teknik main peranan - pendidikan kesihatan (muka 7)
TRANSCRIPT
TEKNIK MAIN PERANAN
Pendahuluan
• Merupakan satu cara untuk mendapatkan
penglibatan aktif daripada pelajar dalam P&P
melalui aktiviti yang dimasukkan unsur main
peranan.
• Murid-murid yang mengambil bahagian
hendaklah membayangkan diri mereka berada
dalam situasi tertentu yang telah ditetapkan
untuk sesuatu aktiviti main peranan.
• Beri peluang kepada murid untuk memainkan
peranan sebagai anggota masyarakat bagi
menguji tingkah laku atau belajar cara
berinteraksi dalam kumpulan.
• Dapat membantu murid menguasai kemahiran
berbahasa, mengalami sendiri sesuatu situasi
serta memahami situasi tersebut.
Pengenalan
• Satu aktiviti dalam pengajaran yang dapat beri
peluang kepada murid dalam membayangkan
dirinya sendiri atau orang lain untuk berada dalam
pelbagai situasi tertentu.
• Dalam satu-satu aktiviti main peranan, setiap
murid yang berlakon berpeluang menguji tingkah
laku atau belajar berinteraksi dalam kumpulan.
• Pada akhir aktiviti main peranan, pemain dan
pemerhati akan berpeluang memahami sesuatu
perkara tentang watak atau situasi yang
dimainkan dengan lebih mendalam.
• Hal ini dapat membantu murid supaya lebih
memahami perasaan dan tingkah laku yang
terdapat pada diri sendiri atau orang lain.
Matlamat
• Memberi peluang kepada murid bagi melahirkan
pelbagai peranan dengan bebas mengikut situasi
watak yang dimainkan.
• Murid berasa prihatin dan memahami masalah
yang dihadapi oleh orang lain dalam sesuatu
situasi.
• Murid berpeluang membincangkan dan
memikirkan masalah diri sendiri.
• Memberi latihan kepada murid bagi melakonkan
pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami
sendiri sesuatu situasi.
• Membolehkan murid memperoleh kemahiran dan
mengalami pelbagai bentuk maslah sosial.
• Menjadikan mata pelajaran seperti Bahasa
Melayu atau mata pelajaran lain dapat
disampaikan dalam bentuk yang lebih menarik
dan berkesan.
• Membantu murid yang bersifat pendiam supaya
mengambil bahagian dalam aktiviti, di samping
membina keyakinan diri mereka berlakon dan
bercakap di hadapan kelas.
• Melatih murid supaya dapat mengawal perasaan
serta emosi mereka dalam pelbagai situasi yang
dihadapi mereka.
• Menggalakkan murid supaya menggunakan laras
bahasa yang betul dan bernas.
• Membantu murid supaya berkomunikasi secara
berkesan sesuai dengan pelbagai watak yang
dimainkan mereka.
• Membina sikap yang positif dalam diri setiap
murid yang terlibat.
Jenis main peranan
Memperihal
• Main peranan jenis ini digunakan sebagai satu
cara berkomunikasi untuk memperihal sesuatu
situasi, masalah atau proses.
• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah
lakonan seorang anak meminta kebenaran ibu
atau bapa untuk berkelah.
• Pelaksanaan yang dapat dilakukan ialah guru
meminta beberapa murid memainkan peranan
anak, ibu atau bapa. Plot dan dialog disediakan
oleh guru sebelum bermulanya sesi lakonan.
• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah
tidak ada penglibatan emosi dalam kalangan
peserta main peranan serta murid dapat
memahami dengan baik sesuatu situasi yang
ingin diketengahkan oleh guru.
Demonstrasi
• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi
mendemonstrasikan sesuatu situasi atau
peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil
iktibar oleh murid (role model).
• Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi
bagaimana cara dan perlakuan seseorang budak
memberi salam kepada orang yang lebih tua.
• Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi
dijalankan oleh guru, murid atau orang luar
mengenai sesuatu situasi.
• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah
penglibatan emosi dalam kalangan murid ialah
minimum serta tumpuan murid adalah kepada
teknik yang ditunjukkan.
• Semasa tindakan susulan, guru perlulah
memastikan murid dapat mengesan tingkah laku
yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-
satu situasi.
Latihan
• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi melatih
murid tentang kemahiran-kemahiran tertentu.
• Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah
lakonan latihan kemahiran berkomunikasi antara
murid dengan guru, jurujual dan guru besar.
• Cara pelaksanaan main peranan ini ialah perlu dilakukan
persediaan awal terlebih dahulu untuk memulakan main
peranan jenis ini.
• Murid perlu memahami tentang perancangan yang telah
dibuat serta peranan yang akan dimainkan oleh mereka
nanti.
• Murid akan diberi panduan tentang perkara yang perlu
dan tidak perlu dilakukan oleh guru semasa aktiviti
memain peranan.
• Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah
murid yang memain peranan mungkin
beremosional, oleh itu guru perlu segera
mengawal keadaan jika berlaku sesuatu yang
situasi terlampau.
• Selain itu, main peranan jenis ini mungkin
dijalankan berulang kali untuk membiasakan
murid dengan sesuatu situasi tersebut.
• Semasa tindakan susulan, guru perlu melihat
sama ada murid telah memperoleh atau tidak
kemahiran-kemahiran yang dikehendaki.
• Sekiranya kemahiran tidak diperoleh, main
peranan ini diulangi beberapa kali sehingga
murid benar-benar memperoleh kemahiran-
kemahiran yang dikehendaki.
Cerminan
• Tujuan main peranan jenis ini ialah untuk
menunjukkan kepada murid bagaimana tingkah
laku mereka dilihat oleh orang lain disekeliling
mereka.
• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main
peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid
memujuk emaknya membuat sesuatu perkara yang
diminta untuknya.
• Impikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid
dapat memahami tingkahlaku yang sesuai untuk satu-
satu situasi.
• Selain itu, murid akan diberitahu objektif main peranan
tersebut tetapi tidak diberi arahan bagaimana
mengatasi situasi. Oleh itu, murid akan belajar sendiri
bagaimana hendak menghadapi satu-satu situasi.
• Hasilnya ialah tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.
Kepekaan
• Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi
menyedarkan murid tentang perasaan mereka
terhadap sesuatu situasi yang berlaku atau
rangsangan daripada orang lain.
• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan bagi main
peranan jenis ini ialah lakonan seorang murid
dipanggil oleh guru besar kerana melakukan
kesalahan di sekolah.
• Implikasi daripada aktiviti ini ialah murid dapat
memahami perasaan mereka apabila mereka berada
dalam sesuatu situasi yang baru bagi mereka serta
sedar tentang perasaan diri dan orang lain dalam
berbagai-bagai situasi.
• Semasa tindakan susulan, guru bolehlah mencungkil
reaksi dan perasan murid serta memberitahu murid
sama ada sesuatu perasaan itu wajar atau tidak bagi
situasi yang mereka hadapi.
Mencipta / menyata
• Tujuan main peranan jenis ini adalah untuk
menggalakkan murid supaya mengembangkan
pernyataan diri yang kreatif.
• Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main
peranan jenis ini ialah lakonan berbagai-bagai
situasi dalam bentuk drama kreatif.
• Implikasi daripada aktiviti main peranan jenis ini ialah
murid berpeluang meluahkan perasaan mereka
secara kreatif. Murid juga dapat menggunakan
imaginasi mereka dalam proses mencipta dan
menyatakan sesuatu.
• Semasa tindakan susulan, guru perlu membincangkan
tingkah laku yang tidak baik jika ada. Guru juga perlu
memberi pujian kepada daya kreatif yang ditunjukkan
oleh murid.
Perancangan aktiviti main peranan
• Guru perlu mengawasi keadaan bising dan kelam-kabut .
• Aktiviti main peranan secara berpasangan juga boleh
dijalankan.
• Laksanakan aktiviti-aktiviti yang pendek terlebih dahulu
sehingga murid dapat membiasakan diri dengan aktiviti
tersebut.
• Rancangkan aktiviti yang tidak menghadkan
bilangan murid, kerana jika ada murid yang sakit
atau tidak hadir, perubahan boleh dilakukan.
• Pastikan murid memahami situasi, peranan dan apa
yang tertulis pada kad arahan (jika kad arahan
digunakan) sebelum memulakan aktiviti.
• Sebelum menjalankan aktiviti main peranan, murid
perlu diberi motivasi.
• Jangan gunakan aktiviti yang terlalu sukar atau
terlalu beremosi.
• Guru perlu menekankan penggunaan laras bahasa
yang betul.
• Sediakan aktiviti susulan untuk murid yang lebih
awal menyelesaikan aktiviti daripada rakan-rakan
yang lain.
• Hadkan penggunaan masa dan tegas serta
menepati dalam penggunaanya
Pengendalian P&P teknik main peranan
Sebelum
• Menentukan tajuk.
• Menyediakan kelas / kumpulan.
• Memilih peserta.
• Menyediakan pemerhati.
Semasa
• Perbincangan tentang lakonan.
• Lakon semula.
Selepas
• Rumusan dan perbincangan.
• Memberi taklimat semula.