08 tajuk 1 beberapa perkara berkaitan al-quran

40
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN Tajuk 1 BEBERAPA PERKARA BERKAITAN AL-QURAN Sinopsis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada empat tajuk utama iaitu Beberapa Kelebihan al-Quran, Beberapa Hukum Berkaitan al-Quran, Istia zah, Basmalah dan Takbir serta Khatam al-Quran . Keempat-empat tajuk mempunyai kepentingan secara langsung dengan penjagaan dan pembacaan kitab suci al-Quran. Melalui pembacaan kepada keempat-empat perkara tersebut diharapkan pelatih dapat mengetahui kelebihan berkaitan al-Quran dan menjaga kesucian kitab suci al-Quran. Ia merangkumi kelebihan membaca, mendengar, belajar dan mengajar al-Quran. Hukum membaca dan menyentuh al-Quran atas orang yang berhadas dan hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran. Perbincangan Mengenai Isti’azah, Basmalah dan Takbir dalam Tilawah al- Quran. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan kelebihan al-Quran kepada manusia, kelebihan membaca dan mendengar bacaan al-Quran serta kelebihan belajar dan mengajar al-Quran. 2. Menghuraikan pendapat ulamak mengenai hukum membaca al-Quran bagi orang yang berhadas, hukum menyentah al-Quran bagi orang yang berhadas dan hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran. 3. Menjelaskan Pengertian Isti azah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca al-Quran, Pengertian Basmalah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca al-Quran serta Pengertian Takbir, lafaz dan hukumnya dalam Tilawah al-Quran. 1

Upload: aqir-syamil

Post on 29-Nov-2015

306 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

MODUL

TRANSCRIPT

Page 1: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Tajuk 1 BEBERAPA PERKARA BERKAITAN AL-QURAN

Sinopsis

Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada empat tajuk utama iaitu Beberapa

Kelebihan al-Quran, Beberapa Hukum Berkaitan al-Quran, Istia’zah, Basmalah dan

Takbir serta Khatam al-Quran. Keempat-empat tajuk mempunyai kepentingan

secara langsung dengan penjagaan dan pembacaan kitab suci al-Quran. Melalui

pembacaan kepada keempat-empat perkara tersebut diharapkan pelatih dapat

mengetahui kelebihan berkaitan al-Quran dan menjaga kesucian kitab suci al-

Quran. Ia merangkumi kelebihan membaca, mendengar, belajar dan mengajar al-

Quran. Hukum membaca dan menyentuh al-Quran atas orang yang berhadas dan

hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran. Perbincangan

Mengenai Isti’azah, Basmalah dan Takbir dalam Tilawah al-Quran.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan kelebihan al-Quran kepada manusia, kelebihan membaca dan

mendengar bacaan al-Quran serta kelebihan belajar dan mengajar al-Quran.

2. Menghuraikan pendapat ulamak mengenai hukum membaca al-Quran bagi

orang yang berhadas, hukum menyentah al-Quran bagi orang yang berhadas

dan hukum mengajar dan mengambil upah mengajar al-Quran.

3. Menjelaskan Pengertian Isti’azah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca

al-Quran, Pengertian Basmalah, lafaz dan hukumnya ketika hendak membaca

al-Quran serta Pengertian Takbir, lafaz dan hukumnya dalam Tilawah al-Quran.

4. Membincangkan hukum dan perkara yang berkaitan dengan Khatam al-Quran.

1

Page 2: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

1.1 Beberapa Kelebihan Berkaitan al-Quran

1.1.1 Kelebihan al-Quran Kepada Manusia

Al-Quran adalah kitab suci yang mempunyai banyak kelebihan dan peranannya, antaranya seperti berikut:

1) Al-Quran sebagai pensyafaat dan penghujah. Sabda Rasulullah S.A.W:

�د�ه� ه� ق��ا �م��� ما� �ه� أ ع�ل �ح*ل) م�ص�د%ق م�ن" ج� ف%ع) و�ما �ف*ع) م�ش� "ق�رء�ان� شا ال

%ار* *لى الن �ق�ط�ه� إ ل"ف� ظ�ه"ر*ه* سا �ه� خ� ع�ل %ة* و�م�ن" ج� ن "ج� *لى� ال إ)رواه ابن حبان(

Maksudnya:

“Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barang siapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke Syurga dan barang siapa yang meletakkan di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke Neraka”. (Riwayat Ibnu Hibban)

2) Al-Quran sebagai sumber menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Sabda Rasulullah S.A.W:

�ع"نى* "ه� ي ج� م*ن �ف"ض�ل� م*م%ا خ�ر� ئL أ *ش� *لى الله* ب ج*عو�ن� إ �ر" �ت �م" ال %ك *ن إء�ان� "قر" ال

)رواه الحاكم( Maksudnya:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kembali (menghampirkan diri kepadaNya) melainkan dengan sesuatu yang terlebih utama yang datang terus daripadaNya yakni al-Quran”.

(Riwayat al-Hakim)

3) Al-Quran sebagai cahaya (nur) kehidupan dan bekalan ke akhirat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Zar R.A:

�ق"و�ى *ت "ك� ب �ي %ه* أو"ص*ني* ق�ال� ع�ل سو�ل� الل �ا ر� �ل� ق�ل"ت� ي ع�ن" أبى* ذ�ر% قا�له* "م"ر ك س� األ

" أ %ه� ر� *ن %ه* ف�إ الل�ور) %ه� ن �ن* فإن ءا "ق�ر" �و�ة* ال *ال *ت "ك� ب �ي %ه* ز*د"ني ق�ال� ع�ل سو�ل� الل � ر� ق�ل"ت� يا

ر"ض و�ذ�خ"ر) �ك� في* ل�ك� ف*ى األ" ماء* ل الس%)رواه ابن حبان(

2

Page 3: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maksudnya: “Daripada Abu Zar, beliau berkata: “Ya Rasulullah berikan aku satu pesanan (yang berpanjangan)”. Rasulullah SAW bersabda: ”Semaikan rasa takut kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan”. Aku berkata lagi;”Ya Rasulullah, tambahkan lagi”. Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untukmu di langit (akhirat)”. (Riwayat Ibnu Hibban)

4) Al-Quran sebagai kemegahan bagi umat Islam. Sabda Rasulullah SAW:

� ف�ها ر� م%تي* و�ش�� �ء أ �ها *ن% ب *ه* و�إ �ه�ون� ب �با �ت فا ي ر� ى"ءL ش� �ل ش� *ك *ن% ل إ

ء�ان� "ق�ر" ال)رواه أبو نعيم(

Maksudnya:

“Sesungguhnya bagi setiap sesuatu ada kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya. Dan yang menjadi kemegahan dan kebanggaan umatku iaitu al-Quran”.

(Riwayat Abu Naim)

1.1.2 Kelebihan Membaca dan Mendengar Bacaan al-Quran:

Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang menceritakan tentang kelebihan membaca al-Quran atau mendengar bacaannya, antaranya seperti berikut:

1) Sabda Rasulullah S.A.W:

ر* *ع�ش" �ة ب ن "ح�س� �ة) و�ال ن *ه* ح�س� �ه� ب �ب* الله* ف�ل *تا فkا م*ن" ك � حر" أ م�ن" قر�ف) �ق�ول� الم ح�ر" � أ � ال *ها �ال �مث أ

ف) ف) و�م*يم) ح�ر" �م) ح�ر" ف) و�ال �ك*ن" أل*ف) ح�ر" و�ل)رواه الترمذي(

Maksudnya:

“Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Riwayat al-Tirmidzi)

2) Sabda Rasulullah S.A.W:

*ه* �ب ص"حا k أل* ف*يعا �م�ة* ش� "ق*يا �و"م� ال "تى ي "ه� يأ ء�ان� ف�إن ءو�ا الق�ر" اق"ر�

3

Page 4: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

)رواه مسلم( Maksudnya:

“Bacalah olehmu akan al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat memberi syafaat kepada pembacanya”.

(Riwayat Muslim)

3) Sabda Rasulullah S.A.W :

ء�ان* "ق�ر" اء�ة� ال م%تي* ق*ر�� �اد�ة* أ ب �ف"ض�ل� ع* أ

)رواه الترمذي( Maksudnya:

“Sebaik-baik ibadat (sunat) umatku adalah membaca al-Quran”.(Riwayat al-Tirmidzi)

4) Sabda Rasulullah S.A.W :

�ام�ة* "ق*ي �وم� ال ا ي kه� نور� �ت" ل �ان %ه* ك �ب* الل *تا �ةL م*ن" ك *لى� ء�اي �م�ع� إ ت م�ن* اس")رواه أحمد(

Maksudnya:

“Barang siapa mendengar satu ayat dari kitab Allah (al-Quran) maka ia akan menjadi cahaya untuknya pada hari Kiamat”.

(Riwayat Ahmad)

1.1.3 Kelebihan Belajar dan Mengajar al-Quran:

Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menerangkan kelebihan belajar dan mengajarkan al-Quran kepada orang lain, antaranya:

1) Sabda Rasulullah SAW :

%م�ه� آن� و�ع�ل "ق�ر" %م� ال �ع�ل �م" م�ن" ت ك "ر� ي خ� ) خاريبرواه ال (

Maksudnya:

“Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepad) orang lain)”.

(Riwayat Bukhari)

2) Sabda Rasulullah S.A.W :

4

Page 5: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

ة* و�ال%ذ ر� �ر� * الب ام ة* الكر� "ق�رء�ان* م�ع� الس%فر� *ال "م�اه*ر� ب ؤ�ه� و�ه�و�ال �ق"ر� *ي ي �ن* �ج"را �ه� أ "ه* ل *ع� ف*ي �ع"ت �ت اقu ي "ه* ش� �ي ع�ل

)رواه مسلم( Maksudnya:

“Orang yang mahir dengan al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak maka baginya dua pahala (kebajikan)”.

(Riwayat Muslim)

3) Rasulullah S.A.W . bersabda kepada Abu Zar R.A:

�ن" "ر) ل�ك� م*ن" أ ي �اب* الله* خ� *ت �ةk م*ن" ك %م� ء�اي �ع�ل �غ"د�و� ف�ت �ن" ت �ا ذ�ر% أل* ب� �ا أ ي

�ن" "ع�ةL و�أ ك �ة� ر� �ص�لي� م*ائ ت�ك� "ر) ل ي *ه* خ� �ع"م�ل" ب �م" ي و" ل

� *ه* أ * ع�م*ل� ب "م "ع*ل kا م*ن� ال �اب %م� ب �ع�ل �غ"د�و� ف�ت تLع�ة" ك �ل"ف� ر� �ص�لي� أ ت

) رواه ابن ماجه (Maksudnya:

“Wahai Abu Zar! Jika kamu pergi di suatu pagi untuk belajar satu ayat dari Kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang (sunat) seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang (sunat) seribu rakaat ”.

(Riwayat Ibnu Majah)

4) Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Abu Hurairah R.A:

ة� "ر� ي �ا ه�ر� �ا أب %م�ه� ي آن� و�ع�ل "ق�ر" %م� ال �ع�ل %ىت ت �ذ�ل*ك� ح� ل" ك �ز� %اس� و�ال� ت الن �اك �ت *ن" أ "م�و"ت� ف�إ �ك� ال *ي ت

" �أ ي�ح*ج} �م�ا ي "ر*ك� ك *ل�ى ق�ب �ة� إ *ك �ئ "م�ال �ذ�ل*ك� ح�ج%ت* ال "ت� ك �ن "م�و"ت� و�أ ال

* ام "ت* الله الح�ر� �ي *ل�ى ب �ون� إ "م�ؤ"م*ن ال))رواه الديلمي

Maksudnya:

“Wahai Abu Hurairah! Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian. Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian pada hal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu seperti mana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram”.

5

Page 6: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

(Riwayat Dailami)

5) Sabda Rasulullah S.A.W:

%م�ه� آن� و�ع�ل "ق�ر" %م� ال �ع�ل �م" م�ن" ت ك "ر� ي %اس�خ� الن) رواه الشهاب (

Maksudnya:

“Sebaik-baik dalam kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya (kepada) orang lain”.

(Riwayat al-Syihab)

Rujuk mana-mana kitab muktabar atau layari internet dan cari maklumat berkaitan kelebihan kitab al-Quran, kemudian hasilkan nota ringkas mengenainya. (3 jam)

1.2 Beberapa Hukum Berkaitan al-Quran

1.2.1 Hukum Membaca al-Quran Atas Orang Yang Berhadas

Bagi Orang Yang Berhadas Kecil

Ulama’ bersependapat menyatakan hukum membaca al-Quran bagi orang yang berhadas kecil adalah harus, dan disunatkan berwuduk.

Bagi Orang Yang Berhadas Besar

Ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum membaca al-Quran bagi orang yang berhadas besar. Pendapat mengikut mazhab imam-imam mujtahid adalah seperti berikut:

1) Mazhab Hanafi menyatakan haram, walaupun sedikit.

2) Mazhab Maliki menyatakan harus, kalau bacaan yang sedikit. Ada riwayat yang lain menyatakan harus tanpa syarat.

3) Mazhab Hanbali menyatakan haram.

Ada satu riwayat daripada Imam Ahmad, jika sekiranya perempuan yang haidh itu berhajat kepadanya (membaca al-Quran) maka tidak perlu tunggu suci (dibolehkan).

4) Mazhab Shafie pula terbahagi kepada dua pendapat:

6

Page 7: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

i) Pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie mengatakan haram, walaupun sedikit dengan niat membaca al-Quran. Pendapat ini disepakati oleh Imam Nawawi, Imam al-Rafie, Imam Ibn Hajar ’Asqalani dan al- Ramli. Mereka berdalilkan hadis Rasulullah S.A.W. antaranya:

a) Sabda Rasulullah S.A.W.

القرءان من شيئا الحائض وال الجنب يقرئ ال

البيهقي ( ( رواه

Maksudnya:

’’Janganlah hendaknya orang yang berjunub dan orang yang haidh itu membaca sesuatu daripada al-Quran”.

(Riwayat al-Baihaqi)

b) Sabda Rasulullah S.A.W:

شيئا القرءان من النفساء وال الحائض يقرئ ال

( الدارقطني (رواه

Makudnya:

” Janganlah hendaknya orang yang haidh dan orang yang nifas itu membaca sesuatu daripada al-Quran”.

(Riwayat al-Daruqutni)

ii) Pendapat yang kedua mengatakan harus bagi orang yang berhadas besar membaca seluruh al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh al- Haitami dalam kitab al-’Iyab Syarhul Ubab bahawa Ibn Munzir dan al- Darimi memilih apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud dan lainnya bahawa boleh bagi orang yang haidh membaca seluruh al-Quran. Imam Bukhari juga ada meriwayatkan pendapat Ibnu Mas’ud ini bahkan beliau sendiri berpendapat seperti itu. Mereka berhujah bahawa pada zaman Rasululullah s.a.w ramai wanita yang kedatangan haidh. Jika sekiranya diharamkan ke atas mereka membaca al-Quran sebagaimana diharamkan sembahyang maka tentulah baginda telah menerangkannya kepada umatnya serta mengajarkannya kepada isteri-isteri baginda. Tetapi tidak

ada seorang pun daripada isteri-isteri baginda yang meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W bahawa diharamkan ke atas perempuan yang haidh membaca al-Quran.

1.2.2 Hukum Menyentuh al-Quran Atas Orang Yang Berhadas

Bagi Orang Yang Berhadas Besar (janabah, haidh dan nifas)

7

Page 8: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum orang yang berhadas besar menyentuh al-Quran.

i) Imam Daud Zhahiri dan Ibn Hazmin daripada mazhab Zhahiri membolehkan orang yang berjanabah menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah bahawa surat yang dikirimkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Heraklius mengandungi petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya. Maka sudah tentu Heraklius menyentuhnya sedangkan beliau seorang kristian lagi berjanabah. Jika tidak boleh tentu Rasulullah S.A.W tidak memasukkan petikan ayat-ayat al-Quran dalam surat tersebut.

ii) Jumhur ulama’ tidak membolehkan orang yang berhadas besar menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka menolak hujah Daud Zhahiri dan Ibn Hazmin kerana surat kiriman Rasulullah s.a.w itu walaupun ada petikan ayat-ayat al-Quran di dalamnya tetapi ia bukanlah al-Quran sepenuhnya. Bahkan surat tersebut samalah dengan kitab-kitab tafsir atau sebagainya yang boleh disentuh atau dibawa oleh orang yang berhadas besar.

Bagi Orang Yang Berhadas Kecil (Tidak berwudhu’)

Ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadas kecil.

i) Jumhur ulama’ Fiqh mengharamkan orang yang tidak berwuduk menyentuh dan membawa al-Quran. Mereka berhujah dengan dalil-dalil berikut:

a) Firman Allah s.w.t dalam surah al-Waqi’ah: ayat 79

Maksudnya:

“ Tidak menyentuhnya (al-Quran) kecuali mereka yang disucikan”.

b) Sabda Rasulullah s.a.w:

طاهر اال القرءان يمس ال حبان ( رواه ابن ) Maksudnya:

8

Page 9: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

”Tidak menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci”.

ii) Ibn Abbas, al-Sya’bi, al-Dhahak, Daud Zhahiri, Ibnu Hazmin dan Hammad al-Basri berpendapat bahawa orang yang berhadas kecil boleh menyentuh al-Quran kerana tidak ada dalil yang terang yang mengharamkannya. Mereka menolak hujah jumhur Ulamak dengan alasan berikut:

a) Ayat 79 dalam surah al-Waqi’ah

Maksudnya:

“ Tidak menyentuhnya (al-Quran) kecuali mereka yang disucikan”.

1.2.3 Hukum Mengajar dan Mengambil Upah Mengajar al-Quran

1) Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ‘ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.

2) Ulama’ berselisih pendapat mengenai mengambil upah mengajar al-Quran. Huraiannya seperti berikut:

i) Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak.

ii) Hassan al-Bashri, al-Sya’bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-quran jika tidak mensyaratkan upahnya.

iii) Imam Syafie, Imam Malik dan ‘Ata’ al-Tabi’ie menyatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dan upahnya adalah sah.

3) Orang yang mengajar al-Quran terbahagi kepada tiga golongan. Huraiannya seperti berikut:

i) Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan. Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ‘Alaihim al-solatu wa al-salam’.

ii) Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya. Mereka layak mengambil upahnya. Segala amalan baik mereka akan diterima InsyaAllah.

9

Page 10: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

iii) Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Mereka harus menerima hadiah, adapun amalan kebajikan mereka tertulis di sisi Tuhan mereka InsyaAllah.

Lakarkan sebuah peta minda grafik berkaitan hukum membaca dan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadas. (2 jam)

1.3 Isti’azah, Basmalah dan Takbir

1.3.1 Perbincangan Isti`azah dan Hukumnya Ketika Hendak Membaca al- Quran

1) Makna isti’adzah ( إستعاذة) pada bahasa : berlindung. Pada istilah : Lafaz yang menghasilkan perlindungan dan naungan Allah daripada syaitan yang dilaknat. Ia juga dikenali sebagai Ta’auwdz ( تعو�ذ ).

2) Dalil tuntutan membaca Isti’adzah : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl : 98

Maksudnya:

"Apabila kamu (hendak) membaca al-Quran maka hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.

3) Ulama’ berselisih pendapat mengenai tahap tuntutan membaca Isti’adzah ketika hendak membaca al-Quran. Huraiannya seperti berikut :

i ) Jumhur ulama’ mengatakan sunat muakkad.

ii) ‘Ata’,Sufyan al-Thauri dan Daud Zhahiri serta pengikutnya menyatakan wajib.

iii ) Ibnu Sirin mengatakan wajib untuk sekali seumur hidup.

Kata Imam Ibnu al-Jazari

10

Page 11: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

�ع"ض�ه�م"...................................... �ع�و}ذ) و�ق�ال� ب kح*ب" ت ت و�اس"�ج*ب" ي

“ Dan disunatkan Isti’adzah (ketika hendak membaca al-Quran) dan kata setengah daripada mereka adalah wajib”

4) Terdapat banyak lafaz (shighah) Isti’azah, antaranya seperti berikut ;

i) Lafaz yang diajar oleh Malaikat Jibril ‘Alaihi al-salam. Inilah yang lafaz terpilih.

�ع "ط�وأ ي %ه م*ن� الش% *الل *ان ذ� ب ج*يم الر% Maksudnya :

“ Aku berlindung diri dengan Allah daripada syaitan yang direjam”.

ii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulullah s.a.w serta digemari oleh golongan Ulama’ Salaf.

* ج*يم "ط�ان الر% ي * م*ن� الش% *يم "ع�ل م*يع* ال %ه الس% *الل �ع�وذ� ب أ Maksudnya:

“ Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam”

iii) Lafaz yang diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W.

ات* * و�م*ن" ه�م�ز� *يم �ل *ه* األ" * م*ن" ع�ذ�اب "ع�ظ*يم %ه* ال *الل �ع�وذ� ب أ

*يم� "ع�ل م*يع� ال *نه� ه�و� الس% �اط*ين* إ ي الش% Maksudnya:

“ Aku berlindung diri dengan keampunan Allah yang Maha Agong daripada azabNya yang amat pedih dan daripada tipu daya syaitan, sesungguhnya Dialah (Tuhan) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

iv) Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Abu Bakar al- Siddiq R.A.

11

Page 12: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maksudnya:

�لأ دL و�م*ن" ك �ل ع�د�و� و�ح�اس* "م�اج*د* م*ن" ك "و�اح*د* ال %ه* ال *الل ع�وذ� ب*يم� "ع�ل م*يع� ال *نه� ه�و� الس% "ط�انL م�ار*دL إ ي ش�

“ Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mulia daripada setiap musuh dan setiap orang yang berhasad dengki serta daripada setiap syaitan yang durhaka.Sesungguhnya Dialah (Tuhan) yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

v) Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Umar bin al-Khattab R.A. .

* الدين* �وم *ل�ى ي %ع*ين* إ يط�ان* الل "م�ع*ين* م*ن� الش% %ه* ال *الل �ع�وذ� ب أ

Maksudnya:

“Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Memberi pertolongan daripada syaitan yang dilaknat hingga hari qiamat ”.

vi) Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Othman bin ‘Affan radh R.A.

"ع*م� "م�ن �ان* و�ه�و� ال �ف"ر* و�الط}غ"ي "ك يط�ان* و�ال %ه* م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب أ�ع�ان� ت ال"مس"

Maksudnya “ Aku berlindung diri dengan Allah daripada syaitan dan kekufuran serta taghut dan Dialah (Tuhan) yang Maha Memberi nikmat lagi Maha Memberi pertolongan ”.

vii) Lafaz yang diambil daripada Saiyidina Ali bin Abi Talib R.A.

* م*ن� "ق�د*يم *ه* ال ل"ط�ان * و�س� "م �ر*ي "ك * و�و�جهه ال "ع�ظ*يم %ه* ال *الل �ع�وذ� ب أ

* ج*يم "ط�ان* الر% ي الش% Maksudnya:

“ Aku berlindung diri dengan Allah yang Maha Agong dan wajahNya yang Maha Mulia serta kekuasaanNya yang Maha Tersedia daripada syaitan yang direjam ”.

12

Page 13: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

5) Terdapat dua keadaan Isti’azah ketika membacanya iaitu ;

i) Dibaca kuat :ketika membaca al-Quran dalam majlis dan waktu belajar.

ii) Dibaca perlahan :Ketika membaca al-Quran dengan nada suara yang perlahan walaupun di tempat orang ramai, ketika membaca di tempat yang sunyi walaupun dengan suara yang kuat , ketika membaca secara bergilir-gilir sedangkan kita bukan orang yang pertama dan ketika dalam sembahyang Sir dan Jahar.

6) Terdapat empat cara membaca Isti’azah dan Basmalah serta awal surah.Huraiannya seperti berikut:

i) Berhenti pada Ist’azah dan Basmalah (inilah cara yang paling baik).Contoh :

* ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب )-( أ�ح�د) %ه أ "لل * )-( ق�ل" ه�و� ا ح*يم "لر% ح"من* ا "لر% %ه* ا * الل م *س" ب

ii) Berhenti pada Isti’azah dan menyambung Basmalah dengan awal surah.Contoh :

* ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب )-( أ ( * ح*يم "لر% ح"من* ا "لر% %ه* ا * الل م *س" �ح�د)+ب %ه أ "لل ( ق�ل" ه�و� ا

iii) Menyambung Isti’adzah dengan Basmalah sahaja. Contoh :

* ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب )+(أ ( * ح*يم "لر% ح"من* ا "لر% %ه* ا * الل م *س" �ح�د)-ب %ه أ "لل ( ق�ل" ه�و� ا

iv) Menyambung ketiga-tiganya sekali. Contoh :

* ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب )+(أ( * ح*يم "لر% ح"من* ا "لر% %ه* ا * الل م *س" �ح�د+ب %ه أ "لل ( ق�ل" ه�و� ا

7 (Terdapat dua cara membaca Isti’azah di awal surah al-Taubah. Huraiannya seperti berikut :

i) Berhenti pada Isti’azah kemudian meneruskan bacaan .

13

Page 14: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

)-( * ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب %ه ...أ آء�ة) من� الل �ر� ب

ii) Menyambung Isti’azah dengan awal surah al-Taubah.

( * ج*يم "ط�ان الر% ي %ه م*ن� الش% *الل �ع�وذ� ب آء�ة) من�+أ �ر� ( ب%ه ... الل

Kata Imam Ibnu al-Jazari

و" � "ه* أ �ي �ه�م" ع�ل و�ق*ف" ل

............................... .............ص*ل"

Maksudnya : “Dan boleh waqaf padanya (ta’auwudz) bagi mereka itu (Imam-imam al-Qurra’) atau diwasalkan ia (dengan ayat selepasnya samada Basmalah atau selain daripadanya) ”

1.3.2 Perbincangan Basmalah dan Hukumnya dalam Tilawah al-Quran

1) Basmalah (بسملة) adalah ringkasan bagi Bismillahi al-Rahmanir al-Rahim

( الرحيم بس الرحمن الله م ) sepertimana hai’lah (حيعلة) ringkasan bagi Haiya ‘Ala al-Solah ( الصالة على ringkasan bagi La Haula Wala (حوقلة ) ataupun hauqalah (حيQuwwata Illa Billah ( بالله إال قوة وال حول . (ال

2) Lafaz basmalah : الرحيم بس الرحمن الله م . Inilah lafaz yang terdapat dalam surah al-Naml

: ayat 30

Maksudnya:

“ Sesungguhnya ia (surat) daripada Sulaiman dan sesungguhnya (isi kandungannya) Bismillahir Rahmanir Rahim”.

3) Hukum membaca basmalah di awal surah adalah dituntut (sunat) kecuali di awal surah al- Taubah kerana;

i) Basmalah tidak ditulis di awal surah al-Taubah sebaliknya ia ditulis di awal surah-surah yang lain (ada sebahagian ulama’ mengatakan bahawa surah al-Anfal dengan surah al-Taubah adalah satu surah).

ii) Surah al-Taubah diturunkan ketika perang. Perang adalah huru-hara dan basmalah adalah keamanan. Tidak mungkin berhimpun keamanan dan huru-hara dalam satu masa.

14

Page 15: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Kata Imam al-Syatibi

kاء�ة �ر� ب ت�" �د�أ ب و"

� أ "ه�ا �ص*ل ت � و�م�ه"م�ا م�ال �س" م�ب ل�س"ت� "ف* ي *الس% ب *ه�ا "ز*يل �ن *ت ل

“ Dan jika kamu menyambung akannya atau kamu mula (dengan) Baraah maka janganlah kamu mendatangkan basmalah kerana turunnya ia dengan pedang”.

4) Ulama’ berselisih pendapat mengenai tahap larangan tersebut kepada dua pendapat iaitu:

i) Syeikh Muhammah bin Ahmad al-Ramli mengatakan bahawa makruh

membaca basmalah di awal surah al-Taubah dan sunat di pertengahannya.

ii) Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam al-Syatibi, Syeikh Ibnu Abdul Haqq al-Sinbati dan Syeikh Ahmad bin Ali al- Khatib mengatakan bahawa haram membaca basmalah di permulaan surah al-Taubah dan makruh di pertengahannya.

Kata Imam al-Syatibi

kة ور� س� *ك� *د�ائ "ت اب فى* "ه�ا م*ن �د% ب � � وال �ال ت م�ن" ير� خ� اء* �ج"ز� األ و�فى* و�اه�ا س*

“Dan tidak dapat tidak (mesti) mendatangkannya (basmalah) di permulaan surah melainkan dia ( awal surah al-Taubah) dan di pertengahan adalah pilihan bagi oyang yang membaca”.

Kata Imam Ibnu al-Jazari

............................. � م�ال �س" ب uل� ك ة* ور� الس} *د�ا "ت اب و�فى*و�ص*ل" �و" و�ل � ف�ال Lاء�ة �ر� ب و�ى �م*ل" س* ت �ح" ي و�ف*يه�ا ير" خ� و�و�س�طkا

“ Dan pada permulaan surah, semua (Imam-imam al-Qurra’) membaca basmalah kecuali (awal) surah al-Taubah maka tidak dibaca walaupun ia diwasalkan (dengan surah sebelumnya). Dan di pertengahan pilih olehmu (baca atau tidak) kerana ihtimal padanya”.

5) Disunatkan membaca basmalah ketika hendak melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan lebih-lebih lagi ketika hendak membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah S.A.W

�ر� "ت ب� أ ف�ه�و� * ح*يم الر% ح"م�ن* الر% الله* * م *س" *ب ب ف*يه* � "د�أ �ب ي � ال Lال� ب ذ*ى Lم"ر

� أ �ل} ك

15

Page 16: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

�ج"ذ�م�( ) أ ف�ه�و� Lة� ر*و�اي و�فى* �ق"ط�ع� أ ف�ه�و� Lة� ر*و�اي و�فى*( داود( أبو رواه

Maksudnya :

“Setiap perkara kebaikan (kebajikan) yang tidak dimulakan dengan Bismillahi al- Rahmani al- Rahim maka amalan itu terputus (daripada keberkatan)”.

(Riwayat Abu Daud)

Perhatian

Membaca basmalah di pertengahan surah adalah harus mengikut pendapat yang masyhur di kalangan al-Qurra’, inilah yang telah dinyatakan kebanyakan ulama’ antaranya Imam al-Syatibi dan Imam Ibnu al-Jazari. Syeikh Shabir Hasan Muhammad dalam bukunya Tabshirah al-Murid Fi Ilmi al-Tajwid telah menyatakan bahawa Jumhur Ulama’ di Iraq memilih mendatangkan basmalah di pertengahan surah.

Kata Imam Ibnu al-Jazari

�م*ل".......................... ت �ح" ي و�ف*يه�ا ير" خ� و�و�س�ط�ا

“Dan di pertengahan pilih olehmu (baca atau tidak) kerana ihtimal padanya”.

6) Terdapat tiga cara yang diharuskan membaca basmalah di antara dua surah iaitu:

i) Berhenti pada akhir surah pertama dan juga pada basmalah, kemudian membaca awal surah kedua. Contoh :

(-) (-)

ii) Berhenti pada akhir surah pertama, kemudian membaca basmalah dan disambungkan dengan awal surah kedua. Contoh :

(-) (+)

iii) Menyambungkan akhir surah pertama dengan basmalah dan awal surah kedua. Contoh :

(+) (+)

16

Page 17: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Dilarang menyambung akhir surah pertama dengan basmalah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua (kerana basmalah itu dijadikan di awal surah bukannya di akhir surah). Contoh :

(+) (-)

7) Terdapat tiga cara yang diharuskan untuk menyambung bacaan antara akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah iaitu ;

i) Waqaf pada akhir surah al-Anfal kemudian membaca awal surah al- Taubah.

ii) Saktah pada akhir surah al-Anfal kemudian membaca awal surah al- Taubah. iii) Wasal akhir surah al-Anfal dengan awal surah al-Taubah.

Perhatian

1. Membaca dengan tiga wajah tersebut (iaitu waqaf, saktah dan wasal) bukan khusus bagi surah al-Anfal dengan surah al-Taubah sahaja. Ia juga harus bagi surah-surah sebelum surah al-Anfal seperti menyambung surah al-Nisa’ dengan surah al-Taubah.

2. Tidak harus membaca secara saktah dan wasal sekiranya surah al-Taubah disambungkan dengan surah-surah yang selepasnya (mengikut susunan surah) seperti menyambung surah al-Baiyinah dengan surah al-Taubah.

3. Sekiranya surah al-Taubah diulang dua kali, maka tidak harus membaca secara saktah atau wasal antara ayat yang terakhir dengan awal surah tersebut.

1.3.3 Perbincangan Takbir dan Hukumnya dalam Tilawah al-Quran

1) Takbir (تكبير) iaitu lafaz (zikir) yang dibaca ketika hendak khatam al-Quran dan tidak ditulis dalam Mushhaf.

17

Page 18: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

2) Lafaz-lafaz Takbir ada tiga jenis:

(1) �ر ا "ب أك �ه� لل ( Inilah lafaz yang masyhur)

(2) �ر� "ب ك� أ �ه �الل إال �ه� *ل �إ ال

(3) "ح�م"د ال %ه* *ل ول �ر� "ب ك� أ �ه� الل % *ال إ �ه� *ل �إ ال

Kebanyakan ulama’ mengatakan bahawa lafaz Takbir ialah Allahu Akbar( �كبر أ �ه (تهليل) Namun sebahagian ulama’ mengatakan harus menambahTahlil .(اللIaitu La Ilaha Illallah( الله إال �إله sebelumTakbir. Ada juga di kalangan mereka ( الmengatakan harus menambah Tahmid( تحميد) iaitu Lillahil Hamd ( الحمد (لل�هselepas keduanya ( Tahlil danTakbir).

Kata Imam Ibnu al-Jazari

ح�م�د %ه* *ل ل �ع"ض� و�ب ه�لل" د" �ر� ت *ن" إ "ل� ………………………و�ق�ب

“Dan sebelumnya (Takbir) bacalah tahlil jika dikehendaki. Dan sebahagian mereka menambah tahmid selepas keduanya (tahlil dan takbir)”

2) HukumTakbir adalah sunat. Al-Bazi meriwayatkan bahawa Imam Syafie pernah berkata kepadanya

%م� و�سل "ه* �ي ع�ل �ه� الل ص�ل%ى الله* سو�ل* ر� �ن* ن س� م*ن" %ة� ن س� "ت� ك �ر� ت ف�ق�د" *ير� "ب %ك الت "ت� ك �ر� ت *ن" إ

“Jika kamu meninggalkan takbir maka sesungguhnya kamu telah meninggalkan satu sunnah daripada sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W.”

Kata Imam Ibnu al-Jazari

* "م "ع*ل ال �ه"ل* أ الم�كين� ع�ن* ص�ح%ت" "م* ت "خ� ال "د� ن ع* *ير* "ب %ك الت %ة� ن و�س�

“Dan sunat membaca takbir ketika khatam al-Quran telah thabit (sah) daripada para ulama’ (Fuqaha’, Mufassirin, Muhaddisin dan Qurra’) di Mekah.”

3) Sebab BerlakunyaTakbir ;

Kebanyakan ulama’ berkata bahawa wahyu lewat di turunkan kepada Rasulullah S.A.W dalam beberapa hari. Ada yang mengatakan 12 hari atau 15 hari dan ada juga yang mengatakan 40 hari sehingga berkatalah kaum musyrikin bahawa Allah telah murka dan membiarkan Muhammad. Maka turunlah Jibril a.s dengan membawa surah al-Dhuha hingga akhirnya, lalu baginda s.a.w. mengucapkan takbir kerana membenarkan apa yang berlaku padanya (menunggu wahyu dan mendustakan kenyataan kaum Musyrikin. Kemudian Rasulullah s.a.w mengulangi takbir hinggalah ke akhir surah al-

18

Page 19: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Nas dengan tujuan membesarkan Allah S.W.T serta membenarkan perkara yang berlaku atasnya (menunggu wahyu).

4) Para ulama’ berselisih pendapat mengenai tempat bermula dan berakhirnya Takbir. Huraiannya seperti berikut:

1. Setengah ulama’ mengatakan bermulaTakbir di awal surah al-Dhuha dan berakhir di awal surah al-Nas.

2. Pendapat yang masyhur mengatakan bermulaTakbir di akhir surah al-Dhuha dan berakhir di akhir surah al-Nas.

5) Terdapat tujuh cara yang diharuskan membaca Takbir antara dua surah. Huraiannya seperti berikut:

1. Berhenti pada akhir surah pertama, pada Takbir danpada Basmallah kemudian membaca awal surah kedua. Contoh :

د� (-) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (-)%س* (-) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

2. Berhenti pada akhir surah pertama pada Takbir kemudian membaca Basmallah serta disambungkan denganawal surah kedua. Contoh:

د� (-) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (-)) * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" %س* )+ب النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل"

3. Berhenti pada akhir surah pertama kemudian membaca Takbir serta disambungkan dengan Basmallah dan awal surah kedua. Contoh:

د� (-) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (+)) * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" %س* )+ب النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل"

4. Berhenti pada akhir surah pertama kemudian membaca Takbir serta disambungkan dengan Basmallah dan berhenti padanya. Kemudian membaca awal surah kedua. Contoh:

د� (-) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (+)%س* (-) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

5. Menyambung akhir surah pertama denganTakbir dan berhenti padanya kemudian membaca Basmallah serta disambungkan dengan awal surah kedua. Contoh:

د� (+) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (-)%س* (+) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

19

Page 20: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

6. Menyambung dengan akhir surah pertama dengan Takbir dan berhenti padanya kemudian membaca Basmallah dan berhenti padanya seterusnya membacawal surah kedua. Contoh:

د� (+) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (-)%س* (-) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

7. Menyambungkan kesemuanya sekali. Contoh:

د� (+) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (+)%س* (+) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

Adapun dilarang menyambung akhir surah pertama dengan Takbir serta Basmallah dan berhenti padanya, kemudian membaca awal surah kedua.Contoh:

د� (+) ح�س� *ذ�ا إ Lد �س* حا ر ش� �ر� او�م*ن "ب أك �ه� لل (+)%س* (-) النا ب *ر� ب �ع�وذ� أ ق�ل" * ح*يم "لر% ا ح"من* "لر% ا %ه* الل * م *س" ب

Buat latihan kendiri cara membaca Isti’azah dan Basmalah serta awal surah dan cara membaca Takbir antara dua surah. (3 jam)

1.4 Khatam al-Quran

1.4.1 Perbincangan Hukum Khatam al-Quran dan Perkara yang Berkaitan Dengannya

1. Membaca al-Quran sehingga khatam adalah satu ibadah (sunat) yang amat disukai oleh ALLAH Ta’ala. Di samping itu terdapat banyak fadhilat (kelebihan) bagi mereka yang khatam al-Quran antaranya sabda Rasulullah S.A.W.

البيهقي ( ) رواه �ة) اب �ج� ت م�س" د�ع"و�ة) Lم�ة" ت خ� �ل ك م�ع�Maksudnya:

‘’Pada setiap kali khatam (al-Quran) itu ada bersamanya doa yang mustajab’’

2. Terdapat banyak perkara yang disunatkan ketika khatam al-Quran,

antaranya seperti berikut;

1) Sunat khatam al-Quran dalam sembahyang jika membacanya

bersendirian.

20

Page 21: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

2) Sunat membaca takbir.

3) Sunat khatam di awal malam atau di awal siang.

4) Sunat menjemput orang ramai menghadiri majlis khatam al-

Quran

5) Sunat puasa pada hari khatam kecuali pada hari yang ditegah

puasa.

6) Sunat berdoa ketika khatam al-Quran.

3. Doa khatam al-Quran

Antara doa yang dibaca ketika khatam al-Quran adalah seperti

berikut:

على % *ال إ ع�د"و�ان� � و�ال ، "ن� %ق*ي "م�ت *ل ل �ة� "ع�اق*ب و�ال ، "ن� �م*ي "ع�ال ال ب ر� لله* "ح�م"د� �ل ا. "ن� �ج"م�ع*ي أ *ه* ب و�ص�ح" *ه* و�آل Lم�ح�م%د � *نا و"ل س� ر� على �م� ال و�الس% �ة� و�الص%ال ، "ن� *م*ي الظ%ال

"ت� �ن أ %ك� *ن إ � نا � م�و"ال � يا � "نا �ي ع�ل �ب" و�ت ، "م� *ي "ع�ل ال "ع� م*ي الس% "ت� �ن أ %ك� *ن إ % م*نا %ل" �ق�ب ت � %نا ب ر��ة* ك �ر� *ب ب ،L "م �ق*ي ت م�س" Lاط ص*ر� *ل�ى و�إ "ح�ق` ال *ل�ى إ � و�و�فق"نا � و�اه"د*نا ، "م� ي ح* الر% %و%اب� الت ، "م� �ر*ي ك � يا % ع�نا و�اع"ف� ، "ن� �م*ي "ع�ال لل kح"م�ة ر� �ه� "ت ل س� ر"

� أ م�ن" م�ة* *ح�ر" و�ب * "م "ع�ظ*ي ال آن* الق�ر". "ن� م*ي "ر� ك

� "أل ا م� "ر� ك� أ � يا *ف�ض"ل*ك� ب � �نا �و"ب ذ�ن � �نا ل و�اغ"ف*ر" ، "م� ي ح* ر� � يا % ع�نا و�اع"ف�

اف�ة* ر� *ش� ب � رف"نا و�ش� ، آن* "ق�ر" ال ام�ة* �ر� *ك ب � "ر*م"نا ك� و�أ ، آن* "ق�ر" ال �ة* "ن *ز*ي ب % ينا ز� اللهم

�ا و�ع�اف*ن ، آن* "ق�ر" ال ف�اع�ة* *ش� ب %ة� ن "ج� ال � "نا ل �د"خ* و�أ ، آن* "ق�ر" ال "ع�ة* ل *خ� ب � نا *س" "ب ل� و�أ ، آن* "ق�ر" ال

م%ة* � أ "ع� ج�م*ي ح�م" و�ار" ، آن* "ق�ر" ال م�ة* *ح�ر" ب ة* �خ*ر� "أل ا و�ع�ذ�اب* � "يا الد}ن �ء* �ال ب �ل ك م*ن"

. ح"م�ن� ر� � يا "م� ي ح* ر� � يا Lم�ح�م%د

�م�ة* "ق*يا ال و�ف*ي ،k *سا م�ؤ"ن "ر* "ق�ب ال و�ف*ي ،k "نا ق�ر*ي � "يا الد}ن ف*ي � �نا ل آن� "ق�ر" ال اج"ع�ل* اللهم ،k ابا و�ح*ج� k "را ت س* %ار* الن و�م*ن� ،k "قا ف*ي ر� %ة* ن "ج� ال *ل�ى و�إ ،k �و"را ن اط* الصر� و�ع�ل�ى ،k "عا ف*ي ش�. "م� �ر*ي ك �ا ي م*ك� �ر� و�ك و�ج�و"د*ك� *ف�ض"ل*ك� ب ،k �ما *ما و�إ k "ال *ي د�ل �له�ا ك ات* "ر� ي "خ� ال *ل�ى و�إ

و القرءان، بكرامة وأكرمنا القرءان زينابزينة بشرافة شاللهم رفناوعافنا القرءان بشفاعة الجنة القرءان،وأدخلنا بخلعة وألبسنا القرءان

. القرءان بحرمة االخرة وعذاب الدنيا بالء كل من

قرينا الدنيا فى لنا القرآن أجعل القيامة اللهم فى و مؤنسا القبر فى ورفيقا شفيعا الجنة إلى و نورا الصراط حجابا وعلى و سترا النار من و

إماما و دليال كلها الخيرات إلى كريم و يا جودك و بفضلك

21

Page 22: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

. أدخلنا . و القرآن بكرامة النيران من نجنا و القرآن بهداية اهدنا اللهمسيئاتنا . عنا كفر و القرآن بفضيلة درجاتنا ارفع و القرآن بشفاعة الجنة

. اإلحسان و الفضل ذا يا القرآن بتالوة

كرامة �ن القرا من كلمة وبكل حالوة �ن القرا من حرف بكل ارزقنا اللهممن جزء وبكل � سرورا �ن القرا من سورة وبكل آلفه �ن القرا من وبكلنعمة �ن القرا من نصف بكل و راحة �ن القرا من ربع وبكل kجزاء �ن القرا

من فتح وبكل رفعة �ن القرا من رفع وبكل � ثباتا �ن القرا من ثلث وبكلمن وقف وبكل كسوة �ن القرا من كسر بكل و � فتوحا و فرحة �ن القرا

وبالتاء . وبركة بهاء بالباء و � إيمانا و أمنا باأللف ارزقنا اللهم وقاية �ن القراو k حلما وبالحاء k جالال و � جاها بالجيم و � توابا و ثروة وبالثاء وتوفيقا توبة

بالراء ذكاء و k ذهنا وبالذال k ودليال وبالدال وخشية k خشوعا وبالخاء حياءوبالشين وسالمة سعادة وبالسين kزكاء و k زهدا بالزاي و رجاء و رحمةوطهارة طاعة وبالطاء ضوء وبالضاد صداقة و k صبرا وبالصاد k شكرا

k فوزا وبالفاء وغنيمة غنى وبالغين وعافية k عفوا بالعين و k ظفرا وبالظاءولقاء لطفا وبالالم وكرامة k كماال بالكاف و وقناعة k قربا وبالقاف k وفالحا

و والية و وسعة وبالواو k نجاتا و k نورا وبالنون k متاعا و ميسرة وبالميم k ويقينا k يسرا وبالياء وهداية همة بالهاء

،k ثوابا وبالثاء توبة، وبالتاء بركة، وبالباء ،kلفة� أ باأللف ارزقنا اللهم ،kذكاء وبالذال ،k دنوا وبالد%ال ،k خالنا وبالخاء حكمة، وبالحاء ،k جماال وبالجيم

وبالصاد ،kشفاء وبالشين ،kسناء وبالسين زلفة، اي وبالز% رحمة، وبالراء ،k علما وبالعين ،k ظفرا وبالظاء ،kطهارة وبالطاء ،kضياء وبالضاد ،k صدقا ،k لطفا �م وبال كفاية، وبالكاف قربة، وبالقاف ،k فالحا وبالفاء ،kغناء وبالغين

ألف وبالياء هداية، وبالهاء وصلة، وبالواو ،k نورا وبالنون موعظة، وبالميم. الطاهرين وآله محمد سيدنا على الله وصلى ،k يسرا وبالياء ،k لقاءا

ر*ين� "خ�اس* ال م*ن� �ن% �ون �ك �ن ل �ا ح�م"ن �ر" و�ت �ا �ن ل �غ"ف*ر" ت �م" ل *ن" و�إ �ا ن �نف�س� أ �ا �م"ن ظ�ل �ا %ن ب �ا ر� %ن ب ر�%ار* الن ع�ذ�اب� �ا و�ق*ن kة� ن ح�س� ة* اآلخ*ر� و�ف*ي kة� ن ح�س� �ا "ي الد}ن ف*ي �ا *ن بك� .آت ر� "ح�ان� ب س�

ب ر� %ه* *ل ل "ح�م"د� و�ال *ين� ل س� "م�ر" ال ع�ل�ى م) ال� و�س� �ص*ف�ون� ي ع�م%ا ة* "ع*ز% ال ب ر��م*ين� "ع�ال اجمعين . ال وصحبه آله وعلى محمد سيدنا على سلم و صلي

Maksudnya;

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, dan kesudahan yang baik bagi mereka yang bertakwa, dan tiada permusuhan kecuali atas mereka yang zalim dan selawat serta salam atas semulia-mulia para nabi dan para rasul dan keluarganya seta sekalian sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah yang

22

Page 23: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani, dan tunjukkanlah kami serta bimbinglah kami ke jalan yang lurus dengan keberkatan al-Quran yang mulia.

Ya Allah ya Tuhan kami, rahmatilah kami dengan al-Quran dan jadikanlah ia (al-Quran) sebagai ikutan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan daripadanya, dan ajarkanlah kami apa yang kami tidak tahu mengenainya, dan kurniakanlah kepada kami (keupayaan) untuk membacanya diwaktu malam dan siang dan jadikanlah ia sebagai hujah untuk kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, hiasilah diri (akhlak) kami dengan perhiasan al-Quran,dan muliakankah kami dengan kemuliaan al-Quran, dan tinggikanlah (kedudukan) kami dengan ketinggian al-Quran, dan pakaikanlah kami dengan pakaian al-Quran, danmasukkanlah kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, dan selamatkanlah kami dari segala bencana dunia serta azab akhirat dengan kehormatan al-Quran.

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah al-Quran itu bagi kami di dunia sebagai rakan, dan di kubur sebagai teman, dan pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat, dan di atas titian sirat sebagai cahaya, dan ke syurga sebagai teman, dan daripada api neraka sebagai penghadang dan pendinding, dan ke arah kebaikan sebagai pedoman dan ikutan, dengan limpah kurnia kemurahan serta kemuliaanMu jua Tuhan yang Maha Mulia.

Ya Allah ya Tuhan kami, berikanlah petunjuk kepada kami dengan petunjuk al-Quran, dan selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemulian al-Quran, dan tinggikanlah kedudukan kami dengan kelebihan al-Quran,dan hapuskanlah segala dosa kami daripada kami dengan membaca al-Quran wahai Tuhan kami yang mempunyai segala kelebihan dan kebaikan.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dengan setiap huruf daripada al-Quran itu kemanisan, dan setiap dengan kalimah daripada al-Quran itu kemulian, dan dengan setiap daripada ayat daripada al-Quran itu kemesraan, dan dengan setiap surah daripada al-Quran itu keselamatan, dan dengan setiap juzu’ daripada al-Quran itu balasan kebaikan dan dengan setiap rub’ daripada al-Quran itu kerihatan, dan demgan setiap nifs daripada al-Quran itu kenikmatan, dan setiap fathah daripada al-Quran itu kegembiraan, dan dengan setiap kasrah daripada al-Quran itu sebagai pakaian, dan dengan setiap waqaf daripada al-Quran itu pemeluharaan.

23

Page 24: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dengan Alif itu keamanan dan keimanan, dan dengan Ba’ itu keberkatan serta keelokan, dan dengan Ta’ itu keampunan serta kejayaan, dan dengan Tha’ itu kekayaan serta pahala, dan dengan Jim itu kemegahan serta kebesaran, dan dengan Ha’ itu kesabaran (tidak mudah marah) serta perasaan malu, denhan Kha’ itu perasaan takut serta rendah diri, dan dengan Dal itu pemerintahan dengan petunjuk (ke jalan kebenaran) dan dengan Dzal itu kekuatan fikiran serta kecerdikan dan dengan Ra’ itu kasihan belas serta pengharapan, dan dengan Za’ (Zai) itu kezuhudan serta kesucian, dan dengan Sin itu kebahagiaan serta keselamatan, dan dengan Syin itu penyembuh serta kemuliaan, dan dengan Shad itu kesabaran serta persahabatan, dan dengan Dhad itu cahaya (yang menerangi) serta tulang belakang (yang menjadi tunggak), dan dengan To itu ketaatan serta kesucian, dan dengan Zha’ itu kemenangan serta kebijaksanaan, dan dengan Ain itu kemaafan (keampunan) serta kesihatan dan dengan Ghain itu kekayaan serta kemenangan dan dengan Qaf itu penghampiran diri (kepada Allah) serta tidak tamak (memadai), dan dengan Kaf itu kesempurnaan serta kemuliaan, dan dengan Lam itu kemanisan serta pertemuan (dengan Allah), dengan Mim itu pengajaran serta pengampunan, dan dengan Nun itu cahaya serta perlepasan (daripada segala azab sengsara), dan dengan Wau itu kelapangan serta pemerintahan, dan dengan Ha’ itu kerajinan serta petunjuk, dan dengan Ya’ itu kesenangan serta keyakinan.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dab kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka, dan cucurilah rahmat atas penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sekalian sahabatnya. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki sifat Kemuliaan, dan selamat sejahtera atas semua Rasul, dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

4. Ulama’ Salaf mempunyai cara yang tersendiri semasa khatam al-Quran,

keadaan mereka bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian,

huraiannya seperti berikut;

(1) Sebahagian ulama’ tidak berdoa dengan penuh perasaan

Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan

penuh perasaan malu.

24

Page 25: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

(2) Sesetengah ulama ada yang berdoa dengan penuh perasaan

mengharapkan rahmat daripada Allah Ta’ala dan sebagai

hamba yang sangat berhajat kepada Tuhannya. Mereka ini

penuh berkeyakinan bahawa al-Quran itu dapat memberi

syafaat.

(3) Sebahagian Ulama’ apabila khatam al-Quran mereka terus

menyambung bacaan mereka dengan awal surah al-Fatihah

tanpa diselangi dengan doa dan sebagainya.

(4) Sebahagian ulama’ apabila khatam al-Quran mereka terus

menyambung bacaan mereka dengan surah al-Fatihah dan

surah al-Baqarah hingga

ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan

oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada

Rasulullah S.A.W.

�ا �ح�ل) ي ت "م�ر" و�ال "ح�ال} ال ق�ال� ؟ �ف"ض�ل� أ �ع"م�ال* األ ي}� أ �ه الل س�ول� ر�

� أ �ق"ر� ي %ذ*ي ال ق�ال� ؟ �ح�ل" ت "م�ر" و�ال "ح�ال) أل و�م�ا �ه الل س�ول� ر� �ا ي �وا ق�ال

– رواه *ه* أو%ل إلى ء�اخ*ر*ه* و�م*ن" ء�اخ*ر*ه* *ل�ى إ *ه* و%ل� أ م*ن" ء�ان� "ق�ر" ال

البيهقي

“ Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling utama?

Baginda menjawab hal dan murtahal. Mereka bertanya wahai

Rasulullah apakah dia hal dan murtahal itu? Baginda

menjawab orang yang membaca al-Quran dari awalnya

hingga akhirnya dan dari akhirnya hingga awalnya”.- (Riwayat

al-Baihaqi)

25

Page 26: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Kata Imam al-Syatibi

ه� �اح� *ت اف"ت إال� األع"م�ال* أف"ض�ل� � و�م�ا م�و�ص%ال � *ح�اال ت و�ار" � حال� "م� ت ألخ� م�ع�

Maksudnya:

“Dan tiada sebaik-baik amalan (sunat) melainkan memulakan

bacaannya (al-Quran) hingga khatam dalam keadaan hal wal-

murtahal iaitu bacaan yang disambungkan”.

Keadaan Ulama’ Ulama` Salaf Khatam al-Quran

Ulama’ Salaf mempunyai cara tersendiri semasa khatam al-Quran. Keadaan mereka bolehlah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Huraiannya seperti berikut:

1) Sebahagian Ulama’ Salaf tidak berdoa setelah khatam al-Quran, sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu.

2) Setengah daripada mereka itu ada yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah s.w.t dan sebagai hamba yang sangat berhajat kepada Tuhannya. Mereka ini penuh berkeyakinan bahawa al-Quran itu dapat memberi syafaat.

3) Sebahagian daripada mereka itu apabila selesai khatam al-Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al-Fatihah tanpa diselangi dengan doa dan sebagainya.

4) Sebahagian yang lain pula apabila selesai khatam al-Quran mereka terus menyambung bacaan dengan awal surah al-Fatihah dan surah al-Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Kegigihan Ulama’ Salaf Membaca al-Quran

Ramai Ulama’ Salaf yang diberi keistimewaan dan kelebihan dalam membaca al-Quran sehingga di antara mereka ada yang mampu khatam al-Quran dalam masa yang singkat. Di sini dinyatakan beberapa tokoh yang mempunyai keistimewaan tersebut, antaranya seperti berikut;

26

Page 27: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

1) Othman bin ‘Affan radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran satu raka’at sembahyang malam

2) Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran dalam masa tiga hari pada bulan ramadhan adapun pada bulan-bulan yang lain beliau khatam dalam masa seminggu.

3) Ubai bin Ka’ab radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran pada setiap lapan hari.

4) Zaid bin Thabit radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran dalam masa tujuh hari.

5) Tamin al-Dari radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran dalam masa tujuh hari.

6) Abdullah bin al-Amr bin al-Ash radhiallahu ‘anhu khatam al-Quran dalam masa tiga hari.

7) Al-Aswad bin Yazid al-Nakha’ie khatam al-Quran pada setiap dua malam di bulan Ramadhan dan enam hari di bulan yang lain.

8) Al-Hasan bin Abi al-Hasan al-Basri khatam al-Quran pada setiap sepuluh malam.

9) Imam Abu Hanifah mampu khatam al-Quran dalam satu raka’at sembahyang malam.

10)Imam al-Syafie khatam al-Quran sebanyak tiga puluh kali pada setiap bulan dan enam kali khatam pada bulan Ramadhan.

Kumpulkan maklumat melalui sumber rujukan yang lain berkaitan

khatam al-Quran ulama’ salaf. (2 jam)

27

Page 28: 08 Tajuk 1 Beberapa Perkara Berkaitan Al-Quran

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

28