an persidangan islam (oic)

12
PERTUBUHAN PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM PERSIDANGAN ISLAM (OIC) (OIC)

Upload: richard-chan

Post on 24-Jun-2015

431 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: an Persidangan Islam (Oic)

PERTUBUHAN PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM PERSIDANGAN ISLAM

(OIC) (OIC)

PERTUBUHAN PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM PERSIDANGAN ISLAM

(OIC) (OIC)

Page 2: an Persidangan Islam (Oic)

Latar Belakang• Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H) bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Page 3: an Persidangan Islam (Oic)

Objektif• Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;• Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam

bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;

• Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;

• Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan;

• Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka; dan

• Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara anggota dan dengan negara lain

Page 4: an Persidangan Islam (Oic)

Keanggotaan• Keanggotaan•  OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan,

Albania, Algeria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA (PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria, Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.

Page 5: an Persidangan Islam (Oic)

Struktur Institusi• Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

mempunyai tiga badan utama :• Pembuat dasar iaitu Sidang

Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC

•  Persidangan Menteri-menteri Luar OIC

• Sekretariat OIC. 

Page 6: an Persidangan Islam (Oic)

Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara

dan Kerajaan OIC• Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan

Kerajaan OIC merupakan badan pembuat keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

Page 7: an Persidangan Islam (Oic)

Persidangan Menteri-menteri

Luar OIC• Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi

pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup penduduk di negara anggota.

Page 8: an Persidangan Islam (Oic)

Sekretariat• Sekretariat• Sekretariat OIC yang berpejabat di

Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC. Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Persidangan Islam.

Page 9: an Persidangan Islam (Oic)

Pakatan Ketenteraan Pertubuhan Islam

Sedunia(OIC)• OIC menubuhkan satu pakatan

ketenteraan negara Islam seperti NATO untuk melindungi negara-negara Islam dari diserang dan dijajah oleh negara2 musuh Islam dan juga untuk mencipta senjata-senjata untuk kegunaan negara-negara Islam

Page 10: an Persidangan Islam (Oic)

Peranan Malaysia dalam OIC

• Menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.• Perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.• Memberi sokongan kepada rakyat palestin• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun

1974.2003• Mengajurkan persidangan menentang penganas di

kalangan negara islam pada tahun 2002.• Menawarkan biasiwa kepada pelajar dari negara OIC

untuk belajar di (UIAM)• Mengesyorkan dinar emas di kalangan negara islam

untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain.

Page 11: an Persidangan Islam (Oic)

•SEKIAN TERIMA KASIH

Page 12: an Persidangan Islam (Oic)