sukar membawa tuah.docx

Download sukar membawa tuah.docx

Post on 05-Nov-2015

10 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Novel Tingkatan 1: Sukar MembawaTuahTemaTema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.PersoalanAntara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan.Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai.Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan.Akhir sekali, terdapat juga persoalan tentang semangat kekitaan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat. Tamsilnya, guru-guru di sekolah membantu Adit agar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Apabila Adit terlibat dalam kemalangan pula, pekerja-pekerja balak bekerjasama dengan penduduk kampung Orang Asli mencari Adit.Catatan: Dalam peperiksaan huraikan tiga persoalan sahaja.Watak dan perwatakanWatak utama novel Sukar Membawa Tuah ialah Adit. Adit anak Pak Katan, remaja yang erusia 10 tahun, berbadan kurus. Antara perwatakan Adit ialah bersemangat kuat. Misalnya. .., Selain itu dia juga sangat rajin. Misalnya, .. Di samping itu, Adit juga menghormati orang tua. Buktinya, Seterusnya, Adit juga mempunyai sikap suka membantu insan lain. Misalnya, . Di sebalik usia mudanya, Adit adalah remaja yang berani. Contohnya, Ahkir sekali, Adit juga berfikiran luas. Misalnya, .Watak-watak Sampingan1. Pak Katan: Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.2. Mak Tawi: Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.3. Akeh: Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.4. Tijah: anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.5. Ah Tong: Penyelia pekerja balak, suka membantu.Latar TempatAntara latar tempat novel Sukar Membawa Tuah ialah Kampung Bakai, Bukit Lokan. Di sinilah. .. Selain itu, cerita dalam novel ini juga belatarkan rumah Pak Katan. Misalnya, .. Di samping itu, tepi sungai juga menjadi latar tempat cerita dalam novel ini. Contohnya, ..Latar Tempat yang lain1. Hutan2. Di dalam gaung.3. SekolahLatar MasyarakatAntara masyarakat digambarkan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah masyarakat yang yang kurang mementingkan pendidikan. Misalnya, .. Selain itu, terdapat juga masyarakat Orang Asli yang percaya akan kepada alam mistik seperti roh jahat. Contohnya, .. Di samping itu, novel ini juga berlatarkan masyarakat Orang Asli yang bergantung pada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan. Buktinya, . .. Akhir sekali, latar masyarakat bagi novel ini ialah masyarakat Orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka. Contohnya, .Nilai1. Kasih sayang2. Kerajinan3. Bekerjasama4. Tolong-menolong5. Bercita-cita tinggiNOVEL SUKAR MEMBAWA TUAHSINOPSIS BAB DEMI BABBab Satu: Inilah Dunia KamiSebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia pergi ke hutan untuk memulakan pekerjaan yang menjadi rutin kehidupannya, mencari rotan di dalam hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di dalam hutan pada pagi itu. Adit yang sudah lali dengan kerja itu menyediakan tali untuk mengikat rotan yang diperoleh nanti. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya untuk mendapat ikan yang banyak. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi ikan-ikan yang terlekat. Kemudian, dia meletakkan belat tersebut kembali lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya pergi ke hutan selepas sarapan pagi.Bab Dua : Rutin Harian Adit BermulaAdit dan ayahnya pergi ke hutan. Adit tidak menghiraukan keadaan pakaiannya yang sudah lusuh, lantaran menyedari kemiskinan hidupnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk dijual dan hasil jualannya nanti hanya cukup untuk membeli makanan dan keperluan harian sahaja, tetapi tidak cukup untuk membeli pakaian baru.Masyarakat Orang Asli menjual hasil hutan yang mereka peroleh kepada tauke Cina. Oleh sebab tahap pendidikan mereka yang rendah dan kemudahan infastruktur dalam keadaan yang sangat menyedihkan, maka kehidupan mereka dihimpit kemiskinan dan serba kekurangan. Pekan terhampir terletak kira-kira 30km dari kampung mereka. Oleh hal yang demikian, barang keperluan hanya diperoleh melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke pekan. Namun begitu, mereka tetap selesa hidup di sini dengan sedikit bantuan daripada agensi kerajaan.Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian untuk mempertahankan tempat tinggal yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Namun begitu, penerokaan hutan untuk aktiviti pembalakan kian menghimpit kehidupan mereka. Misalnya, Adit masih tidak bersekolah biarpun sumurnya sudah hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan pengetahuan tentang hutan sebagai asas pendidikan Adit.Adit menimbulkan persoalan tentang kepupusan hasil hutan dan musibah yang bakal menimpa mereka. Walau bagaimanapun persolan itu dinafikan oleh ayahnya yang tidak sedar akan realiti itu. Dalam pada itu, Adit teringat akan Akeh, satu-satunya rakannya yang bersekolah. Akeh tinggal di asrama dan dibiayai oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Akeh bercita-cita ingin menjadi jurutera untuk membolehkannya berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat untuk bersekolah timbul dalam perasaan Adit apabila dia diajak bersekolah dan apabila mendengar cerita-cerita tentang alam persekolahan Akeh. Namun demikian, keinginannya untuk bersekolah tidak dinyatakan oleh Adit kepada ayahnya.Bab Tiga: Impian AditBab ini berkisar tentang cerita Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan kepada ayahnya semasa mereka berakit membawa rotan. Namun begitu, hasratnya itu dibantah oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi kehidupan mereka. Ayah Adit tidak melihat tujuan anaknya ialah untuk engubah nasib keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya, Pak Katan memahami hasrat Adit, tetapi pada masa yang sama dia mahu Adit mengikut jejak langkahnya.Pak Katan tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu hingga membuat Adit berubah sikap. Hal ini menyebabkan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan punca yang menyebabkan anaknya begitu pada Pak Katan. Sementara itu, Adit teringat kembali akan kedatangan pegawai penerangan ke kampung mereka dan sikap masyarakat mereka yang endah tak endah terhadap dasar kerajaan.Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah tidur lena. Pada pagi keesokannya, Pak Katan tidak pergi ke hutan sebalik dia pergi ke pekan. Niat Pak Katan pergi ke pekan tidak diketahui oleh Adit, kerana dia tidak menjawab apabila ditanya oleh Adit.Bab Empat: Dugaan bagi AditAdit berurusan dengan tauke Cina yang ingin membeli hasil hutan yang dijualnya sebelum mengangkat belat di sungai. Adit berbuat demikian untuk mendapatkan ikan yang melekat pada belat tersebut. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar gembira tentang Adit yang akan mula bersekolah, namun demikian ayahnya gagal mendapatkan kemudahan asrama baginya. Oleh hal yang demikian, Adit sukar bersekolah sebab masalah pengangkutan kerana jarak sekolah yang jauh dari kampungnya. Kekecewaan terpancar pada wajah Adit yang begitu teringin bersekolah. Namun begitu, semasa menenangkan diri di sungai, Tijah rakan baiknya, datang untuk memujuknya dan berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) mengenai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Adit.Hujan lebat yang turun pada malam itu begitu merisaukan hati Pak Katan. Pak Katan risau akan rezekinya kerana tidak dapat pergi ke hutan pada keesokan harinya, tambahan pula belat yang ditahannya di sungai belum diangkat lagi. Satu perkara yang menambahkan kebuntuannya lagi ialah cara untuk menyelesaikan masalah persekolahan anaknya. Adit, termenung bersendirian tatkala memikirkan impiannya itu.Bab Lima: Riak ceria buat Adit.Hujan masih turun dengan lebat lagi. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada rumah terkena tempias air hujan. Adit diarahkan oleh ayahnya mencari kain guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, apabila hujan berhenti pada pagi itu mereka mendapat rezeki yang tidak pernah diduga. Sekor rusa yang dalam keadaan cedera terbaring di bawah rumah mereka. Rusa yang masih bernyawa itu dijual Pak Katan kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.Ah Tong berasa harian apabila melihat Adit tidak pergi ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun begitu setelah Pak Katan menjelaskan bahawa Adit tidak mendapat tempat untuk tinggal di asrama, maka Ah Tong memahaminya dan dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya untuk ke sekolah. Adit begitu gembira kerana Ah Tong sudi menolongnya.Bab Enam: Adit mula ke sekolahPada hari keesokannya, Adit memulakan pesekolahannya. Segala kepe