konsep tamadun
TRANSCRIPT
1.0. KONSEP TAMADUN 1.1. Istilah Tamadun
Tamadun boleh diistilahkan dalam pelbagai bahasa. Namun begitu,
peristilahan tamadun dalam pelbagai bahasa ini mempunyai maksud yang
hampir serupa.
Bahasa Arab
Menurut bahasa Arab, tamadun diistilahkan dengan istilah Hadharah, Umran,
Madaniah dan Tamadun
1. Istilah Hadharah
Hadharah berasal daripada perkataan “hadhara, yahdhuru, hadhratan” yang
membawa maksud satu wilayah, daerah, kota, bandar, kampong atau tanah
yang diusahakan. Ia mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai
berdasarkan ajaran Islam. Istilah hadharah adalah berlawanan dengan istilah
al-badawah dan al-badiyah yang bermaksud liar dan pendalaman.
2. Istilah Umran
Umran berasal daripada perkataan “amara” yang membawa maksud kawasan
tanah di mana sekumpulan masyarakat tinggal menetap di suatu kawasan
dalam keadaan yang berkembang subur dan makmur. Istilah ini dikemukakan
oleh Ibnu Khladun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah.
Ciri-ciri umran menurut Ibnu Khaldun adalah;
pegangan agama yang kuat
sistem kenegaraan yang tersusun rapi
kehidupan cara bandar
pencapaian kaedah penulisan yang tinggi
kepakaran dalam bidang seni lukis dan seni reka.
3. Istilah Madaniah
Istilah ini berasal dari kata “madinah” yang memberi makna bandar.
“Madanna” bermaksud memperhaluskan budi pekerti dan memperelokkan
tingkah laku; dan membuka dan membangun bandar. Manakala “madani”
1
bermaksud pembangunan bandar dan perbuatan memperhalus budi pekerti.
“Madanna” dan “madani” berasal daripada perkataa “deen” yang bermaksud
agama atau kehidupan beragama. Istilah “madaniah” dikemukakan dengan
jelas oleh Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh. Menurut
Muhammad Farid Wajdi, “madaniah” suatu peringkat yang tinggi dalam
kehidupan kebendaan sesubuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam
aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta
penyediaan kemudahan infrastruktur.
4. Istilah Tamadun
Tamaddana adalah asal perkataan “tamadun” yang bermaksud memiliki ciri-
ciri hidup bandar atau memiliki sifat keinsanan sejati. Istilah “tamadun”
digunakan pada abad ke-20 Jurji Zaidan seorang penulis Arab Kristian. Beliau
mengatakan bahawa tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang
dicirikan oleh kehidupan kota dan seni bina yang berupa tugu-tugu peringatan
dan suatu sistem rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. Menurut
Muhammad Uthman el-Muhammadi, istilah tamadun berasal dari perkataan
“madana” yang bererti membina sesuatu bandar atau kota, atau; seseorang
atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Oleh itu, istilah “tamadun”
boleh diertikan kepada kehidupan seseorang bermasyarkat yang bertambah
maju kehadapan.
Bahasa Inggeris
Menurut Bahasa Inggeris, tamadun diistilahkan dengan istilah culture dan civilization.
Istilah culture dikemukan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee yang mengatakan
bahawa culture bermakna civilization yang secara langsung member gambaran
kepada pemikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama,
seni lukis, seni bina, akhlak dan adat istiadat.Istilah civilization berasal dari
perkataan Latin iaitu “civitas” yang bermaksud bandar atau kota.
Menurut Prof Dr Nourouzzaman as Shiddiqi MA, culture bererti kebudayaan
manakala civilization bererti peradaban. Istilah culture lebih luas berbanding
istilah civilization seperti mana berikut; Maksuda culture adalah akal budi
manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia mencipta sesuatu
2
seperti kesenian, agama, akhlak dan pembangunan-pembangunan lain untuk
meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih baik. Jadi culture yang
bermaksud kebudayaan ini adalah perkembangan intelektual yang memimpin ke
dalam kehidupan dalam pelbagai lapangan. Maksud civilization adalah
pengolahan akal budi dalam bukti lahiriah sahaja seperti mendirikan bangunan
pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa lepas dan lain-lain. Jadi civilization
yang bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan
dalam aspek sosial semata-mata.
Terdapat juga beberapa sarjana Barat yang mendefinisikan istilah tamadun.
Collingwood mengatakan tamadun adalah suatu proses bagi mencapai tahap
kehidupan yang sopan (civil) yang membawa kepada lahirnya ciri-ciri
masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi.
Gordon Childe mengatakan tamadun adalah suatu proses revolusi
perbandaran yang hanya memberi penekanan kepada pencapaian material.
E.B Taylor seorang ahli antropologi mendefinisikan tamadun sebagai budaya
yang merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan,
kepercayaan, seni moral, undang-undang, adat, dan keupayaan-keupayaan
serta tabiat-tabiat lain yang didapati oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Bahasa Melayu
Menurut Bahasa Melayu, tamadun diistilahkan dengan istilah kebudayan, peradaban
dan tamadun
1. Istilah Kebudayaan
Menurut Abu Bakar Hamzah seorang cendikiawan Melayu mengatakan tamadun
sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan
hidup masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran
dan kebendaan.
3
2. Istilah Peradaban
Istilah ini digunakan oleh Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman el-
Muhammadi. Peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral,
sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Menurut Kamus
Dewan peraban adalah keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan
jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb).
3. Istilah Tamadun
Menurut Kamus Dewan, tamadun adalah suatu keadaan masyarakat manusia
yang bercirikan atau didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran, sosial, budaya dan politik yang tinggi peradabannya.
Pelbagai Bahasa Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dan civilitas adalah akar kepada perkataan
Civilization yang bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan
Rom.
Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang datang
kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang disimpan.
Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan
bandar.
Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kepada
unsur-unsur material dan spiritual yang muncul daripada pencapaian sejarah
perkembangan manusia.
4
1.2. Ciri-Ciri Tamadun
Penempatan Kekal
Penempatan kekal adalah penting dalam sesebuah tamadun yang telah membawa
kepada lahirnya sesebuah kota atau bandar. Tidak nomad tetapi tinggal menetap di
kawasan yang boleh membekalkan makanan dan sumber air. Ciri-ciri geografi bagi
membina penempatan kekal adalah sangat penting. Lazimnya, kawasan lembah
sungai atau pergigian pantai dipilih kerana tanahnya subur untuk aktiviti pertanian,
sumber bekalan air dan untuk tujuan pertanian, perikanan dan penternakan. Sebagai
contoh Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil, Tamadun Mesopotamia di lembah
Sungai Euphrates dan Tigris, Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa di Sungai Indus
serta Tamadun Melayu di muara Sungai Melaka.
Kualiti Kehidupan
Dengan adanya penempatan kekal, telah wujudnya Revolusi Pertanian di mana ahli
masyarakat telah menghasilkan hasil pertanian dan pertenakan melebihi tahap sara
diri. Kesannya, muncul aktiviti ekonomi yang lain seperti aktiviti pertukangan, seni
bina, seni lukis, peleburan logam dan pengenalan sistem barter yang membawa
kepada aktiviti perdagangan. Dari sini, lahirnya pengkhususan kerja dalam pelbagai
bidang mengikut kepakaran masing-masing seperti penciptaan alatan logam dan
penciptaan alat pengangkutan seperti sampan, bot dan kapal. Terdapat juga ahli
masyarakat yang mempunyai kepakaran dalam mengukir patung, membuat barang
perhiasan dan membuat tembikar. Hasilnya telah membawa kepada peningkatan
kualiti kehidupan yang lebih sempurna dan jangka hayat yang lebih panjang.
Organisasi Sosial dan Institusi Sosial (Stratifikasi Sosial)
Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status. Sistem
pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan pemilikan kekayaan dan
kekayaan yang penting ketika mencari penempatan kekal ialah tanah. Justeru
stratifikasi sosial berasaskan kepada pemilikan tanah pertanian. Golongan yang
memiliki tanah pertanian mempunyai kedudukan tinggi. Golongan ini dikenali
sebagai golongan “Bangsawan” yang mengawal sebahagian besar faktor
pengeluaran dan kekayaan. Golongan yang mendapat gelaran tertentu ini
mempunyai peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan oleh golongan
5
berstatus rendah termasuk juga jenis pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah.
Golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian pula menjadi golongan pekerja
atau buruh. Golongan ini menjadi penggerak tamadun dari sudut pembangunan
fizikal namun hak mereka sering dinafikan oleh golongan atasan. Apabila ekonomi
berkembang, berlaku perubahan dalam sistem sosial. Pemilikan kekayaan bukan
terhad pada tanah tetapi juga harta-harta lain. Kesannya kedudukan pedagang
meningkat ke kelas sosial yang lebih tinggi. Dalam keadaan ini, golongan
bangsawan yang memiliki tanah kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan
pedagang.
Kehidupan Beragama
Kehidupan beragama biasanya selari dengan wujudnya penempatan kekal
masyarakat. Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan
tamadun. Stratifikasi sosial menggunakan istilah agama seperti sistem kasta di India.
Era awal didominasikan oleh kepercayaan animisme yang mana masyarakat awal
mempercayai bahawa unsur alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasa yang
mempengaruhi kehidupan manusia. Kemudian wujud pula konsep dewa. Dewa
dipuja sebelum dan selepas segala aktiviti dilaksanakan seperti seperti sebelum
menanam dan selepas menuai padi. Wujud juga kepercayaan penyembahan nenek
moyang sebagai tanda terima kasih dan memohon pertolongan. Roh mereka
dipercayai boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada anggota keluarga
yang masih hidup. Justeru ia perlu ditenangkan melalui upacara tertentu.
Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah
tamadun.
Sistem Teknologi dan Reka Cipta
Perkembangan teknologi dan reka cipta adalah hasil daripada perkembangan aktiviti
ekonomi yang membawa kepada pengkhususan kerja lalu merubah struktur sosial
dan seterusnya meningkatkan tahap kecekapan masyarakat. Sebagai contoh
tamadaun China, pada zaman Dinasti Chou perkembangan teknologi berlaku
dengan pesat. Pada zaman tersebut inovasi teknologi telah membawa kepada
perkembangan alat pengangkutan lalu terciptalah roda, sampan dan kapal besar.
6
Bahasa dan Sistem Tulisan
Kewujuan bahasa dan sistem tulisan turut memainkan peranan penting dalam usaha
membawa kemajuan sesbuah tamadun. Bahasa dan sistem tulisan berfungsi
sebagai perantaraan komunikasi, perakam, penyampaian dan pewarisan khazanah
tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. Ianya juga berfungsi untuk merekod aktiviti
dan maklumat berkaitan pentadbiran, kewangan, undang-undang dan peraturan
masyarakat. Kemunculan sistem tulisan dalam tamadun silam telah member
manfaat yang besar untuk merekod segala peristiwa yang berlaku sebagai tatapan,
kajian dan penyelidikan generasi kemudian. Melalui sistem tulisan komunikasi dalam
masyarakat menjadi lebih luas dan efektif; dan kesannya berlaku perkembangan
ilmu, muncul kelas terpelajar(literati), perkembangan ilmu astronomi dan
kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi, cerita rakyat seperti Epik Gilgamesh
semasa tamadun Mesopotamia.
7
2.0. KONSEP TAMADUN ISLAM
2.1. Pengertian Tamadun Islam
Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang dibangunkan atas asas taqwa dam
keredhaan Allah SWT melengkapi syarat-syarat dan ciri-ciri yang ditetapkan oleh al-
Quran dan as-Sunnah sehingga wujud masyarakat yang aman harmoni dan
mendapat keberkatan Ilahi.
Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan tamadun sebagai keadaan
kehidupan manusia yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi sesebuah masyarakat.
al-Shirazi mengatakan tamadun Islam adalah berkisar tentang kekuasaan,
kehebatan, kemakmuran dan kemajuan.
Abu Bakar Hamzah di dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam menjelaskan
tamadun Islam adalah sesuatu yang lahir serentak, seiring dan sejalan dengan
perkembangan kehidupan manusia dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran
dan kebendaan.
Menurut Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan telah mencatatkan tamadun Islam
sebagai bererti kebudayaan, peradaban, kemajuan, sopan santun dan sebagainya.
Mahmood Mohd Taib al-Najmi di dalam bukunya Sejarah Tamadun Islam
mendefinisikan tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu
manusia menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau
kebendaan.
8
2.2. ASAS-ASAS TAMADUN ISLAM
Wujudnya Tamadun Islam berteraskan tiga asas penting iaitu akidah , syariah dan
akhlak. Lengkaplah serta berkembanglah Tamadun Islam melalui tiga asas tersebut.
Tamadun Islam tidak akan menjadi sebuah tamadun yang kuat dan kukuh jika salah
satu daripada asas tersebut tidak dilaksanakan.
Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. yang diikat oleh ucapan
dua kalimah syahadah. Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan Tamadun Islam.
Aqidah dari bahasa bermaksud satu ikatan atau simpulan yang mengikat kepada
sesuatu yang lain. Akidah juga merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri
seseorang , pemikiran seseorang dan hati seseorang dengan satu keyakinan dan
dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang terarah dan terpimpin. Maka,
seseorang individu itu wajib mematuhi segala yang terkandung dalam tuntutan
syahadatain yang diucapkannya apabila individu tersebut beriman kepada Allah
S.W.T.
Seseorang yang berakidah Islam haruslah memahami bahawa dirinya terikat dengan
tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah S.W.T. apabila dirinya
menyebut ucapan dua kalimah syahadah. Tambahan lagi, bukan sekadar ketaatan
yang mutlak terhadap Allah S.W.T. sahaja malah seseorang yang mengaku
berakidah Islam mesti menjadikan seluruh jiwa raganya, hidup dan matinya untuk
Allah S.W.T. semata-mata, serta menjauhi sebarang bentuk unsur-unsur syirik dan
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam pelbagai bentuk dan corak.
Konsep tauhid inilah yang telah melahirkan satu motivasi yang tiada taranya
terhadap umat Islam di zaman awal untuk mempertahankan Islam. Penanaman
akidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan
kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa
dan harta benda demi mempertahankan akidah serta membuktikan ketakwaan
kepada Allah S.W.T.
Syariah merupakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan
oleh Allah S.W.T. untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Ia bersifat
muktamad dan manusia tidak berhak meminda apa-apa peraturan yang ditetapkan
oleh al-Quran dan Al-Sunnah kecuali melalui jalan-jalan yang dibenarkan oleh Islam
9
seperti melalui kaedah ijtihad yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa
terhadap perkara-perkara cabang dalam menyelesaikan persoalan-persoalan
semasa yang berlaku dalam masyarakat manusia. Syariat Allah ini berjalan ke atas
manusia tanpa pengecualian.
Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: ‘Seandainya Fatimah binti
Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya. Sesungguhnya telah
binasalah umat-umat sebelum kamu di mana apabila orang-orang bangsawan
mereka mencuri, mereka tidak bertindak tetapi apabila orang-orang yang lemah
mencuri mereka pun menjalankan hukuman ke atasnya’. Ini berbeza dengan
undang-undang ciptaan manusia yang sering terpengaruh oleh perasaan atau
sentimen menyebabkan nilainya menjadi goyang dan sentiasa berubah-ubah.
Undang-undang Allah mencakupi seluruh bidang kegiatan manusia dari gerak harian
seseorang individu hinggalah kepada soal-soal kenegaraan. Dari sini, proses
pembangunan manusia adalah terkawal supaya dapat melahirkan tamadun yang
sempurna dan seimbang sesuai sekali dengan fitrah manusia. Dalam hal ini Islam
menolak sebarang pembinaan tamadun dan perancangan yang di luar batasan
syariat. Dalam Al-Quran menjelaskan persoalan ini supaya kita sebagai manusia
berfikir.
Manakala akhlak, menurut Imam Al-Ghazali bermaksud suatu keadaan yang wujud
dalam sanubari seseorang insan yang menerbitkan sesuatu tindakan dengan mudah
tanpa teragak-agak. Menurut perspektif Islam, Islam meletakkan keimanan
seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini bermakna setiap perlakuan,
perbuatan atau tindakan manusia mestilah berteraskan keimanan dan akidah tauhid
yang mutlak. Aspek keimanan ini mesti dizahirkan dalam bentuk amalan soleh.
Islam tidak menilai kegemilangan sesuatu bangsa berdasarkan ketinggian
pencapaian dalam aspek kebendaan semata-mata kerana ia bukanlah matlamat
kepada tamadunnya. Apabila pembinaan sesebuah tamadun menepikan soal-soal
akhlak, ia akan mengakibatkan berlakunya kepincangan kepada tamadun tersebut.
Oleh itu, Islam amat mementingkan akhlak dalam pembinaan tamadun supaya dapat
mengimbangi potensi dan kecenderungan individu dan masyarakat ke arah
kebaikkan dan sesuai dengan matlamat pencipta manusia serta matlamat risalah
Nabi Muhammad S.A.W.Tambahan pula, manusia dijadikan oleh Allah bukan
10
sekadar untuk memenuhi keperluan material semata-mata tetapi untuk menjadi
hamba Allah yang benar-benar mengabdikan diri kepada-Nya. Dalam hal ini jelas
sekali menunjukkan bahawa ahklak merupakan kayu pengukur kepada nilai dan
kualiti sesuatu tamadun yang dibina oleh manusia. Ia tidak akan dapat direalisasikan
sekiranya tidak berpegang teguh kepada akidah serta mempraktikkan segala syariat
Islam dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
11
2.3. KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
1. Rabbani (bersumberkan ajaran Allah) Tamadun Islam menjadikan Allah S.W.T sebagai tempat rujukan utama dan
Rasulullah S.A.W adalah model tertinggi dalam membangunkan tamadunnya.
Konsep ini memebezakan antara tamadun Islam dan tamadun barat. Hal ini
kerana tamadun Islam menjadikan sumber naqli sabagai sumber aqli.
Keyakinan yang mantap oleh umat Islam kaepada dasar dan matlamat
tamadun ini menjadikannya memperoleh dua perkara iaitu nilai ketamadunan
yang hakiki dan juga sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah S.W.T di
dunia dan di akhirat.
2. Syumul (menyeluruh)
Bertepatan dengan agama Islam itu sendiri yang menjadi role model
kehidupan manusia seluruhnya maka ciri-ciri tamadun Islam juga merangkumi
seluruh aspek kehidupan manusia. Manakala manfaatnya pula dinikmati
bukan sahaja oleh umat Islam tetapi juga bukan Islam. Ajaran islam meliputi
seluruh kehidupan manusia termasuklah dalam syariah, akhlak, dan akidah.
Islam juga menyeru supaya berlaku adil kepada semua insan. Islam juga
meliputi semua tempat dan masa tanpa batas geografi yang dapat
mengasingkan Islam daripada manusia walaupun mereka berada di mana
sekalipun.
3. Universal Tamadun Islam merupakan tamadun sejagat kerana dimiliki oleh sesiapa
sahaja dan tidak bersifat eksklusif kepada satu - satu bangsa. Peradaban
Islam yang wujud di seluruh pelusuk dunia sama ada di benua Asia dan juga
Eropah tetap masih sama seperti mana peradaban Islam yang diamalkan di
semenanjung arab.
4. Ideal dan realistik Ia realistik dari segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa
alam sejagat merupakan satu hakikat yang berlaku didunia nyata yang
menunjukkan kewujudan Allah. Islam adalah suatu yang ideal untuk manusia.
12
Ia menepati fitrah kemanusian dan mencakupi setiap keperluan hambaNya.
Islam menggalakkan manusia berkeluarga. Maka Islam telah memberi jalan
keluar untuk manusia untuk melaksanakannya mengikut aturan yang cukup
harmoni.Maka tidak timbul isu penderhakaan dan kemaksiatan hamba
kepada Allah S.W.T. Ini kerana setiap perlakuan hamba akan dipersoalkan di
akhirat kelak.
5. Tetap dan anjal Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal. Ini bermakna
Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan
matlamat pembinaan tamadun manusia,tetapi anjal cara dan teknik
perlaksanaannya. Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut
merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus
dicapai,bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan
unsur spiritual. Untuk mencapai matlamat yang satu,yakni meninggikan
kalimah Allah,maka kaedah yang pelbagai perlu dilaksanakan mengikut
kesesuaian masa dan keadaan. Kepakaran ilmu umat Islam perlu
digembeling seutuhnya bagi memastikan hasil yang diperolehi dapat
dimanfaatkan kepada manusia sejagat dengan syarat ianya tidak
membelakangi syariat Allah S.W.T.
6. Sepadu dan seimbang (al-tawazun)
Seluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan
seimbang. Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan.
Dunia adalah keperlun manusia,manakala akhirat adalah asas tujuan hidup
manusia. Keseimbangan yang dikehendaki antara dunia dan akhirat ialah
supaya manusia tidak mengabaikan salah satu darinya. Dunia dan
kebendaan hanyalah jambatan menuju akhirat.
Oleh itu, syariah perlu diamalkan menyeluruh oleh manusia dan bukan
sebahagian tertentu sahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian
tertentu sahaja dan meninggalkan sebahagian perintah Allah yang lain,maka
cacatlah Islam seterusnya membawa kepada kepincangan dalam masyarakat
dan negara.
13
2.4. Sumber Tamadun Islam
Terdapat dua sumber bagi tamadun Islam iaitu sumber mutlak, sumber ijtihad dan
tamadun-tamadun asing.
1. Sumber Mutlak Al-Quran Sumber utama tamadun Islam adalah al-Quran. Al-Quran adalah perkataan
Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat
Jibril di dalam bahasa Arab secara beransur-ansur dan dipindahkan secara
mutawatir. Menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Al-Quran
yang diturunkan adalah suci mengandungi nilai mukjizat yang tinggi dari sudut
akidah, syariah, akhlak, bahasa, sejarah, intelektual, ketamadunan dan rahsia
alam. Ianya sesuai sepanjang zaman dan lengkap serta sesuai dengan tahap
manusia dan ketamadunan.
As-Sunnah Al-Quran menggariskan prinsip-prinsip asas kemudian dihuraikan dan
diperincikan oleh as-Sunnah. As-sunnah adalah segala perkataan, perbuatan,
perakuan, sifat-sifat keperibadian dan keterampilan Nabi Muhammad SAW.
Dalam erti kata lain perjalanan hidup baginda Rasulullah SAW sesiapa yang
mengikutinya diberikan pahala dan bagi sesiapa yang mengingkarinya
dikenakan seksa sekiranya ianya perintah wajib. As-sunnah merupakan
sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan
mengembangkan tamadun mereka.
2. Sumber Ijtihad Ijmak Menurut istilah ulama usul, Ijmak ialah persepakatan para mujtahid dari
kalangan umat Muhammad s.a.w selepas kewafatan baginda dalam satu-satu
zaman di atas satu-satu hukum syara. Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad
yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak ada dasarnya
secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang
berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah
S.W.T seperti sistem pendidikan, pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan,
14
kemasyarakatan atau semua hal-hal yang berhubungan dengan urusan
duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan Hadis. Ijmak tidak akan berlaku kecuali memenuhi syarat-syarat berikut;
i. Hendaklah persepakatan iautu berlaku dikalangan para mujtahid, jika
bukan dari kalangan mereka, maka tidak dikira ijma.
ii. Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid.
Jika sebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih
ada yang tida sepakat.
iii. Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana
memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.
iv. Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib,
haram, harus dan sebagainya.
v. Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja.
Terkeluar daripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka
mungkin dipengaruhi oleh akidah agama mereka.
vi. Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada
pada zaman tersebut.
Qias Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yang
tidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya
kerana adanya persamaan illah antara kedua-duanya. Rukun-rukun qias
adalah seperti berikut;
i. Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah
ditetapkan oleh nas syara
ii. Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai
hukumnya samada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.
iii. Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat
nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.
iv. Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara
perkara asal (al Asl) dengan yang baru (al-Furu’).
15
3. Tamadun Asing Dalam membina tamadun, Islam tidak menolak sumber-sumer yang dating
dari tamadun lain yang tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Hal ini
dapat dilihat dengan jelas misalnya apabila Islam datang ke dalam
masyarakat Arab, masyarakat Barat mahupun masyarakat Timur; Islam
menerima nilai-nilai baik masyarakat berkenaan yang tidak bertentangan
dengan syariatnya. Tamadun Islam pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh
kebudayaan masyarakat Arab. Kesan daripada interaksi antara tamadun
Islam dengan tamadun lain telah memperkayakan tamadun Islam.
16
2.5. Matlamat Tamadun Islam
Tamadun Islam sememangnya berkongsi matlamat yang sama dengan Din al-Islam
dari segi membawa misi rahmat ke seluruh alam. Tamadun Islam bergerak ke arah
merealisasikan matlamatnya yang boleh dibahagikan kepada dua iaitu matlamat
primer (utama) dan matlamat sekunder (sampingan).
Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Din iaitu
satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif. Tamadun Islam menyediakan
ruang yang kondusif kepada umat Islam untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam
yang berkaitan dengan syariat dalam pelbagai aspek merangkumi ibadat,
munakahat, mualamat, jinayat, kenegaraan dan kehakiman. Tamadun Islam
membangunkan institusi politik yang menjalankan pemerintahan negara, dasar
kerajaan berdasarkan ajaran Islam. Selain itu, tertegaknya institusi Baitul Mal yang
menguruskan sumber kewangan, pendapatan dan perbelanjaan negara, pungutan
zakat dan cukai, dan institusi kehakiman berjaya melaksanakan keadilan undang-
undang dan menjaga hak-hak setiap golongan masyarakat.
Matlamat khusus tamadun Islam ialah untuk menjalinkan dan menjaga hubungan
manusia dengan Penciptanya. Rukun islam yang kelima dan rukun Islam yang
keenam juga merupakan lambing pengakuan dan diri seseorang tentang kewujudan
Allah s.w.t. Hanya melalui keimanan kepada Allah s.w.t , manusia menjadi makhluk
yang berjiwa besar, bebas daripada rasa benci, khianat dan nafsu serta sentiasa
mengingati Allah semasa susah dan senang. Perasaan yang membentuk sifat
mahmudah pada diri Muslim seperti bersyukur, sabar dan merendah diri kepada
kekuasaan Allah s.w.t. Kepercayaan dalam rukun islam yang kelima dan pegangan
dalam rukun iman yang keenam telah melahirkan sifat ihsan dan sentiasa
bertawakal kepada Allah s.w.t.
Matlamat khusus kedua adalah untuk menjaga hubungan manusia dengan manusia.
Sebagai manusia, kita tidak boleh hidup bersendirian. Hakikat dan fitrah hidup
manusia untuk hidup saling menyayangi dan saling memerlukan. Selain itu, manusia
perlu berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi serta interaksi yang sihat serta
positif sesama manusia menyebabkan manusia dihormati dan dihargai. Interaksi
17
sosial boleh berbentuk kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, negara, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan dan sebagainya. Oleh itu, manusia perlu menyemai sikap
tolong menolong, bekerjasama dan semangat perpaduan bagi menyempurnakan
syarak Islam.
Akhir sekali, menjaga hubungan manusia dengan alam. Semua yang dijadikan di
dunia ini sama ada didataran atau di lautan adalah untuk kepentingan manusia
sejagat. Setiap satu daripadanya memainkan fungsi tertentu dan memiliki peranan
masing-masing. Melalui akal, manusia digalakkan menerokai keajaiban alam untuk
faedah sarwajagat. Allah menggalakkan hubungan manusia dengan alam supaya
manusia sentiasa mengingati Allah dan bersyukur kepada kurniaan-Nya seperti
pangkat, kebesaran dan kekayaan.
Dengan bukti dan kebesaran yang ditunjukkan dalam al-Quran, maka sewajarnya
sebagai seorang muslim sejati hendaklah ada dalam diri mereka rasa
tanggungjawab yang tinggi terhadap hubungan kepada Allah, manusia, dan alam.
Segala saranan yang disebut dalam al-Quran merupakan interaksi manusia dengan
Allah, sesama manusia dan juga alam.
18
2.6. Ciri-Ciri Tamadun Islam
Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersifat kewahyuan
Tamadun Islam bersumberkan anjuran-anjuran al-Quran dan bimbingan sunah
Rasul S.A.W. Ini bermaksud tamadun Islam adalah tamadun yang terbentuk
berdasarkan panduan dan prinsip yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W
sebagaimana yang diutuskan oleh Allah taala. Ianya bukan tamadun yang lahir
daripada akal atau nafsu manusia. Justeru prinsip dan dasar tamadun adalah
bersifat tetap kerana penentu nilainya adalah al-Quran dan Sunnah Nabi.
Tamadun Islam berorientasikan kemanusiaan
Fokus utama yang diterapkan dalam ketamadunan Islam adalah pembinaan individu
yang bersepadu dai segi roh, akal dan jasad yang akhirnya akan membentuk
keluarga, masyarakat dan negara yang sihat. Walaubagaimanapun nilaian aspek-
aspek luaran tidak ditinggalkan malah juga dianggap penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup manusia dan memenuhi fitrah manusia yang inginkan
keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang digariskan oleh Islam.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang seimbang dan sepadu. Islam menghormati kecenderungan dan fitrah manusia. Anjuran ini jelas apabila
Islam bukan hanya menekankan kerohanian semata-semata tetapi unsur kerohanian
diambil kira tanpa menyisihkan unsur kebendaan. Keseimbangan dan
kesepaduannya dapat dilihat dari sudut kepercayaan, ibadah, kerohanian dan
kebendaan, individu dan masyarakat serta batas kebebasan individu.
Tamadun Islam ialah tamadun yang bermatlamat Matlamat asas adalah untuk membawa manusia mencapai kejayaan bukan hanya di
dunia tetapi lebih utama lagi di akhirat. Justeru itukemajuan dan pembangunan
adalah bermatlamatkan pengabdian diri kepada Allah. Sekiranya setiap insan
menyedari, menghayati dan melaksanakan matlamat ini maka kita akan lihat
hasilnya iaitu semakin tinggi tamadun itu dapat diwujudkan maka manusianya akan
semakin tunduk kepada Allah.
19
Tamadun Islam ialah tamadun yang Universal (menyeluruh) dan Syumul (sempurna). Universal bermaksud ianya tidak merujuk kepada mana-mana bangsa tertentu tetapi
menjadi milik semua umat Islam tidak kira dimana sahaja berada. Ianya
dibangunkan oleh pelbagai bangsa dengan perbezaan bahasa. Manakala
syumulnya pula meliputi semua zaman dan merangkumi seluruh kejadian dan
peringkat kehidupan serta lapangan hidup manusia, dahulu, kini dan selamanya.
Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun Ia bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari
tamadun-tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan
dengan unsur-usur Islam. Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk
Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing
pencapaian-pencapaian yang diperolehi. Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam
sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman
20
2.7. Dasar Tamadun Islam Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta
menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T kepada
hamba-hamba-Nya di dunia ini, termasuklah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar
utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa aspek
penting iaitu memelihara keselamatan agama, memelihara nyawa atau jiwa, memelihara keselamatan akal, memelihara maruah atau keturunan, memelihara harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.
Memelihara Keselamatan Agama Salah satu daripada fitrah semula jadi manusia ialah memikirkan hal-hal ghaib, alam
roh dan alam ketuhanan. Sejak kelahiran Adam a.s hingga hari ini, beribu agama
kalau tidak berjuta telah menjelma di dunia ini. Sama ada agama yang hak iaitu
wahyu daripada Allah S.W.T yang berakhir dengan Islam atau agama yang batil iaitu
ciptaan manusia yang menyembah sesuatu yang lain daripada-Nya.
Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu yang sentiasa hendak beragama, maka
Allah S.W.T telah memberikan kebebasan beragama. Soal penganutan agama-
agama adalah menjadi hak asasi manusia. Antara satu sama lain tidak boleh
memaksa atau menggunakan kekerasan untuk mempercayai apa yang dianutinya.
Oleh kerana kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota
masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil,
aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta
menyerah diri kepada Allah S.W.T yang maha Esa dengan mengerjakan segala
suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.
Lebih-lebih lagi secara pasti segala suruhan-Nya seratus peratus untuk kebaikan
dan kebajikan manusia sejagat. Sebaliknya meninggalkan segala larangan-Nya juga
untuk memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan, harta
benda, hak dan kebebasan. Jesteru itu prinsip utama tamadun Islam ialah untuk
memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan
ajaran Islam contohnya ialah ajaran sesat dan budaya murtad.
21
Memelihara Nyawa atau Jiwa Tamadun Islam juga berprinsipkan untuk menjamin keselamatan setiap nyawa atau
jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang
pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri
setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam
daripada sebarang tindakan yang boleh mencederakan fizikal orang lain.
Larangan membunuh telah diperketatkan lagi dengan memberi peringatan yang
memberi kesan yang mendalam kepada diri dan psikologi setiap insane. Al-Quran
telah terlebih dahulu memberikan gambaran yang buruk terhadap perbuatan
membunuh dengan memaparkan kesan daripada jenayah itu.
Ia bukan sahaja bererti membunuh seorang manusia, tetapi bererti membunuh
seluruh makhluk manusia. Dalam erti kata seorang ialah sebahagian daripada
makhluk manusia. Makhluk manusia itu ialah satu dalam erti kata perpaduan,
kesatuan dan kerjasama antara satu sama lain.
Mereka saling perlu-memerlukan untuk menyempurnakan perjalanan dan kelicinan
hidup masyarakat manusia. Sebab itulah membunuh walaupun diri sendiri
melambangkan pembunuhan makhluk manusia pada keseluruhannya. Hal ini
disebabkan, ia telah mengurangkan satu anggota masyarakat.
Memelihara Keselamatan Akal Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada
haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan
dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan minuman
keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan fikiran.
Memelihara Maruah Atau Keturunan Fitrah semula jadi manusia selanjutnya ialah suka kepada berketurunan dan
mempunyai cahaya mata. Malangnya sejarah telah mencatatkan bahawa sejak
zaman jahiliah budaya pembuangan dan pembunuhan anak berleluasa. Untuk
memelihara generasi manusia daripada pupus, tamadun Islam memperundangkan
sesuatu untuk menyekat kemungkinan budaya itu terus berlaku.
22
Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala social seperti budaya
bohsia dan bohjan yang berakhir dengan pengguguran dan pembuangan anak luar
nikah dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia,
tamadun Islam telah mengharamkan segala punca yang membawa kepada zina dan
perbuatan pengguguran dan pembuangan anak.
Memelihara Harta Benda Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Jesteru
tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya.
Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal
diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh,
barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan.
Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi
individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada
sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya.
Memelihara Hak Dan Kebebasan Tamadun Islam juga memelihara hak dan kebebasan manusia yang dibahagikan
kepada dua bahagian utama iaitu hak Allah S.W.T dan hak manusia :
Hak Allah
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hal Allah S.W.T merupakan kebebasan
manusia daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah S.W.T dalam erti
kata yang lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah S.W.T ialah
pentauhidan terhadap-Nya. Tamadun Islam juga menjamin hak dan kebebasan
berkaitan dengan hak Allah S.W.T melalui tiga cara :
i) Kebebasan daripada Taklid Telah menjadi kegemaran dan tabiat manusia itu sendiri yang suka mengikut
apa yang telah menjadi tradisi bagi mereka. Tradisi dan adat pusaka yang
bertentangan dengan akidah,syarak dan akhlak ialah belenggu yang
membendung dan mengikat akal manusia daripada berfikir secara rasional
23
dan matang. Tamadun Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada
belenggu yang menindas akal mereka.
Pematuhan kepada isme-isme yang beraneka corak pada masa kini seperti
sekularisme dan sebagainya juga merupakan penjajahan akidah dan
pemikiran yang sentiasa diperjuangkan penghapusannya oleh tamadun Islam.
Isme-isme itu hanya buah fikiran pendeta dan ahli falsafah yang sesat.
ii) Alam Bukti Kewujudan Allah S.W.T Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung
dalam al-Quran tentang sifat ketuhanan Allah S.W.T, mereka dikehendaki
meneliti, merenung, berfikir dan menjalankan penyelidikan terhadap kejadian
alam kerana dengan berbuat demikian kelak akan mencetuskan keimanan
yang kuat dan unggul terhadap kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya.
iii) Kebebasan daripada Kesesatan Akal manusia hanya terbatas kekuasaannya di ruang alam benda.
Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh dan hal ketuhanan bukan urusan
dan bidang yang dapat diterokai oleh akal. Jesteru itu, mahu tidak mahu, dia
mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran yang merupakan
wahyu daripada Allah S.W.T.
Hak manusia
Kebebasan yang ada kaitannya dengan hak manusia daripada kaca mata tamadun
Islam ialah seperti berikut :
i) Kebebasan Bergerak Kemerdekaan bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi
hak asasi manusia yang dijamin oleh tamadun Islam. Kebebasan bergerak
dan bertindak yang dijamin oleh tamadun Islam selagi tidak bertentangan
dengan akidah, syarak dan akhlak.
24
ii) Kebebasan Bersuara Islam menganggap bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan
mengeluarkan buah fikiran merupakan hak asasi manusia. Setiap manusia
mempunyai bakat semula jadi yang dapat diperkembangkan sehingga boleh
mengeluarkan fikiran yang bernas dan bermutu. Buah fikiran yang bermutu
inilah yang menghasilkan tamadun yang bermutu tinggi asalkan ia
berasaskan kepada akidah, syarak dan akhlak.
iii)Kebebasan Berpersatuan Kewajipan melaksanakan konsep syura dalam Islam ialah bukti yang nyata
bahawa umat Islam diberi kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan.
iv) Kebebasan Beragama Tamadun Islam memperjuangkan kebebasan beragama. Setiap manusia
mempunyai kebebasan untuk beragama.
25
KESIMPULAN Kesimpulannya, tamadun Islam bukanlah pada bangunan yang cantik, tinggi dan
gagah, walaupun umat Islam pernah membangunkan bangunan-bangunan
seumpama itu yang sesetengahnya masih berdiri megah hingga kini. Anggapan
bahawa tamadun Islam itu adalah pada keluasan empayar adalah tidak benar
walaupun Islam pernah membentuk empayar yang menguasai tiga suku dunia.
Tamadun Islam juga bukan pada kekayaan dan harta benda walaupun Islam pernah
membentuk kerajaan yang kukuh kedudukan ekonominya dan memiliki kekayaan
yang melimpah ruah. Tamadun Islam juga bukan pada ilmu yang tinggi walaupun
perkembangan ilmu yang dicetuskan oleh umat Islam pernah mencapai tahap yang
tinggi suatu ketika dahulu.
Tamadun Islam adalah tamadun yang dibina atas petunjuk al-Quran adan as-
Sunnah. Dalam erti kata lain, tamadun Islam itu lahir bilamana umat Islam
menegakkan syariat Islam, berakhlak baik dan memiliki taqwa yang tinggi. Tamadun
Islam tidak hanya member penekanan kepada pencapaian lahiriah semata-mata
tetapi turut memberi tumpuan pada pencapaian rohaniah.
Tamadun Islam bermula daripada dorongan iman. Dari situlah terbinanya rohaniah
umat Islam. Dengan imanlah manusia mampu menegakkan syariat, berakhlak baik
dan membina sifat taqwa. Di atas iman yang kukuh maka terbangunlah agama Islam.
Apabila Islam tertegak dalam diri dan masyarakat, dengan sendirinya kemajuan lahir.
Kerana Islam itu tabiatnya berkemajuan.Iman yang lemah maka bermulalah
pengabaian dan kerosakan institusi pendidikan Islam secara formal. Apabila hati
ketandusan iman, manusia berkejar-kejaran mengejar kemajuan namun apa yang
dikejar itu tidak lagi atas dorongan iman. Orang-orang ini tidak akan dibantu usaha
mereka oleh Allah SWT. Ketandusan iman adalah tanda kepada keruntuhan rohani
yang mana turut menyebabkan keruntuhan lahiriah.
Oleh itu, masyarakat masa kini yang kian pesat membangun dipacu oleh arus
kemodenan dan teknologi harus sedar bahawa pembangunan lahiriah sahaja tidak
mencukupi. Iman di dada perlu utuh agar tidak menuju kemusnahan seperti mana
yang berlaku ke atas empayar Islam di penghujung kegemilangannya.
26
27
RUJUKAN
1. Ensiklopedia Islam, Jilid 10, 1998, Malaysian Encyclopedia Research Outer Bhd
2. Muqaddimah Ibnu Khaldun, 1983, Pustaka Nasional Pte Ltd
3. http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab%201%20Pengenalan%20ilmu%20keta
madunan.pdf
4. http://syafironline.blogspot.com
5. Catatan Ringkas Perbincangan Mengenai Tamadun, 2007, Angkatan Edaran
Ent Sdn Bhd
6. Pengajian Tamadun Islam, Edisi Kedua, PTS Professional
7. Tamadun Islam, Edisi Maktab Perguruan, 2004, Utusan Publications &
Distributions Sdn Bhd
8. Sejarah Pemikiran da Tamadun Islam, 2009, Pusat Penerbitan Universiti
(UPENA), UiTM