tinta kata dekan - universiti putra malaysia

14
1 edisi April 2021 | bil: 04 edisi April 2021 | bil: 04 FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA www www .facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb .frsb.upm.edu.my cemerlang budaya kita TINTA KATA DEKAN Editor: Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan Editor Berita: Madiha Hailani Editor Grafik: Arizy Valentino Ramli Mohd Ghazali Razak Penulis / Penyumbang Bahan: Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina Shaari Prof. Madya Dr. Mohamad Fakry Zaky Ja’afar Prof.Madya Ts. Dr. Norsidah Ujang Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman Nurul Jannah Mat Saleh Ts. Asmadi Sarun Aswamanisa Arshad Mohd Kamal Khairi LAr. Mohd Nazri Saidon Nurazlin Jaafar Ts. Dr. Rosalam Che Me Dr. Mohd Faiz Yahaya Ramadhan Kareem buat semua warga FRSB, turut di jemput sebagai panel dalam seminar antarabangsa anjuran Suan Sunandha Rajabhat University, secara dalam talian. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan untuk semua komitmen yang telah diberikan dan saya berharap agar momentum ini terus dikekalkan oleh semua warga FRSB. Saya mendoakan agar kita semua senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t dan dikurniakan kesihatan yang baik; fizikal, mental dan spiritual. Selamat menjalani ibadah puasa dan didoakan semua ibadah dan amal kebaikan kita diterima serta mendapat ramadan yang berkat dan bermakna. Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Alhamdulillah, kita bertemu dalam edisi keempat Sensasi FRSB di dalam bulan mulia ini. Ini merupakan ramadan kedua yang kita sambut dalam keadaan masih mengikuti s.o.p dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Marilah kita bersama- sama mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini untuk memanjatkan doa agar pandemik ini segera reda dan hilang dari muka bumi. Bulan April telah merakamkan pelbagai peristiwa buat kita. Dimulai dengan majlis bacaan yaasin dan doa selamat secara dalam talian, gotong-royong oleh Jabatan Senibina Landskap, bengkel semakan kurikulum oleh Jabatan Senibina dan beberapa webinar anjuran fakulti seperti Post Graduate Talk, Teaching and Learning Talk dan Wacanareka. Malahan kita

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

1edisi April 2021 | bil: 04

edis

i Apr

il 20

21 |

bil:

04

FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA

www

www.facebook.com/frsbupm www.youtube.com/frsbupm www.flickr .com/photo/frsb

.frsb.upm.edu.myc e m e r l a n g b u d aya k i ta

TINTA KATA DEKAN

Editor:Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi MaulanEditor Berita:Madiha Hailani Editor Grafik:Arizy Valentino RamliMohd Ghazali Razak

Penulis / Penyumbang Bahan:Prof. Madya Ts. Dr. Nazlina ShaariProf. Madya Dr. Mohamad Fakry Zaky Ja’afarProf.Madya Ts. Dr. Norsidah UjangProf. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanNurul Jannah Mat SalehTs. Asmadi Sarun

Aswamanisa ArshadMohd Kamal KhairiLAr. Mohd Nazri SaidonNurazlin JaafarTs. Dr. Rosalam Che MeDr. Mohd Faiz Yahaya

Ramadhan Kareem buat semua warga FRSB,

turut di jemput sebagai panel dalam seminar antarabangsa anjuran Suan Sunandha Rajabhat University, secara dalam talian. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan untuk semua komitmen yang telah diberikan dan saya berharap agar momentum ini terus dikekalkan oleh semua warga FRSB. Saya mendoakan agar kita semua senantiasa dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t dan dikurniakan kesihatan yang baik; fizikal, mental dan spiritual. Selamat menjalani ibadah puasa dan didoakan semua ibadah dan amal kebaikan kita diterima serta mendapat ramadan yang berkat dan bermakna.DekanFakulti Rekabentuk dan Senibina.

Alhamdulillah, kita bertemu dalam edisi keempat Sensasi FRSB di dalam bulan mulia ini. Ini merupakan ramadan kedua yang kita sambut dalam keadaan masih mengikuti s.o.p dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan dalam bulan mulia ini untuk memanjatkan doa agar pandemik ini segera reda dan hilang dari muka bumi.Bulan April telah merakamkan pelbagai peristiwa buat kita. Dimulai dengan majlis bacaan yaasin dan doa selamat secara dalam talian, gotong-royong oleh Jabatan Senibina Landskap, bengkel semakan kurikulum oleh Jabatan Senibina dan beberapa webinar anjuran fakulti seperti Post Graduate Talk, Teaching and Learning Talk dan Wacanareka. Malahan kita

Page 2: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

2 edisi April 2021 | bil: 04

ARTIKEL KEPAKARAN

KANSEI ENGINEERING IN FASHION DESIGNAssociate Prof. Ts. Dr. Nazlina Shaari

In general, fashion design places a greater focus on style and trend than on functional considerations. However, designers’ instincts and expertise in producing style images of their works have recently been concentrating not just on creating new trends, but also on considering practical fashion as a new forecast in the fashion industry. There is no tool available to help designers with less experience create interest and needs in their fashion lines. As a result, the Kansei engineering investigation was created and carried out to find solutions to these gaps.Kansei is a method for human sensory study. Aside from the five essential human senses, Kansei Engineering considers emotion to be a significant component. Kansei Engineering, also known as affective engineering, is a consumer-oriented methodology that was introduced in 1994 by Prof Emeritus Dr Mitsuo Nagamachi and aims to create or enhance new products and services. It helps to bring the psychological emotions and desires of the consumer into the realm of product design parameters. It is used in fashion design and other products to transform the thoughts or images of customers into physical design elements. This technique has been used to improve the emotional appeal of fashion product type elements. It assists designers in analyzing Kansei image relationships and forecasting in their product visual analysis form. Fashion interest was specifically examined as a mediating factor in self-perceptions of emotional health and superiority satisfaction or disappointment with clothes. The physiological feedback is an important factor in fashion product design because it helps designers understand what people want in terms of style or function. These details can help fashion designers improve their product functions and

appearances to meet the unique and innovative needs of their customers. Kansei have a significant impact on how we classify knowledge, make decisions, assess risks, and solve problems in our daily lives. Kansei is a brain internal mechanism that is involved in the creation of an intuitive response to external stimuli. In order to satisfy consumer demands and generate new fashion trends, these evaluations will be crucial during the design process.

Page 3: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

3edisi April 2021 | bil: 04

SENIBINA BARAT: SENIBINA KLASIKProf. Madya Dr. Mohamad Fakry Zaky Ja’afar

Dalam perbahasan senibina barat, ia biasanya bermula dengan perbincangan tentang senibina klasik. Artikel ini akan melihat sejarah dan perkembangan senibina klasik ataupun classical architecture.Senibina klasik secara kasarnya dimaksudkan senibina yang berasaskan prinsip senibina klasik yunani dan romawi. Secara khususnya ia dirujuk kepada prinsip senibina yang ditulis oleh seorang pengkaji senibina yunani bernama Vitruvius. Vitruvius merupakan seorang penulis, arkitek, jurutera yunani yang hidup dalam kurun terakhir sebelum masihi. Wacana senibinanya ditulis di dalam buku De Architectura yang terdiri dari beberapa jilid.Buku De Architectura yang ditulis sekitar 40 tahun SM, menekankan aspek rekabentuk dari segi perkadaran ukuran (proportion), dan keharmonian visual. Ia juga menekankan tiga prinsip asas senibina iaitu, Venustas (keindahan), firmitas (kekukuhan) dan Utilitas (kegunaan). Secara ringkasnya, senibina mestilah mempunyai ciri-ciri binaan yang indah, kukuh dan selamat serta berguna kepada manusia.Vitruvius bukanlah arkitek asal senibina klasik, namun dia berusaha menulis tentang prinsip-prinsipnya. Sumber-sumber rujukannya merupakan senibina tamadun Yunani yang dihasilkan sebelumnya. Senibina ini telah wujud ratusan tahun sebelum kelahiran Vitruvius lagi. Antara contoh yang paling masyhur ialah senibina yang terdapat di sebuah acropolis di Athens, Greece. Acropolis adalah kota pertahanan dan keugamaan di zaman Yunani. Acropolis di Athens adalah yang paling masyhur. Manakala bangunan yang sering menjadi rujukan senibina klasik ialah Parthenon. Parthenon dibina pada tahun 437 SM dan merupakan kuil untuk Dewi Athena, salah satu dari dewa-dewa sembahan orang yunani purba. Pada kuil ini terdapat ciri-ciri senibina klasik yang diutarakan oleh Vitruvius. Antara ciri-ciri yang ada ialah ia dibina dari marmar atau batu yang tahan lama. Prinsip simetri harmoni dan perkadaran ukuran menjadi ciri utama bangunan ini, yang turut menjadi prinsip asas kebanyakan senibina klasik. Hiasan ukiran tiangnya adalah berasaskan aturan Doric, iaitu salah satu dari tiga aturan klasik yang diutrakan vitruvius. (aturan yang lain adalah Ionic dan Corinthian). Perbezaan ketiga-tiga aturan ini dijelaskan di dalam buku De Architecture oleh Vitrivius.

Tamadun Romawi pula menambah dua lagi aturan iaitu aturan Tuscan dan Komposit. Satu lagi ciri utama Parthenon ialah penggunaan kadaran ukuran yang berasaskan keharmonian ukuran yang dipercayai mempunyai nilai kecantikan yang hakiki. Ada yang mengaitkan kadar ukurannya dengan “Golden Ratio” iaitu perkadaran matematik yang dihasilkan oleh seorang ahli matematik yunani yang bernama Pythagoras. Namun ianya tidak dapat dibuktikan secara jelas. Apa yang pasti ialah Parthenon sering dilambangkan sebagai kemuncak keindahan senibina klasik.Senibina klasik Romawi yang paling terkenal ialah Colosseum yang dibina pada tahun 80 Masihi. Antara ciri-cir yang paling ketara ialah adanya ukiran tiang yang muncul secara separa pada permukaan dinding luarnya. Rekaan ini digelar Pillasters. Rekabentuk pillasters yang digunakan terdiri dari ketiga-tiga aturan klasik iaitu Doric, Ionic dan Corinthian. Ciri-ciri ini seterusnya menjadi ikutan bagi semua aliran senibina klasik di Eropah.Selepas kejatuhan empayar Rom pada kurun ke 5 Masihi, senibina klasik tidak lagi menjadi gaya utama dalam senibina di Eropah. Namun ia mendapat nafas baharu semasa era Carongilian renaissance, iaitu sekitar kurun ke 8 dan kurun ke 9 Masihi. Namun ia menjadi popular semula semasa era Rennaissance Itali (kururn ke 14M-17M). Antara contoh yang paling popular ialah hasil rekaan Leon Battista Alberti, iaitu Santa Maria Novella, sebuah gereja di Itali. Disiapkan pada tahun 1470M, ianya bukanlah merupakan replika sepenuhnya mana-mana bangunan Yunani mahupun Romawi, tapi ia menggunakan prinsip-prinsip Senibina Klasik dengan kemas. Ianya masih mengekalkan keharmonian ukuran dan simetri. Penggunaan Pillasters, Cornices juga menunjukkan ciri-ciri yang sering menjadi simbol senibina klasik. Yang menariknya pada bangunan ini ialah ia juga menggabungkan ciri-ciri senibina Romanesque, Gothic dan Renaissance.Seterusnya ia dibangkitkan semula dalam era Neo Classical (Klasik Baharu) pada sekitar kurun ke 18 sehinggalah ke era Moden. Ia masih menjadi pilihan sebahagian arkitek sehingga ke hari ini.

Parthenon di Acroplis, Athens (Sumber foto: wikipedia)

Page 4: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

4 edisi April 2021 | bil: 04

REKA BENTUK BANDAR, PANDEMIK COVID-19 DAN KESEJAHTERAAN PENGHUNI BANDARProf.Madya Ts. Dr. Norsidah Ujang

Pandemik Covid-19 telah mengubah corak kehidupan harian dan interaksi sosial manusia. Ianya membuka mata pihak bertanggungjawab dan warga masyarakat akan pentingnya persekitaran bandar berdaya tahan terhadap penularan penyakit untuk kesihatan dan kesejahteraan penghuninya. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi atau National Health and Morbidity Survey (NHMS) tahun 2019, hampir setengah juta rakyat negara ini yang berada dalam kalangan kategori dewasa (2.3 peratus) didapati mengalami simptom tekanan atau depresi. Daripada jumlah ini, majoriti individu yang terkesan adalah individu dalam golongan B40 (2.7 peratus), diikuti oleh golongan M40 (1.7 peratus) dan T20 (0.5 peratus) (Abdul Rashid Abdul Aziz, 2020). Lebih membimbangkan adalah peningkatan kes tekanan emosi dan mental dalam kalangan masyarakat semasa pandemik, terutamanya bagi penghuni yang tinggal di pusat bandar akibat dari desakan ekonomi dan perubahan mendadak gaya hidup sosial.Setelah menjangkau lebih dari setahun, tiada tanda yang jelas menunjukkan pandemik Covid-19 dapat ditangani sepenuhnya. Penjarakan fizikal (physical distancing) dan penjarakan sosial (social distancing) membatasi interaksi sosial dan daya hidup bandar. Bagaimanakah mengadaptasi situasi di luar jangka ini? Apakah perancangan untuk persekitaran sihat dan selamat dari penularan wabak seperti Covid-19? Perancangan dan reka bentuk bandar pasca-Covid-19 harus memastikan persekitaran bandar berfungsi bagi orang ramai melakukan aktiviti ekonomi dan rekreasi yang penting untuk kelangsungan hidup dengan kestabilan fizikal, mental dan sosial mereka.Dalam konteks reka bentuk dan perancangan bandar, tinjauan kajian ilmiah mendapati antara konsep dan pendekatan yang diketengahkan bagi menyokong gaya dan corak aktiviti manusia di kawasan dan ruang bandar semasa dan pasca-pandemik termasuk:

Pandemik Covid-19 di dalam bandar Sumber: thedgemarkets.com (2020)

Konsep bandar sihat – ruang aktiviti fizikal dan akses ruang hijauKawasan hijau bandar, bersama dengan potensi latihan fizikal, memberi kesan positif terhadap kesihatan fisiologi dan psikologi penduduk bandar (Yılmaz & Mumcu, 2016). Kajian di negara membangun menunjukkan bahawa penggunaan berkala ke taman dapat mengurangkan masalah kesihatan dan meningkatkan tahap kepuasan hidup (Yigitcanlar, et al., 2020). Akses kepada taman dan ruang hijau di kawasan kejiranan perlu dipertingkatkan bagi mendorong lebih banyak aktiviti riadah di persekitaran semulajadi seperti berjalan, berlari dan berbasikal yang bermanafaat bagi kesihatan fizikal dan mental. Kajian oleh Arami (2021) berkaitan corak penggunaan taman awam di Putrajaya sebelum dan semasa pandemik Covid-19 merumuskan pentingnya menyediakan akses kepada orang ramai ke taman awam dalam jarak berjalan kaki dari rumah dan tempat bekerja; dan memastikan bahawa ruang awam menyediakan tempat duduk pada jarak yang selamat dan mematuhi SOP untuk melindungi warga tua dan kumpulan berisiko yang lain. Aspek kebersihan ruang awam dan ruang udara juga perlu diberi perhatian supaya pengguna dilindungi dari ancaman jangkitan. Aspek penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Covid-19 juga penting untuk memastikan pengguna taman awam merasa selamat ketika beriadah.

Penggunan taman awam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Sumber : Malay Mail (2020)

Page 5: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

5edisi April 2021 | bil: 04

Penjarakan sosial dan implikasinya terhadap reka bentuk ruang awam Wabak Covid-19 perlu dibendung melalui penjarakan sosial. Edward T Hall di dalam bukunya yang bertajuk “The Hidden Dimension” (1966) menggariskan jarak inter--personal antara manusia. Menurut kajian, ruang peribadi berubah mengikut perbezaan budaya dan pilihan peribadi seseorang. Rata-rata, pilihan berbeza antara negara. Kajian oleh Sorokowska (2017), mendapati bahawa pilihan ruang peribadi terhadap orang asing berkisar antara lebih dari 1.2m di Romania, Hungary dan Arab Saudi, dan kurang dari 0.9m di Argentina, Peru, Ukraine dan Bulgaria. Penjarakan sosial akibat wabak Covid-19 menetapkan 1.0m sebagai jarak sosial untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Jarak ini boleh di ambil kira di dalam mengadaptasi reka bentuk ruang awam pasca-Covid19.

Carta jarak inter-personal antara manusia Rajah kiri dan a) Edward T Hall (1966) , b) Hayduk (1981), c) Helbing and Molnar (1995) dan d) Grin-Lajoie et al. (2008) Sumber : https://www.bi.team

Konsep Bandar 15-minit Kawalan pergerakan menghadkan aktiviti dalam lingkungan berdekatan untuk mengelakkan penularan wabak. “Bandar 15 minit” didefinisikan sebagai perancangan bandar ideal di mana kebanyakan keperluan dan kehendak penghuninya terletak dalam jarak perjalanan15 minit (Duany, 2021). Konsep bandar ini menekankan ciri kedekatan (proximity), jalan kaki (walkability) di kejiranan dan interaksi sosial di dalam bandar. Konsep bandar ini menerapkan perjalanan minimum di antara rumah ke bangunan, kemudahan dan ruang awam dengan masa15 minit berjalan kaki. Ianya juga mengambil kira aspek keselamatan bandar. Sebagai contoh, perancangan berkonsep kejiranan di Putrajaya dengan kemudahan pejalankaki dan berbasikal menepati ciri bandar seperti ini. Perancangan berasaskan komuniti berskala lebih kecil dan self-contained ini mewujudkan potensi untuk komuniti yang lebih sihat, selamat, dan berdaya tahan.

Adaptasi jangka pendek reka bentuk ruang bandar - Reka bentuk bandar taktikal (tactical urban design)Reka bentuk bandar taktikal merujuk kepada pendekatan secara komuniti untuk membangun atau menambah baik ruang kejiranan menggunakan intervensi jangka pendek, murah, dan berskala kecil. Contohnya, laluan di kawasan perumahan atau pusat bandar sediada boleh di adaptasi mengikut keperluan penjarakan sosial di mana keutamaan di beri kepada keperluan ruang pejalan kaki berbanding ruang kenderaan. Tujuannya adalah bagi meningkatkan kualiti ruang awam seperti lorong pejalan kaki dan ruang terbuka yang memudahkan pergerakan dan aktiviti pengguna semasa pendemik Covid-19. Aktiviti ekonomi dan sosial perlu diteruskan dengan norma baharu. Ruang awam perlu diadaptasi sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang. Oleh yang demikian, pereka bandar harus memberi tumpuan kepada kualiti dan aksesibiliti ruang hijau, ruang aktif, ruang pro-sosial, dan bandar sihat dan selamat. Melalui perubahan konsep reka bentuk bandar mahupun intervensi jangka pendek bersama komuniti, pereka bandar pasca-pandemik perlu menangani isu persekitaran dan ruang bandar melalui adaptasi dan perubahan yang mementingkan kesejahteraan mental dan sosial penghuni bandar.

Page 6: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

6 edisi April 2021 | bil: 04

BERITA FRSB

MAG UPM SUSTAINABLE UPCYCLE PRODUCTProf. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd RahmanThe Malaysian Aviation Group (MAG) has launch the MAG Sustainability Blueprint on 12th April 2021 with aims to promote socio-economic development and achieving net zero carbon emissions by 2050. It is targeted by 2021 to reduce overall CO2 emission by 25 million kg with an eye to reach 50% usage of biodegradable materials for in-flight operations, coupled with 50% of ground and in-flight waste recycled and up cycled by 2025 onwards.In line with the MAG Sustainable Blueprint, the Department of Industrial Design from the Faculty of Design and Architecture UPM developed a series of upcycle product taken from the in-flight and ground waste. The project was a collaboration between 42 students of Year 2 Masters program and seven lecturers. The ceremony was officiated by YB Khairi Jamaluddin, Minister of Science, Technology and Innovation at Hangar 6, Malaysia Airlines KLIA Sepang, Selangor. Moving forward, several prototypes will be produced and marketed by MAG through their sustainable activities.

Page 7: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

7edisi April 2021 | bil: 04

BENGKEL SEMAKAN KURIKULUM PROGRAM MASTER SENI BINA Nurul Jannah Mat Saleh

Bengkel Semakan Kurikulum Program Master Seni Bina, Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina telah diadakan pada 9 – 11 April 2021 bertempat di Movenpick Hotel KLIA. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah dihadiri oleh 15 orang staf jabatan; 12 orang pensyarah dan 3 orang staf pelaksana. Program Master Seni Bina merupakan program Pasca siswazah secara kursus yang telah dimulakan pada September 2016 yang lalu dengan jumlah pelajar seramai 25 orang. Manakala 40 orang pelajar baru telah mendaftar pada semester baru sesi Semester 2 2019/2020 ini.

Bengkel ini dianjurkan dengan tujuan untuk memantapkan struktur kurikulum program Master Seni Bina melalui integrasi kursus teras dan sokongan. Studio reka bentuk merupakan kursus teras dalam pengajian seni bina dan kesinambungannya dengan kursus-kursus lain di sepanjang pengajian seni bina perlulah dirancang dengan teliti bagi menjamin pembelajaran yang lebih berkesan dan mengikut keperluan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) untuk memastikan pengakreditasian berterusan. Kedua dua program ini juga telah mendapat akreditasi sehingga Oktober 2023. Bengkel ini juga merupakan persediaan bagi semakan kurikulum berkala setiap dua tahun yang akan berakhir pada tahun ini.

Page 8: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

8 edisi April 2021 | bil: 04

GOTONG-ROYONG JABATAN SENIBINA LANDSKAPTs. Asmadi Sarun & Aswamanisa ArshadFoto: Azman MohdPada 29 dan 30 September 2020 yang lalu, Jabatan Senibina Landskap telah berjaya menganjurkan satu program gotong-royong dengan tema ‘JSL With Love’ di persekitaran nurseri landskap jabatan. Program ini dijayakan dengan kerjasama di antara pegawai akademik dan pegawai perlaksana jabatan. Objektif utama program ini ialah bagi membersihkan kawasan sekitar nurseri, menyusun semula pokok-pokok hiasan dan membaik pulih tandas nurseri. Ini bertujuan untuk memastikan kawasan nurseri landskap sentiasa berada dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Program selama dua hari berturut-turut ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan Senibina Landskap iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Shahidan. Seterusnya bagi melancarkan lagi program ini, setiap pegawai dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama adalah kumpulan yang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan nurseri, manakala kumpulan kedua melakukan kerja-kerja baik pulih tandas. Program ini turut mendapat kerjasama daripada kakitangan Pejabat Timbalan Dekan (JINM dan Pembangunan) iaitu Encik Mohammad Afifi Hamdan dan Encik Muhammad Aiman Mohd Daud. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di antara warga jabatan. Ianya merupakan salah satu tradisi jabatan yang telah dipupuk sejak mulanya penubuhan fakulti dan akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Page 9: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

9edisi April 2021 | bil: 04

FRSB TEACHING AND LEARNING TALK SERIES 01/2021Mohd Kamal Khairi

FRSB Teaching and Learning Talk Series 01/2021 telah berjaya dilaksanakan secara maya pada 12 Mac 2021 dan ditonton secara langsung oleh 53 orang staf akademik dan pelajar dari beberapa buah fakulti di UPM. Panel jemputan untuk siri pertama ini adalah Prof. Madya Dr. Hamdan bin Daniyal yang merupakan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Malaysia Pahang (UMP).Tajuk perkongsian beliau adalah “Lightboard Approach for Studio-Based Teaching & Learning” dan dibantu oleh Moderator Dr. Mohd Shahrudin Abd Manan, Pensyarah Kanan di Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk Dan Senibina. Dr. Hamdan telah memperkenalkan satu kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan lightboard. Kemudahan lightboard ini sangat menarik dan interaktif terutamanya

bagi kursus-kursus yang melibatkan hands-on seperti kursus yang diajar di dalam studio di FRSB . Disamping itu, beliau turut berkongsi beberapa tips dalam menggunapakai pendekatan lightboard ini serta kos yang perlu disediakan bagi menyediakan fasiliti lightboard ini.Intipati ceramah ini sangat bersesuaian dengan situasi masa kini yang mana kita sedia maklum pembelajaran secara bersemuka sangat terhad dan kebanyakan sekolah dan institusi menggunakan teknik pembelajaran secara online. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah menjadikan para pendidik kita lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu dan salah satunya adalah menerusi kaedah yang telah disampaikan oleh Dr. Hamdan ini.

Page 10: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

10 edisi April 2021 | bil: 04

PERKUBURAN ISLAM TERSUSUN : DARI “ZERO” KE “HERO”.LAr. Mohd Nazri Saidon

Persepsi berkenaan kawasan tanah perkuburan orang Islam yang kelihatan tidak tersusun dan kurang menarik malahan digeruni kerana ditumbuhi semak-samun mahupun pokok-pokok besar ada benarnya jika kita meninjau ke beberapa kawasan tanah perkuburan sedia ada. Ini boleh memberikan indikasi negatif, seolah-olah masyarakat tidak kisah tentang kawasan perkuburan yang tidak menarik asalkan ada ruang untuk mengkebumikan jenazah pada saat kematian. Hal ini bertentangan dengan konsep agama Islam yang mengkehendakkan masyarakat menjaga dan menjadikan persekitaran kubur itu indah, bersih dan menarik. Permasalahan ini boleh mewujudkan implikasi negatif kepada pihak pengurusan kawasan tanah perkuburan. Oleh itu, kawasan tanah perkuburan yang tidak menarik, suram dan menghadirkan perasan takut perlu diubah dalam kalangan masyarakat kita. Persoalan mengapa kawasan perkuburan Islam menjadi tidak terurus, sering tidak terjawab.Persekitaran kawasan tanah kubur yang indah, bersih dan cantik perlu dilihat dari sudut positif, iaitu satu ruang perkuburan tersusun yang memenuhi konsep syarak selain memberi dimensi baharu dalam perancangan dan pengurusan kawasan tanah perkuburan; kubur yang tersusun, seragam, dan landskap yang berfungsi. Penulisan ini akan berkongsi tentang beberapa faktor penyebab yang membolehkan pelan induk perkuburan direalisasikan hingga kini dan apakah impak utama yang diperolehi.Geran UCTC yang diterima pada tahun 2018 oleh kumpulan saya (LAr. Nazri, LAr. Asraf dan LAr. Aziz) cuba untuk merubah persekitaran tanah perkuburan di Kampung RTB Bukit Changgang, yang tidak teratur kepada lebih terancang dan tersusun. Kajian kami mendapati penglibatan dengan komuniti secara sistematik menjadi kunci utama dalam projek ini. Ia melibatkan beberapa aktiviti yang dijalankan secara berkala seperti sesi perjumpaan awal, sesi sumbang saran, lawatan kes kajian, gotong royong, sesi pemindahan ilmu dan pemantauan. Hubungan yang kuat dengan pemimpin masyarakat iaitu Ketua Kampung dan Nazir Masjid adalah sangat penting dari sudut hal ehwal pentadbiran. Manakala ikatan yang sama perlu dijalin dengan pemimpin belia kerana mereka merupakan agen pengerak kepada kemajuan projek di peringkat perlaksanaan.Dari segi impak kajian ketika ini, perkuburan ini lebih tersusun secara sistematik tidak hanya dari sudut perancangan fizikal tetapi juga sistem pentadbiran pengurusan perkuburan seperti waris mudah untuk mengenalpasti lokasi dan zon jenazah dikebumikan serta kemudahan asas seperti laluan pejalan kaki, tempat teduhan dan tandas. Impak dari sudut pembangunan juga diperolehi apabila Pejabat Daerah Kuala Langat telah membiayai sebahagian kos pembinaan berdasarkan pelan yang dihasilkan oleh pasukan kajian kami.

Walaupun projek ini masih di peringkat pelaksanaan, namun projek ini telah berjaya memberi wajah baharu kepada imej tanah perkuburan Islam di Kampung RTB Bukit Changgang dan imej pihak pengurusan di situ. Pengurusan sistematik diperlukan bagi membuang gambaran serta perasaan takut untuk pergi ke Kawasan tanah perkuburan dikalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Dalam masa yang sama ianya diharapkan dapat menghentikan pandangan negatif pihak tidak bertanggungjawab terhadap kawasan tanah perkuburan orang Islam. Pihak pengkaji merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UCTC, UPM di atas geran yang diberikan dan kepada pihak Fakulti Rekabentuk dan Senibina serta Jabatan Senibina Landskap atas sokongan dan bantuan dalam menjayakan projek ini.

Nota: link untuk melihat video: https://www.youtube.com/watch?v=aOq0R0ZPwmE

1. Antara kaedah yang dijalankan Mesyuarat, Menyediakan Pelan, Lawatan Tapak, Taklimat dan Menghadiri Kursus

2. Antara Aktiviti yang dijalankan diperingkat ini Pengukuran dilapangan, Penentu titik Lokasi, Pembinaan Kerja Infra asas

3. Antara kerja-kerja Implementasi yang dijalankan bersama penduduk dan komuniti

Page 11: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

11edisi April 2021 | bil: 04

WACANAREKA Nurazlin Jaafar

WACANAREKA 3DARIPADA PENYELIDIKAN KE KOMERSIL : DEKOPONIX RACK SYSTEM

WACANAREKA 4BEAUTY AND OUR LIVING ENVIRONMENT : A CASE FOR VISUAL RESOURCE MANAGEMENT

WACANAREKA siri ketiga yang diadakan pada 4 Mac 2021 anjuran Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) pada kali ini berkongsi tentang rahsia dan strategi bagaimana idea dan hasil penyelidikan dibawa ke dalam bentuk komersil. Perkongsian secara langsung dari laman Facebook FRSB ini menampilkan Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman, pensyarah di Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, FRSB dan Encik Mohd Hafis Talib, Pengarah Eksekutif Dekoponix Sdn. Bhd yang juga merupakan alumni FRSB sebagai panel, manakala Ts. Dr. Vellu A/L Perumal berperanan sebagai pemudahcara.program.

9 April 2021. WACANAREKA siri 4 anjuran Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) dengan kerjasama Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), membawa perkongsian dari Pakar Reka Bentuk dan Seni Bina iaitu Prof. LAr. Dr. Suhardi Maulan dari Jabatan Senibina Landskap,FRSB/Presiden ILAM dan LAr. Dr. Shamsul Abu Bakar dari Jabatan Senibina Landskap,FRSB sebagai ahli panel, manakala LAr. Dr. Mustafa Kamal Mohd Shariff sebagai pemudahcara. Antara objektif perkongsian pada kali ini ialah untuk meningkatkan kesedaran individu, masyarakat, komuniti, ahli pakar, organisasi dan badan kerajaan dan swasta yang berkaitan kepentingan pengurusan kualiti visual landskap dan persekitaran dalam kehidupan.

Page 12: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

12 edisi April 2021 | bil: 04

LANJUTAN PROGRAM CEO@FACULTY 2.0: LAWATAN RASMI DELEGASI UPM KE DREAMEDGE SDN BHD Ts. Dr. Rosalam Che Me

Program CEO@Faculty merupakan program inisiatif oleh Kementerian Pelajaran untuk mengeratkan kerjasama dan proses pemindahan teknologi antara ahli akademik dan industri, terutamanya dalam bidang latihan dan penyelidikan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran. Program CEO@Faculty 2.0 (CFP 2.0) memberi tumpuan kepada penerapan unsur-unsur kepimpinan di peringkat universiti di kalangan pensyarah muda (kelulusan Phd di bawah umur 40 tahun) dalam mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada masa hadapan. Kesinambungan daripada sangkutan industri oleh Ts. Dr. Rosalam Che Me ke DreamEDGE Sdn Bhd selama 6 bulan melalui Program CFP 2.0 pada Mac hingga Ogos 2020 yang lalu, satu lawatan susulan telah diadakan pada 22 April 2021 yang diketuai oleh Prof. Dr. Ir. B.T hang Tuah Baharuddin, Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat. Turut hadir ialah Prof. Madya Lar. Dr. Suhardi Maulan (Dekan FRSB), Prof. Ts. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd Rahman (Timbalan Dekan, JINM & Pembangunan FRSB), Prof. Madya Ts. Dr. Hassan Alli (Ketua Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, FRSB), Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, Ts. Dr. Rosalam Che Me (Pensyarah Kanan, FRSB selaku Felo CFP 2.0) dan beberapa wakil UPM yang lain. Delegasi UPM telah dibawa melawat ke beberapa cawangan dan fasiliti DreamEDGE iaitu Innovation & Prototyping Centre di Autoville, Cyberjaya dan KidsTech Centre di RekaScape, Cyberjaya seterusnya ke Ibu Pejabat mereka di iTech Tower, Cyberjaya bagi menyaksikan sendiri perkhidmatan pembangunan teknologi yang disediakan. Perbincangan berkenaan kolaborasi projek telah diadakan dan satu pertemuan susulan akan diadakan dalam masa terdekat untuk perbincangan lanjut.

Page 13: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

13edisi April 2021 | bil: 04

PENGANJURAN PROGRAM OLEH KeSS TAHUN 2021: PROGRAM APA KeSS MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT FRSBDr. Mohd Faiz Yahaya

Pada 2 April 2021 bersamaan 19 Syaaban 1442H pihak Kelab Sukan dan Sosial FRSB KeSS telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis Program Apa KeSS Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat FRSB secara dalam talian. Menggunakan platform zoom, program ini mendapat kehadiran hampir sebahagian besar warga FRSB. Program yang bertujuan memohon kesejahteraan dan kesihatan warga fakulti dan keluarga tersebut bermula tepat pada pukul 9.00 malam dengan ucapan aluan daripada Presiden KeSS Dr. Mohd Faiz Bin Yahaya. Ini diikuti pula dengan ucapan dari Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan selaku Dekan Fakulti. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang diberikan untuk kelancaran majlis ini dan turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ahli fakulti. Disamping itu, beliau juga mengambil kesempatan melalui majlis ini untuk mengucapkan sambutan ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelang. Sesi bacaan Yaasin dan doa selamat telah dipimpin oleh Prof. LAr. Ts. Dr. Osman Mohd Tahir dan diakhiri dengan mendoakan kesejahteraan semua warga FRSB.

Page 14: TINTA KATA DEKAN - Universiti Putra Malaysia

14 edisi April 2021 | bil: 04

Prof. Ts. Dr. Rahinah Ibrahim, FAScatas perlantikan sebagai

Felo Akademi Sains MalaysiaDisiplin: Science & Technology Development and Industry

En. Ahmad Qadri BasriBachelor Rek Master Sains (Pengajian Reka Bentuk Berintegrasi)

atas lantikan sebagaiAhli Jawatankuasa Persatuan Alumni UPM sesi 2021-2023

Ar. Mohd Azli Mohamad JamilPensyarah Kanan, Jabatan Senibina

Fakulti Rekabentuk dan Senibinaatas lantikan sebagai

Pemeriksa Luar bagi Program Diploma in Architecture Fakulti Senibina dan Alam Bina, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur

En. Fabian Hasna Lulus Viva Voce.

Monash University, Australia

KELUARGA BARU FRSBSelamat datang ke FRSB!

Cik Nur Aqilah Mohd Noordin (mulai 27/04/2021)

STAF KEHILANGAN AHLI KELUARGAEn. Wan Mazlan Wan Hamat – pemergian bapa pada 29/4/2021

Salam Takziah daripada seluruh warga FRSB.