konsep tamadun islam

26
Konsep Tamadun Islam Wednesday, July 16, 2008 Pengertian PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Bab Pertama: Konsep Tamadun Islam 1.1 Pengertian Tamadun Islam Apabila membincangkan tentang Tamadun Islam perkara yang penting ialah memberi pengertian tentang makna Tamadun, makna Islam dan makna Tamadun Islam dari segi bahasa dan juga dari sudut istilah. 1.1.1 Bahasa Dari sudu bahasa Tamadun ertinya kemajuan atau civilization. Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti ‘umran, hadharah dan madaniah. 1.1.2 Istilah Dari sudut istilah pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebenaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka. 1.2 Asas Tamadun Islam Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan,

Upload: rafie-husni

Post on 08-Aug-2015

70 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP TAMADUN ISLAM

Konsep Tamadun Islam

Wednesday, July 16, 2008

Pengertian

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Bab Pertama: Konsep Tamadun Islam

1.1 Pengertian Tamadun Islam

Apabila membincangkan tentang Tamadun Islam perkara yang penting ialah memberi pengertian tentang makna Tamadun, makna Islam dan makna Tamadun Islam dari segi bahasa dan juga dari sudut istilah.

1.1.1 Bahasa

Dari sudu bahasa Tamadun ertinya kemajuan atau civilization. Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan lain yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti ‘umran, hadharah dan madaniah.

1.1.2 Istilah

Dari sudut istilah pula Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada al Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w. Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan kebenaan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam adalah lahir daripada agama Islam sendiri. Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.

1.2 Asas Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu asas keimanan, asas ‘ubudiyah, asas syariah dan asas akhlak. Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam. Ianya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah bertunjankan kepada keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t. dalam masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan keapda al Quran.

Page 2: KONSEP TAMADUN ISLAM

1.2.1 Akidah

Dalam Tamadun Islam perkara asas ialah akidah iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian hendaklah berasaskan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah s.w.t. mereka juga diwajibkan beriman kepada rukun-rukun iman yang lain iaitu percaya kepada kitab-kitab, malaikat-malaikat, nabi-nabi dan rasul-rasul, hari akhirat dan qada qadar. Kesemua rukun iman berlaku serentak dalam diri.

Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa patuh dan taat perintah Allah s.w.t. Malaikat merupakan contoh makhluk yang sentiasa taat perintah Allah s.w.t. Oleh itu segala aktiviti hendaklah mengikut perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Malaikat juga diberikan tugas seperti mencatat amalan manusia, memberi rezeki kepada manusia, mencabut nyawa, memikul arasy, menjaga syurga, menjaga neraka dan sebagainya. Mereka sentiasa patuh perintah Allah s.w.t.

Selain itu pemakmur muka bumi ini beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan manusia dalam memakmurkan muka bumi ini. Garis panduan itu berupa perintah suruhan dan larangan. Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran. Di dalam al Quran dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.

Keimanan kepada rasul-rasul merupakan perkara penting dalam mentamadunkan muka bumi ini. Dengan keimanan itu akan menjadikan rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s.w.t. dalam membangunkan muka bumi.

Manusia yang sesat dari ajaran Allah s.w.t. adalah mereka yang tidak memperdulikan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul. Sebagai contoh walaupun Fir’aun membangunkan bandar Mesir dengan kemajuan piramit yang kita dapat saksikan hingga hari ini tidak dianggap bertamadun kerana mereka tidak beriman kepada nabi.

Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh kepada manusia seluruhnya. Jika ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. tidak dihiraukan maka kemajuan yang dicapai itu tidak akan bermakna sama sekali di sisi Allah s.w.t.

Kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikirkan tentang hari pembalasan. Oleh kerana itu apa aktiviti yang dilakukan hendaklah bermuhasabah atau mengkaji adakah diredhai oleh Allah s.w.t. atau

Page 3: KONSEP TAMADUN ISLAM

tidak. Jika mereka tidak mahu memikirkan perkara itu maka manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan kehendak hawa nafsu mereka.

Keimanan kepada qada dan qadar juga asas tamadun kerana dengan keimanan kepada qada dan qadar itu umat Islam tidak akan mudah berputus asa menghadapi kesulitan yang ada. Di samping berusaha dengan gigih umat Islam sentiasa menyerahkan kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui segala-galanya. Orang yang tidak beriman kepada takdir akan berasa keciwa atas segala usaha yang mereka lakukan tidak berhasil. Pada hal jika mereka melakukan dengan ikhlas dan berserah kepada Allah s.w.t. maka walau pun kurang berhasil oleh kerana beriman kepada takdir ini mereka yang akan bersabar dan atas kesabaran itu mereka akan dapat pahala di sisi Allah s.w.t.

1.2.2 Ibadah

Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. Itulah tujuan asal kehadiran mereka membangunkan muka bumi mengikut perintah Allah s.w.t. Maka semua aktiviti manusia sama ada yang berupa urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah. Membangunkan muka bumi juga dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang negara. Rasulullah s.a.w. telah membimbing para sahabat supaya berniaga cara yang betul seperti tidak ada penipuan atau riba. Baginda s.a.w. membimbing cara bercucuk tanam, menternak dan sebagainya sesuai dengan kehendak Allah s.w.t. iaitu bimbingan mengeluarkan zakat, sedekah dan membelanjakan keapda jalan yang diredhai Allah s.w.t. Kesemua ini adalah dianggap sebagai ibadah di sisi Allah s.w.t.

1.2.3 Syariah

Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan keapda syarak. Al Quran dan al Hadith adadalah sebagai rujukan utamal dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith.

Walaupun tidak semua perkara ada di dalam al Quran dan al Hadith tetapi jika melalui proses ijtihad kita akan menemui peraturan-peraturan berkenaan selagi mana kita ikhlas kepada Allah s.w.t. untuk mengikut hukum Allah s.w.t. Pintu ijtihad sentiasa terbuka keapda umat Islam untuk mencari kaedah dan hukum yang baru kerana terdapat perkara-perkara baru muncul seperti masalah internet, elektronik, comunikasi, klon dan sebagainya.

Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti pembinaan, perkapalan, angkasa lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat. Maka ini telah memberi peluang kepada umat

Page 4: KONSEP TAMADUN ISLAM

Islam supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

1.2.4 Akhlak

Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Membina tamadun mestilah berasaskan keapda akhlak. Tanpa akhlak yang mulia tidak akan bermakna tamadun manusia. Dalam lain perkataan tanpa akhlak yang mulia manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian. Kerohanian adalah suatu yang penting merangkumi akidah, syariat dan akhlak umat Islam. Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni.

Dalam Islam telah dihuraikan dengan panjang lebar mengenai akhlak ini termasuklah dalam membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, sopan santun, merendah diri, berkasih sayang, redha, meredhai dan sebagainya. Semua sifat-sifat terpuji atau mahmudah ini perlu ada kepada setiap umat Islam. Kepada umat Islam yang menjiwai sifat yang terpuji ini mereka akan melahirkan diri yang soleh, keluarga yang soleh dan masyarakat yang soleh. Dengan itu akan lahirlah negara yang berkat. Melalui inilah tegaknya Tamadun Islam atas dasar akhlak yang mulia. Sebaliknya Tamadun Islam akan hancur jika umat Islam mengabaikan akhlak mulia seperti dengki, bakhil, sombong, ‘ujub, riya’, gopoh, malas, tamak, khianat, dusta, mungkir janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.

1.3 Sumber Tamadun Islam1.3.1 Al Quran

Sejarah: al Quran telah mejelaskan tentang tamadun yang lalu seperti ‘Ad, Thamud, Fir’aun dan kemajuan Saba’

Seimbang: al Quran mengajar manusia supaya hidup bertamadun yang seimbang antara kemajuan kebendaan dan kerohanian.

Sosial: al Quran membimbing tamadun hidup manusia dengan berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan supaya kehidupan mereka sentiasa terjamin dari sudut agama, nyawa, harta, maruah dan keturunan.

Politik: al Quran telah membimbing tamadun manusia dari sudut politik dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh seorang ketua negara kemudian diikuti pula dengan khulafa al Rasyidin seterusnya hingga kini. Setiap pemimpin yang bertamadun sentiasa mengikut garis panduan kepimpinan negara seperti yang terdapat dalam al Quran.

Ekonomi: al Quran telah mentamadunkan ekonomi manusia dengan berbagai-bagai peraturan antaranya larangan riba, rasuah, penipuan dalam timbangan dan larangan mencuri. Islam menghalalkan

Page 5: KONSEP TAMADUN ISLAM

jual beli, bercucuk tanam, menternak dan sebagainya.

1.3.2 Al HadithDari sudut bahasa Hadith ertinya percakaan. Sunnah ertinya cara hidup. Dari sudut istilah hadith atau sunnah ertinya segala yang keluar dari Rasulullah s.a.w. sama ada percakapan, perbuatan atau pengakuan terhadap para sahabat baginda.

Rasulullah s.a.w. sebagai model yang baik dalam politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan, ketenteraan dan sebagainya. Berdasarkan wahyu ilahi baginda telah menunjukkan contoh teladan yang baik melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku baginda s.a.w.

Dalam bidang Politik Islam baginda Rasul s.a.w telah memperlihatkan kepada sahabat tentang politik yang bertamadun. Dalam politik Rasul s.a.w. tidak ada unsur penindasan, kezaliman, penganayaan dan sebagainya. Sebaliknya baginda telah menunjukkan sikap yang adil, pemurah, penyayang, belas kasihan, lemah lembut, tolak ansur, berjiwa rakyat, tiada kasta dan sebagainya.

Dalam bidang Ekonomi Islam pula Rasul s.a.w. telah menunjukkan contoh teladan yang amat baik dalam ekonomi. Baginda sering pergi ke pasar dan sentiasa menasihati peniaga-peniaga supaya tidak menipu dan riba dalam perniagaan. Rasul s.a.w. pernah pergi ke ladang kurma untuk memberi bimbingan dan nasihat tentang kewajipan mengeluarkan zakat, sedekah dan sebagainya. Selain dari itu Rasul s.a.w. telah memperkenalkan sistem baru dalam ekonomi seperti sistem zakat, sedekah, wakaf, faraidh, baitulmal, ghanimah, fai', kharaj dan sebagainya.

Dari segi sosial pula Rasul s.a.w. telah menjelaskan tentang tamadun dalam hubungan sosial. Baginda s.a.w. adalah sebagai contoh yang terbaik dalam keluarga dan tetanga. Hingga baginda mengatakan bahawa tidak beriman seseorang kamu hingga kamu menghormati jiran tetanga. Rasul s.a.w. juga menggalakkan supaya ada hubungan silaturrahim sesama masyarakat Islam.

1.3.3 Al Ijtihad1.4 Matlamat Tamadun Islam1.4.1 Hamba1.4.2 Khalifah1.5 Ciri-ciri umum Tamadun Islam1.5.1 RabbaniIslam datangnya dari Allah s.w.t. maka segala peraturan, sumber dan matlamat hidup manusia adalah berpandukan kepada yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Segala pencapaian oleh umat Islam adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

1.5.2 SyumulAjaran Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan iaitu akidah, ibadah, syariah dan akhlak. Pencapaian umat Islam dalam tamadun hendaklah sesuai dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

Page 6: KONSEP TAMADUN ISLAM

1.5.3 UniversalAjaran Islam amat sesuai diamalkan di semua tempat, masa dan keadaan. Jika ajaran Islam diamalkan dengan sempurna dan menyeluruh pasti mereka mencapai kemajuan walaupun di mana mereka berada atau di mana-mana zaman atau dalam apa jua keadaan.

1.5.4 TetapIslam sebuah agama yang telah ditetapkan dari sudut akidah, syariah dan akhlak. Walaupun mereka berada dalam apa keadaa, zaman atau tempat mereka tetapi wajib mengikut peraturan yang telah ditetapkan itu. Sama sekali tidak ada perubahan walaupun zaman berubaha syariat Islam tidak akan berubah.

1.5.5 AnjalWalaupun dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islam tetap dan tidak berubah hingga ke hari kiamat, namun dari sudut teknik pelaksanaan boleh berubah atas sebab-sebab yang syar’i.

1.5.6 LogikDalam al Quran banyak mengajak manusia supaya berfikir. Islam adalah agama yang logik yang ‘akliah boleh difikirkan dalam ruang yang dibenarkan oleh syarak.

1.5 Ciri-ciri Khusus Tamadun Islam1.5.1 Penulisan1.5.2 Seni bina1.5.3 Sains dan teknologi1.5.4 Bandar1.5.5 Masyarakat majmuk

a. Hak untuk hidup; agama Islam melarang membunuh sesama manusia secara sesuka hati. Ajaran Islam amat menghormati nyawa sesama manusia.

b. Hak kebebasan; setiap individu dilahirkan dalam keadaan bebas. Ajaran Islam melarang manusia mengganggu ketenteraman manusia lain.

c. Hak maruah; setiap manusia mempunyai harga diri dan maruah. Ajaran Islam melarang mereka mencaci maki dan menjatuhkan maruah manusia yang lain.

d. Hak berfikir; setiap orang bebas berfikir dan mengeluarkan pendapat asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

e. Hak sama rata; dalam ajaran Islam semua manusia adalah sama dan tidak ada perbezaan sama ada dari sudut bangsa, bahasa, keturunan, pangkat atau sebagainya. Jika ada kemuliaan seseorang itu di sisi Allah s.w.t. hanyalah dari sudut ketakwaan.

Page 7: KONSEP TAMADUN ISLAM

f. Hak keadilan; menurut al Quran dan al Hadith Rasulullah s.a.w. semua anggota masyarakat adalah terikat kepada undang-undang Islam. Setiap orang berhak membela diri dan mendapat perlindungan daripada pemerintah. Seseorang yang dihadapkan kemuka pengadilan tidak akan dianggap bersalah sebelum dapat dibuktikan kesalahannya.

1.5.6 Seni1.5.7 Sastera1.5.8 Bahasa1.6 Faktor Kecemerlangan Tamadun1.6.1 Keimanan1.6.2 Ilmu1.6.3 Amal1.6.4 Jihad1.6.5 Iltizam1.6.6 Pengawasan1.7 Faktor Keruntuhan Tamadun1.6.1 Kejahilan1.6.2 Perpecahan1.6.3 Kelalaian1.6.4 Kekuatan musuh1.8 Konsep Tamadun Barat1.8.1 Definisi Tamadun Barat1.8.2 Sejarah dan Falsafah Tamadun Barat1.8.3 Dasar Tamadun Barat1.8.4 Perbezaan Asas Tamadun Islam dan Barat1.9 Keistimewaan Tamadun Islam1.9.1 Ajaran Islam Melahirkan TamadunPada mulanya bangsa Arab adalah satu bangsa yang paling mundur di dunia. Apabila Allah s.w.t. menurunkan agama Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. maka sejak dari itu hingga sekarang Arab menjadi negara bertamadun. Di sini dapat kita saksikan bahawa agama Islam itu sendiri yang melahirkan tamadun Islam di bumi Arab.

1.9.2 Ajaran Islam Malahirkan Kebudayaan IslamRasulullah s.a.w. telah menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan masyarakat Arab jahiliah hingga telah berjaya mengubah cara hidup orang Arab jahiliah daripada hidup yang berpindah randah kepada hidup menetap. Rasulullah s.a.w. berjaya mengubah mereka daripada hidup yang sering bermusuhan sesama sendiri kepada hidup berkasih sayang. Melalui ajaran Islam yang telah dijadikan sebagai cara hidup itu telah berjaya mengubah cara hidup orang Arab jahiliah kepada berakhlak mulia dan tinggal menetap di bandar yang hidup maju secara seimbang dalam aspek tamadun kerohanian serta kebendaan.

1.9.3 Tamadun Islam Sentiasa Berkembang

Page 8: KONSEP TAMADUN ISLAM

Sejak Rasulullah s.a.w. diperintahkan berhijrah ke Madinah bandar-bandar Islam telah berkembang ke seluruh rantau seperti munculnya bandar Kaherah, Baghdad, Cordova dan hingga ke Nusantara iaitu bandar Melaka, Acheh dan sebagainya.

1.9.4 Wujudnya Kesatuan UmmahTamadun Islam didirikan oleh umat Islam yang berada di seluruh pelusuk dunia. Setiap muslim bertanggung jawab memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara berpandukan kepada syari’at Islam.

Bab Kedua: Nilai-Nilai Universal Dalam Tamadun2.1 Kepercayaan2.2 Keilmuan2.3 Akhlak2.4 Ekonomi/Kebendaan2.5 Kerja2.6 Kemanusiaan2.7 Keadilan2.8 Kekeluargaan2.9 Alam Sekitar

Bab Ketiga: Interaksi AntaraTamadun3.1 Faktor Interaksi3.2 Keserasian antara tamadun3.3 Penjajahan3.4 Perdagangan3.5 Pendidikan3.6 Perkahwinan3.7 Ibadah/ziarah3.8 Kesan Positif3.9 Kesan Negatif

Bab Keempat: Pencapaian Umat Islam Dalam Tamadun4.1 Ilmu Pengetahuan4.1.1 Agama4.1.2 Sains dan teknologi4.1.3 Sastera4.2 Masyarakat4.2.1 Ibadah4.2.2 Muamalah4.2.3 Munakahat4.2.4 Jenayat

Page 9: KONSEP TAMADUN ISLAM

4.3 Negara4.3.1 Politik4.3.2 Ekonomi4.3.3 Sosial4.3.4 Ketenteraan4.3.5 Pendidikan4.4 Perbandaran4.4.1 Masjid4.4.2 Pentadbiran4.4.3 Kota Raya4.4.4 PasarBab Kelima: Penutup

Daftar IstilahIslam ertinya tunduk dan patuh perintah Allah s.w.t. sama ada patuh melaksanakan atau patuh meninggalkan larangan. Orang yang melaksanakan perintah Allah s.w.t. itu disebut sebagai Muslim.Agama ertinya kepercayaan kepada Tuhan. Agama Islam bererti al Din iaitu cara hidup yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada seluruh manusia.Tamadun ertinya kemajuan. Tamadun Islam bererti kemajuan yang dicapai oleh umat Islam seimbang dalam aspek kebendaan dan kerohanian berpandukan kepada al Quran dan al Hadith.Ibadah ertinya amalan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Allah s.w.t. untuk mendapatkan keredhaanNya.

Rujukan

Posted by Ustaz Abd Aziz bin Harjin at 3:31 AM 0 comments

http://591215086209.blogspot.com/

A. ILMU PERUBATAN:

IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINS

Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

#Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang

Page 10: KONSEP TAMADUN ISLAM

perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah “Al-Qanun Fi Al-Tibb” (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.

 Selain daripada “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya

yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.

Teori-teori dan Pendapat

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau “psychosomatic medicine” yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai. Ini merangkumi :

a. Kuat atau denyutan yang lemah.b. Masa antara denyutan.

Page 11: KONSEP TAMADUN ISLAM

c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan).2.2.3 Penemuan-Penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).

ABU AL-QASIM KHALAF PAKAR BEDAH MUSLIM

Sumbangan dan Pencapaian

Di kalangan ahli perubatan Islam, beliau dikenali sebagai perintis ilmu pengenalan penyakit (diagnosis) dan cara penyembuhan penyakit telinga, Abu Qasim telah merintis pembedahan telinga untuk mengembalikan fungsi pendengaran dengan cara memerhatikan secara saksama anatomi saraf-saraf halus, pembuluh-pembuluh darah dan otot-otot.

Selain itu, beliau turut mempelopori pengembangan ilmu bagi penyakit kulit. Abu Qasim pernah mengarang beberapa buah buku tentang bidang kedoktoran dan peralatan-peralatannya dalam sebuah ensiklopedia perubatan bertajuk At-Tasrif liman ‘Azija ‘an at-Ta’lif yang menerangkan secara jelas diagram mengenai 200 peralatan

Page 12: KONSEP TAMADUN ISLAM

pembedahan. Ilustrasi diagram tersebut memberi gambaran banyak peralatan yang boleh digunakan untuk keperluan perubatan pergigian.

Pada bahagian akhir buku karangannya yang mengandungi 30 bab itu, beliau menyatakan tentang luka dan cara pembedahannya, pengubatan tulang yang remuk, penyakit gigi sekali gus dengan kaedah perubatannya tentang pembakaran luka dan pembersihan kotoran dalam rahim selepas bersalin. Buku itu kemudian meletakkan dasar-dasar pengembangan kedoktoran pergigian di Eropah. Malah beberapa bahagian penting dalam buku tersebut telah diadaptasi oleh seorang ahli bedah Perancis yang terkenal di Eropah, Guy de Chauliac. Al-Tasrif diterjemahkan buat kali pertama dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona dan diikuti oleh beberapa terbitan lain di Eropah.

Pada abad ke-12, secara umumnya kaedah perubatan kesihatan yang terbaik adalah di negara-negara Islam. Baghdad, misalnya, pada tahun 1160 mempunyai lebih daripada 60 buah klinik. Malah para doktor dan ahli farmasi di Baghdad perlu mendapat latihan secukupnya sebelum terjun ke dunia perubatan. Dr. Donald Campbell dalam bukunya, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, mengakui bahawa buah fikiran Abu Qasim banyak dipengaruhi oleh sistem perubatan Barat. Di Eropah, beliau pernah menerima pujian sebagai ahli perubatan yang mempunyai reputasi tinggi seperti mana Galen dan Hippocrates. Sehingga abad ke-15, silibus pelajaran media di Universiti Tubingen masih menggunakan salah satu karya Abu Qasim iaitu Kitab al-Masnur.

Sebahagian daripada penulisannya mengenai perubatan diterbitkan ke dalam bahasa Latin yang bertajuk Liber Theorical nec non Practiceas-Sharavii(1519). Bukunya yang lengkap mengenai ulasan pembedahan, Abulcasis de Chirurgia Arabice et Latine Cura Johannis Channing, telah diterbitkan di Venice pada 1479, Basla (1541) dan Oxford (1778). Karyanya yang lain ditemui dalam buku History of Medicine jilid I oleh M.Neuberger pada 1910 dan Carl Brockelmann menjumpai karyanya dalam buku Geschichte der Arabischen Literatur jilid I pada 1898.

AR-RAZI PAKAR FARMASITIKAL

Sumbangan

Al-Razi telah memberi banyak sumbangan dalam pelbagai bidang. Beliau menjadi perintis dalam bidang pediatrik (berkaitan kanak-kanak), obstetrik (ilmu perbidanan) dan ophthalmologi (berkaitan mata). Walau bagaimanapun, jasa beliau dalam bidang perubatan memang tidak dapat dinafikan lagi. Beliau digelar "Bapa Pediatrik" oleh ahli sejarah kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mengubati penyakit kanak-kanak. Beliau juga orang yang pertama mengenalpasti penyakit 'hay fever' dan penyebabnya.

Al-Razi juga adalah orang yang pertama memperkenalkan alkohol (Bahasa Arab: Al-Kuhl) untuk tujuan perubatan. Beliau juga adalah pakar bedah yang terkemuka dan orang yang pertama menggunakan opium (dadah) untuk tujuan bius. Beliau juga

Page 13: KONSEP TAMADUN ISLAM

menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau mengaitkan ini sebagai hasil pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan.Al-Razi adalah orang yang pertama membincangkan mengenai penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata. Beliau pernah menjalankan pembedahan memulihkan selaput mata dengan cara menarik keluar lensa dan juga saintis pertama yang membincangkan mengenai pembesaran dan pengecilan pupil mata. Beliau menerangkan bahawa reaksi tersebut berlaku kerana tindak balas terhadap keamatan cahaya.

Al-Razi juga pernah membuat kajian mengenai penyakit batu karang di mana beliau mendapati litoriti merupakan proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing. Selain daripada itu, beliau juga telah memberikan sumbangan dalam usaha mengubati penyakit cacar dan campak. Al-Razi merupakan orang yang pertama membezakan kedua-dua penyakit ini seterusnya membuat kajian sistematis mengenai penyakit tersebut. Ini dicatatkan dalam buku beliau yang bertajuk Al-Judari wa al Habsah.

Al-Razi juga telah memperkenalkan perkara-perkara berikut dalam ilmu farmasi:a. Penggunaan ubat untuk melawaskan pembuangan air besar secara lembutb. Penggunaan air sejuk untuk menyembuhkan demam yang melaratc. Penciptaan benang seton dan pembakaran tisu untuk kes-kes luka

Al-Razi juga menekankan hubungan di antara doktor dan pesakit. Beliau menyarankan agar wujudnya ikatan kepercayaan antara kedua-dua pihak ini: "Komen yang positif daripada doktor akan menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa lebih selesa serta membantu proses pemulihan". Beliau juga mengingatkan kepada para pesakit: "Bertukar-tukar doktor pula akan hanya membazirkan kesihatan, masa dan wang pesakit itu sendiri".

Hasil Karya

Al-Razi telah menghasilkan 237 buah buku di mana 140 buah daripadanya adalah berkaitan bidang perubatan. Sepuluh buah daripada buku-buku perubatan tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Antara kitab yang telah beliau hasilkan ialah Kitab al-Mansuri, Kitab al-Hawi Fit-Tibb, Kitab al-Muluki dan Kitab al-Judari wa al-Hasabah.

Kitab al-Hawi Fit-Tibb merupakan karya beliau yang termasyhur. Kitab ini juga dikenali sebagai 'Comprehensive Book' yaang merangkumi ilmu perubatan patologi dan terapi dari sumber-sumber Yunani, India dan Arab. Sepanjang hidupnya, beliau telah membuat pelbagai kajian mengenai ilmu perubatan. Beliau akhirnya telah menghimpunkan kesemua pengalaman perubatan tersebut ke dalam Ensiklopedia Perubatan yang berjumlah 20 jilid. Kitab al-Hawi merupakan pecahan terbesar di mana ia meliputi 9 jilid. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dengan nama 'Liber Continens' oleh doktor perubatan Yahudi berbangsa Sicily, Faraj Ibn Sallim (Farragut) pada 1279M dan diulang cetak beberapa kali pada 1509M di Venice dan juga 1528M, 1578M dan 1745M di Paris.

Page 14: KONSEP TAMADUN ISLAM

Kitab al-Mansuri pula merupakan kitab perubatan pertama yang ditulis oleh beliau. Ia dinamakan sempena nama pemerintah Rayy pada masa itu iaitu Mansur Ibn Ishaq. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada 1480M di Milan dan dikenali dengan nama 'Liber AlMansoris'. Ia mengandungi 10 jilid dan sebahagian daripadanya telah diterbitkan ke dalam bahasa Jerman dan Perancis. Terjemahan jilid ke-9 yang telah ditulis oleh Gerard Cremona dengan nama 'Nonus Al-Mansuri' adalah teks terkenal di Eropah sehingga kurun ke-16.Kitab al-Judari wa al-Hasabah pula adalah kajian menyeluruh yang pertama berkenaan penyakit cacar dan campak. Ia diterjemahkan ke dalam bahasa Latin buat kali pertama pada 1565M dan kemudian ke dalam bahasa-bahasa lain dan diulang cetak sehingga 40 edisi di antara 1498-1866M. Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris oleh William A. Greenhill di London pada 1848M. Tesis berkenaan kedua-dua penyakit ini diiktiraf sebagai kajian sistematis yang sulung dalam sejarah perubatan. Pada masa yang sama juga, beliau telah menyarankan beberapa petua untuk merawat kedua-dua penyakit tersebut.

B. SENI BINA

Khalifah al-Walid bin ‘Abdul Malik (86-87H)

Semasa pemerintahan Khalifah al-Walid, Masjid Suriah di Damsyik yang dahulunya merupakan sebuah gereja masyarakat Kristian berbangsa Yunani telah diperbaharui dan dibangunkan semula (Mahayudin, 2004). Menurut pengarang ini lagi, pada zaman pemerintahan beliaulah bermulanya pembinaan unsur-unsur bangunan masjid secara lengkap seperti mihrab, mimbar, menara, selain tiang dan dinding serta atap. Khalifah al-Walid banyak menyumbang ke arah kemajuan seni bina Islam semasa pemerintahannya sehingga beliau digelar ‘Pembina Agung Kerajaan Bani Umayyah’ (Mahayudin, 2004).

Beliau telah membina pejabat-pejabat kerajaan dan juga beberapabangunan bagi mengindahkan kota Damsyik dan memulihara Masjid Nabawi diMadinah, Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid al-’Aqsa di Bayt al-Maqdis. Beliau juga telah menyempurnakan pembinaan batu di Bayt al-Maqdis iaitu Qubbah al-Sakhrah. (Mahayudin, 2004).

Khalid bin ‘Abdullah al-Qasri

Beliau merupakan gabenor kepada Khalifah Hisham bin ‘Abd al-Malik. Menurut Mahayudin (2004), beliau telah berjaya membina parit-parit dan tali air dalam usaha menyiapkan projek pertanian yang dirancang oleh Khalifah Hisham bin Abd al-Malik.

Khalifah Abdul Rahman II

Page 15: KONSEP TAMADUN ISLAM

Di antara sumbangan Khalifah Abdul Rahman II dalam aspek seni bina ialah membuat projek membina menara-menara lampu di beberapa pelabuhan untuk memudahkan kapalkapal perdagangan berlabuh di pantai-pantai Andalus (Mahayudin, 2004).

Khalifah Abu Ja’far al-Mansur

Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Abbas telah dilahirkan di 101H di al-Hamimah (Mohd Mokhtar, 1993). Hasan Ibrahim (dalam Mohd Mokhtar, 1993) menyatakan bahawa beliau merupakan khalifah Abbasiyah yang kedua selepas Abu al-Abbas al-Saffah. Beliau telah mendirikan sebuah istana yang bernama al-Khuldi di pinggir Sungai Dajlah. Rekabentuk istana ini sangat indah dan kedudukannya yang strategik telah menyebabkan beliau menamakannya ’Qasr al-Khuldi’ yang bermaksud istana abadi. Beliau juga telah membina Masjid Jami’ al-Mansur di hadapanIstana al-Zahab yang mana merupakan masjid yang tertua di Kota Baghdad (Mahayudin,2004).

Khalifah al-Mahdi

Khalifah al-Mahdi ialah khalifah yang ketiga dalam khalifah-khalifah Bani Abbasiyahperingkat pertama (Mohd Mokhtar, 1993). Beliau telah membina Istana al-Salam di Isabaz dan Masjid Jami’ al-Rishafah pada tahun 157H (Mahayudin, 2004).

Khalifah al-Ma’mun

Universiti Nizamiyyah merupakan pusat pengajian tinggi formal yang ditubuhkan oleh Khalifah al-Ma’mun di zaman pemerintahannya. Penubuhan universiti ini telah memberi peluang yang besar kepada orang ramai untuk menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi (Mahayudin, 2004). Imam Abu Hanifah, Imam Shafii, Imam Malik, al-Kindi, al-Farabi, Abu Bakar al-Razi dan Ibn Sina adalah antara tokoh-tokoh intelektual yang pernah menuntut di universiti bersejarah ini.

Beliau telah membina Bayt al-Hikmah yang merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terbesar terletak di Baghdad (Mahayudin, 2004). Pelbagai aktiviti penulisan karyakarya ilmiah dan juga aktiviti penterjemahan buku ke dalam bahasa Arab dijalankan di kutub khanah ini. Beliau juga telah memperkembangkan bidang astronomi dengan membina pusat astronomi di Syamsiyah, berhampiran Kota Baghdad untuk mengawasi pergerakan bintang (Mahayudin, 2004). Kesan daripada penubuhan ini ahli-ahli geografi Islam telah berjaya membuktikan bahawa dunia ini bulat yang mengandungi 360 darjah.

Ibrahim al-Farazi

Beliau merupakan seorang ahli geografi Islam yang telah membuat banyak kajian. Beliau telah berjaya mencipta astrolab yang digunakan oleh ahli pelayaran sehingga kini (Mahayudin, 2004).

Page 16: KONSEP TAMADUN ISLAM

C. SENI MUZIK

Al-Farabi

Nama sebenar al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad Ibn  Tarkhan (Haliza, 2006). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah (874 Masihi) di Khurasan, Turki. Beliau banyak menyumbang dari segi pemikiran serta penghasilan buku dalam bidang falsafah, mantik, sosiologi, sains dan muzik.Di dalam seni muzik, al-Farabi merupakan seorang pemuzik yang handal dan lagu hasil karya beliau meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan bermain alat muzik, beliau juga berjaya mencipta sejenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus (Umar, 1983). Mahayudin (2004) pula menyatakan bahawa al-Farabi adalah pencipta dan pengembang seni muzik daripada alat rabah dan qanun.

Al-Farabi turut menghasilkan sebuah buku yang mengandungi pengajaran dan teori muzik Islam yang diberi judul al-Musiqa (Haliza, 2006, Mahayudin, 2004, Abd Alim dan Syed Idrus, 1995). Menurut Mahayudin (2004), beliau juga terkenal menerusi karyanya yang diterjemahkan bertajuk Grand Book on Music, Styles in Music dan On The Classification of Rhythm. Buku-buku ini sebenarnya diterjemahkan daripada karya bahasa Arab dan menjadi rujukan penting di Eropah. Selain itu, beliau juga memberi sumbangan yang besar dalam penciptaan not-not muzik.

Al-Kindi

Nama sebenar al-Kindi ialah Abu Yusuf Ya’qub Ibn Ishaq al-Kindi. Beliau dilahirkan di Kufah sekitar tahun 800 M (Dipetikhttp://www.muslimheritage.htm  ). Beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan bukubuku mengenai teori-teori muzik. Banyak karyanya telah diterjemahkan kepada bahasabahasa Eropah antaranya,Essentials of Knowledge in Music, On The Melodies dan TheNecessary Book in the Composition of Melodies (Mahayudin, 2004).

Al-Kindi juga telah berjaya menemui pelbagai not muzik yang mana apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yang terlalu rendah dan terlalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan (Dipetik di http://www.muslimphilosophy.com). Al-Kindi juga berpendapat bahawa muzik termasuk dalam disiplin ilmu sains, di samping turut berhubung rapat dengan matematik dan memberi kesan terhadap kesihatan (Mahmood Zuhdi, 2003).

Muhyiddin Ibn Arabi

Beliau merupakan seorang ahli muzik Islam yang terkenal. Karya-karyanya banyak berkisar tentang alat-alat muzik (Mahayudin, 2004). Di dalam bukunya beliau menerangkan bahawa Islam mencadangkan agar seni muzik dipertingkatkan.

Safi al-Din Abd al-Mu’min

Page 17: KONSEP TAMADUN ISLAM

Beliau merupakan orang yang pertama sekali membina sekolah muzik. Malahan, beliau turut menghasilkan beberapa karya muzik menerusi Syarifiya dan Modus Muzik (Mahayudin, 2004). Beliau turut digelar ’Father of Music’ oleh ahli muzik Barat yang mengagumi hasil karya seninya.

Shams al-Din Muhammad bin Safi al-Din

Beliau adalah anak kepada Safi al-Din yang juga merupakan pakar dalam bidang muzik yang terkenal. Terdapat buku-buku hasil ciptaannya yang diterjemahkan seperti TheJewels of Arrangement in the Knowledge of the Melodies(Mahayudin, 2004).

Al-Isfahani

Beliau merupakan seorang yang pakar dalam seni muzik. Hasil karya beliau yang begitu terkenal ialah al-Aghanidan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dengan nama The Grand Book of Songs yang mengandungi 21 jilid (Mahayudin, 2004).

Khalil bin Ahmad

Beliau ialah orang yang pertama berjaya menghasilkan kamus muzik yang telah diterjemahkan bertajuk The Book Notes dan The Book of Rhythm (Mahayudin, 2004). Hasil karya beliau ini telah dijadikan sebagai buku teks rujukan bagi pelajar-pelajar universiti di Sepanyol (Mahayudin, 2004).

Al-Urmawi

Nama sebenar beliau ialah Abd al-Mu’min Ibn Yusuf Ibn Fakhir (Dipetik dihttp://www.muslimheritage.com). Beliau dilahirkan pada tahun 1230 Masihi. Al-Urmawibegitu dikenali kerana beliau merupakan seorang pembuat biola dan juga ahli muzik pada zaman Khalifah al-Musta’sim. Berdasarkan fakta-fakta di atas dapat disimpulkan bahawa orang-orang Islam bukannya mencedok ilmu muzik daripada masyarakat Yunani tetapi telah terbukti mereka begitu kreatif dalam penghasilan karya muzik yang tersendiri.

D. SENI KHAT DAN KALIGRAFI

Ibn Muqlah

Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Muhammad Ibn Ali Ibn Muqlah (Kamil al-Baba, 1992). Beliau dilahirkan di Baghdad dalam tahun 886 Masihi merupakan di antara ahlikaligrafi yang masyhur di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah. Ibn Muqlah dianggap sebagai pencipta tulisan khat naskhi yang menggantikan tempat khat kufi dalam keseragaman kaligrafi Islam (Kamil al-Baba, 1992).Beliau telah memperkenalkan khat al-Mansub (proportional script) di dalam sejarah kaligrafi Islam. Di dalam khat ini, beliau telah menetapkan satu sistem ukuran dalam menulis satu-satu huruf. Misalnya huruf alif ditulis berpandukan titik-titik (3, 5 atau 7 titik) (Kamil al-Baba, 1992).

Page 18: KONSEP TAMADUN ISLAM

Ibn Bawwab

Ibn Bawwab ialah Abu al-Hassan Ali Ibn Hilal Ibn al-Bawwab dilahirkan di Baghdad (Seyyed Hossein Nasr, 1987). Beliau digelar Ibn Bawwab kerana ayahnya adalah seorang jurukunci (bawwab) Dar al-Qada’ (bilik pengadilan) di Baghdad. Semenjak kecil lagi beliau telah mempelajari ilmu khat dengan Muhammad Ibn Asad dan Muhammad al-Simsimani (Kamil al-Baba, 1992).Beliau yang merupakan ahli kaligrafi pada zaman Bani Abbasiyyah dianggap sebagai pencipta kepada khat rayhanidan muhaqqaq (dipetik di http://www.muslim.org  ). Terdapat sebanyak 64 buah al-Qur’an ditulis oleh Ibn Bawwab yang mana salah satunya ditulis dengan khat rayhani (Kamil al-Baba, 1992).

Yaqut al-Musta’simi

Nama sebenar beliau ialah Syekh Jamaluddin Yaqut al-Musta’simi al-Thawusyi al-Baghdadi (Kamil al-Baba, 1992). Selain daripada menjadi ketua di Perpustakaan al-Mustansyiriyyah, beliau juga dikenali sebagai budayawan dan ahli pujangga. Tulisannya dikatakan lebih cantik daripada Ibn Muqlah dan Ibn Bawwab. Beliau pernah digelar sebagai Qiblat al-Kuttab yang bermaksud kiblat para penulis khat Kamil al-Baba, 1992). Beliau juga dikatakan pengasas kepada ”Sittah”enam jenis tulisan yang terkenal ketika itu (Ghazali, 2001).

E. SENI SASTERA

Firdawsi

Firdawsi amat terkenal melalui hasil karyanya yang berjudul Hikayat 1001 Malam (dipetik dihttp://www.muslimphilosophy.com  ). Ceritanya telah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam dan tidak ketinggalan juga orang-orang Barat sehinggakan ia telah diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa. Beliau juga menghasilkan karya bertajuk Shah Nameh yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Epic Kings (Ghazali, 2001).

Ibn Tufayl

Nama sebenar beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Abd al-Malik Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn Tufayl al-Qaysi (dipetik di http://www.muslimheritage.com  ). Di dalamkaryanya, beliau menceritakan tentang bagaimana seseorang mencapai fasa perkembangan yang tinggi sekali tanpa bantuan apa-apa daripada orang lain atau dari alam sekitarnya (Hasan, 1971). Ibn Tufayl dengan karyanya Hayy Ibn Yaqzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal Tuhan tanpa wahyu dan guru telahmempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Roger Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks Arab di Oxford pada tahun 1671 (Dipetik di http://www.members.tripod.com/man 999/ sumbangan_Islam_2.htm  ). Orang Eropah bukan setakat menterjemah malahan mereka juga menghayatinya melalui

Page 19: KONSEP TAMADUN ISLAM

penciptaan kisah-kisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Crusoe yang dihasilkan pada abad ke 18 (Hasan, 1971).

Omar Khayyam

Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya. Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia Barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan Bahasa Inggeris bagi bukunya, Rubayyat (Dipetik di http://www.tutor.com.my/tutor  ) . Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimilikinya. Sumbangan beliau sebagai ahli falsafah banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan manusia sejagat.

Abu al-Sult Ibn Abdul Aziz

Antara sarjana Islam yang terkemuka di Andalus pada abad keenam hijriyyah termasuklah Abu al-Sult Umaiyah Ibn Abdul Aziz Ibn Abi al-Sulf (Mahmood Zuhdi, 2003). Beliau dilahirkan di Daniat, Andalus Timur pada tahun 459 H (1067 M) (Ibn Abi Usaiba’ah, 1965). Beliau banyak menggubah syair-syair puji-pujian kepada raja untuk mencari rezeki. Selain antologi-antologi syair, beliau juga menghasilkan karya berkenaan dengan sastera iaitu al-Mulah al-Asriyah, Hadiqah al-Adab, dan al-Risalah al-Misriyyah (Ibn Abi Usaiba’ah, 1965).

Ibn Bajjah

Beliau ialah Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Sa’igh dilahirkan di Saragossa pada tahun 457 H (1082 M) (Mahmood Zuhdi, 2003). Beliau merupakan seorang sasterawan yang unggul, ahli bahasa dan seorang hafiz al-Qur’an. Beliau menghasilkan karya seperti Risalah al-Wida’, al-Risalah al-Ittisal dan al-Madinah al-Fadilah (Umar Furrukh, 1983).Posted by Tree BuilderEmail This

SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN DUNIA

 

Sejak wahyu pertama diturunkan Allah S.W.T. kepada Rasulullah, Islam telah membuat banyak sumbangan penting kepada tamadun dunia melalui penemuan-penemuan saintifik dan ilmiah yang berguna dan indah yang digunapakai sehingga ke hari ini. Ahli falsafah, ilmuan dan saintis Islam telah memberi dunia pelbagai

Page 20: KONSEP TAMADUN ISLAM

inovasi dalam bidang perubatan, matematik, sains, seni, senibina, muzik dan sebagainya, terutama semasa Zaman Keemasan Islam.

 

Antara tokoh saintifik Islam paling masyhur ialah Abu Ali al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sina yang telah menulis 246 buku termasuk ‘Kitab-al Shifa’ dan ‘Al-Qanun fit Tibb’ yang menjadi panduan utama bagi bidang sains perubatan di Barat dari abad ke 12 hingga 17. Perhatian terhadap bidang perubatan bermula sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang pernah bersabda, "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua". Mengambil iktibar dari sabda Baginda, hospital-hospital dan klinik-klinik ditubuhkan di seluruh dunia Islam, dan yang paling awal telah dibina pada 707 Masihi di Damsyik semasa pemerintahan Khalifah Walid ibn Abd a-Malik.

 

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo. Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan.

Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

 

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal

Page 21: KONSEP TAMADUN ISLAM

Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden. Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.

 

View the embedded image gallery online at: http://www.islamicfashionfestival.com.my/malay/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Itemid=83#sigProGalleriaee3c415c47

Tokoh Islam lain termasuk Al-Biruni, ahli ilmiah di dalam pelbagai bidang seperti falsafah, ilmu alam, astronomi, fizik, matematik dan sejarah. Malah, beliau mengutarakan teori bumi mengelilingi matahari 600 tahun lebih awal daripada ahli sains Itali, Galileo.

 

Ibn Firnas dikatakan telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan.

 

Bapa Trigonometri, Al-Battani, digelar sedemikian kerana telah memperkenalkan penggunaannya. Dalam bidang astronomi pula, antara kejayaan terbesar beliau ialah membuat perkiraan sistem suria dalam setahun 365 hari 5 jam 46 minit dan 24 saat. Beliau juga menemui longitud matahari telah berubah 16 darjah 47 minit sejak zaman Ptolemy dan dapat mengira diameter matahari dan orbit bulan.

 

Al-Khawarizmi pula digelar Bapa Algebra di mana nama algebra diambil sempena bukunya, ‘Hisab Al-Jabr wal Mugabalah’ (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) yang menjadi asas algebra moden.

Page 22: KONSEP TAMADUN ISLAM

 

Mereka ini hanya sebahagian daripada ratusan cendiakawan Islam yang telah membuat sumbangan besar kepada dunia melalui ciptaan atau penemuan yang digunapakai sehingga ke hari ini.

http://www.islamicfashionfestival.com.my/malay/index.php?option=com_content&view=article&id=51&Itemid=83