10 buku hem 2011 - bidang tugas pk hem unit hem dn guru kelas

of 25 /25

Click here to load reader

Author: wanraff

Post on 12-Sep-2015

111 views

Category:

Documents


8 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hem

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESAMINIUMBIDANG TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertangungjawab dalam pengurusan, perancangan, pengelolaan dan penyeliaan perkhidmatan sokongan kebajikan murid di peringkat sekolah.Terdapat unit-unit dan jawatankuasa kecil iaitu:

1) PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING2) PENGURUSAN DATA / SMM / BMM & DOKUMEN MURID3) PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN4) PENGURUSAN BADAN PENGAWAS5) PENGURUSAN KANTIN6) PENGURUSAN KEBAJIKAN / KWAMP / SBT7) PENGURUSAN PROGRAM 3K / RIMUP8) PENGURUSAN RMT & PSS9) PENGURUSAN PERABOT & STOK INVENTORI10) PENGURUSAN PROGRAM PPDa11) PENGURUSAN SPBT12) PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS13) PENGURUSAN KEDAI BUKU14) PENGURUSAN SP SETIA15) PENGURUSAN SIARAYA

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A) Bidang Tugas:1) Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.2) Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.3) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.4) Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.5) Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.6) Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.7) Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.8) Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

B) Pentadbiran1) Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.2) Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.3) Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.4) Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.5) Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.6) Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.7) Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.8) Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.C) Disiplin:1) Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.2) Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.3) Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.4) Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.5) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D) Bimbingan dan Disiplin:1) Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling2) Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling3) Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.4) Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.5) Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.

E) Program Perlindungan:1) Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.2) Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.3) Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.4) Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.

F) Skim Pinjaman Buku Teks:1) Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.2) Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.3) Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.4) Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.G) Biasiswa Dan Bantuan:1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.

H) Tugas Dan Tanggungjawab Lain:

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)1. DISIPLIN1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.

4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

5. BIASISWA DAN BANTUAN5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN6.1 Projek Susu Sekolah.6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. PENTADBIRAN.2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

3. KURIKULUM.3.1 Pengajaran dan pembelajaran.3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. KOKURIKULUM4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform.4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)5.1 Menghadiri kursus.5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.5.5 Penglibatan dalam PIBG

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING1) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah2) Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bubal dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa, orang perseorangan, wakil penduduk dan lain-lain3) Merancang, mengawal selia dan mengemaskini data dan inventori murid4) Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai5) Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling berkelompok dan tunjuk ajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum6) Merancang, melaksana dan mengawal selia bimbingan dan kaunseling secara individu dan berfokus secara professional dan beretika7) Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid8) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan dan alcohol9) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti selepas UPSR10) Merancang, Menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas UPSR11) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi serta rujukan berhubung bimbingan kerjaya dan pencegahan dadah12) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar13) Membuat penilaian aktiviti, modul instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan di sekolah14) Merancang, meyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perhidmatan bimbingan di sekoolah15) Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah16) Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan kaunselinng di sekolah17) Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis18) Menjadi personel perhubungan serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan19) Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum dan kokurikulum sekolah20) Menjadi AJK dalam Majlis Perancangan Sekolah21) Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor Mentee sekolah22) Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid seperti , kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus kenegaraan dan sebagainya23) Menjadi uruseti kepada jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Penempatan dan Kemasukan murid24) Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri25) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasaUNIT LEMBAGA DISIPLIN1) Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran. 2) Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah.3) Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.4) Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Ketua Guru Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin. 5) Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin.6) Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan, serta menyelaras rekod sistem penalti7) Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.8) Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.9) Menanam semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.10) Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.11) Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 12) Merancang, menyelia dan meyelaras Program Pencegahan Jenayah dan Ponteng Sifar13) Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pelajaran dan PPD.14) Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 15) Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.16) Memberi perhatian terhadap peraturan-peraturan sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya.17) Memerhatikan tingkah laku murid, baik perseorangan mahupun kumpulan dan memastikan langkah-langkah diambil terhadap tingkah laku yang tidak sesuai.18) Memastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambut murid dipaparkan ditiap-tiap kelas atau sudut-sudut tertentu.19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit disiplin20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT BADAN PENGAWAS1) Menyediakan senarai tugas senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas.2) Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual bertugas yang ditetapkan.3) Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih yang dicalonkan oleh para guru.4) Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas5) Mengadakan menysuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kali setahun6) Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas7) Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas8) Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa kemas berbudi bahasa dan sentia membantu guru9) Menyediakan jadual tugas pengawasa bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat10) Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk arah jika skolah menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah11) Merancang dan menyelaras program lawatan sambil belajar12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KANTIN

1) Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri 2) Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungi bahan yang tidak halal.3) Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam perjanjian.4) Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.5) Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria.6) Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan pelalian dan menjalani pemeriksaan kesihatan.7) Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.8) Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan.9) Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak didedahkan kepada lalat.10) Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi.11) Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu.12) Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,selamat dan sesuai.13) Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat untuk ahli-ahli jawatankuasa kantin.14) Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan Kendiri Kantin.15) Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untu dihantar kepada PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.16) Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggar mana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung dalam perjanjian kantin.17) Merancang program berkenaan makanan sihat dan seimbang serta adab dan tatacara serta tatalaku murid semasa berada di kantin.18) Merancang, melaksana serta membuat kertas kerja bagi projek keceriaan kantin sekolah19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kantin20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KEBAJIKAN / KWAMP / SBT1) Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti Pelajar miskin Pelajar Yatim / Yatim Piatu Kemalangan Rawatan berterusan (penyakit kronik) Kematian Kecemasan / bencana2) Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan.3) Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di semping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.4) Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.5) Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.6) Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat untuk menabung.7) Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas menguruskannya.8) Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan sempurn9) Mengurus dan mengelola serta menyalurkan sumbangan derma dan bantuan pendidikan daripada pihak kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan seperti Bantuan Kwamp Bantuan SBT Jabatan Kebajikan Masayarakat Pusat Zakat Mengurus Penyertaan skim insuran murid dan program menabung Bantuan Zakat daripada Bank Rakyat10) Menyelaras, mengemaskini dan membuat semakan serta pendaftaran maklumat Ketua Isi Rumah Murid (KIR) yang miskin dan berpendapatan di bawah RM 700 ke dalam portal eKASIH11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kebajkan12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PROGRAM 3K

Umum1) Merancang program untuk 3K peringkat sekolah dan menyediakan anggaran perbelanjaan keseluruhan.2) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa yang ditetapkan mengikut jadual3) Menyediakan kertas cadangan projek atau aktiviti 3K (Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek).4) Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek yang dijalankan5) Melaksanakan semua aktivit atau projek yang telah dirancangkan.6) Membuat pemantauan perlaksanaan aktivi atau projek 3K.7) Memastikan persekitaran dan bangunan sekolah sentiasa selamat, bersih dan indah.8) Menyediakan laporan perlaksanaan aktiviti atau projek.9) Menjalankan tindakan susulan untuk memastikan objektif program 3K tercapai.10) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan Program 3K11) Melaksanakan sebarang arahan Guru Besar yang berkaitan 3K dari semasa ke semasa.Keselamatan1) Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, JPN, dan PPD.2) Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: -a) keselamatan lalu lintasb) keselamatan bangunan dan perabotc) keselamatan di makmal / bengkel / dan bilik-bilik khas yang lain.d) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air), JKR (Elektrik), TNB, Majlis Perbandaran, SYABAS dan Persatuan Pendduk dan Masyarakat setempate) Latihan Kebakaran 2 kali setahunf) Program sekolah selamat3) Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar.4) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi5) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat.6) Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah.7) Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan) sekurang-kurangnya dua kali setahun.8) Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal9) Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat berbahaya.10) Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan.11) Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar.KESIHATAN / DENGGI1) Memastikan persekitaran sekolah bersih untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit. 2) Memastikan kantin, tempat makan disekolah sentiasa bersih, mematuhi peraturan-peraturan kesihatan. 3) Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok. 4) Murid dinasihati tentang kebersihan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah. 5) Memastikan pelajar mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui pemeriksaan guru, latihan amali dan demonstrasi seperti latihan amali kebersihan gigi. 6) Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah.7) Penilaian status kesihatan melalui ujian penglibatan, kebersihan diri dan lain-lain, dilaksanakan oleh guru, jururawat dan doktor. 8) Memastikan semua murid mempunyai buku rekod kesihatan.9) Membuat perancangan aktiviti Tahunan.10) Memastikan setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan.11) Bekerjasama dengan pekerja sekolah dan membantu memeriksa dan memastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik12) Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi.13) Membantu mengelolakan gotong royong di sekolah.14) Memastikan semua pelajar mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan dari semasa ke semasa: a. Imunisasi b. Pegigian c. Rawatan dan Kecemasan d. Pemeriksaan Kesihatan e. Khidmat nasihat15) Memastikan semua pelajar mendapat maklumat sepenuhnya mengenai: a. Penyalahgunaan dadah b. Merokok c. Pengambilan alkohol d. AIDS e. Penyakit-penyakit berjangkit.16) Memastikan warga sekolah mengamalkan cara hidup sihat.17) Membina kerjasama dengan pihak kesihatan, majlis daerah, bomba, polis dan lain-lain yang berkaitan.18) Menjalankan pemantauan terhadap semua program yang dilaksanakan.19) Menyelia dan menyerahkan laporan kepada Guru Besar untuk makluman dan tindakan20) Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.KEBERSIHAN / KECERIAAN1) Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan. 2) Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria3) Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform.4) Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. 5) Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu6) Mewujudkan Tabung Ceria Sekolah daripada pelbagai pihak. 7) Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkat kemudahan untuk keselesaan pelajar. 8) Meminta nasihat dan bantuan dari pihak luar bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. 9) Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap Sekolah Ku Rumah Ku dikalangan warga sekolah. 10) Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah dengan lebih baik.11) Menambahkan pokok bunga yang sesuai untuk memperindahkan kawasan sekolah.12) Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.13) Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. 14) mengadakan kempen dan nasihat kepada pelajar supaya tidak membuang sampah di merata tempat15) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa.16) Menyediakan pelan induk lanskap sekolah.17) Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah :-Kempen kebersihanPertandingan Kebersihan kelasCeramah kebersihanPertandingan poster kebersihanPertandingan mengarang essei kebersihanMenanam pokok / bunga di kawasan sekolahLawatan ke sekolah lainBudaya pagi seperti mengutip sampahLaporan dan program Aedes18) Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah.19) Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan.20) Menyusun pelan tindakan kebersihan, jadual tugas jawatankuasa dan melaporkan dari semasa ke semasa.21) Menyediakan pelan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang.22) Menyediakan dan mendapatkan keperluan-keperluan bahan dan tenaga mahir.23) Menyediakan anggaran perbelanjaan.24) Menyelaraskan kerja mengikut keutamaan.25) Mengawas projek serta membuat laporan kepada Guru Besar.26) Mengawal kebersihan kawasan sekolah / tandas / bilik darjah / kantin dan lain-lain.27) Mengadakan sistem pembuangan sampah yang baik.RIMUP1) Merancang dan mengendalikan program-program RIMUP di peringkat sekolah dan peringkat kelompok.2) Merancang aktiviti-aktiviti untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan murid pelbagai kaum, bangsa budaya dan agama di sekolah ini.

UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DAN PROJEK SUSU SEKOLAH (PSS)

1) Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT.2) Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu.3) Merekod, mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah RMT.4) Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid di bawah RMT.5) Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang teratur dan tersusun.6) Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanankepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun.7) Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat selalu menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid.8) Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan.9) Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari10) Menyelaras, mengelola daan menyimpan susu yang dihantar dtitempat yang selamat dan sesuai11) Mengedarkan susu yang diterima kepada semua murid pada kadar yang segera setelah dihantar bagi mengelakkan susu rosak12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit RMT dan PSS13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PERABOT DAN STOK INVENTORI1) Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementrian, JPN, dan PPD.2) Merekodkan semua penerimaan/ pembelian dalam buku stok / inventori.3) Menguruskan semua perabot yang hendak dihapus kira mengikut peraturan.4) Mengenalpasti keperluan perabot.5) Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun.6) Membaiki dan menyelenggara apabila perlu.7) Memastikan perabot yang berlebihan / dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat.8) Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar.9) Menyedia, mengurus dan mengawal selia tempat menyimpan perabot yang rosak yang ingin dihapus kira (tempat dicadangkan: dibelakang bilik kemahiran hidup tapak semaian hdrophonik10) Menyedia, mengurus dan mengawal seli tempat menyimpan lebihan perabot dan kersi meja(tempat dicadangkan : stor bersebelahan makmal computer)11) Memastikan setiap kelas memperlohi kerusi dan meja yang mencukupi dan juga jenis yang betul berdasarkan Buku Katalog Kerusi Meja SKTBI12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit perabot dan stok inventori13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa UNIT PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

1) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah.2) Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah , pameran danpertandiangan-pertandingan bertemakan anti dadah.3) Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalah -gunaan dadah seperti merokok, menghidu glu dan melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak sekolah.4) Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya.5) Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dikalangan murid, guru dan ibu bapa. 6) Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.7) Mengesan murid yang terlibat dengan pengunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.8) Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaiatan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.9) Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.10) Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV/Aids. Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.11) Melaksanakan program-program pendidikan kepada murid seperti berikut* Pendidikan Pencegahan Rokok.* Pendidikan Pencegahan Alkohol.* Pendidikan Pencegahan Inhalan.* Pendidikan pencegahan Dadah.* Pendidikan Pencegahan HIV/Aids.15) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit PPDa16) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit17) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)1) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan pembahagian tugas, taklimat kepada guru tingkatan, menubuhkan pasukan petugas SPBT (pelajar), dan pelajar yang layak untuk menerima SPBT.2) Mengedar dan mengumpul borang SPBT melalui guru tingkatan.3) Mengedar senarai pelajar yang layak menerima buku teks kepada guru kelas.4) Membuat pesanan buku 5) Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.6) Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu).7) Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya.8) Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.9) Mengedarkan mengikut kelas10) Menentukan tarikh pengedaran11) Mengesan kelancaran pengedaran12) Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah.13) Mengedarkn buku kepada pelajar yang baru masuk.14) Memastikan borang SPBT dihantar ke sekolah pelajar yang bertukarMemastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semu pelajar yang layak.15) Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT/ Borang G mengikut jadual.16) Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis.17) Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut kelas)18) Senari tugas guru pengedaran/pengumpulan19) Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.20) Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya.21) Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik.22) Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas.23) Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas.24) Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku (peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan).25) Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN.26) Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.27) Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat28) Mengemas kini inventori SPBT.29) Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD.30) Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran31) Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan32) Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks.33) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SPBT34) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit35) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS1) Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur.2) Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa.3) Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah.4) Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.5) Menyedia dan menyelia buku rekod pembersihan tandas oleh pekerja kebersihan6) Meminta pihak kontraktor kebersihan untuk menyediakan keperluan-keperluan asas di dalam tandas seperti pewangi, cecair pencuci tangan dan juga tong sampah7) Menyelaras program kesedaran menjaga tandas sekolah kepada murid8) Merancang, membuat kertas kerja dan membuat anggaran kos bagi membaik pulih tandas yang rosak9) Menutup tandas yang didapati rosak teruk untuk penggunaan10) Menjalankan tandas angkat kepada aliran tahun kelas bagi menyemai rasa tanggungjawab murid 11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Penyelenggaraan Bangunan dan Tandas12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT KEDAI BUKU1) Menyelia dan memantau penjualan buku, alat tulis dan barangan lain di kedai buku agar tidak menjual barangan yang dilarang atau tidak bersesuaian dengan murid2) Menyelia dan memantau harga barangan yang dijual 3) Memastikan kedai buku sentiasa menyediakan keperluan yang cukup peralatan alat tulis, buku dan sebagainya4) Membuat pemantauan dan menulis laporan berkenaan dalam Buku Pemantauan Kedai Buku sekurang-kurangnya seminggu sekali5) Merancang dan melaksana program bijak pengguna untuk murid6) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Kedai Buku7) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit8) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

UNIT SIARAYA1) Bertanggungjawab memastikan sistem P.A seklaj berfungsi dan disimpan di tempat yang selamat.2) Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas sgala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A sekolah.3) Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara.4) Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A pertubuhan kokurikulum sekolah dan unit-unit lain serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.5) Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A berfungsi dengan berkesan.6) Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika berlaku kerosakan.7) Menyemak stok pada akhir setiap penggal.8) Menjalankan dan mengelola kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada semua guru berkenaan pengurusan dan pemasangan peralatan siaraya9) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SP Setia10) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

BIDANG TUGAS GURU KELAS

A) PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJKKokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:a) Jadual Waktub) Jadual Tugas Harianc) Struktur Organisasi Kelasd) Daftar Inventorie) Pelan Larian Kecemasanf) Gambar-gambar pemimping) Sudut Bacaanh) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan.5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan kebajikan kelas.B) JADUAL KEDATANGAN MURID1) Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.2) Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.4) Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.5) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

C) REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 0011) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.2) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan).3) Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris pelajar,4) Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.5) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.6) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.4) Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

E) BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.2) Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.3) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

F) KUTIPAN YURAN DAN DERMA1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.2) Menguitp derma PIBG3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:a) PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)b) Bendahari PIBG (Derma PIBG)c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

G) PENDAFTARAN PELAJAR BARU1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.3) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.4) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru Kebajikan5) Menentukan rumah sukan.6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.H) MURID KELUAR1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.3) Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan.

I) PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN 1) Memastikan setiap pelajara) mempunyai rumah sukanb) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan permainan, dan satu pasukan unit beruniform.2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

J) IKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P.