soalan tutorial 28&30 april

Upload: wan-zaitul-zulkifli

Post on 04-Mar-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Soalan-soalan ulang kaji

TRANSCRIPT

SOALAN TUTORIAL

SOALAN TUTORIAL TARIKH: 28 &30 APRIL 2015BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN BBahagian aSoalan 1: intervensi awal adalah usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran yang lambat.a. Jelaskan kesan jika kanak-kanak berkeperluan khas tidak diberikan intervensi awalPeningkatan pembangunan bayi dan kanak-kanak menjadi lewat berbanding dengan kanak-kanak normal.Masalah baru akan timbul dan menyebabkan kesukaran untuk melakukakan pemulihan dan pencegahan.Perbelanjaan pendidikan untuk pendidikan meningkat.Kanak-kanak tidak mampu berdikari sentiasa memerlukan bantuan untuk melakukan suatu perkara.

b. Berikan sebab mengapa intervensi awal perlu dilakukan seawal mungkinMenggalak dan meningkatkan perkembangan kanak-kanak.Mengurangkan perbelanjaan pendidikan dalam pendidikan khas apabila masalah dapat dikurangkan melalui intervensi awal.Mengurangkan keperluan kepada pusat penjagaan dan menggalakkan kehidupan berdikari.Meningkatkan kemampuan dan kemahiran keluarga dalam memenuhi keperluan kanak-kanak berkenaan.

Bahagian aSoalan 2: Misran ialah seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah kerencatan mintal ringan.a. Nyatakan aspek penguasaan bahasa daripada segi linguistik yang perlu kuasai oleh Misran agar komunikasinya berkesan BentukFonologi ( bunyi bahasa)Morfologi (struktur perkataan dan pembinaan bentuk perkataan)Sintaksis (urutan dan kombinasai perkataan menjadi ayat)KandunganSemantik (peraturan menentukan makna dan kombinasi perkataan di dalam ayatPenggunaanPragmatik (menentukan bagaimana bahasa digunakan)b. Kemukakan satu intervensi kemahiran mengurus diri yang sesuai untuk MisranMisran perlu diberi pendedahan awal untuk mengenali setiap nama anggota badan yang bermula dari atas kepala sehingga ke tapak kaki. pelajar perlu mengenali bentuk dan nama yang betul pada setiap anggota badan.Misran perlu diajar tentang cara memegang sikat rambut serta kaedah menyikat rambut yang betul agar mereka dapat menyikat rambut dengan kaedah yang sesuaiBahagian aSoalan 3: terdapat pelbagai pihak yang memberi khidmat sokongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam negara kita.a. Jelaskan multi disiplin yang boleh dilibatkan dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturanPatoligi pertuturanPakar audiologiPihak MedikalPakar perubatanPihak pendidikanPersatuan ibubapab. Bagamanakah kumpulan multi disiplin tersebut boleh meningkatkan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut?BAHAGIAN A Soalan 4: Pemerhatian dan penilaian terhadap program-program intervensi awal dan khidmat sokongan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak haruslah diberi perhatian sewajarnya.a. Jelaskan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk golongan masalah pendengaran di sekolah.alat-alat pendengaran perseorangan, audiometer, alat latihan pertuturan, (sptech trainer) dan alat rakamanprojector slaid dan projector over headb. Perincikan apa yang anda faham tentang Koklea ImplanAlat yang sebahagiannya dimasukkan ke dalam koklea manakala sebahagian alat di luar

Pemasangannya dilakukan oleh pakar dan melibatkan pembedahanPembedahan tersebut perlu memenuhi syarat-syarat tertentu:Kanak-kanak terbabit mengalami masalah pendengaran jenis sensori neural yang sangat teruk pada kedua-dua belah telingaTidak berumur lebih dari 4 tahun semasa menjalani pembedahan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran sejak lahirPemakaian ABP tidak membantu kanak-kanak dari segi pembentukan bahasa dan pertuturan

BAHAGIAN BSoalan 1: Penempatan dan bentuk intervensi awal boleh memberi impak terhadap pelaksanaan program intervensi.Sejauh manakah penempatan dan bentuk intervensi awal secara berpusat lebih memberi kesan positif berbanding program Home BaseBentuk aktiviti yang boleh dilaksanakan secara berpusat melalui kerjasama dengan pertubuhan OKU

Perkhidmatan terapi (terapi cara kerja, terapi pertuturan, dan terapi permainan)Intervensi awalProgram transisiPenilaian psikologikal

Kepentingan intervensi awal dilaksanakan secara berpusatMelengkapkan kanak2 oku dengan kemahiran asasMembantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak2 okuMengatasi masalah lain yang disebabkan oleh ketidakupayaan seawal yang mungkinMenawarkan penjimatan wang kepada ibu bapa kanak2 berkeperluan khasMendidik ibu bapa dalam pengurusan dan pendidikan kanak2 berkeperluan khasPerkhidmatan di pusatAktiviti harian mengurus diri, makan, menyikat dllKemahiran motor kasar melibatkan pergerakan otot dllKemahiran motor halus melibatkan pemikiran, penglibatan serta pergerakan jari2Aktiviti prasekolahPerkembangan social

BAHAGIAN BSoalan 2:Pelbagai program intervensi awal dilaksanakan oleh badan khidmat sokongan oleh badan bukan kerajaan (NGO) mengikut kategori kanak-kanak berkeperluan Khas.Nilaikan satu program intervensi awal yang dilaksanakan oleh mana-mana pusat khidmat sokongan bukan kerajaan (NGO) yang pernah anda buat pemerhatian. Malaysian Assosiaciation for the Blind.Pihak ini telah menjalankan satu program intervensi awal pda tahun 1998 yang dinamakan ABC Day Care Centre iaitu Assistance to Blind Children Centre. ABC ini memberikan beberapa perkhidmatan iaitu membantu ibu bapa mengenal pasti masalah rabun di kalangan kanak-kanak, memberikan bimbingan dan kaunseling kepada mereka, membuat lawatan kerumah pesakit dan juga membuka pusat latihan harian di pusatnya iaitu mengajar cara pengurudan diri dan harian serta membantu memperkembangkan kebolehan motor kasar dan motor halus dan sebagainya. Program ini khas untuk kanak-kanak yang berumur enam tahun kebawah dan juga untuk kanak-kanak tujuh tahun keatas yang tidak layak ke sekolah atas sebab mempunyai tidakboleh upayaan yang lain selain buta. CLAPAM (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia)menyediakan program intervensi awal yang berkaitan dengan meningkatkan tahap kesedaran dan mendidik masyarakat luar mengenai klef bibir dan lelangit. CLAPAM memberikan khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang mempunyai masalah ini dan juga memberi bimbingan kepada ibu tentang teknik penyusuan dan pemakanan yang sesuai bagi bayi klef kerana ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi tersebut.

YMCA ( Pusat Majudiri for the deaf)Pusat ini menyediakan program Parent Infant Programme ( PIP) iaitu program untuk ibu bapa bagi membantu ibu bapa mengenal pasti masalah pendengaran yang dihadapi oleh anak-anak mereka ini kerana masalah ini penting untuk dikenal pasti pada umur kanak-kanak tersebut seawal 4 tahun dan kebawah agar khidmat intervensi awal dapat dilakukan dengan dijalankan dengan semaksima yang mungkin. YMCA juga menawarkan khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan kemahiran komunikasi untuk masalah pendengaran. Selain itu YMCA juga menjalankan program Pre-School Programme (PSP) yang menyediakan cara tangani masalah emosi, cara untuk berkomunikasi dan sebagaimya. Pusat Sindrom Down KIWANISKIWANIS menyediakan intervensi awal seawal umur kanak-kanak tersebut dilahir sehingga kanak-kanak tersebut memasuki alam persekolah. Di pusat ini, perkataan intervensi telah menggantikan perkataan terapi dan rawatan kerana program yang dijalankan lebih tertumpu kepada bantuan kepada kanak-kanak tersebut berbanding dengan pemulihan. Antara intervensi yang dijalankan di pusat KIWANIS ini ialah fisioterapi, terapi cara kerja, terapi percakapan dan bantuan dalam pendidikan khas.

NASOM (Persatuan Autisma kebangsaan Malaysia)NASOM memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur 13 tahun dan kebawah. Kanak-kanak ini diajar kemahiran berfikir, matapelajaran yang terdapat di sekolah rendah, kemahiran belajar dan sebagainya mengikut tahap yang sesuai. Bagi kanak-kanak yang berumur lima tahun kebawah pula, intervensi secara seorang demi seorang disediakan untuk mengajar kanak-kanak ini berdikari, kemahiran hidup dan juga kemahiran komunikasi