08 tajuk 1
DESCRIPTION
dcsdcsdTRANSCRIPT
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
INTERAKSI 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTA KONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR/KSSR
SINOPSIS
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi
pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
guru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan
bidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologi
perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agar
dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni Visual di
negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan
murid-murid di sekolah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV),
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV
KBSR/Dokumen Standard KSSR.
2. Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR/KSSR.
3. Kepentingan perkembangan kurikulum PSV/DSV.
4. Merancang dan mereka bentuk aktiviti Seni Visual dalam pengajaran
dan pembelajaran.
5. Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain.
1
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia
Jadual 1 :
Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual
Jadual 2 :
Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual
a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia
1.1 Laporan Winstedt- Zaman BritishTujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-
negeri Selat 1885 adalah;
Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu, yang kelak
akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan nelayan.Tujuan
kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan
2
Transisi merentasi kurikulum PSV erentasi kurikulum
Pendidikan Institusi
Penerbitan Penubuhan kelab seni
Sebelum Merdeka
AwalMerdeka Sekarang
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
baik. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana ia
hanya akan menimbulkan kesulitan nanti.
1.2 1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di
Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran
lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran Sains Pertanian.
1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat
dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:- Lukisan adalah
mustahak untuk “Latihan yang amat baik memerhati alam” yang didapati
darinya, dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan
melatih mereka ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka
dengan kerja-kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.
Menyediakan mata pelajaran Kerja tangan seperti membuat bakul.
1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Mata pelajaran seperti Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah
Melayu, Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan,
Senaman, Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuran R.O.Winstedt.
1.5 Penyata Rahman TalibPada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang
dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.
Antara syor yang dikemukakan:
Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur
berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-
kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan
pendidikan teknik dan vokasional. Mengadakan pendidikan agama Islam.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya sebagai
bahasa kebangsaan.
3
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan
di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah
diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dan dipelajari oleh
murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat,
Jawi, Pendidikan Agama Islam,Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan
Jasmani dan lain-lain.
1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut
kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979
oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian
KLSR ini.
1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa
KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang
baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.
1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti
kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada
asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata
pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi
membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan
Seni Visual.
1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang
positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum
Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap
Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali
melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata
pelajaran tersebut. Perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal
4
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di
Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran
pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan
melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum
Pendidikan Seni Visual).
1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini,
murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan
mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata
pelajaran elektif.
1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan
penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu
melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam
kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai
sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-
perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah
dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih
ramai murid.
1.13 Dalam KBSR/KSSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata
pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah
mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh FPK pada tahun 2000
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang
yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
berikut :
5
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian
aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta apresiasi aspek seni.
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada
mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata
pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui
peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks
peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan
persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan
Mohamad.1996).
1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual Peringkat Menengah.
Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi menggantikan Kertas
Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh University of Cambridge Local
Examintin Syndicate tahun 1982.
1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan pembelajaran yang
berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih
berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran
calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enam kertas
peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran
1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami
sebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi
dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak
memberansangkan apabila persepsi yang rendah dan salah khususnya
dalam kalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihat mata pelajaran
ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak mempunyai prospek serta
dipertikai dari aspek nilai komersialnya.
6
Latihan 1Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.18 Melalui perbincangan Jawatan kuasa yang diketuai Prof Madya Dr
Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatan kuasa telah
membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatan kuasa dan Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan
digantikan dengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu
kesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
juga menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka
serta yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan
pelajaran sekali lagi mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga
(3) tahun dilaksanakan. Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh
jawatankuasa yang sama menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi
seni visual dan penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga
komponen iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan
Karya.
AspekPendidikan
SebelumMerdeka
Pendidikan Selepas Merdeka
Matlamat dan Objektif
Isi kandungan
Pendekatan
c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis
1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina
7
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau Pinang dan ahli Penang Impressionist.
1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru sebagai pelukis banyak membantu perkembangan Pendidikan Seni di sekolah-sekolah tanah air. Penubuhan sekolah kelab melukis. Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin.
1.4 1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni.
1.5 1956-Majlis Kesenian MalayaPengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan, kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris.
1.6 1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAG dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan identiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya.
1.7 1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar negara. Terdiri daripada guru-guru seni bertujuan bagi membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikan seni.
d) Penerbitan
1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni pertukangan.
1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan
1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.
“Kitab Pedoman Guru Penggal II” disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan
8
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya ketika itu.
1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang. Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-cara menjilid buku dan alat yang digunakan.
1.5 “Kitab Rajah-Rajah Anyaman” oleh guru anyaman –Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan sebagainya. Menjilid buku untuk penuntut tahun tiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih.
1.6 1957- Buku Panduan Guru– Kementerian Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-kanak menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar, Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.
1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan seni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura). Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk School Certificate.
1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya.
9
Latihan 3
Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelum Merdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan anda tentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hari ini yang telah dibentuk?
Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.2 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)
1.21 Latar belakang
Pembentukan Transkrip Dokumen KSSR
1. Pembentukan KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
merupakan satu revolusi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).
Keperluan sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah dan kajian serta
resolusi terperinci harus sentiasa dinaik taraf untuk memastikan
keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian terperinci tentang
keperluan murid sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya mereka terus
berkembang seiring dengan kehendak negara Malaysia yang pesat
membangun.
Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad
Badawi pada perhimpunan agung UMNO 2006, beliau menuntut supaya
sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat perkara.
Beliau memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan
pelajar celik minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran
dan maklumat serta program untuk pembangunan akal manusia dalam
melahirkan insan Ulul Al-Bab.
Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh
Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan
dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah
perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya
keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan
transformasi ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan
10
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan Keperluan semasa
bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi kurikulum
persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan
mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti
dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan. Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah,
KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan
Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang
dibangunkan standing dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut
mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti
Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan
kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah
berasaskan standard dapat dibangunkan dengan jayanya.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah digubal berdasarkan teras
kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang mana ianya menekankan
dasar untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat teras ini adalah untuk
memastikan anak bangsa Malaysia sentiasa terpupuk semangat untuk
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan
nilai-nilai murni. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan
kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan
yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan
tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara. Dasar ini dilancarkan
secara berperingkat-peringkat bagi memberi peluang dan masa kepada
pelajar serta guru untuk menyesuaikan diri. Bermula pada tahun 1983, satu
dasar kurikulum baru telah dilaksanakan. Dasar ini dinamakan sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana ia lebih menekankan
kepada komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri
individu. Dasar ini banyak menekankan kepada aspek nilai dan teras dalam
pelajar. Revolusi kedua dasar pendidikan sekolah rendah ini telah dilakukan
pada tahun 1993 yang mana ianya ditukar kepada Kurikulum Bersepadu
11
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ini menggunakan reka bentuk kurikulum
linear. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2003, untuk mengukuhkan
lagi sistem kurikulum pendidikan Malaysia.
Organisasi kurikulum KBSR tertumpu pada mata pelajaran wajib, teras dan
tambahan bagi tahap 1 (tahun1, 2, 3) serta tahap 2 (4, 5, 6). Fokus KBSR
juga tertumpu pada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Pada
tahun 2011, satu rombakan semula telah dilakukan untuk mengenal pasti
kelemahan dan meningkatkan lagi kemantapan dasar KBSR yang ditukar
menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dasar ini menekankan
pengajaran modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif dalam
organisasi kurikulum bagi tahap 1 manakala, mata pelajaran teras dan elektif
ditekankan untuk tahap 2. Dasar kurikulum yang baru ini membolehkan
pelajar untuk bertindak dengan kreatif serta berinovasi, mempunyai
pengetahuan maklumat dalam keusahawanan serta kemahiran dalam IT.
Dasar ini juga membawa penekanan 4M iaitu membaca, mengira, menulis
dan menaakul. Dasar ini dilakukan dengan harapan untuk menguatkan lagi
penguasaan bahasa melayu dan bahasa Inggeris pelajar. Dasar ini juga lebih
condong kepada kemahiran pelajar untuk mentakrif sesuatu dengan
menggunakan kemahiran berfikir kreatif secara sendiri. Dasar KSSR ini telah
menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris. Tujuan penekanan ini
adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan
murid sekolah rendah. Dasar ini telah menekankan beberapa perkara di
dalam silibus pelajaran untuk menambah keberkesanan penggunaan Bahasa
Inggeris.
Pembentukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Untuk diselaraskan
sesuai dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP).
Mesyuarat pembentukan pertama pada 23 Mei 2008 oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia Bermula dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada
tahun 1983. Penambahbaikkan pada 1993 menyebabkan KBSR ditukar
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah . Semakan semula pada
12
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
2003, untuk mengukuh dan menaik taraf Hasil kajian, dasar baru telah digubal
dan ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR).
13
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
14
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
15
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
16
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
17
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
)
18
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
19
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1
20
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
21
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
22
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
23
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
b) Kemunculan Institusi Seni
1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris- Memberi latihan
perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran termasuk
lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukis yang
mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’ mengetengahkan hal benda tempatan. Antara tokoh seperti Mohd. Said Hj. Hussain dan Idris Hj. Salam.
Antara mata pelajaran: Pekerjaan tangan-kerja membuat raga dianggap
paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli bahan-bahan mudah didapati.
Perkakasan tidak banyak dan mudah, Bahan-bahan untuk kegiatan itu
ditanam di sekitar maktab.
1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama . * penuntut dikehendaki
menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki mencipta
corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua,
sambungan kerja tahun pertama. Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh
dengan lebih meluas.
24
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
1.3 1960- Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala LumpurDibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing- masing
antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain
itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan
kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya Peter Harris mengendalikan
kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan
awal MPIK adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee
Joo For, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus,
seni grafik dan kraftangan diberi penekanan.
Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus,
Seni arca, Seni seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan
Kursus wajib – lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni,
Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah
seperti Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail
Hashim. Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).
1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman
Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina
dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni.
1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)
Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni
tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar,
Seni reka kasut.
1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru Pendidikan
Seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam
Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil alih
peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan penting
dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah menanamkan
semangat yang memberangsangkan di kalangan pelukis muda serta
25
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
memupuk kewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-
tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah Fatimah
Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramai lagi.
1.7 1971- Universiti Sains MalaysiaDi bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni
lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi,
sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh
seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza Piyadasa.
2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
a) Matlamat Pendidikan Seni Visual
Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah
disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkini agar
dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya
untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaian keilmuan
yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, dan alam
kehidupan selepas persekolahan.
Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan
penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni
Visual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan
keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif dalam
seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi rujukan
kepada guru-guru di sekolah.
26
Latihan 2Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat keatas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu, apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajarterhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar?
CelikBudaya/harmonis
Nilai estatik tinggi Kreatif
Inovatif
Inventif/produktif
Imaginatif
Kritis
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;
1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam
pendidikan dengan aktif.
2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta
penghasilan seni visual.
3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi
sejarah dan apresiasi seni visual.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 2.1 :
27
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Matlamat Pendidikan Seni Visual
Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan
estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan
produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :
- Memupuk minat
- Memperkembang keperibadian
- Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar.
b) Objektif Pendidikan Seni Visual
Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah murid dapat:
1. Menghargai keindahan alam ciptaan tuhan.
2. Mengetahui bahasa seni visual serta dapat mengaplikasi dalam
penghasilan karya.
3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
4. Menguasai kemahiran asas dalam bidang menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, serta mengenal
kraf tradisional.
5. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan
seni visual.
28
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
6. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis,
kreatif, inovatif dan menyeronokkan.
7. Memupuk keyakinan diri, nilai kerjasama, dan bertanggungjawab
dalam aktiviti seni visual.
8. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
9. Menghargai dan membuat apresiasi tentang karya sendiri dan
rakan.
c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual
Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti
berikut
a) pemerhatian secara aktif
b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan
c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan
b) menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
i. Pemerhatian secara aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti,
perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;
Pengetahuan sedia ada murid
Benda yang konkrit
Minat, kecenderungan dan latar belakang murid
Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan
Mencetus idea dan imaginasi
ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan
Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti
penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian
kepada perkara berikut;
29
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
penerokaan- aktiviti kecil mudah ringkas;
- cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;
- mencari alternatif, variasi dan kemungkinan lain;
- bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;
- aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan
- menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik
penghasilan/membuat
- Penggunaan alat bahan dan teknik.
- Tatacara, langkah dan proses membuat.
- Amalan tertib kerja.
- Keselamatan semasa bekerja dan
- Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan
bentuk hasil.
iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua
jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk
projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu
diberi kepada perkara berikut ;
Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti
sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;
Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat
bahan dan teknik;
Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;
Perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan
Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang
berkaitan dengan kandungan
iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
30
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan
perkara lain di dalam kegiatan;
Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan
perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian;
Tindakan susulan;
Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian
Sukatan Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan;
Nilai patriotisme dan nilai murni lain;
Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan
perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4 aspek
dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara
lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan
Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian
Organisasi Kurikulum
31Murid
Pelbagai kegiatan seni visual
4 bidang/modul
Membuat corak dan rekaan
Membentuk dan membuat binaan
Mengenal kraf tradisional
Memperkembang dan menyelaras persepsi dan konsepsi visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif
Menggambar
Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor, mental yang merengkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi
visual
Pengetahuan yang dapat dimiliki:*Mengenal bahan, alat dan teknik,
*Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi intergrasi maklumat dan aplikasi
perisian komputer
Yang dipentingkan: *pemerhatian secara aktif
*interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan*apresiasi seni visual secara mudah
*menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
PENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia
pendidikan barat
Carta 2.2 : Carta Organisasi Kurikulum
32
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Carta 2.3:
Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV
33
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar Perkembangan Kurikulum3.1 Sosial
3.2 Ekonomi
3.3 Politik
3.4 Teknologi
Aspek-aspek
(Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)Senibina Kraf tangan Propaganda Perkongsian
pintarPeralatan rumah Pelancongan Isu Peragaan
Pakaian Ornamen Tema PengiklananKebudayaan Promosi e-
dagangNilai sejagat Penyebaran
maklumatKepercayaan/adat
istiadatDimensi baru Kemanusiaan Lalu lintas
Muzium, galeri, bazar, pasar seni, komplek kraf dan
lain-lain.
Jaringan keusahawanan
34
Latihan 3Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi dan multimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologi dan multimedia boleh membicarakan bahasa , seni visual, sejarah,geografi,kajian tempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.
Mohd Johari Ab.Hamid, 2006
Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah peranan Teknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikan faktor-faktor yang dimaksudkan?
Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumat tersebut melalui inkuiri penemuan.
KONSEP 5P
PENGGABUNG JALINAN
KEMAHIRAN DALAM PSV
KBSR
PENYERAPAN PENGETAHUAN
PENERAPAN NILAI MURNI PENGAYAAN PEMULIHAN
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSR
Sinopsis
Konsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.
Hasil Pembelajaran
i. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PSV KBSR/KSSR
ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulum
iii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSR/KSSR
Kerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaran
Rajah 4.1 :
Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni VisualJALINAN KEMAHIR
a) Penggabungjalinan Kemahiran
Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam
satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran
yang intergratif dan menyeluruh
35
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam
penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:
i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain
iii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum
b) Penyerapan Pengetahuan
Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada
suatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata
pelajaran yang diajar
Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual
ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik
walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat
sebaliknya
Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnya
ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran
lain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif
Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya
dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata
pelajaran lain
Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan
serba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenal
dalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-
kemahiran melukis dan mewarna sahaja.
36
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-guru
secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai
PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahan
dan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkara
PENGAYAAN Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar
di samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu
pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri
Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajar
sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka
meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya
kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja
mereka sendiri
Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk
mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan
serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,
kumpulan dan juga masyarakat.
Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar
supaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri
5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni Visual
Program intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar
negara khususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulakan pada
tahun 1900 an. Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains
telah mula diintegrasikan dengan mata pelajaran. Ini adalah
disebabkan kerana dia telah mengganggap sains adalah asas dalam
kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada itu terdapat juga
perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalam
kurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan
bahawa konsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan
secara meluas dikebanyakan pelajar negara-negara maju.
37
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan makna
pengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi,
sosiologi dan pedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait
rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu
itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang
mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyai lebih daripada satu makna.
Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti
seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara
pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin
dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai agensi
masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap
perhubungan antara pelbagai institusi masyarakat itu. Manakala dari
sudut pedagogi, intergrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar
yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit
pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan
membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu
cara belajar.
a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaran
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,
penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikan
kejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalam
falsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapa
kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialah
konsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenali
sebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSR/KSSR
membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,
38
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi dan
menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR/KSSR pendidikan adalah bagi
pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perlu ditegaskan
sebagai asas dalam proses P&P KBSR/KSSR yang mengandungi
aspek.
Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :
i) Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang
kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-
bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan
secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan
aktiviti P&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan
suasana proses P&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi
ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa
kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.
Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan
perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya
pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna.
Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru
digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan
bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut
kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid.
Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai
serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan
39
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh
digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat
dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada
satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain
mata pelajaran.
Jenis-jenis Penggabungjalinan :Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti
P&P boleh dilihat daripada tiga sudut seperti :
Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran
Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran
lain ke dalam sesuatu mata pelajaran
Penggabungjalinan kemahiran secara merentas
Kurikulum.
Contoh Aktiviti dalam P&P
Mata Pelajaran : Matematik (Tahun2)
Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100
Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0
sehingga 100
Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)
Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok
dan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikan
yang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yang
diajar.
40
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakan
cara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu
rakyat “Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor
bulat. Guru menyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi
muzik dan meminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya
meminta murid menyatakan operasi apakah yang digunakan
dalam lirik lagu tersebut.
Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorang tergelincir tinggal lagi Sembilan”.
Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.
Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalah
seperti berikut:
Diamlah wahai adik
Papaku pulang dari kota
Telefon berbunyi
Sepuluh botol kicap
Silly billy
Satu pagi saya ke sekolah
ii) Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata
pelajaran lain ke dalam isi pengajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsur-
unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran
dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran
sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi
aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan
sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa
Melayu.
41
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Ciri-ciri Penyerapan :
i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu
pengatahuan daripada berbagai-bagai pelajaran
ii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan
secara bersepadu dalam satu mata pelajaran
iii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan
dalam proses penyerapan adalah fleksibel.
iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan. Walau
bagaimanapun, unsur utama tetapt diberi
penekanan yang lebih.
v. Proses penyerapan berlaku secara serentak
dengan proses penggabungjalinan. Unsur-
unsur isi kandungan boleh diserapkan ke
dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai
kemahiran seperti membaca, menulis dan
mengira.
Contoh Aktiviti dalam P&PSubject : Science Year 5
Topic : Investigating Living Thing
Unit 1 : Lesson 2- Friends or Foes
PenyerapanBahasa Inggeris : Kemahiran Membaca
Daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan
atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan
memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari
kemahiran mata pelajaran Bahasa Inggeris
Contoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is made from glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”.
42
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu
menerangkan isi kandungan topic yang akan dijalankan.
iii) PenerapanKonsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses
menerapkan nila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak
kerja kokurikulum. Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai
murni, nilai kemanusian, ketuhanan dan sebagainya.
Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua
pendekatan iaitu :
i. Pendekatan implisitGuru secara tidak langsung menerapkan sesuatu
nilai. Segala perlakuan guru diperhatikan oleh
kanak-kanak dan akan dihayati serta akan menjadi ikutan
oleh kanak- kanak. Tindakan menyokong dan memberi
pujian ` kepada pelajar secara tidak langsung
menyedarkan pelajar untuk menerima sesuatu nilai
yang positif itu.
ii. Pendekatan eksplisitPendekatan ini bermaksud dengan mengadakan
suatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang
bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan
tidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapan secara
eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat, dan cara
pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.
Contoh Aktiviti Dalam P&P Mata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan
Kewarganegaraan
Tahun : 4
Topik : Pengurusan Diri
Sub Topik : Jaga Kebersihan Diri
43
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
PenerapanDalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh
menerapakan pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.
Contohnya dalam topik pengurusan diri, cara menjaga
kebersihan. Guru perlu bersedia terlebih dahulu dengan
berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa berada dalam
keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk para
pelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.
Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-
langkah yang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di
rumah. Contohnya, bangun pagi dengan gosok
gigi,mandi,menyikat rambut dan berpakaian kemas.
Segala pendekatan terkandung dalam aktiviti tersebut.
iv) Pemulihan Satu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.
Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan
untuk membantu pelajar yang mengalami masalah
pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas
3M. Aktiviti ini memerlukan perancangan yang betul untuk
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi
pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkan aktiviti
pemulihan, beberapa perkara atau aspek harus diambil kira
iaitu:
i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan
contohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat
mengenal pasti di mana kelemahan murid secara lebih
tepat seperti kelemahan mengeja suku kata KVKKV.
Maka guru seharusnya merancang untuk
menambahbaikan masalah tersebut.
44
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai
dan dipelbagaikan mengikut keperluan kognisi murid.
Bermaksud murid yang telah dikenalpasti memerlukan
aktiviti pemulihan seharusnya diberikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan
tahap pemikiran mereka atau lebih mudah dikatakan aras
yang lebih mudah supaya murid senang memahami apa
yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.
iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar
termasuk bahan bercetak dan bahan elektronik untuk
membantu murid memahami dan menguasai hasil
pembelajaran. Ini penting untuk memastikan aktiviti
pemulihan yang dijalankan akan lebih berjaya dengan
adanya lebih bahan Bantu mengajar yang sesuai dan
dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan, pasca
ujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.
Pasca ujian ini haruslah menekankan penguasaan
konsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.
Contoh Aktiviti Dalam P&P
Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5
Topik : Geografi Fizikal
Sub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar
PemulihanAktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3
pengajaran dan pembelajaran.Guru telah mengenal
pasti pelajar yang lemah dan kemahiran yang tidak
dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiran membanding
beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropika dengan
hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatang
45
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
serta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan
menarik minat serta mengukuhkan pemahaman pelajar.
Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebut
memahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat
yang berbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan
gabungan visual,muzik dan pergerakan binatang
tersebut. Ini member kesan yang baik dalam aktviti
pemulihan pelajar.
Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti ia
mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam
bentuk unit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untuk
menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan dan
seterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skop
perpaduan yang luas.
Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalam
landasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi
terbahagi kepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian
Sumatif. Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian
Sumatif pula dijalankan setelah satu tempoh pembelajaran
tertentu, contohnya setelah satu semester, satu penggal,
setengah tahun atau satu tahun penilaian akan dilakukan.
Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yang
lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu
jangka waktu tertentu yang lebih panjang.
46
Latihan 4
Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.
PSV 3043 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
47
Latihan 4
Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapat mencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebih bersifat futuristik.
Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depan dengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasi kurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?
Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni Visual Tahun 6.