2 konsep tamadun islam

8
KONSEP TAMADUN ISLAM Definisi Tamadun islam adalah sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaanAllah s.w.t melengkapi syarat- syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-quran dan as- sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmon idan mendapat keampunan ilahi. Agama Islam merupakan ad-din, merupakan cara hidup yang syumul membawa perubahan yang menjadi pemangkin kepada peradaban . Allah s.w.t telah befirman, “Demi sesungguhnya bagi penduduk saba satu tanda (kemurahan allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan subur )di kiri kanan mereka (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya(kurniaannya) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan ilahi.. (saba 34:35) 2

Upload: wan

Post on 09-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

konsep tamadun

TRANSCRIPT

KONSEP TAMADUN ISLAM

Definisi Tamadun islam adalah sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas takwa dan keredhaanAllah s.w.t melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-quran dan as-sunnah sehingga wujud sebuah masyarakat yang aman harmon idan mendapat keampunan ilahi. Agama Islam merupakan ad-din, merupakan cara hidup yang syumul membawa perubahan yang menjadi pemangkin kepada peradaban . Allah s.w.t telah befirman, Demi sesungguhnya bagi penduduk saba satu tanda (kemurahan allah) terdapat di tempat tinggal mereka dua kebun (yang luas dan subur )di kiri kanan mereka (lalu dikatakan kepada mereka) makanlah rezeki tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya(kurniaannya) sebuah negeri yang aman dan makmur serta mendapat keampunan ilahi.. (saba 34:35)

Ciri-Ciri Atau Keistimewaan Tamadun Islam

1. Rabbani iaitu bersumberkan wahyu asli daripada allah s.w.t dan bukan pemikiran manusia. Bersifat mutlak yakni ketentuan syariat dan sifatnya ditentukan Allah dan rasulnya.

2. Syumul dan universal iaitu menyeluruh dan mencakupi semua bidang kehidupan . Sejagat dan sepanjang zaman, tidak terikat dengan sempadan masa, geografi , budaya bangsa , politik ,dan sentiasa menjamin 5 kepentingan agama , nyawa , akal , harta benda dan maruah (maqasid al syariah)

3. Mudah dan jelas iaitu boleh difahami dan diamalkan oleh semua , pada semua keadaan dan ketika kerana sesuai dengan fitrah dan akal manusia.

4. Terbuka dan toleransi . Menerima dan mengiktiraf semua kebaikan dan sumbangan orang lain yang membawa kebaikan dan tidak bertentangan dengan dengan perundangan islam . Bertolak ansur dengan mereka yang berlainan agama dan mempunyai pegangan yang berbeza , tanpa mengenepikan asas akidah , syariat dan akhlak yang perlu dipegang oleh tamadun islam.

5. Bergerak dalam wadah keagaamaan . Dengan bimbingan wahyu lebih menekankan aspek pembangunan spiritual berbanding material. Mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat , antara pembangunan intelektual , spiritual , emosianal (akhlak) dan material ( keperluan rohani dan jasmani)

6. Tegak di atas dasar kerelaan iaitu bukan paksaan , tunduk di bawah kuasa Allah tuhan yang esa. Bermatlamatkan kerelaan allah s.w.t. Pembinaan tamadun islam juga tidak berlandaskan hawa nafsu dan akal fikiran. Tetapi tunduk kepada kehendak dan tututan wahyu allah s.w.t. dengan membina keadaan manusia yang gemilang dan agung , mampu mengimbangi perkembangan zaman yang menonjolkan imej kebendaan.

Asas-Asas Tamadun Islam

1. Akidah keimanan kepada perkara ghaib yang diwajibkan oleh Allah dan rasulnya di dalam al-quran dan as- sunnah terikat kukuh dalam sanubari setiap muslim dan mukmin.

2. Syariat peraturan yang digariskan oleh allah dalam pelbagai persoalan perlu dipatuhi untuk mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak.

3. Akhlak- menurut imam Al Ghazali , akhlak ialah suatu keadaan yang wujud dalam sanubari setiap insan yang menerbitkan sesuatu tingkah laku tanpa teragak-agak. Kebiasaan yang dilakukan oleh seseorang samada baik ( akhlak terpuji) atau buruk (akhlak tercela). Membabitkan hubungan dengan Allah , sesama manusia atau makhluk- makhluk yang lain . Contoh akhlak terpuji ialah seperti redha , sabar , ikhlas , adil , amanah dan sebagainya.

Faktor-Faktor Pendorong Peradaban Islam

1. Dorongan Al-Quran untuk maju..2. Pematuhan tehadap ajaran Al-Quran3. Penekanan kepada ilmu pengetahuan4. Dorongan untuk berfikir5. Dorongan untuk mereka cipta.

Sumber Tamadun Islam

1. Al-quran perkataan allah yang diturunkan oleh malaikat jibril kepada nabi Muhammad s.w.a , berbahasa arab, dipindahkan secara beransur-ansur , dipindahkan secara mutawatir dan ibadah bagi sesiapa yang membacanya

2. As-sunnah- segala perkataan , perbuatan dan keperibadian nabi muahammad s.a.w perlu dijadikan contoh dan ikutan setiap orang islam.

3. Al-ijtihad kesungguhan dalam kalangan ulama ketika membuat keputusan terhadap sesuatu persoalan yang belum dinaskan secara qati (samada al-quran dan as-sunnah) . Contohnya dalam meletakkan hukum dadah , rokok dan seumpamannya.

4. Tamadun-tamadun asing-segala kebaikan yang terdapat dalam tamadun asing yang tiddak bertentangan dengan syariat islam boleh dimanfaatkan oleh umat islam untuk membangunkan tamadun mereka. Contohnya dalam ilmu sains dan teknologi. Dalam hal ini Allah berfirman:

..maka berilah khabar gembira kepada hamba-hamba yang mendengar segala perkataan lalu mengikuti yang terbaik . Merekalah (sebenarnya) orang-orang diberi hidayah oleh Allah dan merekalah orang orang yang mempunyai mata hati yang terang. (al-zumar,17-18)

Perbandingan Antara Tamadun Barat Dengan Tamadun Islam

1. Dari sudut perspektifPerspektif Tamadun IslamPerspektif Tamadun Barat

Negara- system pemerintahan yang teratur Kota- terdiri daripada Bandar Ilmu-Pendidikan, sains, intelektual Seni- senibina khat, lukisan Masyarakat- kehidupan social yang teratur dan baik Kehidupan ekonomi-perdagangan dan perindustrian Wujudnya penempatan masyarakat manusia di sebuah kawasan Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan lebih baik. Wujudnya organisasi dan institusi social yang baik serta sistematik Wujudna bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan tulisan tersendiri Wujudnya sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni,sastera dan sebagainya

2. Perbezaan utama antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

AspekTamadun IslamTamadun Barat

PuncaAllah s.w.tAkal

TakrifJasmani dan Rohanazatul najwa azmanAkal(fikir dunia) dan jasmani

SumberAl-Quran dan As-SunnahAlam fizikal dan pengalaman manusia

FokusIlmu dan Akhlakkebendaan

AktivitiKawalan akhlakLogik dan nafsu

TumpuanDuniawi-ukhrawiDuniawi sahaja

MatlamatKeredhaan Allah, kebahagiaan dunia dan akhiratKepuasan diri semata-mata

3. Pertentangan antara sekular dan islam

Tamadun islam berasaskan akidah, syariah dan akhlak sedangkan asas tamadun barat ialah materialism . Contohnya denda hukuman berdasarkan benda, tidak melibatkann kuasa tuhan, malah kuasa fizik lebih mendominasi.

Sumber asasi dan mutlak pemikiran tamadun islam ialah wahyu sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata. Sekularisme menolak unsur ghaib seperti tuhan, roh, akhirat dan syurga neraka. Mereka hannya mengikktiraf unsur keduniaan , memisah dan meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik social dan ekonomi, menolak nilai-nilai kudus , tetap dan murni sebaliknya berpegang dengan nilai-nilai profane dan nisbi.

Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan beragama yang diannggap sebagai penghalang kemajuan sedangkan tamadun islam berpegang pada agama sebagai addin/cara hidup yang syumul.

Tamadun islam tegak di atas dasar takwa dan redha Allah sedangkan tamadun barat tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup hanya keduniaan dan keseronokan. Contoh mengharuskan pembunuhan untuk mencapai matlamat nafsu, contohnya serangan ke atas negara Afghanistan, Iraq dan Lubnan.

Tamadun Islam bermatlamatkan keampunan dan keredhaan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat, sedangkan tamadun barat bermatlamatkan kepuasan segelintir manusia dan kepuasan hidup dunia semata-mata. Contoh, Negara barat yang mempunyai kuasa veto tidak mengendahkan kehendak PBB , Negara membangun dan miskin.

7