b1.8 edu3093 pppm perkasa sispddk neg
DESCRIPTION
eduTRANSCRIPT
PPPM 2013-2025 perkasa sistem pendidikan negaraSeptember 6, 2013 Muat turun 14 Julai 2014
KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.
Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, tiga objektif itu ialah:
* Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
* Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.
* Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
"Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan pelan ini adalah suatu langkah berani dan julung-julung kali dilakukan.Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa dikumpulkan untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Unesco dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)," menurut pelan pembangunan pendidikan itu.
PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan dan terdapat tiga fasa iaitu:
* Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan dicontohi.
* Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal PPPM dengan menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan memperinci program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini merangkumi maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.
* Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM. Fasa ini melibatkan rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang Laporan Awal PPPM.
Maklum balas berkenaan telah dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.
PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan negara lain yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya mengekalkan peningkatan dalam keberhasilan murid.
Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk memahami dan membandingkan standard dan prestasi sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain.
"Sebagai sebahagian daripada proses, kementerian telah mengkaji data antarabangsa, menganalisis dan menanda aras pendekatan daripada sumber antarabangsa yang terkemuka seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," menurut laporan pelan itu. Menurut PPPM 2013-2025 itu, kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan.
"Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara," menurut PPPM itu. - Bernama
2013: PPPM rancangan terbesar pendidikan negaraDecember 23, 2013
KUALA LUMPUR - Tempoh 13 tahun akan datang bakal menyaksikan kelahiran modal insan negara yang lebih unggul dan berpengetahuan tinggi seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Dianggap sebagai proses transformasi terbesar terhadap sistem pendidikan negara, termasuk ke atas kementerian dan sistem penyampaiannya, profesion perguruan juga turut diperkasakan demi memastikan keberhasilan murid dan pelajar yang cemerlang untuk memacu segala hasrat pembangunan negara di masa depan. Antara tumpuan utama adalah merapatkan jurang pencapaian antara murid bandar dan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020. Selain itu, PPPM juga fokus untuk memartabatkan bahasa Melayu selain memberi perhatian utama terhadap bahasa Inggeris yang akan dijadikan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) wajib lulus menjelang tahun 2016. Bagi menambah baik Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu persekolahan bagi murid yang lemah. Selain itu, anjakan daripada pembelajaran berasaskan sekolah kepada pembelajaran berasaskan sistem juga akan dilaksanakan dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Golongan pendidik pula akan dipilih dari kalangan 30 peratus graduan terbaik dalam negara dan mereka bakal menikmati laluan kerjaya yang lebih baik melalui proses penilaian yang telus dan adil berdasarkan keupayaan serta prestasi masing-masing. Bagi memastikan kejayaan semua inisiatif yang digariskan dalam PPPM, sebuah entiti khas yang dinamakan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu) juga diwujudkan. Pelan itu, yang didirikan atas input daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, bagaimanapun masih mempertahankan dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan 1996. Dalam pada itu, tahun 2013 merupakan tahun terakhir peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diadakan selepas diperkenalkan pada tahun 1993 (20
tahun) dan akan digantikan dengan sistem Prestasi Berdasarkan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) mulai tahun depan.
Sistem itu, yang akan dilaksanakan oleh guru di sekolah, dilihat lebih efektif berbanding PMR apabila ia memberi ruang kepada ibu bapa untuk memantau prestasi dan penilaian anak masing-masing. Penilaian itu akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bagaimanapun, mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek. Tahun 2013 turut memyaksikan sektor pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar apabila kerajaan menyediakan RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada jumlah keseluruhan Bajet 2014 bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM530 juta disediakan bagi program prasekolah dan menambah 93 lagi bilangan prasekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan, manakala RM209 juta bagi melaksanakan program pemantapan profesion guru.
Sebanyak RM168 juta pula diperuntukkan bagi memperluaskan akses Internet di sekolah terutama di kawasan luar bandar, sementara RM831 juta bagi membina 33 sekolah baharu dan menaik taraf sekolah sedia ada termasuk sekolah usang. Bagi meneruskan komitmen kerajaan di bawah Tabung Khas Pembinaan Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM450 juta kepada tabung berkenaan. Daripada jumlah itu, RM100 juta kepada Sekolah Kebangsaan dan masing-masing RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Rakyat. Pada pembentangan Bajet 2012 dan 2013, kerajaan menyediakan masing-masing RM1 bilion di bawah kedua-dua tabung berkenaan, khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan. - Bernama
PPPM 2013-2025 perkasa sistem pendidikan negara
September 6, 2013
KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan negara dapat diperkasa dan dibangunkan secara berterusan menerusi Pelan Pembangunanan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dirangka berasaskan tiga objektif khusus supaya Malaysia mampu berdaya saing pada peringkat global.
Menurut PPPM 2013-2025 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini, tiga objektif itu ialah:
* Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
* Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.
* Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan termasuk perubahan utama dalam kementerian yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi awam.
"Pendekatan yang diambil dalam menghasilkan pelan ini adalah suatu langkah berani dan julung-julung kali dilakukan.Pandangan pelbagai pakar dan agensi antarabangsa dikumpulkan untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia termasuk agensi luar seperti Bank Dunia, Unesco dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)," menurut pelan pembangunan pendidikan itu.
PPPM juga merangkumi pelan tindakan dan inisiatif utama transformasi keseluruhan sistem pendidikan dan terdapat tiga fasa iaitu:
* Fasa Satu - melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan kepada keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak utama pencapaian tahap prestasi masa kini di samping mengenal pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan dicontohi.
* Fasa Dua - memberikan tumpuan kepada penyediaan Laporan Awal PPPM dengan menggunakan dapatan dalam Fasa Satu untuk mengenal pasti bidang
keutamaan dan memperinci program transformasi yang tuntas tentang dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh pelan 13 tahun itu. Fasa ini merangkumi maklum balas yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal Pendidikan GTP 2.0.
* Fasa Tiga ditumpukan kepada penyediaan laporan akhir PPPM. Fasa ini melibatkan rundingan dan penglibatan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang Laporan Awal PPPM.
Maklum balas berkenaan telah dipertimbangkan dalam penyediaan laporan akhir.
PPPM 2013-2025 itu juga mengkaji pengalaman sistem pendidikan negara lain yang menunjukkan peningkatan signifikan, meluas dan berupaya mengekalkan peningkatan dalam keberhasilan murid.
Ia bertujuan menyediakan metodologi yang mantap untuk memahami dan membandingkan standard dan prestasi sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain.
"Sebagai sebahagian daripada proses, kementerian telah mengkaji data antarabangsa, menganalisis dan menanda aras pendekatan daripada sumber antarabangsa yang terkemuka seperti Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS)," menurut laporan pelan itu. Menurut PPPM 2013-2025 itu, kejayaan masa depan negara bergantung kepada perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mampan iaitu kedua-dua faktor ini bergantung kepada keupayaan menambah baik keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan.
"Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara," menurut PPPM itu. - Bernama
KP Unesco: PPPM contoh baikNovember 9, 2013
PARIS - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu agenda besar bagi menerapkan pembangunan pendidikan yang inklusif dan saksama sebagai asas bagi pertumbuhan tinggi ekonomi, kata Ketua Pengarah
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Dr Irina Bokova. "Pendidikan adalah hak asasi manusia yang penting bagi maruah individu, dan ia juga membawa kelestarian kepada semua pembangunan, sebagai satu kuasa positif bagi kejayaan transformasi dan juga ekonomi. "Inilah semangat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," katanya pada program Gallery Walk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di ibu pejabat Unesco di sini pada Jumaat. Program itu dihoskan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan. Memuji Malaysia bagi insiaitif itu, beliau berkata PPPM yang dilancarkan pada September juga menjadikan Malaysia sebagai contoh baik dan ia boleh diaplikasi dan berguna bagi negara anggota Unesco yang lain. "Kami dalam Unesco, kami percaya dengan pelan ini, kami percaya ia akan dapat dicapai, sebab itu kenapa contoh sebegini penting bagi kami untuk menunjukkan ia boleh dilakukan jika diberi fokus dan sumber-sumber yang betul," katanya. Bokova berkata, beliau gembira dan bangga bahawa Unesco telah menyumbang kepada PPPM menerusi Semakan Dasar Pendidikan yang dilancarkan pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan, untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan kanak-kanak dan belia Malaysia dengan keperluan abad ke-21. Beliau berkata, Semakan Dasar merupakan satu proses yang unik, melibatkan semua pihak berkepentingan, bagi mendapatkan penilaian bebas dan cadangan-cadangan dasar dan disusuli dengan sokongan bagi pelaksanaannya menerusi pembangunan kapasiti dan pendekatan inovatif. "Berdasarkan pengalaman ini, semakan dasar pendidikan kini menjadi antara keutamaan Unesco dalam bidang pendidikannya.Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah memberi peluang kepada pertubuhan untuk menimba ilmu dalam perkara ini. "Banyak negara pada ketika ini merujuk kepada Unesco bagi mendapatkan nasihat berkualiti, bagi sokongan pembinaan kapasiti, bagi kesaksamaan dan kualiti dalam pendidikan.Ini merupakan peluang menimba ilmu bagi semua negara. "Ini akan disebarluaskan menerusi sokongan bersama Unesco dan Pertubuhan bagi
Kerjasama dan pembangunan Ekonomi, dan saya mengalu-alukan permintaan seterusnya daripada negara-negara anggota yang lain," katanya. Bokova berkata, Malaysia mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsi dan amalan-amalan baik yang mungkin berguna untuk negara lain. "Dan Unesco juga berperanan menyediakan platform bagi perkongsian pengalaman.Untuk menjadi bermakna, menjadi mampan, pembangunan perlu secara inklusif dan saksama.Ia perlu seimbang dan holistik. "Pendidikan ialah cara paling berkuasa untuk menerapkan semua dimensi agenda ini," katanya. Beliau sendiri menyaksikan strategi kerajaan Malaysia yang mementingkan pendidikan dalam pembangunan negara, semasa melawat Malaysia Mei lepas. "Saya amat berbesar hati dapat melawat Malaysia dan bertemu Perdana Menteri Najib Razak (Datuk Seri Najib Tun Razak), dan mengetuai perbincangan mengenai cabaran-cabaran semasa pertumbuhan ekonomi dan juga pendidikan. "Lawatan ini dilakukan sempena sambutan ulang tahun ke-5 Pusat Antarabangsa Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Kerjasama Selatan-Selatan, Pusat Kategori Dua terkemuka di bawah naungan Unesco," katanya. - Bernama
PPPM: Malaysia dapat pandangan IEPNovember 7, 2013
Muhyiddin Yassin sedang mendengar penerangan dari Pengarah International Istitute for Educational Planning (IIEP), Khalil Mahshi (kanan) ketika lawatan beliau ke IIEP di Paris. - Foto Bernama
PARIS - Malaysia bersedia mendapatkan pandangan Institut Perancangan Pendidikan Antarabangsa (IIEP) dalam usaha memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dilaksanakan secara paling efisien dan efektif.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan berkata ia bukan untuk keseluruhan spektrum PPPM tetapi bagi peringkat subsektor tertentu.
"IIEP boleh membantu kita, bukan dari segi merumuskan pelan kerana kita telah menyediakan pelan ini, tetapi mengenai bagaimana untuk melaksanakannya secara
paling efisien, dan sudah tentu sebaik mungkin agar kita dapat melihat hasilnya seperti dikehendaki," katanya dalam pertemuan dengan pengarah IIEP Khalil Mahshi di institut itu di sini pada Rabu.
Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Duta Besar Malaysia di Perancis Tan Sri Ismail Omar.
IIEP, pusat latihan dan penyelidikan khusus dalam perancangan dan pengurusan pendidikan, diwujudkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) pada 1963.
Ia dibiayai menerusi geran daripada Unesco dan sumbangan sukarela daripada negara anggota dan lainnya.
Muhyiddin berkata, wujud kemungkinan bagi kerjasama dan perkongsian dijalin antara IIEP dan Institut Aminuddin Baki (IAB) di Pahang dalam bidang tertentu khususnya dalam penyelidikan dan latihan.
"Saya akan bersetuju sekiranya kami patut meningkatkan sumbangan, mungkin US$50,000 (RM159,041) setahun daripada US$5,000 (RM15,904) setahun sebelum ini, tetapi dengan syarat apabila IIEP menjalin kerjasama rapat dengan IAB," katanya.
Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan itu, Mahshi berkata beliau kagum dengan usaha dilakukan Kementerian Pendidikan dalam membangunkan pendidikan berkualiti di Malaysia.
"Terdapat juga kemungkinan untuk pemeteraian Memorandum Persefahaman bagi bidang-bidang kerjasama, dengan kami boleh menawarkan pengalaman kami, tetapi kami juga ingin belajar daripada pengalaman Malaysia terutama dalam sektor pendidikan," katanya.
Di samping itu, dokumen rasmi kerajaan yang menyentuh perkara berkaitan dengan pembangunan modal insan,pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan pendidikan serta Misi dan Visi Nasional dalamPELAN STRATEGIK PENGAJIAN TINGGI NEGARAmencapai status negara maju juga telah dirujuk. Dokumen-dokumen tersebut adalahseperti yang berikut:1. Wawasan 2020;2. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010;3. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010;4. Pelan Induk K-Ekonomi, 2002;5. Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua, 2004;
6. Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2005;7. Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2010; dan8. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010.2.06 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga telah menyediakan landasanuntuk memperkukuh pembangunan sumber manusia denganmeningkatkan akses pendidikan dan latihan. Sektor swasta digalakkanuntuk berganding bahu dengan sektor awam dalam membangunkanpendidikan tertiari ke arah pewujudan hab kecemerlangan pengajiantinggi antarabangsa. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) jugadikenal pasti sebagai salah satu usaha bagi meningkatkanpembelajaran berterusan kepada tenaga kerja supaya setandingdengan negara lain dalam perkembangan teknologi yang dinamik.2.07 Misi Nasional dalam RMKe-9 telah menekankan sistem pendidikandari peringkat prasekolah hingga tertiari dan mencadangkanpenambahbaikan secara komprehensif bagi melahirkan modal insanyang mempunyai minda kelas pertama. Misi ini juga meletakkansasaran bagi melahirkan universiti bertaraf dunia dan graduan yangberkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pasaran.2.08 Pelan Induk K-ekonomi menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualitisebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan negara ke status negara maju. Langkahyang diperakukan dalam Pelan ini termasuk menilai dan menaik taraf universiti dan kolejuniversiti, memperkukuh pengurusan Jabatan Pengajian Tinggi dan juga LembagaAkreditasi Negara serta menggalakkan penggabungan IPTS menjadi satu konsortiumpengkhususan dalam pelbagai bidang.Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan
1.0 Pengenalan
Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib1 beliau telah mendefinisikan pendidikan
sebagai “menanam sesuatu kedalam diri manusia”. Pendidikan di Malaysia
merupakan satu medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat
perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Oleh yang demikian maka wujudlah
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-matlamat tertentu
dalam membina sebuah negara maju. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah
diwujudkan atas dasar kesedaran para pemimpin serta rakyat tentang kepentingan
sistem pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah2. Atas kesedaran
ini maka lahirlah Dasar Kebangsaan Malaysia melalui Penyata Razak 1956 yang
1 Merupakan ahli falsafah islam Malaysia, mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya agama, budaya, kesasteraan dan penyumbang dalam menghasilkan karya dalam menyuntik semangat nasionalisme.
termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak
semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
ini telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974 sebuah
jawatankuasa telah diwujudkan bagi mengkaji semula dasar pendidikan bertujuan
memperbaiki kelemahannya serta mencapai matlamat bagi membaiki tujuan serta
matlamat dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Hasil
daripada kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1979.
Antara objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bagi menubuhkan satu
sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan budaya, sosial, politik dan ekonomi. Selain itu juga ia turut bertujuan
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangkamasa panjang dan pendek serta melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Kemudian diasaskan pula
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menekankan kepada usaha melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah
dilaksanakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan antaranya menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, mengadakan kurikulum yang sama
dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah, serta melicinkan tatacara
pengurusan pendidikan dan banyak lagi.
2.0 Ulasan dan Analisis
Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Cabaran,Perubahan Dasar3
Pendidikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd.Dom4 menyatakan bahawa perkembangan
bidang pendidikan merupakan antara faktor perkembangan pelbagai bidang
terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial pada abad ke 21 di seluruh dunia
sama ada di negara maju mahupun negara yang sedang membangun seperti
2Sistem pendidikan penjajah melaksanakan sistem pendidikan inggeris.Dasar ini juga menyekat pendidikan orang melayu bagi menjaga kedudukan inggeris.
3Lihat lampiran
4 Bekas Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Pendidikan pada hari ini semakin mencabar dan juga harus mempunyai
nilai kreatif dan inovatif bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi
dalam pelbagai bidang. Menurut beliau lagi, pendidikan pada hari ini bukan lagi
berkisar tentang pengetahuan asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis malah
ia lebih menjurus kepada melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan
pelbagai kemahiran bagi menghadapi dunia yang penuh cabaran. Malah beliau
berpendapat bahawa pendidikan pada hari ini harus bersifat holistik dan dinamik
agar ianya berubah mengikut keperluan semasa.
Bagi mengulas kenyataan beliau tentang dasar pendidikan hari ini, kerajaan
sering melakukan kajian serta penyelidikan dari semasa ke semasa agar dunia
pendidikan negara kita tidak ketinggalan dalam mengahadapi cabaran masa kini.
Buktinya dalam tahun 1950 an dan awal 1960 dan 1970 an, dasar dan sistem
pendidikan telah memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan kuatitatif dan
pensejagatan pendidikan (universalization of education) dalam membangunkan
prasarana dan insfrastruktur fizikal. Dapat kita lihat pada ketika ini dasar pendidikan
telah diletakkan pada asas yang kukuh. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan pada masa itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor yang
dicetuskan daripada sistem pendidikan itu sendiri dan juga faktor-faktor luaran
seperti faktor-faktor ekonomi, budaya, sosial, agama, politik dan sebagainya.
Perubahan-perubahan yang berlaku ini dikawal oleh tiga undang-undang utama
dalam sistem pendidikan iaitu Akta Pelajaran 1961, Essential (Higher Education)
Regulation 1969 dan Akta Universiti dan Kolej 1971. Ini menunjukkan bahawa
kerajaan kita pada hari itu telah bersedia dalam menghadapi cabaran menghadapi
zaman baru.5
Misi dan hala tuju pendidikan negara menjadi semakin pesat setelah
terbentuknya wawasan 2020.6 Dalam masa yang sama, pada ketika itu negara kita
sedang mengalami proses transformasi pembangunan yang dinamik dalam pelbagai
aspek kehidupan akibat perubahan serta peningkatan proses globalisasi dunia
dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Hal ini menyebabkan
Malaysia turut terjebak dalam arus permodenan dan globalisasi terutamanya dalam
5 Hussein Haji Ahmad, Dasar Kecemerlangan pendidikan Negara : Cabaran Kriteria dan Strategi 7-P,
6Merupakan visi strategic Negara bagi mencapai Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
revolusi sains dan teknologi. Oleh yang demikian ianya telah menyebabkan
wujudnya persekitaran yang mencabar dalam persekitaran pembangunan negara.
Hal ini juga turut menimbulkan tuntutan-tuntutan baru dalam pendidikan negara
khususnya bagi melahirkan sumber tenaga kerja dalam jangka masa pendek
mahupun panjang. Dengan berasaskan falsafah pendidikan negara dan sembilan
strategi dalam wawasan 2020 kerajaan Malaysia telah berusaha mencapai hala tuju
pendidikan masa hadapan yang dibentangkan dalam bentuk penyataan misi
Kementerian pendidikan pada tahun 1995.
Menurut Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak pendidikan bertaraf dunia
bermaksud usaha-usaha strategik dalam menglobalisasikan pendidikan, mencari
ilmu pengetahuan tidak kira dimana dan membuka minda untuk menghadapi
cabaran. Ia juga dikatakan berusaha mengetahui apa yang kita belum pelajari.
Selain itu juga beliau turut menyatakan bahawa aspirasi dan cita-cita negara kita
adalah untuk melangkah jauh ke hadapan sebuah negara industri yang maju7. Dapat
kita lihat disini bahawa pada ketika itu, kerajaan telah membina dasar-dasar serta
pelbagai strategi bagi membawa masyarakat menuju serta bersaing pada zaman
globalisasi. Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian telah mewujudkan
prasarana-prasarana yang berkesan dan efektif dalam menjadikan wawasan ini
sebagai satu kejayaan.
Selain itu juga, pelbagai rang undang-undang dibentuk dalam menghadapi
cabaran abad ke 21 ini. Atas kesedaran awal pihak kementeriaan, terdapat pelbagai
undang-undang dan akta-akta yang digunakan bagi mencapai matlamat ini
antaranya Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Swasta, Akta Universiti
dan Kolej Universiti,, Akta Majlis Pendidikan Tinggi negara 1996, Akta Lembaga
Akreditasi Negara 1996, serta Akta Pembiayaan Pendidikan Tinggi Negara19978.
Undang-undang yang diwujudkan ini bukan sahaja mampu memberi panduan
kepada sektor pendidikan negara malah ia turut membantu kerajaan dalam
melahirkan masyarakat yang berpendidikan serta memenuhi sember guna tenaga
bukan sahaja dari segi kuantiti malah mempunyai kualiti yang tinggi. Ini adalah
antara bukti yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan bahawa sistem pendidikan negara
7Ucapan Dato’ Seri Najib ketika membentangkan rang undang-undang pendidikan 1995 ketika beliau menjadi menteri pendidikan.
8Hussein Haji Ahmad Matlamat pendidikan bertaraf dunia, Dasar Pendidikan Progresif ms47
sentiasa dinamik dan holistik berdasarkan peredaran zaman berdasarkan perubahan
dan pindaan dalam dasar pendidikan itu sendiri.
Selain itu juga, Tan sri Alimuddin Mohd Dom turut menyatakan bahawa
masyarakat dunia pada abad ke 21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali
sebagai ‘knowledge edge’ atau digelar juga sebagai K-ekonomi. Zaman k-ekonomi
ini telah memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai bidang
serta ilmu baru terutamanya ilmu tentang penggunaan ICT dan teknologi maklumat.
Dengan adanya perubahan ini, dunia kini sangat bergantung akan penggunaan
teknologi maklumat dan ICT. Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat
penting agar masyarakat serta negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara
maju yang lain seperti Amerika dan Jepun. Seperti yang kita ketahui, dengan
perkembangan zaman matlumat ini, ia telah memberi ruang kepada kita untuk
memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. Selain itu juga, ia turut
memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi
melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti
pendidikan sepanjang hayat. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja.
Selaras dengan apa yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin, pentingnya
pengetahuan baru ini kerana pengetahuan baru ini menekankan bahawa pentingnya
matlumat, kretiviti dan inovasi dalam memberikan perkhidmatan baru kepada
masyarakat. Kini kerajaan telah mengambil langkah sejak awal lagi bagi
memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi. Oleh
yang demikian sistem pendidikan dan R&D yang mantap sangat diperlukan dalam
menganangi isu globalisasi dan ICT. Kerajaan juga harus memberi peruntukan
dalam penyelidikan dan pembangunan supaya pelbagai lagi hasil, kaedah serta
teknologi yang baru dalam bidang pendidikan agar bidang pendidikan negara kita
setanding dengan negara maju yang lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk
Pembangunan pendidikan (PIPP)9 2006-2010 yang merupakan garis panduan
9Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah 2006-2010 telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprenhensif dan menyeluruh
pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun
dalam RMK-9. Kerajaan telah memperuntukkan RM23.198 bilion dibawah
peruntukkan pembangunan pendidikan yang dirangka bagi memajukan bidang
pendidikan. Dalam jumlah ini, pihak KPM juga berperanan dalam memajukan bidang
teknologi malumat dan Komunikasi (ICT). Bagi memberi penekanan dalam bidang ini
bagi menghadapi zaman K-Ekonomi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mewujudkan Program Pembangunan Pendidikan yang dapat melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak
Bibliografi
Dasar-dasar pembangunan Malaysia (2007), Kuala Lumpur : Institut takbiran awam negara (INTAN)
Isu-isu ICT dan pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP), diperoleh daripada http://www.scribd.com/doc/20373000/Isu-ICT-Dan-Pelam-Induk-Pembangunan-Pendidikan-PIPP
Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011), Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran dan pelaksanaan kearah perpaduan nasional. Diperoleh daripadahttp://pdfsearchpro.com/sistem-pendidikan-di-malaysia-dasar-cabaran-dan-pelaksanaan-ke-pdf.html
Hj Mohd Radzi Abd Jabar, Taklimat perkembangan baru pendidikan 2010-2012 untuk pengetua dan guru besar negeri Perak darul ridzuan, bahagian II : Perkembangan
baru PIPP. Diperoleh daripada http//:PelajaranPerak.Gov.my/v2/modules/maastop_
publish/files/files_4b2eceb0098d3.pdf
Hussein Haji Ahmad (2002), Dasar kecemerlangan pendidikan negara : Cabaran kriteria dan strategi 7-P, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Pelan strategik pengajian tinggi negara, Bab 2 : Kerangka pelan strategik, diperoleh daripada http://www.mohe.gov.my/transformasi/images/Bab2.pdf
Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002), Jurnal teknologi : Perancangan pendidikanuntuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia
Siew Heng Loke (2002), Dasar-dasar penting bagi pembangunan pendidikan sains ke arah pembinaan negara maju, , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Sufean Hussin (2002), Dasar pendidikan progresif : perspektif makro dan mikro, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd
Yusof Ismail (2010), Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia, Kuala Lumpur : Perpustakaan negara
mulia. Dalam teras ke 4 strategik PIPP, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menekankan aspek merapatkan jurang pendidikan. Dalam aspek ini, kerajaan telah
berusaha merapatkan jurang digital iaitu membangunkan insfrastruktur dan
kemudahan di luar bandar seperti makmal komputer, pusat akses, pembestarian
sekolah luar bandar, menambahbaik TV pendidikan dan banyak lagi. Hal ini adalah
bertujuan untuk merapatkan jurang ICT mahupun digital antara kawasan bandar dan
luar bandar supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati pendidikan yang
berasaskan teknologi maklumat seperti di kawasan bandar. Hal ini juga dapat
menyeragamkan sistem pendidikan di sekolah bagi menghadapi zaman globalisasi
seperti yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin.
Melalui PIPP ini kerajaan telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah
dan menyediakan pelbagai program latihan dalam bidang perkomputeran untuk
guru-guru khususnya bagi kawasan luar bandar agar para guru dapat menguasai
bidang ICT. Penguasaan bidang ICT amat penting bagi guru-guru kerana melalui
guru-guru inilah sistem pendidikan yang berteraskan teknologi maklumat dapat
dicapai.Ada guru yang menerima penggunaan komputer dalam pembelajaran
mereka namun ada juga guru-guru yang enggan menerima dengan pelbagai alasan.
Masalah mula timbul apabila sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama
berkhidmat dalam sektor pendidikan menolak penggunaan ICT ini kerana tidak
mahu mencuba dan kurang pengalaman serta pendedahan menyebabkan mereka
kurang berminat dalam penggunaan teknologi maklumat. Namun, kini dengan
adanya pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan kini, sudah pasti para
guru telahpun menggunakan ICT bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran
tetapi juga dalam pengurusan.
Dalam pengurusan prasarana pula, KPM telah membangunkan insfrastuktur
dan pembangunan luar bandar dengan menyediakan makmal komputer dan pusat
akses Projek School Net yang melibatkan penyediaan capaian jalur lebar yang
melibatkan sebanyak 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana School net
menyediakan kemudahan pembelajaran tanpa sempadan yang bertujuan untuk
menyediakan insfrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari.
Selain itu juga ia turut mewujudkan pendidikan interaktif yang turut mewujudkan
masyarakat berilmu bagi merealisasikan K-Ekonomi. Kemahiran dalam bidang ICT
ini mampu membangunkan keupayaan masyarakat serta mampu menyediakan
tenaga kerja yang berkemahiran sejajar dengan wawasan 2020.
Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini menunjukkan
bahawa kementerian pendidikan malaysia berusaha keras dalam membangunkan
bidang ICT seterusnya memberi pendedahan dalam penggunaan ICT kepada
masyarakat dan pelajar bukan sahaja di kawasan bandar malah kawasan bandar.
walaupun terpaksa menggunakan perbelanjaan yang besar, pihak kerajaaan terus
menerus memperkembangkan penggunaan ICT dan teknologi-teknologi baru bagi
memastikan bahawa negara kita tidak ketinggalan bukan sahaja pendidikan tetapi
bidang-bidang lain. Pandangan Tan Sri Alimuddin yang menyatakan bahawa negara
yang mengabaikan penggunaan ICT akan terus mundur dan ketinggalan dalam
persaingan peringkat global berbanding negara yang menggunakan bidang ICT
dalam memacu pembangunan negara. Penggunaan ICT yang meluas di negara kita
mampu melahirkan lebih individu yang mampu bersaing dalam zaman K-Ekonomi.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang peranan pendidikan dalam
pembinaan negara bangsa. Selepas kemerdekaan negara kita, kerajaan
melaksanakan pelbagai langkah bagi memupuk perpaduan antara kaum seterusnya
berusaha dalam pembinaan negara bangsa. Hingga kini kerajaan masih lagi
menekankan aspek pembinaan negara bangsa. Ini dapat dibuktikan apabila
kerajaan meletakkan aspek pembinaan negara bangsa sebagai teras pertama dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Malah, kerjaan berhasrat untuk
melahirkan serta membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-
ciri glokal dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan kesenian
bangsa. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah menggunakan pelbagai idea serta
langkah dalam membentuk pembinaan negara bangsa antaranya memperkasakan
bahasa melayu, meningkatkan disiplin pelajar, menggiatkan rancangan integrasi
murid untuk perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan
bagi membina jatidiri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan
pelajar.
Dalam taklimat perkembangan pendidikan baru 2010-2011, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan dalam
teras pembinaan negara bangsa. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah
menerapkan konsep satu Malaysia dalam aktiviti pendidikan kearah pemantapan
perpaduan dalam kalangan pelajar. Selain itu juga kerajaan juga turut memberikan
fokus terhadap memartabatkan bahasa melayu dan seterusnya memperkasakan
bahasa inggeris. Seterusnya bagi membentuk perpaduan juga, kerajaan turut
menentuka kouta penentuan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum.
Dalam memastikan kejayaan teras pembinaan negara bangsa ini, kerajaan turut
memastikan bahawa sekolah-sekolah swasta di seluruh malaysia turut terlibat
dengan teras pembinaan negara bangsa ini. Selain itu juga, Jabatan Pendidikan
Negeri juga harus terlibat dengan penerapan pembentukan negara bangsa melalui
penerapan konsep satu malaysia di peringkat pentadbiran sama ada di sekolah
mahupun di peringkat jabatan pendidikan itu sendiri. Berdasarkan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012
jelaslah bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidakpernah mengabaikan
aspek pembinaan negara bangsa bagi mewujudkan masyarakat yang pentingkan
perpaduan seterusnya mewujudkan negara yang aman walaupun berbilang kaum.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang dilakukan
oleh kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan
dan cabaran baru di peringkat glokal. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh
menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi
kurikulum bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya
menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu menarik minat pelajar-pelajar.
Transformasi kurikulum ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Oleh yang
demikian aspek penerokaan ilmu harus diberi penekanan dengan lebih banyak
tumpuan terhadap bilik darjah dan pelajar itu sendiri.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, proses pembelajaran ini lebih
mementingkan interaksi diantara murid, guru dan rakan sekelas yang diharap
membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Tambah beliau lagi budaya
kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui bengkel, seminar dan pertandingan.
Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah
bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan
penjanaan ilmu. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan
sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi
sumbangan kepada diri dan masyarakat. Namun begitu, bagi memastikan
Transformasi kurikulum ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan
terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang harus dihadapi oleh pihak
kementerian bagi memastikan transformasi ini berjalan dengan lancar.
Antara kekangan yang dapat kita kenalpasti ialah daripada guru itu sendiri.
Sejauhmanakah penerimaan guru-guru terhadap dasar baru yang diperkenalkan ini?
sudah pasti ada guru-guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap
transformasi ini. hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan
kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha
ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Sesetengah daripada guru-guru
terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai
alasan. Selain itu juga, kekangan daripada segi ruang dan waktu juga menjadikan
transformasi ke arah kurikulum dan kokurikulum kurang berkesan. Masalah ini timbul
bagi sekolah yang mempunyai dua sesi yang menghadapi kekangan ruang untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran terancang luar kelas.
Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan
dan memantapkan budaya ownership. Selain itu juga, kekurangan tenaga pengajar
yang berkemahiran sudah tentu menjadi asas kepada kekangan terhadap dasar
baru ini. Tanpa tenaga pengajar yang mahir, sudah pasti ianya tidak dapat
dilaksankan dengan berkesan.
Terdapat banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kementerian
pelajaran malaysia. Kejayaan kebanyakan transformasi kurikulum banyak
bergantung kepada pemimpin sekolah seterusnya melibatkan pelbagai organisasi
dalam melakukan analisis, penilaian, merancang dan membuat keputusan
seterusnya melaksanakan program kurikulum baru. Kecekapan pemimpin dalam
mengusahakan penglibatan organisasi dalam proses transformasi ini akan
mewujudkan suasan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Dalam pendidikan itu
sendiri pengurusan yang lebih inovatif, imaginatif dan kreatif diperlukan untuk
menghadapi zaman pendidikan dan dunia yang semakin mencabar.
Pihak kerajaan pada hari ini juga turut melakukan beberapa dasar lain bagi
menghadapi era globalisasi ini. Menurut Tan Sri Alimuddin antara dasar yang telah
diperkenalkan adalah ‘satu pelajar satu sukan’ yang bertujuan meningkatkan minat
dan keupayaan dalam bidang permainan dan sukan agar lebih cergas dan aktif.
Selain itu ialah dasar memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa
inggeris juga merupakan satu dasar yang bertujuan untuk mengembalikan semula
peranan utama bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan meningkatkan
keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa inggeris. Menurut beliau lagi, dasar
menghadkan 12 matapelajaran sahaja dalam peperiksaan SPM dan menambahbaik
peperiksaan UPSR dan PMR merupakan satu langkah bagi meningkatkan mutu
pendidikan. Satu lagi dasar yang sinonim dengan pendidikan kini ialah mewajibkan
mata pelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus yang akan bermula pada
tahun 2013. Ianya bertujuan untuk meyemai semangat patriotik dan cinta akan
negara dalam kalangan masyarakat kita hari ini.
Dasar-dasar yang dilakukan ini merupakan pembaharuan yang dijalankan
oleh kerajaan serta kementerian pendidikan malaysia bagi mewujudkan pelajar yang
mempunyai daya saing yang tinggi serta mewujudkan sistem pendidikan yang
mampu melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran serta tidak
gentar dalam menghadapi apa jua cabaran. Ia merupakan satu langkah kerajaan
dalam menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.
Tan Sri Alimuddin turut menyatakan bahawa negara akan bertambah maju
sekiranya penduduk menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan
kemudahan ICT dalam semua urusan. Seterusnya beliau turut menyatakan bahawa
zaman k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani
melalui perubahan-perubahan dasar-dasar pendidikan. Bukan itu sahaja,
penguasaan terhadap ilmu sains juga merupakan satu bidang yang penting bagi
menuju zaman k-ekonomi. Bidang sains dan teknologi dikenali sebagai daya utama
bagi pembangunan ekonomi negara-negara perindustrian. Oleh yang demikian
pendidikan sains sejagat harus dipandang sebagai proses yang dinamik dan harus
berkembang seiring dengan pendidikan di negara kita. Proses sains harus
bergerang dan bergiat dengan aktif dalam reformasi dan transformasi pendidikan
negara agar ia mampu memenuhi kehendak individu, negara dan glokal.
Oleh yang demikian pihak kerajaan turut mewujudkan dasar sains dan
teknologi. Selain itu juga, pihak kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi
universiti-universiti di negara kita menjalankan penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dalam bidang bioteknologi. Terdapat beberapa institusi IPTA yang sedang
menjalankan penyelidikan dalam bidang bioteknologi seperti UM, UKM,USM dan
UPM yang akan terus mendokong usaha kerajaan dalam dasar bioteknologi
kebangsaan bagi membangunkan dasar kondusif bioteknologi negara. IPTA yang
merupakan pengguna dana terbesar R&D negara pasti mampu melahirkan siswazah
dalam pelbagai bidang perkhususan dan peringkat bagi memenuhi permintaan
institusi penyelidikan dan industri bioteknologi. Tambahan pula perkembangan
bioteknologi negara kita semakin mantap dan banyak hasil yang telah diperolehi
daripada R&D itu sendiri. Walaupun Tan Sri Alimuddin hanya memberi penekanan
kepada bidang ICT namun seharusnya bidang sains ini tidak harus dipandang
ringan. Oleh yang demikian seharusnya bidang sains ini harus diberi pendedahan
dan keutamaan semenjak bangku persekolahan lagi bagi melahirkan masyarakat
yang berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi ini.
3.0 Rumusan
Sebagai menteri pendidikan Dato seri Muhyiddin Yassin telah memberi
beberapa saranan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara antaranya
mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, berketerampilan dan mempunyai
jati diri, progresif kreatif dan inovatif, melahirkan modal insan yang dapat menguasai
sekurang-kurang tiga quotient iaitu intelectual quotient (IQ), emotional quotient (EQ)
dan spiritual quotient (SQ), merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar
selaras dengan pendidikan untuk semua yang disasarkan oleh UNESCO,
menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dalam kalangan generasi muda di
sekolah dan banyak lagi. Hala tuju ini penting dalam memberi panduan kepada
sistem pendidikan yang kian mancabar pada hari ini.
Pandangan Tan Sri Alimuddin tidak harus dipandang ringan. Tambahan pula
beliau merupakan seorang yang sangat berpengalam dalam bidang pendidikan.
Namun begitu masih banyak bidang yang harus diberi penekanan bagi melahirkan
masyarakat berkualiti dan berdaya saing. Walaubagaimanapun pihak kementerian
tidak harus memandang ringan aspek agama dan juga nilai murni dalam pendidikan.
Perkara tersebut haruslah diterap seawal yang mungkin dalam kalangan pelajar.
Oleh yang demikian pihak kementerian harus mencari jalan penyelesaian terbaik
bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar sekolah yang kian meruncing pada hari
ini. Dengan adanya pendedahan daripada semua aspek ditambah pula pelajar-
pelajar mempunyai nilai murni yang tinggi maka ia sudah cukup untuk
melengkapkan diri, masyarakat dan negara dalam menghadapi abad ke 21 yang
kian mencabar ini