tugasan mte3109 ppg

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : KURSUS MTE 3109 – MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS SEMESTER 5 PPG Tarikh Mula : 13.7.2013 Tarikh Hantar: 1.10.2013 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan . 3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Projek: Pada akhir projek, pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. 2. Melaksanakan pengajaran mikro untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. 3. Membina bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif sesuai dengan konsep yang diajar.

Upload: isnaizin

Post on 30-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

umum

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Mte3109 Ppg

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR :

KURSUS MTE 3109 – MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS

SEMESTER 5 PPG

Tarikh Mula : 13.7.2013 Tarikh Hantar: 1.10.2013

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pengajaran mikro /makro.

2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan .

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratusan

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Projek:

Pada akhir projek, pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus.

2. Melaksanakan pengajaran mikro untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus.

3. Membina bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif sesuai dengan konsep yang diajar.

4. Menghasilkan satu permainan matematik bagi satu topik yang diajar.

5. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Page 2: Tugasan Mte3109 Ppg

Tugasan Projek 100%

Kerja kursus ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar memperolehi kemahiran dan pengalaman mengajar yang kreatif dan inovatif bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu belajar untuk topik-topik ini.Bagi projek ini, pelajar dikehendaki merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai beserta dengan bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif untuk digunakan bersama aktiviti p&p yang dirancangkan . Pelajar dikehendaki membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro. Pelajar juga perlu membuat suatu refleksi keseluruhan berdasarkan pengalaman yang dioperolehi melalui kerja kursus ini.

A. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran (40%)

1. Rekacipta satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk setiap topik berikut: Nombor, Pecahan, Perpuluhan atau Peratus.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direkacipta mestilah merangkumi satu permainan matematik yang menarik, hasil idea dan kreativiti sendiri untuk mana-mana satu topik nombor, pecahan, perpuluhan atau peratus .

2. Setiap aktiviti p&p perlu dihuraikan mengikut format di bawah:(i) Topik(ii) Objektif(iii) Aras Kemahiran(iv) Bahan Bantu Belajar ( konkrit dan semi-konkrit ) (v) Prosedur melaksanakan aktiviti p&p

B. Pembinaan Bahan Bantu Belajar ( 25 %) 1. Bagi setiap aktiviti di atas bina sekurang-kurangnya satu bahan bantu belajar, BBB

(konkrit atau semi-konkrit)

2. Huraikan bagaimana Bahan Bantu Belajar(BBB) anda memenuhi kriteria BBB yang baik.

C. Pengajaran Mikro (25%)

Laksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta permainan matematik dalam sesi pengajaran mikro dalam kelas. Bahan bantu belajar mesti mencukupi untuk penglibatan seluruh kelas.

D. Penulisan refleksi (10%)

Tulis refleksi berdasarkan pengalaman pengajaran mikro. Dalam refleksi, bincangkan kesesuaian, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan permainan matematik anda. Bincangkan juga keberkesanan bahan bantu belajar anda.

Page 3: Tugasan Mte3109 Ppg

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu.

2. Format penulisan adalah seperti berikut:

i. Muka depan hendaklah templat terkiniii. Fon Arial, saiz 11iii. Langkau 1.5 barisiv. Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA.

3. Hantar laporan kerja kursus bersama dengan gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar.

4. Tuagasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut

1. Laporan mesti mengandungi:

(i) Mukasurat kandungan (vi) Huraian tentang BBB(ii) Biodata pelajar (vii) Refleksi(iii) Pengenalan (viii) Rujukan(iv) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (ix) Lampiran - gambarfoto(v) Permainan matematik

2. Aktiviti adalah kreatif dan inovatif.

3. Bahan Bantu Belajar sangat kreatif dan rekacipta asli.

4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh :

(PN PARIMALARANI SIVASUBRAMANIAM ) (CIK TAN KIM LAN)Penyelaras Kursus MTE 3109 Pakar Bidang (SME) MTE3109Jabatan Matematik Jabatan MatematikIPGKPT IPGKPT

Disahkan oleh:

( PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI )Ketua Jabatan MatematikIPGKPT