169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi

Click here to load reader

Upload: ramlah-lanlah

Post on 08-Feb-2017

299 views

Category:

Science


1 download

TRANSCRIPT

Slide 1

Inovasi dan perubahan dalam pendidikanNg Zhu AnnYew Jie YingSiao Chiew HongPISMP BC/PJ/PS SEM 8

Apa yang boleh didefinisikan sebagai Inovasi?

Ronger E. Miller (1971) - idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.

Spencer (1994) - sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) - idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

Oldham dan Cuming (1996) - kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Inovasi adalahSatu kaedah di mana idea-idea kreatif dan inovatif tercetus bagi mencari jalan untuk menghasilkan atau mempertingkatkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

Inovasi dalam PendidikanBerasaskan penemuan, inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif

Memberikan penekanan kepada mencari, meneroka, menilai dan menggunakan maklumat.

Kenapa Inovasi Diperlukan dalam Pendidikan? Penggunaan teknologi yang canggih Menginstitusikan idea dgn mantapAmalan terkini digunapakaiLahir masyarakat dan negara yang inovatif dan kreatif

Apakah Inovasi dan Perubahan Pendidikan yang sedang Berlaku di Malaysia?

Adakah anda sedar bahawa Katak juga terlibat dalam Inovasi Pendidikan?

FrogAsia Transforming Education Through the InternetFrog Asia

FrogAsiaTujuan: Memberi Inspirasi untuk PerubahanObjektif: Memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru tentang perlunya kaedah pengajaran baru

Bagaimana Frog Dilaksanakan?Melibatkan keseluruhan warga sekolah.

Guru Besar / PengetuaStaf SekolahMuridGuruIbu Bapa

Penglibatan Keseluruhan Warga Bertujuan:Mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menarik menerusi pendekatan yang holistik terhadap teknologi dan memberi fokus kepada kegunaannya sebagai medium untuk memperbaiki sekolah secara menyeluruh.

Mengapa Frog Diperkenalkan?Media yang dapat mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera. Dapat menyediakan pengalaman dan persepsi yang sama kepada murid.Memudahkan guru untuk memberi latih tubi yang berkait rapat dengan topik pembelajaran.Hubungan positif guru-murid dapat dipereratkan

Adakah Frog Membantu dalam P&P?KebaikanKeburukan

KebaikanMerupakan Facebook Sekolah Membolehkan Pendidikan Jarak Jauh dilakukan terutamanya tiada kehadiran guruMembolehkan murid-murid belajar mengikut kadar dan tahap yang sesuaiMembantu guru menjalani kaedah tutorial dengan lebih menarik.

Dapat melaksanakan perbincangan secara terbuka.Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Memperkayakan pengalaman murid. Membetulkan sebarang salah tafsir melalui contoh-contoh yang menyeluruh dan jelas.

Kekangan Tidak dapat digunakan secara menyeluruh dalam kawasan pedalaman akibat rangkaian internet yang kurang. Sukar ditadbir terutamanya terlibat seluruh warga sekolahSosial ekonomi keluarga yang rendah tidak berupaya membeli komputerPengetahuan komputer yang lemah

Murid-murid menyalahgunakan kemudahan tersebut. Penyediaan alatan yang tidak mencukupi dalam makmal komputer sekolah. Guru tidak dapat meluangkan masa untuk memuat naik latih tubi atau mengemukakan perbincangan secara online.

Reka bentuk resos

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran-Reka Bentuk ResosTeknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas.Tanggungjawab menghasilkan resos tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana mereka tidak arif dalam aspek pedagogi (Mohd.Jasmy et.al.2001)Kepelbagaian kebolehan murid menyebabkan guru perlu memilih media yang mengandungi unsur-unsur seperti audio dan visual.

Reka Bentuk Resos PengajaranMerupakan satu proses sistematik untuk mereka bentuk,membangun,melaksana dan menilai bahan pengajaran.Model reka bentuk resos pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang berskala kecil dan tertumpu kepaa perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja.Reka bentuk resos mampu melahirkan guru yang berkeyakinan,berkompeten dan menepati masa.

Model ASSUREModel ASSURE boleh digunakan untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalian pengajaran kerana model ini memerlukan penggunaan media (Heinich,1982).Enam perkara penting Model ASSURE

Model ASSURE

Kebaikan-Kebaikan Resos

Kebaikan-Kebaikan Resos1.Menepati Arahan (Instruction adequacy) mempertimbangkan keupayaan murid dan guru sesuai untuk pelbagai persekitaran pembelajaran pelaksanaan secara profesional boleh disesuaikan dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berbeza

2.Kos Berpatutan (Cost effectiveness) pelaksanaan penilaian yang baikpemilihan dan penggunaan berdasarkan keberkesanan

Samb.Kebaikan Resos3.Hiasan Berpada (Cosmetic adequacy) kualiti grafik kualiti video kualiti animasi kualiti suara dan bunyi kualiti paparan kualiti warna dan bentuk huruf

4.Ketepatan Teknik (Technical adequacy) spesifikasi dan keperluan perkakasan yang jelas program-program yang tiada kesilapan manual bertulis dengan baik mudah dicapai

Contoh-contoh reka bentuk resos

Patuhi apa sahaja yang disampaikan semasa zaman KBSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relavan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Perubahan KSSRDigubal dalam bentuk pernyataan standard, iaitu standard kandungan dan standard pembelajaran.Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Reka bentuk adalah secara modularSemasa tahap 1, 3 modul diaplikasikan (teras asas, teras tema dan elektif) dan 2 modul (teras dan elektif)digunakan semasa tahap 2. Elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK secara eksplisit. Fokus pada 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

Apakah Strategi Pengajaran Pembelajaran yang Sesuai yang Boleh Diaplikasikan?

Strategi Pengajaran Pembelajaran yang InovatifPembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan MasalahPembelajaran ElektronikPembelajaran Berasaskan Laman Sesawang

Pembelajaran Berasakan ProjekKaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan autentik yang kompleks, dan direka bentuk untuk menghasilkan produk atau tugasan.

Jenis ProjekProjek ringkas berdasarkan satu mata pelajaran. Tempoh masa dari 1 hingga 2 minggu. Projek jangka masa panjang (1 tahun), berbentuk rentasan kurikulum (pelbagai mata pelajaran) dan penglibatan komuniti luar sekolah.

Ciri-ciri Jangka masa panjang Berbentuk gabungan beberapa mata pelajaranBertitik tolak satu persoalan yang mencabar dan konstruktifBerpusatkan pelajar

Berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif dan kolaboratifBersepadu dengan isu sebenar dan amalan sebenar dalam persekitaran Menggunakan alat berasaskan teknologiMembawa kepada penghasilan yang positif

Adakah PBL sesuai digunakan dalam pelaksanaan KSSR?Sejauh manakah KSSR membantu dalam transformasi pendidikan?

Kelebihan KSSRGuru berpeluang merekabentuk resos ataupun media sendiri berdasarkan standard yang ditetapkan.Fun n Learning dititikberatkan.Pelbagai kaedah dan strategi boleh digunakan untuk menyampaikan isi kurikulum

Masalah dalam KSSRDisiplin murid tidak berubah malahan bertambah terukStandard yang telah ditetapkan kadang-kala kurang sesuai atau tidak tepatKetinggalan pembelajaran dalam kalangan murid luar bandar akibat daripada tahap kebolehan, kepintaran dan sebgainya.

Murid-murid sukar meluahkan perasaan mereka dengan sepuas-puasnya semasa menghadiri Kelas Kesenian. Terdapat guru yang akan mengikuti pengajarannya dengan menggunakan bahan-bahan yang telah sedia bekal.

Future of Education

Bilik Darjah Maya

Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Classroom)Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal ) yang dikenali sebagai blended.

Komponen AsasSumber bahan - semua maklumat yang diperlukan boleh didapati melalui bahan yang dimuat naik. Perhubungan peralatan seperti Bulletin Board, E-Mail, Fail Sharing dan Discussion Forum perlu disediakan bagi memudahakan pertukaran idea, maklumat dan pandangan.

Fungsi Pentadbiran pendaftaran peserta diperlukan bagi membolehkan mereka melihat maklumat orang lain yang menyertai pembelajaran tersebut.

KelebihanKawalan capaian menggunakan kata laluanMerekod, memantau, mengumpul dan menganalisis prestasi pelajarTerdapat ruang storan untuk menyimpan dan bertukar maklumatKemudahan untuk mengemaskini bahan pembelajaran

KelemahanKemahiran dan pengetahuan teknologi yang rendah dalam kalangan muridPenubuhan Bilik Darjah Maya memerlukan kos yang tinggiRangkaian internet yang tidak stabil akan mengganggu pembelajaran

Reka Bentuk Pentaksiran dan PenaksiranInstrumen Pemantauan Penjaminan Kualiti PBS

PBS

Apa Itu PBS?Satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan FPK dan KSSR.

Tujuan PBSMemantau perkembangan murid secara berterusan. Memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran muridDapat memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid.Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Penjaminan Kualiti PBS Dapat Dicapai Melalui:Pementoran proses membantu, memudahcara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Penyelarasan proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan

Pemantauan proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pengesanan proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Adakah Penjaminan Kualiti terjamin dalam PBS?

Isu Pelaksanaan PBS PBS membebankan Memerlukan evidens yang banyak Prestasi murid tidak dapat dikesani Instrumen yang selaras Masa tidak membenarkan Penangguhan dalam P&P

Sekiranya murid gagal, berapa ulangan pentaksiran boleh dilakukan? Kemasukan SPPBS yang membazirkan masa

RujukanBuku Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013). Guru dan Cabaran Semasa. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Laman Web Dr. Sajap Maswan. Pembelajaran Maya (Virtual Learning) dan Pembangunan Komuniti. Pulau Pinang: IPG Tengku Bainun. Dipetik daripada http://www.sajadstudio.info/artikal/virtual_komuniti.pdf

Sektor Penilaian dan Peperiksaan (2011). Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Alor Setar: JPN Kedah. Dipetik daripada http://www.kedah.edu.my/sahc/dokumentasi/lain-lain%20dokumentasi/pbs%202011.pdf

Video Eon Reality (2010, Nov 10). 3D Virtual Learning The Future Of Education. Dipetik daripada http://www.youtube.com/watch?v=JVWQWetoNtM

Keluaran Terbitan Lembaga Peperiksaan (2011). Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Unit Komunikasi Korporat (2013). Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia Soalan -soalan Lazim. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian.