teks ucapan aluan ybhg. dato’ abdul fattahangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/... ·...
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS MENANDATANGANI
MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
(MOU) DI ANTARA ANGKASA
2
DENGAN TS ASIA VENTURES SDN
BHD DAN MYANGKASA BINA SDN
BHD DENGAN TS ASIA VENTURES
SDN BHD
30 OKTOBER 2018 (SELASA)
11.00 PAGI
3
DEWAN DATO’ MOHD ALI
BAHARUM, ANGKASA
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Terima Kasih Pengacara Majlis
4
[SALUTASI TERKINI DI LETAKKAN ATAS
ROSTRUM]
__________________________________
1. Pertamanya, marilah kita
panjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana majlis MoU antara
ANGKASA, TS Asia Ventures Sdn.
5
Bhd. dan MyANGKASA Bina Sdn.
Bhd dapat dilangsungkan pada
pagi ini.
2. Keduanya, kita bertuah buat
julung kalinya YB Puan Zuraida
Kamaruddin, Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan dapat
6
bersama-sama kita menyaksikan
acara ini.
SELAMAT DATANG KE ANGKASA
DAN TERIMA KASIH YB PUAN
SATU TEPUKAN GEMURUH UNTUK YB
PUAN ZURAIDA KAMARUDDIN,
7
MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN.
3. Kerjasama ini sangat baik
untuk memberi peluang kepada
anggota-anggota koperasi,
kakitangan kerajaan memiliki
100,000 unit rumah mampu milik
8
dengan mudah tanpa deposit,
kadar faedah yang rendah melalui
pembiayaan syariah dan untuk
tempoh masa yang panjang. Satu
kelebihan lagi, pembelian adalah
tanpa pinjaman dari bank.
9
4. Saya mengharapkan taman
perumahan yang dibina dalam
kerjasama ini, dilengkapi dengan
Tadika / Taman asuhan kanak-
kanak, kedai runcit dan surau
/masjid yang dikendalikan oleh
koperasi.
10
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
5. Untuk makluman, sehingga
Jun 2018, bilangan koperasi di
Malaysia melebihi 14,000 dengan
keahlian melebihi 7 juta orang,
syer/yuran melebihi 14 bilion, aset
melebihi RM140 bilion dan
11
perolehan melebih RM22 bilion.
Menjelang 2020, kita mensasarkan
koperasi menyumbang RM50 bilion
kepada KDNK dengan sektor
hartanah koperasi menyumbang
sebanyak RM 5 bilion. Setakat ini
pencapaian sektor ini sebanyak
RM2.17 bilion.
12
6. Statistik koperasi yang aktif
dalam hartanah – PERUMAHAN
berjumlah 250 buah koperasi yang
menyumbang perolehan melebihi
RM198 juta dan PEMBINAAN 301
buah dengan perolehan melebihi
RM110 juta.
13
7. Tumpuan aktiviti koperasi
dalam sektor hartanah kepada
bidang-bidang seperti pemilikan
bangunan komersial, pelaburan
hartanah, pemilikan dan pajakan
tanah, pelaburan amanah harta
tanah (REIT) dan pembekalan
bahan binaan.
14
8. Namun, seperti yang kita
sedia maklum latar belakang
gerakan koperasi dari segi saiz, 98 %
atau 13,170 buah koperasi bersaiz
mikro, kecil dan sederhana yang
berpendapatan antara RM200,000
hingga RM5 juta yang tidak
berupaya memenuhi kehendak
15
Akta Pemajuan Perumahan
(kawalan dan perlesenan) 1966
yang menghendaki koperasi
menyediakan / membayar 3 %
deposit lesen pemajuan
perumahan dan iklan jualan
daripada GDC (Gross Development
Cost / kos pembinaan kasar).
16
9. Ini bermakna sekiranya kos
projek perumahan bernilai RM500
juta, RM15 juta perlu dibayar untuk
deposit lesen pemajuan
perumahan dan iklan jualan.
10. Ini memberi implikasi yang
besar untuk koperasi menceburi
17
industri hartanah dan binaan dalam
menyediakan modal untuk
perumahan mampu milik dalam
lingkungan harga RM300,00 ke
bawah. Ini kerana, koperasi
terpaksa mengeluarkan modal
untuk kos projek perumahan dan
dalam masa yang sama terpaksa
18
menyediakan peruntukan 3 % untuk
lesen tersebut.
11. Berdasarkan situasi ini,
perlu ada satu mekanisme dan
penyelesaian bersepadu daripada
pihak Kerajaan dalam
merancakkan penglibatan sektor
19
koperasi dalam industri hartanah
dengan memastikan koperasi
DIKECUALIKAN DARIPADA
MEMBAYAR 3 % DEPOSIT LESEN
PEMAJUAN PERUMAHAN DAN IKLAN
JUALAN.
20
12. Ini bagi memastikan
koperasi dapat menyediakan
perumahan mampu milik untuk
anggota-anggota dan membantu
negara menyediakan perumahan
pada kos mampu milik kepada
rakyat. Kita mahu mencapai
21
wawasan untuk memastikan “1
rumah untuk 1 anggota koperasi.”
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
13. Untuk maklumam YB dan
hadirin, sebelum 1991 koperasi tidak
terikat dengan Akta Perumahan
22
disebabkan Akta Koperasi sudah
mengikat / mengawal koperasi.
Pada ketika itu, banyak koperasi
terlibat dalam projek perumahan.
Disebabkan ada permasalahan
dalam projek perumahan seperti
perumahan terbengkalai dan
sebagainya, maka diwujudkan garis
23
panduan baru. Bermula dari 1991
hingga 2015 koperasi perlu
membayar RM250,000 untuk setiap
projek. Bermula 2015 pindaan akta
dibuat lagi yang memperuntukan
supaya pemaju termasuk koperasi
membayar 3 % daripada kos
24
pembinaan. Ini menyekat koperasi
daripada terlibat dalam industri ini.
14. Mohon perhatian KPKT,
sekiranya terdapat tanah-tanah
terbiar dan pusat pelupusan
sampah yang ditutup, ditawarkan
kepada pihak koperasi untuk
25
dimajukan sebagai taman
perumahan dan sebagainya
mengikut kesesuaian.
15. Begitu juga, sekiranya
rumah yang diperuntukan kepada
Bumiputera dalam projek
perumahan yang tidak habis dijual,
26
mohon dimaklum dan ditawarkan
kepada koperasi dibeli dan dijual
atau disewa kepada anggota-
anggota koperasi. Ini dapat
mengekal lot pemilikan Bumiputera
daripada dibeli pihak lain.
27
16. Dengan kewibawaan dan
kuasa yang ada, kita amat
berharap YB dan KPKT mengambil
berat permasalahan yang dihadapi
ini untuk sektor koperasi yang
hampir 100 % Bumiputera dapat
terlibat aktif dalam industri hartanah
dan binaan negara, bukan untuk
28
keuntungan besar tetapi untuk
membolehkan koperasi mampu
menyediakan rumah mampu milik
untuk anggota-anggotanya.
Dalam masa yang sama koperasi
menjadi penyokong kerajaan
dalam menyediakan perumahan
29
mampu milik kepada rakyat
Malaysia.
17. Akhir kata, sekali lagi saya
bagi pihak ANGKASA dan gerakan
koperasi mengucapkan terima
kasih kepada YB dan pihak KPKT
yang hadir pada hari ini. Saya
30
berharap hubungan ini akan
berterusan yang menjadi jambatan
ke arah pemerkasaan penglibatan
koperasi dalam industri hartanah
negara.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah