9 buku hem 2012 - bidang tugas pk hem unit hem dan unit hem

of 24 /24
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH BIDANG TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertangungjawab dalam pengurusan, perancangan, pengelolaan dan penyeliaan perkhidmatan sokongan kebajikan murid di peringkat sekolah. Terdapat unit-unit dan jawatankuasa kecil iaitu: 1) PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2) PENGURUSAN DATA / SMM / BMM & DOKUMEN MURID 3) PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN 4) PENGURUSAN BADAN PENGAWAS 5) PENGURUSAN KANTIN 6) PENGURUSAN KEBAJIKAN 7) KWAMP 8) PENGURUSAN PROGRAM 3K 9) PENGURUSAN RMT / PSS / VITAMIN 10) PENGURUSAN PERABOT & STOK INVENTORI 11) PENGURUSAN PROGRAM PPDa 12) PENGURUSAN SPBT 13) PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS 14) PENGURUSAN KEDAI BUKU 15) PENGURUSAN SP SETIA 16) PENGURUSAN SIARAYA 17) PENGURUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

Author: syapie-nasir-m

Post on 23-Jul-2015

383 views

Category:

Documents


24 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH BIDANG TUGAS UNIT HAL EHWAL MURID

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) bertangungjawab dalam pengurusan, perancangan, pengelolaan dan penyeliaan perkhidmatan sokongan kebajikan murid di peringkat sekolah. Terdapat unit-unit dan jawatankuasa kecil iaitu:

1) PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2) PENGURUSAN DATA / SMM / BMM & DOKUMEN MURID 3) PENGURUSAN LEMBAGA DISIPLIN 4) PENGURUSAN BADAN PENGAWAS 5) PENGURUSAN KANTIN 6) PENGURUSAN KEBAJIKAN 7) KWAMP 8) PENGURUSAN PROGRAM 3K 9) PENGURUSAN RMT / PSS / VITAMIN 10) PENGURUSAN PERABOT & STOK INVENTORI 11) PENGURUSAN PROGRAM PPDa 12) PENGURUSAN SPBT 13) PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS 14) PENGURUSAN KEDAI BUKU 15) PENGURUSAN SP SETIA 16) PENGURUSAN SIARAYA 17) PENGURUSAN PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A) Bidang Tugas: 1) Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran. 2) Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang engkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa. 3) Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. 4) Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan. 5) Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar. 6) Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik. 7) Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru. 8) Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan. B) Pentadbiran 1) Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya. 2) Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini. 3) Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan. 4) Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu. 5) Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini. 6) Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah. 7) Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. 8) Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun. C) Disiplin: 1) Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. 2) Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar. 3) Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas. 4) Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku. 5) Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.

D) Bimbingan dan Disiplin: 1) Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling 2) Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling 3) Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. 4) Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan. 5) Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru. E) Program Perlindungan: 1) Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik. 2) Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002. 3) Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat. 4) Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar. F) Skim Pinjaman Buku Teks: 1) Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks. 2) Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya. 3) Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks. 4) Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya. G) Biasiswa Dan Bantuan: 1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada. 2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah. 3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya. H) Tugas Dan Tanggungjawab Lain: 1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD) 1. DISIPLIN 1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah. 1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin. 1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid. 2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas. 2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah. 2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN 3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid. 3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas. 4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok. 4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira. 5. BIASISWA DAN BANTUAN 5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan. 5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan. 6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN 6.1 Projek Susu Sekolah. 6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 2. PENTADBIRAN. 2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid 2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid. 2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid. 2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain. 2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi. 2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah. 2.7 Membantu merancang takwim sekolah. 3. KURIKULUM. 3.1 Pengajaran dan pembelajaran. 3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar. 4. KOKURIKULUM 4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform. 4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum. 4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll. 4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan. 8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY) 5.1 Menghadiri kursus. 5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM) 5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas. 5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar. 5.5 Penglibatan dalam PIBG

1) UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING1) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan di sekolah 2) Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bubal dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa, orang perseorangan, wakil penduduk dan lainlain 3) Merancang, mengawal selia dan mengemaskini data dan inventori murid 4) Mengumpul, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai 5) Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling berkelompok dan tunjuk ajar yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum 6) Merancang, melaksana dan mengawal selia bimbingan dan kaunseling secara individu dan berfokus secara professional dan beretika 7) Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid 8) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan dan alcohol 9) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti selepas UPSR 10) Merancang, Menyelia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas UPSR 11) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi serta rujukan berhubung bimbingan kerjaya dan pencegahan dadah 12) Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar 13) Membuat penilaian aktiviti, modul instrument, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan di sekolah 14) Merancang, meyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perhidmatan bimbingan di sekolah 15) Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah 16) Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan kaunselinng di sekolah 17) Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis 18) Menjadi personel perhubungan serata sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan 19) Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum dan kokurikulum sekolah 20) Menjadi AJK dalam Majlis Perancangan Sekolah 21) Menjadi Penyelaras dalam Program Mentor Mentee sekolah 22) Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid seperti , kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus kenegaraan dan sebagainya 23) Menjadi uruseti kepada jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Penempatan dan Kemasukan murid 24) Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh unit Bimbingan dan kaunseling Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri 25) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

2) UNIT LEMBAGA DISIPLIN1) Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran. 2) Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 3) Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas. 4) Mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Ketua Guru Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin. 5) Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin. 6) Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan, serta menyelaras rekod sistem penalti 7) Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 8) Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 9) Menanam semangat kekitaan supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya. 10) Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua. 11) Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 12) Merancang, menyelia dan meyelaras Program Pencegahan Jenayah dan Ponteng Sifar 13) Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pelajaran dan PPD. 14) Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 15) Menjadi pegawai perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 16) Memberi perhatian terhadap peraturan-peraturan sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya. 17) Memerhatikan tingkah laku murid, baik perseorangan mahupun kumpulan dan memastikan langkah-langkah diambil terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. 18) Memastikan peraturan sekolah dan gambarajah tentang pakaian dan potongan rambut murid dipaparkan ditiap-tiap kelas atau sudut-sudut tertentu. 19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit disiplin 20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

3) UNIT BADAN PENGAWAS1) Menyediakan senarai tugas senarai tugas pengawas dan jadual bertugas pengawas. 2) Memastikan semua pengawas menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual bertugas yang ditetapkan. 3) Menguruskan perlantikan para pengawas sekolah melalui temuduga para pelajar terpilih yang dicalonkan oleh para guru. 4) Menguruskan Kem Kepimpinan Pengawas 5) Mengadakan menysuarat lembaga pengawas sekolah sekurang-kurangnya 3 kali setahun 6) Merancang dan menyediakan skop dan bidang tugas pengawas 7) Menyediakan laporan tahunan lembaga pengawas 8) Memastikan semua pengawas berada dalam tahap disiplin yang tinggi juga sentiasa kemas berbudi bahasa dan sentia membantu guru 9) Menyediakan jadual tugas pengawasa bagi kelas sekiranya guru bermesyuarat 10) Menyediakan skop tugas kepada pengawas yang menjadi penyambut tetamu, penunjuk arah jika skolah menerima tetamu luar untuk program-program yang berjalan di sekolah 11) Merancang dan menyelaras program lawatan sambil belajar 12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit pengawas 13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

4) UNIT KANTIN 1) Memastikan makanan yang dijual di kantin mengikut piawai harga standard kantin yangdikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri 2) Memastikan makanan yang dijual di kantin berkhasiat, bersih dan tidak mengandungi bahan yang tidak halal. 3) Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat dalam perjanjian. 4) Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 5) Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6) Memastikan tiada pekerja asing dan semua pekerja kantin telah mendapat suntikan pelalian dan menjalani pemeriksaan kesihatan. 7) Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi. 8) Memastikan semua penjual dan pekerja sentiasa memakai apron,tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 9) Memastikan senarai harga makanan dipamerkan dan makanan ditutup dan tidak didedahkan kepada lalat. 10) Memastikan makanan yang disediakan untuk sesi pagi dan sesi petang mencukupi. 11) Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan dan aktivitiaktiviti yang akan dijalankan pada hari Sabtu. 12) Memastikan murid-murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 13) Mengatur jadual tugas mengawas murid-murid semasa rehat untuk ahli-ahli jawatankuasa kantin. 14) Merekod dan membuat laporan harian dalam Buku Laporan Kendiri Kantin. 15) Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/PK Hem untu dihantar kepada PPD setiap awal bulan untuk prestasi bulan lepas.

16) Memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya beliau telah melanggarmana-mana syarat yang berkaitan dengan penjualan makanan seperti yang terkandung dalam perjanjian kantin. 17) Merancang program berkenaan makanan sihat dan seimbang serta adab dan tatacara serta tatalaku murid semasa berada di kantin. 18) Merancang, melaksana serta membuat kertas kerja bagi projek keceriaan kantin sekolah 19) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kantin 20) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

5) UNIT KEBAJIKAN1) Menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti - Pelajar miskin - Pelajar Yatim / Yatim Piatu - Kemalangan - Rawatan berterusan (penyakit kronik) - Kematian - Kecemasan / bencana 2) Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan. 3) Merancang program untuk mengutip sebarang sumbangan di semping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan. 4) Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar. 5) Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar. 6) Mengurus dan mempromosikan kebaikan menyimpan agar murid-murid lebih berminat untuk menabung. 7) Mempastikan murid-murid mendapat kemudahan yang sewajarnya semasa dan selepas menguruskannya. 8) Menguruskan simpanan murid dengan pihak berkenaan berjalan dengan licin dan sempurn 9) Mengurus dan mengelola serta menyalurkan sumbangan derma dan bantuan pendidikan daripada pihak kerajaan, swasta dan juga orang perseorangan seperti - Bantuan Kwamp - SP Setia - Jabatan Kebajikan Masayarakat - Pusat Zakat - Mengurus Penyertaan skim insuran murid dan program menabung - Bantuan Zakat daripada Bank Rakyat 10) Menyelaras, mengemaskini dan membuat semakan serta pendaftaran maklumat Ketua Isi Rumah Murid (KIR) yang miskin dan berpendapatan di bawah RM 700 ke dalam portal eKASIH 11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit kebajkan 12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

6) UNIT PROGRAM 3KUmum 1) Merancang program untuk 3K peringkat sekolah dan menyediakan anggaran perbelanjaan keseluruhan. 2) Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa yang ditetapkan mengikut jadual 3) Menyediakan kertas cadangan projek atau aktiviti 3K (Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Jangka Pendek). 4) Melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti atau projek yang dijalankan 5) Melaksanakan semua aktivit atau projek yang telah dirancangkan. 6) Membuat pemantauan perlaksanaan aktivi atau projek 3K. 7) Memastikan persekitaran dan bangunan sekolah sentiasa selamat, bersih dan indah. 8) Menyediakan laporan perlaksanaan aktiviti atau projek. 9) Menjalankan tindakan susulan untuk memastikan objektif program 3K tercapai. 10) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan Program 3K 11) Melaksanakan sebarang arahan Guru Besar yang berkaitan 3K dari semasa ke semasa. Keselamatan 1) Membaca, memahami, dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, JPN, dan PPD. 2) Merancang program keselamatan institusi sekolah seperti: a) keselamatan lalu lintas b) keselamatan bangunan dan perabot c) keselamatan di makmal / bengkel / dan bilik-bilik khas yang lain. d) Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis, bomba, JKR (Air), JKR (Elektrik), TNB, Majlis Perbandaran, SYABAS dan Persatuan Pendduk dan Masyarakat setempat e) Latihan Kebakaran 2 kali setahun f) Program sekolah selamat 3) Menggalakkan skim perlindungan diri kepada pelajar. 4) Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi 5) Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan berhampiran selamat. 6) Menetapkan pergerakan lalu lintas dan tempat letak kereta pada waktu majlis rasmi sekolah. 7) Merancang dan menjalankan latihan kecemasan kebakaran (mengosongkan bangunan) sekurang-kurangnya dua kali setahun. 8) Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal 9) Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat berbahaya. 10) Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan kesesakan. 11) Menentukan dan menanda zon / kawasan larangan bagi laluan pelajar. KESIHATAN / DENGGI 1) Memastikan persekitaran sekolah bersih untuk mengurangkan risiko penyakit-penyakit. 2) Memastikan kantin, tempat makan disekolah sentiasa bersih, mematuhi peraturanperaturan kesihatan. 3) Memastikan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok. 4) Murid dinasihati tentang kebersihan diri sebagaimana yang ditetapkan dalam kurikulum sekolah.

5) Memastikan pelajar mengamalkan kebersihan diri setiap masa melalui pemeriksaan guru, latihan amali dan demonstrasi seperti latihan amali kebersihan gigi. 6) Menjalankan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah. 7) Penilaian status kesihatan melalui ujian penglibatan, kebersihan diri dan lain-lain, dilaksanakan oleh guru, jururawat dan doktor. 8) Memastikan semua murid mempunyai buku rekod kesihatan. 9) Membuat perancangan aktiviti Tahunan. 10) Memastikan setiap aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan. 11) Bekerjasama dengan pekerja sekolah dan membantu memeriksa dan memastikan kawasan sekolah bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk dan jentik-jentik 12) Merancang dan melaksanakan program-program kesedaran bahaya penyakit denggi. 13) Membantu mengelolakan gotong royong di sekolah. 14) Memastikan semua pelajar mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan dari semasa ke semasa: a. Imunisasi b. Pegigian c. Rawatan dan Kecemasan d. Pemeriksaan Kesihatan e. Khidmat nasihat 15) Memastikan semua pelajar mendapat maklumat sepenuhnya mengenai: a. Penyalahgunaan dadah b. Merokok c. Pengambilan alkohol d. AIDS e. Penyakit-penyakit berjangkit. 16) Memastikan warga sekolah mengamalkan cara hidup sihat. 17) Membina kerjasama dengan pihak kesihatan, majlis daerah, bomba, polis dan lain-lain yang berkaitan. 18) Menjalankan pemantauan terhadap semua program yang dilaksanakan. 19) Menyelia dan menyerahkan laporan kepada Guru Besar untuk makluman dan tindakan 20) Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. KEBERSIHAN / KECERIAAN 1) 2) 3) 4) Mengenalpasti kawasan sekolah yang perlu diperindahkan dan diceriakan. Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria Membahagikan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform. Memceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. 5) Menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu 6) Mewujudkan Tabung Ceria Sekolah daripada pelbagai pihak. 7) Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkat kemudahan untuk keselesaan pelajar. 8) Meminta nasihat dan bantuan dari pihak luar bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. 9) Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap Sekolah Ku Rumah Ku dikalangan warga sekolah. 10) Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah dengan lebih baik. 11) Menambahkan pokok bunga yang sesuai untuk memperindahkan kawasan sekolah.

12) Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar. 13) Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. 14) mengadakan kempen dan nasihat kepada pelajar supaya tidak membuang sampah di merata tempat 15) Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke semasa. 16) Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 17) Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah : Kempen kebersihan Pertandingan Kebersihan kelas Ceramah kebersihan Pertandingan poster kebersihan Pertandingan mengarang essei kebersihan Menanam pokok / bunga di kawasan sekolah Lawatan ke sekolah lain Budaya pagi seperti mengutip sampah Laporan dan program Aedes 18) Mengadakan projek bersama di antara pihak sekolah dengan agensi luar bagi meningkatkan mutu kebersihan sekolah. 19) Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan. 20) Menyusun pelan tindakan kebersihan, jadual tugas jawatankuasa dan melaporkan dari semasa ke semasa. 21) Menyediakan pelan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. 22) Menyediakan dan mendapatkan keperluan-keperluan bahan dan tenaga mahir. 23) Menyediakan anggaran perbelanjaan. 24) Menyelaraskan kerja mengikut keutamaan. 25) Mengawas projek serta membuat laporan kepada Guru Besar. 26) Mengawal kebersihan kawasan sekolah / tandas / bilik darjah / kantin dan lain-lain. 27) Mengadakan sistem pembuangan sampah yang baik. RIMUP 1) Merancang dan mengendalikan program-program RIMUP di peringkat sekolah dan peringkat kelompok. 2) Merancang aktiviti-aktiviti untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan murid pelbagai kaum, bangsa budaya dan agama di sekolah ini.

7) UNIT RMT / PSS DAN VITAMIN 1 MALAYSIA1) Memilih dan menentukan murid-murid yang layak menerima bantuan RMT. 2) Memilih dan menyediakan senarai nama murid ganti sekiranya murid yang menerima RMT tidak hadir ke sekolah pada hari tertentu. 3) Merekod, mengemaskini serta menyimpan rekod murid-murid yang layak menerima bantuan di bawah RMT. 4) Merangka Jadual Bertugas bagi guru-guru RMT untuk mengawasi murid-murid di bawah RMT. 5) Memantau pelaksanaan RMT agar program berjalan mengikut perancangan yang teratur dan tersusun. 6) Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin untuk menyediakan makanan kepada bilangan murid yang layak menerima RMT sepanjang tahun. 7) Memastikan pengusaha kantin mematuhi kehendak menu serta syarat selalu menjaga kebersihan dan kesegaran makanan murid. 8) Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun persekolahan. 9) Mengawasi murid supaya makan sebelum sesi persekolahan bermula setiap hari 10) Menyelaras, mengelola daan menyimpan susu/vitamin yang dihantar dtitempat yang selamat dan sesuai 11) Mengedarkan susu / vitamin yang diterima kepada semua murid pada kadar yang segera setelah dihantar bagi mengelakkan susu rosak 12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit RMT dan PSS 13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

8) UNIT PERABOT DAN STOK INVENTORI1) Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementrian, JPN, dan PPD. 2) Merekodkan semua penerimaan/ pembelian dalam buku stok / inventori. 3) Menguruskan semua perabot yang hendak dihapus kira mengikut peraturan. 4) Mengenalpasti keperluan perabot. 5) Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun. 6) Membaiki dan menyelenggara apabila perlu. 7) Memastikan perabot yang berlebihan / dibaik pulih disimpan di tempat yang selamat. 8) Menetapkan dan melaksanakan peraturan-peraturan menjaga keselamatan perabot serta jenis denda yang akan dikenakan kepada pelajar. 9) Menyedia, mengurus dan mengawal selia tempat menyimpan perabot yang rosak yang ingin dihapus kira (tempat dicadangkan: dibelakang bilik kemahiran hidup tapak semaian hdrophonik 10) Menyedia, mengurus dan mengawal seli tempat menyimpan lebihan perabot dan kersi meja 11) Memastikan setiap kelas memperlohi kerusi dan meja yang mencukupi dan juga jenis yang betul berdasarkan Buku Katalog Kerusi Meja SKTBI 12) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit perabot dan stok inventori 13) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 14) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

9) UNIT PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)1) Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah pendidikan pencegah dadah seperti program ceramah 5 minit anti dadah. 2) Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah , pameran dan pertandiangan-pertandingan bertemakan anti dadah. 3) Mengawasi dan memerhati murid-murid yang mungkin terlibat dalam penyalah - gunaan dadah seperti merokok, menghidu glu dan melaporkan kes-kes tersebut kepada pihak sekolah. 4) Menubuh Kelab Anti Dadah dan bertanggungjawab ke atas pelaksanaannya. 5) Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah / ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids dikalangan murid, guru dan ibu bapa. 6) Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 7) Mengesan murid yang terlibat dengan pengunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah. 8) Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaiatan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 9) Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka. 10) Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV/Aids. Mewujudkan perhubungan dua hala diantara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids. 11) Melaksanakan program-program pendidikan kepada murid seperti berikut * Pendidikan Pencegahan Rokok. * Pendidikan Pencegahan Alkohol. * Pendidikan Pencegahan Inhalan. * Pendidikan pencegahan Dadah. * Pendidikan Pencegahan HIV/Aids. 15) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit PPDa 16) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 17) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

10) UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)1) Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi membincangkan pembahagian tugas, taklimat kepada guru tingkatan, menubuhkan pasukan petugas SPBT (pelajar), dan pelajar yang layak untuk menerima SPBT. 2) Mengedar dan mengumpul borang SPBT melalui guru tingkatan. 3) Mengedar senarai pelajar yang layak menerima buku teks kepada guru kelas. 4) Membuat pesanan buku 5) Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks. 6) Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu). 7) Membuat anggaran tepat untuk tahun berikutnya. 8) Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual.

9) Mengedarkan mengikut kelas 10) Menentukan tarikh pengedaran 11) Mengesan kelancaran pengedaran 12) Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar sekolah. 13) Mengedarkn buku kepada pelajar yang baru masuk. 14) Memastikan borang SPBT dihantar ke sekolah pelajar yang bertukarMemastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semu pelajar yang layak. 15) Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan borang pinjaman SPBT / Borang G mengikut jadual. 16) Menyelenggarakan fail yang kemas kini mengikut jenis. 17) Rekod buku stok yang kemas kini (mengikut kelas) 18) Senari tugas guru pengedaran/pengumpulan 19) Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang. 20) Menguruskan bilik SPBT dan membuat peraturan penggunaannya. 21) Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik. 22) Menentukan tarikh pemulangan mengikut kelas. 23) Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh / kelas. 24) Melaporkan kepada pengetua / PK HEM tentang proses pemulangan buku (peratus rosak / hilang, guru bertugas, hapus kira, kekurangan / lebihan). 25) Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan JPN. 26) Menyimpan invois, bil dan pengesahannya. 27) Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat 28) Mengemas kini inventori SPBT. 29) Mengisi borang maklumat kekurangan / lebihan buku ke PPD. 30) Mendapatkan maklumat dari Ketua Panitia / Guru Kanan Matapelajaran 31) Merekod dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan 32) Menyediakan senarai buku teks bagi setiap tingkatan untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks. 33) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SPBT 34) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 35) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

11) UNIT PENYELENGGARAAN BANGUNAN / TANDAS1) Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. 2) Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan sekolah dari semasa ke semasa. 3) Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yang diadakan di sekolah. 4) Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya. 5) Menyedia dan menyelia buku rekod pembersihan tandas oleh pekerja kebersihan 6) Meminta pihak kontraktor kebersihan untuk menyediakan keperluan-keperluan asas di dalam tandas seperti pewangi, cecair pencuci tangan dan juga tong sampah 7) Menyelaras program kesedaran menjaga tandas sekolah kepada murid 8) Merancang, membuat kertas kerja dan membuat anggaran kos bagi membaik pulih tandas yang rosak 9) Menutup tandas yang didapati rosak teruk untuk penggunaan

10) Menjalankan tandas angkat kepada aliran tahun kelas bagi menyemai rasa tanggungjawab murid 11) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Penyelenggaraan Bangunan dan Tandas 12) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 13) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

12) UNIT KEDAI BUKU1) Menyelia dan memantau penjualan buku, alat tulis dan barangan lain di kedai buku agar tidak menjual barangan yang dilarang atau tidak bersesuaian dengan murid 2) Menyelia dan memantau harga barangan yang dijual 3) Memastikan kedai buku sentiasa menyediakan keperluan yang cukup peralatan alat tulis, buku dan sebagainya 4) Membuat pemantauan dan menulis laporan berkenaan dalam Buku Pemantauan Kedai Buku sekurang-kurangnya seminggu sekali 5) Merancang dan melaksana program bijak pengguna untuk murid 6) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Kedai Buku 7) Membuat laporan dan perancangan aktiviti tahunan unit 8) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

13) UNIT SP SETIA1) Bersama dengan unit kebajikan dan kaunseling untuk mencari murid miskin dan anak yatim yang boleh dicalonkan untuk menerima bantuan kebajikan daripada SP Setia 2) Mengurus, menyelaras dan menyelia bantuan yang diterima kepada semua anak angkat SP Setia 3) Mengurus dan menlengkapkan laporan berkaitan penyerahan bantuan dan laporan akademik anak angkat SP Setia kepada pihak pengurusan Yayasan SP Setia 4) Merancang, mengurus dan melaksana program-program khas untuk anak-anak angkat SP Setia 5) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SP Setia 6) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

14) UNIT SIARAYA1) Bertanggungjawab memastikan sistem P.A berfungsi dan disimpan di tempat yang selamat. 2) Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas sgala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui sistem P.A sekolah. 3) Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara. 4) Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A pertubuhan kokurikulum sekolah dan unit-unit lain serta memastikan pemulangannya dibuat mengikut tarikh dan dalam keadaan baik. 5) Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A berfungsi dengan berkesan. 6) Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika berlaku kerosakan. 7) Menyemak stok pada akhir setiap penggal. 8) Menjalankan dan mengelola kursus dalaman bagi memberi pendedahan kepada semua guru berkenaan pengurusan dan pemasangan peralatan siaraya 9) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit SP Setia 10) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

15) UNIT PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS1) Bertanggungjawab merancang, mengelola dan mengurus pertandingan keceriaan kelas sepanjang tahun. 2) Memastikan setiap bilik darjah kemas, ceria dan bersih 3) Membuat kertas kerja bagi pertandingan keceriaan kelas untuk tujuan perbelanjaan hadiah dan sebagainya sebagai penggalak murid meceriakan dan menjaga kebersihan kelas masing-masing 4) Merekod dan menulis laporan pemantauan kebersihan / keceriaan kelas di dalam buku rekod pemantauan keceriaan kelas. 5) Menguruskan / mengumumkan pememang kelas terbersih mingguan pada setiap perhimpunan rasmi Isnin 6) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Pertandingan Keceriaan Kelas 7) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

16) UNIT KWAMP1) Bersama dengan unit kebajikan dan kaunseling untuk mencari murid miskin dan anak yatim yang boleh dicalonkan untuk menerima bantuan KWAMP 2) Mengurus, menyelaras dan menyelia bantuan yang diterima kepada semua murid yang layak menerima KWAMP 3) Mengurus dan menlengkapkan laporan berkaitan penyerahan bantuan dan laporan akademik murid KWAMP 4) Merancang, mengurus dan melaksana program-program kepada ibu bapa dan murid KWAMP 5) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit KAWAMP 6) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa

17) UNIT DATA SISTEM MAKLUMAT MURID1) Mengurus, mengelola dan membuat semakan terhadap data smm yang disediakan oleh guru kelas 2) Memastikan setiap murid yang berdaftar di sekolah ada maklumat dalam sisitem maklumat murid. 3) Memastikan data yang diperolehi adalah tepat dan sifar ralat. 4) Membuat pemantauan setiap bulan dan memberi laporan kepada Penolong Kanan HEM terhadap enrolmen terkini murid. 5) Menguruskan penghantaran data smm apabila diminta oleh pihak PPD 6) Memastilkan maklumat-maklumat penting adalah tepat seperti pendapatan ibu bapa dan juga no. surat beranak murid bagi urusan penyaluran bantuan. 7) Memberi penerangan dan membantu guru kelas dari semasa ke semasa dalam urusan mengunci masuk data smm. 8) Bersama dengan GBKSM membuat bancian dan kategori senarai nama murid Yatim / Piatu / Yatim Piatu / Miskin Tegar / Ibu Tunggal / OKU / Masalah Pembelajaran serta murid bukan warganegara dan serahkan kepada Penolong Kanan HEM pada minggu kedua persekolahan setiap tahun. 9) Menyemak dan mengemaskini rekod dan fail-fail berkaitan unit Data SMM 10) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa