universiti teknologi malaysia - fp.utm.my fileterhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. maaf...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KEMAHIRAN MENGGRAF PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh,
__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO, 44A KG SG KERAYONG TN. HJ. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN OFF TAMAN MALURI, CHERAS Nama Penyelia 55100 K. LUMPUR Tarikh: Tarikh:
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya saya dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : TUAN HAJI MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh : 2 MEI 2008
i
KEMAHIRAN MENGGRAF PELAJAR TAHUN AKHIR ALIRAN SAINS
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD ROMLI
Tarikh : 30 MAC 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa kutujukan buat:
Arwah ayahanda tercinta Mohamad Romli bin Salih
Engkaulah sumber inspirasiku.
Ibunda tersayang Hasmah binti Basaruddin
Nasihatmu membakar semangatku.
Sepupuku Natrah binti Kamaruzaman
Budimu takkan kulupa.
Seluruh kaum keluargaku
Terima kasih untuk segalanya.
Buat sahabat-sahabat setiaku
Kalian amat bermakna buatku.
Pensyarah-pensyarah, guru-guru dan mereka yang mengenali diri ini…
Semoga kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat, milik kita bersama…
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati ALLAH S. W. T….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-NYA
saya telah dapat menyempurnakan projek ini dengan penuh jayanya. Jutaan
penghargaan buat penyelia projek saya, Tuan Haji Meor Ibrahim bin
Kamaruddin yang telah membimbing dan memberi bantuan serta tunjuk ajar
terhadap saya sehingga terhasilnya kajian ini. Maaf jika ada salah dan silap. Jasamu
hanya Allah S. W. T jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga penghargaan buat
arwah ayah, emak, dan keluarga tersayang yang turut membantu dan juga memberi
sokongan fizikal serta mental kepada saya selama ini. Merekalah segalanya dalam
hidup saya. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah saya lupakan,
segala jasa dan pengorbanan persahabatan kita selama ini tidak mungkin dapat
dilupakan selama-lamanya. Memori pahit dan manis dan jalinan ukhuwah yang kita
ciptakan bersama akan tetap tersemat di dalam hati sehingga ke akhir hayat. Akhir
sekali, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam projek
ini secara langsung atau tidak langsung. Segala jasa kalian dan sagala tunjuk ajar,
dorongan serta sokongan dalam menyempurnakan lagi projek ini saya ucapkan
dengan jutaan terima kasih. Terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah yang telah
banyak mengajar dan dan memberi tunjuk ajar selama ini kepada saya sepanjang
berada di UTM ini. Segala jasa-jasa dan bimbingan dari semua tenaga pengajar amat
dihargai sepenuhnya dan terima kasih atas ilmu pengetahuan yang bernilai yang
diajarkan, akan kami hadiahkan sebuah kejayaan kehidupan sebagai balasan,
InsyaALLAH.
v
ABSTRAK
Kemahiran menggraf adalah sebahagian daripada sains yang tidak dapat
dipisahkan. Melukis dan mentafsir graf merupakan komponen yang perlu dalam
membuat laporan eksperimen. Pelajar perlu menguasai kemahiran melukis dan
mentafsir graf untuk berkomunikasi secara cepat dan tepat. Tujuan kajian ini untuk
mengkaji kemahiran menggraf pelajar tahun akhir aliran sains fakulti pendidikan di
dalam aspek melukis graf dan mentafsir graf. Seramai 85 orang pelajar tahun akhir
pendidikan kimia dan sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
terlibat dalam kajian ini. Test of Graphing in Science (TOGS), versi 3.0 telah
digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini untuk mengenal pasti kemahiran asas
dalam menggraf iaitu melukis dan mentafsir graf pelajar. Data yang dipungut telah
dinalisis menggunakan Statistical Packages for The Social Science (SPSS), versi
11.5. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data
iaitu dalam bentuk peratusan. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa
kemahiran asas di dalam melukis graf dan mentafsir graf dikategorikan sebagai
sederhana. Beberapa implikasi dan cadangan dikemukakan dalam laporan ini.
vi
ABSTRACT
Graphing skills is a common skill that is related closely to science.
Creating and interpreting graph are an integral parts of experiment report writing.
Students should comprehend creating and interpreting graph skills in order to
communicate quickly and directly. The purpose of this research was to study the
graphing skills among final year students in the aspects of creating and interpreting
graph. 85 final year chemistry and science undergraduates in the Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia were involved in the study. The Test of
Graphing in Science (TOGS), version 3.0 was used as instrument to determine the
basic skills in graphing (creating and interpreting graph skills) of the students.
Collected data were analyzed by using Statistical Packages for The Social Science
(SPSS), version 11.5. Descriptive statistics in the form of percentage were used in
the data analysis. The result of this study showed that the basic skills in creating and
interpreting graph were categorized as moderate. Some implications and suggestions
were given at the end of the report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Pengajaran dan pembelajaran sains 4
1.2.2 Makmal dan kemahiran menggraf 6
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Terminologi 11
1.10 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Sains dan Makmal 13
2.3 Kemahiran Menggraf 16
2.3.1 Melukis Graf 19
2.3.1.1 Penyusunan Data 19
2.3.1.2 Pemilihan Skala Yang Sesuai 19
2.3.1.3 Melukis dan Melabel paksi 22
2.3.1.4 Memplot Titik 23
2.3.2 Mentafsir Graf 24
2.3.2.1 Melihat Graf 25
2.3.2.2 Membaca Nilai 25
2.3.2.3 Mengaitkan Pemboleh ubah 26
2.3.2.4 MembuatRamalan 28
2.4 Kajian Tentang Menggraf 28
2.5 Kajian Tentang Kemahiran Saintifik 30
2.6 Penutup 32
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 33
3.2 RekabentukKajian 33
3.3 Populasi dan Pensampelan Kajian 34
3.4 Instrumen Kajian 34
3.5 Pengumpulan Data Sekunder 36
ix
3.6 Pentadbiran Instrumen 36
3.7 Kaedah Analisis Data 37
3.7.1 Kemahiran Menggraf Menggunakan TOGS 37
3.7.1.1 Kemahiran Melukis Graf 37
3.7.1.2 Kemahiran Mentafsir Graf 38
3.8 Penutup 39
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Kemahiran Menggraf Secara Keseluruhan 40
4.2.1 Kemahiran Melukis Graf 42
4.2.1.1 Penyusunan Data 43
4.2.1.2 Pemilihan Skala Yang Tepat 44
4.2.1.3 Melukis Dan Melabel Paksi 45
4.2.1.4 Memplot Titik 46
4.2.2 Kemahiran Mentafsir Graf 48
4.2.2.1 Melihat Graf 59
4.2.2.2 Membaca Nilai 50
4.2.2.3 Mengaitkan Pemboleh Ubah 51
4.2.2.4 Membuat Ramalan 53
4.3 Penutup 53
BAB 5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Rumusan Kajian 55
5.2.1 Kemahiran Melukis Graf 56
5.2.2 Kemahiran Mentafsir Graf 58
5.3 Implikasi 60
5.4 Cadangan Kajian Masa Depan 61
x
5.5 Penutup 62
RUJUKAN 63
Lampiran 70
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Sampel Kajian Mengikut Kursus 34
3.2 Pembahagian Soalan Berdasarkan Aspek
Kemahiran Melukis Graf 35
3.3 Pembahagian Soalan Berdasarkan Aspek
Kemahiran Mentafsir Graf 36
3.4 Kategori Prestasi Berdasarkan Skala Prestasi UTM 38
4.1 Prestasi Responden Dalam Kemahiran Melukis Graf 43
4.2 Prestasi Responden Dalam Aspek Penyusunan Data 44
4.3 Prestasi Responden Dalam Aspek Pemilihan Skala
Yang Tepat 45
4.4 Prestasi Responden Dalam Aspek Melukis Dan
Melabel Paksi 46
4.5 Prestasi Responden Dalam Aspek Memplot Titik 47
4.6 Prestasi Responden Dalam Kemahiran Mentafsir Graf 49
4.7 Prestasi Responden Dalam Aspek Melihat Graf 50
4.8 Prestasi Responden Dalam Aspek Membaca Nilai 51
4.9 Prestasi Responden Dalam Aspek Mengaitkan
Pemboleh ubah 52
4.10 Prestasi Responden Dalam Aspek Membuat Ramalan 53
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Bentuk Graf Yang Baik 20
2.2 Pemilihan Skala Yang Tidak Sesuai 21
2.3 Pemilihan Skala Yang Sesuai 21
2.4 Melukis dan Melabel Paksi 22
2.5 Memplot Titik Yang Betul Dan Garis Penyesuaian
Terbaik Yang Betul 24
2.6 Memplot titik dan garis penyesuaian terbaik yang salah 24
2.7 Beberapa Contoh Mengaitkan Pemboleh ubah
Di dalam Graf 27
3.1 Formula untuk mengira peratus keseluruhan prestasi
responden dalam aspek melukis graf. 38
xiii
SENARAI SIMBOL
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
PEKA - Pentaksiran Kerja Amali
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
TOGS - Test of Graphing in Science
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas
KPSB - Kemahiran Proses Sains Bersepadu
TIPS - Test of Integrated Process Skills
SPSS - Statistic Package for the Social Sciences
MBL - Microcomputer Based Laboratory
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Soal Selidik TOGS dan Jawapan 70
B Surat Pemohonan Kebenaran Untuk Menggunakan
Soal Selidik TOGS Kepada Simranjeet Kaur Judge
A/P Charanjeet Singh melalui email 88
C Surat Kebenaran Menggunakan Soal Selidik dari
Simranjeet melalui email 89
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Sistem pendidikan di negara kita kini menampakkan gelombang yang
menarik selaras dengan hasrat negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang
tahun 2020 seperti ‘Wawasan 2020’ yang diaspirasikan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tanggal 28 Februari 1991. Justeru,
negara kita perlu untuk maju dalam semua aspek ekonomi, sosial, rohani, psikologi
dan budaya tetapi mengikut acuan Malaysia. Salah satu cabaran yang perlu ditangani
bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ menyentuh secara khusus kepentingan sains
dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang inovatif dan
berpandangan jauh serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
di masa hadapan. Bagi mencapai cabaran ini, negara perlu menyediakan rakyat yang
kreatif dan berketrampilan dalam sains dan teknologi.
Bagi menghadapi cabaran tersebut, pendidikan sains diwujudkan untuk
melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia untuk
membentuk budaya sains teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam (Meor
Ibrahim, 2001).
Sains adalah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau
dibuktikan kebenarannya (Kamus Dewan Bahasa, 2005). Menurut Hadijah (2002),
sains bukan hanya pengetahuan sahaja, tetapi merupakan cara untuk menyoal dan
2
memahami persekitaran yang biasanya dilakukan secara sistematik. Pendekatan dan
pembelajaran sains itu sendiri melibatkan banyak prosedur, kaedah dan kemahiran
yang merupakan perkara asas yang perlu ada pada setiap pelajar sains. Conant (1951,
dalam Wong, 2003), mengatakan sains mempunyai dua bahagian iaitu statik dan
dinamik. Statik meletakkan sains sebagai pusat pengetahuan. Statik juga merupakan
maklumat-maklumat yang diperolehi untuk menerangkan kejadian alam. Kategori
dinamik sains meletakkan sains sebagai satu aktiviti.
Pengajaran tentang fakta-fakta sains hendaklah disampaikan dengan
menggunakan prosedur dan proses sains. Ini menjadi cabaran kepada para guru bagi
mewujudkan masyarakat saintifik yang dapat menyumbang kepada tamadun sains
dan teknologi. Sebagai pelaksana kurikulum pendidikan sains, para pendidik perlu
memikul tanggungjawab bersama bagi melatih bakal-bakal saintis atau
‘mensainskan’ masyarakat supaya ianya seiring dengan wawasan negara.
Hampir semua negara-negara maju memperkenalkan mata pelajaran Sains di
peringkat sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, Singapura juga mempunyai satu
program sains yang memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains
(kemahiran saintifik yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis,
analitis dan sistematik) serta aktiviti “hands-on” .
Selaras dengan falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan Sains di Malaysia
memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berbudaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi. Kurikulum sains yang
diperkenalkan bagi melahirkan masyarakat yang celik sains dan teknologi serta
membangunkan sumber manusia yang terlatih dinamik dan produktif yang
menyumbang kepada pencapaian taraf negara maju yang ulung. Kecelikan sains
merupakan pemahaman saintifik pada aras yang sesuai dengan minat dan keperluan
murid. Aspek yang ditekankan ialah pemahaman konsep asas sains, kemahiran
proses sains, kemahiran manipulatif, sikap saintifik dan nilai-nilai murni.
3
Pendidikan sains di sekolah menengah Malaysia telah melalui proses
perubahan yang pesat sejak mencapai kemerdekaan. Kementerian Pendidikan sejak
1960-an telah mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains.
Beberapa perubahan kurikulum sains yang dilakukan, termasuklah Projek Khas Sains
Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Paduan Sekolah Menengah Rendah dan
Kurikulum Sains Tulen Moden (Biologi, Fizik, Kimia dan Rampaian Sains) bagi
Sekolah Menengah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sehubungan dengan ini panduan
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains dihasilkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum bagi mempertingkatkan penilaian prestasi pelajaran sains, khususnya
melibatkan penguasaan kemahiran saintifik pelajar. PEKA diperkenalkan pada tahun
1999 kepada tingkatan IV dan V bagi mengantikan peperiksaan Amali Biologi, Fizik,
Kimia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berdasarkan maklumat yang
diperolehi, guru penilai boleh mengetahui tahap pencapaian kemahiran tertentu
individu pelajar. Justeru, membolehkan pelajar memperbaiki mutu pembelajaran
melalui tindakan susulan yang diambil oleh guru (Abu Hassan, 2003).
Dalam kurikulum sains KBSM amnya, proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah berteraskan pembelajaran menerusi pengalaman sendiri seseorang pelajar
yang mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan (terpimpin) serta
penyelesaian masalah. Matlamat pendidikan sains akan tercapai dengan memberi
peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan
kemahiran saintifik secara inkuiri (Mohd Najib dan Mohd Yusof, 1995). Bagi
membolehkan pelajar menjalankan aktiviti penyiasatan dengan bersistem dan
berkesan, mereka perlu menguasai kemahiran saintifik dengan baik. Tanpa
menguasai kemahiran ini, aktiviti sains yang dijalankan adalah sama seperti
‘membuat kuih’ dengan mengikut resepi yang telah tersedia (Abu Hassan, 2004).
Penguasaan kemahiran saintifik adalah penting kerana ia merupakan salah satu
keperluan dalam pendidikan sains. Pendedahan kemahiran saintifik di kalangan
pelajar akan menyediakan mereka untuk mendapatkan pengetahuan sains seterusnya
menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Dengan ini,
kemahiran saintifik akan menjuruskan pelajar ke arah pemikiran secara kritis, kreatif
dan analitis (Tobin dan Copie, 1980).
4
Kemahiran menggunakan graf merupakan salah satu Kemahiran Proses Sains
Asas yang sangat penting dalam Kemahiran Berkomunikasi dan dalam Kemahiran
Proses Sains Bersepadu iaitu Kemahiran Mentafsir Maklumat. Menurut Cardamone
(1981), ramai yang tahu tentang fasa-fasa graf tetapi tidak ramai yang tahu untuk
menghasilkan sebuah graf. Oleh itu kemahiran menggraf perlu didedahkan agar
pelajar mengetahui cara menghasilkan sebuah graf yang betul. Beberapa kajian
menunjukkan kebanyakan pelajar hanya menghadapi sedikit masalah di dalam
membaca data dan graf atau memplot graf tetapi menghadapi masalah dalam
kemahiran menggraf pada peringkat yang lebih tinggi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Antara perkara yang dibincangkan dalam kajian ini ialah pengajaran dan
pembelajaran sains serta makmal dan kemahiran menggraf.
1.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Semenjak awal 1990, para saintis dan pendidik sains telah menekankan
pentingnya mengajar cara saintifik kerana mata pelajaran sains berbeza dengan
pembelajaran mata pelajaran lain. Pembelajaran sains tidak dapat dipraktikkan
dengan hanya mentelaah isi kandungan, tetapi harus disusuli dengan aktiviti
praktikal. Cara saintifik ini adalah satu set kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran Proses Sains (KPS) di dalam bilik darjah dengan adanya aktiviti dan soal
selidik.
Pelajar perlu berminat dalam sesuatu benda untuk memudahkan mereka
memahami dan menerima sesuatu perkara tersebut. Sama juga seperti mempelajari
mata pelajaran sains, untuk memudahkan seseorang itu mempelajari dan memahami
mata pelajaran sains, mereka perlu berminat dalam mata pelajaran tersebut. Langkah
5
Kementerian Pendidikan Malaysia menitikberatkan kemahiran saintifik dalam
kurikulum sains adalah usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap sains dan untuk
membentuk pelajar yang berbudayakan sains dan teknologi serta dapat menggunakan
pengetahuan sains secara kreatif untuk menyelesaikan masalah harian.
Penguasaan pelajar dalam kemahiran proses sains amat perlu di peringkat
rendah kerana ia akan membantu proses pembelajaran pelajar di peringkat sekolah
menengah dan seterusnya peringkat tinggi. Berdasarkan Kajian yang dilakukan oleh
Rohani (1996), menyatakan tahap penguasaan kemahiran saintifik di kalangan
pelajar peringkat SPM adalah di tahap yang minima.
Sains bukan sahaja satu aspek penting dalam pengalaman harian seseorang
tetapi merupakan gerak balas kepada sifat ingin tahu manusia serta keinginan
manusia untuk membina satu kehidupan yang lebih baik di alam ini. Pendidikan
sains secara amnya dapat menawarkan satu cara bernilai untuk menyelidik dan
memahami alam. Sains juga merangkumi proses dan hasil. Proses yang dikenal pasti
dalam sains adalah mengenal pasti masalah, membuat hipotesis, menjalankan
eksperimen, membuat inferens dan membuat kesimpulan. Manakala hasil dari proses
sains ialah konsep, prinsip, hukum dan teori. Daripada proses dan hasil ini ianya
boleh dipecahkan kepada dua, penaakulan induksi dan penaakulan deduksi. Menurut
PPK (1994) :
Penaakulan Induksi : Jika prinsip atau hukum am diperolehi berdasarkan fakta
tertentu.
Penaakulan Deduksi : Jika seseorang itu menemui sesuatu keadaan dan kesimpulan
mengenainya dibuat berdasarkan hukum am yang telah
diterima.
6
1.2.2 Makmal dan Kemahiran Menggraf
Makmal telah digunakan di dalam mata pelajaran sains sejak lewat tahun
1800 semasa mata pelajaran sains mula diajar. Salah satu objektif awal sains ialah
menyediakan kemahiran vokasional (Raizen, 1991). Peranan ini menjadi kurang
penting dengan berubahnya pandangan pembelajaran sains. Kelak, makmal hanya
digunakan untuk menerangkan fakta dan prinsip dan untuk menyediakan latihan
pekerjaan dalam kaedah sains.
Pada tahun 1960, makmal telah diubah suai oleh saintis Amerika untuk
memperkenalkan pembelajaran aktif kepada pelajar (Linn et al., 1994). Pelajar telah
digalakkan membuat eksperimen seperti seorang saintis. Makmal telah dibuat untuk
menyediakan pelajar pengalaman pertama membuat eksperimen di dalam konsep
sains bukan seperti mengikut cara tradisional melakukan eksperimen dengan
mengikut kaedah eksperimen seperti mengikut resipi masakan.
Makmal dan sains tidak dapat dipisahkan kerana dengan melakukan
eksperimen sahaja konsep sains mudah diterima dan difahami oleh pelajar. Inilah
sebab mengapa Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan aktiviti “hands-on”
dibuat di sekolah agar pelajar dapat mengaitkan teori yang diajar oleh guru dan
konsep sains dengan mudah.
Mckenzie dan Padilla (1986) menyatakan bahawa pelajar memerlukan
kemahiran untuk mentafsir data dan graf di dalam kelas sains kerana pelajar perlu
untuk mengumpul data dari eksperimen sains di dalam makmal, perlu menggraf data
untuk meramalkan hubungan antara pemboleh ubah, menentukan persamaan algebra
dari graf dan mencuba untuk memenuhi syarat perhubungan yang terbentuk. Graf
berkomunikasi secara cepat dan terus untuk mengetahui dapatan eksperimen yang
didapati. Melalui graf pelbagai maklumat dapat di ringkaskan dan merupakan media
yang paling berkesan yang digunakan dari dulu hingga sekarang. Kepentingannya
terletak pada maklumat-maklumat yang dapat digabungkan dan dianalisis dengan
jelas dan mudah.
7
Kemahiran menggraf merupakan salah satu di antara kemahiran asas yang
setiap pelajar dan guru perlu kuasai kerana bentuk-bentuk grafik memerlukan
kemahiran asas dalam bidang grafik untuk penggunaannya. Contoh-contoh bentuk
grafik yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah seperti carta,
graf, gambarajah yang menyumbang banyak maklumat yang bukan berbentuk teks.
Cara penggunaan yang perlu dikuasai ialah bagaimana untuk mentafsir,
mengeluarkan maklumat, melihat perkaitan dan membina graf.
Beberapa permasalahan telah dikenalpasti dalam kemahiran menggraf.
Menurut McDermott, Rosenquinst dan van Zee (1987), kebanyakan pelajar
mengalami masalah dalam melukis dan mentafsir graf. Ini dapat dibuktikan juga
dalam laporan yang dilakukan oleh Kamarul Baharin dalam Hernani (2000) iaitu
masih terdapat lagi pelajar yang lemah dalam menginterprestasikan graf dan data.
Kerana kekurangan kemahiran asas seperti menggraf menyebabkan pelajar tidak
memahami konsep fizikal. Tanpa mengetahui konsep, semua pembelajaran akan
menjadi pembelajaran hafalan dan bukan lagi pembelajaran bermakna (Hanafi dan
Shaharom, 2002). Brasell dan Rowe (1993) menyatakan bahawa kebanyakkan
pelajar menunjukkan kesukaran dalam melukis graf untuk mempersembahkan set
data yang diberi. Beberapa masalah lain yang dikesan meliputi label graf yang tidak
lengkap, tertukar pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar, skala yang tidak
seimbang dan penyambungan titik penyesuaian terbaik .
Kekurangan menguasai kemahiran asas seperti kemahiran menggraf
kemungkinan menentukan pelajar untuk gagal memenuhi kemahiran sains seperti
analisis dan sintesis data (Padilla, Okey dan Dillashaw, 1983). Kajian juga
membuktikan bahawa pelajar mempelajari dengan berkesan jika melukis graf dengan
tangan.
8
1.3 Pernyataan Masalah
Terdapat sedikit kajian tentang kemahiran menggraf terhadap pelajar tahun
akhir aliran sains. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada kemahiran melukis dan
mentafsir graf di kalangan pelajar tahun akhir aliran sains kerana mereka merupakan
bakal guru yang akan mengajar mata pelajaran sains di sekolah kelak. Kajian ini
penting supaya mereka menguasai kemahiran asas ini agar tidak berlaku masalah di
sekolah kelak kerana kajian menunjukkan berlaku masalah dalam penggunaan graf
dalam menjawab kertas soalan sains 1 dan 2. Terdapat pelajar yang gagal
menentukan skala graf secara konsisten dan tidak dapat membezakan carta palang
dengan graf garis (Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2002).
Merujuk kepada masalah tersebut, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti
apakah kemahiran menggraf pelajar yang memberi fokus pada kemahiran melukis
dan mentafsir graf. Aspek penggunaan graf yang akan dikenal pasti ialah penyusunan
data, pemilihan skala yang tepat, melukis dan melabel paksi dan memplot titik iaitu
dalam kemahiran melukis graf serta melihat graf, membaca nilai, mengaitkan
pemboleh ubah dan membuat ramalan dalam kemahiran mentafsir graf.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kemahiran asas menggraf bagi
pelajar tahun akhir aliran sains Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
berdasarkan kepada kemahiran melukis graf dan kemahiran mentafsir graf.