teknik lid dalam perancangan
DESCRIPTION
Low Impact DevelopmentTRANSCRIPT
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Implementasi Kaedah Low Impact Development (LID) di dalam Pembangunan
Kajian Kes: “Vegetated Swale” sebagai kaedah LID di Bandar Warisan Puteri, Seremban
Oleh:
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
Pensyarah:
Dr Ariva Sugandi Permana
Semester 1 Sessi 2013/2014
Program Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah (SBEP)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
1
1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan kepada Tapak Kajian
Tapak kajian untuk “Low Impact Development” (LID) ini terletak di Mukim
Ampangan, Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Luas keseluruhan kawasan Bandar
Warisan Puteri ialah 428 ekar dengan 50% kawasan telah dibangunkan dan didiami
oleh penduduk (Rujuk Pelan 1.1).
Kawasan kolam takungan air atau “Retention Pond” (KTA) seperti di dalam
kelulusan pelan susunatur terletak di bahagian tengah pembangunan. Air hujan dan
limpahan air dialirkan ke KTA melalui longkang bertutup (covered drain) dan terus ke
kawasan rendah berkenaan. Sebahagian air yang melimpah akan terus mengalir ke
sungai berdekatan di bahagian selatan tapak iaitu Sungai Batang Penar.
Rumah yang telah
diduduki penduduk
Rumah yang telah
diduduki penduduk
Rumah yang belum
diduduki penduduk
Kolam Takungan
(Retention Pond)
Arah aliran air
Cadangan Taman
Rekreasi
Pelan 1.1: Pelan susunatur Bandar Warisan Puteri menunjukkan kawasan rendah di
mana aliran air melalui KTA di bahagian tengah tapak kajian.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
2
1.2 Pengenalan kepada LID secara ringkas.
Menurut http://www.wbdg.org/resources/lidtech.php, “low impact development”
(LID) adalah alternatif yang menggunakan aliran air semula jadi atau teknik
penyimpanan air untuk mengawal “storm water” yang disebabkan oleh hujan dan
arus air. LID adalah kaedah pengawalan sumber air dan pengawalan air yang mana
memulihkan fungsi kawasan tadahan air sediada. Tujuannya adalah untuk
menyuraikan air di seluruh tapak bagi mengurangkan “storm water” berkenaan.
Konsep LID ialah menyediakan kawasan penyimpanan sementara membolehkan
bahan-bahan kotoran tersingkir dan dapat dikawal terus ke kolam takungan air (KTA).
Rajah 1.1: Konsep dan kaedah yang digunkan di luar negara (Sumber:
http://www.wbdg.org/resources/lidtech.php)
Beberapa contoh teknologi LID termasuk teknik pengurusan “storm water”
mengalirkan semua air tersebut terus dari tapak secepat mungkin ke KTA.
Foto 1.1: Contoh natural “stone
swale” dalam LID yang dibina di
pembangunan Bukit Jelutong oleh
Sime Darby dapat menjimatkan kos
dengan menggunakan sumber bahan
binaan setempat (Sumber: Foto
sendiri).
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
3
Bagi mengawal masalah lebihan air di kawasan ini, Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) memperkenalkan satu pendekatan yang diperkenalkan pada tahun 2000 iaitu
‘Manual Saliran Mesra Alam’ (MSMA). Kaedah ini ialah kaedah simpanan “Storage-
oriented approach” yang lebih menekankan kawalan pada sumber “Control of
sources” berbanding dengan kaedah berkonsepkan pelepasan cepat (rapid disposal)
yang diaplikasikan selama ini (Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran JPS, 2000).
Berlainan dengan konsep JPS, air ditakungkan sementara di atas kawasan lapang
seperti padang dengan permukaan yang rendah kemudian terus disalirkan ke KTA
sediada. Tujuan utama pendekatan ini masih sama iaitu untuk penyimpanan air larian
permukaan (surface water run-off) berdekatan dengan tempat ia dihasilkan lalu
melepaskannya secara perlahan-lahan ke sistem saliran terus ke KTA.
Konsep LID menurut UACDC, Fayetteville, Arkansas http://uacdc.uark.edu (2010)
adalah pengurusan air larian berasaskan pendekatan ekologi yang menjurus kepada
“soft engineering” selain dari menggunakan teknik biasa “hard engineering” dalam
menguruskan air hujan di tapak melalui rawatan tumbuh-tumbuhan. Matlamat LID
melalui konsep ini adalah untuk mengekalkan hidrologi tapak sebagai buffer bagi
memastikan air dapat dialirkan dengan baik. Berbeza dengan teknik konvensional
iaitu menggunakan kaedah "pipe” sebagai infrastruktur saluran air yang dialirkan
melalui paip.
2.0 Isu dan Masalah di Tapak Kajian
Kejadian banjir selalu terjadi di kawasan perumahan sediada Warisan Puteri apabila
hujan turun dengan lebat dalam masa beberapa jam. Kejadian ini berpunca apabila
isipadu air hujan yang turun tidak dapat dialirkan dengan sempurna ke KTA sediada
di tapak kajian. Pada masa yang sama, air di dalam sungai berdekatan iaitu Sungai
Batang Penar juga tinggi menyebabkan aliran air tersebut dibalikkan semula ke
kawasan perumahan sediada.
Rajah 1.2: Konsep LID menggunakan
“soft engineering” yang lebih mesra alam
sekitar [Sumber: http://uacdc.uark.edu
(2010)]
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
4
Ini menyebabkan kebanjiran air di kawasan perumahan ini apabila hujan turun dengan
lebat dalam masa yang lama antara 1 hingga 2 jam dan sistem saliran atau takungan di
kawasan perumahan tersebut tidak mampu menampung isipadu air hujan tersebut
(Rujuk Foto 2.1, 2.2 dan 2.3)
Foto 2.1: Masalah banjir ketika hujan
lebat menyebabkan longkang dipenuhi
air. Pembinaan (construction) fasa
perumahan baru memburukkan lagi
keadaan. [Sumber: Bahagian
Penyelenggaraan Harta (2009)]
Foto 2.2: Masalah longkang yang
melimpah, terkumpul dan
menyebabkan banjir [Sumber:
Bahagian Penyelenggaraan Harta
(2009)]
Foto 2.3: Perangkap sampah juga
tidak dapat menampung air sewaktu
hujan lebat. [Sumber: Bahagian
Penyelenggaraan Harta (2009)]
Longkang
melimpah dan
banjir
Pembinaan
rumah baru
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
5
3.0 Teknik dan Kaedah LID yang digunakan untuk Tapak Kajian
Kolam takungan sementara atau dipanggil “vegetated swale” dengan ciri-ciri
“natural” atau semulajadi telah dibina sebelum air dialirkan ke KTA sediada bersaiz
kecil, kemudian ke KTA yang lebih besar dan seterusnya terus ke Sungai Batang
Penar di bahagian selatan dibina bagi mengurangkan kadar air yang memasuki sungai
tersebut.
Pada tahun 2010, konsep dan kaedah LID ini telah diimplementasikan oleh kontraktor
yang dilantik iaitu SK Agrobase Nursery & Landscape Sdn Bhd pada tapak kajian.
“vegetated swale” yang dibina ini merupakan salah satu sistem untuk mengawal
pertambahan kadar alir dan isipadu “surface water run-off” yang mengalir dan
memasuki KTA sediada. Ia merupakan takungan yang menyediakan simpanan
sementara untuk menerima air larian yang banyak, menyimpannya dan akhirnya
melepaskannya ke sungai Batang Penar dan seterusnya ke laut.
Di tapak kajian, “vegetated swale” ini telah dibina dengan mengekalkan ciri-ciri
semulajadi tapak bukan sekadar membina “vegetated swale” semata-mata tetapi juga
mencantikkan kawasan berkenaan sebagai kawasan rekreasi dan kawasan lapang
dengan melandskapkan kawasan berkenaan dengan elemen-elemen hijau, landskap
kejur dan sebagainya.
Berikut adalah kronologi atau proses di mana dari peringkat awal “swale” tersebut
dibina sehingga proses akhir ianya disiapkan. Kesemua foto didapati dari sumber iaitu
pihak kontraktor, SK Agrobase Nursery & Landscape Sdn Bhd (2010).
Arah aliran “vegetated swale”
di bahagian tengah
pembangunan melalui
beberapa KTA yang kecil dan
terus ke KTA berpusat di
bahagian selatan tapak.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
6
3.1 Peringkat 1 – keadaan asal tapak pembinaan “vegetated swale”.
3.2 Peringkat 2 – Proses mengorek dan membersihkan “swale”.
Foto 3.1 dan 3.2: Tapak kajian sebelum dijadikan “swale” merupakan kawasan hutan yang
bertopografi rendah dan senang dinaiki air. Pokok-pokok kelihatan mati akibat dari air
takungan yang terlalu banyak memasuki kawasan ini.
Foto 3.2: Anak panah menunjukkan kawasan perumahan sediada yang menghadapi
masalah banjir apabila hujan lebat.
Foto 3.3 dan Foto 3.4: Menunjukkan proses mengorek tapak untuk membentuk “vegetated
swale” yang dikehendaki selepas mendapat kelulusan Majlis dan JPS.
Kawasan Perumahan
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
7
3.3 Peringkat 3 – Air dialirkan ke “swale”
Dengan mengaplikasikan sistem “vegetated swale” ini, kadar air yang banyak
mengalir ke kawasan rendah dapat dicabangkan ke seluruh sistem tersebut dan
sekurang-kurangnya kadar kebanjiran air dapat dikurangkan pada keadaan sebelum
adanya pembangunan.
Foto 3.5 dan Foto 3.6: Dua foto ini menunjukkan air yang bertakung dan yang
terperangkap pada parit mengalir ke kawasan yang telah dikorek menunjukkan struktur
saluran dalam kolam takungan yang dibina berfungsi dengan baik untuk mengurangkan
kadar aliran air di waktu puncak.
Foto 3.7, 3.8, 3.9 dan 3.10: Air lebihan tadi dan “surface water run-off” sediada mengalir
ke “swale” yang telah di dalamkan. Ia kelihatan seperti parit dan saliran “natural”.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
8
3.4 Peringkat 4 – Proses naturalisasi
Adalah lebih baik sekiranya penggunaan “natural resources” seperti elemen alam
semulajadi seperti batu sungai atau batu granite pada tapak asal digunakan dalam
pembinaan “swale” ini. Ini akan dapat menjimatkan kos dan juga memelihara alam
sekitar seterusnya mengurangkan kesan panas pada bumi.
Foto 3.13 dan Foto 3.14: Air kelihatan semakin jernih dan memenuhi “swale”
berkenaan.
Foto 3.11: Proses mengukuh tebing “swale” bagi mengelakkan hakisan tanah dengan
tanaman rumput. Juga aliran air dapat diserap pada kawasan “vegetated” akan
memudahkan lagi proses pengaliran air terus ke dalam bumi.
Foto 3.12: Air telah memenuhi ruang di dalam “swale”dan kelihatan “natural”.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
9
3.5 Peringkat 5 – Proses melandskap dan menaiktaraf kawasan sekeliling
“vegetated swale”.
Foto 3.15: Rumput dan pokok ditanam disekeliling “swale” mencantikkan lagi
kawasan disekitar “swale”. Batu asal yang terdapat di tapak kajian digunakan semula
(reclycling) untuk mewujudkan suasana “natural”.
Foto 3.16: Proses membina laluan pejalan kaki menggunakan elemen konkrit. Walau
bagaimanapun, elemen konkrit tidak digunakan dengan banyak di kawasan ini.
3.6 Peringkat 6 – “vegetated swale” siap dibina.
Foto 3.17: Laluan pejalan kaki yang dibina di sekeliling kolam selepas pembinaan.
Foto 3.18: “vegetated swale” telah siap sebagai salah kaedah LID. Foto ini juga
menampakkan kawasan perumahan sediada.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
10
Foto 3.19: Pokok-pokok sediada di tapak dikekalkan sebagai elemen peneduh. Batu
merah sediada di tapak digunakan semula sebagai “filter” kotoran dan “unsuitable
material” USM yang dibawa oleh aliran air hujan.
Foto 3.20: Batang-batang kayu dari pokok sediada juga digunakan sebagai elemen
landskap di “swale” dan kolam ini.
4.0 Kesimpulan
Walaupun sistem “vegetated swale” ini tidak berapa popular, ia selalunya
diimplementasikan hanya apabila berlakunya lebihan air yang mengakibatkan banjir
yang teruk ke atas sesuatu kawasan. “Swale” ini adalah kaedah sebagai perantara
yang menghubungkan terus ke KTA.
Laluan ini memelihara dan memulihara alam semula jadi dalam pembangunan bandar,
dan mempunyai keupayaan untuk memulihkan elemen alam yang tidak digunakan
sepenuhnya. Penggunaan kaedah ini dari segi ekologi merupakan sebuah alat
perancangan alam sekitar yang penting. Rangkaian “swale” ini akan dinikmati di di
seluruh kawasan dan diselaraskan untuk reka bentuk yang komprehensif yang
menggunakan pendekatan ekologi.
Foto 3.21: Gazebo dan wakaf juga dibina di
kawasan ini.
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
11
Selain dari itu, “swale” dapat meningkatkan nilai sesuatu hartanah yang
bersempadanan dengan tapak juga dapat menjadikan sesebuah kawasan sebagai
aktiviti rekreasi dan taman yang meningkatkan kesihatan dengan mewujudkan gaya
hidup yang aktif dengan aktiviti fizikal.
Rajah 4.1: Perbezaan penggunaan kaedah “hard” dan “natural” dalam LID.
(Sumber: http://uacdc.uark.edu - 2010)
Rajah 4.2: Perbezaan penggunaan kaedah “vegetated swale” yang memberi
implikasi yang lebih baik berbandaing dengan teknik “hard” dalam LID. (Sumber:
http://uacdc.uark.edu - 2010)
Assignment #2
SBEP 2632 Environmental Planning and Management
Zulkipli bin Ismail (SX130070BEPS04)
12
“Vegetated swale” juga merupakan kunci kepada rawatan banjir dan perlindungan
banjir, bertindak sebagai zon penampan kepada kerosakan akibat banjir. Selain itu,
penggunaan kaedah ini juga bertindak sebagai “riparian buffer” yang lebih dikenali
sebagai koridor kepada sungai. “Riparian Buffer” adalah penampan penting antara
tanah dan air, juga hakisan dari tanah tanah tinggi. Zon penampan sungai ini penting
untuk mengekalkan aliran dan kawasan tadahan air.
Sumber Rujukan:
1. SK Agrobase Nursery & Landscape Sdn Bhd – “Progress Report Construction of
Retention Pond 2 and 3, Warisan Puteri” (2010)
2. Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) “Manual Saliran Mesra Alam” (MSMA), 2000.
3. Website UACDC, Fayetteville, Arkansas http://uacdc.uark.edu (2010)
4. Website http://www.wbdg.org/resources/lidtech.php.(2012)
5. TH Properties Sdn Bhd - Maklumat dari Jabatan Pengurusan Projek, (2010)
6. TH Properties Sdn Bhd – Maklumat dari Jabatan Penyelenggaraan Harta, (2010)
7. Maklumat dari Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
8. Kajian Lapangan.