teks ucapan ybhg tan sri sidek hassan ketua
TRANSCRIPT
TEKS UCAPAN YBHG TAN SRI SIDEK HASSAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA
MAJLIS ANUGERAH FELO INTAN DAN PENYAMPAIAN
DIPLOMA INTAN 2011
30 NOVEMBER 2011 (RABU) 8.30 PAGI
PICC, PUTRAJAYA
1
Bismillahir rahmanir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1 Malaysia.
YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah bt. Hj.
Mohd. Ali, Felo INTAN
Y.Bhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji
Abdullah, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam Malaysia
Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin
Haji Awang, Pengerusi Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran
YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Arshad bin
Ayub, Felo INTAN
2
Y. Bhg. Dato’ Dr. Ismail Alias
Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi)
Y. Brs. Dr. Aminuddin Hassim
Pengarah INTAN
Y.Bhg. dan Y.B. Tan Sri-Tan Sri,
Puan Sri-Puan Sri, Dato’ Sri-Dato’
Sri, Datin Sri-Datin Sri, Dato’-Dato’,
Datin-Datin
Dif - Dif kehormat
Para graduan serta ahli keluarga
Tuan-tuan dan puan-puan yang
dihormati sekalian.
3
Alhamdulillah, segala puji bagi
Allah S.W.T. serta selawat dan salam
ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W., kerana dengan
limpah rahmat Nya telah
mengizinkan kita untuk hadir dan
bertemu pada hari yang penuh
berbahagia ini, iaitu di Majlis
Anugerah Felo INTAN dan
Penyampaian Diploma INTAN 2011.
2. Saya ingin mengambil
kesempatan ini, merakamkan
ucapan syabas dan setinggi-tinggi
tahniah kepada Y. Bhg. Tan Sri Dr.
Zulkurnain Haji Awang, di atas
4
pemilihan beliau sebagai penerima
Anugerah Felo INTAN bagi tahun
2011. Anugerah Felo INTAN yang
bakal disampaikan kepada beliau
merupakan penghargaan ke atas
segala sumbangan dan bakti,
komitmen serta pengorbanan yang
telah beliau curahkan kepada
perkhidmatan awam dan negara.
3. Syabas dan tahniah juga
diucapkan kepada para graduan
kerana telah menamatkan dengan
jayanya kursus Diploma
Pengurusan Awam (DPA) dan
Diploma Sains Pengurusan (DSP).
5
Saya percaya majlis
penganugerahan ini merupakan
detik yang sungguh bermakna dan
menjadi mercu tanda dalam melakar
sejarah kehidupan para graduan
sekalian. Saya berharap dan berdoa
agar segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang telah diperoleh
sepanjang kursus ini akan dapat
dimanfaatkan sepenuhnya untuk
memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada masyarakat dan
negara.
6
Hadirin yang dihormati sekalian,
MODAL INSAN BERPRESTASI TINGGI 4. Kejayaan agenda transformasi
negara memerlukan pembentukan
budaya baharu yang
memisahkannya dari paradigma
masa lalu. Penekanan kepada
permerkasaan intelektual dan
profesionalisme serta pengurusan
bakat dan keterampilan merupakan
antara resipi penting kejayaan
transformasi. Jika Program
Transformasi Kerajaan (GTP),
Program Transformasi Ekonomi
7
(ETP), Rancangan Malaysia
Kesepuluh (RMK10) dan Model Baru
Ekonomi (MBE) dilihat sebagai enjin
transformasi, maka tenaga yang
akan meluncurkan enjin tersebut
adalah modal insan berprestasi
tinggi yang mempunyai iltizam untuk
melakukan perubahan dalam cara
kita berfikir dan cara kita bertindak.
KEPIMPINAN YANG MELAKARKAN SEJARAH
5. Keberanian untuk meneroka
perkara-perkara baharu dan
mencabar merupakan pra-syarat
penting untuk menjayakan sesuatu
8
misi. Walaupun sukar, ia bukan
sesuatu yang mustahil untuk
dilaksanakan. Yang penting adalah
untuk meleburkan rasa scepticism
atau keraguan serta ketidakyakinan
diri.
6. Jika saudara-saudari pernah
menonton filem Pirates of the
Carribean, sudah tentu saudara-
saudari pernah melihat adegan
yang menunjukkan peta yang
tertulis di atasnya “Here There Be
Dragons”. Penjelajah laut zaman
dahulu akan melukis gambar seekor
naga di atas sesuatu peta sebagai
9
simbol menandakan tempat itu
belum pernah diterokai, penuh
misteri dan berisiko tinggi untuk
dilalui atau disinggahi. Oleh kerana
itu, penjelajah laut akan mengambil
laluan yang lebih selamat walaupun
jauh untuk sampai ke destinasi
yang dituju.
7. Namun, terdapat juga
penjelajah laut yang mengambil
cabaran mengharungi lautan ganas
serta menempuhi tempat-tempat
yang ditandakan dengan simbol
naga untuk sampai ke destinasi
yang dituju. Mereka sanggup
10
menghadapi naga, didorong oleh
azam yang kuat, semangat yang
berkobar-kobar dan rasa
kebanggaan yang meluap. Bagi
berbuat demikian, pastinya mereka
memerlukan alat pelayaran yang
sesuai, kapal yang dilengkapi
dengan baik serta kumpulan pelayar
yang terlatih dan setia.
8. Hanya mereka yang mempunyai
keberanian luar biasa yang boleh
melakar peta baharu dunia. Marco
Polo telah merakam pelayarannya
ke China pada tahun 1271,
Bartholomew Diaz telah menemui
11
Cape of Good Hope pada tahun
1488 dan Christopher Columbus
telah menemui benua baharu
Amerika pada tahun 1492. Nama
Ibn Battuta pula tercatat dalam
sejarah sebagai antara pelayar
agung di zamannya. Hasilnya, jika
kita melihat peta pelayaran moden
hari ini, tiada lagi simbol naga yang
digunakan.
9. Dalam perspektif perkhidmatan
awam, metafora naga ini boleh
disinonimkan dengan keengganan
penjawat awam untuk mencabar
status quo, membuat perubahan
12
minda, melakukan anjakan
paradigma, berfikir di luar kotak
serta berkongsi sumber dan
kepakaran. Sektor awam masih
dibelenggu dengan naga-naga
ciptaan kita sendiri seperti budaya
silo dan keterpisahan serta
ketaksuban menjaga sempadan
masing-masing.
10. Namun begitu, kejayaan
saudara-saudari para graduan
sekalian memperoleh DPA dan DSP
pada hari ini merupakan testimoni
kesungguhan serta komitmen dalam
menghadapi dan menewaskan
13
“naga” dalam diri, seterusnya
menjadi generasi pelapis untuk
meneruskan kesinambungan misi
negara memartabatkan
perkhidmatan awam di persada
antarabangsa. Tetapi janganlah
pula setelah berjaya menewaskan
naga dalam diri kita membina
“naga” di jabatan masing-masing.
PROFIL PENJAWAT AWAM MASA KINI 11. Peranan kepimpinan dalam
menggerak dan menjayakan suatu
gagasan baharu amat penting.
Dalam hubungan ini, kita perlu
14
memahami trend dan
perkembangan pengurusan sumber
manusia yang mempunyai perkaitan
yang amat rapat dengan kepimpinan
masa akan datang. Saya ingin
berkongsi dengan para hadirin
mengenai profil penjawatan dalam
konteks perkhidmatan awam hari ini
di mana 16 peratus daripada
penjawat awam adalah tergolong
dalam peringkat umur 51 dan ke
atas, 25 peratus berada dalam
lingkungan usia 41 hingga 50 tahun
manakala baki 59 peratus adalah
terdiri daripada mereka yang
berumur 21 hingga 40 tahun.
15
12. Jelas di sini bahawa cabaran
yang mendepani kepimpinan sektor
awam pada masa ini ialah untuk
memimpin warga sektor awam yang
bersifat inter-generational bagi
membentuk satu sinergi yang
mantap ke arah merealisasikan
agenda perubahan. Pemimpin perlu
memahami pemikiran, karakter dan
citarasa golongan muda dan
menyesuaikannya dengan gaya
kepimpinan yang lebih berbentuk
fasilitatif. Sebagai pegawai-pegawai
muda, saudara-saudari perlu
mengambil peluang mempamerkan
ciri-ciri kepimpinan sebaik sahaja
menyertai perkhidmatan awam
16
tanpa perlu menunggu sehingga
menjawat jawatan yang lebih kanan
untuk berbuat demikian.
13. Kajian yang dijalankan oleh
Kouzes dan Posner seperti yang
dinyatakan di dalam buku “The
Truth About Leadership” pada
tahun 2010, menunjukkan usia
bukanlah faktor penentu utama
keberkesanan kepimpinan
seseorang. Kajian yang dijalankan
lebih 30 tahun yang melibatkan
lebih sejuta responden itu
merumuskan bahawa, when it
comes to generating positive work
attitude, it doesn’t matter whether
17
you are a traditionalist, a boomer, a
Gen-Xer or a Millennial, good
leadership is good leadership
regardless of age. It became very
apparent once again that the
context of leading may change a lot,
but the content of leading changes
very little.
KEPIMPINAN MUDA 14. Jika kita meneliti sejarah
kegemilangan tamadun Islam, kita
akan bertemu dengan kisah
penaklukan Kota Constantinople
oleh Kerajaan Bani Uthmaniyah
pada tahun 1453. Kota
18
Constantinople merupakan sebuah
pelabuhan strategik yang menjadi
penghubung antara benua Eropah
dan Asia. Justeru, kota ini telah
lama menjadi rebutan kuasa-kuasa
besar ketika itu.
15. Dengan tembok kota berlapis
empat setinggi 25 kaki dan berparit
di hadapannya, kota ini sungguh
kebal. Selain tembok besar,
rintangan utama kepada penaklukan
kota ini ialah rantai besi yang
merentangi Selat Bosphorus.
Strategi pertahanan yang digunakan
oleh Kerajaan Byzantine ini telah
berjaya menghalang tentera-tentera
19
Islam dari menakluki kota ini selama
lebih 800 tahun.
16. Kekebalan Kota Constantinople
ini akhirnya telah berjaya
ditumbangkan oleh Sultan
Muhammad Al-Fateh pada 29 Mei
1453. Sejarah telah menyaksikan
bagaimana Sultan Muhammad Al-
Fateh telah menggunakan strategi
dan taktik peperangan yang luar
biasa dengan mengangkut kapal-
kapal perangnya melalui jalan darat
dan melabuhkannya di Selat
Bosphorus tanpa melalui halangan-
halangan yang dibuat oleh Kerajaan
Byzantine. Taktik ini telah diakui
20
oleh pihak Barat sebagai strategi
yang hebat, bijak serta unik dalam
sejarah peperangan. Sultan
Muhammad Al-Fateh mempamerkan
kepimpinan yang sungguh luar
biasa sehingga berjaya menakluki
Kota Constantinople. Baginda
hanya berusia 21 tahun pada ketika
itu.
Hadirin yang dihormati sekalian, PASSIONATE TO MAKE THINGS HAPPEN
17. Perkhidmatan awam
memerlukan penjawat awam yang
menjiwai tugas, tidak mudah
21
menyerah kalah dan akan terus
bergerak dalam sebarang situasi
walaupun menghadapi kesukaran.
Untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih cekap
dan berkesan, bukan sekadar
bergantung kepada kelayakan
ilmiah sahaja, malah saudara-
saudari perlu menjiwai tugas
dengan perasaan yang gembira dan
seronok dalam melaksanakannya.
18. Keseronokan menjalankan
tugas merupakan satu motivasi
dalaman yang akan membuatkan
kita lebih bertenaga dan
22
bersemangat untuk melunaskan
tanggungjawab yang diamanahkan.
Jika disingkap sejarah penuh
gemilang ratu skuasy negara, Dato’
Nicol Ann David, kejayaan yang
dicapai oleh beliau pada masa ini
adalah kerana keghairahan, minat
serta perasaan dan jiwa yang begitu
mendalam terhadap sukan skuasy.
Menduduki tangga pertama dunia
dalam ranking skuasy wanita serta
meraih Pemain Terbaik Women’s
International Squash Players
Associations enam kali berturut-
turut dari tahun 2005 hingga 2010,
merupakan satu kejayaan luar biasa
23
yang memerlukan kesungguhan
serta semangat juang yang kental
dan jitu. Dato’ Nicol Ann David
merupakan contoh inidividu yang
berjaya membuktikan bahawa apa
jua boleh dicapai dengan kecekalan
serta semangat yang berkobar-
kobar untuk menjadikannya satu
kenyataan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
19. Dalam mengemudi arus
perubahan yang semakin kompleks
ini, penjawat awam harus
mengeksploitasi sepenuhnya
keseluruhan kapasiti yang ada dan
24
inisiatif yang telah diwujudkan
dalam menterjemahkan aspirasi
rakyat dan negara. Sektor awam
perlu sentiasa dinamik dalam
mencari usaha untuk keluar dari
belenggu pemikiran yang jumud
dan cara bekerja yang lapuk yang
hanya akan merencatkan inisiatif
transformasi. Bagi melonjakkan
Malaysia ke kelompok negara yang
lebih kompetitif, ekonomi
berteraskan pengetahuan dan
inovasi perlu dioptimumkan.
20. Cabaran mentransformasikan
sistem penyampaian perkhidmatan
25
kerajaan juga sangat bergantung
kepada pewujudan kumpulan
penjawat awam yang profesional
serta memiliki bakat dan kepakaran
yang luar biasa. Seiring dengan
penekanan kepada inovasi dan
kreativiti, sektor awam perlu
mewujudkan persekitaran yang
kondusif untuk menyemarakkan
pencetusan idea dan gagasan baru.
21. Tokoh-tokoh seperti Marco Polo,
Bartholomew Diaz, Christopher
Columbus, Ibn Battuta dan Sultan
Muhammad Al-Fateh akan terus
dikenali sebagai individu yang telah
melakar sejarah dunia. Malaysia
26
turut berbangga memiliki personaliti
seperti Dato’ Nicol Ann David yang
turut meletakkan nama Malaysia di
persada sukan antarabangsa. Saya
berharap agar perkhidmatan awam
akan melahirkan lebih ramai tokoh-
tokoh seperti ini dalam usaha
meletakkan perkhidmatan awam
Malaysia di singgahsana persada
dunia.
22. Dalam majlis pada hari ini, kita
juga merasa amat berbangga
kerana dapat memberi
penghormatan kepada seorang
tokoh perkhidmatan awam yang
27
terkenal dan dihormati. Tokoh Felo
INTAN pada tahun ini, YBhg. Tan Sri
Dr. Zulkurnain Haji Awang,
sememangnya telah banyak
memberi sumbangan dan bakti
kepada negara. Kepimpinan dan
perkhidmatan beliau telah
memartabatkan perkhidmatan awam
ke satu tahap yang membanggakan.
23. Sekali lagi, saya bagi pihak
seluruh anggota perkhidmatan
awam merakamkan ucapan tahniah
dan terima kasih kepada YBhg. Tan
Sri Dr. Zulkurnain Haji Awang
kerana sudi menerima Anugerah
28
Felo INTAN bagi tahun 2011.
Semoga YBhg. Tan Sri dan keluarga
sentiasa dilimpahi rahmat
kesejahteraan dan kebijaksanaan
yang berterusan dari Allah S.W.T.
24. Akhir kata, saya berharap dan
percaya saudara-saudari para
graduan sekalian akan dapat
berkhidmat kepada negara dengan
penuh profesionalisme, adil dan
yang paling penting berintegriti
demi merealisasikan hasrat dan
janji perkhidmatan awam untuk
membawa kesejahteraan kepada
rakyat dan negara. Semoga
29
kejayaan yang diterima pada hari ini
menjadi inspirasi kepada saudara-
saudari untuk terus bekerja demi
kemajuan perkhidmatan, bangsa
dan negara.
Sekian.
Wabillaahitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.