tahap penglibatan pelajar dalam amali sains bagi …€¦kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah...

20
TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanhuong

Post on 27-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA

PELAJARAN BIOLOGI KBSM

MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Biologi)”.

Tandatangan : ................................................................

Nama Penyelia I : PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM

Tarikh : ................................................................

Page 3: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA PELAJARAN BIOLOGI KBSM

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 3 JLN RAHMAT, PM DR. ABU HASSAN BIN KASSIM KG MELAYU MAJIDEE, Nama Penyelia 81100 JOHOR BAHRU. Tarikh: Tarikh: ________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 4: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

iii

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI MATA

PELAJARAN BIOLOGI KBSM

MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

iv

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ...................................................................

Nama Penulis : MOHD SHAIRULL BIN MOHD ITHNIN

Tarikh : ....................................................................

Page 6: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke kepada Allah kerana dengan keizinan dan

limpah kurnianya dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini dengan jayanya.

Dalam ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Abu Hassan Bin Kassim selaku pensyarah

pembimbing atas tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, nasihat serta teguran-teguran yang

membina. Segala ilmu yang dicurahkan akan saya jadikan sebagai panduan dalam

menempuh cabaran dalam profesion yang akan saya ceburi kelak.

Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan

Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) atas kebenaran yang diberi untuk menjalankan kajian ini.

Kepada para pengetua, penolong kanan, guru-guru serta para pelajar yang terlibat, terima

kasih kerana memberikan peluang dan kerjasama sepanjang proses kajian yang

dijalankan.

Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga hasil yang diperolehi dapat

dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha memartabatkan profesion perguruan di

negara ini.

Page 7: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

vi

ABSTRAK

Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan

penyelesaian masalah. Di sekolah, kaedah-kaedah ini dilaksanakan dalam pengajaran

semasa aktiviti amali. Namun, banyak kajian terdahulu menunjukkan kepincangan dalam

pelaksanaan aktiviti tersebut. Persoalannya, adakah aktiviti amali yang dijalankan dapat

mencapai objektifnya dalam menyediakan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran

kepada para pelajar? Justeru, satu kajian diperlukan untuk meninjau tahap penglibatan

pelajar dalam amali sains bagi mata pelajaran Biologi KBSM. Kajian ini memberi

tumpuan terhadap penglibatan pelajar dalam aspek merancang dan melakukan

eksperimen, serta aktiviti perbincangan semasa dan selepas amali. Kajian yang

berbentuk tinjauan ini melibatkan 182 orang pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah

sekolah menengah kebangsaan di sekitar daerah Johor Bahru, yang dipilih secara rawak

mudah (kaedah loteri). Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan

sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.

Data mentah yang diperolehi di analisis dengan mengira frekuensi, peratusan serta

kekerapan tertinggi (Mod), menggunakan Perisian SPSS 11.0 for Window dan penilaian

diberikan berdasarkan peratus responden yang setuju. Hasil kajian mendapati tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti amali biologi adalah baik. Beberapa implikasi kajian,

kekangan dan cadangan-cadangan kajian lanjutan dikemukakan di bahagian akhir.

Page 8: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

vii

ABSTRACT

Science is a process that emphasis on inquiry and problem solving method. In the

Integrated Secondary School Curriculum (KBSM), the inquiry-discovery method is been

implemented in lab activities in school. The question is, does the activity implemented

reach the objectives to provide knowledge, skills and understanding of science to the

student? However, past researches shown flaws in implementing those activities. Thus,

a research is needed to determine students’ involvement in lab activities for Biology

subject. This research focuses on student’s participation in planning and carrying out the

experiment, also in discussion during and after the experiment. The respondents of the

study have been chosen from 4 secondary schools in Johor Bahru district that consists of

182 form four students. The schools were randomly selected using the lottery sampling

method. One set of questionnaires comprising two parts was used to collect the data. Data

collected were processed using SPSS 11.0 for Window by analyzing the frequency value,

the percentage and the mod value. This research finds the good level of student’s

participation in Biology lab activities. Some implications are stated, limitations are cited

and some suggestions for further research are attached in the last chapter of this research.

Page 9: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi istilah 9

Page 10: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

vii

1.8.1 Kerja Amali 9

1.8.2 Hipotesis 10

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kerja Amali Sains 11

2.3 Penglibatan Pelajar Dalam Merancang

dan Melakukan Amali 13

2.4 Penglibatan Pelajar Dalam Sesi Perbincangan

Semasa dan Selepas Amali 15

BAB III METODOLOGI KAJIAN 17

3.1 Pengenalan 17

3.2 Reka Bentuk Kajian 17

3.3 Instrumen Kajian 18

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 20

3.5 Prosedur Kajian 21

3.6 Kajian Rintis 21

3.7 Analisis Data 22

Page 11: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

viii

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

HASIL 24

4.1 Pengenalan 24

4.2 Analisis Data 24

4.2.1 Latar Belakang Responden 25

4.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali

Biologi 26

4.3 Perbincangan Hasil 28

4.3.1 Latar Belakang Responden 28

4.3.2 Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali

Biologi 28

4.3.2.1 Penglibatan Pelajar Dalam

Merancang Dan Melakukan Eksperimen 29

4.3.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam Perbincangan

Semasa Dan Selepas Eksperimen 30

BAB V RUMUSAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 33

5.0 Pengenalan 33

5.1 Rumusan 33

5.2 Implikasi Kajian 34

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan 35

RUJUKAN 37

Page 12: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

ix

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

3.1 Jadual Taburan Item Mengikut Aspek Yang Dikaji 19

3.2 Jadual Penilaian Mengikut Peratusan 23

4.1 Latar Belakang Responden 25

4.2 Kekerapan Dan Peratusan Respons Para Pelajar

Mengenai Penglibatan Dalam Amali Biologi 27

Page 13: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A : Item Soal Selidik 41

B : Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan UTM 47

C : Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. 48

D : Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Johor 50

E : Dapatan Kajian Dalam Bentuk Skala 5 Mata 51

Page 14: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains merupakan bidang ilmu pengetahuan yang membekalkan satu rangka

konsep yang membolehkan pelajar memahami alam sekeliling mereka. Sains juga

merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah

(Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001). Justeru, sains yang dipelajari melalui

kaedah ini dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang

melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu

pengetahuan dan kemahiran diperoleh sebagai hasil daripada aktiviti penyiasatan.

Dalam usaha negara mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, pendidikan

merupakan salah satu aspek terpenting yang perlu diambil kira. Lantaran itu, kurikulum

negara ini digubal dengan teliti dan disemak semula bagi memastikan ia sesuai dengan

keperluan semasa. Kurikulum sains bermatlamat untuk melahirkan para pelajar yang

mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian, di samping

Page 15: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

2

mengamalkan budaya sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat

ikram, dinamik, progresif, bertanggungjawab dan mengkagumi penciptaan tuhan

(Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001). Dengan ini, diharapkan negara dapat

mengatasi kesemua 9 cabaran dalam wawasan 2020 di mana salah satu daripadanya

ditujukan khas untuk para pendidik dalam bidang sains dan teknologi. Cabaran ke-6

tersebut adalah untuk mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif iaitu masyarakat

yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan dapat menjadi penyumbang kepada bidang

sains dan teknologi.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan seluruh warganegara ke arah matlamat

tersebut, para pendidik di negara ini perlu memberi sokongan penuh dalam mencapai

matlamat pendidikan sains negara. Para pelajar yang bakal menjadi tonggak negara perlu

berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada pembangunan negara terutamanya

dalam aspek sains dan teknologi. Generasi pelapis juga perlu mampu untuk

mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dalam apa jua aspek kehidupan dan

bukannya sekadar menghafal teori semata-mata. Dengan ini, kita akan mengorak

selangkah ke hadapan dari negara pengguna teknologi kepada penghasil teknologi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak diperkenalkan pada 1931, kurikulum sains di sekolah telah mengalami

banyak perubahan. Pada ketika itu, cuma terdapat sebuah sekolah sahaja dalam negeri

Melayu Bersekutu yang menawarkan kursus dalam bidang sains berdasarkan Kurikulum

Sains Asas. Kedatangan Jepun pada 1941 telah menyebabkan pelaksanaan program sains

terhenti sementara waktu sehingga Perang Dunia Kedua tamat pada 1945. Kurikulum

sains dilaksanakan semula dan di kenali sebagai Kurikulum Sains Am. Kursus empat

Page 16: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

3

tahun ini ditawarkan di sekolah-sekolah menengah bercorak kurikulum di England (Abu

Hassan 2001).

Melalui Perakuan Penyata Razak pada tahun 1956, kurikulum sains di seragam

dan diwajibkan kepada semua peringkat persekolahan. Sejak peristiwa itu, kurikulum

sains di Malaysia mengalami perubahan yang pesat. Kurikulum Sains Paduan telah

diperkenalkan pada tahun 1969, diikuti oleh Kurikulum Sains Moden pada tahun 1972

sehinggalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM) dilaksanakan sepenuhnya

pada 1989. Penekanan yang diberikan adalah kepada kesepaduan antara pengetahuan,

kemahiran dan nilai. KBSM juga menekankan kepada kesepaduan antara teori dan

praktis serta kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum.

Bagi mengatasi kepincangan dan kegagalan pelaksanaan kurikulum sains di

sekolah menengah, kurikulum sains KBSM telah disemak semula dan dilaksanakan

kepada pelajar tingkatan 4 pada 2002. Kurikulum baru ini masih lagi menekankan

konsep kesepaduan sebagaimana kurikulum sains KBSM yang lepas, di samping

penekanan terhadap pembelajaran berfikrah (Abu Hassan dan Rohana, 2003).

Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan seperti inkuiri, sains

teknologi dan masyarakat, pembelajaran konstekstual, konstrukstivisme, pembelajaran

mastery dan pembelajaran bermakna (Huraian Sukatan Pelajaran Biologi KBSM, 2001).

Sebagaimana yang telah dibincang, kurikulum sains bermatlamat untuk

melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang

diperolehi. Lantaran itu, para pendidik perlu berusaha sedaya upaya untuk mencapai

matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak penggubal. Tugas utama para guru sains di

negara ini adalah bertindak sebagai navigator dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran ilmu sains perlu berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang

mengutamakan pendekatan inkuiri dan penemuan. Melalui pendekatan ini, pelajar perlu

Page 17: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

4

diberi peluang untuk mengenal pasti masalah, merancang dan seterusnya menjalankan

penyelidikan melalui usaha sendiri. Segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang haruslah melibatkan pelajar secara aktif untuk menggalakkan pembentukan

pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif (Abu Hassan, 1999).

Ahli pendidikan berpendapat, untuk menanamkan sikap sains dan amalan dalam

kaedah saintifik, kaedah pengajaran harus memberi kesempatan kepada ‘membuat’ sains

(Tamby Subahan, 1999). Kaedah ini sudah tentu berlainan dengan kaedah tradisi yang

menggunakan cara pendedahan untuk menyampaikan pengetahuan. Pendekatan yang

lebih baik adalah dengan menggalakkan pelajar memperolehi pengetahuan melalui

aktiviti dengan mengerjakan sesuatu tugasan pembelajaran. Melalui cara ini pelajar dapat

mempelajari fakta, konsep, prinsip dan teori sains serta memperoleh kemahiran untuk

menemui dan menyelesaikan masalah.

Cara terbaik untuk mempelajari sesuatu termasuk sains adalah melalui aktiviti, di

mana pelajar perlu belajar melalui pengalaman (experiental learning). Sebagaimana kata

pepatah Melayu, “Tempat jatuh lagikan diingat, inikan pula tempat bermain”. Perkara ini

bukan lagi sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan sains, malah telah diperkatakan

sejak abad ke 20 lagi oleh para pendidik, terutamanya dari pergerakan heuristik yang

dipelopori oleh Amstrong (Abu Hassan, 1999).

Kepentingan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran sains tidak dapat

dipersoalkan lagi. Oleh itu, pelbagai aktiviti termasuklah kerja lapangan, permainan,

lawatan dan pelbagai lagi perlu dirancang oleh guru bagi mewujudkan satu suasana

pembelajaran yang aktif. Aktiviti-aktiviti ini perlu diperbanyakkan bagi menggantikan

kaedah pengajaran secara tradisi (pendekatan didaktik) yang sering digunakan oleh para

pendidik di sekolah. Salah satu dari aktiviti yang telah menjadi rutin di sekolah adalah

kerja amali. Kerja amali merupakan salah satu daripada teknik pembelajaran yang

Page 18: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

5

berasaskan inkuiri-penemuan. Dengan melakukan sendiri aktiviti ini, pelajar dapat

belajar melalui pengalaman dan memperoleh kepuasan jika dapat memperoleh sesuatu

konsep dengan sendiri. Konsep ini lebih mudah difahami dan diingati kerana ia

merupakan hasil usaha mereka sendiri (Chong, 2003). Dalam aktiviti amali, sesi

perbincangan memainkan peranan yang penting dalam membantu aktiviti tersebut

mencapai objektifnya. Semasa perbincangan, guru dapat membimbing pelajar untuk

menemui konsep yang ingin disampaikan di samping meningkatkan KBKK, pemikiran

saintifik serta mengesan kerangka alternatif yang mungkin timbul. Guru sepatutnya tidak

memonopoli sepenuhnya pengajaran dengan memberi arahan dan pelajar hanya

mengikutinya.

1.3 Penyataan Masalah

Pada masa ini, kerja amali sains telah menjadi satu perkara wajib bagi pelajar

yang mengambil mata pelajaran sains terutamanya di sekolah menengah. Mulai tahun

1999, Penilaian Kerja Amali (PEKA) telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar

Tingkatan 4 dan 5. Matlamat utama pelaksanaan PEKA adalah untuk menilai penguasaan

kemahiran saintifik dan penerapan nilai murni, yang dilakukan secara formatif di

peringkat sekolah, kerana kedua-dua kertas serta peperiksaan amali dalam SPM dilihat

kurang berkesan dalam menilai kedua-dua aspek tersebut (Abu Hassan, 2001). Pada

tahun 2002, PEKA telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan amali bertulis

iaitu kertas tiga yang perlu diambil oleh pelajar dalam peperiksaan SPM. Walau

bagaimanapun, mulai tahun 2003, PEKA dilaksanakan semula bagi memastikan para

pelajar dapat menguasai kemahiran saintifik di samping kertas tiga masih dikekalkan

semasa peperiksaan SPM.

Page 19: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

6

Persoalannya, adakah aktiviti amali cuma bertujuan untuk membolehkan pelajar

menjawab soalan berkaitan amali dan membolehkan mereka lulus dalam peperiksaan ?

Sedangkan amali sains adalah satu aktiviti yang sepatutnya dapat membantu pelajar

dalam memahami suatu konsep dan menguasai pelbagai kemahiran. Tujuan sebenar

amali ini dilihat kurang disedari oleh para guru sains ketika ini. Sesetengah guru

berpendapat bahawa meninggalkan aktiviti amali boleh membantu mereka menghabiskan

sukatan pelajaran. Sesetengah guru pula tidak bersetuju untuk diadakan penilaian kerja

amali dalam SPM (Mohd Azizan, 1999). Guru kurang sedar bahawa aktiviti amali dapat

menjimatkan masa pengajaran jika ia dirancang, dikendalikan dan dirumuskan dengan

baik (Emmer et al., 1970).

Disebabkan oleh pelbagai kekangan seperti masa, tahap akademik pelajar, disiplin

pelajar, peralatan dan sebagainya, aktiviti amali dilakukan seolah-olah sekadar

melepaskan batuk di tangga. Keadaan ini mendorong guru untuk tidak melakukan

aktiviti amali atau sekadar menggunakan teknik demonstrasi. Kebanyakan aktiviti amali

yang dilakukan hanyalah seperti mengikut buku resipi dan pelajar mendapatkan data

tanpa sebarang pertimbangan makna (Lee, 2003). Keadaan ini menjadi salah satu faktor

yang menyebabkan kebanyakan pelajar tidak menguasai kemahiran mengeksperimen,

terutamanya dalam menguji hipotesis dan merancang prosedur eksperimen (Abu Hassan

dan Rohana, 2003).

Berdasarkan senario di atas, satu kajian amat diperlukan bagi meninjau sejauh

manakah pelajar dilibatkan secara aktif dalam pelaksanaan amali sains bagi mata

pelajaran Biologi di sekolah. Kajian yang dilakukan berpandukan persoalan-persoalan

berikut :

Page 20: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AMALI SAINS BAGI …€¦Kesemua pelajar sains tulen dalam sekolah yang terpilih dijadikan sampel kajian. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

i. Adakah pelajar diberi peluang untuk merancang dan melakukan eksperimen di sekolah ?

ii. Adakah pelajar diberi peluang untuk bertanya dan mengemukakan pendapat dalam

perbincangan semasa aktiviti amali ?