bbpw3103 rubiya

36
BBPW 3103 RUBIYA KARIM 800760720512  1 FAKULTY BUSINESS & MANAGEMENT  __________  BBPW3103 FINANCIAL MANAGEMENT I JANUARY 2013  _____________  NAMA : RUBIYA BT KARIM NO. MATRIK : 8007607205 12 KAD PENGENALAN : 800760720512 NO. TELEFON : 014 8701089 E-MAIL : [email protected]  NAMA PENSYARAH : FREDERICK CHONG EMAIL : [email protected]  PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

Upload: radeanmas

Post on 30-Oct-2015

721 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

text

TRANSCRIPT

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 1/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

1

FAKULTY BUSINESS & MANAGEMENT

 ________________________________________________________________________ 

BBPW3103 FINANCIAL MANAGEMENT I

JANUARY 2013 

 _______________________________________________________________________ 

NAMA : RUBIYA BT KARIM

NO. MATRIK : 800760720512

KAD PENGENALAN : 800760720512 

NO. TELEFON : 014 8701089

E-MAIL : [email protected] 

NAMA PENSYARAH : FREDERICK CHONG

EMAIL : [email protected] 

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 2/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

2

BBPW3103 

FINANCIAL MANAGEMENT I

JANUARY 2013 

 _________________________________________________________________________  

PURPOSE 

The purpose of this assignment is to enhance leaners‟ ability to evaluate companies‟

efficiency in managing their assets and debts.

TUJUAN  

Tujuan tugasan ini adalah untuk meningkatkan kebolehan untuk menilai syarikat leaners

kecekapan dalam mengurus aset dan hutang mereka. 

REQUIREMENT Select any 2 listed companies of Bursa Malaysia from the Trading / Services sector and

evaluate the companies‟ asset management and leverage ratios using their financial statements

for year 2011.

 KEPERLUAN  

 Pilih mana-mana 2 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dari sektor Perdagangan / 

 Perkhidmatan dan menilai pengurusan aset syarikat dan nisbah leverage menggunakan

 penyata kewangan mereka bagi tahun 2011. 

1.0 PENGENALAN

Banyak  faktor yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Selain strategi yang ampuh dan

 pasaran yang luas, pengurusan kewangan yang mantap serta menguasai rantai bekalan

merupakan faktor terpenting yang mesti dikuasai oleh ahli perniagaan. Kita lihat ramai ahli

 perniagaan tidak mampu untuk lebih maju ke hadapan jika tidak dapat menguasai kekuatan

ini.

Pengurusan kewangan yang lemah menyebabkan ramai ahli perniagaan kecundang ketika

krisis ekonomi Asia 1997/1998 melanda negara kita. Ketika itu, ramai yang terjebak dengan

gejala hutang. Perniagaan tidak mampu bertahan jika menanggung hutang terlalu tinggi.

Sebesar-besar sesebuah perniagaan akhirnya akan muflis juga jika tidak mengamalkan

 pengurusan kewangan yang mantap dan berhemah. Lebih baik sebuah perniagaan yang tidak 

terlalu besar, tetapi hutangnya sedikit kerana mengamalkan pengurusan kewangan yang bagus.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 3/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

3

Ketika zaman krisis ekonomi Asia 1997/1998, banyak syarikat di negara kita yang melingkup

dengan bebanan hutang yang cukup besar dan ada di antaranya melibatkan nama-nama hebat

syarikat senaraian awam. Tidak kurang juga, banyak syarikat yang telah diambil alih oleh

syarikat-syarikat lain dan telah berjaya distrukturkan semula. Ketika itu, Bursa Malaysiameletakkan syarikat-syarikat senaraian awam yang mengalami masalah kewangan yang teruk 

sebagai syarikat Nota Amalan 4 (PN4). Ada lebih kurang 100 syarikat PN4 berbanding

keseluruhan syarikat senaraian awam berjumlah hampir 900 syarikat.

Bermakna, lebih 10 peratus syarikat senaraian awam mengalami masalah kewangan yang

amat teruk ketika itu. Bayangkan syarikat-syarikat ini mempunyai modal awal yang negatif!

Aset-aset tetap kesemuanya ditukar menjadi aset semasa. Jadi, tidak usahlah bertanya berapa

 banyakkah modal akhir mereka jika modal awal pun negatif dan aset tetap sudah tiada! Itu

 belum dikira lagi hutang mereka. Tetapi dalam keadaan banyak syarikat yang mengalami

masalah kewangan yang teruk ketika itu, ada juga syarikat yang mencatatkan kedudukan

kewangan kukuh.

Proton umpamanya mempunyai tunai yang cukup tinggi sebanyak RM4 bilion. Kecairan tunai

Proton yang amat tinggi ini menyebabkan Proton sentiasa diintai oleh syarikat-syarikat

automotif luar negara untuk diambil alih atau sekurang-kurangnya dijadikan rakan strategik.Disebabkan mempunyai tunai yang cukup tinggi jugalah, Proton mampu membina kilangnya

sendiri di Tanjung Malim tanpa memerlukan bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Ini kita bercakap mengenai syarikat-syarikat besar. Bagaimana pula perniagaan kecil-kecilan

seperti kedai runcit? Kedai runcit sebenarnya lebih memerlukan ketelitian dalam memastikan

wang masuk dan wang keluar dicatat kerana margin keuntungan bagi setiap jualan amatlah

sedikit. Margin keuntungan yang sedikit inilah menyebabkan betapa pentingnya mengurus

kewangan agar rekod kewangan dapat dijejaki. Jangan ambil mudah bagi setiap transaksi

 jualan kerana setiap kealpaan pemantauan catatan aliran tunai akan menyebabkan perniagaan

terjebak dengan masalah kewangan.

Warren Buffet yang merupakan orang kedua terkaya di dunia dan tokoh pelaburan terkemuka

di dunia meletakkan faktor pengurusan kewangan yang bagus menentukan kejayaan sesuatu

 perniagaan. Umpamanya, beliau banyak menasihati ahli-ahli perniagaan agar menjauhi

 budaya berhutang. Lebih baik menggunakan dana sendiri dengan mengumpul modal bagi

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 4/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

4

memperkembangkan perniagaan berbanding berhutang. Tidak salah bermula dari bawah

dengan mengumpul modal berbanding ingin cepat kaya dengan berhutang di sana dan sini.

Selain itu, ahli perniagaan mestilah menguasai rantaian bekalan. Penguasaan rantaian bekalan

yang lebih meluas melibatkan ramai ahli perniagaan menyebabkan tiada siapa yang

memonopoli perniagaan. Kita selalu menyalahkan peniaga-peniaga kecil yang menaikkan

harga sesuatu barangan dan perkhidmatan, sedangkan punca utamanya adalah harga ini

dinaikkan oleh segelintir golongan yang memonopoli dan menguasai rantaian bekalan. Apa

yang mampu dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil kecuali menaikkan harga barangan

mereka? Golongan yang memonopoli perniagaan ini mendapat 'durian runtuh' dengan

menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.

Peniaga-peniaga kecil ini pula amat bergantung kepada barangan yang dibekalkan oleh

golongan monopoli ini. Maka, mahu tidak mahu, mereka terpaksa mengikut telunjuk 'kuasa'

monopoli ini. Seringkali mereka menggunakan kuasa kartel mereka sebaik mungkin dalam

menentukan harga sesuatu barangan. Inilah contoh bagaimana mereka bermaharajalela

dengan menguasai rantaian bekalan yang mengikut acuan kapitalis yang sememangnya tidak 

 baik untuk ekonomi rakyat.

Jadi, bagi memastikan ahli-ahli perniagaan yang lain juga memperoleh kejayaan, kerajaan

seharusnya memecahkan penguasaan mereka. Lesen-lesen mengimport perlu diperluaskan

lagi kepada ahli-ahli perniagaan yang lain agar berlaku satu persaingan yang lebih baik 

 berbanding hanya tertumpu pada kuasa 'kartel' yang dimomok-momok sebagai cara

 perniagaan yang betul berteraskan persaingan terbuka.

Penguasaan merekalah yang sering menjadi faktor utama yang membelenggu kos sara hidup

rakyat. Jika dipecahkan penguasaan mereka, mereka tidak mampu menaikkan harga

sewenang-wenangnya. Sudah pasti kebaikannya dinikmati oleh rakyat jelata yang juga sering

memikirkan wang keluar dan masuk mereka saban hari.

2.0 PENGURUSAN KEWANGAN SYARIKAT DAN ORGANISASI

Pengurusan Kewangan bukan sahaja meliputi segmen individu malah ia juga perlu

digunapakai oleh perusahaan perniagaan. Bagaimana untuk melakukannya? Sebenarnya

 pengurusan kekayaan adalah kaedah yang digunakan untuk mengurus dana sedia ada dan

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 5/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

5

lebihan dana bagi mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai. Contoh yang boleh

digunakan ialah modal syarikat dilaburkan di dalam sesuatu ke dalam satu instrumen

 pelaburan untuk mendapat keuntungan dan di masa yang sama risiko yang terlibat adalah

terkawal dan minima. Kekayaan boleh didefinisikan sebagai lebihan atau aset bersihindividu/syarikat sesudah ditolak liabiliti dan hutang.

2.1 Program Pengurusan Kewangan yang dicadangkan

Kebanyakan syarikat menguruskan aset mereka melalui instrumen insuran/takaful dan

 pelaburan. Rancangan pengurusan aset yang komprehensif sepatutnya merangkumi kaedah

untuk mengekal, mengembang dan mengagihkan aset meliputi program berikut:

1.  Perancangan hutang/aliran tunai untuk memastikan penggunaan kredit yang efisyen

untuk perniagaan.

2.  Perancangan dan pengurusan pelaburan untuk mengembangkan modal dan mendapat

 pulangan yang berpatutan

3.  Perancangan insuran/takaful bagi perlindungan perniagaan(contoh: kebakaran,

kecurian, dan perlindungan pekerja utama/keyman) dan perlindungan hayat peribadi

(kematian, kurang upaya, penyakit kritikal, kad perubatan dan lain-lain)

4.  Perancangan cukai untuk mengurangkan aliran tunai keluar yang berlebihan dan aliran

tunai yang efisyen.

5.  Perancangan persaraan dan kebajikan pekerja untuk mengekalkan pekerja-pekerja

utama di dalam syarikat

6.  Perancangan penggantian modal dan memastikan syarikat beroperasi apabila pemilik 

 perniagaan meninggalkan syarikat.

7.  Perancangan harta untuk memastikan pemindahan kekayaan kepada pengganti atau

 benefisiari.

2.2. Pengurusan Aset, Hutang dan Kewangan

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula

melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi

mencapai matlamat firma atau individu. Pengenalan Konsep Pengurusan Kewangan pada

zaman dahulu kala, kita dapat menukarkan batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam

dan zamrud dengan barang-barang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman di mana

manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya,

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 6/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

6

zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam

seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini.

Melangkah setapak lagi ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai

 pengganti kepada wang yang bersifat fizikal. Evolusi ini juga melahirkan beberapa cabang

ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti

ilmu perakaunan, ekonomi, kewangan dan matematik. Apa Itu Kewangan Pada zaman

sekarang, setiap organisasi sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang

untuk beroperasi. Ini termasuklah organisasi yang tidak bermatlamatkan keuntungan (non-

 profit organization) yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Dalam erti kata lain, wang digunakan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan. Semuamanusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan mereka dengan lebih

selesa. Kerana itu kita dapat lihat di sekeliling kita ada sesetengah pihak yang terperangkap

dengan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain yang bertimbun. Tidak kurang pula yang

terpaksa diisytiharkan muflis akibat masalah kewangan. Begitu juga dengan firma-firma

 perniagaan yang terpaksa gulung tikar akibat masalah kewangan yang teruk.

Oleh kerana itu ilmu kewangan ini harus dipelajari dan difahami oleh setiap individu tidak 

kira sama ada mereka adalah seorang pegawai, petani, suri rumah mahupun para penganggur.

Kewangan sebenarnya adalah suatu seni dan sains mengurus wang. Mengurus kewangan pula

melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi

mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan

untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan

memaksimumkan hasil.

Ini dicapai menerusi integrasi dan usaha secara kolektif daripada kesemua jabatan dan

 bahagian yang ada dalam sesebuah organisasi. Daripada kenyataan tersebut, suatu lagi

rumusan dapat diberikan iaitu, mengurus kewangan bukan hanya melibatkan kakitangan

Jabatan Kewangan dan Akaun sahaja, malahan ianya memerlukan kerjasama kesemua

 bahagian dalam organisasi. Secara umum, bidang kewangan mempunyai tiga cabang disiplin

yang besar dan ianya menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada para graduan dan

masyarakat.

Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah pelaburan, pengurusan kewangan korporat dan juga pengurusan risiko dan insurans. Pelaburan Bidang pelaburan adalah cabang disiplin kewangan

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 7/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

7

yang popular di Malaysia. Banyak pihak yang terlibat dalam aktiviti pelaburan seperti para

 pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur, penganalisis pasaran saham, kakitangan bank yang

menguruskan hal-hal berkaitan pinjaman pembelian saham, pengurus-pengurus dana saham

amanah dan sebagainya. Para graduan daripada pelbagai bidang terutamanya bidangkewangan sering diambil bekerja dengan syarikat-syarikat broker saham, syarikat pengurusan

saham amanah dan bank-bank saudagar yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal

 berkaitan pelaburan.

Mereka yang memilih bekerja di syarikat insurans juga terlibat dalam tugas-tugas melabur 

 premium insurans yang diterima ke dalam portfolio-portfolio pelaburan yang menguntungkan.

Golongan yang berminat menjadi perunding kewangan juga, pada ketika ini memerlukan

 pengetahuan luas dalam bidang pelaburan. Ini jelas menerusi silibus yang diperkenalkan

dalam peperiksaan CFP atau Certified Financial Planners. Pengurusan Kewangan Korporat

Bidang ini melibatkan penyertaan kakitangan organisasi secara menyeluruh dan paling

 banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan di dalam bidang kewangan. Hal ini

 berlaku disebabkan keperluan kepada pengurusan kewangan korporat dalam setiap organisasi.

Antara tugas yang dilakukan dalam bidang ini ialah pembuatan keputusan berhubung;

• Keputusan pelaburan syarikat.

•  Strategi syarikat supaya memperoleh dana bagi memenuhi keperluan

 pengembangan perniagaan.

• Keputusan penerbitan saham baru di pasaran dan sekuriti-sekuriti hutang yang lain.

• Keputusan pembiayaan hutang jangka panjang dan jangka pendek.

Selain keputusan-keputusan strategik di atas, para pengurus syarikat juga akan terlibat dalam

 pembuatan keputusan rutin syarikat seperti:

• Pembayaran dan penerimaan tunai harian.

• Pemberian kredit kepada pelanggan.

• Merancang perbelanjaan pengiklanan dan promosi.

• Penentuan ganjaran kepada pengurus dan kakitangan.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 8/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

8

Pengurusan Risiko dan Insurans, satu lagi cabang ilmu kewangan yang semakin popular ialah

 pengurusan risiko dan insurans. Pengurusan risiko dan insurans melibatkan proses mengukur 

tahap risiko serta pendedahan risiko yang akan dialami oleh sesebuah perniagaan dan juga

kakitangan mereka. Sebelum ini, tugas tersebut lebih cenderung diserahkan kepada syarikat

insurans supaya dilaksanakan. Walau bagaimanapun, pada masa kini terdapat syarikat-

syarikat yang cuba mengurus risiko secara sendiri. Antara tugas yang perlu dilakukan oleh

kakitangan di bahagian ini ialah menyediakan pelan perlindungan risiko yang bersesuaian

dengan tahap risiko yang ditanggung serta menentukan langkah yang terbaik bagi melindungi

risiko tersebut.

Umpamanya, sekiranya sesebuah kilang yang mempunyai 100 orang pekerja mempunyai

tanggungan risiko kecederaan para pekerja bernilai RM15 juta, maka apa yang boleh

dilakukan adalah dengan mewujudkan dana pelaburan khas bagi tujuan melindungi

kakitangan mereka. Selain itu, syarikat juga boleh membeli polisi insurans dan menggalakkan

caruman yang lebih tinggi ke dalam akaun PERKESO. Bentuk Organisasi Perniagaan

Terdapat tiga bentuk organisasi perniagaan yang paling utama di negara ini meliputi;

 perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat korporat.

Hampir 80 peratus badan perniagaan di negara ini adalah berorientasikan milikan tunggal dan

 perkongsian. Namun begitu, berdasarkan jumlah jualan dalam Ringgit Malaysia (RM) hampir 

90% didominasi oleh perniagaan berbentuk syarikat korporat. Perniagaan Tunggal Bagi

 perniagaan tunggal, ianya dimiliki dan diurus oleh seorang individu sahaja. Pemiliknya

memiliki semua aset perniagaan dan bertanggungjawab ke atas semua liabiliti perniagaan.

Selain itu, semua keuntungan daripada perniagaan akan dinikmati oleh pemilik dan semua

kerugian ditanggung oleh pemilik. Kelebihan perniagaan tunggal boleh dijelaskan seperti

 berikut:

•  Kos menubuhkan perniagaan ini adalah rendah kerana dokumentasi penubuhannya

adalah sedikit.

•  Pemilik perniagaan hanya dikenakan cukai pendapatan individu sahaja.

•  Rahsia perniagaan tidak diketahui oleh pihak umum. Ini kerana perniagaan tunggal

tidak perlu mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang awam.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 9/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

9

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan perniagaan tunggal seperti;

•  Pemilik perniagaan tunggal mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini bermakna,

sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi pemilik perlu digunakan

 bagi membayar segala hutang perniagaan.

•  Jangka hayat perniagaan agak singkat kerana apabila pemilik perniagaan itu mati

atau tidak lagi berminat menjalankan perniagaan, perniagaan tersebut terpaksa

dibubarkan.

•  Perniagaan tunggal biasanya mempunyai keupayaan menjana modal secara terhad.

Perniagaan Perkongsian ialah perniagaan berbentuk perkongsian wujud apabila terdapat dua

atau lebih individu yang bersetuju menjalankan perniagaan bersama-sama. Perniagaan perkongsian yang biasa wujud di Malaysia terdiri daripada Perkongsian Terhad dan

Perkongsian Am. Di bawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 14 (3)(b), bagi mewujudkan

sesebuah perniagaan perkongsian, jumlah ahli mestilah tidak melebihi dua puluh orang.

 Namun begitu, syarat jumlah ahli tidak melebihi 20 orang ini boleh diberikan pengecualian

kepada perniagaan-perniagaan berteraskan profesional seperti perkhidmatan kedoktoran,

 perakaunan dan guaman. Dalam perniagaan perkongsian juga dibenarkan seorang atau

 beberapa orang rakan kongsi mempunyai status perkongsian terhad.

Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi dalam perniagaan tersebut

mestilah mempunyai status perkongsian am. Daripada aspek kebaikan perniagaan

 perkongsian, ianya boleh dijelaskan seperti berikut:

• Kos penubuhan perniagaan perkongsian adalah rendah seperti mana kos

 penubuhan perniagaan tunggal.

•  Cukai hanya dikenakan ke atas pendapatan para pekongsi dan bukannya ke atas

 pendapatan perniagaan.

• Rahsia perniagaan perkongsian juga terpelihara daripada diketahui umum

disebabkan firma perkongsian tidak perlu menyediakan laporan kewangan awam.

Walau bagaimanapun, masih juga terdapat beberapa kelemahan perniagaan perkongsian

seperti;

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 10/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

10

•  Rakan kongsi yang berstatus rakan kongsi am, mempunyai liabiliti tidak terhad. Ini

 bermakna, sekiranya perniagaan mengalami kerugian, harta peribadi rakan kongsi

itu terpaksa digunakan bagi menyelesaikan hutang perniagaan.

•  Sekiranya salah seorang daripada rakan kongsi am menarik diri atau meninggaldunia, perkongsian akan dibubarkan.

•  Pindah-milik dalam perniagaan perkongsian sukar dilakukan kerana ia

memerlukan persetujuan kesemua rakan kongsi terlebih dahulu.

Syarikat Korporat, jika dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perniagaan

 perkongsian, sesebuah syarikat korporat mempunyai kelainan yang tersendiri. Syarikat

adalah sebuah entiti yang wujud dan diperbadankan secara berasingan daripada

 pemiliknya (pemegang saham). Ini bermaksud, sekiranya syarikat mengalami

kebankrapan, pihak penghutang hanya boleh menuntut bayaran setakat jumlah

sumbangan modal kesemua pemegang saham sahaja. Oleh kerana terdapat

 pengasingan antara pemilik dan syarikat, ia sebenarnya memberi kelebihan kepada

 pemilik syarikat atau pemegang saham.

Penubuhan syarikat juga adalah lebih sukar. Pemilik perlu terlebih dahulu

mendaftarkan nama syarikat di pejabat Pendaftar Syarikat atau Registrar of 

Companies. Selain itu, ia perlu menyediakan segala kertas kerja dan dokumen

 pendaftaran seperti memorandum dan artikel persatuan yang melibatkan kos guaman

yang besar.

Antara ciri syarikat korporat ialah ia boleh memiliki aset, boleh menanggung liabiliti

dan menjual sekuriti kewangan bagi mendapatkan modal. Antara kelebihan perniagaan

 berbentuk ini ialah;

•  Pemegang saham syarikat (pemilik) mempunyai liabiliti terhad sekadar jumlah

dana yang dilaburnya sahaja.

•  Kesinambungan hayat sesebuah syarikat korporat itu adalah berterusan dan tidak 

akan tergugat sekiranya salah seorang daripada pemilik menarik diri atau

meninggal dunia.

•  Keupayaan mendapatkan pinjaman luar lebih yang lebih baik kerana institusi

kewangan lebih sanggup menyediakan pinjaman yang besar kepada syarikat jika

dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 11/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

11

Di sebalik kekuatan syarikat korporat di atas, terselit juga beberapa bentuk kelemahan seperti;

• Proses penubuhan sesebuah syarikat korporat adalah mahal dan kompleks jika

dibandingkan dengan perniagaan tunggal dan perkongsian.

•  Cukai dikenakan sebanyak dua kali oleh kerajaan. Ini bermaksud, keuntungan

syarikat akan dikenakan cukai korporat manakala pemilik syarikat dikenakan cukai

atas dividen yang diterima di penghujung setiap tahun.

•  Rahsia perniagaan syarikat sukar dilindungi daripada diketahui umum. Ini kerana,

syarikat disyaratkan supaya menyediakan dan menyiarkan laporan kewangan

tahunan mereka kepada masyarakat awam.

Matlamat Utama Perniagaan Dalam konteks kewangan, objektif utama setiap kakitangan

 pengurusan syarikat adalah bagi meningkatkan kekayaan pemegang saham syarikat ataupun

kekayaan pemilik syarikat. Objektif ini tercapai apabila harga saham syarikat dapat

dimaksimumkan seberapa banyak yang mungkin. Sebagai contoh, pada akhir Januari 2002,

harga saham Syarikat Telekom ialah RM8.50 sesaham dan pada akhir Februari 2002,

harganya ialah RM8.75 sesaham manakala pada akhir Mac 2002, harganya ialah RM9.00

sesaham. Ini menunjukkan, terdapat peningkatan secara konsisten dalam harga saham

Telekom.

Oleh itu, bolehlah dikatakan pengurusan Syarikat Telekom berjaya memaksimumkan harga

saham Telekom dan seterusnya meningkatkan kekayaan pemegang saham. Persoalannya

sekarang apakah kaitan antara harga saham dan kekayaan pemegang saham. Sekiranya

seseorang membeli satu unit saham Telekom pada bulan Januari, mengikut contoh di atas

kosnya ialah RM8.50 sesaham. Selepas pembelian dilakukan, secara automatik pembeli

saham tersebut menjadi salah seorang daripada ribuan pemilik saham Telekom.

Sekiranya beliau memegang saham tersebut selama tiga bulan mulai Januari dan

kemudiannya menjual saham itu pada bulan Mac, beliau akan mendapat sedikit keuntungan

daripada pegangan saham selama tiga bulan. Ini kerana harga saham Telekom semasa beliau

melepaskan pegangannya melonjak kepada RM9.00 sesaham. Dengan keuntungan sebanyak 

RM0.50 sesaham, ini bermakna pihak pengurusan syarikat Telekom berjaya

memaksimumkan kekayaan pemegang saham melalui peningkatan harga saham. Aspek yang

 paling penting dalam memaksimumkan kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 12/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

12

ialah pihak pengurusan mestilah terlebih dahulu memastikan berlakunya peningkatan dalam

harga saham syarikat.

Persoalannya sekarang, apakah faktor yang menyebabkan harga saham meningkat? Hasil

 penyelidikan dalam bidang kewangan sebelum ini menjelaskan, harga saham akan meningkat

sekiranya keuntungan syarikat meningkat atau dijangkakan akan meningkat. Dengan

menggunakan model pertumbuhan Gordon atau Gordon Growth Model, kita boleh

mengaitkan harga saham dengan keuntungan syarikat seperti berikut; Pada amnya, apabila

syarikat mengalami keuntungan dalam satu-satu tahun, syarikat tersebut dijangkakan akan

membayar dividen kepada pelabur atau pemilik syarikat. Semakin tinggi keuntungan syarikat,

semakin tinggi pembayaran dividen dapat dilakukan. Dividen (Do) adalah pemboleh ubah

yang terletak di bahagian atas rumus tersebut.

Oleh itu, sekiranya ada peningkatan ke atas Do, harga saham (Po) akan meningkat. Selain itu,

 penggunaan rumus ini juga berguna bagi menerangkan kaitan antara harga saham syarikat

dengan keuntungan syarikat sekarang. Kita juga boleh menggunakan formula ini bagi

memahami mengapa pelabur seharusnya melabur dalam syarikat yang mempunyai

keuntungan.

2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Keuntungan Syarikat

Walaupun pihak pengurusan sudah berusaha sedaya upaya mengurus operasi syarikat sebaik 

mungkin bagi memastikan kekayaan pemegang saham di tahap yang maksimum, namun

terdapat faktor-faktor luaran yang secara tidak langsung memerlukan perhatian pihak 

 pengurusan dan boleh mengurangkan keberkesanan usaha memaksimumkan kekayaan

 pemegang saham. Antaranya ialah tanggungjawab sosial, halangan undang-undang dan kadar 

 bunga.

Tanggungjawab Sosial bagi menerangkan bagaimana faktor ini mempengaruhi keuntungan

syarikat, kita akan menggunakan contoh sebuah syarikat yang menghasilkan bahan kimia

 pencuci. Biasanya dalam proses penghasilan bahan kimia pencuci, akan terhasil juga bahan-

 bahan kimia buangan ataupun „by product‟. Bahan-bahan kimia buangan ini tidak lagi

 berfaedah bagi proses seterusnya. Oleh itu, syarikat juga bertanggungjawab mengurus

 pelupusan bahan-bahan kimia buangan ini sebaik mungkin supaya tidak mencemarkan alam

sekitar atau membahayakan orang ramai.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 13/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

13

Langkah terbaik bagi melupuskan bahan kimia ini ialah dengan membina loji pelupusan.

Biasanya loji ini bernilai berjuta-juta ringgit dan pembinaannya akan meningkatkan kos

 pengurusan dan kos pengeluaran syarikat. Apabila kos meningkat, maka ianya mengurangkan

angka keuntungan syarikat. Apabila keuntungan menurun, keupayaan syarikat membayar dividen juga berkurangan. Berdasarkan model pertumbuhan Gordon, apabila dividen

menurun, harga saham syarikat juga menurun dan menyukarkan syarikat meningkatkan

kekayaan pemegang saham atau pemilik syarikat.

Halangan Undang-Undang Ada kalanya undang-undang yang diadakan oleh kerajaan boleh

menjejaskan keuntungan sesebuah syarikat dan kemudiannya memberi kesan ke atas harga

saham dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Contohnya, undang-undang

 pengambilan buruh asing di sektor perkilangan. Pada amnya, kilang-kilang mengupah buruh

asing supaya bekerja di kilang mereka kerana gaji yang dibayar lebih murah berbanding gaji

 buruh tempatan. Oleh sebab itu, pengambilan buruh asing dapat menjimatkan kos pengilang

dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka. Namun begitu, sekiranya kerajaan

menghalang pengambilan buruh asing, pengilang tidak mempunyai pilihan lain kecuali

mengupah buruh tempatan. Sudah pasti dengan mengupah buruh tempatan ianya akan

meningkatkan kos dan seterusnya menjejaskan keuntungan.

Berdasarkan model pertumbuhan Gordon juga, selepas keuntungan terjejas, pemberian

dividen akan mengecil dan akhirnya harga saham syarikat terjejas. Apabila harga saham

terjejas, proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham terbantut. Kadar Bunga Kadar 

 bunga yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pinjaman juga memberi kesan ke atas

 jumlah keuntungan syarikat dan proses memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

Sebagai contoh, syarikat sentiasa cuba mengembangkan operasi dan perniagaan dari semasa

ke semasa. Setiap kali syarikat ingin menjalankan aktiviti tersebut, ia akan menggunakan

modal yang terhasil daripada keuntungan tertahan (retained earnings).

 Namun begitu keuntungan tertahan ini selalunya tidak mencukupi dan pengurusan syarikat

terpaksa meminjam daripada pihak bank supaya dijadikan modal tambahan. Kadar bunga

yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ada

kalanya tinggi dan ada kalanya rendah. Kebiasaannya sewaktu ekonomi mengalami

kemelesetan, kadar bunga diturunkan supaya pinjaman mudah dilakukan bagi membeli

 barangan. Peningkatan pembelian barang menggalakkan pertumbuhan ekonomi danseterusnya membawa ekonomi negara keluar daripada kemelesetan. Sementara itu, sewaktu

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 14/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

14

ekonomi mengalami pertumbuhan yang terlalu pesat dan kadar inflasi juga tinggi, kadar 

 bunga atas pinjaman adalah tinggi.

Kadar bunga yang tinggi menyukarkan pengguna membuat pinjaman bagi pembelian barang.

Penurunan pembelian barang menurunkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya membawa

ekonomi keluar daripada masalah inflasi. Sekiranya syarikat melakukan pinjaman sewaktu

kadar bunga tinggi, pembayaran faedah ke atas pinjaman juga menjadi tinggi. Apabila

 pembayaran kadar faedah meningkat, kos pengurusan dan operasi syarikat akan meningkat

dan ini mengurangkan keuntungan syarikat. Keupayaan membayar dividen juga menurun dan

mengakibatkan penurunan harga saham syarikat. Ini menyukarkan proses memaksimumkan

kekayaan pemegang saham.

Tugas Kakitangan dan Pengurus Kewangan Tanggungjawab kakitangan dan pengurus

kewangan dalam sesebuah organisasi adalah sangat penting dan strategik. Ini disebabkan

 pengukuran pencapaian dan kekukuhan syarikat biasanya diukur daripada sudut kewangan.

Darjah kompleksiti pengurusan kewangan syarikat pula lebih bergantung kepada saiz syarikat

atau firma tersebut.

Umpamanya, bagi sebuah kedai runcit, pengurusan kewangannya tidaklah begitu rumit untuk 

dilakukan. Hanya pemilik kedai berkenaan sahaja yang diperlukan bagi mengurus segala

rekod-rekod kewangan perniagaan. Sebaliknya bagi sebuah syarikat korporat yang besar, ia

memerlukan struktur jabatan kewangan yang kompleks. Syarikat-syarikat korporat biasanya

mempunyai sebuah jabatan kewangan yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar Kewangan

dengan dibantu oleh Penolong Pengurus Besar Kewangan, akauntan, ketua juruaudit, pegawai

 pelaburan, pegawai penganalisis kewangan, pegawai sistem maklumat dan sebagainya.

Tugas yang dijalankan oleh para pengurus kewangan dan kakitangan di bawahnya boleh

dibahagikan kepada lima bahagian seperti di bawah;

•  Ramalan dan Perancangan Kewangan - tugas membuat ramalan dan perancangan

kewangan boleh dikaitkan dengan proses menyediakan belanjawan syarikat.

Dalam aspek ini, para pengurus kewangan mendapatkan maklumat daripada

 jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Pemasaran dan Jabatan Pengeluaran supaya

membuat ramalan jualan dan hasil pada masa hadapan.

•  Keputusan Pelaburan dan Pembiayaan - seterusnya, pengurus kewangan dankakitangannya juga perlu membuat keputusan-keputusan memilih alternatif 

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 15/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

15

 pelaburan yang terbaik untuk syarikat ceburi. Selain itu, keputusan pembiayaan

 juga perlu dilakukan dengan cara menentukan bentuk-bentuk sumber pembiayaan

 jangka panjang dan jangka pendek yang boleh digunakan bagi meningkatkan

 jumlah modal syarikat. Umpamanya menerusi kertas komersial, debentur, terbitan bon, saham dan saham keutamaan.

•  Koordinasi dan Kawalan Tugas - kakitangan dan pengurus kewangan juga adalah

 berinteraksi dengan kakitangan di jabatan lain bagi memastikan perjalanan operasi

syarikat adalah cekap. Kawalan ke atas aliran tunai masuk dan keluar, polisi kredit

syarikat, ketersediaan sumber dana dan seumpamanya perlu dilakukan oleh

mereka. Ini memastikan segala perancangan atau belanjawan yang dibuat dapat

dipenuhi oleh semua jabatan.

•  Berurusan Dengan Pasaran Wang dan Modal - oleh kerana tugas mengurus

kewangan tidak dapat dipisahkan dengan pasaran wang dan modal, maka menjadi

tanggungjawab para pengurus kewangan supaya berurusan dengan pihak-pihak 

luar yang terlibat dengan tugas-tugas menerbitkan saham, menerbitkan bon,

melabur lebihan wang dan sebagainya dalam pasaran wang dan modal. Ini

termasuklah syarikat broker saham dan bank-bank saudagar.

•  Mengurus Risiko - tugas terakhir yang biasa dilakukan oleh pengurus kewangan

ialah mengurus risiko seperti ketidakpastian dalam harga saham dan komoditi,

 pergerakan kadar faedah, perubahan kadar pertukaran asing, risiko politik dan

sebagainya. Kesemua risiko tersebut boleh dilindungi menerusi pembelian polisi

insurans dan juga program lindung nilai (hedging) risiko perniagaan. Program

lindung nilai yang boleh dilaksanakan adalah menerusi penyertaan dalam kontrak-

kontrak urus niaga pasaran derivatif.

2.4 Hubungan Agensi dan Masalah Agensi

Hubungan agensi wujud apabila seorang prinsipal seperti pemilik (pemegang saham)

sesebuah syarikat melantik dan memberi kuasa kepada seseorang agen (individu) sebagai

wakilnya supaya membuat keputusan atau mengurus syarikat tersebut bagi pihaknya. Sebagai

contoh, Datuk Kamal Sani adalah pemegang saham utama Syarikat Q&C Berhad. Datuk 

Kamal mengambil keputusan melantik Encik Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon

sebagai pengurus syarikat dan memberi mereka hak membuat keputusan-keputusan dalam

syarikat.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 16/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

16

Dengan pelantikan ketiga-tiga mereka ini dan penyerahan kuasa mengurus dan membuat

keputusan, hubungan agensi sudah terhasil. Sebaliknya, jika Datuk Kamal hanya melantik 

ketiga-tiga mereka ini sebagai pencuci pejabat, maka hubungan agensi tidak wujud di sini. Ini

kerana kuasa yang diberikan kepada mereka tidak mencukupi bagi mengurus syarikat tersebut bagi pihak Datuk Kamal sebagai pemilik syarikat. Masalah Agensi Sebagai seorang agen

yang dilantik bagi mewakili prinsipal, kesemua pengurus syarikat haruslah bertindak sejajar 

dengan matlamat dan kehendak prinsipal.

Walau bagaimanapun, masalah agensi akan timbul sekiranya ketiga-tiga orang pengurus yang

dilantik tadi membuat keputusan perniagaan dan berperilaku secara tidak konsisten atau

menyimpang daripada matlamat prinsipal. Umpamanya, mereka tidak berusaha

memaksimumkan kekayaan Datuk Kamal sebagai pemegang saham atau pemilik syarikat.

Contoh keputusan-keputusan perniagaan atau perilaku yang tidak konsisten dengan proses

memaksimumkan kekayaan pemegang saham adalah;

•  Membuat keputusan membeli kapal terbang peribadi bagi keperluan para pengurus

yang berharga berjuta-juta ringgit dan pembelian ini menambahkan beban hutang

syarikat. Semakin banyak syarikat berhutang, semakin banyak kadar faedah yang

 perlu dibayar lalu mengurangkan keuntungan syarikat dan menjejaskan peluang

memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

•  Pembayaran bonus yang terlalu tinggi kepada pengurus syarikat sehingga

mengurangkan jumlah keuntungan syarikat. Kesannya, keupayaan membayar 

dividen kepada pemegang saham semakin rendah.

2.5 Langkah Mengurangkan Masalah Agensi

Masalah agensi boleh dikurangkan menerusi langkah-langkah seperti berikut:

•  Menawarkan saham syarikat kepada para pengurus

Penawaran saham kepada kakitangan (ESOS) biasa berlaku dalam syarikat-

syarikat besar seperti Maybank dan Telekom. Dengan penawaran saham ini, secara

langsung, para pengurus syarikat akan turut menjadi pemilik syarikat. Seperti biasa

sebagai pemilik syarikat mereka mahukan kekayaan mereka dimaksimumkan.

Cara terbaik adalah dengan membuat keputusan perniagaan yang akan

meningkatkan keuntungan syarikat dan bukannya membuat keputusan atau

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 17/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

17

 perilaku yang menjejaskan keuntungan. Justeru itu, para pengurus akan bekerja

dengan lebih bertanggungjawab dan menumpukan kepada usaha-usaha

mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan.

•  Pembaikan manfaat pekerjaanKadangkala terdapat juga masalah agensi yang wujud disebabkan kurangnya

manfaat pekerjaan yang disediakan oleh pemilik syarikat kepada para pengurus

dan kakitangan syarikat. Bagi mengatasinya, para pemilik haruslah bersedia

meningkatkan manfaat pekerjaan kepada golongan tersebut supaya mereka dapat

 bekerja dengan lebih gigih bagi mencapai apa yang diharapkan oleh pemilik 

syarikat. Antara yang boleh dilakukan termasuklah meningkatkan gaji, menambah

elaun-elaun perkhidmatan, memberi bonus tahunan dan kecemerlangan,

menyediakan kemudahan perumahan dan kenderaan yang lebih baik, mewujudkan

skim manfaat persaraan yang lebih menarik dan menguntungkan kakitangan serta

memberikan kemudahan rekreasi dan cuti yang lebih baik.

•  Ancaman pengambilalihan berbentuk hostile takeover Sekiranya perlu, para

 pemilik syarikat boleh juga memberi kesedaran kepada para pengurus berkenaan

ancaman pengambilalihan syarikat berbentuk hostile takeover. Sekiranya

keputusan atau perilaku mereka menjejaskan keuntungan, lalu dicerminkan

menerusi kejatuhan harga saham syarikat di pasaran saham, maka ini membuka

 peluang kepada syarikat lain mengambil alih syarikat mereka dengan cara

 pembelian saham di pasaran terbuka. Contohnya jika Syarikat Merah Muda

Berhad mampu memiliki 51% daripada saham Syarikat Q&C Berhad hasil

daripada pembelian saham-saham tersebut di Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini

 bermakna, pemilikan syarikat ini sudah bertukar tangan secara „hostile takeover‟.

Selalunya hostile takeover akan menyebabkan pengurusan Syarikat Q&C Berhad

dirombak dan pastinya Syarikat Merah Muda Berhad mahukan pengurus mereka

sendiri menguruskan Syarikat Q&C Berhad. Para pengurus sedia ada iaitu Encik 

Alinor, Encik Ramaswaty dan Encik Lee Soon akan dilucutkan daripada jawatan

mereka. Rumusan Mengurus kewangan adalah suatu bidang disiplin ilmu

 pengurusan perniagaan yang sangat penting difahami oleh semua pihak. Tidak kira

sama ada seseorang itu adalah suri rumah, pelajar ataupun berkhidmat dalam

 jabatan kewangan mahupun di bahagian-bahagian lain dalam sesebuah syarikat

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 18/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

18

Secara khusus bidang kewangan boleh dipecahkan kepada tiga sub-bidang yang lain.

Matlamat utama kewujudan firma perniagaan sama ada berbentuk perniagaan tunggal,

 perkongsian atau syarikat korporat adalah bagi memaksimumkan kekayaan pemegang saham

atau pemilik syarikat. Ianya dapat dicapai dengan usaha keras kakitangan syarikatmemaksimumkan harga saham. Ini dapat dicerminkan menerusi jumlah dividen yang mampu

dibayar dan kadar pertumbuhan syarikat sebagaimana yang ditunjukkan menerusi model

 pertumbuhan Gordon.

 Namun begitu, hubungan agensi di antara para pengurus dengan pemilik syarikat kadangkala

tidak begitu baik dan ianya disebut sebagai masalah agensi. Ini dapat diselesaikan menerusi

 beberapa kaedah seperti pemberian saham kepada kakitangan, pembaikan terhadap manfaat

 pekerjaan dan juga ancaman pengambilalihan hostile oleh syarikat lain apabila harga saham

syarikat jatuh di pasaran saham.

Sesebuah perniagaan kecil dapat memaksimakan keuntungannya sekiranya ia ditubuhkan

sebagai sebuah syarikat. Ini kerana dengan menjadikan sebuah syarikat, sesebuah perniagaan

itu dapat memperbesarkan skop perniagaannya. Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor-

faktor tersebut ialah:

i.  Liabiliti Terhad - Tanggungan liabiliti yang ditanggung oleh pemilik sesebuah

syarikat adalah terhad. Ia bergantung kepada modal yang disumbangkan oleh

 pemilik berkenaan sahaja.

ii.  Perniagaan bersifat berterusan - Jangka hayat sesebuah syarikat adalah berterusan

selagi syarikat berkenaan masih mempunyai modal. Ini kerana sesebuah syarikat

tidak akan tamat operasi walaupun pemiliknya meninggal dunia.

iii.  Modal yang besar/banyak - sesebuah perniagaan boleh memajukan dan

memaksimakan keuntungannya kerana ia boleh mendapatkan suntikan modal

dengan penjualan saham syarikat. Saham-saham bolehlah diterbitkan kepada

orang awam atau kepada syarikat-syarikat lain yang berminat. Ini secara tidak 

langsung menyuntik modal perniagaan sesebuah syarikat itu dari sebuah

 perniagaan kecil yang hanya bergantung kepada wang dari pemiliknya.

iv.  Pemilikan mudah bertukar milik - melalui penubuhan syarikat, pemilikan syarikat

itu mudah bertukar sekiranya pemilik atau pemegang saham sudah tidak berminat

untuk meneruskan pemilikannya. Saham tersebut boleh dijual kepada pihak yang berminat.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 19/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

19

3.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUS KEWANGAN 

Memperoleh dan menggunakan dana syarikat dan memastikan dana tersebut dapat

memaksimumkan nilai dan keuntungan syarikat. Selain itu, pengurus syarikat bertanggunjawab membuat keputusan-keputusan penting terutamanya perlaburan dalam asset

syarikat dan bagaimana asset tersebut mendapat pembiayaian. Dalam pada itu, dia juga perlu

memikirkan cara terbaik untuk mengurus sumber-sumber syarikat seperti pekerja, mesin,

 bangunan dan kelengkapan.

3.1 PERANAN PENGURUS KEWANGAN

1) Membuat keputusan-keputusan perlaburan dan pembiayaan jangka pendek 

dan jangka panjang  

Perkembangan syarikat yang pesat dapat dilihat melalui peningkatan jualan

syarikat secara mendadak. Peningkatan jualan ini memerlukan perlaburan

tambahan dalam bentuk inventori dan asset-aset tetap seperti loji dan peralatan.

Justeru itu, pengurus kewangan harus menentukan jenis dan kuantiti asset yang

 perlu dibeli dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada masa

yang sama, dia juga perlu memikirkan cara terbaik untuk membiayai

 perlaburan asset tersebut. Contohnya, adakah syarikat mempunyai sumber 

kewangan yang mencukupi untuk membeli asset yang diperlukan tersebut.

Perlukan syarikat menggunakan pinjaman atau ekuiti bagi membiayai

 pembelian asset tersebut

2) Membuat perancangan dan ramalan kewangan 

Pengurus kewangan seharusnya membuat perancangan untuk masa hadapan

syarikat. Oleh itu, pengurus kewangan perlu bekerjasama dengan pengurus-

 pengurus dari jabatan-jabatan yang lain dalam syarikat agar perancangan

strategik keseluruhan syarikat dapat dilaksanakan bersama. Contohnya,

 pengurus kewangan membuat ramalan keperluan tunai pada masa hadapan.

Dengan adanya perancangan yang cekap pengurus kewangan boleh

menganggarkan keperluan tunai syarikat pada masa hadapan.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 20/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

20

3) Kawalan Dan Koordinasi 

Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dan bekerjasama dengan

 pengurus-pengurus lain bagi memastikan syarikat beroperasi dengan cekap.

Kawalan dan koordinasi yang dijalankan oleh pengurus kewangan adalah penting, terutamanya di dalam syarikat besar yang mempunyai banyak jabatan

supaya matlamat organisasi dapat dicapai bersama. Sebagai contohnya, di

dalam pengambilan pekerja baru di dalam syarikat, pengurus kewangan akan

 berhubung dengan pengurus di bahagian sumber manusia bagi memilih calon-

calon yang berkelayakan bagi mengisi sesuatu jawatan yang ditawarkan.

4) Berurusan Di Pasaran Saham 

Pengurus kewangan turut berperanan di dalam berurusan di pasaran wang dan

 pasaran modal. Pasaran wang ialah pasaran yang mengendalikan jualan dan

 belian sekuriti jangka pendek yang mempunyai tempoh matang kurang

daripada satu tahun. Sekuriti dalam pasaran wang adalah mempunyai risiko

mungkir yang rendah. Manakala pasaran modal ialah pasaran yang

mengendalikan jualan dan belian sekuriti jangka panjang yang mempunyai

tempoh matang melebihi satu tahun. Sekuriti ini mempunyai risiko yang tinggi

kerana sifat jangka yang panjangnya. Oleh yang demikian, pengurus kewangan

harus mengikuti perkembangan pasaran kewangan untuk membolehkannya

membuat keputusan pembiayaan yang cekap dan berkesan.

3.2 Contoh Profil Pengurus Kewangan di Malaysia : Tan Sri Dato’Sri Dr.Zeti

Akhtar Aziz

Dr.Zeti Akhtar Aziz, warganegara Malaysia dan berusia 59 tahun. Beliau merupakan Gabenor 

Bank Negara Malaysia (BNM) semenjak Mei 2000 hingga sekarang. Beliau telah

memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah

Doktor Falsafah dari University of Pennsylvania, USA, dengan pengkhususan dalam bidang

monetari dan ekonomi antarabangsa.

Dr.Zeti menyertai Jabatan Ekonomi BNM pada tahun 1985 dan dilantik sebagai Setiausaha

kepada Lembaga Pengarah BNM pada tahun 1987. Dalam tahun 1989, beliau telah ditugaskan

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 21/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

21

di Pejabat Perwakilan BNM di London sebagai Ketua Perwakilan. Sekembalinya ke Ibu

Pejabat dalam tahun 1994, Dr.Zeti telah dilantik sebagai Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua

Jabatan Ekonomi.

Pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Penolong Gabenor BNM dan kemudiannya

dalam tahun 1998 dilantik pula sebagai Timbalan Gabenor BNM. Sebelum menyertai BNM

Dr.Zeti telah berkhidmat dengan Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN dari tahun 1979

hingga 1984 sebagai seorang penyelidik ekonomi berkenaan dengan dasar dan reformasi

kewangan di Asia Tenggara.

Dr.Zeti adalah ahli Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Pengerusi Credit Guarantee

Corporation Malaysia Berhad serta pengarah Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, beliaumerupakan Pengerusi Institut Bank-Bank Malaysia, Institut Insurans Malaysia, Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN,

Yayasan Sultan Iskandar dan Yayasan Temenggong Abdul Rahman.

4.0 ANALISIS PENYATA KEWANGAN 

Objektif analisis ini ialah :

(1)  Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata

kewangannya.

(2)  Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil 

 Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya. Penilaian keatas

kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak. Mereka terdiri daripada :

(1) Pihak luar 

(2) Pihak pengurusan

Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada :

(1) Kunci kira-kira

(2) Penyata pendapatan

(3) Penyata perubahan kedudukan kewangan

-   penyata sumber dan pengguna dana.

Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu :(1) Analisis kunci kira-kira

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 22/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

22

(2) Analisis penyata pendapatan

(3) Analisis kewangan

3.1  ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA ( LIHAT LAMPIRAN )Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan dalam kunci kira-kira

iaitu :

(1) Jenis dan jumlah aset tetap

(2) Keadaan aset semasa

(3) Bagaimana aset dibiayai

Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu.

Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan.

Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam industri yang

sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan kewangan.

Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun.

3.2 CONTOH PENGURUSAN HUTANG DAN ASET

3.2.1 Penyata Pendapatan MAXIS BERHAD ( disenarikan di BSKL )

Ia mengukur pencapaian operasi syarikat untuk sesuatu tempoh yang selalunya ialah 1 tahun.

Penyata pendapatan bag Maxis Berhad dimulakan dengan hasil jualan bagi tahun 2011. Hasil

Jualan ini ditolak dengan kos jualan(kos barang dijual) bagi mendapatkan keuntungan kasar 

syarikat. Untung kasar ini ditolak dengan belanja operasi syarikat bagi mendapatkan Untung

operasi. Untung operasi ini juga dikenali sebagai untung sebelum faedah atau cukai. Kos

kewangan seperti belanja faedah akan ditolak dengan untung operasi bagi mendapatkan

untung sebelum cukai. Kemudian untung sebelum cukai ini akan ditolak dengan cukai

sebanyak RM839,836,000 bagi mendapatkan untung selepas cukai iaitu sebanyak 

RM1,639,739,000.

3.2.2 Lembaran Imbangan

Lembaran imbangan meringkaskan kedudukan syarikat pada satu tempoh masa tertentu. Ia

menunjukan akaun-akaun asset, liability dan ekuiti syarikat. Melalui lembaran imbangan ini,

ia mengimbangkan asset syarikat dengan pembiayaannya sama ada dari pemiutang(liability)atau pun pemengang saham/pemilik(ekuiti). Bagi Maxis Berhad, jumlah asset syarikat bagi

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 23/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

23

tahun berakhir 31 Disember 2011 ialah RM1,011,967,900. Ia diimbangkan dengan jumlah

liability syarikat yang berjumlah RM3, 797,189,000 dan ekuiti syarikat yang berjumlah RM6,

322, 490,000.

3.2.3 Penyata Pendapatan Tertahan

Penyata ini menunjukkan bagaimana akaun pendapatan tertahan atas lembaran imbangan

diselaraskan. Ia diselaraskan antara dua tarikh lembangan yang berbeza. Ia menyelarasakan

untung bersih yang dicapai sepanjang tempoh dan sebarang dividen yang dibayar dengna

 pengan perubahan tertahan antara awal dan akhir tahun. Sebangai contoh, syarikat MAXIS

BERHAD bermula dengan pendapat tertahan sebanyak RM10,000 pada 31 Disember 2010

atau 1 Januari 2011 dan untung selepas cukai sebanyak RM3,000 ( data diambil dari penyata

 pendapatan). Dari keuntungan ini syarikat membayar dividen saham keutamaan sebanyak 

RM500 dan saham biasa RM1,000. Dengan ini, pendapatan tertahan syarikat meningkat dari

RM10,000 kepada RM11,500 pada 31 Disember 2011.

Contoh : Syarikat MAXIS BERHAD

Penyata Pendapatan Tertahan ( Bagi tahun berakhir 31 Disember 2010 )

Pendapatan tertahan, 1 Januari 2011 RM10,000

+ Untung bersih (sepanjang tahun 2004) RM3,000

- Dividen dibayar (sepanjang tahun 2004)

Saham Keutamaan RM500

Saham Biasa RM1,000

Jumlah dividen dibayar RM1,500

Pendapat Tertahan, 31 Disember 2004 RM11,500

3.2.4 Penyata Aliran Tunai

Penyata ini menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti syarikat seperti operasi, pembiayaan, dan

 pelaburan mempengaruhi kedudukan tunai dan sekuriti boleh pasar syarikat. Ia meringkaskan

aliran tunai sepanjang satu tempoh masa yang lazimnya bagi tahun berakhir. Data diambildari lembaran imbangan dan penyata pendapatan. Ia membantu pengurus kewangan untuk 

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 24/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

24

menilai kebolehan syarikat menghasilkan aliran tunai yang positif dan menilai kebolehan

syarikat untuk menjelaskan hutang, membayar dividen dan memberi pinjaman.

Ia terbahagi kepada 3 aktiviti utama di dalam penyata ini iaitu :

1. aktiviti operasi (merujuk kepada aktiviti yang berhubung secara

langsung dengan pengeluaran produk dan jualan dan perkhidmatan

syarikat seperti upah, gaji, belanja sewa/utility dan jualan/belian

 barang.)

2. aktiviti pelaburan (aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan belian dan

 jualan asset jangka panjang seperti pembelian dan penjualan asset tetap,

 pembelian saham dan bon serta memberi pinjaman kepad entity lain)

3. aktiviti pembiayaan (aktiviti yang berkaitan dengan liability semasa dan

 jangka panjang dan ekuiti pemilik seperti pembayaran semula pinjaman

 jangka pendek dan jangka panjang dan pembelian semula saham)

Kami telah memilih laporan penyata kewangan bagi Maxis Bhd bagi tahun berakhir 31

Disember 2011 sebagai rujukan bagi tugasan ini. Kesemua angka diringkaskan kepada

RM”000 juta. 

Nisbah Hutang - nisbah ini mengukur peratusan jumlah asset yang dibiayai dengan hutang

X100

Jumlah Liabiliti

Jumlah Aset

X100

3,797,189

1,011,967,9

- 37.5%

- Purata industri = 64.56%

Ulasan:

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 25/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

25

 Nisbah hutang Maxis Bhd yang berjumlah 37.5% iaitu kurang dari purata industri yang

 berjumlah 64.56% menunjukkan bahawa nisbah Maxis adalah rendah dan ini memberikan

Maxis lebih tinggi perlindungan kerugian pemiutang. Pemiutang juga yakin memberi

 pembiayaan atau pinjaman kepada Maxis berbading syarikat-syarikat lain kerana nisbahhutang Maxis adalah rendah berbanding dengan purata industri. Dari segi pengurusan Maxis

 pula, kita dapat menggangap bahawa mereka gemar menerbitkan ekuiti baru bagi membiayai

syarikat.

Nisbah Semasa -  Nisbah ini mengukur kemampuan syarikat memenuhi tuntutan pinjaman

 jangka dengan menggunakan asset semasa.

- Aset Semasa

Liabiliti semasa

- 4,164,439

2,744,955

- 1.52

- Purata Industri = 0.34

Ulasan:

 Nisbah semasa Maxis adalah tinggi berbanding dari purata industri menunjukkan keupayaan

syarikat untuk menjelaskan hutang jangka pendek dengan asset semasa. Ia menunjukkan

 bahawa Maxis mempunyai RM1.52 aset semasa untuk menjelaskan liability semasa mereka.

Modal Kerja Bersih - Ia mengukur dana yang dimiliki syarikat dalam menguruskan operasi

harian syarikat

- Aset Semasa - Liabiliti Semasa

- 4,164,439 – 2,744,955

- 1,419,484

- Purata Industri = 2,690,000

Ulasan:

Modal kerja bersih Maxis adalah lebih rendah daripada purata industri. Ini menunjukkan

 bahawa Maxis tidak berupaya untuk mnjelaskan hutang jangka pendeknya dan tidak 

mempunyai dana lebihan di dalam menguruskan operasi harian syarikat.

Nisbah Hutang Ekuiti - Ia mengukur jumlah hutang jangka panjang syarikat dengan

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 26/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

26

setiap ringgit ekuiti

X100

Liabiliti Jangka Panjang

Ekuiti Pemegang Saham

X100

1,052,234

6,082,667

- 17.3%- Purata industri= 18.4%

Ulasan:

Ini menunjukkan bahawa hutang jangka panjang Maxis sebanyak 17.3% adalah lebih rendah

 berbanding dengan ekuiti pemegang saham.

RUJUKAN

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/bbfm2104-pengurusan-kewangan-1/http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Rencana&pg=re_05.htm#ixzz2N41hMPYU

http://www.smartplanner.my/index.php?option=com_content&view=article&id=85:pengurus

an-kewangan-syarikat-dan-organisasi&catid=41:financial-planning-blog&Itemid=79

http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=65

http://www.pts.com.my/

http://www.maxis.com.my

http://www.khazanah.com.my/leadership.htm

http://www.tm.com.my

http://www.digi.com.my

http://www.cagamas.com.my

Profesor Madya Dr.Yusnidah Ibrahim et. All (2006). Open University Malaysia:  Pengurusan

 Kewangan 1 BBFM 2104.Kuala Lumpur. Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 27/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

27

LAMPIRAN - ANALISIS PENYATA KEWANGAN 

Objektif modul :

(3)  Menilai kedudukan kewangan firma dengan menggunakan penyata

kewangannya.

(4)  Mengetahui kelemahan firma dan mengenalpasti tindakan yang boleh diambil 

 Bagi membaiki keadaan firma tersebut.

PENGENALAN

  Kemajuan syarikat boleh dinilai dari segi kedudukan kewangannya.

  Penilaian keatas kemajuan sesebuah syarikatadalah penting bagi beberapa pihak.

Mereka terdiri daripada :

(3) Pihak luar 

(4) Pihak pengurusan

  Analisis dibuat keatas laporan kewangan syarikat yang terdiri daripada :

(4) Kunci kira-kira

(5) Penyata pendapatan

(6) Penyata perubahan kedudukan kewangan

-   penyata sumber dan pengguna dana.

  Tiga jenis analisis yang boleh dilakukan iaitu :(4) Analisis kunci kira-kira

(5) Analisis penyata pendapatan

(6) Analisis kewangan

ANALISIS KUNCI KIRA-KIRA

  Ianya memberi gambaran pintas mengenai komponen dan kandungan

dalam kunci kira-kira iaitu :

(1) Jenis dan jumlah aset tetap

(2) Keadaan aset semasa

(3) Bagaimana aset dibiayai

  Menggambarkan kedudukan syarikat pada masa yang tertentu.

  Perbandingan diantara satu komponen boleh boleh dibuat dalam bentuk peratusan.

  Perbandingan kemajuan diantara satu syarikat dengan syarikat yang lain dalam

industri yang sama. Ianya digunakan sebagai panduan bagi memperbaiki kedudukan

kewangan.

  Tren didapati dengan membuat analisis bagi beberapa tahun.

ANALISIS PENYATA PENDAPATAN.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 28/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

28

  Ianya digunakan untuk menentukan sama ada syarikat menguntungkan atau

mengalami kerugian bagi sesuatu tempoh kewangan.

  Ianya digunakan untuk melihat Tren keuntungan dan pusing ganti jualan (sales 

turnover ) bagi beberapa tahun sebelumnya. 

   Nisbah antara kos-kos atau belanja dengan jualan atau keuntungan dapat ditentukan ,

dan perbandingan dapat dilakukan keatas nisbah-nisbah tersebut : - bagi melihat keberkesanan pengurusan kos dan belanja bagi

syarikat tersebut.

ANALISIS NISBAH KEWANGAN.

  Perkaitan antara satu item dengan item yang lain dalam penyata

kewangan dapat dilihat.

  Ianya digunakan bagi bagi mengukur kemantapan atau ketidakstabilan

kedudukan kewangan bagi sesebuah syarikat.

   Nisbah ini adalah penting bagi pihak pengurusan :

(1) dalam membuat jangkaan bagi situasi masa depan.

(2) Sebagai permulaan dalam tindakan perancangan yang mana .

. akan mempengaruhi situasi syarikat pada masa hadapan.

   Nisbah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :

(a) Nisbah kecairan

(b) Nisbah aktiviti atau nisbah pengurusan aset

(c) Nisbah keuntungan

(d) Nisbah leveraj kewangan atau nisbah pengurusan pinjaman ,

( DAN LAIN-LAIN . )

a) NISBAH KECAIRAN ( LI QUIDI TY RATIOS )

  Kecairan dapat dilihat dari segi keupayaan untuk menukar aset semasa

kepada tunai pada nilai berpatutan dengan kadar segera.

   Nisbah kecairan mengukur keupayaan sesuatu syarikat untuk memenuhi

tuntutan semasa jangka pendek.

  Antara jenis nisbah kecairan ialah :

(1)  Nisbah semasa

(2)  Nisbah cepat ( ujian asid ).

(3)  Nisbah tunai

1)  NISBAH SEMASA ( CURRENT RATIO )

  Formula : ASET SEMASA = (KALI)

LIABILITI SEMASA

  Ia mengukur keupayaaan aset semasa untuk memenuhi tuntutan semasa.

2) NISBAH CEPAT/ UJIAN ASID ( QUICK RATIO/ ACID TEST RATIO )

  Formula : 

ASET SEMASA = ( KALI )

LIABILITI SEMASA

ASET SEMASA – INVENTORI = ( KALI )

LIABILITI SEMASA

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 29/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

29

  Ia mengukur keupayaan asset cair firma dalam memenuhi tuntutan jangka

 pendek, tanpa bergantung kepada penjualan inventori . - inventori  : asset semasa yang paling tidak cair.

3) NISBAH TUNAI

  Formula : 

  Ia menunjukkan kecairan sebenar syarikat kerana ia tidak melibatkan asset

semasa yang tidak dapat ditukarkan kepada tunai dalam tempoh yang singkat. 

b) NISBAH AKTIVITI atau NISBAH PENGURUSAN ASET

( ACTIVITY RATIOS )

  Ia mengukur keberkesanan syarikat menggunakan asset. 

  Ia terdiri daripada : 

(1)  Nisbah pusing ganti akaun belum terima (penghutang).

(2) Tempoh purata kutipan

(3)  Nisbah pusing ganti inventori

(4)  Nisbah pusing ganti asset tetap(5)  Nisbah pusing ganti jumlah asset

1) NISBAH PUSING GANTI AKAUN BELUM TERIMA/ PENGHUTANG

( DEBTORS TURNOVER )

  Formula : 

  Ia mengukur berapa kali pusing ganti akaun belum terima kepada tunai dalam

setahun 

  Hasil nisbah yang tinggi menunjukkan : 

(1) Kecekapan dalam mengutip hutang

(2) Syarikat mempunyai penghutang yang berkualiti, atau

(3) Dasar kredit syarikat adalah terlalu ketat

2) TEMPOH PURATA KUTIPAN ( AVERAGE COLLECTION PERIOD )

  Formula : 

JUM. TUNAI & SEKURITI BOLEH PASAR = ( KALI )

JUM. LIABILITI SEMASA

JUALAN KREDIT BERSIH TAHUNAN = ( KALI )

AKAUN BELUM TERIMA

AKAUN BELUM TERIMA = ( HARI )

JUALAN / 360 HARI

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 30/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

30

  Ia mengukur tempoh purata masa yang perlu ditunggu oleh syarikat selepas

membuat jualan kredit bagi mendapatkan bayaran. 

  Ia merupakan bilangan hari jualan tersebut terikat kepada penghutang. 

3) NISBAH PUSING GANTI INVENTORI ( STOCKS TURNOVER )

  Formula :

  Ia mengukur keberkesanan syarikat dalam mengawal pelaburan dalam

inventori/ stok atau penggunaan inventori.

  Ia melihat secara kasar berapa kali dalam setahun barangan seunit habis dijual

dan distok semula.

  Ia dapat menentukan sama ada syarikat mempunyai :

(1) Terlalu banyak inventori – Nisbah rendah

(2) Terlalu sedikit inventori – Nisbah tinggi

4) PUSING GANTI ASET TETAP ( FIXED ASSETS TURNOVER ) 

  Formula :

  Ia mengukur penggunaan asset tetap dalam menghasilkan jualan

5) PUSING GANTI JUMLAH ASET ( TOTAL ASSETS TURNOVER ) 

  Formula :

  Ianya mengukur kecekapan asset (jumlah asset) dalam menghasilkan jualan.  Ia digunakan bagi mengukur keberkesanan syarikat dalam menggunakan asset (

contoh : mesin, loji, dan peralatan ) bagi menghasilkan jualan.

c)  NISBAH KEBERUNTUNGAN ( PROFITABILITY RATIOS )

  Ia melihat kecekapan operasi sesebuah syarikat. 

  Ianya menunjukkan keberkesanan syarikat dalam menjalankan aktiviti

 perniagaannya bagi mencapai untung maksima. 

  Ianya memperlihatkan kesan campuran bagi kecairan, pengurusan asset dan

hutang ke atas hasil operasi atau keluaran. 

  Antara nisbahnya ialah : (1)  Margin untung kasar 

KOS BARANGAN DIJUAL = ( KALI )

PURATA INVENTORI

JUALAN = ( KALI )

ASET TETAP

JUALAN = ( KALI )

JUMLAH ASET

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 31/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

31

(2)  Margin untung bersih

(3)  Pulangan keatas ekuiti

(4)  Pulangan keatas asset

(5)  Kuasa perolehan

(6)  Perolehan per syer 

1) MARGIN UNTUNG KASAR ( GROSS PROFIT MARGIN )

  Formula :

  Ia merupakan untung kasar syarikat berbanding jualan iaitu untung kasar bagi

setiap ringgit yang dilaburkan.

  Ia menunjukkan peratusan harga (pendapatan) yang boleh dikurangkan sebelum

syarikat mengalami rugi kasar.

   Nisbah juga memberi gambaran secara kasar kedudukan harga jualan sesebuah

syarikat berbanding dengan harga pesaing.

2) MARGIN UNTUNG GERSIH ( NET PROFIT MARGIN )

  Formula : 

  Ia mengukur kadar untung bersih hasil dari setiap RM1 jualan. 

3) PULANGAN KEATAS EKUITI ( RETURN ON NET

WORTH/ EQUITY  – ROE )

  Formula : 

  Ia mengukur keupayaan ekuiti yang telah dilaburkan oleh pemegang saham ke

dalam syarikat bagi menghasilkan keuntungan.

4) PULANGAN KEATAS ASET ( RETURN ON TOTAL ASSETS  – ROA )

= UNTUNG KASAR

JUALAN

= JUALAN – KOS BARANG DIJUAL X 100

= UNTUNG BERSIH X 100

JUALAN

= UNTUNG BERSIH SEDIA ADA BAGI PEMEGANG X 100

SAHAM BIASA

UNTUNG BERSIH X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM BIASA

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 32/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

32

  Formula : 

  Ia mengukur keupayaan asset syarikat untuk menghasilkan keuntungan bagi

setiap RM1 aset yang dilaburkan. 

   Nisbah yang rendah mungkin disebabkan oleh beberapa factor iaitu : 

(1) Terlalu banyak asset yang terbiar ( idle )

(2) Terlalu banyak asset yang usang kurang produktif, atau

(3) Kos penyelenggaraan yang tinggi.

5) KUASA PEROLEHAN (BASIC EARNING POWER  – BEP )

  Formula : 

  Ia mengukur keupayaan syarikat dalam menghasilkan pulangan keatas asset

sebelum cukai dan leveraj (pinjaman berkos). 

6) PEROLEHAN PER SYER ( EARNINGS PER SHARE )

  Formula : 

  Ia memperlihatkan jumlah pendapatan bagi setiap unit saham. 

d) NISBAH LEVERAJ KEWANGAN atau NISBAH PENGURUSAN

PINJAMAN ( FINANCIAL LEVERAGE or DEBT MANAGRMENT

RATIOS )

  Ia mengukur setakat mana syarikat dibiayai oleh hutang/ pinjaman.

  Antara nisbah keuntungan adalah :

(1)  Nisbah hutang – asset

(2)  Nisbah hutang - ekuiti

(3)  Nisbah pinjaman jangka panjang – ekuiti(4)  Nisbah lindungan

UNTUNG BERSIH X 100

JUMLAH ASET

UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100

JUMLAH ASET

UNTUNG BERSIH X 100

BILANGAN SAHAM BELUM TEBUS

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 33/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

33

1) NISBAH HUTANG  – ASET ( TOTAL DEBT TO TOTAL ASSETS ) 

  Formula :

  Ia mengukur secara relative peratusan pembiayaan terhadap asset ( bagi

kegunaan operasi syarikat ) yang dibiayai melalui hutang/ pinjaman jangka

 pendek dan jangka panjang.

2) NISBAH HUTANG  – EKUITI ( DEBT TO EQUITY )

  Formula :

  Ia menunjukkan tahap mana pembiayaan hutang/pinjaman yang digunakan

 berbanding dengan penggunaan ekuiti oleh pemilik.

3) NISBAH HUTANG/PINJAMAN JANGKA PANJANG  – EKUITI

(LONG  – TERM DEBT TO EQUITY ) 

  Formula :

  Ia mengukur tahap penggunaan pinjaman jangka panjang berbanding ekuiti dalam

struktur modal syarikat.

4) NISBAH LINDUNGAN ( COVERAGE RATIO : TIMES INTEREST

EARNED  – TIE )

  Formula :

JUMLAH HUTANG/PINJAMAN X 100

JUMLAH ASET

JUM. HUTANG/PINJAMAN X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

PINJAMAN JANGKA PANJANG X 100

EKUITI PEMEGANG SAHAM

= PINJAMAN JANGKA PANJANG X 100

UNTUNG SEBELUM FAEDAH & CUKAI X 100

JUMLAH BELANJA FAEDAH

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 34/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

34

  Ia mengukur keupayaan syarikat untuk membayar bunga atau faedah bagi

 pinjaman berdasarkan perolehannya.

  Ia menunjukkan setakat mana operasi syarikat berupaya untuk membayar faedah

keatas pinjaman.

e)  PELBAGAI JENIS NISBAH

1)  NISBAH HARGA/PENDAPATAN ( PRICE EARNING RATIOS  – PE)

 Formula :

 Ia melihat sama ada harga saham berpatutan dengan pendapatan yang

Diperolehi

2)  KADAR HASIL DIVIDEN ( DIVIDEND YIELD )

 Formula :

  Ia menunjukkan kadar yang diperolehi oleh pemegang saham berdasarkan

harga pasaran saham tersebut.

3)  NISBAH BAYARAN DIVIDEN ( DIVIDEND PAYOUT )

  Formula :

  Ia menunjukkan peratusan untung yang dibayar dalam bentuk dividen.

f)  KELEMAHAN ANALISIS KEWANGAN

HARGA PASARAN PER SYER X 100

PEROLEHAN PER SYER

DIVIDEN PER SYER X 100

HARGA PASARAN PER SYER

DIVIDEN TAHUNAN PER SYER X 100

PEROLEHAN PER SYER

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 35/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512 

35

  Kebanyakkan syarikat menjalankan operasinya dalam beberapa bahagian industri

yang berbeza.

  Perbandingan nisbah antara syarikat dengan syarikat lain atau dengan

 purata industri adalah sukar dan tidak bermakna.

  Inflasi memberi gambaran lain bagi kunci kira-kira.

  Factor yang bermusim dalam perniagaan.  Kos sejarah.

  Penggunaan “ window dressing   “ bagi memmembuatkan penyata syarikat elok 

dibaca, dan digunakan untuk tujuan penganalisisan.

  Kendalian operasi dan cara merekod perakaunan yang berbeza.

  Sukar untuk definasikan nisbah yang “ baik  “ dan “ tidak baik  “.

7/16/2019 BBPW3103 RUBIYA

http://slidepdf.com/reader/full/bbpw3103-rubiya 36/36

BBPW 3103 RUBIYA KARIM

800760720512