bahan essi

35
ABSTRAK Thailand, Indonesia dan Myanmar merupakan antara negara di Asia Tenggara yang telah berjaya meletakkan diri mereka di bawah senarai ‘World Heritage Site’ dan ini menjadikan mereka antara pusat tumpuan pelancongan utama dunia. Malaysia telah mensasarkan pengiktirafan status ‘World Heritage Site’ ini bagi dua bandar warisan iaitu Melaka dan Pulau Pinang daripada UNESCO sejak dulu lagi, namun sehingga hari ini, ia masih belum berjaya. Pengiktirafan ini dirasakan amat penting oleh Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan kerana ia dapat membantu menjana industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong dunia gemar melancong ke bandar warisan dunia kerana ia dapat menjanjikan pengalaman bukan sahaja dari segi akitektur dan sejarah malah kebudayaan tempatan yang tidak mungkin diperolehi di tempat lain. Pemuliharaan bandar warisan di Malaysia hari ini tidak dilakukan dengan baik, dimana ia telah diabaikan dan merugikan banyak pihak. Objektif kajian ini dijalankan ialah bagi mengenalpasti bandar-bandar lain yang berpotensi dipulihara sebagai bandar warisan. Disamping menyediakan garispanduan pemuliharaan bandar warisan dan pengurusan pelancongan bagi bandar warisan di Malaysia. Selain daripada itu kajian ini juga diharapkan dapat membantu bandar warisan di Malaysia mendapatkan pengiktirafan sebagai Warisan Dunia yang mana ia merupakan pengiktirafan yang dapat membantu didalam menjana ekonomi negara. Kata kunci: World Heritage Site, Bandar Warisan, Pelancongan, Warisan Dunia, Ekonomi. 1. PENGENALAN “Warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi. Kemusnahan atau kehilangan budaya atau alam semulajadi ini akan mengakibatkan kepupusan warisan bagi

Upload: maznah-harun

Post on 30-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

ABSTRAK

ABSTRAKThailand, Indonesia dan Myanmar merupakan antara negara di Asia Tenggara yang telah berjaya meletakkan diri mereka di bawah senarai World Heritage Site dan ini menjadikan mereka antara pusat tumpuan pelancongan utama dunia. Malaysia telah mensasarkan pengiktirafan status World Heritage Site ini bagi dua bandar warisan iaitu Melaka dan Pulau Pinang daripada UNESCO sejak dulu lagi, namun sehingga hari ini, ia masih belum berjaya. Pengiktirafan ini dirasakan amat penting oleh Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan kerana ia dapat membantu menjana industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong dunia gemar melancong ke bandar warisan dunia kerana ia dapat menjanjikan pengalaman bukan sahaja dari segi akitektur dan sejarah malah kebudayaan tempatan yang tidak mungkin diperolehi di tempat lain. Pemuliharaan bandar warisan di Malaysia hari ini tidak dilakukan dengan baik, dimana ia telah diabaikan dan merugikan banyak pihak. Objektif kajian ini dijalankan ialah bagi mengenalpasti bandar-bandar lain yang berpotensi dipulihara sebagai bandar warisan. Disamping menyediakan garispanduan pemuliharaan bandar warisan dan pengurusan pelancongan bagi bandar warisan di Malaysia. Selain daripada itu kajian ini juga diharapkan dapat membantu bandar warisan di Malaysia mendapatkan pengiktirafan sebagai Warisan Dunia yang mana ia merupakan pengiktirafan yang dapat membantu didalam menjana ekonomi negara.

Kata kunci: World Heritage Site, Bandar Warisan, Pelancongan, Warisan Dunia, Ekonomi.

1. PENGENALAN

Warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional, tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi. Kemusnahan atau kehilangan budaya atau alam semulajadi ini akan mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia. (Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972). Bagi mengelakkan kepupusan daripada berlaku, dan kita kehilangan warisan kita, maka kita perlulah mengambil langkah memulihara segala warisan yang ada hari ini. Pemuliharaan merupakan satu bidang berbagai disiplin dimana ia merangkumi pemuliharaan bangunan bersejarah, monumen, kawasan bandar, aspek sosio-ekonomi, budaya dan tapak sejarah. Ia memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam bidang ini. Secara praktiknya, ia melibatkan berbagai pakar dalam berbagai bidang dan professional termasuklah akitek, jurukur bahan, kontraktor bangunan, perancang bandar, ahli sejarah, pakar barangan antik, tukang ukir dan lain-lain. Warisan seperti mana yang dimaksudkan di dalam kamus Oxford adalah sesuatu yang akan atau telah diwarisi yang mana akan melibatkan dua pihak iaitu generasi lepas dan akan datang. Produk warisan termasuk bangunan dan monumen yang mempunyai nilai sejarah dan senibina, tapak warisan dan juga keunikan budaya masyarakat tempatan. Di dalam kontek ini, bandar warisan yang dimaksudkan ialah sebuah bandar yang masih mengekalkan segala yang ada pada satu masa dahulu sehinggalah apa yang ada pada hari ini. Bandar warisan merupakan sebuah bandar yang telah dipulihara. Ia merupakan bandar yang menghubungkan dua generasi iatu generasi dahulu dan kini. Mengikut Masser (1994) bandar warisan adalah kuasa yang menghubungkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain, ia bukan setakat hanya sesuatu yang kita wariskan kepada generasi masa hadapan tetapi sesuatu yang kita ingin hargai dan rasai untuk satu jangkamasa yang panjang. Bagi memastikan bandar warisan di Malaysia disenaraikan di dalam warisan dunia, ia perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh sebuah badan yang diiktiraf dunia iaitu UNESCO. Kriteria ini bermaksud ia perlulah mempunyai nilai kecemerlangan alam sejagat. Kriteria ini ada di terangkan di dalam Garispanduan Operasi yang mana ia merupakan sebahagian daripada teks konvensyen di dalam dokumen utama Pertubuhan Warisan Dunia. Ianya sering disemak semula bagi memastikan ia menepati konsep warisan dunia. Ia dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu budaya dan alam semulajadi, 1978- 1997. Bagi memastikan sesebuah bandar tersenarai sebagai bandar warisan, ia perlulah memenuhi kriteria di dalam kumpulan budaya. Setakat ini kita telah cuba mencadangkan dua buah bandar di negara ini iaitu Melaka dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada warisan dunia. Namun sehingga kini masih belum menampakkan hasil yang sepatutnya. Kelemahan kita di dalam hal ini mungkin disebabkan penyediaan dossier yang kurang kukuh atau bandar warisan kita masih tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Warisan Dunia. Selain menjadikan bandar warisan ini sebagai warisan negara, elemen warisan ini perlulah dipromosikan sebagai salah satu produk utama pelancongan negara. Malaysia mensasarkan sebanyak 24.6 juta pelancong bagi tahun 2010. Ini akan mendatangkan banyak keuntungan kepada negara. Selama ini industri pelancongan telah menyumbang kepada pendapatan negara dengan menjadi penyumbang kedua tertinggi sepanjang tahun 1999-2001. Pada tahun 2002, kira-kira 3 juta pelancong telah melancong ke negara kita dan industri pelancongan telah memperolehi RM930 juta. Namun begitu, tarikan kedatangan pelancong ke negara kita selama ini adalah disebabkan eko-pelancongan negara dan karnival membeli belah yang dijalankan oleh kerajaan. Kita telah lupa sumber sediada yang banyak terdapat di negara kita iaitu bandar warisan. Dimana mengikut analisa industri pelancongan dunia, kebanyakan pusat tarikan pelancongan utama dunia ialah bandar warisan yang disenaraikan sebagai warisan dunia. Malaysia sebenarnya tidak kurang hebat. Kita mempunyai banyak bandar warisan yang boleh dipulihara dan disenaraikan sebagai warisan dunia dan menjadi tarikan pelancong contohnya bandar Melaka, Georgetown, Taiping, Kota Bahru dan Kuching. Pemuliharaan bandar warisan ini akan memberikan banyak kelebihan kepada bandar tersebut seperti pulangan ekonomi yang tinggi kepada berbagai sektor termasuklah kepada agen pelancongan, operator pelancongan dan pemilik premis. Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengenalpasti 12 destinasi pelancongan utama di Malaysia. Ia adalah Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Kuala Lumpur, Melaka, Tasik Bera, Taman Negara, Sarawak, Lembah Danum , Gunung Kinabalu, Tasik Kenyir dan Johor Bahru. Namun begitu kebanyakan tempat tarikan pelancong ini adalah eko-pelancongan. Pemuliharaan bandar warisan ini perlulah diikuti dengan sasaran kita untuk menyenaraikan bandar-bandar warisan ini sebagai warisan dunia. Pengiktirafan sebagai warisan dunia amat penting dan bernilai, bukan sahaja kepada masyarakat komuniti dan negara, tetapi juga kepada masyarakat dunia itu sendiri dimana kita boleh berkongsi dengan semua, warisan dunia yang tinggal. Disamping itu yang lebih penting lagi, pengiktirafan ini akan membuka mata masyarakat dunia untuk datang melancong dan melawat bandar warisan di Malaysia dan ini akan menyumbang menambah ekonomi negara dari industri pelancongan. Kebanyakan bandar warisan yang menjadi pusat tarikan pelancongan dunia adalah bandar yang mempunyai tarikan tersendiri samada dari segi sejarah, pembangunan, rekabentuk senibina, budaya dan sebagainya. Namun begitu yang menjadi minat dan ikutan pelancong hari ini ialah melancong ke bandar yang tersenarai sebagai warisan dunia. Pelancong ingin melihat sendiri warisan dunia yang sukar didapati di tempat lain. Bandar warisan seperti York, Bath, Cambridge dan Oxford di England, Paris di Perancis, Venice, Pisa dan Florence di Italy dan Amsterdam di Belanda amat dikenali oleh pelancong dunia. Kesemua bandar warisan ini berjaya memulihara dan mengekalkan bangunan, kawasan dan budaya masyarakatnya bagi tujuan pelancongan dan mereka berbangga dengan kejayaannya. Bandar yang membangun dan maju boleh didapati dimana-mana, namun bandar warisan terhad bilangannya. Kebanyakan pelancong ingin merasai sendiri pengalaman senibinanya, mendalami sejarah dan budaya masyarakatnya yang mana tidak boleh diperolehi dimana-mana di dunia ini lagi. Jika diperhatikan secara kasar, United Kingdom merupakan sebuah negara maju, namun ia juga dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai pilihan tapak dan bandar warisan untuk dilawati. Ia berjaya menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia terutama pelancong yang cintakan sejarah. Walaupun ia merupakan sebuah negara maju, namun masyarakatnya begitu menghargai warisan yang dipusakai. Frank McAveety MSP, Menteri Pelancongan dan Budaya dan Sukan United Kingdom melaporkan bahawa suasana alam sejarah adalah penyumbang besar kepada ekonomi UK hari ini. Tidak dapat disangkal bahawa kedatangan pelancong ke negara mereka bagi melawat tapak bersejarah seperti Stonehenge dan bandar warisan seperti Oxford dan Bath amat membantu di dalam menjana ekonomi negara mereka. PPG15 mendapati, bukannya sukar untuk melihat pemuliharaan dan pembangunan ekonomi berada seiring, malah saling memerlukan. Kebanyakan bangunan bersejarah boleh digunakan bagi tujuan ekonomi, sebagai contohnya, komersil atau penempatan dan pelancongan. Ianya adalah sumber material yang berharga dan menyumbang ke arah perkembangan ekonomi sekiranya ia benar-benar diuruskan dengan baik. Sebagai pulangannya, perkembangan ekonomi akan memastikan pemuliharaan kawasan dan bangunan bersejarah berlaku berterusan.

2. PENYATAAN MASALAH

Sepertimana negara-negara lain yang amat perihatin mengenai bandar warisan yang merangkumi pemuliharaan bangunan, kawasan dan budaya, Malaysia juga mengalami masalah dalam menangani masalah tersebut, dan empat masalah utama adalah seperti berikut:1. Di bawah Akta Antikuiti 1976, bangunan bersejarah atau monumen hendaklah berumur sekurang-kurangnya 100 tahun untuk disenaraikan atau digazet oleh kerajaan di bawah Jabatan Muzium bagi memberi perlindungan dan galakan untuk dikekalkan dan dipulihara. Namun begitu, kebanyakan bangunan bersejarah yang mana merupakan salah satu elemen penting di dalam sebuah bandar warisan masih tidak mencapai umur tersebut atau jika ia mencapai pun ianya tidak dilindungi dan kebanyakannya diabaikan dan telah musnah. Masyarakat kita kurang kesedaran untuk menghargai dan memulihara bandar warisan, yang mana pembangunan telah menghapuskan semua warisan sedia ada.2. Kita masih kekurangan pakar teknikal dan pekerja mahir di dalam menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bandar warisan. Selain daripada itu kita juga kekurangan tenaga profesional didalam pengurusan bandar warisan mahupun pengurusan pelancongan bandar warisan itu sendiri.3. Dokumentasi dan sistem merekod bagi bandar warisan di Malaysia tidak sesuai dan tidak lengkap.Ini menyukarkan langkah mengenalpasti kaedah pemuliharaan yang perlu dijalankan dan menentukan dana peruntukan untuk kerja pemuliharaan.

Hari ini, banyak badan dan organisasi yang amat prihatin di dalam memulihara warisan negara seperti Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKwa), Badan Warisan Malaysia; Penang Heritage Trust; Perak Heritage Society; Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM); Jabatan Muzium dan Antikuiti dan lain-lain. Pemuliharaan bandar warisan bukan sahaja cara untuk menarik kedatangan pelancong, tetapi ia mempunyai impak yang besar yang lebih luas dan lebih penting. Kelebihannya termasuklah:1. Menjaga warisan bangsa daripada pupus.2. Menambah pendapatan negara.3. Memperkenalkan Malaysia dimata dunia.4. Menaiktaraf kedudukan sebuah bandar.5. Mendapat lambang prestij antarabangsa.

Penyelidikan ini akan tertumpu kepada bandar warisan sebagai warisan yang perlu dilindungi dan dipulihara. Bandar warisan termasuklah bangunan, kawasan dan budaya sesuatu tempat itu. Penumpuan ke atas bandar warisan ini akan mengecilkan lagi skop penyelidikan agar tumpuan dapat diberikan berbanding warisan secara amnya. Penyelidikan ini juga diharap dapat memberikan gambaran dan pemahaman yang lebih luas di dalam isu pemuliharaan bandar warisan sebagai warisan dunia dan industri pelancongan di Malaysia. Penyelidikan ini akan menitikberatkan perkara-perkara berikut:1. Bagaimana untuk menyedarkan masyarakat tempatan tentang kepentingan bandar warisan.2. Mengenalpasti bandar yang berpotensi dijadikan bandar warisan negara.3. Bagaimana menjadikan bandar warisan sebagai aset utama industri pelancongan negara.4. Bagaimana untuk menyenaraikan bandar warisan di Malaysia sebagai Warisan Dunia.5. Bagaimana pengurusan industi pelancongan warisan dapat dijalankan dengan efektif.

3. ULASAN DARI PENYELIDIKAN TERDAHULU BERHUBUNGKAIT DENGAN PENYELIDIKAN

Secara umumnya, penyelidikan berhubung bandar warisan di Malaysia sebagai warisan dunia dan pengurusan pelancongannya belum lagi dijalankan secara mendalam oleh mana-mana penyelidik. Sekiranya ada, namun fokusnya adalah berlainan.Namun begitu, terdapat beberapa penulis buku dari luar yang telah menjalankan kajian untuk buku mereka dan ini juga banyak membantu dalam penyelidikan ini. Antara penyelidikan yang telah dijalankan dan juga memberi fokus kepada bandar warisan adalah Yahya Ahmad (2005). Di dalam tesis penyelidikan PhDnya, beliau telah mendalami bandar warisan di Asia dan memfokus kepada pengurusan bandar warisan. Penyelidikan beliau berbeza dengan fokus penyelidikan yang akan dijalankan dimana penyelidikan ini akan memberi fokus kepada pengurusan pelancongan. Orbasli (2000) penyelidik PhD dari University of York juga ada membuat penyelidikan berkenaan pemuliharaan bandar warisan dan pengurusannya, namun pendekatan yang diambil oleh beliau lebih kepada bandar-bandar di Eropah yang mana masyarakatnya memang menghargai warisan mereka. Ini berbeza dengan penyelidikan yang akan dibuat memandangkan penyelidikan ini akan tertumpu kepada Malaysia yang masih baru di dalam bidang pemuliharaan bandar warisan dan cuba untuk menjadikan bandar warisan sebagai salah satu sumber utama didalam industri pelancongan negara. A Ghafar Ahmad (1998) di dalam penyelidikan jangka pendek bergerannya telah melakukan penyelidikan tentang bandar warisan sediada seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kota Bharu. Di dalam kertas kerja ini beliau mendalami tentang bangunan, tapak dan budaya warisan yang ada di bandar tersebut. Manakala A Ghafar Ahmad (2004) telah menyambung penyelidikan tersebut dengan membuat penyelidikan bagaimana untuk memaksimakan tapak warisan sediaada sebagai pusat pelancongan. Terdapat perbezaan nyata disini mengenai tapak dan bandar warisan iaitu tapak hanyalah satu kawasan manakala bandar merangkumi bangunan, kawasan dan budaya. Larkham (1996) telah membincangkan tentang pemuliharaan bandar. Beliau mendapati bahawa sekiranya perubahan ingin dilakukan ke atas sesebuah bandar warisan, maka pengurusan yang tersusun perlulah dilakukan bagi memastikan sesebuah bandar warisan itu tidak terus pupus ditutupi oleh pembangunan. Di dalam bukunya ada dinyatakan, bahawa jika anda mempunyai bangunan lama yang terbiar, jadikan ia muzium. Salah satu fungsi utamanya adalah bagi menarik pelawat. Ada antaranya yang berjaya,dan tersenarai di dalam senarai antara sepuluh pusat tarikan warisan. Hanna (1999) di dalam bukunya ada membuat analisis bahawa dianggarkan lebih kurang 70 juta pelancong telah melancong ke kawasan bersejarah pada tahun 1998, yang mana kebanyakannya adalah gereja, 12.4 juta melawat taman, 63.3 pelancong melawat muzium dan galeri dan 21 juta telah ke tempat hidupan liar. Setiap tahun pertambahan pelancong naik sebanyak lebih kurang 4%. Purata keuntungan yang diperolehi daripada industri pelancongan sejarah di England sahaja adalah 270 juta pound. Ia telah membuktikan bahawa industri pelancongan warisan boleh memberikan pulangan yang baik sekiranya diuruskan dengan baik. Lain-lain penyelidikan berkaitan pemuliharaan ada dijalankan tetapi ia lebih memfokus kepada pemuliharaan dari aspek lain, terutamanya pemuliharaan bangunan bersejarah. Sepertimana Siti Norlizaiha Harun (2004) di dalam tesis PhD Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia. Beliau telah membuat penyelidikan yang mana lebih tertumpu kepada amalan praktis kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia. Hasil penyelidikannya, beliau telah menggariskan panduan kepada pengamal-pengamal praktis pemuliharaan, amalan yang terbaik dijalankan bagi kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Penyelidikan beliau ini akan membantu pengamal praktis pemuliharaan di dalam menjalankan kerja pemuliharaan yang teratur dan berkesan. A Ghafar Ahmad (1993) pula telah menjalankan penyelidikan yang lebih memberi tumpuan kepada pemuliharaan Bangunan Kolonial yang dibina sekitar tahun 1800-1930. Di dalam tesis PhD ini beliau lebih melihat dari segi teknikal kaedah pemuliharaan bangunan dan menyelidik kerosakan yang berlaku pada bangunan-bangunan tersebut. Terdapat juga kajian yang telah dijalankan oleh Syed Zainol Abidin Idid (1995) dengan kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia. Ia merupakan kajian inventori bangunan warisan di Malaysia. Kajian beliau lebih kepada mengenalpasti identiti setiap bandar berdasarkan rupabentuk bangunan yang terdapat di bandar-bandar tersebut. Beliau menyediakan panduan mengenali warisan rupabandar disamping memberikan bilangan bangunan warisan yang terdapat disesebuah negeri di Malaysia. Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh beberapa individu bagi tesis sarjana. Antara penyelidikan tersebut adalah penyelidikan yang dijalankan oleh Kamarul Syahril Kamal (2001). Beliau telah menyelidik mengenai kerosakan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah. Lilawati Ab Wahab (2001) pula telah menjalankan penyelidikan berkenaan sistem pencegah kebakaran di bangunan bersejarah dan Kartina Alaudin (2001) pula membincangkan faktor-faktor kejayaan kritikal dalam projek pemuliharaan.

4. OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Objektif penyelidikan ini adalah bagi mengatasi isu semasa yang berhubung kait dengan kepentingan bandar warisan di dalam industri pelancongan negara. Tujuan utama penyelidikan ini adalah bagi:1. Mengkaji kepentingan pemuliharaan bandar warisan sebagai warisan negara.2. Mengkaji Bandar Warisan Dunia sebagai pusat tarikan pelancong.3. Menghasilkan satu garispanduan pengurusan pelancongan bandar warisan bagi mengelakkan dan menyelesaikan masalah pengurusan pelancongan warisan di dalam industri pelancongan hari ini.4. Mengoptimakan kaedah pengurusan industri pelancongan dari negara luar ke Malaysia.

5. PERSOALAN PENYELIDIKAN

1. Mengapa pemuliharaan bandar warisan di Malaysia diabaikan?2. Bandar manakah yang berpotensi dijadikan bandar warisan di Malaysia?3. Bagaimanakah untuk menyenaraikan bandar warisan ini sebagai Warisan Dunia?4. Mengapakah industri pelancongan bandar warisan di Malaysia tidak maju?

6. METADOLOGI PENYELIDIKAN

Metadologi yang akan digunakan bagi penyelidikan ini adalah gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dimana ia dirasakan akan dapat memberikan hasil yang lebih baik. Ia terdiri daripada beberapa peringkat iaitu bermula dengankerja teori, melakukan temubual dan soalselidik, menjalankan kajian kes, menjalankan kerja penyelidikan, mengumpul data utama dan sekunder dan seterusnya menganalisa kesemua data yang telah dikumpulkan untuk mendapatkan hasil penyelidikan yang telah dibuat.

6.1 KERJA TEORI

Kerja teori merupakan satu bahagian yang amat penting dijalankan oleh penyelidik bagi mendapatkan pemahaman yang jelas dan menambah maklumat sediaada penyelidik. Penyelidik perlulah sekurang-kurangnya mendapatkan maklumat teori tidak melebihi sepuluh tahun lepas bagi memastikan maklumat tersebut adalah maklumat semasa dan terkini. Kerja teori ini tidak terhad kepada buku sahaja malahan meluas kepada jurnal, kertas kerja seminar, laman web, akhbar dan lain-lain bahan cetak.

6.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK

Bagi memastikan penyelidikan ini lebih realistik dan mendapatkan hasil penyelidikan yang lebih baik, temubual perlulah dijalankan terutamanya dengan pihak-pihak yang terbabit dalam pengurusan sesebuah bandar warisan, masyarakat tempatan dan pelancong. Temubual perlulah merangkumi semua aspeka seperti penyebab kegagalan pemuliharaan bandar warisan, kerjasama masyarakat tempatan dan prospek pelancongan bandar tersebut. Selain daripada itu, borang soal selidik juga akan diedarkan bagi memudahkan kerja analisa secara kuantitatif dijalankan. Soal selidik juga selalunya didapati lebih efektif kerana responden dapat melahirkan pendapat tanpa perlu berhadapan dengan penyelidik. Disamping ianya tidak mengambil masa responden yang lama sekiranya borang soal selidik tersebut disediakan dengan baik.

6.3 KAJIAN KES

Kajian kes akan dilakukan sekurang-kurangnya ke atas dua bandar warisan di dunia yang telah berjaya disenaraikan sebagai Warisan Dunia contohnya Luang Prabang di Laos dan Macau di China. Kajian kes ini akan merangkumi kaedah pemuliharaan yang telah dijalankan dan kaedah pengurusan pelancongan di bandar-bandar tersebut.

6.4 KERJA PENYELIDIKAN

Penyelidikan tapak akan dilakukan ke atas bandar warisan di Malaysia seperti Melaka dan Pulau Pinang. Ia juga akan dijalankan ke atas bandar yang berpotensi disenaraikan sebagai bandar warisan seperti Taiping, Kota Bharu dan Kuching.

6.5 PENGUMPULAN DATA DAN DOKUMENTASI UTAMA

Data primer terdiri temubual, kajiselidik, kajian kes dan kerja penyelidikan manakala data sekunder adalah kajian teori. Kesemuanya akan dikumpul dan didokumentasikan bagi tujuan analisa.

6.6 ANALISIS PENYELIDIKAN

Data yang telah dikumpulkan, akan dianalisa. Data teoritikal akan dianalisa secara pemikiran literal manakala bagi data kuantitatif seperti kajiselidik, maka penggunaan perisian komputer tertentu akan digunakan untuk menjalankan analisa.

7. SUMBANGAN PENYELIDIKAN KEPADA PENGETAHUAN YANG BARU

Penyelidikan ini diharap dapat membina satu platform kepada pengamal dan masyarakat dalam mengubah sikap di dalam menilai dan menghargai bandar warisan sebagai aset didalam industri pelancongan negara. Namun begitu yang paling penting ialah penyelidikan ini diharap dapat menambah dan membaiki garispanduan berkenaan industri pelancongan warisan di Malaysia:1. Memberi kesedaran kepada masyarakat dan mengurangkan kehilangan warisan seperti bangunan, kawasan dan budaya yang mana amat berguna untuk generasi akan datang dan industri pelancongan negara.2. Mengenalpasti dan mencadangkan bandar warisan di Malaysia yang mempunyai prospek untuk disenaraikan sebagai warisan dunia agar menjadi salah satu pusat pelancongan dunia.3. Mencadangkan garispanduan kepada Kementerian Pelancongan kaedah pengurusan pelancongan bandar warisan di Malaysia.4. Mencadangkan kaedah penyelesaian bagi masalah yang dihadapi didalam pengurusan pelancongan warisan di Malaysia.

8. KEBAIKAN KEPADA NEGARA/ MASYARAKAT/ ORGANISASI

Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi faedah dan manfaat kepada banyak pihak terutama pihak Kerajaan, Badan Berkanun, kontraktor, Konsultan dan Organisasi yang terlibat di dalam industri pelancongan dan kerja-kerja pemuliharaan seperti:1. Kementerian Pelancongan Malaysia Menguruskan pelancongan, kebudayaan dan warisan di Malaysia.2. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKwa) Menguruskan pelancongan, kebudayaan dan warisan di Malaysia.3. PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka) Menjalankan kerja-kerja pengekalan, pemuliharaan dan menguruskan bangunan dan monumen warisan dibawah Enakmen Pengekalan dan Pemuliharaan Budaya Warisan Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).4. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perancang bandar dan Wilayah menkoordinasi, menyediakan pelan, arahan dan peraturan yang berkenaan bagi menjaga bangunan dan kawasan warisan dibawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, (Akta 172) dan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta267).5. Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Tempatan Menyediakan pengetahuan dan kaedah latihan yang terbaik di dalam bidang pemuliharaan bandar warisan.6. Kontraktor Kerja Pemuliharaan Menyediakan kaedah kerja yang terbaik dan lengkap bagi kerja-kerja pemuliharaan.7. Konsultan Kerja pemuliharaan Menyediakan garis panduan yang lengkap bagi pengurusan kerja pemuliharaan.8. Organisasi lain yang terlibat seperti Badan Warisan Malaysia, Malaysia Heritage Trust, Penang Heritage Trust, Perak Heritage Society dan lain-lain badan. Mempromosikan kerja-kerja pemuliharaan, pengekalan dan pemulihan warisan negara dengan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan bandar warisan dan menjalankan demonstrasi projek pemuliharaan disamping menjadi pusat rujukan bagi kerja pemuliharaan di Malaysia.

RUJUKAN

A Ghafar Ahmad. (1993). Conservation of British Colonial Buildings Built Between 1800- 1930 in Malaysia, Tesis PhD, University of Sheffield, United Kingdom.A Ghafar Ahmad. (1997). Pemuliharaan Bandar Warisan Untuk Pembangunan pelancongan: Kajian Kes Melaka dan Kota Bahru. Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek. USM.A Ghafar Ahmad. (1998). Urban Tourism in Malaysia: Heritage Cities of Georgetown, Malacca and Kota Bharu. Kertas Kerja dibentangkan di 2nd Seminar on European Architecture and Town Planning Outside Europe (Dutch Period): Melaka.A Ghafar Ahmad and Badarulzaman, N. (2003). Adaptive Re-use For Sustainable Heritage Tourism in Malaysia. An international interdisciplinary journal.A Ghafar Ahmad dan Nurwati Badarulzaman. (2004). Perancangan dan Pengurusan Pelancongan Berteraskan Warisan Sejarah dan Seni Bina di Malaysia. Geran Penyelidikan USM Jangka Pendek. USM.Ashworth, G.J and Howard, P (1999). European Heritage Planning and Management. Intelect Book. Exeter.Ashworth, G.J and Larkham P.J (1994). Building a New Heritage: Tourism, Culture and Identity in the New Europe. London: Routledge.Bell, D. (1997). The Historic Scotland Guide to International Conservation Charters, Historic Scotland.Burns, P. (1999). An Introduction to tourism and Anthropology. London: Routledge.Fee, C.V. (1998). The Encyclopedia of Malaysia Architecture; Volume 5. Singapore: Archipelago Press.Fielden, B.M. (1996). Conservation of Historic Buildings. Oxford: Butterworth Architecture.Fladmark, J.M (1993). Cultural Tourism: Paper Presented at the Robert Gordon University Heritage Convention. London. Donhead.Goodal, B. and Ashwoth, G. Marketing in the Tourism Industry: The Promotion of Destination Regions. London: Routledge.Gravari-Barbas, M. (2003). The challenge of Le Havre: Developing Tourism in a Reconstructed City. An international interdisciplinary journal.Hanna, M. (1999). A Yearly Analysis of Trends Affecting Englands Architectural Heritage a Vital Tourism Asset. English Tourism Council.Haskell, T. (1993). Caring for our Built Heritage: Conservation in Practice. London: E. & F.N. Spon.Herbert, D. (1995). Heritage, Tourism and Society. London: Mansell.Hewison, R. (1987). The Heritage Industry: Britain in a Climate of Decline. London: Methuen.IIC-CG (International Institute for Conservation Canadian Group) (1989). Code of Ethics and Standards of Practice. IIC-CG, Ottawa.Kamarul Syahril Kamal (2001). Defect in Historic Buildings, Tesis MSc, University of Portsmouth.Kartina Alaudin (2001). Faktor-faktor Kejayaan Kritikal dalam Projek Pemuliharaan, Tesis Sarjana Sains Pengurusan Projek, Universiti Sains Malaysia.Larkham, P.J (1996). Conservation and the City. London and New York: Routledge.Law, C. (1992). Urban tourism and Its Contribution to economics Regeneration. Urban Studies, Vol. 29, No.3/4.

Law, C (1993) Urban Tourism: Attracting Visitors to Large Cities, New York: Mansell.Lilawati Ab Wahab (2001). Fire Resistance in Historic Building, Tesis MSc, University of Portsmouth.Nuryanti, W. (1997) Tourism and Heritage Management, Yogyakarta: Gadja Mada University Press.Orbasli, A (2000). Tourist in Historic Towns. London and New York: E & FN Spon.Pickard, R (2000). Management of Historic Centres. London and New York: Spon Press.Pickard, R (2001). Policy and Law in Heritage Conservation. London and New York: Spon Press.Prentice, R.C (1993). Tourism and Heritage Attractions. London: Routledge.Sedyawati, E (1997). Potentials and Challenges of Tourism: Managing the Natural Cultural Heritage of Indonesia. Yogyakarta: Gadja Mada University Press.Siti Norlizaiha Harun (2004). Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Di Malaysia, Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia.Syed Zainol Abidin Idid (1995). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.Timothy, D.J and Boyd, S.W (2003). Heritage Tourism. England: Prentice Hall.Timur, S (2003). Sustainable urban tourism: a stakeholder theory perspective. An international interdisciplinary journal.http://www.badanwarisan.org.my/http://www.english-heritage.org.uk/http://www.hbp.usm.my/conservationhttp://www.iccrom.org/http://www.icomos.org/http://www.jma.gov.my/http://www.nationaltrust.org.uk/http://www.unesco.org/

Posted by Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab Wahab at 12:12 AM

Labels: My Article in Proceeding 2 comments:

PEMULIHARAAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH,GEORGETOWN, PULAU PINANG(Conservation of the Acheen Street Mosque, Georgetown, Penang)OlehDr. A. Ghafar AhmadArtikel diterbitkan dalam majalah "Penang Past & Present" Disember 1998 ms. 27-29 Pemuliharaan bangunan lama merupakan suatu perkara yang baru bagi sesetengah masyarakat Malaysia dewasa ini. Di bandar-bandar lama seperti Georgetown, Melaka, Taiping, Kota Bharu, Kuching dan Kuala Lumpur, pelbagai usaha pemuliharaan bangunan telah diambil oleh pihak awam dan swasta bagi mempastikan bangunan-bangunan lama yang mempunyai warisan sejarah, seni bina dan budaya dapat dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang. Di Georgetown, Pulau Pinang, terdapat beberapa buah bangunan lama yang telah dipulihara dengan baik. Salah sebuah bangunan yang telah dipulihara ialah Masjid Melayu Lebuh Acheh di Lebuh Acheh yang dibina pada 1808. Terletak berdekatan dengan beberapa buah bangunan bersejarah di kawasan warisan di tengah bandar Georgetown seperti Rumah Syed Al-Attas dan ToKong Khoo Kongsi, Masjid Melayu Lebuh Acheh ini mempunyai warisan sejarah dan seni bina yang tinggi terutamanya di zaman kegemilangan serta kebangkitan Islam di Pulau Pinang pada awal abad ke 19. Pada 1995, sebanyak RM 2.2 juta telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi kerja-kerja pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Projek pemuliharaan masjid ini telah mengambil masa selama 2 tahun yang bermula pada Jun 1995 dan berakhir pada Jun 1997. Projek ini telah diletakkan di bawah penyelarasan sebuah Jawatankuasa Pemandu Projek yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Pejabat Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Universiti Sains Malaysia, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dan Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh.Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula pada 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid iaitu seorang kerabat diraja Acheh, Sumatera, Indonesia telah membuka sebuah kawasan perkampungan masyarakat Islam seluas 66,000 kaki persegi di Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang. Tengku Syed Hussain Al-Aidid adalah seorang pedagang Acheh yang kaya dan berjaya ketika Pulau Pinang baru dibuka oleh Kapten Sir Francis Light pada akhir abad ke 18. Dengan kekayaan yang dimilikinya, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dengan kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya telah membuka dan memajukan sebuah penempatan di Lebuh Acheh dengan mendirikan sebuah masjid, menara, rumah kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah Al-Quran dan pejabat perdagangan. Hasil usahanya ini secara tidak langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada ketika itu tetapi yang terulung dan terawal di Pulau Pinang. Bilangan penduduk dan masyarakat di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah berkembang pesat dengan kedatangannya ramai pedagang-pedagang baru dari negeri-negeri di Tanah Melayu, Tanah Arab dan India. Selepas kematian Tengku Syed Hussain Al-Aidid pada pertengahan abad ke 19, perkampungan ini terus berkembang maju dan telah mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Beliau telah disemadikan di sebuah makam yang terletak di bersebelahan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Di kawasan makam ini juga terdapatnya beberapa kubur ahli keluarga Tengku Syed Hussain Al-Aidid.Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menyaksikan pelbagai jenis perdagangan termasuk perniagaan rempah ratus, bazar pakaian dan barangan kemas, percetakan kitab agama Islam, pengurusan haji dan kedai-kedai makanan. Suatu ketika dahulu, perkampungan ini telah dikenali sebagai "Jeddah Kedua" di rantau ini. Ini adalah kerana di kawasan inilah ratusan bakal-bakal haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul sebelum berlepas ke tanah suci Mekah. Bakal-bakal haji ini akan menaiki kapal laut yang telah disewa dari syarikat swasta Inggeris, Mansfield & Co. di bawah jaminan Sheikh Zakaria Basheer. Tidak hairanlah sekiranya terdapat banyak syarikat pengurusan bakal-bakal haji dan wakil-wakil penjualan tiket penumpang kapal laut termasuk syarikat Jeddah Pilgrims Tiketing Agency yang beralamat di No. 87, Lebuh Acheh. Setiap kali musim haji tiba, perkarangan dan persekitaran Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja dipenuhi oleh bakal-bakal haji yang menunggu dokumen-dokumen haji mereka diproses tetapi juga dibanjiri oleh saudara-mara dan sahabat-handai. Ini telah menyebabkan hampir kesemua rumah-rumah di kawasan masjid ini telah disewakan kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, segala urusan haji telah terhenti semasa Perang Dunia Kedua dan disambung semula pada 1949. Dengan tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia pada awal 1970an, perkhidmatan pengurusan haji di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dihentikan.Selain daripada menjadi pusat perniagaan Melayu dan pusat haji, kawasan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi pusat pengajian agama Islam yang terulung di Pulau Pinang. Sheikh Omar Basheer Al-Khalilee yang pernah tinggal di rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh telah menjadi imam di Masjid Melayu Lebuh Acheh sebelum pertengahan abad ke 19 dan juga pernah mengajar agama Islam kepada masyarakat tempatan. Selepas kematian Sheikh Omar Basheer, anaknya Sheikh Zakaria telah mengambil-alih tugasnya sebagai pemimpin agama di kawasan tersebut. Sheikh Zakaria kemudiannya telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama. Pada 1888, abangnya Sheikh Yahya telah dilantik sebagai Kadi Pulau Pinang yang pertama yang mana beliau telah menjadikan rumah beralamat No. 69, Lebuh Acheh sebagai pejabat kadinya. Kemudian pada 1917, Sheikh Zakaria telah menjadikan rumah kediamannya sebagai Madrasah Al-Quran.Selain daripada aspek sejarah dan latar belakangnya yang menarik, perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh mempunyai warisan seni bina yang unik. Masjid Melayu Lebuh Acheh yang dilengkapi dengan menara bersegi lapan, kolah wudhuk, tandas, perigi, anjung (verandah) dan kawasan makam yang mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (seni bina yang berasal dari utara India), Cina dan Klasikal. Gaya dan rekabentuk seni bina ini boleh dilihat pada archa atau gerbang di pintu masuk, kubah kecil di atas tembok bumbung (parapet), ukiran bertanduk di tetulang (roof ridges) bumbung utama yang berbentuk Bumbung Lima, tingkap dan pintu kayu yang dilengkapi dengan ukiran tembus kerawang di bahagian atas (fanlights), tiang klasikal, ukiran lepa (plaster rendering) yang menarik di bahagian mehrab dan atas dinding; serta menara yang berbentuk seakan pagoda Cina.Manakala seni bina kebanyakan rumah kediaman di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh mencerminkan rumah kayu tradisional Melayu yang berelemenkan tingkap ram, tangga di pintu masuk utama, pintu berdaun dan ukiran tembus kerawang. Terdapat juga beberapa buah rumah yang bercirikan rumah tradisional bandar yang menggunakan bahan batu-bata di tingkat bawah dan kayu di tingkat atas.Selain daripada masjid dan rumah kediaman tradisional, deretan rumah kedai di Lebuh Acheh juga mempunyai rekabentuk seni bina yang menarik. Terdapat 3 jenis rekabentuk rumah kedai di sini iaitu rekabentuk tradisional, klasikal dan Straits Eclectic. Rumah kedai yang mempunyai rekabentuk tradisional atau early permanent boleh dilihat di rumah kedai beralamat No. 77, 79 dan 81, Lebuh Acheh. Rumah kedai ini tidak mempunyai lorong kaki lima di tingkat bawah manakala di tingkat atasnya terdapat tingkap kayu berdaun. Jenis rumah kedai klasikal pula boleh dilihat di alamat No. 83, 85 dan 87, Lebuh Acheh. Terdapat pengaruh rekabentuk klasikal di fasad hadapan rumah kedai ini seperti tiang Corinthian di tingkat bawah, pilaster, archa dan ukiran lepa di tingkat atas disamping tingkap kayu dan kaca. Lorong kaki lima pula ada terdapat di rumah kedai jenis ini. Manakala rumah kedai dengan rekabentuk Straits Eclectic, yang beralamat di No. 47, 49, 51, 53, 53a dan 55, Lebuh Acheh mempunyai ciri-ciri seni bina seperti lorong kaki lima, tiang penyokong, dinding penghalang (party walls), tingkap kayu dan pengalir udara (air wells). Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh yang suatu ketika dahulu begitu terkenal dengan aktiviti-aktiviti agama, perdagangan dan urusan hajinya kini hanya mengekalkan aktiviti perniagaan dan percetakan buku-buku agama Islam termasuk Al-Quran dan muqaddam. Begitu juga dengan fungsi masjid yang masih kekal sehingga kini. Keadaan masjid yang sering dibocori hujan dan kawasan persekitarannya yang tidak terurus sebelum ini telah menjadikan perkampungan ini sebagai tumpuan pelbagai pihak untuk menjaga dan memulihara keadaan bangunan dan persekitarannya demi kepentingan masyarakat setempat dan warisan Pulau Pinang amnya.

Kerja-kerja pemuliharaan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah dijalankan dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan kerja-kerja penggantian bumbung masjid dan makam manakala Fasa II meliputi kerja-kerja pemuliharaan bangunan masjid termasuk siling, dinding, tiang, pintu, tingkap, bilik air, kolam wudhuk, menara dan mimbar. Tujuan utama kerja-kerja pemuliharaan ini ialah untuk memelihara dan membaiki warisan seni bina masjid tanpa menjejaskan bentuk mahupun keadaan asalnya. Sebelum kerja-kerja pemuliharaan dijalankan, keadaan masjid dan persekitarannya telah direkodkan bagi tujuan dokumentasi. Struktur bangunan, bumbung, siling dan sistem saliran air hujan telah dikaji dan dianalisis bagi mengenalpasti punca masalah dan anggaran kos keseluruhan projek. Kerja-kerja pemuliharaan yang dijalankan di Fasa I adalah seperti berikut:i. Membuka dan memindah bumbung sediada termasuk kepingan asbestos dan bumbung logam. Kain kanvas telah disediakan untuk menutupi keseluruhan bumbung yang telah dibuka agar tidak dimasuki air hujan.

ii. Mengenalpasti dan menggantikan sebarang struktur bumbung yang rosak seperti keadaan rapuh atau dimakan anai-anai.

iii. Memasang bumbung genting tanah liat (roof clay tiles) dan sistem saliran air hujan.

iv. Membaiki dan mengecat siling.

Antara kerja-kerja pemuliharaan di Fasa II adalah seperti berikut:i. Mencuci sebarang kotoran dan lumut di permukaan dinding masjid dan menara.

ii. Membaiki dan mengganti mana-mana bahagian tingkap dan pintu yang rosak.

iii. Membaiki tempat wudhuk, anjung, perigi dan membina tandas baru.

iv. Mengikis cat lama di permukaan dinding dan tiang masjid, menara dan mimbar.

v. Melepa semula bahagian dinding dan tiang yang rosak.

vi. Mengecat masjid dan menara berdasarkan warna-warna asal iaitu kuning langsat,

biru muda, hijau dan putih.Seramai 86 orang pekerja tempatan dan asing telah terlibat secara berperingkat dalam kerja-kerja pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh termasuk 11 orang bagi membaiki bumbung, 2 orang memasang siling, 11 orang mengecat, 22 orang memecah dan melepa dinding, 8 orang mengukir lepaan bunga dan kepala tiang, 9 orang membina tandas baru, 6 orang memasang jubin lantai, 8 orang membaikpulih menara dan 9 orang kontraktor binaan. Projek ini juga melibatkan 2 orang pakar pemuliharaan dari Perancis yang telah membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kaedah dan teknik menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Ini adalah penting kerana pendekatan bagi menjalankan kerja-kerja pemuliharaan amat berbeza jika dibandingkan dengan kerja-kerja membina bangunan moden. Kerja-kerja pemuliharaan melibatkan kaedah dan teknik tertentu yang memerlukan tahap kepakaran, pengalaman dan ketekunan yang tinggi. Oleh yang demikian, beberapa siri perbincangan teknikal dan latihan kemahiran sering diadakan di kawasan tapak di antara pakar pemuliharaan Perancis dengan pasukan kerja projek termasuk pengurus projek, arkitek, jurutera dan pihak kontraktor. Selain daripada itu, beberapa perjumpaan di antara pasukan kerja projek dengan penduduk tempatan, pihak Badan Warisan Masjid Melayu Lebuh Acheh dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerap diadakan bagi membincangkan perkembangan dan isu-isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat seperti pengurusan masjid, impak sosial dan ekonomi.Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh merupakan suatu projek perintis baikpulih kawasan sejarah di Georgetown, Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan, Masjid Melayu Lebuh Acheh telah menjadi tumpuan ramai pelawat dari dalam dan luar negera. Antara pelawat yang berkunjung ke Masjid Melayu Lebuh Acheh semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan termasuk:Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang

Tan Sri Dato Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara

Dato Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Badan Warisan Malaysia

Dato Kee Phaik Cheen, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Hal Ehwal Wanita Pulau Pinang

Haerve De Charatte, Menteri Luar Perancis

Edouard Braine, Duta Perancis ke Malaysia

Profesor Dr. Syamsuddin Mahmud, Gabenor Acheh, Sumatera, Indonesia

Wayne Mathews, Menteri Kerja Raya Australia Selatan.

Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah mendapat liputan yang agak meluas di dalam media masa tempatan kerana ia merupakan satu projek rujukan kepada banyak pihak khususnya di Pulau Pinang. Walaupun projek ini telah mengharungi pelbagai masalah termasuk masalah teknikal dan sosial, pihak pasukan kerja projek termasuk kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera dan pakar pemuliharaan Perancis telah berjaya mengatasinya dengan semangat persefahaman dan bekerjasama yang tinggi. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru telah ditimba oleh mereka. Dengan terlaksananya projek pemuliharaan masjid ini, maka adalah diharapkan agar kesemua bangunan yang terdapat di perkampung Masjid Melayu Lebuh Acheh ini dapat dipulihara dengan baik sekaligus mengembalikan imej dan suasana kegemilangannya suatu ketika dahulu. Projek ini sekurang-kurang telah dapat mencetuskan sikap keprihatinan pihak awam amnya dan masyarakat tempatan di Pulau Pinang khasnya terhadap penjagaan dan pemuliharaan bangunan dan kelangsungan khazanah warisan negara.Contoh Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Do you think this answers the question? Sign in to vote. Report abuse

rojek Kerja Sejarah PMRBagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Jawaban contoh:Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baik pulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti yang saya kaji kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Senario ini sekali gus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Jika keadaan ini disemai berterusan, nescaya akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Diambil dan diubah suai daripada laman blog http://www.djlovehostory.blogspot.com/Drpd Cikgu Tan CLAda yang bertanya kenapa tidak boleh ditulis dalam bentuk point form... soalan cikgu balik, apalah sangat yang membezakan antara point form dan karangan esei, bezanya tidak banyak,satu dalam bentuk nombor (point form) karangan ada perenggan jer...

kalau anda ada isi dalam bentuk point, karang je dalam bentuk esei... itu jer..

Gunakan maklumat dan ayat-ayat yang cikgu beri + maklumat yang anda ada, then goreng la... tak semestinya ada do's and don'ts atau betul atau salah dalam mengarang keistimewaan bangunan ini. Sekadar maklumat dan apa pandangan anda terhadap bangunan ini... cikgu ucapkan selamat menggoreng la ( tapi pastikan bvahan-bahannya cukup, ada cili, minyak, kicap dan sayurnya, barulah sedap)

Keistimewaan bangunan: contohnya... (jangan letak nombor, cikgu letakkan supaya mudah anda untuk anda melihatnya)

1. Usia bangunan - karangan anda boleh menyatakan... walaupun bangunan ini sudah berusia 50 tahun, bangunan ini tetap berdiri dengan megah. Ternyata proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan oleh kerajaan terhadap bangunan ini iaitu bangunan ..... berjaya mengekalkan bangunan berdiri dengan gagah.

2. Rekabentuk bangunan - Bangunan ini yang dirancang sejak zaman kolonial (zaman penjajahan Inggeris) memperlihatkan corak bangunan rekaan Inggeris. Walaupun pada zaman dahulu, reka bentuk ini agak janggal, pada zaman sekarang, reka bentuk Inggeris menonjolkan satu corak atau pelan yang menghagumkan kerana bangunan di Malaysia desawarsa ini lebih mempamerkan corak moden. Corak reka bentuk Inggeris/ Belanda / China memonjolkan seni bina yang mengkagumkan dan sentiasa membawa kelainan kepada pelancong luar negara khasnya mahu pun pelkawat daripada Malaysia.

3.Peranan bangunan. Usia bangunan ini walaupun telah bertukar daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran kepada muzium, ternyata bangunan ini sentiasa berperanan penting dalam menonjolkan sejarah perkembangan Malaysia.( Bangunan Stadhuys contohnya) Lihat contoh esei pada tajuk Projek kerja kursus 111)Bangunan yang pada asalnya dibina oleh ... telah berjaya memberi kesan kepada sebagai bangunan pentadbiran/ pusat perlancongan yang berkesan sehingga ke hari ini.

4.Hiasan dalaman - Walaupun bangunan ini sudah lebih seabad, hiasan dalamannya sentiasa mengkagumkan. Dengan warnanya merah menyala atau boleh saya sifatkan sebagai 'merah ferrari', bangunan Stadhuys amat mengkagumkan saya. Belum pernah saya melihat bangunan yang berwarna merah bata di Malaysia selain bangunan ini. (kalau warna lain, namakan, .. contohnya .. memorial Tun Hussein Onn, Memorial Tunku Abdul rahman... etc, Walaupun warnaya pudar dan kelihatan tida berseri, pada pandangan mata saya, bangunan ala kolonial ini tetap memberi impak yang mengkagumkan. daripada jauh, bangunan ini kelihatan tidak berseri tetapi hiasan dalamannya seperti lampu, hiasa kerusi ala kolonial,seakan menghidupkan memori 'sejarah ' lama kepada saya dan rakan-rakan saya. Dengan melawat ke bangunan ini, saya merasakan seolah 'terseret' kembali ke zaman lampau.Saya percaya jika pemeliharaan dan pemuliharaan terus dijalankan, anak cucu malah cicit saya pun mungkin berpeluang sama merasai 'bahang' sejarah bangunan ini.

5. Bangunan ini sentiasa akan mengingatkan kita bahawa jika kita tidak berhati-hati, seperti yang disebut oleh sejarawan lama, 'sejarah akan sentiasa berulang kembali' Bangunan yang didirikan pada zaman kolonial / Belanda / Jepun ini telah berada di negara kita keranan kelalaian kita dalam memperjuangkan penjajahan. Jika kita tidak berhati-hati, akan wujudlah penjajahan baru dalam negara kita. Pada pendapat saya, walaupun bangunan ini kelihatan indah, natijahnya kita mestilah berhati-hati terhadap penjajah asing atau orang asing di negara kita.

6. Kalau memorial arau bangunan ini dibuat bagi memperingati tokoh, anda boleh tuliskan.. bangunan ini sentiasa memperingkat saya kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj atau Tun Abdul Razak... memandang kepada bangunan ini menjadikan saya terasa sayu apabila memperingati jasa-jasaa yang banyak sekali disumbangkan oleh tokoh ini. Walaupun saya tidak berpeluang hidup di zaman tokoh ini berkhidmat (nyatakan anggaran tahunnya atau tahun berkhidmat) sumbangan tokoh ini amatlah saya kagumi.

Posted by pn noor arbaiah at Monday, June 01, 2009 11 comments

Labels: Keistimewaan bangunan Sunday, May 10, 2009

Soalan Projek Kerja Kursus.

1.pelan pembinaan Masjid kampung Laut? Soalan-soalan begini, sukar untuk cikgu jawab, jangankan pembinaannya, lokasipun tidak diketahui.Jadi, cikgu rasa, ada baiknya murid melakukan kajian bagi bangunan yang mempunyai bahan.

2.pelan Central Market, sila semak ke link to Istanabudaya /central market, anda akan menjumpai pelan bangunannya.

Posted by pn noor arbaiah at Sunday, May 10, 2009 16 comments

Labels: soalan projek kerja kursus. Monday, May 4, 2009

Beberapa soalan.

Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Cikgu allegik sebab kawasan sekolah dipenuhi dengan debu simen, kayu dan batu kerana bangunan diruntuhkan.Jadi, mata, hidung dan kulit, sakit dan gatal.

Soalan 1. Hasil kajian mesti ditulis dalam format karangan, bukan 'foint form'.Tulis seperti karangan biasa yang anda tulis. Boleh semak dengan contoh yang cikgu berikan.

Soalan 2: Asal usul kegunaan adalah dengan matlamat atau tujuan asal bangunan dicipta atau dibina, contohnya Stadium Merdeka, tujuannya untuk mehyambut kemerdekaan di stadium.Kemudian fungsinya berubah seperti konsert dll.

Soalan 3: pelan silalah lihat denga link,Pasar seni silalah ke link pasar seni atau central market ya.Kalau Bangunan Sultan Abdul Samad, anda perlu ke sana pada waktu pejabat, pegawai seranta (perhubungan awam) akan berikan anda info dan pelan yang anda perlukan.

Soalan 4:hiasan dalaman bermakna, hiasa di bahagian dalamnya.Cat dindingnya, lantainya daripada jenis apa? hiasan lampunya, bagaimana lightingnya,, pengcahayaannya bagaimana? (cahaya matahari, agak gelap, cerah dll) permaidani bagaimana, susun atur kerusi meja (jika ada) bilik2nya disusun sejajar atau diselang seli.Padangan anda mengenai bangunan, mengasyikkan, dilihat sebagaimana fenomena sejarah,kelihatan seperti bangunan Inggeris yang lama, dilihat sebagai bangunan lama yang masih berdiri 'gah' dan megah.Warnyanya yang mungkin agak berkilauan seperti baru.Hiasan luarannya. Cat, lantai, dinding, pokok perhiasan.

Posted by pn noor arbaiah at Monday, May 04, 2009 5 comments

Tuesday, April 28, 2009

projek berapa mukasurat???

Berapa banyak mukasurat yang diperlukan?? kalau ikutkan brosur yang dihantar kepada cikgu, diminta selangkan 2 baris, Times news roman, saiz 12... setebal 30 mukasurat, termasuk kajian dll. Memandangkan kepada kempen 'save the earth', tentulah tidak bijak kalau kita masih membazirkan kertas padahal kita boleh 'selamatkan bumi' dengan bertindak 'bijaksana'

Di dj,cikgu minta tidak perlulah selang 2 baris,disebabkan bertaip jadi, tulisan dan hasil mudah dibaca.Jadi tak perlulah sampai 30 mukasurat, sehingga 15 mukasurat dianggap mencukupi sebab tanpa selang bariskan.lagipun cikgu2 tidak diberi almari atau bilik khas untuk menyimpan projek, ingat rumah cikgu ada stor besarkah??? bagaimanapun untuk murid di luar sana, terpulanglah kepada permintaan cikgu anda. Untuk cikgu sendiri, cikgu memilih untuk bertindak 'menyelamatkan bumi', biar pun peranan kita mungkin 'sangat kecil', tetapi kalau 500 murid di dj melakukan begitu, kami mungkin sudah menyelamatkan lebih daripada 10 batang pokok untuk projek ini.

Posted by pn noor arbaiah at Tuesday, April 28, 2009 9 comments

Sunday, April 26, 2009

Sabar ya...

Semua soalam akan cikgu cuba jawab malam ni, ok..anything send to the blog...bz sikit, kena ambik 3 anak dara sunti cikgu kat stadium MPPJ, masak etc.. ok

Posted by pn noor arbaiah at Sunday, April 26, 2009 3 comments

Friday, April 24, 2009

Maklumat projek kerja kursus

Cikgu agak sibuk kebelakangan ini, ramai yang bertanya jika bangunan yang mereka kaji itu adalah bangunan bersejarah.Asalkan bangunan itu melebihi usia 25 tahun, kira bersejarahlah tu. kalau dokumen, melebihi 15 tahun sudah layak di letakkan di arkib negara, jadi atas 15 tahun, sudah kira okaylah bagi dokumen, kalau bangunan tambahlah 10 tahun lagi, kira 25 tahunlah.

Bagi mendapatkan maklumat, cara terbaik, pergi

11 Bangunan Bersejarah di Seluruh Negara Akan Dipulihara

KUALA LUMPUR - Projek pemuliharaan bangunan warisan negara tahun ini akan tertumpu kepada 11 bangunan bersejarah untuk memastikan monumen warisan tidak hilang ditelan zaman.

Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Datin Paduka Zuraina Majid berkata, pelaksanaan projek tersebut adalah bagi memulihara bangunan warisan negara yang mempunyai sejarah tersendiri.

''Projek itu bertujuan menjaga bangunan dan juga monumen warisan negara agar tidak hilang di telan zaman.

"Sayang jika kita tidak menjaga keaslian tempat bersejarah itu. Setiap bangunan mengandungi nilai cerita menarik yang mungkin tidak diketahui oleh umum,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar projek-projek pemuliharaan bangunan bersejarah JWN di sini hari ini.

Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah rumah No. 138 di Jalan Hatin Georgetown dan Gereja St. George (Pulau Pinang), bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh dan masjid lama Kampung Dal (Perak).

Selain itu, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang), bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong (Kelantan).

"Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah negara untuk tatapan generasi akan datang.

"Ciri-ciri reka bentuk dan unsur kebudayaan yang unik pada bangunan bersejarah itu sudah pasti akan menarik perhatian masyarakat khususnya para pelancong dari luar negara,'' katanya.

Sementara itu, Zuraina berkata, terdapat empat bangunan bersejarah yang telah disiap dipulihkan melalui projek itu.

Bangunan tersebut adalah rumah Penghulu Abdul Ghani/Natar di Merlimau (Melaka), Muzium Perak, Balai Polis Lama Raub (Pahang) dan rumah kelahiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kuala Lipis (Pahang).

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mac 2009