boleh luangkan sedetik masa anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk...

12
Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Upload: lemien

Post on 10-Apr-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Page 2: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda...

Izinkan kami mengambil beberapa detik daripada masa anda untuk menunjukkan apa yang telah dilakukan oleh Kumpulan Syarikat TM sepanjang tahun ini. Kami telah menyelaraskan semula perniagaan dan jenama kami selain daripada cara kami bekerja, agar kami dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada usaha yang membolehkan pihak berkepentingan kami menikmati detik-detik kehidupan yang lebih indah.

Sudikanlah membaca, dan anda akan lihat bagaimana kami telah memperhalus dan mentakrif semula detik-detik TM itu sendiri agar dapat menambah nilai kepada kehidupan mereka yang kami sentuh.

Page 3: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Strategi &Kelestarian Kami

12

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Strategi Sekilas Pandang

Visi KamiUntuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah

demi Kesejahteraan Malaysia

Hidup Lebih Mudah bukan sekadar suatu slogan; ia adalah kepercayaan, tumpuan dan janji kami dalam menyampaikan pengalaman digital yang terhubung dan

tanpa batasan kepada para pelanggan kami.

Menghubungkan Strategi Kami

Kami telah mengenal pasti suatu matlamat baharu dalam menjadikan Hidup Lebih Mudah, iaitu dengan berada di sisi para pelanggan dan pihak berkepentingan dalam setiap Detik Perkongsian mereka. Berpandukan teras strategi utama kami iaitu Memacu Konvergens serta Memperkasakan Digital, kami telah memperkenalkan sebuah model

pelaksanaan baharu yang dinamakan PERFEXE 10 bagi mencapai matlamat kami.

Matlamat KamiMentakrifkan semula matlamat perniagaan

kami untuk sentiasa bersama pelanggan dan pihak berkepentingan sepanjang Detik-detik

Perkongsian mereka

Teras StrategiMemberi tumpuan berterusan terhadap teras strategi kami, iaitu Memacu Konvergens dan

Memperkasakan Digital

Model PelaksanaanMenyelaraskan semula keutamaan

Kumpulan dengan mewujudkan perancangan yang jelas bagi mencapai

aspirasi kami dalam masa yang ditetapkan

10_

Page 4: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

13

MATLAMAT KAMI

Detik-detik Perkongsian

Hidup ini adalah himpunan detik-detik, dan di TM, kami meraikan semua detik yang bermakna dalam kehidupan seharian. Terdapat pelbagai detik dalam kehidupan kita, sama ada meraikan kejayaan, perbualan dengan orang tersayang, atau penemuan sesuatu yang baharu. Kita pasti ingin berkongsi detik-detik tersebut dengan insan yang bermakna kepada kita.

Dalam era konvergens kini, detik-detik ini dikongsi secara langsung, semasa ianya berlaku merentasi pelbagai platform digital. Oleh kerana kami memahami setiap detik adalah penting dan bermakna, kami bermatlamat untuk menghubungkan setiap orang agar dapat berkongsi detik-detik tersebut dalam dunia digital melalui kami, satu-satunya rakan yang boleh dipercayai.

Setiap hari, kita berkongsi pelbagai detik di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Semasa kita menyusuri setiap detik sepanjang 24 jam sehari, para pelanggan kami dapat berkongsi detik-detik mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dengan menggunakan sebarang peranti apabila menggunakan rangkaian perkhidmatan kami. Baik untuk individu ataupun perniagaan, kami sentiasa bersama mereka, sama ada melalui unifi, TM ONE atau TM GLOBAL.

Apabila pelanggan kami berkongsi detik-detik kehidupan mereka, ianya diterjemahkan menjadi sebahagian perkongsian perolehan kami yang seterusnya mencipta lebih nilai kepada semua pihak berkepentingan. Perkongsian perolehan merujuk kepada jumlah perbelanjaan isi rumah pelanggan dengan TM. Kini, keterhubungan kepada dunia digital telah menjadi sebahagian daripada kepentingan bagi sesebuah isi rumah untuk kehidupan yang lebih mudah. Dengan itu, kami berupaya meningkatkan perkongsian perolehan dengan meraih lebih banyak perkongsian detik-detik kehidupan pelanggan, di dalam dan luar kediaman, pada bila-bila masa sahaja.

PELANGGAN DALAM DETIK-DETIK

PERKONGSIAN MEREKA

Detik-detik di Rumah Detik-detik di Tempat Kerja Detik-detik di Jalanan

NILAI UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN

Mencipta

PERKONGSIAN PEROLEHAN KAMI

Diterjemahkan kepadaSentiasa berada di sisi

Page 5: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Strategi &Kelestarian Kami

14

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

TERAS STRATEGI

Setelah beberapa lama, rangka kerja strategi keseluruhan kami telah berkembang (sila rujuk Laporan Tahunan Bersepadu TM 2016 untuk rujukan lanjut). Kami terus menyampaikan konvergens berdasarkan lima (5) teras utama, iaitu Kehidupan Pintar, Perniagaan Pintar, Bandar Pintar, Komuniti Pintar serta Negara Pintar. Teras utama ini melambangkan sumbangan kami sebagai Peneraju Konvergens kepada pelanggan dan negara, sejajar dengan visi dan jenama kami yang DIYAKINI. Kami juga telah menyatu dan menggabungkan kluster perniagaan dan jenama kami kepada unifi, TM ONE dan TM GLOBAL, untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan. Kluster-kluster perniagaan ini disokong oleh pengupayaan digital yang diselia oleh Pusat Digital Kumpulan yang baru ditubuhkan serta di luar kategori produk dan perkhidmatan iaitu Kumpulan Pendidikan dan Tanggungjawab Korporat. Dasar rangka kerja ini dijana oleh warga kerja kami yang sentiasa berpandukan nilai-nilai KRISTAL.

Strategi keseluruhan kami kekal utuh di mana kami telah mentakrifkan bidang tumpuan utama untuk tiga tahun yang akan datang. Kami terus memberi tumpuan terhadap dua teras strategi, iaitu Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital.

Memacu Konvergens merujuk kepada usaha kami yang berterusan untuk menyampaikan perkhidmatan jalur lebar yang pantas serta memberi pengalaman digital yang menyeronokkan kepada para pelanggan kami. Ini adalah selari dengan strategi kami untuk Memperkasakan Digital dalam operasi harian kami, dengan menghapuskan proses yang lapuk dan melaksanakan inovasi digital bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

MEMACUKONVERGENS

TER

AS

STR

ATE

GI

PR

INSI

PD

ASA

R

Hidup Lebih Mudah TM

PENGUTAMAAN PRODUKTIVITI

MEMPERKASAKANDIGITAL

PEMBUDAYAAN INOVASI

Strategi Sekilas Pandang

Tumpuan Strategi Kami Secara Keseluruhan Bidang Tumpuan Utama 2018 - 2020

Kehidupan Pintar

Perniagaan Pintar

Bandar Pintar

Komuniti Pintar

NegaraPintar

Melangkaui Produk & Perkhidmatan

NILAI-NILAI KRISTAL

Komitmen Menyeluruh

Terhadap Pelanggan

Kewibawaan Tanpa Kompromi Hormat & Prihatin

Hidup Lebih Mudah TM

Untuk Menjadikan Hidup dan Perniagaan Lebih Mudah, Demi Kesejahteraan Malaysia

DIYAKINI

PENERAJU KONVERGENS

MUDAH INOVATIF

Pusat Digital

Kumpulan

Kumpulan Pendidikan

TanggungjawabKorporat

Page 6: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

15

MODEL PELAKSANAAN

PERFEXE 10 merupakan sebuah model pelaksanaan yang padu dan agresif. Menerusi PERFEXE 10, kami telah mengenal pasti dan mengutamakan 10 pelan komprehensif bagi Memacu Konvergens dan Memperkasakan Digital. PERFEXE 10 telah dirangka untuk mendorong kami secara proaktif dan membawa TM ke tahap seterusnya. PERFEXE 10 adalah berpaksikan tiga prinsip utama.

Aspirasi

Setiap kluster pasaran - unifi, TM ONE dan TM GLOBAL - menetapkan Sasaran Aspirasi yang menjangkaui KPI untuk jangka masa panjang. PERFEXE 10 bakal menyaksikan Kumpulan TM, termasuk Fungsi Pusat dan Perniagaan Sokongan menetapkan aspirasi baharu dalam usaha untuk memotivasi anggota agar mencapai lebih kejayaan.

Pemacuan

Mengikuti perkembangan teknologi yang pesat serta perubahan trend pasaran yang disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan dengan lebih pantas dan memperluas liputan sebelum pesaing yang lain. Pemacuan ini turut berkait dengan kepantasan pelaksanaan.

Pelaksanaan

Di antara sebab kewujudan kami adalah untuk melaksanakan Konvergens dan gaya hidup Digital untuk setiap orang tanpa mengira tempat atau peranti. Untuk mencapai hasrat ini, ia bermula dengan asas memaksimumkan liputan keterhubungan kami bagi talian tetap dan tanpa wayar. Kami sentiasa menambah baik dan memperluas rangkaian, di samping melaksanakan inisiatif bagi mewujudkan sebuah landskap digital bagi setiap orang untuk mengambil bahagian dan berkolaborasi.

Huraian PERFEXE 10 akan dibincangkan dalam Perbincangan & Analisis Pengurusan.

MODEL PELAKSANAAN 2018 - 2020

10_

Menyatukanunifi

Mentransformasi Perniagaan unifi

TM ONE sebagai

Pengupaya Digital Industri

Menegak

MemacuPertumbuhan

denganTM GLOBAL

MemperkasakanDigital

Meningkatkan Kegembiraan Anggota

MempercepatPelaksanaan

Rangkaian

MeliberasiWiFi

Mengerah Aset

Yakin sebagai Nilai Mutlak

10_

01_ 02_

03_

04_

05_

06_07_

08_

09_

Page 7: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Strategi &Kelestarian Kami

16

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Di TM, kelestarian telah tersemat di dalam budaya kami, di setiap pemikiran dan menjadi panduan setiap tindakan kami - dari penghasilan tawaran digital terkini untuk para pelanggan sehinggalah kepada operasi harian kami, serta memastikan sambungan jalur lebar negara ‘sentiasa ada’.

Komited terhadap amalan yang mampan, kami mampu mengimbangi peluang dan risiko perniagaan dalam bidang ekonomi, alam sekitar dan sosial dengan baik.

Penyata Kelestarian

Page 8: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

17

Sebagai Peneraju Konvergens di Malaysia, matlamat kami adalah untuk beroperasi dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kami menggunapakai amalan-amalan kemampanan dalam setiap perkara yang kami lakukan, dari memastikan kegembiraan Warga Keluarga TM, sehinggalah kepada merapatkan jurang sosioekonomi, serta memelihara alam sekitar. Kami mematuhi piawaian tertinggi dalam tadbir urus sebagai usaha kami untuk menjadi warga korporat contoh, mengendali operasi kami dengan cara yang dapat menepati sasaran perniagaan kami, serta memenuhi keperluan sosial dan memelihara alam sekitar.

Kemampanan di TM diketuai oleh Lembaga Pengarah kami yang menyelia pematuhan komersial dan kawal selia serta mengekalkan matlamat Syarikat untuk menjadi sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan mampan. Pemimpin Pengurusan kami memastikan kemampanan diintegrasikan dalam semua operasi di seluruh Syarikat. Kemampanan turut dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Risiko Lembaga sebagai usaha untuk mengurus perkara-perkara yang menjadi perhatian pihak berkepentingan yang merupakan kunci kepada pelaksanaan kami dalam menguruskan risiko baru dan berpotensi. Pada 2017, kami telah menjalankan kaji selidik materialiti keempat kami untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai isu-isu penting kepada pihak berkepentingan kami. Hasil kaji selidik materialiti ini akan membantu kami merangka inisiatif kelestarian kami untuk tahun-tahun mendatang, dengan menjadi penanda arah berguna dalam perjalanan kemampanan kami.

Kemampanan di TM diterajui oleh Lembaga Pengarah kami

yang menyelia pematuhan komersial dan kawal selia serta

mengekalkan matlamat Syarikat untuk menjadi sebuah organisasi

yang bertanggungjawab dan mampan.

Para pembaca hendaklah membaca Penyata ini bersama dengan Laporan Kelestarian 2017 kami yang menyediakan penjelasan menyeluruh tentang pendekatan kami terhadap kelestarian dan bagaimana kami menguruskan isu-isu penting kami. Dalam laporan tersebut, kami mengkategorikan inisiatif kami mengikut impak terhadap Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial.

Kami telah menghuraikan inisiatif-inisiatif yang dijalankan dalam mengendalikan isu-isu penting kami berdasarkan tiga kategori ini, dan turut membincangkan kaitannya dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG).

Page 9: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Strategi &Kelestarian Kami

18

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

IMPAK EKONOMI Meningkatkan Impak EkonomiSeiring dengan Strategi Perniagaan kami untuk Memacu Konvergens & Ke Arah Digital, kami menerajui usaha dalam peralihan Negara kepada ekonomi digital. Kesemua produk dan perkhidmatan kami - dari jalur lebar ke mudah alih dan WiFi, dan Segalanya Internet (IoT) ke Pusat Data – memudahkan kerja dan gaya hidup digital. Kami terus menjadi peneraju dalam ekonomi digital negara menerusi perlaksanaan jalur lebar kami untuk negara dan merapatkan jurang digital. Kami menyokong objektif Kerajaan ke arah meningkatkan kemampuan, jangkauan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar. Dalam memainkan peranan unik kami untuk melindungi kepentingan negara, kami kini mempunyai liputan unifi yang bersepadu di seluruh negara merangkumi jalur lebar, mobiliti dan WiFi. Kami telah memberi nafas baru kepada kluster perniagaan kami untuk memberi khidmat yang sepenuhnya kepada para pelanggan kami, apabila unifi mewakili penawaran gaya hidup untuk kediaman, individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS); TM ONE menawarkan bersepadu sepenuhnya untuk perniagaan menegak dalam sektor perusahaan dan awam; dan dari sudut ekonomi, TM GLOBAL pula berperanan untuk memacu peluang digital bagi telekomunikasi domestik dan antarabangsa.

Kami turut memantapkan ekonomi dengan menyokong Program Pembangunan Vendor Bumiputera (BVDP). Sebagai tanda sokongan, sehingga kini kami telah memberikan latihan kepada 15 Vendor Bumiputera, disamping peluang perniagaan bernilai lebih daripada RM6.0 billion. Lapan daripada vendor ini telah mencatat kemajuan dengan menjadi rakan niaga strategik di bawah Program Perkongsian Strategik BVDP. Kini, kami memberi tumpuan terhadap usaha membangunkan sebahagian daripada vendor Bumiputera kami yang berjaya untuk menjadi ‘juara serantau’ menerusi penambahbaikan keupayaan eksport dan pendedahan kepada pasaran serantau.

IMPAK ALAM SEKITAR Meminimumkan Impak Alam SekitarKami menyedari tentang keperluan yang mendesak untuk semua syarikat korporat memainkan peranan mereka dalam menangani isu-isu seperti perubahan iklim; dan untuk syarikat-syarikat Malaysia melindungi serta memelihara kekayaan biodiversiti negara. Pengurangan karbon serta pemuliharaan alam sekitar merupakan dua bidang tumpuan dalam inisiatif alam sekitar kami.

Bagi mengurangkan perlepasan karbon, kami terus menambah baik pelbagai inisiatif penjimatan tenaga dalam rangkaian dan bangunan-bangunan kami. Penanda aras dan laporan terperinci berkenaan perlepasan karbon ini boleh didapati dalam Laporan Kelestarian 2017 kami.

Dari aspek pemuliharaan alam sekitar, kami meneruskan program TM Earth Camp dengan menumpukan usaha kami kepada pemeliharaan persekitaran marin. Kami juga meneruskan projek pemuliharaan terumbu karang di Pulau Tinggi dan Pulau Bidong. Kami menjadi lebih proaktif dalam memelihara bumi, menjadi pelopor ke arah pengawasan alam sekitar serta menjadi contoh kepada yang lain.

Penyata Kelestarian

Program TM 3Ducation telah menjangkau ke 85 sekolah, melibatkan

sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru dalam pengekodan masa sebenar dan

percetakan tiga dimensi.

Page 10: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

19

IMPAK SOSIAL Mewujudkan Nilai Sosial yang PositifKami berusaha menyediakan persekitaran kerja yang memberangsangkan untuk menarik penglibatan anggota kami menerusi cara yang dapat mengetengahkan kehebatan mereka. Ini dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk bekerjasama sebagai satu pasukan yang dinamik dengan visi bersama untuk mencapai matlamat korporat kami. Di samping menyediakan latihan dan peluang pembangunan yang mencukupi, kami juga menawarkan ganjaran untuk prestasi cemerlang. Selain itu, kami prihatin terhadap anggota kami dengan mementingkan kegembiraan mereka, kerana bagi kami, mereka bukan sekadar anggota, mereka adalah sebahagian daripada Warga Keluarga TM.

Pada tahun ini, kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai majikan prihatin dengan memperluaskan rangkaian faedah yang ditawarkan. Antara lain, kami tidak menggalakkan mesyuarat diadakan selepas jam 4 petang*; anggota dibenarkan bekerja setengah hari pada hari Jumaat terakhir setiap bulan*; membolehkan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan mereka yang hamil untuk pulang jam 4 petang; dan turut memperkenalkan waktu bekerja fleksibel untuk ibu hamil. Di samping itu, kami juga telah menambah baik faedah perubatan dan meningkatkan ketersediaan bantuan kewangan untuk pendidikan.

*Hanya terpakai kepada kategori anggota tertentu sahaja, terutamanya anggota bukan syif .

Pendidikan Lebih Baik untuk SemuaKami telah menyumbang ke arah pembangunan masyarakat berilmu melalui Universiti Multimedia (MMU), yang merupakan universiti swasta pertama yang ditubuhkan di negara ini, dan terus menjadi perintis di dalam pengajaran dan pembelajaran yang inovatif. Dengan memberikan tumpuan kepada kejuruteraan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT), sehingga kini, MMU telah melahirkan 52,705 graduan yang bersedia memasuki industri dengan pengetahuan keusahawanan yang tinggi.

Pada masa yang sama, kami menyediakan bantuan kewangan bagi membolehkan pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian di universiti luar negara dan tempatan yang terbaik menerusi yayasan kami, Yayasan TM (YTM). Sehingga kini, YTM telah membiayai sejumlah RM505.0 juta bagi menyokong 15,216 pemegang biasiswa untuk meneruskan pendidikan di peringkat menengah dan pengajian tinggi.

Kami turut meneruskan Program Sekolah Angkat TM, yang telah memasuki tahun ke-14, untuk mengukuhkan komitmen kami terhadap landskap pendidikan Malaysia. Kini, kami memberi bantuan kepada dua buah sekolah yang telah dijadikan sekolah angkat pada tahun 2016 - SMK Arau di Perlis dan SMK Medamit di Sarawak - dalam masa yang sama kami terus membantu SKPK Tuaran di Sabah, iaitu sebuah sekolah kanak-kanak pendidikan khas dengan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam edisi khas program percetakan tiga dimensi TM 3Ducation. Pada 2017, program TM 3Ducation telah menjangkau ke 85 buah sekolah, melibatkan sejumlah 2,907 pelajar dan 140 guru dalam pengekodan masa sebenar dan percetakan tiga dimensi. Menerusi projek tersebut, para pelajar mempelajari bagaimana untuk mengekod program mereka sendiri bagi menghasilkan objek tiga dimensi. Memperkasakan UsahawanKami mempertingkatkan kehidupan golongan yang kurang mendapat perhatian menerusi perkongsian ilmu perniagaan, rangkaian perniagaan serta kepakaran digital kami. Sepanjang tahun ini, kami telah melakukannya dengan sekumpulan usahawan wanita yang baru meningkat naik serta sekumpulan usahawan luar bandar di Kemaman, Terengganu.

TM Scale-Up merupakan sebuah program yang baharu dilancarkan di mana kami telah mengenal pasti 20 wanita yang kami percaya menerima manfaat daripada program berimpak tinggi bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka. Pada 2018, mereka akan menerima tunjuk ajar intensif untuk tempoh 90 hari bagi membantu menaikkan perniagaan mereka. Sementara itu, Pusat Digital Kumpulan (GDC) kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi pendedahan teknologi digital kepada 43 usahawan di Kemaman yang telah membantu mereka dalam penjenamaan dan pembungkusan produk serta memasarkan produk mereka atas talian. Inisiatif sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, tetapi juga kepada ekonomi setempat.

Membantu Mereka yang MemerlukanSempena meraikan #Keajaibanunifi dan #KeajaibanRamadan, kami telah menganjurkan satu projek untuk memberikan bantuan khas kepada 115 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara, mengejutkan mereka dengan bantuan kewangan berjumlah RM1.0 juta sebagai tanda unifi telah melebihi satu juta pelanggan. Bantuan tersebut memberi makna yang cukup istimewa pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sementara itu kami meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai progam sukarelawan yang dianjurkan oleh bahagian dalaman kami serta Kelab dan Persatuan TM. Sebagai peneraju Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC Disaster Response Network (GDRN), TM turut bangkit menyahut cabaran menyelaras misi bantuan bencana semasa berlakunya banjir dengan mengedar barangan keperluan dan menghulur bantuan fizikal di samping memberi sokongan kepada komuniti yang terjejas.

Page 11: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

Strategi &Kelestarian Kami

20

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2017

Kami berusaha untuk memahami jangkaan pihak-pihak berkepentingan kami terhadap TM dan isu-isu berkenaan operasi kami yang penting bagi mereka, kerana ini akan memberi impak terhadap perjalanan kami seterusnya. Rangka kerja kelestarian kami terletak pada cara kami menangani isu-isu penting ini.

Menguruskan Isu-isu Penting Kami

Apa yang kami maksudkan ini adalah isu-isu yang penting kepada kedua-dua pihak berkepentingan kami dan juga kepada TM sendiri, yang sekiranya tidak diurus, boleh memberi impak negatif terhadap prestasi kami dalam jangka masa panjang. Untuk menentukan isu-isu ini, kami menjalankan kaji selidik materialiti setiap tahun.

Kami turut menambah baik proses kami daripada tahun lalu dengan mengadakan bengkel kerja untuk anggota yang berurusan dengan pihak berkepentingan serta anggota lain untuk mendapatkan: a) isu yang mempunyai pengaruh cukup besar terhadap pihak berkepentingan kami - contohnya pelanggan, pembekal, pelabur, penganalisis, pemegang saham, pengawal selia dan komuniti; dan b) impak Kaji Selidik Penglibatan Pekerja (EES) TM yang ketara. Dengan anggota, kami membincangkan isu-isu penting yang telah dikenal pasti pada tahun sebelumnya, di samping isu-isu yang timbul daripada daftar risiko kami, iaitu yang telah dikenal pasti oleh rakan-rakan industri sebagai isu-isu penting, dan juga sebarang isu nasional atau industri lain yang berkait dengan perniagaan kami. Ini memberikan keutamaan kepada isu-isu penting kami.

Pada 2017, kami telah melibatkan lebih 3,000 komuniti dan pihak berkepentingan dalam industri, termasuk Warga Keluarga TM, bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu-isu penting kami.

Berdasarkan senarai utama ini, kami telah mengadakan temu bual eksklusif dengan pihak Pengurusan bagi mengkaji semula dan menyusun keutamaan dalam isu-isu penting, menurut pandangan pihak Pengurusan tentang kepentingan sesuatu isu itu kepada pihak berkepentingan kami, dan TM.

Pada tahun ini, kami mengenal pasti 15 isu penting - 14 yang telah dikenalpasti pada tahun 2016 ditambah dengan satu isu baharu, iaitu Keselamatan Atas Talian. 15 isu penting tersebut telah dibentang dan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Hasil kaji selidik materialiti membantu kami merancang program kemampanan kami. Kami juga menggunakan hasil kaji selidik tersebut untuk mengenal pasti trend dan isu baharu yang berpotensi untuk jangka masa sederhana. Isu-isu ini dipantau dan, jika perlu, akan dikendalikan dalam TM bagi membolehkan kami bertindak secara proaktif.

Untuk butiran mengenai isu-isu penting semasa dan bagaimana kami mengendalikannya, sila rujuk Laporan Kelestarian 2017 kami.

Mewujudkan Nilai Sosial yang Positif

M7 Tarikan dan Pengekalan Bakat

M8 Hak Asasi Manusia

M9 Kesihatan dan Keselamatan Anggota

M10 Kepuasan Pelanggan

M11 Kesihatan dan Keselamatan Pengguna

M12 Data dan Privasi Pengguna

M13 Keselamatan Dalam Talian

M14 Komuniti Sokongan

M15 Keterangkuman

Meminimumkan Impak Alam Sekitar

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan Tenaga

M6 Penggunaan Tenaga dan Sisa

Meningkatkan Impak Ekonomi

M1 Kualiti Produk

M2 Inovasi

M3 Pengurusan Rantaian Bekalan

M4 Pematuhan Peraturan

Isu-isu Penting Kami

Page 12: Boleh Luangkan Sedetik Masa Anda - tm.com.my · disruptif, kami memacu perniagaan kami untuk memperoleh keputusan dengan lebih pantas. Kami memanfaatkan inovasi untuk mencapai pelaksanaan

TELEKOM MALAYSIA BERHAD

21

Kami menumpukan kandungan Laporan Kelestarian kami kepada isu-isu penting yang telah dikenal pasti untuk tahun tertentu. Justeru, dalam laporan ini, fokus kami adalah terhadap 15 isu seperti yang dikemukakan di bawah:

MENGURUSKAN ISU-ISU PENTING KAMI

M7 Tarikan dan Pengekalan BakatM8 Hak Asasi ManusiaM9 Kesihatan dan Keselamatan AnggotaM10 Kepuasan PelangganM11 Kesihatan dan Keselamatan PenggunaM12 Data dan Privasi PenggunaM13 Keselamatan Dalam TalianM14 Menyokong Komuniti M15 Keterangkuman

M1 Kualiti ProdukM2 InovasiM3 Pengurusan Rantaian BekalanM4 Pematuhan Peraturan

Ekonomi Sosial

Penting

Ber

pen

garu

h

Paling Penting

Pal

ing

Ber

pen

garu

h

Alam Sekitar

M7

M1

M8

M9

M2

M15

M14

M13M5

M6

M3

M11M12

M4

M10

Kepentingan Impak Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial

Pen

gar

uh

ter

had

ap P

enil

aian

dan

Kep

utu

san

Pih

ak B

erke

pen

tin

gan

M5 Perubahan Iklim dan Pengurusan TenagaM6 Penggunaan Tenaga dan Sisa