bab 10 pengajian islam - konsep perundangan islam

Upload: eyra-sopy

Post on 03-Apr-2018

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    1/21

    BAB 10

    KONSEP PERUNDANGANISLAM

    Kandungan:1. Definisi perundangan Islam

    2. Matlamat perundangan Islam

    3. Perbezaan syariah dan undang-undang ciptaan

    4. Mazhab fekah dalam Islam

    5. Sumber hukum syariah

    6. Undang-undang jenayah Islam

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    2/21

    DEFINISI PERUNDANGAN ISLAM

    Syariah

    Bahasa saluran air yang mengalir menjadi sumber minuman, jalan yang lurus.

    Istilah

    segala hukum yang diperundangkan ke atas hambanya supaya merekaberiman dan beramal dengan apa yang boleh membawa kepadakebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

    Hukum-hukum dipanggil syariah kerana: Kedudukannya yang lurus Sistem benar dan tidak menyimpang Seperti jalan yang lurus

    Jenis-jenis hukum yang terkandung didalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu hukum berkaitan:1. Itiqad atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. Malaikat , Kitab , Rasul

    dan Hari Qiamat.2. Tatatertib, akhlak dan kelakuan samada baik dan buruk.3. Perbuatan orang mukallaf seperti ibadah, muamalah, jinayah dan

    seumpamanya.

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    3/21

    Dalil tentang syariah

    Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan)dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamuikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. (al-Jathiyah: 18)

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    4/21

    Feqah

    Makna feqah: Bahasa: kefahaman / mengetahui

    Istilah: pengetahuan terhadap hukum2 syarak yang bersangkutandengan amalan diambil dari dalil2 terperinci

    Perbezaan antara syariah dan Feqah Syariah mempunyai pengertian yang lebih umum dari feqah. Syariah merangkumi segala perkara yang telah ditetapkan oleh

    Allah melalui sunnah rasulnya dan juga al-Quran. Feqah hanyatertentu kepada sesuatu perkara yang khusus sahaja.

    Feqah berkait rapat dengan perbuatan dan perlakuan manusia yangmukallaf, serta membantu manusia samaada suatu perkara itu baikatau sebaliknya atau ianya sah atau tidak.

    Ilmu feqah itu sendiri merupakan disiplin bagi manusia yang manaianya tidak mati selaras dengan berkembangnya perbuatanmanusia.

    Walaupun manusia berubah mengikut masa, peristiwa dan keadaan,feqah juga berubah tetapi tetap dengan hukum nasnya.

    Disebabkan fahaman yang berbeza terhadap ayat yang sukar/kurangjelas, menjadi punca perbezaan pendapat maka lahirlah mazhab2

    feqah

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    5/21

    Contoh pemahaman ayat di kalangan ulama mazhab:

    Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang daritempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan,kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu

    dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu.(an-Nisa: 43)

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    6/21

    Undang-undang ciptaan

    Terbahagi 2:

    Undang2 semulajadi iaitu ditetapkan oleh Allah dantidak boleh dipinda kerana ianya hak mutlak Allah

    Undang2 ciptaan manusia

    Dibentuk oleh pemerintah / parlimen spt Malaysia tujuan: menjaga kepentingan umum. Perlembagaandianggap undang2 tertinggi.

    Boleh dipinda mengikut kesesuaian keadaan

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    7/21

    Matlamat Utama Syariah (Perundangan Islam) Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas-asas ma'ruf dan

    menjauhi segala bentuk kemungkaran.

    Manusia bebas membuat undang-undang baru yang sesuaidengan keperluan dan suasana semasa dengan syarat tidakmelampaui batasan haram dan tidak terkeluar dari batasan wajib.

    Dalam menggubal undang-undang, Islam menyarankan duakaedah: mengutamakan keselamatan umum membawa kesenangan dan kemudahan kepada manusia.

    Perkara-perkara yang menjadi kawajipan matlamat tersebut ialah: Memelihara agama atau hak dan kebebasan.

    Memelihara jiwa atau nyawa . Memelihara akal fikiran. Memelihara kehormatan dan keturunan. Memelihara harta-benda.

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    8/21

    Perbezaan: Syariah vs Undang Ciptaan Manusia

    SYARIAH ISLAM

    Bersumberkan al-Quran dan asSunnah

    Bersifat tetap, tidak bolehdiubah oleh manusia

    Tiada memberi sebarangpengecualian kepada individu-individu yang khas sehinggalahRasulullah s.a.w. sendiri

    Berlandaskan konsepkedaulatan itu hanya pada

    Allah S.W.T. Hak yang diberi kepada lelaki

    atau perempuan menurutsyariat tidak boleh ditarik balikatau ditambah oleh sebarangbadan perundangan.

    UNDANG-UNDANG MANUSIA

    Peraturan yang dibentuk olehbadan yang mempunyaikuasa politik tertinggi dankedaulatan.

    Boleh diubah mengikutkehendak majoriti ataupemerintah

    Sering memberi pengecualiankepada Raja atau pemerintahatau kumpulan kumpulan

    individu yang tertentu. Berdasarkan konsep bahawakedaulatan itu ditumpukankepada negara, raja ataurakyat (majoriti).

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    9/21

    Mazhab-mazhab Fikah dalam Islam

    Mazhab = jalan

    Mazhab2 fikah berbeza jalan (fahaman) dalam mengeluarkanhukum

    4 mazhab dlm sunnah wal jamaah Hanafi, Maliki, Syafei,Hambali

    Sebab berbeza pendapat:

    Kefahaman terhadap nas

    Hadis nabi tidak terkumpul dlm satu teks

    Berbeza tempat tinggal dan keperluan

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    10/21

    Mazhab Hanafi

    Pengasas - An-Numan bin Tahbit dan dikenali sebagai Abu Hanifah(80H-150H).

    Berketurunan Farsi dan dilahirkan di Kufah. Beliau mengajar dengan mengutamakan perbahasan dan

    perbincangan serta penggunaan rasional secara meluas. Dasar istinbatnya (hukum) mengikut tertib keutamaan ialah Al-

    Quran, As-Sunnah, Pendapat sahabat dan Al-Ijtihad (iaitu Al-Ijmak,Al-Qias, Al-Istihsan dan Al-Uruf).

    Fiqah Hanafi telah ditulis dan dikembangkan oleh murid-murid Abu

    Hanifah antaranya - Abu Yusuf dan Muhammad Hassan.

    Mazhab Maliki

    Pengasas - Imam Malik bin Anas (93H-179H). Berketurunan Arab dan dilahirkan di Madinah.

    Beliau mengajar dengan cara penyampaian tanpa banyakperbincangan.

    Kitabnya yang terkenal - Al-Mawatha. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-

    Sunnah, Al-Ijmak, Amalan penduduk Madinah (zaman Rasulullahs.a.w.), Al-Qias, Pendapat Sahabat, Al-Musalih Al-Mursalah, Al-Uruf.Sad ul-Dzarai, Al-Istihsan dan Al-Istishab.

    Muridnya yang masyhur yang menulis fiqah Maliki - Imam Al-Qarafi.

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    11/21

    Mazhab Syafie

    Pengasas - Imam Abu Abdullah Muhammad bin Idris As-Syafie (150H-204H). Berketurunan Arab dan dilahirkan di Gaza, Palestine. Pernah berguru dengan Imam Malik di Madinah dan Imam Muhammad bin

    Hassan di Baghdad. Beliau dikatakan pertengahan di antara cara Imam Abu Hanifah dan Imam

    Malik dalam mengeluarkan hukum fiqah. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah, Al-

    Ijmak, Pendapat Sahabat (dengan mengutamakan Khulafa Ar-Rasyidin) danAl-Qias.

    Kitabnya yang terkenal Ar-Risalah dan Al-Umm

    Mazhab Hanbali

    Pengasasnya - Abu Abdullah Ahmad bin Hanbal As-Syaibani (164H-241H). Dilahirkan di Baghdad dan pernah berguru dengan Imam Syafie di Baghdad. Ujian besaryang pernah dihadapnya - mengingkari kata Khalifah Makmun

    bahawa Al-Quran itu makhluk. Kitab hadisnya yang terkenal ialah al-Musnad Imam Ahmad. Beliau tidak suka menjawab soalan bagi perkara-perkara yang belum berlaku

    lagi. Dasar istinbatnya mengikut tertib keutamaan ialah Al-Quran, As-Sunnah,

    Pendapat sahabat yang disepakati, pendapat sahabat yang lebih dekat kepadaAl-Quran dan As-Sunnah, Hadis Mursal, Hadis Dhaif, dan Al-Qias.

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    12/21

    Sumber Hukum Syariah

    Terbahagi 2: Sumber asli al-Quran dan al-Sunnah

    Sumber sekunder al-ijmak dan al-ijtihad

    Sumber Asli

    Al-Quran

    Iaitu sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada umatmanusia melalui Nabi Muhamad s.a.w. untuk mereka jadikanpanduan dalam menjalani kehidupan didunia ini, membacanyaberupa ibadah.

    Terdapat kira-kira 330 ayat yang berhubung soal-soal hukumyang boleh dibahagikan kepada : Mengenai ibadah dan taharah ) bersuci )140 ayat

    Urusan keluarga/nikah kahwin, pusaka 70 ayat Urusan jual beli, gadaian, sewa-menyewa, syarikat, hutang

    piutang 70 ayat Hukum jinayah 30 ayat Urusan kehakiman 20 ayat

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    13/21

    As-Sunnah

    Iaitu segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. sama adaperkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlakdan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantikmenjadi Rasul.

    Ia diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh para Sahabat,Tabiin dan seterusnya sehingga ditulis oleh ulamak Hadis.

    Peranan al-Sunnah terhadap al-Quran:

    Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

    Menjelaskan ayat yang tidak diperincikan dalam al-Quran

    Menetapkan hukum yang tiada dalam al-Quran

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    14/21

    Sumber sekunder

    al-Ijmak

    Iaitu kata sepakat semua ulamak Islam yang mujtahid padasuatu masa selapas zaman Rasulullah mengenai suatu hukumsyarak

    Terbahagi 2:

    Soreh semua ulama mujtahid memberi persetujuan

    Sukuti sebahagian setuju yang lain diam dan tidakmembantah

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    15/21

    Al-Ijtihad

    Al-Qiyas

    Menyandarkan suatu yg tidak ada hukum dari nas kpd sesuatu yg adahukumnya dari nas oleh persamaan illah (sebab musabab). Cth:pengharaman dadah

    Al-Istihsan

    Penetapan hukum terhadap suatu masalah berlainan dari ketetapan yangditerapkan pada masalah2 yang ada persamaan dengannya kerana ada alasanyang lebih kuat yang menghendaki kelainan itu dilakukan

    Cth: orang bodoh wajib dihalang menguruskan hartanya (menjual/melabur)demi kebaikan diri melainkan kelulusan walinya. Tetapi boleh mewasiatkanhartanya kepada kebaikan. Alasan: wasiat terlaksana selepas mati

    Al-Masalih al-Mursalah

    Maslahah/manfaat yang tidak dinyatakan halal / haramnya oleh syariah. Cth:pengumpulan al-Quran dlm bentuk mushaf

    Sadd al-Dharai

    Penutupan jalan yang membawa kepada kerosakan. Cth: haram menyewakanbangunan kepada pengusaha perjudian

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    16/21

    Al-Urf

    Adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan Islam

    Cth:

    urf qauli panggilan aulad kepada anak lelaki, sedangkandari sudut bahasa ianya merangkumi anak lelaki danperempuan

    Urf amali berjual beli tanpa akad

    Al-Istishab menghukum dengan ada atau tiadanya sesuatu itu pada masa kini

    atau masa akan datang, berdasarkan kepada ada atau tiadanyasesuatu itu pada masa yang lalu, kerana tiada bukti yangmenunjukkan bahawa sesuatu itu telah berubah keadaan.

    Cth: Semua jenis binatang laut halal dimakan pada hukum

    asalnya, kecuali apabila ianya didapati mendatangkankemudharatan

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    17/21

    Undang-Undang Jenayah Islam

    Al-Jinayah segala bentuk tindakan yang dilarang dan

    merosakkan ke atas badan, harta atau sebagainya. Menurut Al-Mawardi segala bentuk kesalahan menurut

    syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah qisas, hudud dan takzir

    Pencabulan ke atas lima perkara (agama, nyawa, akal,

    harta, maruah) adalah jenayah yang perlu dihukum. Elemen suatu tindakan itu jenayah:

    Perundangan peruntukan tentang kesalahan jenayah

    Tindakan melakukan kesalahan jenayah

    Kelayakan dari segi umur, kelayakan dantanggungjawab

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    18/21

    Hukuman Kesalahan Jenayah dalam Islam

    Hudud

    Qisas Tazir

    Hudud

    Pengertian: Bahasa : menahan / mencegah

    Keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah. Kadar hukumantidak boleh dipinda.

    Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan merekasebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan,(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah.(al-Maidah: 38)

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    19/21

    Bentuk kesalahan hudud: Sariqah (mencuri)

    Zina

    Qazaf (membuat tuduhan zina) Syurb (minum arak)

    Hirabah (menyamun)

    Irtidad / ridd

    Qisas Pengertian:

    Bahasa: memotong atau pembalasan

    Istilah : Suatu hukuman yang telah ditetapkan Allah yang wajibdilaksanakan bagi menunai hak manusia.

    Bererti membunuh hendaklah dibunuh balas, mencederakan makadibalas cederakan.

    Kesalahan jenayah qisas membunuh dengan segaja danmencederakan

    Diat denda yang wajib dibayar sebagai ganti qisas

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    20/21

    Takzir

    Pengertian:

    Bahasa: menghalang / menolak Istilah : hukuman yang bertujuan untuk menghalang pencerobohan

    kepentingan awam / individu oleh mahkamah / pemerintah

    Bentuk hukuman tidak ditentukan di dalam al-Quran danal-hadis dan tertakluk kepada bidangkuasa hakim denda,

    penjara, sebat dsb.

  • 7/29/2019 Bab 10 pengajian islam - Konsep Perundangan Islam

    21/21

    Latihan

    1. Apakah makna syariah dari segi bahasa dan istilah

    2. Jelaskan jenis-jenis hukum yang terkandung dalam al-Quran dan al-sunnah.

    3. Nyatakan 3 perbezaan syariah dengan undang-undangciptaan manusia

    4. Nyatakan sumber perundangan Islam.

    5. Huraikan bentuk hukuman jenayah Islam berikut bersertacontoh.

    1. Hudud

    2. Qisas

    3. Tazir