amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
TRANSCRIPT
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM
PENCEGAH KEBAKARAN DALAM BANGUNAN KOMERSIAL
FATIN NOR AZURA BINTI ABDUL RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK
Nama penuh penulis : FATIN NOR AZURA BINTI ABDUL RAZAK
Tarikh lahir : 17 JUN 1995
Judul :
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DALAM BANGUNAN
KOMERSIAL
Sesi Akademik : 2017/2018
Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)*
TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan
sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)
Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
Disahkan oleh,
________________________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
(950617-05-5458) (PM Dr. YAHYA BIN MOHAMAD YATIM)
Tarikh: Tarikh:
CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
√
PM Dr. Yahya Bin Mohamad Yatim
PM Sr Dr. Wan Yusoff Bin Wan Mahmood
PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandanagan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan.
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia : ………………………………………..
Tarikh : ………………………………………..
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Pembaca II : ………………………………………..
Tarikh : ………………………………………..
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM
PENCEGAH KEBAKARAN DALAM BANGUNAN KOMERSIAL
FATIN NOR AZURA BINTI ABDUL RAZAK
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2018
ii
FATIN NOR AZURA BINTI ABDUL RAZAK
PENGAKUAN
Saya akui tesis yang bertajuk “Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaraan Sistem
Pencegah Kebakaran Dalam Bangunan Komersial” adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .........................................................................................
Nama : .........................................................................................
Tarikh : .........................................................................................
iii
DEDICATION
My beloved father, mother & sisters,
Abdul Razak Bin Lebai Karim & Esah Binti Alias
Kakngah & Adik
Thank you for supported me all the way since beginning of my studies,
I love you all…
To my respected supervisor,
PM Dr. Yahya Mohamad Yatim
Thank you for your guidance and knowledge given during the research.
Your kindness much appreciated…
To my dear friends,
Special thanks to you for accompany me all the time and sharing every laugh and
tears. Yes you! You know who you are. May God bless our friendship forever…
Thanks for Everything
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan kurnia dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian
ini. Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih
kepada penyelia PSM, PM Dr. Yahya Mohamad Yatim atas segala bimbingan dan
tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan kajian ini.
Kerjasama yang baik dari pihak pengurusan pusat membeli-belah di sekitar
Johor amatlah saya hargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah
khususnya pensyarah Jabatan Ukur Bahan yang telah banyak memberikan bantuan dan
pendapat sepanjang proses penyiapan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, keluarga dan sahabat atas
kerjasama serta sokongan yang diberikan. Akhir sekali, sekalung terima kasih buat
semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam
membantu menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kegagalan dalam pengurusan penyelenggaraan memberi kesan yang serius
dalam sesebuah bangunan seperti kemalangan kebakaran. Hal ini terjadi disebabkan
ketiadaan panduan dan piawaian pengurusan penyelenggaraan kebakaran yang
bersesuaian. Oleh itu, kajian ini adalah satu usaha untuk membentuk amalan terbaik
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran dalam bangunan komersial.
Penekanan kepada amalan semasa pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran amat penting bagi memastikan sistem sentiasa berada dalam keadaan baik.
Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenalpasti langkah pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran dalam bangunan komersial. Manakala
objektif kedua adalah membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran yang digunakan oleh pihak pengurusan.
Responden untuk kajian ini adalah sampel secara rawak yang terdiri daripada pihak
pengurusan pusat membeli-belah di sekitar Johor. Pengumpulan data dibuat
menggunakan kajian temubual daripada 5 responden. Data kualitatif dianalisis
menggunakan analisis statistik dan analisis kandungan. Keputusan kajian menunjukan
amalan semasa langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran di pusat membeli-belah. Secara keseluruhan 88% daripada responden
melaksanakan cadangan elemen pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran itu di pusat mebeli-belah. Kesimpulanya, kesepuluh-sepuluh elemen
pengurusan penyelenggaraan dijadikan kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran.
vi
ABSTRACT
In the presence of failure in management maintenance, there are several impact
caused by fire incident such as in the building. This happen due to the absence of the
proper guideline and standard. Therefore, this study is an attempt to develop the best
practices in management maintenance of fire prevention systems in commercial
building. The emphasis on managing the current practice of fire prevention is
important to ensure the system is in good condition. The first objective of this study
was to identify management measures for the maintenance of fire prevention systems
in commercial buildings. While the second objective is to set the best practice criteria
in management for the maintenance of fire preventation systems used by the
management. Respondents for this study were random sampling from the management
of shopping centers around Johor. Data collection was made using interviews from 5
respondents. Qualitative data was analyzed using statistic analysis and content
analysis. The results show that the practice of fire prevention system maintenance
management measures at the mall. Overall, 88% of respondents implemented the
proposed maintenance management elements for the fire prevention system at the
shopping centers. In conclusion, ten maintenance management elements are used as
the best practice criteria in managing fire prevention systems.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyata Isu Kajian 2
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Skop Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Metodologi Kajian 6
1.8 Struktur Laporan Kajian 8
1.9 Program Kerja Kajian 10
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 11
2.2 Definasi Bangunan Komersial 11
2.3 Sistem Pencegah Kebakaran 13
2.3.1 Definisi 13
2.3.2 Akta dan Undang-Undang di Malaysia 13
2.3.3 Kaedah Perlindungan Pasif 14
2.3.4 Kaedah Perlindungan Aktif 17
2.4 Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan 17
2.4.1 Definisi 18
2.4.2 Fungsi dan Konsep Penyelenggaraan 18
2.5 Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran 20
2.6 Kerangka Elemen Pengurusan Penyelenggaraan 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Proses Kajian 26
3.3.1 Peringkat Pertama 27
(Perancangan Kajian)
3.3.2 Peringkat Kedua (Kajian Literatur) 27
3.3.3 Peringkat Ketiga 27
(Pengumpulan Data)
3.3.3.1 Temu Bual Semi Struktur 28
3.3.3.2 Populasi dan Saiz Sampel 29
3.3.4 Peringkat Keempat (Analisis Data) 29
3.3.5 Peringkat Kelima 30
(Kesimpulan dan Cadangan)
3.4 Rumusan Bab 30
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
ix
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data 33
4.3 Penemuan Analisis Kajian Temubual 33
4.3.1 Bahagian A: Analisis Profil Responden 33
4.3.2 Bahagian B: Analisis Langkah-langkah 38
Amalan Semasa Pengurusan
Penyelenggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran
4.3.3 Bahagian C: Analisis Elemen Dalam 42
Pengurusan Penyelenggaraan Sistem
Pencegah Kebakaran
4.3.3 Bahagian C: Analisis Cadangan 44
Penambahbaikan Pengurusan
Penyelenggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan Kajian 46
5.2.1 Objektif 1: Langkah-Langkah Pengurusan 46
Penyelenggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran
5.2.2 Objektif 2: Kriteria Amalan Terbaik Pengurusan 48
Penyelenggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran
5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Melaksanakan Kajian 49
5.5 Cadangan 50
SENARAI RUJUKAN 52
LAMPIRAN 56
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kerja Penyelenggaraan Sistem dan Peralatan 21
Pencegahan Kebakaran
2.2 Cadangan Elemen Dalam Pengurusan 22
Penyelenggaraan
3.1 Struktur Soalan Temubual 28
4.1 Maklumat Responden Temubual 34
4.2 Jawatan Responden Temubual 35
4.3 Tempoh Penglibatan Responden Temubual 36
4.4 Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah 38
4.5 Langkah Pengurusan Penyelenggaraan 39
Responden A2
4.6 Langkah Pengurusan Penyelenggaraan 39
Responden A3
4.7 Langkah Pengurusan Penyelenggaraan 40
Responden A4
4.8 Kekerapan Langkah Pengurusan 41
Penyelenggaraan Pencegahan
4.9 Kekerapan Langkah Pengurusan 41
Penyelenggaraan Pemulihan
4.10 Analisis Perlaksanaan Elemen Dalam 42
Pengurusan Penyelenggaraan
4.11 Analisis Nilai Purata Elemen Dalam 43
Pengurusan Penyelenggaraan
4.12 Cadangan Penambahbaikan Pengurusan 47
Penyelenggaraan
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Jawatan Responden 35
4.2 Taburan Tempoh Penglibatan Responden 37
4.3 Taburan Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah 38
4.4 Taburan Analisis Nilai Purata Elemen Pengurusan 43
Penyelenggaraan
xii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
I Borang Temu Bual Semi Struktur
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bangunan komersial merupakan bangunan yang berfungsi untuk menjalankan
aktiviti komersial dengan tujuan mendatangkan keuntungan kepada pemilik mahupun
pengguna dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang. Definisi aktiviti
komersial ialah kegiatan yang berhubung langsung dengan aktiviti jual, beli dan sewa.
Bangunan komersial selalunya terdiri daripada bangunan pejabat, gudang,
pusat membeli-belah atau kedai pejabat yang menggabungkan dua fungsi berbeza
seperti pejabat pada aras 2 hingga 10 dan kedai runcit di aras1. Perkembangan struktur
bangunan yang semakin kompleks menuntut pihak pemilik menitikberatkan
pengurusan keselamatan kebakaran baik bangunan komersial mahupun bangunan
pejabat (Hesna et al., 2009).
Howard dan Kara-Zaitri (1999) mentakrifkan pengurusan keselamatan
kebakaran sebagai dasar, piawaian, alat, maklumat dan amalan yang digunakan oleh
pengurus untuk tugasan menganalisis, menilai dan mengawal kebakaran. Setiap
bangunan memerlukan polisi dan prosedur sistem pencegah kebakaran yang berkesan
dalam menguruskan operasi (Pickard, 1994).
2
Sistem pencegah kebakaran berfungsi untuk memastikan keselamatan ketika
berlakunya hal-hal kecemasan. Kelengkapan sistem bermula daripada sistem amaran,
penggera, pencegahan dan pemadaman. Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
pada bangunan komersial adalah penting untuk mengekalkan keselamatan bangunan.
Penyelenggaraan berkala dapat memastikan apabila berlaku kebakaran, semua
langkah keselamatan yang disediakan dapat digunakan dengan baik. Kegagalan dalam
menguruskan sesebuah bangunan akan memberi prestasi dan imej yang kurang baik
kepada setiap komuniti yang berada dalam persekitaran bagunan (Omardin, 2011).
1.2 Penyataan Isu Kajian
Masalah kebakaran sering dianggap sebagai kemalangan yang masih sukar
dibendung di Malaysia. Melalui keratan akhbar Berita Harian, satu kebakaran di pusat
membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall telah berlaku buat kali kedua dalam
tempoh masa lima bulan tahun 2017.
Pihak yang bertanggungjawab masih mengambil mudah dan ingkar kepada
peraturan Undang-undang Bangunan Seragam UBBL 1984. Misalnya permis
perniagaan seperti kilang, rumah kedai, pusat membeli-belah dan sebagainya masih
meneruskan operasi harian tanpa mempunyai kelengkapan memadam api (Khairul,
2001).
Oleh itu, agensi kerajaan perlu kaji semula keberkesanan perundangan dan
peraturan sedia ada yang berkaitan kebakaran dan keselamatan. Pindaan perlu
dilakukan mengikut kesesuaian dan keperluan masa sekarang dengan menjadikan
perundangan negara luar sebagai perbandingan. (Ismail, 2017).
3
Pengunjung di pusat membeli-belah biasanya bergantung pada pengurusan
bangunan untuk menyediakan sistem perlindungan kebakaran yang baik dan teratur.
Namun sistem pemadaman kebakaran yang sedia ada masih kurang berkesan dan tidak
dipraktikkan sepenuhnya. Kerosakan alat pemadam api, hos dan loceng kebakaran di
biarkan tanpa diperbaiki.
Kejadian kebakaran pada bangunan pencakar langit, bangunan komersial dan
kedai pejabat haruslah menjadi pengajaran penting dalam menyediakan pengurusan
keselamatan kebakaran yang efisien (Hesna et al., 2009). Kes kebakaran bangunan
tinggi yang pernah berlaku di Malaysia ialah Kompleks Campbell, Hospital Sultanah
Aminah dan Bangunan KWSP Jalan Gasing.
Justeru itu, pelan keselamatan kebakaran perlu disediakan oleh pihak
pengurusan (Malhotra, 1987) dengan merujuk kepada saiz bangunan dan jumlah
penghuni (Chow, 2001). Menurut Shipp (1998) pasukan reka bentuk juga turut sama
terlibat dalam merangka pelan keselamatan kebakaran kerana mereka adalah orang
yang lebih tahu tentang rekabentuk sesebuah bangunan.
Terdapat sekurang-kurangnya tiga bahagian pelan keselamatan kebakaran
yang perlu ditekankan iaitu pelan penyelenggaraan, pelan latihan kakitangan dan pelan
tindakan kebakaran (Fong & Chow, 2011).
Di Hong Kong, penyelenggaraan keselamatan kebakaran adalah kebimbangan
utama pihak pengurusan untuk mengekalkan standard yang baik dan cekap (Lo, 1998).
Pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem perlindungan kebakaran yang telah dipasang
pada setiap bangunan adalah bahagian penting dalam pengurusan risiko kebakaran
(David, 2008).
4
Hakim dan Wan (2002) berpendapat bahawa penyenggaraan adalah bertujuan
untuk melindungi kepentingan sesebuah bangunan. Sekiranya kepentingan
penyenggaraan ini diabaikan, maka kepentingan sesebuah bangunan itu juga turut
musnah dan hilang.
Meskipun pedekatan penyelenggaraan dilihat sebagai kaedah terbaik dalam
menguruskan sistem pencegah kebakaran pusat membeli-belah, namun amalan semasa
menunjukkan pedekatan ini gagal diimplementasikan dengan baik (Forster & Kayan,
2009).
Dalam hal ini, Opus Consulting (2014) mencadangkan bahawa prosedur
pengurusan ‘amalan terbaik’ perlu diimplimentasikan dalam merancang pengurusan
keselamatan kebakaran. Antaranya ialah berdasarkan empat kriteria berikut:
pencegahan, penyediaan, tindak balas dan pemulihan.
Persoalan mengapakah amalan penyelenggaraan ini gagal dipraktikkan serta
bagaimana menambah baik amalan ini di Malaysia terutamanya pusat membeli-belah
amat diperlukan.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah: -
5
1. Apakah langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran bagi bangunan komersial di Malaysia?
2. Apakah amalan terbaik pengurusan bangunan dalam
mengendalikan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran?
1.4 Objektif Kajian
Dalam mencapai matlamat kajian, dua objektif telah digariskan seperti berikut:-
a. Untuk mengenalpasti langkah pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran bangunan komersial di Malaysia
b. Untuk membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran yang digunakan oleh
pihak pengurusan
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ditumpukan kepada lima pusat membeli-belah di Johor. Kajian ini
lebih memfokuskan kepada pengurusan bangunan dalam penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran sahaja.
6
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk meneroka perspektif semasa amalan
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan komersial di
Malaysia. Perbandingan dilakukan pada beberapa buah pusat membeli-belah dengan
meneliti faktor yang mempengaruhi kejayaan utama pengurusan. Melalui kajian ini,
satu kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
dibentuk dan dijadikan sebagai penanda aras untuk kajian masa hadapan.
1.7 Metodologi Kajian
Metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah melalui
kaedah temubual semi struktur. Pengumpulan data bagi kaedah ini bersumberkan
kepada langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran.
Metodologi kajian ini mempunyai lima (5) peringkat yang merangkumi peringkat
perancangan kajian, kajian literatur, metodologi kajian, analisis data serta kesimpulan
dan cadangan.
i. Peringkat 1 – Perancangan Kajian
Pada peringkat perancangan kajian, penentuan bidang kajian dilakukan berdasarkan
kepada isu-isu yang berbangkit pada peringkat awal perbincangan. Setelah bidang
kajian dan isu telah ditetapkan, persoalan, objektif dan skop kajian dikenalpasti.
7
ii. Peringkat 2 – Kajian Literatur
Pada peringkat kajian literatur, pengumpulan data sekunder seperti buku, jurnal, tesis
lepas dan laman web dijalankan. Pengumpulan data sekunder ini penting dalam
mengolah kajian literatur yang bertepatan dengan kajian yang dijalankan.
iii. Peringkat 3 – Metodologi Kajian
Pada peringkat metodologi kajian, data bagi kajian didapati daripada temu bual semi
struktur bersama pihak pengurusan bangunan pusat membeli-belah. Data-data ini
dikumpulkan untuk membentuk satu amalan terbaik dalam mencapai objektif kajian.
iv. Peringkat 4 – Analisis Data
Pada peringkat analisis data, data yang diperolehi dianalisa untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan untuk menghubungkan perkaitan maklumat yang
diperolehi dengan objektif kajian. Data-data ini kemudiannya ditafsirkan dalam bentuk
kualititatif untuk perbincangan.
v. Peringkat 5 – Kesimpulan dan Cadangan
Kesimpulan dan cadangan bagi keseluruhan kajian dibuat berdasarkan penemuan yang
diperolehi sepanjang kajian dijalankan.
8
1.8 Struktur Laporan Kajian
i. BAB 1 – Pengenalan
Mengandungi pengenalan mengenai latar belakang dan permasalahan kajian yang
dijalankan, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan metodologi kajian.
ii. BAB 2 – Kajian Literatur
Merangkumi kajian literatur mengenai pengurusan bagunan yang bertumpu kepada
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan komersial.
iii. BAB 3 – Metodologi Kajian
Meliputi kaedah metodologi yang digunakan bagi mencapai objektif kajian. Proses
pengumpulan data serta pendekatan kajian yang digunakan bagi menepati kehendak
objektif dinyatakan.
iv. BAB 4 – Analisis Kajian
Perbincangan mengenai hasil dapatan kajian amalan semasa pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran yang telah dianalisa dan diproses
menjadi maklumat yang boleh dihubungkaitkan dengan objektif kajian. Cadangan
elemen pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran bangunan komersial
digunakan untuk membentuk kriteria amalan terbaik.
9
v. BAB 5 – Kesimpulan dan Cadangan
Rumusan keseluruhan kajian berdasarkan analisis kajian dari bab sebelumnya.
10
1.9 Program Kerja Kajian
Peringkat 1 : Kajian Awalan
Perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan dalam
membentuk
Penyataan Isu Kajian
Persoalan Kajian
Skop Kajian
Kepentingan Kajian
Peringkat 2 : Kajian Literatur
Data Skunder
Jurnal
Tesis lepas
Buku
Laman web
Peringkat 4 : Analisis Data
Persembahan : Langkah dan amalan terbaik serta Grafik
ringkas
Peringkat 5 : Kesimpulan dan Cadangan
Peringkat 3 : Pengumpulan Data dan Maklumat
Objektif 1 :
Kaedah : Temubual Semi Struktur
Responden : Pengurus Bangunan
Objektif 2 :
Kaedah : Temubual Semi Struktur
Responden : Pengurus Bangunan
BAB 2
PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH
KEBAKARAN BANGUNAN KOMERSIAL
2.1 Pengenalan
Reka bentuk bangunan yang semakin moden pada masa kini memerlukan
komponen perkhidmatan yang semakin canggih dan kompleks. Pelbagai kemudahan
bangunan disediakan untuk melengkapkan keperluan bangunan dan memberi
keselesaan kepada para pengguna. Antara kemudahan bangunan yang disediakan ialah
bekalan air dan elektrik, sistem penyaman udara, sistem pencegah kebakaran, lif,
telefon dan sebagainya. Kemudahan bangunan ini perlulah diselenggara dengan betul
bagi memastikan dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan.
2.2 Definisi Bangunan Komersial
Bangunan komersial dibina untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang
mendatangkan keuntungan kepada pemilik mahupun pengguna dalam jangka masa
pendek dan jangka masa panjang. Antara jenis bangunan komersial ialah bangunan
12
pejabat, gudang, pusat membeli belah, kedai runcit, hotel dan kedai pejabat yang
mengabungkan dua fungsi dalam satu bangunan.
Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga U.S. bangunan komersial boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah perniagaan runcit, jualan dan
perkhidmatan dagangan, pegudangan dan penyimpanan, penjagaan kesihatan,
pendidikan, penginapan dan perhimpunan awam. Perancangan untuk membina
bangunan komersial perlu mempertimbangkan pelbagai aspek dari segi lokasi, nilai
estetik, keadaan semasa ekonomi dan keselamatan bangunan (Tony, 2011).
Pembangunan hartanah komersial di lokasi yang strategik akan menikmati pulangan
modal yang tinggi.
Kebanyakan peruncit dan perniaga memajak atau menyewa ruang di dalam
bangunan komersial untuk menjalankan operasi perniagaan tanpa membeli hartanah
tersebut. Separuh daripada ruang dalam bangunan digunakan untuk aktiviti komersial.
Pihak berkuasa tempatan akan mengekalkan undang-undang yang ketat untuk
menetapkan zon perdagangan di setiap negara. Bangunan komersial dimiliki oleh
individu atau kumpulan yang membina bangunan tersebut untuk tujuan mendapatkan
keuntungan (Neil, 2017)
Skop bangunan komersial dalam kajian ini lebih tertumpu pada pusat membeli-
belah. Pusat membeli-belah boleh didefinasikan sebagai sekumpulan perniagaan yang
berbeza yang menawarkan pelbagai jenama, produk atau perkhidmatan dalam sebuah
bangunan yang di lengkapi dengan pelbagai kemudahan (Mckeever, 1953). Di
Malaysia, pusat membeli-belah telah menjadi tumpuan masyarakat terutamanya di
bandar utama dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pakaian,
restoran, barangan runcit dan pawagam.
Institut Bandar U.S. (1983) mendefinisikan pusat membeli-belah sebagai satu
kelompok kegiatan perdagangan yang dirancang, dimajukan, dimiliki dan diuruskan
13
sebagai sebuah unit pada satu lokasi. Kesimpulannya, pusat membeli-belah merupakan
sebuah bangunan yang dirancang rekabentuknya yang dibina di satu lokasi yang
strategik dan diusahakan oleh sesebuah organisasi untuk tujuan perniagaan.
2.3 Sistem Pencegah Kebakaran
2.3.1 Definisi
Sistem pencegah kebakaran atau perlindungan kebakaran adalah satu sistem
yang diwajibkan pemasangannya pada setiap bangunan yang hendak dibina. Sistem
ini dapat menyelamatkan nyawa penghuni bangunan apabila berlaku kebakaran.
Pemasangan setiap sistem pencegah kebakaran mestilah mengikut akta dan standard
yang sesuai dengan bangunan tersebut.
Sistem pencegah kebakaran merupakan langkah awal yang mesti diambil bagi
mengelakan api kebakaran berlaku dan merebak kepada peringkat yang tidak boleh
dikawal. Terdapat empat peringkat kemarakan api iaitu peringkat awal nyalaan
(incipient fire), peringkat kemarakan (fire growth), peringkat kemarakan maksimum
(fully development fire) dan peringkat penurunan kebakaran (fire decay). Di dalam
asas kebakaran kimia, kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang
bergabung iaitu oksigen, haba dan bahan api.
2.3.2 Akta dan Undang-Undang di Malaysia
14
Terdapat tiga akta dan undang-undang utama yang berkaitan dengan
keselamatan kebakaran di Malaysia. Setiap akta dan undang-undang mempunyai skop
yang berlainan tetapi perlu dirujuk bersama bagi memastikan peraturan dan keperluan
keselamatan kebakaran dipatuhi secara optimum. Antara akta dan undang-undang
yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut:
a. Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984)
b. Akta Perkhidmatan Bomba 1998
c. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994
Apabila sesebuah bangunan siap dibina, pemeriksaan oleh Pihak Bomba dan
Penyelamat mestilah dilaksanakan bagi mendapatkan kelulusan dan perakuan sebelum
selamat untuk diduduki.
2.3.3 Kaedah Perlindungan Pasif
Perlindungan pasif merupakan 3 komponen perlindungan kebakaran yang
terdiri daripada dinding, lantai dan pintu di dalam struktur bangunan yang dapat
meminimumkan penyebaran kebakaran. Komponen-komponen ini berupaya
melaksanakan fungsinya tanpa bantuan untuk menyekat api dan asap daripada
merebak. Perlindungan kebakaran pasif dapat menyelamatkan nyawa, aset dan
bangunan itu sendiri apabila dipasang dan diselenggara dengan betul.
a. Pemetakan atau Kumpulan Tujuan
15
Pemetakan ialah pengasingan bahagian-bahagian di dalam bangunan oleh
dinding dan lantai petak. Pembahagian untuk sesebuah bangunan atau sebahagian dari
bangunan merupakan pertimbangan utama di UBBL 1984. Seksyen berkaitan
mewujudkan minimum standard yang perlu dipatuhi untuk mencapai tahap
keselamatan pengguna atau penghuni bangunan yang memuaskan.
Dalam jadual kelima UBBL (By-law 134, 138) menyenaraikan huraian tentang
penggunaan mengikut kumpulan tujuan yang ditetapkan. Secara umumnya kumpulan
tujuan IV hingga VII menerangkan tentang kegunaannya bagi bangunan komersial
seperti pejabat, kedai, kilang, dataran perhimpunan dan tempat penyimpanan. Dinding
dan lantai petak yang dibina perlu mematuhi FRP (Fire Resistance Period) dimana
tempoh minimum kalis api perlu melebihi 1.5 jam (By-law 218).
Pusat membeli-belah direkabentuk dalam sebuah bangunan dimana terdapat
beberapa kedai dibina di dalamnya yang dihubungkan oleh bumbung dan laluan
pejalan kaki. Di Malaysia terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi semasa
pembinaan pusat membeli-belah seperti yang terdapat dalam Ordinan Bangunan
Sarawak:
i. Saiz pemetakan kedai mestilah tidak melebihi 7000 meter padu dan
2000 meter persegi keluasan lantai bagi bangunan yang mempunyai
sistem pemercik atau;
ii. 14000 meter padu dan 4000 meter persegi keluasan lantai bagi
bangunan yang mempunyai sistem pemercik
b. Dinding dan Lantai
16
Dinding pengasing (party walls) dalam skop keselamatan kebakaran
bermaksud pembahagian unit untuk setiap pemilik rumah atau kedai. Tujuan dinding
pegasing seperti yang terdapat dalam UBBL (By-law 86) adalah untuk menyekat api
merebak daripada satu unit ke unit kedai yang lain dalam pusat membeli-belah. UBBL
menyatakan dinding pengasing perlu menggunakan dinding batu (masonary wall) dan
konkrit in situ yang tebalnya tidak kurang daripada 200mm.
Dinding dan lantai petak yang dibina perlu mematuhi FRP (Fire Resistance
Period) dimana tempoh minimum kalis api perlu melebihi 1.5 jam (By-law 218).
Namun, dinding pengasing tidak memerlukan tempoh kalis api melebihi 1.0 jam (By-
law 216). Lubang utiliti (shaft) sepanjang tingkat dalam pusat membeli-belah juga
perlu menggunakan dinding kalis api. Ruang tertutup ini melindungi tangga atau lif
daripada asap atau api semasa kebakaran berlaku untuk memastikan penghuni
melarikan diri dan juga akses selamat untuk bomba memadam kebakaran.
c. Jalan Keluar Keselamatan
Kebakaran biasanya tidak berlaku di dua lokasi yang berbeza pada masa yang
sama dalam sebuah bangunan. Semasa kebakaran berlaku, penghuni bangunan mesti
berupaya melarikan diri dengan selamat tanpa bantuan bomba. Oleh itu, reka bentuk
jalan keluar perlu dititikberatkan semasa pembinaan bangunan lebih-lebih lagi bagi
pusat membeli-belah yang mempunyai ramai pengunjung.
Jalan keluar akan membawa kepada tempat yang selamat iaitu di udara terbuka
luar bangunan yang bebas daripada kesan kebakaran. Untuk bangunan yang besar
seperti pusat membeli-belah, ia tidak mustahil untuk pengunjung sampai ke tempat
yang selamat dengan adanya kemudahan keselamatan seperti tangga dan koridor.
Tangga dan koridor ini akan terlindung daripada nyalaan, asap dan gas semasa
kebakaran berlaku dalam tempoh masa yang tertentu.
17
Jarak perjalanan untuk ke jalan keluar di bahagikan kepada dua jenis iaitu
kawasan yang tidak dilindung membawa terus keluar dan kawasan yang dilindungi
membawa terus keluar. Jarak maksimum yang dibenarkan untuk melarikan diri dari
kawasan yang tidak dilindungi boleh dijangka dengan munsabah bergantung pada
tempoh masa ketahanan seseorang terdedah dengan asap dan api.
2.3.4 Kaedah Perlindungan Aktif
Kaedah perlindungan aktif merupakan sistem perlindungan yang di pasang
secara tetap pada struktur bangunan yang bertindak mengesan, mengawal dan
memadam kebakaran sama ada secara manual dan automatik. Antara jenis-jenis
kaedah perlindungan aktif ialah:-
a. Sistem pili bomba
b. Sistem pancur kering dan basah
c. Sistem gelendung hos hidrolik
d. Sistem semburan air automatic
e. Sistem penggera kebakaran
f. Sistem penggera kebocoran gas automatik
g. Alat pemadam api mudah alih
h. Sistem perlindungan buih
i. Sistem pembuangan asap
j. Sistem ‘water spray’
2.4 Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan
18
2.4.1 Definisi
Menurut definisi British Standard 3811, penyelenggaraan adalah satu
gabungan semua aspek teknikal dan tindakan pentadbiran yang berkaitan dengan
tujuan mengekalkan atau menjaga sesuatu binaaan, sistem dan peralatan supaya
beroperasi mengikut fungsi yang ditetapkan.
Penyelenggaraan juga didefinisi sebagai memelihara dan membaiki. Kerja-
kerja yang dilakukan untuk memelihara, memulih dan mempertingkatkan setiap
bahagian dalam banguan, perkhidmatan dan persekitarannya kepada satu tahap
piawaian yang dipersetujui, yang ditentukan keseimbangan kehendak serta sumber-
sumber yang ada (Seah, 2000).
Menurut Hasnan (1994) pengurusan penyelenggaraan didefinasikan sebagai
pengaturan kerja penyelenggaraan mengikut polisi yang dipersetujui dan melibatkan
proses pengarahan, pengendalian serta pengawalan terhadap kepentingan bangunan.
Pengurusan penyelenggaraan bertujuan untuk mendapatkan hasil dan pulangan dalam
bentuk wang, kepentingan sosial dan sebagainya.
2.4.2 Fungsi dan Konsep Penyelenggaraan
Penyelenggaraan bangunan memainkan peranan penting bagi memastikan
kemudahan-kemudahan pada bangunan tersebut selamat dan selesa digunakan oleh
penghuni bangunan (Hasnan, 1994). Menurut Ramly (2002) terdapat tiga fungsi
penyelenggaran bagi sesuatu bangunan iaitu:-
19
i. Meningkatkan keuntungan maksimum terutamanya kepada pemilik-
pemilik bangunan berbentuk industri dan swasta yang berorientasikan
perniagaan.
ii. Mendapat prestasi yang maksimum pada kos yang rendah terutama
bangunan-bangunan milik awam yang berorientasikan keselamatan.
iii. Menyediakan bangunan yang selesa dan tenteram terutama kepada
pemilik bangunan itu sendiri.
Dari sudut konsep, penyelenggaraan bangunan terbahagi kepada dua jenis
iaitu:-
a. Penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance)
Penyelenggaraan pencegahan adalah proses penyelenggaraan yang
dilaksanakan secara rutin, berkala dan berdasarkan program penyelenggaraan yang
dirancang atau penyelenggaraan jangkaan untuk menggelakan berlaku kerosakan.
b. Penyelenggaraan pemulihan (corrective maintenance)
Penyelenggaraan pemulihan adalah proses tindakan pembaikan, pembetulan
atau pemulihan untuk mengembalikan fungsi asal apabila berlaku kerosakan.
Penyelenggaraan pemulihan tidak dapat dielakkan kerana komponen-komponen
tersebut mempunyai jangka hayat dan kerosakan tetap akan beraku.
Penggunaan kedua-dua konsep ini adalah penting untuk menentukan
pencapaian matlamat penyelenggaraan. Penyelenggaraan pemulihan tidak dapat
20
dielakkan kerana setiap peralatan mempunyai jangka hayat dan kerosakan tetap yang
akan berlaku. Tumpuan harus diberikan kepada penyelenggaraan pencegahan supaya
dapat mengurangkan berlakunya kerosakan.
Konsep penyelenggaraan bangunan juga ialah untuk mengekalkan keadaan
fizikal bangunan, kelengkapan dan kemudahan di dalamnya supaya ia boleh terus
memenuhi fungsi pembinaannya disamping mengekalkan nilai bangunan tersebut
(Sufian, 2004).
2.5 Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran
Penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran adalah penting bagi memastikan
sistem tersebut berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kecemasan pada bila-bila
masa (Kamariah, 2001). Peralatan pencegah kebakaran yang berada dalam keadaan
baik bukan sahaja bertujuan untuk menyelamatkan bangunan daripada kerosakan
sistem dan kebakaran tetapi yang paling penting untuk menyelamatkan setiap individu
yang berada dalam bangunan tersebut.
Kerja penyelenggaraan peralatan sistem pencegah kebakaran perlulah
mengikut spesifikasi dan prosedur kerja yang ditetapkan oleh jabatan Bomba Dan
Penyelamat. Peralatan pencegah kebakaran adalah berbeza bagi setiap bangunan
berdasarkan rekebentuk, jenis dan pelan bangunan yang diluluskan oleh Jabatan
Bomba. Kebiasaannya kontraktor bertauliah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan berjadual. Setiap peralatan pencegah kebakaran yang tidak berfungsi
akan dibaiki atau diganti baru.
21
Berikut merupakan kerja penyelenggaraan sistem dan peralatan pencegah
kebakaran:-
Jadual 2.1: Kerja Penyelenggaraan Sistem dan Peralatan Pencegahan Kebakaran
NO JENIS KERJA KETERANGAN
1. Pemeriksaan alat pemadam api jenis
ABC dan CO2
Diperiksa tarikh luput, tekanan udara
dan pin keselamatan.
2. Pemeriksaan lampu kecemasan dan
lampu tanda keluar
Diperiksa sama ada lampu menyala
atau rosak.
3. Pemeriksaan alat pengesan haba Diperiksa sama ada ia berfungsi
mengesan asap. Loceng kecemasan
berbunyi jika ia mengesan haba yang
panas
4. Pemeriksaan alat pengesan asap Diperiksa sama ada ia berfungsi
mengesan asap. Loceng kecemasan
berbunyi jika asap dari kebakaran
terhasil.
5. Pemeriksaan sistem perenjis Berfungsi mengeluarkan air dari pam
bagi memadamkan kebakaran sesuatu
tempat. Apabila suhu mencapai 68 C
glass bulb sprinkler yang
mengandungi merkuri akan pecah.
6. Pemeriksaan alat bantu mula (hose
reel)
Diperiksa pada nozzle, check valve
dan tekanan air supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik apabila
berlaku kebakaran.
7. Pemeriksaan loceng kecemasan Berfungsi untuk memberi amaran jika
berlaku kebakaran. Ia diperiksa bagi
memastikan loceng berada dalam
keadaan baik
8. Pemeriksaan sistem panel penggera Sistem ini berfungsi untuk menerima
isyarat daripada alat pencegah
kebakaran. Ia perlu diperiksa untuk
sentiasa berada dalam keadaan
normal.
22
2.6 Kerangka Elemen Pengurusan Penyelenggaraan
Kajian yang berkaitan pengurusan penyelenggaraan bagi aset atau fasiliti telah
banyak dibuat oleh pelbagai pihak sama ada di Malaysia dan luar negara. Pengurusan
penyelenggaraan yang berkesan perlu melaksanakan beberapa elemen penting.
Terdapat banyak penulisan yang menerangkan konsep dan pendekatan pengurusan
penyelenggaraan mengikut perspektif berbeza tetapi menjurus kepada elemen-elemen
yang hampir sama (Sabri, 2007).
Dalam kajian ini, beberapa model kajian lepas berkaitan pengurusan
penyelenggaraan telah diambil untuk membentuk cadangan elemen. Seterusnya,
elemen tersebut dijadikan parameter untuk membentuk kriteria amalan terbaik
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran.
Jadual 2.2: Cadangan Elemen Dalam Pengurusan Penyelenggaraan
Elemen Tsang,
Jardine,
Kolodny,
(1999)
Chuenusa,
Ramnik,
Jiju (2004)
Venkatesh
(2005)
Sabri (2007)
Dasar & Polisi
Penyelenggaraan
/ / / /
Sistem kerja
penyelenggaraan
/
Objektif /
Struktur organisasi / / / /
Pengurusan sumber
manusia
/ / / /
23
Aspek kewangan / / /
Pelan tindakan /
Pengukuran pencapaian /
Pendekatan kaedah
penyelenggaraan
/ / /
Perancangan dan jadual
penyelenggaraan
/ / / /
Pengurusan prestasi dan
kualiti
/ /
Perolehan kontrak / / /
Pengurusan alat ganti &
peralatan
/ / /
Penambahbaikan
berterusan
/ / /
Pengurusan maklumat / / /
Dalam kajian ini, elemen-elemen diatas dipilih sebagai kriteria utama yang
digunakan untuk membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran bangunan komersial. Sepuluh elemen telah dipilih
berdasar nilai kekerapan tertinggi dan akan digunakan dalam kajian temubual kepada
responden.
Berikut adalah elemen-elemen yang telah dipilih:
i. Pewujudan Dasar & Polisi Penyelenggaraan
24
ii. Struktur Organisasi bagi Penyelenggaraan
iii. Pengurusan Sumber Manusia bagi Penyelenggaraan
iv. Aspek Kewangan Penyelenggaraan
v. Pendekatan Kaedah Penyelenggaraan
vi. Perancangan dan Jadual Penyelenggaraan
vii. Perolehan Kontrak Penyelenggaraan
viii. Pengurusan Alat Ganti & Peralatan
ix. Penambahbaikan Berterusan
x. Pengurusan Maklumat
Kesemua elemen diatas akan dijadikan parameter penting dalam membentuk
kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
bangunan komersial.
25
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian merupakan salah satu aspek yang penting semasa
melaksanakan kajian kerana menerangkan bagaimana kaedah sesuatu kajian itu
dijalankan. Kaedah kajian ialah instrumen yang digunakan untuk mencapai objektif
dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang dijalankan lebih
sistemetik dan teratur.
Bab ini menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian yang
dijalankan. Pemilihan kaedah kajian yang tepat dan betul akan memudahkan sesebuah
kajian mendapatkan maklumat dan data. Bab ini juga akan membincangkan dengan
terperinci kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpulkan data dan cara
menganalisi data.
3.2 Reka Bentuk Kajian
26
Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang terperinci tentang
bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Kesesuaian kajian
metodologi yang digunakan dapat menghasilkan keputusan kajian yang jelas, tepat,
sah dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap sesuatu kajian (Pakas, 2004).
Seperti yang dijelaskan, kajian ini adalah berkaitan dengan amalan terbaik
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran dalam bangunan komersial.
Dalam kajian ini, kaedah kualitatif digunakan untuk memberi pemahaman dan
pengetahuan yang lebih dalam. Kaedah kualitatif menurut Bryman (2008) adalah
strategi yang lazimnya menekankan kepada perkataan perbandingan pegiraan data
yang dikumpul dan dianalisis.
Instrument kajian yang digunakan dalam mencapai objektif kajian adalah
secara temubual semi struktur. Partisipan yang terlibat semasa temubual ini ialah pihak
pengurusan bangunan pusat membeli-belah yang berpengalaman dalam pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Selain itu, semasa temu bual dijalankan,
cadangan penambahbaikan daripada responden didapatkan untuk menyokong objektif
kedua kajian untuk membentuk satu amalan terbaik.
3.3 Proses Kajian
Dalam proses kajian, instrument pengumpulan data yang digunakan dipilih
mengikut kesesuaian sifat kajian. Pengumpulan data amat penting dalam menjalankan
kajian kerana menentukan hasil yang diperolehi pada akhir kajian. Data dianalisis
menggunakan teknik yang tertentu untuk menjawab dan menyokong objektif kajian
yang ditetapkan.
27
3.3.1 Peringkat Pertama (Perancangan Kajian)
Proses kajian penyelidikan bermula dengan pemilihan bidang kajian yang
hendak dikaji. Bidang yang dipilih hendaklah mempunyai isu dan permasalahan yang
timbul bagi membentuk persoalan kajian. Seterusnya dua objektif serta skop kajian
ditentukan dalam menjawab persoalan yang timbul dalam bidang kajian ini. Tajuk
kajian dan objektif kajian dikemukakan dan dibincang bersama penyelia kajian untuk
mendapat kelulusan. Hasil dari kajian literatur ini diguna pakai dalam mereka bentuk
borang temu bual semi struktur.
3.3.2 Peringkat Kedua (Kajian Literatur)
Kajian literature didefinasi sebagai membuat rujukan secara kritikal dan
sistematik keatas dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah
berkaitan dengan tajuk kajian (Chua, 2006). Perlaksanaan kajian literatur adalah
berdasar dari sumber pihak lain yang relevan dengan tajuk kajian seperti buku rujukan,
majalah, jurnal, kertas kerja, laporan, rekod-rekod dan lain-lain.
Kajian literatur ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran untuk bangunan komersial. Kajian
literatur mengenai penyata masalah dan latar belakang tajuk kajian diterangkan secara
terperinci dalam Bab 1. Manakala definisi bangunan komersial, sistem pencegah
kebakaran, pengurusan penyelenggaraan bangunan dan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran pula di jelaskan dalam Bab 2.
3.3.3 Peringkat Ketiga (Pengumpulan Data)
28
Pada peringkat ini, instrument kajian temu bual semi struktur digunakan untuk
mengumpul data primer bagi mencapai objetif kajian. Data primer merupakan data
yang diperoleh secara langsung dari kajian contohnya seperti temu bual, soal selidik
dan analisis dokumen. Kaedah kualitatif yang digunakan disusun dan dirancang secara
sistematik mengikut keutamaan kajian bagi memudahkan menjawab persoalan kajian.
3.3.3.1 Temu Bual Semi struktur
Kajian ini menggunakan instrument temu bual sebagai pelengkap kajian kerana
data yang diperolehi semasa temu bual sesuai digabungkan dengan teknik analisis
kandungan (Krippendroff 2004). Temu bual semi struktur dipilih supaya dapat
menghasil data yang lebih mendalam. Responden bebas bercakap apa sahaja bagi topik
temu bual yang luas tanpa melencong dari konteks kajian dengan sedikit pertanyaan
dari pengkaji (Robson, 2011).
Soalan temu bual semi struktur telah direka bentuk kepada 3 bahagian seperti
Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Struktur Soalan Temubual
Bahagian Borang Temu Bual Tujuan Bahagian Borang Temu Bual
Bahagian A : Profil Responden Untuk mengenalpasti latar belakang
responden
Bahagian B : Langkah-langkah
pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran
Untuk mencapai objektif 1
Bahagian C : Kriteria dan cadangan
pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegahan pusat membeli-belah
Untuk mencapai objektif 2
29
3.3.3.2 Populasi dan Saiz Sampel
Kajian ini memfokuskan kepada skop yang lebih khusus iaitu bangunan
komersial jenis pusat membeli-belah di Johor. Bilangan populasi dalam skop kajian
ini adalah 38 pusat membeli-belah di sekitar Johor (Wikipedia, 2017). Dengan
mengambil kira beberapa pertimbangan dan batas penyelidikan projek sarjana muda,
hanya lima (5) pusat membeli-belah dipilih menjadi sampel melalui kaedah ‘random
sampling’.
3.3.4 Peringkat Keempat (Analisis Data)
Penganalisisan data dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat daripada
temu bual dikumpul. Proses analisis data adalah proses mengecilkan data,
memaparkan data dan membuat kesimpulan hasil dari dapatan. Teknik analisis data
yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis kandungan.
Dalam skop temu bual, analisis kandungan merupakan teknik yang paling
banyak digunakan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan (Riffle & Fretag, 1997; Yale
& Gilly, 1998). Analisis kandungan merupakan kaedah yang fleksibel untuk
menganalisis data teks dan sangat berguna untuk pelbagai kajian (Cavanagh, 1997).
Analisis kandungan bagi kaedah kualitatif berbeza daripada analisis
kandungan kuantitatif yang menggunakan angka dan pengiraan. Melalui kaedah
kualitatif analisis data lebih melihat kepada teks sebagai interpretasi makna secara
mendalam dan subjektif (Rosmawati, 2011). Terdapat tiga (3) pendekatan yang
digunakan dalam analisis kandungan bagi kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan
konvensional (conventional), langsung (direct) dan singkatan (summative).
30
Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan langsung dimana
pembolehubah (elemen) berkaitan kajian dapat diramalkan sebelum temu bual
dijalankan. Pembolehubah (elemen) ini dapat membantu mengenalpasti kriteria
amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Analisis
kandungan langsung juga menjadikan proses menganalisa data lebih berstruktur
berbanding analisis kandungan konvensional (Hickey & Kipping, 1996).
Data-data daripada rakaman audio temubual dan memo yang diperolehi semasa
temu bual dianalisis secara menyeluruh tanpa meninggalkan sebarang maklumat.
Data-data tersebut dikeluarkan dan proses perbandingan dilakukan untuk mencapai
objektif kajian iaitu langkah-langkah dan kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Proses penganalisisan data
dibincangkan dengan lebih teperinci dalam Bab 4.
Selain itu, data-data mentah dari borang temubual diproses dan dianalisis di
dalam Microsoft Excel 2013 untuk penyelesaian statistik. Antara teknik analisis data
statistik yang digunakan ialah taburan frekuensi. Analisis ini bertujuan untuk melihat
peratusan latar belakang responden.
3.3.5 Peringkat Kelima (Kesimpulan dan Cadangan)
Kesimpulan dan cadangan merupakan peringkat terakhir dalam metodologi
kajian. Setelah data-data dianalisa, senarai langkah dan kriteria amalan terbaik dapat
dibentuk selaras dengan objektif kajian ini. Selain itu, cadangan untuk kajian lanjutan
turut dikemukan sebagai rujukan pada masa akan datang.
3.4 Rumusan Bab
31
Dalam Bab 3 telah menerangkan secara ringkas metodologi kajian yang
digunakan iaitu melalui kaedah kuanlitatif dengan menggunakan instrumen temu bual
semi struktur. Temu bual yang dijalankan berdasarkan objektif pertama dapat
menyenaraikan langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran untuk lima pusat membeli-belah.
Seterusnya, pembolehubah (elemen) digunakan dalam temu bual untuk
mengenalpasti kriteria dan cadangan penambahbaikan bagi membantu dalam
pembentukan amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
keselamatan. Teknik analisis statistik dan anlisis kandungan digunakan untuk
menganalisa data daripada temu bual yang dijalankan bersama lima (5) pengurus
bangunan pusat membeli-belah yang di pilih secara rawak.
Andaian penemuan yang dirangka dalam mencapai objektif kajian adalah
seperti berikut:
Langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran di pusat membeli belah (objektif kajian 1).
Perlaksanaan pembolehubah (elemen) yang dicadangkan dalam
membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran (objektif 2).
Pembentukan kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan
berdasarkan cadangan penambahbaikan yang dikemukan (objektif
kajian.
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab 4 merupakan proses menganalisis data secara analisis statistik dan analisis
kandungan terhadap data-data yang diperolehi dari temu bual semi struktur
sebagaimana pendekatan yang dibincangkankan di dalam Bab 3. Analisis kandungan
digunakan untuk mengenalpasti langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran sistem pencegah kebakaran.
Analisis kandungan juga diadakan untuk membuktikan setiap cadangan
penambahbaikan mempunyai kaitan yang signifikan dengan elemen pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran yang dicadangkan dalam mempengaruhi
keputusan objektif kajian.
Manakala analisis statistik taburan frekuensi digunakan untuk melihat
peratusan profil responden temubual. Soalan temubual telah direka untuk memenuhi
kedua-dua objektif kajian iaitu mengenalpasti langkah dan membentuk kriteria amalan
terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran pusat membeli-
belah.
33
4.2 Analisis Data
Analisis data amat penting bagi mencapai objektif kajian. Bagi kajian ini,
pengkaji telah menggunakan kaedah temubual semi struktur untuk mendapatkan
maklumat kajian. Temubual dibuat ke atas 5 pusat membeli belah yang dipilih di
sekitar Johor oleh pengkaji. Borang temu bual ini dibahagikan kepada 3 bahagian
dimana setiap bahagian mempunyai tujuan tertentu untuk mencapai objektif kajian.
4.3 Penemuaan Analisis Kajian Temubual
4.3.1 Bahagian A: Analisis Profil Responden
Analisis terhadap 5 responden kajian temu bual semi struktur dengan
memasukan data mentah profil responden kedalam Microsoft Excel 2013 sebagaimana
dalam Lampiran. Teknik analisis statistik secara taburan frekuensi dilaksanakan dan
keputusannya adalah seperti berikut.
a) Maklumat Responden
Maklumat responden disenaraikan pada Bahagian A borang temu bual. Jadual
menunjukan maklumat responden yang telah di temu bual bagi kajian ini. Terdapat 5
orang responden dari 5 buah pusat membeli-belah yang berbeza terlibat dalam temu
bual ini.
34
Jadual 4.1: Maklumat Responden Temubual
Bil. Nama Pusat Membeli Belah Nama Responden Kod
1. Paradigm Mall JB Nama: Danriick
Email:[email protected]
A1
2. Mydin Mutiara Rini Nama: Ahmad Furqan B. Hassan
Email: [email protected] /
A2
3. Tesco Bukit Indah Nama: Zahar Osman
Email: [email protected]
A3
4. Aeon Bukit Indah Nama: Mohamad Khairil Jamin
Email: [email protected]
A4
5. Angsana Johor Nama: Imran Salleh
Email: [email protected]
A5
b) Jawatan Responden
Analisis yang dibuat keatas 5 responden adalah didapati pecahan kedudukan
jawatan responden sebanyak 4 kategori jawatan sebagaimana senarai dalam Jadual 3.1.
Taburan jawatan pengurus fasiliti adalah yang paling tinggi iaitu 2 (40%) dan diikuti
pengurus keselamatan dan kesihatan, pengurus penyelenggaraan dan ketua pegawai
operasi masing-masing sebanyak 1 (20%) seperti Rajah 4.1.
35
Jadual 4.2: Jawatan Responden Temubual
Bil. Jawatan Jumlah Kekerapan Peratusan (%)
1. Pengurus Keselamatan dan Kesihatan 1 20%
2. Pengurus Fasiliti 2 40%
3. Pengurus Penyelenggaraan 1 20%
4. Ketua Pengawai Operasi 1 20%
c) Tempoh Penglibatan Responden
20%
40%
20%
20%
Taburan Jawatan Responden
Pengurus keselamatan dan kesihatan Pengurus fasiliti
Pengurus penyelenggaraan Ketua pegawai operasi
Rajah 4.1: Taburan Jawatan Responden
36
Terdapat 4 jenis kategori tempoh penglibatan responden dalam bidang
pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran dalam bangunan pusat
membeli-belah iaitu:
i. Kurang 5 tahun
ii. 5 sehingga 10 tahun
iii. 10 tahun sehingga 15 tahun
iv. 15 tahun keatas
Analisis dibuat mendapati 2 (40%) responden mempunyai tempoh penglibatan
dalam bidang tersebut antara 10 ke 15 tahun. Manakala masing-masing 1 (20%)
responden bagi jenis kategori kurang 5 tahun, 5 ke 10 tahun dan 15 tahun ke atas.
Jadual 4.3: Tempoh Penglibatan Responden Temubual
Bil. Tempoh Penglibatan Jumlah Kekerapan Peratusan (%)
1. Kurang dari 5 tahun 1 20%
2. Antara 5 ke 10 tahun 1 20%
3. Antara 10 ke 15 tahun 2 40%
4. Lebih dari 15 tahun 1 20%
37
d) Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah
Terdapat 4 jenis kategori tempoh penubuhan pusat membeli-belah yang dipilih
dalam temubual iaitu:
i. Kurang 5 tahun
ii. 5 sehingga 10 tahun
iii. 10 tahun sehingga 15 tahun
iv. 15 tahun keatas
Analisis yang dibuat keatas 5 pusat membeli-belah adalah didapati pecahan
tempoh penubuhan pusat membeli-belah sebanyak 2 (40%) berumur kurang dari 5
tahun dan antara 5 ke 10 tahun. Manakala 1 (20%) pusat membeli-belah berumur lebih
dari 15 tahun.
20%
20%
40%
20%
Taburan Tempoh Penglibatan Responden
< 5 tahun 5 - 10 tahun 10 - 15 tahun > 15 tahun
Rajah 4.2: Taburan Tempoh Penglibatan Responden
38
Jadual 4.4: Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah
Bil. Tempoh Penubuhan Jumlah Kekerapan Peratusan (%)
1. Kurang dari 5 tahun 2 40
2. Antara 5 ke 10 tahun 2 40
3. Antara 10 ke 15 tahun 0 0
4. Lebih dari 15 tahun 1 20
4.3.2 Bahagian B: Analisis Langkah-Langkah Amalan Semasa Pengurusan
Penyelenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran
Analisis langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegahan
kebakaran dibuat ke atas 3 responden. Analisis kandungan digunakan untuk
40%
40%
0%
20%
Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah
< 5 tahun 5 - 10 tahun 10 - 15 tahun > 15 tahun
Rajah 4.3: Taburan Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah
39
mengenalpasti langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan. Berdasarkan hasil
temubual yang dilakukan, berikut adalah maklumat yang diperolehi dari responden
A2, A3 dan A4.
Jadual 4.5: Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Responden A2
Langkah Pemulihan Langkah Pencegahan
1 Memberitahu masalah kerosakan Melantik kontraktor
2 Membaiki kerosakan oleh unit
penyelenggaraan
Menyediakan jadual berkala
3 Melantik kontraktor Memeriksa peralatan
4 Perlantikan kontraktor selama setahun Menyenaraikan peralatan yang perlu
diselenggara
5 Membaiki kerosakan oleh kontraktor Menjalankan operasi penyelenggaraan
6 Audit setiap penyelenggaraan yang
dilakukan
Pihak bomba menguji sistem
7 Menyediakan audit sistem pencegah
kebakaran oleh pihak pengurusan
Jadual 4.6: Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Responden A3
Langkah Pemulihan Langkah Pencegahan
1 Melapor kerosakan yang berlaku Melantik kontraktor
2 Membaiki kerosakan oleh unit
penyelenggaraan
Menyediakan jadual berkala
3 Melantik kontraktor Memeriksa peralatan
4 Meluluskan perlantikan dengan bid
harga rendah
Menjalankan operasi penyelenggaraan
5 Perlantikan kontraktor selama setahun Menguji sistem pencegah kebakaran
40
6 Membaiki kerosakan oleh kontraktor Menyediakan audit sistem pencegah
kebakaran oleh pihak pengurusan
7 Audit penyelenggaraan yang dilakukan
Jadual 4.7: Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Responden A4
Langkah Pemulihan Langkah Pencegahan
1 Melapor kerosakan sistem pencegah
kebakaran
Melantik kontraktor
2 Membaiki kerosakan oleh unit
penyelenggaraan
Menyediakan jadual berkala
3 Permohonan perkhidmatan kontraktor
jika kerosakan melibatkan sistem
Memeriksa peralatan
4 Meluluskan perlantikan kontraktor Menjalankan operasi penyelenggaraan
5 Perlantikan kontraktor selama setahun Menguji sistem pencegah kebakaran
6 Membaiki kerosakan oleh kontraktor Menyediakan audit prestasi bangunan
7 Audit penyelenggaraan yang dilakukan
Kesimpulanya, satu bentuk langkah-langkah telah dikenalpasti berdasarkan
maklumat dari setiap responden. Langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan
dikeluarkan dari setiap responden mengikut kekerapan yang tertinggi. Keputusannya
lengkap sebagaimana dalam Jadual dibawah.
41
Jadual 4.8: Kekerapan Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Pencegahan
Langkah Pencegahan
Responden
A2 A3 A4
1 Melantik kontraktor / / /
2 Menwujudkan jadual penyelenggaraan / / /
3 Menyenaraikan aset yang perlu
diselenggara
/ / /
4 Menjalankan operasi penyelenggaraan / / /
5 Menguji sistem pengikut keperluan
bomba
/ / /
6 Menyediakan audit / / /
Jadual 4.9: Kekerapan Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Pemulihan
Langkah Pemulihan
Responden
A2 A3 A4
1 Melapor kerosakan yang berlaku / / /
2 Membaiki kerosakan oleh unit
penyelenggaraan
/ / /
3 Permohonan perkhidmatan kontraktor
jika kerosakan melibatkan sistem
/ / /
4 Perlantikan kontraktor melalui tender / / /
5 Meluluskan perlantikan kontraktor / /
6 Membaiki kerosakan oleh kontraktor / / /
7 Merekod penyelenggaraan yang
dilakukan
/ / /
42
4.3.3 Bahagian C: Analisis Elemen Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Sistem
Pencegah Kebakaran
Analisis perakuan 5 responden terhadap elemen yang dicadangkan dalam
pengurusan penyelengaaraan sistem pencegah kebakaran pusat membeli-belah.
Analisis yang dilaksanakan adalah dengan mendapatkan nilai purata setiap elemen
pengurusan penyelenggaraan yang dinyatakan. Teknik analisis statistik secara taburan
frekuensi dilaksanakan dan keputusannya adalah seperti berikut.
Jadual 4.10: Analisis Perlaksanaan Elemen Dalam Pengurusan Penyelenggaraan
Bil. Elemen Dalam Langkah Pengurusan
Penyelenggaraan
Responden
A1 A2 A3 A4 A5
1. Pengwujudan dasar & polisi penyelenggaraan / / / /
2. Struktur organisasi bagi penyelenggaraan / / / / /
3. Pengurusan sumber manusia bagi
penyelenggaraan
/ / / / /
4. Aspek kewangan penyelenggaraan / / / / /
5. Pendekatan Kaedah Penyelenggaraan / / /
6. Perancangan dan Jadual Penyelenggaraan / / / / /
7. Perolehan Kontrak Penyelenggaraan / / / / /
8. Pengurusan alat ganti & peralatan / / / / /
9. Penambahbaikan berterusan bagi penyelenggaraan / /
10. Pengurusan Maklumat / / / / /
43
Jadual 4.11: Analisis Nilai Purata Elemen Dalam Pengurusan Penyelenggaraan
Bil. Elemen Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Nilai
Purata
Peratusan
1. Pengwujudan dasar & polisi penyelenggaraan 0.80 80%
2. Struktur organisasi bagi penyelenggaraan 1.00 100%
3. Pengurusan sumber manusia bagi penyelenggaraan 1.00 100%
4. Aspek kewangan penyelenggaraan 1.00 100%
5. Pendekatan Kaedah Penyelenggaraan 0.60 60%
6. Perancangan dan Jadual Penyelenggaraan 1.00 100%
7. Perolehan Kontrak Penyelenggaraan 1.00 100%
8. Pengurusan alat ganti & peralatan 1.00 100%
9. Penambahbaikan berterusan bagi penyelenggaraan 0.40 40%
10. Pengurusan Maklumat 1.00 100%
Peratusan Responden Bersetuju Setiap Elemen 88%
0.80
1.00 1.00 1.00
0.60
1.00 1.00 1.00
0.40
1.00
0.20
0.00 0.00 0.00
0.40
0.00 0.00 0.00
0.60
0.000.00
0.20
0.40
0.60
0.80
1.00
1.20
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Setuju Tidak Setuju
Rajah 4.4: Taburan Analisis Nilai Purata Elemen Pengurusan Penyelenggaraan
44
Melalui analisis nilai purata diatas, keputusan perakuan responden terhadap
perlaksanaan elemen dalam pengurusan penyelenggaraan adalah kesemua 5 responden
100% melaksanakan cadangan elemen struktur organisasi, pengurusan sumber
manusia, pendekatan kaedah, perancangan dan jadual, perolehan kontrak, pengurusan
alat ganti dan peralatan serta pengurusan maklumat penyelenggaraan. Manakala 4
responden 80% melaksanakan cadangan elemen pewujudan dasar dan polisi
penyelenggaraan. Masing-masing 3 responden 60% dan 2 responden 40%
melaksanakan cadangan elemen aspek kewangan dan penambahbaikan berterusan.
Secara keseluruhannya hampir 88% daripada responden melaksanakan
cadangan elemen-elemen pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran di
pusat membeli-belah.
4.3.3.1 Analisis Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Penyelenggaraan
Sistem Pencegah Kebakaran
Cadangan penambahbaikan dari responden turut dikumpulkan bagi
menyokong elemen yang dicadangkan dalam membentuk kriteria amalan terbaik.
Analisis kandungan ini dilaksanakan dengan membahagikan data mengikut elemen
yang telah dicadangkan. Maklumat lengkap sebagaimana dalam Jadual dibawah.
Jadual 4.12: Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Penyelenggaraan
Elemen Cadangan Penambahbaikan Responden
Dasar dan Polisi i. Mewujudkan polisi tersendiri bagi pusat
mebeli-belah
A3, A4
45
Struktur
organisasi
i. Meluaskan skop struktur organisasi
ii. Menyediakan organisasi bagi penyewa
A1, A2, A3,
A4, A5
Jadual
Penyelenggaraan
i. Jadual penyelenggaraan lebih kerap A3, A4
Pengurusan
maklumat
i. Audit bagi setiap peralatan sistem
pencegah kebakaran
ii. Memperbaharui sistem yang sedia ada
A3, A5
Pengurusan alat
ganti & peralatan
i. Pengurusan peralatan lebih terperinci
ii. Sistem keselamatan bagi peralatan untuk
mengelakkan kecurian
iii. Kerja pembaikan peralatan lebih cepat
A2, A3, A4
Pengurusan
sumber manusia
i. Memberi latihan kepada pekerja
ii. Pengurusan pekerja yang betul
A1
Aspek kewangan i. Mengawal kos penyelenggaraan
berdasarkan budget
ii. Menggunakan alat ganti & peralatan yang
lebih murah
A1, A3
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Hasil penemuan kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu menjawab objektif
pertama bagi mengenalpasti langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran pusat membeli-belah dan membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran yang digunakan oleh pihak pengurusan.
Penemuan dari kajian literatur pada Bab 2 telah mengemukakan cadangan
elemen pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran. Manakala
penemuan analisis pada Bab 4 menghasilkan kesimpulan dari aspek mencapai objektif
kajian ini.
5.2 Rumusan Kajian
5.2.1 Objektif 1: Langkah-Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Sistem
Pencegah Kebakaran
47
Analisis hasil data temubual dari 5 responden pusat membeli-belah disekitar
Johor terhadap amalan semasa langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran adalah didapati kebanyakan responden melaksanakan langkah
berikut:
Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Pemulihan Sistem Pencegah Kebakaran
1. Melapor kerosakan yang berlaku
2. Membaiki kerosakan oleh unit penyelenggaraan
3. Permohonan perkhidmatan kontraktor jika kerosakan melibatkan sistem
4. Perlantikan kontraktor melalui tender
5. Membaiki kerosakan oleh kontraktor
6. Merekod penyelenggaraan yang dilakukan
Langkah Pengurusan Penyelenggaraan Pencegahan Sistem Pencegah Kebakaran
1. Melantik kontraktor
2. Menwujudkan jadual penyelenggaraan
3. Menyenaraikan aset yang perlu diselenggara
4. Menjalankan operasi penyelenggaraan
5. Menguji sistem pengikut keperluan bomba
6. Menyediakan audit
Penemuan analisis dari amalan semasa langkah pengurusan penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran bangunan komersial telah mencapai objektif kajian
pertama. Penyenaraian langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan sistem
pencegah kebakaran pusat membeli-belah telah dikenalpasti seperti diatas.
48
Penemuan analisis juga mendapati tidak ada perbezaan ketara antara tempoh
penglibatan responden dan tempoh penubuhan pusat membeli-belah dalam memberi
maklumat langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan.
5.2.2 Objektif 2: Kriteria Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaraan
Sistem Pencegah Kebakaran
Analisis hasil data temubual terhadap kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran pusat membeli belah adalah didapati
responden bersetuju dengan elemen berikut:
Kriteria Amalan Terbaik Pengurusan Penyelenggaraan
1. Pengwujudan dasar & polisi penyelenggaraan
2. Struktur organisasi bagi penyelenggaraan
3. Pengurusan sumber manusia bagi penyelenggaraan
4. Aspek kewangan penyelenggaraan
5. Pendekatan Kaedah Penyelenggaraan
6. Perancangan dan Jadual Penyelenggaraan
7. Perolehan Kontrak Penyelenggaraan
8. Pengurusan alat ganti & peralatan
9. Penambahbaikan berterusan bagi penyelenggaraan
10. Pengurusan Maklumat
Secara keseluruhan 88% daripada responden bersetuju dengan cadangan
kesepuluh-sepuluh elemen pengurusan penyelenggaraan. Penemuan analisis dari
49
cadangan penambahbaikan juga dapat menguatkan lagi kriteria amalan terbaik
pengurusan yang dibentuk. Antara kriteria yang mempunyai hubungan yang kuat
dengan cadangan penambahbaikan adalah:
Elemen Cadangan Penambahbaikan
1. Pengwujudan dasar & polisi penyelenggaraan
2. Struktur organisasi bagi penyelenggaraan
3. Pengurusan sumber manusia bagi penyelenggaraan
4. Aspek kewangan
5. Perancangan dan Jadual Penyelenggaraan
6. Pengurusan alat ganti & peralatan
7. Pengurusan maklumat
Penemuan analisis dari perlaksanaan temubual merumuskan bahawa objektif
kajian yang kedua untuk membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran pusat membeli-belah telah dicapai.
Pembentukan amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
dalam bangunan komersial dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan. Kriteria
amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan ini diharapkan dapat diikuti semasa
melaksanakan pengurusan penyelenggaraan.
5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Melaksanakan Kajian
50
Terdapat pelbagai masalah yang berlaku semasa kajian sedang dijalankan
khususnya di peringkat pengumpulan data temubual. Antara masalah-masalah yang
dihadapi adalah:
i. Kesukaran mendapatkan maklumat disebabkan maklumat adalah sulit dan
rahsia untuk beberapa pusat membeli-belah.
ii. Pemohonan mendapat maklumat perlu melalui pejabat ‘Headquaters’ yang
berlokasi di Kuala Lumpur. Hal ini memberi kesulitan kerana perlu menunggu
dalam tempoh masa yang panjang untuk mendapatkan kelulusan.
iii. Pengurus bangunan mengawal semua cawangan disekitar Johor. Contohnya,
bagi pusat membeli-belah Mydin di Johor hanya seorang pengurus bangunan
yang mengawal semua cawangan. Ini menyebabkan responden menjadi terhad
dan maklumat yang diperolehi sama di setiap cawangan.
5.5 Cadangan
Pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran merupakan aspek
yang sering diabaikan oleh kebanyakan pusat membeli-belah. Persepsi bahawa
pengurusan penyelenggaraan hanya memadai dengan mengambil tindakan pembetulan
atau penggantian alatan apabila berlaku kerosakan perlulah diubah. Dengan penemuan
kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran, saya
berharap kesinambungan daripada kajian ini dapat dilaksanakan.
51
Beberapa aspek penting seperti kos kitaran hayat penyelenggaraan,
keberkesanan penyelenggaraan terhadap produktiviti sesuatu perniagaan, budaya
penyelenggaraan serta perancangan dan perlaksanaan kerja penyelenggaraan boleh
dijadikan kajian lanjutan dalam pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran.
52
SENARAI RUJUKAN
Basherudin, N. K. (2001). Pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran
di Menara Jati (Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).
Cholasuke, C., Bhardwa, R., & Antony, J. (2004). The status of maintenance
management in UK manufacturing organisations: results from a pilot survey.
Journal of Quality in Maintenance Engineering, 10(1), 5-15.
Daniel E. Della-Giustina. (2014). Fire Safety Management Handbook. (3th ed.)
Baco Raton: Taylor & Francis Group.
David Yung. (2008). Principle of Fire Risk Assessment in Building. Toronto, Canada:
Yung & Associates Inc.
Douglas, J. (1996). Building performance and its relevance to facilities management.
Facilities, 14(3/4), 23-32.
Fong, C. C., & Chow, W. K. (2011). Fire load density survey in four shopping malls
in Hong Kong. International Journal on Engineering Performance-Based Fire
Codes, 10(1), 12-16.
Hesna, Y., Hidayat, B., & Suwanda, S. (2009). Evaluasi penerapan sistem keselamatan
kebakaran pada bangunan gedung rumah sakit dr. M. Djamil padang. Jurnal
Rekayasa Sipil (JRS-Unand), 5(2), 65-76.
Malhotra H.L. (1987). Fire Safety in Buildings, Buildings Research Establishment
Report, Department of the Environment, Building Research Establishment,
Fire Research Station, Borehamwood, Herts, UK.
53
Hamzah, A. B. (2006). Guide to Fire Protection in Malaysia, The Institution of Fire
Engineering (UK) Malaysia Branch.
Howard, D.J. and Kara-Zaitri C. (1999). Fire Safety Management at Passenger
Terminal. Journal: Disaster Preventation and Management, Vol. 8, No.5, pp.
362-369.
Ismail Omar (2017, 21 September). Seragamkan Pelan Pencegah Kebakaran. Berita
Harian. Retrieved 21 September 2017, from https://www.bharian.com.my
Jabatan Pembangunan Kampus Kejuruteraan USM. Penyenggaraan Sistem Pencegah
Kebakaran Di PTJ Kampus Kejuruteraan USM. Retrieved on December 5,
2012 from: http://dev.eng.usm.my/panduan/
Laman Web Rasmi Bomba dan Penyelamat. Pengurusan Keselamatan Dan
Kebakaran. http://www.bombatrg.gov.my/portal/ebook/ebook3.pdf. Dicapai
pada 20 November 2017.
Lo, S. M. (1998). The use of designated refuge floors in high-rise buildings: Hong
Kong perspective. Journal of Applied Fire Science, 7(3), 287-299.
Shipp, M. Fire safety management in fire safety engineering. Eurofire, 98, 11-13.
Mark Bromann. (2011). Fire Protection for Commercial Facalities. Baco Raton: CRC
Press.
McKeever, J. R. (1953). Shopping Centers: Principles and Policies [Based on
Experience from the Community Builders' Council. Urban Land Institute.
Mohd Sufian Bin Hasim (2004), Kajian Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan
Bangunan Di UiTM Shah Alam, Universiti Sains Malaysia.
Mohd Sabri Mat Deris (2007), Tahap Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan
Fasiliti Bangunan Di Sektor Awam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.
54
Mokhtar Padeli (2010). Pencegahan Kebakaran.
http://www.slideshare.net/mokhtarpadeli/unit3-2979561. Dicapai pada 25
November 2017.
NFPA (1974). 1st Edition Hazardous Location Classification 1974. United Stated of
America: National Fire Protection Association.
Omardin, M. A. (2011). Strategi dan pengurusan penyelenggaraan bangunan.
Penerbit Universiti Malaysia Pahang.
Othman Lebar (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Pickard R. (1994). Fire Safety and Protection in Historic Buildings in England and
Ireland- Part II. Journal: Structural Survey, Vol. 12 No. 3, 1993/4, pp. 8 – 10.
Purpura, P. P. (2008). 13 - Life Safety, Fire Protection, and Emergencies. Security and
Loss Prevention (Fifth Edition). Boston, Butterworth-Heinemann: 295-327.
Satu Kebakaran di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall telah
berlaku buat kali kedua. (2017, Oktober 7). Berita Harian.
S.M Lo, K.C Lam, Richard K.K. Yuen, (2000). “Views of building surveyors and
building services engineers on priority setting of fire safety attributes for
building maintenance”, Facilities, Vol. 18 Issue: 13/14, pp.513-523
Subash Ludhra. (2014). Common Sense Guide to Fire Safety Management. New York:
Routledge.
Shah Ali, A. (2009). Cost decision making in building maintenance practice in
Malaysia. Journal of Facilities Management, 7(4), 298-306.
55
Tsang, Albert H.C., Jardine, Andrew K.S., dan Kolodny, Harvey (1999). Measuring
maintenance performance: a holistic approach, International Journal of
Operation & Production Management.
Venkatesh J (2005). An Introduction to Total Productive Maintenance (TPM), The
Plant Maintenance Resource Center, Website:
http://www.plantmaintenance.com
Chow, W. K. (2001). Review on fire safety management and application to Hong
Kong. International Journal on Engineering Performance-Based Fire Codes,
3(1), 52-58.
Yahya Mohamad Yatim (1999). Bahaya Kebakaran dan Tindakan Pencegahan
Kebakaran Pada Bangunan Tinggi. Jurnal Alam Bina. Jilid 2: 33-40.
56
LAMPIRAN
BORANG TEMUBUAL SEMI STRUKTUR
PROJEK SARJANA MUDA UKUR BAHAN
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PENYELENGGARAAN SISTEM
PENCEGAH KEBAKARAN DALAM BANGUNAN KOMERSIAL
OBJEKTIF KAJIAN:
1. Untuk mengenalpasti langkah pengurusan penyelenggaraan sistem pencegah
kebakaran bangunan komersial di Malaysia.
2. Untuk membentuk kriteria amalan terbaik pengurusan penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran yang digunakan oleh pihak pengurusan.
NAMA PELAJAR : FATIN NOR AZURA BINTI ABDUL RAZAK
NO MATRIK : A14BE0024
NO. KP : 950617-05-5458
NO. HP : 013-7806940
PENYELIA : PM DR. YAHYA MOHAMAD YATIM
57
1. Nama:
………………………………………………………………………………………….
2. Jawatan:
………………………………………………………………………………………….
3. Tempoh penglibatan dalam pengurusan bangunan:
(1) < 5 tahun
(2) 5-10 tahun
(3) 10-15 tahun
(4) > 15 tahun
4. Nama Pusat Membeli-belah:
………………………………………………………………………………………….
5. Tempoh Penubuhan Pusat Membeli-belah:
(1) < 5 tahun
(2) 5-10 tahun
(3) 10-15 tahun
(4) > 15 tahun
6. Email:
………………………………………………………………………………………….
7. Tandatangan Responden:
BAHAGIAN A: PROFIL RESPONDEN
58
Sila tandakan [/] pada ruang berikut jika langkah tersebut adalah amalan
semasa yang dilakukan semasa pengurusan penyelenggaraan.
1. Apakah langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan pemulihan/kerosakan
yang dilakukan bagi sistem pencegah kebakaran?
2. Apakah langkah-langkah pengurusan penyelenggaraan pencegahan yang
dilakukan bagi sistem pencegah kebakaran?
BAHAGIAN B: LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN PENYELENGGARAAN
SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DALAM PUSAT MEMBELI-BELAH
BAHAGIAN C: KRITERIA DAN CADANGAN PENGURUSAN
PENYELENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DALAM PUSAT
MEMBELI BELAH
59
3. Adakah elemen berikut dilaksanakan dalam pengurusan penyelenggaraan
sistem pencegah kebakaran?
Elemen Ulasan
i. Pengwujudan dasar &
polisi penyelenggaraan
ii. Struktur organisasi bagi
penyelenggaraan
iii. Pengurusan sumber
manusia bagi
penyelenggaraan
iv. Aspek kewangan
penyelenggaraan
v. Pendekatan Kaedah
Penyelenggaraan
vi. Perancangan dan Jadual
Penyelenggaraan
vii. Perolehan Kontrak
Penyelenggaraan
viii. Pengurusan alat ganti &
peralatan
ix. Penambahbaikan
berterusan bagi
penyelenggaraan
x. Pengurusan Maklumat
60
4. Apakah penambahbaikan yang dapat dilakukan keatas pengurusan
penyelenggaraan sistem pencegah kebakaran dalam pusat membeli-belah?
SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA.