ahmad faizal bin ayop - faculty of education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan...

of 35 /35
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN,MASA,KEMUDAHAN DAN ALATAN, DAN KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KLUANG AHMAD FAIZAL BIN AYOP UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Feb-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN,MASA,KEMUDAHAN DAN ALATAN, DAN

KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DALAM MATAPELAJARAN

KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI

PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH

MENENGAH DI DAERAH KLUANG

AHMAD FAIZAL BIN AYOP

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan
Page 3: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan
Page 4: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

i

KESESUAIAN ISI KANDUNGAN,MASA,KEMUDAHAN DAN ALATAN, DAN

KAEDAH TUNJUKCARA (DEMONSTRASI) DALAM MATAPELAJARAN

KEMAHIRAN TEKNIKAL PERINGKAT MENENGAH RENDAH DARI

PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH

MENENGAH DI DAERAH KLUANG

AHMAD FAIZAL BIN AYOP

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahgian

Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………..

Nama Penulis : AHMAD FAIZAL BIN AYOP

Tarikh : 25.4.2008

Page 6: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

iii

DEDIKASI

Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh

Buat isteriku tersayang Idazailiza Binti Yahaya…Segala pengorbanan dan kesabaranmu akan sentiasa ku hargai…

Semangatmu mendorong semangatku…Membuatkan aku tabah…Demi menggapai impian…

Buat anak-anak papa : Danish dan Darwish..Kalian berdua tidak pernah luput dari ingatan…

Apabila rindu menyapa…Semakin kuat azam dan cita-cita…

Walaupun dari kejauhan…Doaku tetap bersama kalian…

Untuk emakku yang tercinta Hjh. Salmah dan ayahku yang ku kasihi Hj. Ayop…Doa anakmu tidak pernah putus…

Mengharap kesejahteraan buatmu…Dari Tuhan Yang Esa…

Semoga Allah memberikan ganjaran syurga buat kalian…Buat rakan-rakan seperjuangan…Dan semuanya SPH 2005-2008…Kesusahan kita harungi bersama…Buat pensyarah-pensyarah JPTK…

Jasa kalian kekal diingatan…Semoga kita semua…

Memperolehi rahmat dan kesejahteraan…Setiap usaha kita lakukan…

Minta dihalalkan untuk segalanya…Berjumpa kita di Syurga…

Insya Allah…

Page 7: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke Hadhrat Ilahi yang telah memberikan saya kekuatan untuk

menghasilkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah diamanahkan kepada saya. Saya

sebagai hambaNya hanya mengharapkan agar limpahan rahmatNya yang berterusan

akan mengiringi saya sehingga ke akhir hayat saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Abdul Rahim b. Hamdan selaku pensyarah

pembimbing saya yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan tunjuk ajar dalam proses

penghasilan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang

turut memberikan kerjasama yang baik terutamanya semasa proses menyediakan bahan-

bahan rujukan. Di atas segala jasa baik kalian, semoga Allah SWT akan membalasnya

dengan balasan yang terbaik.

Penghargaan istimewa buat keluarga khasnya isteri dan anak-anakku di atas

pengorbanan dan kesabaran yang tidak terhingga.

Yang benar,

Ahmad Faizal bin Ayop

PKPG Kemahiran Hidup (KH) 2005/2008

Page 8: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membuat tinjauan terhadap perspektif guru-guru kemahiran teknikal

di daerah Kluang mengenai kesesuaian matapelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah. Objektif kajian ialah untuk mengetahui kesesuaian sukatan, masa,

alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Rekabentuk kajian yang dijalankan

adalah menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan

statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal

selidik yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu

kesesuaian sukatan, masa, alatan dan kemudahan dan kaedah pengajaran. Responden

terdiri daripada 40 orang guru-guru yang mengajar subjek kemahiran teknikal di daerah

Kluang yang terlibat secara langsung dengan pengajaran matapelajaran kemahiran

teknikal.. Nilai kebolehpercayaan ialah 0.742. Semua data-data yang diperolehi

dianalisis menggunakan program SPSS versi 14.0 untuk memperolehi frekuensi, peratus,

min dan nilai ujian -t. Hasil kajian mendapati guru-guru kemahiran teknikal mempunyai

pandangan yang positif terhadap sukatan,alatan dan kemudahan serta kaedah pengajaran

kemahiran teknikal menengah rendah. Walau bagaimanapun aspek masa masih perlu

diperbaiki dalam proses mengajar matapelajaran kemahiran teknikal.dengan dapatan

purata min 3.65. Berdasarkan ujian –t, tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi

kandungan, masa yang diperuntukan, kemudahan dan alatan dan kesesuaian, dan kaedah

tunjuk cara (demonstrasi) antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal

peringkat menengah rendah. Namun ia tidak menghalang guru-guru dari terus mengajar

matapelajaran ini demi untuk mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara iaitu

melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang.

Page 9: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is investigate the Technical Skills (Kemahiran

Teknikal) teacher’s perspective in Kluang on Technical Skills subject in lower

secondary school level. The objective of the study is to know the suitability of content,

allotment of time, equipment and facility, and teaching methods. The design of the study

is descriptive, carried out by using descriptive statistical comparison mean. The

instrument of the study is a set of questionnaires which is used to cater for the data of

four aspects of the study that are chapter suitability, time, equipment and facility, and

teaching method. The respondents of the study are 40 teachers in Kluang who are

directly involved in teaching the Technical Skills subject. The Alpha value for these

questionnaires is 0.742. All the data collected is analyzed by using SPSS version 14.0 to

get its frequency, percent, mean and t-test value. According to the findings, with an

average mean of 3.65, the time aspect still needs to be improved in the process of

teaching Technical Skills. Based on the t-test, there are no differences in term of the

suitability of content, allotment of time, equipment and facility, and teaching methods

between technical skill teachers of either gender. However, this does not stop teachers

from continuing to teaching this subject to achieve the objectives of the National

Philosophy of Education to produce students who are well skilled in all fields.

Page 10: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

STATUS PENGESAHAN TESIS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5

1.6

Persoalan Kajian

Hipotesis

9

10

1.7 Rasional Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Kesesuaian 13

Page 11: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

viii

1.9.2 Kemahiran Hidup 13

1.9.3 Perspektif 14

1.9.4 Guru kemahiran hidup 14

1.9.5 Kemahiran teknikal 14

1.9.6 Isi kandungan 15

1.9.7 Kaedah Pengajaran 15

1.9.8 Alatan dan kelengkapan 16

1.9.9

1.9.10

Masa

Peringkat menengah rendah

16

16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kemahiran hidup bersepadu (KHB) 19

2.3 Matlamat KHB 19

2.4 Isi kandungan 21

2.5

2.6

2.7

Peruntukan masa

Alatan dan kemudahan

Kaedah Pengajaran

23

25

27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Sampel Kajian 36

3.4

3.5

Prosedur Kajian

Instrumen Kajian

37

38

3.4.1 Bahagian A 39

3.4.2 Bahagian B 39

3.6 Kajian Rintis 41

Page 12: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

ix

3.7 Analisis Data 43

3.8 Penutup 45

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 46

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 47

4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jantina 48

4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 48

4.2.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur

49

4.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Kelulusan

Ikhtisas

49

4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jawatan 50

4.2.6 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar

51

4.3 Keputusan dan Analisis Bahagian B 51

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 51

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 55

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 58

4.3.4

4.3.5

Persoalan Kajian Keempat

Persoalan Kajian Kelima

62

65

4.4

4.5

4.3.5.1 Kesesuaian Isi Kandungan

4.3.5.2 Kesesuaian Masa

4.3.5.3 Kesesuaian Kemudahan Dan Alatan

4.3.5.4 Kesesuaian Kaedah Tunjuk Cara

(Demonstrasi)

Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian

Penutup

65

66

67

68

69

70

Page 13: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan Dan Perbincangan Kajian 72

5.2.1 Sukatan matapelajaran 72

5.2.2 Masa 75

5.2.3 Alatan dan kemudahan 77

5.2.4 Kaedah Pengajaran Amali 78

5.3 Cadangan 82

5.3.1 Guru-guru kemahiran teknikal 82

5.3.2 Sekolah 83

5.3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 85

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.5 Penutup 88

BIBLIOGRAFI 89

Page 14: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

1.1 Komponen Yang Terdapat Di Dalam Kemahiran Hidup

Bersepadu

5

1.2 Peratusan Masa Yang Diperuntukkan Dalam Setahun 5

3.1

3.2

Jadual Bilangan Sampel Mengikut Sekolah-Sekolah Di

Daerah Kluang

Jadual Pembahagian Item Mengikut Persoalan Kajian

37

40

3.3

3.4

Skala Likert

Item Persoalan Kajian Yang Telah Diubah Suai

41

42

3.5

3.6

3.7

3.8

Nilai Indeks Kebolehpercayaan

Pengkelasan Pemeringkatan

Klasifikasi Statistik Mengikut Persoalan Kajian

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

43

44

44

45

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Jantina

48

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Bangsa

48

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Umur

49

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Kelulusan Ikhtisas 49

4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jawatan 50

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar

50

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang 51

Page 15: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

xii

Menjawab Item Bagi Kesesuaian Matapelajaran Kemahiran

Teknikal.

4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang

Menjawab Item Bagi Masa Yang Diperuntukan

55

4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang

Menjawab Item Bagi Alat Dan Kemudahan Bagi Proses PNP

58

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Yang

Menjawab Item Bagi Kesesuaian Kaedah Pengajaran Amali

Analisis Perbezaan Kesesuaian Isi Kandungan Bagi Mata

Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah

Berdasarkan Jantina.

Analisis Perbezaan Kesesuaian Masa Yang Diperuntukan

Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat

Menengah Rendah Berdasarkan Jantina.

Analisis Perbezaan Kesesuaian Kemudahan Dan Alatan Bagi

Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah

Rendah Berdasarkan Jantina

Analisis Perbezaan Kesesuaian Kaedah Tunjuk Cara

(Demonstrasi) Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal

Peringkat Menengah Rendah Berdasarkan Jantina.

Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian

Persoalan Kajian

62

65

66

67

68

69

Page 16: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

xiii

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kuriklum Bersepadu Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

PNP - Pengajaran dan Pembelajaran

SPSS - Statistical Package For Social Science

Page 17: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

xiv

SENARAI SIMBOL

f - Frekuensi / Kekerapan

% - Peratus

Page 18: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 94

B Surat Pengesahan ERPD

Surat Kebenaran JPN

Surat Pengesahan Pelajar

101

102

103

Page 19: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mula dilaksanakan pada tahun

1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan kurikulum melalui perlaksanaan

Dasar Pelajaran kebangsaan dan Dasar Pentadbiran Negara pada tahun 1979 dan

kurikulum ini merupakan satu keseimbangan daripada Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR).

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran baru yang digubal mengikut

kehendak perakuan-perakuan yang disarankan di dalam Laporan Jawatankuasa

Kabinet (1989). Perakuanperakuanitu adalah seperti berikut:

`Adalah diperakukan bahawa kurikulum peringkat menengah rendah

hendaklah berupa perkembangan dari kurikulum sekolah rendah, iaitu

perkukuhan lagi pendidikan asas dan memperkenalkan pendidikan umum

yang juga merangkumi aspek-aspek pendidikan pravokasional', dan

`Pendedahan murid-murid kepada bidang teknik dan vokasional di peringkat

menengah rendah amatlah terpisah sehingga ia merupakan suatu usaha ke

arah pengkhususan. Oleh yang demikian adalah diperakukan supaya

Page 20: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

2

kurikulum mata pelajaran-mata pelajaran elektif di peringkat ini diubah

pada strukturnya. Sukatan pelajaran yang ada hendaklah digubal semula

dengan tujuan supaya pendedahan murid-murid kepada pelajaran teknik dan

vokasional tidak hanya terhad pada bidang satu mata pelajaran elektif

sahaja tetapi juga ilmu pengetahuan yang penting dari bidang-bidang elektif

yang lain'.

(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1989 m.s 88-90)

Sejajar dengan matlamat Wawasan 2020 bagi menghadapi cabaran-

cabarannya, Kementrerian Pelajaran Malaysian dan agensi-agensinya telah mengatur

beberapa strategi untuk mengubah sikap masyarakat terhadap Pendidikan teknik

khususnya Pendidikan Vokasional kerana sebelum ini masyarakat memandang

rendah terhadapnya. Justeru itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

diperkenalkan dalam program KBSM. Melalui matapelajaran ini, objektif tersebut

dapat dicapai dengan mendedahkan pelajar-pelajar menengah rendah kerpada

Pendidikan Teknik dan Vokasional, disamping menekankan terhadap nilai-nilai

yang tinggi seperti keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri,

etika kerja yang baik, disiplin serta semangat untuk bersaing (Kermenterian

Pelajaran Malaysia 1991)

Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian

rupa dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia

mengorak langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu

melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,

emosi dan intelek serta berketrampilan.

Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum

yang bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan

Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah

dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989

yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).

Page 21: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

3

1.1.1 Kemahiran Teknikal

Kemahiran boleh dirujuk sebagai kebolehan melakukan sesuatu dengan

melibatkan penggunaan pancaindera dan anggota badan. Dalam pada itu,

penggunaan pancaindera dan anggota badan dapat mempertingkatkan lagi

momentum untuk menghasilkan sesuatu kemahiran yang meliputi kecekapan,

kepandaian dan bijaksana (Taneja, 1989).

Setiap ilmu pengetahuan yang dipelajari perlu disertai dengan tahap

kemahiran yang tinggi supaya hasil yang diperolehi akan berkualiti. Pengetahuan

yang disulami dengan kemahiran dan kecekapan kerja praktis akan menjadikan

pengetahuan yang dipelajari lebih bermakna dan menyeronokkan. Apatah lagi

terhadap guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Hampir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sama ada di dalam

kelas ataupun makmal untuk setiap tajuk mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu memerlukan mereka berkemahiran melakukan kerja-kerja praktis. Guru

yang mempunyai kebolehan melakukan kerja-kerja praktis biasanya lebih

bermotivasi untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan

guru yang kurang menguasai kemahiran praktis (Mok, 2000).

Pendapat ini selaras dengan kehendak Pusat Perkembangan Kurikulum

(2002), iaitu kemahiran yang tinggi di dalam bidang ketukangan, penggunaan alatan

tangan serta kebolehan menyelenggara mesin dapat membantu guru menyampaikan

ilmu pengetahuan di dalam tajuk kemahiran teknikal dengan lebih berkesan. Guru

yang demikian akan lebih berupaya menguraikan kekaburan idea pelajar-pelajar

dengan membimbing mereka menyelesaikan masalah mereka melalui cara atau

kaedah yang paling sesuai.

Menurut kajian Jelawati (2003), tahap kemahiran teknikal yang diperlukan

oleh guru-guru untuk mengajar tajuk Reka Cipta berada pada tahap sederhana. Tahap

kemahiran guru yang sederhana boleh menjadi punca sesi pengajaran dan

pembelajaran kurang menarik dan kurang berkesan. Keadaan ini boleh

mengakibatkan pelajar-pelajar akan menghadapi masalah kekurangan bimbingan

Page 22: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

4

terutamanya dari aspek kemahiran teknikal yang sepatutnya dibekalkan oleh guru

dalam proses pembelajaran. Memang tidak dinafikan pelajar-pelajar digalakkan

belajar menjana idea secara kolektif sesama rakan dan menyelesaikan segala

permasalahan mereka sendiri. Namun perlu diambil perhatian bahawa peranan guru

sebagai pembimbing dan tenaga pakar di dalam kelas amat diperlukan supaya idea

yang dijana oleh pelajar-pelajar bersesuaian dengan konsep produk yang hendak

mereka hasilkan. Oleh itu kemahiran teknikal guru perlu mantap agar para pelajar

mendapat bimbingan dan panduan yang efektif daripada guru dalam menyelesaikan

masalah mereka.

Oleh kerana guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan guru-guru

yang dianggap sebagai ‘general purpose’, mereka perlu bersedia untuk meningkatkan

kemahiran di dalam semua bidang dan komponen mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu. Dengan adanya kemahiran yang mereka miliki itu akan meningkatkan

lagi daya kreativiti dan keupayaan mereka dalam menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran terutamanya tajuk Reka Cipta. Guru yang mempunyai pengetahuan

dan kemahiran yang mencukupi akan dapat memberi keyakinan kepada dirinya dan

pelajar-pelajarnya untuk turut serta di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidu semakan terbaru (2002),

matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang

berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hinga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk

meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga

kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan

Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Jadual 1 menunjukkan pecahan

huraian terbaru KHB.

Page 23: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

5

Jadual 1.1: Komponen Yang Terdapat Di Dalam Kemahiran Hidup BersepaduMatapelajaran

Teras Rekabentuk Teknologi

Pilihan 1 Kemahiran Teknikal

Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga

Pilihan 3 Pertanian

Pilihan 4 Perdagangan Dan Keusahawanan

Jadual 1.2: Peratusan Masa Yang Diperuntukkan Dalam Setahun

Komponen Minggu peratus

teras 20 59

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

14

41

jumlah 100

Pecahan komponen dan agihan waktu dalam jadual 2 di atas adalah sama

untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Merujuk di dalam jadual, 59 peratus

diperuntukkan untuk bahagian teras dimana pelajar wajib mengikutinya dan bakinya

iaitu 41 peratus diperuntukkan bagi bahagian pilihan 1,2,3 dan 4. Pelajar boleh

memilih satu sahaja daripada pilihan tersebut.

Page 24: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

6

1.2 Latarbelakang Masalah

Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-

vokasional yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran

asas. Ini adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara

produktif dalam dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa

berubah-ubah. Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat

sendiri yang mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4

November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua

kompoinen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun

1991, sukatan sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup

Bersepadu. Rombakan terkini sukatan matapelajaran kemahiran Hidup adalah dalam

tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi

Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.

Dapatan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang

keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7

September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta

kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan

sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan

bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.

Bertitik tolak daripada sukatan matapelajaran KHB yang dirombak pada

tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti

kesesuaian sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan isi kandungan,

masa, kemudahan dan peralatan yang mencukupi atau tidak atau kaedah tunjuk cara

(demonstrasi) yang digunakan oleh guru itu sendiri dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 25: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

7

Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau kesesuaian Sukatan Pelajaran

kemahiran teknikal menengah rendah menurut persepsi guru-guru yang mengajar

matapelajaran kemahiran teknikal Sekolah-sekolah Menengah di daerah Kluang, Johor.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah

dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat

matapelajaran Kemahiran hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini

melalui strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan

pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik

darjah.

Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk

mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi

semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya

bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi isi kandungan, masa,

kemudahan dan peralatan yang mencukupi atau tidak atau kaedah tunjuk cara

(demonstrasi) yang digunakan oleh guru itu sendiri dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Sejauhmana kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal untuk pelajaran

peringkat menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang

terperinci dibuat bagi menilai kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Teknikal dari

segi isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara

(demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah mengikut pandangan guru-guru

Kemahiran Hidup.

Page 26: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

8

1.4 Objektif Kajian

Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi

mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Teknikal mengikut pandangan guru-guru

Kemahiran Hidup. Objektif khususnya ialah:

1. Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan matapelajaran Kemahiran Teknikal

bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.

2. Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran

subjek Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.

3. Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi diperolehi bagi proses

pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah.

4. Mengenalpasti kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah

rendah.

5. Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, masa yang diperuntukan,

kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah.

Page 27: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

9

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan

kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:

1. Adakah sukatan matapelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran

dan pembelajaran peringkat menengah rendah?

2. Adakah masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran subjek

Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?

3. Adakah alatan atau kemudahan mencukupi atau mudah diperolehi bagi proses

pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Teknikal peringkat

menengah rendah ?

4. Adakah sesuai kaedah amali dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

5. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru

mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

6. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

7. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

8. Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

Page 28: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

10

1.6 Hipotesis

Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :

1.6.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina guru-guru

mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah

rendah.

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian masa yang diperuntukan antara

jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah.

1.6.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara jantina

guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah rendah?

Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara

jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah.

1.6.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah?

Ho : Tidak terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)

antara jantina guru-guru mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat

menengah rendah.

Page 29: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

11

1.7 Rasional kajian

Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang

kesesuaian sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mengikut persepsi guru-

guru Kemahiran Teknikal di peringkat menengah rendah. Begitu juga semoga kajian

ini dapat memberi panduan kepada beberapa pihak iaitu:

1. Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi

panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri

khususnya dalam mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar

matapelajaran Kemahiran Teknikal.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka sukatan matapelajaran

Kemahiran Hidup yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh

guru-guru.

3. Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk

membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru matapelajaran

Kemahiran Teknikal.

4. Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi

penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru

Kemahiran Hidup Bersepadu.

Page 30: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

12

1.8 Skop Kajian

Walapun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, pengkaji menjalankan

kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel kajian dan

bilangan sampel kajian.

1.8.1 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di 12 buah sekolah menengah di Daerah Kluang, Johor.

Segala keputusan dan rumusan hanyalah benar bagi tempat yang berkenaan (Rujuk

lampiran)

1.8.2 Sampel Kajian

Sampel kajian dipilih adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar subjek

Kemahiran Teknikal di sekolah-sekolah menengah daerah Kluang, Johor.

1.8.3 Bilangan Sampel Kajian

Bilangan sampel kajian terhad kepada 40 orang guru sahaja iaitu mengikut

sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Kluang, Johor.

Page 31: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

13

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelasklan bagi

menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-

perkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah

seperti berikut:

1.9.1 Kesesuaian

Mengikut Kamus Dewan Edisi ke Tiga menyatakan, kesesuaian bermaksud

perihal (keadaan dan sebagainya) sesuai, keselarasan, kesamaan. Kesesuaian dalam

konteks kajian ini bermaksud kemahiran, projek amali yang disyorkan dan alatan

serta mesin yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran kemahiran teknikal.

1.9.2 Kemahiran Hidup

Kemahiran hidup ialah merupakan salah satu matapelajaran yang digubal

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran Hidup ialah kemahiran-

kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka

bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalan dunia teknologi dan

perdagangan dan keusahwanan.

Page 32: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

14

1.9.3 Perspektif

Menurut Kamus Dewan (1989), perspektif adalah gambaran atau bayangan

dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera) dan

tanggapan. Dalam konteks kajian ini persepsi ialah pandangan dan tanggapan guru-

guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah

di daerah Kluang.

1.9.4 Guru Kemahiran Hidup

Individu yang dilantik oleh Pesuruhjaya Perkhidmatan Pendidikan atau

Jabatan Pendidikan Negeri sama ada terlatih atau tidak yang mengajar di sekolah-

sekolah, menurut kamus dewan bahasa (1994) menyatakan guru adalah pendidik,

pengajar dan pengasuh. Guru Kemahiran Hidup dalam kajian ini ialah guru yang

mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah kebangsaan bantuan

kerajaan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

1.9.5 Kemahiran Teknikal

Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup

Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis

dalam bidang teknologi. Ia boleh dinyatakan sebagai kemahiran psikomotor yang

perlu dikembangkan terhadap pelajar agar mereka boleh mengetahui kemahiran

praktik yang asas. ”kemahiran praktik yang asas adalah seperti menggunakan bahan

kayu untuk membina sesuatu, membuka, memasang, menyenggara dan membaik

Page 33: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

15

pulih perkakas dan mesin ringkas yang digunakan dalam mesin ringkas” ( Lee Shok

Mee,1988 )

1.9.6 Isi Kandungan

Merupakan dokumen yang memperincikan tentang topik-topik yang perlu

dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar subjek kemahiran hidup. Sukatan dan

huraian ini boleh didapati di sekolah. Ia digunakan oleh guru sebagai garis panduan

dalam pengajaran sepanjang tahun.

1.9.7 Kaedah Pengajaran

Terdapat banyak kaedah dan teknik pengajran yang disarankan oleh pakar-

pakar pendidikan. Menurut Mok (1992), terdapat tiga unsur utama yang terlibat

didalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu guru, pelajar dan bahan (alat bantu

mengajar). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran tajuk Reka Cipta, Rosehan

(1996) memberikan beberapa teknik pengajaran yang boleh digunakan iaitu teknik

membina projek, teknik sumbangsaran, teknik perbincangan, teknik demonstrasi,

teknik penyelesaian masalah, teknik soal jawab dan teknik syarahan.

Page 34: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

16

1.9.8 Alatan dan Kelengkapan

Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan

kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti

alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lain-

lain.

Kelengkapan adalah barang-barang tidak habis guna seperti perabot, mesin

dan buku-buku (Lawton, 1993). Maka dalam kontek kajian ini kelengkapan

Kemahiran Hidup adalah bilik yang dilengkapi oleh perabot seperti kerusi dan meja

pelajar yang sesuai,mesin-mesin, buku teks dan komputer.

1.9.9 Masa

Menurut Maddox (1970), perancangan dan jadual waktu adalah amat penting

pada pelajar kerana di luar kelas mereka mempunyai masa yang terluang dan bebas

melakukan apa sahaja. Oleh itu dengan adanya jadual waktu mereka dapat

melaksanakan sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancangkan dan ini sudah tentu

tidak akan membazirkan banyak masa.

1.9.10 Peringkat Menengah Rendah

Menurut Jawatankuasa Kabinet (1980), pendidikan di peringkat menengah

rendah diberi dalam jangka masa tiga tahun kecuali bagi pelajar-pelajar yang berasal

dari sekolah rendah jenis kebangsaaan Cina atau Tamil yang perlu mengikuti kelas

Page 35: AHMAD FAIZAL BIN AYOP - Faculty of Education · 2013-11-19 · 1991 selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah berupa hasil daripada perubahan

17

peralihan sebelum memasuki tingkatan satu (Mok, 1996). Di dalam konteks kajian

ini peringkat menengah rendah ialah pelajar-pelajar yang berada di dalam tingkatan

satu hingga tiga.