7 tingkatan syurga & neraka

6
7 TINGKATAN NERAKA Penghuni Neraka seperti yang diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat 24 maksudnya: “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir”. Tingkatan Neraka antara lain; neraka Jahannam, Luza, Hathamah, Sair, Saqru, Jahim dan Hawiyah. ” Asyhadu ala ila ha ilallah Astaghfirullah Nas alluka ridhoka wal jannah ta wa naudzubika min sakhotika wannaar “ 7 Tingkatan neraka ”Apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah seperti orang yang mendapatkan kemurkaan dari Allah.” (QS. Âli Imran [3]:162). 1. Neraka jahanam, Jahannam Adalah tingkat yang atas sekali. iaitu tempat mukminin, mukminat, muslimin dan muslimat yang melakukan dosa kecil atau dosa besar Firman Allah SWT: “Bahawasanya orang-orang kafir dan orang aniaya itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke Neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah.” (Q.S. An-Nisa’ : 169) 2. Neraka ladhoh, Luza Tingkat kedua yaitu tempat orang yang mendustakan agama dan berpaling daripada-Nya

Upload: siti-balkis

Post on 10-Apr-2016

33 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 Tingkatan Syurga & Neraka

7 TINGKATAN   NERAKA

Penghuni Neraka seperti yang diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat 24 maksudnya: “Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir”. Tingkatan Neraka antara lain; neraka Jahannam, Luza, Hathamah, Sair, Saqru, Jahim dan Hawiyah.

” Asyhadu ala ila ha ilallah Astaghfirullah Nas alluka ridhoka wal jannah ta wa naudzubika min sakhotika wannaar “

7 Tingkatan neraka

”Apakah orang yang mengikuti keredhaan Allah seperti orang yang mendapatkan kemurkaan dari Allah.” (QS. Âli Imran [3]:162).

1. Neraka jahanam, Jahannam

Adalah tingkat yang atas sekali. iaitu tempat mukminin, mukminat, muslimin dan muslimat yang melakukan dosa kecil atau dosa besar

Firman Allah SWT:

“Bahawasanya orang-orang kafir dan orang aniaya itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke Neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah.”(Q.S. An-Nisa’ : 169)

2. Neraka ladhoh, Luza

Tingkat kedua yaitu tempat orang yang mendustakan agama dan berpaling daripada-Nya

3. Neraka Khutamah, Hathamah

Inilah neraka tingkat ketiga iaitu tempat orang yang hanya lalai memikirkan dunianya tanpa mengerjakan kepentingan untuk ibadahnya. Harta yang membuat orang durhaka.

Page 2: 7 Tingkatan Syurga & Neraka

4. Neraka sair , Sair

Tingkat keempat iaitu tempat orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat dalam neraka ini ditempatkan orang yang memakan harta anak yatim. Di dalam neraka ini mereka buta, pekak, dan kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

5. Neraka Sahkhor, Saqru

Iaitu tempat orang yang tidak melaksanakan solat, tempat orang yang berbohong tentang keberadaan Allah, menyembah selain Allah atau menyembah zat yang keluar dari sifat Allah dan Al quran, Orang yang tidak melaksanakan solat dihukumi sebagai haiwan yang tidak ada harganya/ tidak ada manfaatnya “

6. Neraka jahim , Jahim

Tingkat keenam yaitu ditempatkan orang kafir, orang yang mendustakan agama, iaitu orang-orang Islam yang berdosa. Mereka yang berbuat apa yang dilarang Tuhan. Umpamanya berzina, meminum khamar, dan membunuh tanpa hak.

7.  Neraka Hawiyah, Hawiyah.

Inilah neraka yang berada di bawah sekali. Neraka yang paling keras dan paling panas, iaitu tempat orang yang ketika matinya tidak membawa iman dan Islam, apinya hitam dan sudah dibakar 1000 tahun lamanya, Alas atau kerak-kerak neraka. Di sinilah tempat orang-orang yang berdosa berat. Mereka yang menjadi musuh nabi-nabi, seperti Firaun.

Sahabat Abu Hurairoh “terdengar suara yang mengelegar lalu bertanyalah kepada Rasulullah dan Baginda menjawab itu adalah suara batu yang jatuh dari neraka jahanam ke “teleng” sekitar dada jatuhnya 1000 tahun”.

Bersabda Nabi SAW : Adapun Neraka itu gelap gelita, tidak mempunyai penerangan kecuali api yang menyala-nyala. Neraka itu mempunyai tujuh pintu dan tiap-tiap pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu bukit, tiap-tiap bukit mempunyai tujuh puluh ribu cabangnya, tiap-tiap cabang itu terdiri atas bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dan tiap-tiap bahagian yang lebih kecil itu terdiri atas tujuh puluh ribu dusunnya. Dan tiap-tiap dusun itu tujuh puluh ribu rumahnya dan api yang menyala-nyala. Tiap-tiap rumah itu tujuh puluh ribu ular dan kalajengking “

Page 3: 7 Tingkatan Syurga & Neraka

7 TINGKATAN SYURGA

Tingkatan syurga seperti yang disebutkan Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan Tarmizi sebanyak seratus tingkatan. Namun di dalam Al-Quran disebutkan sebanyak tujuh tingkatan iaitu Jannatul Firdaus, Jannatul Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Adnan, Jannatul Khuldi, Darus Salam dan Daruj Jalal.

Tingkatan Syurga

Tingkatan syurga tertinggi adalah syurga Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam yaitu “Al Wasilah” sebagaimana dalam hadis riwayat imam Muslim dari Amr bin al-Ash radhiyallahu ‘anhu bahwa dia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,“Apabila kalian mendengar muadzin (sedang azan) maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan kemudian bersalawatlah kepadaku, kerana barang siapa yang bersalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bersalawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintalah untukku Al-Wasilah, Kerana ia merupakan kedudukan di syurga yang tidak layak kecuali hanya untuk seorang hamba saja dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap orang itu adalah aku. Barang siapa yang meminta untukku al-Wasilah maka dia berhak mendapatkan syafa’atku.” (HR. Muslim).

7 Tingkatan Syurga

Surga biasanya disebut dengan Jannah, dan inilah nama yang umun digunakan untuk menyebut tempat ini dan segala yang terdapat di dalamnya berupa kenikmatan, kelazatan, kemewahan, dan kebahagiaan. Nama-nama lain Syurga antaranya ialah:-

1. Darus Salam

Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala, ertinya,“Bagi mereka (disediakan) Darussalam (surga) pada sisi Rabbnya dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka kerjakan.” (QS. 6:127)

Syurga adalah Darussalam (negeri keselamatan) dari segala musibah, kecelakaan, dan segala hal yang tidak disukai, dan dia merupakan negeri Allah subhanahu wata’ala, diambil dari nama Allah “as-Salam”. Allah subhanahu wata’ala pun mengucapkan salam atas mereka,

Page 4: 7 Tingkatan Syurga & Neraka

“Di surga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Rabb Yang Maha Penyayang.” (QS. 36:57-58)

2. Jannatu ‘adn

Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala, ertinya,(Iaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh dari suami-suami, isteri-isterinya, dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum”. Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (QS. 13:23-24)

3. Jannatul Khuld

Kerana penduduknya kekal di dalamnya dan tidak akan berpindah ke alam (tempat) lain. Allah subhanahu wata’ala berfirman, ertinya,”Katakanlah, “Apakah (azab) yang demikian itu yang baik, atau syurga yang kekal yang dijanjikan kepada orang- orang yang bertaqwa?” Syurga itu menjadi balasan dan tempat kembali bagi mereka.” (QS. Al-Furqan:15)

4. Darul Muqamah

Sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala, ertinya,“Dan mereka berkata:”Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami.Sesungguhnya Rabb kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) dari kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu”. (QS. 35:34-35)

5. Jannatul Ma’wa, al-Ma’wa ertinya adalah tempat menetap sebagaimana firman Allah subhanahu wata’ala dalam surat an-Najm di atas. Disebut demikian kerana syurga merupakan tempat menetapnya orang-orang mukmin.

6. Jannatun Na’im

7. Al Muqamul Amin

” Asyhadu ala ila ha ilallah Astaghfirullah Nas alluka ridhoka wal jannah ta wa naudzubika min sakhotika wannaar “