai panduan untuk mereka.

1 Ibid. Genesis; 46 : 8-28. 2

?, Exodus ; 16 : 1-2,

55

Page 56: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Peristiwa-peristiwa ini tercatat di dalam empat daripada “ Buku-buku Moses yang lima “1

(Five Books of Moses) daripada Hebrew Bible. Kisah-kisah Moses dan kaumnya termuat di

dalam Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy.. Di dalam tempoh " wilderness " ini

jugalah Moses menemui kematiannya sebelum sempat membawa umatnya menjejakkan kaki

ke " negeri yang dijanjikan "

ii- Kepimpinan Hakim Bani Israel (1200 s.m. – 586 s.m. )

Era ini bermula sejurus selepas kematian Moses, di mana tanggungjawab memimpin

Bani Israel diambil alih oleh Joshua , bekas pembantu nabi itu. Di bawah kepimpinannya,

beliau telah berjaya memimpin Bani Israel memasuki Palestin, " negeri yang dijanjikan "

iaitu di sekitar tahun 1200 s.m.2 Dengan kejayaannya ini satu era baru telah bermula iaitu era

kepimpinan Bani Israel. Era ini dimulakan dengan zaman kepimpinan para Hakim di mana

Joshua dianggap Hakim pertama Bani Israel.

Menurut Bible3. di bawah kepimpinannya Joshua telah berjaya menjadikan Bani

Israel sebagai satu bangsa yang kuat dan telah berjaya menawan kota-kota di bumi Kan’an

(Palestin ) bermula di Jerico dan membersihkannya daripada lain-lain suku- kaum dalam

masa yang singkat. Namun selepas kematian Joshua, Bani Israel dipimpin oleh para

pemimpin kaum yang lemah. Tercatat di dalam Bible kisah kepimpinan seramai 14 Hakim

sesudah zaman Joshua di dalam tempoh hampir mencecah 200 tahun. Mereka adalah Judah

1, ? " Buku-buku Moses Yang Lima” bermula dengan Genesis,dan empat lagi yang disebutkan di atas adalah kitab-kitab Torah, bahagian yang pertama daripada tiga bahagian di dalam Bible. Di dalam al-Kitab al-Muqaddas, buku-buku tersebut dinamakan Safar Takwin,Khuruj, Lawiyyin, ‘adad dan Tathniyyah. 2 The World Book Encyclopdia, loc.cit. Lihat juga; Americana Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. J- 63.3 Joshua, 2-12. Lihat juga , Yasyu’, Ishah 2-12.

56

Page 57: BUMI  YANG DIJANJIKAN

( Jud; 1: 2 ), Ehud ( Jud; 3:15), Deborah ( Jud; 4:3), Gedeon (Jud; 6:14), Abimelech ( Jud;

9:22), Tola ( Jud; 10:2), Jair ( Jud; 10:3) Jephthah (Jud; 11:11), Ibzan (Jud; 12:8), Elon

(Jud;12:11), Abdon (Jud; 12:13), Samson (Jud; 15:20) Eli (Samuel; l4:18) dan terakhirnya

nabi Samuel.

.

Bagaimanapun sebagai Hakim yang juga merupakan seorang Nabi, beliau adalah

yang bertanggung jawab menerima perintah Tuhan melantik Shaul sebagai raja kepada Bani

Israel1. Dengan perlantikan itu King Saul telah mengasaskan kerajaan Bani Israel bersatu

(Israelite United Kingdom ) yang kuat bermula tahun 1020 s.m.

Kerajaan bersatu Bani Israel yang diasaskan oleh King Saul seterusnya dipimpin oleh

King David dan King Solomon (1020 s.m.- 922 s.m.). Para pemimpin Bani Israel di era

baru ini kemudiannya berjaya mengalahkan musuhnya2 dan telah menjadikan kota suci

Jerusalem sebagai ibu-kota kerajaan Bani Israel. Dengan ini kerajaan Bani Israel telah

berlangsung sebagai kerajaan yang kuat untuk sekurang-kurangnya selama satu abad.

Selepas kematian King Solomon tahun 922 s.m. takhta kerajaan digantikan oleh

puteranya Rehoboam, seorang pemerintah yang tidak bewibawa. Beliau tidak mampu

menahan kerajaannya daripada mengalami perpecahan. Di zaman pemerintahannya

sebahagian besar daripada kaum Bani Israel menentang pemerintahannya menyebabkan

1 1 Samuel; 32 Iihat, I Samuel; 7:8 & 8: 9-12

57

Page 58: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kerajaan Israel berpecah dua, kerajaan Utara berpusat di Samaria dan kerajaan Selatan

berkuasa di Jerusalem.

iii- Zaman penaklukan kuasa asing dan pembuangan Bani Israel.

Bagaimanapun menurut Bible selain dari bermusuhan sesama sendiri yang

diharamkan di dalam agama, Bani Israel telah menyimpang lebih jauh dalam kehidupan

beragama . Mereka yang mendokong kerajaan Utara telah mula menyembah berhala Baal

dan tidak lagi beribadah kepada Tuhan Israel1. Ini telah mendatangkan kemurkaan Tuhan,

menyebabkan Tuhan membiarkan penjajah Assyria menganyang Bani Israel di Utara dan

kota Samaria telah dihancurkan. Ini berlaku pada pertengahan abad ke 7 s.m. ( 721 s.m.).

Penjajahan ke atas kerajaan Utara dan kota Samaria telah menamat langsung sejarah

kewujudannya. Begitu juga ia mengakibatkan sebahagian besar dari Bani Israel yang menjadi

warga Negara kerajaan Utara telah hilang tanpa dapat di kesan2. Peristiwa ini dikenali

sebagai peristiwa “ kehilangan sepuloh suku-kaum Israel “ ( the ten lost Israeli’s tribes )3.

Selepas peristiwa ini tinggallah kerajaan Judea (Judah ) atau kerajaan Selatan yang

berpusat di Jerusalem sebagai satu-satunya warisan kerajaan Bani Israel dan ia terus bertahan

sehingga satu setengah abad berikutnya. Pada masa inilah nama Judah (Jehudah/Yehudi)

telah mendominasikan keseluruhan nama Bani Israel4.

1 2 King, 16: 10-162 Ibid. 17: 1-6 3 Maksudnya 10 suku-kaum Bani Israel yang mendokong kerajaan Utara hilang kesempurnaan jati diri mereka yang asli. Ini kerana penjajah Assyria, telah melaksanakan dasar asimilasi dan kesatuan bangsa di Samaria. Mereka memaksakan Bani Israel “ hidup bersama” dengan lain-lain etnik yang dibawa masuk oleh penjajah dan menghasilkan satu entiti bangsa yang baru, Samaritan. Lihat, History of Jewish People, ed. H.H. Ben Sasson, (1976), Weidenfeld & Nicolson, London. hal. 137.4 Lihat, Encyclopedia Americana, loc.cit. hal. 71

58

Page 59: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Namun akhirnya pendokong kerajaan Selatan ini juga turut terpengaruh dengan

penyembahan berhala Ba’al yang pernah diamalkan oleh penghuni kota Samaria.

Kemungkaran ini sekali lagi menimbulkan kemarahan Tuhan sebagaimana kemarahanNya ke

atas kerajaan Utara dahulu. Tuhan mengutuskan nabi-nabiNya Isaiah dan Jeremiah, memberi

amaran terutama kepada pemerintah Bani Israel di Jerusalem, supaya tidak terus syirik

kepada Tuhan dengan menyembah lain-lain sembahan selain dari Tuhan Israel .

Apabila pemerintah Judea terus mengepalai rakyatnya mengamalkan perbuatan

syirik penyembahan berhala dengan berleluasa, malah memenjarakan nabi Jeremiah1 utusan

Tuhan, akhirnya amaran- amaran yang dibuat oleh nabi-nabi Isaiah dan Jeremiah menjadi

kenyataan. Pada tahun 598 s.m. Nebuchadnezzar dari Babylon telah menyerang dan

menghancurkan kota Jerusalem.2. Bani Israel telah mengalami penghapusan etnik yang

dahsyat, dibunuh tanpa belas kasihan. Selebih dari itu mana-mana kaum Yahudi yang

terselamat dari pembunuhan di heret ke Babylon sebagai tawanan perang.

Penaklukan Nebuchadnezzar ke atas Jerusalem pada tahun 587 s.m. bukan sahaja

telah menamatkan sejarah kerajaan Judea, malah kerajaan Bani Israel seluruhnya. Peristiwa

penawanan kaum Yahudi di Jerusalem dan di bawa ke Babylon telah dikenali di dalam

sejarah sebagai peristiwa “ pembuangan di Babylon” ( The Babylonian exile )3. Tempoh

pembuangan kaum Yahudi di Babylon mengambil masa sekitar setengah abad.

1 Jeremiah; 32: 2-32 Lihat, Joan Comay, The Temple of Jerusalem, (1976), Weidenfeld & Nicolson, London,. hal.72.3 Lihat, History of Jewish People. loc.cit. hal. 159

59

Page 60: BUMI  YANG DIJANJIKAN

iv-Pembinaan semula Jerusalem sehingga pemusnahannya yang terakhir.

Setelah kematian Nebuchandnezzar, Maharaja Cyrus dari Persia telah menyerang dan

menamatkan kekuasaan Babylon pada tahun 539 s.m. Di bawah kerajaan Persia, kaum

Yahudi di Babylon di benarkan kembali ke Judea dan membina semula kota Jerusalem

sebagai pusat keagamaan Yahudi. Usaha pembinaan semula kota Jerusalem dipergiatkan

dibawah pengurusan Nehemiah, pemimpin Yahudi yang dilantik sebagai gabenor oleh

kerajaan Parsi, di antara tahun 445-433 s.m.1 Selari dengan pembinaan itu, Nehemiah juga

dikatakan menempatkan satu kumpulan para pendeta yang dipimpin oleh Ezra2 untuk

memimpin kehidupan beragama bangsa Yahudi.

Pendeta Ezra3 ini juga merupakan tokoh terpenting di dalam era pembangunan semula

Jerusalem ini. Beliau merupakan pemimpin agama kaum Yahudi yang dikatakan

bertanggung jawab membukukan “ Undang-Undang Moses “ ( Torah ) sewaktu di dalam

pembuangan di Babylon. Kepulangannya ke Judea adalah dihantar khas oleh pemerintah

Persia sebagai memenuhi permintaannya untuk menjayakan misi pembangunan semula

Jerusalem khasnya dibidang agama.

.

1 Lihat, Katheleen M.Kenyon, Jerusalem, (19670), Thames and Hudson, London, hal. 106-107. Lihat juga, Neh; 2: 132 Neh; 7: 73 & 8: 1-7.3 Ezra; 7: 1- 11

60

Page 61: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Walau bagaimanapun keceriaan bangsa Yahudi menikmati kebebasan tidak

berpanjangan apabila mereka kembali dijajah oleh bangsa-bangsa asing. Diantara akhir abad

ke 3 s.m. sehingga ke awal abad ke 2 s.m. muncul satu kuasa baru pimpinan Alexander dari

Greek yang berjaya mengalahkan Persia. Berikutannya seluruh tanah jajahan Persia di Asia

Barat termasuk Syria dan Judea dikuasai olehnya dan pewarisnya Seleucid1.

Di dalam tempoh ini dan sejak beberapa lama sebelumnya, budaya dan agama

Helleniesm yang berpaksikan pemujaan dewa Zeus telah menjadi amalan yang berpengaruh

besar di wilaya-wilayah persekitan Laut Medeterranean. Di zaman pemerintahan Seleucid,

kerajaan ini menggalakan amalan ini dengan membina bangunan-bangunan untuk pemujaan

dewa-dewa Greek di wilayah-wilayah jajahannya termasuk Judea. Di dalam tempoh ini

sebahagian daripada kaum Yahudi telah turut terpengaruh dengan amalan-amalan ugama dan

budaya baru ini.2 Walaupun wujud penentangan dari kalangan yang di katakan orthordok

agama ke atas pentadbiran Seleucid seperti penentangan yang diterajui oleh keluarga pendeta

Maccabes, namun ia tidak begitu berjaya. Sebaliknya apabila cengkaman kuasa Seleucid

telah lemah ia telah diambil kesempatan oleh pemimpin oppotunis Yahudi, Herod dengan

dinaungi oleh kuasa Rom3.

Herod yang oppotunis, menggelarkan dirinya sebagai “ Maharaja Bani Israel “ (King

of Israel ) dan pewarisnya yang dinaungi oleh kuasa Rom di dalam sejarahnya adalah

bersamaan dengan zaman awal Kristian. Rakaman sejarah ini tidak lagi disebut di dalam “

Perjanjian Lama “ (Hebrew Bible ) tetapi tercatat di dalam “ Perjanjian Baru “ ( New

1 Grolier Encyclopedia of Knowledge, vol. 16, loc.cit. hal. 389-3902 The Temple of Jerusalem, loc.cit. passim. hal. 109-1123 Ibid. hal, 135

61

Page 62: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Testament) 1. Di antaranya di dalam gospel St.Matthew2 zaman ini digambarkan sebagai

satu zaman yang menjijikan dari segi moral. Pada masa ini “ John the Baptis “, seorang

pendeta atau nabi, gigih berdakwah kepada penduduk Judea khasnya kepada keluarga

pemerintah agar meninggalkan kemungkaran yang akan membawa kepada kemurkaan

Tuhan.

Amalan “ courupt “ seperti ini jelas mengulangi amalan yang telah berlaku di dalam

zaman-zaman pemerintahan kerajaan Israel sebelumnya samada di Samaria ataupun di Judea

menjelang saat-saat kejatuhannya.

Setelah kematian “John the Baptis” dakwah di Judea diteruskan oleh Jesus, seorang

pemuda Israel keturunan King David. Beliau dilahirkan di Bethlehem, tempat asalnya King

David tetapi digelar “ Jesus of Nazareth”3 kerana dibesarkan di Nazareth sebagai

menggantikan tugasan “ John the Baptis “. Namun pendakwah Jesus ini turut dimusuhi

oleh keluarga Herod yang disokong oleh sekumpulan pelampau agama Yahudi yang

dipanggil Pharisee. Mereka mendesak Pontius Pilate gabenur Rom di Judea supaya

menamatkan misi dakwah Jusus. Di atas desakan ini gabenor Pilate telah mengistiharkan

hukuman bunuh ke atas Jesus4.

Walaupun peristiwa hukuman bunoh ke atas Jesus adalah sesuatu yang kontraversi

tentang hakikat kebenarannya, namun ia menggambarkan kemuncak kepada “ korupsi “

moral kaum bangsa Yahudi. Mereka jelas mengulangi amalan-amalan buruk nenek moyang 1 Gosspel of S.Matthew; 2: 1.2 Ibid. 14: 3-113 Ibid. 1 & 24 The Temple of Jerusalem, loc. cit. hal. 146.

62

Page 63: BUMI  YANG DIJANJIKAN

mereka dahulu yang sering menimbulkan kemarahan Tuhan sebagaimana yang disebut di

dalam Bible.

Akhirnya dengan sebab-sebab korupsi politik mahupun peribadi, sekali lagi pada

tahun 70 m. Tuhan membiarkan tentera Rom di bawah pimpinan putera Titus menyerang

Judea dan menghancurkan kota Jerusalem dalam peristiwa yang dikenali sebagai kehancuran

terakhir (final destruction ) ke atas kota tersebut. Ekoran dari serangan ini sebahagian

daripada masyarakat Yahudi termasuk golongan pendeta mencari perlindungan di Babylon.

Ini kerana Babylon yang berada di dalam kawalan Parsi, agak selamat daripada ancaman

Romawi dan masyarakat diaspora Yahudi ini boleh terus mengamalkan agama Yahudi.

Bagaimanapun sebahagian besar dari kaum bangsa telah mengalami pembuangan secara

besar-besaran ke seluruh tanah jajahan Rom di Eropah. Inilah sebenarnya peristiwa yang

dikenali sebagai “ diaspora “ Yahudi yang berpanjangan kewujudannya sehinga ke zaman

moden. Penempatan-penempatan diaspora ini terus menghidupkan semangat cintakan Zion

(love Zion) dengan slogan yang merupakan harapan dan cita-cita mereka untuk kembali ke

Zion (return to Zion ). Bertitik-tolak dari semangat inilah tertubuhnya pergerakan zionis di

Eropah pada abad ke 19 m. memperjuangkan gerakan mengembalikan semula kerajaan

(kingdom) Israel di Zion, iaitu Jerusalem.

Demikianlah perjalanan sejarah kaum bangsa Yahudi berdasarkan kepada catatan Bible

“ Perjanjian Lama “ ataupun Jewish Bible . Memandangkan catatan sejarah yang begitu

menyeluruh tentang perjalanan sejarah Yahudi di dalam Jewish Bible jelas bahawa isi

63

Page 64: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kandungan kitab suci Judaism ini adalah di dominasikan oleh sejarah kaum bangsa Yahudi.

Berdasarkan fenomena ini juga para penulis dan pengkaji sejarah di Barat turut menjadikan

Bible selain dari ianya dianggap kitab suci juga dianggap sebagai buku rujukan sejarah.

2.2 Judaism.

Judaism sebagaimana nama yang lebih dikenali di Barat adalah merujuk kepada

agama khusus untuk kaum bangsa Yahudi. Agama ini dipanggil Judaism kerana merujuk

kepada perkataan Judea nama negeri yang dikuasai oleh keturunan Judah, tokoh yang

dominan di dalam sejarah bangsa tersebut.

2.2.1. Judaism menurut etimologi bahasa.

Menurut The Oxford English Dictionary1 Judaism adalah kepercayaan dan amalan

agama kaum Yahudi. berasal daripada perkataan " Judah ". Judah (Heb: Jehudah) adalah

nama anak lelaki kepada Jacob. Beliau dianggap moyang kepada satu kabilah Yahudi purba

yang mengasaskan kerajaan di Selatan Palestin. Menurut The Oxford Dictionary of World

Religions2, Judah adalah putera ke empat kepada Patriarch Jacob daripada isterinya Leah.,

Beliau dianggap moyang kepada kabilah yang paling dominant di Selatan Israel, kabilah

yang terus setia dengan warisan kerajaan King David.

1The Oxford English Dictionary, (1989), 2nd ed.,: Clarendon Press, Oxford hal. .291.2 The Oxford Dictionary of World Religions, (1977), ed. John Bowker, Oxford University Press, Oxford:, hal..511.

64

Page 65: BUMI  YANG DIJANJIKAN

The Oxford Dictionary of the Christian Church1 juga menyatakan, Judaism adalah

kepercayaan dan amalan kaum Yahudi. Berasal daripada perkataan " Judah" dalam bahasa

Hebrew yang asal, " Yehudi " Ia juga merujuk kepada kerajaan Selatan di Palestin yang

berakhir dengan peristiwa "pembuangan Babylon " (586 s.m.). Demikian juga The Oxford

Reference Dictionary2 menyatakan bahawa Judaism agama kaum Yahudi, berasal dari nama

"Judah" satu daripada 12 kabilah Israel yang paling berkuasa. Selepas zaman pemerintahan

King Solomon mereka bersama-sama dengan kabilah keturunan Benjamin telah

mengasaskan kerajaan yang berasingan di Judea, selatan Palestin.

Begitu juga The New Bible Dictionary3 merujukan asal Judaism kepada nama Judah,

anak lelaki ke empat kepada Jacob daripada isterinya Leah. Keturunan Judah muncul dan

menjadi dominan selepas kematian King Solomon yang membawa kepada perpecahan

kerajaan Bani Israel. Mereka berjaya menguasai dan memerintah bahagian Selatan (yang

lebih luas daripada bahagian utara) dan mengasaskan kerajaan baru, Judea. Chambers's

Biografical Dictionary4 juga mengatakan Judah adalah nama anak lelaki keempat Jacob dari

isterinya Leah, moyang kepada kabilah yang terkuat daripada keseluruhan 12 kabilah Bani

Israel.

Pada umumnya dari segi etimologi bahasa, agama Yahudi ataupun Judaism

sebagaimana ianya dikenali di dalam tradisi Barat berasal daripada perkataan " Judah ",

nama kepada salah seorang putera kepada Jacob yang juga digelar Israel. Kaum dari

keturunan Judah ini menguasai kerajaan Selatan Israel selepas kematian King Solomon dan 1 The Oxford Dictionary of the Christian Church, (1958), Oxford: Oxford Universiti Press, , hal..748.2 The Oxford Reference Dictionary, (1986), Oxford: Clarendon Press, ,hal..446.3 The New Bible Dictionary, (London: The Intervarsity Fellowship,1962) m.s.6664 Chambers's Biografical Dictionary, ed. J.O.Throne, (New York: St.Martin Press,revised ed. 1969), m.s.719

65

Page 66: BUMI  YANG DIJANJIKAN

terus kekal menguasai saki-baki kerajaan Bani Israel selepas kehilangan kerajaan Utara di

tangan penjajah Assyria. Golongan ini kemudiannya telah menghadapi tempoh pembuangan

di Babylon namun tetap mengekalkan cara hidup beragama. Selepas kepulangan dan

pemulihan semula kota Jerusalem, cara hidup beragama mereka terus dimantapkan. Dengan

itu nama agama ini akhirnya disinonimkan dengan nama Judea atau Judah dan dikenali

dengan nama "Judaism".

Kesimpulannya Judaism berasal dari nama Judah, kaum yang berpengaruh

(dominant) dan berperanan besar di dalam perkembangan sejarah Bani Israel. Dominasinya

yang besar ke atas Bani Israel telah mempengaruhi nama agama yang diamalkan oleh kaum

bangsa itu walaupun nama Judaism ini tidak pernah tersebut di dalam Bible.

2.2.2. Judaism menurut perspektif Barat.

Di dalam perspektif Barat, secara umumnya Judaism dikenali sebagai agama bagi

kaum Yahudi. The Concise Oxford Dictionary1 secara ringkasnya menjelaskan bahawa

Judaism adalah agama orang Yahudi yang percayakan Tuhan yang Esa berasaskan ajaran

Musa dan para pendeta Yahudi. The Encyclopedic Dictionary of Religion2 juga dengan

ringkasnya menyatakan bahawa Judaism, adalah istilah bagi agama dan kebudayaan orang

Yahudi yang mereka kembangkan sejak di zaman kerajaan Judea dan Dispora Persia dalam

period (539-333 s.m.) Seterusnya melalui zaman-zaman (penjajahan) Greek (333-63 s.m.),

Roman (63 s.m.- 70 m.) Rabbis (70-400 m.) Pertengahan ( abad ke 7-16 M.) dan Emancipasi

Moden ( abad ke 18-20 M.)

1 The Concise Oxford Dictionary, (1976)6th ed., ed. J.B.Skyes, The Clarendon Press, Oxford, hal.584.2 Encyclopedic Dictionary of Religion (1979), vol. F-N, Corpus Publication, Washington D.C. copyright, hal. 1941

66

Page 67: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Encyclopedia of Religions and Etics1 juga secara ringkas menerangkan Judaism

adalah agama yang mula didakwahkan oleh Abraham dan ditandai oleh perintah "berkhatan"

Ia adalah agama tertua yang wujud di dunia. Ajaran Judaism diasaskan di atas dua dasar,

Percaya kepada Tuhan Yang Esa dan pemilihan bangsa Israel.

Menurut The World Book Encyclopedia,2 Judaism ( Joo-dee-ihz-uhm ) adalah

agama anutan kepada 15 juta bangsa Yahudi di seluruh dunia. Ia adalah agama tertua di

kalangan agama-agama besar di dunia dan yang pertama mengajar tentang monotheism

( keesaan Tuhan ). Malah menurutnya Islam dan Kristian juga berasal dari ajaran Judaism.

Ini kerana Islam juga berakidahkan keesaan Tuhan sementara Kristian pula menerima dan

percaya kepada "Hebrew Bible " yang disebutl di dalam Kristian sebagai " The Old

Testament " Hukum-hakam agama Judaism yang asas ( menurut kepercayaan Kristian)

terdapat di dalam "Torah",kitab pertama di dalam " Hebrew Bible " ataupun " Old

Testament " Bagaimanapun tidak seperti Islam dan Kristian yang lebih bersifat terbuka,

Judaism adalah agama untuk bangsa Yahudi sahaja.

Menurutnya lagi,. "Covenant with God" adalah perjanjian khas yang kaum

Yahudi percaya termeterai di antara Tuhan dengan moyang mereka Abraham. Menurut

Bible, Tuhan telah menjanjikan Abraham dan keturunannya akan diberikan berkat jika

mereka terus beribadah kepadaNya. Tuhan seterusnya memperbaharui Covenant ini

dengan Isaac putera Abraham dan Jacob putera Isaac. Jacob juga di gelar dengan nama

1 Encyclopedia of Religion and Etics (1911), vol.7, T. & T. Clarck, Edinburgh, hal.5812 The World Book Encyclopedia ( 2001), World Book Inc. , Chicago, copyright renewed hal. 179.

67

Page 68: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Israel yang dengan itu keturunannya di panggil Bani Israel. Beberapa lama kemudian

Tuhan menurunkan "Ten Commandment" dan lain-lain hukum kepada Bani Israel

sebagai panduan melalui pemimpin mereka Moses1.,

Di dalam A Dictionary of Comparative Religion2, Judaism dijelaskan

sebagai kepercayaan dan kandungan pengajaran kitab suci kaum Hebrew. Asasnya

"Covenant" iaitu satu pengisytiharan perjanjian keimanan terhadap "Tuhan semasa"

mengatasi seluruh tuhan-tuhan (berasaskan cekerwala) sembahan suku-kaum yang

berjiran Ia bermula dengan Abraham, Hebrew pertama yang berasal daripada "Urr"

(selatan Iraq), sekitar tahun 1900 s.m . Akhirnya istilah Hebrew ini diguna-pakai bagi

merujuk kepada Bani Israel setelah mereka menetap di bumi Kanaan.

Secara lebih jelas menurut The Encyclopedia of Jewish Religion3, Judaism

adalah agama kaum Yahudi, yang di dalam konteksnya yang lebih luas, merujuk kepada

keseluruhan nilai, etika, sikap dan apa sahaja yang bersifat Yahudi. Istilah "Judaism " ini

tidak terdapat di dalam Bible, tetapi mula didapati penggunaannya (Heb. Yehadut ) dalam

kitab " Midrash " . Ia merujuk kepada keseluruhan pemikiran Yahudi, bermula daripada

kepercayaan kepada Tuhan Yang Esa dan segala etika yang berkaitan. Dalam hal ini

Tuhan memanifestasikan hubungannya dengan alam dan sejarah, iaitu makhluk dan

pergerakan mereka ( creation & exodus ) Dakwah dan etika serta Ibadah dan hukum-

1 The World Book, ibid.2 A Dictionary of Comparative Religion, , (1970), gen.ed. S.G.F.Brandon, Weidenfeld & Nicolson, London,hal. 378.3 The Encyclopedia of the Jewish Religion, ( 1967), ed. Dr.R.J. Zwi Werblowsky & Dr.Geoffrew Wigoder, Massada Press Ltd., Tel Aviv, hal. 218.

68

Page 69: BUMI  YANG DIJANJIKAN

hakam yang diajarkan oleh Nabi ( Prophets) dan Padri (Priest) tercatat di dalam

Talmud Ia terus diberikan bimbingan oleh para pendeta Yahudi (Rabbis).

Demikianlah secara umumnya pengertian Judaism menurut persepektif Barat

bahawa ia adalah agama bagi kaum bangsa Yahudi. Sebagaimana dengan kaum bangsa

Yahudi, Judaism juga mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.

Berkenaan dengan perkembangan sejarah perkembangan Judaism, A

Dictionary of comparative Religion1 menyatakan bahawa Judaism berkembang secara

berperingkat. Pada peringkat pertama Judaism masih bersifat patriarchal, iaitu amalan

agama yang dibimbing oleh bapa atau datuk yang berpengaruh ( Patriarch Abraham,

Isaac & Jacob) Pada masa ini " pernyataan keimanan " menyaksikan penglibatan satu

keluarga besar ke dalam satu "perjanjian eksklusif " di antara " God of Abraham "

dengan Abraham , Isaac dan Jacob. Peringkat kedua ialah exodus iaitu keluarnya Bani

Israel daripada Mesir bersama pemimpin mereka Moses pada abad ke 13 s.m. Pada

ketika ini Tuhan Yahvist yang mengadakan covenant dengan Patriarch Abraham, Isaac

dan Jacob dahulu mengadakan covenant yang sama dengan Moses di Mt. Sinai, di atas

asas yang sama dalam bab ketuhanan. Malahan di dalam covenant pada kali ini Moses

menerima hukum dan perundangan dikenali sebagai "Undang-Undang Musa" (Mosaic

Law) yang menjadikannya asas kepada Judaism, agama rasmi untuk bangsa Yahudi.

1 Ibid.

69

Page 70: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam Historical Atlas of Religion of the World,1 juga dikatakan Judaism

berkembang di dalam sejarah secara perlahan dan berperingkat sambil menyerap

pengaruh-pengaruh kepercayaan dan kebudayaan bangsa-bangsa pra-sejarah yang

bejiran. . Daripada peradaban dan kebudayaan Babylon tempat di mana Abraham

dilahirkan. Hebrew mendapat suatu tradisi berasaskan undang-undang berasaskan

konsep kehidupan manusia mesti diuruskan oleh satu peraturan yang adil. Menurut

kepercayaan Bible, peraturan ini semestinya datang dari Tuhan yang berkuasa ke atas

seluruh alam. Daripada Mesir tempat Hebrew pernah diperhambakan mereka mendapat

semangat dedikasi yang kuat untuk hidup sebagai bangsa yang merdeka Daripada bumi

Kanaan juga Hebrew turut terpengaruh dengan unsure-unsur ketuhananna tempatan

setelah exodus ke sana.

Menurut buku ini lagi, berdasarkan kitab suci dan catatan lama kaum Yahudi,

Judaism bermula sebagai agama Tauhid yang diwahyukan Tuhan terus kepada Abraham

bagi diperkenalkan kepada manusia bahawa Tuhan pencipta alam ini adalah Tuhan

kepada semua manusia. Isaac dan Jacob meneruskan ajaran ini. Bagaimanapun berbagai

kepercayaan Jahiliyyah sempat menyerap dan memerosotkan tahap keagamaan Hebrew.

Kepada Moses Tuhan mewahyukan bahawa "Dia adalah Penguasa Sejarah sekaligus

sebagai Sumber Kebebasan dan Kecintaan". Di zaman-zaman muta'khir Judaism, para

Rabbis mengkanunkan wahyu-wahyu Musa, dibukukan dan dipanngil " Torah of Mosses

" Buku ini dianggap sebagai " Kitab Dakwah dan Qanun para Nabi Yang Terakhir "2

1 Historical Atlas of Religion of the World , Ismail Faruqi/ David E.Sopher,: Macmilan Publishing Co.Inc., New York (1974), passim. hal. 139-141 . 2 Ibid., m.s.139-141 (passim)

70

Page 71: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam The Universal World Reference Encyclopedia1 dinyatakan bahawa

Judaism adalah istilah yang timbul pada awal abad pertama (masehi ) untuk menjelaskan

agama kaum Yahudi berasaskan hukum yang di wahyukan di Gunung Sinai. Prinsip asas

Judaism adalah monotheism (kepercayaan kepada satu Tuhan). Walaupun kepercayaan

monotheism ini telah mula dianuti pada zaman Abraham, namun Judaism sebagai

agama secara rasminya terbentuk dan di asaskan oleh Moses. Sebagaimana yang

nyatakan di dalam sumber sebelumnya, sumber ini juga menyatakan bahawa

perkembangan Judaism sebagai agama bangsa Yahudi berlangsung dengan dipengaruhi

oleh tahap-tahap perkembangan sejarah budaya dan sosial bangsa itu.

Menurut sumber ini bahawa di peringkat awal Bani Israel menduduki Palestin

setelah keluar dari Mesir, amalan agama mereka hanya menekankan ibadat korban.

Begitu juga pada masa ini segala keputusan berkenaan agama terletak sepenuhnya

di tangan ketua penguasa agama (priesthood). Kemudiannya sepanjang tempoh "

pembuangan di Babylon " Judaism berpaksi sepenuhnya di atas ajaran Kitab Torah.

Pada abad ke 5 s.m. konsep monotheism matang dan stabil (setelah Bani Israel

kembali ke Jerusalem), Tuhan Israel diisytiharkan sebagai Tuhan kepada seluruh

manusia. Bagaimanapun berikutan dengan pemusnahan terakhir Negara Yahudi oleh

penjajah Roman tahun 70 Masehi, Yahudi mengalami dispora di seluruh dunia.

Pada zaman itu rumah Ibadat mereka ( Synagogue) menjadi nadi kehidupan Judaism

dan para pendetanya (Rabbis) menjadi pemimpin kerohanian.2

1 The Universal World Reference Encyclopedia,:Consolidated Book Publisher, copyright, , Chicago, (1968) hal. 2749. 2 Ibid.

71

Page 72: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sementara itu menurut The Oxford Dictionary of World Religion,1 nama Judaism

dikatakan hanya muncul pada permulaan zaman Kristian. Sebagaimana juga agama-

agama besar dunia, terdapat juga ketidakseragaman dalam kepercayaan dan amalan di

kalangan penganut Judaism. Identiti bersama mereka lebih menonjol dilihat dari sudut

bangsa yang berketurunan Abraham melalui Isaac dan seterusnya Jacob. Mereka

menganggap bangsa mereka ini adalah bangsa pilihan Tuhan untuk menerima

hidayahnya, Torah. Bagaimanapun konsep " " bangsa pilihan Tuhan " mula

dipertikaikan sejak abad ke 20 (Masehi). Ini memandangkan munculnya golongan " "

secular-cultural Jewish di samping " religious Jewish ". Golongan pertama hanya

menerima sejarah dan nilai-nilai Yahudi tetapi tidak mengamalkan hukum-hakam Torah

berbanding golongan kedua yang menrima ajaran Torah. Pun begitu di kalangan "

religious Jewish " ini juga berlaku perbezaan dalam kontek menerima Torah.dan

mengamalkannya di dalam kehidupan. Perbezaan ini melahirkan kumpulan-kumpulan.

orthordox-conservative dan Reform-Progressive.

Menurut sumber ini2 lagi bahawa asal Yahudi dan Judaism bermula dengan

keluarga Jacob ketika mereka mula-mula menetap di Canaan (Kan'aan.) Sebahagian

daripada mereka berpindah ke Mesir dan secara dramatik mereka diperhambakan di

sana. Selepas berjaya keluar daripada Mesir, " Tuhan ( Yahwh ) " mengadakan "covenant

" dengan pemimpin mereka Moses di Mont Sinai. Melaluinya Yahwh mengisytiharkan

bahawa Yahudi adalah bangsa suci pilihan Tuhan dan menggesa mereka sentiasa

melakukan korban sebagai simbol Ibadah terhadapNya. Berasaskan semangat inilah

1 The Oxford Dictionary of World Religion, loc.cit.hal. 512.2 Ibid. m.s. 512-513

72

Page 73: BUMI  YANG DIJANJIKAN

David menduduki dan menguasai Jerusalem yang dibina padanya " rumah Ibadah "

(temple ) untuk tujuan Ibadah dan Korban. " Temple " pada masa itu telah diperuntukan

kawasan "dalaman-larangan" yang paling suci yang hanya boleh dimasuki oleh seorang

yang paling tinggi kedudukannya di dalam agama Yahudi.. Akhirnya Jerusalem dan "

temple" dimusnahkan, serta Bani Israel terbuang di Babylon. Namun begitu agama ini

tetap diamalkan. Sewaktu kehadiran Jesus, Judaism telah berada di dalam peringkat

matang dan mula mengalami perbezaan-perbezaan pendapat di dalam mentafsir dan

mengamalkan covenant. Di pertengahan abad pertama Masehi sekali lagi Jerusalem

dimusnahkan dan bangsa Yahudi kehilangan tempat tinggal. Namun Judaism tetap di

amalkan dengan bimbingan para "Rabbis"

Encyclopedia of Religion and Ethics1 juga turut menjelaskan bahawa Judaism

juga telah mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan. Pada awalnya ia bermula

dengan dakwah monotheism oleh Abraham dan menjadi agama para Patriarch.

Kemudiannya ia telah berkembang menjadi agama kepada bangsa Israel. Di dalam

mengulas perkembangan Judaism di zaman-zaman terakhirnya, Encyclopedic

Dictionary of Religion2 menyentuh tentang perkembangannya di zaman penjajahan Rom

sebelum berlakunya diaspora. Menurutnya John the Baptis yang berdakwah sewaktu

Judaism telah berpecah kepada beberapa puak seperti Sadducees dan Pharisees. Begitu

juga para pengikut Jesus yang terawal adalah sebahagian dari puak-puak di dalam

Judaism di abad pertama masehi. Dalam perkembangan ini Encyclopedia of Jewish

Religion3, melihat bahawa reformasi yang dimulakan oleh Ezra pada abad ke 5 s.m

1 Encyclopedia of Religion and Ethics, loc.cit.2 Encyclopedic Dictionary of Religion, loc.cit. hal. 1942 3 Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. (passim) hal. 373-375

73

Page 74: BUMI  YANG DIJANJIKAN

adalah bahagian yang sangat penting di dalam perkembangan agama Judaism. Usaha

terpenting Ezra ialah penulisan semula kitab Torah1 di Babylon dan membacanya

kepada khalayak awam. Menurut sumber ini lagi, reformasi Ezra itu telah

memperkenalkan ciri-ciri yang terus menjamin dinamika di dalam kehidupan beragama

sehingga ke zaman moden. Ia juga dianggap perintis kepada penulisan Oral Torah

sesudahnya oleh para Rabbi dan kepimpinan mereka di dalam Judaism khususnya di

zaman-zaman diaspora. Di antara tokoh Rabbi yang terkemuka di dalam zaman

diaspora ini adalah Rabbi Judah Ha-Nasi (m. 220 m.) yang telah menghasilkan penulisan

Mishnah sebagai penjelasan-penjelasan kepada Torah. Menjelang tahun 500 m.

sekumpulan para ahli hukum agama Yahudi menghasilkan Gemara iaitu beberapa

komentar terhadap Mishnah. Kedua-duanya digabungkan kemudiannya di dalam

kompilasi buku yang dipanggil Talmud bermaksud pengajaran (teaching )2, di mana isi

kandungannya juga dianggap berasaskan konsep dan semangat Oral Torah. Akhirnya

Talmud lebih diguna-pakai oleh para Rabbi di dalam memimpin pengajaran dan amalan

agama Yahudi melalui institusi-institusi pengajian umum (Heb. Midrash) dan pengajian

khusus ( Heb. Halakhah)

1 Adalah dkatakan di dalam tempoh in Ezra, seorang pendeta telah menghafal Torah,dan membukukannya sebagai buku undang-undang Musa ( Law of Moses ) untuk dibacakan kepada khalayak tanpa terikat dengan kewujudan rumah ibadah. Sebagai seorang reformis agama, inilah yang dilakukannya apabila kembali semula ke Jerusalem. Di katakan di dalam tempoh Rumah Ibadah Sulaiman ( Solomon Temple ) masih di dalam pembinaan semula, Ezra mengumpulkan kaum Israel Judea yang memenuhi halaman malah di atas jalan di hadapan pintu gerbang utama rumah ibadah dan membacakan Torah secara langsung kepada mereka untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Sedang menurut tradisinya Torah hanya dibaca di dalam ruang yang paling suci di dalam Temple of Jerusalem. Sebelum zaman David mendapatkan penguasaan ke atas kota suci Jerusalem, buku-buku Musa hasil dari “ covenant ” di Mont Sinai tidak pernah dibacakan melainkan hanya tersimpan di dalam “ peti perjanjian Tuhan “ ( The Ark of covenant of God ). Dengan usaha ini Ezra juga dianggap sebagai pengasas sebenar kepada amalan di dalam Judaism, Lihat, Temple of Jerusalem, loc.cit hal. 104 Lihat juga, The book of Nehemiah; 8: 1-3

2 Lihat, Encyclopedia of Jewish Religion, op,cit. hal.373

74

Page 75: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikianlah pada asasnya konsepsi umum Judaism dari sudut pandangan Barat

bahawa Judaism ditanggapi sebagai agama khusus untuk bangsa Yahudi atau Bani Israel

yang mengalami beberapa tahap perkembangannya. Sejarahnya bermula dengan

"covenant" antara Tuhan dengan Patriach Abraham, Isaac dan Jacob (Israel) 1. Ia

adalah persetiaan yang menuntut keimanan kepada Tuhan dan balasannya ialah Tuhan

memberkatkan mereka dan keturunan mereka (Bani Israel) dengan menjanjikan bumi

yang dianugerahkan Tuhan kepada mereka iaitu bumi Canaan ( Palestin ). Pembaharuan

"covenant" seterusnya dikatakan berlaku di antara Tuhan dengan Bani Israel melalui

pemimpin mereka Moses di Mont Sinai selepas mereka berjaya di bawa keluar daripada

perhambaan di Mesir.

Melalui “ covenant “ di Mont Sinai inilah Tuhan memberikan “ 10 wasiat “ ( Ten

Commandment ) yang dianggap sebagai asas kepada Torah, “kitab hukum nabi Musa “

( Law of Moses ). Melalui pemberian kitab Torah ini bermulalah pembentukan dasar

Judaism sebagai sebuah agama yang berasaskan hukum-hukum dari Tuhan. Proses

perkembangan dan pembentukan Judaism sebagai agama kepada Bani Israel tidak

terhenti dan berakhir dengan kematian Moses. Malah ajarannya terus terbina dan

berkembang pada zaman nabi-nabi terkemudian seperti pada zaman King David dan King

Solomon.

1 "Abraham, Isaac and Jacob, known as the Patriarchs, are both the physical and spiritual ancestors of Judaism. They founded the religion now known as Judaism, and their descendants are the Jewish people. Of course, technically, it is incorrect to refer to Abraham, Isaac and Jacob as Jews, because the terms "Jew" and "Judaism" were not used generally to refer to this nation until hundreds of years after their time; nevertheless, for convenience and in accordance with common practice, these terms had been used". Lihat; http://www.jewfaq.org/origins.htm

75

Page 76: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pada zaman King David , Judaism telah memasuki satu fasa yang dianggap

matang. King David telah berjaya menduduki Jerusalem dan telah secara rasmi

menjadikan kota suci itu sebagai pusat ibadah korban, simbol pengabdian terhadap Tuhan

Israel. Penggantinya, King Solomon, telah membina satu rumah ibadah (Solomon

Temple) yang tersergam hebat untuk Tuhan Israel di Jerusalem pada zamannya.

Bagaimanapun bermula dengan tempoh " pembuangan di Babylon " di abad ke 5

s.m. Judaism telah mengalami satu reformasi di dalam perkembangannya. Ini merupakan

tempoh terpenting di dalam pekembangannya yang merujuk kepada reformasi agama

Yahudi yang diusahakan oleh Ezra di Babylon. Beliau telah membukukan semula Torah

dan membacakannya kepada umum sebagai panduan kehidupan kaumnya samada

sewaktu berada di Babylon dan sesudah kepulangan semula ke Jerusalem. Pembaruan

yang bermula di Babylon ini dibuat sesuai dengan suasana diaspora yang berjauhan dari “

Rumah Ibadah di Jerusalem”, di mana amalan utama sebelumnya iaitu ibadah korban

yang dilakukan di rumah Ibadat Solomon tidak lagi dapat dilakukan. Bermula dengan

reformasi ini pembacaan Torah kepada umum telah menjadi amalan utama Judaism

menggantikan korban walaupun sesudah kaum Yahudi kembali ke Jerusalem.

Inilah bentuk dan peringkat perkembangan terakhir agama Judaism. Sebaik bermulanya

diaspora di awal-awal abad Masehi, kehidupan beragama masyarakat Yahudi mutakhir

berpusat kepada pimpinan dan bimbingan Rabbi. Di dalam perkembangan mutakhir

76

Page 77: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Judaism ini, yang juga dikenali sebagai “ late-Judaism “ ia terpaksa bersaing hebat

dengan kemunculan Kristian yang juga lahir dari kalangan Bani Israel di Palestin.

Itulah perspektif umum Barat mengenai konsepsi Judaism dan

perkembangannya. Sebagai agama esklusif bagai kaum bangsa Yahudi

perkembangannya adalah selari dengan sejarah perkembangan kaum bangsa ini. Pada

dasarnya perspektif umum Barat terhadap agama ini banyak berasaskan kefahaman

mereka berdasarkan sumber-sumber dari Bible.

Namun berdasarkan wujudnya sejarah persaingan yang hebat antara Judaisma

muta’khir dan awal Kristian menyebabkan wujudnya juga beberapa sudut pandangan Barat

yang agak skeptik, terhadap Judaism yang dikatakan berasaskan Jewish Bible atau “

Perjanjian Lama “. Umumnya aliran pemikiran seperti ini adalah daripada sumber-sumber

pro-Roman Katolik yang sejak dari awal kelahiranya telah menampakan unsur-unsur

persaingan dan permusuhan ke atas Yahudi dan Judaism.

Di antaranya menurut The Catholic Encyclopaedic Dictionary, 1 Yahudi ( Heb.

Y'hudah), adalah dikatakan nama salah satu daripada 12 kabilah Hebrew. Mereka asalnya

adalah anak-anak dan keturunan Israel (Jacob) yang dipilih Tuhan untuk menerima Syariat

berasaskan WahyuNya. Bagaimanapun selepas mereka menolak Jesus Christ, iaitu

Messias/Messiah yang mereka nanti-nantikan kedatangannya sebelum itu, mereka telah

1 The Catholic Encyclopaedic Dictionary, ed. Donald attwater,2nd ed. Cassel & Company Ltd, London, (1951 ) hal. 267.

77

Page 78: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dihukum Tuhan. Bangsa dan Negara Israel dihancurkan sepenuhnya apabila tentera Roman

menyerang dan menghancurkan Jerusalem pada tahun 70 Masehi. Sejak itu bangsa Yahudi

telah terbuang (dispora ) di seluruh pelusuk dunia. dan mereka adalah pengamal " gereja

Perjanjian Lama " lantaran Tuhan telah menghantar “Perjanjian Baru “ melalui Jesus Christ.

Menurut sumber ini lagi, masalah yang terbesar dalam hal ini ialah sikap kaum Yahudi

yang telah mengamalkan sikap " tutup minda " terhadap Kristianiti sejak tragedi kehancuran

Jerusalem. Ini yang menyebabkan perhatian dan "ases " Kristianiti telah hilang daripada

kehidupan mereka. Seterusnya kenyataaan mengenai Judaism 1 menurut sumber ini lebih

jelas lagi menampakan unsur-unsur saingan atau permusuhan apabila ia dikatakan sebagai "

agama yang di wahyukan Tuhan " pada asalnya kepada Bani Israel tetapi kini telah diwakili

oleh Gereja Katholik kerana menerima misi Messiah , Jesus Christ, sedangkan Yahudi

menolaknya.

Begitu juga Dictionary of Moral Theology2 turut menyatakan bahawa Judaism

adalah agama kaum Hebrew juga dipanggil Yahudi, pada suatu masa dahulu dipilih

Tuhan sebagai saluran untuk menerima Syariat berasaskan WahyuNya untuk manusia.

Apabila Syariat itu diturunkan sepenuhnya melalui Jesus Christ, mereka menolaknya.

Dengan penolakan ini mereka telah memencilkan kehidupan mereka dengan meneruskan

kepercayaan dan upacara ibadat secara bersendirian. di luar lengkongan gereja

(Katholik).

1 . Ibid. hal. 2692 Dictionary of Moral Theology, (London: Burb & Oates Publishers to The Holy), 1962, m.s. 665.

78

Page 79: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Begitu juga pandangan yang agak skeptic terhadap Judaism seperti ini datangnya

daripada aliran sekular yang bersifat “ non-religious”. Golongan ini tidak terikat dengan

perspektif umum Barat yang berasaskan Bible dan cuba mendasarkan pandangan mereka

semata-mata berasaskan kajian akademik. Di antaranya menurut The New Bible Dictionary

mengatakan bahawa menurut satu kajian sejarah, Judaism adalah kepercayaan agama kaum

Yahudi yang dari segi faktanya tidak selaras dengan dasar "Kitab Perjanjian Lama"1. Ini

kerana walaupun agama ini di katakan bermula dengan dakwah Abraham ( 2000 s.m.) tetapi

kajian secara mendalam mendapati agama ini hanya di amalkan sepenuhnya sewaktu "

pembuangan Babylon." (500 s.m.). Seterusnya di dalam tempoh-tempoh terakhir sebelum

masehi sehingga ke tahun 70 Masehi, istilah Judaism ini lebih merujuk kepada beberapa

elemen " pengubah-suaian " daripada konsep asal "Kitab Perjanjian Lama". Malah menurut

sumber ini lagi, beberapa kajian menemukan bahawa istilah Judaism itu sendiri adalah

pengaruh daripada sebutan dan ungkapan-ungkapan yang masyhur late-Judaism. Ia

bermaksud pegangan agama kaum Yahudi ( Judea ) di zaman-zaman mutakhir iaitu di zaman

kedatangan Jesus Christ.

Begitu juga dengan lain-lain penulisan yang mewakili aliran pemikiran sekular ini

kelihatan begitu ketara cuba memisahkan sejarah kaum Hebrew (Yahudi) di Palestin dari

perspektif Bible2.

Demikianlah beberapa tanggapan dari golongan sekular dan juga pro-Katholik yang

dianggap kritikal terhadap Yahudi dan Judaism dan cuba memisahkan sejarah kaum Hebrew

1 The New Bible Dictionary, loc.cit.. hal. 670.2 Lihat, Martin Noah, The History of Israel, 2nd ed. (1982), Adam & Charles, London, hal. 3. Lihat juga, A History of the Jewish People, loc. cit. hal.3.

79

Page 80: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dengan tradisi Bible. Bagaimanapun secara umumnya kefahaman dan takrifan mengenai

sejarah Yahudi dan Judaism menurut perspektif Barat adalah lebih didominasikan oleh

sumber Bible sebagai rujukan utama. Ianya menetapkan bahawa dari segi sejarahnya kaum

Herbrew ataupun Bani Israel adalah warisan daripada Patriarch Abraham dari segi

keturunan dan juga amalan dan kepercayaan agama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

Bible pada pandangan Barat adalah juga merupakan sebuah dokumen sejarah. Hal ini lebih

jelas apabila merujuk kepada kenyataan seorang sarjana Yahudi dari Universiti Colombia,

bahawa catatan sejarah yang lebih bermakna berbanding dengan catatan-catatan peristiwa

oleh Herodotus adalah catatan Bible1.

2.3 Yahudi dan al-Yahudiyyah menurut Islam.

Sebagaimana yang diterima umum di dalam perspektif Barat bahawa entiti dan identiti

Yahudi merupakan satu gabungan kompleks di antara etnik, bangsa dan agama. Ironisnya

kenyataan umum ini juga turut diterima di dalam tradisi Islam. Namun begitu dalam

1 1- Columbia University historian, Joseph Yerushalmi, who wrote an excellent, highly-praised book called Zakhor: Jewish History and Jewish Memory, says that "If Herodotus was the father of history, the father of meaning in history was the Jews."This is a profound idea,.first, not only were Jews recording history well before Herodotus, but while Herodotus might record the events, the Jews were looking at the deeper meaning, and that deeper meaning can be found most importantly and most significantly within the Bible itself.

80

Page 81: BUMI  YANG DIJANJIKAN

perkara-perkara perkaitan yang lebih khusus Islam mempunyai takrifan-takrifannya yang

tersendiri terhadap istilah-istilah ini.

2.3.1 Bani Isra’il, ‘Ibrani dan Yahudi.

Dari sudut nasab keturunan Islam merujuk istilah Bani Israel kepada keseluruhan

kaum-bangsa dari keturunan Ya’qub (a.s) yang digelar Isra’il, generasi kedua dari zuriat

Ibrahim dari puteranya Ishaq (a.s.) melalui isterinya Sarah.1

Latarbelakang sejarah Ibrahim (a.s. ), berasal Kaldan (Iraq ) diperintahkan Tuhannya

supaya berhijrah ke Kan'an ( Palestin ), sebagaimana yang diceritakan di dalam Bible, turut

tercatat di dalam al-Qur'an. Di antaranya di dalam surah al-Anbiya'2;

71. Dan kami seIamatkannya ( Ibrahim) dan Lut ke sebuah negeri yang kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

72. Dan kami telah memberikan kepadanya (Ibrahim) lshak dan Ya'qub, sebagai suatu anugerah (daripada Kami). dan masing-masingnya kami jadikan orang-orang yang saleh

Di dalam ayat-ayat ini Allah (s.w.t) menyampaikan berita gembira kepada Ibrahim

(a.s.) bahawa Allah (s.w.t) akan menganugerahkan kepadanya zuriat keturunan, Isma’il,

Ishaq dan seterusnya Ya'akub (a.s.) yang juga bakal di lantik menjadi Nabi.

1 Dr.Sa’ud bin ‘Abd al- ‘Aziz al-al-Khallaf, Diraasat fi al-Adyan al-Yahudiyyah wa al-Nasraniyyah, (t.t.) j.1, Maktabah al-Da’awah al-Salafiyyah, hal. 362 Al-Anbiya’, 21 : 71-72

81

Page 82: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ayat-ayat ini telah ditafsirkan secara meluas oleh para mufassir (Ulama’ Tafsir)

sejak terdahulu. Ibn Jarir al-Tabari1 (m. 310 H ) di dalam kitab Tafsirnya yang masyhur

“Jami’ al-Bayan” menjelaskan berdasarkan satu riwayat daripada Ibn Ishaq, bahawa

Ibrahim (a.s.) keluar berhijrah ke (negeri yang diperintahkan Tuhannya) bersama isterinya

Sarah dan anak saudaranya Lut (mengajak manusia) beribadah kepada Tuhannya ( daripada

Kaldan di Selatan Iraq) terus ke Haran ( Utara Iraq), menuju ke Syam dan seterusnya Mesir

sebelum kembali semula ke Syam. Akhirnya menetap di Bi’r al-Sab’ (بئرالسبع)) di

selatan Palestin.

Begitu juga dengan Ibn Kathir 2 ( m. 774 H ) mentafsirkan ayat (al-Anbiya’ :71-

72) ini di dalam kitab nya Tafsir al-Qur’an al-‘Azim atau yang lebih terkenal dengan nama

Tafsir Ibn Kathir juga menyatakan hal yang sama dengan pentafsiran yang dibuat oleh Ibn

Jarir. Pentafsiran Ibn Kathir terhadap peristiwa ini lebih jelas lagi di dalam kitabnya yang

lebih khusus mengenai sejarah para nabi (a.s.) iaitu Qisas al-Anbiya 3 apabila dirujuk

kepada ayat-ayat di dalam surah al-‘Ankabut4;

1 Lihat al -Tabari, loc.cit., jil. 10, hal.6045. Lihat juga,Dr. Syawqi Abu Khalil, Atlas al-Qur’an (1423 H), Dar al-Fikr, Beirut, cet.ulangan, ,hal.43. 2 Lihat, Abu al-Fida' Ismail bin Kathir, Tafsir al-Qur'an al-'Azim ( 1424 H ), Dar al-Akhyar, Riyadh, cet. 1 hal. 961 3 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’,(t.t.), Tahqiq, al-Syeikh Qasim al-Rufa’ie, Syarikah Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam, hal. 113 4 Al-‘Ankabut, 29 : 26-27

82

Page 83: BUMI  YANG DIJANJIKAN

26-Maka Lut membenarkan (kenabian)nya. dan berkatalah Ibrahim: "Sesungguhnya Aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); Sesungguhnya dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.. 27- Dan kami anugrahkan kepda Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub, dan kami jadikan kenabian dan Al Kitab pada keturunannya, dan kami berikan kepadanya balasannya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat, benar-benar termasuk orang-orang yang saleh..

Di dalam kitabnya ini, Ibn Kathir menjelaskan kisah Ibrahim ( a.s. ) berhijrah dari

Kaldan ( Iraq ) ke Kan'an ( Palestin ), dan secara tidak langsung mengaitkannya dengan

bumi hijrah yang berkat. Katanya ketika berada bersama kaumnya ( di Iraq ) Ibrahim tidak

mempunyai anak sebab isterinya mandul. Bagaimanapun setelah berhijrah (ke negeri Syam

yang berkat )1 meninggalkan kaumnya kerana mengikut perintah Allah, bersama isterinya

Sarah dan anak saudaranya Lut, Allah ( s.w.t.) telah menganugerahkan kepadanya anak-

anak yang saleh. Daripada zuriatnya yang saleh ini lahirnya para Nabi termasuk juga Nabi-

Nabi Musa (a.s.) yang menerima Kitab al-Tawrah dan Isa (a.s.) yang menerima Kitab al-

Injil.

Di dalam tradisi Islam, Ibrahim ( a.s.) digelar Abu al-Anbiya’ , (bapa kepada para

Nabi). Ini berdasarkan " mafhum " yang dijelaskan di dalam al-Qur’an dan juga kitab suci

ahl al-Kitab2 bahawa Allah (s.w.t.) menganugerahkan kepada Ibrahim (a.s.) dengan anak-

anaknya Isma’il dan Ishaq serta zuriat daripada kedua-duanya yang turut diwahyukan

sebagai para Nabi dan Rasul (a.s.).

1 Syam adalah negeri yang meliputi Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan.. Lihat; Syawqi Abu Khalil, Atlas al-Qur'an ( 1423 H ),, Dar al-Fikr, Dimasyq, hal.42.2 Lihat, al-Qur'an;. al-Anbiya’(21: 72) dan Ibrahim (14: 39). Lihat juga; Safar Takwin, 16: 15-16 dan 17: 18.

83

Page 84: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ibn Kathir 1 menjelaskan Isma’il adalah bapa kepada bangsa Arab dan Ishaq

adalah bapa kepada bangsa Yahudi. Melalui Ishaq dan puteranya Ya’akub (a.s.)

terlangsungnya kesinambungan para Nabi dan Rasul daripada Bani Isra’il sehingga

berakhir pada 'Isa al-Masih (a.s.) Sementara daripada zuriat Isma’il (a.s.) lahirnya

Muhammad (s.a.w.) penutup kepada Risalah Kenabian.

Ibn Kathir seterusnya di dalam menjelaskan kelahiran Ishaq dan Ya'akub

( a.s.) daripada zuriat Ibrahim ( a.s.) turut memetik kisah ini daripada kitab suci ahl al-

Kitab;

" Allah berkata kepada Ibrahim; adapun isterimu itu namakan dia Sarah. Aku berkatkan ke atasnya dan

akan ku anugerahkan kepadamu anak lelaki daripadanya …. Dengan sesunggohnya isterimu Sarah akan

melahirkan seorang anak lelaki dan namakan dia Ishaq…… Aku akan berwathiqah ke atasnya dan ke

atas keturunan selepasnya……. Akan ku berkatkan ke atasnya dengan membiakkan zuriatnya dengan

banyak dan dia akan memimpin satu umat yang agung.2 "

Dalam menjelaskan hal ini Ibn Kathir memetik ayat al-Qur'an surah Hud;3

71 .Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum (ketawa ), Maka kami sampaikan

kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya) Ya'qub.

1 Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 12452 Qisas al-Anbiya', op.cit.3 Hud, 11: 71

84

Page 85: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sebagaimana penjelasan yang dibuat oleh Ibn Kathir sebelum ini menjelaskan bahawa

para Ulama dan sarjana kontemporari Islam juga turut menjadikan kitab suci ahl al-Kitab

atau yang di sebut di dalam al-Qur’an1 sebagai Asfarsebagai rujukan sejarah terutama

mengenai sejarah Bani Isra’il. Ini berasaskan keharusan yang dibenarkan oleh Rasulullah

s.a.w. untuk berbuat demikian berdasarkan satu hadith sahih;

متعم علي كذب ومن حرج وال اسرائيل بني عن وحدثوا ية ولوا عني بلغوا

النار من فليتبؤأمقعده

Maksudnya “ Sampaikan daripadaku walau satu ayat. Dan ceritakan tentang kisah Bani Isra’il, dan janganlah ragu dan bimbang. Maka sesiapa yang mengada-adakan cerita dusta dengan sengaja menyandarkan kepadaku, sediakanlah tempat tempat duduknya di dalam neraka .“2

Kebanyakan tradisi penulisan kontemporari Islam menggunakan kaedah bersepadu di

dalam membicarakan tentang Yahudi di mana mereka terus menghubung-kaitkan bangsa

Yahudi atau Bani Israel dengan agamanya al-Yahudiyyah (Judaism). Antaranya al-

Mawsu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib3, sebuah encyclopedia mengenai

agama-agama dan mazhab, di dalam permulaan pembicaraan mengenai agama Yahudi,

terlebih dahulu memperkenalkan asal usul bangsa ini. Secara ringkas dijelaskan bahwa

bangsa ’Ibrani yang terkenal dengan nama Bani Isra’il adalah keturunan daripada Ibrahim

( a.s.)

1 Al-Jumu’ah, 62 :5 2 Sahih al-Bukhari, Bab tentang Bani Isra’il, bil. 3461. 3 Al- Mausu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib al-Mu'asirah ( 1424 H ), jil.1, Dar al-Nadwah al-'Alamiyyah li al-Taba'ah wa al-Nasyr, Riyadh, cet. 5 hal. 495.

85

Page 86: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Begitu juga kaedah yang dibuat oleh beberapa orang penulis atau sarjana Islam

seperti Ahmad Syalabi dan Rauf Shalabi di dalam memperkatakan tentang Yahudi. Mereka

terlebih dahulu secara ringkas memperkenalkan identiti bangsa ini sebelum membahaskan

tentang agamanya, al-Yahudiyyah. Pada umumnya pengenalan yang dibuat menyatakan

bahawa kaum bangsa Yahudi atau ‘Ibrani ataupun Bani Isra’il adalah berasal dari keturunan

Ya'kub (a.s.) yang terkenal dengan gelaran Isra’il. Ya'akub ( a.s. ) adalah putera kepada

Ishaq ( a.s.) iaitu putera kepada Ibrahim ( a.s.) daripada isterinya Sarah1

Begitu juga penulisan Islam kontemporari turut mengambil dan menggunakan

kaedah sama dengan para ulamak silam di dalam menjelaskan sejarah asal-usul Yahudi,

‘Ibrani dan Bani Isra’il. Mereka juga terlebih dahulu merujuk kepada petikan-petikan Bible

sebagaimana para ulamak memetiknya daripada kitab-kitab ahl al-Kitab sebagai asas

perbincangan. Bagaimanapun penulisan para sarjana Islam sebagaimana halnya dengan para

Ulama silam akhirnya akan sampai kepada kesimpulan sesudah berdalilkan kepada

keterangan-keterangan daripada al-Qur'an.

Hal ini di antaranya jelas terlihat di dalam buku Tarikh Bani Isra’il min Asfarihim.

Di Dalam fasal yang bertajuk Tarikh Ibrahim wa Ishaq wa Ya'akub 'Alaihim al-Salam,

penulisnya memulakan tulisannya dengan menyatakan bahawa Bani Isra’il di nasabkan

kepada Ya'akub bin Ishaq bin Ibrahim. Diceritakan bahawa Ibrahim berhijrah ke negeri

Kan'an ( Palestin )2. Walaupun kenyataan-kenyataan Asfar mengenai perjalanan hijrah

1 Lihat, Rauf Syalabiyy ( Ph.d.), al-Tafkir al-Dini qabl al-Islam – Mutalaah fi Matabah Ulama' al-Malayu, (t.t.), Dar al-Thaqafah, Doha, hal. 353. Lihat juga; Ahmad Syalabi ( Ph.d.), al-Yahudiyyah( 1978), Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, cet. 5, hal. 48.2 Muhamad 'Izzah Darwazah, Tarikh Bani Isra’il min Asfarihim ( 1969 ), Maktabah al-'Asriyyah li al-Taba'ah wa al-Nasyr, Beirut, hal. 26.

86

Page 87: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ibrahim dan keluarganya ini ada sedikit percanggahan, misalnya antara kitab 11 dan 12,

namun pengarang buku ini membuat kesimpulan bahawa hakikat hijrahnya Ibrahim ( a.s.)

dari Iraq ke Palestin adalah satu kenyataan dan diakui oleh semua pihak terutama al-

Qur’an1.

Begitu juga pengarang buku al-Yahud fi al-Qur'an2, dalam menjelaskan kedudukan

Ibrahim ( a.s.), sebagai " bapa " kepada Yahudi dan Arab telah menyebut bahawa beliau di

anugerahkan dua orang putera, Isma’il dan Ishaq. Ishaq seterusnya beroleh seorang putera,

Ya'akub yang digelar Isra’il Daripada beliaulah lahirnya 12 putera yang menjadi induk

kepada Bani Isra’il. Sementara Isma’il pula menjadi moyang kepada Arab Hejaz yang

melahirkan Nabi Muhamad ( s.a.w).

Penulis al-Madkhal Ila Dirasat al-Adyan wa al-Mazahib3, juga menggunakan

pendekatan yang sama ketika menjelaskan asal Yahud. Katanya mereka adalah keturunan

daripada Ibrahim ( a.s.) yang hidup di sekitar tahun 2000 s.m. Berasal dari kota Urr,

Kaldan ( Iraq ) dan berhijrah meninggalkan Kaldan ke beberapa tempat sehingga wafat dan

dikebumikan di Hebron ataupun dipanggil al-Khalil di Palestin. Apabila membicarakan

Ishaq ( a.s.) beliau mula memetik pandangan Bible yang mengatakan Ishaq berkahwin

dengan sepupu perempuannya dan memperolehi dua anak lelaki kembar; 'Isau dan Ya'qub

1 Ibid.2 'Afif 'Abd al-Fattah Tarah, al-Yahud fi al-Qur'an ( 1965 ), Dar al-'Ilm li al-Malayin, Beirut, cet.9 hal. 97-983 Al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq Mahmud Aswad, al-Madkhal Ila Dirasat al-Adyan wa al-Mazahib ( 1981 ), jil. 1, Dar al- ‘Arabiyyah li al-Mausu'at, Beirut, , hal. 143-144

87

Page 88: BUMI  YANG DIJANJIKAN

yang juga digelar Isra’il. Daripada nama beliau inilah timbulnya penamaan Bani Israel

kepada keturunannya kaum Yahudi.

Sementara itu di dalam perbahasan mengenai asal kata 'Ibri atau ‘Ibrani (Hebrew )

penulis buku Qissah al-Diyanat,1 cenderung memilih pendapat yang mengatakan

bahawa istilah ini berasal dari bahasa tempatan pribumi Kan’an. Merekalah kaum

perintis yang menuturkan istilah ('Ibri ) yang merujuk kepada Ibrahim (a.s.) dan

anggota keluarganya. yang bermigrasi (daripada Iraq) ke negeri mereka Kan’an dengan

menyeberangi sungai-sungai Dajallah dan Furat. Selanjutnya zuriat Ibrahim (a.s.) yang

terus menetap di bumi Kan’an selepas kewafatannya dipanggil (عبراني – ‘Ibrani )

Jelas apa yang ditekankan oleh penulis ini ialah kaitan nama ( ‘Ibri ) dengan

perbuatan Ibrahim a.s. meneyeberangi sungai-sungai Dajjalah dan Furat2. Di dalam

bahasa Arab perbuatan menyeberang sesuatu disebut ( عبر- ‘abara ). Dari sudut lain

pula penulis ini menjelaskan bagaimana timbulnya istilah Bani Isra’il. Menurut beliau

lagi3 semenjak Ibrahim a.s. menetap di Kan’an, Allah s.w.t. telah menganugerahkannya

seorang putera bernama Ishaq dan Ishaq pula beroleh putera bernama Ya’qub.

Sementara itu Ya’qub ini pula mempunyai satu lagi nama atau gelaran iaitu Isra’il.

Oleh hal yang demikian anak-anak dan zuriat kepada Ya’qub a.s. dinamakan Bani

Isra’il.

1 Sulaiman Muzhir, Qissah al-Diyanat, (1995), Maktabah Madbuli, Qahirah, hal. 322-3232 Termasuk juga menyeberangi Sungi Litani yang di sebut di dalam Bible dan keterangan di dalam Rabbinic Writings sebagai” Great River of Euphrates” bermaksud Sungai Besar yang mengalir dari tanah tinggi Euphrates di Lubnan. Inilah sungai yang menandai sempadan Bumi Kan’an di bahagian paling utara, di antaranya dengan Lubnan. )3 Ibid.

88

Page 89: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Mengenai istilah (‘Ibrani ), ataupun (‘Ibri ), penulis Al-Yahudiyyah wa al-

Sahyuniyyah bersetuju dengan pendapat seorang Oreintalis Barat setelah satu

perbahasan yang panjang mengenainya.1 Menurut pendapat ini asalnya Bani Isra’il di

peringkat permulaan, hidup secara nomad di bahagian yang bergurun di bumi Kan’an.

Pribumi Kan’an dan juga orang-orang Mesir yang telah sedia hidup bertamadun

memanggil Bani Isra’il dengan panggilan (‘Ibri ) bermakna orang nomad.

Bagaimanapun sesudah Bani Isra’il mula mengenali kehidupan bertamadun, mereka

lebih suka memperkenalkan kaum mereka dengan nama Bani Isra’il.

Dr. As’ad al-Sahamrani di dalam bukunya Min al-Yahudiyyah Ila al-

Suhyuniyyah2, juga menyebutkan bahawa ramai yang keliru apabila menyamakan istilah-

istilah ‘Ibriyyun, Isra’iliyyun, Yahudi dan Suhyuni. Katanya kekeliruan ini berpunca

daripada buku-buku penulisan tradisi kaum Yahudi terutama penggunaan dua istilah ‘Ibri

dan Yahudiyy seolah-olah keduanya adalah sesuatu yang sama. Sedangkan kedua-duanya

adalah entiti yang benar-benar berbeza. Istilah ‘Ibri menurut beliau telah diguna pakai sejak

ribuan tahun sebelum Musa (a.s.), lama sebelum wujudnya istilah Yahudi. Istilah ‘Ibri telah

di fahami secara umum oleh bangsa-bangsa purba yang mendiami Tanah Arab, walaupun

1 Ahmad ‘Abd al-Ghafur ‘Attar Al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah. (1972), Dar al-Andalus, (t.tp.), hal. 12 -13.2 Dr, As'ad al-Sahamraniyy, Min al-Yahudiyyah ila al-Suhyuniyyah, ( 2000), Dar al-Nafa'es, Beirut, cet.2 hal.16-17

89

Page 90: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sedikit berbeza dailek di antara mereka sebagai, "golongan manusia yang hidup merayau-

rayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa negeri kediaman yang tetap".

Inilah yang berlaku kepada Ibrahim a.s. ketika mula-mula sampai ke Kan’an (bahagian

utara bumi Arab) sebagai pendatang, beliau dikenali sebagai Ibrahim al-‘Ibri. Berdasarkan

kenyataan ini, menurut Dr. As'ad bahawa bukanlah Ibrahim a.s. orang pertama di gelar

al-‘Ibri ( Hebrew ) tetapi mana-mana pendatang yang asing bagi pribumi Tanah Arab akan

dipanggil ‘Ibri. Persoalannya mengapa kaum Yahudi menyamakan istilah ‘Ibri dengan

Yahudi yang sejarah kewujudan di antara keduanya berjarak ribuan tahun. Sebagai

jawapannya beliau menyatakan inilah hasil usaha penulisan tradisi kaum Yahudi.1 Dengan

menyatakan kaum mereka, Yahudi sebagai ‘Ibri atau ‘Ibrani akan menggesahkan tuntutan

dan dakwaan bahawa merekalah bangsa pribumi Palestin dan negeri-negeri di sekitarnya

(Kan’an) Ini adalah kerana istilah kaum ‘Ibri telah lama wujud dan terkenal sejak alaf

kedua s.m.sebagai merujuk kepada kumpulan nomad yang hidup dalam keadaan sentiasa

berpindah randah di dalam kitaran padang pasir Kan’an di bumi Syam.

Mengenai istilah. ‘Ibrani (Hebrew) yang sering diguna pakai di Barat bagi merujuk

kepada Yahudi (Jews), Prof. Dr. Ahmad Syalabi di dalam bukunya Muqaranah al-Adyan -

al-Yahudiyyah2 terlebih dahulu memetik pendapat beberapa orang sarjana Barat sebagai asas

kajian dan perbandingan sebelum sampai kepada satu kesimpulannya sendiri. Beliau

mengatakan sarjana Barat sendiri tidak sependapat di dalam menentukan asal makna

1 Ibid.2 Ahmad al-Syalabi (Ph.d.), Muqaranah al-Adyan - al-Yahudiyyah cet.5, ( 1978) , Maktabah al-Nahdah al-Misriyyah, al-Qahirah, hal. 48.

90

Page 91: BUMI  YANG DIJANJIKAN

(Hebrew), walaupun bersetuju bahawa rujukannya terakhirnya adalah kepada keturunan

Abraham ( Ibrahim a.s.)

Di dalam polemik ini akhirnya Dr. Ahmad Syalabi bersetuju dengan satu pendapat

yang mengatakan bahawa istilah (Hebrew ) dirujuk kepada tabiat kehidupan asal Bani Israel

sewaktu mereka mula menghuni bumi Kanaan1. Ia bertitik-tolak daripada perkataan ( ‘Ibri )

yang difahami daripada konteks kedua-dua bahasa Ibrani dan Arab. Ia memberi makna

menyeberangi jalan, atau lembah, atau sungai yang bermaksud bergerak dan berpindah

randah yang merupakan ciri khusus kepada cara hidup penghuni gurun padang pasir.

Unggapan ini dirujuk kepada Bani Isra’il pada peringkat awal kehidupan mereka di bumi

Kan’an. Ini adalah kerana pada ketika itu mereka hidup secara nomad sentiasa berpindah

randah dari lembah ke satu lembah yang lain bersama-sama kambing dan unta mereka untuk

mencari sumber air dan pada rumput yang lebih baik pada satu-satu masa. Golongan yang

mula-mula mengunakan unggkapan ( ‘Ibri ) ini adalah pribumi Kan’an dan orang-orang

Mesir untuk merujuk kepada Bani Isra’il. Ini dikatakan untuk membezakan meraka yang

telah hidup bertamadun di dalam lingkungan negara-negara kota, sedangkan Bani Israel

mengungsi bahagian selatan bumi Kanaan yang bergurun hidup secara nomad

Inilah di antara beberapa contoh penulisan para sarjana kontemporari Islam mengenai

Yahudi ( Jew ) ‘Ibrani, ( Hebrew ) dan Bani Isra’il (Israel). Berdasarkan fakta-fakta dan

1 Ibid.hal. 48-49

91

Page 92: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dalil-dalil penulisan yang kukuh, golongan ini memaparkan bukti yang jelas bahawa

setiap satu daripada istilah-istilah ini membawa makna dan mewakili intiti yang

tersendiri. Walaupun semua istilah-istilah ini saling berkaitan rapat di antara satu dengan

yang lain, namun ianya bukanlah sesuatu yang sinonim sebagaimana yang diguna pakai

oleh para sarjana Barat. Jelas bahawa latarbelakang setiap istilah-istilah tersebut adalah

berbeza di antara satu dengan yang lain..

Sebagaimana penemuan-penemuan dari kajian ilmiah menunjukan di dapati bahawa

istilah-istilah Yahudi, ‘Ibri dan ‘Ibrani adalah berbeza di antara satu dengan lain, istilah-

istilah Yahudi dan Bani Isra’il lebih lagi berbeza menurut konsep al-Qur’an. Menurut

penulis al-Syakhsiyyah al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur’an berdasarkan kepada

keterangan-keterangan al-Qur’an dan tafsiran para’Ulama bahawa istilah Bani Isra’il

adalah merujuk kepada makna umum termasuk para Nabi dan Salihin dari keturunan

Ya’qub (Isra’il) a.s.. Malahan sejarah mereka bersama para Anbiya’ menghadapi

permusuhan kaum kafir dan zalim seperti tentera Fir’aun dan Bukhtansar (Nebuchadnezzar)

adalah dianggap sebagai sejarah kaum Muslimin dari kalangan Bani Isra’il. Bagaimanapun

al-Qur’an secara lebih khusus merujuk istilah Yahudi kepada keturunan dari kaum-bangsa

ini yang memusuhi Rasulullah (s.a.w.) serta mendedahkan tabiat buruk dan perancangan

jahat mereka terhadap umat Islam pada zamannya di Madinah1.

1 Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi, al-Syakhsiyah al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur’an (1998) , Dar al-Qalam, Dimasyq, hal. 39-40. Lihat juga, al-Tabari, loc.cit. j. 9, hal. 5437

92

Page 93: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dengan ini jelas menurut Islam bahawa istilah-istilah ini khususnya dua istilah iaitu

Bani Isra’il dan Yahudi ini adalah saling berkaitan, namun ianya masih mempunyai

perbezaan dan wakili konsep yang tersendiri. Pada asasnya kaitan dan perbezaan di antara

keduanya ialah di antara makna-makna umum dan khusus.

2.3.2. Al-Yahudiyyah menurut Islam.

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini di dalam kebanyakan penulisan Islam

kontemporari yang membicarakan istilah-istilah‘Ibrani (Hebrew) dan al-Yahud, terus

mengaitkannya dengan persoalan al-Yahudiyyah. Antaranya menurut al-Mausu'ah al-

Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib1 bahawa al-Yahudiyyah adalah dikatakan agama bagi

kaum ' ‘Ibrani atau lebih terkenal sebagai Bani Isra’il yang bermula dengan Ibrahim ( a.s.)

Seterusnya Allah ( s.w.t.) mengutuskan Musa ( a.s. ) kepada kaum ini sebagai nabi mereka

dan diperkuatkan kenabiannya dengan penurunan kitab al-Tawrah. Adapun nama al-

Yahudiyyah kerana dinisbahkan kepada bangsa Yahudi lantaran ia telah dijadkan sebagai

agama bangsa kepada kaum-bangsa ini.

Demikian juga al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq di dalam bukunya al- Madkhal Ila

Dirasah al-Adyan wa al-Mazahib2 bahawa al-Yahudiyyah adalah agama perkauman3

1 Al-Mausu'ah al-Masirah, j.1, cet. 5, (2003), al-Nadwah al-‘Alamiyyah li al-Syabab al-Islamiyy ( WAMY ), Riyadh:hal. 495.2 ‘Al-‘Amid ‘Abd al-Razzaq Mahmud Aswad, al-Madkhal Ila Dirasah al-Adyan wa al-Mazahib (1981), j.2, cet.1, , Dar al-‘Arabiyyah li al-Mausu'at, Beirut, hal. 141.3 Ibid. hal. 149-150

93

Page 94: BUMI  YANG DIJANJIKAN

pengikut Nabi Musa (a.s.). Mereka semuanya berbangsa Yahudi berketurunan Ya'qub

bin Ishaq. bin Ibrahim (a.s.). yang berkembang di Mesir. Berasaskan ini Yahudi

mendakwa bahawa Ibrahim a.s. adalah moyang pertama kepada kaum bangsa mereka.

Seorang sarjana kontemporari Islam Nusantara Dr H.O.K. Rahmat turut menulis

mengenai al-Yahudiyyah. Di dalam bukunya yang di terjemahkan ke dalam bahasa Arab, al-

Tafkir al-Diniyy fi al-‘Alam qabla al-Islam1, oleh Dr Rauf Syalabi beliau telah

menghubungkaitkan istilah-istilah Yahudi, Bani Isra’il dan ‘Ibrani dengan al-Yahudiyyah.

Menurut beliau perkataan Yahudi ( Judeh ) adalah satu kelompok daripada kabilah Bani

Isra’il.yang telah wujud sejak 722 tahun sebelum kelahiran al-Maseh., dan dari keturunan ini

lahirnya Dawwud (a.s.) Akhirnya nama Yahudi telah merangkumi keseluruhan kaum Bani

Isra’il. Bagaimanapun menurut beliau bahawa di zaman moden ini istilah Yahudi lebih

merujuk kepada agama dan istiadat kaum bangsa Yahudi . Dengan kata lain al-Yahudiyyah (

Judaism ) adalah agama perkauman khas untuk bangsa Yahudi.

Sementara itu Ahmad ‘Attar di dalam bukunya al-Yahudiyyah wa al-

Suhyuniyyah2 menyatakan kebanyakan pendapat melihat Bani Isra’il, ‘Ibrani dan

Yahudi adalah sesuatu yang sama sedangkan sebenarnya ia tidak sama. Bani Isra’il di

rujuk kepada keturunan al-Asbat iaitu 12 putera kepada Israel iaitu Ya'qub (a.s.) yang

dibawa keluar daripada Mesir oleh Musa (a.s.). Adapun Yahudi hanyalah salah satu

qabilah daripada al-Asbat, iaitu nasab keturunan daripada Yahuza ( Yehuda), putera

1 Rauf Syalabi (Ph.d), al-Tafkir al-Dini qabla al-Islam, (t.t.) mutala'ah fi Maktabah ‘Ulama al-Malayu ( Doha: Dar al-Thaqafah, hal. 3532 Al-Yahudiyyah wa al-Suhyuniyyah, loc.cit.

94

Page 95: BUMI  YANG DIJANJIKAN

keempat kepada Ya'qub (a.s.) Asalnya puak Yahudi ini menamakan diri mereka Yahudi

untuk membezakan dengan lain-lain kabilah Bani Isra’il. Ini berlaku selepas perpecahan

kerajaan Bani Isra’il ( sesudah kewafatan Sulaiman a.s.), di mana sebahagian yang lebih

besar mengguna pakai nama kerajaan Israel manakala bakinya yang dikuasai oleh

keturunan Yehuda dan Bunyamin mengambil nama kerajaan Yehuda. Golongan ini lebih

panjang hayatnya dan lebih dominan dengan menguasai kota Jerusalem walaupun

sesudah penaklukan kaum penjajah Assyria ke atas Samaria, ibukota kerajaan Utara Bani

Israel, sehinggalah Jerusalem dijajah oleh Nebuchadnezzar. Bertitik-tolak daripada ini

akhirnya qabilah Yahudi (Yehuda) telah mendominasikan keseluruhan kaum Bani Isra’il

di mana nama kaum-bangsa itu telah disinonimkan dengan nama Yahudi dan telah turut

mendominasikan agamanya sehinggakan agama mereka telah dikenali sebagai " agama

Yahudi "

Islam sebagaimana juga dengan perspektif umum Barat mengenai Yahudi dan

Judaism turut menjelaskan bahawa agama Yahudi (al-Yahudiyyah /Judaism ) mengalami

proses perkembangannya dalam tempoh yang agak panjang sebelum wujud dalam bentuk

nya yang terakhir. Proses perkembangan ini pula adalah selari dan selaras dengan proses

perkembangan sejarah bangsanya Yahudi atau Bani Isra’il, sebagaimana yang tercatat di

dalam Bible. Perkaitan di antara sejarah bangsa dan agama Yahudi ini telah

mendominasikan keseluruhan isi kandungan Bible – Old Testaments (Jewish Bible).

Dominasi tersebut begitu jelas sehingga sebahagian terawal sejarah ini dikenali sebagai

sejarah zaman awal Bible1.

1 Sejarah zaman awal Bible merujuk kepada sejarah di antara zaman-zaman Abraham sehingga ke zaman Moses, tercatat di dalam buku-buku Genesis dan Exodus. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356

95

Page 96: BUMI  YANG DIJANJIKAN

96

Page 97: BUMI  YANG DIJANJIKAN

BAB III

KITAB SUCI AGAMA YAHUDI

Bab ini akan membahagikan perbincangannya kepada dua fasal. Fasal

pertama akan membincangkan kitab-kitab suci agama Yahudi (Judaism) dari sudut

pandangan Barat. Manakala fasal kedua adalah perbincangan mengenai kitab-kitab suci

agama Yahudi dari sudut pandangan Islam.

3.1 Kitab suci Judaism menurut pandangan Barat.

Kitab suci asasi bagi agama Yahudi adalah " Hebrew Bible” ataupun “Jewish

Bible”. Bagaimanapun kitab suci ini lebih dikenali sebagai " Old Testament "

( Perjanjian Lama ) menurut tradisi Kristian Barat. Kewujudan kitab ini dan sifatnya

sebagai kitab suci agama Yahudi bukan sahaja diterima oleh Yahudi dan tradisi

kesarjanaan Barat, tetapi juga diterima dan diperakukan oleh tradisi kesarjanaan Islam.

3.1.1 Kitab suci agama Yahudi menurut kesarjanaan Barat.

Pada umumnya menurut tradisi kesarjanaan Barat, kitab suci bagi agama Yahudi

dikenali sebagai Jewish Bible. Menurut The New Encyclopedia Britannica1 bahawa

Bible adalah kitab suci bagi kedua-dua agama Yahudi ( Judaism ) dan Kristian. Sementara

1 The New Encyclopedia Britannica, vol. 2, loc.cit. hal. 194.

97

Page 98: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bible di sisi Kristian adalah terdiri daripada dua teks, Perjanjian Lama ( Old Testament )

dan Perjanjian Baru ( New Testament ), Bible di sisi Judaism hanyalah satu teks, iaitulah

apa yang dikenali sebagai Jewish Bible atau Perjanjian Lama ( the Old Testament )

menurut Kristian. Begitupun dalam memperkatakan isi kandungan (Jewish Bible), ia

dinyatakan sebagai gabungan kisah-kisah mengenai ketuhanan, kenabian, kependetaan,

raja-raja dan lain-lain aspek seperti sastera dan lagu-lagu rakyat semakin menjadi bahan

kajian kritikan intensif dari sudut akademik dan saintifiknya1.

Menurut American Educator Encyclopedia2 bahawa Bible adalah suatu koleksi

penulisan purba yang mengandungi ayat-ayat yang dianggap suci oleh kedua-dua agama

Kristian dan Yahudi. Demikian juga jelasnya bahawa Bible Kristian terbahagi kepada dua

bahagian utama, The Old Testament ( Perjanjian Lama ) dan The New Testament

(Perjanjian Baru). Sedangkan Bible Yahudi ( The Jewish Bible ) hanyalah satu, sebuah

kitab suci rasmi, iaitulah yang dirujuk sebagai " Perjanjian Lama" menurut Kristian.

Menurut sumber ini lagi bahawa perkataan Testament itu sendiri bermakna Covenent

bermaksud perjanjian ataupun persetiaan. Tema utama di dalam " Perjanjian Lama " adalah

perjanjian atau persetiaan di antara " Jehovah " dan Yahudi, di mana " Jehovah " akan

menjadi Tuhan kepada Yahudi dan Yahudi pula akan menjadi umatnya.

Mengenai bagaimana Hebrew Bible dihasil dan dan berlangsung di kalanagn Bani

Israel, encyclopedia3 ini menyatakan pada asalnya ia adalah cerita-cerita lisan rakyat kaum

Hebrew. Lama sebelum kaum ini tahu menulis, segala cerita-cerita rakyat, hukum-hukum

1 Ibid. vol. 14, hal. 903-904 2 American Educator Encyclopedia, (New York : United Educators Inc. 1964), m.s. 136-137 3 Ibid. hal.137

98

Page 99: BUMI  YANG DIJANJIKAN

peraturan suku-kaum yang asas, puisi dan lagu-lagu semangat etenik, cerita-cerita pahlawan

legenda dan catatan-catatan sejarah diturunkan dari generasi ke generasi secara tradisi lisan.

Apabila bermulanya tradisi penulisan, ramai yang memberikan sumbangan memindahkan

tradisi lisan tersebut kepada tulisan dan di dalam tempoh lebih dari 1000 tahun, ia

menghasilkan satu himpunan koleksi yang akhirnya diterima sebagai Jewish Bible. Selain

beberapa lembaran buku tulisan nabi-nabinya, ramai juga para penyair yang beremosi dan

pencinta sejarah bangsa yang berimaginasi dan ramai ramai lagi yang tidak diketahui

indentitinya secara umumnya turut menghasilkan penulisan Bible ini.

Menurut The Encyclopedia Americana1 pula Bible adalah Kitab ataupun koleksi

kitab-kitab suci kepada Yahudi dan Kristian yang selalunya dipanggil " Kitab Suci Bible "

( The Holy Bible ). Ia terbahagi kepada dua bahagian, Perjanjian Lama ( Old Testament )

dan Perjanjian Baru ( New Testament ). The Old Testament adalah Kitab Bible Yahudi

Purba ( ancient Hebrew Bible ), tersimpan sebagai khazanah bangsa itu sejak berabad-abad

yang lalu.

Menurut sumber ini lagi2, bahawa teks asal Old Testament adalah berbahasa

Hebrew dan kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahsa lain di mana seawalnya ia

diterjemahkan ke bahasa Aramaic, bahasa yang turut dipertuturkan oleh Yahudi di Palestin

dan seluruh wilayah-wilayah di Timur Tengah selepas "zaman pembuangan (di Babylon ) ".

Namun apa yang menarik di bawah tajuk “penulisan yang dipertikaikan” (disputed writings)

1 The Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit., hal. 647 2 Ibid. hal. 650

99

Page 100: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dinyatakan bahawa di dalam penulisan para nabi (Nevi’im) selain dari Torah dan juga

penulisan para pendeta (Rabbinic writings/Kutuvim) terdapat bukti yang kukuh wujudnya

penulisan yang dipertikaikan tentang penambahan dan pembuangan yang melibatkan

beberapa buku selain dari Torah. Ini terhasil sewaktu proses penterjemahan ke bahasa Latin

sejak awal abad ke 3 s.m.pada abad ke 6 s.m. Begitu juga berikutan dengan penjajahan

"Alexander the Great " bahasa Greek menjadi bahasa yang berpengaruh (dominant), Jewish

Bible diterjemahkan ke dalam bahasa Greek. Begitupun di dalam Kristian ia dianggap

sebagai bahagian pertama daripada kitab sucinya yang mempunyai dua bahagian di mana

bahagian keduanya dengan terjemahan bahasa Greek. dipanggil " Perjanjian Baru " (New

Testament ).

Menurut Encyclopedia of Religion and Ethics1 perkataan Bible pada umumnya

memberi makna buku (kitab ) suci khusus kepada Kristian dan juga Yahudi. Berasal dari

bahasa Latin " Biblia " dalam kata-jamak yang memberi erti koleksi buku-buku. Ia

sebenarnya jika dirujuk kepada konsep asalnya adalah gulungan lembaran ( rolls ) yang

bertulis dengan ayat-ayat suci. Contohnya warisan koleksi kitab-kitab suci Hebrew yang

dipanggil Old Testament hampir keseluruhannya tertulis di atas lembaran kulit.

Mengenai persoalan kandungan di dalam penulisan Hebrew Bible ataupun Old

Testamen, encyclopedia2 ini menyatakan bahawa ia memuatkan empat perkara utama.

Pertama lagu-lagu-lagu puisi purba Israel. Adalah lebih dari satu analogi bahawa permulaan

literasi di kalangan bangsa Israel bermula dengan lagu-lagu puisi. Karekter lagu-lagunya

1 Encyclopedia of Religion and Ethics , vol. 2, loc.cit. hal. 562-5632 Ibid., hal. 563-564.

100

Page 101: BUMI  YANG DIJANJIKAN

berkisar tentang ketuhanan Yahweh ,( tuhan kepada Israel) dan juga tentang pergantungan

nasib Israel sepenuhnya kepada Yahweh. Kedua penerusan sejarah Bani Israel di dalam

bentuk prosa. Perkembangan literasi bangsa Israel berasaskan prosa mula berkembang maju

pada zaman King David. Tema utama prosa pada zaman ini ialah peradaban dan kemajuan

tamadun Bani Israel terutama pada masa pemerintahan King Solomon.

Seterusnya perkara ketiga yang menjadi kandungan penulisan Hebrew Bible ialah

tentang penulisan nabi-nabi terdahulu. Ia lebih merupakan biografi nabi-nabi terdahulu

( sebelum Moses ) ataupun Patriarch (Abraham, Isaac dan Jacob ). Perkara keempat adalah

sejarah hukum ataupun lebih di kenali sebagai " Kitab Musa ". Ini adalah kerana persoalan

hukum kanun di kalangan Israel lebih di lihat sebagai wahyu Tuhan kepada Musa berbanding

dengan nabi-nabi yang lain.

Encyclopedic Dictionary of Religion1 juga menjelaskan Bible berasal dari perkataan

Greek ( biblia ) yang bermakna himpunan buku-buku. Ia ditakrifkan sebagai kitab suci yang

tertinggi bagi agama Kristian dan Yahudi. Ia dipercayai ditulis oleh individu-individu yang

yang mendapat petunjuk daripada Tuhan. Namun begitu, walaupun pada zahirnya bilangan

buku-buku individu berkenaan yang wujud adalah 39 buku, secara rasminya hanya

sebanyak 24 buku-buku sahaja yang dikira dan termuat di dalam Hebrew Bible, ataupun apa

yang dianggap sebagai Old Testament (covenant) oleh penganut Kristian.

Kenyataan-kenyataan dan penjelasan dari beberapa encyclopedia tersebut mengenai

perkataan Bible/biblia menepati maksud asalnya kerana Bible menurut kepercayaan Yahudi

1 Encyclopedic Dictionary of Religion, vol. A-E, ( Washington D.C. : Corpus Publication,1979, m.s. 446.

101

Page 102: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dan Kristian adalah gabungan daripada beberapa buku yang dihasilkan oleh para Nabi dan

Rabbi dari kalangan Bani Israel. Namun bilangannya menjadi pertikaian di antara dua

kelompok agama ini, samada 24 ataupun 39 buku.

3.1.2 Kitab suci menurut tradisi Yahudi

Mengenai Jewish Bible, sebagai kitab suci agama Yahudi, The Encyclopedia of the

Jewish Religion1 menjelaskan bahawa istilah yang berasal daripada perkataan Greek, Biblia

ini sebenarnya terjemahan daripada bahasa Hebrew, sepharim ( himpunan buku-buku ).

Selanjutnya encyclopedia ini menjelaskan bahawa Hebrew Bible lebih terkenal di kalangan

kaum Yahudi dengan nama panggilan TaNaKH, singkatan daripada gabungan perkataan

Torah ( Undang-undang ), Neviim ( Nabi-nabi ), Ketuvim ( penulisan ). Lain-lain nama

bagi Hebrew Bible ini ialah; kitvei ha-kodesh ( kitab suci ) dan mikra ( bacaan –

menggambarkan bahawa kitab suci ini dibaca kepada orang ramai ( Yahudi ). ). Sementara

di kalangan kaum Kristian Hebrew Bible ini di rujuk sebagai the Old Testamen ( Old

Covenant ) yang bermaksud " Perjanjian Lama " ( di antara Tuhan dengan Bani Israel )

sebagai " kontra" kepada the New Testament ( New Covenant ) " Perjanjian Baru " (di

antara Tuhan dengan kaum Kristian.)

Menurut encyclopedia ini lagi ,2 Bible adalah memaparkan catatan khazanah

sejarah budaya bangsa Israel purba yang besar sekalanya. Ia dihasilkan dalam tempoh lebih

1 The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit., passim. m.s. 65-67.2 Ibid.m.s. 66. Lihat juga; American Educator Encyclopedia, loc.cit.

102

Page 103: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dari seribu tahun, di berbagai lokasi negeri; Israel, Babylon dan lain-lain oleh beberapa orang

penulis utama. Menurut tradisi kepercayaan Yahudi Hebrew Bible mengandungi gabungan

24 buku, sebagaimana berikut;

Torah Neviim KetuvimMengandungi 5 buku; mengandungi 8 buku; Mengandungi 11 buku;Genesis Joshua Psalms Exodus Judge ProverbsLeviticus Samuel I & II JobNumbers Kings I & II (The five Megillot(scroll))Deuteronomy Isaiah The Song of Songs

Jeremiah RuthEzekiel Lamentation(12 Minor Prophet) EcclesiastesHosea EstherJoel DanialAmos Ezra(include Nehemiah)Obadiah Chronicles I & IIJonahMicahNahumHabakkukZaphaniahHaggalZachariahMalachi

Torah (Pentateuch) juga dipanggil Khummash iaitu 5/5 ataupun dibahagi 5 kerana

ia mengandungi lima buku (Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteromy ) Neviim

terbahagi kepada dua bahagian. a. Neviim Rishonim ( Nabi-nabi terdahulu ); Joshua, Judge,

Samuel ( I & II ), King ( I & II ) dan b. Neviim Aharonim ( Nabi-nabi mutakhir ); Isaiah,

Jeremiah, Ezekiel dan 12 Minor Prophets, Ketuvim mengandungi 11 buku;.Psalms,

103

Page 104: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Proverbs, Job, 5 Megill/ot, ( "scrolls" ), Danial, Ezra ( termasuk Nehemiah ), Chronicles

( I & II ).

Bagi kaum Yahudi, penerimaan terhadap authority penulisan Jewish Bible sangat

tinggi dan tidak ada pertikaian padanya. Penerimaan dan pengiktirafan ini dibuat berasaskan

piawai yang disahkan oleh “ Canon of Bible “1 yang dianggap sebagai lembaga yang

bertanggungjawab mengkonstitusikan Jewish Bible. Walaupun canon ini bukan

merupakan badan yang zahir namun " spiritual quality " yang wujud padanya sangat

berkesan, di mana ia telah mengeluarkan beberapa buku daripada Canon Hebrew Bible.

Bagaimanapun buku-buku yang terkeluar dari Jewish Bible tersebut diterima dan wujud di

dalam Bible puak Katholic.2

Di sebalik percanggahannya dengan Bible kepunyaan puak Katholik, Jewish Bible

lebih banyak mempunyai persamaan terutama dari segi kandungan dengan Old Testament

kepunyaan puak Kristian Protestant walaupun berbeza dari segi susunannya3. Menurut Old

Testament Protestant bilangan buku-bukunya adalah seperti berikut;4

1 (Greek: Canon) bermaksud tali pengukur. Canon of Bible merujuk kepada piawai yang diguna-pakai oleh agama Kristian dan Yahudi bagi menentukan bilangan catatan dan penulisan yang diterima sebagai senarai rasmi sebagai kitab-kitab suci. Lihat, Encyclopedic Dictionary of Religion, loc.cit. hal. 4482 The Encyclopedia of Jewish Religion, op.cit. hal. 66.3 American Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. B-138.4 Ibid. Lihat juga ; Holy Bible ( King James Version ) ( Michigan: Zondervan), hal, kandungan.

104

Page 105: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Genesis

Exodus

Leviticus

Numbers

Deuteronomy

Joshua

Judges

Ruth

Samuel I

Samuel II

Kings I

Kings II

Chronicles I

Chronicles II

Ezra

Nehemiah

Esther

Job

Psalms

Proverbs

Ecclesiastes

The Song of

Songs

Isaiah

Jeremiah

Lamentations

Ezekiel

Daniel

Hosea

Joel

Amos

Obadiah

Jonah

Micah

Nahum

Habakkuk

Zephaniah

Haggai

Zachariah

Malachi

Walaupun pada bilangan zahirnya terdapat 39 buah buku, namun Canon (of Jewish

Bible ) telah menentukan bilangan buku-buku di dalam Jewish Bible adalah 24 berdasarkan

perkiraan berikut;1 Samuel, Kings dan Chronicles tergabung dalam satu buku, Ezra dan

Nehemiah mewujudkan satu buku dan 12 Minor Prophets terkandung di dalam satu buku.

1 American Educator Encyclopedia, loc.cit. m.s. B-139.

105

Page 106: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Penjelasan mengenai kitab suci agama Yahudi sebagaimana yang dinyatakan di

dalam Encyclopedia of Jewish Religion sebelum ini turut diperkuatkan lagi oleh satu laman

web Yahudi yang agak terkini mengenai kitab suci agama Yahudi khasnya Torah1.

Katanya dalam kontek yang agak sempit " Torah " biasanya dirujuk kepada lima buku

Moses; Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy. Namun sebenarnya

perkataan " Torah " juga boleh merujuk kepada keseluruhan Jewish Bible atau " The Old

Testament " ( sebagaimana yang dikenali di kalangan bukan Yahudi ) atau " Tanakh2 " iaitu

" written Torah " ( menurut kaum Yahudi ). Malah menurutnya lagi bahawa di kalangan

kaum Yahudi sebenarnya tidak ada istilah " The Old Testament ". Ini kerana bagi mereka

apa yang dipanggil " The Old Testament " oleh puak-puak Kristian adalah " written Torah

". atau " Tanakh", singkatan daripada gabungan nama-nama kitab Torah, Nevi'im dan

Ketuvim.

Di bawah ini adalah senarai Tanakh ( Written Torah ) menurut laman web agama Yahudi ini;

TORAH (The Law):

Bereishith (In the beginning...) (Genesis) Shemoth (The names...) (Exodus) Vayiqra (And He called...) (Leviticus) Bamidbar (In the wilderness...) (Numbers) Devarim (The words...) (Deuteronomy)

NEVI'IM (The Prophets):

Yehoshua (Joshua) Shoftim (Judges) Shmuel (I &II Samuel)

1 http://www.jewfaq.org/torah.htm2 Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 67.

106

Page 107: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Melakhim (I & II Kings) Yeshayah (Isaiah) Yirmyah (Jeremiah) Yechezqel (Ezekiel) The Twelve (treated as one book) o Hoshea (Hosea) o Yoel (Joel) o Amos o Ovadyah (Obadiah) o Yonah (Jonah) o Mikhah (Micah) o Nachum o Chavaqquq (Habbakkuk) o Tzefanyah (Zephaniah) o Chaggai o Zekharyah (Zechariah) o Malakhi

KETHUVIM (The Writings):

Tehillim (Psalms) Mishlei (Proverbs) Iyov (Job) Shir Ha-Shirim (Song of Songs) Ruth Eikhah (Lamentations) Qoheleth (the author's name) (Ecclesiastes) Esther Daniel Ezra & Nechemyah (Nehemiah) (treated as one book) Divrei Ha-Yamim (The words of the days) (Chronicles)

Demikianlah secara tradisinya di dalam Judaism, kitab suci mereka Jewish Bible

dibahagikan kepada tiga bahagian1. Pertama Torah (hukum ) ataupun Pentateuch, kedua

Nevi'im ( Nabi-nabi ) dan ketiga Ketuvim ( Kitab-kitab ) ataupun Hagiographa.

Pentateuch (Torah) bersama dengan The Book of Joshua yang akhirnya dikenali sebagai

1 Lihat juga, The New Encyclopedia Britannica, vol. II, loc.cit. hal. 149

107

Page 108: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Hexateuch menceritakan bagaimana Bani Israel berkembang menjadi satu bangsa dan juga

bagaimana mereka dianggap sebagai pemilik kepada " bumi yang dijanjikan. " Nevi'im

pula meneruskan kisah Bani Israel sesudah berada di " bumi yang dijanjikan " terutama

pada zaman penubuhan kerajaan Bani Israel dan perkembangannya. Sementara Ketuvim

memaparkan dakwah nabi-nabi kepada umatnya pada zaman kemunculan unsur-unsur

jahat yang akhirnya memusnahkaan kehidupan Bani Israel di “ bumi yang dijanjikan” .

Jewish Bilbe ( Old Testament ) pada keseluruhannya ditulis di dalam bahasa

Hebrew kecuali dengan sedikit elemen di dalam bahasa Aramaic1 . Hal ini berlaku pada

suatu masa di mana bahasa Aramaic ini menjadi bahasa " lingua-franca " di seluruh

daratan Timur Mediterranean Di atas dasar penyesuaian dengan perkembangan literasi para

sarjana Yahudi menterjemahkan sebahagian daripada Jewish Bible kepada " bahasa

semasa" sama halnya pada pertengahan abad ke 3 s.m. sewaktu bahasa Greek menjadi

bahasa semasa yang dominant, para sarjana Yahudi juga telah menterjemahkan Jewish

Bible kepada bahasa Greek2. Tindakan penterjemahan ini ternyata bermanfaat, di mana

apabila sebahagian lembaran teks asal Jewish Bible yang berbahasa Hebrew telah hilang

pada suatu masa dulu, teks-teks terjemahan inilah yang menyelamatkan kelangsungan the

Jewish Bible.

1 Bahasa Syria purba yang pernah menjadi " lingua-franca " dan digunakan secara meluas di kalangan kaum Yahudi dan lain-lain di zaman Jesus ( 'Isa a.s.). Lihat; The Concise Oxford Dictionary, loc.cit. m.s.472 Inilah factor yang melahirkan istilah-istilah Greek seperti Pentateuch bagi Torah dan Hexateuch bagi gabungan Torah dan Book of Joshua.

108

Page 109: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikianlah di antara beberapa penjelasan daripada sumber-sumber

penulisan kesarjanaan Barat tentang pengenalan Jewish Bible atau Hebrew Bible. Pada

keseluruhannya pandangan-pandangan tersebut menerima bahawa di dalam tradisi

Judaism, kitab suci asasinya adalah Hebrew Bible ataupun Old Testament menurut

panggilan pengikut Kristian. Begitu juga pada keseluruhannya sumber-sumber itu

bahawa perkataan Bible berasal daripada perkataan Greek, Biblia. Pada asasnya ia adalah

kata jamak kepada perkataan yang memberi makna buku-buku. Ini memberi maksud Bible

adalah koleksi atau satu gabungan daripada beberapa buah buku yang disatukan. Ini

memang menepati maksudnya kerana Bible menurut kepercayaan Yahudi dan Kristian

adalah gabungan daripada beberapa buku yang yang dihasilkan oleh Nabi-Nabi dan Rabbi

Bani Israel.

109

Page 110: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Menurut The Encyclopedia of Jewish Religion1 penulisan ini mengalami

proses perkembangan sebelum ianya sampai ke tahap yang terakhir. Ini didasarkan kepada

pembahagian Jewish Bible kepada tiga bahagian ( Torah, Neviim dan Ketuvim ), di mana

Torah selesai ditulis pada abad ke 5 s.m., Neviim pada abad ke 2 s.m. dan Ketuvim pada

abad pertama masehi. Pembahagian ini menggambarkan tahap-tahap perkembangan

penghasilan Jewish Bible. Bagaimanapun keseluruhan bahagian-bahagian Bible ini adalah

berasaskan wahyu dan dianggap suci. Namun begitu Torah ( Pentateuch) tetap menempati

kedududkan pertama dan utama di dalam Jewish Bible, kitab suci agama Yahudi

( Judaism ).

Torah (Heb: Tohr'-uh)2 diambil dari perkataan Yarah (throw down) bermakna

"panduan", "ajaran" dan "arahan" yang diturunkan Tuhan (diwahyukan ) (divine

revealation). Isi kandungannya adalah menceritakan peristiwa-peristiwa yang bermula

dengan penciptaan alam sehingga kepada kematian Moses. Pada peringkat awalnya,

istilah ini difahami sebagai arahan-arahan pengajaran umum kepada Bani Israel. Dalam

perkembangan berikutnya terutama setelah zaman “ pembuangan di Babylon” dan zaman

“pembinaan semula Temple Jerusalem” maksud Torah yang merujuk kepada “lima Buku

Undang-Undang Musa"3, Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy

diperluas dan turut diguna-pakai untuk merujuk lisan para nabi dan pendita Yahudi yang

1 The Encyclopedia of Jewish Religion, loc..cit. Lihat juga; The Encyclopedia Americana, loc.cit. m.s. 8552 Ini kerana pada asalnya ia adalah wahyu yang diturunkan Tuhan kepada Moses di Gunung Sinai dari Langit dalam bentuk arahan (10 commandment). Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. m.s.387. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge, vol.18, loc,cit m.s. 291 3 Ia juga seringkali di sebut Pentateuch ( Gr: Pehn-tuh- took ) bermaksud " lima lembaran bergulung buku yang pertama ". Ini sesuai dengan makna fizikalnya yang sehingga kini sebagai lembaran ( scrolls ) " kitab suci " tersimpan di dalam peti-peti khazanah setiap biara Yahudi. Lihat, The World Book Encyclopedia, ( Chicago: World Book Inc. vol. 15, 2001,) m.s.274.. Lihat juga The Encyclopedia Americana, loc.cit. m.s. 855

110

Page 111: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dibukukan di dalam koleksi buku-buku tulisan mereka di samping “sebagai buku-buku

panduan amalan dan perundangan kepada bangsa Israel.

Menurut tradisi kepercayaan Judaism, Torah atau " Ten Comandment " yang

diwahyukan Tuhan kepada Moses di Gunong Sinai ( Mont Sinai Covenant) dianggap

“Torah bertulis” (Written Torah). Ianya adalah sangat penting di dalam tradisi agama

Yahudi (Judaism) kerana ianya merupakan asas kepada keseluruhan kandungan kitab

suci agama mereka, Jewish Bible.1 Ini kerana di dalamnya telah tercatat seluruh siri-

siri " perjanjian " yang lalu. Sementara itu seluruh penulisan sesudahnya oleh para Nabi

dan Rabbi Bani Israel dalam tempoh lebih dari 1000 tahun adalah dianggap sebagai " the

Oral Torah " yang ruhnya adalah berasaskan kepada " the written Torah "2. Gabungan di

antara catatan semula semua " perjanjian " yang termetrai sebelum Torah bertulis dan

penulisan lanjutan sesudahnya oleh para Nabi dan Rabbi Yahudi selepasnya menghasilkan

sebuah kitab suci agama Yahudi, Jewish Bible ataupun Hebrew Bible.

Seterusnya sejarah perkembangan agama bangsa Yahudi menunjukkan bahawa

perkembangan Torah yang makna literasinya adalah " pengajian " dan " pengajaran ",

tetap berterusan walaupun selepas kematian Moses. Dengan demikian dikatakan bahawa

kitab-kitab yang lain di dalam Hebrew Bible seperti Neviim ( nabi-nabi ) dan Ketuvim

( penulisan ), walaupun bukan Torah dari segi makna fizikalnya, tetapi dianggap Torah

dari segi semangat " pengajaran ", " panduan " dan " perundangan "nya. Begitu juga

1 Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 67. Lihat juga, The Oxford Dictionary of World Religion, loc.cit. hal. 2422 Lihat konsep Oral Torah/Oral Laws, dalam Encyclopedia Jewish Religion, loc.cit. hal. 373.

111

Page 112: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sifatnya dengan lain-lain penulisan kependetaan Yahudi, seperti Kitab Talmud dari segi

rohnya adalah dikira sebagai sebahagian daripada Torah. 1

Dalam hal ini The Encyclopedia of Jewish Religion2 menjelaskan bahawa

Talmud adalah satu kerja penulisan yang unik, terhasil dari kajian dan perbahasan

dalaman daripada Torah yang berterusan selama 800 tahun oleh seluruh sarjana bangsa

Israel. Walaupun tidak ditarafkan sebagai " Written Law " (Torah) yang diberikan

Tuhan kepada Moses di Gunong Sinai, namun rohnya tetap bertunjangkan Torah. Ini

berasaskan bahawa " Oral Law " iaitu warisan lisan yang dipindahkan dari mulut ke

mulut sejak dari zaman Moses juga adalah bersumberkan Wahyu suci yang sama dari Sinai

di mana " Oral Law " adalah komplimentasi yang melengkapkan " Written Law " di

dalam Torah. Hal ini adalah kerana "hukum-hukum " yang terkandung di dalam Torah

memerlukan penerangan dan penjelasan, lalu wujudlah apa yang dikatakan pentafsiran

lisan yang tidak bertulis sejak hari-hari pertama Torah di wahyukan.

Namun apabila berhadapan dengan kenyataan bahawa " Oral Law / Oral Torah

" tidak mungkin mencapai penamat "sempurna" berikutan dengan perubahan dan

pembaharuan yang berterusan di dalam peradaban kehidupan manusia, para Rabbi

akhirnya mengambil keedah membuatkan kesimpulan terakhir ke atas catatan " Oral

Torah " dan seluruhnya dihimpunkan di dalam sebuah kitab yang dipanggil Talmud, Ini

berlaku di akhir abad ke 4 m dan kaedah ini diterima umum di dalam Judaism 3.

1 The Encyclopedia Americana, Ibid.2 The Encyclopedia of The Jewish Religion, loc.cit. m.s.373. Lihat juga; The New Bible Dictionary, loc.cit. m.s.672.3 The New Bible Dictionary, loc.cit. m.s. 672. Lihat juga , Grolier, Encyclopedia of Knowledge, loc. cit.

112

Page 113: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Talmud adalah kitab panduan ibadah harian dan hukum-hukum Syariat di

dalam Judaism, gabungan daripada dua bahagian penulisan Rabbi, Mishnah dan Gemara1.

Mishnah yang bermaksud " arahan-arahan " adalah satu koleksi " Oral Law " yang berjaya

dibukukan oleh Rabbi Yehuda ha-Nasi pada tahun 220 m. Ia disusun dalam enam jilid dan

dianggap sebagai sambungan dan penjelasan kepada Torah, lima buku Musa yang pertama

daripada Hebrew Bible. Setelah terhasilnya Mishnah muncul satu kumpulan sarjana Yahudi

yang dikenali sebagai " Amoraim '' ( Eng; commentators ) memberikan komentar dan

mentafsirkan lagi isi kandungan Mishnah. Segala komentar ini disusun dan dibukukan pada

tahun 499 m. di Babylon dengan nama Gemara. Istilah ini berasal dari bahasa Aramaic

bermakna pengajaran. Gemara yang juga dikenali sebagai " Babylonian Talmud" (Talmud

versi Babylon ) adalah yang lebih diterima pakai di sisi agama Yahudi sebagai kitab yang

paling muktamad di dalam hukum-hukam syariat mereka2

1 New Bible Dictionary, ibid. Lihat juga ; Universal World Reference, vol. 8, loc.cit. m.s.27142 New Bible Dictionary, ibid. Lihat juga; Encyclopedia of Knowledge, loc.cit. m.s. 102

113

Page 114: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikianlah tradisi kepercayaan Judaism terhadap kitab suci mereka Hebrew

Bible dan lain-lain penulisan kependetaan Yahudi (Rabbinic Writings). Di dalam tradisi

kepercayaan penganut Judaism, bahawa kitab suci mereka terbahagi dua. Pertama adalah

Hebrew Bible (Written Torah) yang berasaskan wahyu dari Tuhan Israel kepada Moses di

Mt. Sinai. Ia terdiri daripada tiga komponen utamanya, Torah ( Law ), Neviim (

Prophets ) dan Ketuvim ( Writtings ) di hasilkan dalam tempoh lebih dari 1000 tahun. Ia

lebih menekan kepada dasar-dasar teologi dan falsafah Judaism yang diterapkan melalui

sejarah Bani Israel sejak zaman awal Bible. Teologi dan dan falsafah ini diterapkan

melalui tema utamanya iaitu covenant di antara Tuhan dengan Bani Israel mengenai

konsep-konsep “ bangsa pilihan” dan “ negeri yang dijanjikan”. Konsep-konsep ini

menyatakan bahawa Tuhan memilih Bani Israel sebagai sebagai “bangsa pilihan”Nya dan

sehubungan dengan itu mereka dijanjikan dengan bumi Kan’an (Palestin) sebagai “negeri

yang dijanjikan”.

Manakala bahagian kedua kitab suci mereka adalah penulisan kependetaan

(Rabbinic writing) ataupun perkembangan dari tradisi lisan (Oral Law) yang juga

dikatakan bermula pada zaman Moses dan bersambungan oleh para Rabbi Yahudi

sehingga ke abad pertama masehi. Kitab utama dari bahagian kedua ini adalah Talmud

yang menggabungkan Mishnah dan Gemara lebih merupakan panduan amalan ritual

harian di dalam Judaism.

114

Page 115: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini, memandangkan kedudukan " Torah " sebagai lembaran bergulung

( scroll ) suci hanya tersimpan di dalam peti-peti khazanah di biara Yahudi ( Synagogue ),

maka Talmud terutamanya Gemara telah mengambil kedudukan sebagai kitab suci

popular yang menerangkan hukum-hakam agama dalam kehidupan seharian bagi kaum

Yahudi.

Demikianlah sejarah penulisan dan perkembangan kitab suci agama

Yahudi menurut pandangan Barat termasuk penjelasan dari para sarjana

Yahudi sendiri. Pada umumnya dari sudut pandangan Barat bahawa kitab

suci asasi di dalam Judaism adalah Jewish Bible. Ia bermula dengan wahyu Tuhan

kepada Moses di Mt. Sinai dan disempurnakan penulisannya oleh para Nabi dan Rabbi

Bani Israel dalam tempoh lebih dari 1000 tahun sesudahnya.

3.2 Kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Islam.

Ada sedikit perbezaan dari sudut pandangan tentang kitab suci agama Yahudi

menurut pandangan Islam berbanding dengan sudut pandangan Barat. Sebagaimana yang

disebutkan sebelum ini bahawa pada umumnya menurut pandangan Barat, kitab suci

tersebut yang dipanggil Jewish Bible adalah koleksi kepada beberapa buku karangan para

Nabi dan Rabbi Bani Israel di mana Torah adalah komponen utamanya. Tema utamanya

adalah mengenai covenant di antara Tuhan dengan Bangsa Israel yang berkisar kepada

115

Page 116: BUMI  YANG DIJANJIKAN

konsep-konsep Bangsa Israel sebagai bangsa pilihan Tuhan dan Palestin adalah bumi yang

dijanjikan untuk mereka.

Bagaimanapun menurut tradisi kesarjanaan Islam samada para Ulama silam

mahupun para sarjana Islam sezaman, mereka berpegang kepada fakta bahawa kitab suci

bagi kaum Yahudi adalah Torah ( Ar: Tawrah ). Ini berasaskan kepada kenyataan-

kenyataan Allah ( s.w.t.) di dalam al-Qur'an, di mana Allah (s.w.t.) menyebut nama

kitab suci ini dalam bahasa Arab sebagai ( al-Tawrah ) dan di namakan juga (al-Kitab ).

Sebutan itu dibuat dengan lafaz ma'rifah yang memberi makna khas iaitu kitab Syari'ah

dan panduan hidup khusus untuk Bani Isra’il. Ia pada asasnya adalah kitab Wahyu dari

Allah ( s.w.t.) kepada Musa (a.s.), nabi yang di amanahkan Allah untuk memimpin Bani

Isra’il.

Di dalam al-Qur'an terdapat beberapa ayat yang menyebut perkataan al-Tawrah

dan al-Kitab yang juga merujuk kapada kitab al-Tawrah. Mengambil contoh perkataan al-

Tawrah ialah firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Ma'idah1 yang bermaksud ;

43. Dan bagaimanakah mereka mengangkatmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai

Tawrah yang didalamnya (ada) hukum Allah, Kemudian mereka berpaling sesudah itu (dari putusanmu)?

dan mereka sungguh-sungguh bukan orang yang beriman.

44. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab Tawrah di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya

(yang menerangi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi

yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka,

disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi

1 Al-Ma’idah, 5: 43-46

116

Page 117: BUMI  YANG DIJANJIKAN

terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. dan

janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. barangsiapa yang tidak

memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

45. Dan kami Telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Al Tawrah) bahwasanya jiwa (dibalas)

dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi,

dan luka luka (pun) ada kisasnya. barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, Maka melepaskan

hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang

diturunkan Allah, Maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

46. Dan kami iringkan jejak mereka (nabi nabi Bani Israil) dengan Isa putera Maryam,

membenarkan Kitab yang sebelumnya, yaitu: Tawrah. dan kami Telah memberikan kepadanya

Kitab Injil sedang didalamnya (ada) petunjuk dan dan cahaya (yang menerangi), dan membenarkan

Kitab yang sebelumnya, yaitu Kitab Tawrah. dan menjadi petunjuk serta pengajaran untuk orang-

orang yang bertakwa.

Al-Tabari ( m. 310 H. ) di dalam mentafsirkan ayat ke 43 yang tersebut di atas

menjelaskan al-Tawrah sebagai kitab suci bagi kaum Yahudi, diturunkan kepada Musa

(a.s.)1

Sementara di dalam mentafsirkan ayat ke 442 seterusnya beliau menjelaskan

bahawa kitab al-Tawrah juga turut menjadi rujukan sumber hukum kepada para Nabi di

kalangan Bani Isra’il. Mereka yang turut di amanahkan memimpin Bani Isra’il sesudah

Musa (a.s.). berhukum dengan hukum-hukum yang terkanun di dalam al-Tawrah di

dalam kes-kes jenayah dan juga kesalahan zina.

Di dalam, al-Qur'an selain dari nama al-Tawrah Allah ( s.w.t.) juga menyebut

kitab suci kaum Yahudi ini dengan nama al-Kitab. Ia bermaksud kitab suci yang menjadi

1 Al-Tabari, Jami' al-Bayan, j.4, loc.cit..hal. 3068. 2 Ibid. hal.. 3069

117

Page 118: BUMI  YANG DIJANJIKAN

petunjuk dan panduan kehidupan Bani Isra’il. Ini di antaranya tercatat di dalam surah al-

Isra' dan juga surah al-Sajadah. Di dalam surah al-Isra'1, Allah (s.w.t.) berfirman yang

bermaksud;

1. Dan kami berikan kepada Musa Kitab (Tawrah) dan kami jadikan Kitab Tawurah itu

petunjuk bagi Bani Isra’il (dengan firman): "Janganlah kamu mengambil penolong selain

aku,

Sementara di dalam surah al-Sajdah2 Allah (s.w.t.) berfirman yang bermaksud;

23. Dan Sesungguhnya kami Telah berikan kepada Musa Al-Kitab (Tawrah), Maka janganlah

kamu (Muhammad) ragu menerima (Al-Qur’an) itu dan kami jadikan Al-Kitab (Tawrah) itu

petunjuk bagi Bani Isra’il.

Bagaimanapun para Ulama menegaskan bahawa apa yang disebut Allah (s.w.t.) dengan

nama al-Kitab di dalam al-Qur'an itu adalah merujuk kepada al-Tawrah. Ibn

Kathir ( m. 774 H ) dalam mentafsirkan ayat dari surah al-Isra' itu menjelaskan bahawa

perkataan al-Kitab di dalam ayat ini merujuk kepada al-Tawrah. Ia adalah kitab panduan

dan petunjuk kepada Bani Isra’il terutama di dalam konteks Ibadah, bahawa mereka

dituntut hanya untuk beribadah kepada Allah (s.w.t.) sahaja tanpa sebarang sekutu

dengannya3. Di dalam mentafsirkan ayat dari surah al-Sajadah4 selanjutnya Ibn Kathir

1 Al-Isra’, 17: 22 Al-Sajdah, 32:23 3 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim loc.cit. hal., 8494 Ibid. m.s. 1153.

118

Page 119: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menerangkan bahawa maksud al-Kitab di sini adalah al-Tawrah. Sementara hidayah atau

petunjuk di dalam ayat ini sama konteknya dengan apa yang terkandung di dalam ayat dari

surah al-Isra' sebelumnya.

Sebagaimana yang termaklum bahawa kitab suci di dalam tradisi agama Yahudi

terdiri daripada beberapa koleksi buku atau kitab selain dari Torah. Kenyataan ini juga

turut disebut oleh para ilmuan Islam samada di kalangan para Ulama Islam silam,

mahupun para sarjana sezaman. Dalam hal ini Ibn Qayyim al-Jauziyyah ( m. 751 H )1

telah menyebut nama lain-lain kitab suci bagi kaum Yahudi iaitu Mishnah, Gemara dan

Talmud selain dari Torah.

Menurut beliau2. bahawa para " Fuqaha' " (Ulama Fiqh) Yahudi di zaman silam

telah menghasilkan dua kitab Fiqh iaitu Mishnah dan Gemara. Kedua-dua kitab ini

terhasil dalam jarak masa beberapa generasi, oleh beberapa orang penulis. Menurutnya

lagi kitab pertama, Mishnah di hasilkan oleh beberapa orang Fuqaha' yang terdahulu.

Namun para Fuqaha' di zaman kebelakangannya telah mentakwilkan beberapa bahagian

daripada penulisannya lalu melahirkan kitab yang kedua, Gemara. Bagaimanapun para

Ulama' dari generasi yang lebih terkemudian memandang bahawa pentakwilan dari

golongan yang terkemudian terhadap penulisan golongan silam mungkin tidak

berkesudahan. Akhirnya golongan Ulama mutakhir ini memutuskan bahawa tidak ada

lagi pentakwilan yang dibuat dan kedua-dua kitab yang telah ada itu disatu dan

dimuktamadkan oleh dengan satu nama, Talmud.

1 yang hidup sezaman dengan Ibn kathir ( m. 774 H )2 Syamsuddin Mohamad bin Abi Bakr Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Hidayah al-Hayara fi Ajwibah al-Yahud wa al-Nasara, ed. Sayyid ‘Imran, Dar al-Hadith, Qahirah (1424 H ) hal. 175.

119

Page 120: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikianlah penjelasan dan perbincangan mengenai kitab-kitab suci bagi agama

Yahudi atau kitab suci bagi kaum Yahudi khasnya Torah ( Ar. Al-Tawrah ) menurut para

Ulama silam. Mereka telah menyebutnya di dalam penulisan-penulisan mereka nama-

nama kitab tersebut. Selain dari yang disebut di dalam al-Qur'an seperti al- Tawrah juga

disebut nama-nama kitab lain yang dianggap suci oleh kaum Yahudi seperti Talmud yang

terhasil dari gabungan antara Gemara dan Mishnah.

Sementara itu kalangan para sarjana Islam sezaman juga turut sama membicarakan

nama dan isi kandungan kitab-kitab suci agama Yahudi. Ini terutamanya perbincangan

dari kontek isu-isu ‘Aqidah yang terkini.

Di antaranya sarjana Islam tersohor di awal abad ke 20, Syaikh Muhamad ‘Abduh.

Di dalam mentafsirkan ayat (al-Ma’idah, 5: 49 )1, beliau mengatakan, ayat ini

menerangkan bahawa al-Tawrah asalnya kitab petunjuk kepada Bani Isra’il, namun

mereka menolak dari beramal ( berhukum ) dengannya apabila mereka melakukan

kejahatan. Menjelaskan selanjutnya beliau mengatakan bahawa Allah ( s.w.t.)

menurunkan al-Tawrah kepada Musa ( a.s.), kitab yang mengandungi panduan di dalam

persoalan ‘Aqidah dan Syari’ah ke atas Bani Isra’il sesudah mereka dikeluarkan daripada

Mesir yang mengamalkan penyembahan berhala yang sesat. Inilah juga kitabnya yang

diguna pakai sebagai buku kanun perundangan bagi memutuskan hukum-hakam ke atas

Bani Isra’il oleh para Nabi dan pemimpin kaum ini sesudah zaman Musa ( a.s.)

1 Muhamad ‘Abduh,Tafsir al-Qur'an al-Hakim, catatan dan terbitan Sayyid Muhamad Rasyid Ridha, ( al-Manar ), Dar al-Ma'rifah, Beirut, ( t.t.),hal . 397.

120

Page 121: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikian juga Sayyid Qutb1 di dalam mentafsirkan ayat yang membincangkan

persoalan al-Tawrah ini, menyatakan bahawa al-Tawrah, asalnya kitab wahyu yang

diturunkan Allah ( s.w.t.) kepada Musa (a.s.) untuk menjadi petunjuk kepada Bani Isra’il.

Ia mengajarkan ‘Aqidah Tawhid dan Syi'ar-syi'ar Ibadah. Ia juga adalah kitab Syari'ah

khas untuk Bani Israel. Seluruh para Nabi, Ulama dan Rahib Ban i Isra’il ( sesudah

Musa a.s.) tetap berhukum dengannya lantaran mereka telah di amanahkan Allah (s.w.t.)

menjaga al-Tawrah dan menegakkan Syaria’ahnya. Dalam hal ini mereka telah berikrar

dan bersaksi untuk menjaganya, namun mereka telah mengubah-suaikannya.

Sehubungan dengan hal ini penulis Izhar al-Haqq,2 (buku yang khusus

mempersoalkan status Bible sebagai kitab suci), di dalam memperkatakan kitab suci di

kalangan ahl al-Kitab, menyebut bahawa mereka membahagikan kitab suci tersebut

kepada dua bahagian. Bahagian pertama dinamakan " Perjanjian Lama " dan keduanya

dinamakan " Perjanjian Baru ". " Perjanjian Lama " adalah dianggap sebagai kitab suci

bagi kaum Yahudi iaitu kitab-kitab yang diwariskan kepada mereka oleh nabi-nabi

sebelum ’Isa (a.s.). Beliau menyebut bilangannya adalah sebanyak 38 buah kitab,

( hampir sama dengan 39 buah sebagaimana yang tercatat di dalam Bible Yahudi dan

Protestant).

1 Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur'an, j. 2, cet. 10, Dar al-Syuruq, Qahirah ( 1402 H.) hal 859 & 896. 2 Seorang sarjana yang diangap pakar di dalam hal-hal ahl al-Kitab, Rahmatullah bin Khalil al-Rahman al-Kairanawi al-Hindi, Izhar al-Haqq, ed. Abdullah bin Ibrahim al-Ansari, Syu'un al-Diniyyah bi Dawlah Qatar, Qatar (t.t.), hal. 95-96.

121

Page 122: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Nama-nama kitab itu yang disebut berdasarkan teks terjemahan bahasa Arab adalah

seperti berikut;1

1-Safar al-Takwin, 2- Safar al-Khuruj, 3- Safar al-Ahbar, 4- Safar al-'Adad, 5- Safar

al-Istithna'. Kelompok 5 safar (kitab) pertama daripadanya ini dipanggil Torah, dalam

bahasa Hebrew bermakna pengajaran dan Syari'at. 6- Kitab Yusya' bin Nun, 7- Kitab al-

Qadha', 8- Kitab Ra'us, 9- Safar Samu'il al-Awwal, 10- Safar Samu'il al-Thaniyy, 11-

Safar al-Muluk al-Awaal, 12- Safar al-Mulik al-Thaniyy, 13- al-Safar al-Awwal min

Akhbar al-Ayyam, 14- al-Safar al-Thaniyy min Akhbar al-Ayyam, 15- al-Safar al-Awwal

li 'Izra, 16- al-Safar al-Thaniyy li 'Izra, 17- Kitab Ayyub, 18- Zabur, 19- Amthal

Sulaiman, 20- Kitab al-Jami'ah, 21- Kitab Nasyid al-Insyad, 22- Kitab Asy'iya, 23- Kitab

Armiya, 24- Muratha Asy'iya, 25- Kitab Hizqibal, 26- Kitab Daniyal, 27-Kitab Husya',

28- Kitab Yu'il, 29- Kitab 'Amus, 30- 'Ubdiya, 31- Kitab Yunan, 32-Kitab Mikha, 33-

Kitab Nahum. 34- Kitab Hiquq, 35- Kitab Safuniya, 36- Kitab Hujja, 37- Kitab

Zakariyya, 38- Kitab Mulakhiyya.

Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa kitab wahyu daripada langit wajib

diterima dan beriman dengannya, iaitulah kitab-kitab yang ditulis melalui perantaran nabi

tertentu dan sampai kepada kita melalui perantaraan yang tersambung dengan sanad yang

sahih tanpa sebarang pengubahsuaian. Bagaimanapun apa yang dinamakan kitab Musa,

kitab Ezra, kitab ’Asyi’ya dan kitab Armiya ( kitab nabi-nabi sesudah Musa yang ada

pada Yahudi sekarang ) tidak cukup kuat untuk mensabitkannya sebagai kitab wahyu yang

1 Ibid,

122

Page 123: BUMI  YANG DIJANJIKAN

asli lantaran ianya hanyalah berasaskan dari dakwaan-dakwaan yang bersumberkan ilham

semata-samata.1

Sebagai menyokong pandangan ini, penulis buku al-Tawrah baina Fuqdan al-Asl

wa Tanaqud al-Nas2 turut menegaskan bahawa teks asal kitab al-Tawrah telah hilang.

Apa yang wujud kini adalah tiga teks klasik yang berbeza iaitu, teks berbahasa ‘Ibrani

(Hebrew), teks berbahasa Yunani (Greek) dan teks al-Samiriyyah yang menjadi pegangan

puak al-Samirah (Pharisees)3. Menurut beliau teks ‘Ibrani adalah teks yang berada di

tangan kaum Yahudi mengandungi 39 kitab. Teks ini ditolak oleh Kristian Roman

Katholik tetapi tetapi diterima oleh Kristian Protestant yang lahir pada abad ke 16 Masehi.

Teks Yunani adalah teks yang menjadi pegangan Kristian Katholik setelah mereka

menolak teks ‘Ibrani. Sementara teks pegangan puak al-Samirah tidak lebih dari 7 kitab

dan selain dari itu dianggap tambahan dan pembohongan.

Mengenai persoalan ke manakah menghilangnya teks asal kitab al-Tawrah, penulis

ini terus lagi merujuk kepada buku Izhar al-Haqq4 dalam mendapatkan jawapannya.

Kenyataannya ialah teks asal al-Tawrah pertama kalinya telah hilang di dalam tragedi

serangan penjajahan Nebuchandezar ke atas Jerusalem5. Selepas peristiwa itu, menurut

dakwaan ahl al-Kitab, Torah ditulis semula oleh Ezra melalui perantaraan ilham. 1 Ibid. hal. 1012 Nu'man Abd Razzaq al-Samarra'i (Ph.d.), al-Tawrah baina Fuqdan al-Asl wa Tanaqud al-Nas, Dar al-Hikmah,London (1424 ) H. hal. 3-4.3 Satu puak Yahudi yang berasal dari kota purba al-Samirah (sekarang , Nablus). Di kalangan Kristian dikenali sebagai puak Pharisee, pelampau agama Yahudi di zaman Jesus. Golongan ini hanya berpegang kepada 7 (tujuh) kitab sahaja iaitu 5 daripada Torah Musa dan 2 kitab tambahan iaitu Joshua ( Yusya' ) dan Judge ( Qudah ) sebagai tambahannya. 4 Penulis buku al-Tawrah, Dr.Nu'man al-Samarra'i menyifatkan Syiekh Rahmatullah penulis kitab Izhar al-Haqq adalah Ulama yang mendalam ilmunya di dalam hal-ehwal kitab suci ahl al-Kitab. Lihat; al-Tawrah, ibid. hal.. 4-5. Lihat juga; Izhar al-Haqq. Op,cit. hal. 104.5 Tahun 589 s.m.

123

Page 124: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bagaimanapun teks yang dipertikaian tarafnya ini, sekali lagi hilang sewaktu terjadinya

serangan penjajahan Greek ke atas Jerusalem yang diingati sebagai tragedi Antiochus1.

Sementara itu penulis buku ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa'di bi Filastini2 juga turut

merujuk kepada buku Izhar al-Haqq mengulangi pendapat penulisnya di dalam

memperjelaskan nama-nama dan pembahagian kitab suci di kalangan ahl al-Kitab.

Menambah di dalam penjelasannya beliau mengatakan bahawa begitu ketara perbezaan di

antara teks Bible Protestant berbanding dengan Katholik kerana Kristian Protestan lebih

berpegang kepada susunan ( Canon ) Yahudi di dalam menyusun bilangan kitab-kitab di

dalam Bible. Bagaimanapun dari segi bilangan beliau memperakui bahawa bilangan kitab-

kitab di dalam " Perjanjian Lama " adalah 39 sebagaimana mengikut kiraan Yahudi dan

Protestant3.

Menjelaskan lagi dalam hal ini, penulis buku al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa

ususuha4 membincangkan isu ini dengan agak terperinci. Beliau sebagaimana juga penulis

Izhar al-Haqq menegaskan bahawa mengikut 'aqidah Islamiyyah, beriman dengan kitab-

kitab Samawiyy yang diwahyukan Allah ( s.w.t.) kepada para RasulNya adalah salah satu

daripada rukun iman. Apa yang dimaksudkan dengan kitab-kitab tersebut adalah al-

Qur'an, Suhuf para Nabi terdahulu, ( seperti Suhuf Ibrahim a.s.), Tawrah, Zabur dan

1 Sempena nama Antioch IV (214 s.m.-164 s.m.), pemerintah Greek di Syria yang bertanggung jawab terhadap serangan yang memusnahkan " 2nd Temple " yang dibina semula Yahudi bagi menggantikan " Solomon Temple "di Jerusalem sekembalinya dari buangan selama 500 tahun di Babylon. 2 Muhamad bin 'Ali bin Muhamad Ali Umar,'Aqidah al-Yahud fi al-Wa'di bi Filastini, Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah Athna' al-Nasyr, Riyadh (1424 H), hal.. 60.3 Ibid.. hal.. 614 Abd. Rahman Hasan Hanbakah al-Maidani, Al-'Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha, Dar al-Qalam, Dimasyq, cet.11, (1423 H), hal. 465.

124

Page 125: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Injil. Ini berdasarkan kepada beberapa kenyataan dari al-Qur'an seperti di dalam surah al-

Baqarah1;

285. Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari

Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-

Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara

seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami

taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali."

Begitu juga di dalam surah al-Nisa'2;

136. Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang

Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. barangsiapa yang kafir

kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka

Sesungguhnya orang itu Telah sesat sejauh-jauhnya.

Mengenai al-Tawrah, penulis ini menimbulkan satu persoalan, apakah

ianya kitab yang di benarkan oleh al-Qur'an. Sebagai menjawabnya beliau menjelaskan

bahawa al-Tawrah yang dibenarkan oleh al-Qur'an adalah kitab dasar yang diturunkan

Allah (s.w.t.) kepada Musa (a.s.). Mengenai Torah yang wujud di kalangan Yahudi

sekarang adalah suatu hasil penulisan yang tidak ada pertalian yang boleh

dipertanggungjawabkan sebagai kitab wahyu Musa (a.s.). Ini adalah kerana Torah yang

ada kini adalah sebuah buku yang dipenuhi dengan unsur-unsur penambahan dan

pengubahsuaian yang menafikakan sifatnya sebagai kitab suci wahyu Ilahi.

1 Al-Baqarah, 2:2852 Al-Nisa’, 4: 136

125

Page 126: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Selanjutnya penulis ini menjelaskan berdasarkan penjelasan-penjelasan dari al-

Qur'an, bahawa isi kandungan al-Tawrah sebagai kitab suci Wahyu Ilahi mengandungi

lima perkara utama;1

Pertama, seluruh isi kandungan yang terdapat di dalam Suhuf Ibrahim (a.s.) diulang

kembali penurunannya di dalam al-Tawrah sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah

al-Najm2 yang bermaksud;

36. Ataukah belum diberitakan kepadanya apa yang ada dalam lembaran- lembaran Musa? 37. Dan

lembaran-lembaran Ibrahim yang selalu menyempurnakan janji?

Kedua, adalah sejumlah hukum-hukam Syari'ah Rabbaniyyah disyari'atkan ke

atas Bani Isra’il sebagaimana yang dijelaskan di dalam surah al-Ma'idah3;

43. Dan bagaimanakah mereka mengangkatmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai

Taurat yang didalamnya (ada) hukum Allah, Kemudian mereka berpaling sesudah itu (dari

putusanmu)? dan mereka sungguh-sungguh bukan orang yang beriman.

Ketiga ialah berita gembira kepada umat manusia tentang pengutusan Nabi

Muhamad (s.a.w.) dan penjelasan terhadap beberapa sifat baginda (s.a.w.) sebagaimana

yang dijelaskan di dalam surah al-A'raf 4 yang bermaksud;

.157. (yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di

dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan

melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan

mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-

belenggu yang ada pada mereka[574]. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya,

menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Qur’an), mereka Itulah

orang-orang yang beruntung.

1 Ibid. hal. 473-476.2 Al-Najm, 53:36-373 Al-Ma’idah, 5: 434 Al-A’raf, 7:157

126

Page 127: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Keempat adalah penjelasan mengenai cirri-ciri dan sifat para sahabat Rasulullah

(s.a.w.) sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Fath1 yang bermaksud;

29. Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap

orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia

Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406].

Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang

mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu Kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak

lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya Karena Allah hendak

menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada

orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang

besar.

Kelima adalah perintah berjihad pada jalan Allah dengan jiwa dan harta

sebagaimana yang dijelaskan Allah di dalam surah al-Tawbah2 yang bermaksud;

111. Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan

memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.

(Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih

menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan

itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

Demikianlah berdasarkan penjelasan para Ulama dan sarjana Islam, bahawa Islam

tidak dapat menerima Torah dan lain-lain kitab yang terkandung di dalam Jewish Bible

sebagai kitab suci yang diwahyukan. Ini adalah kerana al-Tawrah yang disebut di dalam

1 Al-Fath, 48:292 Al-Tawbah, 9:111

127

Page 128: BUMI  YANG DIJANJIKAN

al-Qur'an sebagai kitab suci yang diwajibkan ke atas umat Islam beriman dengannya

adalah kitab Syari’ah kepada Bani Isra’il yang diwahyukan Allah (s.w.t.) ke atas Musa

(a.s.) di Gunung Sinai dengan sekali gus sahaja. Sedangkan Torah dan Jewish Bible yang

berada di kalangan ahl al-Kitab sekarang, menurut dakwaan mereka adalah koleksi buku-

buku karangan para Nabi dan Rabbi Bani Isra’il yang dihasilkan dalam tempoh 1000

tahun.

Begitu juga Islam tidak dapat menerima Torah dan Jewish Bible ini sebagai kitab

wahyu Musa (a.s.) yang asli kerana teks asalnya telah tidak wujud lagi. Apa yang ada

kini adalah tiga teks yang berbeza dan berlainan bahasa. Sehubungan dengan itu isi

kandungannya telah mengalami pengubahsuaian. Perkara-perkara dasar di dalam di

dalam isi kandungannya telah berubah terutama di dalam aspek hukum-hukum Syari’ah.

Kenyataan ini telah menjadi satu pengtahuan umum kepada umat Islam sejak di zaman

Rasulullah (s.a.w.). Ini berikutan dengan pendedahan dari seorang Sahabah, iaitu

Abdullah bin Salam ( r.a.)1 yang asalnya adalah seorang pendeta Yahudi dan memeluk

Islam,.

Di zaman kontemporari ini kenyataan tersebut telah diperkuatkan lagi dengan

beberapa fakta seperti pendedahan oleh Sarjana Barat yang memeluk Islam dan juga fakta-

fakta berasaskan kajian-kajian akedemik. Seorang sarjana Barat dari Peranchis , Maurice

Bucaille yang telah memeluk Islam telah menulis satu perbandingan di antara al-Qur'an ,

Bible dan Sains moden.

1 Lihat; Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-Azim, loc.cit. hal. 463.

128

Page 129: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Mengenai kandungan kitab Bible beliau mengatakan bahawa asal Bible adalah

koleksi lagu-lagu rakyat Bani Israel.1 Di dalam menguatkan kenyataannya beliau

mengambil pandangan rakan sarjana Baratnya Edmund Jacob yang mengatakan bahawa

Bani Israel merakam segala peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan sejarah bangsa

mereka dalam bentuk lagu-lagu puisi rakyat dan menghafalnya. Tambah Edmund Jacob

lagi bahawa selain peristiwa-peristiwa sejarah, Bani Israel juga merakamkan beberapa

peraturan suku kaum dan kata-kata perumpamaan oleh nabi-nabi di dalam mengajar Bani

Israel dalam bentuk lagu-lagu puisi . Edmund Jacob akhirnya membuat kesimpulan dari

keseluruhan penulisan kitab " Perjanjian Lama " bahawa para penulisnya berjaya

menyelitkan kisah-kisah dongeng bersama dengan perjalanan sejarah Bani Israel kononnya

berdasarkan dari riwayat Musa dan bapa-bapanya (patriarch) yang terdahulu. Adalah

dipercayai bahawa lagu-lagu puisi ini dibukukan dalam bentuk prosa hanyalah setelah

Bani Israel telah menetap dengan stabil di Kan'an iaitu di zaman Daud dan Sulaiman di

antara akhir abad ke 13 s.m. sehingga awal abad ke 11 s.m2.

Kenyataan bahawa kitab (Jewish) Bible (Old Testament) berasal dari lagu-lagu

puisi rakyat dan ditulis oleh beberapa orang penulis yang ramai dalam jangkamasa yang

panjang serta lain-lain kenyataan yang meragui keaslian Jewish Bible, turut tercatat di

dalam beberapa encyclopedia Barat. Di antaranya Encyclopedia of Religion and Ethics,

1 Maurice Bucaille, Qur'an, Bible dan Sains (ed. Arab), Jam'iyyah Da'awah Islamiyyah, Tripoly, (1982), hal. 20-21.2 Ibid.

129

Page 130: BUMI  YANG DIJANJIKAN

New Encyclopedia Britannica, American Educator Encyclopedia, Encyclopedia

Americana dan juga The Encyclopedia of Jewish Religion1

Kesimpulannya Islam tidak menerima Jewish Bible termasuk Torah yang menjadi

pegangan kaum bangsa Yahudi masa kini sebagai al-Tawrah yang diwahyukan Allah

(s.w.t.) kepada Musa a.s. Penolakan ini berasaskan kepada beberapa faktor utama.

Pertama teks asalnya tidak dapat dipastikan, lantaran terdapat tiga teks purba (ancient)

yang berlainan bahasa. Ia berkaitan dengan peristiwa “ pemusnahan Jerusalem” oleh

Nebuchadnezzar di abad ke 5 s.m. Menurut sejarah Barat yang berasaskan Bible bahawa

kitab asal yang dibawa sejak zaman Musa a.s. (Moses) telah hilang dan lenyap di dalam

peristiwa ini.

Faktor kedua adalah kewibawaan (authority) penulisannya tidak dapat

dipertanggung jawabkan. Penulisan semula Torah oleh pendeta Ezra sesudah “

pemusnahan Jerusalem” dikatakan berasaskan ilham sewaktu berada di dalam “

pembuangan di Babylon” (Babylonian Exile) pada abad ke 5 s.m. Inilah yang dimaksudkan

di dalam Encyclopedia of the Jewish Religion2 bahawa penulisan Torah disempurnakan

secara rasminya pada abad ke 5 s.m. Sesudah itu teks Ezra yang masih dipertikaikan itu

sekali lagi hilang dan lenyap dalam peristiwa serangan Antiochus IV dari Greek ke atas

Jerusalem yang dikenali sebagai “tragedi Antiochus” di akhir abd ke 2 s.m3. Sesudah

1 Lihat, Encyclopedia of Religion and Ethics, vol. 2, loc.cit. hal. 562-563. New Encyclopedia Britannica, vol. 2, loc.cit. hal. 194, American Educator Encyclopedia, vol.2, loc.cit..hal. 136-137, Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit. hal. 647, The Encyclopedia of Jewish Religion,. loc.cit. hal. 65-662 Ibid.3 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, vol. 10, loc.cit. hal. 357.

130

Page 131: BUMI  YANG DIJANJIKAN

inilah tampilnya berbagai kalangan para penulis yang tidak dapat dipastikan identiti

mereka turut menambahkan koleksi Jewish Bible yang dianggap lengkap sepenuhnya

dalam tempoh 1000 tahun.

Faktor ketiga adalah isi kandungan Torah di dalam Jewish Bible tidak sama

dengan isi kandungan al-Tawrah sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Qur’an. Di

antara isi kandungan yang tidak selaras dengan al-Qur’an adalah mengenai covenant atau

mithaq iaitu janji Tuhan Ibrahim dan juga Tuhan Israel kepada Bani Isra’il. Covenant

yang dimaksudkan adalah mengenai konsep Yahudi sebagai “bangsa pilihan” Tuhan dan

Palestin sebagai “bumi yang dijanjikan”.

131

Page 132: BUMI  YANG DIJANJIKAN

BAB IV

COVENANT DAN KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN

. Bab ini merupakan kemuncak kepada kajian di mana perbincangannya berpusat

kepada konsep “covenant “ (Heb: b’rith ) iaitu “perjanjian” . Pada umumnya ia

bermaksud “ perjanjian “di antara dua pihak. Namun secara lebih khusus di dalam kontek

agama Yahudi, ia difahami sebagai perjanjian yang dibuat di antara Tuhan dengan nabi-

nabi dan pemimpin kaum bangsa Yahudi. Tema utama dari seluruh “ perjanjian” ini

adalah mengenai “ bumi yang dijanjikan”. Ianya merujuk kepada janji Tuhan sejak zaman

Abraham bahawa Dia telah menyediakan kepadanya bumi Kan’an (Palestin) dan akan

diwariskan kepada zuriatnya Bani Israel buat selama-lamanya. Covenant ini terus

diperbaharui melalui para Nabi dan pimpinan Bani Israel Moses dan David sebagaimana

yang tercatat di dalam Jewish Bible. Bab ini akan dipecahkan kepada dua pembahagian

utama. Pertamanya adalah mengenai konsep covenant dari perspektif Barat terutama

yang berasaskan Bible. Keduanya kaitan konsep ini dengan fahaman Zionisme yang

menjadi penggerak di kalangan kaum Yahudi diaspora di zaman moden ini yang

memperjuangkan hak bangsa Israel kembali ke Palestin.

4.1 Covenant dari perspektif Barat.

Dari perspektif Barat, yang pada umumnya samada dilihat dari sudut etimologi

bahasa mahupun berdasarkan Bible, covenant bermakna perjanjian atau persetiaan atau

persetujuan dan juga bermakna tawaran oleh Tuhan (Yahweh) kepada Bani Israel.

132

Page 133: BUMI  YANG DIJANJIKAN

4.1.1. Covenant dari sudut etimologi bahasa.

Menurut Britannica Concise Encyclopedia1, covenant (‘ka-ve-,nant) bermaksud

satu persetujuan atau perjanjian di antara beberapa individu ataupun melibatkan di antara

beberapa bangsa. Menurut The Oxford Dictionary of the Christian Church,2 “covenant”

adalah ikatan yang dibuat di antara dua pihak secara sukarela dengan ikrar untuk

melakukan sesuatu kepada pihak yang terlibat.

The New Encyclopedia Britanica3, pula menjelaskan bahawa “ covenant “ secara

umumnya adalah janji yang mengikat hubungan di antara individu, atau kumpulan

ataupun bangsa demi mencapai kepentingan bersama untuk jangkamasa panjang.

Sementara menurut Encyclopedia Americana4 pula “covenant” asalnya adalah satu

istilah yang di ambil daripada Bible. Ia memberi makna persefahaman, persetujuan, bersekutu

ataupun berliga. Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada apa-apa perjanjian yang

melibatkan mana-mana individu manusia.

1 Britannica Concise Encyclopedia, loc.cit. hal. 4762 The Oxford Dictionary of the Christian Church, loc.cit. hal. 350.3 The New Encyclopedia Britanica, vol. 3, loc.cit hal. 692..4 Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. m.s. 124.

133

Page 134: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Menurut Encyclopedia of Knowledge1 selain dari konsep agama, “covenant” lebih

merujuk kepada makna kontrak di segi undang-undang. Ia adalah persetujuan yang

berkuatkuasa di antara dua pihak ataupun lebih untuk melakukan atau menahan daripada

melakukan sesuatu aktiviti. Malah The Encyclopedia of the Jewish Religion2 sendiri di

dalam menjelaskan makna covenant secara umum mengatakan ia adalah satu persetujuan

di antara dua pihak yang mengikat janji memasuki satu bentuk perhubungan yang khas

secara sukarela. Ia boleh dibuat dalam hubungan antara sesama manusia dan boleh juga

digunapakai dalam kontek hubungan di antara manusia dan Tuhan.

Demikianlah makna umum “covenant “ dari segi bahasa dari perspektif Barat.

Ia boleh diertikan sebagai perjanjian atau persetujuan atau memasuki satu

pertanggungjawaban bersama di antara dua pihak atau lebih untuk melakukan atau tidak

melakukan terhadap sesuatu perkara yang dipersetujui bersama.

4.1.2. Covenant menurut Bible.

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa aspek utama yang

mendominasikan isi kandungan Hebrew Bible adalah sejarah Bani Israel. Sementara itu

pula Bani Israel mentafsirkan “covenant “ sebagai tema utama kepada sejarah

perkembangan kaum bangsa mereka3. Oleh yang demikian terdapat banyak contoh-

1 Encyclopedia of Knowledge, vol.5, loc. cit. hal. 307.2 The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 100.3 Lihat, Dictionary of Philosophy and Religion ( 1980), Humanities Press, London, hal. 110.

134

Page 135: BUMI  YANG DIJANJIKAN

contoh covenant tercatat di dalam Bible, sesuai pula dengan makna umumnya dari segi

bahasa yang merujuk kepada satu persetujuan ( agreement ). Ia sama ada persetujuan

sesama individu atau dengan kerajaan atau dengan lain-lainnya adalah di antara catatan-

catatan di sepanjang sejarah Bani Israel.

Di antara beberapa contoh “ covenant” (perjanjian ) di dalam Bible samada yang

melibatkan perjanjian sesama individu seperti perjanjian di antara Jacob and Laban (

Gen. 31: 44 ), mahupun perjanjian di antara kerajaan dan orang ramai seperti persetujuan

di antara King Zedekiah dan rakyat negeri Judah ( Jeremiah : 34 ). Begitu juga contoh

perjanjian di antara kerajaan dengan kerajaan seperti perjanjian atau persetujuan King

Judah dengan King Syria ( 1 Kings : 15 ). Kesemuanya ini adalah contoh-contoh yang

merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Bani Israel. Ini sesuai

dengan tafsiran mereka terhadap sejarah dan “covenant” itu sendiri.

Bagaimanapun apa yang dimaksudkan dengan covenant yang sebenarnya dalam

kontek agama Yahudi adalah merujuk kepada janji Tuhan ( Yahweh ) kepada Bani Israel

atau perjanjian rasmi di antara Tuhan ( Yahweh ) dengan Bani Israel melalui patriarch,

nabi-nabi dan pemimpin mereka. Konsep asasnya Bani Israel menerima Yahweh sebagai

Tuhan dan Yahweh menjadikan Bani Israel sebagai bangsa pilihanNya dan akan

dianugerahkan mereka dengan satu negeri yang dijanjikan. Menurut kontek Bible, “

perjanjian “ (covenant) yang dimaksudkan adalah merupakan satu janji dan " commitment

" yang serius daripada Tuhan kepada Bani Israel melalui Patriarch Abraham, Isaac dan

135

Page 136: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Jacob serta pemimpin kaum bangsa ini, Moses dan David dan lain-lain Nabi mereka yang

terakhir.

Di dalam Britannica Concise Encyclopedia,1 dijelaskan bahawa maksud “ covenant” di

dalam konteks ini adalah perjanjian-perjanjian sebagaimana yang disebut di dalam kitab suci

Hebrew terutama dalam kontek “covenant” ini adalah janji Tuhan kepada Noah, Abraham dan

Moses

Begitu juga menurut Encyclopedia Americana2, “ covenant” di dalam kontek "

theology " di dalam agama Yahudi adalah istilah yang diambil daripada Bible. Ia merujuk

kepada perjanjian suci di antara Tuhan dengan Bani Israel. Pada umumnya ia adalah

persetujuan " unilateral " daripada pihak Tuhan ( Yahweh ) yang menyatakan bahawa Bani

Israel telah dipilih sebagai umat pilihanNya. Bani Israel dengan itu terikat dengan undang-

undang dan peraturanNya, ( Exodus; 19: 5-7, 20: 1-6, 24: 7. 34: 10 ). iaitu Tuhan

menjanjikan kepada Bani Israel jaminan kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran

selagi mereka terus patuh kepada Tuhan dengan melaksanakan ajaran Torah.

Sebaliknya jika tidak lagi mentaati Tuhan, Bani Israel akan dibalas dengan kecelakaan,

kemiskinan, mengalami penindasan dan terbuang daripada negeri kediaman.

1 Britannica Concise Encyclopedia ( 2006 ), Encyclopedia Inc., London, , hal. 4762 Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. hal. 124.

136

Page 137: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Menurut Encyclopedia of Knowledge1., bahawa “covenant” di dalam kontek agama

adalah satu konsep bersifat ikatan perundangan berasaskan Bible, khususnya digunakan

sebagai " metafora " untuk menggambarkan bentuk perhubungan di antara Tuhan dan

manusia. Ia lebih merupakan bentuk tradisi “covenant” purba yang bersifat " jaminan

pemerintah " ( Royal Grant ) dimana pihak atasan hanya mengikat pihak yang lebih

rendah dengan janji dan jaminan tertentu. “ Covenant” seperti ini banyak diguna-pakai di

dalam beberapa peristiwa yang melibatkan tawaran-janji Tuhan sebagaimana yang tercatat

di dalam lembaran Bible. Inilah bentuk “ covenant ” yang telah dibuat dengan Noah (

Genesis, 9 : 8-17 ), dengan Abraham ( Genesis, 15 : 18 ) dan dengan David ( 2 Samuel 7

: 23 ) .

Sementara itu menurut sumber ini lagi2, “ covenant “ Moses di gunong Sinai (

Exodus, 19-24 ), adalah mewakili satu bentuk yang berbeza dengan model yang pertama.

Ia lebih berbentuk perjanjian politik di antara " raja yang sangat berkuasa " dengan pihak

yang lemah. Dalam “covenant” ini Tuhan yang maha berkuasa telah mengingatkan Bani

Israel sebagai pihak yang lemah, bahawa Dialah yang telah menyelamatkan mereka dan

dengan itu Dia menawarkan kesejahteraan kepada Bani Israel dengan syarat mereka

terus tunduk kepada ketuhananNya . Sebaliknya jika Bani Israel menginkari covenant,

Tuhan akan melaknat mereka.

1 Encyclopedia of Knowledge, vol. 5, loc.cit. hal. 308..2 Encyclopedia of Knowledge, op.cit.

137

Page 138: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Demikian juga menurut The New Encyclopedia Britanica,1 “covenant” yang

difahami dalam kontek Bible, didatangkan untuk mengikat Bani Israel supaya patuh

kepada Tuhan. Di samping bertujuan menyatukan Bani Israel di atas asas

agama. “Covenant” ini juga di bawa dalam bentuk yang sesuai dengan perjanjian-

perjanjian politik semasa pada zaman itu. Di antara yang ketara ialah “covenant”

persetiaan Empayar Hittite yang termeterai pada abad ke 15 s.m. Persetiaan ini dianggap

sebagai satu-satunya persetiaan yang tidak menindas dan turut memperakui hak-hak kaum

yang dikalahkan di dalam peperangan.

Dalam kontek ini peristiwa Exodus yang menyelamatkan Bani Israel daripada

perhambaan di Mesir pada abad ke 13 s.m, seterusnya diikuti dengan covenant " Ten

Commandment " di gunong Sinai mempunyai banyak persamaan dengan " Persetiaan

Empayar Hittite ". Walaupun covenant " Ten Commandment " ini bersifat agama, ia juga

merupakan satu persetujuan politik yang mengikat Bani Israel ke dalam kerajaan Yahweh,

Tuhan yang berkuasa ke atas seluruh alam semesta iaitu tuhan yang tiada selainnya mereka

sembah dan beribadah kepadanya.

Menurut The Encyclopedia of Jewish Religion2 bahawa dari sudut teologi, istilah

"covenant " (perjanjian ) itu sendiri sama maknanya dengan " testament " seperti yang

diguna pakai oleh kaum Kristian yang merujuk kepada Jewish Bible sebagai " Perjanjian

Lama " ( Old Testament ). Ini untuk membezakannya dengan " perjanjian " Tuhan dengan

kaum Kristian yang disebutnya sebagai " Perjanjian Baru " ( New Testament ).3

1 The New Encyclopedia Britanica, vol.3, loc.cit. hal. 692. Lihat juga, The Oxford Dictionary of World Religion, loc. cit. hal. 2422 The Encyclopedia of Jewish Religion. loc.cit. hal. 663 Lihat juga, Brandon, The Dictionary of Comparative Religion, loc.cit. hal. 214

138

Page 139: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam The New Bible Dictionary1 terdapat penjelasan mengenai peringkat-

peringkat utama “covenant” yang berlaku dalam sejarah Bani Israel sebagaimana yang

dijelaskan di dalam Bible;

“ Covenant” di zaman Noah sebelum Taufan (pre-diluvian Noahic cov.).

“ Covenant” di zaman Noah selepas Taufan (post diluvian Noahic cov.).

“ Covenant “ di zaman Abraham ( Abrahamic cov.)

“ Covenant “ di zaman Moses ( Mosaic cov.)

“ Covenant “di zaman David (Davidid cov.)

Demikanlah konsep " covenant" di dalam Bible. Ia sama ada yang berlaku sejak

awal permulaannya melalui Noah dan Abraham, ataupun kemuncaknya dengan apa yang

berlaku melalui Moses di gunung Sinai mahupun melalui David dan nabi-nabi sesudah

itu sebagai pelengkapnya. Berasaskan konsep ini Bani Israel mentafsirkan bahawa tema

utama yang mendominasikan isi kandungan Jewish Bible adalah “covenant” yang

mengikat secara langsung sejarah bangsa mereka. Inilah yang menjadi asas kepercayaan

kaum Yahudi bahawa agama mereka adalah diasaskan di atas “covenant” yang

ditawarkan oleh Tuhan ( Yahweh ) dan mereka menerimanya2.

Tegasnya doktrin mengenai “covenant ” inilah yang menjadi asas kepada

aqidah ketuhanan ( theocratic system ) di dalam Old Testament ( Jewish Bible ). Begitu

1 The New Bible Dictionary, loc.cit. hal. 264-266.2 Lihat, Encyclopedia of Knowledge, loc.cit.

139

Page 140: BUMI  YANG DIJANJIKAN

juga ia menjadi asas kepada Perundangan Torah ( Pentateuchal legislation ) dan juga

asas kepada penulisan para Nabi dan Rabbi yang melengkapkan ajaran yang terkandung

di dalam keseluruhan agama Yahudi. Begitu juga “covenant” ini turut menjadi asas kepada

perkembangan sejarah bangsa Yahudi.

Bagaimanapun seperti penjelasan yang dijelaskan di dalam beberapa sumber

sebelum ini bahawa tidak semua “covenant” yang termeterai di antara Tuhan dengan

Patriarch dan nabi-nabi yang mewakili Bani Israel berlangsung dalam satu bentuk yang

sama. Malah “covenant” pada umumnya mewakili dua konsepsi yang berbeza. Pertama

ia mewakili satu bentuk " unilateral promise " iaitu penawaran janji dari pihak Tuhan

semata-mata kepada Bani Israel melalui Patriarch dan nabi-nabi mereka. Sementara

bentuk kedua adalah mewakili bentuk " obligation ," iaitu persetujuan untuk

melaksanakan pertanggungjawaban oleh Bani Israel.

Beberapa “covenant” yang mewakili konsepsi pertama di antaranya boleh dilihat

kepada “covenant” di antara Tuhan dengan Noah samada sebelum peristiwa banjir

mahupun selepas banjir. “ Covenant “ sebelum peristiwa banjir (pre-diluvian covenant)

adalah seperti mana yang tercatat di dalam Bible;

“ 17. And behole, I, even I do bring a flood of water upon the earth to destroy all flesh, wherein is the breath of life, from under heaven and every thing that is in the earth shall die. 18. But with thee will I establish my covenant ; and thou shalt come into the ark, thou and thy sons, and thy wife and thy son’s wives with thee….. ( Genesis: 6 )

Begitu juga dengan “covenant” yang berlaku sesudah musim banjir (past-diluvian

covenant). Bagaimanapun “ covenant” pada peringkat inilah yang menyebut secara jelas

tentang Rahmat (blessing) yang dijanjikan kepada Noah dan zuriatnya. Ia menyebut

140

Page 141: BUMI  YANG DIJANJIKAN

tentang janji Tuhan yang akan merahmati Noah dan anak-anaknya bahawa mereka akan

berkembang biak dan akan memenuhi muka bumi. Secara jelas dan terbuka, Tuhan

menjanjikan keberkatan kepada Noah dan anak-anak yang ada bersamanya;

1- " And God blessed Noah and his sons and said unto them, Be fruitful, and multiply, and replenish the earth " ……………………………………………………. ……… " An God spake unto Noah, and to his sons with him, saying; And I, behold I establish my covenant with you and with your seed after you. ( 8-9) ....And I will establish my covenant with you ; neither shall all flesh be cut off any more by the waters of the flood …( 11 ) …And the God said, This is the token of the covenant which I make between and you and every living creature that is with you, for perpetual generation ( 12 ) …And God said unto Noah, This is the token of the covenant, which I have establish between me and all flesh that is upon the earth. And the sons of Noah, that went forth of the ark, were Shem, and Ham, and Japheth… ( 17- 18 ) " ( Genesis; 9: ).

Ini adalah “covenant” umum yang merupakan janji Tuhan kepada Noah

dan anak-anaknya beserta keturunan mereka. Bagaimanapun satu kenyataan yang

lebih khusus dan terperinci dijelaskan kemudiannya bahawa rahmat (blessed )

Tuhan kepada anak-anak Noah hanyalah dimaksudkan kepada Shem dan Japheth

beserta keturunan mereka sahaja, sedangkan Ham dan keturnannya dilaknat (

cursed ) oleh Tuhan; 1.

24 " And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him ".

1 Hal ini bertitik tolak daripada doa daripada Noah sendiri kepada Tuhan terhadap anak-anaknya. Doa ini dibuat ekoran daripada layanan anak-anaknya terhadap Noah sewaktu beliau tidak sedarkan dirinya kerana mabuk setelah meminum arak. Shem dan Japheth di katakan berkhidmat kepada bapa mereka dalam keadaan mabuk itu sedangkan Ham dikatakan membiarkannya ( Genesis. 9: 21-26 ) Bible menyambung jurai keturunan anak-anak Noah sama ada yang di rahmat mahupun yang dilaknat di dalam Genesis; ( 10 - 11 ). Keturunan Ham yang dilaknat antaranya ialah Nimrod, raja yang berkerajaan di Babylon ( Gen. 10: 8-10 ), Philistine dan Canaan serta keturunannya, Jebusite, Amorite dan Ghirgasite (Gen. 10: 6-16 ) Keturunan Shem yang dirahmat ialah daripada Shem sampai kepada Abraham ( Gen. 11: 10-26 )..

141

Page 142: BUMI  YANG DIJANJIKAN

25 " And he said, cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren " 26 " And he said, blessed be the Lord God of Shem and Canaan shall be his servant "

“Covenant” Tuhan yang menjanjikan rahmatNya kepada Noah dan zuriatnya (Noahic

covenant) bersambung melalui Shem, terus kepada Abraham, moyang kepada Bani Israel.

Persambungan zuriat daripada Nuh melalui puteranya Shem sampai kepada Abraham

dihuraiankan sepenuhnya di dalam Genesis:10 & 11. Sebaik memasuki Genesis:12,

bermulalah catatan mengenai “ Abrahamic covenant” di mana Tuhan memerintahkan

Abraham meninggalkan negeri asal nenek moyangnya di Iraq dan berhijrah ke negeri yang

dijanjikan untuknya dan zuriatnya, iaitu Bani Israel. Sebagai tanda penerimaan terhadap

tawaran Tuhan, Abram beserta anggota keluarganya pada masa itu, Sarai isterinya dan

Lot anak saudaranya berhijrah ke Kan'an.

Kenyataan yang bersumberkan Bible ini menjadi asas kepada penulisan Barat

mengenai asal perkaitan di antara Abraham dan keturunannya kaum bangsa Yahudi. Di

antaranya ialah Encyclopedia of Knowledge dan New Encyclopedia Britanica1 di dalam

merujuk kepada asal-usul bangsa Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam Hebrew

Bible bahawa moyang mereka Abraham berasal daripada Mesopotamia ( Iraq ) dan

berhijrah ke negeri baru yang dijanjikan Tuhan untuknya dan sebagai warisan kepada

zuriatnya.

1 Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal. 356. Lihat juga, New Encyclopedia Britanica, vol. 22, loc.cit. hal.380.

142

Page 143: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Konsep mengenai “covenant” ini adalah sangat penting di dalam kepercayaan

agama Yahudi. Dalam hal ini The Encyclopedia of the Jewish Religion1 menjelaskan lagi

bahawa “ covenant “ pertama yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham dan seterusnya

diperkemaskan lagi kepada Isaac dan Jacob sebagaimana yang disebut di dalam Bible

adalah menjadi asas utama di dalam kepercayaan (‘aqidah) agama Yahudi. Melalui

”covenant” yang pertama Tuhan memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan Yang

Memberikan Rahmat (Blessed) dan juga Tuhan Yang Berkuasa Mengenakan Laknat

(Cursed). Dialah Tuhan yang menjanjikan (covenant) kepada Abram ( Abraham ) untuk

menganugerahkan negeri baru ( Canaan ) untuknya dan akan diwariskan kepada zuriatnya.

Tawaran-janji itu dibuat pertama kali ketika Abram masih berada di negeri asalnya Ur

( Iraq ) sebagaimana yang dicatatkan di dalam Genesis ;

" Now The Lord had said unto Abram, get thee out of the country, and from thy kindred, and from thy father's house, unto the land that I will shew thee,And I will make of thee a great nation, and I will bless thee, and make thy name great; and thou shalt be a blessing; ……………………….………………………..And Abram took Sarai his wife and Lot his brother's son …………………………………..and they went forth to go into the land of Canaan………………….

And the Lord appeared unto Abram, and said, unto thy seed will I give this land:

(Genesis. 12: 1-7 )

Covenant seterusnya diperbarui sebaik sahaja Abraham telah berada di bumi

Kan’an sebagai mengukuhkan covenant yang pertama sebelumnya. Melalui covenant ini

juga Abraham diperintahkan supaya mendirikan rumah Ibadah untuk Tuhannya. Tempat

1 The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. hal. 100.

143

Page 144: BUMI  YANG DIJANJIKAN

rumah Ibadah yang didirikan oleh Abraham itu ditandai di dalam catatan Bible dengan

nama Beth-el1 (Ar. Bait El) yang bermaksud rumah Tuhan.

Namun begitu, janji Tuhan kepada Abram untuk menjadikan kehidupannya berkat

sesudah berhijrah ke bumi Kan'an tidak segera menjadi kenyataan. Sebaliknya apa yang

berlaku negeri Kan'an pada masa itu dilanda bencana kemarau yang teruk memaksa

Abram dan keluarganya menerusnya hijrah mereka ke Mesir untuk mencari kehidupan

yang lebih baik. Bagaimanapun suasana tidak mengizinkan dan mereka segera kembali ke

Kan'an2.

Bagaimanapun sebaik keluar dari Mesir dan kembali semula ke Kan’an, Tuhan

terus mengukuhkan janjiNya (covenant) kepada Abram. Menurut The New Bible

Dictionary3, bahawa diceritakan di dalam Genesis:13, sebaik Abram keluar dari Mesir

dan pulang ke Kan'an, berlaku perselisihan di antara pengikut Lot dan Abram yang

diselesaikan dengan pembahagian kawasan secara baik di antara pengikut mereka. Lot dan

orang-orangnya memilih Lembah Jordan yang subur dan menetap di Sodom. Sementara

Abram dan keluarganya terus menetap di Kan’an. Sesudah peristiwa pembahagian

kawasan itu, Tuhan mendatangi Abram dan memantapkan janji kemakmuran dan

pemilikan negeri ( Kan'an ) kepada Abraham dan zuriatnya. Di disebut di dalam Genesis:

13;

1 Genesis, 12: 82 Ini berikutan dengan Pharaoh telah berkehendakan Sarai kerana kecantikannya. Bagaimanapun Tuhan selamatkan nya dengan mengenakan wabak penyakit terhadap Pharaoh dan orang-orangnya. Ini menyebabkan Pharaoh melepaskan Sarai dan sebagai tanda baik menghadiahkannya sorang jariah tempatan (Hagar ) dan turut menghadiahkan Ibraham dengan sejumlah harta dan hamba sahaya yang banyak . 3 The New Bible Dictionary, loc.cit. hal. 6

144

Page 145: BUMI  YANG DIJANJIKAN

" And the Lord said unto Abraham, after that Lot was separated from him,Lift up now thine eyes and look from the place where thou art northward and southward, and eastward and westward.)For all the land which thou seest, to thee will I give it and to thy seed for ever. ( Gen, 13: 14- 15)

Tidak lama sesudah itu satu perikatan raja-raja Chedorlaomer telah menceroboh

Sodom dan menawan penduduknya termasuk Lot dan keluarganya. Terkesan oleh rasa

persaudaraan dengan Lot, Abraham bertindak menyerang balas ke atas pencerobohan

tersebut. Bersama orang-orangnya mereka telah bersekutu dengan kaum Amorite dan

berjaya mengalahkan kaum penceroboh dan menyelamatkan Lot. Bersama kemenangan

ini Abraham telah memperolehi harta rampasan yang banyak menyebabkan Abraham

menjadi kaya dan mendapat sanjungan1.

Dengan ini covenant Tuhan yang menawarkan kemakmuran kepadanya telah

terlaksana sebahagiannya. Namun beliau masih juga belum memperolehi zuriat

sebagaimana yang dijanjikan Tuhan kepadanya. Selanjutnya Abraham mengadu kepada

Tuhannya dan menyatakan kemusykilan bagaimana Tuhan menjanjikan kepadanya negeri

yang akan diwariskan kepada zuriatnya sedangkan beliau yang telah lanjut usianya pada

ketika itu masih belum dikurniakan zuriat. Namun Tuhan tetap menegaskan bahawa Dia

pasti akan menunaikan janjinya, di mana zuriatnya nanti bermula sebagai satu etnik yang

lemah dan tersisih namun akan muncul sebagai bangsa yang agung2.

Bagi kaum bangsa Israel covenant Tuhan dengan moyang mereka Abraham

mengenai pewarisan “ Bumi yang dijanjikan” kepada mereka adalah jelas. Di dalam

covenant tersebut Tuhan menyebutnya dengan jelas bumi itu akan “ diwariskan” dan

1 Lihat, Gen. 14:16-19. 2 Ibid., (15: 9-14)

145

Page 146: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Abraham meminta kepastian dari Tuhan tentang perkataan warisan itu dan Tuhan

mengesahkannya1.

Setelah Abram berusia 90 tahun, Tuhan sekali lagi menjelma, mengukuhkan lagi

covenant (perjanjian) Nya kepada Abram mengenai masa depan keluarganya, bangsa

keturunannya dan juga tanah warisannya. Tuhan juga memberikan janji yang istimewa

kepada isterinya Sarai bahawa beliau akan mengandungkan zuriatnya sendiri. Walaupun

beliau sukar mempercayai kerana usia mereka sudah lanjut namun Sarai ( Sarah ) akhirnya

melahirkan Isaac dan daripada Isaac lahir nya Jacob ( Israel ). Bersamaan dengan janji

kelahiran Isaac, Tuhan mengubah nama Abram kepada Abraham. bermakna bapa kepada

bangsa yang ramai. Menurut sumber ini2 tiga belas (13) tahun selepas perjanjian itu

dibuat Isaac dilahirkan.

The New Bible Dictionary3 seterusnya menjuruskan penjelasannya bahawa apa

yang dimaksudkan " benih " ( zuriat ) Abraham yang ramai sebagaimana yang tercatat di

dalam Bible adalah Bangsa Israel. Ini merujuk kepada penjelasannya bahawa nama

Abram ini hampir sama konteknya dengan nama Abiram dalam beberapa dailek Semitik

yang bermakna bapa yang tidak mempunyai zuriat ataupun bapa kepada hanya seorang

anak sahaja. Berbeza dengan Abraham ataupun Aba Ruham dalam bahasa Arab bermakna

bapa kepada zuriat yang ramai. Penjelasan ini di jadikan hujjah oleh Bangsa Israel

1 Op.cit.,15: 7-8 2 New Bible Dictionary, op,cit.3 Ibid. hal. 5.

146

Page 147: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sebagai sokongan kepada anggapan bahawa bangsa merekalah yang disebut sebagai "

benih " (seeds ) dari Abraham di dalam “covenant” itu;

"In the same day the Lord made a covenant with Abram, saying, unto thy seed have I given this land, from the river of Egypt unto the great river, the river Euphrates:

( Genesis, 15:18)

Kenyataan umum ini dipertahankan oleh seluruh kaum Yahudi dan ini dapat

dilihat di dalam penulisan-penulisan mereka seperti The Encyclopedia of Jewish

Religion1 dan A History of The Jewish People2. Ini adalah kerana menurut mereka

sewaktu Abram telahpun memperolehi puteranya ( Ishmael ), Tuhan masih memanggilnya

dengan nama Abram, bukan Abraham. Namun setelah Tuhan mengisytiharkan akan

menganugerakannya Isaac, namanya mulai ditukar daripada Abram kepada Abraham Di

sini Tuhan ( Yahweh ) menegaskan janjiNya kepada Abraham tentang penganugerahan

bumi yang luas buat diri dan keturunannya sebagaimana yang dijanjikanNya sebelum ini

( Gen. 15:18). Di sini seterusnya Tuhan menegaskan3;

5- Neither shall thy name any more be called Abram, but thy name shall be Abraham; for a father of

many nation have I made thee.

6-…………………….

7- And I will establish my covenant between me and thee and thy seeds after thee in their generation for

an everlasting covenant to be a God unto thee and to thy seeds after thee.

8- And I will give unto thee, and to thy seeds after thee, the land wherein thou art a stranger, all the

land of Canaan, for everlasting possession, and I will be their God.

Covenant seterusnya dengan Bani Israel sesudah siri-siri covenant dengan

generasi patriarch Abraham, Isaac dan Jacob ialah covenant dengan Moses, pemimpin

1 The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 67.2 A History of The Jewish People, loc.cit. hal. 3-43 Genesis; 17: 5-8 .

147

Page 148: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bangsa Israel yang memimpin mereka keluar (Exodus) dari Mesir . Ini berikutan

perhambaan dan penindasan yang menimpa Bangsa Israel di bawah pemerintahan

Pharaoh ( Fir’aun ) di Mesir. Berikutannya Tuhan memerintahkan Moses membawa

Bangsa Israel berhijrah (Exodus) ke Kan’an (Palestin) bumi yang di janjikan ( a

promised land)1 untuk mereka sejak zaman Abraham.

2- And God spake unto Moses, said unto him, I am the Lord,

3- And I am appeared unto Abraham, unto Isaac and unto Jaco, by the name of God

Almighty, but by my name Jehovah was I not known to them.

4- And I have also established my covenant with them, to give them the land of Canaan, the

land of their pilgrimage, wherein they were strangers.

5- And I have also heard the groaning of the children of Israel, whom the Eyptians keep in

Bondage; and I have remembered my covenant.

6- Wherefore say unto the children of Israel, I am the Lord, and I will bring you out from

under the burden of Egyptians………………..

7- ………………………

8- And I will bring you in unto the land, concerning the which I did swear to give it to

Abraham, to Isaac and to Jacob and I will give it you for and heritage; I am the Lord.

Covenant pada zaman Moses (Mosaic Covenant) disebut di dalam beberapa tempat

di dalam Bible merujuk kepada beberapa keadaan dan peristiwa yang di alami di antara

Moses dan kaumnya Bani Israel . Sebaik sampai di Sinai dalam perjalanan ke “negeri yang

dijanjikan” (Palestin), Tuhan meminta Moses supaya menyampaikan janjiNya kepada Bani

Israel bahawa Tuhan telah akan menjadikan mereka sebagai " bangsa pilihanNya " dan

mereka pula dituntut menegakkan sebuah kerajaan ketuhananNya apabila telah berada di

bumi yang dijanjikan nanti. Moses dengan itu telah mengumpulkan para pemimpin dari

golongan dewasa Bangsa Israel untuk disampaikan tawaran tersebut. Akhirnya mereka

1 Exodus; 6: 2-8

148

Page 149: BUMI  YANG DIJANJIKAN

semuanya bersetuju dan sedia bertanggung jawab terhadap " perjanjian " itu. Ini

dinyatakan di dalam Bible1;

5- …if ye will obey my voice indeed, and keep my covenant, then ye shall be a peculiar treasure unto me

above all people, for all the earth is mine,

6- And ye shall be unto me a kingdom of priests and a holy nation. These are the words which thou shalt

speak unto the children of Israel.

7- And Moses came and called of the elders of people, and laid before them all these words, which the Lord

commanded him.

8- And all the people answers together, and said, all that the Lord halt spoken we will do….

Setelah persetujuan diberikan, Tuhan menurunkan Torah di mana kandungan

utamanya adalah “ Sepuloh Arahan” (Ten Comandments) dari Tuhan yang merupakan

asas dalam kehidupan beragama yang dituntut ke atas Bani Israel. “Sepuloh arahan” ini

disebut di dalam buku yang sama iaitu2;

i- “ Thou shalt have no other gods before me

ii- “ Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of anything that is in

heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water.

iii- “ Thou shalt not bow down thyself to them, nor serve them, for I the Lord thy God am a

jeolous God..

iv- “ Thou shalt not take the name of the Lord thy God in vain…

v- “ Remember the Sabbath day, to keep it holy..

vi- “ Honor thy father and thy mother..

vii- “ Thou shalt not kill..

viii- “ Thou shalt not commit adultery.

ix- “ Thou shalt not steal.

x- “ Thou shalt not bear false witness againt thy neighbour.

1 Exodus; 19: 5-82 Exodus; 20: 3-16

149

Page 150: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di antara aspek yang dianggap penting mengenai " Ten Comandment ini ialah ia

membawa satu pembaharuan di dalam “covenant” berbanding dengan beberapa

“covenant” sebelumnya. Pembaharuan yang dimaksudkan adalah di dalam “Mosaic

Covenant” ini wujudnya apa yang dikatakan sebagai ikatan undang-undang ( a legal

binding ) bersamaan dengan penurunan ( revelation ) Torah kepada Moses. Ini

kerana Torah dari segi maknanya merupakan " kitab Hukum dan peraturan hidup " ( A

Legal Code and a Living System) kepada Bangsa Israel.

Sebelum dari itu itu kerana tidak ada mana-mana buku atau kod yang berkaitan

dengan undang-undang mahupun peraturan dari Tuhan di turunkan ( revealation ) kepada

Bani Israel. Sebagai Kitab Undang-Undang penurunannya telah mengikat Bani Israel

untuk patuh kepadaNya. Inilah model kedua daripada “covenant” iaitu yang bersifat "

obligation " berbanding dengan yang ada sebelumnya hanya janji-janji ( promises ) yang

bersifat " unilateral " dari pihak Tuhan semata-mata tanpa sebarang tuntutan dan syarat.

Begitu juga covenant " Ten Comandment " di katakan istimewa kerana ianya

dikatakan menjadi asas kepada agama Yahudi (Judaism) kerana ianya meliputi

keseluruhan persoalan-persoalan ketuhanan ( Yahweh ), tatacara ibadah kepadaNya,

hukum-hakam dan akhlak. Covenant ini tercatat sepenuhnya di dalam Exodus, 20.

Mengenai ketuhanan ia di antara lainnya dijelaskan;

9- I am the Lord thy God, which have brought thee out of the Land of Egypt…

10- Thou shalt have no other God before me.

11- Thou shalt not make unto thee any graven image or any likeness of anything…

150

Page 151: BUMI  YANG DIJANJIKAN

12- Thou shalt not bow down yourself to them nor serve them for I the Lord thy God am a

jealous God….

Sementara itu sebagai urutan kepada persoalan ketuhanan di dalam “ Ten Commandment

“ Tuhan menurunkan peraturan-peraturan mengenai hukum-hakam dan akhlak. antara lain

dinyatakan beberapa etika berupa kewajiban dan larangan di dalam konteks hubungan

dengan ibu bapa dan jiran tetangga. Hal ini antara lainnya dijelaskan di dalam Exodus,

20;

8 Honour thy faher and thy mother…

9 Thou shalt not kill.

10 Thou shalt not commit adultery.

11 Thou shalt not steal.

12 Thou shalt not bear false witness againt thy neighbour

13 Thou shalt not covet thy neighbour's house nor thy neighbour's wife nor his

manservant nor his maidservant nor his ox nor anything that is thy's neighbour.

( Exodus, 20 : 8 – 13 )

Begitu juga dengan lain-lain undang-undang tambahan meliputi undang-undang

keluarga sehingga kepada kanun jenayah (Ex; 21-23).

Selain dari " Ten Comandment " , lain-lain covenant atau " perjanjian " juga turut

dibuat dengan Moses . Dalam hal ini Bani Israel di zaman Moses mendapat banyak

keistimewaan dari Tuhan. Walaupun semasa berada di dalam kesesatan ( wilderness ) di

Sinai, mereka tetap juga mendapat penerusan janji-janji dan jaminan yang bersifat

Unilateral dari Tuhan. Janji-janji mahupun jaminan yang seumpama ( the Royal grant )

dari Tuhan seperti yang telah dijanjikan kepada Noah dan Abraham sebelumnya dalam

151

Page 152: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kontek bangsa yang berdaulat dan bumi yang dijanjikan terus dimantapkan. Namun apa

yang terpenting di dalam Mosaic covenant di Sinai ini ialah pembaharuan semula

covenant sebagaimana yang mula-mula ditawarkan kepada Abraham iaitu pengisytiharan

negeri yang dijanjikan kepada zuriatnya, Bangsa Israel ;

Janji dan jaminan ini adalah pengukuhan terhadap apa yang pernah Tuhan janjikan

kepada moyang-moyang mereka Abraham, Isaac dan Jacob , yang digambarkan sebagai

negeri yang penuh dengan susu dan madu; 1

Hal ini dijelaskan di dalam Exodus, 33;

1- And the Lord said unto Moses, Depart and go up hence, thou and the

people which thou hast brought up out of the land of Egpyt, unto the land which I sware unto Abraham, to

Isaac, and to Jacob, saying, Unto thy seed will I gave it.

2- And I will send an angel before thee, and I will drive out the Canaanite,

the Amorite, and the Hittite and the Perizzite, the Hevite and the Jebusite:

3- Unto a land flowing with milk and honey…

Begitu juga " perjanjian " dengan Moses dalam konteks ini tercatat di dalam

Leviticus, 18;

1 And the Lord spake unto Moses saying,

2 Speak unto children of Israel, and say unto them, I am the Lord your god.

3 After the doings of the land of Egypt wherein ye dwelt, shall not do; and after the doings of the land

of Canaan, whither I bring you, shall ye not do neither shall ye walk in their ordinance.

1 Safar Khuruj, Ishah ke 33 : 1- 3. Negeri yang dijanjikan itu sebenarnya telah disebut dengan jelas di dalam Bible atau al-Kitab al-Muqaddas sebagai negeri Palestin. Lihat Ibid., 13 : 17 . Bagaimanapun istilah yang kerap di gunakan di dalam Bible ialah negeri Kan'an atau di dalam kontek "janji" dengan Moses dirujuk sebagai negeri yang dijanjikan kepada bapamu (Abraham ).

152

Page 153: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Selanjutnya di dalam Leviticus, 25; sekali lagi Tuhan memerintahkan Moses agar

menyampaikan janji dan jaminanNya kepada Bangsa Israel mengenai negeri ( land ) yang

dijanjikan;

1. And the Lord spake unto Moses in Mont Sinai, saying,

2. Speak unto the Children of Israel, and say unto them, when ye come into the land which I give you, then

shall the land keep a sabaath unto the Lord.

Sementara di dalam Leviticus, 26; Tuhan telah menyebut perkataan " negeri kamu "

(your land) merujuk kepada negeri ( Canaan ) yang sedang ditujui oleh Bangsa Israel

dalam perjalanan mereka setelah keluar dari Mesir ( Egypt ), sebagai negeri yang

dijanjikan untuk mereka. Tuhan menyebut persoalan ini dalam konteks memberikan

beberapa peringatan awal kepada Bangsa Israel melalui Moses supaya tidak melakukan

larangan-larangan agama sebagaimana sebagaimana sebagaimana yang termaktub di dalam

Torah. Ini jelas tersebut di dalam Leviticus, 26;

1 Ye shall make you no idols nor graven image, neither rear you up a standing image, neither

shall ye set up any image of stone in your land, to bow down unto it: for I am the Lord your God.

.

" Mosaic covenant " seterusnya selepas “ Ten Commandment ” yang di sebut oleh

Moses kepada kaumnya dan merupakan saat yang penting dan mencabar kepada Bangsa

Israel ialah sewaktu Moses dan kaumnya itu telah sampai di perbatasan negeri Kan’an ,

153

Page 154: BUMI  YANG DIJANJIKAN

negeri yang dijanjikan setelah menempuh perjalanan ( wilderness ) 1 yang panjang.

Tuhan memerintahkan Moses membuat persediaan untuk memerangi penghuni negeri

tersebut kerana mereka tidak beriman dengan Tuhan Israel. Hal ini dijelaskan sepenuhnya

di dalam Numbers; 132. Di antara beberapa ayatnya adalah seperti berikut;

1 And the Lord spake unto Moses, saying,

Send thou men, that they may search the land of Canaan, which I give unto the Children of Israel:

of every tribe of their fathers shall ye send a man …….

2. And Moses by the Comandment of the Lord sent them from the wilderness of Paran : all

those men were heads of Children of Israel.

…………………………………………………….

17 And Moses sent them to spy out the land of the Canaan, and said unto them, get you up this way southward and go up into the mountain.18 And see the land, what it is, and the people that dwelleth therein, whether they be strong or weak,

few or many.

…………………………………………………………………..

.

Bagaimanapun usaha perisikan itu tidak memberikan sebarang kelebihan kepada

Bani Israel. Ini kerana dari 12 orang perisik tersebut kecuali Caleb dan Joshua telah

sepakat memberikan laporan yang menakutkan Bani Israel untuk berperang menentang

1Menurut Bible perjalanan “wilderness” bermula sebaik sahaja Bangsa Israel sampai di Sinai selepas tiga bulan perjalanan meninggalkan Mesir. Ia digambarkan sebagai satu perjalanan yang sukar dan tidak menentu terpaksa ditempuh kerana jauhnya perjalanan menuju ke bumi Kan'aan, negeri yang dijanjikan.Namun perjalanan tersebut mendapat panduan Tuhan yang selalu menjelma bersama awan di langit. Begitupun sewaktu “ wilderness “ inilah mereka menerima penurunan kitab Torah yang terkandung di dalamnya “wasiat sepuloh” (The Ten Commandment) dan lain-lain “covenant” yang pada keseluruhannya dikenali sebagai “ perjanjian di Gunong Sinai” (Mt. Sinai covenant) , Lihat, Exodus; 19: 5-8, Ex; 20-23, Ex; 332 Numbers, 13 : 1- 23

154

Page 155: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penduduk negeri Canaan1 yang dijanjikan kepada mereka. Sejak dari saat itu sampai ke

saat kematiannya, Moses dan Bangsa Israel masih belum berjaya memasuki Canaan

(Palestin), bumi yang dijanjikan.

Kenyataan-kenyataan dari “ Mosaic covenant” ini juga merupakan di antara hujjah-hujjah

terpenting bagi kaum Yahudi terhadap dakwaan hak mereka ke atas bumi Palestin. Bagi

mereka perintah Tuhan terhadap Moses supaya berhijrah dari Mesir ke “negeri yang

dijanjikan” pada kali ini merupakan penegasan terhadap janji awal yang diterima oleh

moyang mereka Abraham (Ibrahim a.s.), buat pertama kalinya ketika menerima perintah

Tuhan supaya meninggalkan negerinya di Iraq dan berhijrah ke “ negeri yang dijanjikan”.

Covenant seterunya yang dikira penting di dalam tradisi kepercayaan Yahudi

selepas zaman Moses ialah Davidid Covenant iaitulah " perjanjian " Tuhan dengan

King David. Kepentingan covenant ini di lihat sebagai mewakili era baru di mana Bani

Israel pada masa itu telah mula hidup di dalam sebuah kerajaan ( Kingdom ) Bangsa Israel

yang berdaulat. Memandangkan siri-siri “ perjanjian “ dengan King David dibuat pada

zaman Bangsa Israel sudah berkerajaan, “perjanjian “ ini juga dikenali sebagai " the

monarchic periode of covenant " 2.

" Davidic Covenant " ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ianya

merupakan suatu “ perjanjian “ yang telah berdiri di atas suasananya yang sebenar (on

reality). Ini adalah kerana dari perspektif Yahudi, janji yang Tuhan kemukan sejak zaman

1 Ibid. 13 : 32-332 Encyclopedic Dictionary of Relegion, loc.cit. hal. 936

155

Page 156: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Noah dan Abraham mengenai Bangsa Israel sebagai " zuriatmu yang akan menjadi

bangsa yang agung di atas bumi ( negeri ) yang dijanjikan " ( thy seed who become a great

nation- on the promised land ) hanya berlaku di zaman King David.

Covenant ini tercatat di beberapa tempat di dalam Jewish Bible yang jelas

merujukkan kepada “perjanjian” Tuhan dengan King David (Davidid covenant). Di dalam

Bible, terdapat dua bentuk “perjanjian”, yang melibatkan King David, iaitu secara tidak

langsung dan secara langsung. Di antara contoh “perjanjian” secara tidak langsung adalah

seperti yang tercatat di dalam 2 Samuel1;

" 4- An it come to pass that night, that the word of the Lord come unto Nathan, saying :

5-Go and tell my servant David, Thus saith the Lord, Shalt thou build me a house for me to dwell in.

13- Whereas I have not dwelt in any house since the time that I brought up the children of

Israel out of Egypt even to this day but have walked in tent and in the tabernacle.

14- In all the places wherein I have walked with all the children of Israel spake I a word with

any of the tribes of Israel,……saying, Why build ye not me a house of cedar.

15- Now therefore so shalt thou say unto my servant David. Thus saith the Lord of host, I

took thee from the sheepcote, from following the Sheep to be the ruler over my people,

over Israel.

16- And I was with thee whithersoever thou wentest, and have cut off all thine enemies out of

thy sight and made thee a great name, like unto the name of great men that are in the

earth.

17- Moreover I will appoint a place for my people Israel and will plant them, that they may

dwell in a place of their own, and move no more as beforetime

Di dalam ayat ini Tuhan menawarkan “perjanjian”Nya melalui Nabi Nathan di mana

melaluinya Tuhan meminta disampaikan kepada ham pilihanNya David yang baru menjadi

raja Israel supaya membinakan baginya “ rumah kediaman Tuhan “ yang istimewa2.

1 2 Samuel, 7 : 4 -102Ini kerana dikatakan telah lama Tuhan tidak ditempatkan ditempat yang istimewa sejak bersama Bani Israel keluar dari Mesir melainkan terkurung di dalam khemah kediaman sementara. Begitu juga

156

Page 157: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sebagai ganjarannya Tuhan akan mempastikan takhta kerajaan Bangsa Israel akan terus

berkekalan di tangan King David dan zuriatnya buat selamanya. King David menerima

dan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap perjanjian ini1.

Seterusnya di dalam Psalm2 Tuhan menawarkan perjanjian seperti itu secara

terus kepada David, dengan menyatakan bahawa takhta kerajaan Bangsa Israel akan

dianugerahkan kepadanya dan zuriat keturunannya buat selama-lamanya. Ini

dinyatakan oleh Tuhan kepada King David di dalam Psalm; 893.

3- I have made a covenant with my chosen, I have sworn unto David my

servant.

4- Thy seed will I stablish for ever, and build up thy thy throne to all

generation, Selah.

Di sebalik tawaran takhta kepada King David dan keturunannya nanti, isu

utama di dalam “Davidid covenant” masih berkaitan dengan janji “ pewarisan bumi

yang dijanjikan”, kepada Bangsa Israel sebagaimana janji-janji Tuhan yang dibuat

sejak zaman-zaman Abraham dan Moses sebelumnya. Isu ini secara lebih jelas

disebut di dalam Psalm 105. Antaranya ayat-ayatnya yang menyebut hal ini ialah;

Tuhan mengungkitkan pertolonganNya kepada David, bahawa sejak hari pertama Dia meletakan pemerintahan “ para Hakim “ dan menetapkan sebuah negeri kediaman khas untuk Bani Israel tanpa perlu berpindah randah seperti sebelumnya adalah semata-mata untuk mempastikan kelahiran David sebagai raja yang agung kepada bangsa pilihanNya Israel pada suatu hari nanti. Seterusnya Tuhan menjanjikan takhta kerajaan King David pasti akan diwarisi oleh zuriat keturunannya buat selama-lamanya. Lihat, 2 Samuel, 7: 4-13. 1 Dikatakan sebagai tanda menerima “ perjanjian “ tersebut King David telah menawan kota suci Jerusalem yang telah sekian lama dikuasai oleh kaum penyembah berhala Baal. Berikutan itu King David telah membina rumah Ibadat khas dan ditempatkan padanya ( the Ark of Covenant of God) yang sebelum itu hanya ditempatkan di khemah sementara bersama penempatan kediaman Bani Israel. Serentak dengan itu juga King David telah mengisytiharkan Jerusalem kota suci King David (King David City). Lihat, The Temple of Jerusalem, loc.cit. hal. 25. 2 Lihat, Palsm, 89: 3-4.3 Psalm, 89 : 3-4

157

Page 158: BUMI  YANG DIJANJIKAN

O ye seed of Abraham his servant, ye children of Jacob, his chosen,

He is the Lord our God; His Judgment are in all the earth,

He hath remembered his covenant for ever, the word which he commanded to

thousand generation.

Which covenant he made with Abraham, and his oath unto Isaac;

And confirmed the same unto Jacob for a law and to Israel for an everlasting

covenant;

Saying, unto thee will I give the land of Canaan, the lot of your inheritance:

Memandangkan buku Psalm ini pada umumnya merujuk kepada himpunan

nyanyian-nyanyian suci King David memuji dan menyeru Tuhannya, lalu seruan balas dari

Tuhannya yang menyebut “kamu” (thee) dan “ Oh, benih Abraham” (O ye seed of

Abraham) adalah merujuk kepada King David. Inilah kemuncak “Davidid covenant” yang

dikatakan sebagai penegasan semula kepada “Abrahamic covenant” yang buat pertama

kalinya disebut mengenai “ bumi yang dijanjikan”. Di samping itu terdapat juga covenant

atau janji-janji Tuhan seperti itu ada juga dibuat dengan peribadi-peribadi tertentu dari

kalangan Nabi-Nabi Terakhir seperti Jeremiah bahawa Tuhan menjanjikan akan

mengembalikan Bani Israel ke Zion (Jerusalem) jika hati mereka terus mengingatinya1.

1 Jeremiah, 3: 14 & 4: 1. Janji Tuhan ini dibuat selepas berlakunya peristiwa “pembuangan di Babylon “ oleh Chandnezzar pada abad ke 5 s.m. Janji ini ternyata benar apabila Bani Israel dapat kembali dan membina semula Temple of Jerusalem setengah abad kemudian. Apabila Bani Israel sekali lagi telah terusir dari Palestin dan terpaksa hidup di dalam buangan (diaspora) di Eropah, sejak tahun 70 m. mereka tetap yakin terhadap covenant seperti di dalam buku Jeremiah itu. Kenyakinan ini telah terus menghidupkan semangat cintakan Zion ( Hibbat Zion ) di dalam kehidupan mereka. Berasaskan semangat ini akhirnya para pimpinan diaspora Yahudi telah menubuhkan pergerakan yang dinamakan Zionisme di Eropah pada awal abad ke 19 m. bertujuan untuk mengembalikan kaum Yahudi diaspora ke Zion (Jerusalem).

158

Page 159: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pada asasnya terdapat dua bentuk atau tema covenant di antara Tuhan dengan

Bangsa Israel. Tema yang pertama berbentuk unilateral, iaitu janji atau jaminan daripada

pihak Tuhan semata-mata tanpa adanya sebarang syarat atau ikatan terhadap janji ataupun

jaminan tersebut. Hal ini boleh di rujuk kepada bentuk-bentuk covenant di antara Tuhan

dengan Noah dan Patriarch Abraham dan lain-lainnya yang menjanjikan akan menjadikan

zuriat mereka sebagai bangsa yang agong (a great nation) dan akan dianugerahkan sebuah

Negara yang dijanjikan di atas bumi Kan'an atau juga dikenali sebagai bumi Palestin.

Sementara covenant peringkat kedua dan satu-satunya covenant yang bertemakan

obligasi atau kebertanggung-jawaban adalah apa yang disebut sebagai “ perjanjian Mt.

Sinai “ ( Mt. Sinai covenant ), iaitulah penurunan (revelation ) Torah kepada Moses di

Mont Sinai. Ini kerana dengan penurunan Torah yang bermakna Undang-undang atau

peraturan membawa bersamanya ikatan undang-undang ( legal-binding ) di antara Tuhan

dan Bangsa Israel. Sebagai akibat dari pelanggaran atau tidak mematuhi covenant ini akan

membawa balasan buruk Tuhan seperti tertindas oleh musuh-musuh ataupun terbuang dari

tanah suci Jerusalem1.

Namun begitu berasaskan tema pertama yang lebih utama iaitu jaminan Tuhan

bahawa Bangsa Israel telah dipilih sebagai bangsa kesayangan Tuhan, kesalahan mereka

akan dimaafkan dan mereka tetap akan dibawa pulang ke Zion (Jerusalem). Hal ini

tersebut sebagai janji Tuhan kepada Bangsa Israel di dalam kitab-kitab nabi terakhir seperti

Jeremiah 2.

1 Lihat, Encyclopedia Americana, vol. 8, loc.cit. hal. 124. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol. 5, loc.cit.hal. 308.2 Lihat, Jeremiah, 3: 6-14.

159

Page 160: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Begitulah secara umumnya covenant menurut Jewish Bible (Old Testament Bible),

yang mendominasikan keseluruhan isi kandungannya. Ianya melatari sejarah kaum

bangsa Yahudi atau Bani Israel dan perhubungan di antara mereka dengan Tuhan.

Covenant di dalam tradisi agama Yahudi menjelas dan mengungkapkan konsep

ketuhanan Yehweh, (Tuhan Israel) dan menuntut keimanan Bangsa Israel terhadapNya.

Sebagai imbalan Yehweh menerima Bangsa Israel sebagai bangsa pilihanNya dan telah

menjanjikan pewarisan untuk mereka sebuah negeri di bumi Kan’an (Palestin). Ini

menjelaskan bahawa covenant yang terkandung di dalamnya konsep “bumi yang

dijanjikan “ adalah dianggap sebagai sesuatu yang faundamental di dalam agama Yahudi.

Walaupun secara perbandingannya Mosaic Covenant yang bersamaan penurunan

Torah di Mont Sinai dianggap covenant yang terpenting, namun bagi kaum Yahudi setiap

bentuk mahupun tema covenant yang terdapat di dalam Jewish Bible adalah penting bagi

mereka. Ini adalah kerana covenant yang bermakna janji ataupun jaminan Tuhan

( Yahweh ) kepada datuk moyang ( patriarch ) mereka Abraham dan lain-lainnya terutama

mengenai pewarisan “bumi yang dijanjikan” walaupun hanya bersifat " unilateral "

semata-mata, tetapi ia tetap penting dan faundamental kepada sejarah bangsa Yahudi

ataupun Bangsa Israel. Inilah yang dijadikan asas oleh mereka terhadap tuntutan dan

pengesahannya ke atas bumi Kana’an ( Palestin ) sebagai " bumi yang dijanjikan” Tuhan

khas untuk mereka sehingga ke akhir zaman.

160

Page 161: BUMI  YANG DIJANJIKAN

4.2 Covenant dan Zionism.

Sebagaimana yang difahami secara umumnya bahawa covenant menurut Bible

adalah janji dan tawaran Tuhan kepada Bangsa Israel untuk menjadikan mereka sebagai

bangsa pilihanNya dan akan mewariskan mereka dengan “ bumi yang dijanjikan “ ( a

promised land ) di Kan’an iaitu Palestin. Janji ini dibuat melalui patriarch (Abraham,

Isaac dan Jacob) dan pimpinan mereka seperti Moses dan David. Begitu juga janjiNya

dengan Nabi-Nabi Terakhir seperti Jeremiah bahawa seandainya jika mereka terkeluar

dari Zion (Jerusalem), mereka akan tetap dipulangkan ke sana jika mereka terus

mengingatinya.

4.2.1. Latarbelakang sejarah Zionisme

Istilah Zionisme adalah berasal dari semangat cintakan Zion yang sentiasa diingati

oleh bangsa Israel. Sementara Zion pula menurut The Encyclopedia of Jewish Religion1,

adalah nama yang merujuk kepada satu tanah tinggi yang menjadi tapak kepada kota suci

Jerusalem, di mana Temple of Jerusalem telah diasaskan di atasnya oleh King David

setelah menawannya dari tangan musuh. Di dalam Bible2 ia lebih ditonjolkan sebagai

“Tanah Tinggi Suci Zion”.

1 Lihat, The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 414. . 2 Lihat, II Samuel (5: 6-9). Lihat juga Psalm (2: 6). Di dalam teks al-Kitab al-Muqaddas, perkataan Zion disebut Sahyun atau al-Quds. Lihat, Mazamir; 2: 6, 9: 11 & 20: 2. Ini menyamai dengan konsep al-Quds ataupun Bait al-Maqdis yang tertegak di atasnya Masjid al-Aqsa menurut pandangan Islam

161

Page 162: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Mengenai semangat “cintakan Zion” menurut catatan Bible ianya mula dilahirkan

sewaktu kaum Yahudi buat pertama kalinya terbuang dari Jerusalem di dalam peristiwa “

pembuangan di Babylon ( abad ke 5 s.m.)“1. Inilah peristiwa yang menjadi pemula kepada

latarbelakang sejarah Zionisme. Berasaskan premis bahawa semangat cintakan Zion

(Heb. Hibbat Zion) ini telah hidup bersama sejarah kaum Yahudi semenjak dari zaman

silam2, ini juga turut memberi makna bahawa benih-benih awal fahaman Zionisme ini

telah wujud sejak zaman silam. Apabila berlaku pengusiran dari Jerusalem selepas

peristiwa “ pemusnahan terakhir Jerusalem “ tahun 70 m. yang memaksa kaum bangsa

Yahudi menjalani kehidupan diaspora di Eropah, ianya telah melahirkan semula semangat

rindukan Zion3.

Pandangan yang menyatakan bahawa idea Zionisme berakar umbikan di dalam

Bible ini turut dijelaskan di dalam beberapa penulisan kesarjanaan Barat. Di antaranya

adalah World Books4 yang menyatakan Zionisme adalah sebuah pergerakan yang

bermatlamatkan penubuhan sebuah Negara Kebangsaan Yahudi di Palestin, iaitu bekas

negeri kediaman kaum bangsa Yahudi di zaman silam. Pada tahun-tahun 1800an wujudnya

di Russia sebuah persatuan pemuda Yahudi yang menggelarkan persatuan mereka “

pencinta Zion” ( Lovers of Zion ) aktif melakukan penghijrahan Yahudi ke Palestin.

Apabila pertubuhan Zionisme yang lebih besar dilancarkan tertubuhnya secara rasminya

pada tahun 1897, aktiviti pemuda (lovers of Zion) diberikan pengiktirafan.

1 Psalm 137 2.Jay Y. Gonen, A Psychohistory of Zionism (1975), Mason / Chater, New York, hal.4 3 Dalam tempoh hampir 2 ribu tahun diaspora, kerinduan dan kecintaan Yahudi kepada Zion seolah-olah dirasakan kejatuhan Jerusalem hanya berlaku semalam. Lihat, A Psychohistory of Zionism, ibid. hal.64 World Books ( 2001), vol. 21, loc.cit. hal. 599

162

Page 163: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Begitu juga menurut Universal World Reference Encyclopedia1, Zionisme adalah

sebuah pergerakan yang bermatlamatkan pembentukan sebuah Negara Kebangsaan Yahudi

di Palestin. Asal-usul pergerakan ini adalah berakar-umbikan janji-janji daripada Bible

yang telah tersimpan di dalam sanubari kaum Yahudi sejak kemusnahan Jerusalem tahun

70 m. Suasana kehidupan kaum Yahudi yang tertindas di Russia dan lain-lain tempat di

Eropah pada tahun-tahun 1880an dan kemunculan kumpulan yang menggelarkan diri

mereka “ pencinta Zion “ yang mengatur beberapa siri penghijrahan Yahudi ke Palestin

telah mempercepatkan lagi kelahiran pertubuhan ini. Melaluinya gerakan besar-besaran

penghijrahan kaum Yahudi ke Palestin dibuat sebaik berakhirnya Perang Dunia I.

Sementara itu Everyman’s Encyclopedia2, pula menjelaskan bahawa Zionism

ataupun pergerakan Zionis adalah merupakan jelmaan semula pergerakan tradisional “

pencinta Zion “ dalam bentuknya yang moden dan yang sistematik. Ia dibangunkan secara

sistematik sesuai dengan keperluan di zaman moden tetapi digerakkan atas semangat

tradisionalnya untuk mengeluarkan kehidupan bangsa Israel dari alam diaspora dan

kembali bersatu membina semula kehidupan Yahudi di Palestin. Menurut sumber ini

bahawa berdasarkan semangat inilah “Persidangan Para Pencinta Zion Sedunia” anjuran

Theoder Herzl dan rakan-rakannya di Basel, tahun 1889 yang telah dihadiri lebih dari 200

perwakilan dari seluruh dunia telah memutuskan satu resolusi yang amat penting, berusaha

menubuhkan Negara Kebangsaan Israel di bumi Palestin.

Mengungkap tentang pergerakan Zionisme yang ditubuhkan di Eropah pada abad

ke 19 m., Encyclopedia Americana3 juga turut mengaitkan latarbelakang sejarahnya

1 Universal World Reference Encyclopedia, vol.15. loc.cit. hal. 5677.2 Everyman’s Encyclopedia, vol. 12, loc.cit. hal. 6233 Encyclopedia Americana, vol. 29, loc.cit. hal. 783

163

Page 164: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dengan inspirasi kaum Yahudi sejak dari zaman silam. Menurutnya sepanjang lebih dari

18 abad sesudah pemusnahan Jerusalem oleh tentera Roman ( 70 m.), hampir keseluruhan

masyarakat Yahudi tinggal di dalam buangan (diaspora). Semenjak dari itu kaum Yahudi

melalui sembahyang dan doa-doa mereka sentiasa memohon supaya Tuhan

mengembalikan semula kepada mereka takhta King David dan mengumpulkan mereka

semula di Tanah Suci Jerusalem. Di zaman moden ini pada tahun-tahun 1880an apabila

T. Herzl dan rakan-rakannya mengumpulkan kumpulan-kumpulan para “ pencinta Zion”

melalui pertubuhan Zionisme dan mula menggerakan program penghijrahan Yahudi ke

Palestin, kaum Yahudi diaspora telah mendokongnya.

Kenyataan tersebut di atas dijelaskan lagi oleh penulis A History of Zionisme1.

Beliau menyatakan bahawa pada umumnya penulisan-penulisan akademik di zaman

moden ini mentakrifkan Zionisme adalah sebagai suatu pergerakan politik nationalis

Yahudi yang diasaskan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897. Bagaimanapun

menurutnya bahawa berdasarkan kajian sejarah menunjukkan asal fahaman ini berpaksi

pada “ Zion “ (Jerusalem), nama satu tempat suci yang dirujuk oleh masyarakat Yahudi di

dalam doa, ingatan, impian dan harapan mereka untuk kembali hidup (redemption) ke

sana sesudah mengalami kehidupan “ pembuangan “(diaspora). Semenjak dari itu

ucapan selamat “ semoga tahun hadapan bertemu di Jerusalem “ (next year in Jerusalem)

sentiasa menjadi sebahagian dari ucapan dan doa selamat kaum Yahudi di antara sesama

mereka.

1 Walter Laqueur, A History of Zionism ( 3rd ed.2003), The European Jewish Publication Society, London. hal. 637-638).

164

Page 165: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Menurut penulis ini lagi bahawa impian kaum Yahudi diaspora untuk kembali ke

Zion telah dimanifestasikan dengan kelahiran beberapa gerakan “ Messiah “ 1(Heb.

Mashiah) untuk menyelamatkan Bangsa Israel dan mengembalikan mereka ke Zion. Di

awal zaman moden, gerakan "Messiah" ini pernah didominasikan oleh Sabbatai Zevi,

seorang Yahudi Anatolia pada tahun-tahun 1650an. Dengan membawa slogan “kembali ke

Zion” beliau mendapat dokongan yang besar daripada masyarakat Yahudi di Anatolia dan

di Eropah. Bagaimanapun Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah telah bertindak menghapuskan

gerakan ini2. Setelah missi Sabbatai Zevi digagalkan oleh kuasa Turki ‘Uthmaniyyah,

pergerakan kaum Yahudi mengharapkan kewujudan sekutu baru bagi membantu

menjayakan program “ kembali ke Zion”. Pada abad ke 17 harapan kaum Yahudi seakan

tercapai dengan kelahiran Protestan melalui gerakan pembaharuan Kristian di Eropah.

Aliran baru Kristian ini di samping berpegang kepada kitab Perjanjian Baru (New

Testaments) sebagai kitab suci utama, turut juga beriman dengan Kitab Perjanjian Lama

1 Ibid. Menurut The Oxford Dictionary of World Religions (1997), ed. John Bowker, Oxford University Press. hal. 637, bahawa (Heb. Mashiah) seorang yang diutuskan khas oleh Tuhan dari keturunan David yang akan megembalikan kegemilangan kerajaan David di sana. Idea ini mula lahir sesudah bangsa Israel terbuang di Babylon. Namun menurut The Encyclopedia of Judaism, berdasarkan sumber-sumber penulisan para Rabbi seperti Kabbalistik, bahawa asal Mesiah telah wujud lama sebelum itu. Menurutnya roh Mesiah telah diciptakan Tuhan bersamaan dengan penciptaan Adam dan ditempatkan bersamanya di Garden of Eden. Roh ini buat pertama kalinya dibangkitkan di dalam sejarah manusia melalui diri King David untuk menyelamatkan Bani Israel di bumi Kanaan dari penguasaan musuh-musuh mereka, suku-suku kaum Kanaan yang menindas mereka. Sejak dari itu adalah menjadi kepercayaan di kalangan kaum Yahudi apabila mereka berada didalam keadaan terbuang di negeri-negeri musuh seperti dalam keadaan diaspora, Tuhan akan menghantar Messiah untuk menyelamatkan mereka dan mengembalikan kegemilangan kerajaan (kingdom) Israel di Zion. Menurut sumber ini bahawa semenjak berlakunya “ pembuangan di Babylon dan seterusnya di dalam era selepas pembinaan Temple kedua, telah muncul tokoh-tokoh yang dianggap sebagai Mashiah. Malahan ada segolongan kecil dari kaum Yahudi menganggap Jesus of Nazareth adalah Mashiah untuk menyelamatkan mereka dari penindasan kaum penjajah Roman. Begitu juga seterusnya Simeon Bar Kokhba ( 132 m.-135 m.) pemimpin revolusi pertama selepas Jesus yang juga dihapuskan oleh tentera Roman. Selanjutnya di sepanjang era diaspora juga telah lahir beberapa gerakan yang mendakwa membawa missi Messiah, tetapi tidak berjaya. Bagaimanapun menurut sumber ini pada zaman moden ini konsep dan missi Mashiah telah disekularkan apabila mentafsirkan Mashiah sebagai ejen perubahan yang memerlukan daya usaha dari kaum Yahudi untuk mencapai matlamat kembali ke Zion. Dalam hal ini Zionisme dilihat sebagai pembawa misi Meshiah yang telah disekularkan. Lihat, Geoffrey Wigodor, The Encyclopedia of Judaism (1989), Jerusalem Publishing House, hal. 483-484.2 Ibid. hal. 485. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol.10, loc.cit. hal.359

165

Page 166: BUMI  YANG DIJANJIKAN

(Old Testaments) yang menegaskan bangsa Yahudi berhak ke atas Palestin. Dengan

kepercayaan ini mereka juga turut dianggap sebagai Zionis Kristian1.

Semenjak abad ke 17 juga idea “ kembali ke Zion” juga mula memasuki fasa

baru2. Idea yang sebelumnya hanya didominasikan oleh bimbingan para Rabbi melalui

institusi-institusi pengajian agama Midrash dan Halakhah di dalam kehidupan Ghetto yang

sempit telah mula disebarkan dengan lebih luas melalui penerbitan buku-buku dan akhbar,

media massa pada masa itu.

Pada abad ke 18, kesan dari Enlightenment3 nilai-nilai liberal yang lebih berasaskan

rational dan pro-humanity mula menguasai masyarakat di Eropah. Berikutannya

kebanyakan kerajaan–kerajaan di Eropah telah mengiktiraf hak-hak kebebasan sosial dan

beragama semua anggota masyarakatnya termasuk kaum Yahudi. Bermula dari era ini

1 Kristian Protestan lebih toleran terhadap Yahudi berbanding Roman Katholik yang menganggap Yahudi adalah pembunuh Tuhan Jesus Christ. Mazhab Protestan juga turut beriman dengan kebenaran dakwaan hak- hak Yahudi ke atas Palestin sebagaimana yang terkandung dalam Kitab Perjanjian Lama. Berasaskan keimanan mereka terhadap hal-hal ini, pada abad-abad ke 16 dan 17 golongan Protestant juga turut menyokong idea mengembalikan Yahudi ke Zion. Berdasarkan pegangan ini aliran Kristian ini juga dikenali sebagai Kristian Zionis atau Zionis bukan Yahudi (non-Jewish Zionis). Lihat , Encyclopedia of Knowledge, vol. 15, op.cit. hal. 251, Lihat juga, Ben Halpern, The Idea of the Jewish State (1961), Oxford University Press, London, hal. 253. Dalam hal ada kajian yang menemukan bahawa kelahiran fahaman Protestan sebenarnya adalah hasil usaha penyerapan anasir Yahudi ke dalam tradisi Kristian itu demi memudahkan perlaksanaan matlamat perjungan mereka. Lihat, ‘Aqidah al-Yahud fi al-Wa'ad bi Filastin, loc.cit. hal. 71 & 86. Lihat juga, Dr. Muhsin Muhamad Saleh, al-Quwwat al-‘askariyyah wa al-Syurtah fi Filastin fi Tanfiz al-Siyasah al-Britaniyyah (1996), Dar al-Nafa’is, ‘Amman, hal. 28. 2 Di dalam zaman-zaman kekusaan Gereja Katholik di Eropah pada abad-abad pertengahan kaum bangsa Yahudi di Eropah umumnya menderita mengalami penindasan yang dilakukan oleh bangsa-bangsa Eropah. Ini memaksa mereka membina penempatan-penempatan tertutup untuk perlindungan dan keselamatan. Pembinaan penempatan seperti ini pertama kali dilakukan di Venice, dipanggil dalam dalam bahasa tempatan,Ghetto. Istilah ini diguna pakai untuk merujuk kepada penempatan seumpama itu di seluruh Eropah. Lihat, Encyclopedia of Knowledge, op.cit. 3

? Menurut Encyclopedia of Knowledge, enlightment adalah istilah sejarah merujuk kepada era kemunculan sains moden dan intelektual di kalangan masyarakat Eropah menjelang abad ke 18 mengantikan abad-abad pertengahan sebelumnya yang dipenuhi konflik agama yang berlarutan. Bermula dengan zaman ini corak pemikiran masyarakat Eropah lebih liberal dan rational, didominasikan oleh ahli-ahli Sains dan Falsafah mengantikan dominasi pemimpin-pemimpin Gereja (Katholik) sebelumnya, ibid. vol. 7, hal.70. Lihat juga, A History of Zionism, op.cit. hal. 40-43. Lihat juga, The Idea of the Jewish State, loc.cit. hal. 4-5

166

Page 167: BUMI  YANG DIJANJIKAN

idea “ kembali ke Zion “ tidak lagi menjadi agenda tertutup di kalangan kaum Yahudi. Ia

mulai tersebar luas melalui media-media cetak di Eropah terutama apabila ia telah

mendapat sokongan dari kerajaan-kerajaan tertentu di Eropah. Pada tahun 1797

Napoleon Bonarpate yang berusaha mendapatkan sokongan Yahudi Eropah di dalam

kempennya untuk menduduki Mesir telah menyebarkan memoranda bercetak

menjanjikan bantuannya untuk mengembali mereka ke Palestin. Namun kegagalan

kempennya telah membantutkan rancangan itu1. Sementara itu di England di dalam

tempoh ini idea mengenai “ kembali ke Zion “ kelihatan lebih bebas tercetak di dalam

akhbar-akhbarnya berbanding dengan bahagian-bahagian lain di Eropah. Suasana sebegini

telah melahirkan satu kepercayaan umum di kalangan Yahudi diaspora bahawa “ King of

England”2 adalah yang paling diharapkan memainkan peranan Messiah membantu Yahudi

kembali ke Palestin.

Bermula dari abad ke 18 juga lahirnya beberapa pemikiran dari kalangan

cendikiawan modenis Yahudi di Eropah yang membawa pentafsiran baru terhadap missi

Messiah. Mereka membawa pandangan yang menekankan bahawa missi Messiah ini bukan

hanya merujuk kepada kepimpinan peribadi tetapi merupakan satu konsep yang memiliki

1 Kempen ini juga gagal menarik perhatian dan sokongan kaum Yahudi kerana faktor kepimpinannya berbangsa Peranchis iaitu pendokong Gereja Roman Katholik yang kuat sepanjang tempoh kekuasaan gerejanya di Eropah pada abad-abad pertengahan. Sedangkan sepanjang tempoh tersebut kaum Yahudi mengalami penderitaan yang pahit berasaskan tradisi Bible New Testament kaum Katholik yang menyalahkan Yahudi sebagai pembunuh Jesus. Di samping itu terdapat satu kepercayaan umum di kalangan Yahudi bahawa hanya “ King of England” ( yang turut mengalami sejarah perhubungan yang pahit dengan penguasa Gereja Katholik) akan memainkan peranan Messiah membantu kaum Yahudi kembali ke

Palestin. Lihat, A History of Zionism, op.cit.

2 Kepercayaan ini juga telah membawa Dr.Chaim Weizmann, pakar kimia Yahudi, pemimpin kedua tertinggi Zionis selepas T. Herzl kelahiran Russia berpindah ke England pada tahun 1904 di atas keyakinan bahawa pembinaan “ Judanstaat” di Palestin tidak akan tercapai tanpa campur tangan British. Lihat, Norman Bentwich, Israel Resurgent (1960), Ernest Benn Limited, London, hal. 29

167

Page 168: BUMI  YANG DIJANJIKAN

“daya” (force) yang mampu mengubah nasib kaum bangsa Yahudi daripada tertindas di

bawah penguasaan bangsa bukan Yahudi kepada menguasai mereka. Kelahiran pemikiran-

pemikiran ini menandakan permulaan kelahiran Zionisme di zaman moden. Di antaranya

adalah penerbitan buku Rom and Jerusalem (1862) oleh Moses Hess dan diikuti dengan

terbitnya buku “ Der Judanstaat”1 pada tahun 1896 oleh Theodor Herzl. Penerbitan buku-

buku ini terutama Der Judanstaat yang segera diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ( The

State of Judaism) telah membuka minda lebih ramai golongan cendikiawan modenis

Yahudi. Pada tahun berikutnya, 1897 apabila T. Herzl dan rakan-rakannya menganjurkan

persidangan pertama para cendikiawan Yahudi “ Hibbaat Zion” di Basle ia telah berjaya

menarik kehadiran lebih dari 200 perwakilan dari seluruh Eropah2. Melalui persidangan

inilah Pergerakan Zionisme telah dilancarkan secara rasmi.

4.2.2 Zionisme dan peranannya di dalam penubuhan kerajaan Israel, 1948.

Sebelum Pergerakan Zionisme Yahudi telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun

1898, pimpinannya telah mempunyai hubungan baik dan erat dengan pemimpin-pemimpin

Kristian Protestant yang lebih toleran terhadap kaum Yahudi di Eropah seperti German dan

British. Tujuan pimpinan Yahudi itu mewujudkan hubungan baik dengan para pimpinan

Negara-negara berkenaan adalah untuk mendapatkan pengiktirafan dan bantuan dari

mereka menjayakan cita-cita Yahudi untuk kembali bermustautin di Palestin. Pada masa

itu Palestin berada di bawah kekuasaan Turki ‘Uthmaniyyah.

1 Penulis tidak menemui teks asal buku-buku ini melain sebutan dan rujukan lain-lain penulisan mengenainya.2 A History of Zionism, Ibid. Lihat juga, The Idea of the Jewish State, loc.cit. hal. 13-14.

168

Page 169: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini British dilihat lebih ketara berperanan sebagai Zionis Kristian kerana

daya usaha mereka yang lebih terkedepan di dalam melaksanakan program penghijrahan

Yahudi ke Palestin. Pelaksanaan program ini telah mendahului pergerakan Zionis

Yahudi sendiri yang ditubuhkan secara rasmi, pada tahun 1898. Daya usaha kerajaan

British ini telah dibuat semenjak mereka membuka Konsulatnya di Jerusalem pada tahun

18381. Usaha ini dilakukannya setelah berusaha mendapatkan kebenaran daripada kerajaan

Turki ‘Uthmaniyyah di Istanbul melalui saluran-saluran diplomatik supaya diberikan

kebenaran untuk menubuhkan penempatan-penempatan bagi pendatang-pendatang Yahudi

Eropah di Palestin. Begitu juga program penghijrahan itu dilihat begitu meningkat selepas

selepas British menduduki Cyprus (1878) dan Mesir (1881).

Bersamaan dengan zaman kemunculan pergerakan Zionisme Yahudi ini, empayar

Turki ‘Uthmaniyyah menyaksikan kemunculan pemimpin baru, Sultan ‘Abd al-Hamid II

(1876-1909) . Sultan baru ini digambarkan oleh para penganalisa sejarah Islam2 sebagai

seorang yang kuat keazaman Islamnya tetapi dilahirkan di penghujung usia empayar

warisannya yang telah nazak. Sementara kuasa-kuasa Eropah yang berjiran pada masa itu

menganggap empayar ‘Uthmaniyyah keseluruhannya sebagai “ orang sakit Eropah ”.

Beberapa kelemahan di dalam aspek perundangan kerajaan ‘Uthmaniyyah telah

1 Ibid. hal. 33 & 123. 2 Sultan ‘Abd al-Hamid II mewarisi empayar yang sedang runtuh. Wilayah-wilayah di Mesir dan di rantau Balkan, Eropah telah membebaskan diri dari Empayar Uthmaniyyah. Wilayah-wilayahnya di Afrika telah dikuasai oleh kuasa-kuasa penjajah Kristian Eropah dan hutang Negara adalah sebanyak 150 juta pound British. Dalam suasana yang agak darurat inilah pemimpin pergerakan Zionis mengambil kesempatan untuk menyogok Sultan untuk melunaskan hutang Negara dan menyogok wang peribadi sebanyak 5 juta pound sebagai tukaran melepaskan wilayah Palestin untuk dijadikan Negara Kebangsaan Yahudi. Namun Sultan yang kuat keazaman Islam ini menolaknya. Lihat, Dr. Jamil ‘Abdullah Muhamad al-Masri, Hadir al-‘Alam al-Islami wa Qadayahu al-Mu’asirah(2002), Maktabah al-‘Ubaikan, Riyadh, hal. 115-116. Lihat juga, ‘Ali Muhamad al-Sulabi, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah; ‘awamil al-Nuhud wa asbab al-Suqut(2001), Dar al-Tauzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyyah , Port Sa’id, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, op.cit. hal. 444-445.

169

Page 170: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dipergunakan oleh Negara-negara tersebut untuk menekan dan melemahkan empayar Islam

tersebut. Kuasa-kuasa Eropah ini telah menggunakan kelemahan-kelemahan yang ada

dengan membantu melakukan penghijrahan dan mewujudkan penempatan-penempatan

Yahudi di Palestin1.

Sultan ‘Abd al-Hamid sejak awal telah memahami bahayanya program kerjasama

Zionis-British dalam melaksanakan penghijrahan Yahudi Eropah ke Palestin. Menyedari

perkembangan yang berlaku, ‘Abd al Hamid II pada tahun 1881 telah mengeluarkan

"decree" mengharamkan Yahudi dari luar Palestin menetap di Palestin2. Mereka

dibolehkan melawat Tanah Suci dan berada di sana dalam tempoh tidak melebihi tiga hari

dan sama sekali tetapi tidak dibenarkan menetap di sana. Pada awalnya para pemimpin

Zionis cuba memujuk Sultan menarik balik "decree" tersebut malah sanggup membeli dan

membayar beberapa tanah yang telah menjadi penempatan-penempatan pendatang Yahudi

di Palestin.

Pada tahun-tahun sebelum penubuhan rasmi pergerakan Zionisme 1898, pimpinan

Yahudi telahpun mengutuskan wakil-wakil mereka menemui Sultan ‘Abd al-Hamid ,

untuk meninjau pandangannya terhadap isu penempatan Yahudi di Palestin. Pada tahun

18963 Theodor Herzl telah mengutuskan Neolenski, seorang wartawan terkenal di Eropah

1 Di antaranya aspek kelemahan yang terdapat di dalam sistem perundangan kerajaan ‘Uthmaniyyah ialah apa yang dinamakan peraturan “ Keistimewaan rakyat asing”, merujuk kepada keistimewaan yang diberikan kepada para pedagang asing di mana mereka mendapat pelepasan pembayaran cukai jika menetap dan menjalankan perdagangan di dalam empayar ‘Uthmaniyyah. Begitu juga peraturan “ Perlindungan minoriti agama” di mana melalui peraturan ini kerajaan British melalui Konsulatnya di Jerusalem telah memberi segala kemudahan sepenuhnya terhadap para pendatang Yahudi membina penempatan dan mewujudkan aktiviti-aktiviti di bandar-bandar pelabuhan di Palestin serta perlindungan sepenuhnya terhadap mereka . Lihat, Hadir al-‘Alam al-Islami, ibid. hal. 305-306.

2 Filastin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 209.

170

Page 171: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menemui Sultan ‘Abd al-Hamid untuk menyatakan hasrat beliau mengenai pelepasan

Palestin, namun Sultan menolaknya. Selepas kegagalan itu, pertubuhan pergerakan Zionis

telah menggunakan khidmat pemerintah German, Kaiser William II yang juga sahabat baik

kepada Sultan ‘Abd al-Hamid bagi memanjangkan hasrat yang sama. Bagaimanana pun

usaha itu juga tidak berjaya. Oleh itu pada tahun 1901 Theodor Herzl telah berjaya

mengusahakan satu pertemuan rasmi di antaranya bagi pihak pertubuhan bangsa Yahudi

Sedunia dengan pihak Sultan. Di dalam pertemuan tersebut Theodor Herzl sendiri telah

memohon untuk membeli wilayah Palestin dengan seberapa sahaja harga yang ditentukan

oleh Sultan supaya wilayah itu dilepaskan untuk dijadikan sebuah Negara Kebangsaan bagi

kaum bangsa Yahudi. Namun Sultan ‘Abd al-Hamid tetap menolaknya.

Pada tahun 1902 Theoder Herzl, pemimpin pergerakan Zionis telah menemui

Joseph Chamberlain, Menteri Tanah-Tanah Jajahan British untuk mendapatkan bantuan

kuasa besar itu bagi menekan kuasa Turki ‘Uthmaniyyah supaya memenuhi tuntutan

mereka.1 Pertemuan rasmi dengan pihak British dengan maksud yang disebutkan itu

dibuat setelah segala perundingan yang diusahakan oleh Herzl dengan Sultan Turki telah

gagal dan tidak menampakkan sebarang harapan. Ianya juga berikutan dengan keputusan

yang telah diputuskan di dalam persidangan pertama Perhimpunan Zionis Sedunia, 1898

sebelumnya, iaitu seandainya Sultan ‘Abd al Hamid terus bersikap pasif terhadap

permohonan Yahudi mengenai Palestin, pemerintah Turki ‘Uthmaniyyah dan kerajaannya 1 Melalui perhubungan rasmi ini, pihak Zionis Yahudi dapat memahami strategi jangka panjang British pada masa itu yang mementingkan kedudukan mereka di Mesir demi menjamin keselamatan Terusan Suez. Oleh itu British memerlukan sebuah “Negara penampan” (buffer state) diantara Mesir dan Turki. Dalam hal in British memerlukan sebuah Negara yang dihuni dan dikuasai oleh bangsa yang terus berbudaya Eropah dan asing dari budaya tempatan supaya dengan itu penghuni Negara itu akan terus mengekalkan hubungan baiknya dengan Eropah khususnya Britain. Memahami strategi British ini Zionis menekankan bahawa Palestin hendaklah dijadikan “Negara penampan” seperti yang dimaksudkan itu. Berasaskan keperluan strategi ini British menyokong sepenuhnya hasrat Zionis dan mendokong sepenuhnya program kependudkan Yahudi Eropah di Palestin. Lihat, Al-Quwwat al-‘Askariyyah wa al-Syurtah fi Filastin, loc.cit. hal. 34-35 Ibid. hal. 33

171

Page 172: BUMI  YANG DIJANJIKAN

mesti di jatuhkan. Ia akan dibuat melalui dua cara, iaitu mencetuskan kekacauan dalaman

di wilayah-wilayah kerajaan dan serentak dengan itu mencetuskan satu Perang besar yang

akan menghapuskan kerajaan itu1.

Langkah pertama gerakan Yahudi untuk menjatuhkan Kerajaan ‘Uthmaniyyah

ialah dengan mengujudkan penentangan dalaman terhadap Kerajaan ‘Uthmaniyyah. Ini

dibuat terutamanya melalui penubuhan " Persatuan Turki Muda", pimpinan Mustafa Kamal

Ataturk2 yang melakukan penentangan terhadap pemerintahan Sultan. Akhirnya pada tahun

1909 Sultan ‘Abd al- Hamid dipecat dari takhta dan digantikan dengan Sultan boneka

yang menurut telunjuk " Persatuan ".3

Berikutan tercetusnya Perang Dunia I, 1914 Zionis mengambil kesempatan

menyertai Pasukan Bersekutu yang ditunjangi Inggeris, Peranchis dan Russia memerangi

pakatan German-Turki4. Berikutan kekalahan Turki di Timur Tengah, Inggeris

memasuki Palestin. Sebagai balasan kepada pertolongan Yahudi Zionis, kerajaan Inggeris

melalui Menteri Luarnya Lord Arthur James Balfour pada 2 Nov. 1917 telah

mengistiharkan bahawa Negara Kebangsaan Yaudi akan didirikan di atas bumi Palestin.

1 Lihat, Al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, loc.cit. hal.449. Hal ini dinyatakan secara jelas di dalam Protocol VII, di dalam Protokol Para Cendikiawan Zionis. Lihat, Henry Ford, The International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, Global Books, Johannesburg,(1997), hal. 196.2 Beliau berasal dari Salonika yang merupakan satu penempatan Yahudi dan pusat gerakan Meshiah di Anatolia yang diasaskan oleh Sabbatai Zevi sejak abad ke 17. Setelah gerakan itu dihapuskan oleh kerajaan ‘Uthmaniyyah anggota-anggotanya berpura-pura menzahirkan Islam tetapi tetap kekal dengan agama Yahudi sehingga di zaman moden masyrakat mereka dikenali sebagai Yahudi Donmark. Lihat, al-Dawlah al-‘Uthmaniyyah, ibid. hal. 440-442 3 Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 215-2164 Walaupun Perang Dunia ini telah tercetus sejak pertengahan akhir tahun 1914 di Eropah, namun sehingga ke akhir tahun tersebut Turki masih belum terlibat secara langsung. Turki hanya dilibatkan pada awal Jan. 1915 melalui serangan tentera Russia ke atas sempadannya di Kaukasia. Ini lebih menjelaskan lagi teori konspirasi Zionis untuk mengheret Turki ke kancah peperangan, memandangkan ramai daripada anggota Zionis Yahudi berkhidmat dengan tentera Russia. Lihat, Encyclopedia of Knowledge,vol. 20,loc.cit. hal.15. Lihat juga, The Israeli Secret Service (1979), Sphere Books Ltd.,London, hal. 8-9

172

Page 173: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Surat Pengisytiharan itu disampaikan dan dibaca secara rasmi oleh Lord Rothschild, Ketua

Persekutuan Zionis British1.

Pengisytiharan itu dibuat tanpa merujuk kepada sebarang tarikh cadangan, namun

pihak Zionis Yahudi telah mempersiapkan pasukan bersenjata digelar “ Haganah”2

(pasukan pertahanan) sejak awal tahun-tahun 1920an sebagai persiapan perjuangan

bersenjata untuk mempastikan “ pengistiharan Balfore” tetap menjadi kenyataan3.

Seterusnya selepas Perang Dunia ke II terutama kerajaan baru British dari Parti

Buroh yang lebih liberal telah menyerahkan kembali mandatnya ke atas Palestin kepada

Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada Nov. 19474 (PBB) telah mengistiharkan

pembahagian Negara Palestin kepada dua bahagian, Palestin Arab dan Israel. Langkah

terbaru dari (PBB) ini, telah menimbulkan bantahan dan “penentangan rakyat” dari pihak

Arab-Palestin. Mengambil kesempatan dari “ penentangan “ tersebut, pasukan bersenjata

pihak Zionis (Haganah) Yahudi segera bertindak melancarkan “ perang pembebasan bumi

Israel” dan mengistiharkan penubuhan Negara kebangsaan Israel pada 14 Mei, 1948.

1 Filastin, op.cit. hal. 226. Lihat juga, Encyclopedia of Knowledge, vol. 2, op.cit. hal. 3492 Asas pasukan ini dari segi latihan dan kepimpinannya telah bermula di Eropah di mana mereka telah telibat aktif membantu pasukan tentera bersekutu menghadapi German dan sekutunya (Ottomon/Uthmaniyyah) di dalam Perang Dunia I. Lihat, Richard Deacon, The Israeli Secret Service, loc.cit. hal. 16-17.3 Kebimbangan Zionis ini hampir menjadi kenyataan di mana selepas pilihanraya 1945, kerajaan British telah diperintah oleh Parti Buroh yang lebih liberal. Kerajaan baru ini lebih bersetuju dengan idea Palestin kekal statusnya sebagai sebuah negeri Arab, bagaimanapun kaum Yahudi juga mempunyai hak untuk mendiaminya dengan status sebagai pribumi yang sama. Pertukaran polisi di pihak British ini juga menyebabkan pergerakan Zionis di Palestin terutama pasukan bersenjatanya segera melakukan agitasi dan provokasi keganasan termasuk menentang mandat pendudukan British di Palestin. Di antara contoh-contoh provokasi ke atas British ialah pengeboman Hotel King David yang mengorbankan kaki tangan pentadbiran British dan serangan serta pembunuhan beramai-ramai ke atas kampung Arab Deir Yassin 1946. Lihat, Colin Scindler, The Land Beyond Promise (2001), I.B.Tauris & Co. Ltd. London, hal. 18-19

4 Encyclopedia of Knowledge,vol.14, op.cit. hal. 207

173

Page 174: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dengan ini jelas bahawa penubuhan Negara Israel pada tahun 1948 adalah hasil

sejarah perjuangan panjang kaum bangsa Yahudi. Ianya berasaskan ‘aqidah kepercayaan

mereka bahawa bumi Kan’an (Palestin) adalah “ bumi yang dijanjikan” kepada mereka

Bangsa Israel sebagaimana yang tercatat di dalam kitab suci mereka Jewish Bible.

BAB V

ANALISA ISLAM.TERHADAP COVENANT DAN ASAS NEGARA ISRAEL.

Bab ini adalah perbincangan mengenai analisa dari sudut pandangan Islam terhadap

tema utama di dalam Covenant ( Ar. Mithaq ), iaitu konsep “ bumi yang dijanjikan “1oleh

Tuhan kepada Bani Israel sebagai tanda bangsa pilihanNya. . Berasaskan konsep inilah

para pendokong gerakan Zionism telah berusaha dan berjaya menubuhkan Negara moden

Israel di atas bumi Palestin, pada tahun 1948. Bagaimanapun covenant dan konsep “bumi

yang dijanjikan” yang berasaskan Bible dilihat berbeza dari sudut pandangan Islam

yang berasaskan al-Qur’an.

5.1. Mithaq dari sudut pandangan Islam.

1 A Dictionary of Comparative Religion, loc.cit. hal. 214

174

Page 175: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sebagaimana yang termaklum covenant yang dimaksudkan di dalam Jewish Bible,

adalah diertikan dengan siri-siri “ perjanjian “ Tuhan dengan patriarch dan pemimpin-

pemimpin Bani Israel. Di dalam bahasa Arab sebagaimana yang disebut di dalam al-

Qur'an siri-siri “ perjanjian “ ini disebut dengan sebutan ‘ahd (عهد ) ) ataupun mithaq

Ini adalah kerana di dalam bahasa Arab kedua-dua perkataan ini membawa . ( ميثاق )

makna yang sama seperti satu firman Allah ( s.w.t.) di dalam al-Qur'an;

: ) 20الرعد )

20. (yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian1,

Ini pula selaras dengan sebutan yang digunakan di dalam al-Kitab al-Muqaddas2, iaitu

kitab suci " ahl al-Kitab " gabungan " Perjanjian Lama" dan " Perjanjian Baru " dalam

versi bahasa Arab. Persamaan tentang konsep " covenant " dan " Mithaq " atau " 'ahd "

diperkuatkan lagi dengan kenyataan dan keterangan di dalam kamus al-Mawarid3 yang

dianggap kamus rujukan dwi-bahasa ( Arab-Inggeris ) tersohor di masa kini.

Jika diteliti kepada kebanyakan ayat-ayat al-Qur’an yang menyebut tentang “mithaq”, pada

umumnya adalah merujuk kepada perjanjian di antara Tuhan dengan Bani Israel melalui

nabi-nabi mereka. Di antaranya;

1 Al-Ra’d, 13: 202 Al-Kitab al-Muqaddas, Dar al-Kitab al-Muqaddas, ( t.t. ) Sunduq Barid 724, al-Qahirah.3 Munir al-Baalbakki, al-Mawarid, (2000), cet. 34, Dar al-'Ilm li al-Malayin, Beirut hal.225,

175

Page 176: BUMI  YANG DIJANJIKAN

: البقرة 83

83. Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Isra’il (yaitu): janganlah kamu menyembah selain Allah,

dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta

ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu

tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.1

P

Begitu juga di dalam ayat berikutnya yang hampir sama konteknya tetapi di dalam surah yang

berbeza Allah (s.w.t.) mengulangi lagi sebutannya mengenai “ perjanjian “ ini.

: 70المائدة

70. Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari Bani Isra’il dan telah kami utus kepada mereka rasul-rasul.

tetapi setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang yang tidak diingini oleh hawa

nafsu mereka, (maka) sebagian dari rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebagian yang lain mereka bunuh2.

Ayat-ayat ini menyebutkan tentang “mithaq “ samada dengan sebutan “ mithaq kamu “ ataupun

tentang “mithaq Nabi-Nabi “ ataupun “ mithaq ahl al-Kitab” semuanya merujuk kepada

perjanjian di antara Tuhan dengan Bani Isra’il. Di antaranya;

: 63البقرة

63. Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari kamu dan kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya

kami berfirman): "Peganglah teguh-teguh apa yang kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada

didalamnya, agar kamu bertakwa".3

1 Al-Baqarah, 2:832 Al-Ma’idah, 5: 703 Al-Baqarah, 2: 63

176

Page 177: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Begitu juga dengan ayat;

: عمران 81ال

81. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan

kepadamu berupa Kitab dan hikmah Kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa

yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya"[209]. Allah

berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" mereka

menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah (hai para Nabi) dan Aku menjadi

saksi (pula) bersama kamu".1

: عمران 187ال

187. Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (yaitu): "Hendaklah kamu

menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya," lalu mereka

melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit.

Amatlah buruknya tukaran yang mereka terima2.

Mengenai maknanya, menurut Ibn Jarir al-Tabari (m. 310 H.), ketika

mentafsirkan ayat ( al-Baqarah : 63 ), menjelaskan bahawa mithaq adalah satu kata nama

daripada wathiqah yang merujuk kepada makna memberi persetujuan samada secara

bersumpah ataupun secara aku janji3.

1 Ali ‘Imran, 3: 812 Ali ‘Imran, 3: 1873 Muhammad Ibn Jarir al-Tabari, Jami’ al-Bayan, jil. 1, Dar al-Fikr, Beirut, cet.1, 1421 H. hal. 421

177

Page 178: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pandangan dan pegangan kaum Yahudi mengenai “covenant” yang berasaskan

Bible atau mithaq di dalam bahasa Arab sebagaimana yang tercatat di dalam al-Kitab

al-Muqaddas, pada asasnya mempunyai beberapa ciri persamaan dengan Islam. Ini

kerana menurut Islam, sebahagian daripada isi kandungan Bible iaitu Torah yang

sebahagian besarnya menceritakan kisah Bani Israel juga berasal dari kitab wahyu Allah

(s.w.t.). Dalam hal ini Rasulullah ( s.a.w.) dengan jelas mengharuskan umat Islam percaya

dengan kisah-kisah tentang Bani Israel dari kitab-kitab wahyu Allah ( s.w.t.) yang

terdahulu selagi tidak bercanggah dengan al-Qur'an. Sabda Rasulullah ( s.a.w. );

حرج وال اسرائيل بني عن وحدثوا ية ا ولو عني بلغوا

Maksudnya: "Sampaikan olehmu sekalian daripadaku walau satu ayat, dan perkatakan ( kisah ) Bani Isra’il (

lantaran ) tiada salahnya"1

Menurut al-Qur'an, Allah (s.w.t.) telah menurunkan Syari’ahNya yang berupa suruhan

dan larangan kepada para Rasul dan umat-umat mereka. Di antara para Rasul itu adalah

adalah Rasul-Rasul pilihan utama yang digelar " Ulu- al-‘Azmi " yang dipertanggung

jawabkan menyampaikan da'awah kepada kaum atau umatnya serta berusaha memimpin

mereka dengan panduan dan Syari’ah Allah (s.w.t.). Mereka itu adalah Nuh ( a.s.),

Ibrahim ( a.s.), Musa ( a.s.) dan Dawwud ( a.s.).

Bagaimanapun pada pandangan Islam isi kandungan kitab-kitab terdahulu seperti

Torah telah mengalami beberapa pengubahsuaian. Ini kerana Tawrah ( Torah ) yang di

turunkan Allah (s.w.t.) ke atas Musa ( a.s.) di Gunung Sinai menurut Islam adalah kitab

1 Sahih al-Bukhari, Bab 50/51, bil. 3461.

178

Page 179: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Syari’ah kepada Bani Isra’il yang diturunkan sekali gus. Namun Torah yang ada

sekarang menurut kaum Yahudi adalah sebuah koleksi kitab yang terhasil dalam tempoh

lebih dari 1000 tahun1 hasil penulisan para Nabi dan Rabbi Bangsa Israel bermula dari

zaman Moses.

Dengan berlakunya penambahan dan proses pengubahsuaian di dalam penulisan

kitab wahyu kaum Bani Isra’il ini menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan yang tidak

selaras dengan pandangan Islam. Berhadapan dengan kenyataan wujudnya ketidak-

selarasan di antara Bible dengan al-Qur’an mengenai persoalan mithaq atau covenant,

para ilmuan dan sarjana Islam menegaskan sandaran dan pegangannya kepada al-Qur'an

di atas sifatnya sebagai kitab wahyu Allah ( s.w.t.) yang terakhir.

5.2 Analisa Islam terhadap covenant dan konsep “bumi yang dijanjikan”.

Analisa Islam terhadap covenant ini akan dibuat berasaskan sumber utamanya

teks al-Qur’an di samping pentafsirannya samada oleh para Ulama silam mahupun

menurut para sarjana Islam sezaman. Di dalam melengkapkan kajian, analisa juga

dibuat dengan bantuan sumber-sumber tambahan seperti saki-baki catatan asal

daripada Torah, fakta-fakta sejarah dan juga pandangan-pandangan berasaskan

sumber akademik yang berwibawa. Sementara analisa terhadap asas penubuhan

Negara Israel moden akan dibuat berdasarkan penulisan-penulisan moden

mengenainya samada penulisan Islam dan juga dari sumber-sumber penulisan Barat.

1 Lihat, The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 66.

179

Page 180: BUMI  YANG DIJANJIKAN

5.2.1 Analisa terhadap Covenant berdasarkan al-Qur’an dan sumber-sumber Islam.

Merujuk kepada kepercayaan umum kaum Yahudi terhadap konsep “covenant”

yang dimaksudkan di dalam Bible, iaitu perjanjian atau persetujuan atau tawaran (mithaq )

Tuhan kepada Noah, Abraham, Isaac, Jacob, Moses dan David, di antaranya ada disebut di

dalam al-Qur'an;

7. Dan (Ingatlah) ketika kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh,

Ibrahim, Musa dan ‘Isa putra Maryam, dan kami Telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh1.

Menurut Ibn Kathir yang mentafsirkan ayat ini di dalam kitabnya Tafsir al-

Qur'an al-‘Azim yang dikenali juga dengan nama Tafsir Ibn Kathir2, bahawa Allah

( s.w.t.) secara khusus menceritakan tentang Rasul-Rasul " Ulu al-‘AzmiNya "3 yang

berlima dan juga lain-lain NabiNya secara umum, bahawa Dia telah mengambil perjanjian

( mithaq) dari mereka seluruhnya di dalam menegakan agama Allah dan menyampaikan

risalahNya. Ibn Kathir seterusnya menjelaskan bahawa Allah ( s.w.t.) mengambil mithaq

dari mereka terutamanya " Ulu al-‘Azmi" sesudah mengutuskan mereka (kepada kaum-

kaum mereka). Nama-nama mereka disebut dalam satu ayat lain yang hampir sama

konteknya;

1 Al-Ahzab, 33:72 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc. cit. hal. 11583 Istilah ini merujuk khas kepada 5 orang Rasul-Rasul Allah yang terpilih,, paling kuat menanggung amanah dan menghadapi ujian penentangan kaum dan umah. Mereka adalah Noh (a.s.), Ibrahim (a.s.), Musa (a.s.), Isa (a.s.) dan Muhamad ( s.a.w.).

180

Page 181: BUMI  YANG DIJANJIKAN

13. Dia Telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang Telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan

apa yang Telah kami wahyukan kepadamu dan apa yang Telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan

‘Isa yaitu: Tegakkanlah agama[1340] dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. amat berat bagi orang-

orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang

dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).1

Namun “perjanjian” ataupun “ persetiaan” itu semua hanyalah merupakan

pengulangan, pembaharuan semula ataupun pengingatan semula terhadap persetiaan Allah

(s.w.t.) ke atas semua zuriat Adam ( a.s.) sewaktu mereka masih berada di alam ruh. Allah

(s.w.t.) memperingatkan hal ini kepada kita melalui al-Qur’an;

171. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat Gunung (Tursina) ke

atas mereka (Bani Israil) seolah-olah Gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan

mereka yakin Bahawa Gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami

berfirman kepada mereka): "Terimalah Dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat)

Yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa Yang

terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang Yang bertaqwa"

172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-

anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka

saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah

Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami

1 Al-Syura, 42: 13

181

Page 182: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:

"Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid)

ini"1.

Bagaimanapun di dalam teks " Perjanjian Lama " ataupun Jewish Bible, kitab suci kaum

Yahudi tidak ada catatan nama ‘Isa putera Maryam (a.s.) bersama dengan nama-nama

Patriarch dan lain-lain nabi dari kalangan Bangsa Israel yang di katakan mengadakan

“perjanjian” dengan Tuhan. Ini kerana kaum Yahudi bukan sahaja tidak mengiktiraf

‘Isa al-Masih ( Jesus ) sebagai salah seorang utusan Tuhan untuk memimpin Bangsa Israel

malah sebaliknya menganggap Jesus sebagai musuh Tuhan dan kerana itu mereka

berusaha untuk membunuhnya2.

Mengenai “perjanjian” (mithaq) Tuhan terhadap Nuh (a.s.) pertama kalinya

dinyatakan di dalam Bible atau al-Kitab al-Muqaddas sejurus sebelum berlakunya

“Tawfan” iaitu iaitu banjir besar yang menenggelamkan dunia pada zamannya3;

. السماء تحت من حيوة روه فيه جسد كل ألهلك االرض على الماء بتوفان آت أنا فها . . وامراتك وبنوك أنت الفلك فتدخل معك عهدي أقيم ولكن يموت االرض في ما كل

. الفلك الى تدخل كل من اثنين جسد ذي كل من حي كل ومن معك بنيك ونسآء . معك ألستبقاآئها

1 Al-A’raf. 7: 71-722 Ini kerana kaum Yahudi menganggap Jesus adalah ahli sihir yang terlalu biadab melanggar kesucian " Hari Sabtu " ( Sabath ) dengan mengamalkan ilmu sihir pada hari tersebut. Apa yang mereka maksudkan dengan pelanggaran kesucian Sabbath ialah Jesus mengubati orang sakit pada hari tersebut. Hal ini tidak tercatat di dalam " Perjanjian Lama " ataupun Jewish Bible tetapi terdedah di dalam teks " Perjanjian Baru " -Injil Yuhanna, (al-Ishah 7 :1, 19 & 20. Perihal kaum Yahudi menuduh Isa (a.s.) sebagai ahli sihir juga dijelaskan di dalam al-Qur'an, ( 61 : 6 )

3 Safar al-Takwin; al-Ishah al-Sadis (6): 17-20

182

Page 183: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Inilah Aku bawakan Tawfan banjir ke atas bumi untuk menghancurkan seluruh jasad yang ada mempunyai

roh di bawah langit. Seluruh yang ada di bumi akan mati. Tetapi Aku mengadakan perjanjian (‘Ahd) ku

dengan mu (Nuh). Maka masuklah ke dalam bahtera, kamu dan anak-anak mu dan isteri mu dan isteri anak-

anak mu bersama-sama mu dan semua haiwan setiap jenisnya sepasang dimasukkan ke dalam bahtera agar

selamat bersama-samamu.

Menurut al-Kitab al-Muqaddas ( Bible) kisah mengenai Nuh bermula sejurus sebelum

berlakunya peristiwa " Tawfan ". Menurutnya peristiwa taufan itu berlaku dengan

kehendak Tuhan sendiri untuk menghukum manusia yang pada pandanganNya telah fasik

dan jahat. Namun Tuhan menyelamatkan Nuh dan keluarganya dan juga haiwan kerana

mereka telah dipilih untuk mendapat keberkatan Tuhan1. Di sinilah Tuhan buat pertama

kalinya mengadakan “perjanjian” (mithaq / ’ahd ) dengan Noh untuk memaklumkan

limpahan berkat Tuhan kepadanya dan juga zuriatnya.

Sesudah itu “perjanjian” diperbaharui kembali sebaik tamatnya Tawfan 2 sebagaimana

yang disebut di dalam al-Kitab al-Muqaddas;

األرض ..........1 وامألوا واكثروا اثمروا لهم ل وقا وبنيه نوحا الله وبارك8 , من نسلكم ومع معكم ميثاقي مقيم أنا وها قائال معه وبنيه نوحا الله وكلم

بعدكم..18.... , كنعان.- ابو وحاما ويافث وحاما ساما الفلك من خرجوا الذين نوح بنو وكان

1- " Allah memberkati Nuh dan anak-anaknya dan berkata kepada mereka, " membiak dan berkembanglah

kamu sekelian sehingga memenuhi muka dunia,……

8- “ Dan Allah berkata-kata kepada Nuh dan anak-anaknya yang bersamanya dengan kataNya; Inilah

perjanjian (mithaq) ku dengan kamu dan keturunanmu selepas zaman kamu…..

1 Ibid. : 5-8.2 Ibid., al-Ishah al-Tasi' ( 9 ) : , .

183

Page 184: BUMI  YANG DIJANJIKAN

18 - " Adalah anak-anak Nuh yang (selamat) keluar dari bahtera, Sam, Ham dan Yapeth. Dan Ham pula

adalah bapa (moyang) kepada Kan’an.

Bagaimanapun janji keberkatan Tuhan kepada Nuh dan zuriatnya menurut al-Kitab al-

Muqaddas (Bible) tidaklah secara umum kepada seluruh zuriatnya tetapi dibuat secara

terpilih. Keberkatan ini hanya dijanjikan kepada zuriat Nuh melalui keturunan Sam bin

Nuh di mana daripada keturunannya akan melahirkan Ibrahim, moyang kepada Bani

Isra’il1. Bersamaan itu dikatakan zuriat Nuh daripada keturunan Ham yang membawa

kepada Kan'an ( sebahagian daripadanya Philistine ) dilaknatinya dan disumpah akan

menjadi hamba abdi kepada keturunan Sam dan Japeth2.

Di dalam Bible tidak dijelaskan apa yang berlaku di antara Noah dengan manusia di

sekitarnya sebelum peristiwa Tawfan itu berlaku. Apa yang kelihatan lebih penting di

dalam Bible ialah pelunjuran keturunan Noah sesudahnya untuk menzahirkan kenyataan

bahawa Tuhan memberkati zuriatnya yang dimaksudkan pada akhirnya ialah Bangsa

Israel. Sedangkan menurut al-Qur'an, tempoh kehidupan Nuh di kalangan kaumnya

sebelum berlakunya Tawfan adalah cukup lama dan digunakan sepenuhnya berdakwah

mengembalikan mereka kepada fitrah agama Allah ( s.w.t.). Hal ini diterangkan di dalam

surah al-Ankabut;

1 Ibid., al-Ishah 11: 36 , al-Ishah 11 : 27., al-Ishah 12 : 1 -32 Ibid., al-Ishah 9: 35 , ibid., al-Ishah ( 10 ) : 6 -14.

184

Page 185: BUMI  YANG DIJANJIKAN

14. Dan Sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, Maka ia tinggal di antara mereka seribu

tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang

zalim.. 15. Maka kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang bahtera itu dan kami jadikan peristiwa

itu pelajaran bagi semua umat manusia.1

Mengulas ayat-ayat ini Ibn Kathir yang memetik satu riwayat yang sahih daripada

al-Bukhari2, menjelaskan bahawa tempoh zaman di antara Adam dan Nuh adalah 10 kurun

lamanya dan berada di dalam suasana Islam. Sesudah itu manusia mulai menyembah

berhala dan tidak lagi beribadah kepada Allah ( s.w.t.) serta melaksanakan kehidupan yang

penuh dengan kesesatan. Lalu Allah ( s.w.t.) mengutuskan Noh (a.s.) sebagai rahmatNya

kepada manusia.

Menurut pandangan Islam, tempoh Nuh bersama kaumnya selama hampir 1000

tahun sebelum banjir ( Taufan ) adalah tempoh yang lebih penting berbanding dengan

period sesudahnya. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut Nuh (a.s.) melaksanakan

sepenuhnya tugasan dakwah sesuai dengan tabiat pengutusan para Rasul (a.s.) adalah di

atas kepentingan dakwah. Dalam hal ini Nuh (a.s.) merupakan Rasul pertama yang

diutuskan kepada umat manusia yang kufur dan beribadah kepada selain dari Allah

( s.w.t.). Hal ini sangat serius kerana ianya tidak pernah berlaku semenjak bermulanya

sejarah manusia 1000 tahun sebelumnya’ walaupun ada sebelum itu kes-kes maksiat hatta

kes pembunuhan, namun manusia masih belum kufur kepada Allah. Oleh kerana

1 Al-Ankabut, 29: 14-15 2 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 53

185

Page 186: BUMI  YANG DIJANJIKAN

seriusnya persoalan " kufur " ini Allah ( s.w.t.) mengutuskan Noh ( a.s.) dengan diberikan

tempoh masa yang agak lama dan Nuh (a.s.) pula menggunakan berbagai medium dakwah

tanpa mengira masa, mengajak manusia kembali beribadah kepadaNya. Banyak contoh-

contoh ayat al-Qur'an yang menyebut hal ini1. Di antaranya firman Allah;

( ) االعراف

59. Sesungguhnya kami Telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah

Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah),

Aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)2.

5. Nuh berkata: "Ya Tuhanku Sesungguhnya Aku Telah menyeru kaumku malam dan siang,

6. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran).

7. Dan Sesungguhnya setiap kali Aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.8. Kemudian Sesungguhnya Aku Telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terang-terangan9. Kemudian Sesungguhnya Aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terang-terangan dan dengan diam-diam3.,

Namun, apabila dakwah Nuh ( a.s.) tidak dipedulikan oleh kaumnya, Allah

( s.w.t.) telah mendatangkan banjir besar yang menenggelamkan seluruh alam sebagai

balasanNya terhadap kekufuran manusia pada zaman itu. Tidak ada yang terselamat

1 Lihat al-Qur'an, ( 7 : 59 ), ( 10 : 71 ), ( 11 : 26 ), ( 21 : 76 – 77 ), ( 23 : 23 & 28 ), ( 26 : 105 -108 & 118 -120 ), ( 71 : 1 ). 2 Al-A’raf, 7: 593 Nuh, 5-9

186

Page 187: BUMI  YANG DIJANJIKAN

melainkan mereka yang beriman dengan Nuh ( a.s.) dan menaiki bahteranya sebagaimana

yang diperintahkan Allah ( s.w.t.). Setelah selamat daripada banjir, Allah ( s.w.t.)

mengucapkan selamat sejahtera kepada Nuh dan pengikut-pengikutnya yang beriman

sebagaimana di dalam firmanNya;

: ) 48هود )

48. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami atasmu dan

atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula) umat-umat yang kami beri

kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari

kami."1

Ibn Kathir di dalam mentafsirkan ayat ini2 mengatakan bahawa Allah ( s.w.t. )

mengkhabarkan pernyataannya kepada Nuh ( a.s.) sesudah bahteranya selamat mendarat di

gunung Juddi, bahawa Allah ( s.w.t.) mengucapkan selamat sejahtera keatasnya beserta

orang-orang beriman bersamanya dan juga seterusnya ke atas setiap diri yang beriman dari

zuriatnya sehingga ke hari qiamat.

Ucap selamat dari Tuhan di dalam ayat al-Qur’an;

ini kelihatan hampir sama konteknya dengan janji dan jaminan rahmat Tuhan kepada Nuh

( a.s.) dan zuriatnya seperti mithaq atau covenant sebagaimana menurut Bible atau al-

Kitab al-Muqaddas3, namun perbezaan di antara keduanya tetap wujud dan lebih ketara.

1 Hud, 11: 482 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc.cit. hal. 729.3 Lihat, Safar Takwin, Ishah ke 9.

187

Page 188: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Perbezaan pertama dan utamanya al-Qur’an menekankan kisah pengutusan Nuh (a.s.)

sebagai pengutusan da'awah sehinggakan da'awahnya berlangsung begitu lama sebelum

datangnya taufan. Ini berbeza dengan perspektif Yahudi yang tidak mengambil kisah

tentang persoalan dakwah. Keutamaan mereka daripada kisah pengutusan Noh adalah

untuk menzahirkan pernyataan Tuhan tentang berita kelahiran keturunannya melalui Sam

dan seterusnya Ibrahim dimana pelunjuran terakhirnya adalah kaum-bangsa mereka Bani

Isra’il yang diberkati Tuhan.

Perbezaan kedua adalah sifat Nuh sebagai Nabi dan Rasul. Di dalam al-Qur’an Allah

(s.w.t.) menggambarkan bahawa semua Nabi dan RasulNya termasuk Nuh ( a.s.) bersifat

mulia dan kasihkan umatnya. Begitulah Nuh (a.s.) sentiasa mengasihi ahli keluarga dan

juga umatnya walaupun mereka telah kufur dengan tegarnya, namun Nuh (a.s.) terus

berdakwah ke jalan yang benar walaun seribu tahun semata-mata kerana kasihkan mereka.1

Lebih ketara sifat kasih saying Nuh sebagai seorang bapa tertonjol di saat-saat paling akhir

sebelum bumi ini tenggelam, Nuh (a.s.) terus menerus memujuk rayu seorang anaknya

yang kafir supaya menyertai bahteranya;

( ) هود

1 Lihat al-Qur’an, 2 : 253, 7: 59, 29: 14 & 11: 42.

188

Page 189: BUMI  YANG DIJANJIKAN

42. Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. dan Nuh memanggil

anaknya,[719] sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama

kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."

43. Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air

bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari Ini dari azab Allah selain Allah (saja) yang Maha

penyayang". dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; Maka jadilah anak itu termasuk orang-

orang yang ditenggelamkan.

44. Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan,

perintahpun diselesaikan[720] dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi[721], dan dikatakan: "Binasalah

orang-orang yang zalim ."

45. Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya anakku termasuk

keluargaku, dan Sesungguhnya janji Engkau Itulah yang benar. dan Engkau adalah hakim yang seadil-

adilnya."1

Berbeza dengan sifat Noah di dalam Bible yang di ceritakan hanya mendoakan rahmat

Tuhan secara terpilih terhadap anak-anaknya Syem dan Japheth serta zuriat mereka yang

dimaksudkan akhirnya Bangsa Israel2. Sebaliknya Noah melempiaskan sumpah laknat

yang berasaskan perasaan dendam ke atas putera bongsunya Ham dan zuriatnya Kan’an.

Ini kerana Ham dikatakan mengkritik bapanya lantaran Noh meminum arak sehingga

mabuk dan tidak sedarkan diri sehinggakan terbuka auratnya. Berdasarkan laknat itu

keturunan Ham dan seterusnya Kan’an iaitu suku-suku kaum pribumi Kan’an terutama

Philistin3 di gambarkan di dalam Bible sebagai musuh yang terkutuk kepada Bangsa

Israel.

Di dalam konteks kitab suci dan akhlaq nabi-nabi kenyataan-kenyataan seperti yang

tercatat mengenai Noah adalah mengelirukan. Malah dari segi rationalnya pun adalah

1 Hud, 11: 42-452 Al-Kitab al-Muqaddas, Safar Takwin, Ishah 11: 363 Ibid. Ishah 10: 6-14

189

Page 190: BUMI  YANG DIJANJIKAN

amat berat untuk diterima bahawa Noah sebagai seorang nabi pilihan Tuhan diutus

mengajarkan agamaNya yang suci dan memimpin kehidupan manusia berasaskan akhlak

mulia, meminum arak sehingga tersangat mabuk dan tidak sedarkan diri. Apabila

perlakuan buruk itu dikritik oleh anaknya, beliau berdendam terhadap anaknya itu dan

melaknatnya sehingga kepada seluruh keturunannya. Ini adalah satu perlakuan buruk yang

tidak berakhlak dan sangat mengaibkan kalaupun dilakukan oleh orang biasa. Apa lagi jika

ianya dilakukan oleh seorang Nabi utusan Tuhan yang disebut di dalam Bible “ lelaki yang

terbaik dan sempurna akhlak di dalam generasinya dan sentiasa berada di jalan Tuhan” 1.

Dengan polemik yang ada timbul persoalan tentang siapakah dari kalangan zuriat Nuh

( a.s.) yang berhak mendapat jaminan selamat sejahtera dan keberkatan dari Tuhan.

Sementara Yahudi bertegas menyatakan merekalah zuriat yang dimaksudkan itu,

sebagaimana yang dijelaskan didalam Jewish Bible, Islam pula mempunyai jawapannya

yang tersendiri. Berdasarkan keterangan al-Qur'an dan tafsiran para Ulama'2 adalah

jelas bahawa pernyataan salam sejahtera dan rahmat dari Allah ( s.w.t.) adalah kepada Nuh

( a.s.) dan mereka yang beriman bersamanya beserta seluruh keturunan mereka yang

beriman sampai ke hari qiamat.

Secara rationalnya penjelasan al-Qur’an kelihatan lebih adil di mana salam dan

rahmat dari Allah ( s.w.t.) ini dilimpahkan kepada Nuh ( a.s.) dan orang-orang beriman

bersamanya serta seluruh jiwa yang beriman dari zuriat mereka sehingga ke hari kiamat

tanpa mengira keturanan ataupun bangsa seperti dakwaan Bani Isra’il.

1 Ibid. Ishah 6: 9 2 Lihat, Tafsir Ibn Kathir, loc.cit. hal. 729

190

Page 191: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di samping pernyataan salam sejahtera dari Tuhan kepada mereka yang beriman

kepadaNya sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Qur'an tiada pula sebarang

kutukan ataupun laknat Tuhan mahupun Nuh terhadap Kan’an dan zuriatnya Philistin

seperti yang disebut di dalam Bible kerana dendamkan Ham yang mengkritik Noah.

Seandainya benarlah kisah di dalam Bible ini ia pasti menimbulkan beberapa persoalan

terutama berkaitan dengan keadilan.

Pertamanya adakah adil jika zuriat keturunan seseorang di generasi yang akan datang

harus turut menanggung laknat daripada apa yang terhukum ke atas moyangnya di zaman

silam. Persoalan seterusnya dalam kes ini apakah perlakuan “mabuk”nya Noah, sebagai

seorang utusan Tuhan yang mulia di dalam generasinya masih dianggap “mulia” dan

kritikan anaknya terhadap perlakuan tersebut adalah “dosa”. Ini kerana isu yang

dizahirkan di dalam Bible bukan sekadar isu “mengambil minuman arak” tetapi mabuk

yang melampau. Itulah yang dikritik oleh Ham ke atas bapanya Noah di mana dengan

kritikannya itu telah membawa sumpahan laknat oleh Noah ke atasnya dan zuriat

sesudahnya. Begitu juga persoalannya mengapa laknat itu turut dikenakan ke atas

Philistin hanya kerana mereka di katakan sebahagian dari keturunan Kan’an. Sedangkan

bukan hanya kaum Philistin sahaja berasal dari keturunan Kan’an mahupun Ham.

Berbeza dengan dengan Bible yang mencatatkan kisah Tuhan mahupun Noah melaknat

sebahagian puteranya dan zuriat sesudahnya, al-Qur’an pula sebaliknya menyampaikan

amaran dan ancaman dari Allah (s.w.t.) yang disampaikan melalui Nuh (a.s.) adalah

191

Page 192: BUMI  YANG DIJANJIKAN

ditujukan secara umum kepada sesiapa sahaja daripada keturunannya yang engkar dan

kufur kepada Allah (s.w.t.)1.

Seterusnya di dalam kontek Bible (al-Kitab al-Muqaddas) kesinambungan

“perjanjian” (mithaq) adalah daripada Nuh kepada zuriatnya Ibrahim. Ianya

menjelaskan lagi kenyataan Tuhan kepada Nuh yang akan memberkati anak-anak dan

keturunannya. Lalu pada zaman Ibrahim (a.s.) Tuhan menjanjikannya dengan

penganugerahan keturunan yang akan menjadi bangsa yang agung dan negeri yang

dijanjikan untuk mereka. Di dalam al-Kitab al-Muqaddas, kesinambungan “perjanjian”

ini adalah merujuk kepada mithaq di dalam Safar Takwin, al-Ishah ke 10, ke 11, ke 12,

ke 13, ke 14, ke 15 dan ke 172.

Di dalam al-Qur’an, kisah ini turut dinyatakan di dalam surah al-Saffat3;

( ) الصافات75. Sesungguhnya Nuh telah menyeru Kami: Maka Sesungguhnya sebaik-baik yang memperkenankan

(adalah Kami).

76. Dan kami telah menyelamatkannya dan pengikutnya dari bencana yang besar.

77. Dan kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.

1 Ancaman dan amaran Allah ( s.w.t.) melalui Nuh ( a.s.) kepada manusia yang kufur akhirnya segera menjadi kenyataan di zamannya dengan mereka dibinasakan Allah ( s.w.t.) seluruhnya apabila mereka ditelan Taufan yang menenggelamkan seluruh muka bumi pada masa itu. Pengajarannya di dalam hal ini ialah amaran dan ancaman dari Allah ( s.w.t.) melalui Rasulnya pasti akan datang setelah manusia terus kufur dan menolak da'awah RasulNya seperti Nuh ( a.s.) yang telah berdakwah dalam tempoh yang sangat panjang.

2 Al-Kitab al-Muqaddas, Safar Takwin, (10: 21-25), (11: 10-26), ( 12 : 1 -7 ), ( 13 : 14 – 18 ), ( 14 : 19 – 21 ), ( 15: 18 ) ( 17 : 2 – 8 ).3 Al-Saffat, 27: 75-83

192

Page 193: BUMI  YANG DIJANJIKAN

78. Dan kami abadikan untuk Nuh itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian;

79. "Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam".

80. Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

81. Sesungguhnya dia termasuk di antara hamba-hamba kami yang beriman.

82. Kemudian kami tenggelamkan orang-orang yang lain.

83. Dan Sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk golongannya.

Menurut para mufassir1 seperti Ibn Jarir al-Tabari dan lain-lainnya di dalam

mengulas ayat ke 83 di atas, menjelaskan bahawa dari kalangan zuriat Nuh (a.s.) yang

mengikuti agamanya, cara hidupnya (berdakwah) dan turut menghadapi cabaran-cabaran

pahit daripada dakwah tersebut adalah Ibrahim (a.s.). Bagaimanapun berdasarkan

penjelasan para Ulama Tafsir ini, maksud penurut jejak langkah Nuh (a.s.) (Min Syi’atihi)

adalah dari kalangan zuriat terdekatnya iaitu Ibrahim (a.s.), jelas berbeza dengan konsep

kesinambungan “ perjanjian” ( covenant/ Mithaq) seperti yang dibawa oleh Bible ataupun

al-Kitab al-Muqaddas.

Konsep kesinambungan “perjanjian” (mithaq) yang dibawa oleh Bible (al-Kitab

al-Muqaddas ) bermaksud kesinambungan janji Tuhan daripada generasi Nuh kepada

generasi seterusnya. Ianya mengenai bakal kelahiran bangsa yang diberkati oleh Tuhan,

iaitu Bangsa Israel yang mulia yang dijanjikan bumi Kan’an (Palestin) sebagai negeri

kediaman khas untuk mereka. Kenyataan-kenyataan ini bermula di dalam Safar Takwin,

Ishah ke 122, di mana Tuhan memerintahkan Ibram ( Ibrahim ) supaya meninggalkan

negerinya ( Iraq ) dan berhijrah ke negeri ( Kan'an ) yang dijanjikan untuknya dan juga

1 Lihat, al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.12, loc.cit. hal.74. Lihat juga Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-Azim,loc.cit. hal. 1244. Lihat juga, al-Syawkani, Fath al-Qadir, loc.cit. hal. 1244.2 Safar Takwin, 12: 1

193

Page 194: BUMI  YANG DIJANJIKAN

zuriatnya. Sebagai memenuhi perintah itu Ibram membawa isterinya Sarai, anak

saudaranya Lut dan segala harta milik mereka berhijrah ke negeri yang dimaksudkan.

Di dalam ayat-ayat seterusnya, dinyatakan bahawa tidak lama sesampainya

di negeri Kan'an, negeri itu mengalami bencana kemarau yang dahsyat. Ini menyebabkan

Ibram mendatangi negeri Mesir untuk mencari kehidupan yang lebih baik di sana.

Bagaimanapun kedatangannya ke sini telah menimbulkan fitnah kerana Fir'aun yang

memerintah Mesir berkenan kepada kecantikan isterinya Sarah menyebabkan dia segera

pulang ke Kan'an. Di sinilah Tuhan memberikan janjiNya ( mithaq ) bahawa negeri itu

( Kan'an ) akan menjadi bumi anugerah kepada zuriatnya, buat selama-lamanya1. Di

dalam al-Ishah ke 14 di sebutkan Tuhan memperingatkan Ibram bahawa dia memperolehi

berbagai pemberian daripada raja-raja di sekitar negeri Kan'an yang menjadikannya

seorang yang kaya. Itulah di antara tanda-tanda berkat kepada Ibram apabila berhijrah ke

negeri yang dijanjikan keberkatan untuknya. Di dalam aI-Ishah ke 15 seterusnya disebut

Tuhan menjelma kepadanya memperkenalkan bahawa Dialah Tuhan yang memerintahkan

Ibram berpindah ke negeri ( Kan'an ) yang dijanjikan keberkatan untuknya dan warisan

abadi untuk zuriatnya. Malah Tuhan membayangkan bumi warisan untuk zuriat Ibram ini

boleh diperluaskan lagi sehingga merangkumi kawasan daripada lembah sungai di Mesir

sehingga ke lembah Sungai Furat.

Di dalam Safar Takwin seterusnya (al-Ishah ke 17: 5-6) sekali lagi disebutkan

mithaq ke atas Ibram sebagai pengukuhan kepada beberapa mithaq yang terdahulu.

Pertamanya Tuhan menukarkan nama Ibram kepada Ibrahim yang bermakna bapa kepada

1 Lihat, Safar Takwin, 13: 14-15

194

Page 195: BUMI  YANG DIJANJIKAN

umat yang ramai. Ini kerana isterinya Sarah akan melahirkan seorang anak lelaki (Ishaq )

di mana anak ini akan melahirkan zuriat yang ramai, di antaranya berkerajaan memimpin

umat ( Bani Isra’il ). Di sini Tuhan secara rasmi mengishtiharkan kepada Ibrahim,

bahawa;

ولنسلك لك الها ألكون ابديا عهدا اجيالهم في بعدك من نسلك وبين وبينك بيني عهدي واقيم. , الههم واكون ابديا ملكا كنعان ارض كل غربتك ارض بعدك من ولنسلك لك واعطي بعدك من

" Dan Aku mengadakan PerjanjianKu dengan mu dan zuriatmu di kemudian hari sebagai janjiKu yang

abadi, di mana Aku adalah Tuhan kamu sekeliannya dan Aku anugerahkan pemilikan bumi Ka'nan untukmu

dan untuk zuriatmu di kemudian hari sebagai pemilikan yang abadi "1

Inilah di antara teks terpenting di dalam mithaq atau covenant di antara Tuhan

dengan Ibrahim. Namun begitu sama halnya seperti dalam kisah Nuh ( a.s.) sebelumnya,

kenyataan-kenyataan dan peristiwa-peristiwa yang dimaksudkan di dalam Bible itu ada

sedikit perbezaan berbanding dengan tafsiran Islam yang berasaskan al-Qur'an.

Terdapat perbezaan isu utama di dalam dua rujukan ini, Bible dan al-Qur'an.

Kaum Yahudi melalui Jewish Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas menanggapi kisah

Ibrahim (a.s.) dan para Nabi sesudahnya sebagai sejarah eksklusif Bangsa Israel.

Sementara menurut Islam yang berasaskan kitab sucinya al-Qur’an sebaliknya

menjadikan kisah-kisah para Nabi dan Rasul yang dipaparkan sebagaimana kisah Ibrahim

dan Nsebelumnya adalah sebagai sejarah da'awah para Rasul ( a.s).

Sebagaimana dengan kisah Nuh ( a.s.) sebelumnya, diutuskan Allah (s.w.t.) untuk

berdakwah kepada kaumnya, demikian juga Ibrahim ( a.s.), diutuskan kepada kaumnya di

Babylon supaya berda'awah untuk mengeluarkan mereka daripada kesesatan

1 Safar Takwin, Ishah 17:7-8.

195

Page 196: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penyembahan berhala kepada Tawhid dengan beribadah hanya kepada Allah ( s.w.t.).

Sebaliknya reaksi dari kaumnya sangat keras sehingga akan mengancam nyawanya

menyebabkan Allah ( s.w.t.) memerintahkan baginda ( a.s.) meninggalkan kaumnya di Iraq

dan berhijrah ke Syam, negeri yang lebih berkat.

Menurut Ibn Kathir di dalam Qisas al-Anbiya'1 Ibrahim ( a.s.) dengan penuh

akur terhadap perintah Allah ( s.w.t.), membawa bersama isterinya Sarah, anak saudara

yang dibelanya Lut dan beberapa orang anggota keluarga terdekat. Mereka bertolak

meninggalkan bumi Kaldan ( Iraq ) menuju ke bumi Kan'an ( Syam termasuk di

dalamnya wilayah Palestin). Dalam perjalanan mereka menetap sebentar di Haran serta

berdakwah kepada penduduk negerinya. Menurut Ibn Kathir lagi2 di sini Ibrahim ( a.s.)

bermonolog dan berdailog dengan penduduknya mengenai Tuhan berpaksikan cekarwala.

Ini kerana penduduk Haran sama seperti penduduk Syam umumnya pada zaman itu

menyembah bulan, bintang dan matahari. Ibrahim ( a.s.) menyerang idea penyembahan

cekerwala sebagaimana dia menyerang idea penyembahan berhala kaumnya termasuk

Namrud di Iraq sebelumnya. Sesunggohnya Ibrahim ( a.s.) benar-benar diutuskan Allah

( s.w.t.) untuk membenteras kesesatan manusia-manusia itu. Menurut Ibn Kathir lagi

selepas menetap beberapa lama di Haran, Ibrahim dan keluarganya meneruskan

perjalanan menuju ke Kan'an yang terletak padanya Bait al- Maqdis3

1 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 101- 102. 2 Ibid. hal. 105.3 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya' Op.cit.

196

Page 197: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam Atlas al-Qur'an1, juga ada dirujuk nama-nama tempat yang menjadi jejak

perjalanan Ibrahim (a.s) sama seperti yang di sebut oleh Ibn Kathir di sepanjang jalur

Sungai Furat dari muara ke hulunya sebelum menuju Syam ( Palestine), ke Mesir dan

Makkah di Hejaz seterusnya pulang semula ke Hebron di Palestin.2 Dalam hal ini,

Ibrahim (a.s.) telah menempuh perjalanan hampir 2 ribu kilometer semata-semata kerana

mentaati perintah Allah dan melaksanakan tugasan dakwah kepada Allah ( s.w.t.) 3 .

Itulah asas perjalanan hijrah Ibrahim ( a.s.) daripada Iraq ke Haran, ke Syam, ke Mesir

dan Makkah al-Mukarramah yang menurut pandangan Islam adalah perjalanan

melaksanakan tanggungjawab dakwah berbanding dengan Bible yang menekankan konsep

berhijrah ke “Bumi yang dijanjikan”.

Sebagai salah seorang nabi " Ulu al-‘Azm " Ibrahim (a.s.) di utuskan kepada

kaumnya di Babylon. Menurut Ibn Kathir didalam kitabnya Qisas al-Anbiya',4

penduduk negeri Babylon termasuk ahli keluarganya pada masa itu adalah penyembah

berhala. Ibrahim ( a.s.) dengan beraninya menyanggahi aqidah kepercayaan kaumnya dan

berhujjah dengan mereka. Lebih jauh lagi Ibrahim bertindak menghancurkan berhala

sembahan kaumnya yang diketuai oleh raja Namrud. Berikutan itu Ibrahim (a.s.)

ditangkap dan di hadapkan kepada raja Namrud. Namun Ibrahim ( a.s.) berhujjah

mengenai ketuhanan dengan Namrud dan apabila pihak berkuasa yang mewakili

penyembah berhala kehabisan idea untuk terus berhujjah mereka menggunakan kuasa.

1 Dr. Syauqi Abu Khalil, Atlas al-Qur'an, Dar al-Fikr, (1423 H ), hal. 43.2 Dari segi geografi laluan perjalanan ini membentuk lengkongan bulan sabit dan terkenal dengan panggilan " Lembah Bulan Sabit Yang Subur " merangkumi Lembah Furat dari Iraq ke Syria dan bertemu dengan Lembah Nil di Mesir. Jelas dari segi sejarah dan archeologi, bahawa lembah-lembah ini merupakan tempat-tempat tumpuan tamadun awal masyarakat manusia.3 Lihat, Muhamad Baihaqi, Rahsia Bait al-Maqdis, al-Hidayah Publishers, K.Lumpur (2001), hal. 314 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 105

197

Page 198: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Raja Namrud menjatuhkan hukuman ke atas Ibrahim ( a.s.) dibakar sampai mati. Kisah

cabaran da'awah Ibrahim ( a.s.) ini di rakam di dalam al-Qur'an1;

51. Dan Sesungguhnya telah kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan

Harun)[], dan adalah kami mengetahui (keadaan)nya.

52. (ingatlah), ketika Ibrahim Berkata kepada bapaknya dan kaumnya: "Patung-patung apakah Ini yang

kamu tekun beribadat kepadanya?"

53. Mereka menjawab: "Kami mendapati bapak-bapak kami menyembahnya".

54. Ibrahim berkata: "Sesungguhnya kamu dan bapak-bapakmu berada dalam kesesatan yang nyata".

55. Mereka menjawab: "Apakah kamu datang kepada kami dengan sungguh-sungguh ataukah kamu

termasuk orang-orang yang bermain-main

56. Dan Sesungguhnya kami Telah perlihatkan kepadanya (Fir'aun) tanda-tanda kekuasaan kami

semuanya[927] Maka ia mendustakan dan enggan (menerima kebenaran).

57. Demi Allah, Sesungguhnya Aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu

pergi meninggalkannya[962].

58. Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari

patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.

59. Mereka berkata: "Siapakah yang melakukan perbuatan Ini terhadap tuhan-tuhan kami, Sesungguhnya dia

termasuk orang-orang yang zalim."

60. Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang bernama

Ibrahim 61. Mereka berkata: "(Kalau demikian) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang banyak,

agar mereka menyaksikan".

1 Al-Anbiya’, 21: 51-59

198

Page 199: BUMI  YANG DIJANJIKAN

62. Mereka bertanya: "Apakah kamu, yang melakukan perbuatan Ini terhadap tuhan-tuhan kami, Hai

Ibrahim?"

63. Ibrahim menjawab: "Sebenarnya patung yang besar Itulah yang melakukannya, Maka tanyakanlah

kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara".

64. Maka mereka Telah kembali kepada kesadaran dan lalu berkata: "Sesungguhnya kamu sekalian adalah

orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)",

65. Kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah

mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara."

Hal ini turut dijelaskan di dalam ayat yang lain;

و ( األنيياء (

71. Dan kami seIamatkan Ibrahim dan Lut ke sebuah negeri yang kami telah memberkahinya untuk

sekalian manusia.72. Dan kami telah memberikan kepada-Nya (Ibrahim) lshaq dan Ya'qub, sebagai suatu

anugerah (daripada Kami). dan masing-masingnya kami jadikan orang-orang yang saleh1

Ibn Jarir al-Tabari di dalam kitabnya Jami' al-Bayan2 mentafsirkan ayat ini

mengatakan bahawa Allah ( s.w.t.) telah menyelamatkan Ibrahim dan Lut ( a.s.) dari

musuh mereka (Raja ) Namrud dan kaumnya di negeri Iraq ke negeri yang Allah (s.w.t.)

berkatkannya di dunia ini iaitu negeri Syam. Maksudnya Allah ( s.w.t.) telah

memisahkan Ibrahim ( a.s.) dari kaumnya dan agama mereka dan membawanya berhijrah

ke Syam. Apa yang dimaksudkan oleh Ibn Jarir al-Tabari bahawa " Allah ( s.w.t.)

selamatkan Ibrahim " diterangkan oleh Ibn Kathir di dalam kitabnya Tafsir al-Qur'an

al-‘Azim3. bahawa Allah ( s.w.t.) selamatkan Ibrahim ( a.s.) dari bakaran api kaumnya

dan dikeluarkan dari negeri itu dengan menghijrahkannya ke negeri Syam.

1 Al-Anbiya’, 21: 71-722 Al-Tabari, Jami' al-Bayan, j.10, loc.cit., hal. 6045.3 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-‘Azim, loc.cit. hal. 961

199

Page 200: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Melalui ayat ini juga terserlah perbezaan yang keseterusnya di antara al-Qur’an dan

Bible di samping perbezaan di antara sejarah dakwah para nabi dengan sejarah esklusif

kaum-bangsa Bani Israel. Perbezaan ini ialah tentang konsep bumi Hijrah Ibrahim (a.s.).

Sebagaimana termaklum kaum Yahudi memfokuskan covenant/mithaq Ibrahim sebagai

asas utama kepada konsep “bumi yang dijanjikan”. Bagaimanapun melalui ayat inidan

lain-lain ayat seumpamanya, al-Qur’an menjelaskan satu konsep yang lain mengenai

bumi hijrah Ibrahim (a.s.), berbeza dari konsep dakwaan kaum Yahudi. Dalam ayat ini

Allah (s.w.t.) menyebut di dalam al-Qur’an bahawa Ibrahim diperintahkan berhijrah ke

“bumi yang diberkatkan”. Di bumi hijrah yang berkat, Ibrahim (a.s.) dianugerahkan

dengan anak dan keturunan yang saleh, yang juga diangkat menjadi nabi, iaitu Ismail,

Ishaq dan puteranya Ya’qub (a.s.). Menurut Ibn Kathir1 penganugerahan anak-anak dan

zuriat yang salih itulah di antara tanda bumi yang berkat kerana sejak beberapa lama

sebelumnya sewaktu berada di negeri asalnya (Iraq), Ibrahim (a.s.) tidak memperolehi

zuriat dan isterinya telah putus haid.

Merujuk kepada komentar Ibn Kathir sebelum ini bahawa sesunggohnya Ibrahim (a.s.)

benar-benar diutuskan Allah untuk membenteras kesesatan manusia-manusia2, berkaitan

rapat dengan berkat zuriat keturunannya yang soleh. Dalam hal ini Dr. Ahmad Hejazi al-

Saqa di dalam Pengenalan kepada Injil Barnaba3 memetik dua ayat daripada Safar

Takwin (17:5-6) yang menyatakan bahawa berkat kebapaan Ibrahim ( a.s.) wujud pada

umat manusia di mana dia akan di anugerahkan dengan zuriat yang ramai dan dilahirkan

daripada zuriatnya yang ramai itu raja-raja dan para pemerintah. Menurutnya mereka yang

1 Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 1132 Ibid. hal. 101-1023 Injil Barnaba, ter.(Ar.) Dr.Khalil Sa’adah, Dar al-Basyir,Qahirah,(t.t.), hal. 41

200

Page 201: BUMI  YANG DIJANJIKAN

diberi ni’mat menjadi raja dan pemerintah sama-sama berjihad menegakkan Syari’ah Allah

dan menghapuskan penyembahan berhala. Ayat ini sebenarnya menepati kenyataan

Yasu’ (Isa a.s.) di dalam Injil Bernaba1 mengenai zuriat Ibrahim yang mendapat berkat

sebagai Nabi Utusan Alah dan menikmati kekuasaan sebagai raja dan pemerintah. Di

dalam kenyataannya itu disebutkan dua tokoh nabi sebagai pemimpin yang besar, iaitu

Dawwud dari sebelah Bani Israel dan seorang lagi disebut sebagai “Rasulullah” yang turut

menghancurkan berhala sebagaimana Ibrahim (a.s.) menghancurkan berhala sembahan

kaum Namrud. Dia adalah Utusan Allah dari keturunan Ismail (a.s.), memiliki kuasa

pemerintahan yang besar. Berdasarkan sifat-sifat “dia” yang disebutkan itu, tidak syak

lagi bahawa nabi itu adalah Muhamad Rasulullah (s.a.w.) yang tercatat di dalam sejarah

turut menghancurkan berhala di hari pembukaan kota Makkah.

Dr. Ahmad Hejazi al-Saqa2 menjelaskan lagi bahawa di dalam kitab suci al-Tawrah,

Allah mengisytiharkan penganugerahan berkatNya kepada kedua-dua Isma’il dan Ishaq

serta zuriat mereka. Ini berdasarkan kenyataan yang masih tercatat di dalam al-Kitab al-

Muqaddas;

. ايضا " وأعطيك واباركها سارة اسمها بل ساراى اسمها تدعو ال امرأتك ساراي

فتكون أباركها ابنا "أمما منها شعوبا “وملوك

) 16- 15: 17تكوين(

1 Ibid.( fasal: 43) hal. 136-1372 Al-Saqa, loc.cit hal. 41-42

201

Page 202: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Teks (Takwin; 7:15-16) 1 ini menceritakan berkat kepada pihak Ishaq yang bakal

dilahirkan oleh Sarah. Sementara teks kedua (Takwin 21: 17-18) pula menceritakan berkat

di sebelah Ismail

. : واكثره" واثمره اباركه انا ها فيه لك سمعت فقد اسماعيل واما الله فقال

كبيرة " امة وأجعله يلد رئيسا عشر اثنى جدا، كثيرا

20( : 17تكوين (

Hal ini jelas tergambar bagaimana Allah (s.w.t.) mengatur perjalanan Ibrahim ( a.s.) dan

isterinya Sarah. Dari Palestin mereka mengunjungi Mesir dan hasilnya mereka telah

memperolehi seorang jariah, iaitu Hajar dan di bawa pulang ke Palestin. Memandangkan

mereka belum beroleh zuriat, akhirnya dengan persetujuan isterinya Ibrahim (a.s.) telah

mengambil Hajar dan melaluinya telah dikurniakan zuriat iaitu Isma’il. Apabila

berlakunya hubungan yang kurang sihat di antara Sarah dan Hajar, Ibrahim ( a.s.) telah

diperintahkan Allah (s.w.t.) membawa isterinya Hajar dan anaknya Isma’il ke Makkah.

Hal ini sangat bersesuaian dengan kenyataan Ibn Jarir al-Tabari berdasarkan pendapat

yang bersumber dari Ibn Abbas ( r.a.) bahawa Makkah juga termasuk di dalam kontek

bumi hijrah yang berkat ini2. Apabila ditanya tentang bumi yang berkat Ibn Abbas di

dalam hal ini menjawab; " Tidakkah engkau melihat firman Allah "3;

1 Mungkin perkataan yang lebih tepat ( وشعوبا لملوك bermakna ibu kepada bangsa atau Bani ( ( أماIsrael. Ini kerana di dalam Holy Bible perkataan di situ di sebut mother,. Ini juga bersesuian dengan konsep perbincangannya, di mana suaminya Abraham disebut sebagai father ( bapa) kepada bangsa atau Bani Israel. Wallahu A’lam. 2 Al-Tabari, Jami' al-Bayan, loc.cit. hal. 60473 Ali ‘Imran, 3: 96

202

Page 203: BUMI  YANG DIJANJIKAN

96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang

di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia[214].

Mengenai penganugerahan anak yang soleh menurut Ibn Kathir di dalam Qisas

al-Anbiya'1 Allah ( s.w.t.) menganugerahkan anak-anak dan zuriat yang saleh kepada

Ibrahim ( a.s.) sebagai memenuhi munajatnya di saat Ibrahim (a.s.) bersiap hendak

memulakan perjalanan hijrah meninggalkan negeri dan kaumnya di Iraq. Sebagai tanda

memperkenankan munajatnya itu Allah (s.w.t.) telah menganugerahkan Ibrahim buat

pertama kalinya dengan "anak yang penyabar " iaitu Isma’il. Walaupun ada perselisihan

pendapat di dalam menentukan “ anak penyabar” samada Ismail ataupun Ishaq, namun

para Ulama Tafsir Muslimin2 lebih cenderung mengatakan anak yang ditebus di dalam

peristiwa " korban " di Mekkah itu adalah Ismail sebagaimana di dalam firman Allah;3

.

1 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya', loc.cit. hal. 1232 Di dalam Tafsinya Imam al-Tabari mencatatkan perselisihan pendapat samada anak yang dikorbankan itu Ismail ataupun Ishaq. Kaum Yahudi mendakwa bahawa Ishaq putera sejati dari Ibrahim dan diperintahkan supaya dikorbankan sebagai tanda taat kepada Tuhan ?. Allah (s.w.t.) menjelaskan bahawa " anak yang penyabar " itu bukan Ishaq, sebaliknya Allah (s.w.t.) menjanjikan Ishaq ( a.s.) akan dilahirkan sesudah berlakunya peristiwa " korban " yang ditebus oleh Allah (s.w.t.) iaitu Isma’il di Makkah. Terdapat satu pendapat yang menark di dalam tafsir ini iaitu riwayat daripada Muhamad bin Kaab al-Quraizi, asalnya Ulama Yahudi setelah memeluk Islam telah menjelaskan persoalan ini kepada Khalifah Umar bin ‘Abd.al-‘Aziz bahawa kaum Yahudi mengtahui bahawaa Isma’ilah anak yang dimaksudkan itu. Namun mereka mengubah fakta tersebut kerana hasad dan dengki kepada Ismail yang mendapat pujian Tuhan kerana kesabarannya. Lihat al-Tabari, loc.cit. j.12, hal.7291. Lihat juga, Tafsir Ibn Kathir, loc.cit. hal. 1248. Lihat juga, Futh al-Qadir, loc.cit. hal. 1246.

3 Al-Saffat, 37: 99-101

203

Page 204: BUMI  YANG DIJANJIKAN

( ت ( فا الصا

99. Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi

petunjuk kepadaku[1282].

[1282] Maksudnya: Ibrahim pergi ke suatu negeri untuk dapat menyembah Allah dan berda'wah.

100. Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar[1283].

[1283] yang dimaksud ialah nabi Ismail a.s.

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata:

"Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa

pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu

akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

. Ibn Kathir1 di dalam memperkukuhkan hujahnya bahawa anak yang dimaksudkan

ditebus dari korban ialah Isma’il berdasarkan kepada fakta bahawa selepas berselang tiga

ayat sesudah ayat “korban “ itu kemudiannya Allah menyebut tentang berita gembira

kepada Ibrahim ( a.s.), bakal di anugerahkan dengan seorang lagi puteranya Ishaq yang

akan dilahirkan oleh Sarah, isterinya yang pertama;

1 Tafsir Ibn Kathir, Ibid..

204

Page 205: BUMI  YANG DIJANJIKAN

112. Dan kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang

yang saleh.

.

113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang berbuat baik

dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata1.

Namun begitu menurut kaum Yahudi anak kepada Abraham yang dijanjikan berkat itu

adalah Isaac dan zuriatnya adalah mereka, Bangsa Israel. Mereka berhujjah bahawa

nama Abraham, yang ditafsirkan selaras dengan perkataan (Ar. Aba al-Ruham )

sebagaimana di dalam The New Bible Dictionary2 membawa makna bapa kepada umat

yang ramai. Mereka mengaitkan penamaan ini diberikan oleh Tuhan sempena dengan

berita gembira menjelang kelahiran Isaac, anak kedua Abraham yang akan dilahirkan oleh

Sarah. Begitu juga mereka berpegang dengan kenyataan bahawa di dalam Torah jelas

Tuhan menegaskan kepada Ibrahim, bahawa Dia hanya akan mengadakan “covenant”

yang bersifat kekal abadi dengan Ishaq dan zuriatnya( Bani Israel),tidak dengan Ismail

(Takwin; 17:21).

Melalui hujjah ini mereka cuba menidakkan kepentingan Ishmael, anak pertama Abraham

dan zuriatnya. Malah lebih dahsyat lagi sebelum itu Ishmael digambarkan sebagai

seorang anak yang membesar sebagai " orang liar atau ganas " (Gen: 16, wild man).

Di dalam ( " وحشيا تكوين16 انسانا : ،). Hal ini di sebabkan ibunya Hagar, ( seorang

jariah ) membesarkannya dalam suasana liar di padang pasir di antara Kadesh dan Bered

kerana melarikan diri daripada tuannya Sarai, isteri Abraham (Genesis, 16: 7-12).

1 Al-Saffat, 37: 112-1132 Lihat, The New Bible Dictionary, loc.cit hal.5

205

Page 206: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam hal ini ‘Abd al-Wahab al-Najjar di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya’1

menjelaskan bahawa pada asalnya di dalam teks Tawrah, Ishmael disebut ( يهيى (وهو

bermaksud “ insan yang kuat “ namun Ulamak Bani Isra’il yang berhasad dengki terhadap

Isma’il telah menukarkan perkataan itu dengan “ insan yang liar” atau “insan yang

ganas”.

Berdasarkan kenyataan ini tidaklah menghairankan bagaimana wujudnya satu kontradiksi

yang ketara mengenai kedudukan Ishmael di dalam Torah (al-Kitab al-Muqaddas) yang

ada pada masa kini. Sementara di dalam (Takwin: 16 ) disebut Ishmael akan membesar

sebagai anak yang liar atau ganas, tetapi di dalam (Takwin: 17) pula di sebut Ishmael

mendapat rahmat dari Tuhannya sebagaimana yang di sebutkan sebelum ini2 bahawa

Tuhan merahmati ke atas Ishmeil dan zuriatnya, di mana akan lahir daripada mereka dua

belas putera yang menjadi induk kepada bangsa Arab.

Namun menurut satu tafsiran Ibn Kathir3 dua ayat dari Torah yang kelihatan bercanggah

ini, dapat di harmonikan. Ibn Kathir mentafsirkan bahawa maksud “ insan liar atau ganas”

yang hidup mengatasi saudara-saudaranya ialah keturunan (nasl) Ismail.

اخوته( ..... ) بالد جميع ويملك به الكل ويد الكل على يده ، الناس وحش ويكون

1 Al-Najjar, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 124.

2 Lihat juga, Gen. (“ And as for Ishmael, I heard thee: Behold I have bless him, and will make him fruitful, and will multiply him exceedingly; twelve princes shall he beget , and will make him great nation” ? (Gen. 17: 20)

3 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal. 118-119.

206

Page 207: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Maksudnya “ menjadi manusia paling gagah, tangannya (kekuasaan) mengatasi saudara-

saudaranya ialah zuriat Ishaq (Bani Isra’il). Ini bererti zuriat Isma’il (bangsa Arab)

berjaya menguasai bumi atau wilayah yang pernah dikuasai oleh zuriat Ishaq (Ban i

Isra’il).

Logik tafsiran Ibn Kathir ini adalah kerana Ismail hanya mempunyai saorang sahaja

saudaranya iaitu Ishaq. Bagaimana boleh dikatakan Ismail hidup mengatasi saudara-

saudaranya yang merujuk kepada jumlah yang ramai. Berasaskan tafsiran Ibn Kathir ini,

boleh juga ditafsirkan bahawa maksud yang liar dan ganas itu adalah keturunan Ismail iaitu

kaum Arab di zaman Jahiliyyah. Namun apabila telah menerima Islam mereka telah

bertukar menjadi umat Islam yang kuat dan mulia. Hal ini terbukti berlaku apabila umat

Islam bermula di zaman pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab (abad ke 6 Masehi)

berjaya menguasai Syam dan Palestin, wilayah yang pernah dimiliki dan dikuasai oleh

kerajaan Bani Isra’il di zaman Dawwud a.s. (King David) dan puteranya Sulaiman a.s.

(King Solomon) di abad ke 10 s.m. yang silam.

Berkaitan dengan penganugerahan berkat kepada kedua-dua zuriat Ibrahim menurut al-

Saqa1, berkat daripada keturunan Ishaq (a.s.) bermula dengan pengutusan Musa (a.s.) di

mana Bani Isra’il mula terbentuk sebagai satu umat dan seterusnya berkembang sehingga

memiliki sebuah empayar yang memerintah umat manusia dan menegakan Syari’ah Allah

(s.w.t.) berasaskan al-Tawrah. Manakala berkat daripada keturunan Ismail bermula

apabila Allah (s.w.t.) menganugerahkan Ismail dengan duabelas orang putera. Daripada

1 Injil Barnaba, loc.cit. hal.41-42.

207

Page 208: BUMI  YANG DIJANJIKAN

mereka inilah berkembangnya duabelas kabilah Arab yang mendiami Semenanjung

Tanah Arab sehingga melintasi sempadan Syria. Kemuncaknya adalah kebangkitan

Muhamad (s.a.w.) yang dilahirkan dari kalangan bangsa Arab sebagai pengutusan terakhir

yang menyempurnakan seluruh perutusan Allah (s.w.t.) kepada umat manusia1.

Dalam hal ini menurut Dr. al-Saqa2 lagi, Musa (a.s.) telah memberikan peringatan kepada

kaumnya Bani Isra’il pada zamannya bahawa Tuhan akan membangkitkan kepada mereka

seorang nabi yang setaraf denganya dari keturunan saudara mereka (Ismail) dan

memerintahkan mereka agar mendengar dan menerima Syari’ah yang dibawanya

(Muhamad (s.a.w.) apabila tiba saat kebangkitannya. Kenyataan ini tercatat di dalam (

;( :تثنية

" ) " تثنية، ـ تسمعون له مثلي اخوتك من وسطك من نبيا الهك الرب لك )15: 18يقيم

Maksudnya, “ Tuhanmu akan mengutuskan nabi kepada kamu dari kalangan saudara-

saudaramu (Bani Isma’il) yang ianya sama sepertiku. Kepadanya kamu akan mendengar”3

Ini kerana Musa (a.s.) menjelaskan nabi akhir zaman adalah setaraf dengannya kerana

sama-sama membawa Syari’ah Allah (s.w.t.). Sebagaimana Syari’ah Musa (a.s.)

berasaskan Tawrah yang diturunkan di Tur (Gunung) Sinai, Syari’at seterusnya adalah

berasaskan Wahyu yang diturunkan kepada Nabi (Muhamad s.a.w.) di Jabal Paran (Jabal

Nur) di Makkah. Musa (a.s.) menerangkan hal ini kepada kaumnya Bani Isra’il

sebelum saat kewafatannya berdasarkan satu riwayat daripada Torah;

1 Al-Saqa, loc.cit. Lihat juga, Safiyy al-Raman Mubarakpuri, al-Rahiq al-Makhtum,(1423 H.), Dar al-Wafa’ li alTaba’ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi’, Mansurah, hal. 26.2 Al-Saqa, ibid. hal.43.3 Lihat juga, Deuteronomy, 33: 1-2

208

Page 209: BUMI  YANG DIJANJIKAN

اسرائيل بني الله رجل موسى بها بارك التي البركة هي موته هذه فقال قبل

من واتى فاران جبل من وتالءأل سعير من لهم واشرق سينأ من الرب جاء

القدس لهم ربوات شريعة نار يمينه , ومن تثنية ( )2-1 : 33ـ

Maksudnya: Inilah berkat yang di sebarkan oleh Musa, lelaki suruhan Allah terhadap

Bani Israel sebelum kewafatannya. Dia (Musa) berkata; Tuhan telah mendatangi dari

Sinai dan muncul dari Sa’ir untuk mereka dan memancarkan Cahaya dari Paran dan datang

bersamanya para pendeta dan di tangan kanannya Syari’at untuk mereka.

Menurut Dr. al-Saqa1 istilah (Paran) adalah sebutan dalam bahasa ‘Ibrani (Hebrew)

merujuk kepada salah satu tempat tinggi berbukit, negeri kediaman Isma’il. Hal ini turut

dijelaskan oleh ‘Abd al-Wahhab al-Najjar2 di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya.’

Kenyataan kedua-dua sarjana Islam ini disandarkan kepada pandangan Ibn Manzur (m.

771), pakar bahasa Arab (ahl al-Lughah) tersohor di abad pertengahan Islam,

sebagaimana yang di petik daripada kamusnya Lisan al-Arab3. Demikian juga ‘Abd al-

Rahman Hassan Hanbakah, penulis kitab al-‘Aqidah al-Islamiyyah wa Ususuha4, turut

menjelaskan perkataan Paran adalah jelas merujuk kepada negeri yang Allah (s.w.t.)

jadikan tempat kediaman Ismail dan ibunya Hajar iaitu Makkah di mana dari sana lahirnya

nabi yang agung dari keturunan Ismail sebagai pembawa Syari’ah terakhir dari Allah

(s.w.t.).

1 Al-Saqa, ibid. hal.36.2 Al-Najjar, loc.cit. hal. 136. 3 Lihat, Lisan al-‘Arab,j.6, loc.cit. hal.3484 Al-Maidaniyy, al-‘Aqidah al-Islamiyyah,loc.cit. 294.

209

Page 210: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Jelas berdasarkan teks ini, dan beberapa penjelasan mengenainya, Musa (a.s.) telah

mengingatkan kaumnya bahawa Tuhan akan membangkitkan nabi dari keturunan Ismail,

saudara kepada Ishaq yang setaraf dengannya iaitu sama-sama membawa Syari’at dari

Allah (s.w.t.).

Hal ini juga turut dijelaskan oleh Yasu’ (‘Isa a.s.) di dalam Injil Barnaba1 ketika

menjawab pertanyaan para pengikutnya dalam masalah yang sama. Tercatat di sana

kenyataan bahawa Tuhan menjanjikan kepada Ibrahim bahawa Dia memberkati zuriat

Ibrahim di mana melaluinya nanti Tuhan akan melimpahkan rahmatNya ke seluruh alam.

Persoalannya daripada keturunan siapakah di antara Isma’il dan Ishaq yang Tuhan

maksudkan dengan zuriat Ibrahim itu. Ini kerana di dalam kitab Musa (Tawrah) tercatat

bahawa zuriat itu adalah daripada Bani Isra’il. Setelah membuat beberapa penjelasan

akhirnya Yasu’ (Isa a.s.) menjawab dengan tegas bahawa dia adalah dari zuriat Isma’il dan

mengenai apa termaktub di dalam kitab Musa itu, Yasu’ (Isa a.s.) menjelaskan ianya

bukan ditulis oleh Musa (a.s.) tetapi oleh para pendeta Bani Israel yang tidak takutkan

Allah.

Berasaskan penjelasan Yasu’ (Isa) terhadap penyelewengan fakta-fakta sejarah di dalam

kitab suci oleh kaum Yahudi menjelaskan bahawa usaha meletakan

keutamaan Ishaq mengatasi kedudukan Ismail dan sekaligus sebagai percubaan

memadamkan keutamaan nya sebagai putera pertama kepada Ibrahim telah lama

diusahakan. Usaha yang berterusan ini dapat dikesan sehingga di akhir abad pertama

Hijrah (abad ke 7 Masehi), dalam bentuk penyebaran unsur-unsur Isra’iliyyat. Serangan

1 Barnaba; fasal 43: 19-29 & fasal 44: 1-5

210

Page 211: BUMI  YANG DIJANJIKAN

pemikiran yang berlaku pada masa itu sedikit sebanyak turut mempengaruhi pola

pemikiran golongan cendekiawan Islam di zaman yang juga dikenali sebagai zaman

Tabi’in apabila mereka mentafsirkan al-Qur’an.

Dalam hal ini menurut Ibn Kathir1 riwayat berdasarkan Isra’iliyyat telah mewujudkan

perselisihan pendapat di kalangan para Mufassirin. Misalnya dalam mentafsirkan ayat (al-

Safat:101-102) yang mengisahkan anak lelaki Ibrahim (a.s.) yang diperintahkan Allah

(s.w.t.) supaya dikorbankan telah mewujudkan perselisihan yang hebat di kalangan para

Mufassirin. Dalam mentafsirkan ayat ini Imam al-Tabari (m. 310 H) contohnya telah

mengutip sebegitu banyak riwayat ( 34 riwayat) berdasarkan Isra’iliyyat yang mengatakan

bahawa anak yang diperintahkan korban itu adalah Ishaq. Namun beliau sendiri

berpegang dengan pendapat yang mengatakan anak itu adalah Ismail2 dengan beberapa

hujjah yang kuat.

Ibn Kathir3 mengatakan pilihan al-Tabari yang dianggapnya sebagai ikon di dalam tradisi

penulisan Tafsir al-Qur’an adalah pilihan yang yang lebih sahih dan tepat. Ini selaras

dengan pilihan Khalifah ‘Umar bin Abd al-Aziz (62 H -101 H ) yang telah menyaksikan

perselisihan pendapat yang hebat di zamannya (zaman Tabi’in) di dalam masalah ini. Dia

berjaya membuat pilihan yang sahih itu setelah bertanya kepada seorang rahib Yahudi

yang telah memeluk Islam pada zamannya. Rahib itu turut menjelaskan bahawa anak yang

dimaksudkan itu adalah Ismail tetapi para Ulama’ Yahudi mengubahnya kerana cemburu

dengan pujian Allah (s.w.t.) terhadap Ismail (a.s.) yang memanggilnya sebagai “anak yang

1 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.126-1272 Lihat, al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.12, loc.cit. hal. 7282-72893 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.126-127

211

Page 212: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penyabar” lalu mereka mengubahnya di dalam catatan Tawrah bahawa anak itu adalah

Ishaq.

Demikianlah kenyataan mengenai “mithaq” yang menjanjikan berkat terhadap zuriat

Ibrahim berdasarkan beberapa saki-baki catatan asal daripada “Torah Musa”, Injil

(Barnaba) dan juga al-Qur’an dan pentafsirannya. Kenyataan asal ayat-ayat dari kitab suci

ini menunjukkan bahawa Allah (s.w.t.) menjanjikan keberkatan kepada kedua-dua putera

Ibrahim iaitu Ismail dan Ishaq dan zuriat mereka yang beriman. Oleh itu sebarang

kenyataan negatif yang menidakkan martabat dan keutamaan Isma’il dan zuriatnya seperti

yang tercatat di dalam Bible (al-Kitab al-Muqaddas) di zaman kini adalah dipercayai hasil

pengubahsuaian yang berlaku di zaman mutakhir, terutama di dalam proses penulisan

semula Torah selepas peristiwa “ kemusnahan Bait al-Maqdis” oleh Maharaja

Nebuchadnezzar yang membawa kepada berakhirnya kerajaan Bani Israel pada abad ke 5

s.m.

Mengulas apa yang telah disebutkan terutama ayat-ayat yang berkenaan dengan

kenyataan-kenyataan Musa( a.s.)dan ‘Isa di dalam kitab-kitab suci yang terdahulu,

antaranya Dr. Hejazi al-Saqa1 mengatakan, para Ulama Bani Isra’il pada mulanya

membaca dan menerima nas Torah mengenai keberkatan zuriat kedua-duanya ini

sehinggalah kepada peristiwa “pembuangan Babylon “ pada abd ke 5 s.m. Sesudah itu para

Ulama’ Yahudi dikatakan telah mengubah suaikan Tawrah dengan menonjolkan konsep

1 Al-Saqa, op.cit. hal. 35.

212

Page 213: BUMI  YANG DIJANJIKAN

“barakah” hanya di pihak Ishaq dan mencatatkan bahawa “ janji “ Allah (s.w.t.) berkenan

dengan berkat zuriat Ibrahim adalah dari keturunan Ishaq untuk selama-lamanya1.

Seterusnya mengenai dakwaan kaum Yahudi bahawa “perjanjian” (mithaq) Tuhan yang

menjanjikan berkatNya kepada Patriarch Abraham (Ibrahim a.s.),

berterusan kepada Patriarch Isaac (Ishaq a.s.)2dan Jacob (Ya'qub a.s.)3, sebagaimana yang

tercatat di dalam Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas juga ada kisahnya di dalam al-

Qur’an.

1 Penjelasan Dr. al-Saqa ini selari dengan penjelasan yang dibuat oleh Ibn Kathir berdasarkan pengakuan rahib Yahudi sesudah memeluk Islam kepada Khalifah Umar bin Abd Aziz berkenaan kalimah-kalimah perkataan di dalam Torah yang diubahsuai oleh Yahudi dengan sebab-sebab hasad dan dengki mereka terhadap Ismail dan zuriatnya. Malahan usaha Yahudi menidakkan berkat dan kelebihan Ismail (a.s.) dan zuriatnya tetap berterusan sehingga ke zaman moden ini. Seorang sarjana Yahudi, Prof. Raphael Patai dari Universiti Utah, di dalam bukunya, “ The Seed of Abraham “memberikan komentarnya berdasarkan teks dari Bible mengatakan bahawa Ishmael (Ismail) terus lenyap dari keluarga Patriarch (Abraham) setelah dibuang bersama ibunya Hagar oleh Abraham. Lihat, The Seed of Abraham, University of Utah Press, hal. 22,

Mengenai nas Torah yang menyebut duabelas putera Ismail, menurut Ibn Kathir ? ia adalah selaras dengan maksud sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.);

: اثنا : رواية وفي أميرا عشر اثنا يكون حتى ـ عزيزا رواية وفي ـ قائما االمر هذا يزال ال. قريش من كلهم خليفة عشر

Maksudnya; “ Akan tetap berterusan urusan (pemerintahan Islam) ini ditegakan, menurut riwayat lain – kuat- sehingga (di mana) akan lahir daripadanya (pemerintahan Islam ini) duabelas orang pemerintah, menurut riwayat lain, duabelas orang Khalifah, semuanya keturunan Quraish” ( al-Syeikhan)

Maksud hadith ini dijelaskan lagi oleh al-Sayutiyy?(m. 774 H ) di dalam kitabnya Tarikh al-Khulafa’ bahawa mereka adalah para pemerintah umat Islam sesudah zaman Rasulullah (s.a.w.) yang diberikan persetujuan dan ketaatan (Bai’ah) oleh umat Islam sewaktu perlantikan mereka. Bilangan mereka yang mendapat Bai’ah ini adalah seramai duabelas orang, bermula dengan para Khulafa’ al-Rashidin, diikuti beberapa orang daripada Khalifah Umawiyyah dan beberapa orang dari Khalifah Abbasiyyah yang semuanya berketurunan Arab Quraish. Lihat, Jalal al-Din al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’,Tahqiq, Hamdi al-Damardash Muhamad, Maktabah Nizar Mustafa al-Baz,Makkah,cet.1(1425 H), hal. 14.

2 Al-Kitab al-Muqaddas, Kisah Ishaq tercatat sepanjang Takwin; Ishah 26-28. Kisah Ya'akub dalam Takwin, Ishah 28-38. Lihat juga, Gen; 26-28, 28-383 Ibid.; Ishah 28 : ( 1- 3 ). Lihat juga, Gen., 28: 1-3

213

Page 214: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bagaimanapun di sebalik penerimaan Islam pada dasarnya tentang kenabian Ishaq

dan Ya'akub ( a.s.), Islam mempunyai sudut pandangan yang berbeza terhadap maksud

dan kontek “perjanjian” yang melibatkan mereka sebagaimana yang dikisahkan di dalam

Bible. Ini berdasarkan perbezaannya dengan kenyataan-kenyataan di dalam al-Qur'an.

Menurut ‘Abd al-Wahab al-Najjar di dalam kitabnya Qisas al-Anbiya'1 bahawa di dalam

al-Qur'an kisah mengenai Ishaq dan Ya'akub hanya diceritakan serba sedikit di dalam

beberapa ayat dari surah yang berbeza, berbanding dengan pengkisahan mengenai mereka

di dalam buku (Takwin) yang panjang di dalam al-Kitab al-Muqaddas (Bible).

Bagaimanapun yang pasti di dalam al-Qur'an tidak ada mithaq daripada Tuhan yang

menjanjikan zuriat yang ramai kepada Ishaq dan Ya'akub. Apa yang dijanjikan Allah

( s.w.t.) menurut al-Qur'an adalah Tuhan akan menganugerahkan mereka dengan zuriat

yang saleh. Adalah sesuatu yang berbeza di antara “ zuriat yang ramai “ menurut Bible

dengan “ zuriat yang saleh” menurut al-Qur'an. Pun begitu Allah ( s.w.t.) juga telah

mengingatkan bahawa sebahagian dari kalangan zuriat Ibrahim, Ishaq dan Ya'akub ( Bani

Israel ) juga akan lahirnya golongan yang zalim, iaitu golongan kufur, sebagaimana firman

Allah (s.w.t.);2.

( ) فات الصا

113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. dan diantara anak cucunya ada yang

berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata. ( al-Saffat )

1 Abd al- Wahab al-Najjar, Qisas al-Anbiya', Dar al-Hadith, Cairo ( 1425), hal.143.2 Al-Saffat, 37: 112-113

214

Page 215: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini Ibn Kathir di dalam mentafsir ayat ini1 menyatakan bahawa ayat ini

sama kontek dan maksudnya dengan ayat (dari surah Hud )2;

48. Difirmankan: "Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari kami atasmu dan

atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. dan ada (pula) umat-umat yang kami beri

kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), Kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari

kami." ( Hud )

Persamaan maksud dan kontek kedua-dua ayat ini ialah pada dasarnya Allah ( s.w.t.)

menganugerakan jaminan kesejahteraan dan keberkatanNya ke atas Nabi-Nabi dan

zuriatnya serta mereka yang beriman bersamanya. Namun begitu Allah (s.w.t.)

menegaskan bahawa sesiapa yang menzalimi diri kerana menyeleweng dan kufur akan

tetap dibalas dengan azab yang pedih walaupun mereka itu adalah zuriat nabi-nabiNya

Kenyataan al-Saqa sebelum ini bahawa berkat keturunan Ishaq bermula dengan

pengutusan Musa3 adalah selaras dengan apa yang difahami daripada kontek “perjanjian”

(covenant/mithaq) menurut kaum Yahudi. Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa "

perjanjian " seterusnya di antara Tuhan dengan Bani Israel sesudah zaman Ibrahim, Ishaq

dan Ya'qub, ialah " perjanjian " yang dibuat melalui Musa.

1 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-Azim, loc,cit. hal. 1249.2 Hud, 11: 483 Al-Saqa, loc.cit. hal.42.

215

Page 216: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Al-Qur’an juga turut membawa satu ayat yang hampir sama maksudnya, mengenai Musa

(a.s.). Diutuskan setelah berlalunya zaman Ya’akub (a.s.) dan putera-puteranya al-Asbat

(permulaan Bani Isra’il) yang mula-mula datang ke Mesir.1 Pada peringkat awalnya

Musa (a.s.) diperintahkan agar menyampaikan da’awah dan amaran Tuhan kepada

Fir’aun (pemerintah Mesir yang baru). Namun apabila Fir’aun tetap meneruskan

kezalimannya terhadap Bani Israel, Allah (s.w.t.) memerintahkannya berhijrah ( Exodus )

menyelamatkan Bani Isra’il keluar dari Mesir dan membawa mereka ke " negeri yang

dijanjikan ",( Palestin) juga disebut di dalam al-Qur’an2; .

( ) األعراف

103. Kemudian kami utus Musa sesudah rasul-rasul itu dengan membawa ayat-ayat kami kepada

Fir'aun[553] dan pemuka-pemuka kaumnya, lalu mereka mengingkari ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah

bagaimana akibat orang-orang yang membuat kerusakan.

104. Dan Musa berkata: "Hai Fir'aun, Sesungguhnya Aku Ini adalah seorang utusan dari Tuhan semesta

Alam,

1 Pada zaman dinasti Hyksos yang juga berketurunan Semetic sama seperti Bangsa Israel adil dan toleran dengan mereka pada tahun 1567 s.m. Manakala menjelang pengutusan Musa tahun 1250 s.m. dynasti Hyksos telah digulingkan oleh etnik tempatan yang menzalimi dan menindas Bani Israel 2 Al-A’raf, 7: 103-105

216

Page 217: BUMI  YANG DIJANJIKAN

105. Wajib atasku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah, kecuali yang Hak. Sesungguhnya Aku datang

kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu, Maka lepaskanlah Bani Israil (pergi) bersama

aku".

Sekali lagi menurut al-Qur’an isu utama di sebalik pengutusan Musa (a.s.) adalah

kewajiban berda’awah para rasul (a.s.), berbanding dengan tanggapan ianya sebagai

sebagian dari sejarah ekslusif Bani Isra’il menurut kaum Yahudi. Di dalam melaksanakan

tugasan da’awah, Musa (a.s.) sama halnya dengan Ibrahim (a.s.) dan Nuh (a.s.)

sebelumnya, da’awah mereka menghadapi cabaran-cabarannya yang hebat sehingga

nyawa para utusan Allah (s.w.t.) ini terancam, mereka diperintahkan berhijrah1.

Sebagaimana dengan kosep-konsep “ perjanjian “ (Mithaq ) terdahulu yang mempunyai

ciri-ciri persamaan dan perbezaan di antara Bible dengan al-Qur’an, huraian dan

kefahaman daripada “ perjanjian” di zaman Musa (a.s.) ini juga ada persamaan dan

perbezaan.

Dari segi persamaan kedua-duanya merakamkan kisah Musa menerima wahyu dari

Tuhannya di Tur2 (gunung) Sinai untuk panduan Bani Isra’il. Begitu juga kedua-duanya

menyebut peristiwa “wilderness” (kesesatan) yang dialami oleh Bani Isra’il selama 40

tahun di Sinai dan mengaitkannya dengan perjanjian ( Mithaq/ covenant) di Sinai. Namun

begitu pentafsiran terhadap keseluruhan peristiwa tersebut adalah berbeza di antara kisah

Bible dengan kisah al-Qur’an.

1 Begitu juga halnya dengan da’wah Rasulullah (s.a.w.) setelah 13 tahun berda’awah di negeri kelahirannya di Makkah. Dalam hal ini Musa (a.s.) diperintahkan berhijrah ke “Tanah suci” (Palestin). Lihat. Al-Syawkani, Fath al-Qadir, loc.cit. hal.490.2 Menurut Ibn Abbas dan lain-lainnya dari golongan Tabi’in, Tur di dalam bahasa Ibraniyy bermakna gunong. Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al –‘Azim, loc.cit. hal.83

217

Page 218: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Sementara menurut Bible “wilderness” adalah satu perjalanan yang jauh dan sukar namun

ianya sentiasa mendapat panduan Tuhan. Sebagai tanda kehadiran Tuhan di dalam

“wilderness” itulah beberapa siri “covenant” yang dijanjikan Tuhan dengan mereka

terutama “wasiat 10” (the Ten commandment). Bagaimana menurut al-Qur’an pula,

Allah (s.w.t.) menurunkan kitab al-Tawrah ke pada Musa (a.s.) di Gunong Sinai sebagai

panduan hidup Bani Israel sesudah mereka melakukan amalan Syirik sebaik sahaja

mereka sampai di Sinai setelah Allah (s.w.t.) selamatkan mereka daripada penindasan

Fir’aun di Mesir. Hal ini tercatat di dalam surah al-Baqarah1 ;

49. Dan (Ingatlah) ketika kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka

menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki

dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan

yang besar dari Tuhanmu.

50. Dan (ingatlah), ketika kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan

(Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan[47].

51. Dan (ingatlah), ketika kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah) empat puluh malam,

lalu kamu menjadikan anak lembu[48] (sembahan) sepeninggalnya dan kamu adalah orang-orang yang

zalim.

52. Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur.

53. Dan (ingatlah), ketika kami berikan kepada Musa Al Kitab (Taurat) dan keterangan yang membedakan

antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat petunjuk.

1 Al-Baqarah, 2: 49-53

218

Page 219: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Seterusnya menurut Bible, setelah menerima Torah dan “ Ten Comamandment” Moses

(Musa a.s.) meminta kaumnya Bani Israel memasuki bumi Palestin, bumi yang penuh

dengan susu dan madu sebagaimana yang telah dijanjikan untuk mereka melalui moyang-

moyang mereka, Abraham, Isaac dan Jacob1.

Namun sebagaimana “mithaq” (covenant) pertama yang secara khusus menyebutkan

tentang “bumi yang dijanjikan” dengan Ibrahim mempunyai banyak ruang untuk

diperbincangkan, begitu juga dengan “ Mosaic covenant” ini. Dalam hal ini Bible tidak

menjelaskan bagaimana jawapan dan reaksi dari kaum Bani Israel terhadap perintah

Tuhan yang disampaikan melalui Moses (Musa a.s.). Jawaban mereka itu di dedahkan

oleh al-Qur’an di mana mereka ingkar dari mematuhi perintah tersebut. Ini menyebabkan

Tuhan telah menghukum mereka tersesat merayau-rayau di Sinai selama 40 tahun. Inilah

apa yang disebut di dalam al-Qur’an2;

المائدة( ) 21. Hai kaumku, masuklah ke tanah Suci (Palestina) yang Telah ditentukan Allah bagimu[409], dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), Maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.

1 Lihat, Safar Khuruj, 33: 1-32 Al-Ma’idah, 5: 21-26

219

Page 220: BUMI  YANG DIJANJIKAN

22. Mereka berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah Perkasa,

Sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. jika mereka

ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya".

23. Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah Telah memberi nikmat

atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya

niscaya kamu akan menang. dan Hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar

orang yang beriman".

24. Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali sekali tidak akan memasuki nya selama-lamanya, selagi mereka

ada didalamnya, Karena itu pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, Sesungguhnya

kami Hanya duduk menanti disini saja".

25. Berkata Musa: "Ya Tuhanku, Aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. sebab itu

pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".

26. Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama

empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu.

Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."

Merujuk kepada frasa “ tanah suci yang telah ditentukan kepada kamu ” di dalam ayat ini,

para Ulama silam1 di dalam mentafsirkannya membawa pandangan yang hampir sama.

Secara umumnya ia merujuk kepada dataran Syam-Palestin.

Selanjutnya, al-Tabari2 menjelaskan Musa (a.s.) telah memperingatkan kaumnya bahawa

Allah (s.w.t.) telah memerintahkan mereka memasuki tanah suci dan memerangi kaum

yang telah menduduki bumi yang dicadangkan untuk mereka. Peringatan itu disertakan

dengan amaran keras iaitu jangan ada di kalangan mereka yang sebaliknya mengingkari

perintah tersebut kerana akibatnya nanti mereka akan kerugian iaitu akan kehilangan hak

yang dijanjikan itu. Demikian juga penjelasan Ibn Kathir3 bahawa bahawa Musa (a.s.)

meminta Bani Isra’il berjihad memasuki Bait al-Maqdis kerana pada masa itu kota suci

1Lihat, Al-Tabari, Jami’ al-Bayan,jil.4, loc.cit. hal.2974-2975. Lihat juga, al-Shawkani, Futh al-Qadir, loc.cit. hal. 363. Lihat juga, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal.448.2 Al-Tabari, ibid. hal. 2974.3

220

Page 221: BUMI  YANG DIJANJIKAN

tersebut telah dikuasai oleh kaum “mustakbirin” ‘Amaliqah yang kufur kepada Allah

(s.w.t.). Jika mereka sebalik melarikan diri dari tanggungjawab jihad mereka pasti akan

ditimpa kerugian.

Keingkaran Bani Isra’il itu mengakibatkan mereka menanggung kerugian. Kedua-dua

Ulama silam al-Tabari dan Ibn Kathir jelas merujukkan maksud kerugian itu kepada ayat

ke 26 berikutnya;

26. Allah berfirman: "(Jika demikian), Maka Sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama

empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Tiih) itu. Maka

janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."

Di samping itu, para sarjana Islam semasa turut memberikan pandangan dan pentafsiran

yang sama maksudnya dengan pentafsiran para Ulama’ silam terhadap ayat ini. Di

antaranya menurut Sayyid Qutb di dalam tafsirnya Fi Zilal al-Qur’an1, mengatakan

bahawa ayat ini menjelaskan tabia’at semula jadi bangsa Israel iaitu mungkir janji

sekalipun dengan Tuhan. Menurut beliau, memang Allah (s.w.t.) bersetuju mencadangkan

untuk mereka tanah suci Bait al-Maqdis tetapi dengan syarat mereka hendaklah

mengambilnya dengan usaha dan jihad.

Bagaimanapun menurut Sayyid Qutb lagi, Bani Isra’il tidak boleh menerima pra-syarat

yang menyusahkan mereka. Mereka hanya bersedia menerima anugerah pemberian Allah

itu dengan penuh kesenangan tanpa perlu bersusah payah menumpahkan daya usaha

1 Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur’an,jil. 2, loc.cit. hal. 870-871.

221

Page 222: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sebagaimana senangnya mereka menerima ni’mat “ al-Manna wa al-Salwa”1. Bagi bangsa

Israel ini kalaulah mereka terpaksa berjihad memerangi suku-kaum yang telah menghuni

tanah suci yang dicadangkan kepada mereka, biarlah mereka mengundur diri dengan tidak

dapat menduduki bumi yang dijanjikan itu tidak mengapa asalkan mereka tidak dikenakan

dengan kewajiban berjihad. Sikap Bani Isra’il ini sangat mengecewakan Musa (a.s.)

setelah begitu jauh menempuh perjalanan yang sukar semata-mata menurut kehendak

Allah mendatangi bumi yang dijanjikanNya, namun sesampai sahaja mereka ke tempat

yang dijanjikan kaumnya tidak bersedia menerima pemberian Allah. Bagi Musa (a.s.)

kaumnya, Bani Isra’il adalah benar-benar manusia yang fasiq dan serentak dengan itu

Musa (a.s.) memohon dari Allah (s.w.t.) agar memisahkan dirinya dan saudaranya Harun

daripada kaum yang fasiq itu. Allah (s.w.t.) menerima rintihan isi hati nabiNya lalu

dikenakan hukuman tersesat di padang pasir sebagai balasan yang sesuai dengan perbuatan

kaum yang fasiq. Sayyid Qutb juga merujukkan hukuman tersebut kepada ayat (al-

Ma’idah:26)

Sa’id Hawwa2 di dalam mengulas ayat ini juga memberikan komentar yang sama. Katanya

Musa (a.s.) memberikan amaran kepada kaumnya supaya jangan takut kepada kaum kuffar

yang menduduki tanah suci itu sehingga mereka lari berpaling ke belakang. Akibatnya

nanti Allah akan membatalkan ketetapan yang telah ditentukan untuk mereka. Akhirnya

amaran Musa (a.s.) menjadi kenyataan apabila Bani Isra’il enggan memasuki tanah suci

1 Menurut para Ulama “ al-Manna” ialah sejenis manisan berwarna putih lebih manis dari madu diturunkan Allah kepada Bani Israel di atas pokok-pokok seperti salji yang turun pada musimnya. Sementara “al-Salwa” adalah sejenis burung kecil seumpama burung punai digugurkan Allah ke atas Bani Israel bersama tiupan angin, lalu disembelih dan di makan semahunya. di Kedua-dua ni’mat makanan ini dipermudahkan Allah bagi Israel sewaktu mereka berada di Sinai. Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 76-78. 2 Sai’d Hawwa, al-Asas fi al-Tafsir, jil.2, Dar al-Salam li al-Taba’ah wa al-Tawzi’ wa al-Tarjumah, Qahirah,(1405 H), hal. 1355-1356.

222

Page 223: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kerana takut mendepani kaum kuffar yang menduduki tanah suci itu. Ini menyebabkan

tanah suci yang asalnya ditentukan Allah (s.w.t.) untuk mereka sebaliknya telah

diharamkan ke atas mereka. Menurut Sa’id Hawwa Bani Isra’il dihukum sedemikian rupa

kerana mereka telah menjadi manusia-manusia yang fasiq kerana memungkiri mithaq

dengan Allah, iaitu janji hendak menegakkan agamaNya. Begitu juga mereka menjadi

fasiq kerana lari dari tanggungjawab jihad. Apabila mereka enggan menolong Musa

(a.s.) memerangi dan mengeluarkan golongan kuffar dari tanah suci supaya dapat

ditegakan agama Allah padanya, ini bermakna mereka telah memungkiri (mithaq) dengan

Allah. Maka dengan itu sewajarnyalah mereka mendapat hukuman dan laknat dari Allah.

Berdasarkan keterangan al-Qur’an dan penjelasan daripada pentafsiran para Ulama silam

dan para sarjana Islam semasa jelas bahawa babak-babak kesesatan (wilderness) yang di

hadapi oleh Bani Israel pada masa itu adalah balasan dari Allah (s.w.t.) 1. Ia adalah

balasan keingkaran kepada perintah Allah yang pada asasnya adalah pelanggaran dan

pemungkiran janji (Mithaq/covenant) yang mereka ikrarkan persetujuannya di Gunong

Sinai. Ia hanya bermula dari saat penolakan dan keingkaran Bani Israel terhadap perintah

Allah (s.w.t.) bukannya sejak awal perjalanan yang jauh dan sukar di Sinai sebagaimana

yang tercatat di dalam Bible.

1 Ini adalah hukuman Tuhan, bukannya satu perjalanan yang jauh dan sukar namun tetap mendapat pimpinan dan panduan Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam Bible. Kalau benarlah perjalanan itu mendapat panduan Tuhan mengapa perjalanan dari Sinai ke Palestin perlu mengambil masa sehingga 40 tahun. Sedangkan laluan itu adalah di pertengahan laluan biasa yang menghubungi Mesir dan Mesopotamia telah digunakan oleh Abraham, Jacob dan anak-anaknya seperti yang tercatit di dalam Bible. Namun tidak ada pula catatan yang menunjukan perjalanan mereka mengambil masa selama itu.

223

Page 224: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Mengenai kenyataan Bible bahawa ketika saat menjelang hijrah daripada Mesir, Musa

merangsang kaumnya berhijrah ke “negeri yang dijanjikan” dengan menjanjikan bahawa

negeri itu penuh dengan susu dan madu, tidak ada tercatat di dalam al-Qur’an. Apa yang

disebut di dalam al-Qur’an adalah sewaktu Bani Isra’il mengalami kesesatan di Sinai di

dalam perjalanan menuju ke Bait al-Maqdis, mereka pernah mendapat sejenis makanan

yang istimewa bagaikan madu di sebut “ al-manna”. Walaupun kaum Bani Isra’il telah

diberikan makanan yang begitu istimewa, namun mereka masih belum berpuas hati dan

meminta supaya Tuhan memberikan mereka dengan berbagai jenis lagi makanan. Dalam

hal ini Musa (a.s.) mengingatkan mereka bahawa makanan yang mereka inginkan itu

hanya boleh didapati hanya apabila mereka masuk ke Bait al-Maqdis sepewrtimana yang

mereka diperintahkan.

Ibn Kathir1 di dalam mengulas dua rangkaian ayat-ayat al-Qur’an2 mengenainya

mengatakan hal ini berlaku sewaktu Bani Israel mengalami kesesatan di Sinai. Namun

dengan ihsan Tuhan mereka masih lagi diberikan ni’mat-ni’mat makanan dan minuman

yang dipermudahkan Allah (s.w.t.) kepada mereka seperti diturunkan dari langit “al-

manna” dan “ al-Salwa”. Begitu juga air minum bersih yang terpancar dari batu dengan

berkat hentakan tongkat mu’jizat Musa (a.s.) ke atasnya. Bagaimanapun mereka tidak

bersyukur dan terus meminta-minta dari Musa (a.s.) supaya disediakan juga lain-lain

makanan yang remeh-temeh seperti bawang dan kacang. Musa menjawab karenah

kaumnya itu dengan menyuruh mereka memasuki negeri yang diperintahkan Allah (s.w.t.)

1 Ibn Kathir, Qisas al-Anbiya’, loc.cit. hal.280.2 Lihat, al-Baqarah: 49-57 & 60-61.

224

Page 225: BUMI  YANG DIJANJIKAN

ke atas mereka memasukinya kerana di situ nanti, mereka akan dapat meni’mati segala

jenis makanan dan minuman yang mereka idamkan.

Isunya di sini adalah di antara iman kufur. Kefahaman terhadap konsep-konsep

‘Ubudiyyah, Rububiyyah dan Uluhiyyah. Sendainyanya Bani Isra’il benar-benar beriman

dan patuh kepada perintah Allah (s.w.t.) supaya mereka memasuki tanah suci (negeri)

untuk membebaskannya dari penguasaan kaum kuffar, mereka akan mematuhunya sebagai

melaksanakan tanggungjawab ‘Ubudiyyah mereka kepada Allah. Ini kerana Allah (s.w.t.)

yang “memerintahkan” dan mengarahkan” hamba-hambaNya itu adalah Rabb dan Ilah.

Bani Isra’il pada masa itu sebagai pengikut Syari’at Musa (a.s.) adalah pemegang amanah

Allah (s.w.t.). Seandainya mereka memahami makna kewajiban melaksana ‘Ubuddiyyah,

bukan hanya susu dan madu sahaja yang menanti tetapi apa sahaja yang mereka harapkan,

Allah (s.w.t) akan kabulkan. Namun begitu menurut al-Qur’an Musa (a.s.) menghadapi

cabaran baru di dalam menegakan tuntutan-tuntutan agama Allah (s.w.t.), iaitulah kerenah

kekufuran Bani Isra’il yang menganggap mereka adalang bangsa kesangan Allah.

Cabaran baru yang dihadapi oleh Musa (a.s.) ini bermula sebaik sahaja mereka berjaya

sampai di Sinai setelah di selamatkan daripada penindasan Fir’aun di Mesir dan

berlanjutan sehingga kewafatan Musa (a.s.), selama 40 tahun.

Perjanjian (covenant ) seterusnya menurut pandangan Yahudi bahawa

berkenaan “bumi yang dijanjikan”, yang terpenting sesudah perjanjian Musa

(Mosaic covenant) adalah perjanjian King David (Davidic covenant). Sebagaimana

yang disebutkan bahawa oleh kerana siri-siri perjanjian ini berlaku di zaman Bani

225

Page 226: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Israel telah berkerajaan, ia dikatakan bahawa inilah kenyataan atau penjelmaan

sebenarnya kepada konsep asal “perjanjian” (covenant) yang dijanjikan kepada

Abraham. Ini kerana “perjanjian” asal dengan Abraham menyebut tentang

penganugerahan zuriatnya yang ramai di “bumi atau di negeri yang dijanjikan” hanya

berlaku di zaman pemerintahan King David.

Bagaimanapun siri-siri “perjanjian” King David ini didahului dengan “

perjanjian” penganugerahan kerajaan Bani Israel kepada David dan keturunannya.

Ini disebut di dalam beberapa tempat di dalam Bible samada secara tidak langsung

dan juga secara langsung sebagaimana di dalam 2 Samuel1 dan juga di dalam Palms2.

Namun begitu sama seperti perbincangan mengenai perjanjian-perjanjian

sebelumnya, al-Qur’an mempunyai kenyataannya tersendiri yang mempunyai

persamaan dan perbezaan dengan kenyataan di dalam Bible. Merujuk kepada

kenyataan Bible berkenaan penganugerahan kerajaan Israel kepada King David dan

zuriatnya, yang dikatakan pendahuluan kepada “perjanjian King David (Davidid

covenant), yang terus menerus berpaksikan konsep bumi Kan’an/Palestin sebagai “

bumi yang dijanjikan” kepada Bangsa Israel. Dalam hal ini al-Qur’an juga ada

menyebutkannya di dalam beberapa ayat yang berbeza. Di antaranya Allah (s.w.t.)

menyebutkan tentang hamba dan RasulNya Dawwud (a.s.), yang di berikan

kekuasaan memerintah dan di anugerahkan dengan beberapa kelebihan. Di

antaranya seperti yang disebut di dalam surah Sad;

1 Lihat, 2 Samuel, 7: 4-122 Lihat, Psalm, 89: 3-4

226

Page 227: BUMI  YANG DIJANJIKAN

) ص) . 17. Bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba kami Daud yang

mempunyai kekuatan; Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhan).

18. Sesungguhnya kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu

petang dan pagi,

19. Dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. masing-masingnya amat

taat kepada Allah.

20. Dan kami kuatkan kerajaannya dan kami berikan kepadanya hikmah[1301]dan kebijaksanaan

dalam menyelesaikan perselisihan.1

Maksud kekuasaan yang dianugerahkan kepada Dawwud (a.s.) adalah pemerintahan

ke atas kerajaan Bani Isra’il. Menurut Ibn ‘Abbas (r.a.)2 seluruh anugerah dan

kemudahan-kemudahan ini adalah untuk menambahkan lagi kehebatannya sebagai

pemerintah di mata kaumnya Bani Isra’il. Di antara anugerah itu adalah apa yang

dimaksudkan di dalam kontek ayat (kami perkuatkan kerajaannya)3 Dalam beberapa

ayat selepasnya, Allah (s.w.t.) memperjelaskan lagi konsep anugerah kepimpinan

kepada hambaNya Dawwud (a.s.). Dipertegaskan bahawa dia bukan sekadar

ditakdirkan menjadi pemimpin atau pemerintah bangsa seperti kebiasaannya di

kalangan manusia , tetapi diamanahkan Allah (s.w.t.) menjadi “ Khalifah”Nya di

bumi ini;

1 Sad, 38: 17-202 Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 12563 Ini memandangkan tabiat Bani Israel yang lebih suka memandang rendah dan meremehkan kepimpinan kaum mereka tetapi memandang hebat sehingga begitu takut dan gementar terhadap musuh. Ini yang berlaku sejak zaman para Hakim yang memimpin Bani Israel selama 200 tahun. Malah mereka turut mempertikaikan kelayakan raja (Talut/Shaul) yang dipilih Allah sebagai memenuhi tuntutan mereka sebagai raja yang akan memimpin mereka memerangi kaum-kaum yang kafir..

227

Page 228: BUMI  YANG DIJANJIKAN

26. Hai Daud, Sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka

berhukumlah (jalankan pemerintahan) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti

hawa nafsu, Karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang

sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, Karena mereka melupakan hari perhitungan1.

Menurut Ibn ‘Abbas (r.a.)2 ayat ini merupakan arahan (wasiat) dari Allah (s.w.t.)

kepada wakil pemerintahanNya (Dawwud a.s.) di bumi ini dengan bidang

penguasaan yang besar iaitu melaksanakan pemerintahan di kalangan umat manusia

dengan menegakkan kebenaran berdasarkan panduan (kitab) yang diturunkan Allah

(s.w.t.). Inilah konsep khalifah sebagaimana yang difahami dari sudut bahasa (Arab)

dan istilahnya3.

Mengenai pewarisan kerajaan Bangsa Israel daripada David kepada zuriatnya

sebagaimana yang disebut di dalam Bible, ia juga disebut di dalam al-Qur’an,

selang beberapa ayat kemudiannya;

( ص (

30. Dan kami karuniakan kepada Daud, Sulaiman, dia adalah sebaik- baik hamba. Sesungguhnya dia

amat taat (kepada Tuhannya)4,

1 Sad, 38: 262 Lihat, Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 1257.3 Lihat, Abi Tahir Majd al-Din Muhamad bin Ya’qub bin Muhamad bin Ibrahim bin ‘Umar al-Shirazi, al-Qamus al-Muhit, Bait al-Afkar al-Dawliyyah, Amman, 2004, hal.510. Lihat juga, al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’,loc.cit. hal.154 Sad, 38: 30

228

Page 229: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di dalam ayat yang lain Allah (s.w.t.) menjelaskan lagi bahawa Sulaiman (a.s.)

menggantikan kenabian dan kerajaan bapanya nabi Dawwud (a.s.) serta mewarisi

ilmu pengetahuannya dan Kitab Zabur yang diturunkan kepadanya.

( النمل (

16. Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud[1092], dan dia berkata: "Hai manusia, kami Telah diberi

pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-

benar suatu kurnia yang nyata"1.

Namun begitu dalam memperkatakan soal pewarisan samada kerajaan mahupun

bumi (negeri) tempat tertegaknya kerajaan itu, konsepnya mulai berbeza di antara

sudut pandangan Bible dengan al- Qur’an. Sebagaimana yang termaklum bahawa di

dalam Bible dinyatakan Tuhan “menjanjikan” kepada Bangsa Israel secara umumnya

bahawa mereka akan diwariskan dengaan bumi Kanaan (Palestin). Hal ini

dinyatakan berkali-kali sejak di zaman Abraham, Moses dan King David.

Bagaimanapun di zaman pemerintahan King David pernyataan mengenai pewarisan

bumi Kanaan (Palestin) di dahului dengan janji bahawa Tuhan akan

menganugerahkan pemerintahan kerajaan Bani Israel kepadanya dan akan diwarisi

oleh zuriatnya buat selama-lamanya2. Begitu juga berikutan kenaikan King David ke

atas takhta kerajaan Israel (Israelite Kingdom), Tuhan menjanjikan bahawa Bangsa

Israel akan terus mendiami “Bumi yang dijanjikan” itu buat selama-lamanya3.

1 Al-Naml, 27: 162 Lihat, Psalm, 89: 3-4.3 2 Samuel, 7:10

229

Page 230: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Ternyata kemudiannya bahawa janji Tuhan kepada king David (Dawwud a.s.) ini

bercanggah dengan kenyataan dan fakta sejarah. Apa yang jelas sejarah mencatatkan

Dawwud (a.s.) hanya sempat mewariskan kerajaannya kepada puteranya Sulaiman

(a.s.) dalam satu generasi sahaja. Apa yang berlaku sesudah kewafatan Sulaiman

adalah keturunannya telah kehilangan kawalan ke atas kerajaan Bangsa Israel dan

pewaris dari keturunannya hanya menguasai kawasan yang terbatas di kota suci

Jerusalem dan persekitarannya sahaja.

Begitu juga terbukti di dalam sejarah bahawa Bangsa Israel mengalami

pengusiran dari Jerusalem dan “ Bumi yang dijanjikan” sebanyak dua kali.

Pengusiran kali pertama dalam peristiwa “ pembuangan di Babylon” (Babylonian

exile) pada tahun 598 s.m. oleh Nebuchadnezzar. Sementara pengusiran pada kali

kedua berlaku dalam peristiwa “ pemusnahan terakhir “ (final destruction) kota

Jerusalem oleh Titus dari Romawi tahun 70 m.

Jewish Bible ataupun Old Testament Bible ada mencatatkan peristiwa

kejatuhan Jerusalem oleh serangan King Nebuchadnezzar dari Babylon yang berlaku

sesudah zaman King David dan King Solomon1 . Ironisnya peristiwa kejatuhan kota

suci itu dan sebab-sebab kejatuhannya telah di bayangkan sebagai amaran awal oleh

Nabi Jeremiah, namun amarannya tidak diambil perhatian oleh pemerintah dan

tragedi itu akhirnya menimpa Bangsa Israel2.

1 Jeremiah, 32: 1-42 Ibid., 39: 1-8

230

Page 231: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Namun al-Qur’an mencatatkan dengan kenyataan bahawa Bani Isra’il akan

mengalami dua kali peristiwa pengusiran dari Tanah Suci Bait al-Maqdis1;

4. dan Kami menyatakan kepada Bani Israil Dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan

melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong

angkuh Dengan melampau.

5. maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali Yang pertama dari

dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami Yang kuat gagah dan amat

ganas serangannya lalu mereka menjelajah di Segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan

kamu); dan (Sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji Yang tetap berlaku.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan dari Bible, al-Qur’an dan juga catatan-

catatan sejarah, covenant yang dikatakan janji Tuhan kepada David (Dawwud)

sebelum ini tidak dapat diterima oleh Islam. Ini kerana seolah-olah Tuhan tidak

berpegang pada janjiNya. Sedangkan hal seperti ini adalah mustahil menurut

‘aqidah Islam kerana di dalam Al-Qur’an sifat Allah s.w.t. dinyatakan secara tegas

bahawa Dia tidak pernah akan memungkiri janjiNya2.

Mengenai konsep pewarisan sebagaimana yang dijanjikan Tuhan kepada

David (Dawwud a.s.) Islam memahaminya dari konteks yang lebih menyeluruh.

1 Al-Isra’, 17: 4-72 Ali-‘Imran: 9 & 194.,

231

Page 232: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini al-Qur’an menjelaskan bahawa konsep pewarisan adalah

berdasarkan kelayakan bukannya berasaskan nasab keturunan. Sebagaimana yang

dicatatkan di dalam sejarah bahawa Dawwud (a.s.) memiliki ramai putera untuk

diwariskan takhta kerajaannya. Namun hanya Sulaiman (a.s.) yang paling layak dan

berhak ke atas warisan takhta kerana dialah yang paling beriman dan berilmu yang

merupakan ciri-ciri utama kepada hamba Allah (s.w.t.) yang saleh. Ini kerana

menurut prinsip umumnya sebagaimana yang isytiharkan Allah (s.w.t.) kepada

Dawwud (a.s.) melalui kitab sucinya al-Zabur, bahawa bumi Allah (s.w.t.)

diwariskan Allah (s.w.t.) kepada hamba-hambaNya yang saleh. Hal ini disebutkan

kembali di dalam al-Qur’an1;

105. Dan sungguh Telah kami tulis didalam Zabur[973] sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh,

bahwasanya bumi Ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh.

Mengenai bumi yang disebut di dalam ayat ini, menurut Imran N. Hosein di

dalam bukunya Jerusalem in the Qur’an2, menegaskan bahawa bumi yang

dimaksudkan di dalam ayat ini adalah merujuk khusus kepada “Tanah Suci

Jerusalem”. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang hampir sama maksudnya dengan

kenyataan di dalam Psalm3;

12- What man is he that fears the Lord? Him shall he teach in the way that he shall choose.

13- His soul shall dwell at ease and his seed shall inherit the earth.

1 Al-Anbiya’, 21: 1052 Imran N. Hosein, Jerusalem in the Qur’an (2002), Masjid Dar al-Qur’an , New York, hal. 52-533 Psalm, Buku Psalm adalah dipenuhi dengan munajat David kepada Tuhannya dan juga bisikan Tuhan kepadanya. Kenyataan “earth” di dalam ayat-ayat di atas khusus merujuk kepada tempat King David berkerajaan di “Holy Land- Jerusalem”.

232

Page 233: BUMI  YANG DIJANJIKAN

14- The secret of the Lord is with them that fear him, and he will shew them his covenant.

( 25: 12-14,)

Begitu juga ayat seterusnya;

11- But the meek shall inherit the earth, and shall delight themselves in.. (37: 11)

Berdasarkan kepada ayat-ayat dari buku Psalm sudah ada penjelasan bahawa

Tanah Suci yang dijanjikan itu hanya selayaknya diwarisi oleh mereka yang salih dan

bertaqwa kepada Tuhan sama seperti pandangan Islam yang berasaskan al-Qur’an.

Namun yang bercanggah kenyataannya di antara satu dengan yang lain adalah Bible.

Demikianlah analisa yang dibuat dari perspektif Islam berdasarkan rujukan

utamanya al-Qur’an terhadap beberapa “perjanjian” atau covenant atau mithaq yang

utama di dalam Bible ataupun al-Kitab al-Muqaddas. Konsep “Bumi yang

dijanjikan” di dalam covenant ini disebut berkali-kali oleh Tuhan bermula dengan

“perjanjian Noh” (Noahic covenant) sebagai permulaan unjuran zuriat yang berkat

untuk sampai kepada Abraham. Seterusnya “perjanjian Ibrahim” (Abrahamic

covenant) sebagai asas di dalam persoalan covenant ini, diikuti dengan “perjanjian

Musa” (Mosaic covenant) dan akhirnya “perjanjian Dawwud” (Davidid covenant)

sebagai pengukuhan dan penerusan konsep “Bumi yang dijanjikan”.

Namun setelah “perjanjian-perjanjian” (covenant/mithaq) utama itu di analisa

dengan menggunakan sumber al-Qur’an sebagai sumber wahyu yang terakhir, ternyata

menurut pandangan Islam bahawa apa yang disebutkan sebagai janji Tuhan mengenai

konsep “Bangsa pilihan Tuhan” dan “Bumi yang dijanjikan” yang dikatakan telah dibuat

233

Page 234: BUMI  YANG DIJANJIKAN

seawal zaman Nuh (a.s.) sehingga pada zaman Dawwud (a.s.) seluruhnya dipertikaikan

kebenarannya.

Menurut Islam memang benar Bani Isra’il pernah menerima semua covenant

tersebut yang diberikan melalui Patriarch dan nabi-nabi yang memimpin mereka terutama

Musa a.s. dan Dawwud a.s. sebagaimana yang juga turut disebut di dalam al-Qur’an.

Namun covenant tersebut bukan semata-mata berasaskan mereka adalah zuriat Ibrahim

yang terpilih menjadi bangsa kesayangan Tuhan. Mereka dipilih menerima covenant

tersebut kerana pada masa itu mereka adalah “ khalifah”1 Allah (s.w.t.). Sebagai khalifah,

mereka adalah pemegang amanah Syari’ah Allah (s.w.t.) yang berasaskan kitab al-Tawrah

(Torah). Sebagai pemegang amanah Syari’ah Allah (s.w.t.) mereka sepatutnya menerima

semua covenant tersebut dengan penuh amanah, menegakkan agama Allah terutama

setelah berjaya mengambil dan menduduki Jerusalem pada zaman Dawwud a.s. (tahun

1000 s.m.).

Namun selepas zaman Dawwud a.s. dan Sulaiman a.s. mereka telah mensia-

siakan amanah tersebut. Mereka bukan sahaja mengabaikan agama Allah bahkan

malakukan Syirik dengan melakukan penyembahan berhala Baal seperti yang dilakukan

oleh pendokong kerajaan Samaria (abad ke 6 s.m.) dan Judea (abad ke 5 s.m.). Dengan itu

Tuhan telah menghukum mereka dengan menghadapi penghapusan etnik, pemusnahan

kota Jerusalem (Bait al-Maqdis) dan pembuangan di dalam sejarah “ pembuangan di

Babylon “ yang dahsyat di tangan Maharaja Nebuchadnezzar.

1 Pada asasnya konsep “khalifah” dan “amanah” telah dijelaskan di dalam seluruh ajaran agama para Nabi yang berasaskan wahyu dan akhirnya dijelaskan kembali di dalam al-Qur’an, sebagai wahyu Tuhan yang terakhir. Lihat, al-Ahzab: 72, al-Baqarah: 30 dan Sad: 26.

234

Page 235: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Walau bagaimanapun kaum Yahudi berpeluang kembali semula ke Palestin dari

“pembuangan di Babylon” setelah kematian Nebuchandnezzar 50 tahun (awal abad ke 4

s.m.) dan membina semula kota Jerusalem dan Jerusalem Temple. Ini dijelaskan di dalam

ayat berikut1;

6. kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk

mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu Dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak,

serta Kami jadikan kamu kaum Yang lebih ramai pasukannya.

Namun menjelang tahun-tahun awal masehi, kaum Yahudi kembali mengulangi

amalan-amalan buruk nenek moyang mereka yang yang pernah menimbulkan kemurkaan

Tuhan sebagaimana disebut di dalam Bible. Di antara yang paling ketara ialah golongan

elit Yahudi di bawah kepimpinan Herod bersekongkol dengan penjajah Roman

penyembah berhala dan menerapkan unsur-unsur agama berhala Roman/Greek dan

pelanggaran hukum-hukum Torah di dalam kehidupan Bangsa Israel. Apabila usaha itu

ditentang oleh nabi-nabi Allah Zakaria (a.s.) dan Yahya (a.s.), kaum elit Bangsa Israel

berkonspirasi dengan penjajah Roman menghapuskan (membunuh) nabi-nabi Allah itu.

Selanjutnya apabila dakwah nabi-nabi itu disambung oleh Jesus ( ‘Isa a.s.), kaum

elit Yahudi ini terus merancang untuk menghapuskan (membunuh) ‘Isa (a.s.). Ironisnya

1 Al-Isra’, 17: 6

235

Page 236: BUMI  YANG DIJANJIKAN

tindakan kaum elit Yahudi ini dibiarkan sahaja tanpa sebarang teguran dan bantahan oleh

kaum bangsa Israel. Ini menyebabkan mereka kembali menerima kemarahan Tuhan dan

terakhir pada tahun 70 m. apabila berlaku pergeseran dalaman di antara penjajah Roman

dan golongan elit Yahudi, Tuhan membiarkan kota Jerusalem dihancurkan oleh tentera

Rom yang dikenali sebagai pemusnahan terakhir (final destruction )1 sebagaimana yang

pernah dilakukan oleh Maharaja Nebuchadnezzar pada abad ke 5 s.m. dahulu. Kenyataan

mengenai pemusnahan besar buat kali kedua kota suci Jerusalem tidak lagi tercatat di

dalam Jewish Bible (Old Testaments ) tetapi tercatat di dalam New Testaments2 akan

mengalami sebagaimana pemusnahan besar kali pertama di tangan Nebuchadnezzar dahulu

dijelaskan oleh ayat berikut3;

7. jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri

kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan

musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan

untuk memasuki Masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali Yang

pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja Yang mereka telah kuasai, Dengan sehancur-

hancurnya;

1 Lihat, Dr. Suwaidan, Filastin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit.(passim.) hal. 56-66. Lihat juga, 2 The Gospel, St. Matthew; 2, 3 dan 4., dan St. Luke; 1, 2 dan 3.

3 Al-Isra’,17: 7

236

Page 237: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Para Mufassirin1 seperti al-Tabari dan al-Syawkani di dalam mentafsirkan ayat-

ayat ini menjelaskan ianya adalah tragedi yang berlaku di dalam sejarah yang menimpa

Bani Isra’il, iaitu pemusnahan kota suci Bait al-Maqdis (Jerusalem). Pemusnahan kota

suci ini yang merupakan peringatan dan balasan dari Allah (s.w.t.) berlaku sebanyak dua

kali akibat dosa-dosa besar yang dilakukan oleh mereka. Pada kali pertama kerana

memenjara nabi Armiya’(Jeremiah) dan membunuh nabi Sya’ya (Isaiah), lalu Allah

(s.w.t.) memberi laluan kepada Nebuchadnezzar menyerang dan memusnahkan Bait al-

Maqdis. Sementara pemusnahan terakhir kerana mereka membunuh nabi-nabi Zakaria

(a.s.) dan Yahya (a.s.) serta cuba melakukan pembunuhan ke atas nabi ‘Isa (a.s.), lalu

berlaku serangan yang memusnahkan Bait al-Maqdis. Walaupun para Mufassirin itu di

dalam tafsiran mereka tidak menyebut nama penyerang kota suci itu, namun menurut

penulis Jerusalem in the Qura’an2 peristiwa itu jelas merujuk kepada peristiwa “

pemusnahan terakahir “ (the final destruction) oleh Putera Titus Romawi pada tahun 70

m.

Serangan ini benar-benar menghapuskan kewujudan Bangsa Israel dari Jerusalem.

Sebahagian dari mereka kembali mencari perlindungan di Babylon3. Namun sebahagian

besar dari kaum bangsa Israel terbuang (diaspora) di seluruh tanah jajahan Roman di

Eropah di mana kewujudannya berterusan nya sehingga ke zaman moden. Menurut

1 Lihat, Al-Tabari, Jami’ al-Bayan,j.9, loc.cit. hal. 5433-5434. Lihat juga, al-Syawkani, Fath al-Qadir, loc.cit. hal. 811.2 Imran N.Husein, loc.cit. hal. 60-613 negeri yang pernah menjadi tempat buangan bangsa mereka pada zaman Nebuchadnnezar dahulu. Apabila mereka dibenarkan pulang ke Jerusalem pada zaman Cyrus, sebahagian kaum Bani Israel memilih untuk tinggal dan membina penenmpatan tetap di sana. Ramai para Rabbi yang memimpin komuniti Yahudi di Babylon dan merekalah yang bertanggung jawab menghasilkan Talmud versi Babylon di awal-awal pertama masehi. )

237

Page 238: BUMI  YANG DIJANJIKAN

pandangan Islam1 berasaskan al-Qur’an kaum Yahudi yang telah terbuang dari Jerusalem

dan mengalami diaspora sejak 2000 tahun yang lalu adalah sebagai hukuman terhadap

pengkhianatan amanah Tuhan yang telah memberikan amaran demi amaranNya melalui

nabi-nabiNya. Mereka membunuh nabi-nabi tersebut dan dengan itu mereka dilaknat oleh

Allah (s.w.t.). Akibatnya Allah (s.w.t.) telah membiarkan mereka terbuang ke serata

dunia.

Dengan berlakunya peristiwa “ pemusnahan terakhir “, bermulalah pengakhiran

kepada amanah “khalifah” kepimpinan umat manusia yang diberikan Allah (s.w.t.) kepada

Bani Isra’il. Buat tempoh sementara waktu Allah (s.w.t.) telah mengutuskan ‘Isa (a.s.)

untuk memimpin Bani Isra’il, sebagai persiapan menerima bakal kepimpinan baru yang

diamanahkan oleh Allah (s.w.t.) memimpin umat manusia iaitulah kepimpinan Muhamad

(s.a.w.) yang berasaskan al-Qur’an. Namun kaum Bani Isra’il tidak menerimanya

sebagaimana juga mereka menolak pengutusan Muhamad Rasulullah (s.a.w.). Hal ini

dapat difahami daripada maksud ayat al-Qur’an dari surah al-Saff 2;

6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"

1 Lihat, al-Khalidi, al-Syakhsiyyah al-Yahudiyyah, loc.cit. hal. 107.2 Saf, 61: 6

238

Page 239: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini pandangan Al-Qur’an mengenai zuriat Abraham (Ibrahim a.s.) dan

tanggungjawab mereka memikul amanah agama dan Syari’at Allah (s.w.t.) lebih jelas

berbanding dengan konsep Torah atau Bible. Di dalam Islam tanggung jawab memikul

amanah ini adalah tanggungjawab asasi anak-anak Adam (a.s.), sebagai pemegang

amanahNya (Khalifah). Sesudah Allah ( s.w.t,) memperingatkan perihal “persetiaanNya

dengan zuriat Adam ( a.s.) sewaktu di alam Ruh, diperingatkan pula tentang persetujuan

memikul amanahNya;

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami)

kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka

enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada

pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan

persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat

kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat

perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan.1

Dalam hal ini Al-Qur’an yang menyebut zuriat Ibrahim (a.s.) samada yang

berasal dari keturunan kedua-dua puteranya Ismail dan Ishaq adalah semuanya zuriat

Adam yang telah disediakan Allah untuk memerima amanahNya itu. Seandainya kaum

Yahudi benar-benar beriman dengan kenyataan Torah mengenai zuriat Abraham dan

konsep bumi yang dijanjikan, mereka hendaklah menerima sudut pandangan Islam

1 Al-Ahzab, 32:72

239

Page 240: BUMI  YANG DIJANJIKAN

bahawa zuriat Abraham itu juga merujuk kepada Bani Isma’il iaitu bangsa Arab selain dari

Bani Isra’il bin Ishaq iaitu kaum bangsa Yahudi. Seandainya Tuhan benar-benar berjanji

akan mewariskan bumi Kan’an (Palestin) kepada Abraham (Ibrahim a.s.) dan zuriatnya,

warisan itu adalah terbuka samada kepada Bani Isra’il dari kaum Yahudi mahupun kaum

Nasrani ataupun kaum Muslimin daripada Bani Isma’il. Kaum Yahudi juga hendaklah

meterima hakikat bahawa “perjanjian” (covenant/mithaq) Tuhan mengenai “bumi yang

dijanjikan/bumi berkat” bukanlah janji yang dibuat secara mutlak kepada mana-mana

jaluran keturunan Abraham. Akan tetapi ia adalah satu tawaran bersyarat yang lebih

bergantung kepada golongan manakah yang lebih setia kepada tradisi agama Ibrahim

(Abrahamic tradition/faith) samada kepada Torah, Injil ataupun al-Qur’an seperti yang

diperingatkan kepada Dawwud (a.s.)1

Demikianlah mengikut SunnahNya Allah (s.w.t.) telah mengatur sebaik Yahudi

mengalami diaspora, di awal abad masehi, kota suci Jerusalem diurus tadbir oleh para

pendeta Nasara, pengikut kitab Injil yang dibawa oleh ‘Isa (a.s.). Hal ini berlanjutan

sehingga Allah (s.w.t.) mengutuskan Muhamad (s.a.w.) sebagai Rasul akhir zaman pada

abad ke 6 masehi. Setelah 10 tahun pengutusan kerasulannya, Allah (s.w.t.) buat pertama

kalinya membawa Muhammad (s.a.w.) menjejakkan kakinya ke kota suci Bait al-Maqdis

di dalam peristiwa Isra’ wa al-Mi’raj untuk menerima amanah kepimpinan umat manusia

(khalifah). Sebagai lambang penerimaan amanah kepimpinan baru umat manusia,

Rasulullah (s.a.w.) telah mengimamkan sembahyang berjamaah di Masjid al-Aqsa

1 Lihat al-Qur’an, (al-Anbiya’: 105). Lihat juga Psalm 24: 1-4

240

Page 241: BUMI  YANG DIJANJIKAN

bersama-sama para Anbiya’ yang terdahulu1 termasuk nabi-nabi Musa (a.s.) dan

Dawwud (a.s.) yang diutuskan Allah (s.w.t.) sebagai pemimpin Bani Isra’il.

Begitu juga semenjak peristiwa “diaspora Yahudi” tahun 70 M., selama hampir 7

abad berikutnya Bait al-Maqdis dan bumi Syam-Palestin umumnya terus berada di bawah

cengkaman penjajahan Romawi yang menganut agama trinity yang sesat2. Penjajahanya

hanya berjaya ditamatkan pada awal zaman pemerintahan Islam tahun 15 H/636 M3.

Rasulullah (s.aw.) telah membayangkan kepada para sahabahnya kepastian akan

berlakunya peristiwa bersejarah pembebasan Palestin dan kota suci Bait al-Maqdis selepas

kewafatannya. Penulis buku al-Tariq Ila Bait al-Maqdis memetik satu kenyataan (wasiat)

daripada Rasulullah (s.a.w.) yang telah menyebut dengan jelas akan berlakunya

pembebasan kota Bait al-Maqdis dan wilayah Palestin di sekitarnya sebagaimana yang

diriwayat oleh al-Qadi Mujir al-Din al-Hanbali al-Maqdisi 4.

1 Lihat, al-Rahiq al-Makhtum, loc.cit. hal. 160.2 Agama Kristian yang berasaskan aqidah Trinity diformulasikan secara rasmi di dalam “Councils of Nicaea “ tahun 325 m. yang dianjurkan oleh Constantine I. Ia bertujuan menyelesaikan percanggahan pendapat mengenai hakikat Jesus. Gereja Timur ( Antioch, Jerusalem dan Iskandariah) mengatakan Jesus adalah makhluk kepada Tuhan Bapa. Sedangkan pendapat Gereja Rom meletakan Jesus sebagai Tuhan Anak setaraf dengan Tuhan Bapa berganding dengan Roh Qudus (pada Maryam) mewujudkan ketuhaanan Trinity. Constantine yang masih tebal dengan konsep trinity Greek (Zeus,son and his mother) terus menerima dan mengisytiharkan aqidah Trinity sebagai aqidah rasmi Kristian. Berikutan itu seluruh pengikut Gereja Timur ( Nasara pengikut ajaran Hawariyyin) dipaksa menerima aqidah Trinity ataupun menghadapi hukuman mati). Lihat, Tarikh al-Hurub al-Salibiyyah, (terj. Ar. Dr. Suhail Zukkar), j.1, Dar al-Fikr, Beirut, (1424 H), hal. 14-15. Lihat juga, Grolier, Encyclopedia of Knowledge, vol. 13, loc.cit. hal. 322. 3Allah (s.w.t.) telah mentakdirkan bahawa tanah suci Bait al-Maqdis dan negeri Palestin di sekitarnya hanya menunggu kebangkitan Rasulullah (s.a.w.) dan para sahabahnya untuk membebaskannya dari cengkaman penjajahan Romawi. Buat permulaannya Allah (s.w.t.) terlebih dahulu membawa Rasulullah (s.a.w.) berkunjung menziarahi Masjid al-Aqsa di kota suci tersebut dalam peristiwa Isra’-Mi’raj pada tahun ke 10 perutusaan baginda (s.a.w.). Di situlah Allah (s.w.t.) menghimpunkan para nabi termasuk Ibrahim, Ishaq (a.s.) dan para nabi dari zuriatnya Bani Israel termasuk Musa dan Dawwud (a.s.) berimamkan Rasulullah (s.a.w.) di dalam satu solat berjama’ah. Ini sebenarnya menggambarkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) telah diperakukan sebagai pemimpin sebenar dan terakhir bagi seluruh umat. Lihat, al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, loc.cit. hal.59 4 Ibid. hal. 60-61. Bagaimanapun penulis gagal menemui rujukan asal hadith ini sebagaimana yang diriwayatan oleh al-Qadi Mujiruddin al-Hanbali al-Maqdisi..

241

Page 242: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pada tahun ke 9 H/632 M, kenyataan Rasulullah (s.a.w.) mula menampakan

petandanya. Ia bermula apabila pemimpin Arab Ghassan yang bersekutu dengan

Maharaja Heraclius Romawi telah melakukan provokasi ke atas kerajaan Islam Madinah1.

Sebagai reaksi kepada provokasi itu Rasulullah (s.a.w.) telah membuat persiapan perang

dan seterusnya telah menggerakan Perang Tabuk dan Mu’tah. Di akhir tahun ke 10 H/633

M. Bagaimanapun Rasulullah (s.a.w.) telah wafat tanpa sempat menyaksikan peristiwa

bersejarah itu2. Namun penggantinya Khalifah Abu Bakr al-Siddiq terus menyambung

misi Rasulullah (s.a.w.) untuk membebaskan Bait al-Maqdis dan bumi Syam seluruhnya.

Pada tahun ke 14 H/635 M. Khalifah ‘Umar bin al-Khattab yang menggantikan Khalifah

Abu Bakr, telah memperhebatkan misi Rasulullah (s.a.w.) untuk membebaskan Bait al-

Maqdis dan Syam. Akhirnya pada tahun ke 15 H/636 M. Bait al-Maqdis, telah dapat

dibebaskan sesudah 7 abad berada di bawah cengkaman dan penindasan penjajahan

Romawi yang berbangsa Eropah3.

Tindakan itu hendaklah dilihat sebagai suatu usaha pembebasan tanah suci agama

Allah (s.w.t.) dari kuasa penjajah berbangsa Eropah dan dikembalikan semula kepada

pewaris yang lebih berhak ke atasnya. Mereka adalah kaum Muslimin berbangsa Arab,

1 Tahun ke 9 H adalah terkenal dengan nama “tahun perwakilan” ekoran kejayaan kerajaan Islam Madinah membebaskan Makkah. Ini menyebabkan seluruh kaum Arab di Semenanjung Tanah Arab telah menghantar perwakilan-perwakilan mereka menemui Rasulullah (s.a.w.) menyatakan perakuan mereka terhadap kepimpinan baginda (s.a.w.) ke atas bangsa Arab. Hal ini diambil kesempatan oleh pemimpin Arab Ghassan dengan berpura-pura mengadakan hubungan “diplomatic” dengan kerajaan Islam Madinah. Apabila Rasulullah (s.a.w.) mengutuskan sahabahnya al-Harith bin ‘Amir al-Adzari sebagai duta ke Ghassan, beliau dan anggota rombongannya telah dibunuh. Pada masa yang sama kerajaan Romawi telah mengumpulan 40 ribu orang tentera untuk Ghassan menyerang Madinah. Lihat, Safiyy al-Rahman al-Mubarakpuri, al-Rahiq al-Makhtum,(1423 H), Dar al-Wafa’,Qahirah, hal.433-.435.2 Lihat, Filistin, Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 763. Lihat, al-Tariq Ila Bait al-Maqdis, loc.cit. hal. 64-65.

242

Page 243: BUMI  YANG DIJANJIKAN

zuriat Ibrahim (a.s.) dari keturunan Ismail (a.s.) yang dipertanggung jawabkan oleh Allah

(s.w.t.) memikul amanah Syari’atNya di akhir zaman.

Semenjak dari saat pembebasannya di zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, Bait

al-Maqdis (Jerusalem) telah dikembalikan fungsinya sebagai “Tanah Suci” agama-agama

warisan Ibrahim (a.s.). Tidak ada pembunuhan, penindasan atau pemaksaan menukar

agama dan tidak ada pembakaran lambang-lambang Ibadah yang berbeza dari pemerintah.

Ini kerana penguasaan Islam ke atasnya dibuat bukan semata-mata untuk berkuasa dan

menjajah, tetapi demi kerana menjaga amanah agama Allah (s.w.t.). Syi’ar-syi’ar agama

para pewarisnya samada kaum Yahudi mahupun Nasrani sama seperti kaum Muslimin

dihidupkan tanpa sebarang halangan. Walaupun di zaman pengusaan Nasrani sebelumnya

ada larangan terhadap kaum Yahudi supaya tidak memasuki kota suci Jerusalem, namun

pada akhir zaman pemerintahan Khalifah Umar mereka dibenarkan kembali1. Sejak hari

pembebasannya di zaman Umar bin al-Khattab, Bait al-Maqdis (Jerusalem) kekal sebagai

tanah suci agama Allah (s.w.t.), di bawah naungan pemerintahan Islam (kecuali dalam

beberapa tempoh fitnah2) melalui zaman-zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Umayyah,

1 Hal ini turut diakui oleh sebahagian cendikiawan Barat. Lihat, Karen Amstrong, Jerusalem, city of three faith, (1996), Alfred A. Knopf, New York, hal. 15. Lihat juga, John L. Esposito, Islamic Threat, myth or reality, (1999), Oxford University Press, hal. 24. 2 Fitnah yang dimaksudkan kekacauan agama berlaku pada akhir abad ke 10 M./ pertengahan abad ke 5 H. apabila muncul puak-puak (Ar. Firqah) yang terkeluar daripada dasar ‘aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, ‘aqidah asasi umat Islam yang berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah dan pegangan jumhur Ulama’ Muslimin. Mereka terdiri dari golongan Syi’ah Buwaih menguasai kota Baghdad pusat (Khilafah ‘Abbasiyyah) yang tetap dengan ‘aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah dan ini melemahkan kerajaan pusat itu. Sementara Syi’ah Batiniyyah Ismailiyyah telah menegakan pemerintahan yang digelar pemerintahan Fatimiyyah di Mesir dan Syria dengan kerjasama puak Quramitah, satu golongan sesat yang sangat jahat terhadap Islam. Semuanya memecahkan kesatuan umat Islam dengan membebaskan wilayah-wilayah mereka dari kesatuan ikatan dengan Khilafah Islam ‘Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad. Dalam suasana fitnah inilah gerombolan tentera Salib dari Eropah mengambil kesempatan melancarkan Perang Salib untuk merampas dan menguasai kembali tanah suci Palestin daripada kuasa pemerintahan Islam selama 91 bermula (1098 M.) sehingga ditamatkan oleh pemerintah Islam yang berilmu dan beriman, Salah al-Din al-Ayyubi pada tahun 1187 M..

243

Page 244: BUMI  YANG DIJANJIKAN

‘Abbasiyyah dan Turki ‘Uthmaniyyah selama lebih dari 1000 tahun sehinggalah ke saat

kejatuhan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah setelah dikalahkan oleh tentera Bersekutu Eropah

melalui Perang Dunia I (1914-1918).

5.2.2 Analisa Islam terhadap asas covenant berdasarkan fakta-fakta sokongan dari

sumber-sumber penulisan kesarjanaan Barat.

Analisa dari sudut pandangan Islam terhadap covenant selain dari menggunakan al-

Qur’an, al-Hadith dan sumber-sumber penulisan kesarjanaan Islam, juga dibuat

menggunakan rujukan dari sumber-sumber ahl al-Kitab dan penulisan kesarjanaan

Yahudi sendiri. Di samping itu sudut pandangan Islam juga mendapat sokongan dari

sumber-sumber akademik Barat yang berwibawa.

Pada pandangan Islam, kenyataan-kenyataan Bible yang mencatatkan siri-siri

covenant itu sendiri adalah dipertikaikan kesahihannya. Siri-siri covenant terawal

terutama yang melibatkan Abraham1 dan Moses2 yang dianggap hujjah terpenting dan asasi

kaum bangsa Yahudi di dalam dakwaannya terhadap “ Bumi yang dijanjikan” tercatat di

dalam Torah of Moses iaitu 5 buku terawal di dalam Jewish Bible. Buku Torah of

Moses ini dikatakan ditulis oleh Musa (a.s.). Bagaimanapun di dalam Injil Barnaba

terdapat penjelasan dari Yasu’ (‘Isa a.s.) yang telah menyatakan dengan tegas bahawa

1 Lihat, Genesis, 12: 1-7, 15: 18 dan 17: 7-82 Lihat, Exodus, 6: 2-8, 33: 1-3, L eviticus, 18: 1-3 dan Numbers, 13: 1

244

Page 245: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Torah Musa itu bukan di tulis oleh Musa tetapi oleh para pendeta Yahudi yang tidak

takut kepada Allah1. Penegasan Yasu’ (‘Isa) ini dibuat sebagai menjawab kekeliruan di

kalangan pengikutnya yang wujud pada pada masa itu mengenai beberapa percanggahan

beberapa fakta terutamanya mengenai berkat ke atas anak-anak Abraham.

Begitu juga penulisan kitab suci ini yang mengambil masa lebih dari 1000 tahun

oleh berbagai latarbelakang penulis yang tidak dapat dikenal pasti identitinya adalah tidak

dapat dipertanggungjawabkan. Di samping itu turut juga menjadi pertikaian dalaman

dalam kontek kitab suci agama Yahudi ini ialah institusi yang menentukan kelayakan

setiap satu buku yang akan ditarafkan sebagai “kitab suci”. Ekoran daripada itu

berlakunya konflik di dalam menentukan bilangan dan nama-nama buku yang menjadi

komponen kepada Jewish Bible. Pentarafan ini hanya layak dilakukan oleh satu institusi

yang dipanggil Canon of Bible atau singkatannya Canon. Bagaimanapun pembentukan

Canon itu sendiri mengambil masa 500 tahun untuk diterima secara rasmi. Kenyataan ini

dinyatakan secara jelas di dalam The Encyclopedia of Jewish Religion,2 yang di sunting

sendiri oleh dua sarjana Yahudi, Dr. Zwi Werblowsky dan Dr. Geoffrew Wigoder yang

diterbitkan di Tel Aviv.

Memandangkan penulisannya mengambil masa yang agak lama dan ditangani oleh

ramai penulis tidak boleh dikenal pasti, isi kandungannya adalah diragui. Menurut The

New Encyclopedia Britannica3, isi kandungannya yang mengandungi campuran kisah-

kisah ketuhanan, kenabian, kependetaan, raja-raja dan gurindam lagu-lagu rakyat, semakin

1 Lihat, Injil Barnaba(t.t.).ed. Dr.Khalil Sa’adah, fasal 43: 19-29 dan fasal 44: 1-5, Dar al-Basyir, Qahirah.2 Lihat, The Encyclopedia of the Jewish Religion, loc.cit. (passim), hal. 65-673 Lihat, The New Encyclopedia Bittanica, vol.2, loc.cit. hal. 194.

245

Page 246: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menjadi bahan kajian dan kritikan dari segi kesahihan ilmiahnya. American Educator

Encyclopedia1 juga turut memberikan komentar terutama mengenai penulisan Bible yang

mengambil masa sehingga seribu tahun. Ia dikatakan ditulis oleh berbagai penulis

termasuk para penyair yang beremosi dan ahli sejarah bangsa Yahudi yang berimiginasi

serta ramai lagi yang tidak diketahui identiti dirinya. Sementara itu The Encyclopedia

Americana2 kelihatan lebih lantang di dalam melontarkan komentarnya terhadap penulisan

Bible. Di bawah tajuk kecil “ penulisan yang dipertikaikan “ (disputed writings) di

nyatakan bahawa teks asal Old Testament (Jewish Bible) adalah berbahasa Hebrew dan

ia mula mengalami perubahan apabila diterjemahkan ke bahasa-bahasa Aramic (selepas

zaman pembinaan Temple kedua) dan seterusnya ke bahasa Latin (selepas penjajajahan

Alexander ke atas Palestin). Selanjutnya encyclopedia ini dengan lebih lantang

mengatakan bahawa terdapat bukti yang kukuh wujudnya beberapa penambahan dan

pembuangan di dalam buku-buku penulisan para pendeta ( Rabbinic writings) selain dari

Torah.

Begitu juga sebagaimana yang diketahui umum konsep “ bumi yang dijanjikan”

adalah konsep berasaskan Bible (Biblical concept), merujuk kepada bumi Kan’an

(Palestin) yang didakwa sebagai bumi warisan untuk Abraham (Ibrahim a.s.) dan

zuriatnya. Dalam hal ini kaum Yahudi mendakwa bahawa zuriat Ibrahim yang di

maksudkan itu adalah bangsa mereka, Bangsa Israel. Oleh itu bagi mereka bumi

Kan’an/Palestin adalah hak milik mutlak mereka yang kekal abadi.

1 Lihat, American Educator Encyclopedia, vol.2, loc.cit. hal. 136-1372 Lihat, The Encyclopedia Americana, vol.3, loc.cit. hal. 647

246

Page 247: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dakwaan Yahudi dalam hal ini sejak sedari awal lagi telah mengandungi

kekeliruan. Ini kerana menurut Torah, buku pertama di dalam Jewish Bible, selain dari

Ishmael (Ismail a.s.)) dan Isaac (Ishaq a.s.), Abraham juga mempunyai beberapa anak lagi

di antaranya Midian dan seterusnya melahirkan Sheba hasil perkahwinan baru Abraham

selepas kematian Sarah1. Ini membuktikan bahawa zuriat Abraham bukan hanya tertentu

kepada Bangsa Israel sahaja tetapi juga meliputi zuriat dari anak-anak Abraham yang lain.

Fakta ini sahaja jelas menunjukan bahawa Bible yang menjadi sandaran asas kepada

konsep ini oleh kaum Yahudi adalah tidak menentu (unconsistant).

Terdapat banyak perkara yang tidak menentu (unconsistant) di dalam soal

pewarisan “Bumi yang dijanjikan”. Di antaranya jaminan atau janji Tuhan kepada King

David tentang masa depan zuriatnya dan Bangsa Israel yang telah bercanggah dengan

fakta sejarah yang telah berlalu. Antaranya menurut bisikan Tuhan kepada King David di

dalam Psalm (25: 12-14, 37: 11, 37: 29) bahawa Tuhan akan memberikan amanah

memimpin Bangsa Israel dari kalangan mereka yang jujur dan bertaqwa. Bagaimanapun

ternyata ramai daripada raja-raja yang memerintah kerajaan Israel samada di Samaria atau

di Judea adalah terdiri darpada golongan yang pasik dan tidak beragama. Malah di antara

mereka yang menjadi penyembah berhala.

Di dalam Psalm (89: 3-4) Tuhan menjanjikan kepada King David bahawa sebaik

dia menaiki takhta kerjaan Israel, ianya akan terus diwarisi oleh generasi dari zuriatnya

untuk selama-lama. Namun apa yang telah berlaku sebaik sahaja berakhir pemerintahan

pewarisnya King Solomon, Kerajaan Bersatu Israel telah mengalami perpecahan menjadi

1 Genesis, 25: 1-4

247

Page 248: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kerajaan Judea dan Samaria. Sementara pewaris takhta King David terus kehilangan kuasa

ke atas takhta kerajaan Israel dan hanya menjalankan pemerintahan ke atas lingkungan

keluarga yang terbatas di sekitar kawasan Jerusalem sahaja. Di dalam 2 Samuel (7: 4-10)

Tuhan menjanjikan kepada King David bahawa apabila beliau menaiki takhta kerajaan

Israel dan membina rumah Ibadah Korban untuk Tuhan, Tuhan akan mempastikan Bangsa

Israel akan berkekalan mendiami Tanah Suci Jerusalem. Nama apa yang berlaku ialah

Bangsa Israel telah mengalami tragedi pengusiran besar-besaran dari Tanah Suci Jerusalem

sebanyak dua kali, abad ke 5 s.m. dan pada awal abad pertama masehi.

Ketidak-tentuan dan ketidak-selarasan janji-janji Tuhan di dalam Bible dengan

kenyataan sebenar sejarah yang berlaku hendaklah dipersalahkan kepada factor tiada

kawalan terhadap penulisan Bible. Hampir semua sumber akademik yang berwibawa

seperti New Encyclopedia Britannica, The Encyclopedia Americana dan Encyclopedia of

Religion and Ethics, bersetuju bahawa catatan di dalam Jewish Bible ini di sumbangkan

oleh pelbagai golongan penulis dari berbagai latar belakang dalam tempoh yang lama,1000

tahun.

Memandangkan kebanyakan janji dan gambaran masa depan bangsa Israel

termasuk bakal-bakal pewaris takhta King David adalah berkaitan King David adalah

dipercayai hal-hal ini ditulis pada zamannya dan juga zaman King Solomon. Ini kerana

menurut Encyclopedia of Religion and Ethics1 sesuai dengan zaman itu sebagai zaman

berkerajaan ia merupakan permulaan literasi bangsa Israel berasaskan prosa. Dipercayai

ramai para penulis menyumbangkan tulisan mereeka dengan mengaitkan King David

1 Encyclopedia of Religion and Ethics, loc.cit. hal. 563

248

Page 249: BUMI  YANG DIJANJIKAN

walaupun ternyata sesudah itu perjalanan sejarah sudah berubah. Walau bagaimanapun

factor ramainya penyumbang di dalam penulisan Bible dari berbagai latar dalam tempoh

yang menyebabkan wujudnya catatan-catatan yang tidak menentu dan tidak selaras dengan

realiti yang sebenar. Kewujudan banyak perkara-perkara yang tidak menentu dan tidak

selaras dengan fakta sejarah memberikan kesan dari segi keyakian terhadap taraf Bible

sebagai kitab suci yang diwahyukan atau dengan kata lain fakta-fakta tidak menentu Bible

ini menyebabkan kebenarannya sebagai kitab wahyu adalah dipertikaikan.

Demikianlah analisa Islam terhadap konsep “Bumi yang dijanjikan” yang

terkandung di dalam siri-siri covenant yang menjadi tema utama dari keseluruhan

Bible khususnya Jewish Bible ataupun yang lebih dikenali umum sebagai Old

Testament. Analisa ini dibuat berdasarkan sumber-sumber rujukan asasi Islam, al-

Qur’an, al-Hadith, penulisan-penulisan kesarjanaan Islam serta fakta-fakta

sokongan dari saki-baki sumber asal kitab-kitab suci ahl al-Kitab dan penulisan

kesarjanaan Barat sendiri.

Berasaskan analisa ini Islam menolak sama sekali kesahihan konsep “ Bumi

yang dijanjikan “ menurut dakwaan Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam

Jewis Bible. Asas penolakan ini dibuat berdasarkan bahawa kesahihan dan keaslian

Jewish Bible yang mendasari konsep itu sendiri sebagai kitab wahyu sebagaimana

yang di dakwa ditolak oleh Islam mengikut kaedah-kaedah pemeriksaan yang

berwibawa. Berikutannya penubuhan Negara Kebangsaan Israel yang di dakwa

berasaskan sejarah covenant juga adalah tertolak dan tidak dapat diterima.

249

Page 250: BUMI  YANG DIJANJIKAN

5.3 Analisa dan kritikan Islam terhadap asas penubuhan Negara Kebangsaan Israel

moden.

Sebagaimana yang dijelaskan bahawa pertubuhan Zionis Yahudi menubuhkan

Negara Kebangsaan Israel di Bumi Palestin pada 14 Mei 1948, di atas dasar memenuhi

tuntutan perjuangan kembali kepada “ negeri kediaman (homeland) mereka yang

bersejarah”. Asas “negeri kediaman bersejarah “ Yahudi didakwa merujuk kepada

kenyataan di dalam siri-siri covenant di dalam Bible yang mengutarakan konsep “ Bumi

yang dijanjikan” kepada Bangsa Israel. Walau bagaimanapun Islam mempersoalkan asas

dakwaan tersebut berasaskan penjelasan mengenai hal yang sama menurut al-Qur’an.

Islam menolak dakwaan Yahudi tentang persoalan hak warisan mereka ke atas

Bumi Palestin. Persoalan asasnya yang menjadi pertikaian di sini adalah konsep warisan

yang menjadi pegangan kaum bangsa Yahudi sebagaimana yang disebut di dalam Bible

dan apa yang menjadi pegangan kaum Muslimin berdasarkan penjelasan al-Qur’an. Pada

pandangan Islam dalil Bible1 yang menjadi pegangan kaum bangsa Yahudi dalam hal ini

adalah terlalu umum. Dalil itu menyebut bahawa Tuhan akan akan menjadikan “Bumi

yang dijanjikan” kepada Abraham itu sebagai warisan kepada zuriatnya. Bagaimanapun

kaum Muslimin lebih berpegang kepada penjelasan Allah (s.w.t.) di dalam al-Qur’an

mengenai janji-janji pewarisan bumi ini kepada hamba-hambaNya. Di antaranya janji

Allah (s.w.t.) kepada Dawwud (a.s.) sebagaimana yang dijelaskan melalui satu ayat al-

1 Lihat, Genesis. 15: 8

250

Page 251: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Qur’an1 bahawa bumi ini seluruhnya milik Allah dan ianya akan diwariskan kepada

hamba-hambaNya yang Salih.

Demikianlah menurut Dr. Salah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi2, apabila Allah

(s.w.t.) telah mengutuskan Muhammad (s.a.w.) kepada umat manusia , itulah pewarisnya

yang terakhir dari warisan agama Ibrahim (a.s.), Ya’qub (a.s.) dan para nabi dari

zuriatnya. Begitu juga umat Muhamad (s.a.w.) seluruhnya tanpa mengira dari zuriat

sesiapa adalah pewaris kepada agama para nabi ini. Oleh itu kedudukan hubungan kaum

Muslimin dari umat Muhamad (s.a.w.) dengan Isra’il iaitu Ya’qub (a.s.) dan para nabi

dari zuriatnya lebih utama dari sudut pewarisan agama berbanding dengan Ban i Isra’il

sendiri yang telah menyimpang jauh dari agama Allah (s.w.t.) yang hakiki.

Pada asasnya pandangan Islam yang berdasarkan sumber asasinya al-Qur’an

sebagai sumber wahyu Ilahi terakhir adalah kuat dan kukuh di dalam membuktikan

bahawa dakwaan Yahudi mengenai Palestin sebagai “ negeri kediaman mereka yang

bersejarah” adalah tidak berasas. Kekuatan asas pandangan Islam ini diperkukuhkan lagi

dengan kenyataan-kenyataan dan pandangan-pandangan dari sumber-sumber kajian dan

penulisan akademik para sarjana Barat. Di dalam kajian-kajian tersebut mereka menemui

satu fakta iaitu dakwaan Yahudi mengenai konsep tersebut hanyalah berasaskan cerita

dari Bible semata-mata tanpa sokongan malah bertentangan dengan fakta-fakta kajian

sejarah secara akedemik dan saintifik.

1 Lihat al-Anbiya’, (21:105)2 Al-Khalidi, loc.cit. hal.39

251

Page 252: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Penafian asas dakwaan Yahudi terhadap konsep “Bumi yang dijanjikan” dibuat

oleh para cendekiawan Barat di dalam penulisan-penulisan mereka. Di antaranya menurut

Roger Garaudi, seorang sarjana Peranchis di dalam bukunya The Case of Israel,1 bahawa

konsep “ Tanah-air bersejarah” (historic-homeland) ini adalah konsep yang dipopularkan

oleh pertubuhan Zionis. Ianya dikatakan adalah berasal dari konsep “ Bumi yang

dijanjikan” untuk kaum Yahudi yang termaktub di dalam Bible dan telah digunakan secara

rasmi di dalam “ Memorandum of the Zionist Organisation to the Peace Conference, 1919

yang berbunyi;

“ This land is the historic home of a Jews”.

Memorundum tersebut telah dipertegaskan bersama pengisytiharan penubuhan Negara

Israel di atas bumi Palestin pada tanggal 14 Mei 1948, dengan sebutan bahawa Negara ini

ditubuhkan;

“ by virtue of the natural and historic right of the Jewish people”

Roger Garaudi yang menjelaskan penggunaan konsep “tanahair bersejarah” oleh

puak Zionis kemudiannya menimbulkan beberapa persoalan terhadapnya2. Pertamanya

dipersoalkan mengapakah tiada ditemui sebarang catatan sejarah samada yang bertulis di

kalangan tamadun bangsa-bangsa setempat seperti Mesir mahupun dari penemuan-

penemuan akeologi mengenai sejarah kewujudan kaum Hebrew di Palestin sebelum dari

abad ke 10 s.m. (zaman Musa a.s.) selain dari cerita yang terdapat di dalam teks Bible.

Sebaliknya di atas bumi yang disebut sebagai bumi Kan’an yang kemudiannya

dinamakan Palestin itu telah wujud sejarah tamadun kaum bangsa tertentu sejak ribuan

1 Roger Garaudi, The Case of Israel (1983), Shorouk International, London, hal. 292 R. Garaudi, The Case of Israel, loc.cit. hal. 30-31.

252

Page 253: BUMI  YANG DIJANJIKAN

tahun dahulu. Sejak awal zaman gangsa iaitu pada millennium ke 3 s.m. kesan-kesan

arkeologi telah menunjukkan kaum bangsa tersebut telah menjalani kehidupan tamadun

kota (urban civilisatioin ). Berbeza dengan beberapa suku kaum nomad yang mendatangi

Kan’an pada millennium ke 2 s.m. samada dari Mesopotamia termasuk Hebrew dan juga

pendatang dari arah Laut Mediternean, terus mengekalkan cara kehidupan nomad atau

semi-nomad dan terpinggir dari kehidupan Tamadun Kan’an. Persoalan seterusnya

bagaimana mungkin kaum Hebrew ( Israel) yang hanya mendatangi Kan’an pada

millennium ke 2 boleh mendakwa mereka adalah pemilik yang sah terhadap negeri itu,

sedangkan telah sedia terdapat di sana satu tamadun sejak millineum ke 3 lagi.

Berasaskan fakta ini R.Garaudi menganggap bahawa kenyataan kaum Hebrew

Yahudi mengenai bumi Kan’an yang dikatakan sebagai “ Bumi yang dijanjikan” untuk

mereka sebagaimana yang tercatat di dalam teks Bible tidak lebih dari mitos dari Bible

(Biblical Myth) 1 semata-mata.

Gudrun Kramer pula di dalam bukunya A History of Palestin2, menonjolkan

tuntutan kaum Yahudi ke atas Palestin sebagai Bumi Israel (Land of Israel) adalah tuntutan

“ geotheology” yang berasaskan teks Bible semata-mata. Kramer juga turut

mempersoalkan asas dakwaan ini memandangkan sejarah kedatangan kaum Hebrew ke

sana hanya tercatat di sekitar tahun 1200 s.m.(selepas Exodus), sedangkan tamadun sistem

kehidupan kota (urban civilization) di kalangan penduduknya telah wujud sejak zaman

gangsa (3,200 s.m.).

1 ibid. 2 Gudrun Kramer, History of Palestine (2008), Princeton University Press, New Jersey, hal. 2-3.

253

Page 254: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Dalam hal ini Kramer menganggap cerita kepahlawanan pimpinan bangsa Israel

selepas Exodus terutama tokoh seperti Joshua yang digambarkan di dalam Bible sebagai

pemimpin yang bertanggungjawab menakluki bumi Kan’an adalah tidak lebih dari kisah

rekaan keagamaan (invented tradition ) semata-semata demi untuk merangsang semangat

kebangsaan bangsa Israel. Sebaliknya berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi dan

penulisan-penulisan terkini menunjukkan bahawa selepas datang dari Mesir di sekitar

tahun 1200 s.m. mereka hanya menduduki sebahagian kecil1 sahaja dari keseluruhan

“bumi yang dijanjikan” itu.

Selanjutnya penulis ini menyoroti dakwaan Yahudi berasaskan Bible mengenai

pemilik sebenar “Bumi Kan’an yang dijanjikan2”. Berdasarkan janji Tuhan kepada

Abraham bumi tersebut dikatakan telah dijanjikan Tuhan kepadanya dan zuriatnya.

Yahudi mendakwa bahawa merekalah yang dimaksudkan dengan zuriat Abraham yang

berhak mewarisi bumi tersebut kerana mereka adalah zuriat Abraham melalui Isaac dan

puteranya Jacob (Israel). Namun Kramer dalam hal ini mencadangkan agar kaum

Muslimin berbangsa Arab turut mendapat pengiktirafan hak yang sama ke atas Palestin

sebagaimana dakwaan kaum Yahudi kerana kaum Muslimin Arab juga berketurunan

Abraham melalui puteranya Ismael.

Demikian juga Michael Rice di dalam bukunya False Inheritance3.

mengemukakan satu hujjah di dalam mempersoalkan asas dakwaan kaum bangsa Yahudi 1 Ibid. hal. 9. 2 Ibid. hal. 73 Michael Rise, False Inheritance; Israel in Palestine and the Solution (, ), Regan Paul International, London, hal.1-2

254

Page 255: BUMI  YANG DIJANJIKAN

ini. Katanya terlalu banyak alasan digunakan untuk mewajarkan kewujudan Negara Israel

dan penerusannya di atas bumi Palestin. Pada umumnya ia berkisar kepada pentafsiran

sejarah yang mendakwa mereka adalah keturunan langsung dari Abraham, Isaac dan Jacob

yang telah menghuni “bumi yang dijanjikan” oleh Tuhan mereka sejak awal millinium ke 2

s.m. Oleh itu mereka mendakwa bahawa mereka sahaja yang berhak ke atas “ Bumi yang

dijanjikan” (Palestin) itu lantaran meraka adalah dari keturunan Abraham.

Dalam hal ini Michael Rice berhujjah bahawa rakyat Palestin yang majoritinya

Muslim hari ini menganggap diri mereka adalah keturunan dari Nabi Muhammad dan

sahabat-sahabatnya yang datang dari Tanah Arab. Berasaskan fakta ini jelas bahawa

mereka juga adalah zuriat Abraham dari keturunan putera sulongnya Ishmaeil. Begitu juga

dengan golongan Kristian Palestin, bahawa mereka juga adalah dari keturunan Isaac dan

Jacob, tetapi pada zaman Jesus mereka memilih untuk mengikuti ajarannya yang

menjadikan mereka Kristian dan tidak dianggap Yahudi. Berdasarkan premis Yahudi ini

rakyat Palestin hari ini samada Muslim mahupun Kristian juga adalah mempunyai hak

yang sama dengan mereka ke atas bumi Palestin

Demikianlah beberapa kenyataan dan pandangan dari kalangan sarjana Barat yang

turut sama mempersoalkan kesahihan dakwaan kaum bangsa Israel terhadap hak mutlak

mereka ke atas Bumi Palestin yang mereka namakan sebagai Bumi Israel. Kenyataan-

kenyataan berasaskan kajian-kajian akademik ini jelas menguatkan lagi hujjah-hujjah

kaum Musliminm yang pada asasnya bersandarkan kepada sumber utamanya ,al-Qur’an,

255

Page 256: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Selain dari sumber al-Qur’an, lain-lain sumber tambahan seperti fakta –fakta dari

sudut asas historico-geography samada menurut pandangan cendekiawan Islam mahupun

Barat membuktikan tidak mungkin kaum bangsa Israel ini berhak mendakwa bahawa bumi

Kan’an (Palestin) yang luas itu dikatakan “negeri kediaman mereka yang bersejarah”. Ini

kerana bapa mereka Israel (Ya’qub) ( a.s.) walaupun dilahirkan di situ tetapi ia tetap

dianggap sebagai anak kepada pendatang oleh warga pribumi Kan’an. Bapanya Ishaq

(a.s) adalah anak kepada Ibrahim (a.s.), pendatang daripada Kaldan Iraq yang berhijrah

ke Bumi Kan’an1. Kenyataan bahawa Ibrahim (a.s.) sebagai pengunggsi yang berhijrah

dari Kaldan di Iraq ke bumi Kan’an adalah satu fakta sejarah yang jelas disebut samada di

dalam Bible mahupun al-Qur’an. Berdasarkan kenyataan itulah keluarga Patriarch

Abraham-Isaac-Jacob dipanggil “Hebrew” ( Egypt: Hapiru), oleh penduduk tempatan yang

bermaksud pendatang asing2.

Sejak awal kedatangan Ibrahim (a.s.) ke Kan’an, beliau dan keluarganya

(termasuk Ishaq) sewaktu hayat mereka hanyalah mendiami penempatan Badwi ( al-

Badiyah3) yang terpencil di Bir al-Sab’a (Beersheba4). Sejarah kehidupan awal mereka di

Palestin hanyalah sejarah kehidupan sebuah keluarga ala Badwi yang terpencil dari arus

perdana tamadun Kan’an yang telah wujud lama sebelum kedatangan Ibrahim ke sana.

Sementara Ya’qub (Isra’il a.s.) dan keluarganya hanya menetap seketika sahaja di Bir al-

Sab’a (Beersheba) sehinggakan mereka tidak sempat berkembang melebihi satu generasi

1 Lihat, al-Suwaidan, loc.cit. hal. 28-29. 2 Lihat, Kramer, loc. cit. hal 2-33 Ibid. Yusuf, (12:100). Lihat juga, Filastin, al-Tarikh al-Musawwar, loc.cit. hal. 28-294 Lihat, Atlas al-Qur’an, loc.cit. hal. 43. Menurut Encyclopedia of Knowledge, lokasi ini terletak di selatan Palestin, jaraknya 89 km di Barat-Laut Jerusalem. Ibid. vol. 3, loc.cit. hal. 41

256

Page 257: BUMI  YANG DIJANJIKAN

sahaja kerana mereka semua berhijrah ke Mesir mengikuti anaknya Yusuf (a.s.) yang

dilantik menjadi pembesar di sana. Hijrah keluarga Ya’qub ke Mesir ini adalah buat

selama-lamanya sehingga mereka semuanya wafat di sana. Zuriatnya (Bani Isra’il) telah

mendiami Mesir dalam tempoh yang lama sehinggakan mereka terbentuk sebagai satu

kaum bangsa sewaktu berada di Mesir.

Apabila Bani Isra’il mula tertindas di Mesir, mereka mendatangi Palestin sebagai

satu kaum bangsa di bawah kepimpinan Musa (a.s.) sekitar tahun 1000 s.m. Seterusnya

mereka berjaya mendudduki Uraihah (Jerico), satu kota di Tebing Barat Palestin dibawah

kepimpinan Joshua sesudah kewafatan Musa (a.s.). Namun berdasarkan penemuan-

penemuan arkeologi dan penulisan-penulisan terkini menunjukkan bahawa semenjak kaum

bangsa ini memasuki Palestin di bawah kepimpinan Joshua dan seterusnya, mereka hanya

mendiami sebahagian kecil1 sahaja dari keseluruhan “bumi yang dijanjikan” itu.

Berdasarkan kajian-kajian akademik para pengkaji Barat dan juga para

cendekiawan Islam, jelas membuktikan penempatan awal Abraham dan keluarga

warisannya Bani Israel sehingga ke tahun-tahun selepas zaman Moses hanyalah di

sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan “Bumi yang dijanjikan”. Sejarah Bani Israel

dalam tempoh di antara Abraham dan Moses dikatakan sejarah awal Bible. Di dalam

tempoh inilah berlakunya janji-janji (covenant ) utama Tuhan kepada Abraham dan

Moses, yang menjanjikan bumi Kan’an yang luas. Walaupun sempadan Bumi Kan’an

yang dijanjikan adalah seluas dari “ Sungai Mesir ke Sungai Euphrates” ataupun dari “

Dan ke Beersheba” namun kenyataan sejarah menunjukan Patriarch Abraham dan juga

1 Kramer, loc.cit. hal. 9.

257

Page 258: BUMI  YANG DIJANJIKAN

generasi terawal Hebrew hanya menjalani kehidupan di bahagian yang terpencil sahaja

daripada keseluruhan “Bumi Kan’an yang dijanjikan”.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan sejarah ini dakwaan Yahudi bahawa kepulangan

mereka menubuhkan Negara Kebangsaan Israel di Palestin, sebagai kepulangan ke “ negeri

kediaman yang bersejarah”tidak dapat dterima. Ini kerana asas negeri kediaman bersejarah

yang boleh dikaitkan dengan Abraham ataupun ke Moses langsung tidak wujud dalam

kenyataan sejarah. Begitu juga akhirnya kaum Yahudi ataupun Bangsa Israel itu telah

terbuang jauh ke Eropah dan telah terputus dari sejarah dan peradaban Palestin selama

2000 tahun sejak diusir dari sana oleh penjajajan Romawi pada tahun 70 M. Dalam pada

itu di sepanjang tempoh tersebut Jerusalem telah diurus-tadbir oleh para pendeta Nasara

lebih dari dari 500 tahun sebelum mereka menyerahkannya dengan penuh hormat kepada

umat Islam di zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab pada tahun 636 M. Sesudah itu kota

suci Bait al-Maqdis (Jerusalem) telah diuruskan oleh umat Islam dengan selama lebih dari

1000 tahun sebelum dirampas dari tangan pemerintahan Turki ‘Uthmaniyyah pada tahun

1917.

Bagaimanapun kaum bangsa Yahudi tetap berpegang bahawa Bumi Kan’an

(Palestin), “yang dijanjikan “ itu adalah Tanahair bersejarah milik mutlak mereka. Mereka

mengaitkannya dengan sejarah Kerajaan Israel (Israelite Kingdom ) pada zaman King

David( Dawwud a.s.) pada abad ke 10 s.m. . Walaupun dari segi Islam isu berkenaan

kerajaan King David adalah jelas . Ia adalah merujuk kepada kaedah umum iaitu bumi

Allah (s.w.t.) di anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang saleh seperti Nabi Dawwud

258

Page 259: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dan Sulaiman (a.s.). Namun kaum Yahudi tetap bertegas dengan pegangan mereka dan

terus menghidupkan semangat cintakan Zion (Jerusalem) walaupun hidup di dalam

pembuangan (diaspora). Sejak awal zaman moden ini mereka melahirkan pergerakan-

pergerakan Yahudi yang berasaskan semangat cintakan Zion (Heb. Hibbat Zion) dengan

slogan “ kembali ke Zion “ ( return to Zion) di penempatan-penempatan diaspora terutama

di Eropah.

Kemuncak dari itu ialah berlangsungnya satu persidangan sedunia pergerakan-

pergerakan “cintakan Zion” (Zionis) di Basle, Switzerland pada tahun 1898 di mana

hasilnya adalah penubuhan secara rasmi Pergerakan Zionis Yahudi Sedunia ataupun

secara ringkasnya Zioinis. Pergerakan ini menzahirkan matlamat perjuangannya yang

dinyatakan dengan jelas, untuk mengembalikan semula bangsa Israel ke “ Tanah-air

Yahudi yang bersejarah” ( Palestin) untuk didirikan di atasnya Negara Israel. Ia dikatakan

sebagai menghidupkan kembali kedaulatan kerajaan Bani Israel di Jerusalem yang

diasaskan oleh King David pada zaman silam.

Sementara itu pula teks Bible khasnya Jewish Bible yang menjadi rujukan asasi

kaum bangsa Yahudi di dalam perkara “Bumi yang dijanjikan” dari segi kandungannya

tidak dapat diterima oleh Islam sebagai kitab wahyu Ilahi yang asli. Ini berdasarkan

penjelasan al-Qur’an mengenai kisah-kisah Bani Isra’il dan nabi-nabi mereka jelas

terdapat beberapa pengubahsuaian samada penambahan ataupun dan pengurangan di sana-

sini. Pandangan dan tanggapan Islam yang mempertikaikan keaslian kandungan Bible

259

Page 260: BUMI  YANG DIJANJIKAN

juga turut didokong oleh sumber-sumber akademik yang yang berwibawa seperti beberapa

encyclopedia Barat.

The Encyclopedia of Jewish Religion1 jelas memperakui bahawa penulisan

keseluruhan Jewish Bible termasuk Torah mengambil masa lebih dari 1000 tahun.

Tempoh selama ini yang diambil untuk menyempurnakan penulisan Bible memang akan

mengundang banyak keraguan mengenainya. Dalam hal ini seorang lagi sarjana Peranchis

Maurice Bucaille di dalam tulisannya yang terkenal mengenai perbandingan al-Qur’an,

sains dan Bible2 telah memetik beberapa kajian para penyelidik Barat yang lain dan

menyimpulkan bahawa isi kandungan “Perjanjian Lama” (Jewish Bible) dipenuhi oleh

cerita-cerita dongeng yang diselitkan bersama-sama kisah Musa dan para Patriarch yang

terdahulu. Demikianlah The New Encyclopedia Britannica3 menyatakan bahawa terkini,

isi kandungan Bible semakin menjadi bahan kajian kritikan intensif di kalangan para

penyelidik akedemik dan saintifik. Dalam hal ini Encyclopedia Americana4 paling ketara

menyatakan keraguan terhadap keaslian isi kandungan Bible. Di bawah perkara Bible, di

dalam tajuk kecil “ penulisan yang telah dipertikaikan “ (disputed writings) jelas

dinyatakan bahawa terdapat bukti yang kukuh wujudnya penulisan yang dipertikaikan

terutama di dalam penulisan para Rabbi. Ini berlaku terutamanya sewaktu proses

penterjemahan ke bahasa Latin pada abad ke 3 s.m.

Berdasarkan hujjah-hujjah Islam yang umumnya berasaskan al-Qur’an dan

disokong oleh fakta-fakta penulisan kesarjanaan Barat yang berwibawa jelas bahawa Bumi 1 The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 65-67 2 Maurice Bucaille, Qur’an, Bible and Scinces, loc.cit. hal. 20-21 3 The New Encyclopedia Americana, vol. 2, loc.cit. hal.1944 Encyclopedia Americana, vol. 3, loc.cit. hal. 647.

260

Page 261: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Palestin yang dikatakan “ Tanahair bersejarah” untuk Yahudi yang berasal dari konsep “

Bumi yang dijanjikan”, di dalam Jewish Bible adalah tidak berasas. Memandangkan

konsep “ Bumi yang dijanjikan “ berasaskan Bible ini dijadikan asas oleh Zionis Yahudi

bagi mendasari usaha penubuhan Negara moden Israel di Palestin pada tahun 1948, jelas

bahawa penubuhan Negara ini adalah diasaskan di atas dasar yang tidak benar.

Bertitik-tolak dari penubuhan Negara Kebangsaan Israel di atas Bumi Palestin pada

14 Mei, 1948 yang berasaskan dasar yang tidak benar, ianya telah mencetuskan tragedi

kemanusiaan yang terbesar pada abad ini. Sejak awal penubuhannya lebih dari 6 dekad

yang lalu sehingga kini, ramai penduduk Arab Palestin telah terkorban selain lebih 3 juta

telah menjadi pelarian dan terpaksa tinggal di kem-kem pelarian yang serba dhaif dan

kekeurangan di luar bumi Palestin. Ini berlaku setelah mereka terpaksa keluar dari rumah

tangga demi menyelamatkan nyawa dari keganasan pendatang-pendatang Zionis Yahudi

Eropah yang melakukan operasi merampas kampung-kampung kediaman Arab Palestin

secara tidak berperi kemanusian1. Bagi kaum Zionis Yahudi operasi mengambil semula

negeri kediaman Arab Palestin mesti dilakukan di atas dakwaan mendapatkan kembali

bumi kediaman bangsa Israel sejak zaman silam yang telah diduduki oleh kaum Arab 1 Di antara tragedi yang terkenal di dalam operasi ini ialah tragedi Qustal dan Deir Yasin pada April, 1948. beberapa minggu sebelum pengisytiharan rasmi Negara Kebangsaan Israel. Dalam serangan pertama ke atas Qustal, di pinggir kota Bait al-Maqdis Barat yang turut juga menjadi kediaman kepada pemimpin masyarakat Palestin masa itu, ‘Abd al-Qadir al-Husaini, penduduknya telah melawan dan mepertahankannya. Keberanian mereka menentang puak penceroboh telah menyebabkan ramai para penceroboh mengalami kerugian jiwa. Namun akhirnya.Qustal telah jatuh ke tangan penceroboh setelah ramai daripada penduduknya terkorban Syahid termasuk pemimpinnya ‘Abd al-Qadir al-Husaini. Kejatuhan Qustal telah membawa kepada kejatuhan kampung-kampung lain di sekitar Bait al-Maqdis. Paling tragis ialah serangan ke atas kampung bernama Deir Yasin. Pihak penceroboh Zionis Yahudi telah melakukan serangan ketika penduduknya sedang bergembira meraikan sebuah majlis perkahwinan yang mengakibatkan seramai 250 orang termasuk lelaki, wanita, golongan tua dan kanak-kanak telah terkorban. Pengarah operasi itu Menehem Begin yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel ke 4 dengan bangganya memberikan komentar, bahawa kejayaan mereka di Deir Yasin menjadi pembuka kejayaan ke atas penguasaan Palestin seluruhnya. Ini kerana menurut beliau orang Palestin merasa takut dan gentar apabila mendengar kemaraan tentera Yahudi ke kampung halaman mereka dan dengan itu mereka terus bersedia meninggalkan rumah-tangga mereka kepada kita. Lihat, al-Suwaidan, loc.cit. hal. 266-267.

261

Page 262: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Palestin. Kemuncak dari operasi mengembalikan Bumi kediaman (homeland) Yahudi di

Palestin adalah dengan menubuhkan sebuah Negara yang baru, Negara Kebangsaan Israel.

262

Page 263: BUMI  YANG DIJANJIKAN

BAB VI

PENUTUP

6.1 Pendahuluan

Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya bahawa kajian ini adalah satu kajian di

bidang pemikiran Islam. Ia memfokaskan kepada analisa Islam terhadap konsep “ Bumi

yang dijanjikan” menurut Yahudi

Konsep ini adalah berasaskan covenant sebagaimana yang termaktub di dalam

kitab suci agama Yahudi, Jewish Bible. Konsep yang berasaskan Bible ( Biblical

Concept) ini adalah merujuk kepada janji Tuhan (Yehweh) kepada bangsa Israel melalui

Patriarch1 Abraham dan para pemimpin mereka. Dari sudut lain covenant ini boleh

difahami sebagai satu persetiaan atau perjanjian yang mengikat bangsa Israel keturunan

Abraham dengan Tuhan mereka (Yehweh). Asasnya ialah bangsa Israel menerima

Yehweh sebagai Tuhan dan Tuhan menjadikan mereka sebagai “Bangsa PilihanNya”.

Sebagai bangsa PilihanNya, Tuhan telah menjanjikan sebuah negeri kediaman

(homeland) untuk mereka di Bumi Kanaan. Dengan kata lain covenant ini adalah menjadi

tema umum kepada Jewish Bible, kitab suci agama Yahudi ( Judaism).

1 Menurut The Oxford Dictionary of World Religion, Patriarch adalah gelaran yang menggabungkan makna-makna bapa, datuk dan moyang yang memimpin kaum. Para Rabbi Yahudi merujukkan gelaran ini kepada Abraham, Isaac dan Jacob.

263

Page 264: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Pada dasarnya agama Yahudi (Judaism) adalah agama monothesism warisan

Abraham. Dari segi sejarahnya ia telah melalui beberapa tahap perkembangan selaras

dengan perkembangan sejarah kaum bangsa Yahudi. Berikutan itu covenant juga turut

mengalami beberapa kali pengulangan dan perkembangan sesuai dengan perkembangan

sejarah bangsa Yahudi. Begitu rapatnya hubung-kait di antara bangsa dan agama Yahudi

sehinggakan perkembangan awal sejarah kaum bangsa Yahudi ini di kenali sebagai

sejarah awal Bible. Sejarah awal Bible adalah merujuk kepada tempoh permulaan sejarah

keluarga Israel yang bermula dari Abraham di Kanaan, berkembang menjadi satu kaum

bangsa setelah berpindah ke Mesir dan sehingga kembali semula ke Kanaan dibawah

kepimpinan Moses. Di dalam tempoh ini dan di dalam zaman berkerajaan sesudahnya

beberapa covenant utama dibuat di antara Tuhan dengan Patriarch Abraham dan

kemudiannya diperbaharui dengan pemimpin-pemimpin bangsa Israel terutama Moses

dan King David pada zaman-zaman kepimpinan mereka.

Buat pertama kalinya covenant mengenai “ Bumi yang dijanjikan” dibuat dengan

Abraham, di mana Tuhan memperkenalkan diriNya sebagai “Tuhan Yang Memberikan

Rahmat” ( Blessed) dan juga “ Berkuasa Mengenakan LaknatNya” (Cursed). Melalui

covenant yang pertama ini, Tuhan mengarahkan Abraham supaya berpindah dari negeri

asalnya di Iraq ke negeri yang dijanjikan untuknya dan juga zuriatnya di Kanaan

(Palestin)1.

Sesudah zaman Abraham beberapa covenant yang penting terus diperbaharui oleh

Tuhan dengan para pemimpin bangsa Israel. Di antaranya adalah covenant yang dibuat

1 Genesis, 12: 1-7

264

Page 265: BUMI  YANG DIJANJIKAN

dengan Moses. Pertama kali Tuhan mengadakan covenant dengan Moses di Mesir, dengan

memperkenalkan bahawa Dialah Tuhan yang telah menjanjikan sebuah negeri kediaman

untuk Abraham dan zuriatnya1. Memandangkan bangsa Israel mengalami tekanan

kezaliman dari pemerintah Mesir, Tuhan telah memerintahkan Moses membawa kaum

bangsanya Israel keluar dari Mesir ke “ Bumi yang dijanjikan” untuk mereka di Kan’an.

Sesampainya di Sinai dalam perjalanan menuju Kanaan, sekali lagi Tuhan

mengadakan covenant dengan Moses di Mont Sinai. Covenant ini mempunyai

keistimewaan dan dianggap yang terpenting sekali di dalam tradisi kepercayaan dan

amalan agama Yahudi. Melalui covenant in Moses merima Torah (Heb. Tohr’-uh)

bermakna arahan ( commandment ). Torah ini mengandungi 10 arahan dari Tuhan yang

dengan itu juga ia dikenali sebagai “ Ten Commandment”. Di samping terus

memperkukuhkan persetian dan hubungan Israel dengan ketuhanan Yehweh, Torah ini

juga menjadi asas perundangan atau Syari’ah di dalam kehidupan beragama kaum bangsa

Yahudi.

Namun apa yang paling penting ialah covenant di Mont Sinai ini adalah

dianggap sebagai asas kepada kitab suci agama Yahudi (Jewish Bible). Menurut The

Encyclopedia of Jewish Religion, bahawa Torah adalah bahagian pertama dan paling

utama di dalam Jewish Bible. Ia dianggap sebagai wahyu yang diturunkan secara

langsung dari Tuhan dalam bentuk bertulis (Written Torah ). Sementara itu lain-lain

bahagian dari Jewish Bible iaitu Neviim dan Ketuvim yang dikatakan penulisan para

Nabi dan para Pendeta Yahudi dianggap sebagai ( Oral Torah ), iaitu penjelasan lisan dari

1 Exodus, 6: 2-4

265

Page 266: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Moses terhadap Torah yang di sampaikan dari satu generasi ke genesari yang lain.

Bertitik-tolak daripada (Oral Torah) ini terhasilnya penulisan agama yang lebih

terkemudian seperti Mishnah dan Gemara yang kemudiannya tergabung di dalam Talmud

sebagai penjelasan kepada hukum-hukum Torah. Bagaiamanapun samada “written Torah”

ataupun “Oral Torah” semuanya dianggap suci kerana semuanya berasal dari wahyu dari

Mt. Sinai1.

Sesudah zaman Moses covenant yang agak terkenal di dalam Bible ialah covenant

dengan King David atau “Davidid covenant”. Ia adalah jaminan rahmat (Blessed) dari

Tuhan ke atas kerajaan King David dan kaum bangsanya Israel di Jerusalem selagi

mereka terus setia bertuhankan Yehweh (Tuhan Israel ). Berasaskan kenyataan-kenyataan

ini kaum Yahudi terus menerus mendakwa Palestin adalah tanah suci warisan mutlak

milik mereka, sebagaimana yang telah dijanjikan ( the Promised Land ) di dalam Bible .

Demikianlah covenant yang mengutarakan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ untuk

Yahudi sebagaimana yang tercatat di dalam kitab sucinya Jewish Bible, kitab yang

dianggap berasal dari wahyu Tuhan. Dengan ini konsep yang berasaskan Bible (Biblical

concept) ini telah menjadi sebahagian dari ‘aqidah kepercayaan di dalam agama Yahudi.

Berdasarkan covenant ini , kaum Yahudi berpegang kuat kepada kepercayaan bahawa

Tuhan telah menjanjikan kepada mereka sebagai bangsa pilihanNya, sebuah negeri

kediaman (homeland) di bumi Kanaan ( Palestin). Dengan itu mereka mempercayai

sepenuhnya bahawa bumi Kanaan (Palestin) adalah “ Bumi yang yang dijanjikan “

untuk bangsa Israel ataupun kesimpulannya ia adalah bumi Israel ( Eretz Yisrael).

1 The Encyclopedia of Jewish Religion, loc.cit. hal. 65-66

266

Page 267: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Bagaimanapun persoalan covenant yang disebut di dalam Bible ini juga disebut

di dalam al-Qur’an kitab wahyu Tuhan yang terakhir tetapi dengan konsep yang berbeza .

Memandangkan persoalan ini disebut di dalam kedua-dua kitab yang berasaskan wahyu

tetapi dari perspektif yang berbeza, satu kajian yang teliti mesti dilakukan. Namun setelah

diteliti setiap covenant khususnya yang memperkatakan konsep “ Bumi yang dijanjikan”

jelas ia merujuk kepada apa yang di sebut sebagai mithaq di dalam al-Qur’an dan setiap

kenyataan covenant itu memerlukan perbincangan semula.

Secara umumnya siri-siri covenant yang dikatakan persetiaan Tuhan dengan Israel

yang bermula dari Noah, Abraham, Moses dan David adalah mithaq Allah (s.w.t.) dengan

para NabiNya. Menurut Yahudi Tuhan mengadakan covenant berasaskan terima- tara

melalui Patriarch dan pimpinan Israel seperti Moses dan David. Apa yang dimaksudkan

terima-tara iaitulah perjanjian/persetiaan bahawa Israel bertuhankan Yehweh dan

Yehweh menjadikan Israel sebagai BangsaNya. Menurut Islam pula berdasarkan

penjelasan al-Qur’an, bahawa mithaq itu adalah persetiaan di antara Allah (s.w.t.)

dengan para Nabi dan RasulNya mengenai tanggung-jawab menegakkan agamaNya tanpa

dikhususkan kepada mana-mana etnik dan keturunan . Begitupun ada juga Allah (s.w.t.)

secara lebih khusus telah mengadakan mithaq dengan Bani Isra’il melalui nabi-nabi

mereka. Hal ini di antaranya di sebut di dalam al-Qur’an;

267

Page 268: BUMI  YANG DIJANJIKAN

7) .Teruslah bertaqwa kepada kami (dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-

nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari Engkau sendiri (Wahai

Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa Ibni

Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia Yang teguh (bagi

menyempurnakan apa Yang ditugaskan kepada mereka); 1

70. Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan

kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka Dengan

membawa apa Yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu,

dan mereka bunuh Yang sebahagian lagi2.

Mengenai Covenant yang terawal di dalam Bible di antara Tuhan dengan Noah, ia

hanyalah mengenai janji Tuhan yang akan menganugerahkan Noah dengan zuriat yang

baik sahaja3 tanpa rujukan kepada “Bumi yang dijanjikan”. Namun kaum Yahudi

menghuraikan zuriat Noah yang baik dan mendapat keberkatan Tuhan itu adalah mereka,

bangsa Israel. Ini dihuraikan sepanjang (Genesis, 10-11) di mana akhirnya di dalam (Gen.,

11: 27) menyatakan kelahiran bapa mereka Abraham dari bapa-bapanya Terah putera

kepada Nahor dari zuriat Shem).

Sedangkan menurut al-Qur’an4;

1 Al-Ahzab, 33: 72 Al-Ma’idah, 5: 703 Genesis, 94 Hud, 11: 48

268

Page 269: BUMI  YANG DIJANJIKAN

48. Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) Dengan Selamat dan berkat dari

Kami kepadamu dan kepada umat-umat Yang bersama-samamu. dan (dalam pada itu) ada umat-umat

dari keturunan mereka Yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian

mereka akan dikenakan azab dari Kami Yang tidak terperi sakitnya".

Menurut Ibn Kathir, bahawa Allah (s.w.t.) mengucapkan selamat dan sejahtera ke atas

Nuh (a.s.) dan ke atas para pengikutnya yang beriman sesudah selamat dari Tawfan dan

seterusnya ke atas setiap diri yang beriman dari zuriat mereka itu sehingga ke hari Qiamat1.

Difahami berdasarkan ayat dan tafsirannya ini bahawa ucapan ataupun jaminan selamat

sejahtera (blessing) dari Allah (s.w.t.) adalah untuk seluruh jiwa yang beriman bermula

dari awal zuriat Nuh (a.s.) sehinghga ke hari Qiamat.

Mengenai covenant yang menyentuh tentang “ Bumi yang dijanjikan “ iaitulah

Bumi Kanaan buat pertama kalinya hanyalah dibuat oleh Tuhan pada zaman Abraham

(Abrahamic covenant)2. Ia bermula sewaktu Abraham masih lagi berada di negeri asalnya,

Kaldan di Iraq. Seterusnya covenant seperti itu diulangi beberapa kali sepanjang tempoh

Abraham telah menetap di Kannan.

Dalam hal ini Allah (s.w.t.) menceritakan di dalam al-Qur’an3;

71.Dan Kami selamatkan Dia (Ibrahim) dan Nabi Lut ke negeri Yang Kami limpahkan berkat

padanya untuk umat manusia.

72.Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan

tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang Yang soleh.

1 Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, loc.cit. hal. 729,2 Gen.,. 12, 13, 14, 15 dan 173 Al-Anbiya’, 21: 71-72

269

Page 270: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Menurut al-Tabari1, Allah (s.w.t.) selamatkan Ibrahim dan Lut dari bakaran api

kaumnya dan ditempatkan ke negeri diberkati Allah (s.w.t.), iaitu Syam. Jelas menurut al-

Qur’an dan tafsiran para Ulamanya bahawa Allah tidak pernah sekali-kali menjanjikan

kepada Ibrahim mana-mana bumi yang dikhususkan untuknya dan zuriatnya yang di

dakwa oleh Yahudi merujuk kepada mereka sahaja, bangsa Israel. Apa yang digambarkan

di dalam al-Qur’an, pertama Allah (s.w.t.) selamatkan Ibrahim (a.s.) dari bakaran api raja

kafir yang zalim di negeri asalnya Iraq. Seterusnya beliau digerakkan Allah (s.w.t.)

bersama anak saudaranya Lut (a.s.) berhijrah ke negeri yang diberkatkanNya iaitu Syam

dan dijanjikan penganugerahan anak-anak dan zuriat yang salih serta akan turut dilantik

menjadi Nabi.

Berkenaan kisah Musa (a.s.) diperintahkan Allah (s.w.t.) membawa kaumnya Bani Isra’il

memasuki Tanah Suci Bait al-Maqdis, juga di sebut di dalam al-Qur’an2;

1 Al-Tabari, Jami’ al-Bayan, j.10, loc.cit. hal.60452 Al-Ma’idah, 5: 21-26

270

Page 271: BUMI  YANG DIJANJIKAN

21. (Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestin) Yang telah

diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang,

(kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang Yang rugi (di dunia dan di akhirat)".

22. mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum Yang gagah perkasa,

dan Sesungguhnya Kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika

mereka keluar daripadanya, maka Sesungguhnya Kami akan masuk (ke negeri itu)".

23. berkatalah dua lelaki di antara orang-orang Yang takut (menyalahi perintah Tuhan), lagi

Yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu,

kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang Yang menang; dan kepada

Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-

orang Yang beriman"

24. mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan

memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah

Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu".

25. Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya Aku tidak dapat

Menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara Kami

Dengan kaum Yang fasik itu".

26. Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya -

selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau Dengan bingungnya (di sepanjang masa Yang

tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah Engkau berdukacita terhadap kaum Yang fasik itu".

Melalui ayat-ayat ini jelas bahawa Musa (a.s.) mengajak kaumnya melaksanakan

perintah Allah (s.w.t.) yang memerintahkan mereka memasuki Bait al-Maqdis dan

membebaskannya dari penguasaan kaum Kafir. Musa (a.s.) mengingatkan perintah Allah

(s.w.t.) itu beserta dengan larangannya iaitu jangan sesekali mundur ke belakang dan

akibatnya jika Bani Isra’il enggan memasuki kota suci dan enggan memerangi kaum kafir

itu, mereka akan mengalami kerugian. Ternyata kaum Bani Isra’il bertindak bertentangan

100% dengan perintah Allah dan RasulNya. Mereka enggan melaksanakan perintah Allah

dan sebaliknya melanggar larangan Allah. Begitu juga akibat dari itu mereka telah

271

Page 272: BUMI  YANG DIJANJIKAN

menanggung kerugian. Allah (s.w.t.) wafatkan Musa (a.s.) dan seluruh kaumnya itu

diharamkan (tidak diizinkan) oleh Allah untuk sampai ke Bait al-Maqdis. Mereka terpaksa

merayau-rayau kerana tidak menemui jalan menuju ke Tanah Suci itu sehingga ke akhir

hayat.

Mengenai janji Tuhan kepada King David (Dawud a.s.) tentang pewarisan “Bumi

yang dijanjikan” melalui Davidid Covenant, mengandungi dua perkara utama. Pertama

jaminan bahawa takhta kerajaan David akan berkekalan diwarisi oleh zuriatnya1.

Seterusnya jaminan bahawa bangsanya akan mendiami Bumi Israel buat selama-lamanya

di mana mereka tidak akan melakukan penghijrahan ke mana-mana lagi2.

Kenyataan dari Bible itu pertamanya tidak selaras dengan kenyataan al-Qur’an

yang menceritakan bahawa Allah (s.w.t.) telah menjelaskan kepada hambaNya Dawwud

(a.s.) tentang pewarisan bumi Allah ini. Menurut al-Qur’an bahawa pewarisan bumi

Allah adalah terbuka kepada hamba-hambaNya yang salih3. Selain dari itu kenyataan-

kenyataan dari Bible itu bercanggah sama sekali dengan fakta-fakta sejarah. Pertamanya

sejarah membuktikan bahawa takhta King David sebagai raja pemerintah kerajaan Israel

seluruhnya hanya sempat diwarisi oleh pewarisnya dalam satu generasi sahaja iaitu

puteranya King Solomon. Sesudah itu kerajaan Israel mengalami perpecahan dan takhta

kerajaan terlepas dari warisan King David, kecuali terbatas di sekitar Jerusalem sahaja.

1 Psalm, 89: 3-42 2 Samuel, 7: 103 Al-Anbiya’ : 105

272

Page 273: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Fakta kedua yang paling jelas ialah sejarah pengusiran bangsa Israel daripada

Tanah Suci Jerusalem sebanyak dua kali4. Ini jelas bercanggah dengan jaminan Tuhan

kepada King David di dalam Bible. Kali pertama bangsa Israel diusir dan terbuang dari

Tanah Suci Jerusalem melalui peristiwa “ pembuangan di Babylon (589 s.m.) oleh

Nebuchadnezar. Kali keduanya melalui peristiwa “ pemusnahan terakhir “ kota Jerusalem

(70 m.) oleh Titus dari Romawi yang telah membawa bangsa Yahudi menjadi Yahudi

Diaspora di Eropah. Kewujudan Yahudi Diaspora di Eropah berkekalan sehingga ke

zaman moden.

Demikianlah penjelasan-penjelasan al-Qur’an mengenai apa yang dikatakan

covenant di dalam Bible. Kebanyakannya adalah merujuk mithaq (perjanjian) di antara

Allah (s.w.t.) dengan para Rasul utusannya (a.s.) bersama-sama dengan umat mereka

terutamanya Bani Isra’il.

Berdasarkan penjelasan dari al-Qur’an terutama mengenai tragedi kemusnahan

kota Bait al-Maqdis dan pengusiran penduduknya Bani Isra’il, dapat difahami bahawa

kaum Yahudi terbuang dari Jerusalem dan mengalami kehidupan diaspora selama hampir

2000 tahun yang lalu kerana kemurkaan dan balasan dari Tuhan. Ini kerana mereka bukan

sahaja telah mensia-siakan amanah Allah (s.w.t.) dengan tidak menegakan agamaNya,

malah sebaliknya melakukan kemungkaran besar di Tanah Suci Bait al-Maqdis

(Jerusalem). Selain dari al-Qur’an, Bible juga turut mencatatkan kisah-kisah tentang

kesesatan dan kejahatan golongan elit Bani Isra’il. Antaranya mereka telah menjadi

4 Hal ini turut dijelaskan oleh al-Qur’an, (al-Isra’, 17 : 4-7)

273

Page 274: BUMI  YANG DIJANJIKAN

penganjur amalan penyembahan berhala dan menyakiti para Nabi Utusan Allah (s.w.t.)

serta membunuh sebahagian dari mereka.

Namun bagi pihak Yahudi walaupun menjalani kehidupan di dalam era diaspora

kepimpinan masyarakat mereka yang berpusat kepada para Rabbi terus-menerus

menghidupkan ‘aqidah kepercayaan yang berasaskan Bible bahawa Tuhan telah

menjanjikan untuk mereka negeri kediaman (homeland) di Kanaan . Memandangkan pada

zaman moden ini wilayah yang disebut Kanaan di dalam Bible berdasarkan

sempadannya yang ditandai dari “ Dan ke Beersheba” kenali sebagai Palestin, wilayah

tersebut telah dituntut oleh kaum Yahudi Diaspora sebagai Tanah air bangsa Israel yang

bersejarah.

Pada zaman moden ini kumpulan masyarakat Yahudi diaspora yang berjaya di

dalam perjuangan mereka menuntut kembali ke Palestin ialah pergerakan Zionisme.

Pergerakan ini telah menyerapkan konsep covenant sebagaimana yang tercatat di dalam

Bible ke dalam The Protocols of the Elders of Zion1. Protokol-protokol ini merupakan

dokumen mengenai dasar-dasar dan matlamat perjuangan pergerakan Zionisme yang

ditubuhkan di akhir abad ke 19 untuk kembali menubuhkan sebuah kerajaan (kingdom)

Bangsa Israel di Palestin yang berpusat di Zion, Jerusalem.

Walaupun pimpinan terawal pergerakan ini yang lahir di Eropah pada akhir abad

ke 19 m., bukanlah terdiri daripada para Rabbi, tetapi umumnya adalah para sarjana dan

1 Lihat, Henry Ford, The International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, (t.t.) Global Books, Johannesburg, hal. 163-164, hal. 210 & hal. 219.

274

Page 275: BUMI  YANG DIJANJIKAN

ahli politik chauvanis Yahudi yang berjaya menggunakan sentimen dan aspirasi seluruh

kaum Yahudi diaspora. Aspirasi dan impian kaum-bangsa mereka yang selamanya hidup

dengan semangat “ kembali ke Zion” telah dipergunakan sepenuhnya oleh kumpulan yang

menamakan kumpulan mereka sebagai “ zionis ”.

Walaupun pada hakikatnya latar belakang kelahiran pergerakan Zionisme adalah

daripada ajaran Jewish Bible1, namun pada awal kemunculannya di Eropah pada akhir

abad ke 19 pergerakan ini lebih ditonjolkan sebagai satu pergerakan bersifat sekular dan

tidak membawa mesej perjuangan Negara teokrasi Judaism. Penonjolan imej sedemikian

semata-semata merupakan satu strategi politik pergerakan ini untuk mendapatkan

pertolongan daripada Negara-negara Kristian Eropah dalam usaha mereka mendapatkan

hak ke atas bumi Palestin. Ini kerana latar-belakang golongan Yahudi dan Kristian pernah

melalui sejarah permusuhan yang pahit di Palestin pada zaman-zaman awal Kristian di

abad pertama Masehi.

Apa yang jelas dan ketara di dalam perjuangan kumpulan ini ialah mereka

berpegang kuat dengan kenyataan-kenyataan Bible mengenai “ Bumi yang dijanjikan “

sebagai dokumentasi sejarah2. Berasaskan dokumen-dokumen sejarah ini para pemimpin

Zionisme telah berusaha bersunggoh-sunggoh untuk merealisasikan sebuah penubuhan

Negara yang disebutkan itu termasuk menghapuskan halangan-halangannya. Halangan

terbesar bagi mereka terhadap usaha tersebut adalah Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang

menentang keras usaha yang dibuat oleh pertubuhan Zionis ini.. Ini kerana pada zaman

1 Nur Masalha, The Bible & Zionisme, ( 2007), Zed Book, London. hal. 135.2 The Bible & Zionism, op.cit. hal. 2.

275

Page 276: BUMI  YANG DIJANJIKAN

kemunculan Zionisme di abad ke 19 itu, Palestin berada di dalam pemerintahan Turki

‘Uthmaniyyah. Oleh itu empayar Islam itu telah diusahakan kejatuhannya melalui Perang

Dunia I1.

Pembebasan Palestin daripada penguasaan Turki Uthmaniyyah sesudah Perang

Dunia I diikuti dengan pendudukan Inggeris yang diizinkan oleh Liga Pertubuhan Bangsa2

dengan sebutan istilah “ mandat British”. Di dalam tempoh “mandat British “ ini

pergerakan Zionis Yahudi telah berjaya mendapatkan kenyataan rasmi dari kerajaan

British berkenaan status masa depan Negara kebangsaan Yahudi. Kenyataan yang dikenali

sebagai “ Deklarasi Balfour 1917 “ mengisytiharkan bahawa sebuah negara kebangsaan

Yahudi akan ditubuhkan di Palestin. Berasaskan deklarasi ini pergerakan Zionis telah

melakukan agitasi untuk mempercepatkan penubuhan Negara yang diisytiharkan. Agitasi

Zionis yang berterusan ini menyebabkan British menamatkan pendudukannya dan ini

memberi ruang kepada pergerakan Zionis mengisytiharkan penubuhan Negara Israel

dengan rasminya pada tahun 1948. Berdasarkan perkembangan-perkembangan sejarah

ini jelas bahawa penubuhan Negara Israel pada tahun 1948 adalah berkait rapat dengan

covenant yang mengutarakan konsep “ Bumi yang dijanjikan “ sebagaimana yang disebut

di dalam Jewish Bible.

Itulah serba ringkas latar belakang sejarah penubuhan Negara Kebangsaan Israel

yang berasaskan konsep “Bumi yang dijanjikan” menurut kepercayaan Yahudi

sebagaimana yang termaktub di dalam kitab sucinya Jewish Bible. Namun dari sudut

1 Lihat, International Jew and the Protocols of the Elders of Zion, op.cit. hal. 196.2 kemudiannya selepas Perang Dunia ke II dikenali sebagai United Nation ( Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

276

Page 277: BUMI  YANG DIJANJIKAN

pandangan Islam, asas penubuhan Negara Israel yang berdasarkan konsep “ Bumi yang

dijanjikan” menurut Bible adalah dipertikaikan. Memang diakui konsep tersebut adalah

berasaskan siri-siri covenant sebagaimana yang termaktub di dalam Bible. Namun

sepanjang analisa dari sudut pandangan Islam “perjanjian” (covenant ) di dalam Bible itu

sendiri dipertikaikan. Pertamanya covenant di dalam Bible yang boleh dikatakan hampir

menyamai (mithaq) di dalam al-Qur’an, tidak menyamainya dari sudut konsep dan

maksud (maqasid ) umumnya. Tidak seperti penjelasan Bible bahawa covenant itu adalah

“ perjanjian” atau “ persetiaan” yang hanya dibuat di antara Tuhan dengan bangsa

pilihanNya Israel sahaja. Al-Qur’an sebaliknya menjelaskan bahawa Allah (s.w.t.)

mengambil persetiaan daripada Bani Isra’il melalui Nabi-Nabi mereka sebagai

memperbaharui ikrar dan sumpah setia mereka sebagai anak-anak Adam (a.s.) yang

diadakan semenjak berada di alam Ruh.

Begitu juga Allah (s,w.t.) mengambil mithaq dari Bani Isra’il kerana mereka

sebagai pengikut Syari’ah berasaskan Tawrah (Torah) Musa (a.s.), adalah pemegang

amanah Syari’ah Allah (s.w.t.) pada zaman itu. Allah (s.w.t.) sentiasa memperbaharui

mithaqNya dengan Bani Isra’il setiap kali bersama dengan kedatangan Nabi-Nabi baru

yang menggantikan Nabi-Nabi yang telah wafat kerana mereka sering lalai dan

mengabaikan kewajiban melaksanakan ‘Ubudiyyah setulusnya kepada Allah. Ini dapat

disaksikan sendiri melalui catatan-catatan al-Qur’an dan juga Bible bahawa mereka

pernah melakukan penyembahan berhala di saat ketiadaan Nabi-Nabi mereka.

277

Page 278: BUMI  YANG DIJANJIKAN

Di samping bertentangan dengan penjelasan-penjelasan dari al-Qur’an , isi

kandungan dan taraf Bible sebagai kitab suci berasaskan wahyu juga turut dipertikaikan

oleh para sarjana Barat. Ini disebabkan punca utamanya adalah disiplin penulisan Bible

yang tidak terkawal kerana di sumbangkan oleh terlalu ramai para penulis yang tidak

diketahui latarbelakangnya. Penulisannya ini mengambil masa yang sangat panjang, iaitu

lebih dari 1000 tahun untuk menyelesaikannya.

Kesimpulannya berdasarkan analisa Islam dan juga kenyataan-kenyataan para

cendekiawan Barat mengenai isi kandungan dan keaslian Bible yang diragukan, Islam

menolaknya sebagai kitab suci berasaskan wahyu. Berikutan itu juga Islam menolak

covenant yang menjadi asas kepada konsep “Bumi yang dijanjikan”. Ini kerana covenant

di dalam Bible yang semata-mata bersifat kebangsaan Israel adalah tersasar dari konsep

mithaq dari Allah (s.w.t.) dengan para Nabi UtusanNya yang merangkumi seluruh umat

manusia. Berikutan itu juga Islam tidak boleh menerima penubuhan Negara Kebangsaan

Israel moden di atas bumi Palestin pada 14 Mei, 1948 yang jelas berasaskan konsep yang

di pertikaikan kesahihannya. Memandangkan penubuhan Negara tersebut sejak 6 dekad

yang lalu ditegakkan di atas dasar yang tidak benar, sehingga kini ia terus menjadi

penyumbang kepada tragedi kemanusian terburuk pada zaman ini.

278

Page 279: BUMI  YANG DIJANJIKAN

279

Page 280: BUMI  YANG DIJANJIKAN

BIBLIOGRAFI

1 Al-Qur'an al-Karim.

2 Aali Umar, Muhammad bin Ali, 'Aqidah al-Yahudiyyah fi al-Wa'ad Filastin, cet.1, 1424 H. Maktabah al-Malik Fahd al-Wataniyyah athnaa al- Nasyr, Riyadh.

3 Encyclopedia of Knowledge, vol. 1,6,7,8,9,10,13,14,18 & 20, Grolier Incorporated, Danbury, Connecticut, U.S.A.

4 Ibn Kathir, 'Imaduddin Abu al-Fidaa' Ismail bin Umar, Tafsir al-Qur'an al-'Azim, Tab'ah jadidah musahhahah munaqqah,cet.1, 1424 H. Dar al-Akhyar, Riyadh.

5 ------------, Qisas al-Anbiyaa' Tahqiq wa Muraja'ah al-Syeikh Qasim al-Rifa'ei, Syarikah Dar al-Arqam bin Abi al-Arqam li al-Tab'ah wa al-Nasyr, t.t. Beirut..

6 Al-Khallaf, Saud bin Abdul Aziz (Ph.D.), Dirasaat fi al-Adyan: al-Yahudiyyah wa al-Nasraniyyah, j.1, Maktabah al-Adwaa' al-Salafiyyah, t.t. Riyadh..

7 Al-Khalidi, Salah Abdul Fattah (Ph.D.), al-Syakhsiyyat al-Yahudiyyah min Khilal al-Qur'an' , Dar al-Qalam, t.t. Dimasyq.

8 Al-Maidani, Abdur Rahman Hassan Hanbakah, Al-'Aqidah al-Islamiyyah wa Ususaha, Dar al-Qalam, cet.11, 1423 H. Dimasyq.

9 Al-Masri, Jamil Abdullah Muhamad (Ph.D.), Haadhir al-'Alam al-Islamiyy, vol.1, Maktabah al-Obeikan, cet.8,1423 H. Riyadh.

10 Al-Mawsu'ah al-Masirah fi al-Adyan wa al-Mazahib wa al-Ahzab al- Masirah, j. 1 & 2, cet. 5, 1424 H. WAMY, Dar al-Nadwah al-'Alamiyyah li al-Tiba'ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi', Riyadh.

11 Al-Mawdudi, Abu al-A'la, The Meaning of al-Qur'an, vol.3, cet.6, 1983, Islamic Publication Ltd., Lahore.

12 Mustafa, Mabruk Muhamad Abdul Sami' (Ph.D.), al-Ta'assub al-Yahud, cet.1, 1413 H. Maktabah al-Sadiq, Taif

13 The New Encyclopedia Britannica, vol. 6, ed.15, 2003.

280

Page 281: BUMI  YANG DIJANJIKAN

14 Al-Saqa, Ahmad Ahmad Ali, al-Bidayah wa al-Nihayah li Umat Bani Israel, Dar al-Kitab al-'Arabiyy, cet.1, 2004, Qahirah.

15 Al-Sulabiyy, 'Ali Muhamad, al-Dawlah al-Uthmaniyyah: 'Awamil al-Nahdhah wa Asbab al-Suqut, cet.1, 1421 H. Dar al-Tauzi' wa al-Nasyr al-Islamiyy, Port Said.

16 Al-Suwaidan, Tariq (Ph.D.), Filastin…al-Tarikh al-Musawwar, Syarikah Ibda' al-Fikr, cet.1, 1425 H. Kuwait.

17 Al-Tabari, Abu Ja'afar Muhamad bin Jarir, Jami' al-Bayan 'an Ta'wil al-Qur'an, j. 9 & 10, cet.1, 1421 H. Dar al-Fikr, Beirut.

Daftar kandungan. No. hal.

BAB I- PENDAHULUAN……………………………………………………………….. 2

1.1 Pengenalan ……………………………………………………………..2

1.2 Latarbelakang kajian …...…………………………. 16

1.2.1 Masalah kajian ………………………………………………….19

1.3 Objektif kajian ……………………………………………………...20

1.4 Kepentingan kajian …………………………………………………………...23

1.5 Methodologi kajian …………………………………………………………..24

1.5.2 Method kajian …………………………………………………………...25

1.6 Kajian Lepas …………………………………………………………...26

1.7 Skop kajian …………………………………………………………...35

281

Page 282: BUMI  YANG DIJANJIKAN

1.7.1 Kerangka kajian ……………………………………………………………36

BAB II – YAHUDI: BANGSA DAN AGAMA…………………………………………..41

2.1 Yahudi: Latarbelakang sejarah bangsa ……………………………….42

2.1.1 Yahudi menurut etimologi bahasa ………………………………………………43

2.1.2 Sejarah perkembangan bangsa Yahudi menurut Bible…………………………..46

2.2 Judaism …………………………………………………………… 57

2.2.1 Judaism menurut etimologi bahasa ……………………………………………...57

2.2.2 Judaism menurut perspektif Barat……………………………………………….59

2.3 Yahudi dan al-Yahudiyyah menurut Islam………………………………………74

2.3.1 Yahudi dan Bani Israel…………………………………………………………. 74

2.3.2 Al-Yahudiyyah menurut Islam………………………………………………….

84

BAB III – KITAB SUCI AGAMA YAHUDI………………………………………….. 100

3.1 Kitab suci agama Yahudi menurut Barat……………………………………… 89

3.1.1 Kitab suci agama Yahudi menurut kesarjanaan Barat……………………… 90

3.1.2 Kitab suci agama Yahudi menurut tradisi keagamaan Yahudi……………….. 94

3.2 Kitab suci agama Yahudi menurut pandangan Islam…………………………. 107

BAB IV – COVENANT DAN KONSEP BUMI YANG DIJANJIKAN………………. 124

4.1 Covenant dari perspektif Barat………………………………………………… 125

4.1.1 Covenant dari sudut etimologi bahasa………………………………………… 125

4.1.2 Covenant menurut Bible ……………………………………………………127

4.2 Covenant dan Zionism………………………………………………………... 152

4.2.1 Latarbelakang sejarah Zionism………………………………………………... 153

4.2.2 Zionism dan peranannya di dalam penubuhan Negara Israel,1948…………… 160

BAB V – ANALISA TERHADAP COVENANT DAN ASAS NEGARA ISRAEL….. 167

5.1 Mithaq dari sudut pandangan Islam ……………………………….

167

282

Page 283: BUMI  YANG DIJANJIKAN

5.2 Analisa Islam terhadap covenant dan konsep bumi yang dijanjikan………….. 172

5.2.1 Analisa Islam terhadap covenant berdasarkan al-Qur’an dan sumber-sumber

Islam……………………………………………………………………………………. 173

5.2.2 Analisa Islam terhadap asas covenant berdasarkan fakta-fakta sokongan dari

sumber-sumber kesarjanaan Barat……………………………………………………… 235

5.3 Analisa Islam terhadap asas Negara moden Israel…………………………….. 237

PENUTUP……………………………………………………………………………… 246

283