tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal … · memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu...
TRANSCRIPT
TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS
DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS
JUNAINAH BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa
kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNya
laporan projek sarjana muda ini berjaya disiapkan
dengan jayanya pada waktu yang telah diperuntukkan.
Khas buat Abah dan Emak tercinta,
Othman Bin Ab. Manap dan Enon Binti Hj. Burok.
Tidak lupa kepada insan yang dikasihi,
Ghazali, Suzana, Maszila, Azizah, Zuraida dan Siti Aisyah,
Serta seluruh keluarga dan juga sahabat handai.
Terima kasih di atas segala sokongan dan semangat
yang telah diberikan
tanpa kalian semua, tidak mungkin kejayaan ini dikecapi.
sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan kalian semua
hanya dibalas Allah s.w.t
Somoga kita sentiasa berada di dalam rahmatNya
Amin.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia serta
rahmatNya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan pada masa yang telah
ditetapkan. Dalam usaha untuk menyiapkan kajian ini, banyak perkara baru yang
saya pelajari. Berkat kesabaran, sokongan dan tujuk ajar yang diterima dapatlah
laporan ini disiapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya
Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin selaku penyelia projek, kerana telah banyak
memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu pengetahuan serta bimbingan sepanjang kajian
ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Profesor Madya Hj. Aziz Bin Nordin kerana sudi memberikan kerjasama selaku
pakar bidang bagi alat kajian STKKPMS.
Seterusnya, tidak dilupakan pelajar-pelajar tahun tiga dan tahun empat
Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) yang telah sudi memberikan
kerjasama bagi kajian ini. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan 4 SPN yang
sentiasa saling membantu dalam berkongsi ilmu pengetahuan dalam usaha
menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, kepada emak dan abah tercinta serta seluruh
keluarga. Terima kasih atas segala dorongan dan semangat yang diberikan. Semoga
Allah memberkati kita semua, Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini berkaitan pengurusan makmal sains (PMS), untuk menilai tahap
kesedaran dalam diri pelajar tahun tiga dan tahun empat Program Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Sains). Kajian ini berbentuk tinjauan dan menumpukan kepada
dua aspek utama PMS iaitu pengurusan makmal dan keselamatan makmal.
Pembolehubah manipulasi yang terlibat dalam kajian ini adalah tahun pengajian, latar
belakang akademik dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Seramai 39 orang
pelajar 3 SPN dan 4 SPN di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terlibat dalam kajian
ini. Alat kajian yang digunakan adalah Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan
Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS). Alat kajian ini mengandungi 40 item yang
berbentuk skala likert. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .883. Analisis
statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, peratusan, maksimum dan
minimum telah digunakan bagi menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap PMS.
Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan tahap kesedaran pelajar
terhadap kepentingan pengurusan makmal dan keselamatan makmal adalah tinggi
iaitu pada 91.87%. Tahap kesedaran pelajar secara keseluruhannya terhadap
kepentingan aspek pengurusan makmal sains juga tinggi iaitu pada 91.96%, manakala
bagi aspek keselamatan makmal sains adalah sederhana iaitu pada 91.78%. Dapatan
kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kesedaran pelajar terhadap
kepentingan pengurusan dan keselamatan makmal merentas tahun pengajian, latar
belakang akademik dan PNGK.
vi
ABSTRACT
This research is on the importance of science laboratory managements (SLM)
among third year and fourth year students of Science Education Program, UTM
Skudai. This survey research focuses on only two main aspects in SLM which is
designing to identify the student’s awareness about laboratory management and
laboratory safety. Three independent variables are involved in this study mainly year
of study, background education and Cumulative Grade Points Average (CGPA).
Thirty nine students from 3 SPN and 4 SPN in Faculty of Education, UTM are
involved in this study. The instrument used is the Soal Selidik Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS), which contained 40 items in
likert scale form. Reliability value of this instrument is α= .883. Data obtained of
this study are analyzed using descriptive statistics in the form of mean, standard
deviation, percentage as well as the maximum and minimum values. This study finds
that the level of student’s awareness on the importance of laboratory management and
laboratory safety overalls is high with 91.87%. The student’s awareness in the aspect
of laboratory management is also high with 91.96%, while in aspect of laboratory
safety is average with 91.78%. The result also shows that there is no difference in the
level of student’s awareness about laboratory management and laboratory safety in
term of year of study, background education and CGPA.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
viii
Bab 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah
1.2.1 Kurangnya Kesedaran dan Pengetahuan
Bakal Guru Sains Dalam Tugas-tugas
Pengurusan Makmal Sains
1.2.2 Kelemahan Dalam Menguasai
Pengurusan Keselamatan Makmal Sains
3
4
5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rangka Kerja Konsep 9
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Andaian Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 12
1.11 Takrifan dan Istilah
1.11.1 Tahap Kesedaran
1.11.2 Makmal Sains
1.11.3 Pengurusan Makmal Sains
1.11.4 Pengurusan Keselamatan Makmal Sains
1.11.5 Program
13
13
14
14
15
15
1.12 Rumusan
16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Kepentingan Makmal Sains 17
2.3 Pengurusan Makmal Sains
2.3.1 Organisasi Makmal Sains Sekolah
2.3.2 Stor Makmal dan Sistem Penstoran
2.3.3 Pembelian dan Penyelenggaraan Barangan
Makmal Sains
18
19
20
21
ix
2.3.4 Sistem Memfail dan Merekod
2.3.5 Reka Bentuk dan Susun Atur Makmal
Sains Sekolah
2.3.6 Kepentingan Pengurusan Makmal Sains
23
25
26
2.4 Pengurusan Keselamatan Makmal Sains
2.4.1 Alat Pertolongan Cemas dan Fungsinya
2.4.2 Peraturan Makmal Sains
2.4.3 Pengendalian Bahan Kimia dan Bahan
Berbahaya di Dalam Makmal Sains
2.4.4 Kepentingan Pengurusan Keselamatan
Makmal
26
27
29
30
32
2.5 Langkah – langkah Untuk Menyedari Kepentingan
Pengurusan Makmal Sains
32
2.6 Kajian – kajian Berkaitan Kepentingan Pengurusan
Makmal Di Dalam Negara
33
2.7 Kajian – kajian Berkaitan Kepentingan
Pengurusan Makmal Di Luar Negara
35
2.8 Rumusan
36
3 PENGKAEDAHAN
3.1 Pendahuluan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Peserta Kajian 38
3.4 Alat kajian 40
3.5 Tatacara kajian
3.5 1 Kajian Rintis
3.5.2 Kajian Sebenar
43
43
44
3.6 Analisis Data 45
3.7 Rumusan
50
x
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 51
4.2 Pengurusan Makmal Sains 52
4.3 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan
Keselamatan Makmal Sains Secara Keseluruhan
52
4.4 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan
Makmal Sains
55
4.5 Tahap Kesedaran Kepentingan Keselamatan
Makmal Sains
57
4.6 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan
Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian
58
4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan
Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar Belakang
Akademik
60
4.8 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan
Keselamatan Makmal Sains Merenas Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK)
63
4.9 Rumusan
66
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 67
5.2 Ringkasan 67
5.3 Kesimpulan 68
5.4 Perbincangan 71
5.4.1 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan
dan Keselamatan Makmal Secara Keseluruhan
71
5.4.2 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan
Makmal Sains
73
5.4.3 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan
Keselamatan Makmal Sains
74
xi
5.4.4 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan
Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun
Pengajian
76
5.4.5 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan
Keselamatan Makmal Sains Merentas Latar
Belakang Akademik
78
5.4.6 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan
Keselamatan Makmal Sains Merentas Purata
Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
80
5.5 Implikasi 82
5.5.1 Bakal Guru Sains 83
5.5.2 Reka Bentuk Kurikulum 85
5.5.3 Pensyarah 86
5.5.4 Fakulti Pendidikan 87
5.6 Cadangan 89
5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 92
5.8 Rumusan
94
6 RUJUKAN
95
7 LAMPIRAN
99
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peratus Hasil Dapatan Kajian Tahap Pemahaman
Dalam Keselamatan Makmal Sains Mengikut
Kursus
34
3.1 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Tahun
Pengajian
38
3.2 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Latar
Belakang Akademik
39
3.3 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Purata
Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)
39
3.4 Item-item Pengurusan Makmal Sains dan
Pengurusan Keselamatan Makmal Sains yang
Dinilai
42
3.5 Skala Likert dan Keterangannya
45
3.6 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Pengurusan
Makmal
46
xiii
3.7 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Pengurusan
Keselamatan Makmal
46
3.8 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Secara
Keseluruhan Bagi Kedua-dua Aspek PMS
47
3.9 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Kriteria –
kriteria dalam Pengurusan Makmal Sains
47
3.10 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Kriteria –
kriteria dalam Keselamatan Makmal Sains
48
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan dan Keselamatan Makmal
53
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan Makmal SainS
55
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Keselamatan Makmal Sains
57
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian
59
4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal Sains Merentas Latar Belakang Akademik
61
4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran
Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal Sains Merentas Purata Nilai Gred
Keseluruhan (PNGK)
63
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep
9
2.1 Reka Bentuk Makmal Sains Selolah di Malaysia
25
3.1 Kriteria yang Terlibat Dalam Pengurusan Makmal
Sains
41
3.2 Kriteria yang Terlibat Dalam Pengurusan
Keselamatan Makmal Sains
41
4.1 Carta Kekerapan Bilangan Peserta Kajian Melawan
Min Markat Keseluruhan
54
xv
SENARAI SINGKATAN
B1 - Bahagian 1
B2 - Bahagian 2
dll - Dan Lain-lain
et al. - And Others
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PMS - Pengurusan Makmal Sains
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PEKA - Penilaian Kerja Amali
STKKPMS - Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan
Makmal Sains
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia )
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Fizik )
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPSS - Perisian Statistical Pacakge For Sosial Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI SIMBOL
SIMBOL KETERANGAN
α Alpha
& Dan
X Min
∑ Jumlah
Xi Markat
N Bilangan Peserta Kajian
f Bilangan Kekerapan
M Markat Min
SL Sisihan Lazim
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN SENARAI TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan
Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS)
99
B Surat Pengesahan Alat Kajian
107
C Borang Pengesahan Pakar Bidang
108
D Tahun Pengajian Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains)
109
E Carta Bilangan Peserta Kajian Melawan Latar
Belakang Akademik
110
F Carta Bilangan Peserta Kajian Melawan Julat
PNGK
111
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dewasa ini dalam mengorak langkah era globalisasi dan kemajuan, negara
kita tidak ketinggalan dalam usaha memartabatkan asas teknologi dalam pelbagai
sektor dan bidang sebaris dengan negara maju yang lain. Kerajaan berhasrat untuk
menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju yang menggunakan pelbagai
teknologi di dalam pelbagai bidang seperti yang dinyatakan dalam matlamat wawasan
2020 negara.
“Matlamat negara adalah menuju ke arah wawasan 2020 iaitu mewujudkan
masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.”
(Abu Hassan, 2003: 64)
2
Berdasarkan petikan di atas, hasrat kerajaan ini tidak akan tercapai jika tenaga
pekerja kurang berpendidikan tinggi dan kurang mahir dalam bidang sains dan
teknologi. Oleh yang demikian, sektor pendidikan juga harus melalui satu arus
percubaan yang bersistematik untuk melahirkan tenaga pekerja yang berilmu dan
berkemahiran. Bidang pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi perlu diberi
penekanan di peringkat sekolah khsusnya di peringkat kolej mahupun universiti.
Begitu juga pendekatan pembelajaran harus dikaji supaya dapat melahirkan pelajar
yang mampu berfikir secara kreatif dan berdikari serta mahir dalam teknologi. Ini
termaktub dalam wawasan 2020 melalui cabaran keenam yang menegaskan perlunya
latihan untuk menambah tenaga professional di dalam sains dan teknologi.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara iaitu “Pendidikan sains di
Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada
perkembangan inidividu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta
dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.” (Abu Hassan & Meor
Ibrahim 2006: 304). Daripada Falsafah Pendidikan Sains Negara ini, jelaslah bahawa
setiap warga pendidik khususnya dalam bidang sains haruslah mempunyai kebolehan
dalam membentuk budaya sains yang dinamik. Setiap pendidik ataupun guru-guru
sains mestilah mempunyai kebolehan untuk mengajar, mengurus serta menguasai
ilmu sains dengan sebenarnya.
Hal ini lebih dirasai oleh bakal-bakal guru sains bagi mempersiapkan diri
dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab sebagai persediaan untuk menghadapai
alam pekerjaan yang sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains
khususnya di dalam makmal adalah lebih kompleks. Ini adalah kerana proses
pengajaran di dalam makmal mempunyai pelbagai peralatan dan kelengkapan yang
boleh dikatakan berbahaya jika dibandingkan di dalam kelas. Pelbagai kemungkinan
dan bahaya boleh berlaku jika aspek keselamatan dan pengurusan makmal tidak
dipandang berat oleh guru. Di samping itu, para guru yang akan melangkah ke alam
pekerjaan yang sebenar harus benar-benar faham dan mahir dalam mengamalkan
3
sistem pengurusan makmal sains. Mereka juga harus sedar peranan mereka terhadap
bidang pengurusan ini.
Bukan setiap ahli sains mahupun guru dapat menjadi pengurus makmal yang
baik malah kebanyakan daripada mereka mengambil ringan jika memikirkan aspek
pengurusan. Justeru, peranan guru adalah penting dalam memastikan pengurusan
makmal sains (PMS) yang bersistematik dan terancang ini dapat merealisasikan
hasrat kerajaan di mana sistem pendidikan sains yang baik akan melahirkan
masyarakat yang dinamik seperti yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Sains
Negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengurusan makmal sains (PMS) adalah sangat penting bagi memastikan
perjalanan proses P&P dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersistematik.
Bagi mencapai kesan pengajaran yang optimum ini, semua bakal guru sains mesti
pandai dan sedar akan tugas mereka dalam mengurus makmal sains bagi menjamin
persekitaran dan suasana tempat belajar agar bersih, teratur dan lengkap dengan
radas-radas sains yang berfungsi serta boleh digunakan.
Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan oleh penyelidik di dalam PMS
iaitu kurangnya kesedaran bakal guru sains dalam kepentingan tugas-tugas
pengurusan makmal sains dan kelemahan dalam menguasai pengurusan keselamatan
makmal sains.
4
1.2.1 Kurangnya Kesedaran Bakal Guru Sains Akan Kepentingan Tugas-tugas
Pengurusan Makmal Sains
Pengurusan makmal sains haruslah bersistematik mengikut spesifikasi yang
betul. Pendedahan awal terhadap peranan bakal guru sains ini haruslah diberikan
semasa program pendidikan yang diikuti oleh mereka di peringkat universiti.
Pengurusan makmal sains mempunyai beberapa aspek seperti organisasi,
penyimpanan dan penyelenggaraan alat radas serta bahan kimia, sistem memfail dan
merekod, penstoran dan susunatur makmal. Terdapat beberapa masalah dalam PMS
di sekolah yang melibatkan guru sains khususnya. Kebanyakan guru sains tidak jelas
akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya di dalam makmal sains. Kadangkala
mereka tidak menjalankan tatacara kerja yang betul dan baik di dalam PMS ini.
Menurut Grover & Wallace (1979),
“Selama ini pengurus makmal dilantik pada asasnya berdasarkan
kepada kemahiran saintifik dan sangat sedikit yang muncul berdasarkan
kemampuan pengurusan, atau mereka memerlukan latihan
pengurusan.”
(Terjemahan oleh Ahmad Saat & Mohd Zubir, 1993:142)
Berdasarkan petikan di atas, tidak semua guru sains yang mengendalikan
makmal sains di sekolah dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Pengurusan makmal mempunyai pelbagai aspek yang penting, kadangkala guru sains
keliru sama ada aspek pengurusan ini tugas mereka atau tugas pembantu makmal
sahaja. Kurangnya pendedahan dan latihan yang secukupnya di dalam PMS ini
sangat merugikan dan seseorang guru sains itu pasti gagal menguruskan makmal
dengan baik lantas menjejaskan kualiti makmal tersebut.
5
1.2.2 Kelemahan Dalam Menguasai Pengurusan Keselamatan Makmal Sains
Keselamatan makmal adalah salah satu cabang penting dalam aspek
pengurusan makmal sains (PMS). Bakal-bakal guru perlu tahu yang mereka akan
memegang tanggungjawab secara langsung dan amat penting terhadap aspek undang-
undang keselamatan makmal di dalam profesion perguruan yang sebenar.
Menurut Zol Azlan (2000), “Analisi kejadian kemalangan dalam makmal
sains menunjukkan beberapa perkara yang menjadi penyebab. Secara umumnya
kemalangan berlaku disebabkan kecuaian, kelalaian dan kejadian di luar jangkaan
termasuklah:
1. Kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang bahan, proses dan
peralatan yang digunakan di sekolah.
2. Guru gagal memberi arahan atau penyeliaan yang secukupnya.
3. Guru gagal merancang atau menjalankan aktiviti dengan teratur.
4. Alat perlindungan atau peralatan yang baik tidak disediakan.
5. Gagal mengikut arahan atau peraturan.
6. Gagal menggunakan alat perlindungan yang disediakan atau penggunaan
alat dan bahan dengan cara yang tidak betul.
7. Sikap tidak kisah di kalangan pelajar atau kakitangan yang terlibat dalam
aktiviti makmal.”
(Zol Azlan, 2000:188-189)
Petikan di atas adalah antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada
permasalahan berkaitan dengan keselamatan makmal sains. Kadangkala kecuaian
guru boleh mengakibatkan kemalangan berlaku terhadap pelajar di dalam makmal.
Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga keselamatan dan
kebajikan pelajar-pelajarnya. Terdapat beberapa contoh berkaitan antaranya adalah
seperti:
6
“Seorang guru yang tidak membaca arahan tentang aspek keselamatan
ketika mengajar sebuah kelas mata pelajaran kimia di makmal. Pada
masa kini, terdapat beberapa eksperimen sains di makmal yang amat
berbahaya dan dilarang sama sekali. Namun guru mungkin memilih
untuk menjalankan salah satu daripada eksperimen yang telah dilarang
tersebut berdasarkan alasan bahawa eksperimen itu pernah dilakukan
ketika beliau masih belajar di sekolah 15 tahun yang lepas dan tiada
kemalangan yang berlaku. Akibatnya, satu letupan berlaku dan
kebakaran itu telah menyebabkan seorang pelajar kehilangan sebelah
mata. Kulit beberapa orang pelajar turut terbakar dan melecur.”
(Tie, 2002:89)
Melalui petikan di atas, guru tersebut telah diambil tindakan akibat daripada
kecuaian beliau kerana tidak mengikuti arahan. Arahan di dalam makmal sains
sangat berguna bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Manakala contoh kes yang
kedua adalah:
“Seorang guru ingin melakukan suatu eksperimen, di mana buku
panduan menyatakan bahawa sarung tangan wajib dipakai untuk
melindungi diri daripada terdedah bahan kimia yang berbahaya semasa
eksperimen tersebut. Malangnya, guru tidak memberikan perhatian yang
serius terhadap arahan itu. Seorang pelajar telah diarah oleh guru untuk
menggunakan bahan kimia yang berbahaya dan akibatnya tangan
tercedera kerana tidak memakai sarung tangan.”
(Tie, 2002:90)
7
Menurut kes yang kedua di atas, guru tersebut tidak menerangkan dengan
jelas arahan yang patut diikuti pelajar semasa proses mengeksperimen dijalankan.
“Seseorang guru sains mestilah betul-betul memahami serta mematuhi segala
peraturan di dalam makmal dan di samping itu mengarahkan pelajar-pelajarnya
berbuat demikian juga,” ( Ooi & Mohd Khairuddin, 1982:4). Setelah melihat
beberapa permasalahan yang dikenal pasti, wajarlah aspek keselamatan ini dipandang
serius oleh bakal-bakal guru sains. Oleh itu satu kajian berkaitan tahap kesedaran
kepentingan pengurusan makmal ini patutlah dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan di dalam bahagian latar
belakang masalah, penyelidik mendapati guru sains menghadapi masalah dalam
melaksanakan pengurusan makmal dengan baik kerana mereka kurang memberikan
penekanan tentang kepentingan pengurusan dan keselamatan makmal ini semasa di
sekoalah. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati bahawa kurangnya kesedaran
terhadap kepentingan pengurusan makmal sains dalam kalangan bakal guru sains,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai
oleh penyelidik. Antaranya adalah:
1. Mengenal pasti tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal
sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi
Malaysia.
8
2. Mengenal pasti tahap kesedaran kepentingan pengurusan keselamatan
makmal sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi
Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi
menentukan objektif kajian tercapai. Antara persoalan yang ada ialah:
1. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan dan keselamatan
makmal sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi
Malaysia?
2. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal sains dalam
kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi Malaysia?
3. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan keselamatan makmal
sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi Malaysia?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan
dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti
Teknologi Malaysia merentas tahun pengajian?
5. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan
dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti
Teknologi Malaysia merentas latar belakang akademik?
6. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan
dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti
Teknologi Malaysia merentas purata nilai gred keseluruhan (PNGK)?