zt presentation.pptx

28
MAKANAN PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

Upload: momo-heng

Post on 03-Oct-2015

266 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Makanan pelbagai kaum di Malaysia

Makanan pelbagai kaum di MalaysiaMasyarakat malaysiaTerdiri daripada pelbagai kaumMelayuCina India Lain lain

MelayuDari segi sejarah, kaum Melayu mempunyai elemen-elemen dan asal usul dari Sumatera, Jawa, Thailand, dan SulawesiDengan pengaruh negara-negara tersebut , masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebutNegeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam. Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala SiamcinaPengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho ke Melaka. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Po mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Pengaruh tradisi, budaya dan masakan dari Cina hanya dapat dilihat pada abad ke-18 apabila Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.indiaKaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini.Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. OBJEKTIF KAJIANUntuk mengetahui tahap pengetahuan mahasiswa-mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai makanan dan minuman tradisional yang terdapat di Malaysia.Untuk mencari punca-punca mengapa golongan remaja terutamanya mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia kurang mengetahui tentang makanan dan minuman tradisional masing-masing.Untuk mencari jalan penyelesaian dalam menyelesaikan masalah kurang keprihatinan dalam diri remaja tentang kaum masing-masing.Untuk mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu dan kaum Cina dengan memahami kaum masing-masing dari segi aspek makanan dan minuman tradisional.

methodologimengumpul maklumat daripada internet dan bukumenjalankan temu bual terhadap responden-responden yang terdiri daripada golongan pelajar UKM.kami telah menemu bual seramai 7 orang responden yang terdiri daripada pelbagai kaumPengenalan Makanan melayuAntara contoh makanan tradisional kaum melayu di Malaysia ialah belacan, cencalok, botok-botok, gula Melaka, dodol, otak-otak dan tapai.MAKANAN MELAYU

Botok-botok ikanBelacanOtak-otakCencalukBelacandiperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama.mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakanTerdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunyaBelacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan lesung tangan.

Botok-botokmakanan tradisi orang JohorIanya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

cencalokkegemaran masyarakat Melayu Melaka sejenis lauk dalam hidangan makanan nasidibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragauUdang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari.

Otak-otakmakanan tradisional di perkampungan nelayan. dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petangTerdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu Otak-otak Terengganu dan Otak-otak Johor.Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan lautikan tilapia merah, patin dan keliOtak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.

Makanan cinaKebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Terdapat tiga kumpulan kecil kaum cina yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.

Makanan cina

Chou Zhi TouKuih bulanGan pan mianDing Bian HuGan Pan Mian Nama lainnya ialah Kampuasejenis mee bagi masyarakat Foochow sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatanBahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.

Ding bian husejenis makanan orang Foochow biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malamsebagai ganti bubur nasiia dikenali bubur kulatMasyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Kuih bulansejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh (mid autumn festival)dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Ada juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Chou zhi touSup ini disediakan dengan menggunakan herba Chou Zhi Tou dengan direbus menggunakan kaki khinzir dan di masak sehingga mengeluarkan aroma yang wangimerupakan sup herba untuk segelintir masyarakat terutamanya di kalangan masyarakat Cina dan ia juga merupakan makanan orang FoochowMasakan ini amat baik untuk pelancaran darah dan melegakan keletihan.

MAKANAN INDIA

Roti NaanTandooriBelacanVadaiMakanan indiaRoti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Namun kini, ia semakin digemari oleh sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan agama.Roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Roti tempayanRoti Tempayan atau roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayanberbentuk bulat dan nipismempunyai beberapa ramuan, ianya termasuk tepung gandum, lelemak , dan rempah.dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tandoori.

tandoorimasakan orang Punjabi iaitu di antara India dan Pakistan sekarang ia merupakan masakan yang terkenal di antarabangsaContohnya Ayam Tandoori. Ia diperbuat daripada halia, bawang putih, jintan putih, garam masala, cili merahPedasKadang-kadang, kaum Punjabi juga campurkan kunyit ke atas ayam tersebut supaya ayam yang telah masak nanti akan berwarna kuning kemerahandimasak di dalam oven yang bersuhu tinggiVadai disebut 'Wah-deimerupakan sejenis makanan orang India selatanTerdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekaliSatu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kariVadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Roti Canaimerupakan satu makanan kegemaran di MalaysiaIa dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malamSering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilisPenggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Terdapat versi yang lain menyakatan bahawa perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

kesimpulanGolongan muda pada zaman ini tidak berminat dan tidak tahu tentang makanan tradisional merekaAntara faktor yang menyebabkan golongan muda kurang mengetahui makanan tradisional ialah kemunculan pelbagai jenis makanan segara dan mendapat kurang pendekatan daripada ibu bapa masing-masing tentang makanan tradisional. pelbagai inisiatif perlu dilakukan untuk menambahkan lagi kesedaran dan pengetahuan pelajar-pelajar UKM tentang makanan tradisionalsupaya keunikan sesuatu kaum dan budaya sesuatu kaum itu dapat dikekalkan dan terpelihara

TERIMA KASIH