timbalan perdana menteri lancar pelan...

16
FEBRUARY 2017 ISSUE NO. 2 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY CURRENT AWARENESS SERVICE TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) RELA Berita penuh di muka surat 4 Integriti Newsletter 2/2017.indd 1 6/4/17 5:18 PM

Upload: ngonga

Post on 29-May-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

FEBRUARY 2017IssUE No. 2 INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA • THE MALAYSIAN INSTITUTE OF INTEGRITY

CURRENT AWARENESS SERVICE

TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN INTEGRITI

ORGANISASI (PIO) RELABerita penuh di muka surat 4

Integriti Newsletter 2/2017.indd 1 6/4/17 5:18 PM

Page 2: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

2

EDITORIAL / EDITORIAL

03 Perlu ke Pelan Integriti?

NEWS / BERITA

04 Timbalan Perdana Menteri lancar Pelan Integriti Organisasi (PIO) Rela

05 Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia, Integriti Dekati Masyarakat Pahang

06 Warga UITM Terus Terap Integriti dalam Budaya Kerja

07 IntegrItI Menyumbang Input Dalam Forum Economic Governance: The Role Of Public Sector

08 Integriti dan Pelaksana Duduk Semeja Bincang Pelan Integriti Nasional Integriti

09 Ola Bola: Jambatan Integriti dan Perpaduan

10 Pelan Integriti Organisasi (PIO) Bantu Mantapkan Integriti dalam Organisasi

CONTENTS / KANDUNGAN

04 06 07 08 1005

FEATURES / RENcANA

11 Kisah al-Quran Papar Panduan Integriti Terbaik

12 Time to Tackle The Bloat

NEW BOOKS IN OUR LIBRARY / BUKU BAHARU DI PUSAT ILMU INTEGRITI

14 Moral Imagination: Essays

Honest Government: An Ethics Guide For Public Service

GALLERY / GALERI

15 Berita Bergambar Tentang aktiviti-aktiviti lain di IntegrItI

Advisor

Datuk Dr. anis Yusal Yusoff

Editor

Zubayry abady Sofian

Assistant Editor

aimi Farhana Mohd amin Norsheeda Din

EDITORIAL TEAM / SIDANG PENGARANG

Staff Writers

Nor azni ahmad Husairi

Published monthly byINSTITUT INTEGRITI MALAYSIAMenara Integriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, Off Jalan Tuanku abdul Halim, 50480 Kuala lumpur, Malaysia. Tel: +603-6209 2000 Website: www.integriti.my

Photographer

Rosalizawati arshad Izal arif Zahrudin

Cover

Izal arif Zahrudin

Contributors

Fison Hamdi ahmad

Integriti Newsletter 2/2017.indd 2 6/4/17 5:18 PM

Page 3: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

3

PERLU KE PELAN INTEGRITI?

Menentang sebarang bentuk salah laku dan pelanggaran integriti merupakan cabaran terbesar dalam masyarakat moden kini. Beberapa langkah pencegahan terutamanya

melalui kaedah pendidikan boleh diwujudkan dan dilaksanakan berdasarkan kapasiti dan kemampuan masing-masing. langkah pencegahan ini penting untuk dilaksanakan bagi mengelak simptom-simptom kemunculan salah laku integriti di peringkat awal.

Salah satu cara untuk mengurangkan salah laku integriti ini ialah mengenal pasti dan menghapuskan punca dan sebab awal, atau risiko kemunculan dan perkembangan salah laku integriti ini. Tindakan penguatkuasaan merupakan tindakan akhir yang boleh diambil selepas salah laku integriti ini berlaku. Namun sebaik-baiknya, pendekatan penguatkuasaan ini terguna pakai sebagai langkah akhir. Kerana, sebaik-baiknya integriti bermula dari hati bukan daripada tekanan dan paksaan luaran.

Dalam proses pendidikan integriti, sudah pastilah satu “kitab keramat” atau Pelan Integriti amat-amat diperlukan sebagai sumber rujukan dan panduan. Pelan Integriti adalah dokumen yang dihasilkan daripada penilaian kendiri oleh organisasi itu terhadap risiko kemunculan dan perkembangan salah laku integriti. Ini boleh dilakukan dengan merujuk kes-kes salah laku integriti yang telah dibawa ke lembaga Tatatertib organisasi masing-masing serta kes-kes aduan awam terhadap organisasi terbabit.

Tujuan membangunkan Pelan Integriti adalah untuk mengukuhkan integriti organisasi, yang merangkumi kejujuran peribadi, profesionalisme, etika, keutuhan institusi dan kepaduan, dan juga bagaimana untuk bertindak mengikut nilai-nilai moral. Mengukuhkan integriti organisasi ini secara langsung akan mengurangkan simptom-simptom dan risiko awal salah laku integriti. Impak langsung yang akan dapat dilihat ialah dari segi peningkatan kualiti kerja warganya dan sekali gus akan meningkatkan kepercayaan awam terhadap organisasi tersebut.

Matlamat penggubalan Pelan Integriti adalah untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan fungsi organisasi dalam sektor awam dan swasta dapat dimaksimumkan. Hal Ini boleh dicapai melalui prosedur berikut:

• Memudahkanprosedurkompleksdanmengurangkankerenahbirokrasi;

• Kawalankuasabudibicara;

• Mengukuhkanakauntabiliti;

• Meningkatkanketelusan,profesionalisme,etikakerja;

• Pendidikanberterusan;

• Memperkenalkansistemyangberkesanuntukkawalandalamandanmenghapuskanamalanyangtidakcekapdanperaturan-peraturanyangtidakberkenaan.

EDITORIAL / EDITORIAL

Objektif penggubalan Pelan Integriti bukan untuk menangani kes-kes terpencil yang melibatkan individu tertentu, tetapi untuk mewujudkan mekanisme untuk mencegah dan menghapuskan simptom kemunculan salah laku integriti, amalan tidak beretika dan tidak profesional secara holistik.

Salah satu ciri penting Pelan Integriti adalah warga kerja organisasi itu sendiri perlu mengambil bahagian dalam pembangunan, penggubalan dan pelaksanaan Pelan Integriti ini. Ini kerana mereka inilah yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam mengenal pasti dan menilai risiko kemunculan simptom-simptom salah laku integriti. atas kapasiti dan kemampuan mereka ini jugalah langkah-langkah pencegahan dan aktiviti yang sesuai untuk mengurangkan atau menghapuskan simptom-simptom ini boleh dicadangkan.

Semua pihak sama ada awam mahupun swasta disyorkan untuk menggubal dan melaksanakan Pelan Integriti ini. Namun pada pandangan penulis ada beberapa organisasi yang wajib mempunyai Pelan Integriti ini seperti:

• Kementeriandanagensipersekutuan

• Kerajaannegeridanagensinegeri

• PihakBerkuasaTempatan(PBT)

• Perkhidmatanawam(institusikebudayaan,pendidikan,sains, pendidikan jasmani, murid dan standard pelajar, perlindungan kesihatan, perlindungan sosial, kebajikan kanak-kanak sosial, insurans sosial, perlindungan kesihatan haiwan)

• Syarikat-syarikatmilikkerajaan(GLC)

• Syarikat-syarikatswasta

• PertubuhanPolitik

• MasyarakatSivil(CSO)

Penulis fikir Institut Integriti Malaysia telah siap siaga untuk memberikan bantuan khidmat nasihat dan kepakaran dalam menggubal Pelan Integriti ini serta beberapa cadangan mekanisme pemantauan terhadap pelaksanaan Pelan Integriti ini.

Jadi, tunggu apa lagi?

Sekian,

Integriti di Hati

Zubayry Abady bin Sofian

Integriti Newsletter 2/2017.indd 3 6/4/17 5:18 PM

Page 4: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

4

Oleh Zubayry Abady Sofian

NEWS / BERITA

TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) RELA

Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menjadi antara agensi awal bagi tahun 2017 ini yang telah mendapat bantuan Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dalam

menggubal dan melancarkan Pelan Integriti Organisasinya pada 11 Februari 2017 yang lalu. Tarikh ini menjadi detik bersejarah pada INTEGRITI dan RELA apabila Yang Amat BerhormatTimbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan Pelan Integriti Rela di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah bersempena dengan Sambutan Hari Rela ke 45.

Kerjasama antara INTEGRITI dan RELA dalam usahapemantapan integriti negara ini bukan baru terjadi, malah ia sudah bermula sejak tahun 2009 lagi dengan termaterinya perjanjian persefahaman (MoU) antara kedua-dua agensi ini.

Ketua Pengarah Rela, Tuan Zulkifli abidin berkata, elemen

integriti perlu dititikberatkan bagi mengelak amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkara-perkara yang boleh mencemarkan reputasi sesebuah organisasi.

Tambah beliau “Isu integriti perlu dilihat dalam konteks lebih luas. Ia bukan sahaja fokus kepada isu-isu rasuah malah meliputi konsep lebih besar dalam membentuk budaya kerja yang mampan dalam sesebuah organisasi,”

Pelan Integriti Rela yang dirangka ini nanti akan meliputi 6 strategi utama iaitu untuk memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik dan pengurusan risiko, meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan, melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, memantapkan sistem pengurusan sumber manusia, memantapkan imej korporat dan reputasi jabatan serta memantapkan institusi kekeluargaan warga Rela.

YaB Timbalan Perdana Menteri melancarkan Pelan Integriti Organisasi (PIO) Rela dengan diperhatikan oleh YaB Ketua Menteri Sabah.

Integriti Newsletter 2/2017.indd 4 6/4/17 5:18 PM

Page 5: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

5

Oleh Azni Husairi

NEWS / BERITA

PROGRAM NEGARAKU: KOMUNITI 1MALAYSIA, INTEGRITI DEKATI MASYARAKAT PAHANG

angin yang sesekali bertiup sepoi-sepoi, bersilih dengan panas berbahang dan kemudian hujan yang turun mencurah-curah menjadi latar sepanjang Program

Negaraku: Komuniti 1Malaysia berlangsung selama tiga hari bermula 24 Februari di sekitar Taman Tasik Sultan abu Bakar di Pekan, Pahang. Namun, tidak pula menjejaskan kehadiran pengunjung ke ruang pameran (booth) Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)yangterletakberhampirandenganpentasutama.

Malahan, lokasi booth yang strategik memberi ruang dan peluang kepada kakitangan INTEGRITI untuk mengenali danmendekati rakyat Pahang yang hadir dari segenap pelosok negeri bagi menyertai pelbagai acara menarik yang berlangsung di sekitar tapak program seperti permainan dan senamrobik.

Tempoh pertemuan yang singkat itu juga dimanfaatkan sebaik-baiknyaolehINTEGRITIuntukmemperkenalkanperananorganisasi dalam mendukung serta membudayakan integriti, khususnya sebagai institusi yang memantau pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Turut diperkenalkan dalam pertemuan tersebutialahpelbagaiprodukdanprogramanjuranINTEGRITI.

Bertemakan ‘1Malaysia Untuk Semua’, program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YaB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 25 Februari dengan disaksikan oleh Menteri KKMM, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed ahmad. Penganjurannya adalah untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.

YaB Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia

antara pengunjung yang menerima cenderahatidariINTEGRITIdiruangpameran

Integriti Newsletter 2/2017.indd 5 6/4/17 5:18 PM

Page 6: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

6

WARGA UITM TERUS TERAP INTEGRITI DALAM BUDAYA KERJAOleh Norsheeda Din

Baru-baru ini bertempat di anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi MaRa (UiTM) telah berlangsungnya Breakfast Talk Siri 2/2017 yang membawakan tajuk antara arahan

dan Peraturan. Majlis dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh Moderator YBrs. Dr. ahmad Fadzli ahmad Tajuddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dengan memberi sedikitpemakluman mengenai konsep dan format program Breakfast Talk yang telah dianjurkan oleh INTEGRITI sejak tahun 2016,dan mulai tahun 2017 program ini telah digerakkan ke lokasi luar dengan kerjasama agensi-agensi luar yang berminat.

Program yang diadakan pada hari Isnin, 13 Februari 2017 ini telah dihadiri oleh Pembicara Utama YBhg. Prof. emeritus Dato’Dr.HassanSaid,NaibCanselorUiTM.Dalamucapannyabeliau menyentuh mengenai peranan teknologi dalam bidang pendidikan yang boleh disalahgunakan. Teknologi atau sistem itu sendiri boleh menjadi punca berlakunya masalah integriti.

Sebagai contoh beliau menekankan jika semua warga UiTM mempunyai nilai integriti yang tinggi sistem peraturan seperti “punch card” tidak perlu lagi digunakan. Masalah-masalah lain yang wujud seperti pembaziran tenaga elektrik dan kos penyelenggaran yang tinggi akan dapat diselesaikan jika semua

warga termasuk pensyarah dan mahasiswa menyemai nilai integriti dalam diri masing-masing atau yang lebih tepat lagi “Integriti perlu menjadi DNa dalam diri setiap warga UiTM”, tegas beliau.

Dalam ucapan beliau juga menekankan agar warga UiTM perlu terus mempraktikkan amalan nilai-nilai murni dan terus mempertahankan sikap berintegriti dalam budaya kerja masing-masing sebagai langkah membendung sebarang unsur ketirisan dalam urus tadbir universiti, justeru langkah itu penting supaya kepercayaan orang ramai terhadap UiTM sebagai antara institusi pendidikan tinggi terbaik negara tidak terhakis.

Program ini telah dihadiri hampir 200 peserta yang terdiri daripada warga kerja UiTM dan juga pegawai daripada agensi-agensi luar.

Pembincang-pembincang yang turut hadir pula adalah Tuan Haji Shahabudin Omar, Timbalan Ketua Pengarah Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MaMPU) dan encik Jais abdul Karim, Timbalan Presiden Yayasan anti-Rasuah Malaysia (YaRM).

NEWS / BERITA

YBhg.Prof.EmeritusDato’Dr.HassanSaid,NaibCancelorUiTMselaku pembicara utama program Breakfast Talk Siri 2/2017

Peserta mengajukan soalan ketika sesi soal jawab

Integriti Newsletter 2/2017.indd 6 6/4/17 5:18 PM

Page 7: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

7

Oleh Zubayry Abady Sofian

Pada 13 Februari yang lalu, Datuk Dr. anis Yusal Yusoff telah dijemput sebagai salah seorang pembincang dalam Forum mengenai “Economic Governance: The Role of Public Sector” anjuran Persatuan ekonomi Malaysia. Slot spesifik perbincangan Datuk Dr. anis Yusal adalah di bawah tajuk “Service to The Rakyat: Transparency and Ethics Dimension”. Pembicara utama bagi slot ini adalah mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga merupakan Pengerusi kedua INTEGRITI, iaitu Tan Sri Mohd SidekHassan.

Datuk Dr. anis Yusal dalam membincangkan tajuk ini berdasarkan pembentangan Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengupas tiga perkara utama. Beliau berkata bahawa dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat secara telus dan beretika, perkara paling penting untuk dielakkan adalah berada dalam situasi di mana wujud konflik kepentingan. Tak kala kepentingan awam dan masyarakat di kompromi untuk kepentingan diri,

maka seseorang penjawat awam itu telah melanggar prinsip asas dalam integriti dan tadbir urus.

Perkara yang kedua dikupas adalah bagaimana dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat, seseorang penjawat awam itu harus peka kepada budaya dan adat masyarakat setempat. Memahami dan menghormati budaya terutama bagi negara seperti Malaysia dengan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama serta bahasa adalah antara perkara penting dalam konteks integriti terutama dalam menjaga keharmonian dan keamanan dalam negara. ahli antropologi dan sosiologi mempunyai peranan dalam jabatan kerajaan agar dasar-dasar negara yang dibentuk ini dapat memelihara integrasi dan menentukan kemakmuran untuk semua.

Perkara ketiga yang disentuh oleh Datuk Dr. anis Yusal dalam forum ini adalah kepentingan pendidikan dan pendidikan berterusan. Dalam konteks

NEWS / BERITA

Barisan pembincang yang mengupas tajuk “Economic Governance: The Role of Public Sector”

INTEGRITI MENYUMBANG INPUT DALAM FORUM ECONOMIC GOVERNANCE: THE ROLE OF PUBLIC SECTOR

pendidikan, beliau menyarankan agar pendidikan untuk membentuk sahsiah diri dimulakan di peringkat pra sekolah. Datuk Dr. anis Yusal berkongsi modul integriti pra sekolah yang telah dibina oleh INTEGRITI yang juga telah dibuat kajianrintis di 11 tadika seluruh negara. Hasilnya sangat positif dan ini dapat menyediakan pemimpin dan penjawat awam masa depan agar akan lahir pemimpin dan penjawat awam yang berintegriti dan dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan penuh tanggungjawab, telus dan beretika.

Datuk Dr. anis Yusal juga mengambil kesempatan pada Forum tersebut untuk memperkenalkan inisiatif terbaharu serta instrumen-instrumen yang telah dibina oleh INTEGRITI dalamusahamembantuMalaysia menjadi sebuah negara integriti tinggi.

Forum yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala lumpur telah dihadiri oleh lebih 250 peserta. Presiden Persatuan ekonomi Malaysia (Mea), Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbub, yang juga mantan Presiden pertama INTEGRITI ketika ditanyahasrat beliau dalam penganjuran Forum ini, menyatakan hasrat Mea adalah untuk mengetengahkan isu integriti dan governans untuk dibincangkan secara terbuka dalam kalangan rakyat agar kepentingannya dapat dihayati dan dapat menimbulkan kesedaran tentang kepentingannya dalam pembangunan negara.

Integriti Newsletter 2/2017.indd 7 6/4/17 5:18 PM

Page 8: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

8

NEWS / BERITA

INTEGRITI DAN PELAKSANA DUDUK SEMEJA BINCANG PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) Oleh Azni Husairi

Pemupukan dan pembudayaan integriti menjadi asas kepada kemakmuran negara. Kerana itu YaBhg. Tun abdullah Hj. ahmad Badawi telah mengambil inisiatif

melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada april 2004; lanjutan daripada Kajian Persepsi awam Terhadap Rasuah Malaysia yang dijalankan pada tahun 2003, ketika beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Baru-baru ini, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telahmengadakan semakan semula PIN agar ia terus signifikan dan releven, sekali gus dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang berintegriti tinggi.

Rentetan daripada itu, INTEGRITI telahmenganjurkan satuperbincangan meja bulat berkaitan PIN pada 28 Februari lalu dengan memberi fokus utama kepada agensi-agensi yang terlibat untuk menentukan integriti terbina dalam kalangan institusi politik dalam negara. Perbincangan ini dihadiri oleh lapan orang wakil daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Biro Tatanegara (BTN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan (BKPP) dan dipengerusikan sendiri oleh Presiden dan

KetuaPegawaiEksekutifINTEGRITI,DatukDr.AnisYusalYusoff.

Datuk Dr. anis Yusal berkata, usaha menyemak semula PIN ini penting agar semua pemegang taruh dan pelaksana dapat mengenal pasti sejauh mana pelan ini telah dilaksanakan.

Menurut wakil agensi-agensi yang hadir, pelbagai usaha telah dilakukan di peringkat agensi masing-masing bagi mendukung agenda PIN. Namun, rata-ratanya mengakui wujud keterbatasan disebabkan pelbagai kekangan seperti tenaga kerja atau kakitangan yang tidak mencukupi, kerjasama yang terhad antara organisasi dan juga kurang kesedaran serta kefahaman tentang nilai-nilai dan konsep integriti.

Justeru, dengan semakan semula PIN ini dapat membantu semua pemegang taruh dan pelaksana agar masing-masing dapat melaksanakan peranan masing-masing selaras dengan hasrat pelan tersebut.

Ujar Datuk Dr. anis Yusal lagi, semakan semula PIN, khususnya berkaitan dengan institusi politik ini turut diharapkan dapat membantu memperbaiki kemerosotan kepercayaan (trust deficit) yang sedang melanda rakyat negara ini pada masa kini.

PembincanganberlangsungdibilikmesyuaratutamaINTEGRITI

Integriti Newsletter 2/2017.indd 8 6/4/17 5:18 PM

Page 9: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

9

sedikit kelainan dalam pendekatan yang digunakan. Ini kerana filem bukan sahaja medium yang rapat dengan masyarakat, tetapi juga mampu memberikan impak yang luar biasa. Selain itu beliau menambah dalam usaha kita memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan mewujudkan integrasi antara kaum maka integriti perlu menjadi syarat utama untuk merealisasikannya. Filem Ola Bola merupakan contoh medium yang sangat berkesan untuk menyuntik semangat masyarakat untuk menjadikan integriti sebagai asas dalam kehidupan malah secara tidak langsung mengukuhkan lagi perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Sesi diskusi itu diserikan lagi dengan perkongsian pengalaman dari YBhg. Dato’ Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Tambah menarik lagi beliau juga merupakan bekas atlet negara yang terlepas peluang beraksi di Olimpik Moscow 1980. antara yang dikongsi beliau adalah semangat para atlet zaman beliau yang cukup hebat. Paling penting ialah tiada langsung istilah perbezaan kaum dan agama pada masa itu. Tambah beliau atlet pada masa itu mempunyai integriti dan jati diri yang sangat tinggi. Beliau juga berharap semangat kesukanan yang ditonjolkan dalam filem Ola Bola akan terus bersemarak dalam hati semua atlet negara masa kini.

Justeru, penganjuran program ini yang dihadiri oleh lebih 150 orang tetamu daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat dilihat sebagai langkah terbaik INTEGRITI untukmenjalinkan kerjasama berpanjangan dengan para aktivis seni tanah air khususnya penggiat filem bagi menyebarluaskan mesej integriti melalui seni, budaya dan warisan.

OLA BOLA: JAMBATAN INTEGRITI DAN PERPADUAN Oleh Fison Hamdi Ahmad

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dengan kerjasamaPerbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINaS) dan astro Shaw telah memberikan sentuhan berbeza apabila membawa

masyarakat melihat integriti dari kaca mata lensa filem Ola Bola yang merupakan filem box office pada tahun 2016.

Bertemakan “Gobok Wayang Integriti: Ola Bola,Jambatan Integriti dan Perpaduan”, Integrity Art Night kali ini mengetengahkan konsep dua dalam satu iaitu mendidik sambil berhibur. Malah filem Ola Bola dipilih untuk tayangan pada malam itu adalah disebabkan kandungan filem tersebut yang sarat dengan mesej integriti dan integrasi masyarakat Malaysia.

Untuk itu, tetamu yang hadir bukan sahaja dihidangkan dengan tayangan filem, tetapi turut berpeluang menyertai sesi diskusi ringkas bersama YBhg. Datuk Dr. anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI dan YBhg.Prof. Dato’ Dr. Teo Kok Seong, Felo Utama, Institut Kajian etnik (KITa) Universiti Kebangsaan Malaysia. Diskusi tersebut mengupas elemen-elemen integriti yang tersirat dalam filem berkenaan malah perkaitan integriti yang merupakan syarat utama bagi memastikan integrasi nasional dapat terlaksana. Di samping itu, sesi tersebut turut membincangkan peranan filem dalam mendidik dan menyebarluaskan mesej integriti kepada masyarakat.

MenurutPresidendanKetuaPegawaiEksekutif INTEGRITI,Datuk Dr. anis Yusal Yusoff, selain mempromosikan integriti secara konvensional, adalah penting bagi INTEGRITI untuksesekali memancing tumpuan masyarakat dengan memberikan

NEWS / BERITA

YBhg. Datuk Dr. anis Yusal Yusoff, Presiden dan Ketua Pegawai EksekutifINTEGRITIketikamenyampaikanucapanbeliau

Sebahagian peserta tetamu yang hadir dalam program Integrity Art Night Ola Bola: Jambatan Integriti dan Perpaduan

Integriti Newsletter 2/2017.indd 9 6/4/17 5:18 PM

Page 10: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

10

dan panel khas. Seterusnya keenam, proses semakan dan kelulusan bersama oleh pihak pengurusan tertinggi organisasi terlibatdanjugaINTEGRITI.DanlangkahakhiradalahpelancaranPIO dan seterusnya proses pemantauan yang berterusan bagi pelaksanaan PIO dalam organisasi.

Setakat ini, sebanyak 18 organisasi telah membangunkan PIO dengan bantuan INTEGRITI dan ada di antaranya telahlengkap dan melancarkan PIO dalam organisasi masing-masing.

PELAN INTEGRITI ORGANISASI (PIO) BANTU MANTAPKAN INTEGRITI DALAM ORGANISASIOleh Norsheeda Din

Pelan Integriti Organisasi (PIO) merupakan pelan tindakan integriti yang digubal bertujuan membantu agensi untuk membangunkan strategi integriti korporatnya sendiri

secara menyeluruh. Secara amnya, pelan ini menggariskan pernyataan masalah, melalui pendekatan dan program yang berkaitan dengan semua aspek dalam memperbaiki jurang seperti pelaksanaan tugas dan penyampaian perkhidmatan.

INTEGRITI melihat daripada beberapa sudut kepentinganmengapa PIO boleh membantu memantapkan etika dalam sesebuah agensi. antara kepentingan PIO perlu diadakan adalah untuk menentukan dasar dan pelan tindakan nilai, etika dan integriti bagi melaksanakan agenda pemantapan integriti di peringkat organisasi. Pelan ini juga memastikan pelaksanaan menyeluruh dan berkesan terhadap penerapan, penghayatan dan pengamalan integriti. Secara tidak langsung pelan ini juga berperanan untuk melaksanakan pemantauan terhadap pelan yang telah dirancang. Organisasi yang menggunakan PIO dapat menilai dan menambah baik pelan tindakan secara berterusan dan ia juga sebagai langkah pencegahan kepada kelemahan integriti.

Proses penyediaan PIO memerlukan tujuh (7) proses atau langkah yang perlu diikuti. Proses pertama adalah fasa pra runding cara. Dalam fasa ini perunding daripada INTEGRITIakan bertemu dengan klien atau organisasi yang berminat untuk menetapkan objektif runding cara berdasarkan matlamat organisasi. langkah kedua, satu mesyuarat kick-off akan diadakan yang melibatkan pengurusan tertinggi kedua-dua agensi bagi menetapkan penyataan komitmen kerjasama dan jadual pelaksanaan.

langkah ketiga ialah proses brainstorming, dalam fasa ini kakitangan yang telah dipilih organisasi mempunyai latar belakang unit yang pelbagai bagi menyertai bengkel membangunkan PIO akan mengenal pasti masalah atau isu integriti dalam organisasi. Seterusnya keempat ialah proses scoping, dalam fasa ini para peserta yang biasanya akan dipecahkan mengikut kumpulan akan mengklasifikasikan masalah berdasarkan keutamaan untuk ditangani melalui objektif strategik dan cadangan aktiviti.

langkah kelima, proses pemurnian, verifikasi dan validasi. Dalam proses ini, penambahbaikan terhadap draf awal PIO melalui bengkel dan pembentangan kepada pihak pengurusan

NEWS / BERITA

Bengkel Brainstorming PIO Majlis Perbandaran Klang

Pembentangan hasil brainstorming Bengkel Pembangunan PIO, Kementerian Sumber asli dan alam Sekitar

Integriti Newsletter 2/2017.indd 10 6/4/17 5:18 PM

Page 11: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

11

KISAH AL-QURAN PAPAR PANDUAN INTEGRITI TERBAIK Oleh Tan Sri Dr Abdullah Muhammad Zin Disiarkan di Berita Harian, 5 Februari 2017

MeNelITI sorotan media satu persatu isu berlaku dalam

negara. Penangkapan individu tertentu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggalah isu penajaan kelab bola sepak, tidak boleh dipandang remeh kerana babit isu integriti. Kemunculan tamadun Islam sangat dibanggakan bermula

zaman Rasulullah SaW, sahabat dan khalifah kerana ketinggian akhlak dan budi pekerti pemimpin dan rakyat.

Jatuhnya empayar Uthmaniyyah akibat kejatuhan akhlak dan nilai moral. al-Quran papar pelbagai kisah kebangkitan dan keruntuhan tamadun, pemerintahan, kerajaan dan ummah. Hampir 1,500 ayat atau satu perempat kandungan al-Quran mengandungi sejarah sebagai peringatan, antaranya:

• Seoranglelakimenolakpelawaanseorangperempuanjelitauntuk berkhalwat semata-mata takutkan allah. Itulah yang terjadi kepada Nabi Yusuf aS yang digoda isteri pembesar Mesir. Dikisahkan dalam Surah Yusuf ayat 23-24.

• Zulqarnainmenolaktawaranhartasatukaumuntukbinadinding pemisah menutup sudut di antara dua gunung supaya dapat mentutup jalan keluar terakhir bagi Ya’juj dan Ma’juj, kerana sudah mencukupi harta dianugerahkan allah SWT. (Surah al-Kahfi ayat 95).

• PenilaianputeriNabiSyuaibterhadapNabiMusaASyangdapat dipercayai kerana keterjagaan pandangan Nabi Musa aS terhadap mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. (Surah al-Qasas ayat 26).

• Jinmeskipundikonotasisebagaimakhlukderhaka,tetapial-Quran merakamkan sebahagian jin beriman kepada allah SWT, bahkan ‘Ifrit antara golongan jin hidup pada masa Nabi Sulaiman aS mencadangkan kepada Baginda membantumemindahkansinggahsanaRatuBalqis.‘Ifritberjanji memindahkan dalam masa singkat serta menjamin

dia dapat dipercayai melaksanakan tugas itu termasuk menjaga permata dan berlian yang kemungkinan ada pada singgahsana, tetapi Baginda menggunakan kepakaran seorang hamba soleh. (Surah al-Naml ayat 39-40).

Kisah tentera Talut

Tentera Talut ketika melalui padang yang panas terik dan tidak berair. Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh kerana kehausan. Mereka merayu Talut berdoa kepada allah SWT. Talut beri amaran supaya tidak minum air sungai yang akan dilalui kecuali secedok sahaja. Diriwayatkan dalam kalangan 70,000 tentera, hanya sekitar 300 askar mematuhi perintah Talut.

Tentera yang minum hanya secedok, hilanglah haus mereka, binatang tunggangan mereka juga cergas dan dapat menyeberangi sungai meneruskan perjuangan, sementara yang banyak minum lemah, pucat dan kecut hati sehingga tidak berani berperang.(Surahal-Baqarahayat249-251).

al-Quran turut merakam watak pemimpin korup tidak berintegriti - Firaun, Haman dan Qarun. Firaun adalah pemerintah diktator, mempunyai kuasa mutlak menghukum musuh, mendakwa dirinya tuhan serta meyakini tiada kuasa lain boleh gugat pemerintahan. Haman pula sentiasa berlegar dekat Firaun menjalankan tugas ampu-mengampu memperkukuh kekuasaan Firaun.

Qarun tokoh korporat yang dapat manfaat daripada pemerintah, membantu pemerintah, sekali gus mengaut habuan lumayan tanpa pedulikan kesengsaraan orang lain. Begitu juga disebut beberapa kaum rosak integriti kemanusiaannya, lalu dihapuskan allah SWT seperti kaum Thamud (umat Nabi Saleh), kaum aad (umat Nabi Hud) dan umat Nabi lut. Ia berkait rapat pencemaran integriti paling tinggi, iaitu mensyirikkan allah SWT selain sifat keji lain.

Model terunggul kepemimpinan

Sunnah merakam Rasulullah SaW model terunggul kepemimpinan, memenuhi fitrah manusia melalui sifat amanah, siddiq, tabligh dan fatanah. Pemimpin Arab Quraish memberigelaran ‘al-amin’ kepada Baginda kerana ketinggian sifat integriti

FEATURES / RENcANA

Integriti Newsletter 2/2017.indd 11 6/4/17 5:18 PM

Page 12: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

12

FEATURES / RENcANA

TIME TO TACKLE THE BLOATBy Datuk Dr John Antony Xavier – Published in News Straits Times in February 13, 2017

The clarion call has sounded. The second finance minister recently said our public service is greatly bloated. Recently too, the prime minister exhorted public servants to improve

their productivity for better public services.

Just as an obese person suffers ill-health, so too a bloated public service. Not only does it become inefficient, but it also sucks up huge amounts of resources that can be better utilised for funding capital projects that enhance the nation’s capacity to generate wealth.

The government can consider reducing the public-service bloat:

FIRST, there should be a fundamental shift in the employment paradigm in the public service. It cannot be considered as an employer by default or an employment machine.

Given the democratisation of higher education, graduateunemployment has become critical. Rather than leave idle mindstosocially-detrimentaldevices,theequitablethingforthegovernment to do is to offer them jobs.

dan akauntabiliti memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat.

Gelaran ini membangkitkan rasa kasih berterusan ramaiorang Quraisy kepada Rasulullah SaW. Tetapi, cabaran dihadapi Baginda cukup hebat. abu Jahal, pemimpin kanan Quraisy, menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan supaya Rasulullah SaW tidak meneruskan perjuangan Islam. Namun, Rasulullah SaW menolak tawaran itu.

Seterusnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA meletakkanasas integriti kukuh pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin, dengan berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya aku dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu; jika aku berbuat baik, bantulah aku, jika aku berbuat salah, betulkanlah aku. Jujur itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Taatlah aku selagi aku taat kepada allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhaka terhadap allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku.”

Ini diteruskan Saidina Umar al-Khattab Ra. Diriwayatkan isterinya Ummu Kalsum membeli pewangi berharga satu dirham dan dihadiahkan kepada Maharani Byzantin. Sebagai balasan, maharani memberi batu permata diisi dalam bekas pewangi dihadiah isteri Umar. apabila Umar tahu, beliau jual batu permata

itu dan hasil jualan dimasukkan ke dalam baitulmal negara. Hanya satu dirham diberi kepada isterinya. Perkataan hampir sama diucapkan Khalifah Umar abdul aziz ketika diangkat menjadi khalifah. Umum membayangkan, tatkala diangkat ke jawatan tinggi memiliki kuasa, tentu berhati riang dan berpesta ria, sebaliknya diriwayatkan Umar memasukkan kepala ke celah dua lututnya, menangis teresak-esak kerana takut ujian Ilahi, meliputi kuasa dan tanggungjawab. Pada hari kedua pemerintahan, beliau berkhutbah:

“aku bukan orang yang paling baik dalam kalangan kamu, sedangkan aku orang yang paling berat tanggungjawabnya dalam kalangan kamu.”

Sepanjang pemerintahan, Khalifah Umar abdul aziz menolak segala kemewahan, malah menjual kenderaan dan peralatan diperuntukkan kepada beliau, lalu menyerahkan hasil jualan kepada baitulmal negara. Inilah sikap diperlihatkan dalam menghayati sifat amanah dan akauntabiliti.

Tadabbur al-Quran, selami sunnah Rasulullah SaW dan fahami sejarah sebagai ibrah kepada kebangkitan dan keruntuhan tamadun, pemerintahan, kerajaan serta ummah sebagai rujukan dan panduan. lazimi amar makruf, nahi mungkar, tetapkan iman demi membina masyarakat berintegriti.

TAN SRI DR. ABDULLAH MUHAMMAD ZIN adalah Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri

Integriti Newsletter 2/2017.indd 12 6/4/17 5:18 PM

Page 13: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

13

While acknowledging the government’s noble aim, with pensions at an all-time high of RM23 billion, and estimated to grow to RM100 billion by 2050, and emoluments constituting 36 per cent of the operating budget or RM77 billion, the approach is unsustainable.

The public service should become an employer of choice to attract the best talent available. To do so, compensation must resemble corresponding levels in the private sector. Cuttingdown on employment numbers will free some of the wage bill to pay for the increased compensation.

The new talent coming in should be able to assume functions previously executed by those retrenched. The second finance minister suggests that public servants will have to multi-task in an environment of establishment contraction.

In some ways, the public service has become a fortress — those inside wanting to get out and those outside wanting to get in. a voluntary separation scheme for those who do not fit in the public service, but feel trapped with benefits such as pensions and healthcare, should make their choice of opting out of public service easier.

SECOND, public service should be right-sized — having adequate staff strength, especially in departments deliveringpublic services direct to citizens. Reducing the number of ministries is not an option if it merely rearranges existing departments in a rescaled bureaucracy. Rather, it is down-sizing staff in policy-related departments — central agencies in particular — and beefing up the numbers in service-delivery ministries such as education, health and rural development.

Right-sizing should also see to the reduction in duplication of functions across ministries. For example, there is a plethora of agencies involved in poverty eradication. Now that we have nearly wiped out that scourge, we need to re-examine their relevance, and, if need be, amalgamate them.

a merger across the bureaucracy of institutions that have similar functions will not only secure synergies in operation but also savings in operating and capital expenditures and jobs. We can take a leaf from the gradual dismantling of the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu). By next year, the mainstream public service will assume Pemandu’s functions and cut another institution from the bureaucracy.

THIRD, there should be a freeze in public employment for the next 10 years to put a brake on the accelerating numbers. This would essentially mean that the 25,000 retirees are not replaced,

except in service-critical jobs in sectors such as education and health. Over this 10-year moratorium, the government would haveshavedaquarter-millionjobs.

The decade-long embargo will surely put pay to the government’s contribution to employment creation. But, that is the price we must pay if we are serious about containing public-sector growth. How best to respond to the burgeoning needs of a population that is not only growing, but also ageing?

Greateruseoftechnologyshouldofferfurthercutsinpublicservice staffing. The digital era has enabled the government to offer 82 per cent of public services online. Yet, we still maintain an over-the-counter system for service delivery.

This is a charitable move to cater for those who are not Internet savvy. Given the imperative to contain the bloat, thegovernment must find ways to encourage the public to go online for services.

FOURTH, agencies will have to sieve through their chain of activities to determine which are not creating value over and above their cost.

They should either eliminate, automate or outsource these activities. advocated by the Malaysian administrative Modernisation and Management Planning Unit (Mampu) in 2005, it was this procedure that resulted in departments such as Immigration streamlining their operations and thereby, providing faster and better services.

We can now get our passport, MyKad and business registration done in an hour or so, road tax permit and driving licence in minutes and property registration and transfer well within a day. all because the related agencies were diligent enough to hive off unproductive activities and manpower from their value chain.

Barack Obama, in his inaugural address upon assuming the United States presidency on Jan 20, 2009, posed this issue: “Thequestionweask today isnotwhetherourgovernment istoo big or too small, but whether it works.”

The Malaysian public service surely works. How else can one explain the manifold improvement in public services? But surely, echoinganotherformerUSpresidentBillClinton,wecanmakegovernment work better, yet cost less!

DatukDrJohnAntonyXavierisheadoftheStrategicCentreforPublicPolicyattheGraduateSchoolofBusiness,UniversitiKebangsaan Malaysia.

FEATURES / RENcANA

Integriti Newsletter 2/2017.indd 13 6/4/17 5:18 PM

Page 14: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

14

NEW BOOKS IN OUR LIBRARY / BUKU BAHARU DI PUSAT ILMU INTEGRITI

MORAL IMAGINATION: ESSAYS

HONEST GOVERNMENT: AN ETHICS GUIDE FOR PUBLIC SERVICE

Publisher: Princeton University Press

Published: 2014

Writer: David Bromwich

Publisher: Praeger Publishers

Published: 1992

Writer: W. J. Michael Cody and Richardson R. Lynn

David Bromwich explores the importance of imagination and sympathy to suggest how these faculties may illuminate the motives

of human action and the reality of justice. These wide-ranging essays address thinkers and topics fromGandhiandMartinLutherKingonnonviolentresistance, to the dangers of identity politics, to the psychology of the heroes of classic american literature.

Bromwich demonstrates that moral imagination allows us to judge the right and wrong of actions apart from any benefit to ourselves, and he argues that this ability is an innate individual strength, rather than a socially conditioned habit. Political topics addressed here include edmund Burke and Richard Price’s efforts to define patriotism in the first year of the French Revolution, abraham lincoln’s principled work of persuasion against slavery in the 1850s, the erosion of privacy in america under the influence of social media, and the use of euphemism to shade and anesthetize reactions to the global war on terror. Throughout, Bromwich considers the relationship between language and power, and the insights language may offer into the corruptions of power.

Moral Imagination captures the singular voice of one of the most forceful thinkers working in america today.

americans deserve honest government. This text addresses the need for a comprehensive statement of ethical behaviour for public officials and employees at every

level of government. Recognizing the need for legal reforms that focus mainly on campaign contributions, the authors examine the broader question of howwe shouldmeasure the routine,day-to-day ethics of men and women in public service. By focussing more on attitudes and practices, the authors suggest that the highest standard of both ethics and competence should be demanded of all our public servants. The book identifies situations in which officials ought to act cautiously and presents the ethical rules that should be applied to each situation.

The text presents a philosophy of public service and then moves to particular situations to which this philosophy must be applied: campaign finance; the campaign itself; behavior of elected officials, appointed officials, and public employees; the role of lobbyists; compensation for public servants; moving to and from the public and private sectors; ethical guidelines for lawyers and judges; the private lives of public servants; and enforcement of ethics. The final chapter discusses the sometimes competing forces of ethics and competency. ethical guidelines are gathered in the appendix and serve as a useful starting point for ethics in any public service setting. The combination of persuasive and thought-provoking proposals for governmental ethics reform along with practical guidelines on how to maintain the highest possible standards of ethical conduct makes this an important text for students in ethics and government courses, as well as an imperative reading for public officials, whether elected, appointed, or career.

Integriti Newsletter 2/2017.indd 14 6/4/17 5:18 PM

Page 15: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

15

GALLERY / GALERI

Datuk Dr. anis Yusal Yusoff, Presiden dan CEOINTEGRITImenerimakunjunganhormat daripada YBhg. Dato’ Richard AzlanAbas,CEOTheMalaysianDirectorsacademy (MINDa)

PertemuanINTEGRITIdengan YBhg. Dato’ Zaiton Othman, Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 07 Februari 2017

Temubual di rancangan Selamat Pagi Malaysia dengan tajuk integriti anak danGajetpada07Februari2017

Integriti Newsletter 2/2017.indd 15 6/4/17 5:18 PM

Page 16: TIMBALAN PERDANA MENTERI LANCAR PELAN …integriti.my/wp-content/uploads/2017/06/CAS-Feb-2017.pdf · LANCAR PELAN INTEGRITI ... • Perkhidmatan awam (institusi kebudayaan, pendidikan,

www.integrit i .my

Integrit i .my @Integrit idotmy Integrit i .my

Integriti Newsletter 2/2017.indd 16 6/4/17 5:18 PM