modul pembelajaran ipg edu3093

Download Modul Pembelajaran IPG EDU3093

If you can't read please download the document

Post on 14-Dec-2015

17 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

MODUL GURU DAN CABARAN SEMASABAB 1ISU DAN CABARAN PENDIDIKANSEMASA

ISU DAN CABARAN SEMASA

1.1.1 Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

PPPM 2013-2025 dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.

Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.

1

Sekolah Wawasan dapat merapatkan kaumMODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

INTEGRASI NASIONAL

Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:

Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.

Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.

Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Peningkatan kes gelaja sosial

Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.

Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan

(Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, 2005)

Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan

dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang

2MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi:

Memperkasa bahasa kebangsaan.

Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.

Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib Tun

Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk merapatkan hubungan antara kaun bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat.

Konsep 1 Malaysia Terdapat 8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1966) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.

3MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia:

Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.

Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).

Pendidikan selama 13 tahun.

Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.

Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.

Pendidikan sepanjang hayat.

Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:

Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.

Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.

Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

TONGGAK PENDIDIKAN UNITED NATIONS EDUCATIONAL, SCIENTIFIC AND CULTURAL ORGANISATION (UNESCO)

Terdapat empat tonggak pendidikan UNESCO:

Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know).

Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do).

Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be).

Belajar untuk harmoni dan berkerjasama (learning to live together).

Berdasarkan cadangan UNESCO , pendidikan harus memberikan peluang kepada pelajar meneroka dan memahami orang lain sejak awal persekolahan. Pendidikan harus menjadi wadah untuk murid belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku etnik di Malaysia.

4MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.

Impak globasasi dalam pendidikan:

Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.

Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.

Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.

Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.

Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.

Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.

Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.

Pembudayaan teknologi.

Penyediaan peluang pendidikan.

Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.

Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.

Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.

Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020:

Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.

Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.

Dalam masa yang sama, guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.

5MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun-temurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada perlbagai kaum.

Masyarakat berbilang budaya

Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah pembinaan negara bangsa:

Penghayatan prinsip Rukun Negara.

Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.

Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:

Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (cth:lawatan, jemputan ke rumah)

Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar (cth:berbincang dan berkongsi ilmu)

Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (cth: topik pakaian tradisional).

Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (cth: program sekolah anak angkat).

6MODUL GURU DAN CABARAN SEMASA

PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Perkembangan teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai satu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat di dalam kehidupan manusia. Antara faedah yang boleh diperoleh daripada TMK ialah:

Pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital.

Peluang kepada jaringan antara para pendidik dan penyelidik berkongsi baha