soalan untuk cikgu zaidi

9
KATA GANTI NAMA DIRI 1. Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke Gunung ledang? tanya Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah. A beta hamba C yang mulia beta B baginda hamba D tuanku patik 2. Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi, kata Nabil kepada kawan-kawannya. A awak mereka C aku kita B engkau beliau D kita dia 3. Pen ini________hadiahkan kepada__________, kata Sarah kepada Fatiha. A nya awak C aku kami B kita anda D ku mu 4. Aqib bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya. A Mereka C Kami B Dia D Engkau 5. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja. A beliau C dia B baginda D nya . 6. Murid-murid di dalam sekolah itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

Upload: korekkorekcum

Post on 27-May-2015

124 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan untuk cikgu zaidi

KATA GANTI NAMA DIRI

1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke Gunung ledang?” tanya Hang Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

A beta…hamba C yang mulia…beta

B baginda…hamba D tuanku…patik

2.”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Nabil kepada kawan-kawannya.

A awak … mereka C aku … kita

B engkau … beliau D kita … dia

3. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Sarah kepada Fatiha.

A nya … awak C aku … kami

B kita … anda D ku … mu

4. Aqib bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.

A Mereka C Kami

B Dia D Engkau

5. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.

A beliau C dia

B baginda D nya

.

Page 2: Soalan untuk cikgu zaidi

6. Murid-murid di dalam sekolah itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

A Mereka C Kita

B Kalian D Kamu

7.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.

A Hamba, dia C Kami, mereka

B Kita, nya D Saya, dia

8.Alif ialah anak angkat kepada keluarga Encik Ismail. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.

A kami C kita

B mereka D nya

9. Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.

A dia C kalian

B baginda D beliau

10. “________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata Ah Meng sambil menunjuk ke arah lelaki itu.

A Saya C Dia

B Kami D Mereka

Page 3: Soalan untuk cikgu zaidi

KATA SERU

1. _________, kamu telah terpilih sebagai ketua pengawas!

A Amboi C Aduhai

B Syabas D Nah

2. _________, ambil wang ini dan pergi beli buku tulis yang baru!

A Ah C Oh

B Eh D Nah

3. _________, pedihnya luka aku ini!

A Aduh C Cis

B Aduhai D Ah

4. __________ aku tidak setuju langsung dengan pendapat engkau itu!

A Cis C Eh

B Nah D Ah

5. ________, hebat sungguh pahlawan itu menunggang kuda liar yang baru ditangkapnya.

A Hai C Wah

B Amboi D Eh

6. ________, kamulah rupa-rupanya yang memfitnah saya selama ini!

A Ah C Aduh

B Nah D Oh

Page 4: Soalan untuk cikgu zaidi

7. _________, bagaimana pula awak dapat masuk sedangkan pintu bilik itu berkunci.

A Eh C Syabas

B Oh D Wah

8. ________, malang sungguh nasib orang tuan itu!

A Wahai C Aduh

B Oh D Aduhai

9. ________, berani kau datang ke mari!

A Amboi C Aduh

B Hai D Cis

10. _________, keluarga itu senantiasa ditimpa nasib malang!

A Ah C Aduhai

B Aduh D Eh

Page 5: Soalan untuk cikgu zaidi

KATA BANTU

1. Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.

A masih C mesti

B sudah D sedang

2. Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.

A sudah C akan

B sedang D masih

3. Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.

A masih C hendak

B akan D mesti

4. Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.

A telah C masih

B mesti D akan

5. “Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Azizah.

A akan C sudah

B hendak D belum

6. Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.

A hendak C akan

B masih D mesti

Page 6: Soalan untuk cikgu zaidi

7. Ayah _______ke KualaLumpur pada bulan hadapan.

A telah C sedang

B akan D sudah

8. Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.

A telah C sedang

B akan D belum

9. Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya_________melawat ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan nanti.

A harus C masih

B pernah D akan

10. Bas itu dijangka_________tiba dari Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang.

A masih C sedang

B pernah D akan

Page 7: Soalan untuk cikgu zaidi

KATA PENGUAT

1. Ibu saya __________ sayang akan barang-barang antiknya.

A sangat C nian

B benar D sekali

2. Kakak saya sedih __________ apabila nenek meninggal kerana dia tinggal dengan nenek sejak kecil lagi.

A benar C lebih

B makin D cukup

3. Jurulatih itu _________ tegas terhadap pemain jika berkaitan dengan disiplin.

A amat C nian

B benar D sekali

4. Kerap _________ dia ke perpustakaan sejak belakangan ini kerana ingin mengulang kaji pelajaran.

A paling C sungguh

B nian D agak

5. Syafiqlah yang ________ banyak mengemukakan idea dalam perbincangan tentang aktiviti tahunan persatuan Bahasa Melayu.

A paling C terlalu

B sekali D nian

6. Jangan _________ mengharap kita akan menang kerana peserta-peserta sekolah lain tidak kurang hebatnya.

A terlalu C paling

B sangat D cukup

Page 8: Soalan untuk cikgu zaidi

7. Tikar mengkuang yang dianyam oleh Farah _________ kemas dan perlu dibaiki lagi.

A cukup C makin

B amat D kurang

8. Jangan buka tingkap itu _________ lebar kerana angin dari luar sejuk.

A sekali C terlalu

B cukup D nian

9. Lambat _________ dia pulang semenjak bertukar tempat kerja.

A terlalu C paling

B benar D agak

10. Besar _________ kubah masjid yang terletak di bandar itu.

A sekali C agak

B lebih D terlalu

Page 9: Soalan untuk cikgu zaidi

JAWAPAN

KATA GANTI NAMA DIRI

1. D2. D3. D4. B5. B6. A7. C8. D9. D10.C

KATA SERU

1. B2. D3. A4. D5. C6. D7. A8. D9. D10.C

KATA BANTU

1. C2. C3. A4. A5. D6. A7. B8. C9. D10.D

KATA PENGUAT

1. A2. A3. A4. C5. A6. A7. D8. C9. D10.A