bab 1-lai tesis

19
BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang berpendapatan sederhana, beralih dari sebuah negara yang berasaskan ekonomi pertanian kepada pembuatan dan perkhidmatan. Malaysia mengalami pertumbuhan proses perindustrian yang besar berbanding dari dahulu dalam bidang elekronik yang meningkat iaitu pada tahun 1984 adalah sebanyak 29.7 peratus meningkat sebanyak 57.0 peratus pada tahun 1988. Oleh itu, industri elektronik semakin penting dalam pembangunan negara. Dengan adanya, pelaburan daripada negara Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Singapura di Malaysia telah menyumbang pertumbuhan negara kita. Contohnya, syarikat Amerika Syarikat telah menyediakan pekerjaan kepada seramai 54000 rakyat Malaysia dan menggunakan bahan mentah Malaysia bernilai RM 13milion ringgit. Industri ini telah mengalami pengubahsuaian struktur. Industri elektronik pada hari ini merangkumi berbagai-bagai aktiviti termasuk pengeluaran komponen elektronik, sehingga kepada barang 1

Upload: ying-yin

Post on 01-Dec-2015

60 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1-Lai Tesis

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpendapatan sederhana, beralih dari sebuah

negara yang berasaskan ekonomi pertanian kepada pembuatan dan perkhidmatan.

Malaysia mengalami pertumbuhan proses perindustrian yang besar berbanding dari

dahulu dalam bidang elekronik yang meningkat iaitu pada tahun 1984 adalah sebanyak

29.7 peratus meningkat sebanyak 57.0 peratus pada tahun 1988. Oleh itu, industri

elektronik semakin penting dalam pembangunan negara. Dengan adanya, pelaburan

daripada negara Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Singapura di Malaysia telah

menyumbang pertumbuhan negara kita. Contohnya, syarikat Amerika Syarikat telah

menyediakan pekerjaan kepada seramai 54000 rakyat Malaysia dan menggunakan bahan

mentah Malaysia bernilai RM 13milion ringgit.

Industri ini telah mengalami pengubahsuaian struktur. Industri elektronik pada

hari ini merangkumi berbagai-bagai aktiviti termasuk pengeluaran komponen elektronik,

sehingga kepada barang pengguna elektronik. Keadaan sekarang berbeza dari tahun 70an

1

Page 2: BAB 1-Lai Tesis

di mana industri elektronik terhad kepada pengeluaran komponen elektronik sebanyak 85

peratus keluaran sektor berkenaan. Dengan kemasukan FDI yang tinggi serta pelaburan

domestik pada penggal kedua tahun 80an pengeluaran barangan elektronik telah

meningkat dengan pesatnya. Industri tersebut pada amnya telah mengatasi sektor-sektor

industri yang lain daripada segi keluaran dan pertumbuhan selama 25 tahun yang lalu.

Pada hari ini, Malaysia merupakan pengeksport utama barangan elektronik pengguna,

peralatan elektrikal pengguna dan semikonduktor. Industri tersebut juga telah

mempelbagaikan kegiatan kepada aktiviti-aktiviti R & D. Ini terbukti dengan peningkatan

jumlah syarikat multinasional yang menubuhkan pusat R & D mereka di negara ini.

Foreign Direct Investment (FDI) atau pelaburan langsung asing adalah penting

dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Industri elektronik terus

menjadi subsektor utama dalam sektor perbuatan daripada segi keluaran, eksport dan

guna tenaga. Dalam tempoh penggal kedua Pelan Induk Perindustrian Pertama dari tahun

1991 hingga 1995, sektor ini mencatatkan purata pertumbuhan keluaran sebanyak 30.7

peratus setahun, manakala sumbangannya kepada eksport dan guna tenaga mencatatkan

kadar pertumbuhan purata sebanyak 30.1 peratus dan 16.8 peratus setiap satu. Galakan

kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur pelaburan di negara kita. Oleh itu,

wujudlah Ordinan Industri Perintis 1958 (pelepasan cukai pendapatan) 1958 dan Akta

Penggalakan Pelaburan 1968 diperkenalkan dengan sediakan pelepasan cukai / taraf

perintis kepada pelabur asing untuk menggembangkan sektor pembuatan. Kejayaan

Malaysia bukan hanya dalam menarik pelabur-pelabur multinasional ini untuk melabur di

Malaysia, bahkan dalam menyediakan persekitaran yang secukup untuk mereka

membesar dan mempelbagai operasi mereka selaras dengan keperluan pertumbuhan

perniagaan mereka.

Transformasi sektor pembuatan dan pengekalan daya saingnya terus menjadi

antara faktor utama yang menentukan kepesatan aktiviti ekonomi negara. Dalam tempoh

Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), sektor pembuatan terus memberi sumbangan

yang besar kepada pertumbuhan pengeluaran, eksport dan pewujudan pekerjaan

2

Page 3: BAB 1-Lai Tesis

sungguhpun ekonomi dunia mengalami kelembapan pada awal tempoh Rancangan dan

meningkatnya persaingan di peringkat antarabangsa. Penambaikan dasar dan inisiatif

yang berterusan telah memperkukuh lagi sektor tersebut bagi menghadapi persaingan dan

integrasi yang lebih hebat dalam ekonomi dunia.

1.2 PERTUMBUHAN SEKTOR PEMBUATAN DI MALAYSIA

Syarikat elektronik Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia mengunjurkan jualan

eksport produk elektronik bernilai RM72 bilion tahun ini, peningkatan sembilan peratus

daripada RM66 bilion tahun lalu. Malaysia masih berdaya saing dengan kecekapan

operasi, dasar kerajaan dan kemudahan logistiknya. MAEI adalah jawatankuasa bagi

industri elektronik Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) yang terdiri

daripada 18 syarikat anggota merangkumi industri-industri semikonduktor dan bukan

semikonduktor dan hampir 100 peratus keluaran syarikat-syarikat berkenaan dieksport,

terutama ke pasaran Amerika Syarikat. Industri elektronik Malaysia dijangka akan

menyaksikan lebih banyak produk bernilai tinggi dikeluarkan tahun depan, sekali gus

melangkah ke paras yang lebih tinggi dalam rantaian nilai sektor itu. Di samping itu,

pelaburan asing terus mengalir ke sektor elektronik tempatan. MITI berkata produk E&E

akan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport Malaysia walau pun mencatat

pertumbuhan negatif pada 2009.

Nilai jualan sektor pembuatan pada Julai tahun ini mencatatkan pertumbuhan

bulan ke bulan 7.0 peratus atau RM2.77 bilion kepada RM42.2 bilion. Jabatan

Perangkaan di dalam satu kenyataan hari ini berkata nilai jualan itu bagaimana pun

merosot 22.4 peratus atau RM12.2 bilion tahun ke tahun berbanding dengan RM54.4

bilion yang dicatatkan pada Julai 2008. Penurunan nilai jualan pada bulan semasa

berbanding dengan bulan yang sama sebelum itu adalah berikutan kejatuhan nilai jualan

79 industri (68.1 peratus)daripada 116 industri yang dikaji. Tahun ke tahun, bilangan

3

Page 4: BAB 1-Lai Tesis

pekerja pula mencatatkan penurunan 74,478 orang atau 7.4 peratus berbanding dengan

1,009,166 orang pada Julai 2008.

Pada masa yang sama, Malaysia akan mengkaji semula peraturan dan

perundangan dalam negara bagi menjadikannya lebih mesra pelabur bagi menarik lebih

banyak pelaburan langsung asing (FDI) serta merangsang keyakinan pelabur. Menteri

Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed berkata dasar

imigresen juga akan dikaji bagi memudahkan profesional asing dan pegawai dagang

masuk dan tinggal sementara dalam negara. FDI kekal penting untuk pembangunan

perindustrian Malaysia memandangkan sumbangan, pemindahan teknologi, aliran masuk

modal, akses ke pasaran antarabangsa. Kerajaan Malaysia dalam usaha menambah baik

sistem penyampaian, memperkenalkan insentif cukai dan menyediakan infrastruktur,

mengurangkan kos menjalankan perniagaan serta mewujudkan tenaga kerja mahir dan

berpendidikan bagi memastikan Malaysia terus kekal kompetitif dan menarik kepada

pelabur.

Jadual 1.1Petunjuk Utama Sektor Pembuatan, 2000-2010

Petunjuk 2000 2005 2010

Nilai ditambah sektor pembuatan 67,250 82,394 113,717

(RM juta pada harga 1987)

Kadar pertumbuhan tahunan(%) 18.3 4.9 7.5

Bahagian kepada KDNK(%) 31.9 31.4 32.4

Bahagian kepada jumlah eksport (%) 85.2 80.5 83.4

Bahagian kepada jumlah guna tenaga (%) 27.7 28.7 30.0

(Sumber : Unit Perancang Ekonomi, 2008)

Nota* : Jumlah terkumpul

4

Page 5: BAB 1-Lai Tesis

Jadual 1.1 menunjukkan sektor pembuatan mencatat pertumbuhan pada kadar

purata tahunan sebanyak 18.3 peratus pada tahun 2000 dan menurun kepada 4.9 peratus

pada tahun 2005 dan dijangka meningkat semula ke 7.5 peratus pada tahun 2010.

Didapati pada tahun 2010, dijangka nilai ditambah dalam sektor pembuatan pada tahun

2000 iaitu sebanyak RM 67,250 juta dan mencapai RM 82,394 juta pada tahun 2005 serta

dijangka mencapai sebanyak RM 113,717 juta pada tahun 2010 yang akan datang.

Dengan masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi

yang tinggi dan hasil keluaran pembuatan akan meningkat mengikut perdaran dan

kemajuan teknologi semasa maka dalam jumlah eksport pada tahun 2005 adalah

sebanyak 80.5 peratus dan mencapai 83.4 peratus pada tahun 2010 nanti.

Seterusnya, dalam bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga

mencapai 32.4 peratus pada tahun 2010 yang akan datang walaupun meningkat sebanyak

satu peratus dibandingkan dengan tahun 2005. Dalam jumlah guna tenaga pula, pada

tahun 2000 adalah sebanyak 27.7 peratus dan dijangka akan meningkat sebanyak 2.3

peratus dan mencapai 30 peratus pada tahun 2010 yang akan datang. Ini disebabkan oleh

dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), matlamat utama kerajaan

adalah untuk mempertingkatkan sektor pembuatan ke arah aktiviti yang mempunyai nilai

ditambah lebih tinggi dan meningkatkan keupayaan dalam penyediaan perkhidmatan

berkaitan pembuatan untuk menghadapi persekitaran global yang lebih mencabar dan

berdaya saing di pasaran antarabangsa. Tumpuan akan diberikan terhadap pembentukkan

aktiviti perniagaan dan perkhidmatan sokongan terutamanya EKS menjadi entiti yang

berintensif pengetahuan dan boleh mencipta nilai yang kukuh.

Oleh itu, penambahbaikan dasar dan inisiatif yang berterusan telah memperkukuh

lagi sektor pembuatan bagi menghadapi persaingan dan integrasi yang lebih hebat dalam

ekonomi dunia. Inisiatif tersebut telah menyumbang ke arah penyediaan persekitaran

pelaburan yang lebih kondusif kepada pelaburan asing dan tempatan termasuk enterpris

kecil dan sederhana (EKS). Penekanan yang lebih akan diberi untuk menggalakkan

pelaburan dalam bidang pertumbuhan baru serta meningkatkan keupayaan dan

5

Page 6: BAB 1-Lai Tesis

kemampuan inovasi untuk memperkukuh produktiviti dan berdaya saing bagi memenuhi

rakyat yang semakin bertambah disertai keperluan terhadap pembuatan juga perlu

bertambah.

1.3 PERTUMBUHAN NILAI JUALAN, BILANGAN PEKERJA BERGAJI, GAJI & UPAH DAN PRODUKTIVITI DALAM MALAYSIA

Jadual 1.2 Nilai Jualan, Bilangan Pekerja Bergaji, Gaji & Upah, Januari-Ogos 2009

Tempoh Nilai JualanBilangan Pekerja

Bergaji Gaji & Upah Produktiviti

(Pada akhir Mei)

(RM Juta) (RM Juta) (RM)Jan - Ogos

2009299,841.8 935,284 15,360.9 320,589

Jan - Ogos 2008

398,295.7 1,002,634 16,348.1 397,249

Perbezaan -98,454.0 -67,350 -987.2 -76,660

% -24.7 -6.7 -6.0 -19.3(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009)

Berdasarkan Jadual 1.3 yang dipaparkan seperti adalah merupakan data bagi

perbandingan antara nilai jualan, bilangan pekerja bergaji, gaji & upah dan produktiviti

dalam bulan Januari hingga Ogos bagi tahun 2008 dan tahun 2009. Nilai jualan sektor

pembuatan pada bulan Ogos mencatatkan sedikit penurunan bulan ke bulan iaitu

sebanyak -24.7 peratus atau menurun sebanyak RM 98,454 juta berbanding dengan tahun

2008. Bilangan pekerja yang bergaji pula mencatatkan penurunan sebanyak 67,350 orang

atau 6.7 peratus, berbanding dengan 1,002,634 orang  pada Ogos 2008. Nilai gaji & upah

yang dibayar pada bulan Ogos 2009 meningkat sebanyak 1.5 peratus atau RM29.7 juta

bulan ke bulan, kepada RM2,029.5 juta. Akhirnya, produktiviti atau purata nilai jualan

bagi setiap pekerja pada bulan Ogos 2009 adalah menurun sebanyak RM 76,660 juta.

6

Page 7: BAB 1-Lai Tesis

1.4 GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PEMBUATAN

Sektor pembuatan menyumbang kira-kira satu pertiga daripada jumlah guna tenaga dan

27.6 peratus daripada jumlah pekerjaan yang diwujudkan dalam tempoh Rancangan.

Jumlah guna tenaga dalam sektor pembuatan dalam sektor pembuatan berkembang pada

kadar purata 4.1 peratus setahun, meningkat daripada 2.6 juta pada tahun 2000 kepada

3.1 juta pada tahun 2005. Guna tenaga dalam industri bukan berasaskan sumber

berkembang pada kadar 4.3 peratus setahun, mewujudkan 308,900 pekerjaan baru

berbanding industri berasaskan sumber yang berkembang pada kadar 3.7 peratus,

mewujudkan 237,000 pekerjaan baru. Pewujudan guna tenaga dalam industri bukan

berasaskan sumber terutamanya disumbang oleh perkembangan industri E&E.

Pembangunan industri yang disokong oleh tenaga pengurusan, saintifik dan

teknikal yang mahir boleh menjadi anak kunci bagi Negara mencapai taraf pesaing utama

ekonomi dunia. Peranan tenaga kerja tempatan yang mahir, terutamanya dalam bidang

penyelidikan dan pembangunan (R&D) amat penting dalam penggunaan dan

pembangunan teknologi negara yang lebih canggih.

Jadual 1.3Guna Tenaga Dalam Sektor Pembuatan Mengikut Industri , 2000-2010

Bil ('000 orang)

Tahun 2000 2005 2010

Industri Bukan Berasaskan sumber 1319.4 1628.3 1798.3

Keluaran elektronik 647.1 840.8 943.6

Tekstil & keluaran tekstil 215.8 214.8 192.3

Logam asas & keluaran logam 193.8 282.8 340.0

Jumlah 1,056.7 1,338.4 1,475.9

(Sumber: Unit Perancang Malaysia, 2009)

7

Page 8: BAB 1-Lai Tesis

Jadual 1.3 menunjukkan bahawa guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikuti

industri pada tahun 2000 hingga 2010 iaitu sebanyak 10 tahun. Daripada industri bukan

berasaskan sumber didapati pada tahun 2000 adalah 1,319,400 orang dan meningkat

kepada 1,628,300 orang seterusnya mencapai 1,798,300 orang pada tahun 2010 yang

akan datang kemudian. Didapati permintaan pekerja dalam industri keluaran elektronik

semakin meningkat dan dijangka mencapai penggunaan guna tenaga sebanyak 943,600

orang pada tahun 2010 dalam industri ini iaitu meningkat sebanyak 102,500 orang

berbanding dengan tahun 2005.

Selain itu, dalam bahagian industri tekstil & keluaran tekstil pula menunjukkan

pola yang semakin menurun dan dijangka mencapai penglibatan guna tenaga dalam

192,300 orang pada tahun 2010 yang akan datang. Penglibatan guna tenaga dalam logam

asas & keluaran logam juga dijangka pola meningkat dan mencapai penggunaan 340,000

orang dalam sektor ini. Secara keseluruhannya dalam penggunaan guna tenaga pula

dijangka akan mencapai 1,475,900 orang pada tahun 2010 berbanding dengan 1,338,400

orang pada tahun 2005 dengan peningkatan sebanyak 10 peratus.

Jadual 1.4Nilai Ditambah Sektor Pembuatan, 2000-2010

Industri RM Juta Pada Harga 1987

Tahun 2000 2005 2010

Bukan Berasaskan Sumber 37,878 44,662 63,035

Perusahaan Mesin Kecuali Mesin Elektrik 3,063 3,447 3,480

Elektronik 19,863 23,043 33,399

Mesin Elektronik 1,738 952 1,161

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi)

8

Page 9: BAB 1-Lai Tesis

Dalam jadual 1.4 didapati dalam nilai ditambah sektor pembuatan dari bahagian

industri bukan berasaskan sumber pada tahun 2000 adalah sebanyak RM 37,878 juta dan

meningkat kepada RM 44,662 juta pada tahun 2005 dan menjangka mencapai RM 63,036

juta pada tahun 2010 nanti. Dalam industri bukan berasaskan sumber terdapatlah sub-sub

sektor iaitu perusahaan mesin kecuali mesin elektrik, elektronik dan mesin elektronik.

Dalam industri elektronik didapati nilai ditambah pada tahun 2000 adalah

sebanyak RM 19,863 juta dan meningkat kepada RM 23,043 juta dan pada tahun 2010

dijangka mencapai RM 33,399 juta. Dari mesin elektronik pula, didapati menurun kepada

RM 952 juta pada tahun 2005 tetapi dijangka akan mencapai RM 1,161 juta pada tahun

2010. Selain daripada itu, dalam perusahaan mesin kecuali mesin elektrik didapati pola

yang semakin meningkat dengan RM 3,063 juta pada tahun 2000 dan dijangka mencapai

RM 3,480 juta pada tahun 2010 nanti.

1.5 PEMASALAHAN KAJIAN

Industri pembuatan adalah industri yang menyokong hasrat kerajaan dalam memajukan

industri elektronik di Malaysia. Namun, persaingan sengit dalam arena perdagangan

antarabangsa telah mencetuskan beberapa implikasi terhadap ciri-ciri tenaga kerja yang

menjadi nadi dalam meningkatkan produktiviti negara. Kajian terhadap sektor pembuatan

dalam sektor elektrik dan elektronik memainkan peranan yang penting kepada

pertumbuhan kepada ekonomi negara dengan KDNK sektor pembuatan yang semakin

meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2007 didapati sebanyak RM 152,262 juta,

pada tahun 2008 adalah sebanyak RM 159,346 juta dan mencapai RM 166,169 juta

dengan permintaan luar negara yang semakin bertambah maka pendapatan negara kita

juga meningkat dari semasa ke semasa. Beberapa kajian terdahulu telah mengakui

pembangunan tenaga kerja terpelajar dan terlatih amat penting untuk memperbaiki

prestasi industri pembuatan dalam tempuh jangka panjang. Umumnya, industri elektronik

dan elektronik (E&E) adalah penggerak utama kepada pembangunan perindustrian di

9

Page 10: BAB 1-Lai Tesis

Malaysia dan pemangkin kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),

pendapatan eksport, pelaburan dan pekerjaan negara.

Tujuan kajian ini adalah ingin melihat sejauhmana persoalan tersebut dapat

dinilai, dimana adakah firma elektronik di Malaysia mencapai kecekapan yang tinggi.

Selain itu, kita dapat melihat adakah firma elektronik mencapai produktivitinya tinggi

atau sebaliknya mengaji adakah wujud firma elektronik yang mencapai kedua-dua

produktiviti dan kecekapannya juga tinggi ataupun rendah. Kajian ini akan menggunakan

bilangan pekerja bergaji sebagai buruh, wang yang dilaburkan olen firma sebagai modal

dan kelengkapan yang dibeli sebagai asset sebagai input kajian.

Di samping itu, menggunakan jualan dan untung firma sebagai output kajian.

Untuk mengkaji adakah input akan mempengaruhi output firma mencapai kecekapan dan

produktivitinya dalam firma elektronik dan melihat manakah firma elektronik mencapai

kecekapan dan produktiviti tinggi dan rendah.

1.6 TAKRIF KECEKAPAN DAN PRODUKTIVITI

Jenis kecekapan yang dikemukakan oleh Farrel 1957 seperti yang dihuraikan oleh Färe et

al. (1985) dan Aly et al. (1990), iaitu kecekapan seluruh, kecekapan teknis, kecekapan

peruntukan, kecekapan teknis tulen dan kecekapan skala yang berhubung rapat dengan

skala pulangan sesebuah syarikat. Konsep-konsep kecekapan ini masih belum begitu

terasional dengan baiknya dan hal kekurangan ini cuba dipenuhi oleh Viky (2003) yang

sebahagiannya dipaparkan di sini. Walau bagaimanapun takrif kecekapan yang paling

berguna setakat ini ialah yang mengikut Färe et al. (1985) diutarakan oleh Farrel pada

1957 yang berasaskan pada nisbah “nilai input” terbaik dengan “nilai input semasa”

dalam sesuatu keadaan yang diingini, selain daripada kecekapan yang ditakrifkan dengan

“nisbah nilai input dengan nilai output” yang dipopularkan oleh Charnes et al. (1978)

menerusi kaedah DEA (Analisis Penyampulan Data).

10

Page 11: BAB 1-Lai Tesis

Kecekapan seluruh merujuk kepada tahap penggunaan seluruh input untuk

menghasilkan output, iaitu kecekapan yang merujuk kepada biaya terkecil secara teori

yang digunakan untuk menghasilkan satu aras output berbanding dengan biaya

sebenarnya. Oleh sebab kecekapan ini juga merujuk kepada biaya untuk menghasilkan

output sesebuah syarikat berbanding dengan syarikat lain atau syarikat itu sendiri, maka

perlulah diandaikan semua output yang dihasilkan oleh mana-mana syarikat ialah sama

jenisnya, tetapi dengan biaya yang berbeza-beza. Maka langkah pertamanya untuk

mencari kecekapan sesebuah syarikat ialah untuk mencari biaya teorinya yang terkecil

terhadap pembiayaan input bagi syarikat.

Produktiviti pula adalah output bahagi input firma. Produktiviti akan dicapai

apabila varians return to scale sama dengan constant return to scale (VRS=CRS).

Technical Efficiency (TE) adalah kebolehan firma untuk mencapai maksimum output

daripada set-set input yang diberi. Allocative Efficiency (AE) adalah menggambarkan

dan kebolehan firma untuk menggunakan output optimul apabila harga relatif.

1.7 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini terbahagi kepada dua objektif iaitu objektif umum dan objektif khusus.

1.7.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk menganalisis kecekapan dan produktiviti dalam

industri elektronik di Malaysia. Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk

mengkaji bagaimana input iaitu buruh, modal dan aset firma elektronik yang akan

mempengaruhi output yang dihasil iaitu jumlah jualan dan untung firma elektronik bagi

meningkatkan jualan mereka dan pada mas yang sama dapat mencapai kepuasan

pengguna terhadap barang elektronik masing-masing.

11

Page 12: BAB 1-Lai Tesis

1.7.2 Objektif Khusus

i) Objektif khusus yang pertama adalah untuk mengenalpasti firma elektronik yang

ada di Malaysia. Hasil kajian ini akan mendapati firma elektronik yang wujud di

Malaysia.

ii) Kajian ini juga akan menganalisis kecekapan dalam pengeluaran barang elektronik.

Hasil kajian ini akan mendapati manakah firma elektronik di Malaysia mencapai

kecekapan dalam pengeluaran barang elektronik.

iii) Di samping itu juga, kajian ini akan membuat perbandingan prestasi antara firma

elektronik di Malaysia. Setelah membuat perbandingan, pengkaji menggunakan

input dan output firma masing-masing untuk mendapatkan prestasi firma tersebut.

1.8 SKOP KAJIAN

Dalam kajian ini, skop kajian bagi menganalisis dan produktiviti dalam firma

elektronik di Malaysia adalah melibatkan firma elektronik yang wujud di Malaysia, iaitu

firma Matsushita, Fuji, LG, Sony, Hitachi, Toshiba, Philips, Sharp, Mitsubishi, Samsung.

Firma elektronik yang dipilih daripada 10 buah daripada firma diatas sebagai skop kajian

saya. Untuk mengukur sejauhmanakah kecekapan dan produktiviti dari segi input iaitu

buruh, modal dan aset yang akan mempengaruhi output firma iaitu jualan dan untung di

Malaysia. Data-data yang diperlukan dalam kajian ini ialah Laporan Tahunan Firma

Elektronik yang wujud di Malaysia sebanyak 5 tahun yang bermula dari tahun 2004-2008

iaitu data sekunder .

12

Page 13: BAB 1-Lai Tesis

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini dapat mengetahui manakah firma elektronik yang paling cekap

dalam pengeluaran barang elektronik. Dalam kajian ini juga, dapat mengetahui manakah

firma elektronik yang produktiviti tinggi dalam pengeluaran barang elektronik di

Malaysia. Pada masa yang sama, dapat melengkapkan kajian-kajian penulis lepas,

melalui kajian ini, pelbagai kajian maklumat dan pengetahuan baru yang akan diperoleh.

1.10 JANGKAAN KEPUTUSAN KAJIAN

Dalam kajian ini, saya menjangkakan didapati daripada penyelidikan dapat mengetahui

firma elektronik yang wujud di Malaysia. Ini disebabkan terlalu banyak firma elektronik

terlibat diri membuat pelaburan dan membuka pasaran mereka di negara kita. Oleh itu,

akhirnya kajian saya dapat mengetahui firmanya yang wujud di sini. Selain daripada itu,

daripada kajian ini, dapat mengetahui manakah firma elektronik yang cekap dalam

pengeluaran barang elektronik tetapi produktivitinya adalah rendah. Sebaliknya, juga

akan mendapat keputusan di mana firma elektronik yang produktivitinya tinggi tetapi

kecekapan adalah rendah, atau kedua-dua tinggi atau pun rendah.

13

Page 14: BAB 1-Lai Tesis

1.11 KESIMPULAN

Bab ini telah menerangkan tentang pertumbuhan ekonomi, kecekapan dan produktiviti.

Dalam bab ini juga telah diterangkan pertumbuhan ekonomi semasa di Malaysia.

Kesimpulannya, pertumbuhan ekonomi Malaysia yang dilihat stabil dijangka

mempengaruhi pertumbuhan elektronik terus menjadi subsektor utama dalam sektor

pembuatan dengan permintaan barang elektronik semakin meningkat dan eksport ke luar

negara. Selain itu, kecekapan dan produktiviti firma elektronik akan mempengaruhi

pertumbuhan ekonomi negara kita. Ini dapat membantu ekonomi Malaysia ke arah yang

lebih baik dan seterusnya dapat merealisasikan matlamat menjadi sebuah negara maju

dan berdaya tahan menjelang tahun 2020, di mana firma elektronik yang cekap dan

produktivitinya tinggi dalam mengeluarkan barang elektronik dapat cepat memajukan

sektor elektronik ini.

14