1_pengertian prasejarah1.ppt

Post on 21-Dec-2015

241 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

MALAYSIA NEGARA KITAPENGERTIAN PRASEJARAH

OLEH

ABDUL RAHIM BIN ALI

JABATAN SAINS SOSIALIPG KAMPUS TUANKU BAINUNMENGKUANG, BUKIT MERTAJAM

PENGERTIAN PRASEJARAHFrank Hole dan Robert E Heizer dalam karya

mereka yang bertajuk Prehistoric Archeology: A Brief Introduction mentakrifkan prasejarah sebagai sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum sejarah.

PENGERTIAN PRASEJARAHPrasejarah ialah sejarah silam manusia sebelum

wujudnya rekod-rekod bertulis. Memandangkan zaman prasejarah tidak mempunyai

rekod bertulis, maka bukti-bukti prasejarah diperoleh melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil.

Kajian-kajian ini dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi.

PENGERTIAN PRASEJARAHIstilah 'prasejarah' mula digunakan oleh Daniel

Wilson pada tahun 1851 M dalam buku The Archeology and Prehistoric Annals of Scotland.

Di Perancis, Tournall telah menggunakan istilah Prehistorique pada tahun 1833M bagi menggambarkan sejarah perkembangan manusia sebelum penemuan sistem tulisan.

PENGERTIAN PRASEJARAHTouniall mencadangkan bahawa usia manusia boleh dibahagikan kepada tempoh prasejarah dan tempoh sejarah.

Menurut beliau, tempoh prasejarah bermula dari kemunculan manusia di muka bumi sehingga permulaan tradisi silam.

Sementara itu, tempoh sejarah bermula tidak melebihi 7000 tahun yang lalu.

Tempoh prasejarah bermula dan berakhir pada jangka masa yang berlainan antara satu benua dengan benua yang lain.

Di Afrika, prasejarah bermula dua juta tahun yang lampau.

Sementara di Asia ia bermula sejuta tahun dahulu.

Di Barat dan Eropah Tengah, ia bermula setengah juta tahun dahulu.

Di kawasan-kawasan lain seperti Rusia sejak 100 000 tahun dahulu.

Australia sejak 40 000 tahun dahulu dan Amerika Syarikat sejak 20 000 tahun

dahulu (Daniel, 1978: 1977).

Prasejarah berakhir di Iraq lebih kurang 3400 S.M. apabila Sumeria menjadi tamadun literasi.

Di Yunani, sekitar tahun 1000 hingga 600 S.M. Itali beberapa abad kemudian. Di bahagian utara dan barat Eropah, prasejarah

berlanjutan sehingga kemunculan Empayar Rom. Di Australia pula ia berlanjutan sehingga abad ke-18

S.M. Manakala di beberapa bahagian New Guinea sehingga abad ke-20.

TAHAP-TAHAP DALAM ZAMAN PRASEJARAHUmumnya, ahli-ahli sejarah membahagikan tahap

perkembangan manusia kepada dua zaman, iaitua. Zaman Batu b. Zaman Logam.

a. Zaman Batu iaitu zaman sebelum kewujudan tulisan.

TAHAP-TAHAP DALAM ZAMAN PRASEJARAH

b.Zaman Batu meliputi 95% daripada sejarah kewujudan manusia bermula dari 500 000 tahun dahulu dan berlanjutan hingga lebih kurang 5000 S.M.

Peringkat ini dikenali sebagai zaman prasejarah.

Sementara itu, Zaman Logam merupakan zaman sejarah yang berasaskan rekod-rekod bertulis (Burns dan Ralph 1958: 3).

Zaman Batu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu:

a. Zaman Batu-Zaman Batu Lama (Paleolitik)b. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik)c. Zaman Batu Baru (Neolitik)

PRASEJARAH AWAL DAN CIRI-CIRINYA

Prasejarah Awal merujuk kepada Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik.

Zaman Paleolitik bermula sekitar tahun 500 000 S.M. hingga 10 000 S.M.

Zaman ini boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu

a. Paleolitik Awal dan

b. Paleolitik Akhir.

PRASEJARAH AWAL DAN CIRI-CIRINYA

Zaman Paleolitik Awal agak panjang dan meliputi 75% daripada keseluruhan Zaman Batu Lama.

Pada zaman ini terdapat empat species manusia yang mendiami dunia ini. Salah satu daripadanya ialah Pithecanthropus Erectus.

Rangka species manusia ini ditemui di Pulau Jawa pada tahun 1801 M. Ahli-ahli kaji purba menganggarkan bahawa spesies manusia tersebut hidup lebih kurang 500 000 tahun dahulu

Species manusia yang kedua pula ialah Sinanthropus Pekinensis.

Rangka manusia ini ditemui di Negara China, iaitu lebih kurang 40 batu daripada barat daya Peking antara tahun 1926-30 M.

Ahli-ahli antropologi berpendapat Pithecanthropus dan Sinanthropus berasal daripada keturunan yang sama .

Terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan kewujudan manusia Paleolitik yang dikenali sebagai manusia Fontechevade.

Rangka manusia ini ditemui di sebuah gua di Charente, Perancis pada tahun 1947 M.

Dalam beberapa segi, manusia Fontechevade mempunyai rupa fizikal seperti manusia moden.

Zaman Paleolitik Awal juga menyaksikan kemunculan spesies manusia yang keempat. Species manusia ini dikenali sebagai Homo Neanderthalensis.

Rangka manusia ini ditemui di Lembah Neander berhampiran Dusseldorf yang terletak di barat laut Jerman pada tahun 1856 M.

Orang Neanderthal lebih maju daripada Java Man (Pithecantropus Erectus) dan Peking Man (Sinanthropus Pekinensis).

Mereka dapat berdiri dengan tegap dan mempunyai tempurung kepala yang lebih besar .

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik AwalMenurut ahli-ahli kaji purba, Pithecanthropus dan

generasinya mempunyai keupayaan untuk bertutur. Ini membolehkan mereka berinteraksi dengan

kumpulan ataupun rakan-rakan mereka serta menurunkan ilmu yang dipelajari daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik AwalManusia Zaman Paleolitik Awal, mempunyai kemahiran

membuat pelbagai jenis alatan batu. Alat-alat batu ini digunakan sebagai senjata ataupun

barang-barang perhiasan. Alat-alat batu yang digunakan kasar dari segi

pembuatannya. Hanya satu bahagian alat batu tersebut ditajamkan untuk tujuan memotong.

Alat-alat batu dipegang dengan tangan dan ia dikenali sebagai fist hatchet ataupun kapak tangan .

Kapak tangan digunakan untuk pelbagai tujuan dan ia berfungsi sebagai gergaji, pisau dan kapak.

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik AwalPada peringkat akhir Zaman Paleolitik Awal,

terutama selepas kemunculan manusia Neanderthal berlaku penibahan dalam penggunaan alat-alat batu. Mereka meninggalkan penggunaan kapak tangan dan menggunakan kaedah merepih batu, aneka alat-alat batu seperti anak panah, pilau dan scrapper digunakan.

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik AwalMasyarakat Paleolitik Awal tidak tahu menternak

binatang dan bercucuk tanam. Kegiatan ekonomi mereka bergantung pada aktiviti seperti memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan seperti buah-buahan.

Ciri-ciri kebudayaan Zaman Paleolitik AwalDi samping itu, terdapat juga kemajuan dalani

bidang kerohanian. Ini jelas daripada amalan ritual yang dipraktikkan semasa upacara pengebumian.

Penemuan barang-barang pengebumian ini menunjukkan bahawa wujud kepercayaan terhadap kehidupan selepas mati

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRZaman Paleolitik Akhir bermula sekitar tahun 30 000 S.M.

dan berlanjutan sehingga 10 000 S.M. Pada zaman ini, spesies manusia yang mendiami dunia ini

ialah manusia Cro Magnon. Tulang-tulang manusia Cro Magnon telah ditemui di Gua

Cro-Magnon yang terletak di Dordogne, Perancis. Dari segi biologi, manusia Cro-Magnon mem punyai bahu

yang lebar, boleh berdiri tegak dan tinggi. Kaum lelaki mempunyai purata ketinggian lebih daripada enam kaki. Mereka juga mempunyai dahi, dagu dan tempurung kepala yang hampir sama dengan manusia moden.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRKebudayaan Zaman Paleolitik Akhir lebih superior

berbanding dengan kebudayaan Paleolitik Awal. Alat alat batu yang digunakan terdiri daripada

pelbagai jenis dan mutu buatannya lebih baik.Di samping alat-alat batu, terdapat juga alat-alat

lain yang diperbuat daripada tulang, tanduk atau gading binatang. Antara alat yang amat rumit ialah kail ikan, tempuling, lembing, anak panah dan jarum yang diperbuat daripada tulang.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRPakaian manusia Cro-Magnon diperbuat daripada

kulit binatang. Terdapat juga barang perhiasan seperti subang dan

rantai yang diperbuat daripada gigi binatang dan cangkerang.

Mempunyai pengetahuan memasak makanan.BUKTI: Di Solutre, Perancis timbunan tulang-tulang

lebih daripada 100 000 binatang yang telah ditemui yang menunjukkan bahawa terdapat kesan-kesan pembakaran pada tulang-tulang tersebut.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRManusia Cro-Magnon tinggal di dalam gua. Bukti yang jelas menunjukkan bahawa mereka

hidup dalam kelompok kecil dan mempunyai struktur sosial yang lebih teratur.

Penemuan tulang-tulang binatang di Solutre menunjukkan bahawa mereka memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi bersama.

Terdapat kemungkinan pesta ataupun perayaan diadakan oleh masyarakat bagi menikmati hasil buruan yang diperoleh.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRMereka juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

membuat alat-alat dan senjata daripada batu. Terdapat kemajuan dalam bidang kesenian. Yang

melahir golongan artis yang profesional dan tukang-tukang kraf yang mahir.

Terdapatnya pengkhususan dalam pekerjaan. Golongan antis dan tukang-tukang kraf juga menjalani latihan yang berterusan bagi satu jangka masa panjang untuk memperoleh kemahiran dalam bidang tertentu.

Golongan artis dan tukang-tukang profesional mendapat naungan daripada golongan atasan.

Dengan demikian, lahir golongan aristokrat yang mempunyai prestij dan kemam puan untuk menjadi pemimpin dengan autoriti yang terhad.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRDalam aspek kerohanian, manusia pada zaman ini

mempunyai kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib.

Ini jelas daripada upacara ritual yang diamalkan semasa mengebumikan mayat.

Antara lain mereka memberikan penghormatan kepada si mati dengan melukis dan mewarnakan mayat, meletakkan kedua-dua tangan di atas dada dan menyertakan barang-barang berharga seperti subang, rantai dan alat-alat lain seperti senjata di dalam kubur.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRTerdapat juga amalan magic yang dipraktikkan

dengan tujuan untuk menambahkan bekalan sumber makanan.

BUKTI:Lukisan-lukisan yang terdapat di dalam gua. Lukisan ini memperlihatkan imej binatang seperti

rusa, gajah yang ditembusi oleh anak panah ataupun lembing pada badannya.

Kemungkinan besar, semasa melukis mereka akan membaca mantera ataupun jampi.

Tujuan utama mereka melukis gambar-gambar ini adalah untuk memastikan mereka mendapat hasil buruan yang lebih banyak.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRZaman Paleolitik Akhir juga menyaksikan

perkembangan dalam bidang intelektual. Manusia Cro-Magnon mempunyai kemahiran dalam

mengira. Rekod-rekod matematik yang pertama dalam

sejarah manusia muncul pada zaman ini.Contohnya rantai yang diperbuat daripada gigi rusa

yang disusun secara horizontal dengan alat yang tajam merupakan rekod mengenai jumlah binatang yang dibunuh semasa pemburuan.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRPencapaian yang amat besar pada zaman ini

adalah dalam bidang kesenian. Kesenian pada Zaman Paleolitik Akhir meliputi

semua cabang budaya material seperti lukisan dan ukiran.

Namun, tidak terdapat kemajuan dalam bidang pem buatan tembikar dan seni bina.

Dalam bidang kesenian, aspek yang paling menonjol ialah lukisan. Lukisan-lukisan ini menonjolkan kebolehan dan bakat yang ada pada masyarakat Paleolitik Akhir.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRDalam konteks ini, paling menakjubkan ialah

kemahiran mereka dalam melukis pergerakan sesuatu objek.

Sebahagian besar daripada mural terdiri daripada gambar binatang yang berlari, melompat, meragut atau mengunyah makanan. Pergerakan anggota badan binatang ini ditonjolkan dengan melukis garisan-garisan tambahan untuk menunjukkan bahagian anggota binatang yang bergerak.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRSebenarnya lukisan yang terdapat di dalam gua

menunjukkan sikap ataupun pemikiran dan cara hidup masyarakat Paleolitik Akhir.

Tujuan utama mereka me lahirkan hash seni adalah untuk memudahkan perjuangan hidup dengan me nambahkan bekalan makanan.

Dalam konteks ini, perlu ditegaskan bahawa pelukis-pelukis itu bukan merupakan seorang yang menghayati unsur-unsur keindahan. Ringkasnya, kesenian merupakan satu magic yang diguna untuk menggalakkan kejayaan pemburu.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIR

Zaman Paleolitik Akhir berakhir sekitar tahun

10 000 S.M. la digantikan oleh fasa baru yang dikenali sebagai Zaman Batu Pertengahan ataupun Zaman Mesolitik.

Zaman Mesolitik merupakan zaman peralihan antara Zaman Paleolitik dengan Mesolitik. Zaman Batu Pertengahan tidak mendapat perhatian para pengkaji. Malahan mereka tidak membicarakan zaman ini secara panjang lebar.

Manusia pada zaman ini tinggal dalam gua, kawasan persisiran pantai dan sungai.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRAlat-alat yang digunakan lebih kecil dan halus

buatannya. Alat batu juga terdiri daripada pelbagai jenis. Di samping itu, mereka juga menggunakan alat-alat yang diperbuat daripada tulang dan tanduk serta gading.

Mereka juga dikatakan mahir dalam melukis dan mengukir. Lukisan orang Mesolitik terdapat pada dinding gua-gua.

Mereka menyara kehidupan dengan memburu, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil hutan.

CIRI-CIRI KEBUDAYAAN ZAMAN PALEOLITIK AKHIRSelain itu, masyarakat Mesolitik juga menanam

tanaman makanan untuk digunakan sebagai sumber makanan.

Sementara itu, dari segi kerohanian mereka mempunyai kepercayaan tersendiri. Contohnya, mereka menanam mayat bersama-sama dengan barang pengkebumian dilakukan sebagai persiapan selepas mati

TAMAT

top related