tugasan 2 amm 3023

7
TUGASAN 2 – AMM3023 | D20112053459 1.0 PENDAHULUAN Profesion keguruan adalah satu profesion yang memerlukan minat, bakat, pengetahuan, dan komitmen yang tinggi. Tanpa minat seorang guru akan menempuh cabaran dalam kerjaya ini dengan agak sukar. Bakat bukan sahaja merujuk kepada kebolehan dan keseniaan, seorang guru itu perlu juga mempunyai bakat untuk bercakap dan mengawal sesuatu keadaan. Guru juga perlu berpengetahuan dengan ilmu yang baru dan terkini. Zaman kini semakin berubah, begitu juga dengan dasar dan sistem yang diperkenalkan. Ini bukan lagi zaman ‘Cikgu Shaari’ seperti dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Guru kini perlu bergerak pantas seperti juga peredaran masa. Peranan guru muzik kini semakin mencabar dengan peranan yang dimainkan oleh guru muzik dahulu. Dahulu kesinambugan mata pelajaran Pendidikan Muzik ke peringkat yang lebih tinggi selepas sekolah menengah agak terhad, namun muzik kini sudah menjadi satu alternatif kepada pelajar untuk dijadikan sebagai satu kerjaya profesional yang mampu meraih pendapatan yang lumayan. 1

Upload: samsuriy

Post on 18-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan 2

TRANSCRIPT

TUGASAN 2 AMM3023 | D20112053459

1.0 PENDAHULUAN

Profesion keguruan adalah satu profesion yang memerlukan minat, bakat, pengetahuan, dan komitmen yang tinggi. Tanpa minat seorang guru akan menempuh cabaran dalam kerjaya ini dengan agak sukar. Bakat bukan sahaja merujuk kepada kebolehan dan keseniaan, seorang guru itu perlu juga mempunyai bakat untuk bercakap dan mengawal sesuatu keadaan. Guru juga perlu berpengetahuan dengan ilmu yang baru dan terkini. Zaman kini semakin berubah, begitu juga dengan dasar dan sistem yang diperkenalkan. Ini bukan lagi zaman Cikgu Shaari seperti dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Guru kini perlu bergerak pantas seperti juga peredaran masa. Peranan guru muzik kini semakin mencabar dengan peranan yang dimainkan oleh guru muzik dahulu. Dahulu kesinambugan mata pelajaran Pendidikan Muzik ke peringkat yang lebih tinggi selepas sekolah menengah agak terhad, namun muzik kini sudah menjadi satu alternatif kepada pelajar untuk dijadikan sebagai satu kerjaya profesional yang mampu meraih pendapatan yang lumayan.

2.0DEFINISI PENGAJARAN BERKESAN

Pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. (Leblanc, 1998) Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995).Jika diteliti di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar.

3.0GURU DAN FALSAFAH

Guru perlu tahu pengaruh perspektif ahli falsafah terhadap Pendidikan Muzik. Falsafah merupakan sebuah disiplin ilmu yang telah bermula sejak zaman Phytaghoras (572-492 SM). Daripada anggapan falsafah hanyalah ilmu yang bersifat teorikal semata dan ia tidak mungkin di amalkan. Sebenarnya secara tidak sedar manusia telah melakukan praktik dari falsafah. Misal seorang guru yang mengajar anak didiknya dengan penuh tanggung jawab dan ia sangat mencintai pekerjaannya. Guru mampu menjadikannya sebagai panduan dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembeljaran. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan efektif dengan kefahaman guru tentang falsafah ini.

Terlebih dahulu guru sudah semestinya perlu faham apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Ini adalah panduan asas dan hala tuju dasar dan sistem pendidikan. Guru juga perlu tahu sedikit banyak pandangan ahli falsafah islam dan barat tentang pendidikan muzik seperti Al Farabi, Al Khindi, Plato, Socrates,Aristotle,Plato,Reimer dan sebagainya.4.0SOSIOLOGI PENDIDIKAN MUZIK

Guru muzik sepatutnya menjadi seorang guru lebih sensitif dan mampu melihat jauh kedalam diri seorang pelajar. Sesuai dengan jiwa seni seseorang yang pada kebiasannya halus dan sensitif dan kepekaan yang lebih berbanding dengan guru bahasa, matematik dan yang lain.Berdasarkan pengalaman penulis, murid yang terlalu pasif dan susah mengeluarkan suara dan memberikan respon dari guru sudah tentunya dilabelkan dengan murid yang agak bermasalah. Melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, murid ini sebenarnya boleh dibentuk seterusnya memperlihat potensi sebenar mereka. Apabila pertandingan menyanyi di sekolah, mereka ini mampu menunjukkan bakat terpendam mereka tanpa rasa malu hasil dari peranan guru muzik dan pendekatan muzik yang dijalankan.Secara tidak langsung, disini berlaku perkembangan ilmu pada murid tersebut.

Jelas sekali guru muzik perlu tahu pentingnya pengetahuan tentang sosiologi dalam pendidikan muzik untuk diamalkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran muzik secara formal atau tidak formal melalui ko-kurikulum. Tingkah laku individu itu berkait rapat dengan aspek dan faktor sosiologi. Muzik memberikan satu lagi saluran kepada manusia untuk meluahkan perasaan dan emosinya dan dijadikan sebagai bentuk komunikasi selain melalui bahasa.

5.0ASAS PSIKOLOGI

Unit ini menekankan supaya guru mengetahui,mengenalpasti dan mengamalkan pengetahuan tentang psikologi dalam pelbagai situasi pengajaran dan pembelajaran muzik. Pengetahuan tentang ilmu psikologi membolehkan guru merancang dan bertindak balas dengan cara yang betul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain dari tingkah laku biasa, murid juga melakukan tingkah laku muzikal. Guru muzik harus faham domain kognitif,afektif dan psikomotor.Guru muzik perlu tahu peringkat perkembangan kognitif murid. Sebagai contoh, pendekatan, kaedah untuk nyanyian dan aktiviti perlu sesuai dengan Tahun yang diajar. Untuk murid Tahun 1, sudah tentu tidak sesuai untuk diajar lagu-lagu yang agak panjang. Begitu juga dengan permainan alat perkusi. Memadai kiranya hanya satu alat digunakan seperti kastanet.

Guru muzik perlu tahu menghargai kebolehan muzikal dan kreativiti murid dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dengan memberikan motivasi kepada murid untuk merangsang minat murid terhadap muzik. Guru muzik perlu memastikan penglibatan setiap murid dalam aktiviti, ini memastikan semua murid merasai unsur muzik dan merka boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. Guru adalah juga penyumbang kepada pembentukkan tingkah laku dan sikap murid terhadap muzik.

Kefahaman guru tentang aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor sudah tentu dapat membantu guru muzik untuk mencapai objektif yang ditentukan. Dalam situasi yang sebenar di dalam kelas, untuk mempratikkan teori ini bukan mudah, namun sebagai seorang guru muzik kefahaman dan percubaan untuk mengaplikasikan dalam kelas akan mendapat hasil yang lebih baik.

6.0PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK

Dengan memahami objektif unit ini, guru muzik boleh mengaplikasikan Teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diasaskan oleh Howard Gardner (1993). Muzik adalah satu cabang dari lapan kecerdasan pelbagai. Namun guru harus juga faham kecerdasan pelbagai yang lain juga boleh berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. Sebagai contoh, kecerdasan linguistik berlaku apabila guru meminta murid meminta murid menceritakan kitaran hidup katak sewaktu penutup kepada pengajaran lagu Lompat-lompat. Sewaktu murid bergerak seperti katak disini berlakunya kecerdasan kinestatik. Kecerdasan visual-ruang berlaku sewaktu murid melukis gambar katak setelah menyalin senikata lagu Lompat-Lompat. Atau melukis Peta Alir i-Think kitaran hidup katak. Melalui kecerdasan intrapersonal murid mempunyai keyakinan diri,berani dan boleh mengawal perasaan apabila diminta menyanyikan lagu secara solo. Aktiviti memainkan alat perkusi dan respon kepada bunyi akan memperlihatkan kecerdasan muzik yang ada pada murid-murid. Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya dapat memantapkan aktiviti dan dapat mencungkil potensi setiap murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran.Penulis juga lebih faham pentingnya kemahiran berfikir yang perlu diaplikasikan dalam pendidikan muzik. Pada penulis, kemahiran berfikir secara kritis,kreatif,,kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah boleh diserapkankan secara tidak langsung dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Dalam set induksi guru muzik boleh meminta murid supaya menerangkan sebab mengapa kita perlu menghargai alam sekitar sebelum mempejari lagu Air Terjun. Membanding atau membezakan 2 alat muzik contoh gitar dan piano. Peta pemikiran i-Think yang sesuai boleh digunakan sebagai aktiviti penutup. Sebagai contoh murid dikehendaki mengisi lembaran kerja Peta Buih tentang semut ( Nyanyian lagu Semut ).

Rajah : Peta Pemikiran i-Think : Peta Buih

5