08. tajuk 8 model j-qaf
DESCRIPTION
j-QAFTRANSCRIPT
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
TAJUK 8 MODEL-MODEL DALAM PROGRAM J-QAF DAN PELAKSANAANNYA
8.0 Sinopsis
Selamat datang dan berinteraksi dengan tajuk 8. Secara umumnya, tajuk ini merupa-
kan kesinambungan tajuk sebelumnya cuma fokus perbincangan dalam tajuk ini
menyentuh secara terperinci berkaitan model-model program j-QAF yang telah
dilaksanakan di sekolah -sekolah seluruh Malaysia. Terdapat 5 model yang
diperkenalkan iaitu;
i. Model Kelas Pemulihan Jawi
ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran
iii. Model Tasmik Khatam al-Quran
iv. Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi, dan
v. Model Kem Bestari Solat
Dalam tajuk ini, hanya tiga model sahaja yang akan dihuraikan iaitu Model Kelas
Pemulihan Jawi, Model 6 bulan Khatam al-Quran dan Model Tasmik Khatam al-Quran.
Manakala yang dua model selebihnya akan dibincangkan dalam tajuk berikutnya.
8.2 Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat memahami dan menghuraikan
konsep-konsep berikut;
i. Model Kelas Pemulihan Jawi
ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran
iii. Model Tasmik Khatam al-Quran
iv. Model Perluasan Bahasa Arab
v. Model Kem Bestari Solat
104
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
8.3 Kerangka Tajuk
8.4 PENGENALAN MODEL-MODEL J-QAF
Program j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam melalui
penekanan khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.
Projek ini dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Perlaksanaan program ini
menggunakan kurikulum dengan mewujudkan model-model tersendiri yang terdiri
daripada ;
i. Model Kelas Pemulihan Jawi
ii. Model 6 bulan Khatam al-Quran
iii. Model Tasmik Khatam al-Quran
iv. Model Peluasan Bahasa Arab Komunikasi dan
v. Model Kem Bestari Solat
Adalah diharapkan melalui model-model yang diperkenalkan, para pelajar akan dapat;
i. Menguasai kemahiran jawi dengan baik
ii. Mengkhatam al-Quran sebelum ke sekolah menengah
iii. Menguasai kemahiran berkomunikasi dan asas-asas Bahasa Arab
iv. Menguasai amalan Fardhu Ain khususnya tata cara berwudhuk dan solat lima waktu.
PENGENALAN MODEL-MODEL
PROGRAM j-QAF
Model Kelas Pemulihan Jawi
Model 6 bulan Khatam al-Quran
Model Tasmik al-Quran
Model Perluasan Bahasa Arab
Model Kem Bestari Solat
105
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Bagi membantu para guru dalam melaksanakan model-model berkenaan, pihak
Kementerian Pelajaran juga menyediakan beberapa buah buku panduan seperti
berikut:
i. Buku Panduan Pelaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi dan Buku Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Jawi
ii. Buku Panduan Pelaksanaan Model Khatam al-Quran Model 6 bulan dan Buku Panduan Khatam al-Quran Model Tasmik
iii. Buku Panduan Pelaksanaan Bahasa Arab dan Modul Pengajaran Bahasa dan Pembelajaran Bahasa Arab.
iv. Buku Panduan Pelaksanaan Model Bestari Solat.
8.4.1 MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI
Takrif
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru pemulihan untuk
memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. Kelas ini dijalankan serentak dengan
jadual waktu persekolahan sedia ada.
Objektif
Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat
mengenal, menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata
tertutup dan perkataan-perkatan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan
suku kata tertutup.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar kelas ini ialah murid-murid yang tidak dapat melepasi ujian khas iaitu
tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka.
Strategi Pelaksanaan
106
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
i. Laksana Kelas Pemulihan Jawi ikut agihan kemahiran dan kaedah P & Pyang telah ditentukan.
ii. P & P guna kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan.
iii. Buat penilaian dan rekod pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.
Agihan Tugas
Pihak sekolah bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat
sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar.
Guru Besar
Tubuh Jawatankuasa Pelaksana
Adakan mesyuarat penyelarasan
Pastikan Kelas Pemulihan Jawi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pantau perlaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.
Jawatankuasa Pelaksana;
i. Kenalpasti murid-murid yang keciciran melalui ujian khas atau maklumatdaripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihanhendaklah di antara 6 hingga 10 orang.
ii. Sedia tempat bagi pelaksanaan kelas pemulihan.
iii. Sedia bahan bantu mengajar.
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
Bekerjasama dengan guru pemulihan dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi.
Semak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran dan guru pemulihan.
Guru Mata Pelajaran
107
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Buat ujian khas untuk memilih pelajar yang akan mengikuti Kelas Pemulihan
Jawi.
Teruskan pengajaran mengikut jadual persekolahan biasa.
Guru Pemulihan Jawi
Laksana Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.
Rekod hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.
Laporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia dan Guru Besar.
8.4.1.1 AGIHAN DAN FOKUS KEMAHIRAN
Waktu Kemahiran
Waktu 1 Memperkenalkan huruf tunggal ا، ب، ت، ث، ج، ح
Waktu 2 Memperkenalkan huruf tunggal د ، ذ ، ر ، ز خ ،
Waktu 3 Memperkenalkan huruf tunggal س، ش، ص، ض، ط
Waktu 4 Memperkenalkan huruf tunggal ،قف، غظ، ع، غ ،
Waktu 5 Memperkenalkan huruf tunggal ك، ل، م، ن، و،هـ
Waktu 6 Memperkenalkan huruf tunggal ال ، ء ، يؤ ،
Waktu 7 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ،ا، ب،ت
Waktu 8 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf دخ، ج ،
Waktu 9 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf س ،و ، غ
108
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Waktu 10 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ك ف ،
،ضWaktu 11 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ،ل، م
،نWaktu 12 Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf-huruf ،ثهـ
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk memantapkan pelaksanaan program pemulihan jawi beberapa kaedah yang
menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran turut dicadangkan
seperti kaedah permainan dan nyanyian. Antara permainan dan nyanyian yang
dicadangkan seperti;
Permainan bagi kemahiran huruf tunggal:
Bowling
Tenteng
Main kad
Keretapi
Bowling Tenteng
109
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Keretapi
Permainan bagi kemahiran suku kata :
Sahibba
Pancing Ikan
Nyanyian:
Rasa Sayang Jawi
Eja dan Baca
Vokal dan Suku kata.
Kad Huruf
Sahiba Pancing Ikan
110
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Penilaian
Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian
hendaklah menguji kemahiran membaca dan menulis huruf-huruf dan suku katasuku
kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkod ke dalam Borang Penilaian
Kelas Pemulihan Jawi.
Kerja Rumah
Guru hendaklah menyediakan lembaran kerja berkaitan huruf yang telah dipelajari..
Antara bentuk kerja rumah yang boleh disediakan seperti menulis semula huruf-huruf,
mewarna dan sebaginya. Ibu bapa juga dikehendaki menanda tangani di ruang yang
disediakan apabila pelajar telah menyempurnakan tugasan tersebut. Guru perlu
menyemak tugasan tersebut pada keesokan hari.
8.4.2 MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN
Objektif Khatam Quran j-QAF
Setelah projek j-QAF dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua
murid yang menganut agama Islam, semasa berada di sekolah rendah akan dapat:
i. Membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid, dan
ii. Murid dapat mengkhatamkan al-Quran 30 juzuk.
Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF
Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi
memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran
dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-
Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah
mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan
al-Quran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan
pemantauan dari guru dari masa ke semasa.
111
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF
Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-
Quran Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif
kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu
sama lain.
Program Khatam Quran Model 6 Bulan
Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan ialah proram yang menumpukan kepada
penguasaan kemahiran membaca al-quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek
khatam al-Quran pada 6 bulan pertama tahun 2 hinggaa tahun 6.
Objektif
a. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid
b. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk.
Kumpulan Sasaran
Semua murid yang beragama Iskam tahun 2 hingga tahun 6
Strategi Pelaksanaan
Tempoh Pelaksanaan
Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model 6 Bulan Khatam Al-
Quran selam 6 bulan pertama setiap tahun. Bagi bulan berikut dan
sseterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam
berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.
Peruntukan Waktu
Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran selama
6 bulanmulai Januari hingga Jun drngan peruntukan masa 4 kali
seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas Ulum
Syariah danJawi.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
i. Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushaf Rasm
Uthmani
112
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
ii. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan
musyafahah.
Iii. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru
Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh
sekkurang-kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri
daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki
tangan sekolah dan murid turus.
Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran
masing-masing.
v. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran
dan Pembelajaran Model 6 Bulan .
vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan
pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`.
vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran
perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-
Quran.
viii Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model
Pengajaran dan Pembelajaran Model 6 Bulan.
Agihan Tugas
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong
Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah
bertanggungjawab:
a. Memberi taklimat pelaksanaan projek
b. Memantau pelaksanaan projek
c. Menyediakan laporan projek
Guru Besar bertanggungjawab;
a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek
dilaksanakan dengan sempurna.
113
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat.
d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
e. Memantau pelaksanaan projek
f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN
selepas tamat pelaksanaan projek.
Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab;
a. Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat
sekolah.
b. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru
pembimbing.
c. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan
keperluan pelaksanaan projek.
d. Menyemak laporan.
Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab;
a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan
projek.
b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam
Buku Rekod Bacaan Al-Quran.
d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing
kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan
Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan
Penilaian Projek Khatam Al-Quran Model 6 Bulan.
Guru Pembimbing
a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran
b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan.
c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku
Rekod Bacaan.
d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk
menyelesaikan sebarang masalah.
114
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah
talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut:
1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru
2. Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus.
3. Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid.
4. Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan
memberikan pujian atau mengiyakan.
Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan bagi mengesahkan murid tersebut
benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian
secara menyeluruh hendaklah dilakukan di akhir tahun bagi menentukan tahap
pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat
untuk menilai murid berkenaan. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;
Agihan Markah
1. Jumlah ayat : 60 markah
2. Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid
iaitu: Ayat tertinggi X60
______________
Jumlah ayat keseluruhan
Kualiti bacaan seseorang murid hendaklah dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:
i. Tidak berulang-ulang menyebut kalimah yang sama
ii. Menyalahi makhraj dan sifat huruf.
iii. Bertukar-tukar kalimah.
iv. Wajibul Ghunnah
v. Makhraj dan Sifat Huruf
115
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
vi. Hukum Mim dan Nun Sakinah
vii. Mad dan Qalqalah.
8.4.3 MODEL TASMIK KHATAM AL-QURAN
Model tasmik telah dicadang dan mendapat respon yang baik daripada pelbagai
peringkat pengurusan Kementerian Pelajaran dan daripada pelbagai pihak lain.
Panduan ini bertujuan menjelaskan mengenai Model Tasmik Khatam Al-Quran dan cara
pelaksanaannya. Penjelasan dalam panduan ini menyentuh tentang takrif, objektif,
kumpulan sasar, strategi pelaksanaan, agihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta penilaian. Model Tasmik Khatam al-Quran ditakrifkan sebagai satu program
membimbing dan merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid secara
individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam al-Quran
semasa berada di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.
Objektif
3.1 Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid.
3.2 Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk.
Kumpulan Sasar
Semua murid beragama Islam Tahun Satu sekolah rendah.
Strategi Pelaksnaan
i. Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh Kementerian dan al-Quran Rasm Uthmani.
ii. Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.iii. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru
Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru tasmik.
iv. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.
v. Murid yang masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu
116
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
v. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
vi. Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.
vii. Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru tasmik sebelum penilaian dilaksanakan.
viii.Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan individu di Lampiran A.
ix. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan.
x. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat member tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.
xi. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti:
a. Waktu petang bagi sesi pagi
b. Waktu pagi bagi sesi petang
c. Waktu Kokurikulum
xii. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada Jabatan Pelajaran Negeri.
Agihan Tugas
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah Kurikulum,
Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran daerah
bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan.
Guru Besar bertanggungjawab
a. menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF;
c. mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing;
d. memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat;
e. memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna;
f. memantau perlaksanaan Model Tasmik; dan
g. mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan boring Analisa Pencapaian Murid
yang disedikan oleh JAPIM.
117
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab
a. bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
b. mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik;
c. bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan program j-QAF; dand. menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.
Guru j-QAF bertanggungjawab
a. mengumpul data guru tasmik al-Quran;
b. menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini;
c. menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan murid
seminggu sekali;
d. menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod Bacaan;
e. memaklumkan sebarang masalah murid dan guru tasmik kepada
jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah;
f. membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran.
g. memantau pelaksanaan tasmik dijalankan.
Guru Tasmik bertanggungjawab;
a. membimbing murid sehingga khatam al-Quran;
b. mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan;
c. mengenalpasti kelemahan dan membuat pemulihan; dan
d. mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang timbul.
PENILAIAN
Seperti yang dinyatakan dalam model 6 bulan Khatam al-Quran, penilaian menyeluruh
pencapaian murid hendaklah dibuat dengan menggunakan borang menggunakan
borang yang disediakan. Laporan yang dinyatakan dalam borang-borang berkenaan
mengandungi pencapaian murid yang merangkumi kedua-dua model. Ini kerana
pencapaian murid untuk kedua-dua model ini direkodkan dalam Buku Rekod Bacaan
al-Quran dan borang tersebut menggunakan maklumat dari buku ini.
118
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
8.4.4 MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan berkenaan dengan Model Perluasan
Bahasa Arab di sekolah-sekolah yang melaksanakan Program j-QAF. Panduan ini
menerangkan tentang takrif, matlamat, objektif, strategi pelaksanaan, kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian yang akan digunakan dalam pelaksanaan
model ini.
8.4.4.1 Takrif
Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab bermaksud pelaksanaan mata pelajaran
Bahasa Arab diperluaskan kepada semua murid di sekolah-sekolah yang
melaksanakan Program j-QAF. Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004:
Pelaksanaan Program j-QAF di Sekolah Rendah (KP(85)8591/Jld.XVII(13) bertarikh 30
Disember 2004), “status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan.
Walau bagaimanapun murid (Islam) hendaklah memilih Bahasa Arab Komunikasi
sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi atau Bahasa Tamil
Komunikasi”. Murid bukan Islam diberi pilihan sama ada ingin mengambil Bahasa Arab
atau pun tidak.
8.4.4.2 Matlamat
Pengajaran dan pembelajaran bahasa di peringkat rendah bermatlamat menanam
minat mempelajari Bahasa Arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping
membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.
8.4.4.3 Objektif
Di akhir pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah murid dapat:
i. mendengar bunyi huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan memahaminya.
ii. menyebut dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab.iii. bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya.iv. membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab.v. menulis dengan betul huruf-huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab dan
memahaminya.
119
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
vi. menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan memahaminya.
8.4.4.4 Strategi Pelaksanaan
1. Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab dilaksanakan dengan
menggunakan peruntukan masa sedia ada bahasa Arab di sekolah
kebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu) seperti yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2002 KP (BS) 8591
Jilid XVII (8) bertarikh 1 Oktober 2002 : Penawaran Mata Pelajaran Bahasa
Arab Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK).
2. Peruntukan masa ini mestilah berada di dalam jadual waktu rasmi
persekolahan.
3. Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh unit atau topik yang
terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Tahun1,2 dan
3 edisi 2004. Penerbitan pakej buku ini terdiri daripada Buku Teks, Buku
Latihan dan aktiviti murid serta Buku panduam Guru yang dibina berdasarkan
Sukatan pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1, 2 dan 3.
4. Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berpandukan agihan aktiviti/ hasil pembelajaran اج التعلم) (نت yang dicadangkan seperti di dalam jadual Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).
5. Bagi membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, guru-
guru disarankan menggunakan bahan bantu yang dibekalkan ke sekolah-
sekolah.
8.4.4.5 Agihan Tugas
1. Penolong Pengarah j-QAF Negeri, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pendidikan Islam / Penyelia Kanan Pendidikan Islam Daerah
bertanggungjawab :
a. memberi taklimat pelaksanaan model dan
b. memantau pelaksanaan model.
120
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
2. Guru Besar bertanggungjawab :
a. memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna.
b. meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Unit
Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pelajaran Negeri.
3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab :
a. mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model.
b. bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan
model.
c. menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada guru
besar.
4. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab :
a. menggunakan Buku Teks, Buku Panduan Guru Bahasa Arab dan bahan bantu
mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
b. merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna.
c. mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid.
d. memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
e. membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan.
f. merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan
pembelajaran.
g. melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.
8.4.4.6 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
1. Berdasarkan teori-teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa, terdapat pelbagai
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab boleh dilaksanakan di sekolah.
Namun begitu, pendekatan komunikatif dicadangkan untuk dilaksanakan di sekolah
kerana sifat dan tujuan bahasa Arab itu sendiri ialah untuk berkomunikasi.
121
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
2. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dijalankan menggunakan
kaedah-kaedah berikut iaitu :
a. Kaedah Tematik (الطريقة الموضوعية) b. Kaedah Ajuk-Hafaz ( الطريقة الترديد
(والمحاكة
c. Kaedah Semula Jadi / Kaedah Terus ). )الطريقة المباشرةd. Kaedah Latih Tubi ( الطريقة التدريبات
)المكثفةe. Kaedah Eklektik (الطريقة اإلنتقائية)
8.4.4.7 Penilaian
1. Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
merupakan aktiviti untuk mendapatkanmaklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu,penilaian perlu dijalankan secara berterusan bermula dari tahun 1 (silarujuk
Panduan Pelaksanaan PKSR Bahasa Arab seperti yang terdapat di dalam buku
Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-
QAF Tahun 6).
2. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan dan
penilaian tulisan secara formatif berdasarkan topik pembelajaran. Walau bagaimanapun
penilaian yang perlu dilaporkan kepada Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK)
untuk tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) ialah penilaian sumatif yang akan dibekal
ke sekolah-sekolah pada bulan Mei dan Oktober sahaja.
3. Penilaian Bahasa Arab di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian
Kendalian Sekolah Rendah (PKSR). Penilaian Kendalian Sekolah Rendah mempunyai
prinsip-prinsip berikut :
a. bersifat formatif.
122
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
b. mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi,
rohani dan jasmani).
c. sistematik dan berterusan.
d. menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan).
e. berasaskan kriteria.
f. dikendalikan oleh guru.
g. membolehkan tindakan susulan.
8.9 KONSEP PROGRAM BESTARI SOLAT
Pelajar sekelian,
Seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain ( j-QAF ) Peringkat Kebangsaan
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac
2004 telah memutuskan supaya Model Bestari Solat dilaksanakan secara rintis
bersama model-model projek j-QAF yang lain bagi menguji sejauhmana kelemahan dan
kekuatannya. Program Kem Bestari Solat perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi
memastikan kejayaan program j-QAF. Kerjasama dan hubungan yang erat antara
pihak sekolah dan ibu bapa amat penting bagi mempastikan hasrat murni dapat
direalisasikan.
8.9.1 Konsep
Kem Bestari Solat ialah aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan untuk memastikan
murid boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian
sesebuah sekolah.
8.9.2 Objektif
Kem Bestari Solat diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat:
mengetahui kepentingan solat
berwuduk dengan sempurna
mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu
melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul
123
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat dengan betul dan
lancar
8.9.3 Langkah-langkah pelaksanaan
Bagi memastikan Kem Bestari Solat berjalan dengan lancar , beberapa langkah perlu
diambil:
i. Panitia Pendidikan Islam hendaklah menyediakan kertas kerja dan
dibentangkan dalam mesyuarat bagi memutuskan perkara-perkara berikut:
1. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah
2. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat
3. Menentukan guru yang layak untuk menjadi fasilitator
4. Menyediakan jadual pelaksanaan aktiviti Kem Bestari Solat
5. Mengagihkan murid-murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat
mengikut kumpulan yang ditentukan.
6. Memberi taklimat kepada fasilitator untuk panduan tenaga sebagai
pengajar dalam Kem Bestari Solat.
ii. Program ini dilaksanakan dua kali dalam tempoh setahun. iii. Aktiviti ini dilaksanakan dalam bentuk kursus intensif di luar waktu P & P
sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.iv. Setiap kem peringkat sekolah tidak melebihi 60 orang murid dan setiap
kumpulan tidak melebihi 10 orang.v. Antara pengisian aktiviti Kem Bestari Solat ini ialah latihan amali wuduk,
amali solat, solat berjemaah, ujian penilaian pra dan pasca program, riadah, pertandingan bacaan dan amali solat.
vi. Instrumen penilaian perlu disediakan bagi menentukan tahap kebolehan murid dalam mendirikan solat .
vii. Menyusun pengisian aktiviti kem .viii. Mengumpul maklumat murid yang tidak tahu solat selepas tamat Kem Bestari
Solatix. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti
dilaksanakan. x. Melaporkan rekod pencapaian murid kepada guru yang mengajar, ibu bapa,
penjaga, ketua panitia dan guru besar.xi. Borang Catatan Pelaksanaan Solat. Borang Catatan Pelaksanaan Solat
diedarkan kepada ibu bapa dan penjaga. Tanggungjawab ibu bapa dan penjaga ialah :
.
124
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
Ibu bapa / penjaga hendaklah mencatat pelaksanaan amalan solat murid di rumah selama dua bulan
Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah untuk dianalisa.
Pihak sekolah akan menyediakan laporan untuk pelaksanaan kem kedua. Kem Bestari Solat Kedua dilaksanakan setelah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Kem Bestari Solat Pertama.
8.9.4 Jawatankuasa Pelaksana
Sebelum melaksanakan Kem Bestari Solat, sebuah jawatankuasa pelaksana perlulah
ditubuhkan. Jawatankuasa Pelaksana terdiri daripada :
a. Penaung
b. Penasihat
c. Pengerusi
d. Setiausaha
e. Bendahari
f. Ahli Jawatankuasa :
1. Urusetia
2. Pendaftaran dan Penginapan
3. Makanan dan Minuman
4. Keselamatan / Kebajikan / Disiplin
5. Dokumentasi / Penilaian
6. Riadhah
7. Kem Komandan
8. Siaraya
9. Warden
10.Teknik & Peralatan
11.Sijil dan Hadiah.
8.9.5 Peruntukan Kewangan
a. Kewangan
i. Peruntukan kewangan khusus
ii. Sumbangan PIBG
iii. Sumbangan swasta dan lain-lain
125
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
b. Perbelanjaan
i. Penyediaan bahan ( Kertas Kerja, kertas edaran, fail )
ii. Perbelanjan runcit
iii. Perbelanjaan makan dan minum
iv. Hadiah galakan
8.9.6 Lantikan Fasilitator
Fasilitator terdiri daripada:
i. Guru Pendidikan Islam ( Dalaman / Luaran )
ii. Guru-guru akademik yang berkebolehan
iii. Ibu bapa / penjaga yang berkebolehan
iv. Guru-Guru KAFA
v. Pihak lain yang berkelayakan dan dipersetujui oleh pihak pengurusan
sekolah.
8.9.7 Cadangan Jadual Aktiviti
i. Pembahagian kumpulan berdasarkan ujian pra-kem .
ii. Memberi taklimat kem berhubung pelaksanaan jadual, senarai aktiviti, etika dan peraturan kem, keselamatan dan sebagainya.
iii. Cadangan tajuk Kuliah Maghrib/Subuh : Memilih tajuk-tajuk yang ringan, mudah dan asas berhubung kepentingan solat dan bersuci, seperti “Solat tiang agama”, “Kedudukan solat dalam hidup mukmin”, “Mengapa wajib bersolat”, “Hubungan bersuci dengan solat”, “Mengapa perlu bersuci”, “Jika anda muslim anda mesti solat” dan tajuk-tajuk lain yang difikirkan sesuai dengan tahap pemikiran murid bagi sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan soalan apa, mengapa, kenapa, bagaimana dan di mana.
iv. LDK (latihan dalam kumpulan) 1 – 6 mengikut tajuk yang disediakan. Fokus
kepada latih tubi bacaan dan tunjuk cara solat.
8.10 PENUTUP
Model Perluasan Bahasa Arab merupakan suatu usaha yang murni ke arah mena-
namkan minat dan kemahiran berbahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran yang
ditanamkan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Manakala Program Kem Bestari Solat
126
LATIHAN & TUGASAN
PIM 3101 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (SR)
perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan kejayaan kesinambungan
terhadap amalan fardhu ain di kalangan murid-murid sekolah rendah. Kedua-dua
program ini merupakan program j-QAF yang perlu dilaksanakan oleh para guru yang
berkenaan walaupun pada peringkat awal pelaksanaan beberapa cabaran, yang diduga
atau yang tidak diduga, telah dihadapi oleh pihak sekolah. Namun semua guru j-QAF
dan guru Pendiidkanj Islam perlu bertangungjawab melaksanakan dan mengatasi
segala kerumitan bagi menjamin kejayaan inisiatif besar pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Jesteru bagi mencapai hasrat murni ini, kerjasama dan hubungan erat pihak
sekolah dan ibu bapa amat penting. Mudah-mudahan dengan program ini dapat ia
menambah rasa tanggungjawab dan minat murid terhadap perintah Allah s.w.t.
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .
i. Dengan menggunakan grafik peta minda yang bersesuaian, rumuskan kembali
matlamat, objektif, kepentingan program j-QAF yang diperkenalkan.
ii. Setelah anda membaca modul ini, buat satu analisa perbandingan mengenai
persamaan dan perbezaan yang anda perolehi di antara kandungan kurikulum
Pendidikan Islam KBSR dengan kurikulum j-QAF.
iii. Bina satu borang penilaian prestasi pemulihan jawi yang bersesuaian.sebagai
mekanisma penyaluran maklumat kepada kepada ibu bapa mengenai tahap
pencapaian pelajar.
iv. Sediakan borang penilaian akhir bagi program khatam al-Quran dengan
memasukkan aspek-aspek yang perlu dinilai semasa akhir program berkenaan.
127